The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PISMPBM20622 Nurainathirah Binti Mohd Shabri, 2024-05-03 09:35:27

UNIT BERUNIFORM_PENGAKAP

BUKU LOG PENGAKAP

BUKU LOG PENGAKAP DISEDIAKAN OLEH: NUR ‘AIN ATHIRAH MOHD SHABRI PENSYARAH PEMBIMBING: ENCIK ZULKIFLI BIN YUSOF


BIODATA DIRI NAMA NUR ‘AIN ATHIRAH BINTI MOHD SHABRI NO. K/P 020805-03-0804 UMUR 22 TAHUN TARIKH LAHIR 05 OGOS 2002 JANTINA PEREMPUAN AGAMA ISLAM BANGSA MELAYU ALAMAT LOT 1273, KG. TEPI SUNGAI TENDONG, 17030 PASIR MAS, KELANTAN NO. TELEFON 017-9695857 ANGKA GILIRAN 2021082340317 PROGRAM PISMP AMBILAN JUN 2022 KELAS BAHASA MELAYU 2 IPG KAMPUS KOTA BHARU 2


ISI KANDUNGAN BAHAGIAN A 1. Prinsip-prinsip Pengakap 2. Persetiaan, Tujuan dan Undang-undang Pengakap 3. Lambang & Logo Pengakap Pengakap (Dunia & Malaysia) 4. Bendera Pengakap Malaysia 5. Cogan Kata Pengakap 6. Lagu Pengakap BAHAGIAN B 1. Pengasas Pengakap 2. Sejarah Penubuhan Pengakap 3. Istiadat-Istiadat Rasmi Pertubuhan BAHAGIAN C 1. Carta Organisasi Pengakap Antarabangsa 2. Struktur & Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia 3. Struktur & Organisasi Peringkat Negeri Kumpulan Latihan Malaysia 4. Struktur & Organisasi Peringkat Negeri 5. Struktur & Organisasi Peringkat Daerah 6. Struktur & Organisasi Jawatankuasa Tadbir Kumpulan Latihan Malaysia Institut Pendidikan Guru (KLMIPG) 7. Struktur & Organisasi Peringkat Sekolah dan Kumpulan 8. Carta Organisasi Pengakap Peringkat Ipg Kampus Kota Bharu BAHAGIAN D 1. Pengurusan Keahlian 2. Pakaian Seragam Pengakap 3. Pangkat dan Lencana Kemahiran\ BAHAGIAN E 1. Asas Kawad Kaki/ Perbarisan 2. Asas Pertolongan Cemas 3. Ikatan dan Simpulan BAHAGIAN F 1. Laporan Perjumpaan Aktiviti 3


BAHAGIAN A PRINSIP-PRINSIP ASAS PENUBUHAN PENGAKAP Definisi Pengakap: Pergerakan Pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela, bebas daripada politik untuk melatih generasi muda, pengakap turut terbuka untuk semua tanpa mengira latar belakang dari segi asal-usul, bangsa dan agama selaras dengan prinsip dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya. Matlamat Pengakap: ● Menyediakan suatu rancangan latihan yang progresif, menggembirakan dan menarik yang berdasarkan kepada Persetiaan dan Undang-undang yang diterima secara sukarela oleh setiap individu yang berminat untuk melibatkan diri di dalam berpengakap. ● Menggalakkan pembentukan jasmani, akal, sosial dan rohani anak-anak muda supaya mereka dapat melibatkan diri dalam pembangunan masyarakatnya. ● Sistem latihannya telah disesuaikan mengikut peringkat umur ahli dan kematangan masing-masing menerusi didikan berdasarkan unit-unit tertentu seperti Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan lain-lain. 4


BAHAGIAN A PERSETIAAN, TUJUAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP Persetiaan Bahawa Dengan Sesungguhnya Saya Berjanji Dan Bersetia Yang Saya Dengan Seberapa Daya Upaya Saya Akan: Taat Kepada Tuhan, Raja Dan Negara Menolong Orang Pada Setiap Masa Menurut Undang-Undang Pengakap Tujuan: 1. Berpegang teguh kepada pelaksanaan prinsip-prinsip kepengakapan yang dilafazkan menjurus kepada kebaikan dan kesejahteraan hidup. 2. Memahami, menghayati dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. 3. Melahirkan insan daripada segi JERIS melalui pengamalan Pengakap. Undang-Undang Pengakap ● Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. ● Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya. ● Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. ● Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. ● Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. ● Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang. ● Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan. ● Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan. ● Pengakap itu jimat dan cermat ● Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya 5


LAMBANG & MAKSUD LOGO PENGAKAP DUNIA ● Pecahan tiga kelopak melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga. ● Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan melambangkan undang-undang pengakap. ● Lingkaran tali berwarna putih melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia. ● Warna putih dianggap kesucian dan kebersihan. ● Ikatan putih untuk menunjukkan ikatan Persaudaraan Pengakap. ● Warna ungu dianggap warna Pengakap Sedunia. 6


LAMBANG & MAKSUD LOGO PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA 7


BENDERA PENGAKAP MALAYSIA 1. Maksud Logo: Terdapat tiga kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu: ● Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara ● Menolong orang setiap masa ● Menurut undang-undang Pengakap 2. Dua bintang pecah lima berwarna hijau menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh. 3. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan ‘Persaudaraan Pengakap’. 4. Bintang pecah 14 melambangkan ‘Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia. 5. Bulan Sabit menandakan ‘Agama Rasmi Negara iaitu Agama Islam’ 6. Lingkaran Tali melambangkan ‘Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia’. 7. Warna Kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. 8. Warna kuning, hijau, merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap iaitu: - Kuning - Pengakap Kanak-Kanak - Hijau - Pengakap Muda - Merah - Pengakap Remaja 8


