PRKA3151
1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (AMBILAN JUN 2022 TAHUN 1 SEMESTER III) DISEDIAKAN OLEH: NAMA NUR ALYA MAISARAH BINTI AZHARI ANGKA GILIRAN 2022192340087 NOMBOR KAD PENGENALAN 030522-01-1186 KUMPULAN PISMP A4 KOD DAN NAMA KURSUS PRKA3151 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH I (PBS I) NAMA PENSYARAH DATIN PADLON BINTI A. RAHMAN TARIKH HANTAR 03 JULAI 2023 TARIKH TERIMA MAKLUM BALAS
2 LAMPIRAN I BORANG SEMAKAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Nama Pelajar NUR ALYA MAISARAH BINTI AZHARI No. KP 030522-01-1186 Program PISMP Kumpulan A Ambilan JUN 2022 Bidang Teras BAHASA MELAYU Elektif Teras PENDIDIKAN MUZIK Fasa PBS 1 √ 2 3 Tempoh PBS 12 JUN 2023 – 23 JUN 2023 Nama Sekolah SEKOLAH KEBANGSAAN PETALING 1 TAHAP PENCAPAIAN: Item Aspek Lengkap Tidak Lengkap Catatan 1. Kehadiran 2. Laporan Perkembangan Pelajar 3. Portfolio individu 4. Kerja Kursus PBS KEPUTUSAN: LENGKAP TIDAK LENGKAP Dengan ini diperakui bahawa pelajar telah Melengkapkan/Tidak Melengkapkan keperluan PBS Tandatangan: Nama: Tarikh: **Tanda jika berkenaan
3 ISI KANDUNGAN Penghargaan ......................................................................................................................................... 4 Kandungan Portfolio............................................................................................................................. 5 Pengalaman Berasaskan Sekolah....................................................................................................... 5 1.0 Maklmumat Penempatan................................................................................................................ 5 2.0 Biodata ............................................................................................................................................. 7 3.0 Penyataan Profesional / Kontrak Aktiviti...................................................................................... 8 3.1 Sebelum Pbs..........................................................................................................................8 3.1.1 Fokus Utama Tugasan ...........................................................................................................8 3.1.2 Tujuan Tugasan .......................................................................................................................9 3.1.3 Merancang Strategi Pelaksanaan........................................................................................9 3.1.4 Instrumen Penilaian ................................................................................................................9 3.2 Semasa Pbs ..............................................................................................................................9 3.3 Selepas Pbs .............................................................................................................................10 3.4 Penilaian Kendiri Terhadap Penyataan Profesional.................................................................13 3.4.1 Pencapaian Objektif...............................................................................................................13 3.4.2 Cadangan Tindakan Susulan / Penambahbaikan ...............................................................13 Maklumat Umum Sekolah ..................................................................................................................14 1. Maklumat Umum Sekolah........................................................................................................14 2. Murid Dan Alam Belajar...........................................................................................................15 Maklumat Sekolah...............................................................................................................................18 4.0 Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan.................................................................33 4.1 Pemerhatian...............................................................................................................................33 4.2 Senarai Semak...........................................................................................................................34 4.3 Temu Bual..................................................................................................................................36 4.4 Soal Selidik ................................................................................................................................36 5.0 Kolaboratif .....................................................................................................................................38 6.0 Ilmu/ Pengetahuan Baru Melalui Kaedah ...................................................................................48 6.1 Pemerhatian...............................................................................................................................48 6.2 Senarai Semak...........................................................................................................................49 6.3 Temu Bual..................................................................................................................................49 7.0 Refleksi ..........................................................................................................................................50 8.0 Laporan Akhir................................................................................................................................54 Lampiran ..............................................................................................................................................56
4 PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin kurnia-Nya saya berjaya menyiapkan tugasan Portfolio Pengalaman Berasaskan Sekolah ini dengan lancar dan jayanya. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya, Datin Padlon binti A. Rahman kerana sudi memberikan tunjuk ajar kepada saya dalam kursus ini serta meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya kerana sentiasa memberikan saya dorongan dan sokongan terhadap apa jua yang saya lakukan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sudi membantu sepanjang menyelesaikan tugasan ini sehingga selesai. Terima kasih juga kepada pihak-pihak lain yang terlibat sepanjang pelaksaan tugasan ini sama ada secara langsung mahupun tidak. Sekian, terima kasih.
