The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PENULISAN DAN KOMPILASI TEKS UCAPAN MAJLIS RASMI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syaizura Hani Abd Samat, 2022-08-19 00:43:34

BUKU PENULISAN DAN KOMPILASI TEKS UCAPAN MAJLIS RASMI

BUKU PENULISAN DAN KOMPILASI TEKS UCAPAN MAJLIS RASMI

TEKS UCAPAN
YANG HORMAT DATO’ AMIR BIN MD NOOR

KETUA PENGARAH
JABATAN PENGAJIAN KOLEJ KOMUNITI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MAJLIS PERASMIAN
SEMINAR PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN

KOLEJ KOMUNITI ZON TIMUR 2014
Kolej Komuniti Kuantan
27 NOVEMBER 2014

Yang Berusaha, Dr Ishak bin Mohamad,
Pengarah Bahagian Akademik,
Jabatan Pengajian Kolej Komuniti,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Yang Berusaha, Encik Muraly Tharen a/l Rengasamy,
Pengarah, Kolej Komuniti Kuantan,
Kementerian Pendidikan Malaysia,

Merangkap ; Penaung
SEMINAR PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN
KOLEJ KOMUNITI ZON TIMUR 2014.

Yang Berusaha, Puan Hajah Norehan binti Silek,
Pengarah, Kolej Komuniti Paya Besar,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Merangkap ; Penaung Bersama
SEMINAR PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN
KOLEJ KOMUNITI ZON TIMUR 2014,

46

Puan Chen Min Li, Pengarah Program,
SEMINAR PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN
KOLEJ KOMUNITI ZON TIMUR 2014.

Pengarah-pengarah Kolej Komuniti Zon Timur, pegawai-
pegawai kanan, para panel penilai kertas seminar, pembentang
kertas kerja seminar, ahli jawatankuasa pelaksana program,
para pensyarah serta tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi
dan dirahmati Allah sekalian.

Bismillahirrahmanirrahim. wabarakatuh, salam
Assalamualaikum warahmatullahi
sejahtera dan salam 1 Malaysia;

• Terlebih dahulu, saya ingin melafazkan setinggi-tinggi
rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah Taala, kerana dengan
limpah kurnia dan izin-Nya, maka dapatlah kita berkumpul
dalam majlis meraikan Seminar Pembentangan Kertas
Penyelidikan dan Inovasi Peringkat Kolej Komuniti Wilayah
Timur.

• Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan
syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Penyelidikan &
Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Timur yang telah berganding
bahu dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menganjurkan
majlis ini seterusnya memastikan majlis ini berjalan lancar dan
dapat mencapai matlamatnya.

• Umum sedia maklum bahawa kolej komuniti adalah
sebuah IPT awam yang ditubuhkan untuk memenuhi keperluan
sumber manusia dan industri masa hadapan. Ini terutamanya
dalam bidang teknikal dan kemahiran pelbagai (multiple skill).
Justeru itu, untuk melahirkan sumber manusia berkualiti maka
ia memerlukan kepada tenaga profesionalisme yang sentiasa
mempunyai burning desire (keinginan membara) dalam

47

memantapkan kualiti diri. Ini tidak lain merujuk kepada
pensyarah kolej komuniti yang ada di hadapan saya.

PROFESIONALISME PENSYARAH SEBAGAI PENYELIDIK

Hadirin hadirat sekalian,

• Tanggungjawab profesionalisme sebagai pensyarah
untuk memastikan sumber manusia dapat dibangunkan dengan
sempurna dan menjadi aset yang dapat menjana pertumbuhan
mampan. Bagi memenuhi aspirasi ini, para pensyarah mesti
menjadi penyelidik yang mampu mencetuskan ilmu dan teori-
teori baru serta berinovasi dan meningkatkan daya kreativiti ke
arah mewujudkan PdP yang berkesan.

• Kualiti pensyarah terletak pada peningkatan kualiti
profesionalisme pensyarah itu sendiri. Justeru itu, pengetahuan
dan kemahiran dalam penyelidikan merupakan satu aspek
pembangunan profesionalisme dan kualiti pensyarah dapat
ditingkatkan.

• Melalui penyelidikan, pensyarah dapat memperkasakan
diri, daya intelektual serta kepimpinan terutama dalam
menjalankan tugas sebagai pendidik. Dalam erti kata lain,
penyelidikan dapat meningkatkan profesionalime pensyarah
melalui aspek-aspek berikut:

• Percambahan idea dan ilmu baru.
• Pemikiran tinggi (higher order thinking).
• Perkongsian pintar.
• Peningkatan hubungan.

48

• Penguasaan kepada aspek yang dinyatakan tadi akan
melahirkan pendidik yang berinovatif, kreatif, pembudayaan
ilmu, peningkatan komitmen dan prestasi kerja serta
penambahbaikan yang berterusan.

• Ke arah melahirkan tenaga profesional, maka
pensyarah hari ini hendaklah berjinak-jinak dengan
penyelidikan merangkumi semua bidang. Apa yang pasti setiap
penyelidikan yang dilakukan boleh memberi impak positif
kepada diri penyelidik itu sendiri terutama dari aspek
pembangunan profesionalisme sebagai tenaga pengajar di
kolej komuniti.

• Ini kerana dengan pembangunan profesionalisme
pensyarah kolej komuniti bukan sahaja mempunyai
kemantapan dari aspek akademik, malah terampil dalam
mengaplikasikan pelaksanaan PdP yang berorientasikan amali
dan praktikal.

BUDAYA PENYELIDIKAN & KEPENTINGANNYA

Hadirin dan hadirat,

• Penyelidikan bukanlah satu perkara baharu di IPT,
sebenarnya ia telah menjadi perkara pokok dan utama bagi
sesetengah IPT. Begitulah halnya dengan kolej komuniti yang
mana telah menjadikan penyelidikan sebagai salah satu syarat
kenaikan pangkat. Ini kerana setiap kejayaan dalam
penyelidikan yang dilakukan memberi implikasi secara
langsung iaitu meningkatkan nama kolej komuniti di kaca mata
IPT yang ada di Malaysia. Untuk itu juga, pihak pengurusan
kolej komuniti sentiasa mengalu-alukan setiap usaha para
pensyarah untuk bergiat secara agresif dalam bidang
penyelidikan.

49

• Penyelidikan juga dilihat memainkan peranan penting
dalam menentukan hala tuju sesebuah organisasi pendidikan.
Melalui penyelidikan ilmu pengetahuan dapat dikembang dan
disebarluaskan.

Hadirin dan hadirat sekalian,

• Saya juga dimaklumkan bahawa seminar ini juga
melibatkan pembentangan idea inovasi. Maka perkongsian idea
inovasi oleh para pensyarah amatlah bermakna. Selain itu juga
sebagai kumpulan profesional, pensyarah perlu lebih prihatin
terhadap peluang penyelidikan yang boleh dilakukan terutama
yang melibatkan kerjasama penyelidikan dengan pihak industri.
Contohnya, penyelidikan inovasi yang memerlukan kerjasama
dari aspek kepakaran industri boleh dilakukan. Kerjasama ini
diharap berupaya memberi manfaat kepada kedua-dua belah
pihak.

