1
2
3
4 ISI KANDUNGAN TEMA MUKA SURAT Kata Alu-aluan 2 Format Pentaksiran Bahasa Melayu SVM 3 Nota Penanda Wacana Karangan 5 - 11 Tema 1: Kesihatan dan Kebersihan 12 - 19 Tema 2: Keselamatan 20 - 24 Tema 3: Perpaduan 25 - 28 Tema 4: Kebudayaan, Kesenian, dan Estetika 29 - 33 Tema 5: Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan 34 - 37 Tema 6: Sains, Teknologi dan Inovasi 38 - 41 Tema 7: Alam Sekitar dan Teknologi Hijau 42 - 46 Tema 8: Pertanian, Penternakan dan Perikanan 47 - 51 Tema 9: Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan 52 - 56 Tema 10: Pelancongan 57 - 60 Tema 11: Sejarah dan Warisan 61 - 65 Tema 12: Sukan dan Rekreasi 66 - 70 Tema 13: Perindustrian 71 - 75 Tema 14: Pendidikan 76 - 80 Tema 15: Bahasa dan Kesusasteraan 81 - 84 Tema 16: Kerjaya 85 - 89 Tema 17: Integriti 90 - 93 Tema 18: Pentadbiran dan Politik 94 - 98
5
6
7
8
9
10
11
12 Grafik di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan kebersihan. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang tanggungjawab menjaga kebersihan. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. TEMA 1: KESIHATAN DAN KEBERSIHAN BAHAGIAN A: KARANGAN BAHAN RANGSANGAN
13 SKEMA JAWAPAN Pendahuluan: ⚫ Kebersihan perlu sentiasa diutamakan oleh seseorang ⚫ Kebersihan akan membawa kepada kebahagiaan hidup dan dituntut oleh agama. Isi Karangan: Bahan 1: Poster ⚫ Tanggungjawab menjaga kebersihan mestilah dijalankan bersama. ◼ Kesepakatan kerja yang dilakukan menjadi lebih mudah dan cepat ◼ tidak membabitkan kos yang tinggi. Setiap individu hanya menyumbang sedikit tenaga sahaja ◼ Bergotong royong ◼ Kerja menjadi lebih efektif Bahan 2: Petikan ⚫ Tanggungjawab setiap individu ◼ Kesedaran individu sangat penting untuk menjamin kebersihan ◼ Mesti memahami peranan masing-masing dalam usaha menjaga kebersihan dalam segenap aspek ◼ Kebersihan diri, rumah dan persekitaran ◼ Kelestarian alam sekitar akan terpelihara dan hidup akan sentiasa dalam keadaan bersih dan sihat. Bahan 3: Poster ⚫ Pertandingan boleh diadakan untuk memastikan sesuatu kawasan itu dalam keadaan bersih ◼ Masyarakat akan cakna terhadap tanggungjawab dan komitmen menjaga kebersihan ◼ Diadakan di pelbagai peringkat yang membabitkan kampung, pekan dan bandar ◼ Penganjuran Pertandingan Kampung Tercantik, Pertandingan Lamanku Cantik dan sebagainya ◼ Orang ramai akan berusaha menjaga kebersihan kawasan kediaman mereka Penutup: ⚫ Kebersihan dalam pelbagai aspek menjadi tanggungjawab bersama ◼ Komitmen pelbagai pihak ◼ Kebersihan tunjang kebahagiaan hidup ◼ Cerdik pandai ada mengatakan “kebersihan adalah dua pertiga daripada kesihatan” TEMA 1: KESIHATAN DAN KEBERSIHAN
14 Petikan akhbar di atas menyatakan terdapat peningkatan kes kegemukan dalam kalangan rakyat Malaysia. Menyedari hal ini, pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjalankan pelbagai inisiatif bagi menyedarkan masyarakat berkaitan risiko ini. Bincangkan. Pendahuluan ….………….. ialah keadaan berlebihan berat badan akibat pengumpulan lemak dalam badan seseorang. Tisu-tisu lemak yang berlebihan di bawah kulit akan mengundang pelbagai jenis……………….. . Lebih merisaukan apabila lemak-lemak yang tidak diperlukan ini mengganggu fungsi organ di dalam badan. Menyedari hal ini, pelbagai langah telah diambil oleh……………………………………………………................... untuk menyedarkan masyarakat mengenainya. Masalah berat badan berlebihan dalam kalangan rakyat Malaysia mencecah 29.4 peratus dan kegemukan pula sebanyak 15.1 peratus. Bilangan rakyat Malaysia yang gemuk akan terus meningkat, jika tiada usaha bersungguh-sungguh dilakukan masyarakat bagi mengurangkan berat badan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Sebagai langkah proaktif mengatasi isu kegemukan ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mempromosikan gaya hidup sihat melalui berjalan 10 000 langkah sehari. Sumber : Dipetik daripada ‘Fokus Kecergasan Masyarakat Bandar Elak Masalah Obesiti’ Prof Dr Ahmad Ismail, [email protected], 21 Februari 2018 BAHAGIAN B: KARANGAN RESPONS TERBUKA DOMAIN AWAM TEMA 1: KESIHATAN DAN KEBERSIHAN
15 Isi 1 Antara langkah yang dilaksanakan oleh klinik-klinik kerajaan adalah dengan mewujudkan Klinik Obesiti. Mengapa Inisiatif ini diwujudkan bagi merawat masyarakat yang mempunyai masalah obesiti secara berfokus sebagaimana Klinik Diabetis yang berfungsi di klinikklinik kerajaan dan hospital. Bagaimana Klinik Obesiti ini menggunakan kaedah kaunseling dan sesi bimbingan makanan dan senaman secara terus kepada pesakit obesiti melalui pantauan oleh pegawai yang berpengalaman dan berkaliber. Contoh/Kesan Berdasarkan kajian yang dibuat, biarpun masih ramai ahli yang malu untuk hadir ke sesi sebegini, namun tetap terdapat segelintir yang telah sedar dan berjaya dibantu. Ungkapan Bagi sesetengah pesakit yang dibantu, mereka berjaya menyelesaikan masalah kesihatan mereka sebelum kudis menjadi tokak. Penegas Maka, jelaslah bahawa Klinik Obesiti yang diwujudkan berjaya meningkatkan kesedaran segelintir masyarakat tentang bahaya penyakit ini. Isi 2 Selain itu, KKM juga telah melancarkan kempen-kempen kesihatan melalui iklan-iklan di media massa bagi menyedarkan masyarakat. Mengapa Bagaimana Contoh/Kesan Ungkapan Penegas
16 Isi 3 Mengapa Bagaimana Contoh/Kesan Ungkapan Penegas Isi 4 Mengapa Bagaimana Contoh/Kesan Ungkapan Penegas Penutup Penegasan Kesimpulannya, memang KKM telah melaksanakan pelbagai usaha untuk menyedarkan masyarakat tentang keburukan obesiti di samping menggalakkan amalan gaya hidup sihat. Cadangan Masyarakat sewajarnya menyokong penuh Harapan Semoga usaha KKM Ungkapan Marilah kita bersatu hati, berpimpin tangan, dan sehati sejiwa merealisasikan impian murni ini.
