The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MENU UNTUK KANAK-KANAK 2-3 TAHUN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI NUR HAZWANI BINTI ISMAIL IPG-Pelajar, 2024-04-24 00:21:38

T2 MENU

MENU UNTUK KANAK-KANAK 2-3 TAHUN

1 cawan oatmeal 1/2 cawan pisang matang, hancurkan 1/4 cawan minyak sayuran 1/4 cawan gula perang 1/2 sudu kecil baking soda Sedikit kayu manis (pilihan) Bahan: BISKUT OATMEAL DAN PISANG Cara penyediaan Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celcius dan sediakan dulang pembakar dengan kertas perkakas. Campurkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata. Bentuk adunan menjadi biskut kecil dan letakkan pada dulang pembakar. Bakar dalam ketuhar selama kira-kira 10-12 minit atau sehingga biskut keemasan. Sejukkan sebelum disajikan.


Cara penyediaan Pisang masak Buah lain seperti mangga, kiwi, atau epal Susu ibu atau susu formula Bahan: SMOOTHIE BUAH-BUAHAN Potong buah-buahan kecil-kecil. Blend buah-buahan dengan susu sehingga menjadi smoothie. Tapis jika perlu dan hidangkan sebagai minuman pagi yang menyegarkan.


Cara penyediaan Telur ayam kampung atau telur organik Sayur-sayuran seperti bayam atau brokoli, dipotong halus Bahan: TELUR DADAR DENGAN SAYUR n telur ke dalam mangkuk dan kacau rata. Tumis sayur-sayuran dengan sedikit minyak sehingga layu. Tuangkan telur ke dalam kuali dengan sayur-sayuran dan masak seperti telur dadar biasa. Potong dadu kecil dan hidangkan.


Cara penyediaan Yogurt tanpa gula Buah-buahan lembut seperti pisang, kiwi, atau blueberry (potong kecil) Bahan: YOGURT BUAH-BUAHAN Campurkan potongan buah-buahan ke dalam yogurt. Gaul rata sehingga buah-buahan tercampur dengan yogurt. Hidangkan sejuk sebagai hidangan.


2 - 3 tahun


SARAPAN I S N I N - J U M A A T 2-3 TAHUN


400gm ayam | dicincang halus 2 biji bawang besar | dipotong dadu 5 biji cendawan | dihiris nipis 2 potong nanas | dipotong dadu 800gm sos bolognese 1 sudu teh serbuk herba Itali Bahan: SANDWICH HAWAIIAN CHICKEN Roti Kepingan keju Mayones Daun salad Timun jepun | dipotong bulat Tomato | dipotong bulat


Cara penyediaan Goreng ayam dalam kuali, tambahkan sedikit air jika ayam melekat. Masukkan bahan mentah seperti bawang, cendawan dan nanas. Masak seketika. Masukkan sos bolognese dan gaul sebati. Kemudian perasakan dengan garam dan serbuk herba Itali secukupnya. Hias roti sandwic dengan kepingan keju, mayones, salad, timun jepun, inti ayam, dan tomato. Kepitkan dengan roti dan sedia dimakan.


1) 150 g (1²⁄³ cawan) makaroni, dimasak dan ditoskan 2) 200 g (¾ cawan) daging, dibuang lemak dan dicincang halus 3) 30 g (6 biji) cendawan butang (dihiris) 4) 30 g (½ biji) lada benggala merah (dihiris) 5) 30 g (½ biji) lada benggala hijau (dihiris) 6) 80 ml (¹⁄³ cawan) tomato (dicincang) Bahan: MAKARONI GORENG 7) 180 ml (¾ cawan) stok daging lembu rebusan sendiri 8) 26 g (2 sudu makan) marjerin 9) 25 g (5 ulas) bawang putih (dicincang) 10) 3 g (½ biji) cili hijau (dicincang) 11) 3 g (½ biji) cili merah (dicincang) 12) 50 g (2 biji) bawang besar (dicincang) 13) Garam secukup rasa *Hiasan: daun ketumbar, bawang goreng


Cara penyediaan Panaskan marjerin di dalam kuali dan tumis bahan dicincang hingga wangi. Masukkan sos tomato, pes tomato, stok daging lembu dan daging kisar. Kacau dan masak sehingga daging masak dan lembut. Masukkan makaroni, lada benggala dan cendawan butang. Masukkan garam secukup rasa. Hiaskan sebelum hidang.