• Saya yakin dan percaya, kolej komuniti berpotensi
sebagai agen perubahan dalam melahirkan modal insan yang
mempunyai pemikiran dan atribut penyelidik serta mampu
melahirkan lebih ramai penyelidik yang bertindak sebagai
pemangkin kepada transfomasi pembangunan negara ke arah
R&D berimpak tinggi.

HARAPAN KERAJAAN / HARAPAN JPKK

Hadirin dan hadirat sekalian,

• Pihak JPKK telah mewujudkan satu pangkalan data
khas untuk merekodkan semua penyelidikan dan inovasi yang
telah dibentangkan atau dihasilkan oleh warga kolej komuniti.
Selaras dengan itu, beberapa siri bengkel telah dilaksanakan
bagi tujuan untuk memberi pendedahan mengenai penggunaan
pangkalan data tersebut yang dinamakan eRnD. Kami masih

50

dalam usaha untuk menyelaraskan kesemua aktiviti
penyelidikan dan inovasi ini di peringkat jabatan agar
pembudayaan aktiviti ini dapat dilestarikan supaya kita mampu
bergerak jauh ke depan, membuat persediaan untuk menyahut
cabaran dunia yang pantas berubah.

• Berdasarkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara,
di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, kerajaan telah
menyasarkan supaya seramai 50 orang penyelidik bagi setiap
10,000 tenaga kerja berbanding dengan 21 orang bagi tempoh
Rancangan Malaysia Ke-8. Bagi mencapai matlamat ini,
peruntukan sebanyak RM1.2 bilion telah disediakan di bawah
RMK-9. Di samping itu, Kerajaan juga mewujudkan skim Geran
Penyelidikan Fundamental (Fundmental Research Grant
Scheme - FRGS) dibawah KPT dengan peruntukan sebanyak
RM 200 juta. Ini membuktikan bahawa pihak kerajaan
memandang serius kepentingan untuk meluaskan bidang
penyelidikan dan inovasi. Selaras dengan itu, bagi menyahut
seruan kerajaan, pihak jabatan akan melaksanakan program-
program pengukuhan seperti Bengkel Kajian Tindakan,
Bengkel Penulisan Ilmiah, Bengkel Penulisan Cadangan Kajian
dan sebagainya bagi menyuburkan dan membuka lebih banyak
ruang dan peluang kepada warga kolej.

Hadirin dan hadirat sekalian,

• Pada tahun 2007, Malaysia telah memperkenalkan
konsep Universiti Penyelidikan dan mengangkat martabat
empat universiti tempatan terbaik iaitu Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti
Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) - menjadi
Universiti Penyelidikan. Dengan penubuhan Unit R&I di Jabatan
Pengajian Kolej Komuniti, besar harapan saya agar kita mampu
merancakkan bidang penyelidikan dan inovasi negara mengikut
acuan kita sendiri dengan tidak mengabaikan standard atau

51

piawaian yang dipraktikkan di institusi penyelidikan yang lain.
Oleh itu, saya amat berharap agar usaha seumpama ini
diteruskan serta pihak pengurusan kolej dapat memberi
sokongan padu yang berterusan bagi memastikan kelestarian
peranan unit ini di institusi masing-masing.

• Menyedari tentang betapa pentingnya isu etika dalam
penyelidikan maka pihak JPKK sendiri perlu menganjurkan
seminar yang memberi fokus kepada isu-isu etika dalam
penyelidikan. Ini bertujuan untuk menyebarkan maklumat
kepada penyelidik tentang kepentingan etika dalam
penyelidikan. Di samping menjadi platform untuk menerangkan
dengan lebih terperinci tentang polisi penyelidikan.

• Bagi pihak JPKK sendiri saya berharap dapat
dibangunkan struktur penyelidikan yang lebih baik dan
komprehensif seiring dengan kehendak semasa. Dengan
adanya struktur yang jelas, maka penyelidik kolej komuniti akan
terlibat dengan pelbagai program penyelidikan yang
dibangunkan merentasi pelbagai disiplin ilmu di bawah
penyelidikan. Di samping itu, inisiatif penstrukturan ini
dibangunkan juga adalah untuk mengukuhkan aktiviti
penyelidikan yang akan meningkatkan produktiviti dan kualiti
penyelidikan. Selain boleh menjadi panduan kepada pensyarah
dalam menjalankan aktiviti penyelidikan dengan lebih baik.

52

PENUTUP DAN LAFAZ PERASMIAN

• Saya berharap agar peserta menggunakan kesempatan
seperti penganjuran seminar ini untuk menimba ilmu
pengetahuan. Semoga seminar ini menjadi satu medan
perjuangan untuk membudayakan penyelidikan. Kewibawaan
semua dalam bidang penyelidikan adalah satu tanggungjawab
sebagai ahli akademik ke arah pembangunan dan kemakmuran
negara. Maka wajarlah semua warga kolej komuniti yang ada
pada hari ini membulatkan tekad usaha memacu
kecemerlangan, mengangkat wibawa kolej komuniti sebagai
sebuah IPT yang unggul dalam bidang penyelidikan dan
inovasi.

• Mengakhiri pertemuan pada hari ini, saya ingin
merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada
seluruh warga Kolej Komuniti Zon Timur khasnya yang
bertanggungjawab dan terlibat dalam pengelolaan seminar
pada kali ini.

• Dengan lafaz BISMILLAHIRAHMANIRAHIM, saya

dengan sukacitanya merasmikan Seminar Pembentangan

Kertas Penyelidikan Kolej Komuniti Zon Timur 2014 dengan

rasminya. Sekian, wabillahitaufiq walhidayah

wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

53

TEKS UCAPAN PERASMIAN
YANG BERBAHAGIA DATO’ HOU KOK CHUNG
TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

SEMPENA
MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN PING PONG IPT KALI

KE-3 2012
PIALA TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI

MALAYSIA
13 APRIL 2012 (JUMAAT), JAM 9.30 PAGI

KOMPLEKS SUKAN UIA, KUANTAN

Terima kasih saudara/i pengacara majlis,

Yang Berbahagia Datuk Ab Rahim bin Md Noor,
Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,

Yang Berusaha Dr Saharudin bin Haji Ismail,
Setiausaha Bahagian Sukan Kementerian Pengajian Tinggi,
Yang Berusaha Encik Amir bin Md Noor,
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti,

Yang Berusaha Encik Mahmood bin Mohamad,
Pengarah Kolej Komuniti Kuantan selaku Tuan Rumah
Kejohanan Ping Pong IPT Kali Ke-3 2012,
pengarah-pengarah Institusi Pengajian Tinggi Awam dan
Swasta, pegawai-pegawai dan Ketua-ketua Jabatan,

ketua-ketua pasukan, para pemain, jurulatih dan ahli
jawatankuasa pelaksana kejohanan, para wartawan, tuan-tuan,
puan-puan serta hadirin dan hadirat sekalian.