COGAN KATA PENGAKAP 1. COGAN KATA PENGAKAP KANAK-KANAK ● Digunakan untuk murid tahap dua sekolah rendah iaitu berumur bermula 9 tahun sehingga 12 tahun. ● Cogan kata mereka ialah ‘Buat Sehabis Baik’. ● Mempelajari asas kepengakapan bagi membuat persediaan yang rapi dan menimba ilmu pengetahuan. ● Membentuk tingkah laku dan persepsi yang positif terhadap kepengakapan. 2. COGAN KATA PENGAKAP MUDA ● Digunakan untuk tingkatan 1 sehingga tingkatan 3 sekolah menengah. ● Cogan kata mereka ialah ‘ Selalu Bersedia’. ● Setiap ahli pengakap selalu bersedia menerima segala cabaran yang dipelajari asas kepengakapan dengan mengaplikasikan asas tersebut dalam kehidupan. ● Sentiasa menerima latihan yang bersesuaian dengan umurnya. ● Satu Istiadat Meningkat Naik hendaklah diadakan dan ahli akan melafazkan semula Persetiaan Pengakap. 3. COGAN KATA PENGAKAP REMAJA ● Digunakan untuk pelajar sekolah menengah bagi tingkatan 4 dan 5 termasuk pelajar tingkatan 6 ● Cogan kata yang digunakan ialah ‘Pandangan Luas’. ● Setiap ahli pengakap membentuk satu rutin dalam kepengakapan supaya dapat mencipta atau berfikiran jauh untuk sesuatu yang baharu dan sentiasa berfikir di luar kotak. 4. COGAN KATA PENGAKAP KELANA ● Digunakan untuk ahli yang berusia 17 tahun hingga 40 tahun. ● Cogan kata yang digunakan ialah ‘Berkhidmat’. ● Ahli pengakap yang sukarela menjadi sebahagian daripada ahli akan berkhidmat untuk negara dan juga memegang kepada prinsip kepengakapan. ● Membentuk jati diri yang kukuh dan sentiasa berfikiran lebih rasional. 9


LAGU RASMI PENGAKAP MALAYSIA Lirik Lagu Pengakap Malaysia Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setiap masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan Negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia 10


BAHAGIAN B BIODATA PENGASAS PENGAKAP DUNIA NAMA PENUH Robert Stephenson Smith Baden Powell NAMA SINGKATAN BP TARIKH LAHIR 22 Februari 1857 TEMPAT LAHIR London, England PENDIDIKAN AWAL Charter House, London PEKERJAAN Bekas Mejar Tentera British NAMA BAPA Reverend H.G Baden Powell NAMA ISTERI Lady Olive Baden Powell TARIKH MENINGGAL DUNIA 8 Januari 1941 11


SEJARAH PENGAKAP DUNIA ● Pergerakan Pengakap telah diasaskan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell atau dikenali Lord Baden-Powell. ● Setelah bersara daripada tentera, Baden Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. ● Seramai 21 orang kanak-kanak turut serta dalam perkhemahan tersebut. ● Badel-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku ‘Aids To Scouting’. ● Baden Powell telah mengarang sebuah buku berjudul ‘Scouting For Boys’ pada tahun 1908. ● Beliau menulis buku tersebut berdasarkan pengalamannya semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan kanak-kanak di Pulau Browsea. ● Maka wujudlah Pergerakan Pengakap dan berkembang di England sehingga ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. ● Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan seluruh dunia pada tahun 1909. 12


SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA Pergerakan Pengakap Malaysia mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F. C. Sands menubuhkan pasukan Kanak-Kanak (Cubs) di SIngapura pada tahun 1910 iaitu 2 tahun setelah Baden-Powell (BP) mengasaskan pergerakan ini di England. Pada tahun 1919, Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N. M. Hashim dan Encik A. Z. Alsagoff di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G. M. Laidlow namun pergerakan ini terkubur setelah G. M. Laidlow meninggal. Pada tahun 1927 pula Pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H. P. Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H. R. Cheesman iaitu seorang ahli pendidikan yang terkenal telah menubuhkan Pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iaitu di Penang Free School (1915). Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun. Di Perak, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R. Wheeler. Tahun 1922, Pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor, Pergerakan Pengakap ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu Bakar. Melaka dan Negeri Sembilan memulakan Pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor pula menubuhkan Pergerakan Pengakap pada yang sama oleh Ameen Akhbar. Seterusnya, Terengganu dan Kelantan pula memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A. J. Gracle dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong (Tengku Panglima Raja Kelantan). Di Perlis pula bermula pada tahun 1931. Sarawak menubuhkan Pergerakan Pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (Penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. 13


Secara Ringkasnya: 1. F.C Sands di Singapura ( 1910 ) 2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 ) 3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 ) 4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922) 5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 ) 6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 ) 7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 ) 8. A.J Gracle di Terengganu ( 1926 ) 9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 ) 10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 ) 11. Rev Canon Thomas Cecil Alexander di Sabah ( 1913 ) 12. Sarawak ( 1915 ) Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia. 14


ISTIADAT RASMI PERTUBUHAN PENGAKAP 1. ISTIADAT LAUNG AGUNG (Pengakap Kanak-Kanak) Istiadat Laung Agung dikhaskan untuk Pengakap Kanak-Kanak (PKK). Tujuannya adalah untuk melatih PKK untuk menunjukkan bahawa mereka membuat ‘Sehabis Baik’. Cogan kata tersebut ditujukan khas untuk pemimpin PKK atau Akela. Laung Agung hendaklah diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PKK. 15


