The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Che'Gu Ware, 2022-02-25 21:33:51

TAKLIMAT HARI ORIENTASI TAHUN 1 SESI 2022/2023

SLIDE HARI ORIENTASI TAHUN 1 2022

Keywords: HARI ORIENTASI TAHUN 1

SK PUTRA HEIGHTS 2,
Persiaran Putra Bahagia,

Bandar Putra Heights,
47650 Subang Jaya.

TAKLIMAT
HARI ORIENTASI TAHUN 1

2022

TARIKH : 26 FEBRUARI 2022
HARI : SABTU

MASA : 8.30 PAGI



Ucapan Guru
Besar

En. Abd. Rashid bin
Razali

Ø UCAPAN ALU-ALUAN
KEPADA IBU BAPA
TAHUN 1 SESI
2022/2023.



Cikgu Rozana Cikgu Nur Husnina Ustazah Mahmudah Cikgu Jayanthi
1Canang 1Nafiri 1 Tamborin
1 Rebana

Cikgu Wan Haryati Cikgu Wan Izwani Ustazah Bariyah
1 Angkungl PK Petang 1 Ukulele

(Penyelaras)

Taklimat PK HEM
En. Tuan Ahmad
Normi bin Tuan Mat

NORMA BAHARU PERSEKOLAHAN



SOP/AMALAN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DAN WAJIB DIPATUHI

1. Penggunaan Pelitup Muka
Setiap murid dan warga sekolah WAJIB memakai pelitup muka.
Topeng pelindung (face shield) DIGALAKKAN untuk dipakai oleh
murid. Bawa pelitup muka simpanan. JANGAN tinggalkan pelitup
muka di dalam meja.

2. Waktu Rehat
Murid makan di dalam kelas. Murid DIGALAKKAN untuk
membawa bekal makanan beserta sudu dan
garfu. Bawa bekalan air minuman secukupnya.

SOP/AMALAN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DAN WAJIB DIPATUHI

3. Pensanitasi Tangan (hand sanitizer)
Murid DIGALAKKAN membawanya dari rumah.

4. Kain Lap/Tuala Kecil/Tisu Basah
Murid DIGALAKKAN menbawa sehelai kain lap untuk mengelap
meja dan kerusi bagi proses sanitasi. Tidak DIBENARKAN berkongsi.

5. Penjarakan
Murid perlu sentiasa menjaga penjarakan antara
satu sama lain sekurang-kurangnya 1 meter.

SOP/AMALAN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DAN WAJIB DIPATUHI

6. Pakaian

Murid perlu memakai uniform sekolah seperti biasa. Walau
bagaimanapun, jika sudah tidak sesuai murid DIBENARKAN untuk:
a. Memakai pakaian sukan sekolah, pakaian PJ atau t-shirt putih.
b. Memakai seluar trek berwarna HITAM atau BIRU GELAP sahaja.
c. Memakai kasut sekolah atau kasut sukan sahaja.
Sekiranya murid tidak mempunyai pakaian seperti di atas, murid boleh
memakai pakaian biasa yang sesuai dengan syarat:
- Pakaian sopan dan sesuai.
- Tiada sebarang gambar pada pakaian.
- Seluar jeans/jubah/selipar adalah TIDAK

DIBENARKAN.

SOP/AMALAN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DAN WAJIB DIPATUHI

7. Murid Bergejala / Tidak Sihat
Murid TIDAK DIBENARKAN hadir ke sekolah.
Pastikan anak –anak di bawah jagaan tuan/puan
sihat untuk ke sekolah dan tiada simptom- simptom
seperti demam, selsema dan batuk.

SOP/AMALAN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DAN WAJIB DIPATUHI

8. Kehadiran
Murid yang tidak hadir kerana pilihan ibu bapa perlu
menghantar SURAT RASMI kepada pihak sekolah sebagai
makluman dan pengesahan.

SOP/AMALAN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DAN WAJIB DIPATUHI

9. Waktu Balik
Murid perlu mematuhi perkara-perkara berikut:
a. Beratur dengan penjarakan 1 meter.
b. Pergerakan keluar mengikut giliran kelas.
c. Tiada sebarang alatan/buku ditinggalkan di dalam kelas.
d. Duduk menunggu di tempat yang disediakan.
e. Perlu sentiasa peka dengan kehadiran ibu bapa
atau pengangkutan masing-masing.

