BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
               PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
           (THE SCOUTS ASSOCIATION OF MALAYSIA)
BUKU PANDUAN RINGKAS
     SKIM LATIHAN
  PENGAKAP KELANA
                                                                                                                          1
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
                                                KANDUNGAN  m/s
                                                           3
1. Kaedah Pengakap                                         4
2. Pengenalan Pengakap Kelana                              5
3. Penubuhan Kumpulan Pengakap Kelana                      6
4. Majlis Pengurusan Krew Pengakap Kelana                  9
5. Istiadat Pelantikan Bakal-Bakal Pengakap Kelana         13
6. Skim Latihan Pengakap Kelana                            14
7. Uniform Pengakap Kelana                                 15
8. Buku Skim Latihan Pengakap Kelana                       16
9. Lencana Keahlian Pengakap Kelana                        26
10. Lencana Kemahiran Pengakap Kelana                      54
11. Lencana Perkhidmatan Pengakap Kelana                   65
12. Lencana Pengembaraan Pengakap Kelana                   71
13. Lencana Pilihan Pengakap Kelana                        77
14. Rujukan
                                                                2
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
KAEDAH PENGAKAP
                 3
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
PENGENALAN PENGAKAP KELANA
Pengakap Kelana ialah kumpulan Pengakap dewasa di bawah
Persekutuan Pengakap Malaysia. Keahliannya terbuka kepada lelaki dan
wanita yang berusia di antara umur 18 tahun hingga 40 tahun. Kegiatan
Pengakap Kelana memberikan keseronokan, mewujudkan persahabatan dan
menawarkan aktiviti yang menarik kepada semua individu yang
menyertainya. Aktiviti-aktiviti Pengakap Kelana dijalankan bersama ahli-ahli
yang mempunyai persefahaman dan aktif di dalam satu kumpulan yang
dinamakan sebagai Krew Pengakap Kelana.
SEJARAH RINGKAS PENGAKAP KELANA
Pengakap Kelana telah diwujudkan kerana terdapat permintaan untuk
penubuhannya oleh para belia. Aktiviti Pengakap dimulakan oleh Lord Baden-
Powell (BP) sebagai persediaan pengalaman dalam latihan kepimpinan dan
sebagai inisiatif untuk Pengakap darat di India dan Afrika semasa zaman
perang.
Pada tahun 1917, Pengakap Kelana (Rover Scouts) dengan rasminya
dilancarkan di United Kingdom dengan nama Pengakap Senior (Senior
Scouts). Walau bagaimanapun, pada tahun 1918, nama ini telah ditukar
menjadi Pengakap Kelana.
Pada tahun 1922, BP telah menulis dan menerbitkan sebuah buku
Rovering to Success sebagai panduan untuk Pengakap Kelana. Pada
tahun 1931, Perkhemahan Kelana Sedunia (World Rover Scout Moot)
yang pertama telah diadakan di Kandersteg, Switzerland.
Perkhemahan ini telah dihadiri oleh 3000 ahli Pengakap Kelana dan
keputusan untuk menerima Pengakap Kelana sebagai pergerakan seluruh
dunia telah dicapai semasa perkhemahan ini.
LATIHAN PENGAKAP KELANA
Latihan Pengakap Kelana diadakan untuk meningkatkan kemahiran daripada
pelbagai aspek daripada sesebuah Krew kepada Krew yang lain. Ia adalah
tanggungjawab utama sesebuah Krew. Di peringkat yang terendah, latihan
yang dijalankan oleh sesebuah Krew ialah tempoh percubaan untuk
menyelesaikan dan menambah pengetahuan mengenai konsep Pengakap
Kelana dan sesebuah Pergerakan Pengakap secara umumnya. Selain itu,
latihan ini juga dinilai dari segi kemahiran dan kesusilaan.
                                                                                                                          4
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
PENUBUHAN KUMPULAN PENGAKAP KELANA
1. Krew Pengakap Kelana dalam Kumpulan
    Kumpulan ini didaftarkan sebagai Unit Kanan (dewasa) bagi sesuatu
    kumpulan untuk menyempurnakan struktur keluarga kumpulan tersebut
    tanpa menggunakan nama kumpulan. Ketua dan Penasihat Krew akan
    mewakili Krew di dalam majlis kumpulan.
2. Krew Pengakap Kelana Tempatan (Kumpulan Terbuka)
    Didaftarkan sebagai satu kumpulan berasingan. Krew ini tidak mempunyai
    jawatankuasa kumpulan dan ahli-ahlinya mendapat sumbangan dengan
    usaha sendiri.
3. Krew Pengakap Kelana Daerah
    Sebuah Krew Pengakap Kelana Daerah adalah ditubuhkan dengan cara
    yang sama seperti sebuah Krew terbuka tempatan.
4. Krew Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM)
    Krew ini ditubuhkan di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan.
    Disifatkan sebagai satu kumpulan di bawah unit KLKM (Negeri).
    Penasihat adalah seorang ahli atau kakitangan institusi berkenaan sama
    ada kakitangan akademik mahupun kakitangan bukan akademik. Krew
    KLKM ditubuhkan dengan polisi unit KLKM.
5. Krew Pengakap Kelana Aktiviti Istimewa
    Krew ini ditubuhkan sebagai krew terbuka bertujuan untuk memberi peluang
    kepada ahli kumpulan yang berminat menjalankan aktiviti secara
    berkumpulan seperti rock climbing, abseiling, caving, scuba diving,
    marathon dan lain-lain.
6. Krew Perkhidmatan
    Ditubuhkan untuk satu masa yang ditetapkan bagi membantu dalam
    aktiviti besar yang dianjurkan oleh negara atau negeri. Krew ini dibuka
    kepada semua ahli Pengakap Kelana. Krew ini boleh ditubuhkan untuk
    menjalankan perkhidmatan bagi sesebuah ibu pejabat atau tempat
    perkhemahan. Krew tersebut adalah tertakluk di bawah negara atau
    negeri dan mempunyai peraturan tertentu.
                                                                                                                          5
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
MAJLIS PENGURUSAN KREW PENGAKAP KELANA
Bagi melicinkan proses pengurusan kumpulan, Majlis Pengurusan Krew
Pengakap Kelana (Crew Executive) atau pihak atasan Krew mesti dipilih.
Jumlah minima Majlis Pengurusan adalah seramai 3 orang iaitu Ketua
Kelana, Setiausaha dan Bendahari. Akan tetapi, kebanyakan kumpulan
mempunyai Penolong Ketua Kelana, Den Warden, Penolong Setiausaha
selaku Pegawai Log Aktiviti dan Kuartermaster. Ahli kumpulan sepatutnya
telah diberi penerangan dengan jelas tentang tugas dan tanggungjawab
mereka.
