Tenis 1
Tenis 2 MODUL INI DISEDIAKAN SEBAGAI LANGKAH AWAL UNTUK MEMBANTU GURU-GURU PENASIHAT DAN MURID-MURID KELAB SUKAN SEKOLAH. USAHA PENAMBAHBAIKAN MODUL INI AKAN DILAKUKAN SECARA BERKALA DAN BERTERUSAN. MODUL INI BOLEH DIGUNA PAKAI SEBAGAI PANDUAN DAN RUJUKAN GURU DAN MURID DALAM USAHA MEMBANGUNKAN SUKAN DI SEKOLAH.
Tenis 3 ISI KANDUNGAN BAB 1 DASAR 1MURID 1SUKAN 1.1 Pengenalan 8 1.2 Rasional 8 1.3 Matlamat 9 1.4 Konsep 9 BAB 2 PENGURUSAN KELAB SUKAN 2.1 Pengenalan 11 2.2 Penubuhan Kelab sukan 12 2.3 Organisasi Kelab Sukan 14 2.4 Bidang Tugas Jawatankuasa Kelab Sukan 15 BAB 3 LATAR BELAKANG SUKAN TENIS 3.1 Sejarah dan Perkembangan 18 3.2 Undang-Undang Permainan 20 3.3 Gelanggang Tenis 22 3.4 Peralatan 24 3.5 Mini Tenis 29 3.6 Sistem Pertandingan 33 BAB 4 PERSEDIAAN DAN PERANCANGAN 4.1 Pertimbangan Untuk Latihan 42 4.2 Contoh 1 Sesi Latihan 43 BAB 5 PERKEMBANGAN KEMAHIRAN 5.1 Menyesuai diri dengan bola 47 5.2 Pukulan Hadapan 51 5.3 Pukulan Kilas 54 5.4 Pukulan Voli Hadapan 58 5.5 Servis 62 5.6 Lob 65 5.7 Smesh 67
Tenis 4 KATA ALU-ALUAN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia. Sekolah sebagai institusi pendidikan utama bukan sahaja menumpukan bidang akademik atau kurikulum, malah diberikan tanggungjawab turut memfokuskan bidang kokurikulum. Antara cabang kokurikulum yang begitu aktif sejak dahulu ialah sukan dan permainan. Hal ini dapat dikesan menerusi penghayatan kita terhadap apa-apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi tonggak kepada prinsip sistem pendidikan negara yang bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Bagi merealisasikan hasrat ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerbitkan Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah, bertujuan untuk meningkatkan penyertaan dan menyuburkan semangat kesukanan dalam kalangan murid. Sukan bukan sahaja wadah untuk mengasah bakat dan kebolehan murid tetapi dapat menjurus kepada hala tuju membentuk masyarakat bersatu padu, aman dan sejahtera di samping dapat mengeratkan hubungan antara guru dengan ibu bapa dan menceriakan sekolah ketika berlangsungnya sesuatu kejohanan. Pertumbuhan murid seharusnya dikembangkan dengan pelbagai potensi dan tidak sewajarnya terhad dalam aspek pencapaian akademik. Sememangnya pencapaian dan kecemerlangan akademik sangat penting, tetapi mengisikan mereka dengan pembinaan sahsiah peribadi serta memberikan peluang kepada mereka menggilap bakat dalam sukan yang digemari sepanjang tahun juga tidak boleh disekat. Wajar diakui melalui kegiatan sukan, murid akan dapat mengisi masa dengan aktiviti yang bermanfaat, baik untuk kesihatan fizikal terutamanya mengurang masalah obesiti, menyemai nilai sahsiah yang terpuji, membina keyakinan diri yang tinggi di samping berasa seronok hadir ke sekolah akan dapat membendung gejala ponteng. Saya berharap agar pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan ini dapat memberikan manfaat kepada pembentukan keperibadian mulia dalam kalangan generasi muda. Semoga usaha murni ini akan berkekalan dan dapat mencapai objektif yang disasarkan. ‘BERTUGAS DENGAN IKHLAS’ Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pendidikan Malaysia
Tenis 5 KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Bahagian Sukan atas kejayaan penerbitan modul ini. Aktiviti sukan telah menjadi semakin penting dan wajib dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara. Pihak yang terlibat dalam pengurusan sukan seharusnya merancang, mengurus dan melaksanakan kegiatan ini secara sistematik, cekap, berkesan dan berlandaskan keilmuan dan kemanusiaan. Dalam menghadapi alaf baharu yang serba mencabar ini, kita harus sentiasa memainkan peranan dan tanggungjawab untuk melahirkan modal insan, iaitu murid yang seimbang dan harmonis secara menyeluruh dan bersepadu. Pewaris generasi akan datang ini mampu menyahut cabaran dan memastikan kesejahteraan negara berkekalan dan seterusnya dapat meningkatkan kemajuan negara. Generasi ini merupakan penentu kegemilangan negara kelak. Oleh itu, peranan dan penglibatan murid dalam aktiviti sukan amat penting. Program sukan tersebut membolehkan murid memperoleh, menyebar dan menggunakan ilmu pengetahuan. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menyumbangkan idea sehingga terbitnya Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah. Semoga modul ini dapat dijadikan panduan untuk melahirkan generasi yang mantap dari segi fizikal dan mempunyai disiplin yang tinggi, bersikap positif serta mempunyai jati diri. Selain itu, diharap modul ini akan diguna pakai dan dibuat penambahbaikan selaras dengan perubahan semasa untuk dimanfaatkan oleh semua pihak. Sekian, terima kasih. TAN SRI ABD GHAFAR BIN MAHMUD Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Tenis 6 KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN SUKAN Salam Sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada jawatankuasa program 1Murid 1Sukan kerana berjaya dalam menghasilkan Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah ini. Penghasilan modul ini menepati usaha transformasi pendidikan negara yang berhasrat untuk meningkatkan penyertaan murid dalam bidang sukan. Kemunculan modul ini adalah antara langkah awal Bahagian ini demi merealisasikan cetusan idea Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pendidikan Malaysia. Usaha mengoptimumkan kecergasan murid melalui pembudayaan sukan di sekolah bertujuan untuk menghasilkan murid yang berminda cerdas. Penerbitan modul ini diharapkan dapat membantu banyak pihak dalam melaksanakan program 1Murid 1Sukan. Pelaksanaan program ini sudah pasti akan menyentuh pelbagai aspek seperti penyertaan murid, penyediaan prasarana, serta perancangan program dalam pelbagai peringkat. Justeru, modul ini dapat dijadikan rujukan untuk menyelaraskan pelaksanaan program 1Murid 1Sukan. Penggemblengan pengurusan semua pihak dalam organisasi masing-masing yang diilhamkan melalui modul ini diharapkan dapat membantu untuk menjayakan misi dan visi program 1Murid 1Sukan demi mengembalikan kegemilangan sukan negara seperti yang dihasratkan oleh semua pihak. Sekian. EE HONG Pengarah Bahagian Sukan
Tenis 7 BAB 1 DASAR 1MURID 1SUKAN (1M1S)