2. ISTIADAT BENDERA MENGIBARKAN BENDERA ➔ Kedudukan Peserta : Dalam Bulatan ➔ Jurulatih : Sebaris di belakang tiang bendera, mengadap peserta, Ketua berada di sebelah kanan dan jurulatih bertugas di sebelah kiri ketua ➔ Bendera : Sudah bergulung dan terikat di puncak tiang ➔ Perjalanan Upacara ➔ Peserta menyusun kedudukan dan menunggu kedatangan ketua dan jurulatih ➔ Petugas berdiri di tengah-tengah ➔ Bila jurulatih masuk (perintah) “baris sedia”, bila semua jurulatih sudah sedia, barulah petugas mulakan upacara ➔ Petugas : (Mara ke hadapan memberi hormat) Assalamualaikum tuan, PEK sudah siap untuk memulakan acara ➔ Petugas : (Beri hormat, pusing belakang - bergerak ke tempat asal ➔ Petugas : (Beri arahan) Bendera ➔ Petugas : (Bergerak menghadap bendera) ➔ Pengibar bendera terus tarik tali bendera ➔ Peserta hormat bendera sebaik sahaja tali bendera ditarik, ➔ Pengibar bendera dengan segera langkah ke belakang dan hormat dan PKK yang lain ikut hormat bendera ➔ Petugas : “Negara ku” - semua menyanyi ➔ Petugas : (perintah) “Doa” - isyarat “Ap” 16


➔ Pembaca doa langkah selangkah ke hadapan dan terus membaca doa menadah tangan aras bahu, bukan muslim tunduk pandang hujung kaki isyarat “Ap” untuk menurunkan tangan dalam kedudukan sedia ➔ Petugas : “Persetiaan” - isyarat “Ap” Petugas terus angkat tangan, diikuti oleh semua dan lafaz persetiaan ➔ Petugas : Bila selesai persetiaan, petugas bergerak ke hadapan ketua - hormat - lapor “Istiadat selesai - majlis diserahkan kepada tuan” - pusing ke belakang (bergerak) mengambil tempat dalam barisan (sebelah tiang bendera) - perintah “Baris senang diri” ➔ Jurulatih bertugas : mulakan tugas ➔ Petugas : “Jurulatih, jurulatih sedia” “Keluar baris” 17


ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA 1. Dua orang pengakap dengan pakaian uniform diperlukan bagi menyempurnakan istiadat ini. 2. Pengakap hamper ke tiang bendera. Seorang membuka tali ikatan dan seorang lagi bersedia dengan wisel. 3. Pengakap meniup wisel panjang sekali. Semua yang hadir dikehendaki berdiri sedia. 4. Pengakap menurunkan bendera perlahan-lahan dan pastikan bendera tidak menjejak ke bumi. 5. Bila bendera telah diturunkan, pengakap meniup wisel sekali panjang menandakan istiadat menurunkan bendera tamat. 6. Kedua-dua pengakap bertugas hendaklah melipat bendera berkenaan dan menyerahkannya kepada pemimpin/ urusetia. 18


3. PENYAMPAIAN LENCANA KEMAJUAN (PKK) ➔ Lencana disediakan di dalam dulang dan dibawa oleh Penolong Pemimpin. 1. Laung Agung dijalankan terlebih dahulu 2. Akela bergerak ke bulatan di hadapan bendera 3. Akela memanggil penerima lencana berbaris di hadapannya (di tengah bulatan) 4. Taklimat Akela tentang pentingnya lencana yang diterima oleh penerima 5. Akela maju ke arah PKK dan PKK tabik hormat 6. Akela menyematkan lencana 7. Lencana Kemajuan di kiri lengan baju 8. Lencana Kepandaian di kanan lengan baju 9. Akela bersalam dan ucapan “Syabas”. 10. PKK tabik hormat 11. Selesai semua - Pek beri sorakan “Tahniah” dan dijawab oleh penerima lencana 12. PKK balik ke sekawan masing-masing 19


4. ISTIADAT MELANTIK 1. PKK dalam bulatan. Akela berdiri di dalam bulatan. Penolong-penolong Pemimpin berdiri di luar bulatan di belakang Akela. PKK dalam keadaan sedia. 2. Adik baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan 3. Ketua sekawan membawa PKK yang baru - berdiri di hadapan Akela . 4. Selepas itu, Ketua sekawan balik ke tempatnya. 5. Serentak dengan itu Pen. Pemimpin masuk ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah Akela dengan membawa topi, skaf dan lencana keahlian 6. Akela : “Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak” 7. PKK baru : “Ya, Akela” 8. Akela : “Adakah kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap” 9. PKK baru : “Ya, Akela” 20


