Johor merupakan antara negeri yang banyak melahirkan tokoh-tokoh pemimpin di peringkat kebangsaan seperti Dato’ Onn bin Jaafar, Tun Dr Ismail bin Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Sulaiman Ninam Shah dan ramai lagi. Tokoh-tokoh yang dinyatakan di atas telah banyak memberikan sumbangan dalam segenap bidang termasuk pendidikan, sosial, politik, dan keagamaan untuk rakyat negeri Johor khususnya dan masyarakat Malaysia amnya. Oleh itu, sebagai tanda penghormatan, saya telah memilih seorang tokoh pemimpin yang telah banyak berjuang semasa zaman pra kemerdekaan dahulu iaitu Dato’ Sir Onn bin Jaafar.