The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hasyaumayirah, 2022-02-13 07:35:35

FIQH KEKELUARGAAN ISLAM-PIMK2333D

FIQH KEKELUARGAAN ISLAM-PIMK2333D

SEKSYEN 49. PERCERAIAN KHUL’
ATAU CERAI TEBUS TALAQ

❑Takrif
*dari segi bahasa bermaksud
menanggalkan pakaian
*dari istilah fiqh bermaksud
memutuskan hubungan suami isteri denga
lafaz khulu’ atau lafaz lain yang membawa
makna khulu’ dengan penebusan talaq
daripada pihak isteri

51

….Sambungan

❑Tiga perkara berkaitan khulu’:-
▪ Penceraian menggunakan lafaz khulu’ atau

membawa makna khulu’
▪ Penceraian tersebut adalah dengan

bayaran tebusan dari pihak isteri
▪ Lafaz penerimaan (qabul) oleh pihak isteri
❑Ia termasuk talaq bain sughra dan tidak

boleh rujuk

52

KADAR BAYARAN TEBUS TALAQ

❑Atas dasar persetujuan bersama
❑Ulama’ berpendapat suami tidak boleh

meminta bayaran lebih tinggi dari maharnya
❑Jumhur berpendapat suami boleh meminta

bayaran yang lebih tinggi dari maharnya jika
ada tanda-tanda isteri nusyuz
❑Bayaran tebus talaq yang kurang dari
maharnya adalah lebih afdal kerana tebus
talaq menjatuhkan martabat seorang suami

53

SEKSYEN 53.ANGGAPAN
MATI

❑Mahkamah boleh mengeluarkan perakuan
bahawa seseorang suami itu telah mati jika
dipercayai suami itu telah mati atau tiada
perkhabaran mengenainya selama 4 tahun
atau lebih

❑Isteri perlu menghadirkan 2 orang saksi
❑Boleh dipohon jika isteri mahu berkahwin

lain

54

….Sambungan

❑Jika suami balik semula selepas diisytiharkan
mati, isteri itu adalah masih isteri yang sah
kepada suami yang hilang itu

❑Jika suami balik semula dan isteri telah
berkahwin lain maka perkahwinan kedua itu
adalah terfasakh. Selepas habis eddah isteri
hendaklah balik semula kepada suami yang
pertama

* oleh yang demikian memohon cerai fasakh
adalah lebih baik dari memohon perakuan
mati

55

SEKSYEN 46. PERTUKARAN
AGAMA

❑ Jika salah satu pihak murtad, perbuatan
sedemikian tidak boleh dengan sendirinya
membubarkan perkahwinan tersebut sehingga
disahkan oleh mahkamah

❑ Jika salah satu pihak kepada suatu perkahwinan
bukan Islam memeluk Islam, perbuatan sedemikian
tidak boleh dengan sendirinya membubarkan
perkahwinan tersebut sehingga disahkan oleh
mahkamah

❖ Dalam AUKI Mahkamah atau Mahkamah Syariah
ditafsirkan sebagai Mahkamah Rendah Syariah atau
mahkamah Tinggi Syariah

56

‘IDDAH

❑Takrif
*dari segi bahasa ertinya menghitung
*dari segi istilah bererti tempoh
menunggu yang dikenakan ke atas isteri
yang bercerai, di mana dalam tempoh
tersebut isteri tidak boleh berkahwin lain

❑Hikmah bereddah
✓Untuk membersihkan rahim
✓Memberi tempoh pihak-pihak untuk rujuk

57

JENIS-JENIS ‘IDDAH

▪ Eddah perempuan yang masih ada
haidh (3 kali suci)

▪ Eddah perempuan yang masih
tiada/putus haidh (3 bulan)

▪ Eddah perempuan yang sedang
mengandung (sehingga melahirkan
kandungannya)

▪ Eddah perempuan yang kematian
suaminya (4 bulan 10 hari)

58

….Sambungan

❑Tiada eddah bagi perempuan yang
diceraikan tetapi belum disetubuhi (janda
berhias)

❑Perempuan yang berada dalam eddah
talaq raji’e berhak mendapat nafkah dari
suaminya

❑Perempuan yang berada dalam eddah
talaq bain tidak berhak mendapat nafkah
kecuali ia hamil

59

RUJU’

❑Takrif
Dalam AUKI ruju’ bererti perkembalian
kepada nikah yang asal

❑Ruju’ hendaklah dilaporkan kepada Pendaftar
❑Pendaftar hendaklah:-
✓ Membuat siasatan yang wajar
✓ Mendaftarkan rujuk tersebut
✓ Meminta pihak-pihak menyerahkan surat

cerai untuk dibatalkan
✓ Mengeluarkan surat perakuan

persekedudukan semula dan didaftarkan

60

….Sambungan

❑Jika talaq raji’e tidak diketahui isteri, suami
tidak boleh merujuk isteri tanpa
menzahirkan hal penceraian tersebut

