The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LITERASI MENGARANG BAHASA MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by JESSICA GO KPM-Guru, 2023-08-15 01:12:48

LIME BM

LITERASI MENGARANG BAHASA MELAYU

Keywords: BAHASA MELAYU

51 c) indeks imbangan perdagangan dapat diseimbangkan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan negara ▪ hasil sektor pertanian dijadikan sebagai bahan eksport utama negara yang mendatangkan hasil yang lumayan seperti ▪ menjadi pengeluar kedua terbesar di dunia bagi kedua-dua bahan tersebut ▪ harus mengurangkan import bahan mentah ▪ Sebagai contoh, buah-buahan merupakan bahan import utama negara kita. ▪ kedudukan kewangan negara dan struktur ekonomi yang kukuh dapat diwujudkan melalui kepelbagaian sektor ekonomi negara yang seimbang. d) menyediakan peluang pekerjaan ▪ pekerjaan warisan yang menjana ekonomi negara ▪ pekerjaan itu bukan sahaja di ladang, malahan meliputi pemprosesan dan pemasaran ▪ masyarakat desa banyak bergantung pada sektor ini kerana mempunyai tanah yang luas ▪ tidak memerlukan kelulusan yang tinggi berbanding dengan kerja profesional dan separuh professional ▪ mengurangkan kadar pengangguran di negara Penutup: • sektor pertanian tidak harus dikesampingkan dan berfokus pada pembangunan perindustrian • kerajaan hendaklah menggubal dasar pembangunan yang memberikan keutamaan kepada pembangunan sektor pertanian. • dasar pendidikan negara juga hendaklah dirombak agar dapat menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian • ekspo-ekspo pertanian hendaklah diadakan di seluruh negara oleh Kementerian Pertanian untuk menggalakkan anak-anak muda menceburi bidang pertanian • dengan wujudnya sinergi, kita boleh menjadi negara pertanian dan pembuatan yang maju di rantau ini.


52 Grafik di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan dengan penjimatan belanja keluarga. Berdasarkan maklumat tersebut, tulis sebuah rencana tentang cara-cara penjimatan belanja keluarga. Panjangnya rencana anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. BAHAGIAN A: KARANGAN BAHAN RANGSANGAN TEMA 9: EKONOMI, KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN


53 SKEMA JAWAPAN Tema : Pengurusan Kewangan Fokus : Langkah-langkah penjimatan Pendahuluan: • perbelanjaan keluarga semakin meningkat • disebabkan kenaikan harga barangan • masalah inflasi terus membelenggu masyarakat • sikap peniaga pula suka mengambil kesempatan – menangguk di air keruh • cara-cara penjimatan belanja keluarga harus diambil segera Isi 1: Ahli keluarga menanam sayur di rumah • di balkoni atau belakang rumah • contoh: bawang, cili, lobak, terung, sawi dan sebagainya • menikmati sayur-sayuran yang segar dan bebas daripada bahan kimia • tidak perlu membeli dari luar • mengeratkan hubungan ahli keluarga dan menjamin kesihatan • sambil menyelam minum air/ serampang dua mata Isi 2: Ahli keluarga haruslah menjimatkan penggunaan air dan elektrik di rumah • kadar tarif elektrik dan air semakin meningkat • menutup semua suis dan paip air apabila tidak digunakan • menutup komputer apabila tidak digunakan – menggunakan mentol jimat tenaga • pastikan paip air sentiasa ditutup dan pemeriksaan secara berkala untuk mengelakkan kebocoran • sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit Isi 3: Ahli keluarga hendaklah membeli barangan buatan Malaysia • harga produk tempatan jauh lebih murah berbanding dengan barangan import • membeli peralatan jenama Pensonic seperti mesin pengisar, membeli pakaian atau kasut jenama tempatan seperti Bata • membantu pengusaha tempatan untuk merancakkan industri tempatan dan meningkatkan ekonomi negara • dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara lain Penutup: • amalan berjimat cermat merupakan amalan yang mulia • ibu bapa harus mendidik anak berjimat cermat sejak kecil – melentur buluh biarlah dari rebungnya • alah bisa tegal biasa - anak-anak akan terikut-ikut amalan berjimat cermat apabila mereka meningkat dewasa • wang yang dijimatkan boleh digunakan untuk kegunaan lain yang lebih penting TEMA 9: EKONOMI, KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN


54 Dialog di atas berkisar tentang pembinaan kerjaya dengan cara berdikari. Kebanyakan anak muda mengimpikan kerjaya yang dapat menjamin hari muka yang cerah. Namun demikian, bidang kerjaya sama ada makan gaji atau bekerja sendiri penuh dengan dugaan dan cabaran. Andai kata anda memilih untuk mengusahakan penternakan ikan air tawar dan udang galah. Jadi, anda ingin menulis sepucuk surat kepada Jabatan Pertanian Negeri untuk menyatakan latar belakang projek tersebut. Anda juga ingin meminta bantuan nasihat dan bantuan kewangan. Tulis surat tersebut dengan selengkapnya. BAHAGIAN B: KARANGAN RESPONS TERBUKA TEMA 9: EKONOMI, KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN Dialog Usahawan Muda Milan : Apakah yang sedang awak menungkan sejak pagi tadi? Laiman : Tergerak hati saya untuk berdikari, tak mahu makan gaji. Saya ingin menjadi usahawan yang berjaya. Milan : Bukankah awak berkelulusan ijazah kejuruteraan? Bukankah awak mendapat tawaran kerja di jabatan kerajaan? Liaman : Yang itu, aku tahu. Saya mahu berkebun, berternak, dan berniaga. Milan : Wow! Hendak menjadi usahawan muda? Laiman : Di mana ada kemahuan di situ ada jalan, Lan. DOMAIN KERJAYA


55 SKEMA JAWAPAN Tema : Keusahawanan Fokus : Latar belakang projek, nasihat dan bantuan Format: Surat Kiriman Rasmi Alamat pengirim Alamat penerima Tarikh Tajuk Perenggan pendahuluan: • Ceritakan sedikit latar belakang • Tujuan menulis surat o projek penternakan ikan air dan udang galah o mendapat sokongan padu anggota keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan penduduk setempat o kesesuaian tapak di kawasan kampung o permintaan yang tinggi terhadapanya o memerlukan khidmat nasihat Isi 1: • tapak penternakan ikan dan udang galah • mengenal pasti sebuah tasik bekas lombong • mendapat persetujuan daripada tuan punya tanah tasik itu • membuat perjanjian bertulis dengan tuan punya tanah Isi 2: • kesesuaian projek • kesesuaian tapak di kampung saya • tidak memadai untuk menampung permintaan • daerah Kuching sedang membangun dengan pesatnya Isi 3: • wadah anak muda menimba pengalaman • anak-anak muda kampung ini mencari pengalaman • boleh menimba pengalaman daripada projek • menceburi bidang perternakan ini • mengurangkan kadar pengangguran Isi 4: • khidmat nasihat dan sumbangan TEMA 9: EKONOMI, KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN


56 • ingin memperoleh nasihat dan tunjuk ajar • modal amat saya perlukan • menampung kos penyelenggaraan kolam • memberikan sumbangan untuk menjayakan projek ini Penutup: • menantikan kedatangan pegawai tuan untuk memberikan nasihat • ucapan terima kasih Tandatangan penulis


57 Maklumat di bawah berkaitan dengan pelancongan di Malaysia. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang pelancongan di Malaysia. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Agropelancongan ialah aktiviti pelancongan yang berasaskan kegiatan pertanian, perikanan dan penternakan Ekopelancongan ialah aktiviti pelancongan yang melibatkan pengembaraan bagi menikmati dan menghayati alam semula jadi TEMA 10: PELANCONGAN BAHAGIAN A: KARANGAN BAHAN RANGSANGAN CAMERON HIGHLANDS GUA NIAH, SARAWAK


58 SKEMA JAWAPAN “Sasar 120 000 pelancong” (Bahan 3). Begitulah hasrat kerajaan negeri Melaka dalam usaha mempromosikan negeri tersebut kepada pelancong dari dalam dan luar negara. Hal ini juga merupakan impian Malaysia dalam memastikan negara sentiasa tersenarai sebagai antara destinasi pilihan pelancong dunia. Oleh itu, apakah jenis-jenis pelancongan yang wajar diberi perhatian di Malaysia? Aktiviti pelancongan utama yang semakin mendapat perhatian masyarakat dunia ialah agropelancongan (Bahan 1). Aktiviti pelancongan yang melibatkan pertanian, perikanan, dan penternakan ini menjanjikan pengalaman menarik kepada pengunjung yang hadir ke sini. Mereka akan disajikan dengan keunikan rasa strawberi yang lazat jika berkunjung ke Cameron Highlands. Dalam hal ini, kerajaan wajarlah mempromosikan pelancongan ini dengan lebih aktif di media sosial dan media massa. Selain itu, jenis pelancongan yang sudah tidak asing lagi semestinya ekopelancongan (Bahan 2). Pelancongan jenis ini sering kali menjadi pilihan pelancong yang berumur antara 20 hingga 40 tahun kerana melibatkan sedikit aktiviti fizikal. Pelancong yang mengembara merentasi alam semula jadi pastinya akan tergamam dengan keindahan hutan hujan tertua di dunia dan kepelbagaian biologi di Malaysia. Maka, menjadi tanggungjawab kita sebagai masyarakat untuk memelihara keindahan hutan kita bermula dari sekarang. Kesimpulannya, terdapat banyak jenis lagi pelancongan yang boleh dimajukan di negara kita. Sebagai rakyat pula, marilah kita menjadi ejen yang mampu mempromosikan keamanan dan kedamaian kita sebagai negara yang selamat untuk dikunjungi. Semoga Malaysia mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain dalam sektor pelancongan. TEMA 10: PELANCONGAN


