The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hasyaumayirah, 2022-02-13 07:35:35

FIQH KEKELUARGAAN ISLAM-PIMK2333D

FIQH KEKELUARGAAN ISLAM-PIMK2333D

FIQH KEKELUARGAAN ISLAM
(PIMK2333D)

PENSYARAH : USTAZAH SHARIFA BINTI
SAMSUDIN

1

PROSEDUR PERKAHWINAN,
PENCERAIAN FAKTOR PERCERAIAN,
HAK-HAK WANITA SELEPAS BERCERAI
DAN PENALTI DALAM UNDANG-
UNDANG KELUARGA ISLAM DI
MALAYSIA

OLEH:

1) Izzah binti zanim@masilin
2) Kalsum nurul umayirah binti abd

marif
3) Maryany binti chuchu

2

ISI KANDUNGAN

 Muqaddimah
 Perkahwinan
 Pendaftaran perkahwinan
 Penalti dan pelbagai peruntukan yang berhubungan

dengan akad nikah dan pendaftaran perkahwinan
 Pembubaran perkahwinan
 Lain-lain penalti
 Faktor Perceraian
 Hak-hak selepas bercerai

3

MUQADDIMAH

 Firman Allah swt di surah An Nisa' ayat
19
" Pergaulilah isterimu dengan baik, sekiranya
kamu benci kepada mereka, boleh jadi ada yang
kamu benci itu Tuhan akan menjadikan
kebaikan yang banyak padanya"

 Dari Ibnu Umar r.a dari Nabi
Muhammad saw beliau bersabda yang
bermaksud
" Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah
talak"

4

….Sambungan

 ((UNsuUibkKsaItham/nKteairvhuewp)iabnke)a.rnhuubnudnagngd-eunngdaanngmausnaaskahat
 Mengandungi 10 bahagian dan 135 seksyen:
 Bahagian I - permulaan
 Bahagian II - Perkahwinan
 Bahagian III - Pendaftaran Perkahwinan
 dbBeaanrhhpapugeebirnaukndnaahgIfVwtairn-aannPenalti & Pelbdaegnagiapnearkuandtunkikaanh
 Bahagian V - Pembubaran Perkahwinan
 Bahagian VI - Nafkah Isteri, anak dan lain-lain
 Bahagian VII - Jagaan (Hadanah)
BpbeearrhsinaatmgaiahanseVmIuIlIa-, Pelbagai (Kesashutapraayfaanhiadnuapk,
 rayuan

 Bahagian IX - Penalti
 Bahagian X - Am

5

PERKAHWINAN

 Seksyen 7. Orang yang boleh mengakadnikahkan
perkahwinan

(1) Sesuatu perkahwinan di Wilayah Persekutuan hendaklah
mengikut peruntukan Akta ini dan hendaklah diakadnikahkan
mengikut Hukum Syarak oleh—

(a) wali di hadapan Pendaftar;
(b) wakil wali di hadapan dan dengan kebenaran
Pendaftar; atau
(c) Pendaftar sebagai wakil wali.
(2) Jika suatu perkahwinan itu melibatkan seorang
perempuan yang tiada mempunyai wali dari nasab, mengikut
Hukum Syarak, perkahwinan itu hendaklah diakadnikahkan
hanya oleh wali Raja.

6

….Sambungan

 Seksyen 8. Umur minimum untuk
perkahwinan

* kebenaran secara bertulis daripada
Hakim Syarie diperlukan jika:

- lelaki bawah umur lapan belas tahun
- perempuan bawah umur enam
belas tahun

7

….Sambungan

 Seksyen 9. Pertalian yang melarang
perkahwinan
(1) larangan berkahwin atas sebab nasab
(2) larangan berkahwin atas sebab
pertalian perkahwinan
(3) larangan berkahwin atas sebab
sesusuan
(4) Tiada seseorang lelaki boleh mempunyai
dua isteri pada satu masa jika isteri-isteri
itu adalah bertalian antara satu sama lain
melalui nasab, pertalian kahwin, atau
sesusuan

