The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

11 BSTEM 2017 RBT MEN
TERBITAN KPM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shurinaabrahim, 2022-04-09 21:10:07

11 BSTEM 2017 RBT MEN

11 BSTEM 2017 RBT MEN
TERBITAN KPM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIRI BAHAN SUMBER
SAINS, TEKNOLOGI, ENGINEERING

DAN MATEMATIK (BSTEM)

BSTEM
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

SEKOLAH MENENGAH

vi

SIRI BAHAN SUMBER
SAINS, TEKNOLOGI, ENGINEERING DAN MATEMATIK(STEM)

BSTEM
REKA BENTUK DAN

TEKNOLOGI
SEKOLAH MENENGAH

Terbitan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum

2017

vi

Terbitan 2017
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan
cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau
cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8 Blk E9,
Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604
Putrajaya, MALAYSIA.

CIP/ISBN
ISBN 978-967-420-406-8

Diterbitkan oleh
Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4-8 Blok E9,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya, MALAYSIA.

vi

KANDUNGAN v
vi
Rukun Negara vii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1
Kata Aluan 3
Pendahuluan
Panduan Pelaksanaan BSTEM 8
12
Contoh PdP 1 – Pengenalan kepada Dunia Reka Bentuk 14
Pengenalan 15
Komponen PdP
Rancangan PdP 20
Aktiviti PdP 21
Lampiran bagi Contoh PdP 1 23
A Soalan Ujian Pra
B Ujian Pasca 26
C Lembaran kerja Murid 28
D Borang rubrik penilaian untuk Mock-Up @ model dan 29

pembentangan 32
E Borang penilaian rakan sebaya dan penilaian kendiri 36
F Exit Card 38
39
Contoh PdP 2 – Reka Bentuk Sistem Fertigasi
Pengenalan 44
Komponen PdP 45
Rancangan PdP 47
Aktiviti PdP
Lampiran bagi Contoh PdP 2

H Soalan Ujian Pra
I Ujian Pasca
J Lembaran kerja Murid

vi

K Borang rubrik penilaian Mock-Up @ Model dan penilaian 55
projek kumpulan 58
60
L Borang rubrik penilaian rakan sebaya dan penilaian kendiri 61
M Exit Card
Rujukan
Penghargaan

vi

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; Memelihara cara hidup yang demokratik;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dinikmati secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan

sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh

tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

vi

vi

KATA ALUAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Bahagian
Pembangunan Kurikulum telah berjaya menghasilkan siri Bahan
Sumber STEM 2017 (BSTEM 2017). Bahan ini diharap dapat
menjadi panduan dan pencetus idea kepada guru dalam
merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
(PdP) STEM di sekolah. BSTEM 2017 merupakan
kesinambungan daripada siri BSTEM 2016. Siri BSTEM 2017
merangkumi 17 mata pelajaran teras dan elektif di peringkat
pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Usaha ini sejajar dengan hasrat
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memperkukuhkan pembelajaran STEM
di semua peringkat.

BSTEM 2017 mengandungi dua contoh PdP bagi setiap mata pelajaran, bertujuan
membangunkan pelbagai kecekapan kognitif dan sosial, serta memupuk kemahiran
berfikir aras tinggi dalam kalangan murid. PdP STEM memberi peluang dan pendedahan
kepada murid untuk menyelesaikan masalah dalam konteks dunia sebenar. Aktiviti yang
disediakan dapat membentuk murid menjadi pemikir yang matang dan kreatif, pencipta
yang berani, ahli pasukan yang bekerjasama dan pemimpin yang tegas serta
mempunyai visi. Pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dapat memberi
kepuasan dan motivasi dalaman seterusnya meningkatkan pelibatan murid dalam
bidang STEM.

Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada panel penulis dan semua pihak yang
terlibat dalam pembinaan BSTEM 2017 di bawah Inisiatif Perkukuhan Pendidikan STEM,
PPPM 2013-2025. Semoga BSTEM dapat memberi manfaat kepada semua pihak dalam
usaha meningkatkan kualiti PdP yang sejajar dengan perkembangan abad 21.

Sekian, terima kasih.

SHAZALI BIN AHMAD
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2018

ix

vi

PENDAHULUAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat meningkatkan penyertaan dan
minat murid terhadap STEM melalui Inisiatif Perkukuhan STEM seperti yang
ditekankan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Melalui inisiatif ini KPM berusaha memastikan bilangan murid yang berpotensi dan
berkelayakan adalah mencukupi untuk menceburi bidang STEM di peringkat
tertiari. Pelaksanaan pendekatan STEM berhasrat melahirkan modal insan yang
mempunyai pengetahuan, kemahiran dan nilai serta membudayakan amalan
STEM.

Berdasarkan hasrat KPM, Bahagian Pembangunan Kurikulum telah

membangunkan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dikenali

sebagai Siri Bahan Sumber Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik

(BSTEM). Bahan sumber ini merupakan lanjutan kepada Buku Panduan

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran STEM yang telah dibangunkan

sebelum ini untuk membantu guru melaksanakan PdP STEM di sekolah. Siri

BSTEM yang dihasilkan adalah seperti Jadual 1.

Jadual 1: Bahan Sumber BSTEM 2016 dan 2017

BSTEM 2016 BSTEM 2017

Biologi Pengajian Pengajian Pengajian
(Sek. Men.) Kejuruteraan Awam Kejuruteraan Kejuruteraan Elektrik

Fizik (Sek. Men.) Mekanikal dan Elektronik
(Sek. Men.) (Sek. Men.) (Sek. Men.)
Grafik Komunikasi
Kimia Teknikal Reka Bentuk dan Sains Rumah Tangga
(Sek. Men.) Teknologi (Sek. Men.)
Matematik (Sek. Men.) (Sek. Men.)
Tambahan
(Sek. Men.) Sains Sukan Asas Sains Komputer Sains Tambahan
(Sek. Men.) (Sek. Men.) (Sek. Men.)
Reka Cipta
(Sek. Men.) Matematik Sains Pertanian
(Sek. Men.) (Sek. Men.) (Sek. Men.)