54

Salam muhibah dan salam 1 Malaysia.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat
datang kepada 770 orang pelajar dan 70 pasukan yang
bertanding dari seluruh negara, pegawai-pegawai dan para
hadirin ke Kejohanan Ping Pong IPT Kali ke-3 2012, Piala
Timbalan Perdana Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

PENGENALAN

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan
syabas kepada Majlis Sukan Kolej Komuniti dan Kolej Komuniti
Wilayah Pahang serta jawatankuasa pengelola di atas
komitmen dalam penganjuran kejohanan ini. Ini selari dengan
matlamat KPT menjadikan IPT sebagai pemangkin kepada
pembangunan sukan negara. Kepada semua pemain (pelajar)
serta pegawai yang terlibat; Anda adalah terpilih dan diberikan
harapan untuk mempamer aksi dan bakat terbaik, bukan sahaja
dari aspek teknikal dan kemahiran permainan, tetapi semangat
kesukanan yang tinggi. Ini dilihat mampu merealisasikan
matlamat Kementerian Pengajian Tinggi agar dapat mencapai
Dasar Pembangunan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi untuk
melahirkan 30% atlet negara yang terdiri daripada pelajar IPT
atau the thinking athletes. Melalui penganjuran acara sebegini
juga, mampu mewujudkan budaya bersukan di IPT ke arah
memperkasakan modal insan seimbang dan berkualiti dalam
pencapaian akademik dan penglibatan bidang sukan. Saya
difahamkan sebanyak tiga kategori bagi acara berpasukan
(Perseorangan) dan acara individu akan dipertandingkan. Ianya
melibatkan 420 orang peserta lelaki dan 350 orang peserta
wanita.

55

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Saya secara peribadi sangat berbangga dengan penglibatan
yang ditunjukkan oleh semua pelajar dan pegawai kerana ping
pong sebenarnya merupakan satu sukan yang sangat popular
di kalangan kaum Cina. Tetapi pada hari ini, saya dapati
permainan ini sudah mula diminati oleh kaum lain. Inilah
semangat muhibah yang kita semua inginkan bagi mencapai
aspirasi semangat 1 Malaysia. Saya percaya dan yakin bahawa
ramai peserta kita pada hari ini terdiri daripada berbilang kaum,
yang mana ianya mampu merapatkan hubungan antara kaum
dan meningkatkan semangat perpaduan serta membantu
negara mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional.

Menyingkap serba sedikit sejarah ping pong, pada mulanya
permainan ping pong merupakan satu kegiatan masa lapang
yang digemari oleh penuntut-penuntut universiti di Britain.
Corak atau bentuk pertama permainan ini telah didaftarkan
pada tahun 1891 oleh Charles Barter dari Gloucestershire dan
lebih kurang pada masa yang sama James Gibb – salah
seorang pelopor Persatuan Olahraga Amatur Britain –
membawa balik bola mainan seluloid dari Amerika yang
diperkenalkan sebagai alternatif kepada bola getah atau gabus
yang digunakan pada masa itu. Tindakan itu membawa
kejayaan kepada pengilang seperti Gossima, Whiff Wall, Flim
Flam dan Table Tennis.

Apabila raket yang disaluti velum diperkenalkan, istilah ping
pong dicipta, ia diambil daripada bunyi ‘ping’ yang dihasilkan
apabila bertembung bet dengan bola dan ‘pong’ yang terhasil
apabila ia melantun di atas meja.

Dalam tahun 1960-an, negara China muncul sebagai sebuah
negara ping pong yang handal. Mereka menguasai dunia
menerusi penggunaan corak permainan laju dan dekat kepada

56

meja. Pada tahun 1970-an, pemain-pemain Eropah
menunjukkan kebolehan mereka bertarung dengan pemain-
pemain dari Asia.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Pada hari ini, sukan ini semakin berkembang pantas, dari masa
ke semasa, dengan kecanggihan dunia tanpa sempadan, ianya
menjadi sebahagian daripada gaya hidup masa kini dan banyak
kejohanan bertaraf dunia dan berprestij dianjurkan saban
tahun. Jaguh-jaguh dunia seperti Guo Yan, Liu Shiwen dan
tidak terkecuali pemain dari Malaysia, Beh Lee Wei yang
menduduki ranking ke-119 dunia, mendominasi visual sukan
dengan corak permainan yang hebat dan bergaya dengan
pukulan-pukulan mantap. Manakala skuad-skuad dari China,
Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, Singapura, Jerman, Taiwan,
Hungary, Poland, Kanada, Mexico, Congo, New Zealand dan
tidak terkecuali negara kita Malaysia, melahirkan nama-nama
dan pemain hebat bertaraf dunia. Jadi, tidak mustahil
penganjuran kejohanan ini mampu mencungkil bakat-bakat
baru dari kalangan pelajar.
Kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
sentiasa menyokong dan mendukung aktiviti dan kegiatan
sukan dikalangan pelajar IPTA dan IPTS. Melalui Dasar
Pembangunan Sukan Institusi Pengajian Tinggi, kita
menyokong sepenuhnya pembangunan sukan yang
dibangunkan secara menyeluruh dan holistik di kalangan
pelajar bagi melahirkan pelajar yang mempunyai ciri yang
unggul dan sentiasa berdaya saing. Melalui penganjuran
pelbagai disiplin sukan yang memenuhi takwim dan kalendar
IPT saban tahun, diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya
peluang ini oleh para pelajar. Melalui usaha melahirkan bakat
baru yang berpotensi dan berbakat, serta menggalakkan
peningkatan tahap kesihatan, dan kecergasan di kalangan
pelajar, diharap usaha kami ini tidak terhenti di sini sahaja.

57

Kecergasan tubuh badan akan menjadikan fikiran anda cergas.
Seharusnya para pelajar meluangkan masa untuk bersukan
dan beriadah. Ini dapat mengurangkan tekanan dan seterusnya
dapat meningkatkan prestasi akademik yang lebih cemerlang.
Kesihatan fizikal harus diseimbangkan dengan kecerdasan
mental. Pembangunan sukan dalam kalangan pelajar perlu
diwujudkan bagi mengimbangi tuntutan keperluan
pembentukan modal insan yang seimbang. Selain itu, ianya
turut merealisasikan objektif penganjuran iaitu bagi memupuk
semangat perpaduan, kekeluargaan, nilai-nilai positif dan
sahsiah sepadu dikalangan pelajar institusi yang terlibat. Saya
berbangga kerana melalui penganjuran kejohanan sebegini
boleh dianggap sebagai usaha dan mencapai hasrat
membentuk masyarakat yang aktif, mampu menyumbang
kearah kecemerlangan sukan negara di masa depan melalui
lahirnya jaguh-jaguh pelapis yang akan mewakili negara, yang
sama pantas dan sama tangkas dengan jaguh sukan
antarabangsa yang lain.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih diatas dedikasi dan usaha
yang ditunjukkan oleh tuan rumah dan semua ahli
jawatankuasa pelaksana bagi merealisasikan kejohanan ini.
Kepada semua peserta, jangan cepat berputus asa, sentiasa
bangkit untuk terus berjuang sehingga kita memperoleh
kejayaan yang cemerlang. Bak kata peribahasa melayu,
‘dayung sudah di tangan, perahu sudah di air’. Selamat maju
jaya!

Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan Kejohanan
Ping Pong IPT Kali ke-3 2012, Piala Timbalan Perdana Menteri
Pengajian Tinggi Malaysia. Akhir kata, salam hormat. Terima
kasih.