2 keping (60g) roti , dibuang kulit 1 hiris (30g) isi ayam, direbus dan dihiris 1 sudu teh (5g) mix veggie dan lada benggala, dipotong dadu kecil 1 sudu makan (20g), tomato, dikisar dan ditoskan jus berlebihan 1 keping (20g) keju cheddar, dipotong dadu kecil 1 sudu makan (10g) mayonis 1 sudu makan (10g) sos tomato Bahan: SQUARE PIZZA


Cara penyediaan 1. Panaskan ketuhar dengan suhu dengan suhu 170° C. 2. Sapukan sos tomato pada permukaan roti. 3. Taburkan isi ayam, mix veggie dan lada benggala ke atas roti. 4. Curahkan mayonis dan taburkan keju ke atas roti. 5. Bakar di dalam oven dengan suhu 170° C selama 5-10 minit.


8 1⁄4 sudu makan (60g) tepung gandum 1⁄4 sudu teh (1.25g) serbuk soda bikarbonat 1⁄2 sudu teh (2.5ml) serbuk krim tartar 1 sudu makan (13g) mentega 1 biji (50g) telur 1⁄4 cawan (75ml) susu segar 1 sudu teh (5g) gula Secubit garam Bahan: LEMPENG


Cara penyediaan 1. Ayak campuran tepung, serbuk soda bikarbonat dan serbuk krim tartar. 2. Panaskan mentega sehingga cair. Kemudian, campurkan mentega cair ke dalam adunan tadi secara berperingkat supaya tekstur lempeng menjadi lembut. 3. Masukkan telur dan susu segar gaul hingga sebati. 4. Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak. 5. Tuangkan sesenduk adunan ke atas kuali. 6. Setelah masak, angkat dan hidangkan


4 keping roti 80 ml (1/3 cawan) susu penuh krim 2 biji telur, dipukul 15 ml (1 sudu makan) minyak sayuran 5 ml (1 sudu teh) madu 2g (1/4 sudu teh) serbuk kayu manis Garam secukup rasa Bahan: FRENCH TOAST


Cara penyediaan Pukul telur sehingga kembang. Masukkan susu penuh krim, garam, madu, serbuk kayu manis dan kacau sehingga sebati. Celupkan sekeping roti menggunakan garpu ke dalam adunan satu per satu. Celupkan sehingga roti sebati dgn adunan tetapi tidak terlalu lama agar roti tidak lembik dan hancur. Goreng roti dengan sedikit minyak sayuran di atas kuali kecil dengan api sederhana dalam 2-3 minit pada setiap bahagian sehingga emas keperangan. Tekan roti di atas kuali dengan sudip untuk mendapatkan roti rangup ala Perancis tetapi pastikan tidak hangus.


MAKAN TENGAHARI I S N I N - J U M A A T 2-3 TAHUN


160 g (1 keping) filet ikan merah, dipotong menjadi kiub, diperapkan dengan garam, lada sulah dan tepung jagung 60 g (1⁄2 cawan) lobak merah, dipotong dadu 60 g (3⁄4 cawan) cendawan tiram segar, dihiris halus 10 g (2 ulas) bawang putih, dicincang halus 10 g (1 sudu makan) bawang besar, dicincang halus 15 ml (1 sudu makan) minyak sayuran 10 g (1⁄2 inci) halia 400 ml (11⁄2 cawan) air Garam dan lada sulah secukup rasa Bahan: SUP IKAN DAN CENDAWAN


Cara penyediaan Tumiskan bawang besar dan bawang putih dengan menggunakan minyak sayuran di dalam periuk. Toskan minyak berlebihan Masukkan air, diikuti dengan lobak merah. Rebuskan selama 20 minit. Masukkan isi ikan dan rebus selama 5 minit lagi. Masukkan cendawan dan rebus sehingga lembut Tambahkan garam dan lada sulah sebagai perasa Hidangkan bersama nasi panas.