59 Petikan akhbar di atas menerangkan kemajuan sektor pelancongan di Malaysia. Dalam hal ini, Perdana Menteri pada ketika itu telah menyatakan beberapa keunikan Malaysia yang perlu dipelihara. Bincangkan keunikan-keunikan tersebut. TEMA 10: PELANCONGAN BAHAGIAN B: KARANGAN RESPONS TERBUKA DOMAIN AWAM Perdana Menteri berkata, rakyat perlu bersama-sama memainkan peranan supaya sasaran menarik kedatangan 30 juta pelancong antarabangsa dan RM100 bilion pendapatan pelancongan dapat diraih. Tun Dr. Mahathir juga mengajak segenap lapisan masyarakat di Malaysia untuk terus memelihara adat dan budaya Malaysia yang unik untuk dijadikan sebagai produk pelancongan selain menyerlahkan keunikan-keunikan lain. Dipetik daripada ‘Tahun Melawat Malaysia 2020 Misi Nasional’ oleh Luqman Arif Abdul Karim, bharian.com.my, 1 Januari 2020


60 SKEMA JAWAPAN Malaysia merupakan sebuah negara tumpuan pelancong sejak negara kita giat mempromosikan sektor pelancongan melalui kempen Tahun Melawat Malaysia. Telah diakui bahawa banyak keistimewaan yang dimiliki oleh negara Malaysia sehingga mampu menarik pelancong luar untuk bertandang dan berbelanja di sini. Hal ini dibuktikan dengan keyakinan pihak kerajaan menarik 30 juta orang pelancong ke negara kita dengan jumlah keuntungan RM100 bilion. Oleh itu, molek rasanya jika kita meneliti keistimewaan-keistimewaan negara kita kerana kata orang, tak kenal maka tak cinta. Sebagai sebuah negara Asia Tenggara yang terkenal dengan adat resam dan kesenian, Malaysia amat terkenal dengan keunikan budayanya. Negara yang majmuk dengan kepelbagaian kepercayaan dan adat ini telah mengamalkan perkongsian nilal sesama penduduknya biarpun berbeza rencam agama. Hal ini telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan yang menjanjikan pelbagai pengalaman yang menarik berbanding negara lain yang hanya mempraktikkan satu budaya sahaja. Tambahan pula, Malaysia menjanjikan pelbagai jenis perayaan dan sambutan istimewa yang berbaloi untuk disertai oleh pelancong luar. Antaranya ialah sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri, Sambutan Tahun Baharu Cina, dan Sambutan Hari Deepavali. Semestinya, pelancong yang berkunjung ke Malaysia tidak akan merasai kemeriahan sambutan perayaan yang pelbagai sebegini di negara luar. Keistimewaan kedua ialah Malaysia mempunyai latar belakang sejarah yang menarik. Tahukah anda, Malaysia telah pun dijajah selama hampir 500 tahun oleh kuasa-kuasa besar dunia suatu ketika dahulu? Hal ini telah menyebabkan Malaysia menjadi lubuk kajian kepada penggemar-penggemar artifak dan sejarah. Bermula daripada sejarah yang disimpan di Kota A Famosa di Melaka sehinggalah kukuhnya Candi Lembah Bujang di Kedah. Semua kawasan bersejarah ini menyimpan 1001 cerita yang menggamit pengunjung untuk mendalaminya. Bagi pelajar-pelajar dari luar negara, mereka boleh membuat kajian di samping mencuci mata melihat keindahan kawasan pelancongan ini bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Paling penting, kawasan-kawasan bersejarah ini juga boleh menjadi tempat untuk para pelancong luar mengenali sejarah hitam yang pernah dirasai penduduk tempatan melalui tinggalan bangunanbangunan bersejarah. Paling penting, keistimewaan Malaysia yang ketiga ialah kita menawarkan kepelbagaian jenis pelancongan kepada pengunjung-pengunjung yang datang. Malaysia menjanjikan pelancongan seperti ekopelancongan, agropelancongan, pelancongan kesihatan, dan pelancongan pendidikan, dan lain-lain lagi. Bagaimanakah Malaysia mampu menawarkan begitu banyak jenis pelancongan biarpun kita hanya sebuah negara kecil? Jawapannya adalah kerana bumi Malaysia yang mempunyai variasi keunikan yang boleh ditonjolkan. Pengunjung yang bertandang ke Malaysia tidak akan berasa jemu untuk kembali bertandang kerana dari utara, selatan hinggalah ke Borneo, pelbagai jenis pelancongan sedia menerima kunjungan mereka. Berbanding negara lain, pelancong yang bertandang ke sini akan mempunyai pelbagai sebab untuk bertandang ke Malaysia semula. Kesimpulannya, Malaysia mampu berdiri sama rendah dan duduk sama tinggi dengan negara-negara kuasa besar dalam sektor pelancongan dunia yang lain. Namun begitu, usaha ini perlu dipikul oleh semua rakyat Malaysia. Semua pihak harus menyokong inisiatif kerajaan membina kegemilangan Malaysia dalam sektor pelancongan ini agar usaha ini tidak sekadar berlalu di angin lalu. Kita perlu sedar bahawa bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. TEMA 10: PELANCONGAN


61 Grafik di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan makanan tradisional. Berdasarkan maklumat tersebut, tulis sebuah rencana tentang kepentingan-kepentingan memelihara makanan tradisonal. Panjangnya rencana anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. BAHAGIAN A: KARANGAN BAHAN RANGSANGAN TEMA 11: SEJARAH DAN WARISAN


62 SKEMA JAWAPAN Secara berkumpulan, bina kerangka karangan dengan menggunakan maklumat dalam bahan yang diberikan. Ayat Rangsangan Apakah yang boleh anda katakan tentang makanan tradisional? makanan tradisional semakin dilupakan Ayat Huraian Mengapakah anda berkata sedemikian? kurang pendedahan – pengaruh makanan asing Ayat Contoh Bagaimanakah anda membuktikannya? generasi muda tidak mengenali kuih tradisional Ayat Arah Apakah tugasan soalan yang perlu dihuraikan? kepentingan-kepentingan memelihara makanan tradisional Ayat Topik Apakah kepentingan memelihara makanan tradisional? makanan tradisional dapat menarik kehadiran pelancong asing [B1] Ayat Huraian Mengapakah anda berkata sedemikian? pelancong asing ingin merasai keenakan juadah setiap negara – syurga makanan Ayat Contoh Bagaimanakah anda membuktikannya? pelancong asing yang makan angin ke Malaysia pasti menjamu roti canai dan kuih-muih tradisional[B3] Ayat Kesan Apakah kebaikan yang diterima? negara dapat meningkatkan ekonomi – duduk sama rendah, berdiri sama tinggi Ayat Topik Apakah kepentingan memelihara makanan tradisional? makanan tradisional dapat menjadi cerminan identiti rakyat [B2] Ayat Huraian Mengapakah anda berkata sedemikian? setiap bangsa mempunyai makanan tradisional yang unik dan istimewa – lain padang, lain belalang Ayat Contoh Bagaimanakah anda membuktikannya? kaum Cina terkenal dengan kuih bulan dan yee sang [B3] Ayat Kesan Apakah kebaikan yang diterima? rakyat dapat memperkukuh jati diri dan perasaan megah TEMA 11: SEJARAH DAN WARISAN Kepentingan Memelihara Makanan Tradisional PETA POKOK makanan tradisional dapat menjadi wahana perpaduan makanan tradisional dapat menjadi cerminan identiti rakyat makanan tradisional dapat menarikkehadiran pelancong asing


63 Ayat Topik Apakah kepentingan memelihara makanan tradisional? makanan tradisional dapat menjadi wahana perpaduan [B3] Ayat Huraian Mengapakah anda berkata sedemikian? juadah warisan ini dirasai pelbagai kaum sebagai perkongsian budaya Ayat Contoh Bagaimanakah anda membuktikannya? nasi lemak menjadi makanan yang diterima pelbagai kaum di Malaysia [B3] Ayat Kesan Apakah kebaikan yang diterima? negara dapat mewujudkan keamanan – bersatu teguh, bercerai roboh Ayat Kesimpulan Apakah kesimpulan daripada perbincangan ini? terdapat pelbagai kepentingan memelihara makanan tradisional Ayat Cadangan Apakah cadangan untuk memelihara makanan tradisional? pendidikan kulinari harus diterapkan [B2] Ayat Harapan Apakah harapan anda terhadap makanan tradisional? makanan warisan nenek moyang terus hidup dalam arus kemodenan Ungkapan Menarik Apakah ungkapan menarik yang boleh diselitkan? tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas


