The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PENULISAN DAN KOMPILASI TEKS UCAPAN MAJLIS RASMI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syaizura Hani Abd Samat, 2022-08-19 00:43:34

BUKU PENULISAN DAN KOMPILASI TEKS UCAPAN MAJLIS RASMI

BUKU PENULISAN DAN KOMPILASI TEKS UCAPAN MAJLIS RASMI

Penulisan Dan
Kompilasi Teks
Ucapan Majlis

Rasmi

Syaizura Hani binti Abd Samat
Nur Fatihah binti Che Ruzlan

i

ISI KANDUNGAN

PRAKATA

BAHAGIAN A
1. Pengenalan ……………………………………….. 1
2. Definisi teks ucapan ……………………………… 3
3. Tujuan teks ucapan ………………………………. 4
4. Ciri-ciri teks ucapan ………………………………. 6
5. Jenis-jenis teks ucapan …………………………... 7

BAHAGIAN B
6. Prinsip dan tips penulisan teks ucapan ……….... 8
7. Format penulisan teks ucapan ………………….. 10

BAHAGIAN C
8. Penggunaan bahasa dalam penulisan teks ucapan

……….. 13
BAHAGIAN D
9. Contoh-contoh teks ucapan …………………….. 16
10. Pengurusan penulisan teks ucapan ……………. 75
11. Kesilapan dalam penulisan teks ucapan ………. 79
12. Penutup …………………………………………… 84

BIBLIOGRAFI ……………………………………………. 85

BIODATA PENULIS ……………………………………... 86

ii

PRAKATA

Penghasilan buku “Penulisan Dan Kompilasi Teks Ucapan
Majlis Rasmi” ini diharap dapat membantu individu yang telah
diamanahkan menjadi penulis teks ucapan yang dilantik agar
dapat mengemudi tugas ini dengan menyediakan teks ucapan
yang betul, jelas dan berkesan. Buku ini menyentuh tentang
definisi, ciri-ciri, tujuan serta jenis-jenis teks ucapan. Di samping
itu juga, prinsip-prinsip, tips dan format penulisan teks ucapan
yang berkualiti juga turut dimuatkan di dalam buku ini. Tidak
ketinggalan, disertakan perkongsian pengalaman serta contoh-
contoh teks ucapan rasmi hasil penulisan pengarang sendiri
semenjak memulakan tugas sebagai penulis teks ucapan
dalam pelbagai acara, majlis dan program sebagai panduan
kepada semua pembaca yang budiman.

Semoga buku ini dapat mengubah stigma ramai yang
menganggap penyediaan teks ucapan adalah sukar
dilaksanakan dan hanya ‘yang pakar’ sahaja mampu
melaksanakan tugasan ini dengan baik. Sehubungan dengan
itu, adalah amat perlu bagi semua individu yang diamanahkan
untuk menguasai ilmu penulisan teks ucapan khususnya
apabila melibatkan perasmian sesuatu majlis rasmi atau tidak
rasmi dalam sesebuah organisasi atau sebarang acara yang
berkaitan.

Penghasilan buku seumpama ini diharap menjadi satu usaha
berterusan oleh semua demi memperkasakan pelbagai disiplin
ilmu khususnya berkaitan pengurusan majlis, sesuai dengan
fungsi dan peranan agensi atau jabatan kerajaan dalam
menambahbaik sistem komunikasi dan penyampaian
perkhidmatan awam yang berkesan. Semoga usaha murni ini
memberi manfaat kepada banyak pihak di samping mendapat
keberkatan dari-Nya.

iii

Akhir kata, semoga usaha murni ini dapat diteruskan oleh
semua kerana diyakini bahawa usaha seumpama ini akan
dapat memberikan manfaat dalam usaha memartabatkan
peranan agensi dan fungsi jabatan kerajaan.

iv

PENGENALAN

Teks ucapan merupakan medium komunikasi dalam
penganjuran sesuatu majlis bagi menyampaikan hasrat,
objektif, arahan dan aktiviti penganjur majlis dan dibacakan oleh
tetamu yang berkaitan. Penulisan teks ucapan merupakan
kombinasi aliran penulisan dan idea keseluruhan sesuatu majlis
menerusi medium komunikasi lisan oleh pembaca.

Sungguhpun segmennya ditampilkan hanya dalam tempoh 10
hingga 15 minit sahaja, namun proses penghasilannya
mengambil masa yang panjang dan sangat penting sebagai
bahan dokumentasi dan rujukan di masa akan datang.
Penulisan teks ucapan yang berkualiti yang akan dibaca oleh
pembaca mampu memberikan kesan kepada audien dalam
menerima mesej yang bermakna yang dapat mempercepatkan
proses tindakan serta penyampaian perkhidmatan kepada
pelanggan.

Bagi organisasi dan jabatan kerajaan, penganjuran majlis
umumnya dan penulisan teks ucapan khasnya, mempunyai
peranan penting yang tersendiri mengikut prosedur protokol
yang ditetapkan. Jawatankuasa teks ucapan akan diwujudkan
dan proses penulisan teks ucapan sentiasa berlangsung dari
masa ke masa sehinggalah tamat majlis.

Memandangkan penulisan teks ucapan merupakan perkara
penting di dalam penganjuran majlis, maka penguasaan
kemahiran dan pengetahuan dalam penulisannya sepatutnya
menjadi asas bagi setiap individu. Sehubungan dengan itu,
setiap individu umumnya dan penjawat awam khasnya, perlu
meningkatkan kemahiran dalam penulisan teks ucapan dari
masa ke masa, sama ada dengan membaca, membuat rujukan,
menghadiri bengkel, seminar atau kursus.

1

Sewajarnya menjadi tanggungjawab setiap individu dan
penjawat awam mempertingkatkan kompetensi diri menguasai
ilmu berkaitan penulisan teks ucapan dan menjadikan mesej
yang dihantar melalui saluran ini mencapai objektif.

2

DEFINISI TEKS UCAPAN

Bagi memantapkan pemahaman pembaca mengenai penulisan
teks ucapan, kita akan menyingkap dahulu mengenai definisi
teks ucapan. Pemahaman yang baik mengenai penulisan teks
ucapan dapat membantu individu dan penjawat awam
menghasilkan teks ucapan yang baik dan berkesan, di samping
dapat menyampaikan objektif penganjuran majlis.

Teks ucapan menurut Kamus Dewan (1996), boleh bermaksud
apa yang diucapkan, perkataan, syarahan, pidato, kata-kata
pengharapan ataupun kata-kata yang melahirkan ucapan
terima kasih. Dengan itu, ucapan dapat dikatakan sebagai
sesuatu penglahiran idea secara lisan yang diucapkan kepada
khalayak dalam bentuk pidato atau komunikasi. Teks ucapan
juga boleh disimpulkan sebagai tulisan yang dijadikan sebagai
asas dalam penyampaian sesuatu ucapan.

Bagi menghasilkan teks ucapan yang berkesan, seseorang
penulis perlu menekankan aspek maklumat agar mesej yang
disampaikan dapat ditanggapi sebaik mungkin. Penulis juga
perlu memikirkan keperluan pendengar atau khalayak serta
suasana majlis yang berlangsung.

Teks ucapan yang dihasilkan merupakan idea penulisan
karangan dan hasrat pembaca pengarang berdasarkan objektif
penganjuran majlis. Teks ucapan seharusnya ditulis, ditaip,
dikarang dan dicetak menerusi format tertentu berdasarkan
kesesuaian majlis. Penulis teks ucapan boleh terdiri daripada
sesiapa sahaja dari pelbagai jawatan dan perkhidmatan. Boleh
disimpulkan bahawa teks ucapan itu sendiri sebagai satu alat
komunikasi bertulis bagi menyampaikan informasi daripada
penganjur kepada khalayak.

3

TUJUAN TEKS UCAPAN

Penting bagi setiap individu dan penjawat awam mengetahui
tujuan penulisan teks ucapan yang mungkin berbeza mengikut
penganjuran sesuatu majlis.

Dengan memahami tujuan teks ucapan yang ditulis,
menjadikan teks ucapan tersebut berfokus dan mencapai
objektif yang diharapkan.