8

….Sambungan

 Seksyen 13. Persetujuan dikehendaki

Suatu perkahwinan adalah tidak diakui dan tidak boleh
didaftarkan di bawah Akta ini melainkan kedua-dua pihak
kepada perkahwinan itu telah bersetuju terhadapnya, dan sama
ada—

(a) wali pihak perempuan telah bersetuju terhadap perkahwinan
itu mengikut Hukum Syarak; atau
(b) Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat di
mana pihak perempuan itu bermastautin atau seseorang yang
diberi kuasa secara am atau khas bagi maksud itu oleh Hakim
Syarie itu telah, selepas penyiasatan wajar di hadapan semua
pihak yang berkenaan, memberi persetujuannya terhadap
perkahwinan itu oleh wali Raja mengikut Hukum Syarak;
persetujuan tersebut boleh diberi jika perempuan tiada
mempunyai wali dari nasab mengikut Hukum Syarak atau jika
wali tidak dapat ditemui atau jika wali enggan memberikan
persetujuannya tanpa sebab yang mencukupi.

9

….Sambungan

 Seksyen 14. Perkahwinan seseorang perempuan

 Jika perempuan itu adalah seorang janda:

a) dipastikan telah tamat tempoh ‘iddahnya
b) mengemukakan suatu surat perakuan cerai yang

sah
c) jika perceraian itu adalah dengan ba-in kubra, iaitu

tiga talaq, dia tidak boleh berkahwin semula dengan
suaminya yang dahulu itu melainkan dia telah
berkahwin dengan sah dengan seorang lain dan dia
telah disetubuhi oleh seorang lain itu dalam
perkahwinan itu dan perkahwinan itu dibubarkan
kemudiannya dengan sah dan setelah habis
‘iddahnya

10

….Sambungan

 Jika perempuan itu mendakwa telah bercerai sebelum dia
telah disetubuhi oleh suaminya dalam perkahwinan itu, dia
tidak boleh, dalam masa ‘iddah perceraian biasa, berkahwin
dengan seseorang yang lain daripada suaminya yang dahulu
itu, kecuali dengan kebenaran Hakim Syarie yang
mempunyai bidang kuasa di tempat pengantin perempuan itu
bermastautin.

 Jika perempuan itu adalah seorang balu:

(a) dia tidak boleh berkahwin dengan seseorang pada bila-
bila masa sebelum tamat tempoh ‘iddahnya yang dikira
mengikut Hukum Syarak;
(b) dia tidak boleh berkahwin melainkan dia telah
mengemukakan surat perakuan kematian suaminya atau
dengan cara lain membuktikan kematian suaminya.

11

….Sambungan

 Seksyen 17. Mengeluarkan kebenaran
berkahwin

Tertakluk kepada seksyen 18, Pendaftar, apabila
berpuas hati tentang kebenaran perkara yang
disebut dalam permohonan itu, tentang sahnya
perkahwinan yang dicadangkan itu, dan, jika
pihak lelaki itu sudah berkahwin, bahawa
kebenaran yang dikehendaki oleh seksyen 23
telah diberi, hendaklah, pada bila-bila masa
selepas permohonan itu dan setelah dibayar fi
yang ditetapkan, mengeluarkan kepada
pemohon kebenarannya untuk berkahwin dalam
borang yang ditetapkan.

12

….Sambungan

 Seksyen 19. Kebenaran perlu sebelum akad nikah
Tiada suatu perkahwinan boleh diakadnikahkan
melainkan suatu kebenaran berkahwin telah diberi—

(a) oleh Pendaftar di bawah seksyen 17 atau oleh
Hakim Syarie di bawah seksyen 18, jika perkahwinan
itu melibatkan seorang perempuan yang
bermastautin dalam Wilayah Persekutuan; atau

(b) oleh pihak berkuasa yang sepatutnya bagi
sesuatu Negeri, jika perkahwinan itu melibatkan
seorang perempuan yang bermastautin di Negeri itu.