     Ketua Krew
     Penolong Ketua Krew
     Setiausaha Krew
     Bendahari Krew
     Den Warden
     Pegawai Log Aktiviti / Penolong Setiausaha Krew
     Kuartermaster
     Pegawai Perhubungan Awam
     Perwakilan
     Penyelaras Perkhidmatan / Kebajikan
TANGGUNGJAWAB MAJLIS PENGURUSAN KUMPULAN
Pengurusan Krew adalah tanggungjawab semua ahli. Untuk
menjadikannya lebih berkesan, corak pertubuhannya haruslah disesuaikan
oleh setiap Krew. Corak ini bergantung kepada had atau keperluan Krew,
saiznya dan kedudukannya dalam keseluruhan pertubuhan pergerakan
(kumpulan, daerah, negeri, negara, dan sebagainya). Setiap Krew juga
disesuaikan dengan corak pengurusan termasuklah Majlis Pengurusan
Krew, di mana setiap ahli mempunyai tanggungjawab tertentu seperti latihan,
kewangan, program/aktiviti, kelengkapan, rekod perhubungan dan lain-
lain. Dalam sebuah Krew yang besar, setiap ahli Majlis Pengurusan Krew
adalah ketua kepada setiap bahagian. Seharusnya setiap ahli mempunyai
kesedaran dan bertanggungjawab untuk hal-hal kebajikan dan kemajuan
Krew.
                                                                                                                          6
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
Contoh Agenda Mesyuarat Bulanan:
1. Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi.
2. Pembukaan mesyuarat.
3. Ketua Kelana membuka Buku Panduan Pengakap Kelana pada muka
    surat Undang-undang Pengakap. Seterusnya ‘pennant’ diletakkan di
    atas meja dan Ketua Krew mengumumkan “Saya membuka mesyuarat ini”.
4. Ahli-ahli Krew berdiri menghadap bendera negara dan memberikan tanda
    hormat.
5. Bacaan Persetiaan Pengakap.
6. Bacaan Doa.
7. Pengumuman aktiviti oleh Setiausaha Krew.
8. Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu.
9. Perkara-perkara berbangkit.
10. Hal surat-menyurat:
     Masuk.
     Keluar.
11. Laporan:
     Kewangan.
     Lain-lain.
12. Aktiviti yang dijalankan:
     Mesyuarat.
     Aktiviti-aktiviti luar.
     Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kumpulan lain, Daerah, Negeri,
         dan/atau Kebangsaan.
13. Hal-hal lain.
14. Penangguhan mesyuarat atau tarikh mesyuarat yang akan datang.
15. Doa.
16. Penutup Mesyuarat.
                                                                                                                          7
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
Menjalankan Mesyuarat Bulanan : Susunatur Krew
BENDAHARI       SETIAUSAHA
           PEMIMPIN KETUA KELANA  BENDERA
                                  KREW KELANA
                                  BENDERA
                                  MALAYSIA
BUKU PANDUAN    BENDERA
PENGAKP KELANA  KECIL KREW
                                               8
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
ISTIADAT PELANTIKAN BAKAL-BAKAL PENGAKAP KELANA
Bagi Ahli Baru, Ahli berkenaan mestilah terlebih dahulu menjalani ujian
Lencana Keahlian yang dikhaskan untuk Pengakap Kelana. Ahli Baru yang
LULUS ujian berkenaan akan dianugerahkan Lencana Keahlian. Majlis
Penganugerahan adalah majlis yang ringkas. Ia hanya melibatkan
penyampaian tanda nama ahli kumpulan dan Lencana Kelana serta
pemakaian Epolet Pengakap Kelana (Merah).
PROSES MENGENAL DIRI (VIGIL) DAN ISTIADAT PELANTIKAN
PENGAKAP KELANA
Pengakap Kelana adalah seorang dewasa dan pada masa inilah Persetiaan
dan Undang-undang Pengakap mesti diselidik dan diikuti daripada pandangan
seorang dewasa. Baca dan cuba beri contoh bagaimana sebagai seorang
Pengakap Kelana, dapat menggunakan pengetahuan tersebut untuk
meningkatkan taraf pandangan terhadap kehidupan sebagai seorang ahli
masyarakat sehingga ke tahap yang tertinggi.
Hasrat dan Tujuan
Maksud dan tujuan proses ini adalah merupakan suatu masa semasa seorang
bakal Pengakap Kelana itu, berada di dalam keadaan sunyi dan tenang,
menguji dan menyelidik akan dirinya sendiri berdasarkan Persetiaan dan
Undang-Undang Pengakap. Pada masa ini juga bakal Pengakap Kelana
akan merenung kehidupannya, membayangkan akan perbuatannya pada
masa yang lalu, perkara yang sedang dibuatnya sekarang serta hasrat dan
tujuannya pada masa depan.
Tempat
Sama juga dengan upacara pelantikan, proses mengenal diri ini
dijalankan di suatu tempat yang sunyi dan tenang keadaannya. Tempat ini
mestilah berada berhampiran dengan tempat upacara pelantikan. Tempat ini
dipilih oleh pembimbing dan beliau jugalah orang yang menghantar dan
mengembalikan bakal Pengakap Kelana itu (pergi dan balik dari tempat upacara
pelantikan).
Gambar Ihsan: Proses mengenal diri (Vigil)
                                            9
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
Contoh Skrip Proses Mengenal Diri (Bahagian 1)
Berkelana adalah satu daripada aktiviti persaudaraan Pengakap yang
berasaskan perkhidmatan dan aktiviti luar rumah. Ia merupakan suatu
persaudaraan dunia yang mulia, adil dan saksama. Pada masa dahulu, sebelum
seorang Pengakap Kelana dilantik, beliau akan menjalani masa percubaan. Ini
dikenali sebagai Latihan Bakal Pengakap Kelana. Anda sekarang sudah
mengalami latihan ini dan bersedia untuk dilantik sebagai seorang
Pengakap Kelana.
Bersedialah kamu untuk menghadapi “PROSES MENGENAL DIRI”. Inilah
masanya untuk kamu menguji diri sendiri. Dalam proses ini kamu dikehendaki
membaca kesemua soalan-soalan berikut, berfikir dengan secukupnya tentang
soalan-soalan tersebut, cuba menjawabnya dengan bersungguh-sungguh
dan tulus ikhlas. Dengan ini, kamu akan menyedari kebolehan dan keupayaan
kamu untuk melengkapkan diri sendiri untuk menjadi seorang manusia yang
lebih baik dan berguna.
 Adakah saya telah menggunakan dengan baik kehidupan ini yang direstui
    oleh Tuhan?
 Adakah saya menggunakan masa saya dengan berfaedah?
 Adakah saya pernah membuat apa jua pun yang tidak berguna kepada
    orang ramai?
 Adakah saya dapat menolong orang lain ataupun saya tidak menghiraukan
    akan hal mereka satupun saya asyik mencari kebahagiaan diri sendiri
    sahaja?
 Siapakah yang telah saya lukai dalam hidup saya? Bolehkah saya
    membetulkannya.
 Siapakah yang telah menolong saya dalam hidup saya? Adakah saya
    telah menghargainya.
 Adakah saya telah menggunakan dengan baik kehidupan ini yang direstui
    oleh Tuhan?
 Adakah terdapatnya orang lain yang boleh saya beri pertolongan atau
    bantuan
                                                                                                                         10
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
Contoh Skrip Proses Mengenal Diri (Bahagian 2)
Cogan kata Pengakap Kelana ialah “BERKHIDMAT”. Dengan ini, mereka yang
mewakili Krew Pengakap Kelana ini berpeluang untuk memberi khidmat
kepada masyarakat.