5. ISTIADAT MENINGKAT NAIK Istiadat Meningkat Naik akan diadakan atas faktor seperti yang berikut : apabila Pengakap Kanak-kanak meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Muda; apabila ahli Pengakap Muda meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Remaja; dan ahli Pengakap Remaja meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Kelana. Prosedur pelaksanaan : 1. PKK dalam PEK dan PM dalam TRUP berdiri dalam bentuk ladam kuda berhadapan di antara satu sama lain. 2. Pemimpin PKK/Akela memulakan istiadat dengan membuat Istiadat Laung Agung dalam kawasan PKK. Setelah selesai, Pemimpin/Akela mara ke garisan pemisah di antara PKK dan PM. 3. Manakala Pemimpin PM pula memberikan arahan, “TRUP! TRUP… SEDIA!” Setelah Trup dalam keadaan SEDIA, Pemimpin PM/Akela menerangkan dengan ringkas tujuan Istiadat Meningkat Naik diadakan. 4. Pemimpin PKK/Akela memanggil PKK yang akan meningkat naik bergerak ke garisan pemisah. PKK yang meningkat naik akan: 5. Bergerak satu langkah ke hadapan, kanan pusing dan terus bersalam dengan PEK; 6. Bergerak ke garisan pemisah dan berhenti di hadapan Pemimpin PKK/Akela; 7. Pemimpin PKK/Akela memberikan pesanan terakhir kepada PKK; 8. PKK mengucapkan terima kasih atas tunjukan ajar Pemimpin dan Penolong Pemimpin sepanjang berada di dalam PEK; 9. PKK bersalaman dengan Pemimpin PKK/Akela, Penolong Pemimpin dan PEK; 10. Akhirnya, Pemimpin/Akela memimpin PKK melangkah garisan (tali) pemisah dengan menggunakan tangan kiri lalu menyerahkan PKK kepada Pemimpin PM/Akela dan Ketua Patrol yang sedang menunggu dalam kawasan PM. 11. Setelah melangkah masuk ke dalam kawasan PM: 12. Pemimpin PM/Akela menyambut dengan mengucapkan “SELAMAT DATANG” kepada Adik Baharu. 13. Adik Baharu memberikan Tabik Hormat Pengakap kepada Pemimpin PM/Akela dan kemudian bersalam dengan beliau; Pemimpin PM/Akela menyerah Adik Baharu kepada Ketua Patrol; 21


14. Ketua Patrol membawa Adik Baharu ke dalam Patrolnya dan diperkenalkan kepada ahli. 15. Setelah semua selesai, Trup memberikan sorakan pengakap atau ‘Yell’ yang berbunyi “SELAMAT DATANG” kepada Adik Baharu dan secara rasminya Adik Baharu telah diterima menjadi ahli PM. 16. Pemimpin PKK/Akela mengarahkan PEK membuat Laung Agung penutup sebagai tanda Istiadat Meningkat Naik tamat dengan berteriak “BERSURAI!” 22


BAHAGIAN C CARTA ORGANISASI PENGAKAP Carta Organisasi Pengakap Antarabangsa ● Jawatankuasa Pengakap Dunia adalah badan eksekutif Persidangan Pengakap Dunia dan terdiri daripada sukarelawan yang dipilih. ● Jawatankuasa Pengakap Dunia mewakili Persidangan Pengakap Dunia antara mesyuarat persidangan penuh. ● Jawatankuasa Pengakap Dunia bertanggungjawab terhadap pelaksanaan resolusi Persidangan Pengakap Dunia dan untuk yang bertindak bagi pihaknya di antara mesyuaratnya. ● Jawatankuasa bertemu dua kali setahun, biasanya di Geneva. - Steering Committee, yang terdiri daripada Pengerusi, dua Naib Pengerusi dan Ketua Setiausaha, bermesyuarat sekiranya diperlukan. - Jawatankuasa tersebut mempunyai 14 keahlian. 23


Struktur & Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia 24


Struktur & Organisasi Peringkat Negeri Kumpulan Latihan Malaysia 25


Struktur & Organisasi Peringkat Negeri 26


Struktur & Organisasi Peringkat Daerah 27


Struktur Organisasi Jawatankuasa Tadbir Kumpulan Latihan Malaysia Institut Pendidikan Guru (KLMIPG) 28


Struktur & Organisasi Peringkat Sekolah dan Kumpulan 29


Struktur & Organisasi Peringkat IPG Kampus Kota Bharu. 30


SISTEM SEKAWAN PENGAKAP KLM 03 (IPG KAMPUS KOTA BHARU) KUMPULAN (WARNA) PENGAKAP ENCIK ZUL PENGAKAP HJ.SHUKRI PENGAKAP DR. WAN ADI Sekawan Merah 1. Aiman Nurhakim 2. Afiq Aiman 3. Ikhwan 4. Imran 5. Hidayah Hussin 6. Hidayah Zainudin 7. Ameera 8. Natasya Fozilan 9. Diana 10. Iffah 11. Alieya Maisara 1. Sahira Alia 2. Nurin Nasuha 3. Mas Idayu adilah 4. Syafikah 5. Hidayah 6. Isdaniel 7. Hasif 1. Alia 2. Afifah 3. Alifah 4. Aisah 5. Adriana 6. Hannan 7. Syamim Sekawan Perang 1. Nabil Farhan 2. Dylan Rantai 3. Hafiz Ifwat 4. Aniq Akmal 5. Alisya Balqis 6. Anis Athirah 7. Nur Aiza 8. Nur Fadilah Sari 9. Fareni 10. Mai 1. Amirul 2. Haikal 3. Azmina 4. Sabrina 5. Afwani 6. Qamarina 7. Ainina 1. Ismail 2. Amri 3. Syamina 4. Aisyah 5. Aisya 6. Hawa 7. Haziqah Sekawan Hijau 1. Nixon 2. Raziq 3. Apih 4. Hafizah 5. Fazlin 6. Syakila 7. Anis 8. Nisa 9. Athirah 10. Syarah 11. Solehah 1. Riefa Fisyanis Shiefa 2. Fatin Shafika 3. Siti Aisyah 4. Muhammad Afiq Syahmie 5. Ain Batrisyah 6. Nurul Natasya 7. Fariz Daniel 1. Anabiela 2. Nabilah 3. Nurin 4. Shafiqah 5. Aimy 6. Syahir 7. Atif Sekawan Kuning 1. Afiq Iqmal 2. Arfan 3. Ng Wei Hong 4. Syida 5. Hannani 6. Athirah Zaid 7. Nur ‘Ain Athirah 8. Hana Maisara 9. Syakirah 1. Farah 2. Nurilyana Fasihah 3. Hafizah Ezani 4. Arif 5. Zainal 6. Azwa 7. Anis Amira 1. Balqis 2. Sylvie 3. Zahirah 4. Husna 5. Najihah 6. Tara 31