Asas Kelestarian Sains Matematik
(Sek. Men.) (Sek. Ren.) (Sek. Ren.)

Sains Komputer Reka Bentuk dan Pembelajaran -
(Sek. Men.) Teknologi Bersepadu
(Sek. Ren.)
(Pra Sekolah)

1

Bahan sumber ini memberi panduan kepada guru tentang pelaksanaan aktiviti
untuk sesi sebelum, semasa dan selepas PdP STEM. PdP STEM menggunakan
strategi inkuiri, pembelajaran berasaskan masalah dan projek. PdP ini memberi
peluang kepada murid untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
dan pengalaman pembelajaran yang mendalam serta diperkaya.
Pembudayaan amalan STEM dalam kalangan murid perlu dilaksanakan bagi
menyediakan murid untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Proses PdP STEM
yang mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dapat menghasilkan
murid seperti yang dihasratkan iaitu mempunyai profil berdaya tahan, mahir
berkomunikasi, pemikir, kerja sepasukan, bersifat ingin tahu, berprinsip,
bermaklumat, penyayang, prihatin dan patriotik.
BSTEM 2017 diharap menjadi contoh dan pencetus idea kepada guru dalam
menyediakan aktiviti PdP STEM. Guru digalakkan untuk membangunkan PdP bagi
tajuk lain dalam mata pelajaran ini.

2

PANDUAN PELAKSANAAN BSTEM

Pengajaran dan pembelajaran STEM merupakan satu pendekatan yang melibatkan
pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM untuk menyelesaikan
masalah dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan alam sekitar. Pendekatan
ini menggalakkan murid menyoal dan meneroka persekitaran melalui inkuiri serta
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar dalam usaha
membudayakan amalan STEM. Inisiatif Perkukuhan STEM dilaksanakan untuk
membudayakan amalan STEM dalam kalangan murid.

BSTEM dibangunkan untuk membimbing guru melaksanakan PdP STEM yang
menarik agar pembelajaran menjadi lebih bermakna. BSTEM mengandungi dua
contoh PdP untuk mata pelajaran Sains sekolah rendah. Contoh PdP ini diharap dapat
memberikan panduan yang boleh digunakan oleh guru untuk membina aktiviti PdP
STEM lain berdasarkan kurikulum kebangsaan yang diguna pakai. Secara umumnya
setiap contoh PdP dalam bahan sumber ini mengandungi:

1. Pengenalan
2. Komponen PdP
3. Rancangan PdP
4. Aktiviti PdP
5. Soalan Ujian Pra dan Ujian Pasca
6. Lembaran Kerja Murid
7. Borang Pentaksiran

 Rubrik Penilaian Prototaip/ Pembentangan
 Rubrik Penilaian Diri dan Rakan Sebaya
 Exit Card
8. Dapatan Rintis Contoh PdP
9. Rujukan

Pentaksiran dilaksanakan sepanjang aktiviti menggunakan rubrik yang disediakan.
Antara pentaksiran yang dilaksanakan adalah penilaian produk, penilaian

3

pembentangan, penilaian kendiri dan rakan sebaya, ujian pra, ujian pasca serta Exit
Card sebagai refleksi PdP.
PdP STEM boleh dilaksanakan melalui beberapa langkah asas seperti yang disyorkan
dalam Buku Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik
dalam PdP 1. Berikut adalah langkah asas aktiviti PdP STEM yang harus dilalui oleh
murid:

4

1 Mengemukakan soalan dan Murid menyiasat dan meneroka untuk
mendefinisi masalah mengenalpasti masalah yang berkaitan dengan
dunia sebenar

Mencari dan mengumpul Murid mendapatkan maklumat daripada pelbagai
2 maklumat berkaitan sumber termasuklah melalui internet, ataupun media
cetak dan sebagainya.
soalan/masalah
Murid merancang dan menjalankan penyiasatan
3 Merancang dan menjalankan dalam bentuk inkuiri
penyiasatan
Murid mengumpulkan data, menganalisis dan
4 Menganalisis dan mempersembahkan supaya boleh difahami/
menginterpretasi data digunakan oleh orang lain

Membina penyelesaian dan Murid menunjukkan pemahaman mereka dengan
menggunakan perkataan mereka sendiri tentang
5 mereka bentuk sesuatu fenomena atau pemerhatian, perwakilan
penyelesaian secara grafik atau formula boleh juga diterima.
Murid merekacipta dengan mengulangi proses
untuk menambahbaik produk termasuk kaedah)
secara sistematik

6 Mempersembahkan produk Murid membentangkan produk dengan disokong
dengan justifikasi data dan rakan lain diberi peluang
untuk berkomunikasi dan memberikan pendapat

7 Menambah baik produk Murid menambah baik produk bagi menyelesaikan
masalah dan meningkatkan kefungsiannya.

Rajah 1: Langkah Asas Aktiviti PdP STEM

BSTEM mengandungi 3 fasa untuk membimbing guru melaksanakan PdP STEM.
Ketiga-tiga fasa ini memperincikan langkah-langkah yang harus guru ikuti bagi
merancang dan mengurus perjalanan PdP ini dengan berkesan. Berikut adalah
langkah-langkah umum dalam melaksanakan PdP STEM.

1 Buku Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuteruteraan dan Matematik (STEM) dalam Pengajaran dan
Pembelajaran, Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2016.

5

FASA 1. Mengenal pasti strategi PdP STEM berdasarkan pengetahuan,
SEBELUM kemahiran dan nilai yang hendak diajar.

PdP 2. Menyediakan senario/ situasi /masalah yang sesuai bagi tujuan
di atas.

3. Membina soalan yang dapat mencetus pemikiran murid
terhadap situasi yang dikemukakan sehingga akhir sesi PdP.

4. Menyediakan bahan (soft and hardcopy) dan peralatan yang
diperlukan serta mencari tempat dan tarikh yang sesuai bagi
PdP ini.

5. Mentadbir Ujian Pra.

6. Mengemukakan senario/ situasi /masalah sebagai set
induksi bagi mencetus minda murid.

FASA 7. Mengedarkan lembaran kerja murid sebagai garis panduan
SEMASA kepada murid melaksanakan tugasan ini.