17 SKEMA JAWAPAN Pendahuluan Obesiti ialah keadaan berlebihan berat badan akibat pengumpulan lemak dalam badan seseorang. Tisu-tisu lemak yang berlebihan di bawah kulit akan mengundang pelbagai jenis penyakit. Lebih merisaukan apabila lemak-lemak yang tidak diperlukan ini mengganggu fungsi organ di dalam badan. Menyedari hal ini, pelbagai langah telah diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyedarkan masyarakat mengenainya. Isi 1 Antara langkah yang dilaksanakan oleh klinik-klinik kerajaan adalah dengan mewujudkan Klinik Obesiti. Mengapa Inisiatif ini diwujudkan bagi merawat masyarakat yang mempunyai masalah obesiti secara berfokus sebagaimana Klinik Diabetis yang berfungsi di klinikklinik kerajaan dan hospital. Bagaimana Klinik Obesiti ini menggunakan kaedah kaunseling dan sesi bimbingan makanan dan senaman secara terus kepada pesakit obesiti melalui pantauan oleh pegawai yang berpengalaman dan berkaliber. Contoh/Kesan Berdasarkan kajian yang dibuat, biarpun masih ramai ahli yang malu untuk hadir ke sesi sebegini, namun tetap terdapat segelintir yang telah sedar dan berjaya dibantu. Ungkapan Bagi sesetengah pesakit yang dibantu, mereka berjaya menyelesaikan masalah kesihatan mereka sebelum kudis menjadi tokak. Penegas Maka, jelaslah bahawa Klinik Obesiti yang diwujudkan berjaya meningkatkan kesedaran segelintir masyarakat tentang bahaya penyakit ini. Isi 2 Selain itu, KKM juga telah melancarkan kempen-kempen kesihatan melalui iklan-iklan di media massa bagi menyedarkan masyarakat. Mengapa Iklan di media massa merupakan trend terkini yang digunakan untuk menyampaikan maklumat dalam dunia moden kini. Media massa bertindak lebih cepat untuk mempengaruhi masyarakat berbanding dengan kaedah kempen secara bersemuka. Bagaimana Dalam iklan yang disediakan, pihak KKM telah menjelaskan secara terperinci tentang kesan obesiti terhadap organ-organ dalaman seseorang individu agar masyarakat sedar akan kepentingan untuk mengelakkan obesiti. Ungkapan Dalam hal ini, kesedaran utama yang perlu diterapkan oleh masyarakat ialah sentiasa ingat sebelum kena, jimat sebelum habis kerana seandainya nasi sudah menjadi bubur segalanya sudah tidak berguna. Penegas Maka, tiada kata untuk menolak fakta bahawa kerajaan telahpun berusaha untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya obesiti melalui iklan-iklan kesedaran di televisyen. TEMA 1: KESIHATAN DAN KEBERSIHAN
18 Isi 3 KKM juga telah mempromosikan gaya hidup sihat melalui aktiviti-aktiviti di peringkat komuniti. Contohnya, Kempen 10000 langkah sehari yang kini mula menghias bahu-bahu jalan di taman-taman perumahan dan kampung-kampung. Mengapa Hal ini amat penting untuk dilaksanakan kerana masyarakat akan didorong dengan mudah untuk mengamalkan amalan gaya hidup sihat dengan cara yang paling mudah, iaitu berjalan kaki di kawasan tempat tinggal tanpa memerlukan sebarang kos. Bagaimana Di sesetengah kawasan perumahan, beberapa papan tanda telah diletakkan untuk menunjukkan tempat bermula dan jarak kilometer yang telah dilalui oleh seseorang individu yang berjalan kaki. Contoh/Kesan Keadaan ini akan memberi semangat dan dorongan kepada seseorang individu untuk melepasi target 10000 langkah berjalan kaki dalam sehari. Ungkapan Sememangnya, bagi sesetengah individu, jarak 10000 langkah sehari agak besar jumlahnya, namun alah bisa tegal biasa. Penegas Maka, sudah terang lagi bersuluh bahawa kempen 10000 langkah sehari yang telah dijalankan oleh kerajaan membawa 1001 makna kepada usaha untuk mengurangkan kadar obesiti di negara kita. Isi 4 Akhir sekali, KKM dengan bantuan Kementerian Belia dan Sukan Negara telah memperkenalkan sukan-sukan baharu untuk memastikan masyarakat sentiasa mendekati gaya hidup sihat. Antara sukan terkini yang menjadi tumpuan masyarakat ialah berbasikal. Mengapa Kadangkala, sukan-sukan yang tular kini mampu menarik perhatian masyarakat melalui peranan artis-artis yang menjadi pujaan dan ikutan masyarakat. Bagaimana Apabila pihak kerajaan menggunkan ikon-ikon masyarakat ini untuk mempromosikan sejenis sukan, keberkesanannya akan lebih ketara berbanding dengan kaedah-kaedah lain. Lebih hebat lagi, kerajaan juga telah berusaha menganjurkan acara-acara yang lebih santai dan bersifat masyarakat bagi membina keyakinan seseorang individu untuk bersukan. Contoh/Kesan Seseorang yang mampu membina keyakinannya untuk bersukan dan istiqamah dalam menjalani gaya hidup sihat semestinya akan mampu mengelakkan obesiti. Ungkapan Biar apa pun sukan yang diceburi, pepatah Melayu telah menyebut, “Mencegah lebih baik daripada merawat’. Penegas Oleh itu, masyarakat perlulah sentiasa menyokong usaha kerajaan dengan menjadi duta tidak rasmi ke arah mempromosikan sukan dan gaya hidup sihat kepada masyarakat sekeliling.
19 Penutup Penegasan Kesimpulannya, memang KKM telah melaksanakan pelbagai usaha untuk menyedarkan masyarakat tentang keburukan obesiti di samping menggalakkan amalan gaya hidup sihat. Cadangan Masyarakat sewajarnya menyokong penuh usaha ini bagi memastikan masyarakat sihat dan sejahtera dapat direalisasikan. Harapan Semoga usaha KKM ini bukan sahaja dapat mengeluarkan Malaysia daripada senarai negara yang mempunyai kadar obesiti tertinggi di negara-negara Asia Tenggara. Ungkapan Marilah kita bersatu hati, berpimpin tangan, dan sehati sejiwa merealisasikan impian murni ini.
