The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

11 Panduan Pelaksanaan STEM
Terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikana Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shurinaabrahim, 2022-04-09 22:15:48

11 Panduan Pelaksanaan STEM

11 Panduan Pelaksanaan STEM
Terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikana Malaysia

Terbitan Mac 2016
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Terbitan Mac 2016
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara apa-apa
jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8 Blk E9, Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, MALAYSIA.

ISBN 976-967-420- 093-0

Diterbit oleh
Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4-8 Blk E9,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya, MALAYSIA.

KANDUNGAN v
vi
SENARAI JADUAL vii
SENARAI RAJAH viii
RUKUN NEGARA ix
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN xi
KURIKULUM KEBANGSAAN 1
KATA ALU-ALUAN PENGARAH BPK 2
1.0 PENGENALAN 4
5
2.0 DASAR MENYOKONG STEM
10
3.0 KELEBIHAN STEM

4.0 STEM DALAM KONTEKS PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
4.1 STEM sebagai satu bidang pembelajaran
4.2 STEM sebagai satu pakej mata pelajaran
4.3 STEM sebagai satu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran

5.0 ELEMEN STEM DALAM KURIKULUM
5.1 Pengetahuan STEM
5.2 Kemahiran STEM
5.3 Nilai STEM

iii

6.0 PELAKSANAAN STEM 12
6.1 Ciri-ciri PdP STEM
6.2 Perancangan PdP STEM 20
6.3 Amalan STEM
45
7.0 CONTOH AKTIVITI STEM DALAM MATA PELAJARAN STEM 46
7.1 Contoh aktiviti STEM dalam mata pelajaran Sains 48
7.2 Contoh aktiviti STEM dalam mata pelajaran Asas Sains 51
Komputer
7.3 Contoh aktiviti STEM dalam mata pelajaran Asas
Kelestarian
7.4 Contoh aktiviti STEM dalam mata pelajaran Pertanian
7.5 Contoh aktiviti STEM dalam mata pelajaran Matematik

PENUTUP

RUJUKAN

LAMPIRAN

AHLI JAWATANKUASA PENERBITAN

iv

SENARAI JADUAL 6
15
Jadual 1: Pakej Mata Pelajaran Aliran STEM 18
Jadual 2: Perancangan PdP STEM
Jadual 3: Amalan STEM

v

SENARAI RAJAH 9
12
Rajah 1: STEM sebagai pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran 14
Rajah 2: Kerangka Konseptual Pendidikan STEM 20
Rajah 3: Ciri-ciri PdP STEM
Rajah 4: Langkah Asas aktiviti PdP STEM

vi

RUKUN NEGARA

Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;

memelihara cara hidup yang demokratik;
mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara

akan dinikmati secara adil dan saksama;
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan

sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga
dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-
prinsip berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELURUHAN PERLEMBANGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

vii

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

viii

KURIKULUM KEBANGSAAN

“3. Kurikulum Kebangsaan
3(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang
termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua
pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk
menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan.”

Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1996
[PU(A)531/97]

ix

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP

KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN
PEMBANGUNAN KURIKULUM

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Bersyukur ke hadrat
llahi kerana dengan izin-Nya, Panduan Pelaksanaan Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam
Pengajaran dan Pembelajaran ini berjaya dihasilkan.

Buku panduan ini disediakan bagi memenuhi hasrat kurikulum semua mata pelajaran
STEM yang berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran STEM. Disamping itu,
kandungan PPPM 2013-2025 juga menekankan pengukuhan kualiti pendidikan STEM
yang dapat membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi,
berhemah tinggi, kreatif, inovatif dan kompetitif.

Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan penghargaan kepada semua pihak
yang terlibat dalam pembinaan panduan ini serta berharap dapat digunakan oleh guru
dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat lebih ramai murid menceburi
bidang STEM di peringkat sekolah, pengajian tinggi dan di alam kerjaya bagi
menangani cabaran dan berdaya saing di peringkat global.

Dr. SARIAH BINTI ABD. JALIL
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum

xi



BAB 1 PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP

PENGENALAN

Pembangunan modal insan merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan
sesebuah negara. Oleh yang demikian, Malaysia harus menggiatkan usaha yang lebih
komprehensif dan bersepadu dari segenap sektor bagi mencapai status negara maju.

Negara maju telah mempunyai bilangan penyelidik melebihi 78 orang bagi setiap
10,000 pekerja berbanding Malaysia yang hanya 57 orang bagi setiap 10,000 pekerja
pada tahun 20121. Bilangan penyelidik merupakan salah satu indikator negara maju.
Bilangan ini jika dibandingkan dengan negara maju yang lain, adalah kurang
memberangsangkan bagi Malaysia yang berhasrat menjadi negara maju dan
berpendapatan tinggi pada 2020. Menyedari akan hakikat ini, negara perlu membuat
beberapa tindakan intervensi bagi mencapai hasrat kemajuan ekonomi menjelang
2020.

Antara usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk
meningkatkan sumber tenaga mahir dan pakar dalam bidang penyelidikan dan industri
adalah menerusi pengukuhan pendidikan Sains, Teknologi, Engenering dan Matematik
(STEM). Pendidikan STEM adalah pendidikan yang berasaskan kepada konsep
mendidik murid dalam empat bidang; Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik
dengan mengintegrasikan dan mengaplikasikannya dalam konteks dunia sebenar.
Pendidikan STEM boleh menarik minat murid melalui aktiviti yang mencabar,
menyeronokkan dan bermakna.

Pendidikan STEM adalah antara agenda yang diberikan penekanan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Sehubungan itu, KPM giat
berusaha memantapkan pendidikan STEM untuk menarik lebih ramai murid menceburi
bidang STEM di peringkat sekolah melalui aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum dengan
sokongan daripada pelbagai pihak berkepentingan. Oleh itu, pendidikan STEM penting
dalam menyediakan murid untuk menghadapi cabaran dan berdaya saing di peringkat
global.