58

TEKS UCAPAN
YH DATO’ HAJAH MARIAM BINTI ISMAIL, DIMP., SMP.,

AAP., PKC., PKT.
PEGAWAI DAERAH KUANTAN
SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM DIALOG

BERSAMA INDUSTRI 2010
KOLEJ KOMUNITI KUANTAN, KEMENTERIAN PENGAJIAN

TINGGI MALAYSIA
PADA 7 OKTOBER 2010

Bismillahirrahmanirrahim.
Yang saya hormati Pengacara Majlis,
Yang Berusaha Puan Norlida binti Abd Razak,
Pengarah Kolej Komuniti Kuantan,
Yang Berusaha Puan Norehan binti Silek,
Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran Kolej Komuniti
Kuantan,
wakil-wakil industri yang terlibat,
pegawai-pegawai kanan, Ketua-ketua Program dan Ketua Unit
Kolej Komuniti Kuantan,
para pensyarah, ahli jawatankuasa pelaksana program,
pihak media, para pelajar,
tuan-tuan dan puan-puan,
hadirin yang dihormati dan dirahmati Allah sekalian.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera saya ucapkan.

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama menyatakan rasa
syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpahan
kasih sayang-Nya, maka kita dapat berkumpul bagi
menjayakan Majlis Perasmian Program Dialog Bersama
Industri 2010 anjuran Kolej Komuniti Kuantan, Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia. Saya mengucapkan terima kasih
kepada pihak industri serta tuan-tuan dan puan-puan kerana

59

sudi meluangkan masa untuk sama-sama hadir bagi
memeriahkan majlis ini.

Saya turut merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh ahli
jawatankuasa pelaksana dari Kolej Komuniti Kuantan yang
terlibat di dalam menjayakan program ini. Saya difahamkan ini
merupakan program yang julung-julung kali diadakan sebagai
misi bagi mengeratkan hubungan kolaborasi Kolej Komuniti
Kuantan dan industri setempat. Ini penting dan sejajar dengan
hasrat serta misi memperkasakan kolej komuniti dan industri
sebagai “Pusat Pengajian Setempat”. Ianya menjelaskan
bahawa kolej komuniti seharusnya dapat dimanfaatkan
sepenuhnya akan kehadirannya kepada masyarakat setempat
melalui saranan Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi agar
kolej komuniti mengamalkan semangat “keserakanan”
(collegiality) melalui kerjasama dengan semua pihak termasuk
IPTA, IPTS serta industri bagi menggunakan kemudahan yang
sedia ada bagi membantu masyarakat sebagai perantaraan
menjalankan aktiviti serta program latihan kemahiran dan
pendidikan. Ianya turut mendukung hasrat memperkasakan
sistem pengajian teknik dan vokasional bagi menghasilkan
komuniti yang menyumbang kepada pengeluaran tenaga kerja
yang berkemahiran tinggi dan produktif, terlatih bagi
mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing serta
mempunyai daya saing dalam memacu pertumbuhan ekonomi
negara.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Peranan institusi pengajian kemahiran bukan sahaja terhad
kepada pemberian ilmu pengetahuan semata-mata, malah turut
diperluaskan dengan mengambil kira pentingnya peranan
industri berkolaborasi melalui penjanaan idea yang mampu
memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Justeru, misi
Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian

60

Tinggi Malaysia berhasrat meluaskan akses pendidikan melalui
program pembelajaran sepanjang hayat kepada semua
peringkat masyarakat dengan tumpuan kepada latihan
kemahiran dan pembangunan potensi. Melalui Program
Pengukuhan Kolej Komuniti, diharapkan menjadi pemangkin
dalam membangunkan kualiti modal insan negara,
memperkukuhkan lagi sistem pendidikan sedia ada dan
seterusnya mampu menyumbangkan kecerdasan minda, modal
intelektual dan kemahiran. Seharusnya kerjasama ini tidak
hanya menempatkan pelajar untuk menjalani latihan industri
semata-mata, malah diilhamkan dengan kerjasama lain,
contohnya seperti menganjurkan majlis dialog seperti yang
diadakan pada hari ini dan lain-lain lagi. Saya kira, bagi institusi
yang terlibat, usaha berterusan akan sentiasa diambil untuk
melatih dan menggilap graduan dan lulusan mereka supaya
menepati keperluan pasaran dan kehendak industri. Oleh yang
demikian, kualiti tenaga kerja akan dipertingkatkan dengan
pemberian pendidikan dan latihan yang bersesuaian. Maka, ini
bertepatan dengan objektif program dialog pada hari ini iaitu
mengenalpasti keperluan industri dari segi meningkatkan
tenaga pekerja mahir melalui program dan kursus yang
dianjurkan oleh pihak kolej, meningkatkan kemahiran kedua-
dua belah pihak melalui jaringan kolaborasi, mempromosikan
modul dan kursus pendek kelolaan Jabatan Pembelajaran
Sepanjang Hayat serta penambahbaikan kepada program
kebolehpasaran graduan di industri.

Saya melihat kerjasama di antara pihak institusi dan industri
sangat berkesan dalam memantapkan jaringan hubungan bagi
mengukuhkan peranan kolej komuniti sebagai “Hub
Pembelajaran Sepanjang Hayat”. Budaya kerjasama ini diharap
dapat meningkatkan produktiviti yang secara langsung dapat
membantu meningkatkan ekonomi negara serta membentuk
masyarakat berpengetahuan (k-masyarakat). Ini seiring dengan
hasrat Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara bagi

61

membangunkan modal insan terlatih seperti yang dikehendaki
oleh industri dan majikan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Melalui kolaborasi ini juga, pendedahan dan kefahaman
mengenai peranan dan tanggungjawab kedua-dua pihak dapat
difahami. Ia juga dapat meningkatkan lagi tahap kecekapan,
ketrampilan dan meluaskan jaringan atau networking. Saya
juga berharap, pada masa akan datang, program ini akan
diperluaskan dengan kerjasama pihak industri yang lain atau
agensi antarabangsa.

Kerajaan akan terus mengambil usaha memantapkan institusi
latihan kerajaan dengan memberi rangsangan dan sumber bagi
membentuk graduan yang berkualiti, berprestasi tinggi dan
berpengetahuan. Bagi mencapai hasrat ini, kolej komuniti kini
telah mengalami transformasi melalui program pengukuhannya
sebagai sebuah institusi berorientasikan “Peneraju Komuniti
Berilmu Dan Berkemahiran”. Dengan ini, aspirasi Malaysia
yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama
memajukan negara dapat direalisasikan. Mudah-mudahan kita
akan mencapai satu kejayaan yang bukan hanya memberi
kekuatan pada kita, tapi juga menjadi kebanggaan pada negara
kita dan dunia amnya. Inilah yang kita kehendaki, institusi,
masyarakat dan industri mempunyai segala kemampuan dan
kebolehan yang dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang
secukupnya dengan kemampuan yang ada pada kita. Saya
berharap akan ada lagi program-program sebegini pada masa-
masa akan datang. Insyaallah.

62

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, terimalah serangkap
pantun dari saya;

Marilah teman marilah adik,
berbudi mulia bersulam santun,
industri meneraju KKK mendidik,
mesra berganding memacu tamadun.
Saya mengucapkan tahniah kepada semua industri yang
terlibat pada hari ini. Syabas dan teruskan usaha kolaborasi
kalian.
Dengan lafaz bismillahirrahmanirahim, saya dengan ini
merasmikan Program Dialog Bersama Industri 2010, Kolej
Komuniti Kuantan, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
Salam hormat.

