The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by soscili26, 2020-10-13 21:42:28

KOMPILASI STIMULUS AMBILAN 1_2020

KOMPILASI STIMULUS AMBILAN 1_2020

AMBILAN 1
TAHUN 2020



Penerbit :
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kompleks Pendidikan Nilai
71760 BANDAR ENSTEK

Tel: 06-7979200

http://iab.moe.edu.my
e-mel: [email protected]

Urusan Penerbitan:
Jabatan Penerbitan dan Dokumentasi
Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan

Institut Aminuddin Baki
Muat Naik Kelima: 2020

©Institut Aminuddin Baki 2020

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat, sama ada dengan
cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah

Institut Aminuddin Baki terlebih dahulu.

Data Pengkatalogan-

ISBN

Pengurus Penerbitan
Noraisah binti Md Yusof

Dr. Azhar bin Harun
Jabatan Pembangunan Pengurus, Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan

Reka Bentuk dan Reka Letak Halaman
Siti Suhaini binti Zaharin
Thilagam a/p Gurusamy

Penyediaan Tapak dan Muat Naik Digital
Pusat Pengurusan Teknologi

PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL
PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PEMBENTANGAN EKSEKUTIF
(BAHAN STIMULUS)

NPQEL
AMBILAN 1 TAHUN 2020
INSTITUT AMINUDDIN BAKI

NPQEL VERSI 2018

ISI KANDUNGAN

Domain Kompetensi Kompetensi Kandungan Bahagian Muka
Ditaksir surat

Berwawasan Berfikiran Berfikiran  Pengurusan Strategik A 1-10
Strategik Strategik
Menerajui Membuat  Memimpin Perubahan B 11-16
Perubahan Memimpin Keputusan  Membuat Keputusan
Perubahan Memimpin  Menyelesaikan Masalah
Perubahan
Berkepimpinan
Berfikiran
Strategik
Membuat
Keputusan

Memimpin
Perubahan

Menyelesaikan

Masalah

Memimpin

Perubahan

Menyelesaikan  Kepimpinan Instruksional

Memimpin Masalah  Coaching and Supervision

Pembelajaran Memimpin  Pengurusan Sumber dan C 17-33

Pembelajaran Operasi

Membangun Membangun  Pembangunan Sumber D 34-52
Kapasiti Kapasiti Manusia
Berfikiran
Mencemerlangkan Strategik  Pembelajaran Sepanjang
Organisasi Hayat
Menyelesaikan
Membina Masalah  Pembelajaran Sepasukan
Jaringan dan
Memimpin  Konsep Membina Jaringan
Jalinan Pembelajaran
dan Jalinan
Membangun
Kapasiti  Sarana Sekolah dan Sarana
Membuat
Keputusan Ibu Bapa E 53-58

Menyelesaikan  Kemahiran Perundingan
Masalah
Membina
Jaringan

dan Jalinan

 Kesedaran Sosial

Berkomunikasi  Kemahiran Keusahawanan
Berkesan

A.

BERWAWASAN

KOMPETENSI:
BERFIKIRAN STRATEGIK

KANDUNGAN:
PENGURUSAN STRATEGIK

A. Berwawasan

Arahan Tugasan: Sekolah Rendah

1. Perbincangan dalam kumpulan perlu dilaksanakan sebelum sesi pembentangan.

2. Peserta digalakkan merujuk bahan-bahan dalam e-Resos dan sumber-sumber lain yang
berkaitan.

3. Senario perbengkelan:
Anda dilantik menjadi pemimpin sekolah di SK Rendang Mesra (Rujuk Lampiran A-
Profil Sekolah). Selepas enam (6) bulan melaporkan diri, anda membentangkan satu
intervensi yang telah dilaksanakan kepada pemegang taruh dalaman dan luaran untuk
merealisasikan wawasan sekolah bagi mencapai hasrat KPM yang tertera [Rujuk
Lampiran B - Revolusi Industri (IR4.0) Dalam Pendidikan]. Intervensi yang
dibentangkan itu adalah berdasarkan kepada pengalaman anda sebagai pemimpin di
sekolah terdahulu dengan penambahbaikan.

4. Soalan perbengkelan:
Sebagai pemimpin sekolah di SK Rendang Mesra, kemukakan intervensi berdasarkan
pengalaman anda untuk mencapai SALAH SATU intipati konsep Revolusi Industri
(IR4.0) Dalam Pendidikan . Intervensi ini hendaklah menunjukkan tindakan
penambahbaikan melalui proses-proses membangun, menterjemah, mengimplementasi
dan menilai hala tuju organisasi (Rujuk Kerangka Dasar Hala Tuju adaptasi Model
Kaplan 2010).

5. Syarat perbengkelan:

a. Setiap ahli perlu menjawab soalan yang dikemukakan secara individu sebelum sesi
perbincangan kumpulan.

b. Perbincangan kumpulan bertujuan untuk mendapatkan kesepakatan berkaitan
bidang yang dipilih. Perbincangan dilaksanakan dalam atau luar waktu kuliah.

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 1

A. Berwawasan

c. Ketua kumpulan perlu memastikan supaya setiap ahli memilih satu (1) intervensi
yang berbeza daripada intipati konsep Revolusi Industri (IR4.0) Dalam
Pendidikan di sekolah.

d. Setiap ahli kumpulan perlu membentangkan intervensi yang telah dipilih.
Jumlah slaid perlulah bersesuaian dengan masa pembentangan selama tujuh (7)
minit.

6. Syarat pembentangan:

a. Setiap ahli kumpulan wajib terlibat dalam pembentangan.
b. Setiap ahli diperuntukkan masa pembentangan selama tujuh (7) minit.
c. Salinan slaid perlu diserahkan kepada pengurus sebelum sesi pembentangan

bermula.

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 2

A. Berwawasan

Lampiran A
PROFIL SEKOLAH KEBANGSAAN RENDANG MESRA

Kategori Sekolah: Gred B (Luar Bandar)
Enrolmen: 524 orang
Bilangan Guru: 45 orang
Staf Sokongan: 10 orang
Sesi Pembelajaran: 1 sesi

PENCAPAIAN 2017 TAHUN 2019
67 2018 92
UPSR (% MTM) 2.10 80 1.85
KOKURIKULUM (GPS) 1.90

KEHADIRAN MURID

TAHUN 2017 2018 2019
PERATUS 97
90 95

PENGALAMAN MENGAJAR GURU

TAHUN 5 tahun ke bawah 6 – 10 tahun 11 tahun ke atas
PERATUS 60
5 35

MAKLUMAT PENDAPATAN IBU BAPA/ PENJAGA

PENDAPATAN RM 1000 ke bawah RM1001 - RM3800 RM 3801 ke atas

PERATUS 15 33 52

MAKLUMAT TAMBAHAN 3
1. Kepimpinan - GB Cemerlang dan Pengerusi MGB Daerah
2. Guru - Komited dan berada dalam Zon Selesa
3. Murid - Tinggal berhampiran sekolah
4. Fizikal - Prasarana yang lengkap
5. Lokasi - Berhampiran Balai Bomba, IPG, IPTA dan kilang

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020

A. Berwawasan

Lampiran B

REVOLUSI INDUSTRI (IR4.0) DALAM PENDIDIKAN

Sejak tercetusnya IR4.0 pada pertengahan 2016 yang membabitkan teknologi automasi,
cabaran baharu mula meresap ke dalam semua sektor perkhidmatan dan perindustrian negara.

Cabaran IR4.0 menuntut perubahan mind-set semua pihak seiring transfomasi digital itu,
supaya dapat merancakkan kemajuan landskap dunia moden, memandangkan IR4.0 memberi
kesan secara langsung kepada masa depan dunia pekerjaan. Malaysia adalah antara negara
yang membuat persediaan secara komprehensif bagi menghadapi revolusi digital ini.

Era IR4.0 menekankan kepada digital economy, artificial intelligent, big data, robotic,
blockchain, teknologi angkasa dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, penerapan IR4.0 di
sekolah menekankan aspek Reka Bentuk dan Teknologi, Asas Sains Komputer dan pelbagai
subjek elektif lain seperti subjek kejuruteraan dan digital keusahawanan yang ditawarkan oleh
pihak sekolah kepada pelajar. Komponen lain yang juga tidak diabaikan oleh kementerian ialah
memperkukuh inisiatif STEM melalui integrasi dengan Art dan Reading.