PdP 8. Menggalakan murid menjana idea semasa perbincangan
kumpulan dalam proses penyelesaian masalah/
melengkapkan tugasan (dengan soalan-soalan yang telah
disediakan guru semasa Fasa Sebelum PdP).

9. Memberi respons dan menilai produk /pencapaian murid.

10. Mentadbir Ujian Pasca.

FASA 11. Membuat refleksi terhadapPdP yang telah
SELEPAS dilaksanakan.

PdP 12. Menambah baik rancangan PdP ini bagi kelas yang
akandatang.

Rajah 2: Panduan pelaksanaan PdP STEM

PdP yang menarik, relevan dan mempunyai impak tinggi terhadap murid adalah bergantung
kepada perancangan, persediaan, pelaksanaan dan refleksi guru sepanjang proses PdP.
Guru perlu memastikan PdP dapat dijalankan dengan berkesan serta memberi peluang
kepada murid untuk memperolehi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dihasratkan.

6



CONTOH PDP 1:
PENGENALAN KEPADA DUNIA REKA BENTUK

MEMBINA OBJEK ASAS



1. PENGENALAN

Matlamat untuk mencapai taraf ekonomi negara maju ialah dengan cara menjana ekonomi
berpendapatan tinggi. Salah satu aktiviti sasaran untuk meransang ekonomi berpendapatan
tinggi ialah penghasilan produk kreatif dan kebolehpasaran tinggi secara besar-besaran oleh
rakyat negara ini. Sasaran itu bertepatan dengan matlamat topik Dunia Reka Bentuk mata
pelajaran RBT Tingkatan 1. Aktiviti membina objek dalam topik ini merupakan satu aktiviti
projek mini membina produk kreatif. Ianya dilaksanakan setelah murid selesai mempelajari
topik prinsip dan elemen reka bentuk, bentuk asas objek geometrik dan asas pembinaan
objek berdasasrkan DSKP RBT Tingkatan 1. Aktiviti ini menggunakan pendekatan
Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL). Murid didedahkan dengan suatu situasi untuk
mereka selesaikan dengan menghasilkan satu produk konsep. Murid mengaplikasikan
pengetahuan tentang asas reka bentuk dan juga dapat menerapkan nilai kreativiti serta
inovasi dalam aktiviti mereka cipta produk. Cadangan masa melaksanakan aktiviti ini adalah
6 waktu bersamaan 4 jam waktu bersemuka bergantung kepada kreativiti dan fleksibiliti guru
untuk menyesuaikan dengan situasi sekolah, murid dan lain-lain faktor.

Panduan pelaksanaan aktiviti ini telahpun diterangkan dalam bab sebelum ini dan perlu
difahami oleh guru bagi memastikan aktiviti PdP dapat berlangsung dengan lancar dan
berkesan. Sehubungan itu, guru perlu meneliti persiapan dari aspek bahan, peralatan, ruang
kerja, tempoh masa, bahan ransangan, paparan video dan kos yang diperlukan sepanjang
menjayakan aktiviti ini. Adalah lebih bermakna jika guru dapat menggalakkan murid
menghasilkan produk yang kreatif dan mempunyai kos yang minima dengan memasukan
bahan terpakai sebagai bahan projek. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu
dilaksanakan oleh guru disepanjang aktiviti ini:

SESI 1: (1 1/2 Jam PdP)

Sebelum PdP  Menyediakan bahan rangsangan seperti keratan surat
khabar, majalah, artikel, video atau imej yang berkaitan
tentang reka bentuk kreatif
(Kata kunci: reka bentuk kreatif)

 Memperbanyakkan borang Ujian Pra dan Ujian Pasca,
borang catatan individu, lembaran kerja murid, serta helaian
penilaian rubrik untuk guru dan murid.

 Menyediakan bahan RBT dan alat tangan yang diperlukan
bagi melaksanakan aktiviti ini.

8

Semasa PdP  Mentadbir ujian Pra ke atas murid.
 Mencetus minda murid dengan set induksi (tayangan video/
Selepas PdP
Sebelum PdP memberikan bahan rangsangan) dan aktiviti sumbangsaran
Semasa PdP  Memberikan senario atau pernyataan masalah.
 Mengedarkan lembaran kerja murid sebagai garis panduan

kepada murid melaksanakan projek ini.
 Membekalkan murid dengan kertas A4 untuk lakaran
 Membuat lakaran reka bentuk prototaip berfungsi serta

berlabel
 Membimbing murid mendapatkan idea menghasilkan reka

bentuk produk kreatif.
 Menggalakkan murid mengenal pasti masalah yang bakal

dihadapi dalam aktiviti pembinaan melalui proses sumbang
saran dan menjana idea untuk menyelesaikan masalah
 Memotong kadbod mengikut bentuk lakaran yang telah
ditentukan dengan memperkenalkan sebagai bentuk 2D
 Mencantum bahagian-bahagian kadbod dengan memberikan
kedalaman pada objek. Objek 2D telah berubah bentuk
kepada 3D
 Mencantum beberapa bongkah dengan teknik pembinaan
membentuk objek baharu.
 Mempersembahkan hasil aktiviti bersama rakan-rakan lain

 Mengenal pasti bahan keperluan untuk membina produk bagi
sesi PdP yang seterusnya.

 Membuat penilaian lakaran reka bentuk produk yang telah
disediakan oleh murid.

 Membuat penilaian hasil kerja murid, Tahap Prestasi murid

SESI 2: (1 1/2 Jam PdP)

 Menyediakan objek baharu yang telah dibina pada sesi lepas
dan peralatan yang diperlukan oleh murid dalam mereka
bentuk prinsip dan elemen pada objek baharu.

 Membimbing murid membina elemen dan prinsip reka bentuk
pada objek yang telah dibina berdasarkan lakaran berlabel
murid.

 Memantau murid membuat kerja akhir produk termasuk sama
ada:
- menepati lakaran yang telah dibina
- menepati konsep elemen dan prinsip reka bentuk

 Membimbing menyediakan penerangan prototaip produk
kreatif dalam bentuk laporan ringkas bertulis untuk tujuan
Pameran Hasil Kerja RBT.