1Sumber: Official Portal of Malaysian Science & Technology Information Centre (MASTIC)-9 Mac 2015

1

BAB 2 PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP

DASAR MENYOKONG STEM

Usaha KPM membangunkan modal insan y1ang berpengetahuan, berkemahiran dan
mempunyai nilai murni untuk menyertai bidang STEM disokong oleh dasar-dasar
negara seperti berikut:

 Dasar 60% Sains:40% Sastera (Dasar 60:40)
Dasar 60:40 telah dilaksanakan mulai tahun 1970-an dengan tujuan
menyediakan lebih ramai murid yang berkelayakan dapat meneruskan pengajian
di peringkat tertiari dalam bidang Sains dan Teknologi (S&T). Dasar ini juga
berhasrat untuk memenuhi keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam
industri bagi memacu ekonomi Malaysia.

 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN)
Dasar Sains dan Teknologi Negara (NSTP) telah diperkenalkan pada 1986 bagi
menyokong pencapaian aspirasi Malaysia untuk menjadi negara maju. NSTP
menggalakkan penggunaan S&T sebagai satu alat kepada pembangunan
ekonomi bagi meningkatkan kemudahan fizikal dan kesejahteraan rakyat. Dasar
ini disemak semula pada tahun 2003 (NSTP 2) agar selari dengan keperluan
negara mencapai hasrat Wawasan 2020. Kemudian NSTP 2 ditambah baik
dengan memperkenalkan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN)
untuk memastikan pembangunan negara seiring dengan keperluaan dan
perubahan global yang dinamik.

 Wawasan 2020 (W2020)
W2020 telah dilancarkan pada tahun 1991 dengan tujuan untuk meningkatkan
Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya
menjelang tahun 2020. Salah satu cabaran strategik dalam W2020 ialah
mewujudkan masyarakat saintifik, berdaya saing, dinamik, dan bukan sahaja
menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik
dan teknologi masa hadapan.

2

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP

 Pelan Pembangunan Pendididkan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM 2013 – 2025)
PPPM 2013 - 2025 telah meletakkan pendidikan STEM sebagai satu agenda
yang penting dalam transformasi pendidikan bagi menyediakan generasi muda
untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Pendidikan STEM dalam PPPM
dilaksanakan dalam 3 fasa;
• Gelombang 1 (2013 - 2015): pengukuhan kualiti pendidikan STEM
dimulakan melalui peneguhan kurikulum, pengujian dan latihan guru,
dan penggunaan model pembelajaran pelbagai mod
• Gelombang 2 (2016 - 2020): kempen dan kerjasama dengan badan-
badan berkaitan dilaksanakan untuk menarik minat dan kesedaran
masyarakat dalam STEM
• Gelombang 3 (2021 - 2025): STEM akan dianjak ke arah
kecemerlangan melalui peningkatan keluwesan operasi.

3

BAB 3 PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP

KELEBIHAN STEM

STEM penting sebagai persediaan kepada murid untuk menghadapi cabaran dan
berdaya saing di peringkat global. Kebanyakan negara maju menekankan STEM
kerana ia meliputi setiap aspek kehidupan masyarakat dan penyumbang kepada
kemajuan ekonomi masa hadapan. Modal insan yang berpengetahuan dan
berkemahiran STEM diperlukan untuk negara kekal berdaya saing dan dinamik di
peringkat global. Peningkatan enrolmen dan kecemerlangan murid STEM ke peringkat
tertiari menggalakkan penyelidikan dan pembangunan dalam ciptaan baharu dan
inovasi serta dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.

Pengajaran dan pembelajaran (PdP) STEM yang berfokuskan murid, memberi
pengalaman pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. PdP yang menarik
dapat meningkatkan minat dan kecenderungan murid dalam STEM. Pelaksanaan PdP
STEM yang mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui pendekatan
inkuiri, pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran berasaskan masalah dalam
konteks dunia sebenar dapat menghasilkan pembelajaran yang mendalam. Murid yang
mengikuti PdP STEM berpeluang membangunkan pemikiran aras tinggi, inovatif, celik
teknologi, mampu mereka cipta, boleh menyelesaikan masalah, membuat keputusan
serta berhemah tinggi dan berdikari.

KPM memastikan murid dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM
yang diperlukan untuk meneruskan pengajian ke peringkat tertiari dan seterusnya
menghadapi cabaran global yang sentiasa berubah. Usaha juga dibuat untuk
memantapkan PdP STEM bagi menarik lebih ramai murid menceburi bidang STEM di
peringkat sekolah dengan aktiviti yang kontekstual, relevan dan mencabar minda.

4

BAB 4 PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP

STEM DALAM KONTEKS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

STEM dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM) dilihat dari tiga aspek berikut:

 Bidang pembelajaran;
 Pakej mata pelajaran; dan
 Pendekatan PdP.

4.1 STEM Sebagai Bidang Pembelajaran

STEM merupakan satu bidang pembelajaran di sekolah, bidang pengajian di peringkat
tertiari dan bidang kerjaya. Contoh bidang pembelajaran STEM di peringkat sekolah
menengah atas adalah seperti Sains, Kimia, Matematik, Asas Kelestarian, Grafik
Komunikasi Teknikal, dan Sains Komputer. Di samping itu, Pendidikan dan Latihan
Teknik dan Vokasional (TVET) adalah merupakan komponen STEM yang memberi nilai
tambah dalam sektor perindustrian seperti perindustrian minyak dan gas, kejuruteraan
penerbangan dan perkapalan serta teknologi hijau.

Manakala contoh bidang pengajian STEM di peringkat tertiari adalah seperti
Kejuruteraan Mekanikal, Perubatan, Biokimia serta Pengkomputeran & Sistem
Maklumat. Bidang pengajian ini memberikan peluang yang luas kepada pelajar untuk
berkecimpung dalam kerjaya yang berkaitan dengan STEM.

4.2 STEM Sebagai Pakej Mata Pelajaran

Sistem persekolahan peringkat menengah atas, murid diberi peluang untuk memilih
mata pelajaran elektif mengikut kecenderungan mereka. Terdapat empat kumpulan
mata pelajaran elektif yang ditawarkan iaitu Kemanusiaan, Vokasional & Teknologi,
Sains serta Pengajian Islam (SPI Bil.6/1991). Murid yang cenderung terhadap STEM
diberi peluang untuk memilih kombinasi mata-mata pelajaran seperti yang dicadangkan

5

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP

dalam pakej di Jadual 1. Mata pelajaran STEM merangkumi mata pelajaran dalam
elektif Sains, Vokasional dan Teknologi serta Pengajian Islam.