5 LAMPIRAN 2-10 KANDUNGAN PORTFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Diisi oleh Penilai) Bil Tajuk Item Tandakan 1 Maklumat Penempatan 1.1 Surat Pengenalan Diri 2 Biodata 2.1 Nama IPGK 2.2 Gambar 2.3 Nama Pelajar 2.4 No. Kad Pengenalan 2.5 Alamat tetap 2.6 No. Telefon dan E-mel 2.7 Ambilan dan Pengkhususan 2.8 Tahun dan Semester : Tahun___ Semester____ 2.9 Tarikh PBS: 3 Pernyataan Profesional / Kontrak Aktiviti (Lampiran 1-1) 3.1 Pernyataan sebelum PBS 3.2 Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus 4 Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan (pilih yang sesuai) 4.1 Pemerhatian 4.2 Senarai semak 4.3 Temu bual 4.4 Soal selidik 5 Kolaboratif (Lampiran 1-3) 5.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah 5.2 Perbincangan dengan guru-guru lain 5.3 Perbincangan dengan kakitangan sekolah 5.4 Interaksi dengan murid 5.4 Perbincangan dengan komuniti sekolah 6 Ilmu / Pengetahuan Baru Melalui 6.1 Pemerhatian 6.2 Senarai semak 6.3 Temu bual 7 Refleksi (Lampiran 1-5) 7.1 Aktiviti 7.2 Perbincangan/Interaksi 8 Laporan Akhir Ulasan Penilai: ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ Tandatangan : ________________________ Tarikh: _________________ Nama : ________________________
6 1.0 MAKLMUMAT PENEMPATAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU Peti Surat 11029 Jalan Pantai Baru 59990 KUALA LUMPUR Telefon . 03-2281 4400 No. Faks 03 2281 4444 Laman Web : http://www.ipbmm.edu.my/ “1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” Ruj. Kami: IPGKBM/UPRAK/13/401/043/Jld. 9(9) Tarikh : 02 Jun 2023 Guru Besar, SK Petaling 1 Km 10, Taman Kanagapuram, Off Jalan Klang Lama , 58000 Kuala Lumpur, Malaysia. Tuan, PENGENALAN DIRI PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Adalah dengan ini disahkan bahawa pembawa surat ini ialah pelajar PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2022 lnstitut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu yang akan menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 bermula pada 11/12 hingga 22/23 Jun 2023 (2 minggu). 3. Maklumat pelajar berkenaan adalah seperti berikut: 3.1 Nama : Nur Alya Maisarah Binti Azhari 3.2 No. KP : 030522-01-1186 3.3 Major : Bahasa Melayu 3.4 Minor : Pendidikan Muzik Sekian. Terima Kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menja nkan amanah, (HAJAH ILAH BINTI OSMAN B.C.K) Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Lembah Pantai 59990 Kuala Lumpur
7 2.0 BIODATA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU NAMA PELAJAR : Nur Alya Maisarah Binti Azhari NO. KAD PENGENALAN: 030522-01-1186 ALAMAT TETAP: B-3-20 Pangsapuri Permai Jalan PJS 1/25, 46000 Petaling Jaya, Selangor. NO. TELEFON BIMBIT: 011-53371403 E-MEL: [email protected] AMBILAN: PISMP Jun 2022 PENGKHUSUSAN: Bahasa Melayu & Pendidikan Muzik TAHUN DAN SEMESTER: Tahun 1 Semester 3 TARIKH PBS : 12 Jun hingga 23 Jun 2022
8 3.0 PENYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program wajib dilaksanakan bagi pelajar Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang bertujuan memberi pendedahan awal kepada para guru pelatih terhadap situasi sebenar di sekolah, sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah serta proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, PBS juga bertujuan supaya guru pelatih dapat menambah pengetahuan baru seperti kemahiran berinteraksi dengan pelbagai pihak seperti pihak pentadbir, guru-guru, murid-murid dan komuniti sekolah. Di samping itu, PBS juga melatih para guru pelatih dalam membuat pendokumentasian pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa refleksi selepas dilaksanakan. 3.1 Sebelum PBS Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dijalankan, sebuah taklimat berkaitan dengan PBS telah dijalankan oleh pensyarah penyelaras dari unit praktikum iaitu Encik Umar kepada semua guru pelatih yang terlibat dengan PBS. Taklimat ini dijalankan di Dewan Zaaba Ipg Kampus Bahasa Melayu pada tarikh yang telah ditetapkan. Seterusnya, telah berlangsung taklimat berkaitan kerja kursus yang perlu dilaksanakan semasa menjalankan PBS yang dilakukan secara dalam talian. Taklimat ini diberikan oleh pensyarah penyelaras iaitu Dr. Zabedah binti Mohammed bagi memastikan kami mendapat maklumat dan memahami perkara yang perlu kami lakukan sepanjang PBS berlangsung. 3.1.1 Fokus Utama Tugasan PBS secara konseptualnya berfokus dalam memberi pengalaman dan pendedahan awal kepada bakal guru tentang sistem pengurusan sekolah, pengurusan bilik darjah, tugas-tugas sebenar guru di sekolah serta tingkah laku murid. Segala pengetahuan ini bakal diperoleh melalui pemerhatian, interaksi bersama guru, kakitangan sekolah serta komuniti dan melalui penelitian dokumen. Selain itu, PBS juga berfokus untuk memberikan pendedahan awal tentang pengurusan bilik darjah dan memahami penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mendalam. Hal ini supaya para guru pelatih dapat melihat bagaimana teori yang dipelajari diaplikasikan di dalam bilik darjah yang sebenar. Seterusnya, PBS juga bertujuan supaya guru pelatih dapat menyesuaikan diri dengan budaya sekolah. Bermula dari hari pertama PBS sehingga hari terakhir PBS, guru pelatih dapat menilai setiap budaya yang diamalkan di sekolah tersebut. Sepanjang PBS berlangsung, kemahiran interaksi juga dapat dipertingkatkan melalui komunikasi bersama murid, guru dan kakitangan sekolah.
