The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Panduan PdP RBT Tingkatan 3 ini merupakan Terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum , Kementerian Pendidikan Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shurinaabrahim, 2022-04-08 22:11:56

Buku Panduan PdP RBT Tingkatan 3

Buku Panduan PdP RBT Tingkatan 3 ini merupakan Terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum , Kementerian Pendidikan Malaysia

Keywords: RBT

PANDUAN PENGAJARAN RBT TINGKATAN 3
f) Gambar pegun

o Produk / sesuatu keluaran akan menjadi fokus atau tumpuan dalam sesuatu
iklan terutamanya untuk iklan cetak

o Contohnya, fokus bahagian dalam kereta atau bahagian-bahagian lain
kereta untuk iklan kereta.

g) Kiasan / ibarat
o Mengambil contoh lain yang lebih kreatif untuk menunjukkan kesan yang
dialami oleh pengguna apabila menggunakan sesuatu produk atau
perkhidmatan yang ditawarkan.
o Contohnya,iklan oleh Shell yang memaparkan pemanduan seperti kereta
Ferrari F1 setelah menggunakan petrol terbaharu yang ditawarkan.

101

PANDUAN PENGAJARAN RBT TINGKATAN 3

3.1.4 MEMILIH KAEDAH REKA BENTUK PENGIKLANAN YANG SESUAI
UNTUK MEMASARKAN PRODUK YANG DIHASILKAN

Reka bentuk pengiklanan merujuk kepada penciptaan dan penghasilan karya seni visual
yang digunakan dalam iklan untuk memasarkan produk atau perkhidmatan.
Iklan yang berkesan seharusnya memperlihatkan ciri-ciri berikut:

i. Daya penarik yang dinamik.
Impak dari iklan membawa kesan psikologi seperti tarikan, ada rasa, terpikat,
teruji, teruja, terpujuk, ingin mencuba, rasa berpunya dan sebagainya.

ii. Warna yang berkesan
Warna yang dipilih mestilah bersesuaian dengan sasaran pasaran dan produk
yang hendak dipasarkan.

iii. Mesej yang jelas.
iv. Kesesuaian ilustrasi bersama tema.
v. Cogan kata bersama penggunaan prinsip rekaan.
vi. Unsur-unsur seni yang sesuai.
Contoh reka bentuk pengiklanan menggunakan poster.

102

PANDUAN PENGAJARAN RBT TINGKATAN 3

3.1.5 MENGANALISIS KAEDAH REKA BENTUK PENGIKLANAN YANG
DIPILIH

Contoh poster digunakan bagi menganalisis reka bentuk pengiklanan.

Latar belakang warna coklat Warna merah
muda menggambarkan memberikan penegasan
kebolehpercayaan terhadap maklumat yang hendak
keberkesanan produk disampaikan

Botol menggambarkan Tulisan berwarna putih
secara menyeluruh menunjukkan keyakinan
maklumat produk terhadap keberkesanan
produk

103

PANDUAN PENGAJARAN RBT TINGKATAN 3
Contoh flyers (edaran) digunakan bagi menganalisis reka bentuk pengiklanan.

Saiz perkataan yang besar dan Warna biru
berwarna merah untuk menyerlahkan menggambarkan
fokus utama iklan keyakinan

Grafik menjadi satu bentuk seni komunikasi yang berfungsi menyampaikan
mesej.

Perkataan, ilustrasi dan warna yang mempengaruhi psikologi kelompok
sasaran. impak dari iklan membawa kesan psikologi seperti tarikan ada rasa,
terpikat, teruji, teruja, terpujuk, ingin mencuba, rasa berpunya dan sebagainya.

104

PANDUAN PENGAJARAN RBT TINGKATAN 3
Cara pengolahan muka taip dan bahan ilustrasi dapat digabungkan dalam media yang
berbagai. Olahan yang berkesan menjadikan iklan itu segar, subur, hidup menampakkan
keharmonian muka taip yang serasi dengan temanya. Muka taip bersama mesej dan muka
taip beriringan dengan ilustrasi adalah keserasian yang harmoni dalam penampilan iklan.
Peranan muka taip dalam reka bentuk grafik memungkinkan sesuatu mesej dalam Bahasa
literal yang mengingatkan audien apabila membacanya.

