BAHAGIAN E5 DISEDIAKAN OLEH LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 ISU-ISU KESELAMATAN EKONOMI YANG MENARIK PERHATIAN KESELAMATAN NEGARA
0 02 1 02 03 04 06 KANDUNGAN PERSPEKTIF E5A PERSPEKTIF E5B PENDAHULUAN 05 UNJURAN PRESTASI EKONOMI NEGARA 2023 RUMUSAN LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 PAGE 01 05 44 50 56 LAMPIRAN 59
PAGE 03 PENDAHULUAN Prestasi ekonomi sepanjang tahun 2022 mula memberangsangkan pada akhir suku tahun selepas peralihan kerajaan baharu. Walaupun dijangka bakal berhadapan dengan krisis ekonomi global, namun kecenderungan ekonomi mula menampakkan petanda positif apabila berlaku peralihan tampuk pemerintahan politik negara. Sebagai makluman, landskap ekonomi negara telah dicorakkan oleh (3) buah legasi kerajaan bermula pada era pemerintahan Tan Sri Dato' (Dr.) Haji MUHYIDDIN bin HAJI MUHAMMAD YASSIN (fasa COVID-19), Datuk Seri ISMAIL SABRI bin YAAKOB (fasa pasca COVID-19 dan Pemulihan Ekonomi) dan pemerintahan Datuk Seri ANWAR bin IBRAHIM (Fasa Pemulihan Ekonomi) pada 22 NOV 2022. 2. Pada permulaan tahun 2022 dilihat agak rumit kepada ekonomi negara apabila berhadapan dengan pelbagai cabaran dalaman dan luaran yang penuh dengan rencam dan ketidaktentuan. Bermula dengan krisis pandemik yang mula menunjukkan penurunan jumlah kes namun pelbagai sektor ekonomi masih melaksanakan program pemulihan sendiri untuk Kembali beroperasi seperti biasa. Diikuti pula dengan krisis geopolitik antara RUSIA dan UKRAINE yang meledak pada 24 FEB 2022 apabila RUSIA melancarkan serangan ketenteraan berskala besar ke atas UKRAINE menyebabkan harga komoditi dunia seperti minyak mentah, gas dan bijirin melonjak secara drastik dalam tempoh tiga bulan selepas serangan bermula. Rentetan daripada tindakan tersebut menyebabkan kos pengeluaran meningkat dan sekaligus ia memberi kesan kenaikan kepada kadar inflasi global. 3. Negara ekonomi utama seperti AMERIKA SYARIKAT dan negaranegara dalam KESATUAN EROPAH masing-masing mencatatkan kadar inflasi tertinggi dalam sejarah apabila AMERIKA SYRIKAT telah mencatatkan kadar inflasi pada MEI 2022 ditahap 9.1 peratus dimana merupakan yang tertinggi sejak tahun 1981. Manakala EU, khususnya UNITED KINGDOM (UK) kadar inflasi pada SEP 2022 ditahap 10.1 peratus antara yang tertinggi sejak 40 tahun lalu. Situasi yang melanda di seluruh dunia ini turut sama terkesan kepada MALAYSIA apabila kadar inflasi tertinggi telah dicatatkan pada tahun 2022 ditahap 4.7 peratus pada bulan OGOS, namun kembali mereda beberapa bulan selepas itu sehinggalah kadar yang terkini pada NOV 2022 ditahap 4 peratus. LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022
5. Ekonomi MALAYSIA semakin memulih apabila mencatatkan pertumbuhan yang signifikan sepanjang tahun 2022. Namun dalam proses menuju pemulihan tersebut terdapat beberapa faktor yang telah menggangu perkembangan ekonomi negara. Antaranya apabila BANK DUNIA memberi amaran mengenai jangkaan kemelesetan global pada tahun 2023. Ini telah menyebabkan bank-bank pusat di seluruh dunia secara serentak telah meningkatkan kadar faedah pada tahun 2022 bertujuan untuk bertindak balas terhadap inflasi. Bagi mengatasinya, kerajaan harus memberi tumpuan kepada pengukuhan ekonomi domestik dan meningkatkan prospek pelaburan dan perdagangan negara bagi memastikan ekonomi negara kekal stabil. Dalam meninjau kembali prestasi ekonomi negara pada tahun 2022, Bahagian E5 telah menghasilkan laporan kajian bagi tahun 2022 yang merangkumi bidang kajian mengikut perspektif E5A (Ancaman Ekonomi Dan Kajian Analisis), E5B (Sabotaj Ekonomi) dan E5C (Koordinasi Dan Penyelidikan) serta isu-isu yang menarik perhatian umum. 4. Dalam berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi dunia, secara keseluruhannya ekonomi global dilihat masih dalam proses pemulihan dan kembali positif pada tahun 2022. Namun prospek ini tertakluk kepada kestabilan ekonomi dunia dan akan kekal tidak sekata dalam semua sektor ekonomi sehingga ianya kembali memulih seperti sediakala. Ini didorong oleh evolusi pandemik yang berterusan, ketidaktentuan geopolitik, interaksi gangguan rantaian bekalan, tekanan inflasi dan normalisasi dasar dalam ekonomi utama akan memberi pengaruh yang besar terhadap ketahanan pemulihan ekonomi global. LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 PAGE 04
PERSPEKTIF E5A (ANCAMAN EKONOMI DAN KAJIAN ANALISIS)
Pada suku keempat 2021 (Q4, 2021), ekonomi MALAYSIA tumbuh pada kadar 3.6 peratus diikuti 5.0 peratus pada suku pertama 2022 (Q1, 2022). Manakala 8.9 peratus telah dicatakan pada suku kedua 2022 (Q2, 2022) dan 14.2 peratus pada suku ketiga 2022 (Q3, 2022) sekaligus merekodkan 9.3 peratus pada sembilan bulan pertama 2022 berbanding 2.9 peratus tempoh sama tahun 2021. Ianya telah menunjukkan peningkatan yang signifikan dan dijangka ianya akan terus meningkat pada suku terakhir 2022. Sebagai rumusan, prestasi ekonomi MALAYSIA secara keseluruhan bagi tahun 2022 adalah sekitar 8.0 peratus dan telah melepasi unjuran rasmi yang dijangkakan pada sekitar 6.5 peratus hingga 7.0 peratus sahaja. A. Prestasi Ekonomi Dan Polisi Kerajaan LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 PAGE 06 B. Bursa Malaysia (BM) Pada 30 DIS 2022 indeks BURSA MALAYSIA ditutup pada kedudukan 1,495.49 mata berbanding tempoh yang sama pada tahun 2021 pada kedudukan 1,567.53 mata, ianya telah jatuh sebanyak 72.04 mata (-4.6%). Sepanjang tahun 2022, pasaran saham tempatan berdepan turun naik yang tidak menentu dan boleh ditafsirkan sebagai tidak begitu memberangsangkan. Prestasi negatif ini ditentukan oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran.
Kenaikan Kadar Faedah LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 PAGE 07 Faktor Penentu Antara faktor yang mempengaruhi pasaran ialah kadar inflasi yang tinggi, kenaikan kadar faedah secara agresif oleh AMERIKA SYARIKAT (AS), kebimbangan kemelesetan dan ketegangan geopolitik antarabangsa. Manakala faktor dalaman ialah ketidakstabilan politik dan kenaikan kadar faedah oleh pihak BANK NEGARA MALAYSIA (BNM). Situasi ini sekaligus menyebabkan semua pasaran serantau termasuk BURSA MALAYSIA telah didagangkan hampir sepanjang tahun ini di bawah paras 1,500 mata. Langkah agresif Bank Pusat AS melalui pihak RIZAB PERSEKUTUAN (FED) menaikkan kadar faedahnya sehingga ke paras 4.5 peratus yang mana merupakan kadar tertinggi dalam tempoh 15 tahun juga antara penyebab ketidaktentuan BURSA MALAYSIA. Indeks penanda aras BURSA MALAYSIA telah merosot sehingga ke paras 1,373.4 mata pada bulan OKT 2022, dimana merupakan paras terendah dalam tempoh dua tahun. Pelaksanaan Cukai Makmur pada 2022 turut mempengaruhi pendapatan korporat tempatan dan ditambah dengan ketidaktentuan politik domestik susulan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diadakan telah menyebabkan pelbagai spekulasi sehingga menjejas kedudukan indeks semasa BURSA MALAYSIA. Berikut adalah kedudukan indeks penutup pada setiap bulan sepanjang tahun 2022:-
Jadual 1 : Kedudukan Indeks Penutup Pada Setiap Bulan Sepanjang Tahun 2022 Graf 1 : Kedudukan Indeks Penutup Pada Setiap Bulan Sepanjang Tahun 2022 LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 PAGE 08
DASAR SIFAR COVID-19 Selain itu, turun naik pasaran ekuiti tempatan turut memberi cabaran kepada pengurus dana tempatan dalam memberikan dividen yang tinggi. Namun, kepelbagaian portfolio pelaburan membolehkan pengurus dana tempatan seperti PERMODALAN NASIONAL BHD (PNB) memberi dividen yang kekal berdaya saing kepada pemegang dana amanahnya. Terkini, AMANAH SAHAM NASIONAL BHD (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 3.35 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit, berjumlah 4.60 sen seunit kepada pemegang unit AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 DIS 2022. Anak syarikat milik penuh PNB itu juga mengumumkan bonus tambahan 0.50 sen seunit bagi 30, 000 unit pertama yang dipegang oleh pemegang unit ASB. PAGE 09 LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 Dasar ini telah mengakibatkan pelbagai kebimbangan berikutan kebanyakkan sektor ekonomi dunia bergantung dengan sumber daripada CHINA. Negara CHINA hanya memberi kebebasan dalam lingkungan ekonomi domestic sahaja, tetapi kekal tertutup kepada seluruh dunia apabila pelbagai sekatan dilaksanakan sehingga menyebabkan rakyat mereka sendiri melakukan protes. Kes-kes penularan terbaru virus COVID-19 telah menyebabkan kerajaan menutup sebahagian besar sektor pembuatan, sekaligus menambah kejutan terhadap bekalan global. Pada masa sama, CHINA turut menggandakan sekatan bagi mengehadkan pergerakan keluar masuk ke negara itu, walaupun pada ketika ini kebanyakan negara sudah memulakan fasa untuk hidup bersama COVID-19. Seterusnya pada SEP 2022, sekali lagi pasaran dunia menerima kejutan apabila FED US menaikkan kadar faedah mereka sebanyak 75 mata asas secara drastik untuk mengekang lonjakan inflasi menyebabkan indeks pada penutup bulan tersebut telah jatuh sebanyak 117.42 mata.