Jadual 1: Pakej Mata Pelajaran Aliran STEM

PAKEJ SAINS TULEN

MATA PELAJARAN TERAS MATA PELAJARAN ELEKTIF STEM

Bahasa Malaysia Fizik
Bahasa Inggeris Kimia
Matematik Biologi
Pend. Islam/ Moral Matematik Tambahan
Sejarah
Sains*
Pend. Jasmani &
Kesihatan

* Mata pelajaran Teras, Sains dikecualikan

apabila mengambil sekurang-kurangnya 2 mata
pelajaran Sains Tulen.

PAKEJ SAINS TULEN & ELEKTIF STEM LAIN

MATA PELAJARAN TERAS MATA PELAJARAN ELEKTIF STEM
LAIN
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris Kimia dan Fizik / Biologi **
Matematik Matematik Tambahan **
Pend. Islam/ Moral
Sejarah Asas Kelestarian
Sains* Reka Cipta
Pend. Jasmani & Sains Komputer
Kesihatan Pertanian
Sains Rumah Tangga
* Mata pelajaran Teras, Sains dikecualikan Sains Sukan
Grafik Komunikasi Teknikal
apabila mengambil sekurang-kurangnya 2 mata Pendidikan Kejuruteraan Awam
pelajaran Sains Tulen. Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal
Pendidikan Kejuruteraan Elektrik dan
Elektronik
Lukisan Kejuruteraan

** Perlu ambil dua mata pelajaran Sains Tulen,
Matematik Tambahan dan satu atau dua mata
pelajaran STEM lain

6

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP

PAKEJ SAINS TULEN & AGAMA

MATA PELAJARAN MATA PELAJARAN MATA PELAJARAN ELEKTIF

TERAS ELEKTIF STEM PENGAJIAN ISLAM

(mana-mana satu set)

Bahasa Malaysia Fizik Pend. Al-Quran & As-Sunnah
Bahasa Inggeris Kimia Pend. Syariah Islamiah
Matematik Biologi Bahasa Arab
Pend. Islam/ Moral Matematik Tambahan
Sejarah ATAU
Sains* Usul Al-Din
Pend. Jasmani & Al-Syariah
Kesihatan Al- Lughah Al-Arabiah Al-

Muasirah

* Mata pelajaran Teras, Manahij Al-Ulum Al-Islamiah
Al-Adab Wa Al- Balaghah
Sains dikecualikan apabila
mengambil sekurang- ATAU
kurangnya 2 mata pelajaran Hifs Al-Quran
Sains Tulen. Maharat Al-Quran

Bahasa Arab

PAKEJ SAINS TERAS & SAINS TAMBAHAN

MATA PELAJARAN MATA PELAJARAN MATA PELAJARAN ELEKTIF
TERAS ELEKTIF STEM LAIN

Bahasa Malaysia Sains Tambahan (dan mana-mana satu atau dua

Bahasa Inggeris Matematik Tambahan mata pelajaran elektif lain)

Matematik

Pend. Islam/ Moral

Sejarah

Sains

Pend. Jasmani &

Kesihatan

PAKEJ SAINS TERAS & MATEMATIK TAMBAHAN

MATA PELAJARAN MATA PELAJARAN MATA PELAJARAN ELEKTIF
TERAS ELEKTIF STEM LAIN

Bahasa Malaysia Matematik Tambahan (dan mana-mana satu hingga
Bahasa Inggeris tiga mata pelajaran elektif lain)
Matematik
Pend. Islam/ Moral
Sejarah
Sains
Pend. Jasmani &
Kesihatan

7

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP

PAKEJ SAINS TERAS & ELEKTIF STEM

MATA PELAJARAN TERAS MATA PELAJARAN ELEKTIF STEM
(mana-mana dua hingga empat)
Bahasa Malaysia Pertanian
Bahasa Inggeris Sains Rumah Tangga
Matematik Rekacipta
Pend. Islam/ Moral Sains Komputer
Sejarah Sains Sukan
Sains Grafik Komunikasi Teknikal
Pend. Jasmani & Asas Kelestarian
Kesihatan

PAKEJ ELEKTIF STEM & AGAMA

MATA PELAJARAN MATA PELAJARAN MATA PELAJARAN ELEKTIF
TERAS ELEKTIF PENGAJIAN STEM
ISLAM (mana-mana satu hingga tiga)

Bahasa Malaysia Pend. Al-Quran & As- Pertanian
Bahasa Inggeris Sunnah Sains Rumah Tangga
Matematik Pend. Syariah Islamiah Rekacipta
Pend. Islam/ Moral Bahasa Arab Sains Komputer
Sejarah Sains Sukan
Sains Grafik Komunikasi Teknikal
Pend. Jasmani & Asas Kelestarian
Kesihatan

NOTA:

Murid perlu mematuhi pekeliling Lembaga Peperiksaan untuk memilih mata pelajaran. Jumlah
maksimum mata pelajaran yang boleh diambil oleh calon biasa adalah sepuluh (10), manakala
murid aliran agama adalah dua belas (12).

8

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP

4.3 STEM Sebagai Pendekatan PdP

Pendekatan PdP yang melibatkan pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai
STEM untuk menyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan
alam sekitar merupakan satu lagi aspek yang ditekankan dalam STEM. STEM sebagai
pendekatan PdP ditunjukkan dalam Rajah 1. Pendekatan ini menggalakkan murid
bertanya dan meneroka melalui inkuiri, mengaplikasikan dan menyelesaikan masalah
yang berkaitan dengan dunia sebenar. Pendekatan PdP seperti ini jika dijalankan
secara berterusan boleh membawa ke arah pembudayaan amalan STEM.

PdP STEM mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi
menyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan harian, alam sekitar serta
masyarakat tempatan dan global. Proses ini harus dijalankan secara berterusan melalui
amalan STEM sehingga menjadi budaya STEM dalam kalangan murid.

