The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Johor merupakan antara negeri yang banyak melahirkan tokoh-tokoh pemimpin di peringkat kebangsaan seperti Dato’ Onn bin Jaafar, Tun Dr Ismail bin Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Sulaiman Ninam Shah dan ramai lagi. Tokoh-tokoh yang dinyatakan di atas telah banyak memberikan sumbangan dalam segenap bidang termasuk pendidikan, sosial, politik, dan keagamaan untuk rakyat negeri Johor khususnya dan masyarakat Malaysia amnya. Oleh itu, sebagai tanda penghormatan, saya telah memilih seorang tokoh pemimpin yang telah banyak berjuang semasa zaman pra kemerdekaan dahulu iaitu Dato’ Sir Onn bin Jaafar.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ubkhsm5021, 2021-09-22 22:51:49

Tokoh Pemimpin Johor Dato' Onn bin Jaafar

Johor merupakan antara negeri yang banyak melahirkan tokoh-tokoh pemimpin di peringkat kebangsaan seperti Dato’ Onn bin Jaafar, Tun Dr Ismail bin Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Sulaiman Ninam Shah dan ramai lagi. Tokoh-tokoh yang dinyatakan di atas telah banyak memberikan sumbangan dalam segenap bidang termasuk pendidikan, sosial, politik, dan keagamaan untuk rakyat negeri Johor khususnya dan masyarakat Malaysia amnya. Oleh itu, sebagai tanda penghormatan, saya telah memilih seorang tokoh pemimpin yang telah banyak berjuang semasa zaman pra kemerdekaan dahulu iaitu Dato’ Sir Onn bin Jaafar.

Keywords: Onn bin Jaafar,SLB,Buku Skrap Digital

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT MUAR

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI KOHORT 2

BUKU SKRAP DIGITAL
TOKOH PEMIMPIN JOHOR

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN
BIODATA DATO’ ONN

“Kita PERKAHWINAN
hendaklah DATO’ ONN
menggesek
biola dengan PENDIDIKAN
kod akan lagu DATO’ ONN
gesekan kita,
jangan sampai KERJAYA DATO’ ONN

orang SUMBANGAN
menggesek kita DATO’ ONN

hanya menari NILAI KEPIMPINAN
saja menurut DATO’ ONN

lagu KEPENTINGAN NILAI
gesekannya” KEPIMPINAN DATO ONN

Dato’ Onn bin Ja’afar PERGINYA SEORANG
PEJUANG BANGSA

KESIMPULAN
LAMPIRAN

RUJUKAN



“Lihatlah bangsa-bangsa yang ada di dunia ini, setiap bangsa yang kuat itu ialah
kerana umatnya berkehendak kerja, berkehendak mendirikan sesuatu benda
dengan sehabis-habis tenaga”

Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat dan bebas daripada
cengkaman penjajah. Kedaulatan dan kemerdekaan yang kita nikmati sehingga ke
hari ini merupakan hasil perjuangan dan pengorbanan tokoh-tokoh perjuangan negara
seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak, Dato’ Bahaman, Dato’
Onn bin Jaafar dan ramai lagi.

Johor merupakan antara negeri yang banyak melahirkan tokoh-tokoh
pemimpin di peringkat kebangsaan seperti Dato’ Onn bin Jaafar, Tun Dr Ismail bin
Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Sulaiman Ninam Shah dan ramai lagi. Tokoh-
tokoh yang dinyatakan di atas telah banyak memberikan sumbangan dalam segenap
bidang termasuk pendidikan, sosial, politik, dan keagamaan untuk rakyat negeri Johor
khususnya dan masyarakat Malaysia amnya. Oleh itu, sebagai tanda penghormatan,
saya telah memilih seorang tokoh pemimpin yang telah banyak berjuang semasa zaman
pra kemerdekaan dahulu iaitu Dato’ Sir Onn bin Jaafar.