Tenis 8 1.1 PENGENALAN Dasar 1Murid 1Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurangkurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberikan tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberikan penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Matlamat dasar ini memberikan perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS). Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan minda yang cerdas terletak pada tubuh yang sihat. Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1Murid 1Sukan agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik. 1.2 RASIONAL Dasar 1Murid 1Sukan mendokong Dasar Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini menitikberatkan penglibatan semua murid dalam pelbagai aktiviti sukan. Dasar ini dibentuk atas rasional kegiatan sukan adalah sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh KPM. Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan galakan yang sama sebagaimana juga yang diberikan kepada keperluan asas yang lain seperti akademik dan kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi kesejahteraan minda dan jasmani. BAB 1 DASAR 1MURID 1SUKAN
Tenis 9 Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberikan satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cinta akan negara. Dasar 1Murid 1Sukan dapat memberikan peluang secara menyeluruh kepada semua murid melibatkan diri dalam sukan secara lebih terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan insan secara holistik. 1.3 MATLAMAT Dalam jangka masa yang panjang, dasar ini berhasrat untuk melahirkan modal insan yang sihat dan cergas melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan murid melalui kegiatan sukan sepanjang tahun. Pelaksanaan dasar ini akan membantu bagi mengatasi masalah disiplin dan mengurangkan masalah obesiti dalam kalangan murid. Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan murid melalui kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. 1.4 KONSEP Dasar 1Murid 1Sukan ialah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap murid dari Tahap 2 di sekolah rendah hingga ke Tingkatan 6 di sekolah menengah mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan sistematik. Dasar 1Murid 1Sukan berteraskan prinsip-prinsip asas perkembangan fizikal murid. Justeru, Dasar 1Murid 1Sukan diwujudkan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar; i. memberikan akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang aktif atau tidak aktif; ii. membangunkan program sukan sekolah ke arah meningkatkan penyertaan murid sekurang-kurangnya dalam satu jenis sukan di sekolah; iii. memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi dalam sukan untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi;
Tenis 10 BAB 2 PENGURUSAN KELAB SUKAN
Tenis 11 2.1 PENGENALAN Pengurusan Kelab Sukan melibatkan empat proses utama iaitu merancang, mengelola, memimpin dan mengawal. FUNGSI PENGURUSAN DALAM SUKAN Merancang – melibatkan proses menentukan objektif kelab sukan dan cara untuk mencapai objektifnya. Mengelola – merujuk kepada proses mengagihkan serta mengkoordinasikan tugas serta sumber untuk mencapai sesuatu objektif kelab sukan. Memimpin – proses mempengaruhi murid atau orang bawahan untuk bekerja dalam mencapai matlamat kelab sukan. Mengawal – proses membentuk dan mengimplimentasikan mekanisme penilaian kerja bagi memastikan objektif kelab sukan yang dirancang akan tercapai. BAB 2 PENGURUSAN KELAB SUKAN
Tenis 12 2.2 PENUBUHAN KELAB SUKAN Dalam menubuhkan sesebuah persatuan di sekolah, pihak sekolah perlulah mengenal pasti beberapa kriteria yang perlu diambil perhatian terlebih dahulu. Antara kriteria tersebut adalah seperti yang berikut : i. Mengenal pasti kepakaran yang ada (guru yang bakal dilantik) Dalam memilih dan melantik guru penasihat kelab sukan sekolah, pihak pengurusan perlulah mengambil kira aspek-aspek kepakaran sedia ada daripada guru-guru itu sendiri. Kepakaran ini merujuk kepada penglibatan guru tersebut dari bangku sekolah lagi, di Institut Pendidikan Guru (IPG) atau di Universiti. Sememangnya bukan semua guru memunyai pengalaman yang luas dalam bidang sukan, namun sekurang-kurangnya pengalaman sejak dari bangku sekolah juga boleh dijadikan asas kepada pertimbangan bagi pelantikan seorang guru itu sebagai guru penasihat sesebuah kelab sukan sekolah. ii. Kemudahan prasarana sukan yang ada di sekolah Prasarana merupakan satu elemen yang mempengaruhi pelaksanaan program sukan di sekolah. Sekolah yang mempunyai padang akan mempunyai kelebihan yang banyak dalam menyusun atur program sukan khususnya sukan-sukan yang sering menjadi amalan di sekolah tersebut. Bagi sekolah yang mempunyai gelanggang, perlu bijak menyusun program- program sukan yang berasaskan gelanggang manakala sekolah yang mempunyai dewan tertutup pula mempunyai kelebihan tersendiri dalam merancang program sukan di sekolah. iii. Peralatan sukan yang sedia ada di sekolah Peralatan sukan juga mempengaruhi pelaksanaan program sukan di sekolah. Pelbagai aspek perlu dilihat secara menyeluruh dalam menyediakan peralatan sukan di sekolah. Pihak sekolah mungkin boleh mempertimbangkan aspek bilangan jenis sukan yang akan diwujudkan dalam sekolah, bilangan murid yang akan menyertai sesuatu jenis sukan dan bilangan guru penasihat yang boleh menyelenggarakan sesuatu peralatan sukan itu. Sesuatu jenis peralatan sukan ini juga mungkin akan dipengaruhi oleh harga dan jangka hayat alatan tersebut.
Tenis 13 iv. Budaya sukan kegemaran yang menjadi pilihan murid di sekolah Pemilihan jenis-jenis sukan untuk kelab sukan di sekolah sangat dipengaruhi oleh budaya sukan di sekolah berkenaan atau mungkin dipengaruhi oleh persekitaran masyarakat dalam komuniti tersebut. Pemilihan sukan-sukan itu perlulah bersesuaian dengan budaya sedia ada bagi memudahkan penglibatan murid secara menyeluruh. v. Bilangan guru dan bilangan murid Bilangan guru dipengaruhi oleh pengalaman guru tesebut sama ada sebagai seorang ahli sukan mahu pun guru penasihat atau jurulatih. Bilangan guru dalam satu-satu jenis sukan dipengaruhi oleh bilangan murid yang menyertai kelab sukan tersebut. Penyertaan murid dalam satu-satu kelab sukan juga perlu dikawal agar ahli kelab tidak terlalu ramai. Contohnya, kelab sukan bola sepak dan badminton pasti menjadi pilihan utama murid di Malaysia. Oleh itu, guru penasihat perlu bijak mengagih-agihkan murid sekolah itu secara menyeluruh.