64 BAHAGIAN B: KARANGAN RESPONS TERBUKA Warisan budaya di negara kita semakin menghadapi ancaman kepupusan. Warisan negara bukan sahaja melambangkan identiti negara malah mampu memupuk perpaduan negara. Apakah lagi kepentingan Warisan Kebudayaan Tradisional terhadap negara kita? Bagaimana kebudayaan ini dapat diterus demi generasi masa depan. DOMAIN AWAM TEMA 11: SEJARAH DAN WARISAN


65 SKEMA JAWAPAN Kini, warisan budaya tradisional menghadapi ancaman kepupusan. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri. Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan. Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung-mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut merayakan bersama-sama. Jiran tetangga dan sahabat handai saling mengunjungi. Kuih muih bertukar pinggan. Kita saling menerima dan memberi. Ucapan “Selamat Hari Raya”, “Gong Xi Fa Cai” dan “Selamat Hari Gawai” keluar dari jiwa yang penuh keikhlasan. Semangat kekitaan ini akan mengeratkan silaturahim, seterusnya memupuk perpaduan. Salah satu tarikan pelancongan ialah budaya kita. Sebenarnya, keindahan pantai, landskap dan hutan Malaysia juga dapat ditemukan di kebanyakan tempat, misalnya di Indonesia dan di Negara Thai. Namun yang unik ialah budaya tradisional kita, misalnya persembahan teater tradisional seperti bangsawan dan Mak Yong dan tarian seperti kuda kepang dan gawai. Banyak pelancong mengunjungi Malaysia kerana ingin mendekati corak hidup dan kebudayaan kita. Malah ada yang tinggal bersama-sama kita di kampung untuk merasai kehidupan kita. Tidak kurang pula yang merakamkan perkahwinan mereka mengikut adat resam Melayu. Jadi, budaya penting untuk mengembangkan pelancongan. Kesimpulannya, janganlah kita biarkan kebudayaan kita hanya dapat ditonton di muzium, bak pepatah yang berbunyi “biar mati anak jangan mati adat”. Oleh itu, usaha memupuk dan memelihara budaya ini tidak seharusnya dipandang enteng. Marilah kita bersama-sama memeliharanya supaya terus subur meredah zaman, tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan. TEMA 11: SEJARAH DAN WARISAN


66 Maklumat di bawah berkaitan dengan amalan bersukan. Huraikan pendapat anda tentang amalan bersukan. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Sungguh ayu si jelitawan, Bercucuk sanggul bunga kemboja, Sukan membentuk semangat perpaduan, Bersatu padu aman sentosa. Burung undan burung tempua, Hinggap berehat di ampaian baju; Sukan amalan untuk semua, Rakyat sihat negara maju. Pantun Hari Sukan Sekolah Sumber : Internet Semua pihak haruslah berganding bahu untuk memupuk minat bersukan dalam diri masyarakat dan tidak melepaskan faedah yang diperoleh dalam menyertai aktivitiaktiviti bersukan. Marilah kita bersama-sama ringan tulang dalam menyertai aktiviti bersukan serta menyumbang sesuatu dalam perkembangan sukan supaya lahir rakyat sihat, otak cerdas. Kesihatan fizikal dan mental membentuk rakyat yang efektif sekali gus mampu memacu negara menjadi lebih maju dan berdaya saing. Majulah sukan untuk negara. Sumber : Internet PENGLIBATAN RAKYAT MELAKUKAN AKTIVITI SUKAN, SENAMAN DAN REKREASI AKTIF 2022 Tidak Terlibat 52% Terlibat 48% BAHAGIAN A: KARANGAN BAHAN RANGSANGAN TEMA 12: SUKAN DAN REKREASI


67 SKEMA JAWAPAN Pendahuluan ❖ Amalan bersukan dalam kalangan rakyat mencatatkan penurunan berbanding tahun 2021 ❖ Hanya 48% rakyat Malaysia terlibat dengan sukan, senaman, dan rekreasi aktif ❖ Badan cergas, otak cerdas Isi 1. Mengeratkan hubungan perpaduan ❖ kegiatan sukan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam diri individu ❖ Sebagai contoh, sikap saling bekerjasama, bertoleransi dan meletakkan kepentingan negara dan pasukan melebihi kepentingan diri. ❖ sifat bersatu padu dapat dipupuk melalui penglibatan dalam kegiatan sukan ❖ kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat 2. Rakyat yang efektif yang dapat memacu negara lebih maju dan berdaya saing ❖ menjadi rakyat yang sihat, mempunyai otak yang cerdas ❖ tidak menjadikan hospital sebagai rumah kedua ❖ kualiti kerja lebih baik, KPI atau sasaran kerja dapat dicapai dengan kesihatan yang baik, mampu berdaya saing ❖ pelbagai sektor mempunyai tenaga kerja yang sihat tubuh badan, sumbangan kepada ekonomi, negara maju. 3. Semua pihak perlu berganding bahu ❖ semua pihak bermula dari rumah masing-masing sehinggalah ke peringkat kementerian mempunyai peranan dalam menyemai amalan bersukan ❖ pihak sekolah dan Kementerian Belia dan Sukan perlu sepakat ❖ tamsilnya, menganjurkan sukan balapan, sukan padang, dan e-sukan untuk rakyat ❖ rakyat yang sentiasa aktif menyertai pelbagai aktiviti sukan seperti berbasikal dan sukan renang Penutup ❖ setiap individu hendaklah mengutamakan amalan bersukan dalam kehidupan ❖ mengelakkan penyakit ❖ hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, tiga kali seminggu, 20 minit setiap sesi TEMA 12: SUKAN DAN REKREASI


68 Berdasarkan petikan di atas, bandingkan kelebihan dan keburukan e-sukan kepada remaja. BAHAGIAN B: KARANGAN RESPONS TERBUKA TEMA 12: SUKAN DAN REKREASI E-sukan semakin mendapat perhatian anak muda kini. Bagi mereka, kepelbagaian animasi dan bunyi yang menarik membuatkan mereka teruja untuk mencuba sukan jenis ini. Tiada salahnya untuk menjadikan e-sukan sebagai aktiviti rekreasi. Menurut kajian, aktiviti ini juga mampu menguji intelektual pemainnya kerana tahap-tahap kesukaran permainan yang disediakan oleh pencipta permainan tersebut. DOMAIN AWAM


69 SKEMA JAWAPAN Pendahuluan ❖ E-sukan semakin popular dalam kalangan remaja ❖ E-sukan merupakan sukan elektronik iaitu permainan video yang melibatkan pemain atau atlet e-sukan ❖ Bertanding secara individu atau berpasukan ❖ E-sukan memerlukan peranti atau gajet ❖ Jenis permainan e-sukan Isi 1. Kepelbagaian animasi dan bunyi yang menarik ❖ Merangsang deria penglihatan dan pendengaran pemain ❖ Memberi kesan kejutan, saspen, dan keterujaan kepada pemain ❖ Pemain seronok dan tidak berasa bosan ketika bermain permainan video 2. Menguji tahap kecerdasan pemain ❖ Mempunyai pelbagai tahap kecerdasan yang dicipta oleh pencipta permainan ❖ Pemain perlu menguasi tahap demi tahap sebelum melangkah ke tahap seterusnya ❖ Melatih pemain untuk berfikir dengan kritis dan merangka strategi untuk menang 3. Menjadi sumber pendapatan ❖ Menyertai pertandingan e-sukan yang dianjurkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa ❖ Hadiah lumayan ditawarkan untuk pemenang ❖ Menjadi kerjaya sepenuh masa atau separuh masa ❖ Remaja juga boleh menjadi “Streamer” iaitu individu yang bermain permainan video dan berkongsi permainan di alam maya untuk tontonan umum. 4. Memberikan kesan positif terhadap kesihatan mental. ❖ Mengurangkan tekanan/stres ❖ Permainan video yang menarik memberikan kepuasan yang tinggi apabila pemain berjaya menyelesaikan cabaran ❖ Meluahkan rasa marah/tidak puas hati melalui permainan video 5. Ketagihan yang melampau ❖ Ketagihan permainan video dikenal pasti sebagai penyakit mental. ❖ didefinisikan sebagai penggunaan permainan video yang berlebihan dan bermasalah yang mengakibatkan impak signifikan terhadap kegiatan harian ❖ tanda-tanda ketagihan permainan video adalah seperti kerap berfikir tentang permainan video, berasa tidak senang hati jika tidak dapat bermain, memerlukan masa yang banyak untuk berasa puas hati apabila bermain permainan video, tidak dapat berhenti bermain TEMA 12: SUKAN DAN REKREASI


70 6. Hilang minat untuk melakukan aktiviti atau hobi lain ❖ pemain e-sukan keletihan, kurang tidur, kurang makan, isolasi dan kurang aktiviti sosial. ❖ menjejaskan kualiti kerja ❖ hubungan kekeluargaan turut renggang Penutup ❖ sukan konvensional juga perlu diberi perhatian yang sama kerana sukan ini tidak mampu digantikan oleh e-sukan yang berbeza daripada pelbagai aspek. ❖ inisiatif untuk memperkasa permainan sukan elektonik di negara ini memberikan manfaat yang berguna buat remaja ❖ di peringkat institusi pengajian tinggi juga telah menawarkan kursus seperti jurutera permainan video yang mampu melahirkan graduan dalam bidang pembangunan sukan elektronik.


