Tenis 51 ““Semi - western Forehand” - Mudah untuk memukul bola di atas paras pinggang. - Amat sesuai untuk bola yang melantun tinggi. - Sesuai untuk pukulan hadapan yang agresif. “Two Handed Backhand” - Menghasilkan kekuatan yang lebih dari menggunakan sebelah tangan. - Cekak yang mudah untuk pemain- pemain baru. - Adalah di syorkan kepada pemain baru untuk menggunakan cekak “Eastern Forehand”. - Cekak “Semi-Western” juga boleh digunakan. “Eastern Forehand” 1. 5.2 PUKULAN HADAPAN/“FOREHAND”
Tenis 52 Langkah-langkah untuk memukul bola. Persediaan 1. Mulakan dengan kedudukan persediaan. Tangan kiri menyokong iaitu memegang leher raket. Raket sentiasa berada dihadapan muka. Kaki dibuka seluas bahu. Lutut dibengkokkan sedikit. Pinggang dibongkokkan sedikit. Mata sentiasa memandang hadapan. 2. Gerakkan kaki kiri ke hadapan, pusingkan bahu dan bawa raket ke belakang. Berat badan berada di kaki belakang. 3. Mata memerhati bola, hayunkan raket ke hadapan. 4. Apabila bola dipukul, pastikan pemindahan berat badan dari kaki belakang ke kaki hadapan. 5/6. Selepas memukul hendaklah ikut lajak. 2. 3.
Tenis 53 • Nota Guru Pertimbangan-pertimbangan. - Tangan bebas di gunakan untuk imbangan. - Badan hampir selari dengan pagar tepi. - Bola dipukul di paras antara lutut dengan pinggang. - Pukul bola di hadapan badan. - Pastikan jarak bola dengan badan adalah sesuai. - Lajak raket tinggi ke atas. - Pergerakan raket dari bawah ke atas. - Kembali ke posisi persediaan seberapa cepat selepas memukul bola. AKTIVITI / LATIH TUBI 1 Tanpa raket 1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu ‘X’ dan ‘Y’ 2. Kumpulan X berada di sebelah kiri gelanggang manakala kumpulan Y berada di sebelah kanan gelanggang. 3. Tanpa menggunakan raket X melambungkan bola ke arah kumpulan Y, Y akan menyambut dan melambungkan semula bola kepada kumpulan X, X menyambut dan mengulang aktiviti sehingga di arahkan berhenti.
Tenis 54 AKTIVITI / LATIH TUBI 2 Dengan raket 1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu X dan Y. 2. Kumpulan X berada di sebelah kiri gelanggang manakala kumpulan Y berada di sebelah kanan gelanggang. 3. Y melambung bola ke arah X, X memukul bola lambung ke arah kumpulan Y, Y menangkap dan melambung semula ke arah Y. 4. Setelah beberapa ulangan, aktiviti ditukar dengan X melambung manakala Y memukul. MENGGUNAKAN SEBELAH TANGAN “Single Handed Backhand” - Raket biasanya dipegang dengan cekak “Eastern forehand” dalam posisi bersedia. - Genggaman bertukar kepada cekak “Eastern backhand” semasa raket dihayun belakang. 1. 5.3 PUKULAN KILAS/“ BACKHAND” “Eastern backhand”
Tenis 55 MENGGUNAKAN DUA BELAH TANGAN “Double Handed Backhand” - Tangan kiri menjadi dominan. - Kedua dua tangan menggunakan cekak “Eastern forehand” (tiada tukaran cekak). - Biasanya pemain akan bermula dengan “Eastern forehand” dan akan bertukar kepada “Continental” atau “Eastern backhand” apabila sudah berpengalaman. 2. “Double Handed Backhand”
Tenis 56 Langkah-langkah untuk memukul bola. 1. Mulakan dengan kedudukan persediaan. Kaki dibuka seluas bahu. Lutut dibengkokkan sedikit. Pinggang dibongkokkan sedikit. Mata sentiasa memandang hadapan/bola. 2. Gerakkan kaki kanan ke hadapan, pusingkan bahu menghala ke jaring bawa raket ke belakang, gunakan tangan yang bebas sebagai penyokong raket. Sambil memusingkan bahu dan badan, tukar genggaman kepada cekak pukulan kilas. Berat badan berada di kaki belakang. 3. Hayun raket ke hadapan, mata sentiasa memerhati kedudukan bola. 4. Apabila bola dipukul, pastikan berlaku pemindahan berat badan dari kaki belakang kepada kaki hadapan. 5. Selepas memukul hendaklah ikut lajak. 3.