9 3.1.2 Tujuan Tugasan Tujuan PBS dijalankan pada kali ini adalah untuk mengumpulkan maklumat berkaitan sekolah yang dipilih dan hasil dapatan sepanjang PBS dinyatakan dalam bentuk e-portfolio. Seperti yang telah dinyatakan di atas, PBS ini berfokus dalam memberi pengalaman dan pendedahan awal kepada bakal guru tentang sistem pengurusan sekolah, pengurusan bilik darjah, tugas-tugas sebenar guru di sekolah serta tingkah laku murid. Segala perkara yang di perhatikan, diteliti dan segala ilmu yang diperolehi akan digunakan apabila sudah bergelar guru pada masa hadapan. 3.1.3 Merancang Strategi Pelaksanaan Sebelum saya menjalani PBS, saya perlu menyediakan borang- borang penting yang perlu difahami dan diisi bagi memudahkan urusan saya sepanjang PBS berlangsung nanti. Soalan-soalan temu bual juga perlu disediakan lebih awal untuk ditanyakan kepada pihak yang berkaitan. Selain itu, amalan refleksi perlu dilakukan bagi meningkatkan lagi pemahaman saya tentang tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru. Catatan mengenai aktiviti harian perlu dicatatkan selepas setiap aktiviti yang dilakukan. 3.1.4 Instrumen Penilaian Sepanjang PBS berlangsung, saya telah menggunakan kaedah pemerhatian, senarai semak, soal selidik dan temu bual yang digunakan mengikut kesesuaian aktiviti. 3.2 Semasa PBS Semasa sedang menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah di SK Petaling 1, saya telah melakukan pemerhatian dan kajian berkaitan sistem pengurusan sekolah, pengurusan bilik darjah, strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah serta tingkah laku muridmurid di sekolah tersebut. Sekolah ini diuruskan oleh 4 orang pentadbir utama yang menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan berwibawa bagi memastikan pengurusan sekolah berjalan dengan lancar. Seterusnya, pelbagai kaedah telah saya laksanakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan sekolah. Bagi memperoleh maklumat berkaitan prasarana sekolah, saya telah melakukan pemerhatian di sekitar sekolah dan mengambil gambar supaya dapat dimasukkan ke dalam portfolio saya. Seterusnya, bagi mendapatkan maklumat berkaitan sistem
10 pengurusan sekolah, saya telah menemu bual dan meminta buku pengurusan sekolah daripada Penolong Kanan Pentadbiran. Hal ini kerana, buku tersebut mempunyai segala maklumat yang saya perlukan bagi menyiapkan portfolio ini. Selain itu, saya juga menjalankan perbincangan secara formal dan tidak formal bersama pelbagai pihak bagi mendapatkan maklumat tambahan berkaitan dengan sekolah yang saya pilih. Sepanjang saya menjalani PBS, terdapat pelbagai kemahiran yang telah saya perolehi antaranya ialah kemahiran berkomunikasi dengan pelbagai pihak seperti Guru Besar, Guru Penolong Kanan, guru-guru, murid-murid, staf-staf sokongan di sekolah, ibu bapa dan sebagainya. Kesemua ini memerlukan saya untuk memahami dan menggunakan tatacara yang sesuai semasa berkomunikasi dengan pelbagai pihak. Semasa menjalani PBS di sekolah yang dipilih, saya diberi peluang oleh pihak sekolah untuk memasuki kelas ganti bagi menggantikan guru tetap yang tidak dapat memasuki kelas pada waktu-waktu tertentu. Sepanjang dua minggu tersebut, saya dapat memasuki kelas tahun 1 sehingga tahun 6. Saya dapat melihat pelbagai jenis tingkah laku murid-murid di sekolah tersebut dan sedikit sebanyak dapat saya pelajari cara untuk mengendalikan dan mengawal kelas dengan betul. Selain itu, tahap pencapaian murid-murid di setiap kelas juga berbeza-beza. Hal ini dapat saya ketahui melalui aktiviti seperti kuiz dan soal jawab yang saya lakukan semasa memasuki kelas mereka. Melalui pemerhatian saya, murid-murid di kelas hadapan lebih aktif dan memberi sepenuh perhatian terhadap aktiviti yang dijalankan. Mereka juga lebih suka terhadap soalan dan aktiviti yang mencabar minda berbeza pula dengan murid di kelas belakang, hanya terdapat beberapa murid sahaja yang memberi sepenuh perhatian terhadap aktiviti yang dijalankan manakala murid yang lain melakukan kerja mereka sendiri. Terdapat beberapa murid sahaja yang mampu memahami dan melakukan aktiviti yang menguji minda dan murid yang lain tidak memahami arahan yang diberikan. Di samping itu, saya juga berpeluang untuk melihat cara guru Bahasa Melayu mengendalikan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan menemu bual beliau bagi menjawab persoalan yang diperlukan bagi tugasan PBS ini. 3.3 Selepas PBS Selepas menjalani PBS, saya telah mengumpul dan mengemaskini maklumat-maklumat yang telah saya perolehi sepanjang menjalani PBS. Saya juga dapat menimba pelbagai ilmu dan pengalaman baru yang amat berguna kepada saya pada masa hadapan kelak. Antaranya
11 adalah berkaitan dengan cara berkomunikasi dengan betul. Saya dapat mempelajari teknik bertanya dengan betul supaya saya mendapat pelbagai maklumat yang diperlukan dengan cepat dan mudah. Selain itu, adab dan sopan santun juga penting semasa bertanya supaya pihak yang berurusan dengan kita berasa selesa dan urusan dapat dipermudahkan. Seterusnya, saya juga mendapat pelbagai nasihat dan input yang berguna daripada pentadbir serta guru-guru di sekolah berkaitan dengan cara menjadi seorang guru yang berkualiti supaya dapat membentuk dan membangunkan modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara di masa hadapan kelak. Antara perkara yang dapat saya peroleh daripada guru-guru di sekolah tersebut ialah cara pengendalian kelas yang betul, strategistrategi pengajaran yang digunakan dan sebagainya. Di samping itu, dapat saya analisis bahawa persekitaran sekolah dan pengurusan bilik darjah memainkan peranan penting dalam membina murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Persekitaran sekolah dan pengurusan bilik darjah yang menarik dan selesa dapat meningkatkan perasaan murid untuk belajar. Mereka akan berasa tertarik dan seronok untuk hadir dan belajar di sekolah. Selain itu, kemudahan yang mencukupi amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya lebih lancar dan berkesan.
12 LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS Semasa menjalani PBS selama dua minggu, saya telah melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang mengikut kehendak tugasan. Berikut merupakan aktiviti atau perkara yang telah saya lakukan sepanjang tempoh PBS di SK Petaling 1. BIL HARI/TARIKH AKTIVITI CATATAN 1. Isnin 12/06/2023 • Pelajar melapor diri di pekabat sekolah dan bertemu dengan staf-staf sokongan. • Pelajar bertemu dengan Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Zaleha Binti Yusoh bagi memaklumkan tentang program PBS. • Pelajar meneroka dan meninjau kawasan sekolah bagi mendapatkan maklumat yang ditugaskan dalam pelaksaan PBS. • Pelajar mengambil gambar bahagianbahagian sekolah sebagai bukti pemerhatian untuk direkodkan. ✓ Surat pengenalan diri ✓ Temu bual 2. Selasa 13/06/2023 • Pelajar meronda kawasan sekolah dan mengambil gambar kawasan-kawasan penting sebagai bukti pemerhatian. • Pelajar memasuki kelas bagi memerhatikan proses PdP. ✓ Senarai semak ✓ Pemerhatian 3. Rabu 14/06/2023 • Memerhati guru Bahasa Melayu menjalankan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). • Pelajar memerhati pengurusan aktiviti kokurikulum. • Pelajar menemu bual dan menyerahkan borang soal selidik kepada murid berkaitan topik perbincangan. ✓ Borang soal selidik (murid) 4. Khamis 15/06/2023 • Pelajar mendapatkan maklumat berkaitan sekolah di papan kenyataan. ✓ Pemerhatian 5. Jumaat 16/06/2023 • Pelajar menemu bual pengusaha kantin untuk mendapatkan respon berkaitan topik yang dibincangkan. ✓ Borang kolaborasi (warga sekolah) ✓ Temu bual 6. Isnin 19/06/2023 • Pelajar menemu bual Penolong Kanan Pentadbiran bagi mendapatkan maklumat berkaitan hal pengurusan sekolah dan kurikulum. ✓ Borang kolaborasi (pengurus sekolah)