Pelabur asing pada minggu terakhir dagangan tahun 2022 mencatatkan jualan bersih sebanyak RM204.6 juta, berbanding belian bersih pada minggu sebelumnya sebanyak RM51.2 juta. Pada minggu terakhir tahun 2022, tiga sektor teratas yang menyaksikan aliran masuk asing bersih ialah penjagaan kesihatan sebanyak RM16.5 juta, teknologi RM12.3 juta dan pengangkutan dan logistik RM7.2 juta. Sementara itu, tiga sektor teratas yang menyaksikan aliran keluar bersih asing ialah sektor perladangan sebanyak RM64.7 juta, produk dan perkhidmatan perindustrian RM57.1 juta dan perkhidmatan kewangan RM46.0 juta. Sementara itu, pelabur institusi tempatan dilihat mencatatkan belian bersih sebanyak RM290.4 juta. Situasi ini menjadikan pelabur institusi mencatatkan belian bersih selama tiga minggu berturutturut. Manakala pelabur runcit tempatan mencatatkan jualan bersih sebanyak RM85.8 juta yang mana sebelum ini turut mencatatkan belian bersih selama tiga minggu berturut-turut. TRANSAKSI PELABUR TAHUN 2022 PAGE 10 LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022
Secara kumulatif sejak 03 JAN 2022 sehingga 30 DIS 2022, pelabur asing mencatatkan belian bersih sebanyak RM4.38 bilion selepas empat tahun berturut-turut. Dimana sebelum ini, catatan jualan bersih terbesar adalah sebanyak RM24.5 bilion pada tahun 2020. Pelabur institusi mencatatkan jualan bersih RM6.42 bilion manakala pelabur runcit mencatatkan belian bersih sebanyak RM2.04 bilion. Butiran aliran keluar dana asing sejak tahun 2010 adalah seperti berikut :- Jadual 2 : Data Aliran Keluar Dana Asing Sejak Tahun 2010 Hingga 2022 LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 PAGE 11
Rata-rata para penganalisis memperkatakan bahawa tahun 2022 merupakan tahun yang agak suram untuk pasaran ekuiti global dan tempatan memandangkan semua negara khususnya AS terpaksa menaikkan kadar faedah masing-masing untuk menangkis tekanan inflasi. Dalam situasi COVID-19 yang masih belum reda sepenuhnya, dunia terpaksa berhadapan dengan krisis geopolitik apabila RUSIA secara terbuka melancarkan perang ke atas UKRAINE. Rentetan daripada itu, harga minyak dan gas global naik secara mendadak dan tidak terkecuali juga harga bijirin seperti jagung, kacang soya dan gandum. Kenaikan komoditi ini menyebabkan kos barangan tersebut meningkat dan akhirnya menjadi penyebab utama kadar inflasi melonjak. Oleh yang demikian untuk meredakan situasi ini, semua negara yang terkesan dengan inflasi telah menaikkan kadar faedah tak terkecuali juga MALAYSIA apabila telah menaikkan sebanyak 100 mata asas (bps) daripada 1.75 peratus kepada 2.75 peratus. Secara keseluruhannya, prestasi BURSA MALAYSIA untuk tahun 2022 adalah tidak memberangsangkan disebabkan oleh faktor luaran ditambah faktor dalaman yang tidak diuruskan dengan baik oleh kerajaan. Walau bagaimanapun untuk tahun 2023, BURSA MALAYSIA dijangka prestasinya akan lebih baik. Beberapa badan penganalisis mengunjurkan secara purata, indeks akan naik sekitar 9 peratus kepada 1,630 mata pada penghujung tahun 2023. LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 PAGE 12
Sepanjang tahun 2022, pihak BANK NEGARA MALAYSIA (BNM) telah menaikkan kadar sebanyak empat kali daripada 1.75 peratus kepada 2.75 peratus. Ahli ekonomi, secara amnya mengekalkan pandangan mereka bahawa BNM akan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 50 mata asas (bps) lagi kepada 3.25 peratus pada tahun 2023, di mana akan dinaikkan 25 bps pada suku pertama tahun 2023. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir ahli ekonomi meramalkan OPR akan melepasi tahap pra-pandemik 3-3.25 peratus. Tindakan ini adalah langkah untuk menurunkan kadar inflasi yang mana pada ketika ini berada pada tahap 4 peratus. Menurut data BLOOMBERG, anggaran konsensus untuk CPI MALAYSIA berada pada tahap 3 peratus pada tahun 2023. KEDUDUKAN KADAR OPR MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 PAGE 13
Berhubung kedudukan kewangan negara, dua institusi telah memberi penarafan yang positif iaitu pihak TABUNG KEWANGAN ANTARABANGSA (IMF) dan GLOBAL S&P GLOBAL RATINGS. Kedua-duanya menyatakan keyakinan terhadap prospek pertumbuhan ekonomi negara dan turut menjangkakan persekitaran penggubalan dasar akan menyokong dalam memulihkan penetapan fiskal kepada kedudukan yang lebih kukuh. MALAYSIA adalah sebuah negara yang sentiasa berdisiplin dalam menyempurnakan tanggungjawab pembayaran hutang dan tidak pernah gagal membayar faedah serta hutang yang sudah matang. K E D U D U K AN K EWANGAN SEMA S A NEGA R A Sehingga akhir JUN 2022, hutang Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM1.05 trilion atau 61 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Kementerian Kewangan menerusi Tinjauan Fiskal 2023 melaporkan, sebahagian besar Hutang Kerajaan Persekutuan adalah dalam denominasi Ringgit manakala baki 2.8 peratus adalah dalam mata wang asing. Hutang dalam negeri adalah sebanyak RM1.02 bilion merangkumi Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) yang merupakan sekuriti jangka sederhana dan matang dengan tempoh matang antara 3 hingga 30 tahun. Instrumen ini mewakili komposisi terbesar dengan MGS sebanyak 51 peratus dan MGII sebanyak 43.8 peratus daripada hutang dalam negeri. Tinjauan Fiskal 2023 melaporkan, Bayaran Khidmat Hutang (DSC) pada tahun 2022 dianggar sebanyak RM43.1 bilion atau 15.1 peratus daripada hasil, lebih rendah berbanding 16.3 peratus pada 2021. Nisbah DSC kepada hasil dijangka bertambah baik berikutan kutipan hasil lebih tinggi terutamanya daripada cukai dan hasil komoditi. Berdasarkan tinjauan Fiskal 2023 mendapati, nisbah hutang daripada KDNK di antara negara berpenarafan ‘A’ dan ekonomi serantau terpilih, MALAYSIA berada di kedudukan keenam tertinggi pada 2022 dengan 63.4 peratus selepas JEPUN (242 peratus), SINGAPURA (145.9 peratus), SEPANYOL (118.4 peratus), LAOS (95.2 peratus) dan SLOVENIA (74.7 peratus). LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 PAGE 14
Berikut adalah jadual kedudukan hutang kerajaan sejak tahun 2017 seingga kini :- Jadual 3 : jadual kedudukan hutang kerajaan sejak tahun 2017 hingga 2022 Statistik: Jumlah hutang Negara sejak tahun 2017 hingga 2022 LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 PAGE 15
1 2 3 BAJET 2022 dibentangkan Menteri Kewangan, TENGKU Datuk Seri ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ di Dewan Rakyat, mencadangkan peruntukan sebanyak RM332.1 bilion, jumlah tertinggi berbanding belanjawan tahunan terdahulu dengan matlamat mensejahterakan KELUARGA MALAYSIA untuk bangkit semula memulihkan negara. BAJET 2022 dihasilkan daripada perbincangan membabitkan lebih 30 sesi kumpulan. fokus, mengkaji lebih 1,100 memorandum dan meneliti 50,000 cadangan awam daripada portal BAJET 2022 turut mengambil kira pandangan ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang menerusi 80 sesi sumbang saran. Daripada sumber-sumber tersebut, sebanyak RM233.5 bilion dikhususkan bagi perbelanjaan mengurus, RM75.6 bilion bagi tujuan pembangunan, manakala RM23 bilion lagi diletakkan di bawah Kumpulan Wang COVID19, dengan RM2 bilion disediakan sebagai simpanan luar jangka. Di sebalik peruntukan tertinggi dalam sejarah, kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal 2022 kepada enam peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 6.5 peratus bagi 2021, dengan menyasarkan ekonomi negara berkembang antara 5.5 hingga 6.5 peratus tahun depan. LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 PAGE 16