Tenis 57 • Nota Guru Pertimbangan-pertimbangan. - Tangan bebas digunakan untuk membantu memusingkan raket (cekak pukulan kilas). - Bengkokkan lutut apabila kaki hadapan melangkah ke hadapan. - Kunci pergelangan tangan dan hayun tangan dari bahu. - Pukul bola di hadapan kaki kiri. - Lajakkan raket ke atas selepas memukul bola. AKTIVITI / LATIH TUBI 1 1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu ‘X’ dan ‘Y’ 2. Kumpulan X berada di sebelah kiri gelanggang manakala kumpulan Y berada di sebelah kanan gelanggang. 3. X memukul bola ke arah kumpulan Y, selepas bola melantun Y akan menangkap dan melambung semula bola ke arah X. Dilakukan secara berterusan. 4. Selepas beberapa ulangan, kumpulan X pula akan melambung bola manakala kumpulan Y memukul
Tenis 58 AKTIVITI / LATIH TUBI 2 1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu ‘X’ dan ‘Y’ 2. Kumpulan X berada di sebelah kiri gelanggang manakala kumpulan Y berada di sebelah kanan gelanggang. 3. X memukul bola menyilang ke arah kumpulan Y dengan menggunakan pukulan kilas/”backhand”. Kedua-dua pemain berbalas-balas pukulan sehingga bola mati. Pemain lain akan mengambil giliran pula. Voli ialah apabila seseorang pemain memukul bola sebelum ianya melantun di gelanggang. Pemain selalunya melakukan voli semasa berada di bahagian hadapan gelanggang. Cekak ‘Eastern Forehand’ untuk voli hadapan/ ‘forehand’ . - Kedudukan ‘X’ dipanel 3 Cekak ‘Eastern Backhand’ pula digunakan untuk ‘backhand volley’. - Kedudukan ‘X’ dipanel 1 1. 5.4 PUKULAN VOLI HADAPAN/“FOREHAND” VOLI ‘Eastern Backhand’ ‘Eastern Forehand’
Tenis 59 Kedudukan bersedia. Langkah-langkah untuk melakukan voli hadapan. 1. Bermula dengan kedudukan persediaan. Lutut dibengkokkan. Badan direndahkan. Raket di hadapan dan bersudut ke atas. Tangan kiri memegang leher raket. 2. Bergerak pantas untuk menjangkau bola. Pusingkan badan, bahu kiri menghadap ke jaring. Berat badan berada di kaki kanan. 3. Bersedia dengan kedudukan selepas pusingkan (kilaskan) badan untuk menekan/ menampar bola. 4. Lajakkan yang pendek sahaja dan di dalam kawalan. 2. 3.
Tenis 60 Langkah-langkah untuk melakukan voli kilas. 1. Bermula dengan kedudukan persediaan. Bergerak pantas untuk menjangkau bola. 2. Pusingkan (kilaskan) badan, bahu kanan menghadap ke jaring. Berat badan berada di kaki kiri. 3. Langkahkan kaki kanan ke hadapan, serentak dengan itu tamparkan raket kepada bola. 4. Lajakkan yang pendek dan dalam kawalan mengikut arah bola. • Nota Guru Pertimbangan-pertimbangan. - Kurangkan hayunan raket ke belakang. - Kunci pergelangan tangan. - Kepala raket sentiasa menghadap ke atas. 4. PUKULAN KILAS/ “BACKHAND” VOLI 5.
Tenis 61 AKTIVITI / LATIH TUBI 1 1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu ‘X’ dan ‘Y’ 2. Kumpulan X berada di sebelah kanan gelanggang manakala kumpulan Y berada di sebelah kiri gelanggang. 3. Tanpa menggunakan raket Y1 melambungkan bola ke arah kumpulan X1, X1 melakukan voli ke Y2. Y2 akan menyambut dan meleret bola kepada Y1, Y1 melambung semula ke X2, X2 membuat voli ke Y2. Y2 meleret semula ke Y1 4. Setelah beberapa ulangan, kumpulan X melambung manakala kumpulan Y membuat voli. AKTIVITI LATIH TUBI 2 1. Seorang pemain bertindak sebagai pengumpan kepada rakan yang akan membuat voli. 2. Pemain dikehendaki menyasarkan bola ke dalam kotak servis sahaja. 3. Pemain yang telah melakukan voli kembali ke barisan untuk giliran seterusnya. 4. Tukar pengumpan setiap 2 pusingan \ atau mengikut kesesuaian.