 Kenapa saya memilih untuk menjadi seorang Pengakap Kelana?
 Adakah saya memilihnya kerana saya hendak bersuka ria sahaja?
 Apakah makna ‘BERKHIDMAT’ itu?
 Apakah perkhidmatan yang boleh saya laksanakan? (Di rumah, pejabat,
    institusi ataupun pada masa lapang)
Perkhidmatan, sewajarnya adalah satu perkara yang baik dan mulia. Sebagai
seorang manusia, kalau kita dapat memberi pertolongan kepada seorang
manusia lain ataupun kepada masyarakat pada keseluruhannya, perasaan
kepuasan dalam hati dapat dirasai dengan ketara.
Kejayaan dalam memberi khidmat itu bergantung kepada sifat perwatakan
khas kita, dengan ini kita mesti mempunyai disiplin yang kuat untuk
menanggung kewajipan ini.
 Adakah saya akan dapat menghentikan semua perbuatan dan
    kelakuan saya yang dianggap buruk dan kasar?
 Apakah kelemahan saya?
 Adakah saya setia kepada Tuhan, Raja dan juga keluarga saya?
 Adakah perangai saya baik, berbudi dan peramah kepada orang lain?
 Adakah saya sabar menghadapi masalah-masalah saya?
 Adakah saya mempunyai pendapat saya sendiri sahaja ataupun sentiasa
    membiarkan orang lain mengarahkannya?
 Adakah perangai saya cukup kuat untuk menghalang diri saya daripada
    terdorong untuk berjudi, minum minuman keras ataupun merendahkan
    maruah dan kehormatan kaum wanita (bagi Pengakap Kelana lelaki)?
 Kalau saya lemah dalam sesuatu perkara tertentu, adakah saya dapat
    membuat keputusan untuk mengatasinya dengan meminta bantuan atau
    pertolongan daripada orang lain?
                                                                                                                         11
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
Istiadat Pelantikan Seorang Pengakap Kelana
Berikut ini merupakan Istiadat Pelantikan yang disyorkan untuk melantik
seorang yang baru menjadi Pengakap Kelana.
Setelah selesai dan cukup persediaan, seorang Pengakap Kelana atau orang
muda itu akan dibawa ke hadapan Krew Pengakap Kelana oleh seorang
Pengakap Kelana yang menjadi penganjurnya. Semua Pengakap bersedia
dalam pakaian seragam Pengakap penuh. Pemimpin Pengakap Kelana (PPK)
akan berdiri menghadap mereka dan memanggil nama calon berkenaan
dengan berkata:
PPK: Adakah anda datang ini dengan hajat untuk menjadi seorang
          Pengakap Kelana dalam Persaudaraan Pengakap Sedunia kami yang
          luas?
Calon: Ya, saya.
PPK:  Adakah anda faham bahawa “BERKHIDMAT” itu bermakna
      bahawa anda pada setiap masa akan bersikap baik budi terhadap
      orang lain dan dengan seberapa daya upaya akan menolong
      mereka, walaupun dalam keadaan-keadaan yang kurang
      menyenangkan atau kurang sesuai atau kurang menyeronokkan
      hati kamu, dan anda juga tidak mengharapkan
      apa-apa faedah pun daripadanya?
Calon: Ya, saya bersetuju.
PPK:  Kefahaman kepada perkara-perkara ini adalah penting.
      Saya dengan ini menjemput anda untuk memperbaharui ikrar
      (atau “melafazkan” jika calon itu bukan seorang Pengakap)
      Persetiaan Pengakap. Ingat bahawa anda dengan ini diharapkan
      sudah berkebolehan untuk mentafsirnya bukan sebagai seorang
      Pengakap Kanak-Kanak tetapi sebagai seorang Dewasa.
Calon: (Melafazkan Persetiaan Pengakap)
PPK: Atas kehormatan diri anda, saya percaya anda mematuhi Persetiaan
itu.
Selepas itu, PPK berjabat tangan dengan calon dan memakaikan epolet atas
bahu Pengakap Kelana.
      Gambar Ihsan: Uapacara Istiadat Pelantikan Pengakap Kelana (Pemakaian Epolet)
                                                                                     12
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
                                                13
UNIFORM PENGAKAP KELANA  BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
Lencana Topi Besi                              Forage Cap
                                               (Lilit Pita Kuning)
         Tanda Nama                  Skaf Kebangsaan
Nama Negeri                          Wogel Logo Pengakap
Nama Daerah                                    Epolet Kelana
Abjad Pasukan
Lencana Pasukan @                              Lencana kecil
KLKM (jika ada)                                Pengakap Raja
Lencana Malaysia                               (miniature)
                                               Lencana Keahlian
                         Lencana Pengakap Kelana
                         Bowler Hat (Pemimpin/Kelana)
                         Wanita boleh memakai Tudung
                         mengikut warna baju bagi setiap unit.
                         Pengakap        – Kelabu
                         Pengakap Laut
                         Pengakap Udara  – Putih
                                         – Biru Muda
                                                       14
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
BUKU SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
                                                                                                                         15
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
LENCANA KEAHLIAN
   Pengakap Kelana
                                                                                                              16
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
1. LENCANA KEAHLIAN
Bagi Ahli Baru sebelum dilantik sebagai Ahli Kelana, ia perlulah
mengambil ujian Lencana Keahlian yang disediakan khusus untuk
Pengakap Kelana terlebih dahulu sebelum memulakan Latihan
Bakal Kelana.
Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui bahawa ia
adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang
luas itu.
Sebelum dilantik menjadi Ahli Kelana dan dianugerahkan Lencana Keahlian,
seorang Bakal Kelana akan diuji dalam perkara-perkara berikut, untuk memberi
pengetahuan dan kemahiran asas dalam berpengakap.
         1. Memahami dan menerima Persetiaan & Undang-Undang Pengakap.
         2. Dapat menerangkan tujuan Pergerakan Pengakap dan menyedari
                   peranan Pengakap Kelana.
         3. Mengetahui sejarah Pergerakan Pengakap di Malaysia dan
                   Pengerakan Pengakap Antarabangsa.
         4. Menjalankan kerja-kerja amal kepada masyarakat setempat bersama
                   pasukan seminima enam jam.
         5. Mengetahui cara mengikat dan menggunakan simpulan dan ikatan
                   berikut:-
                      a. Buku Sila (Reef Knot)
                      b. Bunga Geti (Sheet Bend)
                      c. Simpul Manuk (Clove Hitch)
                      d. Tindih Kasih (Bowline)
                      e. Lilit Dua Simpul (Round Turn and Two Half Hitch)
                      f. Lilit Pemati Biasa (Comman Whipping)
                      g. Ikatan Seraya (Square Lashing)
                      h. Ikatan Serong (Diagonal Lashing)
         6. Mengamalkan ajaran agama masing-masing.
                     17
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
1. Memahami dan menerima Persetiaan & Undang-Undang Pengakap.
    - Persetiaan dan Undang-undang Pengakap merupakan teras yang perlu
         difahami, dihayati dan diamalkan oleh semua ahli pengakap. Kegagalan
         memahami dan menghayati Persetiaan dan Undang-undang Pengakap boleh
         menyebabkan seseorang pengakap tersasar daripada fungsi dan peranan
         yang sepatutnya diamalkan.