4 Manakala untuk bajet tahun 2023, selepas pertukaran kerajaan pasca PRU15, kerajaan baharu akan membentangkan bajet pada 24 FEB 2023. Namun untuk memastikan perjalan urus tadbir kerajaan berjalan seperti biasa kerajaan telah membentangkan BAJET MINI 2023. Pembentangan BAJET MINI 2023 telah dibentangkan di Parlimen pada 20 DIS 2022. Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang membenarkan perbelanjaan RM107,718,676,650 dikeluarkan untuk perkhidmatan kerajaan bagi sebahagian tahun depan. 5 Pembentangan BAJET MINI 2023 bertujuan untuk membenarkan supaya kerajaan terus berfungsi bagi tempoh sehingga Bajet dibentangkan semula untuk kelulusan. Pembentangan tersebut telah berjaya diluluskan dengan persetujuan sebulat suara Ahli Parlimen tanpa perlu dibahaskan. Dalam BAJET MINI 2023, jumlah terbesar diperuntukkan kepada Perkhidmatan Am Perbendaharaan iaitu sebanyak RM28,118,860,750, diikuti Kementerian Pendidikan (RM24.97 bilion) dan Kementerian Kesihatan (RM17.05 bilion). Peruntukan lain termasuk Jabatan Perdana Menteri (JPM) (RM2.16 bilion), Kementerian Dalam Negeri (KDN) (RM6.90 bilion), Kementerian Pendidikan Tinggi (RM5.85 bilion), Kementerian Pertahanan (RM5.70 bilion), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (RM2.38 bilion), Perbendaharaan (RM2.01 bilion) dan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (RM1.59 bilion). Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah pula mendapat peruntukan RM1.80 bilion, Kumpulan Wang Terkanun (RM1.09 bilion), Parlimen Malaysia (RM83.36 juta), Kementerian Komunikasi dan Digital (RM495.72 juta) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (RM235.75 juta). 6 LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 PAGE 17
7 Secara keseluruhannya, BAJET MINI 2023 ini ditaksirkan mampu memberi imej yang baik kepada kerajaan pada hari ini. Sebarang andaian yang cuba dilemparkan oleh sesetengah pihak bahawa kerajaan akan berjimat cermat dan memotong beberapa bantuan yang diumumkan dalam bajet yang telah dibentangkan sebelum ini meleset. 8 Namun penanda aras sebenar akan dilihat dalam pembentangan bajet penuh yang dijangka bakal dibentangkan pada bulan FEB 2023. Bajet sulung Kerajaan Perpaduan ini akan menjadi petunjuk jelas apakah polisi ekonomi yang bakal diterapkan oleh kerajaan hari ini sama ada polisi berjimat cermat dengan mengurangkan perbelanjaan atau polisi meluaskan perbelanjaan untuk menjana ekonomi dan menarik para pelabur datang melabur ke dalam negara. PAGE 18 LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022
P R E S T A S I R I N G G I T RM telah diniagakan bercampur-campur berbanding Dolar AMERIKA SYARIKAT (USD) bagi tahun 2022 dengan pelbagai faktor luaran dan dalaman yang telah mempengaruhi turun naik nilai RM. Bagi tahun 2022, RM telah ditutup pada nilai RM4.39 berbanding USD iaitu turun 0.225 berbanding tempoh sama tahun 2021 yang telah ditutup pada nilai RM4.1650. Prestasi bulanan bagi RM berbanding USD pada tahun 2022 adalah seperti berikut:- PAGE 19 LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022
Sepanjang tahun 2022, nilai tertinggi yang pernah dicapai oleh RM berbanding USD adalah pada kadar RM4.1725 iaitu pada 3 JAN 2022 manakala nilai terendah bagi RM adalah pada kadar RM4.7380 iaitu pada 14 OKT 2022. Manakala bagi minggu pertama 2023 iaitu pada 6 JAN 2023, RM telah ditutup pada nilai RM4.4020 berbanding USD. Faktor mempengaruhi nilai rm Nilai RM terus dipengaruhi oleh pelbagai faktor ekonomi dan politik sepanjang tahun 2022. Berikut adalah antara faktor yang mempengaruhi perubahan nilai RM;- (a) Keputusan Dasar Monetari AS : Pergerakan RM berkait rapat dengan keputusan dasar monetari oleh Rizab Persekutuan AS (FED). FED cenderung untuk mennaikan kadar faedahnya bagi mengawal kadar inflasi yang meningkat pada tahun 2022 seterusnya menyebabkan permintaan terhadap USD tinggi sehingga menjejaskan mata wang negara-negara lain terutamanya negara membangun seperti MALAYSIA; (b) Inflasi : Kadar inflasi akan mempengaruhi pergerakan kadar faedah sesebuah negara. Jika kadar inflasi meningkat, bank pusat negara tersebut akan cenderung untuk meningkatkan kadar faedah bagi mengawal peningkatan kadar inflasi dan seterusnya akan mempengaruhi pergerakan mata wang; PAGE 20 LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022
(e) Situasi politik : Keadaan politik yang kukuh serta stabil boleh meningkatkan kepercayaan pelabur dan menyebabkan nilai RM mengukuh. Sebaliknya, jika terdapat ketidakstabilan politik geostrategik, ia boleh mengurangkan kepercayaan pelabur dan menyebabkan kejatuhan RM. (c) Kadar faedah : BANK NEGARA MALAYSIA (BNM) cenderung untuk menaikkan kadar faedah atau Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi mengawal kadar inflasi. Selain daripada bagi mengawal kadar inflasi, kadar OPR negara turut bergantung kepada pergerakan kadar faedah AS bagi mengelakkan kejatuhan RM; (d) Keadaan ekonomi global : Polisi zero COVID-19 di CHINA dan perang RUSIAUKRAINE telah merubah landskap ekonomi global seperti pertumbuhan atau kemerosotan ekonomi seterusnya mempengaruhi permintaan terhadap RM; dan Walaubagaimanapun, perubahan nilai RM juga boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor yang tidak dijangka seperti kejadian bencana alam, status kesihatan antarabangsa (penyebaran penyakit berjangkit) dan peperangan. PAGE 21 LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022
PRESTASI RINGGIT JANGKAAN 2023 RM dijangka akan mengukuh dan diniagakan pada paras RM3.95 berbanding USD pada tahun 2023 berikutan ketidaktentuan politik domestik yang kian reda serta jangkaan kemerosotan USD. Dr ANTHONY DASS, Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan dan Ketua Penyelidik AMBANK RESEARCH berkata pembentukan kerajaan dalam tempoh yang singkat meskipun berdepan situasi Parlimen tergantung susulan tiada parti atau gabungan politik yang mendapat keputusan majoriti untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) telah memberi kelegaan kepada pasaran. Bagi akhir tahun 2023, RM dijangka diniaga pada paras RM3.95 hingga RM4.00/USD berbanding sebelum ini RM4.15 hingga RM4.20/USD ini berikutan keredaan kebisingan politik dan indeks Dolar AS yang dijangka terus merosot daripada paras tinggi. KENANGA RESEARCH pula menjangkakan dalam beberapa minggu akan datang, RM dijangka akan terus meraih manfaat daripada langkah FED yang kurang agresif dalam kenaikan kadar penanda arasnya. Selain itu, kestabilan politik MALAYSIA dan kelemahan bermusim Dolar AS mungkin membantu mata wang tempatan mengukuh berbanding dolar. Namun, pusingan “U” dalam dasar COVID-19 CHINA mungkin mengubah naratif kenaikan Ringgit. LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 PAGE 22
Kekurangan bekalan ayam, telur ayam dan minyak masak paket yang berlaku di pasaran merunsingkan dan ia dirasai oleh keseluruhan rakyat MALAYSIA. Keberadaan bekalan agak terumbang ambing di pasaran, namun rakyat masih menikmati bekalan makanan tersebut dalam kadar yang sederhana. Industri ternakan ayam dan telur ayam merupakan industri yang matang, ianya telah diusahakan sekian lama di MALAYSIA. Industri ini mampu memenuhi kehendak bekalan negara dengan mempunyai 105 peratus Self-Sufficient Level (SSL). Sebelum ini, MALAYSIA hanya mengimport ayam untuk diproses dalam industri hiliran seperti produk sosej, burger dan sebagainya. SEKTOR BEKALAN PEPERANGAN RUSIAUKRAINE Peperangan RUSIA - UKRAINE yang berterusan menyebabkan rantaian bekalan makanan terjejas. Harga jagung meningkat secara mendadak. Isu ini juga dipengaruhi oleh kelemahan matawang Ringgit susulan kebanyakan makanan ternakan adalah diimport dari luar negara selain masalah wabak penyakit yang menyebabkan ayam tidak membesar dan mati. Manakala bagi minyak masak paket pula kekurangan bekalan adalah susulan terdapat penyelewengan terhadap item bersubsidi ini oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti ketirisan ke negara jiran dan pembungkusan semula ke dalam kemasan botol bagi meraih keuntungan berlipat ganda. Sementara itu, ia juga berpunca daripada masalah permintaan yang tinggi susulan turut digunakan oleh pihak industri dan dinikmati oleh golongan M40 dan juga T20. LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 PAGE 23