Taklimat PK PETANG
Pn. Wan Nur Izwani binti Wan
Ismail

u PERATURAN SEKOLAH

WAKTU PERSEKOLAHAN TAHUN 1

HARI MASA MASUK MASA BALIK
6.00 PETANG
ISNIN - KHAMIS 1.00 PETANG 3.00 PETANG
6.30 PETANG
REHAT 2.30 PETANG

JUMAAT 2.00 PETANG

u Susunan waktu tertakluk kepada pindaan, arahan dan
kesesuaian semasa.

Pelan Kedudukan Kelas Tahun 1

TANDAS 1R 1N 1U 1T TANDAS
PEREMPUAN 1C 1A LELAKI

TANDAS TANDAS
PEREMPUAN LELAKI

PAKAIAN MURID

1. PAKAIAN MURID LELAKI
u Seluar panjang berwarna biru tua.
u Baju berlengan pendek dan

berwarna putih.
u Tali leher sekolah.
u Pastikan rambut dan kuku

sentiasa kemas dan pendek.

# untuk tahun 2022, tali leher baharu
berwarna biru gelap, ‘zip on’ dan
ada lencana sekolah.

2. PAKAIAN MURID PEREMPUAN

u Baju kurung - baju berwarna putih
dan kain biru tua.

u Baju ‘pinafore’ berwarna biru tua
dibenarkan tetapi mestilah labuh
sehingga lutut.

u Tudung putih bagi yang bertudung.
u Pastikan kuku sentiasa pendek dan

bersih.
u Tidak dibenarkan mewarna rambut dan

kuku.

3. PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI

1. Baju Pendidikan Jasmani dibeli dari kedai buku.
T-shirt berwarna putih dibenarkan jika tiada
baju PJ.

2. Seluar track berwarna biru gelap atau hitam.
3. Pakaian sukan dipakai bersama kasut sekolah.
4. Baju PJ akan diuruskan oleh Kedai Buku. Ibu

bapa perlu menempah secara individu di
kedai buku.

KEDUDUKAN LENCANA SEKOLAH &
TANDA NAMA

PEMAKAIAN KASUT DAN STOKING HITAM ATAU PUTIH
SPI BILANGAN 4 TAHUN 2020

RAMBUT MURID LELAKI

RAMBUT MURID PEREMPUAN

KESELAMATAN DI SEKOLAH

u Ibubapa diminta menulis nama anak dan kedua nombor telefon ibu
dan ayah yang boleh dihubungi pada beg anak-anak. Jika menaiki
van, tuliskan bersama nama van dan nombor van untuk dihubungi.

u Semua barangan peribadi juga perlu ditulis nama. (kasut, tali leher,
beg, dompet, bekal, alat tulis dan sebagainya)

u Murid-murid tidak dibenarkan membawa wang saku melebihi RM10
melainkan untuk membuat apa-apa bayaran dan dimaklumkan
kepada guru kelas.

u Tidak dibenarkan memakai barang perhiasan atau barang kemas.

u Ibu bapa yang berpisah(bercerai) mesti memaklumkan kepada
pihak sekolah tentang hak penjagaan anak untuk mengelakkan
sebarang masalah. Hendaklah disertakan surat hak penjagaan atau
surat perintah mahkamah.

PERALATAN YANG DIBENARKAN DAN
DILARANG BAWA KE SEKOLAH

KEPERLUAN PERMULAAN SEKOLAH
TAHUN 1

u Ibu bapa perlu membuat bayaran sebanyak RM30.00
sebelum 21 Mac 2022.

u Bayaran tersebut adalah untuk :

1. Buku transisi : RM18.00

2. Tanda nama sementara : RM 2.00

3. Tanda nama kain(4 keping) : RM 6.50

4. Barang keperluan transisi : RM 3.50

Pembayaran Dibuat Melalui Wakil Ibu Bapa Setiap Kelas Yang
Dipersetujui Oleh Semua.

TANDA NAMA SEMENTARA

u Tanda nama sementara akan dipakai sentiasa sehingga murid
menerima tanda nama kain.

u Tanda nama disediakan dalam warna yang berbeza mengikut
warna kelas.

1 ANGKLUNG 1 REBANA

1 CANANG 1 TAMBORIN

1 NAFIRI 1 UKULELE

Buku Maklumat Murid & Fail Peribadi Murid

u Ibu bapa perlu membeli fail
peribadi murid dan buku
maklumat murid di kedai buku.

u Pastikan buku maklumat murid
LENGKAP diisi sebelum
diserahkan kepada guru kelas
masing – masing pada hari
pertama persekolahan.

u Tampalkan sekeping gambar
pasport di penjuru kanan.

u Sertakan juga 1 keping gambar
berukuran passport. Pastikan
nama murid ditulis di belakang
gambar.