13 ✓ Temu bual 7. Selasa 20/06/2023 • Pelajar mengambil gambar prasarana lain bagi melengkapkan bahagian lampiran. • Pelajar membuat pemerhatian proses PdP. ✓ Pemerhatian ✓ Senarai semak 8. Rabu 21/06/2023 • Pelajar menemu bual pengawal keselamatan berkaitan topik yang dibincangkan. • Pelajar memerhati pengurusan aktiviti kokurikulum. ✓ Borang kolaborasi (warga sekolah) ✓ Temu bual ✓ Pemerhatian 9. Khamis 22/06/2023 • Pelajar menemu bual PK HEM berkaitan bidang tugas dan isu-isu berkaitan bidang pengurusan HEM. • Pelajar menemu bual PK Kokurikulum berkaitan bidang tugas serta isu-isu berkaitan dengan pengurusan kokurikulum sekolah. ✓ Borang kolaborasi (pengurus sekolah) ✓ Temu bual 10. Jumaat 23/06/2023 • Pelajar mengambil borang penilaian PBS dan borang kehadiran PBS selepas mendapat pengesahan daripada PK Pentadbiran. • Pelajar melengkapkan laporan PBS dan membuat semakan terakhor sebelum menghantar portfolio. • Pelajar menyerahkan sijil penghargaan kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran. ✓ Borang penilaian PBS ✓ Borang kehadiran PBS 3.4 PENILAIAN KENDIRI TERHADAP PENYATAAN PROFESIONAL 3.4.1 Pencapaian Objektif Bagi mencapai objektif tugasan, saya telah melakukan pelbagai kaedah yang membantu saya memperoleh maklumat berkaitan cara organisasi sekolah, budaya sekolah, aktiviti serta cabaran yang dihadapi semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Laporan berkaitan pemerhatian sepanjang PBS akan saya lampirkan dalam bahagian refleksi yang membantu saya dalam mengenal pasti masalah dan cara penyelesaian yang berkesan. 3.4.2 Cadangan Tindakan Susulan / Penambahbaikan Dalam penulisan refleksi, saya telah mengemukakan cadangan berdasarkan isu atau masalah yang ditemui semasa saya melakukan pemerhatian. Cadangan yang dikemukakan bertujuan supaya saya dapat memperbaiki kelemahan diri agar mampu menjadi guru yang berkualiti tinggi bagi mendidik generasi yang akan datang. Selain itu, cadangan penambahbaikan ini juga perlu agar saya melakukan tugasan dengan lebih sistematik dan teratur supaya tiada sebarang maklumat yang tercicir
14 LAMPIRAN 2-14 MAKLUMAT UMUM SEKOLAH 1. ARAHAN: Lengkapkan maklumat yang disenaraikan dalam borang berikut: Bil Perkara Catatan / data 1 Nama dan Alamat Sekolah Sekolah Kebangsaan Petaling 1 KM 10, Taman kanagapuram, Off Jalan Klang Lama, 58000, Kuala Lumpur, Malaysia. 2 No. Telefon Sekolah 0377828025 3 Alamat e-mel / Web Sekolah [email protected] 4 Lokasi (Bandar / Luar Bandar) Bandar 5 Nama Pengurus Sekolah En. Ahmad Hadzhir bin Abdul 6 Nama PK Pentadbiran Pn. Zaleha binti Yusoh 7 Nama PK HEM En. Ahmad Lutfi bin Ngah Ishak 8 Nama PK Kokurikulum Pn. Noraishah binti Ruslan 9 Nama Penyelia Petang Tiada 10 Gred/Tahap Sekolah Gred A 11 Bilangan Guru Lelaki: 13 orang 41 orang Perempuan: 28 orang 12 Bilangan Guru Mengikut Kelayakan Akademik Siswazah: 41 Bukan Siswazah: 0 13 Bilangan Kelas 19 14 Purata Saiz Kelas ____36____orang 15 Jumlah Murid Melayu Cina India Lainlain Lelaki 327 0 6 25 Perempuan 300 0 6 24 16 Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda tentang sekolah ini Pada setiap hari jumaat, akan diadakan bacaan yasin dan zikir secara beramai-ramai oleh pihak guru dan murid. 688
15 2. MURID DAN ALAM BELAJAR a. PELAN SUSUN ATUR BILIK DARJAH Papan kenyataan Papan putih Bakul sampah Papan kenyataan pintu pintu Papan kenyataan Rak buku Meja guru Meja murid Sudut bacaan
16 a. Lukiskan pelan susun atur bilik darjah dan huraikan kesesuaiannya mengikut kaedah PdP semasa. Semasa menjalani PBS, saya telah membuat pemerhatian terhadap susun atur bilik darjah untuk mengetahui tentang kesesuaian susun atur tersebut dengan kaeah Pembelajaran Abad Ke-21. Berdasarkan pelan yang telah dilukis, saya dapati majoriti kelas telah menggunakan gaya susunan yang mengikuti Pembelajaran Abad Ke-21. Murid-murid duduk secara berkumpulan iaitu lima hingga enam meja disusun dan dirapatkan. Susunan meja ini sesuai digunakan kerana ia memudahkan murid melakukan tugasan secara kolaboratif dan memudahkan komunikasi antara murid-murid. Guru juga mudah untuk membuat pemantauan murid-murid semasa melakukan aktiviti PdP. Selain itu, saya turut dimaklumkan bahawa guru-gur meletakkan murid dari pelbagai tahap penguasaan dalam satu kumpulan. Dalam satu kumpulan, akan terdapat satu atau dua orang murid cemerlang yang dapat membantu rakan-rakan lain yang lemah. Hal ini dapat membantu murid yang lemah dalam meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka. Secara tidak langsung, melalui kaedah susunan ini, Pembelajaran Abad Ke-21 telah terlaksana. b. Catatkan bahan dan sumber PdP yang mudah digunakan oleh murid? Melalui pemerhatian saya, terdapat pelbagai jenis bahan dan sumber PdP yang mudah digunakan oleh murid. Antara bahan dan sumber PdP yang mudah digunakan ialah sudut bacaan. Terdapat pelbagai jenis bahan bacaan yang berbentuk buku cerita, majalah dan sebagainya yang terletak di belakang kelas. Antara kebaikan sudut bacaan tersebut ialah ia dapat memupuk minat murid membaca sekaligus menimba ilmu untuk menambah pengetahuan sendiri. Sudut bacaan yang dihias dengan cantik dan ceria dapat menarik minat murid untuk membaca. Selain itu, terdapat rak buku yang diletakkan di hadapan kelas yang bertujuan untuk menyimpan buku aktiviti dan buku latihan murid-murid. Hal ini supaya berat beg dapat diringankan dan murid-murid tidak perlu membawa balik latihan yang diberikan oleh guru. Antara kebaikannya ialah murid-murid dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru lebih awal, isu tidak membawa atau terlupa membawa buku ke sekolah dapat dikurangkan serta murid mempunyai lebih banyak masa lapang di rumah. Di samping itu, terdapat papan kenyataan di hadapan dan di belakang kelas yang padat dengan info dan nota yang memudahkan murid membuat rujukan. Papan kenyataan di hadapan dilengkapi dengan info seperti jadual kelas, senarai nama pelajar, jadual kebersihan dan lain-lain lagi. Manakala bagi papan kenyataan di belakang kelas, terdapat pelbagai bahan pembelajaran dari pelbagai mata pelajaran telah ditampal bagi membolehkan murid menambah ilmu pengetahuan baharu. Seterusnya, penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) juga dapat menjadi pembelajaran lebih menyeronokkan dan murid dapat