Kerajaan sentiasa prihatin terhadap penternak dengan mengekalkan pemberian subsidi, malah bertindak menaikkan jumlah pemberian subsidi kepada item ayam dan telur ayam kepada penternak bagi menampung kos ternakan yang melambung tinggi. Berikut adalah langkah-langkah yang telah diambil:- LANGKAH KERAJAAN a) Mengekalkan subsidi Selain mengekalkan subsidi minyak masak paket untuk dinikmati oleh rakyat yang berpendapatan rendah. Langkah memberi subsidi kepada pemain industri adalah langkah yang bersifat sementara. Pihak industri mahukan harga yang diapung dan pemain industri merasakan pengapungan harga adalah jalan yang terbaik buat masa ini berbanding memberi subsidi. Walau bagaimanapun, kerajaan melihat isu sekuriti makanan dalam perspektif yang luas dalam menjaga kebajikan pembeli dan kebajikan pemain industri sendiri. b) Pasukan Khas Jihad Sebelum ini kerajaan terdahulu bertindak menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bagi membantu rakyat mendepani cabaran kenaikan kos sara hidup. Melalui penubuhan ini, banyak keputusan dan tindakan melibatkan penambahbaikan untuk isu bekalan makanan telah dibuat untuk kesejahteraan rakyat seperti Program Jualan Keluarga MALAYSIA (PJKM) dan Program Jualan Murah Keluarga MALAYSIA (PJMKM) dan keputusan penting lain bersama agensi terlibat bagi menjamin sekuriti makanan negara. c) Subsidi Rakyat sudah terkesan dengan menanggung beban dengan inflasi makanan ketika ini. Oleh itu, demi mengimbangi beban semua pihak kerajaan menampung beban dengan pemberian subsidi serta mengenakan harga kawalan, di samping mempertimbangkan untuk pemberian subsidi bersasar. Walaupun mendapat tentangan dari sesetengah pihak untuk mendesak pengapungan harga bagi item - item tersebut, kerajaan masih mempertimbangkan perkara ini supaya situasi menang - menang dapat dilaksanakan. d) Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN2.0) dan Dasar Sekuriti Makanan Negara (DSMN) Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN2.0) dan Dasar Sekuriti Makanan Negara (DSMN) dibuat melibatkan kesemua sektor makanan. industri yang paling stabil adalah industri ayam kerana MALAYSIA mampu untuk mengeksport bekalan ke luar negara. Walau bagaimanapun, MALAYSIA masih mengimport bekalan seperti daging, sayur – sayuran, buah – buahan, susu dan beras bagi memenuhi keperluan harian rakyat. LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 PAGE 24
e) Larangan Eksport Dalam pada itu, selain menghentikan eksport ayam ke luar negara, kekurangan bekalan ayam yang berlaku juga telah mendorong kerajaan memansuhkan Approved Import (AP) bertujuan untuk meningkatkan peluang penglibatan pengimport bagi menyediakan lebih banyak sumber bekalan. Bagi telur ayam, kerajaan baharu baru - baru ni bertindak mengimport bekalan telur dari INDIA bagi menampung kekurangan bekalan pasaran tempatan. Bagi minyak masak paket, pihak KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP (KPDN) sentiasa memantau item ini supaya tidak berlaku ketirisan dalam pasaran oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pemantauan serta tangkapan juga dilakukan oleh CAWANGAN PERISIKAN DAN SIASATAN KHAS, PDRM (CPSK) terhadap aktiviti penyeludupan dan penyelewengan minyak masak bersubsidi. f) Industri Penanaman Jagung Bijirin KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN (MAFS) dan agensi – agensi terlibat sedang berusaha membangunkan industri penanaman jagung bijirin di MALAYSIA dalam membantu mengeluarkan produk makanan ternakan. MAFS sedar bahawa industri ini perlu dikembangkan supaya negara dapat mengurangkan kebergantungan terhadap produk import. Cubaan penanaman jagung bijirin di PERLIS ditaksirkan berjaya dan dipercayai akan dikomersilkan oleh syarikat - syarikat di MALAYSIA. Peperangan antara UKRAINE dan RUSIA menyebabkan banyak bekalan makanan dunia mengambil proses yang panjang dan sukar untuk menampung permintaan seluruh dunia. Kadar inflasi yang tinggi menaikkan kos sara hidup dan mengurangkan kuasa beli pengguna. Kadar inflasi MALAYSIA pada bulan OGOS 2022 meningkat kepada 4.7 peratus berbanding 4.4 peratus pada JUL 2022. Ini berikutan kenaikan input pengeluaran dan harga bahan api yang disebabkan gangguan berterusan rantaian bekalan global. KADAR INFLASI Perkembangan ini, turut diburukkan lagi dengan ketegangan geopolitik yang berlaku di peringkat global apabila CHINA menagambil langkah menutup pintu sempadannya. Tinjauan oleh Dewan Perniagaan Cina mendedahkan lebih daripada 50 peratus dalam kebanyakan sektor, terutamanya sektor pembuatan dan pembinaan melaporkan kenaikan ketara dalam harga bahan mentah tempatan dan import pada kadar kenaikan lebih daripada 10 peratus. Kenaikan ini berterusan sehingga Suku Kedua (Q2) Tahun 2022. PAGE 25 LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022
Peningkatan kadar inflasi telah mencetuskan peningkatan permintaan barangan dan perkhidmatan dalam pasaran secara mendadak diluar kemampuan bekalan dan penawaran oleh pembekal, peniaga dan penjual. Situasi ini memaksa golongan peniaga menaikkan harga barangan dan caj perkhidmatan bagi memenuhi permintaan tersebut. Berikut adalah permasalahan yang berlaku apabila berlakunya peningkatan inflasi: - (a) Kos operasi, pengeluaran, pengedaran meningkat; (b) Kos tenaga kerja meningkat; (c) Kos bahan mentah turut meningkat; dan (d) Kos sara hidup meningkat P E R M A S A L A H A N I N F L A S I Antara faktor kenaikan adalah disebabkan harga tenaga dan komoditi susulan perang RUSIA-UKRAINE serta kekurangan bekalan global sekaligus memburukkan lagi situasi ini dan meningkatkan lagi kos perniagaan. Isu ini jika berlanjutan dikhuatiri akan membantutkan proses pemulihan ekonomi negara. F A K T O R K E N A I K A N I N F L A S I PAGE 26 LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022
LANGKAH PENYELESAIAN ATASI KOS SARA HIDUP Cadangan penyelesaian bagi mengatasi impak kos sara hidup adalah seperti berikut :- (a) Meningkatkan kadar faedah Overnight Policy Rate (OPR) untuk mengelakkan pinjaman bagi berbelanja untuk menampung gaya hidup (b) Mengurangkan ataupun menghentikan seketika aktiviti eksport melibatkan barangan dan makanan bagi menampung keperluan rakyat MALAYSIA (c) Menetapkan harga siling baru untuk makanan keperluan negara bagi membolehkan pembekal dapat meningkatkan pengeluaran makanan pada masa akan datang (d) Meningkatkan subsidi kepada pembekal makanan (e) Institusi kewangan mengenakan kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman yang diberikan kepada pelabur (f) Mengurangkan jumlah import dan menambahkan jumlah eksport bagi barangan yang bukan keperluan atau berkaitan makanan PAGE 27 LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022
Kenaikan kos input ini telah menggangu pengeluaran hasil ayam dan telur ayam. Selain itu, pemain industri pertanian juga dilihat tidak mampu bertahan untuk menyerap kenaikan kos input seperti kenaikan harga baja, racun dan benih. Sehingga kini, pengeluaran hasil seperti padi beras masih pada tahap yang sederhana. Oleh itu, kerajaan dan pihak yang berkenaan digesa lebih peka dan prihatin dalam menangani masalah gangguan rantaian bekalan makanan yang menjadi faktor utama kepada kenaikan harga barang. Perhatian yang lebih serius dan tindakan yang proaktif perlu difikirkan oleh kerajaan terhadap kenaikan harga makanan ternakan, kenaikan harga baja, racun dan benih bagi pertanian demi sekuriti makanan negara. Kerajaan perlu komited dalam menguruskan isu bekalan makanan untuk memastikan sekuriti makanan negara terjamin KENAIKAN KOS INPUT LANGKAH PENYELESAIAN PAGE 28 LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022