 Mentadbir ujian Pasca ke atas murid.

9

Selepas PdP  Mengumpul pelaporan Ujian Pra, Ujian Pasca, pelaporan
PBS: Tahap Prestasi dan ulasan objek reka bentuk murid.

 Pameran Hasil Kerja Murid

Sepanjang proses PdP guru haruslah menerapkan amalan STEM dan pembelajaran
mendalam agar PdP tersebut bermakna. Pengalaman pembelajaran murid dalam
menghasilkan produk ini digambarkan dalam setiap sesi PdP bersemuka seperti dalam
Rajah 3.

10

SESI 1 1. PENYATAAN SENARIO DAN PENYATAAN MASALAH
(1 1/2 jam
2. MENJANA IDEA KREATIF REKA BENTUK 2D
PdP)
3. MENGENAL PASTI ALAT TANGAN, BAHAN DAN PELEKAT
SESI 2
(1 1/2 jam 4. MEMOTONG REKA BENTUK 2D DAN KOMPONENNYA
5. MENCANTUM KOMPONEN OBJEK UNTUK MEMBINA KEDALAMAN
PdP)
OBJEK MEMBENTUK OBJEK 2D MENJADI OBJEK 3D
6. MENCANTUM BEBERAPA BONGKAH 3D MEMBENTUK SATU OBJEK

BAHARU

7. MELUKIS LAKARAN OBJEK BAHARU DAN MEMBINA ELEMEN
SERTA PRINSIP REKA BENTUK PADA OBJEK TERSEBUT

8. MENGUJI CANTUMAN OBJEK DAN KESETARAAN DENGAN LAKARAN

BERJAYA TIDAK PROSES
PENAMBAH

BAIKAN

YA

9. MELUKIS ELEMEN DAN PRINSIP MEMBUAT
PERSEMBAHAN PROJEK

10. MEMBUAT PEMBENTANGAN KUMPULAN

11. KOMEN DAN SOALAN

12. PAMERAN PROJEK RBT

Rajah 3: Aliran pelaksanaan aktiviti murid menghasilkan objek kreatif baharu

11

2. KOMPONEN PdP

Pendekatan STEM menekankan pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai
STEM untuk menyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan
alam sekitar. Pendekatan STEM yang berterusan akan membawa pembudayaan amalan
STEM dalam kalangan murid.

Konteks:
/ Kehidupan Harian
/ Alam Sekitar
/ Masyarakat Tempatan dan Global

Kemahiran Abad ke-21:

/ Kreativiti dan Inovasi
/ Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
/ Komunikasi dan Kolaborasi
/ Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi
/ Kemahiran Hidup dan Kerjaya
/ Nilai dan Etika

Pengintegrasian STEM:

Sains: Menukar bentuk 2D kepada 3D

Teknologi: Sistem komputer dan peralatan digital

Kejuruteraan: Melakar reka bentuk baharu

Matematik: Memotong mounting board mengikut ukuran yang telah ditetapkan

12

Bahan Sumber:

Alat dan 1. Mounting board
bahan yang 2. Glu (UHU)
diperlukan 3. Pisau pemotong
(Cadangan) 4. Cutting mat
5. Pembaris keluli
6. Pensel
7. Warna (pensel/marker/poster/krayon/pastel)

Sumber yang  Blog dan laman web *(pautan video)
disediakan
oleh guru:  Surat Khabar

 Persembahan Powerpoint
 Lampiran A – Ujian Pra
 Lampiran B – Ujian Pasca
 Lampiran C – Carta alir PdP 1. ppt
 Lampiran D – Lembaran Kerja Murid
 Lampiran E – Rubrik Penilaian untuk Mock-up atau model dan

pembentangan
 Lampiran F – Borang Penilaian Rakan Sebaya dan Kendiri
 Lampiran G – Exit Card 1

13

3. Rancangan PdP: Membina Objek Asas Menggunakan Bongkah-
bongkah Geometri

Tingkatan: Tingkatan 1

Mata Pelajaran: Reka Bentuk Dan Standard Dunia Reka
Bentuk
Teknologi Kandungan:

Standard 1.1.1, 1.1.2, 1.1.3, 1.1.4, 1.1.5,1.1.6,1.1.7
Pembelajaran:

Tajuk: Pengenalan Kepada Reka Bentuk Dan Teknologi

Tempoh (waktu): 6 Waktu (2 + 2+ 2)

Ringkasan Aktiviti: Senario:
Anda ialah seorang pereka bentuk. Tugas seorang pereka
bentuk adalah membantu dalam penjanaan idea sehingga
menjadi produk siap.

Tetapi dalam mereka bentuk sesuatu produk yang mempunyai
kebolehpasaran yang tinggi, pereka bentuk perlu
menggunakan pelbagai elemen dan prinsip dalam reka bentuk.

Masalah yang dihadapi oleh pereka bentuk ialah menghasilkan
idea yang baharu. Pelbagai kaedah digunakan bagi menjana
idea yang boleh diguna pakai pada produk.

Selain itu, produk yang bakal dihasilkan mestilah tidak
mencemar dan merosakkan alam sekitar.

Sebagai pereka bentuk, anda ditugaskan untuk menghasilkan
satu idea baharu yang dapat diterapkan dalam reka bentuk
produk.

Apa pengetahuan, Pengetahuan, kemahiran dan nilai
kemahiran dan nilai
yang murid perolehi  Menjana idea baharu
setelah melalui aktiviti  Menterjemah idea melalui lakaran piktorial
ini?  Membina objek baharu menggunakan bongkah-

bongkah geometri
 Membuat penambahbaikan pada objek baharu yang

dihasilkan dengan menerapkan elemen dan prinsip reka
bentuk

Apa pengalaman  Meghasilkan lakaran reka bentuk baharu yang
baharu murid setelah diperolehi melalui proses penjanaan idea
melalui aktiviti ini?
 Menghasilkan objek baharu

14

4. Aktiviti PdP

Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP Penilaian
STEM Formatif

Sesi 1
(1 1/2 Jam)

1. Menyatakan Menduduki Guru memberi Lampiran A
pengetahuan ujian pra ujian pra (Ujian Pra)
sedia ada. pembelajaran pembelajaran.