Terdapat beberapa tujuan teks ucapan ditulis iaitu:

i) Teks ucapan sebagai alat komunikasi bertulis dan
ditransformasikan kepada penyampaian lisan yang
formal/tidak formal antara agensi kerajaan dengan
agensi kerajaan, agensi kerajaan dengan agensi
swasta, agensi kerajaan dengan orang ramai.

ii) Teks ucapan sebagai alat komunikasi bertulis dan
ditransformasikan kepada penyampaian lisan yang
menggambarkan pendirian/prinsip/agenda atau
sikap sesuatu jabatan/agensi terhadap orang ramai.

iii) Teks ucapan sebagai alat komunikasi bertulis dan
ditransformasikan kepada penyampaian lisan boleh
juga dijadikan rujukan dokumentasi dan
pensejarahan terhadap sesuatu jabatan/agensi
penganjur.

iv) Teks ucapan sebagai alat komunikasi bertulis dan
ditransformasikan kepada penyampaian lisan
dianggap sebagai duta kecil yang mempromosikan
peranan jabatan/agensi/organisasi kepada komuniti
setempat.

4

v) Teks ucapan sebagai alat komunikasi bertulis dan
ditransformasikan kepada penyampaian lisan
bertujuan sebagai penerangan ringkas tentang isu,
status atau perkara yang sedang berlaku pada
sesuatu zaman/era organisasi pada masa tersebut.

5

CIRI-CIRI TEKS UCAPAN

Sebagai individu dan penjawat awam, kita banyak terdedah
kepada pengendalian majlis/menganjurkan program bagi
menjayakan misi, agenda dan aspirasi sesebuah organisasi.
Percayalah, sesekali dalam garis perkhidmatan jika anda
berkhidmat sebagai penjawat awam, anda pasti akan terlibat
dalam mengendalikan sebarang program atau acara.

Oleh itu, sangat perlu dan penting bagi kita mempunyai ilmu dan
kemahiran menulis teks ucapan. Dengan memahami prinsip
asas dan aspek penulisan teks ucapan, akan membantu teks
ucapan ditulis dengan betul, baik dan mengikut format
standard. Contoh penulisan teks ucapan kini bukan sahaja
boleh dirujuk menerusi buku yang ditulis oleh yang pakar, malah
banyak contoh teks ucapan boleh diperolehi dengan mudah
mengikut kesesuaian acara dan majlis di internet. Terdapat juga
banyak ruangan khas koleksi teks ucapan pemimpin dan
menteri turut diselitkan di laman web agensi kerajaan yang
boleh dijadikan rujukan.

Ciri-ciri teks ucapan yang baik adalah seperti yang berikut:

i) Bahasa yang mudah difahami oleh pendengar.
ii) Bahasa yang digunakan adalah ringkas.
iii) Teks yang padat.
iv) Pernyataan maksud yang tegas, berkesan dan

meyakinkan pendengar.
v) Teks ucapan tidak bersifat peribadi atau berat

sebelah kepada mana-mana sensitiviti.
vi) Mematuhi prinsip dan peraturan tertentu penulisan

teks ucapan yang betul seperti format, teknik,
struktur dan penggunaan bahasa.

6

JENIS-JENIS TEKS UCAPAN
Terdapat pelbagai jenis teks ucapan yang akan ditulis mengikut
keperluan, tujuan dan kesesuaian majlis yang hendak
disampaikan. Antaranya:

i) Teks ucapan perasmian
ii) Teks ucapan nasihat
iii) Teks ucapan politik
iv) Teks ucapan makluman
v) Teks ucapan penghargaan terima kasih
vi) Teks ucapan sejahtera
vii) Teks ucapan perpisahan
viii) Teks ucapan memberi semangat
ix) Teks ucapan tahniah dan penghargaan
x) Teks ucapan ‘bertema’

7

PRINSIP DAN TIPS PENULISAN TEKS UCAPAN

Setiap penulisan teks ucapan mempunyai prinsip-prinsip
tertentu yang perlu dipatuhi. Berikut dijelaskan prinsip-prinsip
tersebut:

i) Betul
Betul dari segi ejaan, penggunaan ganti nama dan
gelaran, tanda bacaan dan pemilihan perkataan,
struktur ayat dan idea keseluruhan penganjuran
majlis yang hendak disampaikan.

ii) Jelas
Kejelasan daripada idea yang hendak disampaikan,
bahasa yang digunakan adalah jelas dan mudah
difahami. Pemilihan terma serta perkataan tidak
mengelirukan, tidak menimbulkan salah tafsiran
oleh pendengar dan penganjur majlis dan
sebagainya.

iii) Lengkap dan berinformasi
Segala data, fakta, idea keseluruhan teks ucapan
serta maklumat hendaklah dinyatakan dengan tepat,
betul, berkadaran dengan suasana semasa serta
lengkap serta tersusun.

iv) Ringkas
Penggunaan bahasa adalah ringkas dan padat serta
menepati tema penganjur. Elakkan penggunaan
bahasa yang mambastik, berbunga-bunga dan
terlalu meleret-leret.

8

v) Kesopanan dan cerminan budaya
Penulisan hendaklah mencerminkan kesantunan,
kesopanan dan cerminan budaya bangsa, dengan
menggunakan laras bahasa yang sesuai serta boleh
dimasukkan elemen loghat atau kebudayaan di
sesuatu kawasan pada bahagian-bahagian tertentu
teks ucapan.

Setiap teks ucapan yang dihasilkan haruslah disediakan dan
dihasilkan dengan ringkas, jelas dan padat agar objektif yang
hendak disampaikan dapat difahami dengan jelas oleh audien
yang mendengar. Situasi ini pastinya akan memberikan
kelancaran kepada pengurusan organisasi serta penganjuran
majlis akan lebih baik dari masa ke semasa.

9

FORMAT PENULISAN TEKS UCAPAN

Teks ucapan mempunyai format tersendiri yang berbeza
dengan penulisan bahasa yang lain. Secara umumnya,
penulisan teks ucapan yang baik boleh dibahagikan kepada tiga
bahagian iaitu kata-kata salutasi dan pengenalan, isi dan
penutup.

Penulisan teks ucapan boleh menggunakan ketetapan yang

berikut:

a. Format paparan muka hadapan dan muka surat
keseluruhan–portrait atau landscape (mengikut

kesesuaian jenis folder yang

ada/tersedia/disediakan).

b. Jenis tulisan – Arial/Times New Roman.
c. Saiz tulisan – 14 atau 16.
d. Jarak antara baris – 1.5 spacing.
e. Kedudukan teks – justify.

i) Kata-kata salutasi dan pengenalan
a. Kata-kata salutasi
Kata-kata salutasi merupakan komponen penting
bagi pembukaan bicara lisan teks ucapan yang
ditulis. Penting untuk semua penulis teks ucapan
untuk mahir menulis dengan baik ayat salutasi ini
mengikut kedudukan dan kepentingan tetamu yang
hadir. Kaedah penulisan kata-kata salutasi adalah
standard untuk semua teks ucapan.

10

b. Pengenalan
Teks ucapan di ruang pengenalan hendaklah ditulis
dengan jelas objektif penganjuran majlis.

c. Sapaan/gelaran/rujukan kehormat
Teks ucapan yang ditulis bagi tujuan penegasan
audien seperti orang awam boleh ditulis sebagai
“tuan-tuan dan puan-puan sekalian” atau “hadirin
dan hadirat sekalian”.

Majlis yang khusus kepada tetamu atau audien
tertentu yang mempunyai gelaran kebesaran
hendaklah didahulukan dengan kata hormat dan
gelaran kebesarannya seperti YBhg. Tan Sri/ Datuk
Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’
Tuan/Puan dan lain-lain yang bersesuaian.

ii) Isi teks ucapan
Isi kandungan teks ucapan boleh ditulis dalam
bentuk pernomboran atau bentuk perenggan bagi
memudahkan pembaca membacanya. Isi
kandungan hendaklah ditulis secara ringkas, tepat
dan padat bagi menyatakan dan menggambarkan
tujuan penganjuran majlis/acara.

a. Pujian kepada penganjur.
b. Objektif penganjuran majlis.
c. Kajian/dapatan/maklumat sebelum ini.
d. Angka/figura/nombor/statistik.
e. Apa yang hendak dicapai penganjur.