Tenis 14 2.3 ORGANISASI KELAB SUKAN Organisasi kelab sukan sekolah perlu distruktur agar sistem pengoperasiannya berjalan dengan cara yang berkesan. Langkah ini merupakan latihan awal murid dalam mengurus sesebuah kelab sukan yang mungkin sedikit sebanyak menyamai organisasi sukan di luar. Contoh carta organisasi Kelab Sukan Sekolah
Tenis 15 2.4 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KELAB SUKAN i. Pengerusi • mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat; • meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya; dan • menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa. ii. Naib Pengerusi • membantu Pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi; • mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan Pengerusi; dan • menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa. iii. Setiausaha • mengurus hal-hal surat menyurat; • mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatankegiatan; • mencatat kehadiran ahli; • menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan; dan • menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa. iv. Penolong Setiausaha • membantu Setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya; dan • menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa. v. Bendahari • bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan kelab; • melakukan dan menyimpan kira-kira kewangan dan bertanggungjawab atas kesahihannya; • menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya; • melaporkan kedudukan kewangan kelab di dalam mesyuarat ahli Jawatankuasa;
Tenis 16 • menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung; dan • menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa. vi. Penolong Bendahari • membantu Bendahari dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya; dan • menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa. vii. Ahli Jawatankuasa • membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan; • mempengerusikan biro sekiranya dilantik; dan • menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa. viii. Pemeriksa Kira-Kira • memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan Tahunan • bertanggungjawab ke atasnya; dan • memastikan pengurusan kewangan diurus dengan betul. Dalam mengendalikan kelab sukan, Guru Penasihat perlulah menyelaras dan memantau perkembangan jawatankuasa semasa merancang dan menjalankan aktiviti yang telah ditetapkan. Guru Penasihat perlulah memberi maklumat dan dorongan kepada jawatankuasa kelab agar aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan baik bagi memberikan keseronokan kepada ahli-ahli kelab. Bidang kerja yang diberikan merupakan cadangan pecahan bidang tugas jawatankuasa kelab sukan yang bakal dibentuk nanti.
Tenis 17 BAB 3 LATAR BELAKANG SUKAN TENIS
Tenis 18 BAB 3 LATAR BELAKANG SUKAN TENIS 3.1 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN Tenis adalah sukan yang dimainkan oleh jutaan orang sebagai satu sukan rekreasi selain sebagai sukan pertandingan . Sukan ini dimainkan di semua peringkat dan semua golongan. Ia juga boleh dimainkan oleh semua orang termasuk golongan orang kurang upaya (OKU) yang berkerusi roda. Populariti sukan tenis telah merentasi seluruh pelusuk dunia melalui daya tarikan dan nilai komersilnya. Permainan tenis telah bermula sejak dahulu lagi iaitu sekitar 1500 tahun sebelum masihi di Mesir dimana ada lukisan di dinding kuil menunjukkan sejenis permainan dimainkan di dalam upacara keagamaan . Walaubagaimanapun sejarah permainan ini dicatatkan bermula di Utara Perancis pada kurun ke-12 yang dikenali dengan nama permainan ‘jeu de paume’ oleh Louis X. Dalam permainan ini bola dipukul dengan menggunakan tapak tangan sahaja. Selain daripada beliau, seorang lagi yang bergiat aktif dalam permainan ini ialah King Charles V. Permainan ini seterusnya berkembang di kalangan golongan bangsawan di serata eropah. Sehingga kurun ke-16 barulah penggunaan raket bermula, begitu juga dengan nama Tenis yang diambil dari bahasa Perancis lama “Tenez”. Permainan ini popular di Perancis dan England. Sehingga awal abad ke 19 permainan ini telah berevolusi ke arah permainan tenis yang moden. Permainan ini mendapat sambutan yang menggalakkan oleh masyarakat setempat dan berkembang dalam masa yang cukup singkat. Pada awal tahun 1860-an, dua orang sahabat iaitu Mejar Harry Gem dan J.B. Pereira telah mencipta satu permainan yang menggunakan raket dan bola pelota. Ini membawa kepada penubuhan kelab tenis yang pertama iaitu Kelab Leamington Spa di Wales yang telah yang diasaskan oleh J.B. Pereira , Mejar Harry Gem, Dr. Frederick Haynes dan Dr. Arthur Tompkins pada tahun 1872. Pada tahun 1873, Mejar Walter Clopton Wingfield telah mereka dan mempatenkan permainan yang hampir sama yang dinamakan “sphairistike” yang kemudian dikenali dengan “sticky” di Llaneliden, Wales. Menurut ahli sejarah sukan, beliaulah yang bertanggungjawab mempopularkan tenis melalui tindakannya mengeluarkan peralatan permainan ini dalam satu set lengkap jaring, raket, bola dan peraturan permainannya serta memasarkannya keseluruh dunia ketika itu. Selari dengan perkembangannya, pertandingan tenis yang tertua di dunia iaitu Kejohanan Wimbledon telah pertama kali dianjurkan iaitu di London dalam tahun 1877.