Murid boleh; Murid Guru Mengetahui Borang/Buku
2. Membuat menonton menayangkan kaedah Nota murid:
video dan video tentang pembinaan
pemerhatian mencatatkan pembinaan reka produk Murid mencatat
dan fakta bentuk produk. (Kejuruteraan) pemerhatian
mengaitkan berkenaan mereka
pengetahuan, dengan reka Guru menyoal berkaitan
kemahiran dan bentuk produk murid (sebagai penjanaan idea
nilai sedia ada pemangkin dan
dengan isu motivasi penghasilan
dunia sebenar intrinsik) tentang produk.
usaha
menghasilkan
produk reka
bentuk secara
berkumpulan.

3. Murid boleh : Murid melakar Membekalkan Mengetahui
Melakar satu reka bentuk kertas A4 kaedah asas
lakaran reka objek yang lukisan teknik
bentuk produk akan dibina Guru
yang terdiri bersama menerangkan (kejuruteraan)
daripada kaedah melukis
beberapa objek objek 2D
asas geometri

15

4. Murid boleh: Murid Guru mengetahui
Menghasilkan dibekalkan menyediakan bentuk-bentuk
bentuk mounting board mounting board asas geometri
geometri dalam seperti berikut: yang telah (Matematik)
bentuk 2D dipotong

1. 1 set (2 mengikut saiz

keping) berikut:

mounting 1. 8cm X 8cm
board 2. 8cm X 12cm
bersaiz 8cm 3. 2cm X
X 8cm
2. 1 set (2 100cm

keping)

mounting Setiap pelajar
board akan dibekal
bersaiz 8cm dengan:
X 12cm

1 set (1 keping) 3. 1 set (2
mounting board keping)

bersaiz 2cm X mounting
100cm board

bersaiz 8cm

Murid X 8cm

memotong 4. 1 set (2

mounting board keping)

mengikut mounting

bentuk board
geometri bersaiz 8cm

seperti yang X 12cm
dipaparkan 5. 1 set (1

dalam slaid keping)
power point mounting

dengan board
menggunakan bersaiz 2cm

pisau, pembaris X 100cm
dan cutting mat Guru

memaparkan

slaid

menunjukkan

bentuk2 asas

geometri.

16

Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP Penilaian
STEM Formatif

Murid boleh: Murid menukar Guru menunjuk Menjelmakan
mounting board cara bagaimana objek geometri
5. Menukar bentuk yang telah untuk 2D kepada
geometri 2D dipotong dalam menambah objek geometri
kepada bentuk bentuk 2D kedalaman 3D (Sains)
geometri 3D kepada Bentuk pada bentuk
3D geometri yang
dihasilkan oleh
Bentuk 3D murid.
mempunyai 3
bahagian
komponen
yang dapat
dilihat iaitu:

1. Tinggi
2. Lebar
3. Kedalaman

Untuk
mendapatkan
kedalaman,
murid
menambah
potongan
mounting board
2cm x 100cm
kepada
mounting board
berbentuk
geometri

17

Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP Penilaian
STEM Formatif

Murid boleh: Murid Guru Mengaitkan Borang
6. Murid menggabungka mengawasi objek asas Penilaian Reka
menggabung n bongkah asas proses baharu yang Bentuk Produk
bongkah geometri geometri gabungan dihasilkan – Menilai objek
3D sehingga menjadi satu bongkah asas dengan asas baharu
menjadi objek asas objek asas geometri fungsinya yang dihasilkan
yang mempunyai yang baharu. kepada objek pada situasi
fungsi asas yang sebenar.
Objek asas baharu.
tersebut (Sains)
menggunakan Guru juga
sekurang- membantu
kurangnya 6 pelajar menjana
bongkah asas idea bagi
geometri dan mengenalpasti
murid fungsi objek
mengenalpasti asas baharu
fungsi objek tersebut.
asas baharu.

18

Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP Penilaian
STEM Formatif

Sesi 2
(1 1/2 Jam)

SESI 2: Murid Guru Kepentingan Borang/Buku
2 waktu PdP menonton slaid menayangkan reka bentuk Nota murid:
berkaitan slaid berkaitan dalam
Murid boleh; dengan bidang- dengan pelbagai Murid mencatat
7. Membuat bidang reka pelbagai jenis bidang dan pemerhatian
bentuk reka bentuk situasi yang mereka
pemerhatian dan yang melibatkan berkaitan
mengaitkan mempunyai dunia sebenar elemen dan
pengetahuan, elemen dan prinsip reka
kemahiran dan prinsip (Kejuruteraan) bentuk yang
nilai sedia ada terdapat dalam
dengan isu dunia slaid yang
sebenar dipaparkan

Murid boleh: Murid Guru Aplikasi
8. Memasukkan mewarnakan menyatakan elemen dan
objek asas kepentingan prinsip reka
elemen warna baharu yang warna dalam bentuk
dalam objek dihasilkan reka bentuk
asas baharu dengan (Sains)
mengikut Guru
kesesuaian menunjukkan
iaitu dengan kaedah yang
merujuk prinsip betul untuk
reka bentuk. mewarna objek
asas baharu.
Alatan yang
digunakan ialah
warna marker,
warna pensel,
warna pastel
dan lain-lain
yang sesuai

Refleksi: Pameran RBT Guru membuat Ujian Pasca
refleksi/
kesimpulan dan
menambah baik
PdP.

19

Lampiran A

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
TINGKATAN 1

Ujian Pra

Nama:__________________________ Kelas:___________

Jawab soalan di bawah dalam ruangan yang disediakan.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan objek asas?