71 Maklumat di bawah berkaitan dengan industri pengangkutan. Huraikan pendapat anda tentang Kejayaan Negara Dalam Perindustrian Tren Laju. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. BAHAGIAN A: KARANGAN BAHAN RANGSANGAN TEMA 13: PERINDUSTRIAN Perindustrian Tren Laju Harapan Masa Depan KUALA LUMPUR: Jika dahulu manusia perlu menaiki kapal laut selama berminggu-minggu untuk melancong atau bergerak ke benua yang lain. Tetapi kini, kemudahan seperti kapal terbang dan tren laju telah memudahkan pengguna untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi. Perkhidmatan tren sedia ada yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) memerlukan penambahbaikan bagi menampung jumlah pengguna pada masa akan datang. Tren laju diakui meningkatkan jaringan perhubungan. Malah, pusat-pusat tumpuan pelancongan yang sebelum ini sukar untuk dikunjungi kerana perlu menempuh masa perjalanan yang panjang boleh dinikmati oleh semua pelancong. Perindustrian tren laju dapat mengurangkan pelepasan karbon dalam negara kita. Perindustrian tren laju dalam negara bakal memberikan pelbagai kejayaan khusus buat generasi masa hadapan. Sumber : Internet


72 SKEMA JAWAPAN Pendahuluan ❖ Dalam mendepani era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi, pelbagai perkembangan yang telah dicapai oleh tamadun manusia pada hari ini. ❖ Di Malaysia, penggunaan tren laju masih tidak diimplementasikan kerana jumlah pengguna belum mencapai tahap yang diperlukan ❖ Pengangkutan ini mampu memangkin kejayaan negara dalam perindustrian dan pengangkutan demi masa depan Malaysia Isi 1. Meningkatkan jaringan perhubungan ❖ dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) ❖ penggunaan tren laju pasti dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas pada musim perayaan atau cuti sekolah ❖ potensi ini turut boleh berlaku sekiranya negeri Sarawak dan Sabah mempunyai satu perkhidmatan tren laju untuk penduduk dan juga pelancong memanfaatkannya 2. Meningkatkan ekonomi tempatan khususnya sektor pelancongan ❖ pelbagai ekonomi akan bercambah bak cendawan tumbuh selepas hujan ❖ jumlah inap desa, hotel, restoran pasti akan bertambah bagi menampung kedatangan pelancong domestik mahupun antarabangsa. 3. Mengurangkan pelepasan karbon ❖ jaringan pengangkutan di dalam negara kebanyakannya adalah melalui jalan raya dan diakses menggunakan kereta atau motorsikal. ❖ pengangkutan ini menggunakan bahan api yang melepaskan karbon ke udara dan menjadikan tahap kebersihan udara tercemar. ❖ dengan teknologi terkini, pembinaan tren laju yang mesra alam dapat dilaksanakan. ❖ sebagai contoh, tren atau keretapi menggunakan elektrik sebagai bahan api dan sumbernya adalah sumber yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar dan hidroelektrik. Penutup ❖ jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya ❖ perindustrian tren laju dalam negara bakal memberikan pelbagai kejayaan khusus buat generasi masa hadapan TEMA 13: PERINDUSTRIAN


73 Anda terpilih untuk menyertai pertandingan syarahan. Tajuk syarahan anda ialah “Faedah-faedah Industri Kecil dan Sederhana dan Langkah-langkah untuk “Memajukan Industri Kecil dan Sederhana di Malaysia” Tulis syarahan anda selengkapnya. BAHAGIAN B: KARANGAN RESPONS TERBUKA TEMA 13: PERINDUSTRIAN Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana sering mempunyai masalah untuk memajukan perusahaan mereka dan tidak mampu menampung permintaan yang semakin meningkat saban hari. Kekangan dari segi kekurangan modal, ketidakmampuan untuk membeli mesinmesin berteknologi tinggi menyukarkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bersaing di peringkat global. Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia, Prof Dr.Azali Mohamed, menggesa kerajaan supaya memberikan perhatian kepada IKS yang selaku tunggak utama ekonomi negara, mempunyai prospek untuk mewujudkan peluang pekerjaan. “Kerajaan perlu menyokong dan membantu IKS secara agresif kerana industri ini menyediakan hampir 5.7 juta atau 70% tenaga kerja di Malaysia,” katanya. Dipetik dan diubah suai daripada BH Online, 29 April 2019 DOMAIN AWAM


74 SKEMA JAWAPAN Pendahuluan ❖ Kata alu-aluan kepada hadirin mengikut protokol ❖ Menyatakan tajuk syarahan ❖ Nyatakan definisi, contoh IKS Isi-isi penting Faedah-faedah IKS 1. Membuka peluang pekerjaan ❖ Memerlukan pekerja - memenuhi permintaan pelanggan ❖ Pengkhususan pekerja mengikut skop/tugasan ❖ Membantu golongan remaja yang tiada pengalaman, ibu tunggal, golongan OKU mencari rezeki 2. Membantu meningkatkan sektor pelancongan pertanian dan perikanan ❖ Menyemarakkan industri pelancongan dalam negara ❖ Tumpuan pelancong untuk mendapatkan cenderahati yang berkaitan dengan budaya atau warisan ❖ Contohnya, perusahaan batik, songket dan labu sayong 3. Mengurangkan import barangan pengguna ❖ mendapatkan bahan mentah - pengeluaran produk mereka daripada penduduk kampung - menjalankan sektor pertanian dan penternakan secara kecil-kecilan. ❖ usahawan IKS telah membantu peningkatan ekonomi di kawasan tersebut ❖ contohnya, pengusaha kerepek pisang akan membeli pisang daripada pekebunpekebun kecil yang berada di sekitar kilang mereka ❖ kos pengangkutan yang kecil - pengusaha juga memperoleh sumber pengeluaran dengan harga yang murah dan berpatutan tanpa perlu melalui peraih Langkah-langkah untuk memajukan IKS 1. Menawarkan pinjaman kepada usahawan ❖ Pihak berkenaan harus turun padang ❖ Menawarkan khidmat nasihat/bantuan modal/pinjaman ❖ Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SIMIDEC) ❖ Dapat menghasilkan produk yang bermutu tinggi 2. Memperkasakan jenama produk ❖ Jenama produk dari segi pembungkusan, logo - cara pemasaran serta kualiti produk ❖ Penjenamaan penting - pengguna membuat pilihan produk ❖ Memberikan kesan kepada pengguna - membuat pembelian untuk kali kedua dan seterusnya ❖ Persediaan untuk bersaing dengan produk antarabangsa TEMA 13: PERINDUSTRIAN


75 3. Mengalihkan teknologi pembuatan tradisional kepada pembuatan moden ❖ Penggunaan mesin yang berteknologi - meningkatkan hasil keluaran dan menjamin kualiti yang baik ❖ Mempengaruhi pemasaran untuk membekalkan produk secara berterusan ❖ Contohnya, pembungkusan secara vakum - memudahkan penghantaran - kepercayaan pembeli - eksport ❖ langkah untuk bersaing dan keuntungan boleh dicapai dalam jangka masa yang panjang Penutup ❖ IKS merupakan nadi ekonomi masyarakat setempat dan juga memberi impak dalam KDNK negara. ❖ kerajaan hendaklah terus memberi bantuan kepada IKS agar mereka dapat meneruskan aktiviti pengeluaran produk tempatan yang sejajar dengan matlamat negara iaitu membeli barangan tempatan.


76 Gambar dan maklumat di bawah berkaitan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar. Huraikan pendapat anda tentang Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. ANUGERAH KECEMERLANGAN SISWA TINGKAT MOTIVASI PELAJAR Sepang, 8 Januari 2010 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) buat kali keduanya telah menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Siswa USIM 2009 bertempat di Hotel Pan Pacific, KLIA. TAWAU : Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Kinabutan II Johari Chin berkata, penghargaan dan pengiktirafan yang diberikan kepada pelajar merupakan antara majlis yang dinantikan oleh semua pelajar dan ibu bapa. Keadaan ini secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan pihak sekolah dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Analisis Soalan: Tema / Isu Tugasan Soalan Fokus Soalan Format Idea / isi BAHAGIAN A: KARANGAN BAHAN RANGSANGAN TEMA 14: PENDIDIKAN


77 SKEMA JAWAPAN Tema / Isu Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Tugasan Soalan Huraikan kepentingan / kebaikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Fokus Soalan Kepentingan / kebaikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Format Pendapat Idea / isi Pendahuluan (Gambar 1) Memberikan / meningkatkan motivasi kepada pelajar (Gambar 2) Merapatkan hubungan pihak sekolah dengan ibu bapa (gambar 3) Pendahuluan : - Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar – penghargaan dan pengiktirafan yang diberikan kepada pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam akademik mereka. - Menjadi program tahunan setiap sekolah di Malaysia - Pada masa yang sama, ibu bapa haruslah memberi sokongan yang sepenuhnya kepada pihak sekolah untuk menjayakan majlis yang bermakna ini Isi 1 : Meningkatkan motivasi kepada pelajar - Pihak sekolah memberi pengiktirafan kepada pelajar akan mendorong pelajar untuk lebih rajin belajar - Pelajar-pelajar yang menerima pengiktirafan daripada pihak sekolah – berbesar hati dan bangga atas kejayaan yang diperoleh - Terus berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi mereka - Mempertingkatkan usaha untuk berjaya dalam pelajaran di menara gading kelak Isi 2 : Merapatkan hubungan pihak sekolah dengan ibu bapa - Ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna dan majlis ini turut menjadi kebanggaan ibu bapa - Ibu bapa akan mengambil perhatian terhadap anak-anak mereka dalam akademik – saling bekerjasama dengan pihak sekolah untuk melahirkan anak yang cemerlang - Kesannya, ibu bapa akan mempunyai minda yang positif terhadap pihak sekolah – berusaha untuk menitikberatkan pelajaran anak apabila anak berada di rumah Penutup : - Ternyatalah bahawa Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar banyak mendatangkan faedahnya. - Bukan sahaja dapat memotivasikan pelajar, malah juga dapat merapatkan hubungan pihak sekolah dengan ibu bapa. - Seperti yang dikatakan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara - Setiap pihak wajar sentiasa menyokong pihak sekolah dalam menjayakan program ini supaya dapat melahirkan modal insan yang berpotensi untuk memajukan negara. TEMA 14: PENDIDIKAN