11

iii) Penutup
a. Penutup majlis dan ucapan terima kasih
penganjur.
b. Slogan/moto/pantun/gurindam/harapan/
simpulan bahasa/bahasa kiasan/luahan
perasaan.

Bagi mengakhiri penulisan sesebuah teks ucapan, hendaklah
merumuskan keseluruhan isi ucapan yang disampaikan.
Justeru, tidak perlulah panjang lebar dan memadai sekadar
menyebut ayat yang mewakili satu isi.
Pada bahagian penutup, teks ucapan akan diakhiri dengan
merumuskan kembali secara ringkas idea-idea utama yang
telah dikemukakan.

12

PENGGUNAAN BAHASA DALAM PENULISAN TEKS
UCAPAN

Secara teorinya, penggunaan bahasa semestinya penting
dalam penulisan teks ucapan. Gunakanlah bahasa umum yang
biasa digunakan dalam penganjuran sesuatu majlis. Contohnya
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Melalui penulisan teks ucapan yang ditulis oleh kita,
sebenarnya kita sedang menyampaikan sesuatu mesej kepada
audien atau khalayak. Komunikasi bertulis menerusi lontaran
idea yang disampaikan oleh penulis, pada masa yang sama
komunikasi sedang berlaku.

Penggunaan bahasa hendaklah:

1. Jelas.
2. Penulisan mencapai objektif.
3. Bahasa tidak meleret-leret.
4. Tidak berkias kecuali kepada penggunaan pantun,

madah atau sebarang penambahan elemen penulisan
kreatif pada sebahagian isi kandungan yang
bersesuaian.
5. Tidak ada elemen sensitiviti perkauman, agama dan
sebagainya.
6. Bahasa yang tidak menjengkelkan, nada perli atau tidak
seperti mengajar pendengar.

Penulisan teks ucapan juga boleh diselitkan dengan ungkapan-
ungkapan penulisan.

13

Maksud ungkapan menerusi Kamus Dewan Edisi Keempat:

1. Susunan kata yang digunakan dalam percakapan
(tulisan), frasa atau rangkai kata yang tertentu susunan
katanya: Kemarahannya sering tenggelam dalam ~ yang
indah dan sedap-sedap; 2. Gabungan (kelompok) kata yang
khusus (tertentu) untuk menyatakan sesuatu maksud,
simpulan bahasa; 3. = ~ Muka perubahan air muka
(menggambarkan perasaan hati); 4. (Mat) gabungan fungsi,
pemalar, pemboleh ubah, dll; 5. (Komp) rumusan
matematik yang dikodkan dalam bentuk suruhan atur cara;

Ungkapan yang boleh digunakan adalah seperti:

Rangkaian kata, susunan kata, kata-kata, frasa, frasa kata,

simpulan bahasa, peribahasa, ucapan

bahasa, pepatah, bidalan serta ujar-ujaran.

14

Antara ungkapan yang kerap digunakan sebagai rujukan
adalah seperti yang berikut:

1) Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian, ….
2) Datuk-datuk, Datin-datin, Tuan-tuan dan Puan-puan

yang dikasihi,
3) Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi,
4) Para hadirin yang saya hormati sekalian, …
5) Saya difahamkan, …
6) Alhamdulillah, terlebih dahulu saya, ….
7) Akhir kata,
8) Terlebih dahulu,
9) Saya yakin,
10)Saya juga merakamkan ucapan syabas dan terima

kasih,
11)Pada hemat saya,
12)Sebelum mengakhiri ucapan, saya menyeru,
13)Saya bagi pihak,
14)Sesungguhnya,
15)Sebagai contoh,
16)Secara sedar atau tidak,
17)Saya percaya dan penuh yakin bahawa,
18)Saya ingin mengambil kesempatan ini,
19)Akhir bicara,
20)Dengan lafaz yang suci,
21)Pertama sekali,
22)Saya dimaklumkan bahawa,
23)Saya percaya,
24)Justeru itu,
25)Dengan ini saya sudahi ucapan saya dengan,
26)Pertamanya,
27)Besarlah harapan saya,

15

CONTOH-CONTOH TEKS UCAPAN
Bagi memantapkan pemahaman pembaca, di sini disertakan
contoh koleksi lampiran penulisan teks ucapan pengarang yang
telah direalisasikan pembacaannya oleh pembaca-pembaca
teks ucapan menerusi pelbagai penganjuran acara dan majlis
rasmi di pelbagai peringkat penganjuran.
Contoh-contoh yang disertakan ini bolehlah dijadikan panduan
ketika menulis teks ucapan. Menerusi contoh-contoh yang
diberikan terdapat perbezaan format penulisan, laras dan gaya
bahasa, situasi zaman dan trend semasa.

16

TEKS UCAPAN
TUAN HAJI MOHD YUSOF BIN ZAKARIA
PENGARAH KOLEJ KOMUNITI KUANTAN
SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

PROGRAM PKK DAN PKTP
PADA 30 DISEMBER 2021 (KHAMIS);

JAM 10.30 PAGI
BERTEMPAT DI DEWAN BESAR, KOLEJ KOMUNITI

KUANTAN

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
salam sejahtera dan salam keluarga Malaysia,

Yang Berusaha Encik Nor Rizal Bin Md Noar,
Timbalan Pengarah Akademik Kolej Komuniti Kuantan,

Yang Berusaha Sr. Nor Idayu Binti Nordin,
Timbalan Pengarah Pengurusan Kolej Komuniti Kuantan,

Wakil Industri, wakil-wakil institusi tahfiz mewakili Program
Kemahiran Tahfiz Pondok (PKTP), para peserta Program
Keusahawanan Komuniti (PKK), tenaga pengajar undangan
dan pensyarah dari Kolej Komuniti Kuantan, barisan ahli
jawatankuasa pelaksana program, tuan-tuan dan puan-puan
para jemputan yang dihormati dan dirahmati Allah sekalian.

1. Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah
kurnia-Nya dapat kita berhimpun bersama-sama pada hari ini
sempena Majlis Perasmian Penutup Program
Keusahawanan Komuniti (PKK) dan Program Kemahiran
Tahfiz Pondok (PKTP) Tahun 2021 anjuran Unit
Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Kuantan.
Dalam kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan
penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta yang

17

telah menamatkan kursus latihan kemahiran dengan jayanya
dan tidak ketinggalan juga kepada semua individu, agensi dan
industri yang terlibat dalam memberikan sokongan kepada
penganjuran program kami pada tahun ini. Ucapan syabas dan
tahniah juga diucapkan kepada Unit Pembelajaran Sepanjang
Hayat Kolej Komuniti Kuantan dan seluruh ahli jawatankuasa
pelaksana program atas komitmen dan kesungguhan yang
telah dipamerkan bagi memastikan kelancaran perjalanan
kursus dari awal pelaksanaan sehinggalah kepada tamatnya
program ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,

2. Pada tahun ini, Kolej Komuniti Kuantan telah
diamanahkan untuk mengendalikan Program Keusahawanan
Komuniti (PKK) dan Program Kemahiran Tahfiz Pondok
(PKTP), melibatkan penyertaan komuniti setempat dan institusi
tahfiz terpilih di sekitar Kuantan. Program latihan ini merupakan
“Projek Khas–Kumpulan Wang Covid-19 2021”.

Terdapat dua Program Keusahawanan Komuniti (PKK) yang
telah dilaksanakan; Kursus Jahitan Kreatif–Produk Kraf yang
mengenengahkan batik sebagai tema produk kraf menerusi
penghasilan 4 jenis produk iaitu face mask, tissue pouch, clutch
bag dan elephant toys.
Penyertaan peserta adalah seramai 15 orang, dilaksanakan
pada September-Oktober 2021 yang lalu melalui kaedah
secara atas talian sepenuhnya.
Kursus Chocolate Bouquet pula melibatkan penyertaan 15
orang peserta yang telah melaksanakan amali penyediaan
chocolate bouquet di rumah masing-masing menerusi
bimbingan yang diberikan oleh pensyarah secara live
menggunakan aplikasi google meet.

