BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
F. Penganggaran
1. Mengetahui sistem penganggaran dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai siri
latihan dan aktiviti yang dijalankan.
Kemahiran menganggar sangat penting bagi setiap orang. Kemahiran ini dapat membantu
mereka terutama di masa terdesak. Faedah kemahiran ini banyak diceritakan oleh Lord
Baden Powell dalam bukunya Scouting For Boy dan Mazna Nordin dalam bukunya Kanang
Anak Langkau. Seorang pengakap perlu mengetahui dengan tepat ukuran bahagian
badannya sendiri. Ukuran ini sangat perlu dan berguna dalam ilmu dan kemahiran
menganggar.
Membuat pengukuran tanpa menggunakan peralatan.
Lebar sungai.
Ketinggian pokok atau bangunan.
Kelajuan arus sungai.
Kedalaman sungai.
Gambar Ihsan: Kaedah penganggaran yang diajar oleh jurulatih
51
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
Lampiran
52
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
53
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
LENCANA PERKHIDMATAN
Pengakap Kelana
54
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
3. LENCANA PERKHIDMATAN (wajib)
Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai
kemahiran, ilmu pengetahuan dan kecekapan dengan memperlihatkan
tahap tertinggi dalam melaksanakan perkhidmatan.
PERTOLONGAN CEMAS
Pertolongan cemas ialah rawatan atau tatacara yang digunakan dalam kecemasan untuk
membantu pesakit yang tercedera atau sakit sebelum ketibaan doktor atau sebelum dibawa ke
hospital. Pertolongan cemas yang cekap dapat menyelamatkan nyawa, mengurangkan tahap
kecederaan dan mengelakkan kecederaan bertambah teruk. Pengakap bukanlah orang yang
mahir dalam bidang pertolongan cemas tetapi mereka sekadar memberi rawatan sementara
sebelum pesakit dihantar ke hospital atau klinik. Setiap ahli pengakap perlu menguasai dan
mempunyai kemahiran ilmu pertolongan cemas kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-
bila masa, tempat dan situasi. Mereka juga perlu berusaha mengamalkan persetiaan dan
undang-undang pengakap dengan membantu orang pada setiap masa dan menjadikan diri
mereka seorang yang berguna.
Apa yang perlu dilakukan oleh seorang ahli pengakap
55
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
A. Bantu Mula – wajib
1. Calon dikehendaki mengikuti latihan atau kursus yang diakui oleh mana-mana persatuan
atau mana-mana Pegawai Perubatan bertauliah yang mengendalikan latihan rawatan dan
pertolongan cemas dalam jangka masa tertentu.
2. Calon hendaklah mempunyai pengetahuan berkenaan seperti butiran dibawah
dan juga mempunyai kemahiran bertindak memberi rawatan kecemasan:
Mengetahui tujuan dan peraturan rawatan kecemasan dan keadaan yang
memerlukannya.
Mengetahui dan memahami struktur tubuh badan dan peranannya.
Mengetahui peredaran darah manusia serta jenis pembuluh.
Mengetahui jenis-jenis luka serta jenis pembalutan serta cara menghentikan
pendarahan dari mulut, hidung dan telinga.
Mengetahui cara merawat gigitan serangga, binatang kecil dan binatang berbisa.
Mengetahui punca dan cara merawat keracunan daripada makanan, bahan kimia dan
lain-lain.
Mengetahui sistem pernafasan manusia dan merawat permasalahan bantu mula bagi
permasalahan berkaitan dengan sistem pernafasan.
Mengetahui dan mengaplikasikan teknik pemulihan pernafasan.
Mengetahui dan merawat jenis patah tulang dan anduhan serta cara memindahkan
mangsa yang cedera.
Mengetahui Peti Pertolongan Cemas serta alatan di dalamnya.
Gambar Ihsan : Kursus Pertolongan Cemas & Bantu Mula
56
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
Kotak Pertolongan Cemas
Setiap kali keluar mengembara atau berkhemah sama ada dalam kumpulan atau patrol,
pengakap perlu membawa kotak pertolongan cemas. Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila
masa tanpa mengira tempat dan situasi. Pengakap dikehendaki sentiasa berwaspada dan
selalu bersedia.