Para pemimpin pendidikan perlu memastikan supaya guru dan pelajar bijak mengambil
peluang untuk menggilap minat dan kecenderungan mereka dalam aplikasi teknologi terkini
supaya mereka mendapat kemahiran dalam kemahiran penggunaan teknologi. Kemahiran
tersebut dapat memberi manfaat dan kelebihan kepada masa depan dan kerjaya pelajar
khususnya.

Perubahan ke arah mesra IR4.0 dalam sistem pendidikan perlu dirancang oleh pihak pembuat
dasar dengan teliti supaya pelajar dapat menguasai dan mengaplikasikan kemahiran IR4.0 dari
peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Pelajar perlu diberikan
peluang untuk meneroka kepelbagaian pengetahuan dan kemahiran IR4.0 supaya mereka tidak
ketinggalan dalam kepesatan teknologi terkini.

e-Resos: Dokumen SKPMg2 (Versi Pelancaran) 4
Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020

A. Berwawasan

e-Resos: Mohd Fairuz Mohd Yusof (2017). Revolusi Perindustrian KeeMpat/Fourth Industrial 5
Revolution/IR4.0. Pusat Bank Data Negara dan Inovasi, ICUJPM

: Anealka Aziz Hussin (2018). Education 4.0 made simple: Ideas for teaching.
International Journal of Education & Literacy Studies. Australian International Academic
Centre PTY.LTD

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020

A. Berwawasan

Arahan Tugasan: Sekolah Menengah
1. Perbincangan dalam kumpulan perlu dilaksanakan sebelum sesi pembentangan.

2. Peserta digalakkan merujuk bahan-bahan dalam e-Resos dan sumber-sumber lain yang
berkaitan.

3. Senario perbengkelan:

Anda dilantik menjadi pemimpin sekolah di SMK Bandar (Rujuk Lampiran A – Profil
Sekolah). Selepas enam (6) bulan melaporkan diri, anda membentangkan intervensi yang
telah dilaksanakan kepada pemegang taruh dalaman dan luaran untuk merealisasikan
wawasan sekolah bagi mencapai hasrat KPM [Rujuk Lampiran B – Revolusi Industri
(IR4.0) Dalam Pendidikan]. Intervensi yang dibentangkan itu adalah berdasarkan
pengalaman anda sebagai pemimpin di sekolah terdahulu dengan penambahbaikan.

4. Soalan perbengkelan:

Sebagai pemimpin sekolah di SMK Bandar, kemukakan intervensi berdasarkan
pengalaman anda untuk mencapai SALAH SATU intipati konsep Revolusi Industri
(IR4.0) Dalam Pendidikan. Intervensi ini hendaklah menunjukkan tindakan
penambahbaikan melalui proses-proses membangun, menterjemah, mengimplementasi
dan menilai hala tuju organisasi (Rujuk Kerangka Dasar Hala Tuju adaptasi Model
Kaplan 2010).

5. Syarat perbengkelan:

a. Setiap ahli perlu menjawab soalan yang dikemukakan secara individu sebelum sesi
perbincangan kumpulan.

b. Perbincangan kumpulan bertujuan untuk mendapatkan kesepakatan berkaitan bidang
yang dipilih. Perbincangan dilaksanakan dalam atau di luar waktu kuliah.

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 6

A. Berwawasan

c. Ketua kumpulan perlu memastikan supaya setiap ahli memilih satu (1) intervensi
yang berbeza daripada intipati konsep mana-mana bidang Revolusi Industri (IR4.0)
Dalam Pendidikan.

d. Setiap ahli kumpulan perlu membentangkan intervensi yang telah dipilih.
Jumlah slaid perlulah bersesuaian dengan masa pembentangan selama tujuh (7)
minit.

6. Syarat pembentangan:

a. Setiap ahli kumpulan wajib terlibat dalam pembentangan.
b. Setiap ahli diperuntukkan masa pembentangan selama tujuh (7) minit.
c. Salinan slaid perlu diserahkan kepada pengurus sebelum sesi pembentangan

bermula.

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 7

A. Berwawasan

Lampiran A

PROFIL SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR

Kategori Sekolah: Gred A (Pinggir Bandar)
Enrolmen: 1546 orang
Bilangan Guru: 120 orang
Staf Sokongan: 14 orang
Sesi Pembelajaran: 2 sesi

PENCAPAIAN 2017 TAHUN 2019
52% 2018 42%
PT3 (% MTM) 5.16 47% 6.05
SPM (GPS) 2.30 5.44 1.97
STPM (CGPA) 2.10 2.02 1.85
KOKURIKULUM (GPS) 1.90

KEHADIRAN MURID

TAHUN 2017 2018 2019
PERATUS 86.7% 74.0% 72.0%

PENGALAMAN MENGAJAR GURU

TAHUN 5 tahun ke bawah 6 – 10 10 tahun ke atas
PERATUS 15% 65% 20%

MAKLUMAT PENDAPATAN IBU BAPA/PENJAGA

PENDAPATAN RM1000 ke RM1001 - RM3800 RM3801 ke atas
PERATUS bawah 10% 25%
65%

MAKLUMAT TAMBAHAN

1. Fizikal – Kelas mencukupi dan dilengkapi padang permainan serta dewan serbaguna.
2. Kepimpinan – Tiada Pengetua selama 8 bulan
3. Guru – 90% mengajar mengikut opsyen
4. Murid – Sekolah dalam perhatian JPN bagi masalah disiplin.

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 8

A. Berwawasan

Lampiran B

REVOLUSI INDUSTRI (IR4.0) DALAM PENDIDIKAN

Sejak tercetusnya IR4.0 pada pertengahan 2016 yang membabitkan teknologi automasi,
cabaran baharu mula meresap ke dalam semua sektor perkhidmatan dan perindustrian negara.

Cabaran IR4.0 menuntut perubahan mind-set semua pihak seiring transfomasi digital itu,
supaya dapat merancakkan kemajuan landskap dunia moden, memandangkan IR4.0 memberi
kesan secara langsung kepada masa depan dunia pekerjaan. Malaysia adalah antara negara
yang membuat persediaan secara komprehensif bagi menghadapi revolusi digital ini.

Era IR4.0 menekankan kepada digital economy, artificial intelligent, big data, robotic,
blockchain, teknologi angkasa dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, penerapan IR4.0 di
sekolah menekankan aspek Reka Bentuk dan Teknologi, Asas Sains Komputer dan pelbagai
subjek elektif lain seperti subjek kejuruteraan dan digital keusahawanan yang ditawarkan oleh
pihak sekolah kepada pelajar. Komponen lain yang juga tidak diabaikan oleh kementerian ialah
memperkukuhkan inisiatif STEM melalui integrasi dengan Art dan Reading.

Para pemimpin pendidikan perlu memastikan supaya guru dan pelajar bijak mengambil
peluang untuk menggilap minat dan kecenderungan mereka dalam aplikasi teknologi terkini
supaya mereka mendapat kemahiran dalam kemahiran penggunaan teknologi. Kemahiran
tersebut dapat memberi manfaat dan kelebihan kepada masa depan dan kerjaya pelajar
khususnya.

Perubahan ke arah mesra IR4.0 dalam sistem pendidikan perlu dirancang oleh pihak pembuat
dasar dengan teliti supaya pelajar dapat menguasai dan mengaplikasikan kemahiran IR4.0 dari
peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Pelajar perlu diberikan
peluang untuk meneroka kepelbagaian pengetahuan dan kemahiran IR4.0 supaya mereka tidak
ketinggalan dalam kepesatan teknologi terkini.

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 9

A. Berwawasan

e-Resos: Mohd Fairuz Mohd Yusof (2017). Revolusi Perindustrian Keempat/Fourth Industrial
Revolution/IR4.0. Pusat Bank Data Negara dan Inovasi, ICUJPM

: Anealka Aziz Hussin (2018). Education 4.0 made simple: Ideas for teaching.

International Journal of Education & Literacy Studies. Australian International Academic

Centre PTY.LTD.

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 10

B.

MENERAJUI PERUBAHAN

KOMPETENSI:
I. MEMIMPIN PERUBAHAN
II. MEMBUAT KEPUTUSAN
III. MENYELESAIKAN MASALAH

KANDUNGAN:
I. MEMIMPIN PERUBAHAN
II. MEMBUAT KEPUTUSAN
III. MENYELESAIKAN MASALAH

A. Menerajui Perubahan

Arahan Tugasan:

1. Perbincangan dalam kumpulan perlu dilaksanakan sebelum sesi pembentangan.

2. Peserta digalakkan merujuk bahan-bahan dalam e-Resos dan sumber-sumber lain yang
berkaitan.

3. Peserta perlu meneliti semua bahan stimulus yang disertakan. Bahan tersebut merupakan
mandat sistem pendidikan yang memerlukan perubahan dan pembudayaan amalan-amalan
tertentu di sekolah Malaysia (Lampiran A1). Pelaksanaan mandat tersebut merupakan
tanggungjawab bersama setiap ahli pasukan pemimpin dan pengurus sekolah.