Tenis 19 Sejarah permainan tenis di Amerika bermula dalam tahun 1874 apabila Mary Ewing Outerbridge memperkenalkan “sphairistike” dan membina sebuah gelanggang di Kelab Kriket Staten Island, New York. Sejak itu, permainan ini telah berkembang dan Kejohanan Kebangsaan Amerika yang pertama telah dianjurkan dalam tahun 1880. The United States National Lawn Tennis Assosiation telah ditubuhkan yang bertujuan untuk menyeragamkan peraturan dan undang-undang permainan tenis dalam tahun 1881. Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat ( US Open ) telah dianjurkan buat pertama kalinya dalam tahun itu juga di Newport, Rhode Island. Pada 1 Mac 1913, International Lawn Tennis Federation (ILTF) telah ditubuhkan di Paris, Perancis. Ia bertujuan untuk membincangkan undang-undang dan peraturan permainan ini. Hanya pada tahun 1924, ILTF secara rasminya menjadi badan yang bertanggungjawab serta mengawal sukan tenis di seluruh dunia. Perkataan “Lawn” daripada nama badan itu digugurkan dalam tahun 1977, setelah mendapati bahawa kebanyakan permainan tenis tidak lagi dimainkan di atas gelanggang rumput. Sejak itu ia dikenali sebagai International Tennis Federation (ITF). Di Malaysia, permainan tenis telah mula diperkenalkan pada abad ke 20. Persatuan Tenis Malaysia (LTAM) telah ditubuhkan pada tahun 1921, dan pertandingan pertama yang dijalankan ialah pertandingan merebut Piala Chua dan diikuti pertandingan merebut Piala Guillemard untuk kategori lelaki dan Piala McCabe Peay untuk kategori wanita. Hari ini, tenis semakin popular di Malaysia. Permainan ini bukan lagi asing kepada rakyat Malaysia. Malaysia hari ini telah menjadi tuan rumah kejohanan tenis bertaraf dunia seperti Davis Cup, jelajah ATP (Malaysia Open 250), WTA dan kejohanan-kejohanan lain. Malaysia juga telah melahirkan jaguh tenis yang pernah bertanding diperingkat antarabangsa seperti Adam Malik, V. Selvam dan S.Selvarajoo. Selari dengan perkembangan sukan tenis hari ini banyak kejohanan besar yang dianjurkan di seluruh dunia seperti Kejohanan Terbuka Australia, Terbuka Perancis, Terbuka Wimbledon, dan Terbuka Amerika Syarikat yang dikenali dengan kejohanan “Grand Slam” menawarkan hadiah wang tunai dalam jumlah yang besar. Kejohanan utama dunia atau Grand Slam ini dimainkan dalam tiga jenis gelanggang iaitu Hard Court, Grass Court dan Clay Court. Di samping itu, terdapat juga siri jelajah ATP dan WTA yang disertai oleh pemain-pemain dari seluruh dunia. Piala Davis pula ialah kejohanan berpasukan antara negara-negara yang setaraf Piala Dunia dalam sukan bola sepak. Kesemua kejohanan ini telah menarik berjuta peminat dan penonton serta penaja yang membuktikan bahawa sukan ini adalah antara sukan yang paling menarik di dunia.
Tenis 20 Permainan tenis boleh dimainkan secara perseorangan atau beregu. Acara beregu pula dijalankan samada beregu lelaki, beregu wanita atau beregu campuran. Untuk memulakan permainan, pemain melakukan servis dari garisan belakang dan memukul bola arah menyilang ke gelanggang servis pihak lawan. Pemain yang membuat servis mempunyai dua percubaan, sekiranya servis pertama tersangkut dijaring atau keluar, pemain boleh membuat servis sekali lagi. Sekiranya bola terkena jaring dan masuk ke dalam gelanggang servis pihak lawan, servis tersebut perlu diulang semula. Mata/”point” dikira sekiranya pihak lawan gagal untuk mengembalikan bola atau bola mati digelanggang lawan. Keadaan sebaliknya berlaku jika bola mati digelanggang pemain yang membuat servis, pihak lawan akan mendapat “point”. Undang-undang di bawah merupakan asas kepada permainan tenis. 1 Servis adalah batal sekiranya; - Memijak garisan belakang semasa melakukan servis. - Apabila gagal memukul bola semasa percubaan melakukan servis. - Apabila bola terkena objek kekal di dalam gelanggang kecuali jaring atau “centre strap” sebelum masuk ke gelanggang servis. 2 Apabila ‘let’ dilaungkan, servis mesti dilakukan semula. Jenis-jenis ‘let’; - Apabila bola mengenai jaring atau “centre strap” dan memasuki kawasan servis. - Penerima servis belum bersedia. - Terdapat gangguan semasa permainan sedang berlangsung. 3 Pertukaran gelanggang/ ‘Ends’ dilakukan pada setiap “game” kiraan ganjil seperti game pertama, ketiga, kelima dan seterusnya. 3.2 UNDANG-UNDANG PERMAINAN Kejohanan utama dunia atau Grand Slam ini dimainkan dalam tiga jenis gelanggang iaitu Hard Court, Grass Court dan Clay Court. Di samping itu, terdapat juga siri jelajah ATP dan WTA yang disertai oleh pemain-pemain dari seluruh dunia. Piala Davis pula ialah kejohanan berpasukan antara negara-negara yang setaraf Piala Dunia dalam sukan bola sepak.
Tenis 21 4 Pembuat servis akan mendapat mata sekiranya; - Bola yang diservis terkena pemain lawan atau apa-apa yang dipegang atau dipakai sebelum menyentuh gelanggang. - Penerima servis gagal membalas hantaran servis. 5 Pemain kehilangan mata apabila; - Bola melantun lebih daripada sekali di bahagian gelanggangnya. - Bola yang dipukul terkena objek kekal diluar kawasan permainan (kecuali jaring, tiang jaring, ‘single stick’, kabel jaring). - Raket atau pemain menyentuh jaring semasa permainan berlangsung. - Bola terkena pemain. 6 Kiraan mata bagi satu game; Pertama – 15, kedua – 30, ketiga – 40, keempat – “game”. Jika kedua-dua pemain terikat pada kedudukan 40 – 40 (sama) dipanggil “deuce”, mata berikut dipanggil “advantage”. Jika pemain tersebut terus mendapat mata, maka ia dikira “game”. 7 Kiraan set - Seseorang pemain itu mestilah mendapat enam “game”. - Pada kedudukan 5 – 5 (sama) pemain mestilah mendapatkan perbezaan dua “game” iaitu menjadi 7 – 5. - Jika kedudukan 6 – 6 (sama) pemain terpaksa bermain “tie-break”. 8 Kiraan “tiebreak”. - Pemain mestilah mendapat 7 mata. - Pada kedudukan 5 – 5 (sama) pemain mestilah mendapatkan perbezaan dua mata agar kedudukan menjadi 7 – 5 9 Jumlah set - Jumlah set maksimum bagi lelaki ialah 5 set. - Jumlah set maksimum bagi perempuan ialah 3 set
Tenis 22 3.3 GELANGGANG TENIS Permainan tenis biasanya dimainkan di atas gelanggang rumput, permukaan keras, sintetik atau tanah liat, samada di luar atau di dalam dewan. Walaupun terdapat pelbagai jenis permukaan gelanggang ukuran dimensinya adalah standard. Selain dari ukurannya, kita juga perlu mengatahui bahagian-bahagian gelanggang tenis ini supaya kita lebih mudah untuk menguasai teknik-teknik permainannya nanti. Rajah menunjukkan bahagian-bahagian gelanggang tenis
Tenis 23 Rajah menunjukkan ukuran gelanggang tenis Tinggi Jaring; di tengah = 3 kaki, di tepi = 3 kaki 6 inci
Tenis 24 3.4 PERALATAN Raket Raket Tenis adalah instrumen utama yang digunakan untuk bermain permainan ini, ianya telah berkembang sejak permainan ini diperkenalkan. Raket tanis telah mengalami perubahan dari segi reka bentuk, saiz, panjang dan bahan, tetapi ciriciri utama seperti tali dan cara menguruskan raket kekal sama. Raket Tenis juga telah melakar sejarahnya yang tersendiri mengikut geografi seluruh dunia. Kini telah banyak syarikat pengeluar barangan sukan yang menghasilkan raket tenis dengan jenama yang tersendiri dan terkenal.