________________________________________________________________

________________________________________________________________

2. Berikan contoh objek yang sering digunakan dalam kehidupan seharian.
________________________________________________________________

________________________________________________________________

3. Apakah yang dimaksudkan dengan proses mengubahsuai bongkah geometri melalui teknik
pembinaan?
________________________________________________________________

________________________________________________________________

4. Berikan contoh aplikasi teknik pembinaan bongkah geometri dalam kehidupan seharian.
________________________________________________________________

________________________________________________________________

5. Apakah elemen dan prinsip peranan bongkah geometri dalam rekabentuk?
________________________________________________________________

________________________________________________________________

20

Lampiran B

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
TINGKATAN 1

Ujian Pasca

Nama:__________________________ Kelas:___________

Sila jawab semua soalan di ruang jawapan yang disediakan.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan objek asas?

________________________________________________________________

________________________________________________________________

2. Berikan contoh objek yang sering digunakan dalam kehidupan seharian.
________________________________________________________________

________________________________________________________________

3. Apakah yang dimaksudkan dengan proses mengubahsuai bongkah geometri melalui teknik
pembinaan?
________________________________________________________________

________________________________________________________________

4. Berikan contoh aplikasi teknik pembinaan bongkah geometri dalam kehidupan seharian.
________________________________________________________________

________________________________________________________________

5. Apakah elemen dan prinsip peranan bongkah geometri dalam rekabentuk?
________________________________________________________________

________________________________________________________________

21

Lampiran C

Carta Alir PdP 1

1. Pernyataan senario dan penyelesaian 2. Lakaran Berlabel
masalah

4. Penilaian Projek 3. Pembinaan Objek

5 . Pembentangan dan penambahbaikan
22

Lampiran D

LEMBARAN KERJA MURID
[CONTOH PDP 1: MEMBINA OBJEK ASAS MENGGUNAKAN

BONGKAH-BONGKAH GEOMETRI]

Tarikh:……………….. Sekolah:………………………. Tingkatan:……………….

Nama ahli Kumpulan:

(1) (3) (5)

(2) (4)

Objektif Pembelajaran:
Murid akan dapat:

 Membina objek asas menggunakan bongkah-bongkah geometri
 Membuat lakaran reka bentuk hasil daripada pembinaan objek asas yang telah

dibuat
 Mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam tajuk objek asas bagi mereka bentuk

dan membina sebuah objek asas

A. Pencarian Fakta
Berdasarkan masalah senario dan video, kenal pasti fakta-fakta yang berkaitan
dengan objek asas geometri.

1

2

3

4

5

23

B. Perlu tahu / Isu pembelajaran
Dengan bantuan fakta-fakta yang dikemukakan, apakah isu yang perlu anda
tahu dan isu pembelajaran yang akan membolehkan anda untuk menyelesaikan
tugas anda?

Bil. Isu yang perlu anda tahu/ isu pembelajaran
Kemahiran melukis lakaran objek asas geometri dengan betul.

1
Melakukan proses pembinaan objek melalui teknik pembenaman,

2 peleraian, penyatuan dan pembuangan
3

4

5

C. Pelan Tindakan
Draf pelan tindakan untuk menangani isu-isu pembelajaran yang dikenal pasti,
termasuk sumber dan bahan yang diperlukan.

Langkah Tindakan Bahan/Sumber
1
2
3
4
5

24

D. Penyelesaian yang dicadangkan

1. Melalui sumbang saran, cadangkan beberapa reka bentuk objek yang telah
mengalami proses teknik pembinaan yang mungkin dan lakarkan reka bentuk
yang terbaik (berskala dan berlabel)

Reka bentuk objek selepas teknik Reka bentuk yang terbaik
pembinaan yang mungkin

2. Terangkan objek yang telah yang direka bentuk berdasarkan elemen dan prinsip
yang ditetapkan.

Ciri-ciri Penerangan
1
2
3
4
5

E. Pembentangan

1. Membina objek reka bentuk anda menggunakan bahan-bahan yang sedia ada.
2. Menyediakan pembentangan untuk menjelaskan bagaimana proses reka bentuk

anda berlaku dan menepati sasaran.

25

Lampiran E

Rubrik Penilaian untuk Mock-Up atau Model dan Pembentangan
[PDP 1: MEMBINA OBJEK ASAS]

Tarikh: ........................... Kumpulan:………………….................

Kategori 4 32 1 Skor

Pembinaan Objek yang dipilih Objek yang dipilih Objek yang Objek yang dipilih
Objek amat sesuai dan tidak sesuai dan
diubah suai secara sesuai dan dipilih kurang menjadikan
Sikap kreatif untuk produk tidak
Kejuruteraa menjadikan terdapat sesuai namun berfungsi dengan
n nya lebih berkesan berkesan
percubaan boleh diubah
Semua ahli Semua ahli
kumpulan dapat mengubah suai suai secara kumpulan tidak
menunjukkan dapat
pemahaman yang secara kreatif kreatif menunjukkan
jelas dan dapat pemahaman yang
mengaplikasi untuk menjadkan jelas dan tidak
prinsip dapat
kejuruteraan menjadkannya nya lebih mengaplikasi
dalam pembinaan prinsip
projek lebih berkesan berkesan kejuruteraan
dalam pembinaan
Sebahagian besar Sebahagian ahli projek

ahli kumpulan kumpulan tidak

dapat dapat

menunjukkan menunjukkan

pemahaman yang pemahaman

jelas dan dapat yang jelas dan

mengaplikasi tidak dapat

prinsip mengaplikasi

kejuruteraan prinsip

dalam pembinaan kejuruteraan

projek dalam

pembinaan

projek

Fungsi Fungsi objek Fungsi objek baik Fungsi objek Fungsi objek
sangat baik dan tetapi kurang kurang baik dan kurang baik dan
bertepatan dengan menepati mempunyai mempunyai
kehendak serta kehendak kelemahan yang banyak
mudah untuk perlu penambah- kelemahan yang
dibina baikan perlu penambah-
baikan.

26

Kategori 4 32 1 Skor

Kerja Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan tidak
Kumpulan berfungsi dengan berfungsi dengan kurang berfungsi berfungsi dengan
sangat baik. baik. Sebahagian dengan baik. baik. Ramai ahli
Semua ahli besar ahli Tidak semua ahli yang tidak
mendengar mendengar, mendengar, memberi
berkongsi berkongsi dan berkongsi dan kerjasama
pengetahuan dan menyokong usaha menyokong
menyokong usaha ahli kumpulan usaha ahli
ahli kumpulan yang lain. kumpulan yang
yang lain. lain.