18

Peserta turut didedahkan dengan elemen keusahawanan yang
memfokuskan kepada tatacara pengurusan rekod kewangan,
pengiraan kos bahan dan kaedah penetapan harga produk
jualan serta pengenalan kepada pemasaran digital. Kesemua
elemen ini adalah sangat penting bagi memastikan perniagaan
berjalan lancar.

Hasilnya, semua peserta berjaya menghasilkan produk kraf
yang terbaik menerusi bimbingan kemahiran jahitan yang telah
diberikan. Semoga semua peserta mampu menjadikan hasil
produk kraf ini sebagai sumber pendapatan. Peserta juga turut
dipantau dan dibantu oleh pensyarah agar mereka sentiasa
bermotivasi dalam usaha mengembangkan produk pemasaran
perniagaan mereka bagi menjana pendapatan dan seterusnya
meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka.

3. Manakala bagi kursus Program Latihan Kemahiran
Kepada Pelajar Institusi Tahfiz Dan Sekolah Pondok pula, ianya
merupakan satu inisiatif pendidikan islam dan pembelajaran
sepanjang hayat kepada 15,000 pelajar di institusi tahfiz dan
sekolah pondok di seluruh Malaysia.

Bagi program ini, empat tahfiz telah terpilih iaitu Madrasah
Asyraful Madaris, Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang Jalan
Masjid, Maahad Tahfiz Darul Ulum Al Basyirah Hajah
Maimunah dan Madrasah Tahfiz Ar-Rahman melibatkan 275
peserta menerusi 13 kluster kursus pelbagai bidang seperti ICT,
elektrikal, agro dan pertanian, ketukangan dan keusahawanan.

Kursus dilaksanakan secara atas talian dan bersemuka
menerusi SOP yang ditetapkan. Syabas dan tahniah kami
ucapkan.

19

Kursus yang telah dirangka memfokuskan kepada latihan yang
intensif bagi tujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan
ketrampilan individu. Seterusnya dapat menyumbang ke arah
kemajuan ekonomi institusi tahfiz itu sendiri.

4. Melalui program latihan ini juga, para peserta
mempelajari bidang–bidang tersebut dari segi teori dan amali
serta dapat memberi manfaat kepada peserta.

Lima objektif utamanya adalah:

a. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
dalam kemahiran yang dikhususkan.
b. Meningkatkan potensi dan keyakinan diri dalam bidang
kemahiran dan keusahawanan.
c. Menjana pendapatan dan menggalakkan
pertumbuhan sosio-ekonomi pusat tahfiz.
d. Memberi nilai tambah kepada Institusi Tahfiz dan sekolah
pondok dengan ilmu kemahiran yang boleh diaplikasikan dalam
kehidupan seharian mereka dan keperluan setelah tamat
pengajian.
e. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
dalam menghasilkan pelbagai produk jahitan.

5. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
merakamkan ucapan tahniah kepada semua peserta kursus
kerana telah menamatkan kursus dengan jayanya menerusi
komitmen yang tinggi dan padu yang diberikan.

Penularan wabak Covid-19 bukan sahaja memberi impak
kepada sektor ekonomi malah turut memberi kesan terhadap
sektor pengajian tinggi di negara ini. Pelbagai inisiatif dilakukan
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan pihak pengurusan
Kolej Komuniti Kuantan antaranya menerusi proses pengajaran

20

dan pembelajaran dalam talian bagi memastikan sesi
pengajaran dan pembelajaran dapat diteruskan.

Selain mengekang penularan Covid-19, langkah ini juga dapat
memastikan sesi kursus boleh diteruskan tanpa perlu membuat
sebarang penangguhan. Tidak dapat dinafikan bukan mudah
untuk peserta menyesuaikan diri dengan amalan norma baharu
yang ternyata ada cabarannya. Tahniah kepada semua peserta
yang konsisten dan sentiasa berfikiran positif menghadapi
cabaran berkursus di era pandemik ini.
Hadirin yang dikasihi sekalian,

6. Hasrat kami, semoga matlamat utama penganjuran
program latihan ini; Iaitu bagi membangunkan modal insan yang
kreatif dan inovatif berteraskan keusahawanan, serta menjana
pendapatan dan menggalakkan pertumbuhan sosio-ekonomi
pusat tahfiz itu sendiri tercapai. Gunakanlah peluang ini sebagai
batu loncatan untuk menimba seberapa banyak pengalaman,
pengetahuan yang boleh meningkatkan nilai diri kita dimasa
akan datang.

Malam bercahaya kunang-kunang,
buah sukun buah papaya,
yang rajin akan menang,
yang tekun akan berjaya.

7. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua individu, wakil industri, alumni peserta
program latihan, wakil institusi tahfiz, tenaga pengajar, tuan-
tuan dan puan yang sudi hadir ke majlis ini dan sekalung
tahniah buat semua ahli jawatankuasa pelaksana program yang
bertungkus-lumus dalam merealisasikan kelancaran program
pada hari ini.

21

Saya sudahi dengan ucapan wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan lafaz bismillahirrahmanirahim, saya dengan ini
merasmikan dan menutup;

“PROGRAM KEUSAHAWANAN KOMUNITI (PKK) DAN
PROGRAM KEMAHIRAN TAHFIZ PONDOK (PKTP) TAHUN

2021”
Sekian, terima kasih.

22

TEKS UCAPAN
YH DATO’ HAMDAN BIN HUSSIN; DATUK BANDAR MBK

MERANGKAP: PENGERUSI JAWATANKUASA
PENASIHAT

KOLEJ KOMUNITI KUANTAN
SEMPENA MAJLIS PELANCARAN BUKU TERBITAN

KOLEJ KOMUNITI KUANTAN
PADA 23 NOVEMBER 2021 (SELASA);

JAM 09.40 PAGI
BERTEMPAT DI DEWAN BESAR, KOLEJ KOMUNITI

KUANTAN

Terima kasih pengacara majlis.

Bismillahirrahmanirrahim (Dengan Nama Allah Yang Maha
Pengasih Lagi Maha Penyayang) serta selawat dan Salam Atas
Junjungan Rasulullah S.A.W.

1. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam
sejahtera dan salam perpaduan.

Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Yusof bin Zakaria, Pengarah
Kolej Komuniti Kuantan, selaku hos Majlis Pelancaran Buku
Terbitan Kolej Komuniti Kuantan,

Yang Berusaha, Encik Razman bin Rahman,
Pensyarah, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan
UiTM Dungun; Merangkap Penasihat Program Kulinari, Kolej
Komuniti Kuantan,

Pengarah-pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti Negeri
Pahang,
Panel Undangan Penyemakan Buku Terbitan Kolej Komuniti
Kuantan,

23

Timbalan Pengarah Akademik dan Timbalan Pengarah
Pengurusan Kolej Komuniti Kuantan, barisan ahli jawatankuasa
pelaksana Program Majlis Pelancaran Buku Terbitan Kolej
Komuniti Kuantan, pegawai-pegawai, ketua-ketua program dan
ketua-ketua unit, para pensyarah dan seterusnya para hadirin
yang dihormati dan dirahmati Allah sekalian.

2. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah,
kurnia dan rahmat-Nya, kita dapat bersama-sama berkumpul di
Majlis Pelancaran Program Majlis Pelancaran Buku Terbitan
Kolej Komuniti Kuantan pada pagi yang berbahagia ini. Saya
mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan tahniah
dan terima kasih kepada penganjur; Unit Penyelidikan, Inovasi
dan Komersial Kolej Komuniti Kuantan, serta semua
jawatankuasa yang terlibat bagi menjayakan penerbitan ini.
Difahamkan penulisan buku ini telah bermula awal tahun ini
menerusi penulisan bagi kluster makanan, kajian ilmiah,
penyelidikan, inovasi, rekabentuk dan pelbagai lagi genre
kreatif yang menarik.

Saya memanjatkan nikmat kesyukuran kerana dijemput
sebagai perasmi dalam satu majlis ilmu ini iaitu Pelancaran
Buku “Buah” dan Buku “Inspirasi Ilmu 2.0”, hasil usaha dan
cetusan idea oleh barisan pensyarah Program Kulinari dan
pensyarah dari pelbagai program lain.

3. Sesungguhnya kehadiran tuan puan pada pagi ini juga
membuktikan sokongan tuan puan terhadap objektif pelancaran
buku ini, iaitu membudayakan penulisan ilmiah dan penulisan
kreatif dalam kalangan pensyarah kolej komuniti.

