The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mardiana Syafiah, 2023-01-24 13:13:39

Copy of OVERVIEW BAHAGIAN E5 TAHUN 2023

Copy of OVERVIEW BAHAGIAN E5 TAHUN 2023

TANDA DUNIA MENUJU KEMELESETAN / KELEMBAPAN Hampir seluruh pasaran di dunia telah menunjukkan tanda amaran krisis ekonomi global pada 2023. Tanda ketara ekonomi global menuju ke arah kemelesetan seperti berikut:- a) KRISIS PERBANKAN EROPAH Salah satu perusahaan perbankan utama dunia, CREDIT SUISSE GROUP dikhabarkan mengalami permasalahan modal dan likuidasi diikuti dengan penurunan tajam harga saham. Bank terbesar kedua di SWITZERLAND ini dikhuatiri mungkin mengakibatkan krisis kewangan sedunia yang bermula dari EROPAH sekiranya ia tidak berupaya memperbaiki situasi kerugiannya. Situasi ini telah dibayangkan bahawa wujudnya risiko akan kembali terjadi kejadian seperti keruntuhan LEHMAN BROTHERS HOLDINGS INC pada bulan SEP 2008 yang telah mencetus krisis kewangan dunia; B) PEPERANGAN RUSIA-UKRAINE Peperangan RUSIA-UKRAINE mulai 24 FEB 2022 antara punca utama yang mencetus inflasi makanan dan lonjakan harga komoditi di seluruh dunia. Tambahan pula, kemelut RUSIAUKRAINE dijangka berlarutan dan terus mendatangkan gangguan kepada keselamatan makanan dalam jangka panjang memandangkan sekatan terhadap RUSIA turut memberikan impak buruk terhadap pasaran global. Selain itu, bantuan NEGARA BARAT terhadap UKRAINE termasuk peralatan ketenteraan yang canggih serta sekatan ekonomi ke atas RUSIA telah mendesak RUSIA mengeluarkan amaran pengunaan senjata nuklear. Sekiranya RUSIA benar-benar melancarkan senjata nuklear atau peperangan ini berpanjangan dengan penglibatan negara lain maka perang berskala lebih besar akan meletus di EROPAH TIMUR. Walaupun MALAYSIA mengambil sikap berkecuali dalam konflik antara negara lain, namun negara kita tetap akan terjejas secara langsung dari segi politik, geopolitik dan ekonomi. . PAGE 51 LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022


C) KEMELESETAN EKONOMI DUNIA BANK DUNIA telah memberi amaran bahawa seluruh dunia akan mengalami kemelesetan ekonomi global apabila situasi seperti kadar inflasi kekal tinggi, kadar faedah semakin meningkat dan beban hutang bagi negara-negara membangun yang semakin tinggi. KDNK global dijangka merosot daripada 3.1 peratus pada tahun 2022 kepada 2.2 peratus pada tahun 2023. Pertumbuhan global yang rendah dipautkan dengan ekonomi di AMERIKA SYARIKAT dan EROPAH yang perlahan di mana pertumbuhan hanya dijangkakan pada 0.5 peratus pada tahun 2023. Meskipun berdepan dengan cabaran global yang ketara, pelbagai spekulasi tetap menunjukkan prospek pertumbuhan ekonomi MALAYSIA pada 2023 kekal memberangsangkan; D) POLISI MONETARI GLOBAL Dolar AS dilihat memainkan peranan besar dalam ekonomi global dan kewangan antarabangsa. Bagi tahun 2022, Bank Pusat AS telah menaikkan kadar faedah sebanyak tujuh (7) kali dengan terkini 4.25 peratus sekaligus memperlihatkan paras tertinggi sejak kemelesetan ekonomi 2007 (15 tahun). Diunjurkan kadar faedah AS akan terus dinaikkan melebihi 5.0 hingga 5.25 peratus pada 2023 tanpa penurunan sehingga 2024; dan Implikasinya, Dolar AS semakin mengukuh tetapi Ringgit semakin melemah. Dana negara sedang membangun seperti MALAYSIA dilihat akan mengalir ke pasaran AS, kerana selain daripada menjanjikan pulangan yang tinggi, pasaran AS juga dilihat selamat untuk pelabur meletakkan wang. PAGE 52 LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022