❑Apa-apa pertikaian mengenai ruju’ boleh
dibawa ke Mahkamah

61

LAIN-LAIN PENALTI

 Seksyen 123. Poligami tanpa kebenaran
Mahkamah
Seseorang lelaki, berkahwin lagi di mana-mana jua
pun dalam masa perkahwinannya yang sedia ada
masih berterusan tanpa mendapat kebenaran
secara bertulis terlebih dahulu dari Mahkamah
maka dia melakukan suatu kesalahan dan
hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu
ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam
bulan atau kedua-duanya.

62

….Sambungan

 Seksyen 124. Perceraian di luar Mahkamah
dan tanpa kebenaran Mahkamah
Seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan
melafazkan talaq dengan apa-apa bentuk di luar
Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah itu
maka dia melakukan suatu kesalahan dan
hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu
ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam
bulan atau kedua-duanya.

63

….Sambungan

 Seksyen 125.Tidak membuat laporan
(1) Sesiapa sahaja yang berkewajipan membuat sesuatu laporan di bawah
Akta ini dan dia dengan sengaja cuai atau tidak berbuat demikian maka dia
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi
satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-
duanya.

(2) Sesiapa sahaja yang berkewajipan membuat sesuatu laporan atau
dikehendaki mengemukakan sesuatu permohonan di bawah Akta ini atau
dikehendaki memberi sesuatu maklumat atau menyempurnakan atau
menandatangani apa-apa dokumen yang perlu di sisi undang-undang bagi
maksud melaksanakan pendaftaran dokumen itu dan dia dengan sengaja cuai
atau tidak membuat laporan itu atau mematuhi kehendak itu maka dia
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi
satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-
duanya. (Seksyen 27. Melaporkan perkahwinan yang tidak sah atau
menyalahi undang-undang)

64

….Sambungan

 Seksyen 126. Meninggal langsung isteri
Mana-mana orang telah diperintahkan oleh
Mahkamah supaya hidup bersama semula
dengan isterinya dan dia bersengaja cuai atau
tidak mematuhi perintah itu maka dia
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah
dihukum denda tidak melebihi seribu ringgit
atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan
atau kedua-duanya.

65

….Sambungan

 Seksyen 127. Menganiaya isteri
Mana-mana orang yang menganiaya
isterinya atau menipu harta isterinya
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah
dihukum denda tidak melebihi satu ribu
ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi
enam bulan atau kedua-duanya.

66

….Sambungan

 Seksyen 128.Tidak memberi keadilan
yang sewajarnya kepada isteri
Mana-mana orang yang tidak memberi
keadilan sewajar kepada isterinya mengikut
Hukum Syarak melakukan suatu kesalahan
dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi
satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak
melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

67

….Sambungan

 Seksyen 129. Isteri tidak menurut perintah
Seseorang perempuan yang dengan sengaja tidak
menurut sesuatu perintah yang diberi oleh
suaminya yang sah mengikut Hukum Syarak
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah
dihukum denda tidak melebihi satu ratus ringgit
atau, bagi kesalahan kali kedua atau kali
kemudiannya, denda tidak melebihi lima ratus
ringgit.

68

….Sambungan

 Seksyen 130. Jadi murtad untuk
membatalkan perkahwinan
Mana-mana orang yang tidak suka akan
suami atau isterinya dan dengan perdayaan
menjadikan dirinya murtad untuk
membatalkan perkahwinannya melakukan
suatu kesalahan dan hendaklah dihukum
penjara tidak melebihi setahun.

69

….Sambungan

 Seksyen 131. Persetubuhan luar nikah antara orang yang bercerai
(1) Seseorang lelaki yang, setelah menceraikan dengan sah isterinya,
bersekedudukan semula dengannya tanpa terlebih dahulu melafazkan ruju’
yang sah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak
melebihi lima ratus ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi tiga bulan atau
kedua-duanya.
(2) Jika isterinya itu tidak tahu pada masa persekedudukan semula itu
tentang telah berlakunya perceraian itu, maka suami itu melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit
atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(3) Seseorang perempuan yang bersubahat melakukan suatu kesalahan di
bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum
denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi
enam bulan atau kedua-duanya.

70

….Sambungan

 Seksyen 133. Percubaan dan subahat
Sesiapa sahaja yang cuba melakukan, atau
bersubahat melakukan, suatu kesalahan di
bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan
yang boleh dikenakan hukuman sama
seperti yang diperuntukkan bagi kesalahan
itu.