78 Kreativiti dan inovasi amat dituntut untuk melahirkan generasi murid berfikiran kelas pertama dalam abad ke-21 ini untuk bersaing. Dalam abad penuh cabaran ini, kita tiada pilihan kecuali meningkatkan keupayaan kreativiti dan inovasi. Dalam senario ini tugas guru semakin mencabar. (Sumber: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121210/re_01/ Kreativiti-inovasi-dalam-pendidikan#ixzz3mLDbC9Zs Maklumat di atas berkaitan dengan keperluan inovasi dalam dunia pendidikan hari ini. Inovasi dalam pendidikan sememangnya mendatangkan manfaat kepada warga sekolah. Bincangkan. Analisis Soalan: Tema / Isu Tugasan Soalan Fokus Soalan Format Idea / isi BAHAGIAN B: KARANGAN RESPONS TERBUKA TEMA 14: PENDIDIKAN DOMAIN PENDIDIKAN


79 SKEMA JAWAPAN Tema / Isu Pendidikan Tugasan Soalan Bincangkan manfaat inovasi dalam pendidikan kepada warga sekolah Fokus Soalan Manfaat inovasi dalam pendidikan kepada warga sekolah Format Perbincangan Idea / isi Pendidikan mendorong tenaga pengajar di sekolah untuk bersikap kreatif dan inovatif Inovasi dalam pendidikan mampu mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif kepada murid-murid Penggunaan teknologi dalam pengajaran Pendahuluan • Kamus Dewan Edisi Keempat – "inovasi" sebagai sesuatu yang baharu diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain yang baharu • tidak dapat disangkal bahawa inovasi semakin mendapat tempat dalam pelbagai bidang • bidang pendidikan juga tidak dikecualikan daripada mengalami perubahan akibat daripada pengaruh inovasi yang semakin kuat Isi 1: Pendidikan mendorong tenaga pengajar di sekolah untuk bersikap kreatif dan inovatif • Huraian: Mampu mencetuskan pelbagai idea baharu dalam pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran yang digunakan oleh para guru bagi menyampaikan sesuatu ilmu kepada anak murid di sekolah • Contoh: Memilih pendekatan konstruktivisme dalam sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) untuk mengupayakan murid membina ilmu pengetahuan diri sendiri – boleh dicapai apabila guru merancang dan melaksanakan permainan bahasa seperti permainan detektif bahasa, iaitu menyelesaikan sesuatu kes detektif melalui permainan bahasa • Kesan: Menyebabkan murid-murid mampu melibatkan diri dalam penjanaan ilmu pengetahuan secara aktif dan murid akan menjadi lebih fokus dalam pembelajaran Isi 2: Inovasi dalam pendidikan mampu mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif kepada murid-murid • Huraian: Pengurusan bilik darjah yang berkesan meliputi pelbagai aspek untuk mengelakkan murid hilang tumpuan dan memudahkan guru untuk mengawal kelas • Contoh: Pendidik boleh menggunakan pelbagai teknologi – mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sesuai kepada murid – pelbagai perisian komputer dapat digunakan – TEMA 14: PENDIDIKAN


80 Youtube boleh digunakan semasa sesi PdPc dijalankan – memainkan video animasi tentang prosa tradisional yang dipelajari dalam sukatan pelajaran KOMSAS • Kesan: Mampu membentuk keadaan pembelajaran yang positif kerana murid-murid tidak hanya mendengar penerangan daripada guru – menggunakan visual mereka untuk mengukuhkan pengetahuan – masalah kekurangan bahan pembelajaran guru dapat diatasi sekali gus menjimatkan masa dan tenaga guru dalam penyediaan pelbagai bahan pembelajaran – murid pula, mereka dapat memperkukuh ingatan mereka melalui pelbagai bahan inovasi yang disediakan oleh guru Isi 3 : Penggunaan teknologi dalam pengajaran • Huraian: Globalisasi dan liberalisasi menuntut guru yang berilmu agar celik dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi – suasana alaf baharu yang berorientasikan teknologi maklumat dan komunikasi, teknologi memainkan peranan yang besar dalam pendidikan – penggunaan komputer dalam pendidikan membawa reformasi serta perkembangan baharu dalam bidang pendidikan, khasnya dalam teknologi pendidikan • Contoh: Penggunaan teknologi dalam pengajaran seperti sumber Internet, e-mel, papan maklumat dalam talian, blog dan sebagainya • Kesan: Membolehkan pendidikan jarak jauh dilakukan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap Penutup Pelbagai prakarsa perlu dirancang, diusahakan dan diambil dengan kadar segera untuk membangunkan aspek inovasi dalam bidang pendidikan – membantu warga pendidik untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai pembaharuan yang berlaku pada zaman ini – aspirasi kerajaan untuk melahirkan generasi berminda kelas pertama dapat direalisasikan dengan pantas


81 Poster dan maklumat di bawah adalah tentang bidang sastera di Malaysia. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menjelaskan bidang sastera di Malaysia. Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. “Sastera sebagai seismograf kehidupan, iaitu sastera bukan sahaja mencatatkan tetapi menganalisis perihal manusia dan masyarakat. Melalui sastera, banyak yang dapat dipelajari. Sememangnya sastera amat diperlukan untuk melengkapkan nilai sesuatu masyarakat. Melalui sastera, masyarakat juga dapat mempelajari sejarahnya untuk memperbaik kehidupan mereka”. (Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada ucapan Sasterawan Negara Profesor Emeritus Dato’Dr.Shahnon Ahmad) Melalui pembelajaran kesusasteraan dan pembacaan sesebuah karya seperti novel dan cerpen, hasilnya didapati berupaya untuk merangsang pemikiran kritis, mengembangkan sifat keperibadian yang unggul dan seterusnya membentuk peribadi pelajar yang matang serta rasional dalam pemikiran. (Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Pendidikan Sastera Membina Identiti Pelajar” dalam Dewan Siswa, Bil. 9/2019) Ayuh Kita Martabatkan Kesusasteraan Melayu! Kempen Menghargai Sasterawan Negara Objektif : Memberi murid pengetahuan tentang cara untuk menghayati karya sastera dalam pelbagai aspek. Memupuk kesedaran murid tentang kelebihan sastera untuk membentuk pemikiran dan jati diri masyarakat Malaysia. Mencungkil bakat murid dalam bidang kesusasteraan. “Sastera Pencetus Minda Masyarakat” BAHAGIAN A: KARANGAN BAHAN RANGSANGAN TEMA 15: BAHASA DAN KESUSASTERAAN


82 SKEMA JAWAPAN Alamat pengirim Tarikh Pendahuluan: - Pembuka kata - Kata Ganti Nama Penerima - Tujuan menulis surat - Sastera dipandang sebelah mata oleh pelajar – sastera ialah bidang yang tercorot untuk diceburi - Dianggap sebagai tiada hala tuju dan masa hadapan dalam kerjaya - Sastera merupakan sebahagian daripada hidup kita Isi-isi penting: 1. Kepentingan mempelajari sastera - memperbaik kehidupan dengan mempelajari sejarah - Penerbitan karya sastera boleh menimbulkan kesedaran pembaca - mengambil iktibar daripada penceritaan kerana sastera merupakan cerminan masyarakat dan budaya - memahami nilai kemanusiaan dan kebudayaan supaya dapat melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi rohani dan jasmani 2. Kepentingan mempelajari sastera: merangsang pemikiran kritis - Sastera mampu memindahkan kita ke dunia silam – mengetahui peristiwa silam yang telah berlaku – memudahkan pelajar sebagai pembaca lebih mendalami sejarah - mengembangkan minda menerusi pembacaan kerana sastera sebagai batu loncatan yang boleh mengembangkan keperibadian seseorang yang lebih unggul – melahirkan pelajar yang berfikiran matang dan rasional Penutup: - harapan dapat membalas surat dengan segera - Tandatangan pengirim TEMA 15: BAHASA DAN KESUSASTERAAN