KEHIDUPAN
HARIAN

PENGETAHUAN KEMAHIRAN PEMBUDAYAAN BUDAYA STEM
STEM P&P STEM AMALAN STEM
STEM

NILAI STEM

ALAM SEKITAR MASYARAKAT
TEMPATAN DAN

GLOBAL

Rajah 1: STEM Sebagai Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran

9

BAB 5 PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP

ELEMEN STEM DALAM KURIKULUM

STEM dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
merangkumi tiga elemen iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang sedia ada dalam
kurikulum semua mata pelajaran STEM.

5.1 Pengetahuan STEM
Pengetahuan STEM adalah merupakan idea, konsep, prinsip, teori dan pemahaman
dalam bidang STEM yang terkandung dalam kurikulum semua mata pelajaran STEM.
Kurikulum yang dirancang dan dibangunkan berhasrat memberi murid pengetahuan,
kemahiran dan nilai STEM yang mencukupi melalui aktiviti yang disediakan oleh guru di
dalam atau di luar bilik darjah. Pemerolehan pengetahuan STEM yang progresif,
dinamik dan berterusan adalah penting supaya murid sentiasa mendapat pengetahuan
dan kemahiran terkini dalam bidang STEM.

5.2 Kemahiran STEM
Kemahiran STEM adalah kecekapan dan kompetensi untuk meneroka, menyelesaikan
masalah, mereka bentuk dan menghasilkan produk. Kemahiran tersebut boleh
diperoleh melalui aktiviti, projek atau tugasan yang dihasratkan dalam kurikulum semua
mata pelajaran STEM.

Kemahiran STEM terdiri daripada Kemahiran Proses dan Kemahiran Teknikal.
Kemahiran Proses ialah kecekapan dan kompetensi yang digunakan semasa meneroka
dan mengaplikasikan pengetahuan dalam usaha menyelesaikan masalah. Kemahiran
Proses melibatkan kemahiran proses sains, kemahiran proses matematik, kemahiran
reka bentuk dan kemahiran pemikiran komputasional. Kemahiran teknikal pula adalah
kemahiran praktikal yang melibatkan psikomotor merangkumi kemahiran manipulatif,
kemahiran teknologi maklumat, kemahiran pengurusan dan pengendalian bahan, alatan
dan mesin dengan cara yang betul, selamat dan berhemah.

10

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP

5.3 Nilai dan Etika STEM
Nilai dan Etika STEM adalah akhlak atau moral positif serta garis panduan yang harus
dipatuhi oleh murid STEM. Penerapan nilai dan etika STEM semasa PdP adalah
penting dalam menghasilkan murid yang bukan sahaja berpengetahuan dan kompeten,
malah mempunyai keperibadian tinggi. Antara nilai yang di tekankan adalah sistematik,
objektif, tekal, berfikir secara rasional, tabah, komited, menyahut cabaran, berani
mencuba, berfikiran terbuka, inovatif, dan lain-lain. Sementara contoh etika yang harus
dipatuhi oleh murid STEM seperti peraturan makmal, peraturan bengkel dan langkah-
langkah keselamatan.

11

BAB 6 PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP

PELAKSANAAN STEM

Pendidikan STEM adalah pendidikan sepanjang hayat yang merangkumi pembelajaran
yang mengintegrasikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik secara formal
berdasarkan kurikulum. Pendidikan STEM juga boleh dilaksanakan secara bukan
formal melalui aktiviti koakademik dan kokurikulum. Pendidikan STEM boleh
menyumbang ke arah melahirkan masyarakat yang mempunyai literasi STEM serta
membekalkan tenaga kerja STEM berkemahiran tinggi yang dapat menyumbang
kepada inovasi negara.

Rajah 2: Kerangka Konseptual Pendidikan STEM 2

Merujuk kepada kerangka konseptual pendidikan STEM pada Rajah 2, fokus
pendidikan STEM pada peringkat pendidikan awal adalah untuk mencetuskan dan
memupuk minat murid melalui aktiviti-aktiviti yang boleh merangsang sifat ingin tahu.
Seterusnya, di peringkat pendidikan rendah, murid didedahkan dengan asas-asas
pengetahuan STEM dan mengaitkan pengetahuan mereka dengan situasi dalam
kehidupan harian melalui aktiviti penyiasatan dan penerokaan.

2 Laporan Pencapaian Inisiatif Pengukuhan STEM Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Gelombang 1
(2013-2015) ms 7

12

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP

Manakala, di peringkat pendidikan menengah rendah, potensi murid di pertingkatkan
dengan pembinaan dan pembangunan kemahiran STEM melalui aktiviti penganalisisan
isu tempatan serta global dan penyelesaian masalah. Di peringkat pendidikan
menengah atas pula, pendidikan STEM memfokuskan pada aktiviti pengukuhan dan
pengayaan kemahiran STEM melalui aktiviti yang boleh mempamerkan konsep STEM
pada peringkat tinggi.
Pada peringkat tertiari, pendidikan STEM menyediakan murid untuk menghadapi
cabaran alam kerjaya STEM, seterusnya, pada peringkat industri dan komuniti, mereka
akan menyumbang kepada produktiviti dan pembangunan negara melalui inovasi.

13

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP

6.1 CIRI- CIRI PdP STEM

Tujuh ciri PdP STEM dikenalpasti bagi membimbing guru melaksanakan PdP STEM
di sekolah. Guru harus mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai mata
pelajaran tersebut untuk menyelesaikan sesuatu tugasan atau masalah dalam konteks
kehidupan harian, masyarakat dan alam sekitar seperti di Rajah 3.

melibatkan murid
dalam inkuiri dan

penerokaan
terbuka

meningkatkan melibatkan murid
kepekaan murid dalam kerja
kepada isu dan
masalah dunia berpasukan yang
produktif
sebenar

memerlukan CIRI-CIRI PdP memerlukan
murid beri STEM murid
pelbagai
jawapan/penyele- mengaplikasi
saian dengan pemahaman
justifikasi kandungan

STEM

melibatkan murid memberi
mengaplikasikan peluang murid
menambah baik
kemahiran jawapan atau
proses mereka
produk
bentuk