Tenis 62 Oleh kerana servis adalah pukulan bagi memulakan permainan, ianya dianggap sebagai pukulan yang paling penting di dalam permainan tenis. - Untuk pemain baru boleh menggunakan cekak “Eastern Forehand”, manakala cekak “Continental” pula untuk pemain-pemain yang telah mahir. Langkah-langkah untuk melakukan servis. 1. Kaki dibuka seluas bahu. Kaki hadapan berkedudukan lebih kurang 45/60 dengan garisan belakang. Bola dipegang dengan menggunakan hujung jari. 2. Bawa raket ke belakang, naik ke atas kemudian bawa raket tersebut ke belakang badan, serentak dengan itu ‘toss’ bola ke udara. 3. Apabila raket dibawa ke atas, melepasi paras kepala, pukul bola pada paras ketinggian yang boleh dicapai raket. 1. 2. 3. 5.5 SERVIS “Eastern” “Continental”
Tenis 63 4. Selepas membuat pukulan, ikut lajak. (Lajak raket adalah ke bawah, sebelah kiri) Pemindahan berat badan turut berlaku daripada kaki belakang ke kaki hadapan. Selepas servis, kembali kedudukan bersedia. • Nota Guru Pertimbangan-pertimbangan. - Tangan yang melakukan ‘toss’ hendaklah lurus. - Bola dilambung ke hadapan sedikit daripada badan. - Kaki hadapan hendaklah berada kira-kira 10cm dari garisan belakang. - Prinsip hayunan – hayun ke belakang (satu pusingan dari bawah – belakang – kontek bola). - Bawa kaki belakang ke hadapan untuk mendapatkan imbangan badan. - Semasa hayunan ke hadapan, siku dibawa kedepan diikuti pergelangan tangan dan kedua- dua kaki lurus. - Gunakan pinggang, membantu dalam memusingkan badan.
Tenis 64 AKTIVITI LATIH TUBI 1 1. Sebagai permulaan murid boleh melakukan servis ke pagar. 2. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu X dan Y dan bergilir melakukan servis ke arah satu sama lain. AKTIVITI LATIH TUBI 2 1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama akan melakukan servis sementara kumpulan kedua membantu. 2. Kumpulan yang membuat servis akan melakukan servis bermula dari garisan servis, sekiranya berjaya murid akan berundur satu langkah ke belakang dan membuat servis dari kedudukan tersebut. 3. Murid akan melakukan beberapa kali servis sehingga sampai ke garisan belakang/”baseline” sebelum bertukar tempat dengan kumpulan kedua. AKTIVITI LATIH TUBI 3 1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. 2. Murid akan cuba melakukan servis ke kotak servis dihadapannya. 3. Apabila servisnya masuk, barulah beliau boleh bergerak ke gelanggang sebelah. 4. Kumpulan yang semua ahli dapat melakukan servis dahulu dikira pemenang.
Tenis 65 Pukulan lambung/lob biasanya digunakan sebagai pukulan pertahanan bagi menjauhkan pihak lawan dari jaring. Walaupun ia adalah sama seperti pukulan bawah yang biasa, pukulan lambung/lob dilakukan dengan permukaan raket yang terbuka, kurang hayunan belakang, lebih kepada pergerakan mengangkat dan menggunakan kekuatan yang kurang. Gunakan cekak “Eastern Forehand”. - Kedudukan ‘X’ di panel 3 untuk ‘forehand’ lob atau cekak “Eastern Backhand”. - Kedudukan ‘X’ di panel 1 untuk ‘backhand’ lob. 1. 2. 5.6 LOB ‘Eastern Forehand’ ‘Eastern Backhand’
Tenis 66 AKTIVITI LATIH TUBI 1 1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu ‘X’ dan ‘Y’ 2. Kumpulan X berada di sebelah kanan gelanggang manakala kumpulan Y berada di sebelah kiri gelanggang. 3. Tanpa menggunakan raket Y1 melambungkan bola ke arah kumpulan X1, X1 akan membuat lob bola ke Y2. Y2 akan menyambut dan meleretkan bola kepada Y1. Y1 seterusnya akan melambungkan bola ke kumpulan X2, dan seterusnya……… Langkah-langkah untuk melakukan lob 1. Pusing ke sisi sambil membawa raket ke belakang. 2. Serentak dengan perlakuan di atas bawa sebelah kaki ke hadapan. 3. Kedudukan raket hendaklah lebih rendah daripada kedudukan bola. 4. Pukul bola dari bawah ke atas. • Nota Guru Pertimbangan-pertimbangan. - Bola dipukul pada kedudukan di hadapan badan. - Pindahkan berat badan daripada kaki belakang kepada kaki hadapan. - Gunakan tangan yang bebas bagi mengimbangi badan. - Permukaan raket hendaklah dibuka semasa melakukan lob. 3.