Susunan muka taip yang menjadikan teks itu sebagai eksploitasi yang cuba menawan idea
dari apa yang dibaca dan terfikir oleh minda serta diulangi kerap mungkin akan menjadi
mesej yang berkesan. Oleh itu pengolahan muka taip penting dalam mengangkat kualiti
mesej dalam sesebuah poster. Cara bagaimana muka taip itu diolah, disusun dan
diringkaskan mengambilkira dari segi jarak susunan, saiz muka taip dan susun letak.
Jelasnya di sini pengolahan muka taip memerlukan strategi supaya tidak mencacatkan
keseluruhan poster.

Perkataan yang dipilih membawa dua fungsi iaitu:

o membentuk ayat menjadi unsur ilustrasi

o membawa makna literal pada imaginasi
 Kadangkala perkataan yang ditampilkan dalam poster menjadi bahan reka bentuk

yang membawa kekuatan tersendiri dalam membantu ilustrasi dari aspek

fizikalnya.
 Contohnya bagi iklan produk beracun penekanan kepada pemilihan warna.
 Grafik yang dipilih pula akan memaparkan kandungan bahan utama produk untuk

memberi maklumat lengkap kepada pengguna.
 Selain daripada pemilihan grafik, pemilihan bentuk tulisan juga perlu ditekankan

dalam penghasilan sesuatu iklan yang berkesan.

Contoh jadual analisa kaedah reka bentuk pengiklanan

1. Nama produk Kerepek pisang

2. Sasaran pasaran Pelanggan baharu

3. Sasaran pelanggan Kanak-kanak

4. Kaedah pengiklanan Gambar pegun

5. Media pengiklanan Helaian edaran (Flyers)

105

PANDUAN PENGAJARAN RBT TINGKATAN 3

3.1.6 MEMBUAT RUMUSAN KAEDAH REKA BENTUK PENGIKLANAN
YANG SESUAI DENGAN PRODUK

Setelah analisis dilakukan, didapati kaedah pengiklanan yang dipilih sesuai dengan
produk yang hendak dipasarkan.
Antara kriteria yang diguna pakai adalah seperti berikut:
 Sasaran pasaran dan pelanggan
Merangkumi golongan pembeli semasa dan yang berpotensi untuk sesuatu keluaran.
 Pemilihan kaedah pengiklanan
Kaedah pengiklanan yang dipilih mestilah sesuai dengan produk yang hendak
dipasarkan.
 Pemilihan media pengiklanan
Media pengiklanan yang dipilih mestilah dapat memberikan impak segera untuk
pengguna membeli produk yang diiklankan dalam pasaran.

106

PANDUAN PENGAJARAN RBT TINGKATAN 3

3.1.7 MENGHASILKAN REKA BENTUK PENGIKLANAN

Murid menghasilkan reka bentuk pengiklanan dengan mengambil kira kaedah reka bentuk
pengiklanan. Reka bentuk dan kajian trend merupakan gabungan bagi menarik perhatian
bakal pelanggan dan seterusnya dapat mewujudkan pasaran baharu. Reka bentuk
pengiklanan mengandungi maklumat produk, cara persembahan, pemilihan perkataan
dan grafik untuk pengiklanan.

Langkah-langkah penghasilan iklan adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti dan menganalisis sasaran pasaran
Merujuk kepada projek brief yang telah dibincangkan bersama pelanggan.

2. Menyatakan objektif pengiklanan dibuat
Contoh objektif pengiklanan ialah:

 Memperkenalkan produk baharu (untuk produk baharu dikeluarkan).
 Meningkatkan jualan (digunakan untuk produk yang sedia ada di

pasaran).
 Mengekalkan produk dalam pasaran (produk yang telah lama di

pasaran).

3. Mereka bentuk platform / asas pengiklanan
Membuat penentuan dari segi pemilihan;

 Grafik
 Muka taip
 Warna
 Mesej
 Illustrasi
4. Menentukan kesesuaian pengiklanan
Kesesuaian merujuk kepada :

 Produk
 Sasaran pasaran
 objektif
5. Membangun perancangan media
Merujuk kepada pemilihan media yang akan digunakan untuk pengiklanan
sama ada media massa, media cetak atau media lain.

6. Menghasilkan reka bentuk pengiklanan yang dipilih

7. Menilai keberkesanan
 Mengedar borang soal selidik berkaitan produk kepada orang ramai
 Membuat penambahbaikan sekiranya objektif tidak tercapai.

107

PANDUAN PENGAJARAN RBT TINGKATAN 3
Contoh reka bentuk pengiklanan dalam media cetak

Flyers Majalah Poster

Akhbar Helaian edaran (flyers)
Pengiklanan dalam media massa

Papan penceritaan (storyboard) Iklan di Youtube Iklan di internet
Pengiklanan dalam media lain

Iklan papan tanda Iklan pameran
108

Latihan PANDUAN PENGAJARAN RBT TINGKATAN 3

LAMPIRAN
Lembaran 1

Nama:…………………………………………….....……………………………………........……
Kelas:……………………………………… Tarikh:………………………….