4. Setiap peserta (secara individu) dikehendaki memilih SATU (1) daripada tiga (3) bahan
stimulus yang disediakan sebagai asas kepada pembentangan masing-masing.

5. Setiap peserta dikehendaki membuat pembentangan secara INDIVIDU.

6. Peserta mestilah mempamerkan kompetensi sebagai pemimpin perubahan sesuai dengan
fungsi atau tugas dan tanggung jawab masing-masing berdasarkan stimulus yang dipilih
semasa pembentangan.

7. Peserta hendaklah menghuraikan tindakan yang telah diambil berasaskan analisis data
organisasi masing-masing.

8. Peserta perlu menyatakan alat-alat membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang
digunakan. Peserta juga perlu menjelaskan bagaimana alat-alat tersebut diaplikasikan.

9. Peserta mesti menghuraikan penambahbaikan yang dilakukan bagi melestarikan perubahan
berdasarkan pemahaman masing-masing terhadap kandungan e-NPQEL Modul 2:
Menerajui Perubahan.

10. Peserta dikehendaki mempamerkan EMPAT (4) kompetensi berikut semasa
Pembentangan Eksekutif:

a. Berfikiran Strategik
Keupayaan berfikir secara kreatif, inovatif dan futuristik bagi menentukan hala tuju
organisasi berdasarkan jangkaan persekitaran masa hadapan.

b. Membuat Keputusan
Keupayaan membuat pilihan yang relevan dan mempunyai justifikasi berasaskan
maklumat dengan mempertimbangkan pelbagai aspek dan alternatif.

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 11

A. Menerajui Perubahan

c. Memimpin Perubahan
Keupayaan untuk menerima dan memandu perubahan dengan mengadaptasi tindakan
melalui sokongan individu warga organisasi bagi memacu pembangunan dan
pencapaian.

d. Menyelesaikan Masalah
Keupayaan untuk mengenal pasti masalah dan menggunakan logik, justifikasi, dan
data untuk menilai alternatif serta melaksanakan penyelesaian untuk mencapai
matlamat sebagaimana yang dihasratkan oleh organisasi.

11. Peserta DITAKSIR SECARA INDIVIDU berasaskan kompetensi yang dipamerkan
semasa pembentangan.

12. Tujuh (7) minit diperuntukkan bagi setiap peserta untuk membuat pembentangan.

13. Peserta perlu menyediakan slaid pembentangan masing-masing.

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 12

B. Menerajui Perubahan

Stimulus 1

Apakah tindakan yang telah anda ambil untuk menerajui perubahan terhadap
penggunaan pelantar pembelajaran Google Classroom (GC) dalam organisasi?

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 13

B. Menerajui Perubahan

Stimulus 2

Antara punca berlakunya masalah disiplin di sekolah adalah kurangnya
penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan murid. Apakah aspek menerajui
perubahan yang telah anda lakukan bagi memastikan nilai-nilai murni
diterapkan dalam organisasi?

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 14

B. Menerajui Perubahan

Stimulus 3

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 15

B. Menerajui Perubahan

Apakah tindakan yang telah anda ambil dalam menerajui perubahan bagi
menerapkan kemahiran keusahawanan dalam organisasi?

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 16

C.

MENCEMERLANGKAN
ORGANISASI

KOMPETENSI:
MEMIMPIN PEMBELAJARAN

KANDUNGAN:
i. KEPIMPINAN INSTRUKTIONAL

ii. COACHING & SUPERVISION

iii.PENGURUSAN SUMBER DAN
OPERASI

C. Memimpin Pembelajaran

Arahan Tugasan

1. Perbincangan dalam kumpulan perlu dilaksanakan sebelum setiap sesi Pembentangan
Eksekutif.

2. Peserta digalakkan merujuk bahan-bahan dalam e-Resos dan sumber-sumber lain yang
berkaitan.

3. Berdasarkan bahan stimulus yang diberikan, sila kenal pasti isu yang dihadapi dan
tindakan penyelesaian yang boleh dilaksanakan berlandaskan fungsi anda sebagai
pemimpin pembelajaran di sekolah.

4. Proses pelaksanaan penyelesaian masalah tersebut perlu dihuraikan secara terperinci
dengan menggabungjalinkan mana-mana elemen fungsi memimpin pembelajaran yang
relevan iaitu pemimpin instruksional, coaching and supervision, atau pengurusan
sumber dan operasi.

5. Semasa membentangkan tindakan penyelesaikan masalah yang terdapat dalam Kajian
Kes tersebut, peserta perlu meletakkan diri sebagai pemimpin sekolah yang memimpin
pembelajaran dengan menghasilkan inovasi dalam mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang kondusif, dan membangunkan potensi guru dalam
menggalakkan pengajaran berkesan berdasarkan data sekolah masing-masing.

6. Setiap ahli kumpulan wajib terlibat dalam Pembentangan Eksekutif ini dengan
mempamerkan standard kompetensi Menyelesaikan Masalah, Memimpin Perubahan,
Memimpin Pembelajaran dan Membangun Kapasiti. Berikan justifikasi anda bagi
setiap pendekatan yang digunakan.

7. Peserta bebas memilih kaedah pembentangan yang difikirkan sesuai kecuali kaedah
forum.

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 17

C. Memimpin Pembelajaran

Kes 1 : Sekolah Rendah

Dalam Marahnya Ada Sayang

Sekolah Kebangsaan Adiwira (Lampiran 1) merupakan sekolah luar bandar Gred A. Guru
besarnya En. Shaari bin Sulaiman (Lampiran 2) sering meninggalkan tugas kerana sibuk
dengan pelbagai aktiviti dan program di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Natijahnya, proses penyeliaan dan pemantauan kurang dilakukan, guru-guru tidak berfokus
pada core business, dan budaya pembelajaran yang positif tidak wujud di sekolah. Namun
begitu, untuk menunjukkan ‘keberadaan’ guru besar, En. Shaari ada melakukan pemantauan
management by walking around sebagai rutin pagi jika berada di sekolah.

Tetamu Pagi, 1 April 2019

Kebetulan hari itu En. Shaari ada di sekolah. En. Karim Shah Mohd Wali, Timbalan PPD
Sektor Perancangan, datang berjumpa En. Shaari. Mereka membincangkan surat aduan
daripada penjaga terhadap Cikgu Rahimah Noor (Lampiran 3).

Karim Shah: Apa dah jadi dengan Cikgu Rahimah Noor? Hingga lebam biji mata murid
Shaari: dibuatnya? Ini bukan kali kedua, tapi sudah tiga kali penjaga hantar surat
Karim Shah: aduan, masih tak berubah perangai lagi?
Shaari:
Karim Shah: Cikgu Rahimah Noor memang begitu... kalau gula dalam darahnya naik,
Shaari: dia cepat panas baran dan perlakuannya di luar batasan.
Karim Shah:
Shaari: Cikgu Shaari kenalah buat sesuatu! Janganlah biarkan kes ini berlarutan
hingga menjadi isu dan polemik. Jika penjaga membawa kes ini ke
mahkamah, cikgu juga yang akan susah nanti!

Semasa saya buat pemantauan di kelas-kelas, Cikgu Rahimah Noor
nampaknya mengajar dengan baik. Cuma... kebelakangan ini, dia meragam
sedikit. Sebab kencing manisnyalah!

Pernahkah Cikgu Shaari membuat pencerapan terhadap pengajaran Cikgu
Rahimah Noor? Apakah kaedah pedagogi yang digunakan? Bagaimana
hubungannya dengan murid di dalam kelas?

Saya fikir... tidak perlu sampai begitu saya membuat penilaian. Cikgu
Rahimah Noor ini guru senior... guru dulu-dulu...

(Dengan nada sinis) Guru dulu-dulu... dalam ajarnya ada harapan, dalam
tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang... tetapi, cikgu Rahimah
Noor seolah-olah sudah burnout pulak!