20 Grafik di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan e-dompet. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang cara penggunaan e-dompet dengan selamat. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. TEMA 2: KESELAMATAN BAHAGIAN A: KARANGAN BAHAN RANGSANGAN
21 SKEMA JAWAPAN Pendahuluan: ⚫ Semenjak penularan COVID-19 yang melanda negara kita, penggunaan e-dompet semakin popular. ⚫ Namun, kita perlu cakna akan cara-cara penggunaannya dengan selamat. Isi Penting: Isi 1: ⚫ Berwaspada dengan sebarang pesanan ringkas, mesej atau pautan yang diterima berkaitan e-dompet ◼ Mengapa: pihak yang cuba kita dengan mesej berunsur pelancongan ◼ Bagaimana: Kita harus membuat semakan kesahihan mesej yang diterima ◼ Contoh: melayari laman web rasmi atau atau menghubungi pihak penyedia perkhidmatan untuk mendapat pengesahan. ◼ Kesan: tidak akan menjadi mangsa penipuan Isi 2 ⚫ Menggunakan sentuhan Identiti Biometrik ◼ Mengapa: sistem keselamatan yang lebih ketat dan berkesan daripada penggunaan kata laluan rahsia. ◼ Bagaimana: mengesahkan identiti kita sebelum membuat transaksi e-dompet. ◼ Contoh: menggunakan cap jari atau identiti wajah untuk mengesahkan kita pemegang akaun. ◼ Kesan: sebarang transaksi tidak akan dilaksanakan tanpa pengesahan daripada pemilik akaun e-dompet. Isi 3 ⚫ Kita tidak boleh sewenang-wenangnya berkongsi maklumat peribadi atau data edompet ◼ Mengapa: maklumat peribadi adalah sulit dan perlu dijaga dengan rapi demi keselamatan akaun e-dompet kita. ◼ Contoh: maklumat seperti nama log masuk, kata laluan dan no OTP (One Time Passcode). ◼ Kesan: akaun e-dompet selamat daripada pencerobohan daripada penjenayah siber. Penutup: ⚫ E-dompet memudahkan urusan harian kita. ⚫ Namun, sikap berwaspada dalam penggunaannya perlu ada untuk melindungi keselamatan e-dompet kita sebelum nasi menjadi bubur. TEMA 2: KESELAMATAN
22 Petikan di atas menyatakan kesan kurangnya pengetahuan tentang panduan keselamatan penggunaan elektrik dan kepentingan mempelajarinya. Bincangkan kepentingan mempelajari langkah-langkah keselamatan penggunaan elektrik. TEMA 2: KESELAMATAN BAHAGIAN B: KARANGAN RESPONS TERBUKA Sebanyak 45 kes kemalangan melibatkan penggunaan elektrik sepanjang tahun 2020. Daripada jumlah itu, sebanyak 28 kematian direkodkan akibat penggunaan peralatan elektrik yang tidak mempunyai kelulusan SIRIM - ST dan tidak mencapai standard yang ditetapkan oleh kerajaan. Menyedari kepentingan pengetahuan keselamatan penggunaan elektrik, maka Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus melaksanakan kempen keselamatan elektrik dalam kalangan masyarakat. Sumber: BH Online, 15 Februari 2021 DOMAIN PENDIDIKAN
23 SKEMA JAWAPAN Pendahuluan • Peningkatan pembelian peralatan elektrik oleh pengguna secara dalam talian sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan amat membimbangkan • Tidak semua peralatan elektrik disahkan selamat oleh SIRIM. Isi 1: Meningkatkan pematuhan terhadap peraturan keselamatan dalam kalangan pengguna • Peralatan tanpa mempunyai logo SIRIM-ST yang ditetapkan oleh kerajaan sangat berbahaya kepada pengguna. • Membuat semakan logo SIRIM-ST pada peralatan yang dibeli • Contoh- melihat pada palam elektrik atau adaptor, pengecas telefon pintar dan soket sambungan. • Mengelakkan kecederaan kerana peralatan tanpa logo SIRIM-ST ibarat bom jangka Isi 2: Dapat mengelakkan kemalangan • Peralatan elektrik paling banyak terdapat di bahagian dapur di setiap rumah. • Perlu menggunakan peralatan elektrik dengan cara yang betul. • Misalnya, orang ramai kerap ambil mudah dengan membuang buku manual yang mengandungi pelbagai maklumat penting tanpa membacanya terlebih dahulu. • Membaca jambatan ilmu Isi 3: Dapat mengelakkan kebakaran daripada berlaku • Kebakaran menyebabkan kerugian harta benda yang banyak dan kehilangan nyawa dalam kalangan pengguna. • Pengguna perlu memeriksa wayar penyambung terlebih dahulu sebelum membeli peralatan elektrik. • Tamsilnya, barangan yang tidak melalui ujian ketahanan dan keselamatan mengikut piawai keselamatan negara sangat berbahaya kepada pengguna. • Mengakibatkan litar pintas pada bila-bila masa kerana malang tidak berbau. Isi 4: Menjamin keselamatan pengguna • Penggunaan peralatan elektrik yang tidak disahkan dan rosak menjadi faktor utama kejadian kemalangan di kebanyakan premis domestik. • Perlu sentiasa berwaspada dengan setiap pembelian peralatan elektrik baharu. TEMA 2: KESELAMATAN
24 • Contohnya, pelurus rambut elektrik tanpa pelekat dan tanda SIRIM-ST mungkin tidak dapat dikawal tahap kepanasannya sehingga menyebabkan menjadi hangus terbakar. • Barangan yang rosak tidak selamat - beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis. Kesimpulan: • Pengetahuan tentang langkah keselamatan penggunaan elektrik amat penting dalam kalangan pengguna. • Pengguna akan mengalami kerugian wang ringgit atau bakal berhadapan dengan kemalangan yang mungkin menyebabkan kehilangan nyawa kerana membeli barangan yang tidak selamat dan indah khabar daripada rupa.