Tenis 25 Pemain tenis yang ingin memiliki raket tenis akan memberi perhatian kepada beberapa ciri yang terdapat pada raket. Aspek pemilihan yang biasa diberi keutamaan ialah jenama, reka bentuk, saiz, berat, bahan dan harga. Tahap permainan pemain juga akan mempengaruhi pemilikan raket. Biasanya pemain baru tidak beri perhatian utama mengenai perkara pemilihan raket. Terdapat dua saiz utama raket yang digunakan oleh pemain iaitu saiz junior dan saiz standard. Saiz junior biasanya digunakan oleh kanak-kanak berminat bermula bermain tenis. Saiz standard pula digunakan oleh pemain dewasa atau pemain yang sudah mahir dan dapat bermain dengan baik. Aspek penjagaan raket tenis juga perlu diberi perhatian. Berikut adalah beberapa cadangan boleh diamalkan :- Jangan simpan raket di tempat yang panas, sejuk atau lembap. Kekalkan pembalut raket pada raket semasa tidak digunakan. Jangan pusingkan raket semasa di atas gelanggang untuk menentukan pukulan mula atau memilih gelanggang; letakkan di dalam tangan anda untuk memutarkannya atau biarkan pemain lain yang memutarkan raketnya. Jangan letakkan benda yang berat di atas raket. Jangan gunakan raket untuk memungut bola. Anda boleh mencalarkan bingkainya. Lapkan tali selepas bermain di atas gelanggang yang lembab. Cuci pemegang raket dengan sabun dan air, kemudian letakkan sedikit minyak mineral untuk mengelakkan pemegang daripada kering. Jangan baling atau lantun raket daripada permukaan gelanggang atau memukul benda-benda lain selain daripada bola tenis. Sekiranya tali raket putus, tukar semula tali untuk melegakan ketegangan pada bingkai.
Tenis 26 Bola Seperti raket terdapat beberapa jenis bola tenis yang dibuat untuk kegunaan permukaan gelanggang tertentu. Adalah penting untuk sentiasa bermain dengan menggunakan bola yang baik. Walau apa jenis bola, pastikan anda membaca maklumat yang terdapat pada bekas penyimpan bola dan yang terbaik bola itu mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Tenis Amerika Syarikat atau Persatuan Tenis Antarabangsa. Kebanyakan bola tenis diisi dalam tin yang mempunyai tekanan untuk memastikan kualitinya terjamin apabila ia digunakan. Anda tidak boleh bermain dengan satu tin bola untuk selama-lamanya. Tiga biji bola hanya boleh bertahan selam dua atau tida kali permainan jikalau anda pemain baru atau pertengahan. Selepas itu bola akan hilang tekanan, daya lantunan dan menjadi botak. Apabila ini berlaku gunakan bola tersebut untuk latihan sahaja.
Tenis 27 Anda boleh memanjangkan hayat bola dengan meletakkan bola dalam bekas asal dan menyimpan bola ke dalam tempat yang sejuk. Kasut tenis yang menepati spesifikasi adalah satu keutamaan berbanding pakaian tenis yang lain. Ini adalah perkara yang akan dapat mengelakkan pemain mudah mendapat kecederaan kaki selain dapat meningkatkan keyakinan anda untuk melakukan pergerakan semasa bermain. Lima faktor yang perlu diambil kira semasa membeli kasut tenis ialah kos, ketahanan, keselesaan, berat dan rupa. Kasut berbeza dengan ketara dari segi harga. Berapa kerap anda bermain, gaya anda bermain dan jenis permukaan gelanggang menentukan hayat dan kecepatan kehausan tapak kasut anda. Mereka yang kerap bermain di gelanggang yang keras boleh melusuhkan kasut mereka dalam beberapa minggu sahaja. Mereka yang bermain di atas gelanggang yang lebih lembut boleh bertahan dengan kasut mereka beberapa bulan. Kasut
Tenis 28 Beli kasut yang ringan sekiranya anda berpuas hati dengan harga, keselesaan dan ketahanan kasut. Kebanyakan orang jenama dan gaya kasut lebih penting daripada faktor-faktor lain. Jika anda tergolong dalam kumpulan ini ingatlah bahawa anda mungkin membayar lebih untuk logo dan rupa kasut dan bukannya untuk ketahanan dan keselesaan kasut. Pakaian Kasut tenis mencerminkan trend dan pengiklanan jenama lebih daripada mutu barangan begitu juga dengan pakaian tenis. Pakaian seperti seluar pendek, skirt, baju panas dan sebagainya dikeluarkan oleh berbagai pengeluar dan mempunyai harga yang berbeza-beza. Walaupun terdapat ketetapan dari segi peraturan berpakaian tetapi tidak terdapat peraturan daripada satu fesyen. Gunakan kebijaksanaan anda untuk memakai pakaian yang sesuai. Kebanyakan pemain yang serius akan berlatih dengan menggunakan pakaian yang paling selesa. Jangan abaikan prinsip pendidikan semasa bersukan kerana murid-murid masa kini sangat terdedah dengan fesyen-fesyen sukan yang dipakai oleh atlet ternama tanpa memikirkan kesesuaian dengan cara seorang pelajar.
Tenis 29 3.5.1 Kelebihan Mini Tenis 3.5.2 Objektif Mini Tenis Mini Tenis adalah salah satu cara penting memperkenalkan tenis kepada pemain-pemain baru khususnya kanak-kanak. Melalui permainan ini, tenis dapat diperkenalkan kepada kanak-kanak dengan cara yang seronok dan aktif. Mini Tenis menggunakan peralatan yang kurang dari ukuran standard dan lebih mudah seperti jaring yang rendah, bola span, raket kecil dan gelanggang biasa serta cara permainan yang mudah dipelajari oleh kanak-kanak. Mini Tenis adalah salah satu cara penting memperkenalkan tenis kepada pemain-pemain baru khususnya kanak-kanak. Melalui permainan ini, tenis dapat diperkenalkan kepada kanak-kanak dengan cara yang seronok dan aktif. Mini Tenis menggunakan peralatan yang kurang dari ukuran standard dan lebih mudah seperti jaring yang rendah, bola span, raket kecil dan gelanggang biasa serta cara permainan yang mudah dipelajari oleh kanakkanak. i. Untuk memberi peluang kepada para pelajar supaya dapat menyertai aktiviti fizikal yang seronok dan menghiburkan. ii. Untuk membimbing pelajar mengenai asas permainan tenis, cara kiraan mata dan etika permainan. iii. Untuk memupuk minat pelajar supaya terus bergiat dalam sukan tenis pada peringkat yang lebih tinggi (sekiranya mampu). 3.5 APA ITU MINI TENIS?