Saya faham benar dengan perangai Cikgu Rahimah Noor... berada dalam
zon selesa, hanya mahu mengajar di kelas cemerlang Tahap Dua. Sentiasa
bad mood dan langsung tak pernah beri apa-apa insentif kepada murid
dalam pengajarannya.

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 18

C. Memimpin Pembelajaran

Karim Shah: (Dengan pantas mencelah) Jadi, apakah tindakan susulan Cikgu Shaari?

Shaari: (Termenung sejenak) Tahun lepas saya telah melaksanakan tujuh (7) kali
program pembangunan staf untuk meningkatkan motivasi guru. Tahun ini
saya akan buat banyak lagi program motivasi di sekolah ini.

Karim Shah: (Dengan serius memandang tepat ke muka Shaari) Cikgu perlulah adakan
kursus perkembangan staf berkaitan pedagogi, kaedah pengajaran dan
pengurusan kelas... bukan hanya program motivasi semata-mata!

Shaari: Saya faham En. Karim Shah! Majlis Guru Besar daerah ini telah banyak
melaksanakan seminar dan kolokium berkaitan dengan isu pengajaran dan
pembelajaran. Saya akan memastikan Cikgu Rahimah Noor dapat turut
serta dalam aktiviti dan program seperti itu kelak.

Karim Shah: (Sambil bangun untuk pulang) Buatlah penambahbaikan sewajarnya. Saya
bimbang akan penjaga berkenaan yang mungkin akan menghantar surat
aduan kepada Pengarah Pendidikan Negeri pulak!

Perasaan En. Shaari berbaur marah dan kecewa. Marah terhadap penjaga yang telah
membuat aduan. Kecewa dengan ragam dan perangai Cikgu Rahimah Noor.

Rakaman Memori, 27 Februari 2019

Sambil termenung sendirian, En. Shaari menyingkap kembali nostalgia Februari lalu.
Peristiwa semasa beliau membuat pemantauan menerpa di ruang matanya yang lesu. Ketika
itu beliau ternampak seorang murid sedang menangis di hujung bangunan.

Shaari: Siapa nama awak?
Murid: Aaz... Aznil…. (Terasak-esak)
Shaari: Mengapa awak menangis?
Murid: Sayaa... saya sakit perut. (Menekan-nekan ke pusatnya)
Shaari: Awak dah sarapan pagi ke? (Cuba meneka)
Murid: Belum…. (menggelengkan kepala)
Shaari: (Segera mendapat jawapan) Mari ikut cikgu ke kantin.

Selepas melayan Aznil minum, Encik Shaari berjumpa dengan Puan Chan Tiek Nya,
Penolong Kanan Pentadbiran yang baharu (Lampiran 3).

Shaari: (Mengeluh simpati) Kasihan murid kita... Aznil. Dia sakit perut kerana
tidak bersarapan pagi.

Chan Tiek Nya: (Tersentak) Emmm... Aznil? Murid Tahun 4 Merah ke?

Shaari: (Nada tegas) Ya, dia menangis di hujung bangunan sekolah tadi!

Chan Tiek Nya: Sebenarnya... Aznil terpaksa berbohong dan berpura-pura sakit perut! Dia
akan menyorok di hujung bangunan sekolah atau tidak akan datang ke
sekolah kalau tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberi oleh Cikgu
Rahimah Noor. Aznil takut didenda!

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 19

C. Memimpin Pembelajaran

Pemeriksaan Nazir Sekolah, 25 Jun 2019

Penaziran bertemakan PdP PAK21 telah dilakukan oleh sepasukan Nazir Sekolah yang ketuai
oleh En. Salimuddin Mohd Din.

Salimuddin: Saya dapati guru-guru tidak mengaplikasikan konsep PdP PAK21 semasa
Shaari: mengajar. Tambahan pula, penggunaan alat bantu mengajar amat kurang.
Salimuddin: Pernahkah penyeliaan dan pemantauan dilakukan terhadap mereka?

Shaari: Setiap pagi saya melaksanakan management by walking around untuk
memastikan guru mengajar dan murid belajar di dalam kelas.

(Dengan lebih kemas) Maksud saya penyeliaan yang berfokus pada
kaedah, teknik dan cara pengajaran guru dan pembelajaran murid.

Semasa melakukan semakan, saya juga mendapati sehingga kini, hanya 10
peratus peruntukan PCG mata pelajaran telah digunakan, sedangkan kita
sudah berada di pertengahan tahun. Sepatutnya, sekurang-kurangnya 50
peratus daripada peruntukan telah dibelanjakan untuk tujuan PdP.

Kalau penyeliaan itu... saya sudah memberi empowerment kepada
kesemua penolong kanan saya. Maklumlah saya terlalu sibuk dan sering
keluar menghadiri mesyuarat, taklimat, seminar dan sebagainya

En. Salimuddin menyemak dengan teliti borang pencerapannya terhadap pengajaran Cikgu
Zainab Zain (Lampiran 4).

Salimuddin : Emmm... Cikgu Zainab Zain masih belum menguasai isi pengajaran
Shaari : Matematik yang disampaikan. Sebagai guru baharu, beliau perlu diberi
bimbingan yang sewajarnya.
Salimuddin:
Shaari: (Memberi alasan) Guru baharu sememangnya bermasalah... tidak gemar
Salimuddin: mengajar tapi lebih berminat dengan aktiviti hands-on dan kokurikulum.
Shaari: Majlis Guru Besar sudah pun mencadangkan agar Bahagian Pendidikan
Salimuddin: Guru menyemak semula modul dan kurikulum untuk guru pelatih di
Institut Pendidikan Guru.

(Pantas memotong) Kita fokus pada peranan pentadbir sekolah sebagai
pemimpin pembelajaran!

(Menguatkan alasan) Saya menerima laporan daripada Penolong Kanan
tentang guru baharu yang sering lewat masuk ke kelas, mengajar sambil
lewa, dan tidak memberi tugasan kepada murid.

(Menyemak kembali kertas catatan) Encik Shaari, saya mencadangkan
agar keadaan persekitaran bilik darjah ditingkatkan. Masih banyak ruang
kosong di dalam bilik darjah yang boleh dimanfaatkan.

(Mengangguk layu) Kami akan melakukan penambahbaikan sewajarnya!

(Meringkaskan perbincangan) Laporan penuh bagi pemeriksaan ini akan
saya kirimkan ke sekolah ini secepat mungkin. Terima kasih atas
kerjasama semua pihak, khususnya Encik Shaari!

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 20

C. Memimpin Pembelajaran

Mesyuarat Pengurusan Kurikulum, 12 Ogos 2019

Pengarah Pendidikan Negeri mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Kurikulum Negeri
yang turut dihadiri Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) dan En. Shaari selaku Yang Dipertua
Majlis Guru Besar Daerah.

Pengarah: Peranan guru besar sebagai pemimpin pembelajaran sangat penting bagi
PPD: meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran murid di sekolah.
Pengarah: Sehubungan itu, Pegawai Pendidikan Daerah hendaklah bersedia bertindak
Shaari: sebagai trouble-shooter untuk menyelesaikan sebarang masalah yang
PPD: timbul pada bila-bila masa bagi memastikan kualiti pengajaran dan
Pengarah: pembelajaran di sekolah sentiasa berada pada tahap yang tinggi

(Mencelah) Tuan Pengerusi, pihak PPD sentiasa berusaha membuat
pemantauan serta mendapatkan data dan maklumat berkaitan dengan
pencapaian akademik murid. Masalahnya kami kekurangan pegawai
untuk pergi menyiasat dan menyelesaikan kes-kes aduan. Kami banyak
menerima aduan berkaitan dengan kaedah pengajaran guru yang kurang
berkesan.

Saya mahu Majlis Guru Besar berperanan sebagai peneraju dalam
memberikan kefahaman dan keyakinan kepada guru besar di daerah
masing-masing untuk membimbing, memandu dan menyokong usaha para
guru ke arah pelaksanaan pengajaran yang berkesan.

Tuan Pengerusi, Majlis Guru Besar telah pun merancang serta
melaksanakan pelbagai program dan aktiviti berbentuk keilmuan ke arah
pembangunan insan yang pasti dapat meningkatkan keupayaan sekolah
sebagai organisasi pembelajaran.

(Segera memintas) Pejabat Pendidikan Daerah sangat berbesar hati dengan
segala usaha dan peranan Majlis Guru Besar selama ini.

(Sedikit mencemik) Menyebut tentang pembangunan insan... sehingga hari
ini PPD masih menerima beberapa aduan daripada penjaga berhubung
dengan kualiti pengajaran guru di SK Adiwira.

