50 7.0 REFLEKSI LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu/ perkara yang difokuskan: Mengganti kelas mata pelajaran bahasa melayu di kelas 6 Platinum. 2. Analisis Isu/ Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan: • Terdapat murid yang aktif dan memberi respon baik semasa aktiviti berlangsung. • Murid amat bersemangat dan ceria ketika melakukan aktiviti. • Murid mengikut arahan guru dengan baik. 2.2 Kelemahan: • Terdapat segelintir murid yang membuat bising dan tidak mahu terlibat dengan aktiviti. • Terdapat murid yang pasif dan tidak mahu bercakap. • Murid tidak mahu bertanya apabila tidak memahami sesuatu. 3. Cadangan penambahbaikan: • Guru perlu peka terhadap kemampuan setiap murid di dalam kelas. • Guru perlu bersikap adil supaya murid berasa lebih bermotivasi dan berkeyakinan untuk menjawab soalan. • Guru perlu menggunakan pelbagai teknik untuk menarik perhatian supaya semua murid dapat terlibat.
51 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu/ perkara yang difokuskan: Temu bual dan perbincangan dengan Penolong Kanan Kokurikulum. 2. Analisis Isu/ Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan: • Dapat berkomunikasi dengan berkesan dengan pihak pengurusan Sk Petaling 1. • Sangat mesra dan memberi respon baik terhadap soalan yang dberikan. • Banyak maklumat berkaitan pengurusan kokurikulum sekolah yang dapat diperolehi. 2.2 Kelemahan: • Terdapat beberapa soalan yang tidak dijawab dengan jelas. 3. Cadangan penambahbaikan: • Soalan- soalan yang disediakan mestilah lebih jelas dan tepat yang mendorong kepada skop yang ingin ditanya.
52 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu/ perkara yang difokuskan: Pengendalian latihan sukan bagi persediaan MSSD 2. Analisis Isu/ Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan: • Setiap murid melakukan latihan dengan gigih dan bersungguh-sungguh. • Guru sentiasa memantau dan melatih murid dari semasa ke semasa. 2.2 Kelemahan: • Kekurangan gelanggang permainan menyukarkan murid membuat latihan. • Ruang untuk melakukan aktiviti sukan amatlah terhad. 3. Cadangan penambahbaikan: • Pihak sekolah perlu mengambil inisiatif menambah gelanggang permainan supaya murid lebih selesa untuk melakukan aktiviti sukan.
53 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu/ perkara yang difokuskan: Temu bual dan perbincangan bersama Ketua Panitia Bahasa Melayu 2. Analisis Isu/ Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan: • Respon yang diberikan amat baik semasa temu bual. • Terdapat banyak maklumat yang diperoleh berkaitan dengan pengurusan bilik darjah dan program-program yang dilaksanakan berkaitan mata pelajaran Bahasa Melayu. 2.2 Kelemahan: • Mengganggu masa rehat responden. 3. Cadangan penambahbaikan: • Janji temu perlu dibuat terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan pihak responden.
54 8.0 LAPORAN AKHIR Pada bulan Jun iaitu antara 12 Jun 2023 hingga 23 Jun 2023, Saya mewakili Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah di Sekolah Kebangsaan Petaling 1 yang bertempat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebelum saya meneruskan laporan ini, ingin saya ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang sekolah ini. Sk Petaling 1 mempunyai jumlah murid yang ramai iaitu seramai 688 orang murid yang terdiri daripada murid yang kebanyakannya berbangsa Melayu, India dan lain-lain. Bilangan guru pula ialah seramai 41 orang. Berdasarkan hasil temu bual, saya dapati bahawa sekolah ini kekurangan guru Bahasa Melayu, Pendidikan Seni Visual dan Matematik namun bilangan guru Pendidikan Islam adalah mencukupi. Sepanjang saya menjalani PBS di sini, saya dapat melihat perkembangan positif dalam diri saya. Antara perkembangan positif tersebut ialah dari segi keyakinan diri. Semasa berada di sekolah ini, saya telah berusaha untuk bergaul dengan guru-guru, murid-murid serta warga sekolah yang lain. Saya berasa lebih yakin untuk bergaul dengan orang dari pelbagai latar belakang. Warga sekolah tersebut juga amat ramah dan mesra serta memberikan kerjasama yang terbaik dalam membantu saya melaksanakan tugasan. Saya juga belajar untuk memahami tingkah