                                           Bahawa dengan sesungguhnya,
                                       saya berjanji dan bersetia, yang saya,
                                         dengan seberapa daya upaya saya,
                                                              akan :
                                       Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara;
                                         Menolong orang pada setiap masa;
                                        Menurut Undang-Undang Pengakap
    - Persetian Peangakap merupakan ‘aku janji’ oleh setiap ahli pengakap untuk
         berpegang teguh kepada perlaksanaan prinsip-prinsip kepengakapan yang
         dilafazkan, bertujuan supaya ahli pengakap dapat memahami, meghayati
         serta mempraktikkan dalam kehidupan seharian.
                                 Gambar Ihsan: Memperbaharui Persetiaan Pengakap
Terdapat 10 perkara berkaitan dengan Undang-Undang Pengakap
1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan
    dirinya.
2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang diPertuan Agong serta
    Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin Pengakap, ibu bapanya, majikannya
    dan orang-orang di bawahnya.
3. Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap
    masa.
4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada Pengakap
    lain walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
                                                                                                                         18
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa
    berbudi.
6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.
7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu
    bapanya, Ketua Patrolnya atau Pemimpin-pemimpin Pengakapnya tanpa apa-
    apa soalan.
8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis air mukanya walau
    dalam masa kesusahan.
9. Pengakap adalah jimat dan cermat.
10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan
    perbuatannya.
2. Dapat menerangkan tujuan Pergerakan Pengakap dan menyedari peranan
    Pengakap Kelana.
    Tujuan pergerakan pengakap ditubuhkan oleh negara-negara di seluruh dunia
    adalah hampir sama mengikut falsafah dan tujuan penubuhannya adalah seperti
    berikut:
         a. Setiap ahli pergerakan dilatih supaya taat kepada tuhan dan agama yang
              dianuti.
         b. Setiap ahli pengakap dikehendaki taat setia kepada negara.
         c. Setiap ahli pengakap mestilah mempunyai perasaan persaudaraan
              pengakap sedunia tanpa mengira keturunan, pengkat, budaya, agama,
              kepercayaan dan taraf ekonomi.
         d. Setiap ahli pengakap dikehendaki berkhidmat kepada orang ramai dan
              masyarakat.
         e. Setiap ahli pengakap mestilah mengamalkan Persetiaan dan Undang-
              undang Pengakap.
         f. Setiap ahli pengakap akan diberi peluang menerima latihan dan program
              yang tiada taranya supaya mereka menjadi warganegara yang
              bertanggungjawab berasaskan peraturan berpatrol.
Peranan Pengakap Kelana
Pengakap Kelana (Rover Scout) adalah untuk ahli-ahli dewasa lepasan sekolah di
antara 18 tahun hingga 25 tahun sahaja (untuk skim lencana dan Anugerah BP) dan
yang berumur 26 tahun hingga 40 tahun yang mempunyai minat yang sama sebagai
pengakap kelana ke arah berkhidmat. Oleh itu, pengakap kelana adalah berperanan
untuk berkhidmat kepada masyarakat.
                                                                                                                         19
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
3. Mengetahui sejarah Pergerakan Pengakap di Malaysia dan Pengerakan
    Pengakap Antarabangsa.
NEGERI           KETERANGAN
Pulau Pinang     1908, sebuah kumpulan percubaan ditubuhkan di YMCA Pulau
                 Pinang
Kuala Lumpur     1910, kumpulan YMCA ini dirasmikan penubuhannya dengan
dan Selangor     En. R Robert sebaga Pemimpin dan En. Goh G H dan En.
Pahang           George Pykett sebagai Penolong Pemimpin
                 1915, ditubuhkan di Sekolah Penang Free oleh En. H R
Sabah            Cheeseman
Sarawak          1910, ditubuhkan di Victoria Institution (dahulunya di dalam
Kedah            Selangor kini Kuala Lumpur) oleh En. B E Shaw
Perak            1912, ditubuhkan oleh Mr. G. M Laidlaw sehingga beliau
Melaka           meninggal
Negeri Sembilan  1927, dihidupkan semula oleh H P Herslet
Terengganu       1913, diperkenalkan oleh Reverend Thomas Cecil Alexander di
Kelantan         Sandakan
Johor            1913, juga dibawa oleh Reverend Thomas Cecil Alexander ke
Perlis           Anglican Bishop House, Kuching
                 1922, diperkenalkan oleh E C Hicks, E A G Stuart, R P S Walker
                 dan C W Bloomfield di Kolej Sultan Abdul Hamid
                 1926, oleh L R Wheeler di Kolej Melayu Kuala Kangsar
                 1926, dibawa oleh R Brunstone
                 1926, juga oleh R Brunstone
                 1927, ditubuhkan oleh A J Gracle
                 1927, ditubuhkan oleh YM Tengku Ahmad Panglima Raja di
                 Maktab Sultan Ismail
                 1928, ditubuhkan oleh En. H R Cheeseman di English College
                 (kini Maktab Sultan Abu Bakar)
                 1931, dibawa oleh Bird dan Roger Smith bersaudara
                             20
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
Pengakap Rantau Asia Pasifik
Malaysia merupakan ahli kepada Biro Pengakap Sedunia Rantau Asia Pasifik yang
merupakan Sebahagian daripada Biro Pengakap Dunia. Ibu Pejabat Pengakap bagi
Biro Pengakap Sedunia Rantau Asia Pasifik ialah di Makati, Filipina. Keahlian
pengakap di rantau ini melebihi lima juta ahli.
Pengakap Dunia
Biro Pengakap Sedunia ialah merupakan nadi pergerakan pengakap yang
menyelaraskan semua pergerakan dan aktiviti pengakap di seluruh dunia.
Pergerakan pengakap di seluruh dunia dibahagikan kepada lima kawasan atau
rantau utama iaitu:
    a) Rantau Eropah
    b) Rantau Afrika
    c) Rantau Arab
    d) Rantau Asia Pasifik
    e) Rantau Inter Amerika
                                                                                                                     21
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
Pengakap Malaysia
Lambang Pengakap Malaysia mempunyai lambing tersendiri yang dicipta hasil
daripada cetusan masyarakat Malaysia. Kebanyakan negara di dunia mempunyai
lambing pengakapnya sendiri. Namun begitu masih ada yang mengekalkan lambing
pengakap dunia sebagi lambing mereka. Pecahan 3 kelopak yang terdapat pada
lambang pengakap itu melambangkan Persetiaan Pengakap yang mempunyai tiga
prinsip iaitu:
     a) Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
     b) Menolong orang pada setiap masa
     c) Menurut Undang-undang Pengakap
4. Menjalankan kerja-kerja amal kepada masyarakat setempat bersama
    pasukan seminima enam jam.