(Meneliti fail) Saya juga menerima aduan mengenai SK Adiwira yang
tiada budaya pembelajaran, bilik darjah yang tidak kondusif, guru besar
sering keluar dan guru-guru tidak berfokus pada core business!

(Membuat penegasan) Di dalam fail ini juga ada laporan Nazir Sekolah
hasil daripada pemeriksaan bertema di SK Adiwira. Dalam Laporan ini
juga ada menyatakan sehingga bulan Jun 2019, sekolah hanya
membelanjakan 10 peratus daripada keseluruhan peruntukan PCG mata
pelajaran yang diterima. Bagi saya, ini memberi gambaran bahawa tiada
perancangan dalam mengurus peruntukan kewangan dan tiada pemantauan
dibuat oleh pentadbir sekolah.

Tekak Shaari kelat dan terkedu. Beliau tersandar malu dan tersipu. Berbekalkan sisa
keegoan yang masih ada, beliau berusaha untuk bersuara. Namun kata-kata yang ingin
dilafazkan seperti terlekat. Mukanya merah menahan marah dan geram terhadap sikap guru-
gurunya. Beliau perlu bertindak segera untuk menangani masalah di sekolahnya.

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 21

C. Memimpin Pembelajaran

Lampiran 1

Profil Sekolah

Nama Sekolah: SK Adiwira
Lokasi: Luar Bandar
Status: Gred A (Satu Sesi)
Bilangan Guru: 33 orang (29 Siswazah, 4 bukan siswazah)
Enrolmen: 670 murid (80% Melayu, 15% Cina, 5% India)
Bilangan Kelas: 15 buah
Kemudahan Sekolah: Bilik Guru
Bilik Sains
Latar belakang Penjaga: Padang Permainan
Makmal Komputer
Pusat Akses Sekolah
Bilik Pemulihan Khas
Pusat Sumber Sekolah
Bilik Self-Access Learning
Kakitangan Kerajaan
Kakitangan Swasta
Peniaga
Kerja Sendiri

Keputusan UPSR SK Adiwira dari 2015 hingga 2019

Tahun Jumlah Bilangan % Lulus % Gagal Bilangan 6A
Calon Lulus
2015 67.9 32.1 9
2016 81 55 68.2 31.8 11
2017 132 90 78.9 21.1 13
2018 114 90 71.7 28.3 10
2019 120 86 76.0 24.0 9
125 95

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 22

C. Memimpin Pembelajaran

Lampiran 2

Profil Guru Besar

Nama: Hj. Shaari bin Sulaiman
Umur: 54 tahun
Gred: DG48
Kelulusan Akademik:
Kelulusan Ikhtisas: Sarjana Muda Pendidikan (OUM)
Kursus Pernah Dihadiri: Sijil Perguruan Malaysia
Kursus Pengurusan Sekolah
Pengalaman Pentadbiran: Kursus Pengurusan Tatatertib
Kursus Pengurusan Kewangan
TugasTugas Sampingan: Kursus Kepimpinan Sekolah Bestari
Kursus Aplikasi Perisian Mel Elektronik

Guru Penolong (1985 – 1990)
GPK Kokurikulum (1990 – 1998)
GPK Hal Ehwal Murid (1998 – 2005)
GPK Pentadbiran (2005 – 2011)
Guru Besar SK Manjakani (2011 – 2015)
Guru Besar SK Adiwira (2015 hingga kini)

Yang Dipertua Majlis Guru Besar Daerah
Pengerusi Rukun Tetangga Taman Muflas
Ketua Cawangan Parti Politik X Taman Muflas
Pengerusi Masjid Al Hijazz Bukhatir
Pengerusi Koperasi Kalabul Malami

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 23

C. Memimpin Pembelajaran

Lampiran 3

Profil Cikgu Rahimah Noor

Nama: Rahimah binti Noor
Umur: 55 tahun
Gred: PPPLD DGA 34 (Time Based)
Kelulusan Akademik: Sijil Pelajaran Malaysia
Kelulusan Ikhtisas: Sijil Perguruan Malaysia
Perkhidmatan: 4 tahun Guru Sandaran di SJK (T) Ramasamy
5 tahun Guru Penolong di SJK(C) Tong Seng
Masalah Kesihatan: 8 tahun Guru Penolong di SK Bumisaya
18 tahun Guru Penolong di SK Adiwira
Kencing Manis
Darah Tinggi

Profil Penolong Kanan Pentadbiran

Nama: Chan Tiek Nya
Umur: 44 tahun
Gred: DG44
Kelulusan Akademik: Sarjana Muda Pendidikan (OUM)
Kelulusan Ikhtisas: Sijil Perguruan Malaysia
Kursus Pernah Dihadiri: Kursus Aplikasi Komputer
Kursus Pengurusan Pusat Sumber
Perkhidmatan: Kursus Learning & Reading Skills
Kursus Pengurusan Hal Ehwal Murid
Kursus Pemeriksaan Kertas Matematik UPSR
15 tahun Guru Penolong di SK Permai
5 tahun GPK Kokurikulum di SK Pertiwi
4 tahun GPK Hal Ehwal Murid di SK Perwira
Baru 8 bulan PK Pentadbiran di SK Adiwira

*Ditempatkan di SK Adiwira untuk menggerakkan Program Transformasi Sekolah (TS25)

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 24

C. Memimpin Pembelajaran

Lampiran 4

Profil Cikgu Zainab Zain

Nama: Zainab binti Zain
Umur: 25 tahun
Gred: DG41
Kelulusan Akademik: Sarjana Muda Pendidikan
Kelulusan Ikhtisas: Sarjana Muda Pendidikan
Senarai Tugas: Guru Penasihat Pengakap
Guru Penasihat Kelab Kembara
Bendahari Kedai Koperasi Sekolah
Setiausaha Jawatankuasa Keceriaan
Jurulatih Utama Agensi Antidadah Negeri

*Ditempatkan di SK Adiwira selepas tamat pengajian di Institut Perguruan Bestari

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 25

C. Memimpin Pembelajaran

Kes 2 : Sekolah Menengah

Menggalas Kecemerlangan

Sekolah Menengah Kebangsaan Cekal (Lampiran 1) telah dibuka 14 tahun lalu. En. Harun
Othman mula bertugas sebagai pengetua sejak awal Mac tahun 2018. Beliau berulang alik
dari rumah kediaman ke sekolah yang berjarak 110 km sehala. Pertukaran beliau ke sekolah
baharu amat tidak disenanginya dan menimbulkan banyak masalah khasnya apabila berkaitan
dengan rawatan kesihatan. Beliau adalah seorang yang tegas dan serius dalam menjalankan
tugas hariannya. Sejak awal, kepimpinan beliau di sekolah baharu telah menimbulkan situasi
kurang selesa dalam kalangan guru-guru dan staf sokongan kerana beliau tidak menggunakan
budi bicara dan kurang bertolak ansur dalam perkara-pekara yang melibatkan kebajikan guru
dan staf pelaksana. Keadaan ini telah mengganggu emosi dan kualiti kerja guru dan staf
sokongan sekolah berkenaan. Usaha guru-guru tidak diberi penghargaan dan sebaliknya
diberi tekanan dengan alasan usaha mereka masih di tahap rendah.

Kemuncak kemelut ini berlaku apabila guru-guru dan staf yang datang lewat bertugas telah
dimarahi, disindir di hadapan orang ramai seperti di pejabat, bilik guru dan diberikan surat
tunjuk sebab. Pengetua tidak menerima sebarang penjelasan daripada guru-guru atau staf
berkenaan.

Seorang staf telah bertengkar dengan pengetua di bilik pengetua kerana tidak berpuas hati
dengan tindakan yang diambil terhadapnya. Selang beberapa minggu, staf berkenaan telah
dipindahkan ke sekolah lain. Keadaan ini menyebabkan wujudnya sekelompok guru dan staf
yang menentang kepimpinan pengetua. Keadaan ini mewujudkan sindrom guru dan staf
hilang minat bertugas.

Kesannya murid-murid telah menjadi mangsa. Prestasi mereka sangat terjejas khasnya murid-
murid Tingkatan Lima akibat pertelingkahan ini. Usaha Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG)
untuk membantu pihak pengurusan sekolah menemui jalan buntu kerana pengetua berkenaan
tidak mahu bertolak ansur. Keadaan ini mewujudkan jurang dalam perhubungan dan
kerjasama antara PIBG dengan pengurusan sekolah. Ahli Jawatankuasa PIBG telah membuat
aduan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Situasi ini amat merisaukan dan mencabar kewibawaan
pengetua baharu yang akan bertugas di sekolah berkenaan.