13

….Sambungan

 Seksyen 23. Poligami

Mahkamah boleh memberi kebenaran berpoligami jika berpuas hati:

(a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu,
memandang kepada, antara lain, hal keadaan yang berikut, iaitu,
kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk
persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak
persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;

(b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia
menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syarak, semua
isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi
orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang
dicadangkan itu;

(c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan sama rata 14
kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum Syarak; dan

(d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan
menyebabkan darar syarie kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia
ada;

….Sambungan

 Seksyen 24.Akad nikah perkahwinan di Kedutaan Malaysia, dsb., di luar negeri
(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), perkahwinan boleh diakadnikahkan mengikut Hukum
Syarak oleh Pendaftar yang dilantik di bawah subseksyen 28(3) di Kedutaan, Suruhanjaya
Tinggi, atau Pejabat Konsul Malaysia di mana-mana negara yang telah tidak memberitahu
Kerajaan Malaysia tentang bantahannya terhadap pengakadnikahan perkahwinan di
Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul itu.
(2) Sebelum mengakadnikahkan suatu perkahwinan di bawah seksyen ini, Pendaftar
hendaklah berpuas hati—
(a) bahawa satu atau kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu adalah pemastautin
Wilayah Persekutuan;
(b) bahawa tiap-tiap satu pihak mempunyai keupayaan untuk berkahwin mengikut
Hukum Syarak dan Akta ini; dan
(c) bahawa, jika salah satu pihak bukan pemastautin Wilayah Persekutuan,
perkahwinan yang dicadangkan itu, jika diakadnikahkan, akan dikira sebagai sah di
tempat di mana pihak itu bermastautin.

(3) Tatacara bagi akad nikah dan pendaftaran perkahwinan di bawah seksyen ini hendaklah
serupa dalam semua hal yang berkenaan dipakai bagi perkahwinan lain yang diakadnikahkan
dan didaftarkan dalam Wilayah Persekutuan di bawah Akta ini seolah-olah Pendaftar yang
dilantik untuk sesuatu negara asing adalah seorang Pendaftar untuk Wilayah Persekutuan.

15

PENDAFTARAN PERKAHWINAN

 Seksyen 25. Pendaftaran

Perkahwinan selepas tarikh yang ditetapkan
tiap-tiap orang yang bermastautin dalam
Wilayah Persekutuan dan perkahwinan tiap-
tiap orang yang tinggal di luar negeri tetapi
bermastautin dalam Wilayah Persekutuan
hendaklah didaftarkan mengikut Akta ini.

16

….Sambungan

 Seksyen 22. Catatan dalam Daftar Perkahwinan
(1) Sebaik selepas akad nikah suatu perkahwinan
dilakukan, Pendaftar hendaklah mencatatkan butir-butir
yang ditetapkan dan ta’liq yang ditetapkan atau ta’liq lain
bagi perkahwinan itu di dalam Daftar Perkahwinan.

(2) Catatan itu hendaklah diaku saksi oleh pihak-pihak
kepada perkahwinan itu, oleh wali, dan oleh dua orang
saksi, selain Pendaftar, yang hadir semasa perkahwinan
itu diakadnikahkan.

(3) Catatan itu hendaklah kemudiannya ditandatangani
oleh Pendaftar itu.

17

….Sambungan

 Seksyen 26. Surat perakuan nikah dan surat
perakuan ta’liq
(1) Selepas mendaftarkan mana-mana perkahwinan
dan selepas dibayar kepadanya fi yang ditetapkan,
Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu surat
perakuan nikah dalam borang yang ditetapkan kepada
kedua-dua pihak bagi perkahwinan itu.
(2) Pendaftar hendaklah juga, selepas dibayar fi yang
ditetapkan, mengeluarkan suatu surat perakuan ta’liq
dalam borang yang ditetapkan kepada tiap-tiap satu
pihak bagi perkahwinan itu.

18

….Sambungan

 Seksyen 31. Pendaftaran perkahwinan luar negeri
oleh orang yang bermastautin dalam Wilayah
Persekutuan
(1) Jika mana-mana orang yang bermastautin dalam Wilayah
Persekutuan telah berkahwin di luar negeri dengan sah
mengikut Hukum Syarak, bukannya suatu perkahwinan yang
didaftarkan di bawah seksyen 24, maka orang itu hendaklah,
dalam masa enam bulan selepas tarikh perkahwinan itu, hadir
di hadapan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju’
Orang Islam yang berhampiran sekali atau yang terdapat
dengan paling mudah di luar negeri untuk mendaftarkan
perkahwinan itu, dan perkahwinan itu, setelah didaftarkan,
hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Akta ini.