63

TEKS UCAPAN
YH. DATO’ HAJI ABDUL MANAN BIN ISMAIL

AHLI PARLIMEN PAYA BESAR
SEMPENA MAJLIS PERASMIAN EKSPEDISI JELAJAH 1

MALAYSIA
KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

MALAYSIA
PADA 7 OGOS 2010

Bismillahirrahmanirrahim.

Yang saya hormati Pengacara Majlis,
Yang Berhormat Encik Mohd Zaili bin Hj Besar, ADUN
Panching,
Yang Dihormati Puan Hajah Norlida binti Abd Razak, Pengarah
Kolej Komuniti Kuantan,
Yang Berusaha Encik Sha’amry bin Mohd Yusof, Pengarah
Kolej Komuniti Paya Besar,
Yang Berusaha Penghulu Mukim Kuala Kuantan 2, Encik Mat
Sah bin Dawi,
Yang Dihormati Wakil Tok Empat Kg. Pandan 2, Encik Hassan
Basri bin Muda,
pensyarah-pensyarah dan AJK Program dari Kolej Komuniti
Kuantan dan Kolej Komuniti Paya Besar,
peserta-peserta Program Ekspedisi Jelajah 1 Malaysia, Kolej
Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,
para penduduk Kg. Pandan 2,
tuan-tuan dan puan-puan,
hadirin yang dihormati dan dirahmati Allah sekalian.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera saya ucapkan.

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama menyatakan rasa
syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpahan
kasih sayang-Nya maka kita dapat berkumpul bagi menjayakan

64

Majlis Perasmian Ekspedisi Jelajah 1 Malaysia Bagi Laluan
Timur Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan-tuan
dan puan-puan kerana sudi meluangkan masa untuk sama-
sama hadir bagi memeriahkan majlis ini.

Saya juga turut merakamkan ucapan tahniah kepada Kolej
Komuniti Kuantan, Kolej Komuniti Paya Besar dan Kolej-Kolej
Komuniti Zon Timur yang terlibat dalam menjayakan program
ini. Ekspedisi Jelajah 1 Malaysia ini merupakan satu program
yang bukan sahaja mampu meningkatkan semangat
kesukanan di kalangan peserta, malah turut menyatu padukan
peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum, adat dan budaya
selari dengan konsep 1 Malaysia yang diwar-warkan oleh
Perdana Menteri kita, YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul
Razak.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri
Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia,
adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa
rakyat kini. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

1 Malaysia membawa aspirasi kepada semua untuk
meningkatkan hubungan antara sesama kaum bagi
memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang
lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam
semangat perpaduan adalah perasaan hormat- menghormati,
keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. Agenda
1 Malaysia juga mampu mewujudkan sebuah kerajaan yang
mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat

65

sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu “Rakyat
didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan
tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam
mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang
berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan
tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi
kepentingan dan kemajuan negara.

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan
kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan
kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua
rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman
politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah
bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara
bersama. Malaysia adalah negara kita, tidak ada masyarakat
atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati
pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.
Tuan-tuan dan puan-puan,

Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat
Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada
satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep 1 Malaysia,
semuanya adalah bangsa Malaysia dan rakyat Malaysia yang
mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama
memajukan negara.

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum
seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era
globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan
pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi
juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai
negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung

66

kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan
kesetiaan.
Mudah-mudahan kita akan mencapai satu kejayaan yang
bukan hanya memberi kekuatan pada kita tapi juga menjadi
kebanggaan pada negara kita dan dunia amnya. Inilah yang kita
kehendaki, masyarakat mempunyai segala kemampuan dan
kebolehan yang dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang
secukupnya dengan kemampuan yang ada pada kita.
Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, terimalah serangkap
pantun dari saya;

Sampan kotak hilir mudik,
dayung patah galah sebatang,
ikhtiar tidak datang menggolek,

akal tidak datang melayang.
Dengan lafaz bismillahirrahmanirahim, saya dengan ini
merasmikan Program Ekspedisi Jelajah 1 Malaysia Laluan
Timur, Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh.

67

TEKS UCAPAN
PUAN HAJAH NORLIDA BINTI ABD RAZAK,
PENGARAH KOLEJ KOMUNITI KUANTAN,
SEMPENA MAJLIS KEMUNCAK SAMBUTAN BULAN

KEMERDEKAAN
PERINGKAT KOLEJ KOMUNITI KUANTAN 2009

PADA 4 SEPTEMBER 2009

Terima kasih pengerusi majlis.
Bismillahirrahmanirahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam 1
Malaysia.

Yang Hormat Dato’ Hajah Mariam binti Ismail,
Pegawai Daerah Kuantan,

Yang Berusaha Encik Mohamad bin Ngah,
Penghulu Mukim Beserah,

Yang Berusaha Encik Muraly Tharen a/l Rengasamy,
Ketua Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti
Kuantan,

Yang Berusaha Puan Norehan binti Silek, Ketua Jabatan
Kejuruteraan dan Kemahiran Kolej Komuniti Kuantan,
pegawai-pegawai kanan, ketua-ketua program, para
pensyarah, kakitangan pentadbiran, tuan-tuan dan puan-puan
serta pelajar yang dihormati dan dirahmati Allah sekalian.

68

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Alhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana
dengan izin-Nya kita dapat bersama-sama di dalam dewan ini,
pada bulan ramadan yang mulia ini, untuk kita bersama-sama
memeriahkan Majlis Kemuncak Sambutan Bulan
Kemerdekaan Peringkat Kolej Komuniti Kuantan tahun 2009.

Dengan persiapan dan perancangan yang rapi, majlis

sambutan ini diharapkan dapat berlangsung dengan lancar,

menepati sasaran dan objektifnya iaitu menyemarakkan lagi

sambutan bulan kemerdekaan Malaysia yang ke-52, dengan
tema “1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan”.

Bermula pada minggu lepas, jawatankuasa majlis ini telah
berjaya menganjurkan pelbagai pertandingan yang bertemakan
kemerdekaan dan mendapat sambutan yang menggalakkan
dari semua warga Kolej Komuniti Kuantan. Inilah semangat
yang dimahukan dan tahniah diucapkan.

Pertandingan yang dijalankan itu ialah Pertandingan Ekspresi
Merdeka, Pertandingan Mendeklamasikan Sajak dan Bacaan
Puisi, Pertandingan Melukis Poster Digital dan Manual dan
Rekaan Banner. Kesemua pertandingan ini menuntut semangat
kemerdekaan yang tinggi dalam jiwa dan raga setiap individu
yang menyertainya.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Adalah menjadi perkara penting di dalam diri setiap
warganegara Malaysia untuk cintakan tanahair ini melalui
saluran yang positif. Tidak ada noktah atau waktu untuk
berhenti membiarkan diri ini dijajah dan berusahalah menuntut
kemerdekaan diri.

69

Tahniah kepada semua ahli jawatankuasa pengelola Kolej
Komuniti Kuantan kerana telah berjaya menggembleng tenaga,
bertungkus-lumus dan membuat persiapan yang rapi untuk
merealisasikan program sambutan ini berjalan dengan lancar
dan jayanya.
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan juga kepada
tetamu khas kita yang juga merupakan Ahli Lembaga Penasihat
Kolej Komuniti Kuantan atas kesudian untuk berkongsi
pengalaman kemerdekaan terdahulu dan menitipkan pesanan-
pesanan berguna kepada kami.