Terlebih dahulu, ingin saya mengucapkan tahniah dan syabas
kepada pihak kolej terutamanya jawatankuasa pelancaran buku
yang telah bertungkus-lumus memberikan komitmen yang
padu, saling bekerjasama dan bermuafakat sehingga majlis

24

pada hari ini dapat dijayakan. Suatu usaha yang wajar dipuji,
dalam melahirkan masyarakat dan komuniti berilmu dan
berminda kelas pertama, bersesuaian dengan hasrat misi Majlis
Bandaraya Kuantan; Memacu Pembangunan Komuniti.

Hadirin dan hadirat sekalian,

4. Saya percaya dengan pelancaran buku ini akan
melahirkan penulis generasi baharu yang akan berjaya dan
mencintai ilmu serta turut memberi manfaat kepada orang lain.
Dalam era ledakan teknologi maklumat yang turut diwarnai
dengan gajet-gajet canggih serta bahan bacaan yang hanya
boleh diakses di hujung jari, minat menulis atau membaca buku-
buku dalam kalangan masyarakat di negara ini seolah-olah
semakin jauh ditinggalkan. Oleh itu, saya melihat usaha yang
dilakukan oleh Kolej Komuniti Kuantan ini; Menulis, menerbit
dan melancarkan buku sebagai satu wahana yang patut
mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi oleh semua
pihak.

5. Insan yang berbudaya membaca merupakan manusia
yang berilmu. Minat membaca berkait rapat dengan budaya
ilmu kerana minat ini mampu melonjakkan pembangunan dan
kemajuan dalam kehidupan masyarakat majmuk Malaysia yang
berorientasikan sains dan teknologi.

6. Pepatah juga ada mengatakan bahawa “Membaca
Jambatan Ilmu”. Maka wajarlah amalan membaca dijadikan
suatu budaya dalam kehidupan masyarakat kita. Budaya ini
pula tidak seharusnya terbatas di sekolah, kolej atau universiti
semata-mata tetapi juga patut dikembang luaskan dalam setiap
inci kehidupan masyarakat. Hal ini penting agar masyarakat
akan dapat menimba, menambahkan ilmu pengetahuan dan
pengalaman agar mereka tidak ketinggalan dalam arus
kemajuan dan pembangunan global. Difahamkan buku

25

“Buah”, akan turut dijadikan rujukan bagi peserta Program
Kursus Pendek anjuran Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat
Kolej Komuniti Kuantan.

7. Sesungguhnya seseorang individu atau sesuatu bangsa
yang mempunyai kekuasaan atau kejayaan dalam sesuatu
bidang tidak akan berdaya tahan sekiranya mereka ketandusan
atau kemunduran dalam buana ilmu yang bermutu dan
mutakhir. Malah, masyarakat yang ketinggalan atau
mengabaikan budaya ilmu akan bergantung harap kepada
orang atau bangsa lain yang berilmu dan cendekiawan
sehingga mereka seolah-olah merempat di bumi sendiri. Kita
sudah tentu tidak mahu melihat fenomena ini menjadi barah
dalam kehidupan masyarakat di negara kita. Budaya membaca
dan ilmu yang terpinggir sudah tentu akan menjadikan kita
sebuah masyarakat yang jumud, yang tidak mampu
mengeluarkan pemikiran yang kreatif dan kesannya sudah
tentu akan membantutkan proses pembangunan sesebuah
negara.

Hadirin dan hadirat sekalian,

8. Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak
pengurusan yang menjadi penggerak kepada penulisan hasil
karya pensyarah-pensyarah ini. Tanpa bimbingan dan tunjuk
ajar daripada Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial Kolej
Komuniti Kuantan ini, saya percaya proses menghasilkan karya
ini tidak dapat disempurnakan. Syabas dan tahniah semua!

9. Kepada pensyarah yang telah menghasilkan karya,
saya ingin mengucapkan penghargaan serta tahniah diatas
bakat penulisan dan usaha jerih anda. Tahniah kepada
pensyarah yang berjaya menghasilkan karya-karya ini.
Buktikan bahawa kebolehan anda dalam bidang penulisan ini
sebagai titik permulaan untuk anda semua menuju puncak

26

kegemilangan pada masa-masa akan datang. Sememangnya
proses penghasilan sesebuah karya memerlukan komitmen,
daya fikir yang kreatif serta ketinggian ilmu. Hanya individu
yang mempunyai bakat dan minat sahaja yang mampu
menghasilkannya. Teruskanlah minat dalam penulisan anda
kerana bidang penulisan menjanjikan kepuasan tersendiri
dan sumber pendapatan kepada seseorang.
10. Akhir kata, sekalung penghargaan kepada pihak Kolej
Komuniti Kuantan, yang telah berjaya membentuk pensyarah
yang mampu menonjolkan bakat tersendiri dalam bidang
penulisan, bersesuaian dengan saranan Menteri Pengajian
Tinggi yang menyifatkan peranan pensyarah juga sebagai agen
pemikir menerusi penghasilan karya penulisan.
Dengan lafaz bismillahirahmaniraahim,
Saya merasmikan Majlis Pelancaran Buku “Buah” dan “Buku
Inspirasi Ilmu 2.0” Kolej Komuniti Kuantan tahun 2021.
Sekian, terima kasih.

27

TEKS UCAPAN
Ts. ABDUL RAZAK BIN SABTU; PENGERUSI MASKOM

SEMPENA MAJLIS PENUTUP
PROGRAM MALAYSIA COMMUNITY COLLEGE CHESS

CHAMPIONSHIP 2020 (M4C) @ KK KUANTAN
PADA 29 FEBRUARI 2020 (SABTU);
JAM 5.00 PETANG

BERTEMPAT DI DEWAN BESAR, KOLEJ KOMUNITI
KUANTAN

Terima kasih pengacara majlis.

Bismillahirrahmanirrahim (Dengan Nama Allah Yang Maha
Pengasih Lagi Maha Penyayang) Serta Selawat dan Salam
Atas Junjungan Rasulullah S.A.W.

1. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam
sejahtera dan salam perpaduan.

Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Yusof bin Zakaria, Pengarah
Kolej Komuniti Kuantan, selaku hos penganjur Program
Malaysia Community College Chess Championship 2020
(M4C),

Yang Berusaha Encik Asri bin Abdullah; Pengarah Program
Program Malaysia Community College Chess Championship
2020 (M4C),

Yang Berusaha Pengarah-pengarah Politeknik dan Kolej
Komuniti;
Abiter jemputan, barisan ahli jawatankuasa pelaksana Program
Malaysia Community College Chess Championship 2020
(M4C), seterusnya peserta-peserta, para pelajar serta para
hadirin yang dihormati sekalian.

28

2. Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah,
kurnia dan rahmat-Nya, kita dapat bersama-sama berkumpul
dalam Majlis Penutup Program Malaysia Community College
Chess Championship 2020 (M4C) pada petang yang
berbahagia ini. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan
terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah
menyertai pertandingan dan menghadiri majlis penutup ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan
jutaan tahniah dan terima kasih kepada penganjur; Kolej
Komuniti Kuantan, MASKOM serta Persatuan Catur Pahang
serta semua jawatankuasa yang terlibat bagi menjayakan
pertandingan ini. Difahamkan pertandingan telah berlangsung
bermula pagi tadi dan baru sahaja berakhir sebentar tadi.

3. Mewakili warga kolej komuniti, saya sangat mengalu-
alukan kehadiran semua peserta daripada seluruh pelosok
negeri Pahang dan negara ke Kolej Komuniti Kuantan pada hari
ini. Semua persediaan rapi telah diadakan bermula sejak
Januari bagi memastikan agar pertandingan yang julung kali
diadakan ini berjalan dengan lancar. Oleh itu, saya berharap
agar anda semua selesa dengan kemudahan yang telah
disediakan.

Saya percaya dan yakin semua peserta telah memberikan
persaingan yang sihat di samping dapat merapatkan hubungan
antara semua peserta yang bertanding pada hari ini yang terdiri
dari pelbagai kategori penyertaan.