19

….Sambungan

(2) Jika sebelum tamat tempoh enam bulan itu salah satu atau
kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu dijangkakan akan kembali
ke Wilayah Persekutuan dan perkahwinan itu belum didaftarkan di
luar negeri, maka pendaftaran perkahwinan itu hendaklah berkuat
kuasa dalam masa enam bulan selepas salah satu atau kedua-dua
pihak itu mula-mula sampai di Wilayah Persekutuan dengan salah
satu pihak itu atau kedua-dua pihak itu hadir di hadapan mana-mana
Pendaftar dalam Wilayah Persekutuan dan—

(a) mengemukakan kepada Pendaftar itu surat perakuan nikah
atau apa-apa keterangan, sama ada lisan atau dokumentar, yang
boleh memuaskan hati Pendaftar bahawa perkahwinan itu
telah berlaku;
(b) memberi apa-apa butir sebagaimana yang dikehendaki oleh
Pendaftar untuk pendaftaran sewajarnya perkahwinan itu; dan
(c) memohon dalam borang yang ditetapkan supaya
perkahwinan itu didaftarkan dan menandatangani akuan di
dalamnya.

20

….Sambungan

 Seksyen 12. Perkahwinan yang tidak boleh
didaftarkan
(1) Suatu perkahwinan yang melanggar dengan
Akta ini tidak boleh didaftarkan di bawah Akta ini.
(2) Walau apa pun subseksyen (1) dan tanpa
menjejaskan subseksyen 40(2), sesuatu
perkahwinan yang telah diupacarakan berlawanan
dengan mana-mana peruntukan Bahagian ini tetapi
sebaliknya sah mengikut Hukum Syarak boleh
didaftarkan di bawah Akta ini dengan perintah
daripada Mahkamah.

21

PENALTI DAN PELBAGAI PERUNTUKAN YANG
BERHUBUNGAN DENGAN AKAD NIKAH DAN

PENDAFTARAN PERKAHWINAN

 Seksyen 35.Tidak hadir di hadapan Pendaftar
dalam masa yang ditetapkan
Mana-mana orang yang dikehendaki oleh seksyen 31
hadir di hadapan seorang Pendaftar tidak berbuat
demikian dalam masa yang ditetapkan, melakukan
suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak
melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak
melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

22

….Sambungan

 Seksyen 36. Pelanggaran terhadap seksyen 32
Mana-mana orang yang melanggar seksyen 32
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum
denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau dipenjarakan
tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya denda dan
penjara itu; dan bagi kesalahan kali kedua atau yang
kemudiannya hendaklah dihukum denda tidak melebihi
satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam
bulan atau kedua-duanya.
(Seksyen 32. Daftar yang tidak diakui di sisi undang-
undang)

23

….Sambungan

 Seksyen 37. Gangguan terhadap perkahwinan
Melainkan jika dibenarkan oleh Hukum Syarak, seseorang
yang menggunakan apa-apa kekerasan atau ugutan—
(a) untuk memaksa seseorang berkahwin bertentangan
dengan kemahuannya; atau
(b) untuk menahan seseorang lelaki yang telah mencapai
umur lapan belas tahun atau seseorang perempuan yang
telah mencapai umur enam belas tahun daripada
berkahwin dengan sahnya,
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda
tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak
melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

24

….Sambungan

 Seksyen 38.Akuan atau pernyataan palsu
untuk mendapatkan perkahwinan
Mana-mana orang, bagi maksud mendapatkan
suatu perkahwinan dilakukan di bawah Akta ini,
dengan sengaja membuat sesuatu akuan atau
pernyataan yang palsu, maka orang itu melakukan
suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda
tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan
tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

25

….Sambungan

 Seksyen 39.Akad nikah perkahwinan yang
tidak dibenarkan
Mana-mana orang, yang tidak diberi kuasa di
bawah Akta ini mengakadnikahkan atau berbuat
sesuatu yang berupa sebagai mengakadnikahkan
apa-apa perkahwinan, melakukan suatu kesalahan
dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu
ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam
bulan atau kedua-duanya.