Tenis 30 Pengalaman dari serata dunia membuktikan bahawa permainan tenis mempunyai kekangan untuk dimainkan terutamanya untuk mencari gelanggang, begitu juga peralatan yang lain, namun dengan mini tenis masalah tersebut tidak menjadi penghalang untuk memperkenalkan permainan ini kepada golongan muda di serata dunia berbanding dengan masa lepas. Contoh gelanggang mini tenis di atas gelanggang tenis standard Gelanggang tenis, lantai gimnasium, lantai atau permukaan bersimen atau bertar, sebarang kawasan rata bertanah padat adalah sesuai untuk menjalankan permainan ini. Saiz gelanggang perlulah berukuran seperti gelanggang badminton atau 15 x 17 m (44’ x 20’). Garisan sementara boleh dibuat dengan menggunakan pita pelekat, kapur atau apa-apa sahaja yang boleh digunakan. Kawasan servis boleh ditanda dengan cara membahagikan gelanggang kepada dua. Adalah lebih baik mempunyai sekurang kurangnya 2m (6’) di belakang setiap gelanggang dan 1-2 m (3’-6’) antara setiap gelanggang. Gelanggang tenis bersaiz penuh boleh memuatkan 4-6 gelanggang mini tenis. Gelanggang 3.5.3 Peralatan Mini Tenis
Tenis 31 Contoh jaring mini tenis yang ada dijual di pasaran Sebarang jaring yang sesuai boleh digunakan. Contohnya seperti jaring badminton bersama tiang jaring badminton, bola tampar atau sebagainya yang dapat menyokong jaring boleh digunakan. Jaring dipasang dengan ketinggian 80 cm (2’7’) di tengah dan 85 cm (2’9’) dibahagian tepi. Terdapat juga jaring mini tenis yang dijual dipasaran sebagai pilihan. Raket bersaiz kecil dengan tali yang agak longgar adalah sesuai dan selamat digunakan. Kebanyakan pengeluar raket berjenama terkenal telah mengeluarkan jenis dan saiz raket yang berbeza khusus untuk kanak kanak dan pemain baru. Bagi pemain amatur atau tidak berpengalaman, raket yang diperbuat dari kayu atau plastik adalah dicadangkan. Jaring Raket
Tenis 32 Bola dari jenis span adalah pilihan terbaik kerana boleh digunakan didalam dewan atau diluar dewan yang tidak berangin. Untuk pilihan ideal, pemain perlu menggunakan bola bertekanan rendah yang lembut dan ringan berbanding bola tenis biasa. Bola tenis kempis juga boleh dijadikan sebagai pengganti sekiranya jenis bola di atas tiada. Mini tenis adalah sukan yang mudah dan menyeronokkan. Sesuai untuk golongan tua dan muda. Dengan kos peralatan mini tenis yang rendah dan cara serta teknik permainan yang mudah, mini tenis adalah sukan yang boleh dimainkan di mana sahaja. Semua kemahiran di dalam mini tenis boleh dipraktikkan di dalam tenis biasa. Kemahiran yang dibina di dalam mini tenis adalah mudah untuk di asimilisasikan kepada permainan tenis sebenar. Mini tenis adalah pilihan ideal sebagai medium untuk melahirkan pemain yang mempunyai pelbagai keupayaan. Semua ini akan membantu melahirkan ramai pemain yang berpotensi dan kompotetif dalam jangka masa panjang. Bola 3.5.4 Kesimpulan
Tenis 33 Sistem pertandingan dijalankan secara liga dan / atau cara kalah mati seperti berikut. Liga Empat Kumpulan (A,B,C dan D) Pusingan Pertama Sekiranya dua belas atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu A,B,C dan D. Pertandingan akan dijalankan secara liga dalam kumpulan. Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam pertandingan tahun lalu (seeded) ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut. Johan - Kumpulan A Naib Johan - Kumpulan B Ketiga - Kumpulan C Keempat - Kumpulan D Pasukan lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut melalui cabutan undi mengikut undang-undang permainan tenis. Sekiranya pasukan pilihan(seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya. a. b. c. 3.6 SISTEM PERTANDINGAN
Tenis 34 Pusingan Kedua (Suku Akhir) Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati. Susunan perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut:- Undian bagi Pasukan Johan dalam KUMPULAN akan ditempatkan di Kedudukan 1,4,5 dan 8. Undian bagi Pasukan Naib Johan dalam KUMPULAN akan ditempatkan di Kedudukan 2, 3, 6 dan 7. Pengisian di kedudukan 2, 3, 6 dan 7 akan mengambilkira dengan tidak menemukan dengan pasukan johan yang sama diperingkat kumpulan. Pasukan-pasukan yang menang di Separuh Akhir akan bertemu diperingkat Akhir bagi menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN, sementara Pasukan-Pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat KETIGA dan KEEMPAT (Jika perlu). a. b. i. ii. iii. Liga Tiga Kumpulan Pusingan Pertama Sekiranya sembilan hingga sebelas pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A,B dan C. Pertandingan akan dijalankan secara liga. Johan , Naib Johan dan tempat ketiga dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut:- Johan - Kumpulan A Naib Johan - Kumpulan B Ketiga - Kumpulan C a. b.
Tenis 35 Pusingan Kedua Pusingan Akhir Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan ditempatkan di dalam kumpulan X dan kumpulan Y dengan cara undian. Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama. Johan A akan diletakkan di X1. Naib Johan B dan Naib Johan C akan diletakkan di X2 dan X3 manakala Johan B dan Johan C serta Naib Johan A diletakkan di Y1, Y2 dan Y3. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan X dan Y layak ke pusingan Akhir. Johan KUMPULAN X akan melawan Johan KUMPULAN Y untuk menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN. Naib Johan KUMPULAN X akan melawan Naib Johan KUMPULAN Y untuk menentukan tempat KETIGA dan KEEMPAT (sekiranya perlu) a. b. c. d. a. b. Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam tiga kumpulan tersebut dengan cabut undi. Sekiranya pasukan yang di utamakan(seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya. c.