10. Adnin Sekawan Ungu 1. Syahidah 2. Athirah 3. Farah 4. Asywa 5. Iffah 6. Dhania 7. Ummu 8. Iqmal 9. Shahrul 10. Amirah 11. Farhah 12. Amir 1. Aisyah Najwa 2. Ismahani 3. Farah Hanna 4. Farah Zulaikha 5. Arisya Sofiya 6. Danial 7. Hizral 1. Aibaq 2. Syahmi 3. Ain maisarah 4. Camilia Adlin 5. Ain sofia 6. Afrina Munirah 7. Nur Batrisyia 32


BAHAGIAN D PENGURUSAN KEAHLIAN & PENTADBIRAN PENGAKAP Peraturan Pendaftaran: ● Pendaftaran ahli pengakap perlu diperbaharui setiap tahun ● Pendaftaran keahlian bermula bulan Mac ● Tertakluk dibawah akta: Akta Parlimen 1968, Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia pindaan Akta 143, Tahun 1974 pindaan Akta 409,Tahun 1989 Pendaftaran Ahli dan Kumpulan: ● Setiap sekolah hanya dibenarkan menubuhkan satu kumpulan sahaja. ● Boleh diwujudkan beberapa pasukan dalam kumpulan itu. ● Satu kumpulan boleh ditubuhkan dengan 18 orang ahli dan 2 pemimpin. ● Jika jumlah melebihi 48 anggota perlu pecahkan kepada beberapa pasukan. Jenis Borang ● Setiap kumpulan perlu didaftarkan dengan PPM. ● Gunakan beberapa jenis borang: ○ Borang PPM 18 ()Borang PPM 8 (Pendaftaran Kumpulan) ○ Borang PPM 1A (Pendaftaran Anggota) ○ Borang PPM 1B (Borang Kawalan) ○ Borang PPM 9A (Permohonan Tauliah Pemimpin/ Penolong) ● Borang boleh diperolehi dari Pesuruhjaya Daerah Negeri/ Ibu Pejabat PPM. (rujuk m/s seterusnya) 33


Contoh Borang PPM 9A (Permohonan Tauliah Pemimpin/ Penolong) 34


Yuran Pendaftaran ● Kumpulan/ Anggota yang baru perlu didaftarkan dan kumpulan/ anggota yang lama perlu diperbaharui pendaftaran kumpulan dengan PPM. ● Berikut yuran pendaftaran: ○ Kumpulan : RM 30.00 (setahun) ○ Ahli Pengakap : RM 5.00 (setahun) ○ Pemimpin/ Penolong Pemimpin : RM 10.00 (setahun) Peraturan & Pembatalan Kumpulan Kumpulan / anggota yang tidak menjelaskan yuran pendaftaran tidak dibenarkan untuk menjalankan aktiviti pengakap. ● Kumpulan yang tidak memperbaharui pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan latihan/ perjumpaan dan pakai pakaian seragam pengakap serta lencana-lencananya. ● Boleh digantung keahlian mengikut Dasar Pertubuhan dan Peraturan Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia (Peraturan 44-47) ● Pemimpin kumpulan secara automatik digantung keahlian pemimpin serta tauliahnya (Peraturan 80) ● Pengantungan itu sementara, Pesuruhjaya Daerah maklumkan kepada kuasa pengajur iaitu memperbaharui keahlian kumpulan dengan segera. Pesuruhjaya Daerah menarik balik surat penggantungan kumpulan dan tauliah-tauliah pemimpin setelah menerima borang pendaftaran. Tauliah Pemimpin ● Pemimpin wajib memiliki dua jenis tauliah daripada PPM: ○ Tauliah Sementara ○ Tauliah Tetap ● Tauliah Sementara diberikan kepada pemimpin yang lulus Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Satu dan Dua. ● Tauliah Tetap diberikan kepada pemimpin yang lulus Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Tiga. 35


Kad Pengahlian Pengakap ● Kad keahlian pengakap akan diberikan kepada ahli-ahli pengakap yang berdaftar. ● Proses untuk mendapatkan kad ini mengambil sedikit masa untuk diuruskan oleh pihak pentadbiran bagi setiap negeri. ● Jadi, urusan borang pendaftaran perlu dilakukan dengan segera yang boleh. ● Kad keahlian bagi pemimpin berwarna ungu kebiruan, manakala kad keahlian ahli biasa berwarna merah. ● Di kad tersebut akan terpapar nama ahli dan juga nombor keahlian. ● Nombor WOSM juga akan dipaparkan sekiranya ada. Kad Keahlian Ahli Biasa Kad Keahlian Pemimpin 36


PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP 37


38


Pangkat dan Lencana Kemahiran 1. Lencana Keahlian Berikut merupakan syarat-syarat untuk lulus Lencana Keahlian: A. Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia. B. Persetiaan Pengakap & Undang-Undang Pengakap. C. Lima Prinsip Rukun Negara D. Hormat Pengakap & Cogan Kata Pengakap. E. Sejarah Pergerakan Pengakap. F. Cerita Hutan G. Laung Agung 2. Lencana Wajib A. Ahli Renang Lencana in diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengaku pengetahuan dan kesungguhan dalam berenang dengan mengetahui peraturan keselamatan di air, 39


kemahiran keselamatan diri, menunjukkan pelbagai kaedah berenang seperti kuak lontang, kuak kupu-kupu, gaya bebas dan menimbulkan diri (mushroom float). 1. Mengetahui peraturan keselamatan di air (teori) 2. Menunjuk cara memulakan berenang dan kemahiran keselamatan diri kepada Penilai / Pemeriksa cara turun di air, cara timbul tenggelam, cara tarik dan hembus nafas, menahan nafas (teonn) ATAU 3. Cara junam, terjun kaki lurus /junam depan layang (teori). 4. Cara luncur, meniarap, tendang ke riba, cara gaya rangkak tangan di lutut / tangan di atas kepala: Gerak tangan, tondang rejang. meniarap, rangkaian meniarap (teori).. 5. Berenang dengan tidak berhenti-henti sejauh 20 meter dengan berpakaian seragam Pengakap Kanak-kanak yang lengkap (di dalam air aras pinggang). 6. Berenang mengapar menimbulkan diri (Mushroom Float) Berenang menyeberang dengan cara terlungkup, terientang. dengan berbagai cara / gaya biasa. Bila sampai separuh jalan ke jalan yang dituju berbalik semula menghabiskan renangnya dengan gaya yang sama. 7. Mengetahul cara mengendalikan jaket keselamatan di air. B. Penunggang Basikal Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakul pengetahuan dan kesungguhan dalam berbasikal dengan mengetahui undang-undang jalan raya. menjaga dan membaiki kerosakan kecil basikal dan mengamalkan peraturan berbasikal yang betul. 1. Menyatakan undang-undang jalan raya semasa berbasikal 40


2. Mengetahul dan menyatakan kepada Penilai 10 peraturan semasa menunggang. Basikal. 3. Menunjuk cara memberi isyarat tangan semasa berbakat 4. Menyebutkan 10 perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal. 5. Menjaga basikal seperti membaiki kerosakan kecil dan menjaga kebersihannya. 6. Menunggang basikal dengan diperhatikan oleh Penilai / Pemeriksa mengikut jalan yang ditetapkan dan cukup faham mengenai peraturan jalanraya bag penunggang basikal dan mengetahui undang-undang jalan raya yang ditetapkan bagi penunggang basikal termasuk penggunaan jalan simpang. bulatan dan Lintasan pejalan kaki. 3. Lencana Kemajuan - Keris Gangsa Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan tentang Persetian Pengakap, Rukun Negara, amalan Keagamaan, kesihatan dan keselamatan serta pengurusan diri dan keluarga. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap Kanak-kanak itù mestilah mendapatkan Lencana Keahlian dan Lencana Wajib terlebih dahulu. ● Kesetiaan: - Menyanyi Lagu Kebangsaan "NegaraKu" dan memahami bagaimana menghormati lagu itu ketika dimainkan. - Mengenai Bendera Malaysia dan Negeri di mana Pengakap Kanak-Kanak itu berada. - Mengetahui Lambang Pengakap Malaysia 41


- Mengenal nama penuh Kuasa Penganjur / Guru Besar. Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak kumpulannya. - Mengetahui agama-agama di Malaysia serta tempat-tempat ibadat di kawasan sekitar tempat tinggalnya. ● Kesihatan dan Keselamatan - Mengetahui kepentingan kesihatan dan kebersihan diri. - Mengetahui / menyedari bahayanya menelan apa jua jenis pil atau gula-gula yang diberi oleh orang yang tidak dikenal. - Mengetahui bahaya bermain benda-benda tajam. - Mengetahui bahaya bermain sebarang alat yang mengandungi bahan letupan seperti mercun, mercun buatan sendiri, meriam buluh dan bunga api. - Mengetahui bagaimana mendapat bantuan pertolongan jika berlaku kemalangan; mendapatkan alamat dan nombor telefon Balai Polis. Balai Bomba dan Penyelamat, Doktor dan Rumah Sakit, tempat kerja ibu bapa dan keluarga rakan sebaya yang tinggal berhampiran. - Mengetahui peraturan berjalan dan menyeberang jalan raya, di tempat menunggu bas, melintas jalan di lampu isyarat, berjalan melalui terowong, jejantas dan lintasan lain-lain ● Kecekapan - Mengetahui Latihan Asas Kawad Kaki. - Mengetahui cara memanjat tali (tigi talitiak lebih dari 3 meter). - Mengetahui kedudukan tempat-tempat awam di kawasan tempat tinggalnya dan dapat menunjukkan arah tempat-tempat itu kepada orang yang memerlukan bantuan seperti : perhentian bas, kerelapi, teksi, Balai Bomba, hospital, Balai Polis, Pejabat Pos dan lain-lain. - Menunjukkan cara yang betul memakai dan nenjaga Pakaian seragam Pengakapnya dan mengetahui peraturan memakai lencana dan lain-lain seperti Lencana Keahlian, Lencana Malaysia, Lencana Wajib, Nombor Kumpulan, Nama Daerah dan Negeri. - Mengetahui segala Isyarat Pengakap dan mengetahui arah tempat yang hendak dituju dengan menggunakan tanda isyarat Sulit Pengakap seperti 42