83 Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah dijamin oleh Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan sejak kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Kemajmukan kaum, agama, dan budaya yang mencorakkan sifat kependudukan Malaysia menjadi cabaran unik ke arah kemapanan perpaduan dan identiti nasional melalui perantaraan bahasa Melayu sebagai alat penyatuan. Menurut pakar bahasa Melayu, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim, profil kebahasaan seseorang warga Malaysia mestilah menguasai bahasa kebangsaan sendiri, menguasai bahasa Inggeris, dan sekiranya mampu menguasai bahasa ketiga dan keempat. Jelasnya, bahasa kebangsaan lambang kedaulatan negara dan jati diri bangsa manakala bahasa Inggeris ialah bahasa perhubungan luar dan bahasa untuk menimba ilmu pengetahuan. Dipetik daripada ‘Memartabatkan Bahasa Melayu Tanggungjawab Semua’ news.ump.edu.my Petikan berita di atas menyatakan bahasa Melayu perlu dipertahankan kerana kemampuannya sebagai wadah penyampai ilmu dalam pelbagai bidang. Pelbagai usaha perlu dilakukan oleh semua pihak untuk mengembalikan kegemilangan bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki untuk menyampaikan syarahan di sekolah anda bersempena dengan Bulan Bahasa peringkat sekolah. Tajuk syarahan tersebut ialah ‘Peranan sektor swasta dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi’. Tulis syarahan itu selengkapnya. Analisis Soalan Tema / Isu Tugasan Soalan Fokus Soalan Format Idea / isi BAHAGIAN B: KARANGAN RESPONS TERBUKA TEMA 15: BAHASA DAN KESUSASTERAAN DOMAIN PENDIDIKAN


84 SKEMA JAWAPAN Tema / Isu Bahasa dan Kesusasteraan Tugasan Soalan Menyampaikan syarahan di sekolah bersempena dengan Bulan Bahasa peringkat sekolah Fokus Soalan Peranan sektor swasta dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi Format Syarahan Idea / isi Sumbangan dalam bentuk wang dan hadiah Prihatin dalam soal penggunaan bahasa Melayu Memartabatkan bahasa Melayu melalui bidang pendidikan Dokumen urus niaga dalam bahasa Melayu dipaparkan dalam bahasa Melayu Pendahuluan Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi – nilai ekonomi bahasa Melayu dalam sektor swasta masih kurang memuaskan – sektor swasta harus memainkan peranannya untuk memartabatkan bahasa Melayu Isi 1 Sumbangan dalam bentuk wang dan hadiah sangat penting – banyak bank di negara ini menaja rancangan untuk program bahasa Melayu di luar negara – Exxon-Mobil menaja rancangan pertandingan cerpen remaja, sajak, dan penulisan kreatif – membolehkan bahasa melayu berkembang Isi 2 Sektor swasta lebih prihatin dalam soal penggunaan bahasa Melayu – paparan iklan dalam bahasa Melayu – nama-nama produk atau syarikat dalam bahasa Melayu – tidak memberikan nama asing kepada projek perumahan tempatan – mengikis prasangka terhadap kemampuan bahasa Isi 3 Memartabatkan bahasa Melayu melalui bidang pendidikan – institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) dan kolej swasta patut menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar – patut mewajibkan pelajar asing mendapat kelulusan bahasa Melayu sebelum menyambung pengajian – melahirkan siswazah yang sebati dengan bahasa Melayu Isi 4 Dokumen urus niaga dalam bahasa Melayu – borang, notis, dan minit mesyuarat dipaparkan dalam bahasa Melayu – mempergiat penterjemahan dokumen kepada bahasa Melayu – dokumen yang disiarkan melalui akhbar harus menggunakan bahasa Melayu Penutup Peranan sektor swasta amat penting – gerakan memartabatkan bahasa Melayu haruslah dijalankan secara sukarela TEMA 15: BAHASA DAN KESUSASTERAAN


85 Gambar dan maklumat di bawah berkaitan dengan slot kerjaya. Sebagai setiausaha kelab usahawan muda sekolah anda, tulis sepucuk surat untuk mengundang seorang penceramah bagi menyampaikan ceramah dalam slot meneroka minat kerjaya anjuran sekolah anda. Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. SLOT KERJAYA TIP PEMILIHAN KERJAYA • Kenal pasti minat dan potensi diri • Senaraikan beberapa kerjaya yang dominan dengan minat dan personaliti • Menjawab soal selidik • Buat kajian dan analisis • Kelayakan akademik seiring dengan keperluan kerjaya INDUSTRI 4.0 UBAH CARA KERJA, HIDUP Mendepani cabaran Industri 4.0 atau Revolusi Perindustrian Keempat, pelajar mesti keluar daripada kebiasaan. Forum Ekonomi Dunia (WEF) menggariskan pentingnya penguasaan elemen 4C, iaitu kemahiran penyelesaian masalah kompleks, kemahiran lisan dan bertulis, kerjasama serta memanfaatkan peluang dan kreatif. BAHAGIAN A: KARANGAN BAHAN RANGSANGAN TEMA 16: KERJAYA


86 SKEMA JAWAPAN Wan Muhaiman Wan Muslim, 16, Lorong Tengah, Taman Gembira, 93400 Kuching, Sarawak. __________________________________________________________________________ Pengetua, SMK Petra Jaya, Jalan Semarak, 93400 Kuching, Sarawak. 20 JULAI 2020. Tuan, Jemputan untuk Menyampaikan Ceramah dalam Slot Meneroka Minat Kerjaya Saya sebagai setiausaha Kelab Usahawan Muda MRSM Kuching ingin menjemput pihak tuan sebagai penceramah untuk Slot Meneroka Minat Kerjaya sempena Hari Kerjaya anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling MRSM Kuching. 2. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan tip semasa menghadiri sesi temu duga. Tip ini penting sebelum para pelajar menceburi dunia pekerjaan. Mereka akan diberikan penerangan tentang persediaan-persediaan sebelum dan semasa menghadiri temu duga. Contohnya, penyediaan resume, penampilan diri dan cara komunikasi. Kesannya, pelajar akan dapat memberikan perspektif yang baik. 3. Selain itu, program ini membantu pelajar mengetahui hala tuju mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana program ini memberikan panduan kepada mereka selepas tamat persekolahan. Mereka perlu mengetahui tip pemilihan kerjaya. Misalnya, kenal pasti minat dan potensi diri. Impaknya, para pelajar akan mempunyai strategi kerjaya pada masa hadapan. 4. Akhir sekali, peningkatan kemahiran dalam meneroka kerjaya. Pelajar perlu mengetahui kecenderungan dan kelebihan diri mereka. Mereka harus memastikan pilihan yang dibuat tepat seperti memilih peluang kerjaya yang sesuai terutama dalam cabaran era industri 4.0 ini. Implikasinya, pelajar akan lebih bersedia menceburi bidang kerjaya. 5. Akhir kata, slot meneroka minat kerjaya amat penting sebagai persediaan masa depan pelajar. Pihak sekolah mestilah berganding bahu untuk menggalakkan para pelajar mengambil peluang keemasan ini. Saya berharap program ini akan memenuhi piawaian sebelum menceburi dunia pekerjaan. Sekian, terima kasih. Yang benar, Wan Muhaiman (WAN MUHAIMAN WAN MUSLIM) Setiausaha Kelab Usahawan Muda MRSM Kuching TEMA 16: KERJAYA


87 KUALA LUMPUR – Pelaksanaan konsep pembelajaran yang menggabungkan dua elemen, iaitu program dua tahun pembelajaran di universiti dan dua tahun latihan industri (2U2I) dapat mempersiapkan mahasiswa untuk menempuh alam pekerjaan selepas tamat pengajian. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata bahawa pendekatan yang dipelopori agensi di bawah kementerian melalui Institut Keusahawanan Negara (Insken) itu menyediakan platform latihan serta bimbingan yang memberikan ilmu secara akademik (teori) dan praktikal. Sumber: Sinar Harian, 12 Oktober 2020 Berita di atas menunjukkan pelaksanaan konsep pembelajaran yang menggabungkan dua elemen, iaitu program dua tahun pembelajaran di universiti dan dua tahun latihan indusrti (2U2I). Persiapan diri amat penting kepada setiap graduan sebelum memasuki alam pekerjaan. Anda telah mewakili sekolah untuk menyertai pertandingan pidato. Tajuk pidato yang perlu anda tulis ialah “Persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh graduan sebelum memasuki alam pekerjaan”. BAHAGIAN B: KARANGAN RESPONS TERBUKA DOMAIN KERJAYA TEMA 16: KERJAYA