Rajah 3: Ciri-ciri PdP STEM

14

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP

6.2 Perancangan PdP STEM

Ciri-ciri PdP STEM seperti di atas memerlukan guru bersedia memainkan peranan dan
membuat perancangan rapi untuk memberi minat dan inspirasi kepada murid
menghayati STEM. PdP STEM bertujuan memberikan ruang dan peluang kepada murid
untuk meminati, memperolehi dan mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran serta nilai
dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan alam sekitar seperti yang dihasratkan
dalam kurikulum. Perancangan dan peranan guru dalam PdP STEM harus bersesuaian
dengan tujuan PdP STEM ini. Tujuan, perancangan dan peranan guru dalam PdP
STEM adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2 di bawah:

Jadual 2: Perancangan PdP STEM

Tujuan PdP STEM Perancangan Pelajaran Peranan Guru

Menarik minat, Menyediakan bahan yang Memberi cetusan minda dan

memotivasikan serta mampu menarik perhatian inspirasi.

memberi makna murid. (Contoh;

(relevan) kepada murid menayangkan video atau

terhadap PdP pada aktiviti ringkas tapi

hari itu. menakjubkan)

Mengaplikasikan dan Merancang aktiviti Mengajar dan menggalakkan

mengintegrasikan inkuiri/penyelesaian masalah murid melaksanakan aktiviti

pengetahuan, yang memberi murid peluang dengan mengaplikasikan

kemahiran dan nilai untuk mengaplikasikan dan pengetahuan, kemahiran dan

STEM dengan betul mengintergrasikan nilai STEM secara betul, kreatif

dan mendalam dalam pengetahuan, kemahiran dan kritis.

konteks kehidupan, dan nilai STEM dengan betul

masyarakat dan dan mendalam dalam

persekitaran melalui kehidupan, masyarakat dan

aktiviti inkuiri atau persekitaran.

penyelesaian masalah

15

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP

Tujuan PdP STEM Perancangan Pelajaran Peranan Guru

Melibatkan murid Menyediakan soalan-soalan Membimbing dan
dalam aktiviti inkuiri mencabar yang membangunkan kemahiran
dan penyelesaian menggalakkan murid berfikir berfikir murid.
masalah di mana (dari aras rendah ke aras
kemahiran berfikir tinggi).
ditekankan.

Mendapatkan Menyediakan media/bahan Membimbing dan

maklumat melalui sumber (bercetak atau menggalakkan murid mencari

pelbagai kaedah digital), bahan, peralatan, maklumat dari pelbagai sumber

dengan menggunakan radas dan keperluan lain yang betul dengan tepat sambil

teknologi secara bijak. bagi murid mendapatkan mengajar murid mendapatkan

data yang berkaitan. maklumat yang sahih, boleh

dipercayai dan bertepatan

dengan aktiviti STEM yang

ditugaskan.

Mentafsir dan menilai Menyediakan soalan-soalan Memberi galakan dan

maklumat yang atau rubrik yang bimbingan kepada murid

diperolehi untuk membimbing murid mentafsir dengan mengajukan soalan-

melengkapkan tugasan dan menilai data dengan soalan atau menyediakan

atau membuat baik. Menyediakan contoh- rubrik.

rumusan serta produk. contoh rumusan/produk jika

perlu.

Berkomunikasi untuk Memperuntukkan masa yang Mendengar, mengenal pasti,

berkongsi hasil mencukupi dan peluang mencatat dan member respon

rumusan/ produk yang adil bagi murid yang positif terhadap perkara

melalui pelbagai berkongsi hasil rumusan/ penting, unik atau salah faham

media/platform. produk melalui pelbagai dalam persembahan murid.

media/platform

16

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP

Tujuan PdP STEM Perancangan Pelajaran Peranan Guru

Mendapat maklum Menyediakan soalan-soalan Membimbing rakan-rakan
balas dari rakan-rakan
murid untuk yang membantu murid murid menilai dengan bijak dan
menambah baik
rumusan/produk membuat penilaian rumusan/ berhemah.

produk dengan kritis, kritikal,
Mendengar, mengenal pasti

kreatif dan adil.
dan mencatat perkara yang

penting dan unik dalam

maklum balas rakan-rakan

murid.

Mendapat maklum Menyediakan paparan bagi Memberi komen dan cadangan
balas dari guru untuk murid melihat catatan guru membangun serta
menambah baik terhadap kekuatan dan melengkapkan paparan untuk
rumusan/produk kelemahan rumusan/produk menggalakkan murid
murid menambah baik rumusan/
produk agar murid berani
mencuba sesuatu yang baharu.

Menggalakkan murid Merancang aktiviti dan Guru mengarahkan murid
berkerjasama sebagai tugasan yang sesuai untuk membentuk kumpulan yang
satu pasukan murid laksanakan dalam sesuai mengikut keperluan
kumpulan. kelas dan aktiviti.

PdP STEM dilaksanakan di sekolah melalui inkuiri, penyelesaian masalah atau projek.
Guru boleh melaksanakan PdP STEM dengan berpandukan perancangan di atas
bersama langkah-langkah dalam inkuiri, penyelesaian masalah atau projek.

17

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP

6.3 Amalan STEM

Amalan STEM merupakan aplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang menjadi
kelaziman dalam menyelesaikan masalah. Amalan STEM yang harus digalakkan dalam
kalangan murid semasa PdP STEM adalah seperti dalam Jadual 3.

Jadual 3 : Amalan STEM 3

Bil Amalan Penerangan
1 Mengemukakan Murid menyiasat dan meneroka untuk mengenal pasti
masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar
soalan dan
mendefinisi masalah Murid membangunkan dan menggunakan model yang
2 Membangunkan dan boleh berbentuk replika, rajah, perwakilan matematik
menggunakan model (graf, formula), analogi dan simulasi.
Murid merancang dan menjalankan penyiasatan melalui
3 Merancang dan inkuiri
menjalankan
penyiasatan Murid mengumpul, menganalisis dan mentafsir serta
mempersembahkan data supaya boleh difahami/
4 Menganalisis dan digunakan oleh orang lain
menginterpretasi data Murid menggunakan matematik untuk mewakili
pemboleh ubah fizikal dan hubungan antaranya serta
5 Menggunakan untuk membuat ramalan secara kuantitatif. Penggunaan
pemikiran matematik matematik termasuk juga logik, geometri dan kalkulus.
dan pemikiran
komputasional

Murid menggunakan pemikiran komputasional seperti
strategi untuk mencari dan menyusun data, mencipta
algoritma, mengguna dan membentuk simulasi serta
mereka bentuk sistem.