"ikut arah ini”, “iangan ikut arah ini", "di sini ada air", "tunggu di sini" dan "saya sudah pulang'. - Mengetahui cara mengikat Simpul Buku Sila dan kegunaanya. ● Penyertaan - Menjadi ahli perpustakaan sekolah / perpustakaan awam tempatan; menunjukan Pengakap Kanak-kanak telah membaca sekurang-kurang TIGA (3) buah buku dan dapat menceritakan balik isi ceritanya kepada Pemimpin Pengakapnya. - Membuat satu barang permainan rekaan sendiri dari bahan terbuang. - Menjalankan SATU daripada aktiviti berikut; mengambil bahagian dalam persembahan pentas di sekolah ATAU membuka akaun simpanan. ● Perkhidmatan - Membantu ibu bapa di rumah setiap hari dengan menyempurnakan tugasnya itu dengan memuaskan (pengesahan dan perakuan ibu bapa dalam buku log). - Membantu guru / kakitangan sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah (pengesahan dan perakuan guru / kakitangan sekolah dalam buku log) 4. Lencana Kepandaian - Kategori Kegemaran Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Keris Gangsa, Pengakap Kanak-kanak itu dikehendaki meneruskan latihan dan ulian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Kegemaran seperti dibawah mengikut minal dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut: - Koleksi Ahli Hobi - Ahli Kraf Tangan - Peladang Kecil - Pelukis - Pembaca Buku - Penghibur 43


● Ahli Koleksi Hobi Ahli Pengakap Kanak-Kanak yang mempunyai minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya dengan mengumpul pelbagai setem, mata wang asing, sampul surat hari pertama, rantai kunci, lencana-lencana Pengakap akan diberikan lencana ini. Hobinya mestilah pilihan Pengakap Kanak-Kanak sendiri (bukan dicadang oleh Pemimpinnya). Contohnya: - Lima belas (15) jenis setem Malaysia yang berbeza. - Menghasilkan buku skrap berbagai tumbuhan / bunga / haiwan / binatang / sejarah / sukan / bangunan / buah-buahan dan lain-lain (pilih satu). - Berbagai bentuk pensil dan logonya (sekurang-kurangnya 15 jenis). - Berbagai contoh batu batan (sekurang-kurangnya 15 jenis). - Berbagai bentuk botol dan penutup botol (sekurang-kurangnya 15 jenis). - Rupa Mata wang asing sama ada kertas I syiling (sekurang-kurangnya 15 jenis). - Rantai kunci (key chain) berbagai jenis (sekurang-kurangnya 15 jenis). - Lencana-lencana Pengakap seperti lencana Perhimpunan, Korobori,Jambori dan koleksi lencana Pengakap antarabangsa dan lain-ain. (Sekurang-kurangnya 10 jenis). Menyediakan sebuah buku (buku hobi) menyatakan perkembangan koleksi hobinya. 44


● Ahli Kraftangan Ahli Pengakap Kanak-kanak yang mempunyai minat dan kegemaran dalam membuat dan mereka bahan-bahan kraf seperti tikar anyaman, wogel, penanda buku, alat permainan, layang-layang dan sebagainya akan diberikan lencana ini. - Mengetahui asas kraf tradisional : Anyaman kelarai mata bilis, kelarai Siku keluang. (pelajaran anyaman ini boleh diubah sesuaikan mengikut keadaan dengan alam persekitaran kanak-kanak sendiri). Tahu bagaimana membuat simmpai (woggle) dari bahan yang ditentukan : 1 buluh, kain sulaman, tali nailon (nylon string), plastik dan lain-lain. Satu hendaklah dibuat untuk kegunaan sendiri dan satu lagi untuk dihadiahkan kepada teman sebaya atau kepada adik yang baru ATAU - Mengetahui dan membuat Penanda Buku selain dari bahan logam (tin), membuatnya dari bahan kulit, kawat, plastik dan daun. Penanda Buku ini hendaklah direka berbagai bentuk yang menarik dengan hiasan warna, mungkin ditulis dengan kata-kata hikmat. Membuat satu untuk kegunaan sendiri dan satu lagi untuk dihadiahkan kepada rakan sebaya atau kepada seseorang yang dikasihi. ATAU - Membuat rekaan dari kertas - Rekan untuk kegunaan sehari-hari seperti sampul surat / beg / buku dan lain-lain. - Rekaan binaan seperti topeng sarung kepala, keluarga "Mowoli”. - Rekaan alat permainan seperti buat kapal dari kertas /burung ajaib (fantasi) dan lain-lain. ● Peladang Kecil 45


Ahli Pengakap Kanak-kanak yang mempunyai minat dan pengetahuan dalam menjaga tanaman, memelihara haiwan ternakan, berkebun dengan kaedah-kaedah yang betul akan diberikan lencana ini. Pengakap Kanak-Kanak perlu memilih sekurang-kurangnya 5 daripada keseluruhan aktiviti berikut: - Menunjuk cara menyediakan tapak semaian dan memindahkan semaian ke batas yang telah disediakan. - Menyediakan batas yang berukuran 8x 3x 1 kaki untuk ditanam sayur-sayuran dari tapak semaian. Ambil kira cara membaja semasa penyediaan batas. - Menunjuk cara menjaga tanaman dari jenis sayuran / keratan / raizom yang telah ditanam di atas batas dan ambil kira cara membaja semasa pokok sedang ditanam. - Mengetahui dan menunjukan (kepada Penilai) bagaimana membuat junjung untuk tanaman sayur jenis pokok yang memanjat seperti pokok timun, kacang panjang dan lain-lain. - Tunjukan (Kepada Pemimpin / Penilai) yang Pengakap Kanak-kanak ada menanam / menjaga pokok pisang, betik atau pokok buah-buahan yang bermusim sama ada yang ditanam sendiri atau oleh ibu /bapa/ ahli keluarga sendiri. - Menunjukan (kepada Penilai / Pemeriksa) yang Pengakap Kanak-kanak ada menanam pokok-pokok tanaman yang berubi di dalam tanah seperti ubi keledek, kacang tanah dan sebagainya dengan subur. - Memelihara / membela dengan jayanya sekurang-kurangnya 10 ekor anak ayam sebagai ternakan asas. ● Pelukis 46


Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya dengan melukis, kaedah mewarna yang betul,membina arca dan mempunyai koleksi lukisan yang menarik. Pilih (1) Kegiatan di bawah ini:- - Membuat sebarang rekaan corak dari bahan terbuang sama ada cetakan, mozek, ubin tanah liat, mural, hiasan dinding. kola), yang motifnya berdasarkan tulisan huruf dan angka, corak tradisi, corak bebas, geometri dan rekaan manusia. - Membentuk dan membuat binaan (dari bahan terbuang) seperti bentuk tiga dimensi, arca, asemblaj. topeng dan anyaman asas yang motifnya berdasarkan alat permainan, bentuk lembaga, bangunan, bentuk berdasarkan cerita dongeng, sejarah, fantasi dan haiwan. - Memperkenalkan kraf tradisional dari bahan yang Pengakap Kanak-kanak sediakan sendiri seperti lukisan,ukiran, garisan dan tekanan yang motifnya berdasarkan yang terdapat dalam seni anyaman dan seni tembikar. ● Pembaca Buku 47


Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Капак-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan mereka dalam membaca dengan cekap pelbagai jenis buku seperti buku sastera kanak-kanak, kamus, ensaiklopedia dan menjadi Ahli Perpustakaan Sekolah atau Tempatan. Pilih (4) sahaja. 1. Menyediakan daftar sekurang-kurang 8 buah buku yang dibaca serta faham melalui bahan sastera berikut : - Prosa tradisional seperti hikayat hasil sastera dan sejarah. - - Prosa moden seperti petikan daripada buku-buku pengetahuan sains, sejarah, geografi, ekonomi dan sebagainya. Novel, cerpen, drama, pengumuman. pengisytiharan, akhbar, majalah, iklan dan rencana. - Puisi tradisional seperti pantun, seloka, gurindam, syair, dan bahasa berirama (klasik). - Puisi moden seperti sajak dan bahasa berirama moden. - Prosa dan Puisi Bahasa Malaysia / inggeris / Bahasa ibunda. 2. Boleh membaca dengan cekap dengan menepati tanda-tanda bacaan. Melafazkan perkataan dengan menggunakan intonasi sewajarnya dan membuat bacan, dilahami serta berkesan. 3. Membuat kritikan atas isi petikan bacaan mengikut kemampuan umur dan boleh membuat telahan. 4. Boleh menerjemah petikan yang penting daripada bacanya secara lisan atau bertulis dengan meringkaskan perkataan yang panjangnya kira-kira 150 perkatan 5. Menghuraikan maksud petikan, ungkapan, kata-kata dan peribahasa. 6. Mengetahui menggunakan kamus, ensaiklopedia dan membuat kamus sendiri dan kata-kata baru yang dipelajari. 48


7. Menjadi ahli perpustakan sekolah / tempatan serta turut memberi khidmat sukarela seperti memelihara, mengemas dan menjaga kebersihan perpustakaan mengetahui mengapa perpustakaan harus dipelihara. ● Penghibur Lencana ini diberi kepada Ahi Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam berhibur dengan menyanyi, bermain alat muzik, menari dan menjadi Juruacara Persembahan. Pilih (5) sahaja: 1. Memilih dan memainkan tiga lagu dengan alat muzik berkut :- - Lagu kanak-калак, jeaka, asli dan patun - Lagu Tradisi Masyarakat : Lagu setempat sepeti Rasa Sayang' atau lagu asing - Lagu Tarían Asli. - Lagu Pengakap. 2. Boleh menyanyi dua buah lagu : Satu patriotik dan lagi satu lagu. 3. Mengajar dua buah lagu atau SATU tarian kepada sekawan Pengakap Kапак-kanak. 4. Mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu tarian tradisional atau taridra. 5. Mengetahui menggunakan alat perakam dan radio kaset. 6. Boleh bertindak sebagai Juruacara persembahan atau pertunjukan. 7. Boleh memainkan sekurang-kurang dua jenis alat muzik Genderang seperti kerincing. kastenet, simbal, kayu tok-tok, tamborin, dram samping, dram tenor,melodían, loceng rekoder dan serunai. Lencana Kemajuan Keris Perak 49


Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak, sebagai mengakui pelbagai kemahiran, kegiatan luar dengan memperkenalkan asas berdikari dan perkhidmatan seperti kebersihan diri, rumah dan persekitaran. A. Kesetiaan 1. Mengetahui nama penuh D.YM.M. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. D.Y.M.M. Raja Permaisuri Agong, D.YM.M. Sultan dan Sultanah atau T.Y.T. Yang Di Pertua Negeri dan Isterinya. Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri berkenaan. 2. Mengetahui dan mengenali Pesuruhjaya Daerahnya. 3. Mengetahui rukun sembahyang agama masing-masing. B. Kesihatan dan Keselamatan 1. Mengetahui cara menjaga kebersihan diri dan persekitaran. 2. Mengetahui faedah senaman. 3. Mengetahui cara memberhentikan darah yang keluar dari hidung. 4. Mengetahui bahaya aliran elektrik dan gas dan cara mengelakannya bila menggunakan alat elektrik di rumah seperti seterika, kipas angin, pembakar roti, dapur gas dan lain-lain. Mengenal dan mengetahui kegunaan isi kandungan peti pertolongan cemas. C. Kecekapan 1. Mengukuhkan pengetahuan asas kawad kaki Lencana Keris Gangsa dan mengetahui Latihan Asas Perbarisan : - Buka Barisan - Tutup Barisan 50


Click to View FlipBook Version