E) INFLASI GLOBAL Pemacu terbesar ekonomi dunia ialah kepenggunaan (consumption). Perniagaan kelihatan pulih di seluruh rantaian industi seperti pasca pandemik COVID-19. Namun kepesatan inflasi dikhuatiri merencatkan pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan. Peningkatan kadar inflasi global secara berterusan telah mengakibatkan kenaikan harga dalam segmen komoditi, makanan dan bahan mentah. Ia diburukkan lagi dengan tindakan Bank Pusat menaikkan kadar faedah dengan impak kepada penurunan kuasa beli pengguna pada masa keadaan pendapatan isi rumah yangkekal sama; dan Setakat ini,Bank Pusat AS belum menunjukkan sebarang tanda untuk tidak menaikkan kadar faedah selagi mana inflasi AS dilihat melebihi kadar sasaran 2.00 peratus dengan inflasi JUL 2022 dicatat 7.1 peratus. Kadar inflasi ASpernah melonjak mencecah 9.1 peratus, kadar tertinggi sejak tahun 1981 (42 tahun) iaitu pada JUN 2022. LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 PAGE 53


PROSPEK EKONOMI MALAYSIA 2023 Bagi tahun 2023, diramalkan ekonomi MALAYSIA menyederhana antara 4.0 peratus dan 5.0 peratus, sejajar dengan ramalan global IMF. Prospek ekonomi dan pasaran modal MALAYSIA diunjur berada di kedudukan yang kukuh dan stabil pada tahun 2023. Prospek ekonomi negara diukur daripada pelbagai perspektif antaranya adalah seperti berikut :- (a) Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) BANK DUNIA memberi jangkaan pertumbuhan KDNK MALAYSIA berada pada sekitar 4.2 peratus pada tahun 2023 dan 6.4 peratus disasarkan pada tahun 2022. Walaupun pertumbuhan KDNK dilihat menurun pada tahun 2023 berbanding 2022, tetapi ia telah diunjurkan pertumbuhan positif di bawah pengaruh kemelesetan dunia yang dijangka bakal berlaku. Selain itu, pertumbuhan KDNK tahun 2022 yang cemerlang ini adalah disokong oleh pemulihan ekonomi negara selepas pandemik dan pertumbuhan eksport negara yang sejajar dengan kesan kejatuhan nilai matawang Ringgit; BNM menjangkakan bahawa kadar inflasi kekal tinggi berikutan tekanan permintaan dan kos dalam negara dengan unjuran antara 2.8 peratus dan 3.3 peratus pada tahun 2023. Namun, MIDF RESEARCH memberi jangkaan inflasi MALAYSIA hanya berada antara 2.3 peratus dan 2.5 peratus pada 2023 sekiranya kerajaan mengekalkan subsidi bahan api semasa. Bagaimanapun, kadar inflasi dalam negara boleh berubah dari masa ke masa dan ianya bergantung pada subsidi yang diberikan oleh kerajaan; dan B) inflasi LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 PAGE 54