Kerjasama inilah juga yang kami sentiasa harapkan dan
semoga ianya berterusan di masa-masa akan datang. Sebuah
pantun untuk mereka:

Burung Serindit terbang melayang,
mari hinggap di ranting mati,

bukan ringgit dipandang orang,
budi bahasa rangkaian hati.

Sekian wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullah hiwabarakatuh.

70

TEKS UCAPAN
PENOLONG PEGAWAI DAERAH KUANTAN
SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN LATIHAN KEMAHIRAN

DAN KEUSAHAWANAN
PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR, KOLEJ-

KOLEJ KOMUNITI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

PADA 14 NOVEMBER 2008

Bismillahirrahmanirahim.

Yang saya hormati pengacara majlis,
Yang Berusaha Tuan Haji Wan Azam bin Wan Hamid,
Pengarah Kolej Komuniti Kuantan,
Pengurus Pusat Bimbingan Usahawan Negeri Perbadanan
Kemajuan Negeri Pahang,
para pensyarah dan tenaga pengajar dari Kolej Komuniti
Kuantan,
pegawai dan kakitangan Pusat Bimbingan Usahawan Negeri,
peserta-peserta Program Latihan Kemahiran dan
Keusahawanan Program Basmi Kemiskinan Bandar, Kolej-
Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,
tuan-tuan dan puan-puan, hadirin yang saya hormati sekalian.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera saya ucapkan.

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama menyatakan rasa
syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpahan
kasih sayang-Nya kita dapat berkumpul bagi menjayakan Majlis
Penutupan Latihan Kemahiran dan Keusahawanan Program
Pembasmian Kemiskinan Bandar, Kolej-Kolej Komuniti,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

71

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan-tuan
dan puan-puan kerana sudi meluangkan masa untuk sama-
sama hadir bagi memeriahkan majlis penutupan ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Saya bagi pihak Kementerian Kewangan ingin mengucapkan
tahniah kepada pihak Kolej Komuniti Kuantan, Pusat
Bimbingan Usahawan Negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri
Pahang serta pihak MEDEC-UiTM kerana telah berjaya
mengendalikan dan menganjurkan bersama Latihan
Kemahiran dan Keusahawanan Program Pembasmian
Kemiskinan Bandar, Kolej-Kolej Komuniti, Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia ini dengan jayanya. Sekalung
tahniah juga saya ucapkan kepada 34 orang peserta yang telah
berjaya menamatkan latihan kemahiran mereka bagi bidang
masakan dan penyajian bagi peringkat pertama dan modul
keusahawanan bagi peringkat kedua latihan mereka.

Sebagaimana yang kita semua maklum, dalam meningkatkan
kemajuan ekonomi negara yang kompetitif disaat kita
menghadapi krisis kewangan ekonomi global dunia, pihak
kerajaan begitu aktif dalam menyediakan dana serta
penggalakan kepada peningkatan ilmu dan kemahiran untuk
dimanfaatkan oleh semua rakyat Malaysia dengan harapan
agar peluang-peluang yang diberikan tersebut dapat
dimanfaatkan oleh masyarakat sejagat. Di samping itu juga,
pihak kerajaan amat mengambil berat terhadap potensi hasil
kejayaan sesuatu perancangan program tersebut untuk
diaplikasi dan dikomersilkan dalam membantu kemajuan
ekonomi negara.

72

Saya difahamkan setiap kolej komuniti yang dilantik mempunyai
kuota pelatihnya tersendiri mengikut bidang latihan kemahiran
yang ditawarkan. Bidang latihan kemahiran yang ditawarkan
menerusi kepelbagaian dan variasi ini direka mengikut
kehendak dan keperluan ekonomi masyarakat setempat.
Peringkat pertama ialah latihan kemahiran bidang
pengkhususan, manakala peringkat kedua meliputi modul
keusahawanan.

Kita perlu meningkatkan ilmu yang berkaitan dengan sebarang
kemahiran yang bersesuaian dan diminati dengan diri kita,
selain mempelajari pengurusan dan pentadbirannya. Ilmu
tersebut perlu dipertingkatkan, difahami dan dijiwai oleh kita
semua supaya dengan itu kita boleh menjadi orang yang lebih
baik serta mampu menyumbang kepada peningkatan ekonomi
diri sendiri, keluarga dan negara. Secara tidak langsung,
membantu negara kita maju dan berdaya saing ekonomi
komunitinya dan turut menjayakan kempen ‘satu daerah satu
industri’ seperti yang baru dilancarkan baru-baru ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Seperti yang kita sedia maklum, Program Basmi Kemiskinan
Bandar, Kolej-Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia ini merupakan satu projek yang mendapat kerjasama
dan sokongan daripada pelbagai pihak iaitu Pusat Bimbingan
Usahawan Negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang dan
MEDEC-UiTM. Selain itu, penglibatan dari pihak industri iaitu
pihak MARA, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Majlis
Perbandaran Kuantan, TEKUN, SME Bank dan organisasi atau
individu terlibat dalam menjayakan projek kerjasama ini turut
merupakan satu kelebihan di mana hari ini kerajaan sangat
menggalakkan penglibatan industri untuk bersama-sama
menjayakan sebarang program membasmi kemiskinan dalam
usaha meningkatkan lagi ekonomi negara. Adalah diharapkan

73

usahasama yang bersepadu seperti ini dapat diteruskan lagi
dan ditambahbaik pada masa akan akan datang.

Mudah-mudahan semua kita akan mencapai suatu kejayaan
yang bukan hanya memberi kekuatan pada kita, tetapi juga
menjadi kebanggaan kepada negara kita. Inilah yang kita
kehendaki, masyarakat mempunyai segala kemampuan dan
kebolehan yang dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan yang
secukupnya dengan kemampuan yang ada pada kita.

Inilah yang perlu dicapai, mudah-mudahan dengan usaha kita

yang berterusan ini mampu meningkatkan nilai tambah yang

sedia ada.

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, terimalah serangkap
pantun dari saya:

Sampan kotak hilir mudik,
dayung patah galah sebatang,
ikhtiar tidak datang menggolek,

akal tidak datang melayang.

Dengan ucapan bismillahirrahmannirahim, saya dengan ini
merasmikan Majlis Penutupan Latihan Kemahiran dan
Keusahawanan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar,
Kolej-Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh.

74

PENGURUSAN PENULISAN TEKS UCAPAN
Teks ucapan merupakan satu dokumentasi sementara pada
waktu satu-satu majlis berlangsung, namun
pendokumentasiannya adalah sangat penting pada sebelum
dan selepas majlis berlangsung. Terdapat beberapa proses
kerja dan etika yang biasa diamalkan oleh penulis teks ucapan
yang dipertanggungjawabkan. Di bawah ini merupakan carta
alir proses pengurusan penulisan teks ucapan sebagai
panduan.