Dato' Onn diingati kerana budinya yang besar kepada orang Melayu dan
peribadi luhurnya yang berasal daripada keturunan keluarga menteri di Johor. Sebagai
seorang nasionalis, dengan wataknya yang tenang tetapi tegas Onn Jaafar telah
membangkitkan kesedaran ke arah kemerdekaan serta memberi harapan baru kepada
orang Melayu. Banyak babak menarik dalam sejarah hidupnya. Dato' Onn dikenali juga
kerana pandangan jauhnya yang mahu menyatukan seluruh rakyat negara ini tanpa
mengira bangsa dan keturunan dalam satu ideologi politik

1

BIODATA

“Orang yang berharta tidak mengerti, bukan tidak mengerti kerana tiada pelajaran tetapi
tidak mengerti menggunakan hartanya untuk kebajikan”

NAMA PENUH TARIKH LAHIR

ONN BIN JA’AFAR 12 FEBRUARI 1895

TEMPAT LAHIR MENINGGAL DUNIA

BUKIT GAMBIR, 19 JANUARI 1962
JOHOR BAHRU
BILANGAN ADIK
AYAH BERADIK
15 ORANG
DATO’ JA’AFAR BIN
HJ MUHAMMAD ANAK KE-4

IBU MENJADI ANAK
ANGKAT SULTAN
DATIN ROGAYAH
HANIM IBRAHIM

MENDAPAT ASUHAN
DAN DIDIKAN OLEH
WANITA INGGERIS

2

PERKAHWINAN

1911 1915

RAFIAH ABDULLAH CHE JAMILAH

1917 1916

CHE KAH

HALIMAH BINTI HUSSEIN

 DATO’ ONN MERUPAKAN ANAK-ANAK DATO’ ONN
SEORANG SUAMI DAN AYAH
YANG BERTANGGUNGJAWAB • HAWA • HUSSEIN
DAN PENYAYANG • ROKIAH • JAAFAR
• SALEHAH • GHARIEB
 DATO’ ONN AMAT • NEL
MEMENTINGKAN HUBUNGAN (IBU) • NURZIAH
KEKELUARGAAN RAFIAH • TAHIR

 ISTERINYA, HALIMAH ADALAH (IBU)
INSAN YANG AMAT HALIMAH
MENYOKONG DALAM SEGALA
HAL DAN SEDIA BERKORBAN
DEMI PERJUANGAN SUAMINYA

Tahukah anda? 3

PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG
KETIGA, TUN HUSSEIN ONN MERUPAKAN
ANAK KEPADA PASANGAN DATO’ ONN DAN
DATIN HALIMAH YANG MENGIKUT JEJAK
DATO’ ONN SEBAGAI PEMIMPIN

PENDIDIKAN 1910 - 1911

 DATO’ ONN MENERUSKAN
PENGAJIAN KE KOLEJ MELAYU
KUALA KANGSAR, PERAK SETELAH
PULANG DARI ENGLAND

 DATO’ ONN TELAH MENDALAMI
ILMU DALAM PENGAJIAN BAHASA
MELAYU

 DATO’ ONN AMAT DISEGANI DAN
DISENANGI KERANA BIJAK DAN
CEPAT MENYESUAIKAN DIRI

1903 - 1909 Aldenburgh Lodge School,
Suffolk, England
Dato’ Onn bersama 3 anakanda 1902
Sultan Johor semasa di England  MENERUSKAN PENGAJIAN DI
ALDENBURGH LODGE SCHOOL,
 MENDAPAT PENDIDIKAN SUFFOLK, ENGLAND
AWAL DI SEKOLAH
MELAYU DI JOHOR  PENGAJIAN DATO’ ONN DIBIAYAI
BAHRU SENDIRI OLEH SULTAN JOHOR

 MENDAPAT TUNJUK AJAR  BERTINDAK SEBAGAI PENGIRING
DARIPADA WANITA INGGERIS KEPADA 3 ORANG ANAKANDA
SULTAN JOHOR

 MEMPEROLEH KEPUTUSAN YANG
CEMERLANG DALAM SUBJEK
BAHASA INGGERIS DAN BAHASA
PERANCIS

 DIARAHKAN PULANG KE TANAH
MELAYU KERANA KERAJAAN
BRITISH KERANA TIDAK MAHU
ANAK-ANAK MELAYU MENJADI
PINTAR DAN BIJAKSANA

4

KERJAYA

1951 Dilantik sebagai Pengerusi RIDA

1947 Dilantik sebagai Menteri Besar Johor

1945 Bertugas sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat

1942 Dilantik sebagai Pengawal Makanan Negeri Johor

1938 Dilantik sebagai Setiausaha Sulit Tengku Mahkota Johor

1936 Menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor

1934 Dilantik menjadi pengarang bagi akhbar Lembaga Malaya dan Harian
1930 Lembaga

Bekerja sebagai wartawan akhbar-akhbar Melayu di Singapura

1923 Bertugas sebagai Pegawai Pemungut Hasil Tanah di Muar
1922 Bekerja sebagai Pegawai di Pejabat Tanah Johor Bahru

1917 Menyertai Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri
Johor (JMF) yang berpengkalan di Pulau Belakang
Mati, Singapura dengan jawatan Leftenan