Hadirin dan hadirat sekalian,

4. Mutakhir ini, perkembangan pertandingan dan
permainan catur semakin berkembang di negara kita. Didapati
banyak pihak yang menganjurkan pertandingan catur; Bermula
diperingkat sekolah sehinggalah ke peringkat antarabangsa
dipelbagai kategori penganjuran dan peringkat usia. Sambutan

29

yang diterima juga sangat menggalakkan. Selain daripada itu,
umpama “Cendawan Tumbuh Selepas Hujan”; Kewujudan
Kelab Catur diperingkat sekolah, institusi serta komiti catur di
seluruh Malaysia. Menyedari trend yang berlaku kini, kolej
komuniti turut mengambil inisiatif untuk menganjurkan
pertandingan sebegini. Kolej komuniti yang berperanan sebagai
peneraju komuniti berilmu dan berkemahiran ini berasakan
kami wajar memberikan impak dan kuasa sukan catur ini
kepada komuniti setempat. Alhamdulillah, dengan penyertaan
yang sangat menggalakkan pada hari ini, tidak mustahil
langkah ini boleh diteruskan oleh kolej komuniti di zon lain pula.

5. Pertandingan catur sebegini mampu menanamkan sifat-
sifat positif seperti disiplin diri dan keyakinan diri, peningkatan
semangat kesukanan dan berdaya saing di kalangan semua
peserta. Melihat kepada ramainya individu yang menyertai
sukan catur, khususnya daripada kalangan golongan muda,
saya percaya ianya sangat membantu mengasah minda untuk
lebih fokus dan meningkatkan kemahiran berfikir. Selain
daripada itu, sukan catur juga berupaya meningkatkan jati diri
pemain selain menghindarkan mereka daripada terjebak
dengan gejala negatif, selain daripada menghabiskan masa
bermain gajet.

6. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara amnya
amat menggalakkan penglibatan komuniti aktif dalam sebarang
aktiviti sukan sebagai salah satu wadah bagi membentuk dan
meningkatkan sahsiah yang berupaya melonjak diri dan
karisma serta meningkatkan keberhasilan produktiviti dalam
kerja-kerja seharian di samping melahirkan masyarakat yang
mempunyai minda yang cerdas dan tubuh yang sihat.

30

7. Tahniah kepada Kolej Komuniti Kuantan kerana telah
bertindak pro aktif dengan menyediakan platform untuk warga
Malaysia kekal sihat seperti penganjuran program pertandingan
catur seperti ini bagi membina asas ke negara bersukan dan
menjadikan sukan sebagai budaya hidup warga Malaysia di
samping mempromosikan kempen budaya sukan sihat.

8.
Merah mawar warna memikat,
mekar mewangi hati tertambat,

masyarakat cergas produktiviti meningkat,
hidup berkualiti Malaysia sihat.

9. Akhir kalam, sekali lagi saya merakamkan jutaan terima
kasih kepada semua yang menyertai pertandingan dan terima
kasih kerana menyokong pertandingan pada hari ini. Semoga
pertandingan pada kali ini dapat diteruskan pada masa-masa
akan datang serta dapat membentuk rakyat Malaysia yang
sihat, cerdas dan produktif khususnya.

Buah selasih buah kelubi,
di dalam dulang hidangan pagi,

terima kasih daun keladi,
bila diundang datanglah lagi.

Sekian, sehingga bertemu lagi. Wassalam.

31

TEKS UCAPAN
YB ENCIK LEE CHEAN CHUNG
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) SEMAMBU
SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
PROGRAM JOM BELAJAR & BERNIAGA @ KK KUANTAN
PADA 25 SEPTEMBER 2019 (RABU); JAM 12.00

TENGAHARI
BERTEMPAT DI DEWAN BESAR, KOLEJ KOMUNITI

KUANTAN

Salam sejahtera dan salam sayangi Malaysiaku,

Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Yusof bin Zakaria; Pengarah
Kolej Komuniti Kuantan;

Yang Berbahagia Puan Hajah Nur Sabrina binti Md Yusoff;
Penyelaras Amanah DUN Tanjung Lumpur;

Yang Berusaha Timbalan-Timbalan Pengarah Kolej Komuniti
Kuantan;
Para pelajar, tuan-tuan dan puan-puan, peserta-peserta kursus
pendek serta rakan-rakan media yang dikasihi sekalian.

1. Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya dapat
kita berhimpun bersama-sama pada hari ini sempena Majlis
Perasmian Penutup Program Jom Belajar dan Berniaga@Kolej
Komuniti Kuantan atau singkatannya JBB@KK Kuantan.Terima
kasih kepada pihak Kolej Komuniti Kuantan kerana sudi
menjemput saya untuk merasmikan program pada hari ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,

2. Seperti yang telah dimaklumkan oleh Pengarah Kolej
Komuniti Kuantan tadi, program anjuran gabungan tiga (3) unit
iaitu Unit Keusahawanan, Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat

32

(PSH) dan Unit Komunikasi dan Hubungan Korporat (UKK),
Kolej Komuniti Kuantan ini dilaksanakan adalah untuk
memenuhi keperluan pembelajaran bagi modul MPU 1222–
Keusahawanan selain untuk memperkasakan lagi kewujudan
dan peranan kolej komuniti melalui penyertaan kursus-kursus
pendek dan juga program pengajian sepenuh masa.

3. Tahniah dan syabas juga buat 144 orang pelajar Kolej
Komuniti Kuantan yang masih bertungkus-lumus
mengendalikan 30 buah gerai jualan. Saya difahamkan bahawa
program ini juga bakal menobatkan pemenang bagi Anugerah
Gerai Jualan Keseluruhan Terbaik, Gerai Terbaik dan Hasil
Jualan Terbaik.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

4. Saya melihat program sebegini amat signifikan untuk
dilaksanakan secara berterusan bukan disebabkan atas faktor
memenuhi tuntutan silibus pembelajaran semata-mata, namun
program ini sebenarnya memberikan manfaat yang besar
kepada para pelajar khususnya.

5. Pelajar yang masih dalam pengajian tidak hanya
bergantung kepada pengetahuan akademik bidang pengajian
masing-masing, tetapi mereka juga dapat mengasah kemahiran
dalam bidang perniagaan dan dapat dijadikan nilai tambah dan
sebagai persediaan untuk menempuh bidang pekerjaan sebaik
tamat pengajian.

6. Sejajar dengan kepesatan perkembangan Revolusi
Industri 4.0, aktiviti perniagaan ini mampu dikembangkan lagi
dengan bantuan teknologi terkini contohnya dari segi
pemasaran produk secara atas talian yang ternyata
menjimatkan kos dan masa namun mampu mencapai
kumpulan sasaran secara meluas. Pelajar yang berminat dan

33

serius untuk menceburi bidang perniagaan perlu lebih kreatif
dan berani mencuba sesuatu yang baharu dan merebut setiap
peluang yang datang.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

7. Saya juga difahamkan yang Kolej Komuniti Kuantan
juga mewujudkan pusat keusahawanan (E-Tech Centre)
melalui penubuhan Kafe Dandelion di Blok A, Kolej Komuniti
Kuantan sejak tahun 2017. Tujuan kafe ini ditubuhkan adalah
untuk memberi peluang kepada alumni Kolej Komuniti Kuantan
menjalankan perniagaan mereka dan pemilihan dibuat
berdasarkan temuduga. Sehingga kini, seramai tiga (3) orang
alumni Kolej Komuniti Kuantan telah menjalankan perniagaan
di Kafe Dandelion.

8. Syabas atas inisiatif yang dilaksanakan dan diharapkan
setiap usaha yang telah dibuat dapat dikembangkan lagi ke
tahap yang lebih tinggi.

9. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pihak Kolej Komuniti Kuantan atas jemputan ini
dan sekalung tahniah buat semua ahli jawatankuasa pelaksana
program serta para pelajar yang bertungkus-lumus dalam
merealisasikan program ini.

Dengan ini saya merasmikan Program Jom Belajar dan
Berniaga@Kolej Komuniti Kuantan bagi tahun 2019.

Sekian, terima kasih.