S Y A R I K A T B E R K A I T A N K E R A J A A A N ( G L C ) & G L I C Antara syarikat-syarikat besar dalam GLC dan GLIC yang menarik perhatian sepanjang tempoh kajian tahun 2022 adalah :- Pada 7 FEB 2022 jam 1030, SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) telah membuat serbuan di pejabat MARA, MARA CORPORATION SDN BHD (MCSD) dan pejabat setiausaha syarikat MCSD bagi mendapatkan maklumat, mengumpul dokumen dan mengambil keterangan beberapa saksi daripada MCSD berkaitan dakwaan isu integriti lima pegawai kanan agensi terbabit yang dipinjamkan secara 'Cross Fertilisation Program' yang dipercayai menyalahguna kuasa berkait dengan isu tuntutan elaun; a) MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) – Isu Tuntutan Elaun Dan Integriti Tindakan SPRM diambil ekoran surat yang bertarikh 30 JAN 2022 yang dihantar oleh Dato’ SUHAILI bin ABDUL RAHMAN, Pengerusi Eksekutif MCSD kepada Datuk Seri Panglima Hajah AZIZAH binti Datuk Seri Panglima Haji MOHD DUN, Pengerusi MARA berkaitan permohonan untuk melakukan siasatan dalaman terhadap lima pegawai tinggi MCSD yang dipercayai membuat tuntutan bayaran acting allowance tanpa pengetahuan Pengarah Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah lain. Ia juga termasuk pembayaran secara backdated tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah MCSD dan Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan (Nomination and Remuneration Committee - NRC). LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 PAGE 29
b) PETROLIAM NASIONAL BERHAD (PETRONAS) – Laporan Rampasan Aset Oleh Waris Kesultanan Sulu DiLUXEMBOURG Pada 12 JUL 2022, FINANCIAL TIMES yang berpangkalan di LONDON telah melaporkan bahawa dua anak syarikat PETRONAS yang diperbadankan di LUXEMBOURG iaitu PETRONAS AZERBAIJAN (SHAH DENIZ) dan PETRONAS SOUTH CAUCASUS telah dirampas oleh Waris Kesultanan SULU melalui bailif di LUXEMBOURG pada 11 JUL 2022. Dua syarikat tersebut dilaporkan bernilai lebih daripada USD2 bilion (RM8.87 bilion). Rampasan tersebut adalah tindakan undang-undang susulan penimbang tara di PERANCIS yang memutuskan bahawa MALAYSIA dikehendaki membayar kepada Waris Kesultanan SULU sebanyak USD14.92 bilion (RM62.59 bilion). Pada 12 JUL 2022, PETRONAS telah mengeluarkan kenyataan memaklumkan tiada aset mereka di AZERBAIJAN yang telah dirampas oleh Waris Kesultanan SULU seperti mana dilapor FINANCIAL TIMES kerana aset tersebut telah dijual pada 1 OKT 2021. Walau bagaimanapun, kedua-dua bekas anak syarikat itu menerima notis “Saisie-Arret” (notis pengambil alihan aset bagi mendapatkan jumlah penghakiman timbang tara) pada 11 JUL 2022, namun tidak berlaku sebarang pemindahan asset. PETRONAS menganggap tindakan yang diambil terhadapnya sebagai tidak berasas dan tiada sebarang risiko ke atas kedua-dua anak syarikat tersebut berikutan telah melakukan pelupusan aset sebelum notis tersebut lagi. c) SAPURA ENERGY BERHAD (SEB) – Krisis Kewangan Syarikat SEB telah mencatat kerugian pada tahun kewangan berakhir 31 JAN 2022 iaitu RM8.9 bilion berbanding kerugian RM160.87 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama 2021. Jumlah aset SEB sebanyak RM16.23 bilion dan jumlah liabiliti sebanyak RM15.98 bilion. Pada tahun 2022, SEB memiliki jumlah aset sebanyak RM22.66 bilion dan jumlah liabiliti sebanyak RM13.72 bilion; LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 PAGE 30
Pada 2019, SEB merupakan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di mana PNB memiliki 40 peratus pegangan kepentingan dan KUMPULAN WANG PERSARAAN (KWAP) sebanyak 2.89 peratus dimana sebelum ini SEB merupakan syarikat swasta; PNB sebagai pemegang saham utama terkesan secara langsung dan MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK) juga akan terkesan sebagai pemiutang yang telah memberi pinjaman tertinggi kepada SEB. Hasil pelaburan tersebut, jumlah dividen yang diterima oleh PNB dan KWAP ialah sebanyak RM440 juta; SEB sedang menjalani pelan penstrukturan semula hutangnya yang melibatkan bank, vendor dan kontraktor melalui perintah Mahkamah Tinggi KUALA LUMPUR pada 10 MAC 2022 yang telah memberi pelepasan kepada kumpulan SEB melalui rundingan penstrukturan kembali pembayaran hutangnya kepada pemiutang dan vendor. Mahkamah juga mengeluarkan Perintah Penyekatan (RO) untuk menyekat tindakan undang-undang mana-mana pihak terhadap SEB bagi memastikan rundingan dengan pihak pemiutang dapat berjalan lancar. Kesemua bank peminjam bersetuju memberikan standstill atau moratorium sepanjang perintah RO dan membolehkan SEB melaksanakan proses penstrukturan semula hutangnya dengan lancar; PAGE 31 LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 Oleh itu, pada 30 MEI 2022 anak syarikat milik penuh SEB iaitu SAPURA 3000 PTE LTD memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) untuk penjualan kapalnya dikenali sebagai Sapura 3000 dengan nilai USD71.50 juta (RM312 juta) kepada SAFEEN FEEDER COMPANY – SOLE PROPRIETORSHIP LLC. Manakala pada 21 MEI 2022, kementerian kewangan juga akan memberi jaminan bantuan kewangan kepada SEB dan pakej bantuan tersebut masih diteliti oleh Menteri Kewangan; Pada 8 DIS 2021, SEB juga telah mengambil langkah awal untuk pelan pemulihan syarikat melalui satu pasukan khas diketuai CEO dengan dibantu penasihat kewangan dari PRICE WATER HOUSE COOPERS (PWC) dan ROTHSCHILD & CO;
LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 PAGE 32 SEB juga masih mempunyai kontrak tender dalam tangan bernilai RM8.1 bilion dan nilai kontrak RM30 bilion dalam bidaan sekaligus mampu menjana aliran tunai masuk (cash inflow) yang tinggi dan masih berdaya maju pada ketika harga minyak & gas dunia mencecah paras tertinggi serta permintaan dunia bagi perkhidmatan syarikat tersebut juga meningkat. Lebih 60 peratus daripada pendapatan SEB diperoleh daripada sumber kontrak luar negara; SEB berusaha mengukuhkan kedudukan kewangan dengan mengurangkan aliran tunai dan membendung kerugian melalui rundingan semula kontrak yang dimenangi sebelum COVID-19 dan tidak mengambil kira kos berkaitan pandemik. Selain itu, SEB juga sedang mencari sumber dana baharu untuk modal kerja sebanyak RM1.5 bilion hingga RM1.8 bilion dengan menjual beberapa aset dan perniagaan syarikat yang dianggap tidak lagi strategik berdasarkan pelan perniagaan. Seiring objektif syarikat untuk kekal fokus dan cekap bagi memaksimumkan penggunaan aset strategik, SEB akan menumpukan aktiviti syarikat kepada projek dan kontrak di ASIA PASIFIK dan ATLANTIK. d) TENAGA NASIONAL BHD (TNB) – Import Arang Batu Daripada INDONESIA Pada 31 MEI 2022, TNB telah memeterai perjanjian import arang batu daripada INDONESIA membabitkan nilai USD3 bilion bagi tempoh tiga tahun. Nilai kontrak terbabit telah meningkat daripada USD2.3 bilion bagi tahun 2021 berikutan kenaikan mendadak harga arang batu dunia daripada USD200 per tan kepada USD414 per tan. Pada 1 FEB 2022, kadar surcaj sebanyak 3.70 sen/kwj dikenakan kepada penguna elektrik bukan dosmetik yang terdiri daripada pengguna komersial dan industri; Manakala bagi pengguna domestik di SEMENANJUNG, kerajaan mengekalkan tarif mengekalkan rebat dua sen kilowatt per jam (kWj) kepada semua pengguna domestik bagi tempoh 1 JUL hingga 31 DIS 2022. Kerajaan menampung subsidi tarif elektrik berjumlah RM6.51 bilion pada tahun ini bagi memastikan tiada kenaikan tarif elektrik untuk membantu rakyat menghadapi tekanan inflasi. Akaun syarikat dilihat masih positif dimana jumlah aset syarikat bernilai RM182.6 bilion melebihi jumlah liabiliti syarikat iaitu sebanyak RM124.21 bilion sekaligus syarikat berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran kewangan tahun 2022 berdasarkan prestasi memberangsangkan pada pertengahan tahun 2022.