Dinaikkan pangkat sebagai kerani pada
bulan November 1911

1911 Bekerja sebagai Kerani Pelatih di Pejabat 5
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

SUMBANGAN Menubuhkan
Pertubuhan
Mengetuai gerakan Kebangsaan
untuk menghalang Melayu Bersatu
penubuhan Malayan (UMNO) yang
Union oleh pihak telah ditubuhkan
pada tahun 1946
Inggeris dan dan masih kekal
menyebabkan hingga ke hari ini
Malayan Union
dibubarkan akibat POLITIK
desakan pemimpin-
pemimpin dan Raja- Menjadi Menteri Besar Johor kerana
raja Melayu keupayaan dan kebolehan beliau
dalam urusan pentadbiran negeri
Merupakan pelopor
kepada kemerdekaan namun meletakkan jawatan kerana
ingin menumpukan perhatian kepada
negara melalui
usahanya gerakan perjuangan UMNO

menyedarkan rakyat
untuk berjuang
mendapatkan

kemerdekaan dengan
bersatu padu

6

SUMBANGAN

EKONOMI

Dato’ Onn telah menubuhkan Lembaga Perusahaan dan
Kemajuan Kampung (RIDA) atau kini dikenali sebagai
MARA pada tahun 1950 dan telah dilantik sebagai Pengerusi
Semasa menjadi Presiden UMNO, Dato’ Onn telah menggubal
Rancangan Lima Tahun yang bertujuan untuk meningkatkan
ekonomi dalam kalangan orang Melayu selaras dengan tujuan
penubuhan UMNO
Mengetuai Pavillion Johor yang diadakan di San Francisco,
Amerika dalam acara Pameran Sedunia yang memperagakan
barang buatan orang Melayu dan kain tenunan serta barang
buatan tembaga dan perak

7

SUMBANGAN

PENULISAN

Dato’ Onn telah menggunakan tulisannya dalam akhbar
untuk mengkritik dan membidas tindakan Sultan Ibrahim
yang telah mengerahkan askar-askar JMF membina padang
lumba kuda dan membuka ladang-ladang baru di Pagoh,
Pasir Pelangi dan Tasik Utara. Tindakan beliau menyebabkan
Sultan murka dan Sultan mula berhati-hati terhadap layanan
baginda kepada rakyat
Hasil penulisan beliau menerusi Warta Malaya yang telah
mengkritik dasar pentadbiran British telah menaikkan
semangat orang-orang Melayu untuk bersatu padu
mendesak kerajaan British menggubal dasar untuk
membantu orang Melayu
Dato’ Onn juga telah berjaya menghasilkan sebuah buku
yang bertajuk ‘SELAMAT JOHOR’ yang diilhamkan
daripada kehidupan kerabat di raja negeri Johor dan
sebagai tanda penghargaan beliau buat Sultan Ibrahim
semasa Ulangtahun Keputeraan Baginda Sultan yang ke-40.

8

SUMBANGAN

SOSIAL

Sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat, Dato’ Onn telah
diarahkan oleh Sultan Ibrahim untuk menyelesaikan konflik
antara kaum Melayu dan kaum Cina di Batu Pahat pada tahun
1946.

Dato’ Onn seorang yang berhati-hati dalam tindakannya.
Beliau tidak mahu pertumpahan darah berlaku lagi antara
orang Melayu dan Cina. Dato’ Onn telah melakukan
rundingan dengan Ketua Komunis untuk melaksanakan
gencatan senjata dan akhirnya pihak Komunis dan orang-
orang Melayu bersetuju terhadap rundingan tersebut.

Dato’ Onn amat dihormati oleh masyarakat Cina dan Melayu
kerana telah berjaya menyelesaikan persengketaan dan
pergaduhan antara orang Melayu dan Cina pada masa
tersebut.