    Membuat kerja amal yang diakui, kepada masyarakat berjumlah seminima 6 jam;
    umpamanya menolong dalam Perkhemahan Daerah, Negeri atau Kebangsaan,
    banjir, bencana alam, di rumah ibadat, rumah kebajikan, khidmat tergempar bila-
    bila berlaku kebakaran, menuai pada dan mengambil bahagian dalam projek
    yang dianjurkan oleh pihak berkenaan (Jawatankuasa Kemajuan dan
    Keselamatan Kampung (JKKK), Majlis Belia) atau seumpamanya.
Gambar Ihsan: Khidmat Komuniti Masyarakat Setempat
                                                    22
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
5. Mengetahui cara mengikat dan menggunakan simpulan dan ikatan berikut:-
    a. Buku Sila (Reef Knot)
    b. Bunga Geti (Sheet Bend)
    c. Simpul Manuk (Clove Hitch)
                                                                                                                         23
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
d. Tindih Kasih (Bowline)
e. Lilit Dua Simpul (Round Turn and Two Half Hitch)
f. Lilit Pemati Biasa (Comman Whipping)
Fungsi : Untuk mematikan hujung tali supaya tidak terurai
                                                           24
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
g. Ikatan Seraya (Square Lashing)
     Dimulakan dan dimatikan dengan simpul manuk
     Fungsi : Untuk mengikat dua batang kayu/buluh yang bersilang (membina jambatan, menara
     atau aktiviti pioneering/gajet)
h. Ikatan Serong (Diagonal Lashing)
          Fungsi : Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu/buluh bersilang (membuat gajet)
6. Mengamalkan ajaran agama masing-masing.
    Ketaatan kepada Tuhan memerlukan seseorang pengakap itu menjadi manusia
    yang percaya dan menyembah Tuhan, serta apa sahaja konsep ketuhanannya.
    Kesemua ini adalah untuk meningkatkan pengisian aspek kerohanian seseorang
    pengakap.
    Pengakap Islam mestilah menyembah Allah seperti yang telah diperintahkan
    dalam al-Quran dan melaksanakan sunah rasul. Mengerjakan semua arahan-
    Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dengan kata lain, seseorang
    pengakap mestilah mempunyai sifat sebagai mukmin yang takut pada Allah dan
    taat kepada ajaran rasul.
    Begitulah seterusnya yang dipertanggungjawabkan kepada setiap pengakap
    yang menganut agama lain. Kesemua ini, berasaskan pada satu pandangan
    atau prinsip semua agama mewajibkan dan menyuruh penganutnya agar
    berkelakuan baik, berhemah tinggi dan berbudi mulia.
    Melalui pemahaman yang demikian ini, maka wajar bagi seseorang pengakap
    mengetahui agamanya dengan mendalam dan mengamalkannya dengan taat
    dan betul. Sebaliknya, juka seseorang itu mempunyai pengajaran yang kurang
    betul dan tidak sempurna amalannya nescaya belum pastilah ketaatan yang
    dikehendaki di bawah persetian ini dipatuhi. Penyelewengan akidah bagi
    seseorang pengakap Islam amat dilarang sama sekali.
                                                                                                                         25
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
LENCANA KEMAHIRAN
    Pengakap Kelana
                                                                                                                  26
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
                          2. LENCANA KEMAHIRAN (wajib)
                          Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai
                          mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti luar dengan
                          memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program
                          dan kegiatan seperti berkhemah, projek perintis, ikhtiar hidup
                          dan pandu arah.
A. Berkhemah
                                                  Gambar Ihsan: Berkhemah
Ilmu perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang sangat diutamakan dalam
pergerakan tersebut. Pelbagai latihan dan pengalaman diperoleh semasa
menghadiri sesuatu perkhemahan. Pengalaman ini tidak terdapat dalam pelajaran
yang dipelajari di bilik darjah atau di rumah. Pengalaman ini sangat berguna dan
penting kepada belia yang sedang membesar untuk terus hidup dalam masyarakat
yang lebih kompleks dan mencabar. Banyak faedah yang diperoleh belia semasa
menghadiri sesuatu perkhemaahan.
1. Pengetahuan dan kebolehan berkhemah secara teori dan praktikal berdasarkan
    tajuk-tajuk berikut:
    a. Pengurusan dan pentadbiran perkhemahan
    b. Persediaan sebelum, semasa dan selepas perkhemahan
    c. Pemilihan tempat dan tapak, penyediaan peralatan dan makanan
    d. Jenis khemah dan cara mendirikannya
    e. Dapur, alatan dan Gejet serta kegunaannya
    f. Aktiviti dan program perkhemahan
    g. Kesihatan dan Kebersihan
    h. Aturan Penutupan Perkhemahan
2. Nota: Perkara yang perlu dibuat oleh setiap calon:
 Berkhemah seminima 10 malam di dalam siri-siri perkhemahan dan
    menyediakan laporan perkhemahan.
    PERKHEMAHAN
- Berada di luar rumah dengan membina tempat tinggal sementara.
- Membina semangat kerjasama.
- Membina kekuatan mental dan fizikal.
- Belajar menjadikan diri lebih bertanggungjawab dan berkeupayaan.
- Mempraktikan ilmu pengakap yang telah dipelajari.
- Berekreasi.
- Menjadikan diri lebih menghargai alam sekitar.
- Pendidikan berorientasikan sosial.
                                                                    27
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
    JENIS PERKHEMAHAN
- Perkhemahan patrol / krew.
- Perkhemahan hujung minggu.
- Perkhemahan dinamik (ekspedisi).
- Perkhemahan statik (setempat).
- Perkhemahan kursus.
- Korobori / Kempori / Rover Moot / Jambori
    PERANCANGAN DAN PERSEDIAAN AWAL
- Mesyuarat peringkat kumpulan.
- Merancang aktiviti yang bersesuaian dengan tema perkhemahan.
- Menaghauabuangi aaaapihaka atau agensi berkaitan (spt. DC, Polis, Rela,
    Jab. Hutan dll)
- Menyediakan senarai keperluan peralatan dan bahan makanan.
- Menyediakan pelan tindakan keselamatan dan kecemasan.
- Merancang susun atur tapak perkhemahan.
    PERSIAPAN AKHIR
- Maklumkan kepada pihak berkaitan (DC, Polis, Rela, Jab. Hutan dll)
- Memeriksa senarai semak peralatan dan bahan makanan.
- Taklimat kepada peserta.
    SEMASA PERKHEMAHAN BERLANGSUNG
- Sentiasa mematuhi peraturan perkhemahan yang telah ditetapkan.
- Kawalan keselamatan.
- Mengamalkan istiadat Pengakap yang berkaitan (naik dan turun bendera).
- Mematuhi masa agar perjalanan program berjalan lancar.
    SELEPAS PERKHEMAHAN
- Kemas segala peralatan peribadi dan juga kumpulan.
- Periksa senari semak.
- Pastikan semua gadjet yang dibina diruntuhkan dan dikemas.
- Kambus semua lubang yang digali.
- Segala bayaran berkaitan telah dijelaskan.
- Lapor kepada pihak polis.
- Post-Motem Perkhemahan.
    KRAF PERKHEMAHAN / GAJEK
    Gajek merupakan peralatan yang dibina di sesuatu perkhemahan bagi
    menggantikan peralatan dan perabot yang terdapat di rumah. Gajek boleh
    dibina daripada bahan-bahan yang terdapat di sekitar kawasan
    perkhemahan.