laku dan perwatakan murid-murid bagi memperbaiki kemahiran berinteraksi dengan mereka. Selain itu, saya juga dapat mempelajari cara untuk mengawal kelas dengan betul serta dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang sesuai dijalankan bagi memastikan murid berada dalam keadaan terkawal. Seterusnya, saya turut melibatkan diri dalam melatih murid untuk ke pertandingan permainan bola tampar peringkat daerah. Hal ini kerana, saya pernah mewakili sekolah dalam permainan tersebut dan guru-guru pembimbing memberi saya peluang melatih murid-murid yang terlibat. Di samping itu, saya turut mengikuti guru pembimbing Bahasa Melayu iaitu Puan Anita Binti Johor ke kelas bagi memerhatikan bagaiman proses PdP Bahasa Melayu dijalankan. Dengan pengalaman tersebut, dapat saya jadikan cara pengajaran beliau sebagai contoh apabila sudah bergelar guru pada masa hadapan. Saya juga membuat pemerhatian prasarana di sekolah tersebut. Melalui temubual yang saya laksanakan bersama pihak pengurusan, terdapat banyak kekurangan dari segi prasarana sekolah. Antaranya ialah ketiadaan padang di sekolah tersebut yang menyebabkan aktiviti sukan sukar untuk dilakukan dan mereka terpaksa melakukan aktiviti sukan di kawasan letak kenderaan. Selain itu, isu berkaitan makmal komputer juga tidak diselesaikan sehingga sekarang iaitu isu berkaitan capaian internet yang lemah serta terdapat kerosakan komputer yang tidak diselenggara sehingga sekarang. Walau bagaimanapun, baru-baru ini
55 pihak sekolah telah menerima beberapa komputer baharu dari pihak kerajaan. Selain daripada itu, infrastruktur lain masih berada dalam keadaan baik dan ceria. Terdapat banyak tanaman dan pokok-pokok bunga yang menyerikan persekitaran sekolah. Keperluan bahan di dalam kelas juga lengkap dan susun atur kerusi dan meja juga mengikuti cara Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK21) walaupun masih terdapat kelas yang mengekalkan susun atur tempat duduk yang lama disebabkan oleh jumlah murid yang terlalu ramai dan ruang yang terhad. Dengan ini, saya membuat kesimpulan bahawa persekitaran pembelajaran memainkan peranan penting bagi memastikan murid selesa dan seronok untuk ke sekolah. Selain itu, sepanjang dua minggu di sini,pihak sekolah amat aktif melaksanakan pelbagai program yang bertujuan meningkatkan kemahiran murid dalam pelbagai bidang. Antara contoh program yang dilaksanakan ialah Program Bulan Science, technology, engineering, and mathematics (STEM) yang dianjurkan di bawah panitia Matemaik dan Sains. Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan seperti aktiviti menanam pokok, aktiviti membina sistem solar dan lain-lain lagi. Selain itu, terdapat juga program bersempana Bulan Bahasa Melayu yang dijalankan bagi meningkatkan kemahiran Bahasa Melayu murid-murid. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah mereka cerpen, mencari makna perkataan, menulis tulisan berangkai dan sebagainya. Kesimpulannya, PBS ini telah memberikan saya banyak pengalaman dan pengetahuan mengenai budaya sekolah, organisasi sekolah serta cara untuk menjadi seorang guru yang berkualiti tinggi bagi mendidik anak bangsa pada masa hadapan. Pengalaman ini turut memberikan saya gambaran mengenai tugas-tugas yang perlu saya lakukan apabila telah bergelar seorang guru nanti. Hal ini menjadikan saya lebih bersedia menghadapi tugasan yang bakal diterima serta dapat menjadi seorang yang berkebolehan dalam banyak perkara.
56 LAMPIRAN REKOD TEMUBUAL BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH Temu bual bersama PK Pentadbiran Temu bual bersama PK HEM Temu bual bersama PK Kokurikulum Temu bual bersama guru Bahasa Melayu Murid menjawab borang soal selidik Temu bual bersama pengawal keselamatan
57 Temu bual bersama pengusaha kantin sekolah PROGRAM-PROGRAM YANG DILAKSANAKAN PIHAK SEKOLAH PELANCARAN BULAN STEM PROGRAM NILAM DAN KEMPEN GALAKAN MEMBACA
58 PROGRAM BULAN BAHASA MELAYU PROGRAM GEROBOK REZEKI PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
59 PROGRAM MISI SIHAT YAKULT 2023 “MURID SIHAT CEMERLANG SUKAN” PEMERHATIAN SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) OLEH GURU BAHASA MELAYU
60
61
62