(c) OPR Bagi tahun 2022, BNM telah menaikkan Overnight Policy Rate (OPR) sebanyak 100 mata asas atau satu peratus kepada 2.75 peratus hasil empat siri mesyuarat MPC yang diadakan pada MEI, JUL, OGOS dan NOV 2022. Antara yang menarik perhatian adalah unjuran ahli ekonomi Goldman Sachs yang menyatakan BNM dijangka menaikkan OPR sehingga 3.50 peratus pada 2023. Antara justifikasinya ialah kebarangkalian pelaksanaan subsidi bersasar ke atas petrol akan lebih memberi kesan kepada kenaikan kadar inflasi. Majoriti pakar ekonomi menjangkakan kenaikan OPR pada 2023 adalah sekitar 3.00 hingga 3.25 peratus iaitu kenaikan 0.25 peratus masing-masing bagi bulan JAN dan MAC 2023.OPR terkini yang ditetapkan oleh BNM adalah pada kadar 2.75 peratus di mana telah meningkat sebanyak empat kali pada tahun ini dari kadar terendah1.75 peratus. OPR disasar akan meningkat lagi pada tahun 2023 sehingga antara 3.0 peratus atau 3.25 peratus seperti kadar pra-pandemik bagi memastikan pemulihan ekonomi yang mampan. Kenaikan kadar faedah bank pusat akan memberi kesan negatif kepada pasaran modal secara langsung dan juga kesan berantai kepada keseluruhan ekonomi negara. Sekiranya FED mengubah kadar faedah di AMERIKA SYARIKAT, kesannya kepada negara apabila kadar matawang, pasaran modal dan pertumbuhan ekonomi akan terkena tempias. FED telah meningkatkan kadar faedah secara agresif pada tahun ini bagi menangani masalah inflasi dengan kenaikan sebanyak enam kali dari 0.25 peratus kepada 4.00 peratus. Walaupun, kenyataan dari FED menyatakan akan mengambil langkah memperlahankan dalam kenaikan kadar faedah, namun kadar faedah masih akan ditingkatkan lagi bagi mengurangkan tekanan inflasi dan kadar kenaikan yang dilaksanakanbakal memberi kesan kepada ekonomi MALAYSIA; (D) Kenaikan Kadar Faedah RIZAB PERSEKUTUAN AMERIKA SYARIKAT (FED) LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 PAGE 55


R U M U S A N Menyorot situasi ekonomi MALAYSIA dilihat kekal pada landasan pemulihan pada tahun 2022, di tengah-tengah pemulihan permintaan luaran, pembukaan semula ekonomi domestik dan sokongan dasar domestik yang berterusan. Bagaimanapun, risiko penurunan pertumbuhan tetap ada, terutamanya berikutan ketidaktentuan luaran, manakala kadar pemulihan ekonomi dijangka terus tidak sekata bagi semua sektor, dengan momentum yang lebih kukuh dijangka dalam sektor berorientasikan eksport. Selain itu, pertukaran kerajaan pasca Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) sedikit sebanyak bakal membina kembali keyakinan para pelabur dari dalam dan luar negara terhadap prospek pelaburan di negara ini. Situasi ketidakstabilan politik sejak tahun 2018 telah mengheret negara dalam kancah krisis politik sekaligus kepercayaan para pelabur telah terhakis dan ekonomi negara semakin ketinggalan berbanding negara-negara ASEAN lain seperti INDONESIA, SINGAPURA dan VIETNAM. Tahun 2022 merupakan tahun yang mencabar bagi rakyat MALAYSIA kerana berdepan dengan pelbagai situasi getir seperti peningkatan kos sara hidup, kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR), kejatuhan nilai matawang Ringgit serta keadaan parlimen tergantung yang ekoran tiada parti politik memenangi kerusi parlimen dengan majoriti. Namun demikian, situasi-situasi yang negatif ini dapat dikawal dan tidak mendatangkan kesan yang serius kepada negara. LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 PAGE 56 MALAYSIA baru melepasi PRU-15 dengan melalui kesukaran proses dalam pembentukan kerajaan baharu yang disebabkan oleh tidak ada satu parti atau gabungan yang mendapat majoriti mudah sehingga terpaksa menubuhkan kerajaan perpaduan yang melibatkan pelbagai parti bagi memastikan MALAYSIA dapat bentuk Kerajaan Persekutuan yang stabil. Dengan itu, politik negara kita masih kelihatan mempunyai isu dalaman atau risiko terpendam yang boleh berbangkit dan mencetuskan kegagalan ekonomi dalam negara.