½ ekor ayam 2 inci lengkuas 3 batang serai 1 biji tomato 5 helai daun limau purut ½ biji bawang holand 1 batang lobak merah ¼ bahagian bunga kubis Bahan: TOMYAM AYAM 2 sudu pes tomyam 1 sudu serbuk perencah sup tomyam 1 sudu kecil garam (tambah jika tawar) ½ sudu kecil serbuk perasa (jika suka) 1 sudu teh gula 2 liter air


Cara penyediaan Tomato dipotong dadu, ketuk lengkuas dan serai. Masukkan ke dalam air dan rebus 10minit. Masukkan bawang holand, daun limau purut dan ayam dan rebus lagi 15-20minit Masukkan lobak merah dan pati limau nipis, jika tiada pati limau seperti ini boleh gunakan limau nipis dan pernah jusnya. Mummy sejenis yang nak mudah sahaja Masukkan pes tomyam dan kacau sebati. Masukkan juga serbuk perencah sup tomyam. Jika tiada serbuk boleh gunakan pes sahaja, tambah 1 sudu lagi pes tomyam. Jika tiada pes tomyam jenama ini, boleh gunakan jenama lain seperti, Maggi, knor dan lain lain Masukkan bunga kubis, garam gula dan serbuk perasa. Jika kuah kering bole tambah sedikit air. Jika suka banyak sayur lain seperti cendawan, sudip jagung dan lain lain bole masukkan. Mummy tak masukkan sebab anak-anak tidak gemar makan sayur. jika suka pedas bole masukkan 5-6biji cili api yang ditumbuk ke dalam kuah tomyam dan masak seketika.


2 ketul Ikan (digoreng) ikan ikut saiz & jenis yang anda suka 3 biji Cili merah (potong 2 & dibuang biji) 1 batang Kayu manis 2 kuntum Bunga lawang 1 sudu kecil Bawang merah (blanded) 1 sudu kecil Halia (blanded) Bahan: IKAN MASAK KICAP 1 sudu kecil Bawang putih (blanded) 1/2 cawan Kicap manis 1 biji Bawang merah (potong bulat) jika mahu secubit Jintan manis (ditubuk) secubit Jintan putih (ditumbuk) sedikit Minyak masak


Cara penyediaan Panaskan minyak didalam kuali dan masukkan jintan manis + jintan putih (ditumbuk), batang kayu manis & bunga lawang. Goreng sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih & halia yang di blanded tadi. Goreng sehingga kekuningan. Masukkan cili merah & sedikit garam. Masukkan kicap manis & bawang merang (potong bulat) tadi. Biarkan ia selama 5minit.


3 sudu butter 3 ulas Bawang putih Daun kari ½ cawan susu full cream Brokoli Ayam goreng Serbuk keju Serbuk ayam Nasi/bubur Bahan: BUTTERMILK CHICKEN


Cara penyediaan Masukkan butter ke dalam kuali. Kemudian masukkan bawang putih yang sudah dicincang bersama daun kari. Kacau sebati Masukkan ½ cawan susu full cream. Masukkan brokoli dan ayam yang telah digoreng. Masukkan sedikit serbuk keju untuk menambahkan rasa berlemak Masukkan juga serbuk ayam sebagai penambah rasa dalam masakan. Kacau sebati Siap untuk dihidang. Boleh dimakan bersama nasi atau bubur.