18

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP

Bil Amalan Penerangan

6 Membina penjelasan Murid menunjukkan pemahaman mereka dengan

dan mereka bentuk menggunakan perkataan mereka sendiri tentang

penyelesaian sesuatu fenomena atau pemerhatian dan perwakilan

secara grafik atau formula.

Murid mereka cipta dengan mengulangi proses untuk

menambah baik produk (termasuk kaedah) secara

sistematik.

7 Melibatkan diri dalam Murid menyoal jawab untuk menerangkan hasil ciptaan

perbahasan dan yang mereka bina, mempertahankan interpretasi dan

perbincangan hasil ciptaan tersebut berdasarkan data.

berdasarkan eviden

8 Mendapatkan Murid mencari dan menilai data serta berkomunikasi

maklumat, menilai dan dengan pelbagai cara dengan jelas dan menyakinkan.

berkomunikasi tentang

maklumat tersebut

Amalan STEM harus dipraktikkan secara berterusan dari peringkat awal sehingga
peringkat menengah atas di semua sekolah KPM.

3 NGSS Release: Appendix F- Science and Engineering Practices in NGSS ms 1/ 33

19

BAB 7 PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP

CONTOH AKTIVITI STEM DALAM MATA PELAJARAN STEM

Pendekatan STEM menekankan pengintergrasian pengetahuan, kemahiran dan nilai
STEM dalam menjalankan aktiviti PdP di dalam atau di luar bilik darjah. Aktiviti PdP
boleh dilaksanakan melalui inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Berikut adalah
langkah asas aktiviti PdP STEM.

1. Mengemukakan soalan dan mendefinisi
masalah

2. Mencari dan mengumpul maklumat melalui inkuiri

3. Merancang dan menjalankan penyiasatan

4. Menganalisis dan menginterpretasi data

5. Membina penyelesaian dan mereka bentuk
penyelesaian

6. Mempersembahkan produk

7. Menambah baik produk

Rajah 4: Langkah Asas aktiviti PdP STEM

20

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP

7.1 Contoh aktiviti STEM mata pelajaran Sains

Mata Pelajaran: Sains
Tema/Tajuk/Kemahiran:
Penghantaran Makanan Panas kepada Mangsa
Hasil Murid: Tsunami Jepun

Prototaip Termos

Langkah Cadangan Aktiviti
Langkah 1: Tayangan video Tsunami di Jepun pada 11 Mac 2011.
Set Induksi

Langkah 2: Pada Mac 2011, Jepun telah dilanda tsunami dan mengakibatkan mangsa
Senario/Situasi kehilangan harta benda dan kekurangan makanan. Anda sebagai seorang
ahli perunding pengurusan bencana dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan
(NGO) ditugaskan untuk membantu mangsa tsunami tersebut dalam
menghadapi kekurangan keperluan dan makanan harian mereka. Keadaan
di kawasan yang terlibat sangat menyedihkan dengan beribu-ribu mangsa
dipindahkan kepusat perlindungan sementara dalam kesejukan tanpa
bekalan elektrik. Akibatnya, mangsa tidak boleh mendapatkan akses kepada
bekalan makanan dan minuman panas kerana infrastruktur pengangkutan
yang rosak teruk serta kebimbangan terhadap pencemaran akibat kebocoran
nuklear.

Sebagai jurutera bahan, anda ditugaskan untuk mereka bentuk dan
membuat prototaip termos yang sesuai untuk digunakan di Jepun bagi
menyediakan makanan dan minuman panas kepada mangsa gempa bumi di
pusat perlindungan sementara. Walau bagaimanapun disebabkan oleh
kekurangan bahan di kawasan yang terlibat dan bajet yang terhad, anda
dikehendaki memberi fokus kepada pemilihan bahan untuk memastikan
keberkesanan kos. Anda dikehendaki mereka bentuk dan membina prototaip
termos dan membentangkan kepada lembaga NGO.

21

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP

Langkah 3: PBL: Penghantaran Perkara yang perlu dipertimbangkan
Makanan Panas kepada
Penyelesaian Mangsa Tsunami Jepun
masalah
( lembaran kerja )

A. Pencarian Fakta Apakah fakta yang terdapat dalam
senario ini?

B. Perlu Tahu / Isu-isu Buat satu senarai 'Perlu Tahu' atau isu-
Pembelajaran isu pembelajaran.

C. Pelan Tindakan Membangunkan pelan tindakan untuk
meneruskan inkuiri dan senaraikan
sumber yang ada.

D. Alternatif penyelesaian Berbincang beberapa cadangan reka
bentuk dan membuat lakarkan berlabel.

E. Penghasilan prototaip Pemilihan ciri-ciri termos yang terbaik.
terbaik Membina prototaip

Menguji prototaip

Pembentangan prototaip

Penambahbaikan prototaip

22

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP

LEMBARAN KERJA

PBL : Penghantaran Makanan Panas kepada Mangsa Tsunami Jepun

Tarikh: Tingkatan:
Nama Kumpulan:

Nama Ahli:
(1) (3) (5)
(2) (4) (6)
Objektif Pembelajaran:
Murid dapat;

 Mempraktikkan amalan STEM dalam menyelesaikan masalah penyediaan termos yang
berkesan berdasarkan prinsip pengaliran haba, dan

 Menerangkan dan membentangkan reka bentuk termos melalui komunikasi secara
berkesan.

A. Pencarian Fakta

Berdasarkan masalah senario dan video, kenal pasti fakta-fakta yang berkaitan dengan
keadaan tsunami di Jepun dan usaha-usaha bantuan yang diperlukan oleh mangsa.