e) Projek LITTORAL COMBATANT SHIP (LCS) Kontrak projek LCS diberikan oleh Kerajaan kepada syarikat BOUSTEAD NAVAL SHIPYARD SDN BHD (BNS) secara rundingan terus pada 14 OKT 2010 untuk pembinaan enam buah kapal kepada TLDM. Kerajaan telah membayar sejumlah RM6.083 bilion untuk projek LCS (Nilai Kontrak RM9.1286 Bilion), namun tiada sebuah kapal LCS pun yang telah disiapkan. Menurut jadual asal, setakat OGOS 2022 sepatutnya lima (5) buah kapal LCS harus disiap dan diserahkan; Sejak NOV 2019 pembinaan kapal LCS telah ditunda dan didapati terdapat beberapa syarikat yang terjejas hingga membawa kepada penutupan syarikat terutama selepas perlaksanaan PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) ekoran COVID-19 justeru segala perjanjian dan kontrak bersama semua pengilang perlu disemak semula; Terma-terma kontrak adalah lemah dan tidak memihak kepada Kerajaan. Pembayaran projek LCS berdasarkan kemajuan aktiviti atau pembekalan item dan bukan berdasarkan kemajuan sebenar. Bayaran sebanyak 63.8% berbanding kemajuan kerja sebenar sebanyak 42.7%. Jawatankuasa KiraKira Wang Negara (PAC) mengadakan 9 prosiding berhubung LCS bermula 18 NOV 2020 hingga 8 MAC 2022; Lembaga Pengarah BNS telah membatalkan surat anugerah kontrak kepada syarikat CONTRAVES ADVANCE DEVICES (CAD) dan CONTRAVES ELECTRODYNAMICS (CED) bernilai RM3.4 bilion pada JUN 2022. Pada 16 OGOS 2022, Panglima Bersara Tan SRI AHMAD RAMLI MOHD NOR, bekas pengarah urusan BNS berdepan tiga tuduhan pecah amanah oleh SPRM membabitkan kes perolehan Kapal Tempur Pesisir (LCS) berjumlah RM21.08 juta tanpa mendapat persetujuan Ahli Lembaga Pengarah BNS. Pelan mobilisasi syarikat bermula bulan JUN 2022 hingga DIS 2022; Syarikat perlu menunjukkan perkembangan setiap kapal dan sekiranya gagal tindakan dan pembatalan kontrak akan dilaksanakan. BNS telah mencatat kerugian pada tahun kewangan berakhir 2021 iaitu RM52.7 juta. Kedudukan kewangan yang lemah dimana liabiliti syarikat sebanyak RM2.2 bilion dan aset hanya RM1.5 bilion dikhuatiri akan menjejaskan tempoh pembinaan kapal LCS. PAGE 33 LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022
SERTA-MERTA LANTIKAN POLITIK DIGUGURKAN Pada 15 DIS 2022, Tan Sri Dato' Seri MOHD ZUKI ALI, Ketua Setiausaha Negara mengumumkan kontrak semua pengerusi dan ahli lembaga yang dibuat melalui pelantikan politik dalam firma dan badan berkaitan kerajaan akan ditamatkan berkuat kuasa serta-merta. Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat jemaah menteri kabinet. Mereka yang kontraknya ditamatkan termasuk lantikan politik dengan badan berkanun persekutuan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat Kementerian Kewangan (Diperbadankan), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan institusi utama. Datuk Seri ANWAR bin IBRAHIM, YAB Perdana Menteri mengumumkan bahawa beberapa pelantikan politik akan dibuat dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sekali gus menolak cadangan bahawa beliau secara terangterangan menentang idea tersebut. Hal ini kerana ada kekeliruan yang timbul tentang pendirian beliau berhubung perkara tersebut dan menjelaskan bahawa pelantikan sebaliknya akan dibuat berdasarkan kelayakan individu dalam bidang berkaitan. Justeru menurutnya sebarang pelantikan orang politik bagi jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mestilah berdasarkan kelayakan selain mematuhi syarat-syarat tertentu. PAGE 34 LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022
Sepanjang tempoh kajian dari JAN hingga NOV 2022, prestasi perdagangan MALAYSIA merekodkan perkembangan memberangsangkan dan mengekalkan trajektori peningkatan sebanyak 29.9 peratus kepada RM2.613 trilion berbanding tempoh sama tahun 2021. Trajektori meningkat prestasi perdagangan khususnya disumbangkan oleh peningkatan dalam eksport sebanyak 27.2 peratus (RM1.42 trilion) dan import meningkat sebanyak 33.3 peratus (RM1.193 trilion) sekaligus merekodkan lebihan dagangan sebanyak 2.6 peratus (RM227.89 bilion). Antara sumbangan utama dalam pertumbuhan eksport adalah barangan elektrik dan elektronik (E&E), gas asli cecair (LNG), keluaran petroleum serta petroleum mentah. Eksport ke rakan dagang utama adalah negara-negara ASEAN, AMERIKA SYARIKAT (AS), KESATUAN EROPAH (EU) dan JEPUN. SEKTOR PERDAGANGAN Jadual 3 : Data Jumlah Dagangan Negara JAN hingga NOV 2022 Graf : Data Jumlah Dagangan Negara JAN hingga NOV 2022 LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 PAGE 35
Bagi tempoh suku ketiga tahun 2022 iaitu bulan JAN hingga SEP, MALAYSIA mencatatkan pelaburan yang diluluskan bernilai RM193.7 bilion dalam sektor perkhidmatan dan perkilangan yang membabitkan 2,786 projek serta bakal menjana 98,414 peluang pekerjaan baru sekaligus membuktikan kedudukan MALAYSIA sebagai destinasi pelaburan utama di ASIA.LEMBAGA PEMBANGUNAN PELABURAN MALAYSIA (MIDA) menjelaskan bahawa Pelaburan Langsung Asing (FDI) kekal sebagai penyumbang utama sebanyak 67.5 peratus atau RM130.7 bilion manakala Pelaburan Langsung Domestik (DDI) menyumbang 32.5 peratus atau RM63 bilion. prestasi pelaburan Daripada jumlah pelaburan diluluskan tersebut, CHINA mendominasi pelaburan asing sebanyak RM49.2 bilion dan seterusnya AMERIKA SYARIKAT (RM16.9 bilion), BELANDA (RM16.5 bilion), JERMAN (RM9.2 bilion) dan SINGAPURA (RM8.7 bilion). Bagi peringkat negeri, JOHOR mendahului senarai dengan pelaburan diluluskan sebanyak RM63.9 bilion, diikuti oleh WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (RM26.1 bilion), SELANGOR (RM25.7 bilion), SARAWAK (RM17.6 bilion) dan KEDAH (RM12.1 bilion). Jadual 4 : Jumlah Pelaburan Diluluskan Mengikut Negara Bulan JAN hingga SEP 2022 Jadual 5 : Jumlah Pelaburan Diluluskan Mengikut Negeri Bulan JAN hingga SEP 2022 LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 PAGE 36
a) Industri Penerbangan Industri penerbangan MALAYSIA mencatatkan kemajuan yang baik pada tahun 2022 berikutan pemulihan pasca-pandemik. Pembukaan semula sempadan antarabangsa sepenuhnya pada APR 2022 selepas ditutup selama dua tahun menjadi batu loncatan kepada momentum pertumbuhan yang lebih baik. Kadar vaksinasi yang tinggi dan penurunan jumlah kes COVID-19 baharu menjadi pendorong utama dan disokong oleh keperluan perjalanan yang dilonggarkan, terutamanya dengan memansuhkan ujian wajib COVID-19 dan penggunaan pelitup muka walaupun langkah tersebut masih dilaksanakan oleh sebahagian negara. Di MALAYSIA, industri penerbangan dijangka menyumbangkan kira-kira USD 1.97 billion secara langsung kepada negara dan memberi hasil sebanyak USD 6.3 billion kepada industri pelancongan. Industri penerbangan menyumbang kira-kira 3.3 peratus kepada KDNK dengan mencipta lebih 460,000 peluang pekerjaan. Menurut MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BHD (MAHB), setakat 15 SEP 2022, 62 peratus daripada syarikat penerbangan asing telah menyambung semula operasi di semua lima lapangan terbang antarabangsa di MALAYSIA. Langkah tersebut menyumbang kepada pergerakan penumpang yang menggalakkan, seterusnya mencatatkan peningkatan lebih enam kali ganda kepada 20.25 juta orang penumpang pada separuh pertama 2022 berbanding tempoh sama pada 2021. SEKTOR PENGAKUTAN Pada JUN 2022, jumlah pergerakan trafik penumpang MALAYSIA berjumlah 4.54 juta orang penumpang yang membentuk 63 peratus daripada jumlah pergerakan yang mencecah 7.21 juta. Secara keseluruhannya, MALAYSIA merekodkan 1.29 juta orang penumpang trafik antarabangsa, manakala trafik domestik ialah 3.24 juta orang penumpang dalam separuh pertama 2022. Industri penerbangan tempatan turut menerima kehadiran dua syarikat penerbangan baharu, MYAIRLINE SDN BHD dan SKS AIRWAYS SDN BHD selepas pandemik. MAVCOM memberikan lesen perkhidmatan udara permulaan kepada MYAIRLINE sekali gus membolehkan syarikat penerbangan tambang rendah itu untuk beroperasi sebagai syarikat penerbangan penuh di negara ini selama 12 bulan sehingga 14 NOV 2023. Sepanjang separuh pertama 2022, sebanyak 1,251 aduan telah dilaporkan kepada MAVCOM dengan 99.1 peratus (1,240) daripadanya adalah berkaitan syarikat penerbangan dan 0.9 peratus (11) pula membabitkan lapangan terbang. LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 PAGE 37