Tenis 67 AKTIVITI LATIH TUBI 2 1. X1 akan bersedia di hadapan gelanggang, Y1 akan melambung bola ke bahagian belakang gelanggang, X 1 akan mengejar bola tersebut sebelum membuat lob ke gelanggang Y. Pemain menggunakan smesh untuk menghadapi pukulan tinggi/lob pihak lawan sama ada sebelum atau selepas bola itu melantun. Pergerakan untuk smesh adalah sama seperti pergerakan untuk melakukan servis tetapi hayunan raket ke belakang adalah pendek. - Gunakan cekak “Continental”. - Pemain-pemain baru boleh menggunakan cekak “Eastern forehand” 1. 5.7 SMESH “Eastern” ‘“Continental”
Tenis 68 Langkah-langkah untuk melakukan smash. 1/2. Apabila melihat bola dimelambung, bergerak pantas ke hadapan atau ke belakang supaya kita berada di bawah bola. Pusingkan badan ke sisi dan berdiri dengan berat badan di kaki kanan Jarak di antara kaki kanan dengan kaki kiri kira-kira seluas bahu Angkat raket ke kedudukan belakang kepala, manakala tangan kiri menunjuk ke arah bola 3. Pukul bola pada ketinggian maksimum yang boleh dicapai ( seperti membuat servis) 4. Selepas membuat pukulan, ikut lajak. 2. 3.
Tenis 69 • Nota guru Pertimbangan-pertimbangan. - Sebaik sahaja kita menghayun untuk memukul bola, biarkan tangan kiri jatuh - Lajakan terus pukulan dengan membawa raket melepasi sisi kiri badan. - Pastikan berlakunya pemindahan berat badan daripada kaki belakang kepada kaki hadapan. AKTIVITI LATIH TUBI 1 1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Mengadap secara berpasangan dalam jarak 4m. 2. Murid dari kumpulan X akan melambungkan bola kepada Y. Y akan melakukan smesh terus 3. Setelah beberapa ulangan, tukar kumpulan Y melambung dan X melakukan smash. AKTIVITI LATIH TUBI 2 1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu ‘X’ dan ‘Y’. 2. Pada awalnya murid X melambungkan bola ke atas, Y tunggu bola melantun dan melakukan smesh (bersendirian) diikuti dengan peserta berikutnya. 3. Aktiviti bertukar dengan Y melambung manakala X melakukan smash’
Tenis 70 AKTIVITI LATIH TUBI 3 1. Murid berada di dalam dua kumpulan X dan Y. 2. Kumpulan Y akan melakukan lob dan kumpulan X akan melakukan smesh. Lakukan berulang kali secara rali. 3. Tukar kumpulan X melakukan lob dan kumpulan Y melakukan smesh.
Tenis 71 ISTILAH-ISTILAH PENTING
Tenis 72 PENGHARGAAN PANEL PENULIS Azman bin Ahmad Mohamad Khusaini bin Hassan Sajali bin Mohd Subari Md Yasin bin Mahoon PENGETUA/GURU BESAR/ GURU DAN MURID Sekolah Sukan Bukit Jalil SMK Bukit Saujana Port Dickson Negeri Sembilan BAHAGIAN SUKAN V. Muraleedharan Norhamimi binti Othman Mohd Hamry bin Ismail Lim Tou Jing Tn. Hj. Ariffin bin Khairoman
Tenis 73