Contoh:
1 Gempa bumi dan tsunami melanda timur laut Jepun pada 11 Mac 2011 dan ramai

penduduk di kawasan berkenaan kini ditempatkan di pusat perlindungan
sementara

2

3

4

5

23

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP

B. Perlu Tahu / Isu Pembelajaran
Dengan bantuan fakta-fakta yang dicatatkan, apakah "isu-isu yang perlu tahu" dan isu-isu
pembelajaran yang akan membolehkan anda untuk menyelesaikan tugas?

1 Cth: Konsep pemindahan haba
2 Cth: Bahan konduktor dan penebat haba
3 Cth: Bahan yang sedia ada yang boleh didapati untuk membina termos
4
5
6
7
8

C. Pelan Tindakan
Draf pelan tindakan untuk menangani isu-isu pembelajaran yang dikenal pasti, termasuk
sumber dan bahan yang diperlukan.

Langkah Tindakan Bahan/Sumber

1 Cth: Sumbang saran

2 Cth: Membuat lakaran prototaip

3

4

5

24

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP

D. Alternatif penyelesaian

1. Sumbang saran beberapa reka bentuk kemungkinan termos dan lakarkan reka bentuk
yang terbaik (lakaran berlabel).

2. Terangkan ciri-ciri termos yang akan direka bentuk berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Bil. Ciri-ciri Penerangan

1.

2.

3.

4.

5.

E. Penghasilan prototaip terbaik

1. Membina prototaip termos berdasarkan reka bentuk anda menggunakan bahan-bahan yang
sedia ada.

2. Menguji dan menambah baik prototaip termos.
3. Menyediakan persembahan (menggunakan ICT atau sebaliknya) untuk menjelaskan pilihan

bahan dan bagaimana reka bentuk prototaip termos anda menepati kriteria.
4. Menambah baik produk berdasarkan maklum balas yang diterima.

25

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAA

Lampiran I: Penilaian Rubrik untuk Prototaip dan Pembentang

Tarikh : _______________

KATEGORI 43
Bahan
Pembinaan Bahan yang sesuai, kreatif Bahan yang sesuai dan

Sikap dan berkesan. ada cubaan
Saintifik
pengubahsuaian untuk

membuatkannya lebih

kreatif dan baik.

Penjelasan oleh semua Penjelasan oleh semua
ahli-ahli kumpulan ahli-ahli kumpulan
menunjukkan kefahaman menunjukkan pemaham
yang jelas dan tepat yang agak tepat tentan
mengenai prinsip-prinsip prinsip saintifik yang
saintifik yang yang diaplikasikan dalam
diaplikasikan pembinaan pembinaan dan
dan pengubahsuaian. pengubahsuaian.

Fungsi Fungsi struktur sangat Fungsi struktur baik, Bo
baik, boleh tahan tekanan tahan tekanan biasa.
atipikal.

Penggunaan Ahli kumpulan boleh Ahli kumpulan boleh
ICT mengaplikasikan mengaplikasikan
penggunaan kemahiran penggunaan kemahiran
ICT dengan baik secara ICT yang sesuai dalam
meluas dalam penyelidikan dan
penyelidikan dan pembentangan
pembentangan

26

AN DAN MATEMATIK DALAM PDP

gan

Kumpulan: ___________

2 1 SKOR

n Bahan yang sesuai telah Bahan yang tidak sesuai

dipilih dan produk telah dipilih dan

k berfungsi menyebabkan produk

tidak berfungsi dengan

baik.

a Penjelasan oleh Penjelasan oleh beberapa
beberapa ahli kumpulan
ahli-ahli kumpulan tidak
man menunjukkan
ng pemahaman yang agak menggambarkan

tepat tentang prinsip pemahaman prinsip-
saintifik yang
diaplikasikan dalam prinsip saintifik yang .
pembinaan dan
pengubahsuaian. diaplikasikan dalam

pembinaan dan

pengubahsuaian.

oleh Fungsi struktur baik, Kelemahan dalam fungsi

tetapi kurang tahan dan kegagalan dalam .

terhadap tekanan biasa. ketahan tekanan biasa

Ahli kumpulan boleh Ahli-ahli kumpulan tidak

mengaplikasikan dapat mengaplisikan ..

n penggunaan kemahiran menggunakan ICT dalam

m ICT yang minimum dalam penyelidikan dan

penyelidikan dan pembentangan..

pembentangan.

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAA

Kerja Setiap ahli kumpulan Setiap ahli kumpulan
Kumpulan memainkan peranan memainkan peranan
dengan sangat baik, dengan baik. Kebanyak
Semua ahli mendengar, ahli-ahli mendengar,
berkongsi, bekerjasama berkongsi, bekerjasam
dan menyokong usaha dan menyokong usaha
ahli lain. ahli lain.

JUMLAH SK

2

AN DAN MATEMATIK DALAM PDP

Setiap ahli kumpulan Ahli kumpulan tidak

memainkan peranan memainkan peranan

kan dengan agak baik tetapi dengan baik.

dimonopoli oleh satu atau

a dua ahli sahaja.

a

KOR

27

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAA

Lampiran II: Borang Penilaian Rakan Sebaya Dan Penilaian K

Tarikh: ___________ Kumpulan: ________

Skor

Kategori 4 3 2

Sumbangan Selalu menyumbang Kerap menyumbang Biasanya

idea yang berguna idea yang berguna menyumbang idea

semasa mengambil semasa mengambil yang berguna

bahagian dalam bahagian dalam apabila mengambil

aktiviti kumpulan dan aktiviti kumpulan dan bahagian dalam

dalam perbincangan dalam perbincangan kumpulan dan dala

kelas. Seorang kelas. Seorang ahli perbincangan kelas

pemimpin yang kumpulan yang Melakukan apa yan

mempunyai visi dan bekerja keras. diperlukan dengan

berdaya usaha. memuaskan.

Penyelesaian Secara aktifnya Meneliti Tidak
masalah mencadangkan ata
mencari dan penyelesaian yang menapis
penyelesaian, tetap
mencadangkan dicadangkan oleh bersedia untuk
mencuba
penyelesaian kepada ahli lain. penyelesaian yang
dicadangkan oleh
masalah. ahli lain.