2 keping ikan dori 3 ulas bawang putih (dicincang) 1 inci halia (dihiris) 2 sudu minyak masak 1 biji buah tomato 1 biji bawang holland (dihiris kasar) 1 sudu kecil garam halus 2 tangkai daun kucai 1 liter air Bahan: SUP IKAN TANDORI


Cara penyediaan 1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih sehingga menjadi warna kuning. 2. Masukkan hirisan isi ikan dori ke dalam tumisan dan biarkan sahaja tanpa membalikkannya. 3. Masukkan 1 liter air, hirisan halia, bawang holland, tomato dan sedikit garam. 4. Masak sehingga mendidih. 5. Masukkan hirisan daun kucai dan tutupkan api. 6. Siap untuk dihidangkan.


MINUM PETANG I S N I N - J U M A A T 2-3 TAHUN


Bahan: POTATO PILLOW Ubi kentang tepung jagung serbuk cheese lada hitam garam


Cara penyediaan Basuh kentang sehingga bersih dan potong kepada bahagian yang lebih kecil Rebuskan ubi kentang sehingga lembut Biarkan sejuk terlebih dahulu kemudian lenyekkan ubi kentang Masukkan 5 sudu tepung jagung. Jika adunan masih lembut, tambah tepung sehingga boleh dibentuk. Masukkan garam dan lada hitam mengikut cita rasa sendiri Masukkan serbuk cheese mengikut kehendak masing-masing. Jika tiada serbuk cheese, anda juga boleh menggunakan cheese yang telah diparut Gaul adunan sehingga rata dan bentukkan adunan menjadi segi empat seterusnya tekan menggunakan garfu Panaskan minyak dan goreng sehingga perang keemasan Angkat dan hidangkan mengikut kreativiti anda.


Mentega (separuh buku mentega) Tepung 100 gram Stok ayam (½ cawan) Campuran herba (mix herb) Susu (½ cawan) Bahan: FARINA CROQUETTES Jus lemon (½ sudu) Ayam rebus yang di carik (300 gram) Telur (tiga biji) Serbuk roti (200 gram)


Cara penyediaan Cairkan mentega di dalam kuali, masukkan tepung dan kacau sehingga sebati Kacau sehingga bertukar warna coklat dan teskturnya menjadi pekat Maukkan air rendaman ayam ke dalam campuran tersebut, Teruskan kacau dan masukkan susu Kacau sehingga pekat dan masukkan jus lemon, campuran herba dan sedikit perasa. Kemudian masukkan ayam yang sudah dicarik tadi. Masukkan adunan tersebut ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam. Panaskan kuali, sementara itu adunan tadi dikeluarkan dan buat bentuk bulat. Salutkan adunan tersebut ke dalam telur dan serbuk roti Kemudian gorengkan.


2 sudu besar minyak zaitun 15g mentega tanpa garam 1 biji bawang, dicincang halus 1 ulas bawang putih besar, ditumbuk 350g beras risotto 150ml wain putih kering Bahan: ARANCINI RICE BALL 1.2l stok ayam atau sayuran panas 150g parmesan, parut halus 1 biji lemon, diperah halus 150g bola mozzarella, dicincang kepada 18 kepingan kecil minyak sayuran, untuk menggoreng


Cara penyediaan Panaskan minyak dan mentega dalam periuk hingga berbuih. Masukkan bawang dan secubit garam dangoreng perlahan-lahan dengan api perlahan selama 15 minit, atau sehingga lembut dan lut sinar. Masukkanbawang putih dan masak selama satu minit lagi. Kacau beras dan masak selama satu minit lagi, kemudiantuangkan wain. Didihkan dan masak sehingga cecair berkurangan separuh. Tuangkan separuh stok danrenehkan, kacau berterusan, sehingga sebahagian besar cecair diserap. Masukkan baki stok satu sudu padasatu masa kerana nasi menyerap cecair, kacau, sehingga nasi masak (ini perlu mengambil masa kira-kira 20-25 minit). Masukkan parmesan dan lemon dan perasakan secukup rasa. Sapukan risotto ke dalam dulangberbibir dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Cedok risotto yang telah disejukkan kepada 18 bahagian yang sama - ia sepatutnya lebih besar sedikitdaripada bola golf. Ratakan bola risotto di tangan anda dan letakkan sekeping mozzarella di tengah,kemudian masukkan keju ke dalam nasi dan gulungkannya menjadi bola. Ulangi dengan bola risotto yangtinggal.