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 26

C. Memimpin Pembelajaran

PENGETUA BAHARU

En. Mokhtar Jamaluddin (Lampiran 2) berpengalaman 26 tahun dalam perkhidmatan
pendidikan dan pernah bertugas di tiga buah sekolah menengah. Beliau aktif dalam aktiviti
yang dianjurkan oleh PPD dan Jabatan Pendidikan Negeri. Sepanjang tempoh perkhidmatan,
beliau telah menerima 2 kali Anugerah Guru Cemerlang. Beliau telah menyambung
pengajian dan memperoleh Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kauseling) tiga tahun
yang lepas. Beliau baru enam bulan menamatkan pengajian dalam Kursus NPQEL (National
Professional Qualification for Educational Leaders) yang melayakkan beliau menjadi
pengetua sekolah. Sikap beliau yang peramah amat disenangi oleh banyak pihak, bersesuaian
dengan karakter beliau sebagai seorang kaunselor dan pemimpin.

Melapor Diri di Pejabat Timbalan Pengarah (Sekolah) pada 4 Mei 2019

En. Ahmad: Selamat datang dan tahniah. Saya berharap En. Mokhtar telah buat keputusan
menerima jawatan kenaikan pangkat ini.

En. Mokhtar: Terima kasih, Tuan. Sebenarnya saya terima jawatan ini kerana ingin
menyahut cabaran dan menambah banyak pengalaman khasnya dalam bidang
pentadbiran.

En. Ahmad: Syabas... En. Mokhtar memang sangat layak. Saya sangat percaya bahawa
karisma dan pengalaman luas En. Mokhtar akan dapat menjadikan En.
Mokhtar sebagai seorang pemimpin sekolah yang cemerlang.

En.Mokhtar: (En. Mokhtar tersenyum sipu...) Tuan sangat memuji saya. Saya belum lagi
memulakan tugas baharu ini.

En. Ahmad: En. Mokhtar tak perlu merendah diri, saya ada maklumat yang lengkap
tentang latar belakang dan penglibatan tuan di peringkat Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan
khasnya. Saya percaya pengalaman itu dapat dimanfaatkan sebaiknya apabila
cikgu bertugas di sekolah itu nanti.

En.Mokhtar: Insyallah. Saya akan berusaha bersungguh-sungguh. Saya mohon sokongan
dan bimbingan pihak tuan pada masa akan datang. Boleh tuan ceritakan
sedikit latar belakang sekolah yang akan saya ditempatkan? Terima kasih,
tuan.

En. Ahmad: Oh... Ya... sudah tentu boleh. Untuk makluman En. Mokhtar, Sekolah
Menengah Kebangsaan Cekal ialah sekolah yang mempunyai rekod
pencapaian yang baik. Saya yakin kehadiran tuan akan dapat meningkatkan
lagi prestasi sekolah tersebut, tetapi... ada masalah sikit dengan sikap dan
keyakinan diri guru-guru yang telah menurun. Prestasi murid juga telah
merosot akibat pertelingkahan antara guru, staf dengan pengetua lama yang
sudah bersara. Tapi... saya percaya dengan pengalaman dan kemahiran cikgu
dalam bidang bimbingan dan kaunseling khasnya akan dapat mengatasi
masalah tersebut dengan baik.

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 27

C. Memimpin Pembelajaran

En. Mokhtar: (memberi perhatian dan penuh minat) Insyallah tuan, saya akan berusaha
menyelesaikan masalah tersebut dan melonjakkan kecemerlangan sekolah ini
seperti yang diharapkan. Terima kasih, tuan.

En. Ahmad: Syabas! Sikap positif En.Mokhtar sangat saya puji. Alangkah baiknya jika
ramai pemimpin sekolah yang mempunyai sikap seperti tuan. Selamat
bertugas! Saya doakan agar tuan berjaya. Terima kasih dan jumpa lagi.

Semasa perjalanan pulang, En. Mokhtar masih memikirkan kata-kata En. Ahmad, ”sikap dan
harga diri guru-guru menurun” dan ”prestasi akademik murid juga merosot!” Terasa beban
dan hebatnya cabaran yang akan dihadapinya. Banyak teori dan pendekatan yang sedang
difikirkan oleh En. Mokhtar bagi menangani masalah yang sedang dihadapi. Namun, En.
Mokhtar mengeluh panjang kerana tidak pasti formula apa yang akan digunakan bagi
penyelesaian masalah tersebut.

Sesi Taklimat Bersama Penolong-penolong Kanan (Lampiran 2 dan 3)

PK Pentadbiran: Selamat datang, kami sangat mengalu-alukan kehadiran tuan. Sukacita
saya maklumkan kepada tuan, jumlah guru terlatih 57 orang, empat
Pengetua: orang guru ganti dan lapan orang staf pelaksana. Murid pula seramai 620
PK Pentadbiran: orang termasuk 50 orang murid Pendidikan Khas bermasalah
pembelajaran. Sebahagian besar murid datang dari latar belakang
pencapaian akademik yang sederhana dan rendah. Secara keseluruhan
prestasi adalah baik dan boleh ditingkatkan. Guru-guru berpengalaman
lebih daripada lima tahun. Selama ini guru-guru telah berusaha gigih
untuk meningkatkan prestasi sekolah tetapi...

Teruskan puan... (menunggu dengan penuh minat), macam ada sesuatu
masalah besar yang sedang dihadapi di sekolah ini. Boleh puan
jelaskan?

Begini ceritanya cikgu... pada awal tahun ini telah berlaku satu
malapetaka kepada kami... err... kami tidak diberi layanan baik, maruah
kami tercabar dan selalu tertekan dengan sikap dan keputusan tindakan
pengetua lalu... ramai guru memprotes dan dikenakan tindakan walaupun
kesalahan yang dilakukan adalah kecil.

Seorang pembantu tadbir dipindahkan serta-merta dan guru-guru telah
hilang semangat kerja selama ini... mungkin sukar untuk dipulihkan lagi.
PIBG tidak menyokong usaha pengetua dan memboikot segala cadangan
pengetua lalu dan tidak memberi bantuan kewangan. Banyak aktiviti
kurikulum sekolah tidak dapat dilaksanakan. Pencapaian masih belum
mencapai tahap minimum di bawah KSSM Menengah Rendah bagi
Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua, khususnya dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 28

C. Memimpin Pembelajaran

Panitia mata pelajaran tidak dapat berbelanja kerana peruntukan
per kapita mata pelajaran (PCG) tidak pernah dimaklumkan.
Untuk makluman tuan juga, Mesyuarat JK Kewangan Sekolah
tidak pernah diadakan di bawah pengetua lama. Oleh itu, hanya
pengetua dan pembantu tadbir sahaja yang tahu kedudukan
kewangan semasa sekolah.

Pengetua: Hebat juga malapetaka tu, tak ape dan cikgu jangan bimbang

sangat, kita bincang bersama. Pada pandangan saya, guru-guru
kita mengalami “low self-esteem” dan tekanan emosi yang tinggi.

Rasanya kita perlu duduk bersama untuk memastikan semangat

cikgu dipulihkan. Mungkin kita perlu memikirkan jenis pendekatan

dan cara bimbingan yang bersesuaian yang boleh digunakan.

PK Pentadbiran: Untuk makluman tuan, daripada data SKPMg2, saya dapati guru-
guru kita mencapai skor yang rendah dalam Standard 4,
terutamanya Aspek 4.4: Guru Sebagai Pendorong dan Aspek 4.6:
Murid Sebagai Pembelajar Aktif.

Pengetua: Kalau macam itu, kita harus tengok balik aktiviti-aktiviti PdP yang
menyumbang kepada peningkatan tahap minimum dan tahap
yang lebih tinggi. Saya berharap semua Guru Penolong Kanan
dapat menggalas tanggungjawab untuk membantu saya
mencapai hasrat ini.

PK HEM: Tapi cikgu... ramai guru kita dah tak ada mood yang baik sejak 10
bulan lalu... dan ramai juga guru yang mohon pindah sekolah...
tapi kami pujuk mereka! Saya harap cikgu boleh buat perubahan
kerana PT3 dan SPM dah dekat, cikgu. Saya risau akan
pencapaian murid yang semakin lemah, khasnya murid Tingkatan
5. Entahlah, saya pun tak tahu nak buat apa lagi.