71

FAKTOR-FAKTOR UTAMAYANG MENYEBABKAN
MENINGKATNYA KES PERCERAIAN DI MUSIM
PANDEMIK

1) SEKATAN PERGERAKAN DAN KRISIS
EKONOMI PUNCA PERCERAIAN

 Penutupan sektor ekonomi yang berpanjangan dan
kehilangan pekerjaan memberi impak yang
signifikan kepada rumah tangga kerana tempoh dua
tahun berdepan COVID-19, terdapat pasangan
suami isteri terutama yang masih muda tidak
membuat persediaan bagi menguruskan krisis
kewangan mereka.

 Keduanya, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan
penutupan sekolah serta pejabat memaksa ramai
bekerja dan belajar dari rumah. Ini juga bentuk
tekanan yang menggugat hubungan suami isteri dan
kekeluargaan. Larangan merentas negeri turut
memberi kesan apabila hubungan sosial dengan
keluarga terjejas, mengambil kira lazimnya konflik
rumah tangga.

72

....Sambungan

2) KEGANASAN RUMAH
TANGGA

 Pandemik Covid-19 di samping pelaksanaan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac 2020
menyaksikan kes keganasan rumah tangga meningkat
sebanyak lapan peratus berbanding tahun
sebelumnya.

 KEGANASAN rumah tangga bermaksud perlakuan
ganas terhadap pasangan yang melibatkan penderaan
secara fizikal, seksual, psikologi serta sosial.

 Punca utama keganasan rumah tangga adalah sikap
panas baran, perselisihan faham serta penagihan
dadah.

 Kebanyakan pendera terdiri daripada golongan lelaki
tetapi ada juga kes di mana wanita yang menjadi
pendera.

73

.....Sambungan

3) KEHILANGAN PEKERJAAN MENCETUSKAN
MASALAH KEWANGAN

 Kehilangan pekerjaan mencetuskan masalah kewangan dalam keluarga,
lebih parah apabila suami sebagai ketua keluarga diberhentikan kerja
menyebabkan tiada duit untuk beli makanan, susu anak, lampin dan
sebagainya, lantas menyebabkan konflik dalam rumahtangga apabila
suami isteri bergaduh.

 Masalah kewangan akan mencetuskan konflik dan pergaduhan antara
suami dengan isteri disebabkan tekanan dan akhirnya menyebabkan
wujudnya ketidaksefahaman di antara satu sama lain

 Jadi masalah ini saling berkait dan rentetan daripada masalah kewangan
boleh menyebabkan konflik hubungan suami isteri yang tidak
berkesudahan, akhirnya mencetuskan perceraian atau meruntuhkan
institusi kekeluargaan

74

....Sambungan

4) KESIHATAN MENTAL
TERJEJAS JUGA PUNCA
PERCERAIAN

 Ada pelbagai faktor yang mengundang tekanan
termasuk mengalami masalah mental akibat terlalu
lama berdepan pandemik, tekanan ekonomi selain
faktor amalan agama seseorang,

 Golongan ini juga lebih terdedah dengan gejala
kesihatan mental kerana mereka berada lebih lama
di rumah, menguruskan persekolahan anak-anak
secara dalam talian di rumah dan kurang sentuhan
fizikal bagi meluahkan tekanan.

 Perceraian banyak berpunca daripada tekanan
ekonomi yang apabila ia berlarutan menyebabkan
tekanan mental sehingga meruntuhkan sesebuah
institusi kekeluargaan.

75

.....Sambungan

5) PENGURUSAN KOMUNIKASI

LEMAH ANTARA PUNCA CERAI

 Komunikasi penting sebagai perantara awal untuk
menyampaikan maklumat kepada pasangan tentang
kesukaran hidup yang dihadapi dan ia perlu
disampaikan dengan tenang, jelas dan penuh
berempati supaya sama-sama boleh mencari jalan
terbaik untuk mengatasi masalah dihadapi secara
bersama

 Pengurusan komunikasi yang lemah, kesan daripada
tekanan dihadapi dalam mengadaptasi pelbagai norma
baharu pasca pandemik COVID-19.

 Pelbagai isu seperti hilang mata pencarian, taraf hidup
dan status diri terjejas boleh menyumbang kepada
perasaan tidak puas hati, marah, sedih dan keliru
sehingga tidak mampu mengawal hubungan
kekeluargaan secara baik.

76

Rujuk Mut’ah Iddah &
(Sek. 52) (Sek. 58) Nafkah
Iddah
(Sek. 66)

Hak-Hak Selepas Perceraian

Hak Tempat Hadhanah Harta
Tinggal (Sek. 82) Sepencarian
(Sek. 72) (Sek. 122)

Gambar semasa
membuat kajian di
Mahkamah Syariah
Beaufort.

78

Bahan Lampiran.

79

SEKIAN,
TERIMA
KASIH

80


Click to View FlipBook Version