Aktiviti ini boleh dijadikan contoh pentaksiran TP1.

1. Nyatakan maksud pemasaran yang lengkap.
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………….........
.................................................................................................................

2. Gambar menunjukkan salah satu peranan reka bentuk dalam pemasaran. Terangkan
3 daripada 5 ciri produk tersendiri (Product Characteristic) dengan lengkap.

i. …………………………………………………..
ii. …………………………………………………..
iii. …………………………………………………...

109

PANDUAN PENGAJARAN RBT TINGKATAN 3

Latihan

Lembaran 2

Nama:…………………………………………….....………………………………………

Kelas:……………………………………… Tarikh:………………………….

1. Padankan kaedah reka bentuk pengiklanan yang betul dengan gambar rajah yang
diberi.

a. Matlamat produk

b. Kenyataan merangsang

c. Perbandingan keluaran
d. Kiasan/ Ibarat
e. Gambar pegun

110

Latihan PANDUAN PENGAJARAN RBT TINGKATAN 3
Lembaran 3

Nama:…………………………………………….....………………………………………

Kelas:……………………………………… Tarikh:………………………….

Aktiviti ini boleh dijadikan contoh pentaksiran TP2.

1. Senaraikan 8 peranan reka bentuk dalam pemasaran dengan melengkapkan peta
buih di bawah.

a)
h) b)

Peranan

Reka
g) Bentuk c)

Dalam
Pemasaran

f) d)
e)

111

Latihan PANDUAN PENGAJARAN RBT TINGKATAN 3
Lembaran 4

Nama:………………………………………..................................................……....

Kelas:……………………………………… Tarikh:………………………….

Aktiviti ini boleh dijadikan contoh pentaksiran TP5 dan TP6.

Maklumat menunjukkan produk yang ingin dipasarkan.

1. Produk kosmetik
2. Produk makanan
3. Gajet Elektronik
4. Pakaian dan aksesori

Sekiranya anda ingin mempromosikan salah satu daripada empat produk tersebut, pilih
satu kaedah reka bentuk pengiklanan yang sesuai dengan mengambilkira peranan reka
bentuk dalam pemasaran. Hasilkan iklan anda selengkapnya.

112

PANDUAN PENGAJARAN RBT TINGKATAN 3

PANEL PENULIS

1. Faizah binti Ismail Bahagian Pembangunan Kurikulum
2. Halim bin Jajuli Bahagian Pembangunan Kurikulum
3. Zainal Abidin bin Ismail Bahagian Pembangunan Kurikulum
4. Azam bin Hasim SK Teluk Ketapang, Terengganu
5. Ammer Alarif bin Mustafa Albakri SMK (T) St. David, Melaka
6. Basri Efendi bin Masri SMK Taman Desa Jaya, Johor Bahru
7. Bedah binti Hassan SMK Raja Jumaat, PD, Negeri Sembilan
8. Helen Rangai Braim SMK Hang Kasturi, Melaka
9. Mohamad Al Mizan bin Mohd Nawee SMK Seri Selayang, Selangor
10. Mohd Ismail bin Abdul Rahim SMK Bandar Tun Hussein Onn 2, Selangor
11. Mohd Lazi bin Mahadi SMK Dato’ Abdul Tahman Yaakub, Melaka
12. Mokhtar bin Yaacob SMK Darulaman, Alor Setar, Kedah
13. Muhamad Lazim bin Ab. Shukor SBPI Selandar, Melaka
14. Nathan A/L Balakhrisnan SMK Bukit Baru, Melaka
15. Noorazzima binti Mohamad Nor SMK Putrajaya Presint 8 (1)
16. Norsalehan bin Sahriman SMK Durian Tunggal, Melaka
17. Razak bin Adom SMK Dangi, Johol, Negeri Sembilan
18. Sarifah binti AB Rahman SMK Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur
19. Sukarno bin Abd Hamid SMK Tajar, Langgar, Kedah

113

PANDUAN PENGAJARAN RBT TINGKATAN 3
114

PANDUAN PENGAJARAN RBT TINGKATAN 3
115

PANDUAN PENGAJARAN RBT TINGKATAN 3

Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4 – 8 Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E

62604 P1u1t6rajaya

Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917
http://bpk.moe.gov.my


Click to View FlipBook Version