17 meneroka ilmu yang dipelajari dengan lebih mendalam. Penggunaan aplikasi interaktif mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif iaitu murid itu sendiri yang membuat penaakulan terhadap ilmu yang mereka pelajari. Antara aplikasi interaktif yang mudah digunakan ketika sesi PdP ialah, Powerpoint, Wordwall, Youtube, Quizziz dan sebagainya c. Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan TMK? Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, saya dapati terdapat penggunaan bahan TMK sebagai salah satu sumber pembelajaran murid. Antaranya ialah semasa saya memasuki kelas subjek Bahasa Melayu, guru tersebut telah menayangkan lagu berkaitan anggota badan manusia di aplikasi Youtube menggunakan projector visualizer. Semua murid berdiri dan menyanyi bersama-sama sambil melakukan gaya yang ditunjukkan oleh guru di hadapan. Kemudian, beberapa murid dipanggil ke hadapan untuk menyanyi dan melakukan gaya yang telah dipelajari. Oleh itu, jelaslah bahawa pembelajaran menggunakan bahan TMK ini menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan efektif serta mampu menarik minat murid untuk belajar. d. Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran? Melalui pemerhatian dan temu bual yang dijalankan bersama guru-guru, saya dapati bahawa murid-murid di sekolah ini sangat aktif melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Bagi menggalakkan murid bertindak aktif dalam sesi PdP, guru-guru telah melaksanakan aktiviti yang membolehkan murid berkomunikasi, mengeluarkan buah fikiran dan berkolaboratif. Antara aktiviti yang dilakukan ialah seperti pembentangan, persembahan dan soal jawab. Selain itu, apabila murid menyuarakan pendapat mereka, guru-guru perlulah memberi sokongan dan tidak menafikan pendapat mereka. Kata-kata yang membina serta pujian perlu diberikan oleh guru kepada murid-murid dari semasa ke semasa. Hal ini supaya mereka berasa lebih bersemangat untuk menyertai aktiviti PdP yang dijalankan dan lebih yakin untuk menyuarakan pendapat.
18 MAKLUMAT SEKOLAH LOGO SEKOLAH DAN LAGU SEKOLAH VISI,MISI DAN PIAGAM SEKOLAH
19 TADBIR URUS DAN PENGURUSAN
20 PENGURUSAN KURIKULUM
21 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
22 PENGURUSAN KOKURIKULUM
23 PELAN SEKOLAH
24 TAKWIM SEKOLAH SESI 2023/2024
25
26
27 PRASARANA SEKOLAH KEBANGSAAN PETALING 1 Pejabat Sekolah
28 Bilik Mesyuarat Dewan Kantin
29 Koperasi dan surau Bilik SPBT dan Bilik Sukan Bangunan Prasekolah SK Petaling 1&2
30 Kelas Pemulihan Khas Makmal Sains
31 Makmal Komputer Bilik-bilik Darjah
32 Bilik simpanan stok susu bagi murid Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Gelanggang Bola Tampar, Badminton dan Takraw Pondok Bacaan
33 4.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN Sepanjang menjalani pengalaman berasaskan sekolah (PBS), saya telah menggunakan beberapa instrumen pengumpulan data yang sesuai bagi mengumpulkan maklumat. Antara instrumen yang digunakan ialah pemerhatian, senarai semak, temu bual dan soal selidik. Keempat-keempat instrumen yang digunakan ini dapat meningkatkan kemahiran saya mengumpulkan maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan tugasan ini. Hasil maklumat sekolah yang diperolehi telah saya kumpulkan dan hasilnya boleh dilihat pada hasil dapatan maklumat sekolah. 4.1 Pemerhatian Semasa berada di SK Petaling 1 bagi melaksanakan PBS, saya telah menggunakan kaedah pemerhatian bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan sekolah tersebut. Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, saya dapat mengambil gambar prasarana dan kemudahan yang terdapat di sekolah tersebut. Antaranya ialah gambar berkaitan bangunan sekolah, kantin, bilik-bilik darjah, masjid, dewan sekolah dan lain-lain lagi. Setelah melakukan pemerhatian selama 2 minggu, saya dapati terdapat banyak kelemahan terutama sekali terhadap kemudahan di sekolah. Oleh kerana terdapat dua sekolah di dalam satu kawasan iaitu SK Petaling 1&2, terdapat banyak kemudahan sekolah yang mereka kongsi seperti dewan, surau, gelanggang permainan bola tampar, takraw dan badminton. Sekolah ini juga tidak mempunyai padang yang menyukarkan murid-murid untuk melakukan aktiviti sukan dan kokurikulum. Selain itu, prasarana lain seperti bilik darjah juga tidak mencukupi bagi jumlah murid yang ramai. Setiap darjah mempunyai tiga kelas dan setiap kelas mempunyai purata murid seramai 36 orang. Saiz kelas juga mengehadkan susun atur meja yang bersesuaian dengan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) . Kebanyakan kelas masih menggunakan susun atur meja yang lama iaitu susunan menghadap papan putih dan murid duduk secara berduadua. Namun begitu, prasarana lain berada dalam keadaan baik dan mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Selain itu, landskap sekolah berada dalam keadaan yang memuaskan dan kawasannya ceria kerana terdapat banyak tanaman di sekeliling sekolah yang mampu mewujudkan suasana ceria di sekolah. Terdapat juga mural yang dilukis di dinding bangunan prasekolah, dinding bilik guru dan di bahagian surau.
34 Di samping itu, saya turut melakukan pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah ini. Guru-guru di sekolah ini amat komited dalam melakukan tugas mereka semasa mengajar dan menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Setiap isi pelajaran dirancang dengan sangat teliti bagi memastikan proses PdP berjalan dengan lancar dan berkesan kepada setiap murid. Guru-guru juga menggunakan pelbagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) bagi memastikan proses PdP lebih menyeronokkan bagi murid-murid. 4.2 SENARAI SEMAK Instrumen kedua iaitu senarai semak telah digunakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan prasarana sekolah, kurikulum dan kokurikulum sekolah. Senarai semak ini dilakukan dengan menyediakan jadual yang mempunyai perkara yang ingin diketahui berkaitan sekolah. Berikut merupakan jadual senarai semak berkaitan dengan pengurusan dan prasarana sekolah.