“Berfikirlah baik-baik satu perkara itu, janganlah menurut hati yang geram
kerana menurut hati yang panas dan geram tidak berfikir baik-baik adalah

seumpama hendak membunuh diri kita sendiri”
- Dato’ Onn bin Ja’afa9r

NILAI KEPIMPINAN

Mempunyai pandangan yang jauh tentang kemajuan
atau perkembangan masa depan sesuatu

Pernah mencadangkan agar Parti UMNO membuka
keahlian kepada kaum lain tetapi cadangan beliau ditolak

oleh orang Melayu pada waktu itu untuk mendapat
kemerdekaan daripada British

Dato’ Onn percaya bahawa sudah tiba Berjaya menyelesaikan masalah
masanya Tanah Melayu ditadbir sendiri perkauman antara orang Melayu dan
oleh orang Melayu dan hasilnya suatu Cina di Batu Pahat semasa Peristiwa
gerakan untuk memerdekakan Tanah
Melayu daripada British telah berlaku Bagan kerana ingin melihat negara
aman dan tenteram selepas Jepun
dan Tanah Melayu kembali kepada
orang Melayu selepas Tanah Melayu berundur dari Tanah Melayu
diisyhtiharkan MERDEKA pada tahun
1957 yang diumumkan oleh Tunku

Abdul Rahman Putra al-Haj. Di
sebalik kejayaan itu, orang Melayu

percaya Dato’ Onn adalah orang
menjadi pelopor terhadap gerakan
untuk membebaskan Tanah Melayu

10

NILAI KEPIMPINAN

Perasaan cintakan bangsa dan negara
sendiri dengan mendalam

Menggesa dan menyeru orang-orang Melayu
bersatu dan berkumpul membantah
penubuhan Malayan Union

Memperkenalkan slogan
‘HIDUP MELAYU’

Berjaya mendapatkan sokongan rakyat dan
pemerintah untuk mewujudkan Bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa
Kebangsaan

Mengumpul dan menyatupadukan orang-
orang Melayu seluruh semenanjung
berhimpun dan mengadakan Kongres

Kebngsaan Melayu se-Malaya sehingga
terbentuknya Pertubuhan Kebangsaan

Melayu Bersatu atau UMNO

Menubuhkan RIDA dan menjadi Pengerusi
RIDA yang pertama yang bertujuan untuk
membantu ekonomi orang-orang Melayu

Semasa menjadi Menteri Besar Johor, Dato’
Onn telah menolak ‘amalan meminta

nasihat’ daripada Penasihat British di Johor

dalam urusan pentadbiran negeri seperti

mana yang diamalkan oleh Menteri-menteri

Besar terdahulu

11

NILAI KEPIMPINAN

TAAT SETIA KEPADA RAJA
Walaupun Dato’ Onn pernah dibuang negeri

oleh Sultan Ibrahim, beliau sentiasa ingat
dan rindu akan tempat asalnya justeru

terhasillah sebuah buku berjudul ‘Selamat
Johor’ telah dihasilkan yang didedikasikan

khas buat Sultan Ibrahim

BERANI
Dato’ Onn seorang yang berani melontarkan
pandangan meskipun kepada orang yang lebih

tinggi kedudukannya. Peristiwa beliau
menegur Sultan Ibrahim kerana menindas

askar dan cubaan untuk memperisteri
adiknya telah menyebabkan beliau dibuang

negeri

BERKORBAN
Dato’ Onn merupakan seorang pemimpin
yang sanggup berkorban demi orang lain.
Beliau pernah ditawarkan untuk melarikan
diri ke India semasa zaman penjajahan
Jepun namun Dato’ Onn dan keluarganya
tetap tinggal bersama-sama orang lain dan

berlindung di dalam Hutan Kempas
sehinggalah diarahkan pulang ke rumah

masing-masing

12

KEPENTINGAN NILAI KEPIMPINAN DATO’ ONN BIN JA’AFAR
KEPADA GENERASI MUDA HARI INI

13

PERGINYA SEORANG PEJUANG BANGSA

Dato ‘ Onn Jaafar meninggal dunia pada hari Jumaat 19 Januari 1962 ketika beliau berusia 67 tahun.
Beliau menghembuskan nafas terakhir dalam pangkuan isteri yang dikasihinya, Datin Halimah dan
ditemani oleh sanak saudara dan kaum keluarganya dari jauh dan dekat. Beliau dilahirkan di Kota
negeri Johor, dan di sanalah juga beliau berpindah ke alam yang kekal dalam suasana yang tenang.
Beliau menghidap penyakit lemah jantung buat beberapa ketika sebelum meninggal.