Kotak pertolongan cemas yang dibawa ke perkhemahan atau setiap kali mengadakan aktiviti
hendaklah menggandungi peralatan seperti yuang berikut:
1. Pembalut (kain gulung jaringan, pembalut segi tiga dan plaster)
2. Kapas, penyepit, gunting dan pin penyemat
3. Plaster
4. Minyak angin untuk sakit perut dan sakit biasa
5. Dettol untuk membasuh luka
6. Iodin untuk luka
7. Milk of Magnesia untuk sakit perut dan sembelit
8. Krim antisan untuk gigitan serangga
9. Panadol untuk sakit kepala dan demam biasa
10. Optone untuk sakit mata
11. Burnol untuk terbakar
12. Vick untuk sakit leher dan selesema
57
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
58
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
Lampiran
59
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
60
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
61
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
62
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
B. Kebajikan Am - Wajib
1. Menganjurkan suatu projek Perkhidmatan Masyarakat yang melibatkan masyarakat
setempat.
- Ahli pengakap boleh menjelaskan kepentingan Perkhidmatan Masyarakat dan kerja-
kerja amal yang dijalankan sebagai satu sumbangan kemanusiaan.
Gambar Ihsan: Perkhidmatan Masyarakat Komuniti Setempat
Gambar Ihsan: Program bersama masyarakat setempat
63
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
DAN ( Minima SATU daripada Bahagian C dan D )
C. Pemelihara Alam Sekitar
1. Calon dikehendaki berhubung dengan Pesuruhjaya Daerah atau Jawatankuasa Program
Daerah untuk menentukan projek-projek kempen pemeliharaan alam sekitar yang dapat
dijalankan di tempat masing-masing dalam tempoh 3 bulan
2. Antara projek-projek yang disyorkan adalah seperti:-
Kempen Kebersihan Alam Sekitar
Kempen Kitar Semula
Kempen Kawasan Angkat Krew
D. Kebajikan
Menjalankan projek bantuan yang boleh disampaikan kepada mangsa bencana alam.
Menjalankan Projek Anak Angkat Krew Pengakap Kelana samada kepada Kumpulan-
kumpulan Pengakap atau kawasan-kawasan yang bersesuaian untuk perkhidmatan
berterusan.
Menderma darah seminimum 3 kali kepada hospital Kerajaan atau
Pusat Darah Negara serta mempunyai rekod yang sah.
Menjalankan perkhidmatan di Rumah-Rumah Kebajikan.
Gambar Ihsan: Kempen Kebersihan Alam Sekitar di UPM
64
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
LENCANA PENGEMBARAAN
Pengakap Kelana
65
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
4. LENCANA PENGEMBARAAN (wajib)
Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai
kegiatan dan aktiviti pengembaraan dengan memperlihatkan tahap tertinggi
dalam melaksanakan program dan rancangan pengembaraan tersebut.
PENGENALAN
Pengembaraan merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan khususnya dalam memperoleh
pengalaman baru. Pengakap digalakkan untuk mengembara atau menjelajah ke tempat-tempat
tertentu, terutamanya ke kawasan yang belum pernah mereka terokai. Pengakap hendaklah
berpasangan semasa keluar mengembara pada hujung minggu sama ada berbasikal, berakit,
berperahu atau berjalan kaki.
Seseorang pengakap boleh melihat pemandangan yang indah sambil menyiasat tempat-tempat
atau bangunan-bangunan tertentu semasa mengambara. Pada setiap kali keluar mengembara
pengakap hendaklah membawa peta dan kompas supaya mereka tidak perlu bertanya pada
orang ramai di sepanjang perjalanan. Peta dan kompas sangat berguna terutama semasa
mengembara di hutan belantara atau mendaki gunung.
Seseorang pengakap perlu tahu dan faham cara-cara membaca peta, petunjuk dan panduan
grid. Peta yang sesuai untuk menjalankan aktiviti pengembaraan ialah peta topo atau
Ordinance Survey yang berskala 1 cm = 1 km.