Cara penyediaan Masukkan tepung, telur dan serbuk roti ke dalam tiga mangkuk cetek yang berasingan. Celupkan setiap bebola risotto yang disediakan ke dalam tepung, diikuti dengan telur dan akhirnya, serbuk roti. Pindahkan ke dulang dan ketepikan. Isi separuh periuk besar berasaskan berat dengan minyak sayuran dan panaskan dengan sederhana-rendah sehingga bacaan 170C pada termometer memasak atau sehingga sekeping roti bertukar menjadi perang keemasan dalam minyak dalam masa 45 saat. Turunkan bebola risotto ke dalam minyak secara berkelompok dan masak selama 8-10 minit, atau sehingga perang keemasan dan cair di tengah. Ketepikan di atas dulang yang dialas dengan tuala dapur yang bersih. Makan arancini hangat, atau hidangkan dengan sos tomato asas untuk dicelup.


- 2 cawan nasi - 1 biji telur - 2 ketul dada ayam saiz kecil - 1 biji bawang besar - 3 ulas bawang putih - 1/2 biji lobak merah - serbuk lada putih - 1 1/2 sudu teh garam - mushroom seasoning/secukup rasa/kiub pati ayam - sedikit hirisan daun sup (optional) - tepung gandum - 2 biji telur (untuk salut nugget) - serbuk roti (untuk salut nugget) Bahan: NUGGET NASI


Cara penyediaan Campurkan nasi yang telah disejukkan bersama telur. Kisarkan nasi, telur, dada ayam yang telah dipotong dadu, bawang merah, bawang putih dan lobak merah Masukkan bahan yang dikisar ke dalam mangkuk kemudian perasakan, (kiub pati ayam, serbuk lada putih, garam dan hirisan daun sup) Taburkan sedikit tepung gandum atas papan pemotong dan adunkan adunan tersebut menjadi bentuk nugget Salutkan dengan telur dan serbuk roti Kukus selama 10 minit kemudian sejukkan Nugget boleh terus digoreng atau disimpan di dalam peti beku untuk dimasak kemudian.


Ubi kentang (2 biji) Daun parsley (secubit) Keju cheddar (diparut) -2 sudu Minyak zaitun (1 sudu) Tepung (1 sudu) Tepung ayam (1 sudu) Bahan: FRIED POTATO PATTIES


Cara penyediaan Kupas kentang dan potong dadu Rebuskan kentang sehingga lembut Ambil daun parsley dan potong cincang Masukkan kentang yang telah dilembutkan tadi ke dalam pinggan kemudian lenyekka Kemudian masukkan tepung ayam, keju yang telah diparut dan daun parsley tadi ke dalam pinggan. (lenyekkan) Adunkan menjadi bentuk bulat Kemudian gorengkan sehingga keperangan dalam kuali yang panas


3 - 4 tahun


SARAPAN I S N I N - J U M A A T 3-4 TAHUN


1 biji telur 5 g kepingan tuna dalam air Garam dan lada sulah secukup rasa Sedikit minyak sayuran Bahan: BENTO TELUR GULUNG