Jenazah Dato’ Onn Jaafar, setelah disembahyangkan di Masjid Abu Bakar, di bawa ke Istana
Besar dan di sanalah selama dua jam rakyat daripada semua bangsa dan agama dari seluruh negara
datang menziarahinya sebelum beliau dibawa ke perkuburan Raja Mahmudiah. Tembakan meriam
hormat 17 kali dilepaskan sebaik sahaja jenazah itu dibawa keluar dari Istana Besar di atas sebuah
kereta meriam yang ditarik oleh anggota Angkatan Laut diRaja Malaya dengan diiringi oleh hampir
300 orang anggota dan pegawai perwakilan daripada Angkatan Bersenjata Tanah Melayu dan
Timbalan Setia Negeri Johor.

14

KESIMPULAN

Perjuangan Dato’ Onn tidak harus dilupakan. Pelbagai usaha yang dilakukan bagi
mengingati perjuangannya adalah bukti bahawa sumbangan Dato’ Onn dalam membina bangsa,
khususnya orang Melayu memang tiada tolok banding. Kini sudah 59 tahun Dato’ Onn
meninggalkan kita. Kehadiran Dato’ Onn dalam arena politik dan pembangunan negara adalah
satu anugerah yang tidak ternilai. Nama Dato’ Onn terus tersemat dalam lipatan sejarah tanah air,
bak kata peribahasan, ‘Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama’.

“Hadapilah apa-apa yang datang itu dengan hati yang kukuh dan perasaan yang sabar serta
penuh kepercayaan”

Dato’ Onn bin Jaafar adalah seorang negarawan yang amat disegani oleh lawan dan
disayangi oleh kawan. Generasi pemimpin muda pada hari ini perlu mengangkat dan menjiwai
nilai-nilai kepimpinan yang ada pada Dato’ Onn bin Jaafar seperti nilai patriotisme, nasionalisme
dan berwawasan. Penampilan Dato’ Onn menggambarkan bahawa beliau merupakan pemimpin
yang sangat berpengaruh dan berkesan. Membentuk kepimpinan yang berpengaruh haruslah
melalui proses pendidikan yang baik dan berkualiti sepertimana Dato’ Onn yang telah memulakan
pendidikan awal beliau di luar negara.

Selain itu, Dato’ Onn juga adalah seorang yang bebas iaitu seorang pemimpin yang
mempunyai jati diri yang sebenar. Ianya bukan boleh diraih atas usaha sendiri tetapi dengan
proses pendidikan. Hal ini dapat dibuktikan melalui usaha-usaha beliau yang menentang Malayan
Union semasa zaman pra kemerdekaan dahulu.

Oleh itu, didikan yang baik merupakan acuan utama untuk membentuk ciri-ciri seorang
pemimpin yang berkualiti dan berkesan. Pemimpin yang berkualiti adalah pemimpin yang
disenangi teman dan dihormati lawan.

15

LAMPIRAN

16

LAMPIRAN

17

LAMPIRAN

18

RUJUKAN

1. Anwar Abdullah, Sheikh 1971. “Biografi Dato’ Onn Hidup Melayu”,
Bangi : Penerbit UKM

2. Hng Hung Yong 2004. “5 Men & Ideas, Building National Identity”,
Kuala Lumpur : Pelanduk Publication

3. Ramlah Adam 2009. “Dato’ Onn bin Jaafar Pengasas Kemerdekaan”,
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

4. Masnur Hamzah 2010. “Quranic Leadership Seni Memimpin Gaya Al-
Quran”, Batu Caves : PTS Islamika Sdn Bhd.

19

SEKALUNG PENGHARGAAN

IBU AYAH DAN KELUARGA
GURU BESAR DAN GURU-GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT MUAR

GURU PENASIHAT SLB
SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT MUAR

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR
JURULATIH UTAMA STUDENT LEADERS BOARD

DAERAH MUAR
RAKAN SEKELAS SK CONVENT MUAR
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
SEMUA PIHAK YANG MEMBERIKAN BANTUAN
DAN KERJASAMA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK

Sekian, terima kasih


Click to View FlipBook Version