Contoh peta topo
66
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
Ini bermakna satu sentimeter di atas peta bersamaan dengan satu kilometer di atas muka bumi.
Bagi menentukan arah, pengakap boleh berpandukan kepada kompas, manakala untuk
mengetahui panduan arah berpandukan kepada peredaran matahari, bulan, bintang dan
sebagainya.
Semasa mengembara atau menyiasat di kawasan hutan dan bukit bukau, seorang pengakap itu
hendaklah tajam penglihatan untuk memerhatikan kawasan sekitar dan mengesan tanda-tanda
alam supaya tidak sesat.
Semasa memanjat bukit atau mendaki gunung, arah dan hala kita selalu tidak berubah kerana
kita terpaksa turun naik di celah-celah gaung dan lereng-lereng gunung. Oleh itu, pengakap
patut mengetahui dan berkemahiran mengecam alam sekitarnya supaya tidak tersesat.
CARA MENYUSUN ATAU MENGEMAS BEG PENGEMBARAAN
1. Beg pengembaraan akan kelihatan sempurna jika disusun dengan kemas dan teratur.
Elakkan dari menggantung benda-benda di luar beg tersebut.
2. Cadangan untuk mengemas beg pengembaraan
a. Barang yang digunakan kemudian diletakkan dibawah beg;
b. Letakkan benda-benda ringan dan besar di bawah beg;
c. Benda-benda yang berat patut diletak di bahagian atas beg;
d. Letak kotak pertolongan cemas di bahagian atas supaya mudah dikelurkan;
e. Gunakan beg polythene untuk membalut pakaian, mancis dan benda-benda
yang mudah terkena kelembapan; dan
f. Sila bawa beg polythene kosong untuk menyimpan pakaian kotor atau yang lembab.
contoh
67
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
10 PERKARA ASAS YANG PERLU DIKETAHUI
1. Susun barang dengan kemas dan teratur agar anda menjadi selesa dengannya.
2. Letakkan barang seperti peti pertolongan cemas, kompas, peta, makanan ringan dan
anda rasa penting di tempat yang mudah di capai.
3. Jika boleh jangan ada ruang kosong dalam beg anda, isilah apa sahaja diruang kosong
tersebut.
4. Masukan barangan anda dengan plastik beg berbagai warna (kod) contoh baju plastik
putih, makanan plastik hitam dan sebagainya (memudahkan anda untuk pilih).
5. Kurangkan meletak/mengantung barang di luar beg (menyukarkan pergerakan).
6. Jika anda membawa khemah, jangan terlalu rajin bawa semuanya, bahagi-bahagikan di
antara rakan anda. Rod khemah hendaklah diletakkan di kiri atau kanan beg.
7. Jika bawa barang tajam pastikan ia sentiasa bersarung atau dibungkus. Begitu juga
bahan cecair pastikan penutup ditutup dengan ketat agar tidak meleleh (terkeluar).
8. Raincover atau packcover amat penting, untuk mengelak beg dan barang dari basah
jadi pastikan sentiasa ia ada.
9. Pastikan beg sentiasa dalam keadaan baik sebelum digunakan.
10. Jika boleh bawalah sparepart beg atau barang lain yang dirasakan penting.
A. Pengembaraan
1. Menjalankan salah SATU daripada pilihan pengembaraan berikut:
Berjalan kaki sejauh 60km (masa bermalam: minima 2 malam)
Berdayung sampan/kayak/rakit sejauh 30km (masa bermalam: minima 2 malam)
Berbasikal sejauh 100km (masa bermalam: minima 2 malam)
Bermotorsikal sejauh 500km (masa bermalam: minima 2 malam)
Berkereta sejauh 800km (masa bermalam: minima 2 malam)
Berkenderaan awam (bas/kereta api) sejauh 1000km
(masa bermalam: minima 2 malam)
*Semua perjalanan di atas hendaklah merangkumi tidak kurang dari 3 perjalanan kecil yang berasingan dan berbeza
keadaan geografinya
68
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
B. Laporan Pengembaraan
1. Menyediakan buku log pengembaraan yang lengkap dan dikemaskini yang disertakan
bahan sokongan seperti gambar, lakaran, peta, rakaman video dan menyerahkan kepada
penilai di dalam tempoh 15 hari selepas tamat pengembaraan.