75

CARTA ALIR PROSES PENULISAN TEKS UCAPAN
Mula

Penerimaan tugas

Briefing pelaksanaan
majlis/acara

Mula menulis teks
penuh

Penghantaran kepada si
pembaca

Suntingan draf teks sehingga
pembaca berpuas hati

Percetakan dan majlis
berlangsung

Tamat

76

Situasi dan elemen penting SEBELUM merangka penulisan
teks ucapan:

1. Surat lantikan dari penganjur.
2. Penglibatan Ketua Jawatankuasa Teks Ucapan di sesi

mesyuarat jawatankuasa pelaksana program.
Jawatankuasa haruslah mempunyai lebih daripada
seorang ahli jawatankuasa lain sebagai sokongan.
3. Memahami terlebih dahulu objektif penganjuran sesuatu
majlis, penganjur, tetamu jemputan serta kehadiran
tetamu.
4. Keterlibatan siapa VIP atau pembaca yang akan
membaca teks ucapan tersebut.
5. Isu-isu penting atau isu semasa yang sedang berlaku
dan kaitannya dengan penganjuran majlis.

Situasi penting SEMASA penulisan teks ucapan:

1. Berinteraksi dengan penganjur/VIP/pembaca teks
ucapan bagi mendapatkan sebarang maklum balas,
maklumat terkini atau pindaan secara tiba-tiba.

2. Membuat contoh dan kajian kes teks ucapan yang
berkaitan atau konsep majlis yang berkaitan.

3. Menentukan format teks ucapan yang hendak dicetak.
4. Membuat penulisan dan membuat cetakan.
5. Sentiasa membuat suntingan terbaharu dari masa ke

semasa sehingga kepada kejadian majlis yang sebenar.

77

Situasi penting SEMASA majlis berlangsung:
1. Mencetak draf teks ucapan yang telah siap dan
membuat penjilidan atau meletakkan teks ucapan
tersebut di dalam fail. Bahagian kata-kata salutasi tidak
perlu dimasukkan sekali kerana ianya mungkin akan
berubah dan perlu dibuat percetakan sehingga minit
terakhir pembaca akan membaca teks tersebut.
2. Menyerahkan buku/fail teks ucapan kepada
jawatankuasa pentas/protokol yang terlibat.

Situasi penting SELEPAS penulisan teks ucapan:
1. Membuat percetakan bagi tujuan press kit dan membuat
salinan lembut untuk perekodan pelaporan
jawatankuasa terlibat serta bagi tujuan post-mortem.

78

KESILAPAN DALAM PENULISAN TEKS UCAPAN
Tatabahasa merupakan prasyarat seseorang untuk
berkomunikasi dengan baik serta menyampaikan hujah dengan
berkesan. Jika terdapat kesalahan dalam penulisan teks
ucapan, maka penyampai atau pengacara majlis akan
menghadapi masalah semasa penyampaian atau mengacara
sesuatu majlis/acara rasmi. Justeru, amat penting untuk kita
mengenal pasti kesalahan mahupun kesilapan dalam penulisan
teks ucapan sama ada dalam aspek morfologi khususnya
kesalahan kata kerja, kata tugas dan imbuhan dalam teks
ucapan.
Ini adalah penting kerana ia memberi implikasi akan
kepentingan penggunaan tatabahasa dalam ucapan rasmi
semasa acara atau majlis rasmi di sesebuah institusi kerana
penyampai atau pengacara majlis adalah cerminan kepada
sesebuah institusi. Kegagalan sebagai pengacara majlis
menunjukkan tatabahasa yang baik dan betul akan
menyebabkan kepincangan dalam komunikasi dan secara tidak
langsung melemahkan penyampaian yang berkesan.

79

Kesalahan ejaan

Penggunaan Susunan
bahasa formal keutamaan

Penggunaan Kesalahan lazim
kurang tepat dalam teks ucapan

panggilan Penggunaan
hormat penanda wacana

Pengaruh dialek

i) Penggunaan bahasa formal

 Perlu mengelakkan kesalahan-kesalahan
bahasa dalam ayat-ayat yang ditulis.

 Meminimumkan atau tidak menggunakan
perkataan ‘saya’ dalam teks.

 Bahasa yang digunakan hendaklah yang
mudah untuk difahami oleh kumpulan
sasaran.

80

ii) Penggunaan kurang tepat panggilan hormat
 Seringkali diucapkan atau ditulis dalam teks
ucapan rasmi jabatan panggilan hormat
seseorang dengan diikuti nama jawatannya
tanpa menyebut atau menulis nama
penjawat jawatan tersebut. Perkara ini tidak
tepat kerana penggunaan panggilan hormat
adalah untuk penjawatnya bukan jawatan
yang disandang seperti berikut:

YBhg. Datuk Ose Murang
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri
(Keselamatan, Pentadbiran dan Hal Ehwal
Korporat)
bukannya
YBhg. Datuk TSUK
Jabatan Ketua Menteri

 Panggilan hormat yang kita gunakan ke atas
seseorang itu hendaklah tepat dan betul.
Penggunaan panggilan hormat yang salah
akan menyinggung perasaan atau
merendahkan martabat VIP yang
berkenaan.

iii) Pengaruh dialek
 Faktor pertama pengaruh dialek. Dialek
menurut Hartmab dan Stork (1972), ialah
sejenis kelainan bahasa yang berbeza
daripada segi sebutan, tatabahasa dan kosa
kata daripada bahasa standard. Pengaruh
bahasa dialek begitu menebal
mempengaruhi sistem bunyi. Bahasa dialek
itu mempengaruhi penulisan terutamanya
murid-murid di pantai timur.

81

 Bahasa dialek sebenarnya ialah tradisi lisan
tempatan. Apabila penyampai bertutur
menggunakan bahasa dialek, maka bukan
ayat lengkap yang dipertuturkan tetapi frasa
dan klausa atau struktur ayat yang hanya
difahami oleh penutur asal dari daerah dialek
yang sama.

 Berikut ialah beberapa contoh ayat yang
biasa digunakan oleh penutur di
Terengganu.
Contoh 1: Ali menangkap ikang.
Contoh 2: Adik melukis bulang.

Contoh ayat 1 dan 2 adalah ayat lengkap
tetapi penggunaan perkataan ikan dan bulan
dieja mengikut sebutan dialek yang
menyebabkan kesalahan ejaan.

iv) Penggunaan penanda wacana
 Dalam sesebuah hasil penulisan,
penggunaan penanda wacana atau dikenal
juga sebagai perangkai ayat dapat
memastikan wujud kesinambungan dan
pertautan antara satu idea dengan idea yang
lain. Kewujudannya dalam sesuatu wacana
secara berkesan akan memantapkan hasil
penulisan tersebut selain dapat membuat
perkaitan antara ayat dengan ayat, mahupun
antara perenggan dengan perenggan.
 Namun begitu, kadangkala berlaku
kesalahan penggunaan penanda wacana
yang berpunca daripada kurangnya
pengetahuan tentang cara menulis,
fungsinya serta aspek tatabahasa yang perlu

82

dipatuhi. Misalnya, tidak meletakkan tanda
koma (,) selepas penanda wacana yang
berfungsi sebagai frasa. Contohnya,
Pihak kerajaan akan memastikan
pendapatan para petani dapat ditingkatkan.
Oleh itu pelbagai langkah yang difikirkan
sesuai sedang direncanakan.
(Sepatutnya: Oleh itu, pelbagai langkah)
v) Susunan keutamaan
 Susunan kata-kata aluan hendaklah
menggunakan panggilan hormat yang betul
mengikut status pangkat atau taraf tetamu.
vi) Kesalahan ejaan
 Mesti betul dalam aspek ejaan, perkataan,
dan ayat yang betul bentuk serta fungsi
menurut tatabahasa.