Jumlah

27

Lampiran F

Borang Penilaian Rakan Sebaya Dan Penilaian Kendiri

[CONTOH PDP 1: MEMBINA OBJEK ASAS]

Tarikh: .................... Nama: ........................................ Kumpulan: ........................
Skor
SKOR ( isikan nama
ahli kumpulan)

4 32 1 Diri
Rakan 1
Kategori Rakan 2
Rakan 3

Sumbangan Mengambil Mengambil Kadang-kadang Kurang
bahagian bahagian mengambil mengambil
dengan sangat dengan aktif bahagian dan bahagian dan
aktif dan kerap dan memberi memberi idea jarang memberi
memberi idea idea berguna dalam aktiviti idea kerjasama
berguna dalam dalam aktiviti kumpulan. dalam aktiviti
aktiviti kumpulan. kumpulan
kumpulan.
Penyelesaian Bertindak Bertindak Bertindak secara Bertindak
Masalah secara aktif dan secara kurang kurang aktif dan secara tidak
berjaya aktif namun berjaya aktif dan tidak
Sikap menyelesaikan berjaya menyelesaikan berusaha untuk
banyak menyelesaikan sedikit masalah menyelesaikan
permasalahan masalah dalam dalam kumpulan masalah dalam
dalam kumpulan kumpulan kumpulan
Bersikap positif Bersikap positif Bersikap positif Bersikap kurang
dan sentiasa namun kurang namun jarang positif terhadap
mendorong mendorong memberi projek yang
rakan dalam rakan dalam dorongan dilaksana-kan.
kumpulan kumpulan kepada rakan
dalam kumpulan

Tumpuan terhadap Memberi Memberi Kurang memberi Tidak memberi
tugasan tumpuan tumpuan penuh tumpuan dan tumpuan penuh
sepenuhnya dan namun kurang kerap dan sangat
kerap menyelesaikan bergantung bergantung
melakukan tugasan secara kepada ahli kepada ahli
tugasan secara kendiri kumpulan yang kumpulan yang
kendiri lain lain

Bekerja Sentiasa Memberi Kurang bekerja Memberikan
dengan bekerjasama kerjasama dan sama kerjasama yang
orang lain dan mendengar memberi sangat minimum
pandangan pandangan

Jumlah skor
28

Lampiran G

Exit Card

* Jawab soalan di bawah setelah anda tamat PdP 1
1. Dua perkara yang saya pelajari hari ini

.___________________________________________________________
___________________________________________________________
2. Satu perkara yang saya masih tidak jelas.
___________________________________________________________
___________________________________________________________
3. Perkara menarik yang saya pelajari semasa perlaksanaan PdP ini.
___________________________________________________________
___________________________________________________________

Exit Card

* Jawab soalan di bawah setelah anda tamat PdP 1

1. Dua perkara yang saya pelajari hari ini .
___________________________________________________________
.___________________________________________________________

2. Satu perkara yang saya masih tidak jelas.
___________________________________________________________
_________________________________________________________

3. Perkara menarik yang saya pelajari semasa perlaksanaan PdP ini.
___________________________________________________________
___________________________________________________________

29

CONTOH PdP 2:
APLIKASI TEKNOLOGI

Reka Bentuk Sistem Fertigasi

30

31

1. PENGENALAN

Pembinaan mock-up atau model reka bentuk baharu sistem fertigasi merupakan satu aktiviti
berasaskan projek dilaksanakan setelah murid selesai mempelajari topik Aplikasi Teknologi
dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Reka Bentuk dan Teknologi
(RBT) Tingkatan 1. Aktiviti ini menggunakan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah
(PBL). Murid didedahkan dengan isu alam semulajadi dan ruang tanah yang terhad untuk
mereka selesaikan dengan menghasilkan satu reka bentuk fertigasi baharu. Murid
mengaplikasikan pengetahuan bab-bab yang terdahulu di samping menerapkan nilai
menghargai alam sekitar serta mereka cipta untuk kebaikan bersama. Cadangan masa
melaksanakan aktiviti ini adalah 6 waktu bersemuka bergantung kepada kreativiti dan
fleksibiliti guru untuk menyesuaikan dengan situasi sekolah, murid dan lain-lain faktor

Panduan pelaksanaan aktiviti ini telah pun diterangkan dalam PdP sebelum ini dan perlu
difahami oleh guru bagi memastikan aktiviti PdP dapat berlangsung dengan lancar dan
berkesan. Sehubungan itu, guru perlu meneliti persiapan dari aspek bahan, peralatan, ruang
kerja, tempoh masa, bahan ransangan, paparan video dan kos yang diperlukan sepanjang
menjayakan aktiviti ini. Adalah lebih bermakna jika guru dapat menggalakkan murid
menghasilkan produk yang mesra alam, mudah digunakan dan mempunyai kos yang minima.
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh guru di sepanjang aktiviti ini:

SESI 1: (1 Jam PdP)

Sebelum  Menyediakan bahan rangsangan seperti keratan surat
PdP khabar, majalah, artikel, video atau imej yang berkaitan
tentang sistem fertigasi di rumah, ladang dan secara
komersial.
(Kata kunci: Sistem fertigasi )

 Memperbanyakkan borang Ujian Pra dan Ujian Pasca,
borang catatan individu, borang projek brief serta helaian
penilaian rubrik untuk guru dan murid.

 Menyediakan peralatan dan bahan yang diperlukan bagi
melaksanakan aktiviti ini.

 Menyediakan peralatan dan keperluan untuk pembentangan
produk oleh murid termasuklah seperti kertas sebak,
komputer riba dan projector LCD (Liquid-Crystal Display) jika
ada pembentangan secara slaid multimedia.