25 Maklumat di bawah ini berkaitan dengan semangat kejiranan. Huraikan pendapat anda tentang semangat kejiranan. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. BAHAGIAN A: KARANGAN BAHAN RANGSANGAN TEMA 3: PERPADUAN
26 SKEMA JAWAPAN Jiran antara orang yang paling dekat dengan kita kerana tinggal berhampiran dengan rumah kita. Setiap orang digalakkan agar berbaik-baik dengan jiran tanpa mengira bangsa dan agama. Semangat kejiranan patut diamalkan kerana jiranlah yang diharapkan untuk memberikan pertolongan apabila kita menghadapi musibah, seperti kebakaran, kehilangan harta benda, kemalangan, atau sebagainya, bak kata pepatah, condong diumpil, lemah dianduh. Hubungan sesama jiran menjadi rapat dan mesra. Seterusnya, semangat kejiranan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat. Masyarakat yang bersatu padu akan menjadikan kehidupan harmoni dan sejahtera. Setiap kaum saling menghormati dan mengelakkan sebarang isu sensitif. Usaha-usaha yang sesuai wajar dilakukan secara giat dan berterusan untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Program seperti gotong-royong membersihkan kawasan kediaman dan persekitaran, sukaneka, hari keluarga, dan sebagainya boleh dianjurkan agar masyarakat dapat mewujudkan suasana mesra dan harmoni sekali gus mengukuhkan perpaduan kerana bersatu teguh, bercerai roboh dan bersekutu bertambah mutu. Tuntasnya, semangat kejiranan haruslah menjadi amalan masyarakat demi melahirkan masyarakat penyayang. Masyarakat yang mengamalkan semangat tersebut ialah kunci kemananan negara. TEMA 3: PERPADUAN
27 Berdasarkan petikan di atas, masyarakat Malaysia perlulah mempunyai nilai moral yang tinggi bagi memastikan perpaduan mampu dibentuk dalam negara. Bincangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh semua pihak bagi memastikan nilai-nilai tersebut mampu dibentuk dalam masyarakat. DOMAIN AWAM TEMA 3: PERPADUAN BAHAGIAN B: KARANGAN RESPONS TERBUKA Menjelang tahun 2020, Malaysia dapat menjadi negara bersatu dengan masyarakat Malaysia yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur, dan mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang bersaing, dinamik, cergas, dan kental. https://www.pmo.gov.my/ms/wawasan-2020/malaysia-sebagai-negara-maju/
28 SKEMA JAWAPAN Pendahuluan • Nilai moral dalam masyarakat mampu menjamin kesejahteraan dan keharmonian dalam negara. • Malaysia yang terkenal dengan kemajmukan kaum amat memerlukan pengamalan nilai-nilai positif agar perpaduan sentiasa terpelihara. Isi 1: Pemimpin menunjukkan nilai-nilai positif • Pemimpin sewajarnya mempromosikan perpaduan dalam pentadbiran sama ada di peringkat negeri mahupun pusat. • Pemimpin mengelakkan diri daripada menyentuh isu-isu sensitif yang mampu menggugat ikatan antara kaum. • Tindakan pemimpin yang menjadi idola akan diikuti oleh rakyat. Isi 2: Sekolah menerapkan nilai murni dalam pendidikan formal • Pihak sekolah perlu melancarkan program-program yang berobjektif memupuk nilai moral dalam diri pelajar. • Guru-guru perlu menekankan aspek ini dalam mata pelajaran seperti Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama Islam. • Pelajar yang dibentuk akan menjadi agen penyebaran nilai moral ke dalam institusi kemasyarakatan. Isi 3: Ibu bapa membimbing anak-anak secara tidak formal di rumah • Ibu bapa merupakan insan paling rapat dengan anak-anak, maka ibu bapa merupakan elemen utama membentuk nilai moral yang akan ditunjukkan oleh anak-anak apabila dewasa kelak. • Ibu bapa harus mendekatkan anak-anak dengan masyarakat dan sentiasa menegur setiap tingkah laku buruk bagi tujuan membetulkannya. • Dalam aspek perpaduan, ibu bapa haruslah membiasakan anak-anak dengan interaksi pelbagai kaum sejak kecil lagi. Penutup • Setiap pihak memainkan peranan penting dalam membentuk nilai moral dalam masyarakat. • Kita perlu mengamalkan semangat kekitaan kerana cubit paha kanan, paha kiri terasa juga. TEMA 3: PERPADUAN
29 Teliti bahan dan e-mel di bawah. Anda dikehendaki menjawab e-mel di bawah. Tulis e-mel anda selengkapnya. Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. TEMA 4: KEBUDAYAAN, KESENIAN, DAN ESTETIKA BAHAGIAN A: KARANGAN BAHAN RANGSANGAN Sekolah Seni Pertandingan Tarian Tradisional
30 SKEMA JAWAPAN Format : e-mel Pendahuluan: Tema Tarian Tradisional Isi: 1. Mewujudkan Sekolah Seni di setiap negeri bagi melahirkan generasi berbakat 2. Media massa mempromosikan keunikan tarian tradisional kepada seluruh lapisan masyarakat 3. Sekolah menganjurkan pertandingan tarian tradisional bagi memupuk minat murid. Penutup: Harapan masyarakat terhadap tarian tradisional TEMA 4: KEBUDAYAAN, KESENIAN, DAN ESTETIKA
31 Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan dengan penciptaan sesuatu kraf tangan. Sahabat anda di luar negara ingin mengetahui tentang seni kraf tangan di negara ini. Balas surat rakan anda itu untuk menceritakan perkembangan seni kraf tangan tersebut. Tulis surat anda itu selengkapnya. BAHAGIAN B: KARANGAN RESPONS TERBUKA TEMA 4: KEBUDAYAAN, KESENIAN, DAN ESTETIKA DOMAIN PERIBADI Penciptaan kraf tangan memerlukan ketelitian dan kecekapan dalam penggunaan bahanbahan asas sejak proses awal sehinggalah sesuatu kraf tangan itu tercipta. Proses penciptaan kraf tangan tersebut memerlukan daya estetika demi memberikan reka bentuk yang indah dan menarik. Kraf tangan Melayu seperti ukiran, anyaman, tenunan, batik, tembikar, dan songket tidak boleh dipisahkan daripada budaya dan corak hidup orang Melayu serta kepercayaannya, iaitu Islam sejak turun-temurun lagi. Hal ini jelas terpancar melalui bentuk, gaya, sifat, garis, dan warna yang terdapat pada kraf tangan Melayu. (Dipetik dan diubah suai daripada artikel “Tugasan Kraf Tangan” oleh Annie Ting, ACADEMIA)