    TUJUAN DAN FAEDAH MEMBINA GAJEK
- Sebagai perabot dan alat ganti di kawasan sesuatu perkhemahan.
- Menjamin kesihatan dan kesegaran tubuh badan ahli sepanjang masa
    perkhemahan.
- Dapat menyemai dan memupuk perasaan bertanggungjawab, bekerjasama,
    bantu-membantu, kerajinan dan sifat kekitaan di kalangan ahli dalam satu
    patrol atau kumpulan.
- Dapat melahirkan idea-idea yang baru.
- Dapat menggunakan masa lapang yang berfaedah tanpa melakukan aktiviti
    yang menyalahi norma masyarakat dan agama.
- Dapat mempraktikan pengetahuan tentang simpulan dan ikatan yang
    dipelajari semasa membina gajek di perkhemahan.
                                                                                                                   28
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
KRAF PERKEMAHAN / GAJEK YANG PERLU ADA
- Rak Dapur;
- Pintu Gerbang;
- Meja Makan;
- Pagar;
- Rak Barang-barang;
- Papan Kenyataan;
- Tiang Bendera;
- Tempat Tidur;
- Rak Kasut;
- Rak Alatan dan lain-lain
 Mendirikan khemah kecil / pondok untuk perlindungan.
- Bivouac atau tempat perlindungan sementara adalah mustahak dalam ilmu
    ikhtiar hidup. Seseorang yang sesat di dalam hutan patut mengetahui cara
    membuat bivouac sebagai perlindungan sementara tanpa sebuah khemah.
    Jenis bivouac bergantung kepada bahan-bahan yang boleh diperolehi di
    sesuatu kawasan. Saiznya bergantung kepada bilangan orang yang perlu
    perlindungan. Bivouac harus didirikan dengan membelakangkan arah tiupan
    angin dan api dinyalakan di hadapannya.
a. Didirikan menggunakan bahan semulajadi.
b. Boleh juga menggunakan bahan bukan semulajadi yang ditemui.
c. Mampu menjadi penebat kepanasan matahari, hujan, serangga, haiwan dan
    kesejukan malam.
d. Mampu menampung bilangan ahli,
                                                                                                                   29
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
Contoh Bivouac / Pondok Sementara
PEMERIKSAAN PAGI
Upacara pemeriksaan pagi dilakukan pada setiap pagi semasa berkhemah.
Kebiasaannya pemeriksaan pagi dilakukan oleh beberapa orang pemimpin
pengakap yang melawat ke setiap khemah patrol/krew. Kebiasaannya pemeriksaan
pagi dilakukan pada pukul 8.00 pagi. Beberapa aspek tentang perkhemahan akan
diperiksa oleh pemimpin. Kebiasaannya setiap pemimpin ditugaskan untuk
memeriksa satu aspek perkhemahan. Antara perkara yang diperiksa ialah:
     i. kebersihan
     ii. susun atur
     iii. pakaian
     iv. gejek
Cara Pemeriksaan Pagi Dilaksanakan
    a) Kerja-kerja membersihkan kawasan perkhemahan, periuk belanga yang
         digunakan, menyusun peralatan perkhemahan dan makan hendaklah
         dilakukan sebelum upacara pemeriksaan pagi dilaksanakan.
    b) Biasanya masa pemeriksaan pagi dilakukan pada jam 8.00 pagi. Satu tiupan
         wisel yang panjang akan ditiuo oleh pemimpin bertugas sebagai
         menandakan masa pemeriksaan pagi bermula.
    c) Kebiasaannya pengakap akan berdiri sebaris mengikut sistem patol (ketua
         patrol berada di kenan sekali, kuarter master, ahli-ahli dan di kiri sekali
         penolong ketua patrol) di hadapan pakaian mereka.
    d) Sebelum Pemimpin berada di pintu gerbang patrol, ketua patrol memberi
         arahan supaya semua ahli berada dalam keadaan sedia.
                                                                                                                         30
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
e) Apabila pemimpin memasuki pintu gerbang patrol, ketua patrol bergerak ke
    hadapan untuk memberi tabik hormat dan melaporkan diri kepada pemimpin
    bertugas denga kata-kata “Kami Patrol/Sekawan/Krew ..........seramai ........
    orang, siap sedia untuk diperiksa tuan”
f) Pemimpin bertugas memberi arahan supaya penolong ketua patrol dan
    kuarter master keluar baris. Apabila mendengar arahan tersebut, penolong
    ketua patrol dan kuarter master melangkah ke hadapan selangkah dan
    keluar baris untuk berjumpa dengan salah seorang pemimpin.
g) Selepas pemeriksaan dilakukan, penolong ketua patrol dan kuarter master
    masuk ke barisan semula dalam keadaan sedia.
h) Ketua patrol memberi hormat sekali lagi kepada pemimpin bertugas dan
    meminta izin menjalankan tugas lain dengan kata-kata seperti “Kami
    patrol/sekawan/krew .............mengucapkan ribuan terima kasih, minta
    kebenaran menjalankan tugas lain tuan”.
i) Selepas pemimpin keluar daripada pintu gerbang, ketua patrol memberi
    arahan kepada ahlinya keluar baris.
                                            Gambar Ihsan: Pemeriksaan pagi
                                                                                                                   31
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
ISTIADAT BENDERA
Kebiasaannya Istiadat Bendera dilakukan pada setiap kali perjumpaan Unit/Krew
atau setiap pagi di perkhemahan. Dua jenis istiadat bendera dilaksanakan dalam
pergerakan pengakap, iaitu:
    - Istiadat Mengibarkan Bendera.
    - Istiadat Menurunkan Bendera.
                                                   Gambar Ihsan: Istiadat Bendera
Cara Melipat Bendera
Sebelum Istiadat Mengibarkan Bendera, bendera tersebut perlu dilipat dan dinaikkan
ke puncak tiang. Bendera dikibarkan dengan cara menarik hujung tali penarik yang
diikat pada tiang bendera. Dua orang pengakap diperlukan bagi melipat satu
bendera. Cara melipat bendara adalah seperti yang berikut:
    - Ikat bendera pada tiang bendera dan bentangkan empat penjuru. Kenal pasti
         bahagian atas bendera berada di bahagian atas, keadaan ini untuk
         memastikan supaya bendera tidak terbalik.
    - Lipatkan bendera dengan satu lipatan dan dua lipatan seperti rajah (a) dan
         (b).
    - Lipat kali ketiga dan keempat seperti rajah (c) dan (d).
    - Gulung bendera dengan kemas dan lilit sebanyak dua kali dengan bahagian
         hujung tali penarik dan selitkan tali itu ke bawah lilitan yang telah dibuat
         seperti rajah (e) dan (f).
    - Naikkan bendera yang telah terikat sehingga ke puncak tiang.
    - Lilit hujung tali dengan lilitan lapan atai lilitin tindih kejab bagi mengikat tali ke
         yiang bendera.