Tenis 36 Contoh; Jadual Perlawanan. Pusingan Pertama: Pusingan Kedua: A1 Lwn. A2 B1 Lwn. B2 C1 Lwn. C2 A2 Lwn. A3 B2 Lwn. B3 C2 Lwn. C3 A3 Lwn. A1 B3 Lwn. B1 C3 Lwn. C1 Kumpulan X Kumpulan Y Johan A Lwn. N/Johan B Johan B Lwn. N/Johan A N/Johan C Lwn. Johan A Johan C Lwn. N/Johan A N/Johan B Lwn. N/Johan C Johan B Lwn. Johan C
Tenis 37 Pusingan Akhir: Johan dan Naib Johan JOHAN X Lwn. JOHAN Y Tempat Ketiga dan Keempat N/JOHAN X Lwn. N/JOHAN Y Liga Dua Kumpulan Pusingan Pertama Sekiranya enam hingga lapan pasukan mengambil bahagian mereka hendaklah dibahagikan kepada dua kumpulan A dan B. Johan dan tempat keempat dalam pertandingan tahun lalu ditempatkan dalam KUMPULAN A. Naib Johan dan tempat ketiga ditempatkan dalam KUMPULAN B. Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam dua kumpulan dengan cabutan undi. Sekiranya pasukan diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya. a. b. c. d. Pusingan Kedua (Suku Akhir) Johan kumpulan A akan melawan Naib Johan kumpulan B. Johan kumpulan B akan melawan Naib Johan kumpulan A. Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati. a. b.
Tenis 38 Pusingan Akhir Pasukan menang di antara kedua-dua perlawanan akan bertemu di Perlawanan akhir untuk menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN. Pasukan kalah didalam kedua-dua perlawanan di atas diisytiharkan sebagai tempat ketiga a. b. Liga Satu Kumpulan Cara menentukan Johan pasukan yang bertanding dalam cara liga kumpulan atau liga satu kumpulan sekiranya tidak dapat diputuskan seperti dalam 5.3.4 (a) maka diambil kira seperti berikut:- Sekiranya lima atau kurang daripada lima pasukan mengambil bahagian pertandingan secara liga satu pusingan akan dijalankan. Pasukan yang mendapat mata tertinggi akan diistiharkan sebagai JOHAN. Mata bagi setiap perlawanan dalam cara liga:- i. Menang 2 mata. ii. Kalah 0 mata. Jumlah “set” dalam setiap perlawanan dikira, pasukan yang mendapat jumlah menang terbanyak maka pasukan tersebut diistiharkan Johan /pemenang. a. b. a.
Tenis 39 Sekiranya keputusan untuk menentukan Johan/Pemenang seperti 5.4 (a) tidak dapat diputuskan maka kiraan “games” terbanyak diistiharkan sebagai Johan/Pemenang. Sekiranya 5.4 (a) dan 5.4 (b) tidak dapat diputuskan, maka pasukan yang pernah mengalahkan pasukan tersebut diistiharkan sebagai Johan/Pemenang Liga Kumpulan atau Liga Satu Kumpulan. Johan - 10 mata. N/Johan - 7 mata Separuh Akhir - 5 mata Suku Akhir - 1 mata Kiraan games/set yang digunakan dalam setiap peringkat pertandingan bergantung kepada bilangan penyertaan , kemudahan gelanggang, masa dan kemampuan Jawatankuasa Pengelola. Seseorang pemain dibenarkan mengambil bahagian dalam satu acara sahaja dalam pasukannya, iaitu sekiranya pemain itu telah bermain dalam acara perseorangan tidak dibenarkan bermain dalam acara beregu bagi perlawanan tersebut sahaja. Sebaliknya pemain tersebut boleh bermain sama ada acara perseorangan atau bagi beregu bagi perlawanan berikutnya. Penentuan Johan keseluruhannya bagi acara berpasukan ditentukan dengan kiraan mata yang diperolehi oleh kedudukan lelaki dan perempuan berikut:- b. c.
Tenis 40 SISTEM KALAH MATI Pertandingan ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang akan terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir. Sistem ini amat sesuai dalam mengelolakan pertandingan yang melibatkan penyertaan yang ramai, tetapi mempunyai kekangan dari segi masa, perbelanjaan, kemudahan, dan pegawai. Ianyanya juga digunakan dalam kejohanan-kejohanan terbesar diperingkat antarabangsa. Jika ada ‘seeded’ pemenang tahun lalu, mereka hendaklah ditempatkan di nombor 1, 3, 6 dan 8. Sebagai contoh; kedudukan Johan di nombor - 1, Naib Johan - 8, ketiga - 6 dan keempat - 3. Sila rujuk kedudukan nombor rangka jadual pertandingan Kalah mati di bawah ini.
Tenis 41 BAB 4 PERSEDIAAN & PERANCANGAN
Tenis 42 BAB 4 PERSEDIAAN DAN PERANCANGAN Tahap Murid Aktiviti sukan yang dijalankan perlu bersesuaian dengan tahap umur dan keupayaan murid. Bilangan Murid Guru harus mengetahui bilangan murid yang akan menyertai aktiviti ini supaya dapat menyediakan peralatan yang mencukupi dan ruang latihan yang bersesuaian. Langkah- Langkah Keselamatan Antara langkah- langkah keselamatan yang perlu diambil perhatian oleh guru ialah: • Tahap kesihatan murid. • Memanaskan badan dan regangan sebelum aktiviti serta melakukan gerak kendur ‘cooling down’ selepas aktiviti; • Pakaian dan kasut yang sesuai dengan aktiviti dan • Peralatan dan kemudahan yang digunakan dalam keadaan baik dan selamat. Tempat Latihan Ruang latihan yang sesuai dan selamat. Kemudahan Peralatan Merancang jumlah dan jenis-jenis peralatan yang perlu digunakan semasa aktiviti; Contoh : kon, raket tenis / bat tenis, bola dan net / tali. Masa latihan Masa yang diperuntukkan untuk aktiviti sukan adalah seperti berikut: • Sekolah Rendah 90 minit/minggu • Sekolah Menengah 90 minit/minggu 4.1 PERTIMBANGAN UNTUK LATIHAN 1. 2. 3. 4. 5. 6.
Tenis 43 4.2 CONTOH 1 SESI LATIHAN Permainan : Tenis Tarikh : 3 September 2013 Masa : 90 minit Kemahiran : Pukulan Forehand Alatan : Raket / bat, bola tenis, masking tape dan kon. KOMPONEN/ MASA AKTIVITI / KETERANGAN PENGELOLAAN / GAMBARAJAH Memanaskan badan (+10 minit) Aktiviti Kemahiran Kordinasi (15 minit) a. Umum i. Larian bervariasi • Ke hadapan • Ke belakang • gerak sisi kanan dan kiri • silang kaki • gerakerja kaki / ‘foot work’ b. Regangan individu dan berpasangan 1. Individu a. Melantun bola dengan raket / bat b. Menimbang bola c. Menimbang bola dengan ‘backhand grip’ separas bahu. 2. Berpasangan a. Menimbang 3 x dan melambung ke arah kawan dalam jarak 3 meter.