Pemberhentian pekerja bagi tempoh bulan JAN hingga bulan NOV 2022 menunjukkan penurunan sebanyak 52.48 peratus berbanding tempoh sama 2021 (57,179 pekerja) ekoran kedudukan ekonomi yang semakin pulih yang dipacu oleh aktiviti ekonomi yang menggalakkan lantas mendorong lebih banyak permintaan buruh dalam pasaran bagi memenuhi keperluan operasi perniagaan. Pemberhentian pekerja mengikut negeri masih lagi tertumpu di negeri-negeri yang mempunyai kawasan perindustrian utama seperti di SELANGOR, PULAU PINANG dan KUALA LUMPUR. SEKTOR PEKERJAAN DAN PASARAN BURUH Isu kekurangan pekerja masih menjadi antara isu utama yang dihadapi pemain industri khususnya dalam sektor pembuatan dan pembinaan serta sektor pertanian. Setakat 24 JUN 2022, kira-kira 20,000 orang pekerja asing telah tiba di MALAYSIA dimana hanya sekitar 6.5 peratus daripada jumlah kuota (310,000) telah diluluskan. Daripada jumlah 418,528 permohonan pekerja asing, hanya 114,121 pas pekerja telah diluluskan dalam Program Rekalibrasi Tenaga Kerja. Oleh itu, banyak perniagaan telah menurunkan skala pengeluaran. Sekiranya, isu kelewatan dalam kelulusan pekerja asing berpanjangan dikhuatiri mampu melembapkan produktiviti dan keluaran industri dalam negara. Menurut JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA, kadar pengangguran di MALAYSIA terus mencatatkan trend penurunan. Kadar pengangguran bagi bulan OKT 2022 adalah 3.6 peratus (602,000) iaitu pada kadar yang sama berbanding pada bulan SEP 2022, namun jumlah penganggur telah mengalami penurunan sebanyak 3,000 orang kepada 602,000 orang. Berdasarkan kepada laporan “STATISTIK PEMBERHENTIAN PEKERJA 2022, (RETRENCHMENT STATISTICS), TARIKH: 1 JAN – 31 NOV 2022” yang diterbitkan oleh JABATAN TENAGA KERJA SEMENANJUNG MALAYSIA (JTKSM), seramai 27,173 pekerja telah diberhentikan oleh 1,326 majikan. Statistik pecahan pekerja yang terlibat adalah seperti berikut:- Pemberhentian Pekerja Carta Pie 1: Statistik Pemberhentian Pekerja 2022 LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 PAGE 38
PASARAN PEKERJAAN - MYFUTUREJOBS Berdasarkan kepada laporan “MYFutureJobs” yang diterbitkan oleh PERKESO, jumlah jawatan kosong aktif pada JAN hingga DIS 2022 adalah sebanyak 265,793 manakala jumlah pencari kerja adalah seramai 511,992 orang. Berlaku kekurangan sebanyak 246,199 atau 48.01% kekosongan jawatan berbanding jumlah pencari kerja. kehilangan pekerjaan Berdasarkan data PERKESO kehilangan pekerjaan mengikut sektor bagi tahun 2022 Bagi tempoh JAN hingga DIS 2022, terdapat lima (5) sektor utama dikesan mempunyai jumlah pemberhentian tertinggi iaitu:- Carta Pie 2: Statistik Kehilangan Pekerjaan Mengikut Sektor Bagi tempoh JAN – DIS 2022, seramai 32,819 orang telah diberhentikan kerja dan seramai 14,089 orang telah mendapat semula pekerjaan mengikut pecahan sektor seperti berikut:- penempatan pekerja Carta Pie 3: Statistik Penempatan Pekerja Mengikut Sektor LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 PAGE 39
tindakan kerajaan Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan kestabilan pasaran pekerjaan dan membantu pekerja yang diberhentikan melalui Program Subsidi Upah (PSU), Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Plus 600, Employment Retention Program (ERP), JaminKerja Keluarga MALAYSIA dan MYFutureJobs. Selain itu, berdasarkan data pelaburan asing bagi tempoh pertengahan tahun 2022, sebanyak 1,714 projek telah diluluskan dengan nilai RM123.3 bilion sekaligus membuka peluang pekerjaan sebanyak 57,771 pekerjaan baru. Sehingga 8 JUL 2022, sebanyak RM20.92 bilion telah disalurkan melalui Program Subsidi Upah (PSU) meliputi 6.93 juta pekerja daripada 737,048 majikan bagi menyokong operasi perniagaan dan mengekalkan pekerja. Melalui Program Insentif Pengambilan Pekerja Jaminkerja dengan kerjasama PERKESO telah berjaya menempatkan seramai 4,459 belia di bawah Skim Perantisan Nasional (SPN). Selain itu, seramai 3,618 graduan telah berjaya ditempatkan melalui Program Peningkatan Kerjaya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT-CAP). Di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTEGE) yang merupakan inisiatif untuk melaksanakan program peningkatan kebolehpasaran dan memupuk kemahiran keusahawanan di kalangan graduan, seramai 4,316 graduan telah berjaya ditempatkan. Di bawah program Pembiayaan Pelancongan PENJANA, sebanyak 780 permohonan direkodkan dan sebanyak 409 permohonan pembiayaan telah diluluskan berjumlah RM84 juta. Manakala Pembiayaan Bantuan Bumiputera (BRF) telah membantu sebanyak 749 PKS dengan pembiayaan sejumlah RM226.8 juta. LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 PAGE 40
Program Subsidi Upah (PSU) - Sehingga 10 JUN 2022, sebanyak RM20.69 bilion telah disalurkan melalui Program Subsidi Upah (PSU) 1.0 meliputi 6.91 juta pekerja daripada 736,456 majikan bagi menyokong operasi perniagaan dan mengekalkan pekerja. JaminKerja Keluarga MALAYSIA - JaminKerja Keluarga MALAYSIA di bawah PERKESO, seramai 75,932 pekerja telah berjaya mendapat pekerjaan sehingga 13 MEI 2022 dan akan mewujudkan sebanyak 300,000 peluang pekerjaan baru. a) MyFutureJobs - sejumlah 92,832 orang telah berjaya mendapatkan pekerjaan dan sebanyak 484,563 jawatan kosong aktif telah ditawarkan di portal pekerjaan tersebut sehingga 30 JUN 2022; b) MALAYSIAN Short-term Employment Programme (MySTEP) - Seramai 2,709 peserta telah berjaya ditempatkan di sektor awam dan GLC setakat 25 MAC 2022; c) Dana Pinjaman Mudah PKS oleh BNM - Sebanyak 26,379 PKS telah mendapat manfaat dengan nilai sebanyak RM12.59 bilion setakat 25 MAC 2022; d) Syarikat Peringkat Pertengahan Teknikal dan Digital (MTC) - Sejumlah RM92.3 juta telah disalurkan kepada 13,892 perniagaan untuk mendigitalkan operasi dan saluran perdagangan mereka dalam bentuk geran dan pinjaman untuk langganan perkhidmatan digitalisasi; e) Skim Jaminan Danajamin Prihatin (DPGS) -Sejumlah RM2.07 bilion daripada jumlah jaminan telah diluluskan kepada 60 syarikat berbanding 92 syarikat yang memohon jaminan, sehingga 25 MAC 2022; dan f) Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) - Seramai 84 usahawan wanita telah dibantu yang melibatkan nilai pembiayaan berjumlah RM3.35 juta sehingga 28 FEB 2022. BANTUAN KERAJAAN DAN PEKERJA LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 PAGE 41