83

PENUTUP

Penulisan teks ucapan merupakan salah satu kemahiran yang
perlu ada pada setiap individu dan penjawat awam. Hal ini
demikian kerana terdapat pelbagai acara dan majlis yang perlu
dilaksanakan di peringkat organisasi, jabatan dan kementerian
di sepanjang garis perkhidmatan seseorang individu dan
penjawat awam. Selain kemahiran mengendalikan pelbagai
acara dan majlis yang dipertanggungjawabkan, individu dan
penjawat awam juga perlu peka dan bertindak balas kepada
situasi semasa yang berlaku dan kepentingannya kepada
masyarakat. Maka adalah penting bagi individu dan penjawat
awam yang diamanahkan menulis teks ucapan yang betul dari
segi format, ciri-ciri, prinsip dan penggunaan bahasa dan
sebagainya.

Penghasilan teks ucapan yang berkualiti dan betul juga akan
dapat memastikan komunikasi dan kelancaran majlis berlaku
dengan berkesan dan mencapai matlamat dan objektif
penganjuran majlis tersebut. Selain itu juga, keupayaan individu
dan penjawat awam menghasilkan teks ucapan yang baik dan
betul juga akan memberikan imej yang baik terhadap diri dan
organisasi yang dianggotai.

Jalankan tugasan sebagai penulis teks ucapan dengan baik.
Teruskan menghasilkan teks ucapan yang berkualiti dan
pertingkatkan penguasaan bahasa yang baik agar audien akan
merasai impak hasil penulisan tersebut.

“Jangan takut menghadapi suatu kegagalan
kerana dengan kegagalan itu kita juga

memperoleh pengetahuan tentang kelemahan
dan kekuatan diri kita. Yang perlu ditakuti
adalah, gagal dua kali pada persoalan yang
sama.” – HAMKA (Lembaga Budi)

84

BIBLIOGRAFI
Komunikasi Bertulis (Ucapan).

https://pdfcoffee.com/komunikasi-bertulis-ucapan-pdf-
free.html
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2015).

Kamus Dewan, Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala Lumpur.
Malike bin Brahim, Jabatan Pengurusan Awam Fakulti
Pengurusan Awam dan Undang-undang, Universiti Utara
Malaysia. (2004).

http://repo.uum.edu.my/id/eprint/2129/1/55.pdf
Ramli bin Yaacob, Ph.D, Mat Zizi bin Ismail Sapinah binti
Zakaria Nur Fatimah binti Awang Da. (2018).

Panduan Penulisan Surat Rasmi dan Memo Untuk
Pemimpin Pendidikan. Institut Aminuddin Baki, Genting
Highlands.

85

BIODATA PENULIS
SYAIZURA HANI BINTI ABD SAMAT

SYAIZURA HANI, merupakan seorang pensyarah dalam
bidang senibina. Berasal dari Hulu Selangor, Selangor dan
mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maran dan
Sekolah Kebangsaan Fakeh Abdul Samad, Kuantan. Mendapat
pendidikan menengah di SM Tengku Panglima Perang Tengku
Muhammad, Kuantan dan Sekolah Menengah Sains Sultan Haji
Ahmad Shah (SEMSAS), Kuantan, seterusnya meneruskan
pengajian di peringkat Diploma Senibina di Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) dan turut memperolehi Diploma Pendidikan
dalam bidang Pengajian Pengurusan Teknikal dari Institut
Pendidikan Guru Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor pada
tahun 2006. Telah menghasilkan ratusan penulisan teks
ucapan, teks pengacaraan majlis dan penulisan prakata bagi
buku program, sejak dari awal perkhidmatan sehingga kini.

Selain daripada itu juga, beliau turut terlibat mengendalikan
pelbagai genre penerbitan lain sebagai pengarang, editor dan
penulis modul pembelajaran, buletin, majalah, buku
pensejarahan, laporan tahunan serta buku ilmiah dan kreatif di
peringkat jabatan dan kolej komuniti. Juga aktif sebagai penulis
dan tenaga pengajar undangan bagi penulisan sajak, puisi,
pantun, skrip drama dan yang terbaharu meneraju pengurusan
dan kandungan kreatif media sosial institusi dan aktif sebagai
tenaga pengajar bidang pemasaran digital bersama usahawan
tempatan dan komuniti setempat. Dunia penulisan, kesenian,
kesusasteraan dan seni persembahan begitu dekat di hati dan
jiwa beliau dan akan terus mencurah bakti selagi dalam garis
perkhidmatannya.

86

Kompilasi penulisan pada kali ini merupakan dedikasi beliau
buat Kolej Komuniti Negeri Pahang khususnya, yang banyak
memberi peluang kepada beliau untuk berkarya, menulis dan
menyumbang bakti dalam pelbagai program serta turut
dibanggakan, kompilasi ini turut
melibatkan pelbagai pembaca dari
kalangan insan hebat seperti Menteri
Pendidikan Tinggi, Timbalan Menteri,
Ketua Pengarah, Yang Berhormat,
Yang Dipertua, para pengarah serta
ketua-ketua jabatan pelbagai
agensi.

87

BIODATA PENULIS
NUR FATIHAH BINTI CHE RUZLAN

FATIHAH RUZLAN, seorang Pegawai Pendidikan Pengajian
Tinggi (PPPT), Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia dari
Kolej Komuniti Kuantan merupakan pemegang Ijazah Senilukis
dan Senireka Fesyen di UiTM Shah Alam. Mendapat
pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau,
Kuantan manakala pendidikan menengah di Sekolah
Menengah Kebangsaan Bukit Goh dan Sekolah Menengah
Kebangsaan Astana dalam pengajian Tingkatan Enam
seterusnya meneruskan pengajian di UiTM Shah Alam pada
tahun 2006. Minat untuk menggali ilmu lagi mendorong beliau
untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dalam
bidang Pengurusan di Open University Malaysia (Cawangan
OUM Kuantan). Mempunyai minat yang sangat mendalam
dalam bidang pengacaraan majlis sejak di bangku sekolah lagi.
Pelbagai pengalaman pahit dan manis dikutip sepanjang
berkecimpung dalam bidang pengacaraan majlis. Karya
penulisan buku beliau bermula dengan genre penulisan kreatif.
“Manisnya Umrah Pertamaku” di antara yang menjadi pilihan
untuk dimuatkan dalam Buku Sepilihan Travelog berjudul
SESAYUP.

Minat menghasilkan karya dalam genre cerpen pendek
(anekdot) diteruskan lagi dengan penulisan tentang alam
persekolahan yang akan diterbitkan tidak lama lagi di bawah
program komuniti menulis.

88

Kompilasi penulisan pada kali ini lebih memfokuskan kepada
pengalaman sepanjang menjadi
pengacara majlis dalam sesebuah
program rasmi mahupun tidak rasmi.
Adalah besar impian penulis agar
penulisan ini dapat memberi sedikit
suntikan semangat buat pembaca
dan mencapai objektif yang
diharapkan.

89


Click to View FlipBook Version