Cara penyediaan Campurkan semua bahan dan pukul sehingga sebati dengan menggunakan garpu atau penyepit. Janganpukul terlalu kuat untuk mengelak buih. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Letakkan 2-3 sudu makan penuh campuran telur ke dalam kuali. Masak dalam api sederhana selenggasedikit mengeras tetapi tidak terlalu cair. Gulung menggunakan garpu atau penyepit ke bahagian hadapankuali Letakkan lagi 2 sudu makan campuran telur ke dalam kuali, Ratakan ke sekeliling permukaan kuali danangkat sedikit telur yang telah digulung tadi supaya telur yang belum masak mengalir di bawahnya. Masak sehingga lapisan tersebut hampir keras, kemudian gulung telur tersebut bersama telur yang sudahdigulung ke arah bertentangan Letakkan lagi sedikit minyak dan ulangi langkah-langkah tadi sehingga semua telur habis digunakan Letakkan telur yang siap dimasak di atas pinggan dengan Ipatan terakhirnya di bahagian bawah Gulung dengan ketat menggunakan tisu dapur untuk menyerap minyak berlebihan. Biarkan keseluruhangulungan sejuk pada suhu bilik Potong menggunakan pisau tajam dan hidang bersama roti mil penuh dan salad segar


6 biji telur Garam Lada putih ½ cawan susu full cream minyak / butter Baby bayam (potongkan) Tomato ceri (dadukan) Cheese mozarella Bahan: MUFFIN FRITTATA TELUR


Cara penyediaan Masukkan telur, garam, lada sulah, susu segar. Pukul sehingga bahan sebati dan gebu Oleskan minyak/butter ke dalam acuan muffin. Letakkan potongan bayam, tomato ceri dan bancuhan telur tadi ke ?dalam acuan. Taburkan keju mozarella di atas bancuhan. Bakar ke dalam oven/air fryer suhu 180c selama 20 minit. Dah siap keluarkan dari acuan muffin dan sedia untuk dihidang!


120 g (1¹⁄ ³cawan) pasta spiral 200 g (1 cawan) kepingan ikan, dihiris halus 60 g (1 cawan) bayam, dipotong halus 4 biji bebola ikan 375 ml (1½ cawan) air Garam dan lada putih secukup rasa Bahan: SUP PASTA SPIRAL IKAN


Cara penyediaan Rebus pasta sehingga lembut. Keringkan dan basuh dengan air sejuk. Letak pasta dalam mangkuk hidangan. Reneh air dalam periuk. Masukkan kepingan ikan dan masak sehingga lembut. Masukkan bayam ke dalam sup dan rebus selama 1 minit. Tambahkan garam secukup rasa. Tuangkan sup ke atas pasta Biarkan sejuk sedikit dan hidangkan.


1 cawan tepung gandum 1 sudu besar marjerin Untuk Inti: 1 biji telur Secubit jintan manis 1 sudu daun bawang dan daun sup ½ biji bawang besar Bahan: KARIPAP TELUR


Cara penyediaan Gaulkan tepung dan marjerin yang dicairkan, jadikan pastri yang lembut, ketepikan. Sediakan inti iaitu pukul telur bersama garam. Panaskan sedikit minyak, Tumis jintan manis hingga wangi. Masukkan telur dan kacau supaya telur hancur. Matikan api dan masukkan daun bawang dan daun sup, Canai pastri tadi dan tekapkan dengan acuan bulat, masukkan inti telur di tengahtengah dan kelimkan tepi tepung. Panaskan minyak. Goreng hingga masak atau kekuningan.


25 g (½ cawan) tepung mil penuh 125 ml (1/2 cawan) tepung naik sendiri 125 ml (1/2 cawan) susu 1 biji telur 5 g (1 sudu teh) mentega, dilembutkan Bahan: LEMPENG STEW EPAL Bahan Stew Epal:: 100 g (1 biji) epal hijau/merah 125 ml (1/2 cawan) air 7 g (1 sudu teh) gula 14 g (1 sudu makan) mentega Secubit serbuk kayu manis 30 g (2 sudu makan) yogurt rendah lemak


Click to View FlipBook Version