2. Bahan sokongan seperti gambar, gambar rajah, peta, rakaman video dan seumpamanya
hendaklah diserahkan kepada Penilai bersama Buku Log Pengembaraan.
Tambahan:
- Catitan laporan harian perjalanan (peristiwa-peristiwa sepanjang pengembaraan contoh
catatan masa, hari dan lain-lain)
-
- Catitan tugasan harian pengembaraan (tugasan-tugasan yang diberikan oleh jurulatih
atau pemimpin untuk diselesaikan)
- Melukis peta dan anak panah penunjuk arah
- Laporan-laporan bergambar sepanjang pengembaraan sebagai lampiran
Gambar Ihsan: Contoh gambar sepanjang aktiviti pengembaraan
69
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
C. Persediaan Perjalanan
1. Setiap pengembaraan perlu ada persediaan dan destinasi hendaklah dirancang terlebih
dahulu.
3. Tempat-tempat sejarah dan rekreasi, perusahaan kampung, penghidupan kelompok kecil,
penempatan orang asli dan tempat yang boleh memberi cabaran eloklah dimasukkan ke
dalam program pengembaraan.
3. Rancangan pengembaraan hendaklah dipersetujui oleh Ketua Kelana, Ketua Kelana
hendaklah memberi nasihat, panduan serta peraturan bagi memastikan pengurusan
pengembaraan itu mengikut cara berpengakap.
4. Mesti mengetahui cara menyediakan Buku Log Pengembaraan. Pekara penting yang wajib
ada :-
a. Tarikh, masa, dan tempat, waktu tiba dan waktu berlepas.
b. Peta pengembaraan dan gambaran keadaan alam semula jadi.
c. Rekod temu ramah, kajian, dan pendapat.
d. Projek ( jika dikehendaki membuat projek, lokasi, penyertaan masyarakat, masalah,
kejayaan.)
e. Cetusan rasa digambarkan melalui lukisan, foto,rakaman, video, puisi dan
sebagainya.
f. Langkah keselamatan hendaklah diutamakan. (penilaian dan risiko )
D. Peringatan
1. Calon boleh melaksanakan pengembaraan di dalam satu krew di antara 2 hingga 4 orang
sahaja. Pemakluman Pengembaraan dan kebenaran Pesuruhjaya Daerah serta pihak
berkuasa (Polis, Jabatan Hutan,) hendaklah diperoleh sebelum pengembaraan dimulakan.
2. Calon hendaklah sentiasa menjaga imej Pengakap Kelana dan juga menunjukkan contoh
teladan yang baik kepada masyarakat.
E. Kajicuaca
1. Calon hendaklah mencatatkan pemerhatian keadaan cuaca di sepanjang pengembaraan
dengan format yang lengkap seperti catatan keadaan cuaca semasa, kedudukan arah angin,
bacaan suhu, ketinggian (altitude), jenis awan dan lain-lain yang berkaitan dengannya.
70
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
LENCANA PILIHAN
Pengakap Kelana
(PILIH 1 SAHAJA)
KEPIMPINAN ICT EKSTREM
PENYELAMAT NYAWA KEUSAHAWANAN
71
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
5. LENCANA KEPIMPINAN (pilihan)
Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai
kemahiran, kepimpinan dan pengurusan dengan memperlihatkan tahap
tertinggi dalam melaksanakan program seperti Kursus, Seminar, Bengkel,
Campfire Night.
1. Menjalankan salah satu daripada perkara-perkara berikut:
A. Kursus Kepimpinan Manik Kayu
1. Menghadiri Kursus Kepimpinan Manikayu sehingga Peringkat I.
ATAU
B. Pengurusan Acara
1. Mengetuai sebuah Jawatankuasa atau mengambil bahagian dalam sebuah jawatankuasa
penganjuran sesuatu acara contohnya ; Perkhemahan Daerah, Jambori, Perhimpunan
Kelana, Forum, Seminar, Bengkel, Kursus dan lain-lain.