Tenis 44 Aktiviti Kemahiran Pukulan ‘Forehand’ (+50 minit) (Tanpa bola) (Dengan bola) 1. Ansur maju a. Perlakuan bayangan pukulan ‘forehand’ (tanpa bola) i. Posisi sedia ii. Cekak “Eastern forehand’” dan sediakan raket ke belakang. iii. Kedudukan tangan kiri dan kaki yang betul. iv. Hayunan raket dan pukulan bola di kedudukan yang betul. v. Ikut lajak. vi. Balik kekedudukan bersedia. b. Perlakuan pukulan ‘forehand’ (dengan bola) secara individu. i. Cekak “Eastern forehand’”dan sediakan raket ke belakang. ii. Kedudukan tangan kiri dan kaki yang betul. b. Menimbang 2 x dan melambung ke arah kawan dalam jarak 4 meter. c. Menimbang 1 x dan melambung ke arah kawan dalam jarak 5 meter. d. Melambung tanpa menimbang ke arah kawan.
Tenis 45 Permainan Kecil (15 minit) Penutup (10 minit) iii. Lepaskan bola, hayun raket dan pukul bola di kedudukan yang betul. iv. Ikut lajak. v. Balik kekedudukan bersedia. c. Perlakuan pukulan ‘forehand’ (dengan pengumpan) i. Pengumpan berada di kedudukan yang sesuai. ii. Posisi sedia iii. Cekak “Eastern forehand’” dan sediakan raket ke belakang. iv. Kedudukan tangan kiri dan kaki yang betul. v. Hayunan raket dan pukulan bola di kedudukan yang betul. vi. Ikut lajak. vii. Balik kekedudukan bersedia. Secara berpasangan. Bermain mini tenis menggunakan kemahiran ‘forehand’ sahaja dalam jarak 4 meter Regangan semula dan perbincangan/rumusan.
Tenis 46 BAB 5 KEMAHIRAN ASAS TENIS
Tenis 47 5.1 MENYESUAI DIRI DENGAN BOLA -‘BALL SENSE’ Adalah wajar diberikan penekanan kepada koordinasi antara mata, tangan dan bola sebelum menyampaikan kemahiran-kemahiran asas dalam permainan tenis. Contoh aktiviti untuk meningkatkan “ball sense” : BAB 5 KEMAHIRAN ASAS TENIS Aktiviti tanpa raket (bersendirian) - Melantunkan bola dengan tapak tangan ( setempat ) tinggi / rendah. - Melantunkan bola ( setempat atau bergerak ), perlahan-lahan / pantas. - Lantunkan bola pada sasaran / dinding dan tangkap dengan kedua belah tangan. - Lambung bola ke udara dan sambut dengan dua belah tangan pada ketinggian yang terhad. - Lambung bola ke udara dan sambut dengan sebelah tangan (ketinggian terhad) Aktiviti tanpa raket (berpasangan) - Baling bola dan sambut dengan menggunakan dua tangan / satu tangan - Baling bola dan sambut ( dua biji bola ) dengan dua tangan / satu tangan - Baling bola dan sambut selepas satu lantunan dengan dua tangan / satu tangan - Baling bola dan sambut selepas satu lantunan ( dua biji bola ) dengan dua tangan / satu tangan - Baling bola, pusing badan dan sambut ( satu ) lantunan sahaja. 1. 2.
Tenis 48 Menggunakan raket (bersendirian) - Pukul bola ke udara dan biarkan bola itu jatuh ke gelanggang, selepas melantun pukul semula bola ke udara ( ulang beberapa kali ) - Pukul bola ke udara tanpa membenarkan bola jatuh ke lantai berulang kali. - Pukul bola ke udara, pusing badan dan sambut semula bola dengan raket. - Lantun bola dengan raket ( setempat atau bergerak, perlahan- lahan atau pantas ) - Menimang bola dengan ‘spin’ tanpa membenarkan bola jatuh ke lantai. - Timang bola dengan permukaan depan dan belakang raket berselang-seli. Menggunakan raket (berpasangan) - Lantunkan bola dan sambut dengan raket - Timang bola berselang-seli dengan kawan. - Menggelecek bola dengan melantunkannya di lantai menggunakan raket - Melantunkan bola kepada pasangan dengan satu lantunan dan pasangan menahan bola dengan raket. - Melantunkan bola kepada pasangan dan pasangan melambung bola dengan raket. 3. 4.
Tenis 49 Dalam permainan tenis, cara memegang raket adalah penting kerana ianya berbeza antara satu pukulan dengan pukulan yang lain. Sebagai contoh cara memegang raket semasa membuat pukulan hadapan/“forehand” dengan pukulan kilas/ “backhand” adalah berbeza. Terdapat beberapa cara untuk membantu pemain yang baru untuk memastikan genggaman atau cekak raket yang betul. Di sini kita akan menggunakan kaedah pangkal jari telunjuk/“base knuckle” dengan panelpanel pemegang raket bagi memudahkan kita menggunakan raket dengan betul. CEKAK / ‘GRIP’ JENIS-JENIS CEKAK / ‘GRIP’ ‘Eastern Forehand’ X berada di panel 3 ‘Eastern Backhand’ X berada di panel 1 ‘Continental’ X berada di bahagian atas panel 2 ‘Western Forehand’ X berada di panel 4 ‘Semi - western Foerhand’ X berada diantara panel 3 dan panel 4 bentuk pemegang raket dari bawah
Tenis 50 “Eastern Forehand” - Dikenali juga dengan nama cekak jabat/“shake hands” grip. - Dapat menggunakan kekuatan yang maksimum. - Mudah untuk memukul bola pada pelbagai ketinggian. “Eastern Backhand” - Digunakan untuk pukulan kilas/ “backhand”. - Mudah untuk memukul bola pada pelbagai ketinggian. - Lebih mudah untuk membuat pukulan ‘topspin’, ‘flat’ atau ‘slice’ “Continental” - Digunakan sewaktu membuat servis. - Membantu menghasilkan kelajuan raket. - Dapat mempelbagaikan jenis servis dengan cekak ini. “Western Forehand” - Mudah untuk membalas pukulan “topspin”. - Untuk pergerakan raket lebih laju. - Mudah untuk mebuat pukulan “topspin”.