35 SENARAI SEMAK BIL PERKARA ADA TIADA CATATAN Pengurusan dan Organisasi Sekolah 1.1 Pelan Fizikal Sekolah / 1.2 Carta Organisasi Sekolah / 1.3 Takwim Sekolah / Prasarana Sekolah 2.1 Kemudahan Sekolah: • Dewan / • Surau / • Kantin / • Bilik Pemulihan / • Makmal Komputer / • Perpustakaan / • Padang / • Tandas / • Pondok Keselamatan / • Bilik Mesyuarat / • Pejabat Sekolah / • Bilik Guru / • Bilik Tayangan / • Bilik BBM / • Bilik Muzik / • Blok Akademik / • Koperasi / • Bilik Kesihatan / • Bilik Kaunseling / • Bilik SPBT / • Bilik RBT / • Makmal Sains / • Pondok / 2.2 Rukun negara /
36 2.3 Visi dan misi sekolah / 2.4 Bilik Darjah / • Ruangan belajar / • Papan Kenyataan / • Kerusi dan Meja (guru dan murid) / • Papan Putih / • Kipas dan Lampu / Kokurikulum 3.1 Peralatan Sukan / 3.2 Kelengkapan Prasarana sukan / 4.3 Temu Bual Selain itu, kaedah temu bual turut digunakan bagi melaksanakan tugasan ini. Saya telah menemu bual beberapa orang responden seperti Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Panitia Bahasa Melayu, guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah. Saya telah mengemukakan beberapa soalan berkaitan dengan kehendak tugasan. Kerjasama yang diberikan oleh setiap responden amatlah baik dan mereka amat membantu dalam memberi jawapan yang bertepatan dengan kehendak soalan. Selain itu, mereka turut memberikan nasihat dan tunjuk ajar yang berguna kepada saya semasa melakukan temu bual. 4.4 Soal Selidik Akhir sekali, saya telah menggunakan kaedah soal selidik kepada beberapa orang murid berkaitan dengan suasana pembelajaran di sekolah. Kaedah ini telah membantu saya mendapat maklumat tambahan mengenai sekolah yang dipilih.
37 BORANG SOAL SELIDIK MURID Nama:____________________________________________________________ Kelas:____________________________ Sila tandakan (/) pada salah satu pernyataan berikut: 1. YA 2. TIDAK BIL ASPEK YA TIDAK 1) Saya suka datang ke sekolah setiap hari. 2) Saya mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh sekolah. 3) Kemudahan asas di sekolah saya lengkap. 4) Saya memahami apa yang diajar oleh guru sepanjang proses PdP. 5) Saya sentiasa menghadiri kokurikulum sekolah. 6) Guru-guru bersikap baik dan penyayang. 7) Saya sentiasa menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolah. 8) Tandas sekolah saya bersih dan selesa. 9) Harga makanan di kantin murah dan sedap. 10) Saya tidak boleh fokus ketika di dalam kelas kerana persekitaran yang bising.
38 5.0 Kolaboratif Saya juga telah melaksanakan kolaboratif bersama beberapa kakitangan sekolah sepanjang saya berada di sekolah tersebut. Kolaboratif ini telah dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat yang lebih mendalam berkaitan sekolah justeru meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan pihak lain. Setiap rekod kolaboratif telah saya lampirkan di hujung tugasan ini. Antara lampiran perbincangan tersebut adalah dengan : 5. 1 Perbincangan dengan Penolong Kanan Pentadbiran 5. 2 Perbincangan dengan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 5. 3 Perbincangan dengan Penolong Kanan Kokurikulum 5. 4 Perbincangan dengan Guru Panitia Bahasa Melayu 5. 5 Perbincangan dengan Penyelia Kantin Sekolah 5. 6 Perbincangan dengan Pengawal Keselamatan Sekolah 5. 7 Interaksi dengan Murid
39 LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 16.06.2023 Masa : 1.30 p.m. – 2.00 p.m . Tajuk / Perkara : PENGURUSAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Sudah berapa lama puan uruskan RMT di sekolah ini? Saya sudah menguruskan kantin sekolah ini selama 4 tahun bermula dari tahun 2020 sehinggi kini. 2. Adakah menu makanan RMT sama atau berlainan setiap hari dan apakh contoh makanan yang disediakan kepada murid-murid? Makanan yang disediakan adalah berlainan pada setiap hari. Misalnya, nasi ayam pada hari isnin, bihun sup pada hari selasa, nasi lemak bersama telur rebus pada hari rabu, bihun goreng pada hari khamis dan nasi putih bersama ayam padprik pada hari jumaat. Kemudian, mereka juga mendapat buah-buahan dan air mineral. 3. Bagaimana puan pastikan bahawa setiap murid mendapat makanan pada setiap hari? Pihak kantin hanya menyediakan makanan tetapi terdapat guru bertugas yang akan memastikan setiap murid merndapat makanan mereka. 4. Adakah menu ditentukan oleh pihak kantin sendiri? Tidak. Setiap menu telah diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada sekolah supaya murid-murid mendapat makanan yang seimbang dan berkhasiat. • Saya mencadangkan supaya pihak kantin sekolah tidak menjual makanan yang tidak berkhasiat kepada murid-murid.
40 LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 21.06.2023 Masa : 10.15 a.m. – 10.35 a.m. Tajuk / Perkara : BIDANG TUGAS PENGAWAL KESELAMATAN Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Apakah bentuk tugas sebagai seorang pengawal keselamatan? Antara tugas saya sebagai pengawal keselamatan ialah menjaga keselamatan murid sekolah, memastikan murid keluar dan masuk sekolah dengan kebenaran bertulis. 2. Apakah yang perlu dilakukan apabila terdapat pelawat yang datang untuk masuk ke kawasan sekolah? Sekiranya pelawat tersebut merupakan ibu bapa, saya akan memastikan mereka meletakkan kenderaan di luar kawasan sekolah. Kemudian, mereka diminta untuk menulis nama di dalam buku rekod keluar masuk dan mereka diberikan pas untuk memasuki kawasan sekolah. • Saya mencadangkan supaya jumlah pengawal keselamatan ditambah supaya keselamatan sekolah dan pelajar lebih terjamin.