PK Kokurikulum: Kami dimaklumkan bahawa cikgu ada latar belakang hebat dalam
bidang kaunseling, saya yakin cikgu boleh memulihkan semula
jiwa sekolah ini. Kami sedia membantu cikgu sedaya upaya kami.
Kami sayang akan sekolah ini.

Pengetua: Terima kasihlah cikgu-cikgu... terharu pulak saya. Saya
menghargainya. Nanti kita fikirkan bersama fomula untuk
mengatasi kes ini (nada memberi harapan dan keyakinan).

PK HEM: Untuk makluman cikgu, disiplin murid kita adalah terkawal, cuma
terdapat kes-kes salah laku kecil tapi kami telah mengatasi
perkara ini. Aktiviti pengurusan melibatkan PPD dan JPN kami
laksanakan mengikut jadual dan mendapat kerjasama baik
daripada guru-guru dan ibu bapa murid.

Ini Buku Laporan Disiplin Murid dan juga perancangan JK di
bawah unit HEM untuk semakan cikgu.

PK Kokurikulum: Secara keseluruhan, aktiviti kokurikulum tidak berjalan dengan
baik... maklumlah… cikgu-cikgu kurang bersemangat.

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 29

C. Memimpin Pembelajaran

Pengetua: Apa masalah lain tentang sekolah ini... boleh beri maklumat kepada
PK Pentadbiran: saya?. Jika ada… apa perkembangannya?

Pengetua: Cikgu… sekolah kita banyak mengalami kerosakan fizikal khususnya
kerosakan tandas murid dan siling bocor di beberapa buah kelas. Sekolah
kita telah berusia 14 tahun dan banyak kerosakan yang perlu dibaiki.

Baiklah, saya akan uruskan permohonan ke PPD. Sebelum itu, saya nak
semak fail pembangunan dan penyelenggaraan. Sekiranya ada
permohonan sebelumnya bolehlah saya buat tindakan susulan. Baiklah,
saya rasa setakat ini perbincangan kita dan kita akan sambung pada masa
akan datang… terima kasih.

Sambil menyandar di kerusi eksekutifnya, pengetua mengeluh dan termenung panjang,
fikirannya dibebani dengan masalah yang baru sahaja dimaklumkan oleh Guru-guru
Penolong Kanan. “Berat juga masalah sekolah ini… tercabar aku.” Sekolah tidak sekadar
memerlukan pendekatan yang lebih baik untuk memastikan hala tuju pendidikan dicapai,
sebaliknya suatu perancangan yang teliti dan kajian yang mendalam diperlukan. Pada masa
yang sama, tahap standard prestasi minimum sebagaimana ditetapkan KSSM dalam semua
DSKP mata pelajaran perlu dipantau. Hal ini memerlukan proses penyeliaan dan bimbingan.

Semangat juang En. Mokhtar melonjak dan banyak teori dan pendekatan yang sedang
difikirkan bagi menangani masalah guru yang hilang harga diri dan kemerosotan prestasi
murid. Namun En. Mokhtar mengeluh panjang kerana tidak pasti sama ada kaedah yang
akan digunakan nanti benar-benar akan dapat menyelesaikan masalah tersebut.

*perancangan strategik, fail-fail perancangan strategik, PINTAS

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 30

C. Memimpin Pembelajaran

Lampiran 1

Profil Sekolah

Nama Sekolah: SMK Cekal
Tarikh dibuka: 16 Mac 2005
Lokasi: Pinggir bandar.
Pencapaian Akademik: Sederhana
Bilangan Guru: 57 orang dan 4 orang ganti.
Bilangan Staf Pelaksana: 8 orang
Bilangan murid: 620 orang (termasuk 50 murid Pendidikan Khas )
Bilangan Kelas: 28 kelas
Sesi Persekolahan: Satu sesi

Status bangunan: 7 buah blok empat tingkat

Kemudahan sekolah: Terdapat 30 buah kelas
Sebuah makmal komputer
Sebuah makmal sains
Sebuah Pusat Sumber
Bilik Mesyuarat
Dewan Serbaguna
Bengkel Kemahiran Hidup
Bilik Pemulihan Khas
Kelas Integrasi Bermasalah Pembelajaran
Surau murid berlantai kayu yang uzur
Bilik Seni/ Bilik Muzik
Bilik SPBT
Kantin Sekolah

Status Keluarga: 30% dari kawasan setinggan
40% kakitangan kerajaan
30% bekerja sendiri

Peratus dan GPS Kelulusan SPM (2015 – 2018)

Tahun Jumlah % Lulus GPS Bilangan 9A
Calon

2015 148 95.27 4.97 1
1
2016 145 91.72 4.69 0
0
2017 114 88.97 5.15 -

2018 116 80.55 5.27

2019 122 - -

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 31

C. Memimpin Pembelajaran

Nama: Lampiran 2
Lahir:
Kelulusan Akademik: Profil Pengetua

Kelulusan Ikhtisas: Mokhtar bin Jamaluddin
Gred: 6 Disember 1968
Pengalaman: Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)
Sarjana Muda Sastera (Linguistik)
Diploma Pendidikan
DG52 (Hakiki)
Guru Penolong (1993–2000)
Ketua Panitia Bahasa Melayu (2001–2007)
Guru Penolong Kanan HEM (2008–2019)
Pengetua (mulai Mei 2019 hingga kini)

Profil Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Nama: Koh Swee Lan
Lahir:
Kelulusan Akademik: 6 November 1966
Kelulusan Ikhtisas:
Gred: Sarjana Muda Sains
Pengalaman:
Diploma Pendidikan

DG52 (KUP)
Guru Penolong (1990–1999 )
Guru Ketua Panitia Sains (2000–2005)
Guru Kanan MP Bidang Sains dan Matematik (2005–
2010)
Guru Penolong Kanan HEM (2011–2013)

Guru Penolong Kanan Pentadbiran (2013 hingga
kini)

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 32

C. Memimpin Pembelajaran

Lampiran 3

Profil Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Nama: Rokilah bte Mahmud
Lahir: 2 Mac 1970
Kelulusan Akademik: Sarjana Muda Sastera (Kepujian)
Kelulusan Ikhtisas: Diploma Pendidikan
Gred: DG48 (Hakiki)
Pengalaman: Guru Penolong (1995–2006)
Guru Ketua Panitia (2007–2011)
Guru Kanan MP Bidang Bahasa (2012–2015)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum (2015–2017)
Guru Penolong Kanan HEM (2018 hingga kini)

Profil Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Nama: Maimunah bte Abdul Manaf
Lahir:
Kelulusan Akademik: 16 Julai 1964
Kelulusan Ikhtisas:
Gred: Sarjana Muda Pendidikan Jasmani
Pengalaman:
Diploma Pendidikan

DG54 (KUP)
Guru Penolong (1988–1994)
Ketua Panitia (1995–1999)

Guru Kanan MP Bidang Teknik dan Vokasional
(2000–2010)

Guru Penolong Kanan Kokurikulum (2011 hingga
kini)

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 33

D.
MENCEMERLANGKAN ORGANISASI

KOMPETENSI:
MEMBANGUN KAPASITI

KANDUNGAN:
i. PEMBANGUNAN

SUMBER MANUSIA
ii. PEMBELAJARAN

SEPANJANG HAYAT
iii. PEMBELAJARAN

SEPASUKAN

D. Membangun Kapasiti

Arahan Tugasan – Submodul Membangun Kapasiti

Kaji dan analisis senario yang diberikan.

1. Perbincangan dalam kumpulan perlu dilaksanakan sebelum sesi pembentangan.

2. Setiap kumpulan perlu memilih senario yang berbeza manakala setiap individu dalam
kumpulan perlu membentangkan program atau aktiviti berlainan yang telah
dilaksanakan bagi tujuan perkongsian anjuran Pejabat Pendidikan Daerah.

3. Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sebagai pemimpin sekolah, anda
dikehendaki berbincang dengan ahli-ahli kumpulan untuk mengenal pasti isu, strategi,
serta program atau aktiviti yang sesuai dalam membangun kapasiti guru di sekolah
merujuk kepada senario yang diberikan.

4. Elemen proses pembangunan sumber manusia, pembelajaran sepanjang hayat dan
pembelajaran sepasukan dalam membangun kapasiti guru perlu diberi penekanan.