32 SKEMA JAWAPAN 785, Kampung Bendahara, 73000 Ipoh, Perak. 17 November 2022. Ke hadapan sahabatku Ivonisky, yang kini berada di Berlin. Semoga saudara sihat sejahtera di samping keluarga tercinta. Ivon, Surat saudara telahpun saya terima pada minggu lepas. Saya telah membaca dan memahami maksudnya. Saya meminta maaf kerana terlewat membalas surat saudara kerana saya sibuk dengan persiapan untuk menduduki peperiksaan akhir tahun yang baru berlalu seminggu lepas. Untuk pengetahuan saudara, seni kraf tangan di Malaysia dihasilkan secara tradisional oleh penduduk yang tinggal di desa dan dijalankan secara kecil-kecilan. Mereka menggunakan bahan-bahan tempatan seperti buluh, rotan, mengkuang, dan bahan-bahan terbuang seperti tempurung kelapa yang dikitar semula. Barang-barang kraf tangan di Malaysia sangat unik kerana banyak menggunakan hasil alam semula jadi dan dihasilkan dengan menggunakan tangan. Kemahiran yang dimiliki oleh penduduk desa ini sukar diperoleh di tempat-tempat lain. Meskipun terdapat penggunaan mesin, namun kebanyakan penduduk masih kekal menggunakan kaedah tangan. Keistimewaan lain seni kraf tangan ini ialah kebanyakannya diwarisi daripada orang-orang dahulu. Saudara, Seni kraf tangan di Malaysia mendapat sokongan dan bantuan daripada kerajaan. Pihak kerajaan telah mengeluarkan bantuan modal kepada pengusaha-pengusaha tempatan yang ingin mengembangkan perusahaan mereka. Agensi-agensi yang diberikan tanggungjawab ialah MARA, KEMAS, dan IKS. Oleh sebab kerajaan telah mengadakan Tahun Melawat Malaysia, maka hasil seni kraf tangan ini telah mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan peniaga di pusat-pusat pelancongan. Selain itu, hasil kraftangan ini turut dijual di pasaran negara luar. Setakat ini, permintaan hasil kraf tangan begitu menggalakkan. Industri kraf tangan di Malaysia juga telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan menambahkan pendapatan mereka serta mengatasi masalah kemiskinan dalam kalangan rakyat tempatan. Ada juga golongan yang menjadikan bidang seni kraf tangan ini sebagai kerjaya bagi menampung kehidupan keluarga. Saudara, Masalah utama dalam menjayakan seni kraf tangan ialah bidang ini semakin kurang diceburi oleh remaja sekarang yang lebih berminat menceburi bidang perindustrian. Kebanyakan remaja dari desa mula berhijrah ke bandar dan mendapatkan pekerjaan yang TEMA 4: KEBUDAYAAN, KESENIAN, DAN ESTETIKA
33 lebih baik. Selain itu, banyak kemahiran dan kebolehan generasi dahulu ini hilang begitu sahaja apabila mereka meninggal dunia. Tambahan pula, bahan-bahan mentah yang diperoleh secara semula jadi di dalam hutan di negara ini semakin berkurangan kerana penerokaan hutan untuk pertanian dan pembangunan pesat dijalankan. Seni kraf tangan tempatan juga mendapat persaingan yang hebat daripada hasil kraf tangan dari negara luar. Kebanyakan tembikar yang diimport dari negara China mendapat pasaran yang baik di negara ini kerana harganya yang murah. Selain itu, terdapat banyak seni kraf tangan yang berupa ukiran kayu yang diimport dari Indonesia dan Thailand. Walaupun mendapat persaingan yang hebat, namun seni kraf tangan tempatan yang mempunyai keunikan yang tersendiri mampu bersaing dan kekal sebagai pilihan pelancong yang datang berkunjung ke negara ini. Saya berharap agar saudara berpuas hati dengan penerangan saya. Bersama-sama ini juga saya sertakan beberapa keping gambar seni kraf tangan yang ada dalam simpanan saya. Saya juga amat berharap agar saudara dapat meluangkan masa dan datang berkunjung ke Malaysia. Saya akan membawa saudara melawat ke beberapa buah pusat kraf tangan yang terkenal di negara ini. Sekian sahaja buat kali ini, sampai jumpa lagi. Sahabatmu, Ameer Faiz Dapatkan maklumat tentang kraf tangan Malaysia daripada laman web yang berikut. • https://www.kraftangan.gov.my/
34 Maklumat di bawah berkaitan dengan patriotisme. Huraikan pendapat anda tentang semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Sumber: Internet Sumber: Internet BAHAGIAN A: KARANGAN BAHAN RANGSANGAN TEMA 5: JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN
35 SKEMA JAWAPAN Pendahuluan : Semangat patriotik penting – setiap rakyat di negara ini – kini dikatakan lebih kepada patriotisme rasmi berbanding patriotisme peribadi. Isi 1 : Kepentingan semangat patriotik bagi memupuk semangat cinta akan negara – hidup dengan harmoni – menyemai jati diri yang tinggi Isi 2 : Mengekspresi perasaan bangga menjadi rakyat Malaysia – Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah – mengibarkan jalur gemilang Isi 3 : Berbakti kepada negara – bukti kecintaan kepada negara – tanah tumpah darah – menjalankan tanggungjawab kepada negara – timbul rasa syukur – dapat berbakti kepada negara. Kesimpulan : Semangat patriotisme amat penting – perlu dijiwai – sekadar simbolik dengan semangat patriotik yang tinggi, keutuhan negara terjamin. TEMA 5: JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN
36 Petikan artikel ini jelas menunjukkan masalah jati diri dalam kalangan anak muda kini yang meminggirkan bahasa dan bangsa sendiri malah mengangkat bahasa dan bangsa lain sebagai kebanggaan mereka. Nyatakan peranan bahasa Melayu bagi mewujudkan perpaduan kaum di negara ini. BAHAGIAN B: KARANGAN RESPONS TERBUKA DOMAIN PENDIDIKAN Pelbagai insiden dan polemik yang menyentuh mengenai bangsa semakin ketara sejak akhir-akhir ini. Menggunakan perantara media sosial, tuduhan, fitnah, adu domba, malah kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama dan budaya kian berleluasa. Sudah wujud generasi kini yang 'malu' untuk mengaku sebagai orang Melayu. Malah bertutur, pelat dan gaya Inggeris. Peribahasa Melayu mengatakan 'di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung'. Di mana-mana pun kita berada, kita perlu menghormati budaya dan menjunjung perlembagaan, undang-undang dan dasar kerajaan. (Dipetik daripada ‘Perkukuh benteng patriotisme, jati diri’, Oleh Dr Ismail Sualman, BH online, 25 Ogos 2016 ) TEMA 5: JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN
37 SKEMA JAWAPAN Nyatakan peranan bahasa melayu bagi mewujudkan perpaduan kaum Isi 1 Penggunaan bahasa melayu dalam bidang ekonomi dapat menyemai perpaduan kaum • Kepelbagaian bangsa di negara ini dapat disatukan menggunakan bahasa Melayu ketika berurus niaga. • Komunikasi dalam satu bahasa iaitu bahasa Melayu dapat mengeratkan hubungan dan menyemai semangat patriotik dalam diri rakyat Malaysia. • Bidang ekonomi iaitu bidang jual beli melibatkan semua warganegara ini, sekiranya semua rakyat menggunakan satu bahasa iaitu Bahasa Melayu dapat mengeratkan hubungan yang erat sesama rakyat yang pelbagai kaum. Isi 2 Penggunaan bahasa melayu dalam sistem pendidikan iaitu penggunaan bahasa Melayu dalam menyampaikan ilmu di sekolah dan institusi pengajian tinggi. • Bahasa Melayu hendaklah diwajibkan sebagai bahasa pertuturan utama di sekolah kebangsaan mahupun di institut pendidikan tinggi agar perpaduan kaum dapat disemai dalam kalangan rakyat pada peringkat awal. • Buku teks yang digunakan juga perlu ditulis menggunakan Bahasa Melayu Isi 3 Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dalam kalangan masyarakat majmuk • Bahasa Melayu merupakan bahasa utama dan bahasa rasmi di negara ini, penggunaan bahasa Melayu yang merangkumi semua kaum dapat memupuk perpaduan dan mengeratkan hubungan • Galakkan yang berterusan daripada pihak kerajaan agar menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi • Pihak kerajaan menggunakan pelbagai media massa agar rakyat tidak meminggirkan bahasa Melayu malah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebanggaan negara ini Isi 4 Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran • Bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini • Semua jabatan kerajaan hendaklah diwajibkan menggunakan bahasa Melayu ketika melaksanakan tugas sebagai pegawai kerajaan • Dalam semua urusan yang berkaitan dengan pentadbiran dan pemerintahan bahasa Melayu hendaklah digunakan sama ada sebagai bahasa komunikasi mahupun bahasa tulisan. TEMA 5: JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN
38 Maklumat di bawah menunjukkan perubahan dalam aspek kehidupan manusia dengan menggunakan inovasi terkini. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang inovasi dalam kehidupan manusia. Panjangnya pendapat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. BAHAGIAN A: KARANGAN BAHAN RANGSANGAN TEMA 6: SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI “Dengan menggunakan jentera moden, hasil pertanian dapat ditingkatkan berkali ganda setiap kali pengeluaran.” Encik Faris Syazwan Petani moden di Kedah “Segala urusan dalam kehidupan seharian dilakukan dengan lebih mudah dengan adanya telefon bimbit.” Encik Fikri Usahawan “Masa perjalanan ke sesuatu destinasi dapat dijimatkan dan menjadi lebih singkat daripada sebelumnya.” Cik Dalis Pelajar IPT Karnival STEM UMP cungkil bakat murid sekolah Oleh: Delanna Fazli KUANTAN: Penganjuran Karnival Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Teknologi Hijau peringkat negeri mendapat sambutan baik dengan penyertaan kira-kira 2000 orang murid sekolah yang diadakan di Dewan Astaka Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, baru-baru ini. Program anjuran UMP dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang itu bertujuan untuk memupuk minat dalam membangunkan potensi dan memperkasakan daya saing murid dalam subjek berkaitan dengan STEM. (Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian, 14 Ogos 2019)
39 SKEMA JAWAPAN Pendahuluan terdapat ungkapan mengatakan bahawa sains pada hari ini, teknologi pada masa hadapan - sains dan teknologi ialah bidang yang sentiasa berkembang - lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang - terdapat inovasi yang disalahgunakan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab - senjata nuklear digunakan untuk peperangan - Internet digunakan untuk menonton pornografi - mendatangkan kesan buruk bukan sahaja kepada pengguna tetapi juga masyarakat dan negara - kemudahan dan inovasi yang tercipta dalam bidang sains dan teknologi memberikan faedah-faedah inovasi kepada manusia Isi 1 • inovasi dapat meningkatkan hasil pengeluaran - pada zaman dahulu, tenaga manusia yang digabungkan dengan haiwan atau mesin mudah digunakan dalam pengeluaran - hasil tidak banyak dan sesuai • untuk menyara kehidupan keluarga - penciptaan jentera dan mesin dalam bidang pertanian mampu untuk meningkatkan hasil pertanian berkali-kali ganda - jentera boleh membajak tanah di ladang dalam masa yang singkat - manusia hanya mengawal jentera untuk memberikan arahan kepada mesin - meningkatkan pendapatan pengguna yang hidup miskin - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang - menjanakan ekonomi negara melalui import Isi 2 • inovasi dapat memudahkan urusan kehidupan seharian - pada zaman dahulu, telefon hanya digunakan untuk berkomunikasi dengan orang yang jauh - perkembangan dalam ciptaan telefon ini membolehkannya dibawa ke mana-mana - fungsinya telah dipelbagaikan - telefon pintar yang mempunyai sambungan Internet boleh membuat panggilan video, membeli-belah dalam talian dan membayar bil tanpa ke kaunter - menjimatkan masa kerana tidak perlu menunggu dan bersesak-sesak dengan orang ramai - menjimatkan tenaga kerana tidak perlu beratur atau memandu kereta - menggunakannya untuk pelbagai kemudahan - sambil berdiang, nasi masak Isi 3 • inovasi dapat menjimatkan masa - masa amat penting dalam kehidupan manusia seperti seruan dalam Surah al-Asr - masa yang telah berlaku takkan dapat berulang kembali - masa ibarat air sungai mengalir - pada zaman dahulu, kereta api menggunakan arang batu untuk menggerakkannya - lambat dan memakan masa untuk tiba ke tempat yang ditujui - perkembangan teknologi telah mencipta kereta api laju menggunakan kuasa elektrik - memendekkan masa perjalanan seseorang ke sesebuah destinasi - dapat memanfaatkan masa yang sedia ada dengan pelbagai perkara seperti berehat - masa itu emas (Murid menulis dua isi sahaja) Kesimpulan inovasi dapat memberikan kebaikan kepada manusia - kemudahan yang ada janganlah disalahgunakan - teknologi untuk memudahkan manusia janganlah pula menyusahkan manusia - kerjasama semua pihak perlu ada dalam menggalakkan budaya inovasi dalam kalangan masyarakat - pihak sekolah mengadakan lawatan sambil belajar ke Petrosains atau pameran inovasi - pihak kerajaan menganjurkan pertandingan reka cipta dan inovasi pada pelbagai peringkat - ibu bapa perlulah menggalakkan anak-anak untuk melibatkan diri dalam inovasi di rumah sejak kecil - melentur buluh biarlah dari rebungnya - semoga budaya inovasi terus berkembang di Malaysia TEMA 6: SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