ATAU
C. Kursus Pemantapan
1. Menghadiri kursus pemantapan dan kecemerlangan diri contohnya; Kursus Motivasi, Kursus
Pengurusan Masa, Kursus Pendidikan Kesihatan dan lain-lain.
ATAU
D. Komunikasi dan Pengucapan Awam
1. Menghadiri kursus Pengucapan Awam dan Komunikasi yang dianjurkan oleh
pihak yang bertauliah.
ATAU
E. Pentadbiran
1. Menjawat jawatan pentadbiran dan di dalam mana-mana Persatuan yang diiktiraf dan sah
dari undang-undang.
ATAU
F. Anugerah Kepimpinanan
1. Menerima Anugerah Kepimpinan daripada mana-mana organisasi dan agensi contohnya;
Anugerah Kepimpinan Perdana, Anugerah Remaja Perdana,
Anugerah Kepimpinan Belia dan lain-lain.
72
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
6. LENCANA ICT (pilihan)
Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai
kemahiran, kegiatan dan aktiviti luar dengan memperlihatkan tahap tertinggi
dalam melaksanakan program dan perkhidmatan.
A. Teknologi Maklumat
1. Menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:
Mengetahui perkara-perkara asas berkenaan pengendalian komputer.
Boleh melayari internet menggunakan enjin pencarian untuk proses pencarian
maklumat.
Menyediakan sebuah persembahan / laporan / log yang sesuai dengan menggunakan
perisian-perisian berikut bagi:
o Windows, Linux, Macintosh.
o Microsoft Office Word, Excel dan Power Point.
Menghasilkan sebuah persembahan multimedia.
Menghasilkan dan mentadbir sebuah laman web seminima 3 bulan.
ATAU
B. Komunikasi dan Perhubungan
1. Menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:
Mengirim berita menggunakan Kod Morse (Lampu atau buzzer) dengan kelajuan
seminima 15 perkataan seminit.
Mengirim berita menggunakan isyarat bendera Semaphore dengan kiraan seminima 25
perkataan seminit.
Lulus peperiksaan Lesen B Radio Amatur yang dianjurkan oleh
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
ATAU
C. Perhubungan Antarabangsa
1. Melibatkan diri secara aktif di dalam mana-mana aktiviti Kelana
peringkat antarabangsa atau menjalankan aktiviti yang menghubungkan persaudaraan di
antara Kelana Malaysia dan Kelana-Kelana Antarabangsa.
73
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
7. LENCANA AKTIVITI EKSTREM (pilihan)
Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai
kemahiran, kegiatan dan aktiviti lasak luar seperti mendaki, menyelam,
eksplorasi, berakit dan aktiviti ekstrem dengan memperlihatkan tahap
tertinggi dalam melaksanakan program dan kegiatan tersebut.
1. Telah melibatkan diri seminima TIGA kali di dalam mana-mana SATU daripada kegiatan
ekstrem dibawah:
Mendaki Gunung.
Menyelam Skuba (Scuba Diving).
Berakit di Air Deras (White Water Rafting)
Berkayak di Laut / Sungai (Kayaking)
Eksplorasi gua (Caving)
Wall / Rock Climbing
Paintball dan Sukan-sukan Ekstrem yang lain
Lain-lain aktiviti yang dinilai berkaitan dengan aktiviti ekstrem
8. LENCANA PENYELAMAT NYAWA (pilihan)
Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui
berbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan tahap tertinggi dalam
melaksanakan program dan perkhidmatan penyelamatan nyawa, khidmat
bantu mula, pengurusan risiko dan ikhtiar hidup.
1. Memiliki salah satu daripada empat kelayakan menyelamat nyawa seperti dibawah dan
sentiasa bersiap sedia di dalam memberikan perkhidmatan;
Outdoor Survival.