26

….Sambungan

 Seksyen 40. Kesalahan yang berhubungan dengan akad nikah
perkahwinan

(1) Mana-mana orang yang diketahuinya mengakadnikahkan atau berbuat sesuatu
yang berupa sebagai mengakadnikahkan atau menjalankan upacara, sesuatu
perkahwinan—

(a) tanpa ada kebenaran berkahwin sebagaimana dikehendaki oleh seksyen 19;
atau
(b) selainnya di hadapan sekurang-kurangnya dua orang saksi yang boleh
dipercayai selain orang yang mengakadnikahkan perkahwinan itu,
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu
ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang berkahwin atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai
akad nikah atau yang menjalani suatu bentuk akad nikah dengan sesiapa jua
berlawanan dengan mana-mana peruntukan Bahagian II melakukan suatu kesalahan
dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan
tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

27

PEMBUBARAN PERKAHWINAN

 Seksyen 45.Takat kuasa untuk membuat apa-apa
perintah
Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dengan nyata, tiada
apa-apa jua dalam Akta ini memberi kuasa Mahkamah membuat
sesuatu perintah perceraian atau perintah mengenai perceraian
atau membenarkan seseorang suami melafazkan talaq kecuali—
(a) jika perkahwinan itu telah didaftarkan atau disifatkan
sebagai didaftarkan di bawah Akta ini; atau
(b) jika perkahwinan itu telah dilangsungkan mengikut
Hukum Syarak; dan
(c) jika pemastautinan salah satu pihak kepada perkahwinan
pada masa permohonan itu diserahkan adalah dalam
Wilayah Persekutuan.

28

SEKSYEN 47. PERCERAIAN DENGAN
TALAQ ATAU DENGAN PERINTAH

 Permohonan boleh dibuat oleh isteri/suami
 Permohonan dalam borang yang ditetapkan

mengandungi fakta-fakta berikut:
✓ Butir-butir perkahwinan dan anak-anak
✓ Fakta yang memberi bidangkuasa mahkamah
✓ Prosiding terdahulu jika ada
✓ Sebab-sebab hendak bercerai
✓ Nyatakan langkah-langkah perdamaian yang

telah diambil

29

….Sambungan

✓ Perjanjian atau syarat mengenai nafkah dan
tempat kediaman isteri jika ada

✓ Butir-butir perintah yang diminta

❖Jika pihak satu lagi bersetuju dan mahkamah
berpuashati:
*setelah siasatan yang wajar,
*perkahwinan itu telah pecahbelah; maka
mahkamah hendaklah menasihatkan suami
melafazkan satu talaq di hadapan mahkamah

30

….Sambungan

❖ Jika pihak satu lagi tidak bersetuju dan mahkamah
berpendapat pihak-pihak boleh didamaikan,
prosedur berikut perlu dibuat

✓ Mahkamah hendaklah melantik jawatankuasa
pendamai

✓ Melantik seorang pegawai agama sebagai
pengerusi dan seorang wakil bagi setiap pihak

✓ Saudara karib pihak-pihak hendaklah diutamakan
sebagai wakil

✓ Mana-mana peguam tidak dibenarkan hadir atau
bertindak bagi mana-mana pihak dalam prosiding
di hadapan jawatankuasa pendamai

31

….Sambungan

✓ Mahkamah boleh memberi apa-apa arahan
kepada jawatankuasa itu

✓ Jika tidak berpuashati mahkamah boleh
memecat jawatankuasa itu dan melantik
jawatankuasa yang lain

✓ Tempoh 6 bulan diberi kepada jawatankuasa
itu untuk mendamaikan pihak-pihak

✓ Jika gagal, jawatankuasa itu boleh kemukakan
kepada mahkamah apa-apa syor mengenai
nafkah, mutaah, hadhanah dan HSP

32

….Sambungan

✓ Jika jawatankuasa itu melaporkan perdamaian
berjaya, mahkamah hendaklah menolak
permohonan cerai itu