PRESTASI EKONOMI GLOBAL 2023 DAN IMPLIKASI KEPADA EKONOMI MALAYSIA AMERIKA SYARIKAT, KESATUAN EROPAH (EU) dan CHINA merupakan enjin utama pertumbuhan ekonomi global. Diramalkan prestasi ekonomi ketiga-tiga negara tersebut adalah perlahan pada tahun 2023. INTERNATIONAL MONETARY FUND (IMF) dan WORLD BANK telah menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi global 2023 masing-masing kepada 2.7 peratus dan 1.9 peratus. Ekonomi global berdepan kemelesetan pada 2023 akibat daripada tindakan Bank Pusat seluruh dunia menaikkan kadar faedah atas objektif untuk mengekang inflasi yang dicetuskan oleh konflik RUSIA – UKRAINE sejak FEB 2022. Secara keseluruhan, ekonomi negara maju diunjurkan berkembang sekitar 1.1 peratus, lebih perlahan berbanding 2.4 peratus pada 2022. Bagi pasaran negara membangun ASIA, dijangkakan prestasi ekonominya tumbuh 4.9 peratus, meningkat daripada 4.4 peratus pada 2022. Kemelesetan ekonomi ditaksirkan kemerosotan atau penurunan ketara dalam aktiviti ekonomi. IMF tidak menolak kemungkinan kemelesetan ekonomi global akan berlaku pada 2023 berikutan wujud risiko yang tinggi. Perkara ini disedari IMF sejak APR 2022 sehingga mendorong mereka menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi global 2022 kepada 3.6 peratus berbanding 6.1 peratus pada 2021. PRESTASI EKONOMI MENGIKUT ZON Menurut kajian Makro Global Oxford Economics, keadaan ekonomi global berkemungkinan bertambah buruk pada awal 2023. Kajian itu disandarkan kesan daripada gabungan polisi kewangan yang ketat, kenaikan inflasi dan krisis tenaga. Apabila berlakunya krisis ekonomi di sesebuah negara, kebiasaanya ia akan merebak secara cepat ke negara berdekatan kerana didorong oleh faktor spekulasi dan ketakutan para pelabur. Oleh itu, MALAYSIA tidak boleh terlepas daripada tempias krisis ekonomi dunia. Namun, kajian sama turut merumuskan sekiranya tiada sebarang kejutan dalam ekonomi negara maju, kebarangkalian jangkaan kemelesetan adalah singkat dan sederhana. LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 2022 PAGE 42
Isu kos sara hidup menjadi masalah utama hampir keseluruhan masyarakat dunia. Antara impak terbesar dalam berdepan krisis ekonomi dunia ialah kegagalan kenaikan gaji seiring dengan lonjakan harga barang pada 2022 dan 2023 seperti mana yang dinyatakan sebahagian penganalisis ekonomi. Dengan kuasa beli isi rumah yang semakin melemah, turut diramalkan tahap kemiskinan di negara berpendapatan rendah berpotensi meningkat berbanding 60 peratus dicatat di negara berpendapatan tinggi. Prospek ekonomi MALAYSIA bergantung kepada perkembangan ekonomi global memandangkan MALAYSIA sebuah ekonomi terbuka. Tekanan ekonomi, terutamanya peningkatan inflasi global akibat kenaikan harga yang berterusan dalam komoditi, makanan dan bahan mentah, di samping isu gangguan rantaian bekalan yang berterusan akibat ketegangan RUSIA dan UKRAINE dijangka meningkatkan lagi kos operasi. Tambahan pula, kewangan global yang lebih ketat dan peningkatan kos sara hidup dilihat antara cabaran kerajaan dalam usaha memulihkan ekonomi negara. Ekonomi MALAYSIA kini dipercayai mula merasai kesan pertumbuhan ekonomi global yang perlahan terutama dari negara-negara maju. LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 PAGE 43
PERSPEKTIF E5B (ANCAMAN SABOTAJ EKONOMI )
KETIRISAN BARANG KAWALAN BERSUBSIDI DI SEMPADAN Menyentuh tentang operasi kerajaan pada hari ini telah mengisytiharkan perang terhadap ekonomi bayangan atau shadow economy. Saiz aktiviti ini sekitar 21 peratus daripada saiz Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau nilainya mencecah RM300 bilion. Jika jumlah ini dicukaikan paling tidak sebanyak 3 peratus, negara sudah kehilangan RM9 bilion setahun akibat aktiviti tidak bertanggungjawab ini. Justeru menjadi tanggungjawab Bahagian E5 untuk membantu kerajaan dalam membasmi ketirisan dari terus berlaku. PAGE 45 LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 Menurut pakar kriminologi Datuk Seri AKHBAR SATAR, ekonomi bayangan yang digelar underground economy berkait dengan aktiviti jenayah, di mana kita dalam Bahagian E5 semestinya terfokus kepada aktiviti penyelewengan yang berkait dengan subsidi dan barangan kawalan, penyeludupan dan pelarian cukai rokok dan minuman keras, pemalsuan hakcipta, pengurup wang haram dan penyeludupan hidupan eksotik. Kesemua aktiviti jenayah ini telah berada dalam pemantauan kita sejak sekian lama melalui operasi yang dilaksanakan seperti OP SUBDI, OP CILIS, OP BASUH, OP CAPE dan OP KHAZANAH. Antara agensi yang wajar dipertingkatkan tahap kerjasama adalah agensiagensi luar seperti BANK NEGARA MALAYSIA, KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA (KPDNHEP), KASTAM DI RAJA MALAYSIA, SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA dan LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI. Berdasarkan rekod, pelbagai operasi telah berjaya dijalankan dan jenayah ekonomi telah dapat ditumpaskan dengan adanya kerjasama erat antara pasukan sahabat ini.
OP CILIS (KONTRABAND) - OPERASI BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 PAGE 46 LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 KETIRISAN HASIL KUTIPAN CUKAI PENYELUDUPAN ROKOK DAN ARAK Sepanjang tahun 2022, sebanyak (4) operasi telah berjaya dijalankan melibatkan pihak Cawangan Khas secara langsung hasil penyaluran maklumat risikan berkaitan OP CILIS di kontinjen KEDAH dan PULAU PINANG. Anggaran jumlah keseluruhan rampasan di bawah Akta Kastam 1967 adalah bernilai lebih kurang RM105,912.00 seperti berikut:-
PAGE 47 LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 Permintaan terhadap rokok seludup dan arak terus meningkat akibat didorong oleh harganya yang sangat murah. Sehubungan itu, kerajaan kehilangan lebih banyak hasil cukai berikutan tahap penyeludupan kontraband yang tinggi. Dalam membanteras penyeludupan sindiket Kontraband, seksyen 135, Akta Kastam 1967 adalah berkaitan.
PAGE 48 LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 KETIRISAN BARANG KAWALAN BERSUBSIDI DI SEMPADAN ( OP SUBDI) Isu penyelewengan barang kawalan bersubsidi di sempadan antarabangsa MALAYSIA yang terdiri dari negara THAILAND, INDONESIA, BRUNEI dan SINGAPURA merupakan salah satu perkara utama yang menjadi perhatian kepada Bahagian E5, Cawangan Khas. Umum mengetahui bahawa harga jualan barang kawalan di MALAYSIA yang lebih rendah serta bekalan yang mudah diperolehi merupakan faktor utama yang mempengaruhi peningkatan permintaan dari penduduk di negara-negara sempadan tersebut. Malah, kedudukan geografi seperti jarak persempadanan yang pendek antara dua negara serta wujudnya banyak lorong tikus telah menyebabkan aktiviti penyeludupan barang kawalan bersubsidi lebih mudah dilakukan. Selain itu, faktor demografi penduduk dan pertalian persaudaraan antara rakyat MALAYSIA dan rakyat negara jiran juga turut menyukarkan isu penyelewengan ini ditangani secara holistik. Menguatkuasakan undang-undang untuk membanteras penyelewengan dan ketirisan barang kawalan adalah menjadi due deligence Bahagian E5 dalam membantu pasukan sahabat dengan menyalurkan maklumat risikan yang berkesan dan operasi bersepadu. Walaupun isu penyelewengan barang kawalan di sempadan bukanlah suatu isu yang mudah ditangani, namun Bahagian E5 tetap meneruskan tindakan pro-aktif dan tegas dalam membendung isu penyelewengan barang kawalan ke negara sempadan di bawah OP SUBDI. Sepanjang tahun 2022, sebanyak (5) operasi telah berjaya dijalankan melibatkan pihak Cawangan Khas secara langsung hasil penyaluran maklumat risikan berkaitan OP SUBDI di seluruh kontinjen. Anggaran jumlah keseluruhan rampasan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 adalah bernilai lebih kurang RM625,034.00 dengan melibatkan jumlah tangkapan seramai enam (6) orang warga tempatan seperti berikut:-
PAGE 49 LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022
UNJURAN PRESTASI EKONOMI NEGARA Read More