Pembetulan Pada Buku Maklumat Murid

• Terdapat
pembetulan
pada muka
surat 11

• Nama bapa
digantikan
dengan nama
ibu.

Borang Yang Perlu Diserahkan
Kepada Guru Kelas Pada Hari

Pertama Persekolahan.

u1. Buku Peribadi Maklumat Murid.
u2. Fail Peribadi Murid.
u3. Salinan Rekod Imunisasi Murid.
u4. Borang Kebenaran Ujian Kendiri

Covid.

Kedai Buku

u Kedai Buku Akan Beroperasi
Bermula Pada Hari Isnin
28/2/2022.

u Ibu Bapa Boleh Dapatkan List
Buku dan Peralatan sekolah
Bermula Tarikh Tersebut.

u Pembelian Peralatan Di Bahagian
A dan B.

u Bahagian C beli peralatan Seperti
Baju Pj, Tali Leher, dan Lencana
Sahaja.

u Bahagian Lain-Lain Terpulang
Kepada Ibu Bapa Untuk
Membelinya.

Ibu bapa tidak dibenarkan masuk
ke dalam kawasan sekolah.

HARI Ibu bapa mula menghantar anak
PERTAMA pada jam 12.30 tengah hari.
PERSEKOLAHAN
Ibu bapa tidak dibenarkan masuk
ke kawasan sekolah. Hanya
menghantar anak sehingga pagar
sekolah sahaja.

WAKTU HADIR

u Semua murid mesti berada dalam kawasan sekolah selewat-
lewatnya jam 12.50 tengah hari.

u Waktu belajar :

u Isnin – khamis : 1.00 petang

u Jumaat : 2.00 petang

u Murid-murid hendaklah berada dalam kawasan sekolah sekurang-
kurangnya 10 minit lebih awal sebelum waktu belajar dimulakan
pada tiap-tiap hari persekolahan.

u Hari pertama persekolahan ibu bapa diminta menulis nama anak
dan kelas pada sehelai kertas untuk diserahkan kepada guru
bertugas supaya anak-anak tidak tersalah masuk ke kelas lain.

Waktu Rehat

u Pada hari pertama persekolahan, murid Tahun 1 DIGALAKKAN
membawa bekal dari rumah.

u Kantin akan beroperasi mengikut SOP yang telah ditetapkan.

u Murid yang tidak membawa bekal akan dibawa ke kantin untuk
membeli makanan dan naik semula ke kelas.

u Semua murid makan di tempat masing-masing di dalam kelas.

u Murid perlu membawa kain lap atau tisu basah untuk
membersihkan meja selepas makan dan sebelum pulang.

Pelan waktu rehat

WAKTU PULANG

u Ibu bapa diminta menjemput anak-anak pada waktu yang
ditetapkan dan berada di luar pagar sekolah.

u Ibu bapa diminta untuk menulis nama dan kelas anak dalam
saiz yang besar, terang dan jelas untuk memudahkan anak-
anak dikenal pasti semasa menunggu untuk balik. (Rujuk
lampiran 1)

u Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.
u Dilarang meletakkan kenderaan di petak bas / van sekolah.
u Digalakkan 5 minit awal menunggu anak-anak di luar pagar

sekolah.
u Pihak sekolah akan mencatat nama murid yang pulang selepas

jam 6.30 petang. Guru bertugas akan menunggu sehingga jam
6.40 petang sahaja.

Lampiran 1

Contoh untuk
Menulis Nama &

Kelas Murid
Semasa

Mengambil Anak
Pulang

Taklimat Program
Penyelaras Transisi

Tahun 1

Ustazah Nur
Khairul Bariyah

Minggu Transisi 2022/2023

u TARIKH MINGGU TRANSISI :
u 21 MAC HINGGA 27 MEI 2022

u (Sebarang Perubahan Akan Dimaklumkan
Kemudian)

Modul Yang Digunakan
Sepanjang Minggu Transisi.

PELAKSANAAN TRANSISI

Transisi dilaksanakan selama 12 minggu mengikut jadual dan
menggunakan modul yang disediakan.

Murid-murid tidak perlu membawa buku teks sepanjang minggu
transisi. Buku teks akan diedarkan pada
persekolahan. Tarikh akan dimaklumkan kemudian.

Pastikan murid-murid membawa peralatan alat tulis yang
lengkap.

Modul
Minggu
Transisi.

SEKIAN TERIMA KASIH

NO TELEFON SKPH2 :
03-51032676


Click to View FlipBook Version