Pertolongan Cemas peringkat tertinggi (Advance)
Bronze Cross
Risk Management Course
74
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
9. LENCANA KEUSAHAWANAN (pilihan)
Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui
berbagai kemahiran tahap tertinggi, kegiatan dan rancangan seperti
penternakan, perikanan, pertanian, perladangan dan perniagaan dengan
memperlihatkan dalam melaksanakan program dan perkhidmatan.
1. Menjalankan salah satu daripada aktiviti-aktiviti keusahawanan seperti berikut selama
seminima enam bulan dan menyediakan penyata kewangan yang lengkap dan disahkan;
Penternakan
Perikanan
Pertanian / Perladangan
Perniagaan
10. ANUGERAH B-P.
Epolet B-P , Sijil B-P dan Rambu Pengakap Kelana (Merah)
1. Setelah seseorang Pengakap Kelana itu telah memenuhi dan mencapai syarat-syarat
Lencana-Lencana Pengakap Kelana iaitu Lencana (wajib) dan lencana (pilihan), Pengakap
Kelana itu akan dianugerahkan Anugerah B-P.
2. Untuk mendapatkan Anugerah B-P ini, Pengakap Kelana tersebut hendaklah berumur di
antara 18 hingga 25 tahun sahaja.
3. Borang Pencalonan Anugerah B-P akan disediakan oleh pihak Ibu Pejabat Persekutuan
Pengakap Malaysia.
4. Sijil dan Anugerah B-P ini, akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap
Malaysia.
75
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
contoh borang pendaftaran keahlian
76
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
RUJUKAN
Abdul Alim Abdul Rahim (2010). Ilmu Pengakap Edisi Ketiga. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Gordon Koh Hong Kian (2002). Panduan Lencana Tertinggi Pengakap Remaja dan Anugerah
Pengakap Raja. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Abdul Alim Abdul Rahim (2004). Panduan Perkhemahan, Simpulan dan Pioneering. Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Maizal Affendey (1994). Ilmu Perkhemahan. Edusystem Sdn. Bhd.
Buku Must. (2001). Berkhemah Untuk Semua. BUKUMUST Sdn. Bhd.
Wan Junaidi Tuanku Jaafar. (2007). Falsafah Moral Ilmu Berpengakap. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Pasukan Latihan Negara (2010). Skim Latihan Pengakap Remaja. Persekutuan Pengakap
Malaysia.
Pasukan Latihan Negara (2010). Skim Latihan Pengakap Kelana. Persekutuan Pengakap
Malaysia.
Ahli Jawatankuasa Mesyuarat dan Bengkel Penjanaan Serta Penterjemahan Persetiaan dan
Undang-Undang Persekutuan Pengakap Malaysia. (2012). Penterjemahan Serta Penghayatan
Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap. Persekutuan Pengakap Malaysia.
Pasukan Latihan Negara (2010). Kawad dan Istiadat Pengakap. Persekutuan Pengakap
Malaysia.
Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Kebangsaan (2013). Panduan Pelaksanaan Ujian
Pentarafan Pengakap Raja. Persekutuan Pengakap Malaysia.
Pasukan Latihan Negara (2009). Buku Panduan dan Skim Latihan Pengakap Kelana.
Persekutuan Pengakap Malaysia.
Pasukan Latihan Negara (2016). Buku Panduan Pentarafan Pengakap Raja (Edisi 2016).
Persekutuan Pengakap Malaysia.
Pasukan Latihan Negara (2016). Buku Panduan Penilaian Anugerah Baden-Powell (B.P) (Edisi
2016).Persekutuan Pengakap Malaysia.
Amir Hamzah Aman (2010). Asas Kepengakapan. Corner Resources.
Yeoh Seng Choon. Pengenalan ke Pengakapan. Persekutuan Pengakap Malaysia.
77
BUKU PANDUAN RINGKAS SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA
Di susun oleh
Norhisham bin Mohd Nasir (ALT)
Penolong Jurulatih Kebangsaan (M-790/2017)
Persekutuan Pengakap Malaysia
78