✓ Jika jawatankuasa itu melaporkan perdamaian
gagal, mahkamah hendaklah menasihat suami
melafazkan satu talaq di hadapan mahkamah

✓ Jika suami enggan, mahkamah hendaklah
merujuk kes itu kepada hakam

❖Rujukan kepada jawatankuasa pendamai tidak
perlu dalam keadaan tertentu

33

SEKSYEN 48.TIMBANG
TARA OLEH HAKAM

✓ Mahkamah hendaklah mensabitkan syiqaq telah
berlaku di antara suami isteri

✓ Mahkamah hendaklah mengarahkan setiap pihak
mengemukakan wakil yang sesuai dan layak
dilantik sebagai hakam

✓ Jika pihak-pihak gagal mengemukakan wakil,
mahkamah sendiri boleh melantik hakam bagi
setiap pihak

✓ Tempoh penimbangtaraan peringkat permulaan
tidak boleh lebih dari sebulan kecuali dibenarkan
oleh mahkamah

✓ Jika gagal mahkamah boleh melantik hakam lain

34

….Sambungan

✓ Hakam baru perlu mendapat kuasa penuh dari
prinsipal (mengislah atau menceraikan)

✓ Mahkamah hendaklah memanggil pihak-pihak pada
masa yang ditetapkan, boleh membenarkan hakam
melafazkan talaq atau khulu’

✓ Jika hakam gagal mendapatkan kuasa penuh,
mahkamah hendaklah melantik hakam lain

✓ Mahkamah hendaklah memberi kuasa kepada
hakam untuk menceraikan isteri itu dengan khulu’

▪ Mahkamah boleh membatalkan mana-mana hakam
jika tidak berpuashati

35

Seksyen 55A. Pendaftaran
perceraian di luar Mahkamah

❑Jika seorang suami melafazkan cerai di
luar mahkamah, hendaklah melaporkan
kepada mahkamah dalam tempoh 7 hari

❑Mahkamah hendaklah mengadakan
siasatan yang wajar untuk menentukan
samada talaq yang dilafazkan itu sah
mengikut hukum Syarak

36

….Sambungan

 Cerai luar mahkamah adalah satu
kesalahan di bawah undang-undang
keluarga Islam sedia ada

 Dua kaedah diguna pakai oleh mahkamah
untuk mensabitkan talaq:
a. berdasarkan iqrar suami
b. kesaksian dua orang saksi

37

SEKSYEN 52. PERINTAH UNTUK
MEMBUBARKAN PERKAHWINAN ATAU

UNTUK FASAKH

❑Fasakh ertinya pembubaran nikah
disebabkan oleh sesuatu hal keadaan yang
diharuskan oleh hukum Syarak

❑Fasakh disebabkan keaiban:

a. bagi perempuan − gila, kusta, sopak,
tertutup alat kelamin dengan daging atau
tulang

b. bagi lelaki − gila, kusta, sopak, terpotong
alat kelamin atau mati pucuk

38

….Sambungan

 Syarat untuk mensabitkan fasakh dengan
sebab kecacatan:
a. kecacatan berlaku sebelum aqadnikah dan
tidak diketahui oleh pihak isteri
b. jika kecacatan berlaku selepas aqadnikah
dan isteri redha, hak menuntut fasakh
terbatal

 Isu dharar: ( “assault” dan “battery” )
a. deraan fizikal
b. deraan mental

39

….Sambungan

❑Sebab-sebab yang mengharuskan fasakh(di
pihak suami):

✓Bahawa tempat di mana beradanya suami
telah tidak diketahui lebih daripada
setahun;

✓Suami telah cuai atau tidak ada
memperuntukkan nafkah selama 3 bulan;

✓Suami dihukum penjara 3 tahun atau lebih;
✓ suami tidak menunaikan nafkah (batin)

selama setahun

40

….Sambungan

✓Suami telah mati pucuk pada masa
perkahwinan tanpa diketahui isteri;

✓Suami telah gila atau menghidap penyakit
kusta atau vitiligo atau penyakit kelamin
yang berjangkit;