88 SKEMA JAWAPAN Selamat sejahtera saya ucapkan kepada pengerusi majlis, tuan pengetua, panel hakim yang bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk pidato saya hari ini ialah PersediaanPersediaan yang Perlu Dilakukan oleh Graduan Sebelum Memasuki Alam Pekerjaan. Hadirin yang saya hormati, Alam pekerjaan merupakan suatu fasa dalam kehidupan yang akan ditempuhi oleh setiap individu untuk mencari pendapatan. Berbeza dengan sedekad yang lalu, pekerjaan yang stabil semakin sukar untuk diperoleh kerana berlaku kadar persaingan yang sengit dalam kalangan masyarakat terutamanya para graduan. Sebenarnya, pelbagai faktor yang mendorong perkara ini berlaku sehinggakan banyak orang yang menganggur dan memilih bidang lain seperti usahawan. Jadi, para pelajar terutamanya mahasiswa-mahasiswa perlu bersedia dalam segala aspek sebelum menempuh alam pekerjaan. Hadirin yang dihormati, Langkah pertama ialah pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi dengan mengambil kursus yang berkaitan dengan pekerjaan yang ingin diceburi nanti. Perkembangan institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) tidak kira awam atau swasta telah menyumbang kepada kelahiran graduan yang mampu bersaing dan bersedia untuk bekerja selepas tamat pengajian. Misalnya, graduan yang memiliki pengetahuan yang tinggi akan mempraktikkan amali teori-teori semasa latihan industri sebagai langkah persediaan sebelum tamat pengajian dan memasuki alam pekerjaan. Natijahnya, graduan perlu mencapai keputusan yang cemerlang jika ingin bersaing untuk mencari pekerjaan yang stabil. Tegasnya, pemilikan ijazah sangat penting sebelum memasuki alam pekerjaan. Seterusnya, graduan lepasan universiti juga perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Kemahiran komunikasi termasuklah mereka berhemah dalam pertuturan dan cekap menyelesaikan masalah. Kemahiran ini tidak diperoleh melalui subjek di IPT tetapi kemahiran ini perlu dilatih bergantung pada tindakan yang diambil oleh seseorang dalam sesuatu situasi. Dengan ini, graduan yang mahir dalam kemahiran komunikasi mudah mendapat sesuatu pekerjaan. Secara tuntasnya, graduan yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, perwatakan yang menarik dan mampu bergaul baik dengan rakan sekerja menjadi pilihan majikan. Oleh itu, graduan-graduan ini akan lebih mudah untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian. Hadirin yang dikasihi, Selain itu, para graduan yang ingin masuk ke alam pekerjaan hendaklah bersedia dari segi fizikal dan mental. Faktor fizikal selalunya bergantung pada bidang pekerjaan yang dipilih. Sebagai contohnya, juruukur dan jurutera yang memerlukan pekerja ke tapak pembinaan yang panas di bawah terik matahari untuk melakukan tugas atau pemerhatian. Dari segi mental pula, persediaan untuk berurusan dengan rakan sekerja, majikan ataupun pelanggan yang memerlukan kesabaran yang tinggi. Dengan ini, sikap waja untuk menghadapi segala situasi perlu ada demi reputasi kita. Dengan ini, pekerjaan yang sukar atau rumit dapat disempurnakan dengan lebih mudahnya. Jelaslah bahawa persediaan fizikal dan mental amat penting kepada graduan yang ingin memasuki alam kerjaya. TEMA 16: KERJAYA


89 Tuan-tuan dan puan-puan, Kesimpulannya, pelbagai langkah boleh diambil sebagai persediaan sebelum menempuh alam pekerjaan. Murid-murid perlulah berusaha mengintrospeksi diri dan mengembangkan kebolehan dalam pelbagai aspek kemahiran sebagai persediaan awal untuk melangkah ke alam pekerjaan kerana peribahasa Melayu berbunyi yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Marilah kita bersama-sama mengerah keringat untuk memulakan langkah sederap bagi memastikan anak-anak watan kita berjaya menjadi pekerja yang terbaik sama ada mereka menjadi pekerja berkolar putih, biru, mahupun merah jambu. Oleh sebab masa tidak mengizinkan, izinkan saya mengundurkan diri. Sekian, terima kasih.


90 Maklumat di bawah berkaitan dengan amalan rasuah. Huraikan pendapat anda tentang jenayah rasuah yang berlaku di negara kita. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2003 telah memilih 9 Disember setiap tahun sebagai Hari Antirasuah Antarabangsa. Di Malaysia, pelbagai program diadakan bersempena dengan sambutan tersebut sebagai usaha yang mencerminkan komitmen berterusan Malaysia, terutama kesungguhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membanteras rasuah secara menyeluruh. (Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Harian Metro, 9 Disember 2017) ⚫ Dipandang hina oleh masyarakat ⚫ Keluarga hilang tempat bergantung ⚫ Kecekapan dan integriti pentadbiran negara terjejas ⚫ Mewujudkan ketidakadilan dalam sistem masyarakat Pembudayaan Integriti bagi Menangani Rasuah Generasi Muda Belia Sekolah BAHAGIAN A: KARANGAN BAHAN RANGSANGAN TEMA 17: INTEGRITI RASUAH ITU HARAM!


91 SKEMA JAWAPAN Rasuah ialah tindakan menyogok atau menyuap dalam bentuk wang. Rasuah secara amnya bermaksud sogokan atau secara konseptualnya bermaksud wang yang diberikan kepada pihak lain untuk mendapatkan sesuatu benda atau kontrak dengan mudahnya tetapi salah di sisi undang-undang. Jika gejala rasuah tidak ditangani, masalah ini akan menjadi duri dalam daging di negara kita. Gejala rasuah akan menyebabkan pelaku dipandang hina oleh masyarakat. Individu tersebut akan berasa aib akan salah laku yang dilakukan olehnya sejurus disabit kesalahan oleh pihak berkuasa. Bukan itu sahaja, maruah diri dan keluarga juga akan tercalar. Natijahnya, masyarakat akan memandang serong kepada individu tersebut dan keluarganya. Selain itu, amalan rasuah akan mewujudkan ketidakstabilan dalam sistem masyarakat. Mereka yang menerima rasuah akan bertambah harta kekayaan manakala orang yang jujur semakin miskin. Situasi ini akan meluaskan jurang ekonomi dalam kalangan masyarakat. Lantaran itu, pembangunan negara dan kebajikan rakyat turut tergadai. Pembudayaan integriti perlu dilaksanakan dalam kalangan generasi muda sebagai langkah untuk membanteras amalan rasuah di negara kita. Inisiatif tersebut harus bermula pada peringkat yang lebih rendah jika kita ingin memupuk nilai integriti dalam jiwa generasi muda, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan itu negara kita dapat melahirkan pemimpin masa depan yang amanah dan bebas daripada rasuah. Kesimpulannya, semua pihak perlu berusaha keras untuk membasmi rasuah. Pengisytiharan Hari Antirasuah Antarabangsa oleh Penubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) turut dilihat sebagai langkah untuk meningkatkan kesedaran warga dunia supaya menjauhi rasuah dalam kehidupan seharian. TEMA 17: INTEGRITI


92 Perbuatan rasuah boleh memberi kesan dan impak lebih besar kepada negara berbanding penyalahgunaan dadah kerana rasuah melibatkan integriti. Sehubungan dengan itu, Pengerusi Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) Negeri Pahang menggesa kerajaan memberi perhatian serius bagi menangani rasuah dan melakukan kawalan supaya gejala itu tidak berleluasa sehingga merosakkan sistem pentadbiran negara. (Dipetik dan diubah suai daripada “Kesan Rasuah Lebih Buruk daripada Penagihan Dadah”, Sinar Harian, 15 November 2021) Sebagai respons terhadap pernyataan di atas, huraikan langkah-langkah untuk menangani budaya rasuah dalam masyarakat. BAHAGIAN B: KARANGAN RESPONS TERBUKA TEMA 17: INTEGRITI DOMAIN AWAM


93 SKEMA JAWAPAN Masalah rasuah merupakan masalah yang sukar ditangani dari dulu sehingga kini. Sejarah membuktikan bahawa amalan rasuah telah meruntuhkan tamadun sesebuah empayar sebagaimana yang telah berlaku terhadap negeri Melaka. Semua orang mengakui bahawa amalan rasuah begitu buruk dan perlu dibanteras, namun amalan ini terus berlaku secara senyap bagaikan semut hitam yang berjalan di atas batu hitam pada malam yang gelap. Oleh itu, langkah-langkah proaktif perlu dilakukan untuk menangani amalan ini sebelum menjadi barah yang sukar ditangani. Langkah paling utama untuk menangani amalan rasuah adalah dengan menerapkan pendidikan agama dan moral terhadap diri anak-anak. Ibu bapa sebagai pendidik awal haruslah menerapkan larangan rasuah kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi, bertepatan dengan peribahasa, melentur buluh biarlah waktu rebungnya. Sebagai contohnya, ibu bapa menerangkan maksud rasuah, sebab-sebab orang melakukan rasuah dan kesan buruk rasuah daripada perspektif agama dan masyarakat. Pendidikan sebegini sudah tentu akan mencelikkan akal dan minda anak-anak tentang bahaya rasuah. Guru-guru di sekolah juga boleh menyelitkan bahaya rasuah dalam pengajaran terhadap murid-murid. Langkah kedua ialah kerajaan turut menggubal undang-undang dan akta yang lebih tegas terhadap pesalah rasuah. Hal ini dikatakan demikian kerana undang-undang yang ketat serta pelaksanaan yang tegas mampu menimbulkan rasa takut masyarakat untuk melakukan rasuah. Sebagai contohnya, hukuman denda yang tinggi, penjara dan sebatan perlu dilakukan terhadap pesalah rasuah. Malahan, masyarakat harus dididik agar memandang jijik terhadap sesiapa sahaja yang melakukan rasuah. Hal ini disebabkan pelaku rasuah itu telah melakukan pengkhianatan yang besar terhadap amanah dan tanggungjawab yang diberikan terhadap mereka. Lebih malang lagi jika amalan rasuah yang dilakukan oleh mereka telah menimbulkan bencana terhadap orang lain. Langkah seterusnya, badan yang bertanggungjawab menangani rasuah di negara kita perlu diperkasakan. Dalam hal ini, kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus ditambah supaya boleh meningkatkan keberkesanan tugas mereka. Tidak cukup dengan itu, kakitangan SPRM harus diperkasa dengan ilmu dan kemahiran untuk mengesan rasuah sejajar dengan perkembangan pesat teknologi maklumat. Malahan, kakitangan SPRM haruslah bertindak adil, tegas dan penuh integriti menangani rasuah pada pelbagai peringkat. Hal ini amat penting bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap peranan SPRM dalam usaha menangani rasuah di negara kita. Seterusnya, kerajaan haruslah mempergiat usaha menjayakan kempen antirasuah di negara kita. Kempen ini perlu dirancang dengan teliti agar benar-benar berjaya menyuntikkan kesedaran masyarakat terhadap amalan rasuah. Segala media seperti media cetak dan media sosial harus dimanfaatkan semaksimum mungkin untuk menyedarkan masyarakat. Kesedaran masyarakat terhadap pentingnya mencegah amalan rasuah dapat membantu kerajaan menangani rasuah secara bersama. Masyarakat boleh menjadi mata dan telinga kerajaan untuk melaporkan aktiviti rasuah yang diketahui oleh mereka. Malahan, kempen ini mampu menjauhkan amalan memberi dan menerima rasuah yang terdapat dalam kalangan masyarakat. Kesimpulannya, banyak langkah yang boleh kita ambil untuk menangani amalan rasuah di negara kita. Yang penting sekali, semua pihak haruslah bekerjasama untuk menangani masalah demi membina sebuah negara yang bebas rasuah. Bayangkan bentuk sebuah negara yang sifar rasuah sudah pasti dapat dilonjakkan kemajuannya ke tahap tertingg. TEMA 17: INTEGRITI