2

AN DAN MATEMATIK DALAM PDP

Kendiri

_____ Nama: __________________________

SKOR ( Isikan nama ahli kumpulan)

Diri
1 ……… ……… ……… ……… Sendiri

Jarang menyumbang
idea-idea yang
berguna apabila
l mengambil bahagian
dalam kumpulan dan
am dalam perbincangan
s. kelas. Mungkin
ng menolak untuk
mengambil bahagian
dalam kerja
kumpulan.

Tidak cuba untuk
au menyelesaikan

masalah atau
pi membantu ahli lain

menyelesaikan
masalah.
g Mengharapkan ahli
lain melakukan kerja.

28

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAA

Sikap Tidak pernah Jarang memberi Biasa memberi

memberi kritikan kritikan negatif kritikan negatif

negatif terhadap terhadap projek atau terhadap projek ata

projek atau kerja- kerja-kerja ahli lain. kerja-kerja ahli lain

kerja ahli lain. Selalu Kerap mempunyai Biasanya

mempunyai sikap sikap yang positif mempunyai sikap

yang positif terhadap terhadap tugas. yang positif terhada

tugasan. tugas.

Tumpuan Secara konsisten Kerap memberi Biasa memberi
Terhadap memberi tumpuan tumpuan kepada tumpuan kepada
Tugasan kepada tugasan dan tugas dan apa yang tugas dan apa yang
apa yang perlu perlu dilakukan perlu dilakukan.
dilakukan secara sepanjang masa. Sentiasa perlu
kendiri Ahli-ahli kumpulan diperingatkan,
yang lain boleh ditegur untuk
bergantung menjalankan tugas
kepadanya. yang diberi.

Kerjasama Selalu mendengar Kerap mendengar, Biasa mendengar
pandangan dan
pandangan dan pandangan dan menyokong usaha
ahli lain, tetapi
menyokong usaha menyokong usaha kadang-kadang tida
menjadi ahli pasuka
ahli lain. Cuba ahli lain. Tidak yang baik.

menjaga menyebabkan

keharmonian bekerja masalah dalam

dengan semua ahli. kumpulan.

JUMLAH SKOR

* Contoh aktiviti ini diadaptasi dari sumber Buku “Making Sense of Science Throug

2

AN DAN MATEMATIK DALAM PDP

Kerap mengkritik
projek atau kerja-
au kerja ahli-ahli
n. kumpulan. Jarang
mempunyai sikap
yang positif terhadap
ap tugas.

Jarang memberi
tumpuan kepada
g tugas dan apa yang
perlu dilakukan.
Mengharapkan ahli
lain melakukan kerja.
san

Jarang mendengar
pandangan dan
menyokong usaha
ahli lain. Selalunya
ak tidak menjadi pemain
an pasukan yang baik.

gh Inquiry: Problem Based Learning At Work” - SEAMEO RECSAM

29

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP

7.2 Contoh aktiviti STEM dalam mata pelajaran Asas Sains Komputer

Mata Pelajaran Asas Sains Komputer
Tema/ Tajuk / Kemahiran Mengesan unsur persamaan dan perbezaan untuk
pengecaman corak dalam sesuatu situasi.
Hasil Murid Mengesan persamaan dan perbezaan di dalam sesuatu
permasalahan.

Mula

Perbincangan
Mencari maklumat di internet

Pembacaan

Menjana idea untuk menyelesaikan masalah

Menyelesaikan masalah dengan persamaan dan perbezaan

Tamat

30

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP

Langkah Cadangan Aktiviti

Langkah 1:

Mengesan persamaan Setiap murid dibahagikan kepada 4 kumpulan:

dan perbezaan Setiap kumpulan diberikan satu permasalahan di mana

berpandukan situasi yang mereka perlu mencari persamaan dan perbezaan bagi

diberi. persoalan yang ditimbulkan iaitu bagaimana membuat roti

sandwich sardin dengan cara yang lebih mudah dan

cepat.

Langkah 2: Murid menggunakan strategi PdP Inkuiri dalam
menyelesaikan permasalahan berdasarkan tugasan yang
Strategi Inkuiri diberi.

Langkah 3: 1. Mengenal pasti bahan dan alatan yang digunakan
Menjana idea untuk 2. Mengenal pasti inti sandwich
menyelesaikan masalah 3. Masa penyediaan sandwich

Langkah 4: Menghasilkan roti sandwich dengan melihat kepada

Menyediakan roti bahan, inti dan cara penyediaan.
sandwich sardin dengan
mudah dan cepat ROTI SANDWICH PENERANGAN
SARDIN

1. Sediakan roti  Bahan untuk membuat

2. Sapukan marjerin roti sandwich sardin

pada roti seperti yang dinyatakan

3. Sediakan inti disebelah akan dapat

sandwich seperti menghasilkan 10

berikut: keping roti sandwich

a.1 tin sardin saiz sardin.

besar yang t e la h Masa yang diperlukan
dimasak untuk menyediakan 10
b. 1 biji limau nipis keping roti sandwich

31

PANDUAN PELAKSANAAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK DALAM PDP

c. 2 labu bawang sardin dari mula
besar memasak inti sandwich
ialah 20 minit.
d.5 tangkai cili padi  Sekiranya murid tidak
dihiris – jika suka dapat mengecam corak
pedas yang sama dalam
proses pembuatan roti
e. 1 biji timun - di sandwich sardin murid
kupas dan hiris akan melakukan proses
nipis yang sama berulang-
ulang sebanyak 3 kali
f.1 ikat daun untuk menghasilkan
salad sebanyak 30 keping roti
sandwich sardin yang
g. 1/4 sudu teh – memakan masa sejam.
lada sulah Sekiranya murid dapat
mengecam corak yang
h. 1 sudu besar sama dalam proses
minyak masak pembuatan roti
sandwich sardin murid
i. garam akan dapat
secukupnya menghasilkan 30
keping roti sandwich
4. Campurkan inti sardin dalam masa 20
sandwich. minit dengan hanya
Tambahkan menambah kuantiti
mayonis sekiranya bahan yang diperlukan
perlu untuk menghasilkan 30
keping roti sandwich
5. Sapu inti sandwich sardin.
pada roti

6. Hidang sandwich di
atas pinggan.

32


Click to View FlipBook Version