34

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
PROGRAM MYCCSKILLS BIDANG SKETCHUP

PADA 14 SEPTEMBER 2017
DI DEWAN KOLEJ KOMUNITI KUANTAN

Terima kasih pengacara majlis;

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam
sejahtera;

Yang Dihormati Encik Rosli bin Zainudin, Pengarah Kolej
Komuniti Kuantan,
MERANGKAP;
Pengerusi Pengelola Pertandingan MyCCSkills 2017 Bidang
Sketchup Peringkat Kebangsaan.

Yang Berusaha Encik Mohd Azmi bin Abd Sukor, Pengarah
Program Pertandingan MyCCSkills 2017 Bidang Sketchup
Program Teknologi Senibina,

Yang Berbahagia Ar Mohd Yusdi bin Yusof, dari Yusdi Yusof
Arkitek Merangkap AJK Lembaga Penasihat Kolej Komuniti
Kuantan (Bidang Senibina),

Encik Maulud bin Tawang, Ketua Program Teknologi Senibina,
Kolej Komuniti Kuantan,

Yang Berusaha; Encik Edzrey Noor bin Ramly DAN Encik
Muhammad Fauwaz bin Zawawi,
Juri Program Pertandingan MyCCSkills 2017 Bidang Sketchup,

Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah
Pengurusan Kolej Komuniti Kuantan,

35

para pensyarah pengiring MERANGKAP pensyarah
pembimbing pelajar, AJK pelaksana pengelola pertandingan,
hadirin dan hadirat, dan SETERUSNYA para peserta Program
Pertandingan MyCCSkills 2017 Bidang Sketchup Program
Teknologi Senibina DARI SELURUH MALAYSIA yang dikasihi
sekalian.

1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana
dengan izin-Nya dapat kita semua berkumpul bersama-
sama pada pagi ini untuk menjayakan Majlis Perasmian
Penutup Program MyCCSkills Bidang Sketchup Tahun
2017 ini.

2. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima
kasih dan penghargaan kepada jawatankuasa pelaksana
program dan pengelola dari Kolej Komuniti Kuantan yang
telah bertungkus-lumus memastikan kelancaran
pertandingan di peringkat kebangsaan selama tiga hari ini
berlangsung dengan jayanya. Sesungguhnya, komitmen
dan kerjasama anda amat kami hargai. Para hadirin
sekalian, Saya difahamkan kita menerima 13 penyertaan
melibatkan 26 orang pelajar dari kolej komuniti seluruh
Malaysia dalam pertandingan bagi bidang teknologi
senibina (Sketchup) yang julung kali diadakan ini. Ini
merupakan sesuatu yang memberangsangkan dan harapan
kita agar lebih banyak penyertaan pelajar di masa akan
datang.

3. Penganjuran pertandingan ini adalah bertujuan untuk
menguji kebijaksanaan dan kreativiti peserta dalam
merekabentuk dan menyelesaikan masalah rekacipta
bangunan menerusi syarat yang disediakan pihak
penganjur sekaligus dapat menjadi pemenang dalam
pertandingan ini. Selain itu, penganjuran pertandingan ini
juga adalah salah satu strategi untuk melahirkan pelajar dan

36

lulusan dari kolej komuniti yang kompeten dan mampu
bersaing di peringkat antarabangsa dan relevan di industri.
Hadirin dan hadirat sekalian, pada masa kini kita dapati
tidak ramai lulusan pelajar yang mempunyai pemikiran yang
kreatif dan inovatif kerana kebanyakan mereka hanya
menumpukan ke arah pendidikan akademik dan pendidikan
teori semata-mata. Oleh yang demikian, negara kita
menghadapi ketandusan perekabentuk yang dapat
membantu untuk membangunkan negara. Lulusan pelajar
Kolej Komuniti yang kreatif sepatutnya adalah yang
sentiasa memiliki daya cipta terhadap sesuatu serta mampu
bersaing dengan perkembangan teknologi rekabentuk kini.
Mereka akan selalu mempunyai idea-idea untuk mencipta
rekabentuk bangunan baharu, unik dan menarik.

4. Untuk pengetahuan pelajar sekalian, kreativiti merupakan
salah satu ciri yang dikehendaki oleh syarikat-syarikat
multinasional untuk mencari pekerja. Ia merupakan nilai
tambah untuk pelajar agar diterima bekerja di industri
terbabit. Ini kerana, syarikat-syarikat multinasional akan
sentiasa mencari dan menjana idea baharu untuk
memenuhi permintaan pelanggan di samping menghasilkan
keuntungan. Hadirin dan hadirat sekalian, Sebenarnya sifat
kreatif ini telah dikurniakan oleh tuhan kepada semua
manusia di dunia ini. Ia bergantung terhadap kemahuan
manusia itu sendiri untuk menggilap bakat yang terpendam
dalam diri masing-masing.

5. Saya difahamkan program pada kali ini bertujuan memberi
penekanan kepada penguasaan perisian Sketchup.
Sketchup membolehkan model 3D dibangunkan dengan
pantas.

37

Antara fitur perisian ini ialah membolehkan pengguna:

• Mencipta model bangunan, perabot dan objek harian lain;
• Merekabentuk model dengan perincian dalaman dan luaran;
• Menambah tekstur atau warna pada model;
• Menghasilkan bayang-bayang mengikut aspek geografi
(lokasi, masa, musim, tarikh);
• Membangunkan model 3D daripada gambar/lukisan 2D;
• Menghasilkan animasi berjenis walk-through. Saya percaya
dan yakin kini penggunaannya semakin meluas dan diteroka
dengan pelbagai inovasi, tidak terhad untuk rekabentuk
bangunan sahaja.

6. Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk menggilap
kreativiti sendiri, salah satu contoh adalah dengan
memerhatikan corak kehidupan masyarakat dan
memikirkan cara untuk menambahbaik produk atau
kemudahan untuk memudahkan cara hidup mengikut
peredaran zaman. Pihak kerajaan juga telah menganjurkan
pelbagai pertandingan dan menyediakan pelbagai insentif
bagi menarik minat pelajar sekaligus mencungkil kreativiti
mereka. Besarlah harapan saya agar kolej komuniti, sebuah
ILKA yang berteraskan pendidikan TVET dapat
menganjurkan lebih banyak pertandingan seperti ini
sekaligus dapat menghasilkan lebih ramai lulusan yang
mempunyai pemikiran kreatif dan dapat membangunkan
negara. Insyaallah.

7. Sebelum saya mengakhiri ucapan pada pagi ini, yakin dan
percaya saya semua peserta telah bertanding secara sihat
dan kepada pasukan pelajar yang mungkin tewas, terimalah
kekalahan dengan hati terbuka. Cuba lagi di masa akan
datang.

38

Dengan ini saya dengan sukacitanya, dengan lafaz
bismillahhirrahmanirrahim merasmikan Majlis Perasmian
Penutup Program MyCCSkills Bidang Sketchup Tahun
2017.
8. Saya akhiri dengan pantun kepada pengelola dan semua
peserta:

Anak helang anak kedidi,
terbang seiring jadi dambaan,

terima kasih sekalung budi,
kami ucapkan tanda penghargaan.
9. Insyaallah sampai kita berjumpa lagi di Program MyCCSkills
Bidang Sketchup Tahun 2018. Selamat pulang ke destinasi
masing-masing dengan selamat dan terima kasih sekali
lagi.
10. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

39

TEKS UCAPAN YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI
YANG BERHORMAT DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH
DI MAJLIS KONVOKESYEN PROGRAM INTERNSHIP

KOLEJ KOMUNITI-MMC GAMUDA
PADA 24 OGOS 2015
DI COCHRANE SITE;

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.
Terima kasih saudara/saudari pengacara majlis;
Yang dihormati saudara/saudari pengacara majlis,

Yang Berbahagia Dato’ Lin Yun Ling,
Pengarah Urusan Gamuda Berhad,

Yang Berbahagia, Dato’ Amir bin Md Noor,
Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti,

Yang Berbahagia, Dato’ Seri Che Khalib Mohamad Noh,
Pengarah Urusan MMC Corp. Berhad,

Yang Berbahagia, Dato’ Haji Nasir bin Mat Dam,
Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan,
Kementerian Pendidikan Tinggi,
Yang Berusaha,
pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan Tinggi,
pengarah-pengarah kolej komuniti,
pegawai-pegawai, para pensyarah dan warga kerja MMC-
Gamuda,
ahli-ahli jawatankuasa pelaksana program,
para ibu bapa dan ahli keluarga graduan yang dihormati,
para graduan yang diraikan, seterusnya hadirin yang dihormati
sekalian.