    -
Melipat bendera pengakap
                          32
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
B. Projek Perintis
- Ilmu pioneering / perintis meliputi kemahiran dan kecekapan membina jambatan,
    menara dan sebagainya. Sebelum anda membina sesuatu projek pioneering,
    anda seharusnya mahir dan cekap menggunakan beberapa jenis simpulan dan
    ikatan. Antara simpul dan ikatan yang penting dan kerap digunakan dalam projek
    pioneering ialah ikatan seraya, ikatan jepun, ikatan silang gunting, ikatan serong,
    ikatan silang tungku, ikatan lilit balak, ikatan simpul manuk, ikatan lilit kacang,
    ikatan lilit pasdul, ikatan lilit tindih kejab, ikatan lilit dua simpul dan sebagainya.
    Anda juga mahir menggunakan kapak dan gergaji untuk menebang dan
    memotong kayu.
    - Menghasilkan satu projek perintis secara berkumpulan.
    - Mengenalpasti alatan dan bahan yang diperlukan.
    - Mengetahui aturan keselamatan setiap alatan tangan dan bahan yang
         digunakan.
    - Menghasilkan model bagi projek perintis yang telah dibina.
1. Mengambil bahagian berkumpulan membuat SATU projek perintis bagi setiap
    kategori yang dinyatakan di bawah:
     Jambatan.
     Menara.
     Lain-lain (merangkumi projek perintis pengangkutan, permainan dan selain
         daripada yang dinyatakan di atas)
                                        Contoh projek perintis
Menara pemerhati dua kaki  Jambatan
Menara pemerhati
                                     33
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
Contoh menyiapkan projek perintis
                                         Gambar Ihsan : Projek Perintis
2. Menyediakan model bagi semua projek perintis yang telah dibina dalam
bahagian (1)
Contoh :
Gambar Ihsan : Model Projek Perintis
                                      34
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
3. Pengurusan Kuartermaster:
    Menyatakan, memahami dan menjalankan peranan sebagai Kuartermaster yang
    menguruskan segala peralatan dan bahan projek perintis supaya berada dalam
    keadaan baik, teratur dan selamat.
    Tambahan :
    Kuartermaster juga bertanggungjawab menguruskan segala peralatan dan
    keperluan krew, menyimpan senarai peralatan, rekod tentang pengeluaran dan
    pemulangan peralatan, menyelidik dan mencadangkan pembelian peralatan bagi
    keperluan tambahan yang diperlukan oleh krew.
C. Kawad
    Pengakap hendaklah tahu beberapa gerakan dalam perbarisan atau kawad.
    Jenis-jenis kawad termasuk kawad kaki, kawad tongkat dan kawad membawa
    bendera.
    Tujuan berkawad
    - Membentuk seorang ahli pengakap yang berdisiplin
    - Cergas dan sihat tubuh badan
    - Tajam pendengaran dan teliti
    - Taat setia dan menurut perintah ketua
    - Bekerjasama dalam satu pasukan
    - Bangga dan megah pada pasukan
1. Mengetahui tatacara dan hukuman kawad
     Kawad Kaki Pengakap
     Kawad Tongkat Pengakap
     Mengetahui dan memenuhi segala syarat untuk menjadi seorang Ketua
         Kawad
1.1. Kawad kaki – mengetahui tatacara kawad kaki statik dan dinamik
         Statik
 Senang diri
 Rehatkan diri
 Sedia
 Kanan lurus
 Buka dan tutup barisan
 Ke kanan, kiri dan belakang
    pusing
    Dinamik
 Cepat jalan
 Perlahan jalan
 Tukar langkah
 Kiri dan kanan belok
 Pusing ke kanan, kiri dan
    belakang semasa berjalan
 Hormat kehadapan semasa terima
    sijil dan kanan semasa berjalan
                                                                     35
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
Gambar kawad kaki
Kedudukan sedia          Kedudukan senang diri
Kedudukan rehatkan diri  Ke kanan lurus
Pandang depan            Ke kanan pusing
                                                36
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
Ke kiri pusing  Ke belakang pusing
Cepat jalan     Kedudukan ahli pengakap dalam barisan
Sumber: Buku rujukan PPM Kawad dan Istiadat Pengakap
                                                       37
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
Ringkasan Bahasa Hukuman Kawad Kaki
BIL PERGERAKAN                          BAHASA HUKUMAN
1 Masuk Arena          -
2 Lapor                Assalamulaikum,              cik/tuan                .....saya.......dari
                       .......melaporkan ahli seramai .......orang siap sedia untuk
                       diuji atau melaporkan diri.
3 Pemeriksaan Barisan -
4 Paras barisan (bentuk Tinggi ke kanan, rendah ke kiri.........dalam satu
paras rendah di tengah barisan.........paras.
dan tinggi di kiri dan Dari kanan nombor....(1,2, 1,2) ganjil satu langkah ke
kanan)                 hadapan, genap satu langkah ke belakang, ganjil dan
                       genap.....gerak
                       Kanan sekali....diam, ganjil bergerak ke kanan, genap
                       bergerak ke kiri.....kanan dan kiri.....pusing. Jadikan 3
                       barisan cepat jalan.
5 Luruskan Barisan     Ke kanaaaaan.........lurus.
6 Rehatkan Diri        Rehatkan.........diri.
7 Senang Diri          Senaaaaaaaag.......diri.
8 Baris Sedia          Bariiiiiis se........dia.
9 Buka Barisan         Buka barisan, buka ........barisaaaaan....gerak.
10 Pusing Kanan        Bergerak ke kanan, ke kanaaaaa...pu...sing.
11 Pusing Kiri         Bergerak ke kiri, ke kiriiii.....pu....sing.
12 Hadap ke Belakang   Menghadap ke belakang, kebelakaaaaaang.....sing.
13 Hadap ke Hadapan    Menghadap ke hadapan, kebelakaaaaaaang....sing.
14 10 Langkah ke Kanan 10 langkah ke kanaaaan.....gerak.
15 10 Langkah ke Kiri  10 langkah ke kiriiiiiiii......gerak.
16 Hentak Kaki         Baris, baris hentaaaaaaak kaki.
17 Tutup Barisan       Baris, tutup barisaaaaan......gerak.
18 Pusing Kanan        Pusing kanan.
19 Berjalan            Baris, dari kanan @ kiri......cepat jalan.
20 Pusing Kiri (ke Belakang Bergerak ke kiri......ke belakang .......sing.
        Pusing)
21 Hormat ke Kanan     Hormat, hormat ke kanaaaan .....hormat.
22 Hormat ke Hadapan   Hormat, hormat ke hadapaaaan.....hormat.
23 Tukar Langkah       Tukar langkah semasa cepat jalan,.....tukar langkah.
24 Hormat Selaku Terima Hormat, selaku terima sijil.....ke hadapaaaan....hormat.
        Sijil
25 Buku Barisan Semasa Buka barisan semasa cepat jalaaaan...buka
Cepat Jalan            barisaaaan....grak.
26 Pusing Kanan (ke Bergerak ke kanan ke belakaaaaang....sing.
        Belakang Pusing)
27 Tutup Barisan Semasa Tutup barisan semasa cepat jalaaaan...tutup
Cepat Jalan            barisaaan.....grak.