✓Suami menganiaya isteri
✓Suami sengaja enggan menyetubuhi isteri

walau pun telah berlalu tempoh empat
bulan berkahwin

41

….Sambungan

❑Sebab-sebab yang mengharuskan fasakh(di
pihak isteri):

✓Bahawa isteri menjadi tidak tak upaya yang
menghalang persetubuhan

✓Apa-apa alasan lain yang sah mengikut
hukum Syarak
*proviso kepada sebab penjara S.52(2)
*proviso kepada sebab mati pucuk S.52(3)

42

….Sambungan

 Kesan-kesan fasakh:
a. Tidak boleh rujuk
b. Wajib bereddah jika berlaku

persetubuhan
c. Tidak berhak mendapat nafkah eddah

kecuali mengandung
d. Tidak berhak mendapat mut’ah jika

disebabkan kecacatan di pihak isteri atau
fasakh atas sebab kecacatan suami

43

SEKSYEN 50. PERCERAIAN DI
BAWAH TA’LIQ ATAU JANJI

❑Takrif
“lafaz cerai yang digantungkan dengan apa-
apa syarat”
contoh: suami berkata kepada isteri:
“Jika engkau keluar rumah, jatuh talaq”

❑“takliq” dalam AUKI diertikan lafaz
perjanjian yang dibuat oleh suami selepas
akad nikah mengikut hukum Syarak

44

….Sambungan

❑Perakuan takliq sekarang:-
❖Takliq jika tinggal isteri 4 bulan atau lebih;
❖Takliq jika tak beri nafkah 4 bulan atau lebih;
❖Takliq jika pukul/mencederakan isteri

❑Syarat lain:
✓ Isteri mengadu kepada mahkamah/Qadhi
✓ Disabitkan oleh mahkamah
✓ Isteri membayar tebus talaq (jika ada dalam

takliq)

45

SEKSYEN 50A. PERCERAIAN
DENGAN LI’AN

❑Terdapat dua jenis li’an:-
▪ Apabila suami menuduh isteri berzina

tetapi tidak mempunyai empat saksi
▪ Apabila suami menafikan anak yang

dikandung atau dilahirkan oleh isterinya
adalah bukan zuriatnya

46

SYARAT LI’AN

❑Kedua belah pihak adalah suami isteri yang
sah

❑Suami yang menuduh isteri berzina gagal
menghadirkan empat orang saksi

❑Anak tersebut dinafikan sejak dalam
kandungan lagi atau tidak lebih 7 hari
selepas ia dilahirkan

❑Isteri menafikan ia berzina

47

PROSEDUR LI’AN

➢ Kedua belah pihak berli’an di hadapan
mahkamah

➢ Li’an dimulakan oleh suami dengan
bersumpah sebanyak 5 kali seperti lafaz
berikut:-
“dengan nama Allah aku naik saksi bahawa
isteriku si polan telah berzina dan sesungguhnya
aku benar dalam sumpahku ini”

▪ Pada sumpah yang kelima ditambah… “laknat
Allah ke atasku sekiranya aku berdusta”

48

….Sambungan

➢Seterusnya isteri pula akan berli’an dan
bersumpah sebanyak 5 kali juga dengan
lafaz:
“dengan nama Allah aku naik saksi bahawa
aku tidak berzina dan sesungguhnya
suamiku adalah seorang pendusta”

➢Pada lafaz yang kelima ditambah…
“sesungguhnya Allah akan turunkan
kemurkaannya ke atasku sekiranya suamiku
seorang yang benar”

49

….Sambungan

❑Setelah kedua belah pihak berli’an,
mahkamah hendaklah memfaraqkan mereka
dan dipastikan mereka tidak boleh rujuk atau
bernikah semula selama-lamanya

❑Jika suami menuduh isteri berzina dan tiada
empat saksi dan tidak mahu bersumpah li’an
apabila diperintahkan oleh hakim maka ia
boleh dihukum qazaf

❑Jika isteri pula tidak mahu bersumpah li’an
maka hendaklah dipenjarakan sehingga ia
mengaku berzina atau ia mahu berli’an

50


Click to View FlipBook Version