5. Perkongsian perlu berpandukan proses-proses pengurusan pembangunan
profesionalisme sumber manusia dan alat-alat kolaboratif komuniti pembelajaran
profesional (PLC) seperti di Lampiran 1 dan Lampiran 2 serta Kit PLC yang boleh
dimuat turun daripada e-Resos dalam portal NPQEL.

6. Anda boleh menggunakan bahan bukti atau bahan sokongan yang bersesuaian
semasa melaksanakan pembentangan.

7. Pentaksiran adalah secara individu dan tempoh pembentangan adalah selama tujuh (7)
minit.

8. Anda akan ditaksir berdasarkan empat (4) kompetensi iaitu berfikiran strategik,
memimpin pembelajaran, menyelesaikan masalah dan membangun kapasiti .

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 34

D. Membangun Kapasiti
Lampiran 1

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 35

D. Membangun Kapasiti

Lampiran 2

Jadual 1:
Strategi Pelaksanaan PLC
(Sumber: BPG, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013)

Strategi Membangunkan PLC
(Sumber: Paideia Consulting Group Inc. Canada, 1990)

Bil Elemen Kritikal Alat Kolaboratif PLC Deskripsi
PLC

1. Dialog Reflektif Menggunakan Protokol Mesyuarat bulanan untuk

(Reflective Perbincangan membincangkan artikel tentang

Dialogue) pelbagai aspek pengajaran dan

(Using Discussion pembelajaran

Protocols)

Book Clubs Sekumpulan guru membaca dan
(Book Clubs) membincangkan artikel atau buku
pada setiap bulan.

Kumpulan Belajar Belajar atau berbincang suatu
(Study Groups) topik yang khusus. Sebagai
contoh, kemahiran berfikir,
pelbagai kecerdasan atau kajian
tentang minda

Kritikan Video Menonton dan berbincang tentang
pengajaran guru klip video pengajaran guru.
(Video Critiques of
Teaching Moments)

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 36

D. Membangun Kapasiti

2. Penswastaan

Amalan Jejak Pembelajaran Berjalan-jalan di sekeliling
sekolah dan memerhatikan
(Learning Walks) pengajaran guru lain dan aktiviti
bilik darjah dengan menggunakan
(De-Privatization protokol atau spesifik.

of Practice)

Secara sistematik memerhatikan

Bimbingan Rakan pengajaran guru lain dengan
sebaya atau
pemimbimbing menggunakan kitaran
instruksi
prakonferens, pemerhatian dan
(Peer Coaching/
Instructional Coaches) pasca-konferens, (pre-conference,

observation, post-conference

cycle)

Belajar menggunakan Sekumpulan guru secara usaha
Rancangan Pengajaran
Harian sama membina satu rancangan
(Lesson Study)
pengajaran: diikuti dengan

pengajaran/memerhatikan

pengajaran, membuat

penambahbaikan semasa sesi

pengajaran

Sesi Perkongsian Guru Sekumpulan guru bertemu secara
(Teacher Sharing kerap untuk berkongsi amalan
Sessions) pengajaran terbaik

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 37

D. Membangun Kapasiti

3 Fokus Secara Analisis Data Secara kolektif mengkaji dan

Kolektif Terhadap (Data Analysis) membincangkan data agregat

Pembelajaran murid. Tujuannya adalah untuk

Murid (Collective mencari pola tema agar dapat

Focus on Student membuat keputusan tentang

Learning) penambahbaikan dalam bidang

kurikulum mengkategorikan

kembali dalam kumpulan yang

berbeza.

Pemetaan Kurikulum Membangunkan peta kurikulum
(Curriculum Mapping) mengikut topik, standard dan
aktiviti untuk setiap mata
pelajaran untuk dijadikan panduan
instruksi serta untuk berrkongsi
dengan murid dan ibu bapa.

Pentaksiran serentak Guru yang mengajar dalam tahun
(Common Assessments) atau tingkatan yang sama
menyediakan pentaksiran serentak
yang diselaraskan dengan
standard. Contohnya, dalam
bidang kurikulum.

Kumpulan Rakan Menggunakan protokol untuk
Kritikal mengkaji dan membincangkan
(Critical Friends hasil kerja murid
Group)

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 38

D. Membangun Kapasiti

4 Kolaborasi Pasukan melintang & Mengelola mesyuarat tahun atau

(Collaboration) menegak tingkatan untuk perancangan

bersama. Di samping itu

(Horizontal and mengendalikan mesyuarat

Vertical Teams) mengikut panitia agar koordinasi

dan kesinambungan antara tahun

dan tingkatan dapat dicapai.

Induksi Guru Memastikan sokongan dan
Baharu/pementoran panduan berbentuk pedagogi,
prosedur dan peribadi untuk staf
(New Teacher baharu dalam profesion atau
Induction/Mentoring) organisasi

Unit atau Projek antara Merangka unit dan projek antara
pelbagai bidang pelbagai disiplin dan mata
pelajaran
(Interdisciplinary Units
and Projects)

Kumpulan Penyelesai Satu kumpulan guru yang
Masalah bersama-sama membincangkan
suatu masalah.
(Problem Solving Seorang guru memberi deskripsi
Group) tentang suatu masalah. Guru-guru
yang lain pula meminta penjelasan
dan mengemukakan cadangan.

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 39

D. Membangun Kapasiti

5 Norma dan Nilai Aktiviti Visi Melibatkan staf dalam aktiviti
dikongsi bersama (Vision Activity) untuk membangunkan gambaran
(Shared norms and masa depan organisasi.
values)

Panduan Berasaskan Membangunkan satu set prinsip 4-
Prinsip 6 untuk dijadikan panduan dalam
(Guiding Principles) membuat keputusan dan
mengambil tindakan.
Aktiviti Nilai
(Value Activities) Mengelolakan aktiviti kumpulan
kecil untuk membincangkan nilai
organisasi.

Strategi dan Tradisi Bersetuju dengan strategi dan
yang Dikongsi Bersama tradisi yang dikongsi bersama agar
(Common Rituals and dapat menumpukan fokus dan
Strategies) mengukuhkan matlamat serta
sasaran. Sebagai contoh, meraikan
kejayaan dan peningkatan prestasi
secara kerap.

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 40

D. Membangun Kapasiti

GURU BESAR SENARIO 1

SK CEMPAKA IMPIAN

● En. Zamzuri bin Ramlan adalah guru besar baharu
● Guru besar sebelum ini telah berpindah ke Pejabat Pendidikan Daerah sebagai

pegawai maklumat
● Guru besar di sekolah ini sering bertukar ganti

● Pengisian Guru Besar baharu di sekolah ini kadangkala mengambil tempoh 3-6 bulan
untuk diisi

GURU

Guru dalam zon selesa dan bersikap Tidak berminat menghadiri aktiviti selepas
waktu persekolahan kerana mereka tinggal di
70% 70%negatif tentang perubahan dasar bandar yang terletak agak jauh dari sekolah.

10%Menerima amalan PdPC abad ke-21  Semangat kerja sepasukan dalam kalangan
warga sekolah sangat rendah.
Bilangan guru : 18 orang

7 Berpengalaman mengajar 3-5 tahun  Sekolah sering menerima aduan tentang
kelemahan PdPc

6 Berpengalaman mengajar 5-20 tahun  Ada juga guru yang terlibat dalam tuisyen
swasta

5 Berpengalaman mengajar > 20 tahun  Program LADAP guru tidak dirancang
dengan baik
1 Guru Cemerlang Bahasa Melayu

720 Bilangan murid MURID IBU BAPA

Bilangan murid Tahun 5 - 2 orang 50% Tahap pendidikan ibu bapa rendah
mengikut kelas Tahun 4 – 3 orang
yang tidak Tahun 3 – 4 orang Bekerja sebagai petani
menguasai Tahun 2 – 9 orang
kemahiran Tahun 1 – 10 orang 30% Pendapatan ibu bapa < RM 2000
membaca dan sebulan

menulis 70%

PENCAPAIAN KOMUNITI SETEMPAT

Pencapaian Pencapaian mata pelajaran  Sekolah mendapat sokongan padu daripada
Tahap MinimumBahasa Melayu UPSR 2018, pemegang taruh seperti Pejabat Pendidikan
88% manakala 2019 adalah Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri.
84% 80% lulus
 Komuniti setempat sentiasa memberikan
Keputusan Bahasa Inggeris pada tahap rendah dan kerjasama kepada pihak sekolah.

merosot bagi dua (2) tahun berturut-turut.

Stimulus NPQEL bagi Tahun 2020 41


Click to View FlipBook Version