94 Gurindam dan grafik di bawah berkaitan dengan ciri-ciri ketua murid. Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri terbaik ketua murid. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Gurindam Ciri-ciri Ketua Murid Menjadi ketua tugas berat, Ramai murid yang tidak larat. Pemimpin baik sahsiah terpuji, Tiada murid akan mengeji. Tanggungjawab sedia untuk digalas, Usah menolak, usah culas. Suri teladan segala perlakuan, Sikap terpuji menjadi ikutan. BAHAGIAN A: KARANGAN BAHAN RANGSANGAN TEMA 18: PENTADBIRAN DAN POLITIK


95 SKEMA JAWAPAN Ungkapan “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara” membuktikan betapa remaja amat diperlukan untuk meneruskan legasi kepemimpinan negara. Sikap kepemimpinan ini perlu dipupuk, disemai dan dibentuk sejak seseorang itu masih kecil. Tugas sebagai pemimpin cilik bermula apabila seseorang itu dipilih sebagai ketua murid. Ketua murid perlu mempunyai sahsiah yang terpuji dalam dirinya. Perilaku berbudi pekerti seperti mematuhi peraturan sekolah, menghormati guru, bertanggungjawab dan amanah merupakan kriteria yang perlu ada pada ketua murid. Oleh hal yang demikian, ketua murid pasti dihormati oleh murid-murid lain. Untuk membina kredibiliti, ketua murid perlu bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas. Sikap bertanggungjawab ini akan melahirkan generasi pemimpin negara yang lebih berkualiti dan berintegriti. Pengalaman sebagai ketua akan menjadikan murid itu lebih bersedia mendepani cabaran sebagai pemimpin apabila dewasa kelak. Seterusnya, ketua murid juga perlu menjadi suri teladan kepada murid-murid lain. Hal ini penting kerana setiap tindakan mereka turut dinilai dan diikuti oleh murid lain. Oleh itu, ketua murid perlu terlebih dahulu mematuhi semua peraturan sekolah supaya sikap ini dicontohi oleh murid lain. Sebagai kesimpulannya, jawatan ketua murid perlu digalas dengan penuh tanggungjawab. Ketua murid perlu meneroka peluang keemasan ini untuk membina jati diri sebagai pemimpin yang berintegriti. Mereka diharap mampu menjadi modal insan yang berkualiti kepada negara sekali gus menerajui kepimpinan negara kelak. TEMA 18: PENTADBIRAN DAN POLITIK


96 Sebagai respons daripada petikan di atas, anda berkemungkinan menjadi seorang pemimpin negara pada masa depan. Berikan pendapat anda tentang ciri-ciri seorang pemimpin yang dinamik untuk mentadbir sesebuah negara. BAHAGIAN B: KARANGAN RESPONS TERBUKA TEMA 18: PENTADBIRAN DAN POLITIK Untuk menjadi pemimpin yang berwibawa memerlukan tahap kemahiran yang tinggi dan mungkin tidak sama dengan orang lain. Seseorang pemimpin perlu mempunyai kemahiran untuk mengurus hal ehwal dunia dengan penuh kebijakan agar rakyat dapat merasai faedah yang terbaik. Perlu ditekankan bahawa pemimpin perlu sentiasa memikirkan hal ehwal dan kebajikan orang yang dipimpin atau rakyat pada peringkat akar umbi kerana kebijakan atau kepimpinan yang dilakukan sebenarnya membawa kepentingan umum atau kemaslahatan sekali gus untuk menghindarkan kemudaratan. Dipetik dan diubah suai daripada “Menghayati Erti Pemimpin yang Sebenar” oleh Burhanuddin Jalal, dalam Bernama, 26 Jun 2020 DOMAIN AWAM


97 SKEMA JAWAPAN Andai bintang tak lagi berseri, janji kasih yang takkan terkhianati, andai habis nafasku yang terakhir, masih kucinta, kerana kupasti. Ungkapan di atas sebahagian daripada lirik “Anta Permana” nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza. Walaupun lirik tersebut berkaitan dengan kasih sayang sesama manusia, tetapi boleh dikaitkan dengan kasih sayang seorang rakyat kepada pemimpin yang banyak berjasa. Dalam Al-Quran, Al-Anfal 8:27 yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui”. Berdasarkan ayat tersebut, jelaslah bahawa betapa besarnya tanggungjawab sebagai pemimpin kerana seorang pemimpin itu memikul amanat untuk menguatkan diri, bangsa dan negara. Peribahasa Melayu yang berbunyi, ibarat keris panjang sekeluk, ke mana pergi ke mana elok yang bermaksud seorang pemimpin yang baik akan tetap berguna kepada rakyat walau di mana-mana dia berada. Seorang pemimpin yang baik hendaklah mempunyai pendidikan yang tinggi. Pendidikan merupakan wahana yang tepat kerana pendidikan mampu mematangkan pemikiran seseorang. Pemimpin yang tinggi ilmunya bersifat kreatif dan dapat menyampaikan prinsip-prinsip yang hendak diperjuangkannya, seterusnya mampu berpandangan jauh dan sentiasa ingin menerokai alam baharu yang akan memberikan manfaat. Seterusnya, seorang pemimpin perlulah mematuhi dan mentaati agama. Ajaran agama merupakan akses fundamental kepada keperibadian yang lebih sempurna dan mulia. Hal ini demikian kerana ajaran agama yang dipraktikkan dalam kehidupan harian menjadikan seseorang itu lebih baik termasuklah para pemimpin. Hasilnya, sebuah komuniti yang lebih bertamadun dapat diwujudkan. Selain itu, pegangan agama yang kukuh akan mengelakkan seseorang pemimpin itu melakukan perkara yang mungkar seperti kegiatan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penindasan terhadap rakyat. Selain itu, seorang pemimpin meletakkan agenda perpaduan negara sebagai hal yang terpenting. Agenda perpaduan tersebut melebihi segala agenda penting yang diperlukan dalam membangunkan negara yang maju. Malaysia merupakan salah sebuah negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia, iaitu Melayu, Cina dan India telah pun menetap di tanah ini selama enam abad. Segala tutur kata,tindakan, perancangan dan proses membangunkan negara perlu mengambil kira kepentingan setiap kaum. Malaysiahak milik bersama yang perlu dinikmati kemakmuran dan keharmoniannya. Mahatma Gandhi (1869 – 1948), pemimpin spiritual dan tokoh politik tersohor dari India ada berkata,“Orang akan sangat dihormati apabila melakukan pekerjaan untuk kesejahteraan masyarakat sekitarnya”. Sesungguhnya, rakyat mengharapkan pemimpin bersikap demikian untuk kesejahteraan seluruh masyarakat yang dipimpinnya. Oleh hal yang demikian, pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat perlu melaksanakan sesuatu yang telah dirancang serta mengotakan projek yang dijanjikan. Dalam hal ini, seorang pemimpin itu mestilah arif dalam membezakan amalan-amalan yang ketinggalan zaman dan sentiasa berdaya saing. TEMA 18: PENTADBIRAN DAN POLITIK


98 Hijau menguning padi di sawah, Tunduk berisi bagai nak rebah; Pendirian kukuh tidak goyah, Menghadapi cabaran tidak gelabah. Pantun di atas menggambarkan sikap seorang pemimpin yang berani menghadapi cabaran. Maka, jelaslah kepada kita bahawa menjadi seorang pemimpin bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Beliau tidak seharusnya hanyut dibawa arus kemodenan kerana mereka ialah cerminan negara pada masa yang akan datang. Mungkin kita dalam serba kekurangan, namun itu bukan penghalang untuk kita bangkit dan seterusnya menjadi pemimpin yang berwibawa. Hal ini ada disebut dalam pepatah Inggeris, “Jangan pernah mengeluh atas kekuranganmu, kerana kekurangan mengingatkan kita untuk terus mencari kekuatan yang ada dalam dirimu”.


99


Click to View FlipBook Version