R U M U S A N Selain itu, perdagangan MALAYSIA adalah terdedah kepada perkembangan ekonomi global memandangkan MALAYSIA merupakan sebuah ekonomi terbuka. fenomena ini memberi implikasi tekanan terutamanya peningkatan inflasi global akibat kenaikan harga yang berterusan dalam komoditi, bekalan makanan dan bahan mentah. Di samping itu, isu gangguan rantaian bekalan yang berterusan akibat konflik RUSIA-UKRAINE yang berpanjangan dijangka meningkatkan lagi kos operasi dan input kepada perniagaan. Ini sedikit sebanyak mampu memberi kesan kepada kenaikan kos kepada harga barang import sekiranya nilai matawang MALAYSIA (RM) tidak kukuh. Namun, MALAYSIA perlu menjadi destinasi pelaburan yang mampu menarik pelabur luar bagi menjamin agihan kemakmuran dapat dirasai oleh setiap lapisan masyarakat. Lantaran itu, adalah penting untuk memastikan MALAYSIA sentiasa menawarkan peluang pelaburan yang berdaya saing berbanding negara serantau. Peranan KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI (MITI) menjadi agenda penting dalam memastikan MALAYSIA terus meraih momentum terutamanya dalam industria strategik dan berimpak tinggi. RAKUTEN TRADE SDN BHD mengunjurkan BURSA MALAYSIA didagangkan mencecah 1,560 mata menjelang akhir tahun ini dan mampu menguji paras 1,800 mata pada tahun 2023. Ini menunjukkan tahap keyakinan pelabur kembali meningkat selepas pasca Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU-15) kerana pelantikan barisan kabinet baharu yang dilihat mampu menterjemahkan kestabilan politik serta pelantikan Datuk Seri ANWAR IBRAHIM yang dilihat mesra pasaran sebagai Perdana Menteri Ke-10 menyemaikan sentimen positif, seterusnya mengembalikan tahap keyakinan pelabur untuk kembali ke pasaran tempatan. Oleh yang demikian, pasaran modal dijangka akan kukuh pada tahun 2023. LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5(M) 2022 PAGE 57


Bagi mengukuhkan pertumbuhan ekonomi dalam negara, kestabilan politik dan ketepatan dasar merupakan kriteria utama dalam memastikan keberkesanan pertumbuhan ekonomi. Kerajaan Persekutuan perlu memastikan boleh mentadbir dengan stabil, persetujuan dan persefahaman antara gabungan politik dalam Kerajaan Persekutuan perlu diperkasakan. Selain itu, pelaksanaan dasar ekonomi rasional perlu dilaksanakan bagi mengimbangi antara memenuhi kehendak rakyat dengan meningkatkan pendapatan negara. Pelaksanaan dasar ini juga tentu memerlukan karakter kepemimpinan kuat dan bertanggungjawab serta berkeupayaan menyakinkan semua pihak khususnya pelabur dan rakyat agar kelestarian ekonomi negara berada di landasan yang betul. Selain itu, pada tahun 2023, ekonomi global dilihat berada dalam situasi ketidaktentuan di mana akan mencabar daya tahan ekonomi negara. Namun, arah perkembangan ekonomi global merupakan faktor yang tidak dapat dikawal dan MALAYSIA tentu akan dipengaruhi oleh perkembangan global sama ada negatif atau positif. Oleh itu, adalah amat penting agar fokus diberikan pada pemulihan ekonomi dalam negara dan memperkukuhkan daya tahan ekonomi negara supaya berupaya menghadapi cabaran global dengan lebih stabil. LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5(M) 2022 PAGE 58 R U M U S A N Kestabilan politik merupakan elemen kritikal yang menentukan kekukuhan ekonomi dalam negara kerana tiada negara yang boleh mencapai kemakmuran tanpa kestabilan politik dengan polisi kerajaan yang tidak menentu. Sekiranya negara kita mengulangi sejarah Kerajaan Memerintah bersilih ganti dalam penggal yang sama, ia bakal menjejaskan keyakinan pelabur sekaligus akan memudaratkan ekonomi negara. Justeru itu, bagi tahun 2023 kerajaan perlu menitik berat perkara dalam menghadapi cabaran ekonomi yang akan datang dengan membuat perancangan yang lebih sempurna bagi menjamin kesejahteraan dan kemakmuran negara.


LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 PAGE 59 CHUAH Rpt No: 74/2022


LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5 TAHUN 2022 PAGE 60 SIMPANG AMPAT RPT. NO: 240-241/2022 MENUMBOK RPT. NO: 134/2022


PADANG BESAR RPT. NO: 720/2022 DONG RPT. NO : 1179 -1180/2022 LAPORAN TAHUNAN BAHAG PAGE 61 IAN E5(M) 2022


Click to View FlipBook Version