28 Berhenti            Berhennnnn........ti.
29 Hadap Hadapan       Mengadap ke hadapaaaan.....ke kanan @ kiri ....sing.
30 Luruskan Barisan    Ke kanaaaan.....lurus.
31 Lapor Siap          Assalamualaikum, cik/tuan saya.............dari ........mohon
                       izin keluar baris......
                       Mohon izin menjalankan tugas lain.
                       Terima kasih cik/tuan.
                                                                                                  38
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
KAWAD TONGKAT
Pengenalan
Kawad tongkat merupakan lanjutan daripada kawad kaki. Dalam pergerakan pengakap, kawad
kaki dan kawad tongkat menggunakan bahasan hukuman dan pergerakan tentera. Rasionalnya
mengapa bahasa hukuman dan pergerakan tentera digunakan kerana BP merupakan seorang
mantan pegawai tentera. Ini memberi peluang kepada semua ahli pengakap melakukan bahasa
hukuman dan pergerakan yang sama di seluruh negara.
Semua pergerakan kawad tongkat berasaskan kepada kawad kaki dengan penambahan
beberapa pergerakan menggunakan tongkat. Justeru, ada beberapa perkara asas dalam kawad
kaki tidak disentuh dalam kawad tongkat sebab bahasa hukuman dan pergerakannya sama.
Panjang tongkat pengakap ialah 160 cm. Ini merupakan ukuran standard yang digunakan
dalam pergerakan pengakap . Diameter tongkat pengakap ialah 3.5 cm. Ini memudahkan ahli
pengakap memegang tongkat pengakap secara ‘genggaman Y’. Tongkat pengakap mestilah
lurus dan licin tanpa sebarang aksesori. Namun begitu, Pengakap dibenarkan menghias
tongkat pengakap bagi tujuan tertentu seperti identiti atau penyeragaman kumpulan. Tongkat
boleh dibuat dengan menggunakan rotan atau kayu bulat.
    1.2. Kawad tongkat – mengetahui tatacara kawad tongkat
     Rusuk tongkat
     Kalih tongkat
     Hormat bertongkat
     Julang tongkat
     Turun tongkat
     Jinjit tongkat
                                                                                                                                         39
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
Ringkasan Bahasa Hukuman Kawad Tongkat
BIL PERGERAKAN           BAHASA HUKUMAN
1 Sedia                  Baris ................Sedia.
2 Senang Diri            Baris ................Senang ...........Diri.
3 Rehatkan Diri          Baris ................Rehatkan .........Diri.
4 Kedudukan Sedia Baris..................Baris ...............Sedia.
Dari Senang Diri
5 Jinjit Tongkat         Jinjit ............Tongkat.
6 Masuk Baris - Jinjit Masuk ............Baris.
Tongkat
7 Pergerakan Ke Kanan Ke Kanan ........Lurus.
Lurus
8 Rusuk           Tongkat Rusuk .........Tongkat.
Daripada Kedudukan
Sedia
9 Turun Tongkat dari Turun .........Tongkat.
Rusuk Tongkat
10 Hormat         Tongkat Hormat ...........Tongkat.
Daripada          Rusuk
Tongkat
11 Baring Tongkat Dai Baring .........Tongkat.
Kedudukan Sedia
12 Angkat Tongkat Dari Angkat ...........Tongkat.
Baring Tongkat
13 Bimbit Tongkat Dari Bimbit ...............Tongkat.
Kedudukan Sedia
14 Rusuk Tongkat Dari Rusuk ..............Tongkat.
Bimbit Tongkat
15 Bimbit Tongkat Dari Bimbit ...............Tongkat.
Rusuk Tongkat
16 Kalih Tongkat Dari Kalih .................Tongkat.
Kedudukan Sedia
17 Kalih Tongkat Untuk Kalih ................Tongkat.
Memperbaharuhi
Persetiaan, Bacaan
Doa dan Sorakan
18 Julang Tongkat Dari Julang .................Tongkat.
Kedudukan Sedia
19 Kedudukan Sedia Turun ......................Tongkat.
Dari Julang Tongkat
20 Hormat         Tongkat Ke Kanan ................Hormat.
Semasa Berjalan
                  Sumber: Buku rujukan PPM Kawad dan Istiadat Pengakap
1.3. Ketua Kawad (Parade Commandan)
 Berkebolehan menjadi Ketua Kawad.
 Berkebolehan memberi arahan kawad dengan suara yang lantang, jelas dan tegas.
 Mengetahui tatacara dan bahasa hukuman yang betul.
                                                                                 40
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
D. Orienteering
1. Mengetahui asas orienteering dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai
    siri latihan dan aktiviti yang dijalankan.
    - Mengenal kompas dan bahagiannya.
    - Mengenal arah mata angin.
    - Boleh membaca dan menentukan bearing.
    • Kompas adalah alat yang berfungsi untuk menunjukkan arah mata angin. Dan bagi para
         jungle treker mereka seharusnya mengetahui cara-cara penggunaan kompas dan
         fungsinya. Mengetahui cara membaca peta dengan arah kompas, berkemungkinan akan
         tersesat adalah tipis. Penting kepada semua penggiat pencinta alam untuk mengetahui
         cara penggunaan dan pemakaian kompas di dalam perjalanan di dalam hutan dan
         seumpamanya.
    • Letakkan kompas anda pada peta kawasan tersebut dengan hujung Base Plate
         menghubungkan lokasi anda berada dengan arah lokasi anda akan tuju.
    • Tetapkan garisan tengah dalam kompas dengan memusingkan Dial kompas mengikut
         garisan pada peta anda "sejajar dengan Utara Magnetik (MN) pada peta.
    • Keluarkan kompas dari peta dan hala ke hadapan anda dengan Travel Arrow menunjuk
         ke depan/lokasi. Pusingkan badan anda sehingga hujung merah jarum kompas berubah
         dengan menunjuk kepada "N" pada di dalam dail kompas. Arah Perjalanan Arrow kini
         menunjukkan tepat ke destinasi anda. Lihat pada satu mercu tanda (bukit, puncak
         gunung, pokok) dan berjalan kepadanya. Ulang prosedur ini sehingga anda sampai ke
         destinasi anda.
                                         Gambar Ihsan : Bacaan Kompas & Bearing
                                                                                                                                         41
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
Contoh Orienteering (Lampiran 1)
                                  42
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
Contoh Orienteering (Lampiran 2)
                                  43
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
E. Ikhtiar Hidup
1. Mengetahui asas ikhtiar hidup dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai
    siri latihan dan aktiviti yang dijalankan.
    PENGENALAN
    Banyak ilmu ikhtiar hidup yang boleh dipelajari dalam pergerakan pengakap. Ilmu ini sangat
    berguna apabila kamu tersesat di hutan belantara atau di masa kesusahan, ilmu ini sangat
    berguna untuk menjamin kamu terus hidup walaupun dalam keadaan tersedak. Tiga jenis
    ilmu ikthiar hidup yang perlu dibelajari, iaitu:
     Masakan secara hutan
     Membuat tempat berteduh atau tidur
     Membuat jerat
                                                                                                                                         44
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
                                                45
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
contoh
        46
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
                                                47
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
                                                48
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
                                                49
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
Gambar Ihsan: Cara penyediaan hasil masakan rimba
                                                                                                   50