40 Petikan ini menyatakan bahawa kerjaya sebagai pengendali dron semakin mendapat perhatian. Ulas penyataan tersebut. BAHAGIAN B: KARANGAN RESPONS TERBUKA TEMA 6: SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI DOMAIN KERJAYA Dron ialah pesawat tanpa pemandu (UAV) atau dikenali sebagai robot terbang. Dahulu, dron digunakan untuk tujuan ketenteraan sebagai latihan tembakan, antipesawat, risikan, dan senjata. Namun begitu, dron kini digunakan bagi pelbagai tujuan lain. Oleh hal yang demikian, kerjaya sebagai pengendali dron semakin popular kini berikutan peningkatan penggunaan teknologi dron dalam pelbagai sektor tempatan dan global yang memerlukan tenaga kerja tempatan. Beberapa buah syarikat telah memanfaatkan peluang ini dengan mengambil langkah untuk melatih pengendali dron bagi mengisi keperluan dalam pasaran. Sumber: www.bernama.com, 6 September 2022
41 SKEMA JAWAPAN Pendahuluan dron pada masa ini digunakan bagi pelbagai tujuan peningkatan penggunaan teknologi dron dalam pelbagai sektor tempatan dan global - memerlukan tenaga kerja tempatan - kerjaya sebagai pengendali dron Isi-isi Penting 1. penghantaran barang-barang di kawasan urban (bandar) - lambang kehidupan moden - barang yang ditempah dapat diterima dengan lebih cepatnya dan selamatnya 2. memantau perkembangan projek pembinaan dikendalikan hanya memerlukan seorang pekerja - tujuan - senang untuk dokumentasi seperti status kerja di tapak pembinaan 3. mengambil gambar dari udara - membantu pihak media, wartawan, dan penggiat filem mendapatkan imej yang sukar untuk diperoleh - kecil, ringan, dan mudah alih 4. memudahkan kerja-kerja petani di sawah padi, di ladang kelapa sawit, dan di kebun durian proses menyembur racun, menabur baja, dan menyiram pokok menjadi lebih pantas dan senang 5. digunakan semasa operasi mencari dan menyelamat mangsa kebakaran atau banjir - memantau kawasan kebakaran atau banjir - memudahkan urusan pihak penyelamat menghantar bantuan Penutup kerjaya sebagai pengendali dron semakin mendapat perhatian - kerjaya baharu bagi masyarakat - kemajuan dalam bidang sains dan teknologi - digunakan untuk tujuan yang baik TEMA 6: SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
42 Bahan grafik di bawah berkaitan dengan pencemaran plastik. Fahami bahan grafik di bawah. Kemudian, cadangkan langkah untuk menangani masalah tersebut. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Kerajaan Perluas Kempen Tiada Beg Plastik Penguatkuasaan Undang-undang Alam Sekitar BAHAGIAN A: KARANGAN BAHAN RANGSANGAN TEMA 7: ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU
43 SKEMA JAWAPAN Pendahuluan: • Semakin serius dan membimbangkan • Berpunca daripada sikap manusia yang tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan • Mengundang kemudaratan kepada alam sekitar dan makhluk bumi • Langkah pragmatik perlu diambil untuk menganganinya sebelum kudis menjadi tokak Isi 1: Kempen Tiada Beg Plastik • Membibitkan kesedaran sivik dalam lubuk kalbu anak-anak didik • Mencelikkan mata warga didik tentang kemudaratan penggunaan plastik kepada alam sekitar dan manusia • Disebarluaskan melalui pelbagai media dan sekolah • Melahirkan generasi yang mencintai alam sekitar Isi 2: Penguatkuasaan undang-undang alam sekitar • terdapat pencemar tegar yang tidak menyahut seruan kerajaan • tidak mengendahkan kempen “Kata Tak Nak kepada Plastik” dan membuang bahan-bahan plastik sesuka hati • hukuman denda dan penjara • masyarakat lain akan berasa serik Penutup: • alam sekitar yang bersih penting untuk menjamin kelangsungan hidup • senergi dan kerjasama semua pihak bagai aur dengan tebing • mewujudkan tempat kediaman yang kondusif dan sejahtera • menjadi tarikan kepada pelancong TEMA 7: ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU
44 Slogan ‘Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama’ memang tidak asing lagi setiap kali kempen penjagaan alam sekitar dijalankan. Slogan ini jelas menunjukkan bahawa penjagaan alam sekitar bukan sekadar tanggungjawab pihak berkuasa tetapi melibatkan pelbagai pihak. Walau bagaimanapun, masih juga ramai yang kurang memberikan kerjasama dalam usaha untuk menjaga alam sekitar ini. Berdasarkan maklumat di atas, bincangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan penjagaannya. BAHAGIAN B: KARANGAN RESPONS TERBUKA TEMA 7: ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU DOMAIN AWAM
45 SKEMA JAWAPAN Pendahuluan: • Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan - penting dalam kehidupan manusia • Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air • Alam sekitar pada masa ini semakin tercemar dan menjadi isu hangat kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar • keghairahan mengejar kemewahan dan pembangunan yang semakin gah banyak mengundang permasalahan kepada khazanah negara kita • insiden atau bencana yang berlaku mengancam nyawa manusia • pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar perlu menjadi agenda utama demi kelangsungan hidup sejagat Isi 1: media massa • wahana penting dalam penyaluran maklumat • memberikan maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar • mengetahui keadaan alam sekitar yang semakin tercemar • menjalankan kempen tentang kecintaan alam sekitar, kempen kitar semula - cara-cara menjaga alam sekitar - pengurusan sisa-sisa pembuangan • memberikan kesedaran kepada masyarkat tentang kepentingan penjagaan alam sekitar Isi 2: sekolah • pendidikan alam sekitar secara formal melalui sekolah • mewujudkan Kelab Pencinta Alam Sekitar dan Kelab Kitar Semula - anjurkan aktiviti-aktiviti berkaitan alam sekitar - contohnya membersihkan kawasan tepi pantai, aktiviti berkelah di tepi sungai - menyedarkan pelajar akan kepentingan alam sekitar dan kesannya - menjalankan kempen-kempen cinta akan alam sekitar • mengadakan minggu alam sekitar melalui Kelab Alam Sekitar • guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cinta akan alam sekitar. • mendidik murid tentang kepentingan penjagaan alam sekitar - mengenakan hukuman / tindakan terhadap mana-mana murid yang mencemarkan alam sekitar (membuang sampah sarap) - murid akan sedar kepentingan menjaga alam sekitar • pertandingan kelas terbersih di antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. • sikap sayang akan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar Isi 3: kerajaan • penguatkuasaan undang-undang alam sekitar secara menyeluruh • mengenakan hukuman denda dan penjara - menggantung lesen perniagaan • pihak lain akan berasa serik untuk melakukan sebarang percubaan untuk mencemarkan alam sekitar • menggalakkan penanaman tumbuhan hijau - memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman - berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran - contoh sayur-sayuran, bunga-bungaan - mengurangkan kesan pemanasan global - di sekolah dan kawasan rumah TEMA 7: ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU
46 • menganjurkan kempen cintai alam sekitar • mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan alam sekitar • perlu menyeru masyarakat mengurangkan penggunaan bahan kimia dalam kehidupan - contoh racun serangga, semburan ubat-ubatan nyamuk - mencemarkan alam sekitar dan membawa kesan panjang kepada alam sekitar - penipisan ozon oleh klorofluorokarbon (CFC) Isi 4: masyarakat • menyertai kempen kitar semula - tidak membuang barangan terpakai - diguna pakai semula - contoh, pakaian - surat khabar - kertas-kertas - tin minuman - mengurangkan sampah sarap - mengurangkan penebangan pokok - menyelamatkan alam sekitar • menyertai aktiviti gotong-royong - membersihkan kawasan taman permainan, mengutip sampah sarap di kawasan pantai - mengelakkan pencemaran • melaporkan kegiatan masyarakat yang boleh mengancam alam sekitar - contoh pembalakan haram - pembuangan sisa-sisa toksik ke dalam sungai • tidak membuang sampah di merata-rata tempat Isi 5: ibu bapa • mendidik anak sejak kecil tentang kepentingan alam sekitar kepada kita • menjamin kelangsungan hidup - menjadi teladan - tidak membuang sampah sarap • menguruskan sampah sarap dengan cara yang betul • menggalakkan anak-anak menyertai kempen yang berkaitan dengan alam sekitar • menerangkan kepentingan menjaga alam sekitar Penutup: • kerjasama semua pihak untuk mencapai objektif kelestarian alam sekitar • tidak meletakkan masalah ini di atas bahu kerajaan semata-mata • kerjasama yang erat antara rakyat lebih bermakna dan hasilnya akan memuaskan hati semua • ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni • slogan “Negara Bersih, Rakyat Sihat” harus menjadi pegangan kita bersama
47 Baca e-mel di bawah dengan teliti. Anda dikehendaki menjawab e-mel di bawah. Tulis e-mel anda itu selengkapnya. Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Daripada [email protected] Kepada [email protected] Subjek Faedah-faedah Aktiviti Bercucuk Tanam Semasa PKP __________________________________________________________________________ Hannan, Apa khabar awak di sana? Saya harap awak dan keluarga semuanya sihat. Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan, kita sudah lama tidak dapat berjumpa. Kita hanya boleh menghabiskan waktu yang terluang di rumah sahaja kerana jika keluar, kita akan terdedah kepada bahaya virus COVID-19. Sebenarnya, saya ingin menghabiskan waktu semasa PKP ini dengan bercucuk tanam di belakang rumah saya. Saya tahu awak dan keluarga awak telah lama bercucuk tanam pelbagai jenis tanaman. Bolehkah awak berkongsi tentang faedah-faedah yang awak sekeluarga dapat daripada aktiviti bercucuk tanam ini? Saya akan menantikan balasan e-mel daripada awak. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih atas maklumat-maklumat awak itu. Semoga kita dapat berjumpa selepas tamatnya PKP ini nanti. Sahabatmu, Aisyah BAHAGIAN A: KARANGAN BAHAN RANGSANGAN TEMA 8: PERTANIAN, PENTERNAKAN DAN PERIKANAN
48 SKEMA JAWAPAN Tema : Pertanian Fokus : Faedah ahli keluarga bercucuk tanam Format : e-mel Cadangan isi: 1. menjimatkan perbelanjaan harian 2. menambah pendapatan keluarga 3. memenuhi masa lapang 4. menyihatkan badan 5. mengelakkan tanah daripada terbiar 6. merapatkan hubungan antara ahli keluarga / kekeluargaan TEMA 8: PERTANIAN, PENTERNAKAN DAN PERIKANAN
49 Tidak dapat dinafikan, generasi muda dewasa ini tidak cenderung untuk menceburi bidang pertanian. Bagi mereka, bidang pertanian tiada prospek untuk menjana pendapatan. Akan tetapi, mereka tidak menyedari bahawa bidang pertanian merupakan bidang yang berpotensi untuk mencari kekayaan dan kemewahan, di samping dapat menyumbang kepada ekonomi negara. Jadi, anda terpanggil untuk menulis suatu rencana yang bertajuk “Kepentingan Memajukan Sektor Pertanian”. Tulis rencana itu dengan selengkapnya. BAHAGIAN B: KARANGAN RESPONS TERBUKA TEMA 8: PERTANIAN, PENTERNAKAN DAN PERIKANAN DOMAIN AWAM
50 SKEMA JAWAPAN Rencana yang bertajuk “Kepentingan Memajukan Sektor Pertanian”. Tema : Pertanian Fokus : Kepentingan Format : Rencana Tajuk: Penulis: Pendahuluan: • sektor pertanian menjadi tunjang kekuatan iktisad negara pada suatu ketika dahulu • getah, kelapa sawit, padi - penyumbang besar kepada pendapatan negara • banyak mewujudkan peluang pekerjaan • kini lebih berfokus pada sektor perindustrian • apakah kepentingan sektor pertanian Isi-isi a) sumber pendapatan utama penduduk desa ▪ bergantung pada perladangan, perkebunan, dan penternakan, perikanan ▪ majoriti masyarakat desa masih miskin dan ketinggalan ▪ terdapat jurang ekonomi antara masyarakat bandar dengan masyarkat desa ▪ pembangunan dalam bidang pertanian dapat meningkatkan produktiviti pertanian ▪ menambah peluang pekerjaan masyarakat desa ▪ meningkatkan pendapatan - pengagihan kekayaan yang seimbang dapat dicapai b) bekalan bahan mentah yang amat penting kepada sektor ekonomi ▪ dalam pemprosesan makanan - boleh dijadikan sebagai produk eksport ▪ contoh barangan eksport makanan - seperti mentega, serbuk koko, serbuk lada hitam dan sebagainya ▪ Kos pengeluaran dapat diminimumkan - harga bahan mentah yang dibekalkan oleh sektor pertanian adalah murah ▪ Selain itu, hasil pertanian juga untuk kegunaan domestik ▪ Sebagai contoh, beras - makanan asas penduduk Asia - menikmati harga makanan yang rendah - Contoh kegunaan domestik hasil pertanian yang lain ialah minyak masak kelapa sawit berkualiti tinggi diperoleh dengan murah ▪ rakyat dapat menikmati kestabilan sosioekonomi dan kos sara hidup yang rendah. TEMA 8: PERTANIAN, PENTERNAKAN DAN PERIKANAN