41 LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 19.06.2023 Masa : 1.30 p.m. – 2.00 p.m. Tajuk / Perkara : Bidang Tugas Penolong Kanan Pentadbiran Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Sudah berapa lama puan berkhidmat sebagai GPK1 di sini? Sudah 8 tahun sejak 2015. 2. Apakah bidang tugas sebagai GPK 1? Antara bidang tugas PK Pentadbiran ini ialah menguruskan hal ehwal pentadbiran, kurikulum dan sumber manusia iaitu dari segi kakitangan sekolah. 3. Apakah usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah bagi meningkatkan tahap pencapaian akademik murid? Sebelum pemansuhan UPSR, sekolah banyak menjalankan bengkel-bengkel bagi mata pelajaran teras. Namun, semenjak UPSR dimansuhkan, banyak program yang dianjurkan bagi mata pelajaran teras bagi meningkatkan kemahiran murid dalam subjek-subjek tersebut. 4. Apakah kesan pemansuhan UPSR terhadap murid-murid? Mereka menjadi kurang bersemangat untuk belajar kerana tiada target yang perlu dicapai. Namun begitu, bagi membolehkan mereka untuk memasuki sekolah berasrama penuh, penilaian PBD perlu mencapai tahap yang tinggi iaitu 6 atau sekurang-kurangnya 4. • Saya mencadangkan supaya pihak sekolah mengadakan banyak lagi programprogram atau aktiviti yang mampu membangunkan potensi murid-murid. • Pihak sekolah haruslah cakna tehadap keadaan prasarana sekolah supaya isu yang timbul dapat diselesaikan dengan segara. Hal ini kerana, persekitaran pembelajaran yang kondusif penting supaya murid berasa seronok dan selesa untuk belajar. 5. Dalam mencapai matlamat TS25, apakah usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah? Kami berfokuskan kepada pembinaan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Namun begitu, disebabkan oleh peruntukan yang tidak mencukupi, objektif sekolah untuk menggunakan peranti digital secara meluas masih belum dicapai. Selain itu, capaian internet juga tidak memuaskan di kawasan sekolah yang menyukarkan penggunaan bahan digital. TS25 juga mementingkan tentang kemenjadian murid. Oleh itu, bagi
42 mencapai objekif tersebut, guru-guru terlebih dahulu harus mempunyai kualiti yang cemerlang. Pihak sekolah telah mengadakan banyak bengkel berkaitan TS25 kepada guru-guru supaya dapat meningkatkan prestasi murid-murid.
43 LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 22.06.2023 Masa : 11.45 a.m.- 12.15 p.m. Tajuk / Perkara : Pembelajaran Murid Dalam Subjek Bahasa Melayu Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Sudah berapa lama puan berkhidmat di sekolah ini? Saya sudah berkhidmat selama 15 tahun sebagai guru bahasa melayu dan kini merupakan ketua panitia bagi subjek ini. 2. Bagaimana Pentaksiran Bilik Darjah dilaksanakan di dalam kelas? Seperti yang kita tahu, PBD ini merupakan penilaian yang dilakukan kepada murid-murid secara menyeluruh iaitu ketika mereka di dalam bilik darjah. Penilaian ini dibuat secara menyeluruh oleh guru melalui kaedah pemerhatian, penulisan, lisan dan latihan. Oleh itu, guru-guru perlu memastikan setiap murid berjaya mencapai tahap cemerlang mengenai sesuatu kemahiran yang diajarkan. Sebagai contoh, terdapat murid yang hanya mencapai Tahap 2 dalam sesuatu kemahiran. Oleh itu, guru perlu memastikan murid tersebut berjaya mencapai tahap yang sepatutnya dengan melakukan aktiviti pemulihan manakala murid yang sudah mahir diberi aktiviti pengayaan. 3. Apakah contoh aktiviti/program yang dilaksanakan oleh pihak Panitia Bahasa Melayu bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu muridmurid? Kami telah menyediakan banyak aktiviti sepanjang tahun bagi semua murid. Terdapat juga kemahiran yang difokuskan bagi setiap darjah. Misalnya, bagi meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur murid Tahun 1atau 2, pihak sekolah telah mengadakan pertandingan bercerita dan bersajak. Selain itu, telah dilaksanakan”Bulan Bahasa Melayu” pada bulan Mei yang lalu yang menggalakkan murid untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak panitia seperti bersyair, berpantun, bercerita dan menulis cerpen. Pada akhir bulan tersebut, pemenangpemenang akan menerima hadiah sebagai tanda menghargai hasil usaha mereka. • Saya mencadangkan agar pihak sekolah mengadakan bengkel-bengkel untuk guru supaya mereka dapat menguasai kemahiran mengajar murid-murid.
44 LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 22.06.2023 Masa : 1.30 p.m.-1.45 p.m. Tajuk / Perkara : Pengurusan Kokurikulum Sekolah Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Sudah berapa lama puan berkhidmat di sini? Baru 2 tahun sahaja. 2. Apakah bidang tugas puan sebagai GPK Kokurikulum? Terdapat 2 bahagian yang diuruskan iaitu kokurikulum dan sukan. Kokurikulum melibatkan unit beruniform, sukan dan Ko Akademik. Manakala sukan pula melibatkan aktiviti seperti sukan sekolah, merentas desa dan lain-lain lagi. 3. Bagaimana pihak sekolah memastikan objektif Dasar 1 Murid 1Sukan tercapai? Murid-murid diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum. Hal ini kerana penglibatan diri dalam aktiviti kokurikulum adalah sama penting dengan kurikulum. Markah PAJSK akan diambil dan ia sangat penting kepada murid yang berkeinginan untuk memasuki sekolah berasrama penuh. Selain itu, murid-murid juga digalakkan menyertai pertandingan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Misalnya, pada awal bulan Julai, akan diadakan banyak pertandingan sukan seperti bola tampar, bola baling, takraw dan bola jaring. 4. Apakah cabaran yang dihadapi sepanjang menguruskan kokurikulum sekolah ini? Antara cabarannya ialah ibu bapa murid itu sendiri. Terdapat segelintir ibu bapa yang enggan menghantar anak menyertai aktiviti kokurikulum berkaitan cuaca panas dan ada sesetengah murid yang dihantar ke sekolah agama pada waktu petang menyebabkan mereka tidak boleh menghadiri aktiviti kokurikulum. • Saya mencadangkan agar pihak sekolah mengadakan suatu sesi ceramah atau program bagi ibu bapa berkaitan dengan kepentingan kurikulum dan kokurikulum.