32

Semasa  Mentadbir ujian Pra ke atas murid.
PdP  Mencetus minda murid dengan set induksi. (tayangan video/

Selepas memberikan bahan rangsangan)
PdP  Memberikan senario atau pernyataan masalah.
 Mengedarkan borang projek brief kepada murid sebagai garis
Sebelum PdP
Semasa PdP panduan melaksanakan projek ini.
 Menggalakkan murid mengenal pasti masalah dalam proses
Selepas PdP
sumbangsaran dan menjana idea untuk menyelesaikan
masalah dan membimbing murid mendapatkan idea
menghasilkan reka bentuk sistem fertigasi baharu.
 Membekalkan murid dengan kertas A4 untuk lakaran.
 Membuat lakaran berlabel dan mengumpulkan hasil lakaran
murid yang boleh menyelesaikan masalah secara
berkumpulan.
 Membentangkan laporan berdasarkan borang projek brief.

 Mengenal pasti bahan keperluan untuk membina mock-up
atau model sistem fertigasi bagi sesi PdP yang seterusnya.

 Membuat penilaian lakaran reka bentuk produk yang telah
disediakan oleh murid.

SESI 2 (2 Waktu PdP)

 Memastikan komputer yang bakal digunakan oleh murid
telah dipasang dengan bahasa pengaturcaraan yang akan
digunakan.

 Bertindak sebagai fasilitator dan membuat penilaian tahap
penguasaan murid.

 Menyerahkan senarai semak laporan hasil kerja kepada
ketua kumpulan.

 Membimbing murid menghasilkan aplikasi berdasarkan
algoritma yang telah dihasilkan dalam Contoh PdP 1.

 Memantau aktiviti kumpulan murid semasa mereka
melakukan pengujian atur cara dan membaiki ralat yang
ditemui.

 Sediakan portable hard disk atau pen drive untuk
menyimpan aplikasi lama dan baharu murid bagi sesi PdP
3.

 Menilai serta mengubahsuai bahan PdP berdasarkan
kemampuan murid.

33

Sebelum PdP SESI 3: (2 Jam PdP)
Semasa PdP
Selepas PdP  Mengingatkan setiap kumpulan untuk menyediakan
aplikasi dan set data untuk pengujian.

 Mengarahkan setiap kumpulan menyediakan draf laporan
masing-masing.

 Menilai setiap ahli kumpulan perlu menerangkan aplikasi
masing-masing mengikut giliran.

 Memberi arahan kepada setiap kumpulan melengkapkan
laporan selepas jelajah pembelajaran (gallery walk).

 Membuat refleksi PdP dan penambahbaikan untuk PdP
seterusnya.

 Menyemak laporan murid dan menyimpan hasil kerja dan
boleh menjadikannya sebagai bahan pameran dalam
Karnival ICT.

34

Sepanjang proses PdP guru haruslah menerapkan amalan STEM dan pembelajaran
mendalam agar PdP tersebut bermakna. Pengalaman pembelajaran murid dalam
menghasilkan reka bentuk sistem fertigasi baharu ini digambarkan dalam setiap sesi PdP
bersemuka seperti dalam Rajah 4.

SESI 1 1. PENYATAAN IDEA
(2 WAKTU 2. MENGUMPUL MAKLUMAT
3. MENJANA IDEA KREATIF DALAM REKA BENTUK BEBERAPA LAKARAN
PdP) 4. PERSEMBAHAN LAKARAN REKA BENTUK TERBAIK
5. MENGENAL PASTI JENIS BAHAN DAN PERALATAN TERBAIK
SESI 2 6. MENGHASILKAN PRODUK BERDASARKAN LAKARAN TERBAIK
(2 WAKTU 7. MEMBUAT MOCK-UP ATAU MODEL SISTEM FERTIGASI

PdP) 8. MENGUJI PRODUK

TIDAK PROSES
PENAMBAH
BERJAYA
BAIKAN

SESI 3 YA
(2 WAKTU 9. MEMBUAT PERSEMBAHAN PROJEK

PdP)

10. KOMEN DAN SOALAN

11. MENDOKUMENTASIKAN PROJEK

Rajah 4: Aliran pelaksanaan aktiviti murid menghasilkan
Reka Bentuk Sistem Fertigasi Baharu

35

2. Komponen PdP

Pendekatan STEM menekankan pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai
STEM untuk menyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan
alam sekitar. Pendekatan STEM yang berterusan akan membawa pembudayaan amalan
STEM dalam kalangan murid.

Konteks:

/ Kehidupan Harian
/ Alam Sekitar
/ Masyarakat Tempatan dan Global

Kemahiran Abad 21:

/ Kreativiti dan Inovasi
/ Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
/ Komunikasi dan Kolaborasi
/ Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi
/ Kemahiran Hidup dan Kerjaya
/ Nilai dan Etika

Pengintegrasian STEM:

Sains Mengaplikasi proses fotosintesis , penambahbaikan pengudaraan
dan kitaran jangka hayat tumbuhan.

Teknologi: Menghasilkan Reka Bentuk Sistem Fertigasi baharu dan
menggunakan elemen teknologi maklumat untuk membuat
pembentangan.
Mengkoodinasikan beberapa teknologi reka bentuk set fertigasi
baharu untuk disesuaikan di lokasi yang telah dikenalpasti

Kejuruteraan: Mereka Bentuk Sistem Fertigasi baharu dan produk berfungsi
sebagai hiasan dalaman

36

Matematik: Mengira kos bahan, kos pengeluaran, kadar larutan dan mengukur
semasa membuat projek.

Bahan Sumber: 1. Mounting Board’
Alat dan 2. Pisau /’cutter’
Bahan yang 3. Bahan kitar semula untuk tangki
diperlukan: 4. Pam air kecil
(Cadangan) 5. Peralatan asas untuk sistem fertigasi
6. Alat pengatur masa
Sumber yang 7. Peralatan alatulis
disediakan 8. Pembaris
oleh guru: 9. Gunting
10. Pita Pelekat / ‘Double sided tape’
11. Bahan-bahan lain yang difikirkan perlu

1. Blog dan laman web *(pautan video)
2. Persembahan Powerpoint
3. Lampiran S – Borang Penilaian Kumpulan/ Kendiri
4. Lampiran H – Ujian Pra
5. Lampiran I – Ujian Pasca
6. Lampiran R – Rubrik
7. Lampiran T – Exit Card 2

37


Click to View FlipBook Version