40

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, salam
sejahtera dan salam 1 Malaysia.

1. Pertama sekali, marilah kita panjatkan segala puji-pujian
kepada Allah subhanawata’ala, selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad salullah hu’alaihi wassalam,
kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, kita dapat
berhimpun di Cochrane Site ini untuk menyempurnakan Majlis
Konvokesyen Program Internship Kolej Komuniti-MMC
Gamuda.

2. Sesungguhnya majlis ini amat bermakna kepada
Kementerian Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Kolej
Komuniti dan MMC-Gamuda kerana penyempurnaan program
kolaborasi yang julung kali diadakan dan kejayaan pelaksanaan
amanah untuk memberikan peluang pendidikan dan latihan
kemahiran dalam bidang kejuruteraan mekanikal, elektrikal dan
pembinaan kepada generasi baharu di dua buah kolej komuniti
yang terlibat ini. Hari graduasi kali ini menyaksikan
penganugerahan sijil kepada 17 orang graduan dari Kolej
Komuniti Kuantan dan Kolej Komuniti Sabak Bernam.

3. Hari ini merupakan hari kemenangan kepada semua graduan
yang berada di sini. Saya difahamkan, saudara semua telah
berjaya melepasi segala ujian dan rintangan sepanjang
menjalani latihan amali dan proses pencarian ilmu industri di
MMC-Gamuda selama 12 bulan dari 24 bulan sesi pengajian di
kolej komuniti secara lengkapnya menerusi program latihan
yang ditawarkan ini. Alhamdulillah, segala usaha dan titik peluh
yang dicurahkan itu telah membuahkan hasil. Syabas dan
tahniah saya ucapkan atas kejayaan anda semua.

41

4. Ironinya, saya ingin menzahirkan rasa bangga yang tidak
terhingga atas kejayaan graduan semua. Semoga hari
bersejarah ini akan kekal terpahat di sanubari sebagai
kenangan paling manis dan indah dalam lembaran sejarah
hidup saudara semua.

Yang Berbahagia Dato’, tuan-tuan, puan-puan dan hadirin
sekalian,

5. Selepas memperolehi sijil ini, saya menggalakkan para
graduan memasuki alam pekerjaan dan merasai suasana
industri sebenar serta perjuangan ini tidaklah terhenti setakat ini
sahaja dan jika berpeluang bolehlah melanjutkan pengajian ke
peringkat yang lebih tinggi. Cabaran pada zaman ini semakin
getir dan kompetitif. Diharapkan graduan dalam bidang
kemahiran dan teknikal juga boleh berjaya dan diterima oleh
pihak industri serta mampu berdaya saing dengan graduan dari
institusi lain.

6. Pihak kementerian turut berbangga kerana kolaborasi Kolej
Komuniti-MMC Gamuda dan Program Internship ini secara
zahirnya telah memberi impak yang besar dan positif kepada
bidang pendidikan dan industri di negara kita. Saya percaya
melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak dapat berkongsi dan
bertukar-tukar pengetahuan dan kemahiran berkaitan bidang-
bidang tertentu yang dipelopori oleh pihak yang mahir industri.
Kerjasama ini juga secara tidak langsung memberi nilai tambah
kepada pelajar institusi kemahiran negara yang terlibat secara
amnya dan kepada kolej komuniti secara khususnya dalam
melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dan memiliki
kemahiran yang spesifik dalam mengembangkan lagi bidang
kejuruteraan dan pembinaan di Malaysia.

42

7. Untuk memenuhi permintaan tenaga mahir yang semakin
meningkat dalam pasaran pekerjaan negara kita, transformasi
pendidikan teknik dan vokasional akan diteruskan.
Perancangan strategik seperti meningkatkan penawaran
tempat menerusi kerjasama dengan sektor swasta akan giat
dilaksanakan agar enrolmen pelajar dalam bidang teknik dan
vokasional dapat ditingkatkan. Sehubungan dengan itu, kolej
komuniti memainkan peranan penting dalam melahirkan tenaga
kerja mahir untuk memenuhi keperluan industri. Jaringan
kerjasama kolej komuniti akan dipergiatkan lebih lagi pada
masa akan datang. Oleh kerana itulah misi kolaborasi kolej
komuniti dan MMC-Gamuda ini dilaksanakan dan direalisasikan
bagi mencapai visi Soaring Upwards KPT.

8. Saya difahamkan, MMC-Gamuda merupakan syarikat
usahasama antara dua kumpulan pembinaan kejuruteraan
terbesar di Malaysia bagi mengendalikan projek bawah tanah
pembinaan dan kerja-kerja mereka bentuk Mass Rapid Transit
di Lembah Klang. Projek ini merupakan elemen di bawah
Program Transformasi Ekonomi Kerajaan (ETP) yang dimiliki
oleh kerajaan Malaysia melalui syarikat MRT Corporation Sdn
Bhd (MRT Corp). MMC-Gamuda memiliki kemahiran
pengurusan projek, kepakaran pembinaan terowong dan ilmu
kejuruteraan yang tinggi serta telah membina beberapa projek
besar Negara seperti SMART Tunnel dan Electrified Double
Track Project (EDTP). Beruntungnya kolej komuniti kerana
jalinan kerjasama kolaborasi ini berjaya direalisasikan bagi
tujuan pengukuhan rangkaian pendidikan dan latihan.

9. Saya juga percaya dengan kepesatan pembangunan negara
dan pelaksanaan pelbagai program dan agenda pembangunan
kerajaan, mampu menyediakan lebih banyak peluang
pekerjaan dalam bidang kemahiran, keusahawanan,
perkhidmatan dan sebagainya untuk generasi muda di negara
ini terutamanya pelajar lulusan kolej komuniti. Kita juga

43

mengharapkan lebih banyak program kolaborasi sebegini
daripada pihak industri.

Yang Berbahagia Dato’, tuan-tuan, puan-puan dan hadirin
sekalian,

10. Saya berharap dengan pelbagai ilmu dan pengalaman yang
diperolehi semasa para graduan berada di MMC-Gamuda serta
pengajian di kolej komuniti, sebahagiannya seperti kemahiran
teknikal dan pembangunan insan dapat dimanfaatkan dalam
kehidupan seharian. Kejayaan yang diperolehi bukan sahaja
digunakan untuk merebut peluang pekerjaan tetapi juga dapat
dimanfaatkan kepada masyarakat di mana saudara dan saudari
berada nanti.

Para hadirin sekalian,

11. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, tahniah dan syabas
sekali lagi diucapkan kepada para graduan. Segala yang
dipelajari serta ilmu yang diperolehi sepanjang berada di kedua-
dua organisasi ini hendaklah diamalkan dengan sebaik-
baiknya. Saya berharap segala ilmu yang dicurahkan meresap
di sanubari anda semua sebagai bekal untuk menempuh alam
pekerjaan atau mungkin ada antara anda akan terpanggil untuk
menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi kelak.

12. Kepada ibu bapa sekalian, syabas saya ucapkan kerana
memberi galakan terhadap anak-anak dalam membuat pilihan
mengikuti kursus-kursus kemahiran di kolej komuniti. Saya
berharap agar para graduan tidak melupakan pengorbanan
ayah, bonda serta keluarga masing-masing dan dapat
membalas jasa mereka seadanya nanti.

44

13. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada
pengurusan MMC-Gamuda dan Jabatan Pendidikan Kolej
Komuniti kerana usaha anda telah menjayakan program
kolaborasi ini dan seterusnya merealisasikan impian para
graduan untuk menerima sijil mereka pada hari ini. Semoga
kerjasama kolaborasi dan sumbangan ini akan berterusan dan
ditambahbaik dari semasa ke semasa dalam kita membina jati
diri anak bangsa yang gemilang dan berketerampilan.
Dengan lafaz bismillahhirrahmannirrahim, saya mengumumkan
Majlis Konvokesyen Program Internship Kolej Komuniti-
MMC Gamuda kini dibuka dengan rasminya.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah. Terima kasih.

45


Click to View FlipBook Version