45 LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 22.06.2023 Masa : 1.30 p.m.-1.45 p.m. Tajuk / Perkara : Pengurusan Hal Ehwal Murid Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Sudah berapa lama encik berkhidmat di sini? Baru satu tahun sahaja. 2. Apakah bidang tugas seorang PK HEM? Tugas saya terbahagi kepasa 3 bahagian utama iaitu murid, ibu bapa serta kebajikan sekolah seperti disiplin, keselamatan dan sebagainya. 3. Apakah antara program yang dijalankan bagi menjaga kebajikan murid di sekolah? Kebanyakan program adalah berbentuk bantuan darpiada pihak kerajaan seperti bantuan awal persekolahan, kumpulan wang amanah pelajar, baitulmal dan program gerobok rezeki. Program gerobok rezeki ini telah dijayakan oleh badanbadan NGO melalui Majlis Guru Besar yang terlibat bagi meringankan beban murid-murid yang kurang berkemampuan. 4. Apakah cabaran yang dihadapi dan langkahlankah bagi mengatasi masalah tersebut? Antara masalah yang dihadapi adalah berkaitan dengan isu yang berbangkit dari ibu bapa terutama sekali masalah disiplin murid seperti isu menghisap ’vape’ Selain itu, terdapat juga kes yang melibatkan salah laku guru terhadap murid iaitu mengenakan hukuman yang teruk kepada murid-murid sehingga menjadi kes polis. Apabila perkara-perkara tersebut berlaku, pihak sekolah perlu sentiasa peka dan bertindak dengan segera bagi menangani masalah tersebut dengan cara berhemah. Jika tiada tindakan dilakukan, sekolah akan dikenakan tindakan oleh pihak PPD. • Saya mencadangkan agar pihak sekolah memperketatkan lagi peraturan sekolah dan mengenakan hukuman yang tidak memudaratkan terhadap kesalahan yang dilakukan. • Pihak sekolah juga perlu banyak melaksanakan program yang dapat meningkatkan jati diri murid.
46 5.7 INTERAKSI BERSAMA MURID (SOAL SELIDIK)
47 Menerusi kaedah soal selidik, saya telah menjalankan soal selidik bersama murid tahun 5 Platinum. Seramai 5 orang murid yang telah dipilih bagi menjawab soalan yang terdapat dalam borang tersebut. Borang soal selidik ini dibentuk bagi memperoleh maklumat berkaitan pengalaman keseluruhan murid ketika berada di sekolah. Berdasarkan jawapan yang diberikan, kelima-lima responden menunjukkan bahawa suasana pembelajaran di sekolah tersebut adalah selesa dan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dijalankan oleh guru adalah berkesan. Walau bagaimanapun, penambahbaikan dari segi kemudahan sekolah haruslah diambil cakna oleh pihak pengurusan sekolah.
48 6.0 ILMU/ PENGETAHUAN BARU MELALUI KAEDAH Pengalaman berasaskan sekolah (PBS) merupakan satu program yang wajib dilakukan oleh semua guru pelatih yang bakal menjadi seorang pendidik pada masa hadapan kelak. Tujuan utama program ini dijalankan ialah untuk memberi pendedahan awal kepada guru pelatih tentang alam persekolahan melalui perspekftif seorang guru. Melalui program PBS ini, guru pelatih dapat memahami bagaimana pengurusan sekolah dilakukan, pengurusan bilik darjah oleh guru-guru serta tingkah laku murid di sekolah. Setiap perkara tersebut dapat diperolehi melalui pelbagai kaedah seperti pemerhatian, soal selidik serta interaksi dengan pihak guru, murid dan komuniti sekolah yang lain. 6.1 Pemerhatian Melalui pemerhatian saya sepanjang dua minggu berada di sekolah, saya mendapat banyak pengalaman berkenaan dengan suasana dan budaya yang diamalkan di sekolah tersebut. Pihak pengurusan sekolah menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dalam memastikan setiap keperluan sekolah dan murid dipenuhi dengan baik. Selain itu, guruguru di sekolah tersebut amat tekun dalam melaksanakan tugasan kerana mereka tiada masa untuk berbual-bual di dalam bilik guru. Hal ini menunjukkan guru-guru di sekolah tersebut melakukan tugas dengan amat bertanggungjawab dan sikap tersebut akan saya jadikan sebagai contoh. Di samping itu, saya juga dapat mempelajari bagaimana sesebuah sesi PdP itu dijalankan oleh guru-guru. Melalui pemerhatian ini, saya dapat mengetahui cara guru-guru mengawal murid-murid supaya mereka fokus dan tidak mengganggu proses PdP yang sedang dijalankan. Guru-guru bersikap amat tegas semasa berhadapan dengan murid-murid supaya mereka menghormati guru semasa sedang mengajar. Dalam pada itu, saya juga dapat mempelajari tentang cara program dilaksanakan oleh guru dan tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh setiap guru bagi memastikan program yang dirancang berjalan dengan lancar. Pengurusan program juga amat cekap kerana sepanjang saya berada di sana, terdapat beberapa program yang telah dijalankan di bawah setiap unit pentadbiran iaitu kurikulum, hal ehwal murid serta kokurikulum.
49 6.2 Senarai Semak Kaedah senarai semak telah saya gunakan bagi membantu saya memperoleh maklumat berkaitan sekolah dengan lebih tersusun. Melalui kaedah ini, saya dapati bahawa masih terdapat beberapa kemudahan sekolah yang masih belum mencukupi. Namun begitu, pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh pihak sekolah bagi menangani masalah tersebut. 6.3 Temu Bual Kaedah temu bual merupakan salah satu cara mendapatkan maklumat dengan lebih teliti dan berkesan. Sesi temu bual yang dijalankan membantu saya mengetahui lebih banyak tentang peranan pihak sekolah dalam memastikan kemenjadian murid dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial murid. Melalui kaedah temu bual, dapat saya pelajari bahawa penyediaan bahan yang rapi amat penting bagi memastikan proses soal jawab itu berjalan dengan lancar. Selain itu, penyediaan soalan amat penting supaya jawapan yang diberikan responden bertepatan dengan kehendak tugasan serta dapat mengelakkan suasana janggal dan ketidaklancaran semasa sesi temu bual yang dijalankan. Terdapat beberapa kemahiran yang telah saya perolehi semasa sesi temu bual ini. Antaranya ialah kemahiran berkomunikasi. Hal ini kerana, saya merupakan seorang yang pemalu dan susah untuk memulakan perbualan dengan orang lain. Namun, semasa melakukan tugasan ini saya telah berusaha untuk bergaul dan berinteraksi dengan pihak lain yang terdiri daripada pihak pengurusan sekolah, guru-guru dan murid-murid di sekolah tersebut. Saya turut mempelajari cara untuk berkomunikasi dengan orang lain secara bersopan santun dan mengamalkan nilai-nilai murni semasa sesi temu bual supaya mereka berasa selesa dan dapat membantu saya dengan hati yang rela. Pihak pengurusan sekolah, guru-guru, murid-murid dan komuniti sekolah memberikan kerjasama yang sangat baik semasa melaksanakan PBS di sana. Setiap kakitangan sekolah bersedia untuk membantu saya ketika saya memerlukan bantuan mereka. Kerjasama baik yang diberikan menyebabkan urusan saya memperoleh data dan maklumat menjadi mudah dan lancar.