The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by normazita5758, 2021-12-06 06:43:08

BUKU TPP PAHANG - LENGKAP 2021

BUKU TPP PAHANG - LENGKAP 2021

TUKO
KALER
KUNING



Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang

EANINGFUL
EASURABLE
ALLEABLE

CEKAP CEPAT CERMAT

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri,
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.

© Jabatan Pendidikan Negeri Pahang 2021

Hak cipta terpelihara, tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, gambar dan isi kandungan buku ini dalam apa jua
bentuk dan apa juga cara sama ada elektronik, fotokopi, mekanikal,
rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

Transformasi Pendidikan Negeri Pahang

Editor:
Haji Abdul Rahim bin Mohd Yunus
Rohana binti Moin
Jalilah binti Salim
Ahmad Zafiru bin Mat Yassin
Haji Ahmad Bushra bin Abdul Rahman
Mohd Zulfakar Ali bin Muda
Shamdzul bin Ahmad
Mat Ganti bin Mansor

Reka Bentuk Grafik:
Mohd Zulfakar Ali bin Muda
Haji Ahmad Bushra bin Abdul Rahman

Dicetak Oleh:
Perkasa Ummah Enterprise
B60 Jalan IM 7/1
Bandar Indera Mahkota
25200 KUANTAN
Pahang

Pemacu Aspirasi
Pendidikan Pahang



SEULAS BICARA

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam Transformasi Pendidikan Pahang,

Alhamdulillah, rakaman kesyukuran yang teramatnya kepada Allah SWT kerana dengan izin serta limpah
kurnia-Nya, buku Transformasi Pendidikan Pahang (TPP) dapat direalisasikan penerbitannya.

Penulisan buku ini bertujuan untuk memberikan penerangan tentang hala tuju pendidikan negeri Pahang
bagi tempoh 10 tahun (2021-2030) akan datang. Penghasilan transformasi ini sangat signifikan lebih-lebih
lagi apabila sistem pendidikan kita akan memasuki fasa terakhir gelombang ketiga Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Berkewajaranlah langkah proaktif ini dilaksanakan sejajar
dengan pemikiran bijak pandai yang menyatakan bahawa apabila mengingini kejayaan, janganlah hanya
mengira anak-anak tangga tetapi panjatlah anak-anak tangga itu satu persatu.

Transformasi Pendidikan Pahang yang bertunjangkan CITra Pahang (Change, Innovation,
Transformation) dengan slogan Cekap, Cepat, Cermat diharapkan dapat memacu kecemerlangan
pendidikan di negeri Pahang yang pada akhirnya nanti akan memberikan impak kepada kemenjadian
murid secara holistik.

Bagi mencapai aspirasi yang diimpikan dalam persekitaran yang semakin berdaya saing ini, Jabatan
Pendidikan Negeri Pahang tidak terkecuali dan semestinya mengorak langkah sederap agar transformasi
ini menjadi tunjang kepada pengukuhan visi dan aspirasi sistem pendidikan Malaysia. Pengetua, guru
besar, guru-guru, ibu bapa dan komuniti memainkan peranan untuk menjayakan transformasi ini kerana
seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, seliang bagai buluh. Iltizam dan kerjasama semua pihak menjadi
sinergi agar CITra Pahang ini menjadi realiti yang membanggakan kita warga Pahang.

Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Transformasi
Pendidikan Pahang serta semua pihak yang memberikan sumbangan sama ada secara langsung atau
sebaliknya atas inisiatif yang padu untuk menghasilkan Transformasi Pendidikan Pahang. Besarlah
harapan kita semua agar usaha murni ini memperoleh rahmah dan barakah daripada Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

SEULAS BICARA

“Transformasi Pendidikan Pahang
bersifatkan 3M iaitu

Meaningful (bermakna),
Measurable (boleh ukur) dan

Malleable (mudah olah)
menjadi pemacu dalam
memenuhi aspirasi pendidikan

Negeri Pahang
berfokuskan kemenjadian

murid yang holistik”

HAJI ZAIMI BIN ABU BAKAR
Pengarah Pendidikan Pahang

DEFINISI LOGO

T terbentuk daripada 2 P yang diapit bersama:
T = Transformasi, P (merah) = Pendidikan, P (biru) = Pahang

Biru: Merah:
Profesionalisme dalam Futuristik

pendidikan negara

Kuning:
Di bawah
naungan Sultan

Putih: Gading:
Sistem pendidikan yang Melambangkan
identiti Pahang
bermutu tinggi dan
membentuk insan yang
berkualiti serta berilmu mulia

Gabungan Biru + Merah:
Transformasi

PENGURUSAN TERTINGGI

Hajah Asiah binti Hamzah
Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD

Haji Abdul Rahim bin Mohd Yunus
Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Pembelajaran

Abdul Mu’ti bin Ahmad Haji Zaimi bin Abu Bakar
Timbalan Pengarah Pendidikan Pengarah Pendidikan Pahang
Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

Mohammad Rosli bin Abdul Rahman
Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Pembangunan Murid

PENGURUSAN TERTINGGI

Haji Ishak bin Othman
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Sektor Pendidikan Islam

Datin Sri Kamariah binti Mohamad
Ketua Penolong Pengarah Kanan

Sektor Pendidikan Khas

Haji Yaakub bin Md. Salleh
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan

Norliza binti Mohamed Ali
Ketua Penolong Pengarah Kanan

Sektor Sumber Manusia

Amilia Suraya binti Muhamad Arif
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Sektor Infrastruktur dan Perolehan

PENGURUSAN TERTINGGI

Razahidi bin Abdul Hayet
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Sektor Pengurusan

Haji Abdullah bin Abu
Ketua Penolong Pengarah
Sektor Sumber Teknologi Pendidikan

Khairul Azlan bin Mohd Yusof
Ketua Penolong Pengarah
Sektor Integriti

Norasila binti Mohd Zain
Ketua Penolong Pengarah
Sektor Pengurusan Maklumat

Mohd Asri bin Ahmad
Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri
Sektor Psikologi dan Kaunseling

KUMPULAN PEMIKIR TPP

Haji Zaimi bin Abu Bakar
Pengarah Pendidikan Pahang
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

Haji Abdul Rahim bin Mohd Yunus
Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Pembelajaran

Baharum bin Haji Samat
Pegawai Pendidikan
Daerah Bera

Haji Yaakub bin Md. Salleh
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan

Rohana binti Moin
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Sains dan Matematik
Sektor Pembelajaran

Saruchi bin Sawal
Ketua Penolong Pengarah Kanan

Pendidikan Swasta
Sektor Pengurusan Sekolah

KUMPULAN PEMIKIR TPP

Hiruddin bin Mohit
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Prasekolah dan Sekolah Rendah
Sektor Pengurusan Sekolah

Ahmad Zafiru bin Mat Yassin
Ketua Penolong Pengarah
Sains dan Matematik
Sektor Pembelajaran

Mohd Sham Salleh bin Mohd Rashidi
Penolong Pengarah
Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD

Haji Shaiful-Azizi Sukri bin Mohd Kassim
School Improvement Partners+ (SIPartners+)

Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan

Ismail bin Husin
School Improvement Partners+ (SIPartners+)
Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut

Hajah Haniza binti Hashim
Pengetua

SMK (P) Methodist
Kuantan

STRUKTUR ORGANISASI

PENDIDIKAN NEGERI PAHANG

CITra

Change + Innovation + Transformation = CITra Pahang

Logo CIT:
Digabungkan menjadi bentuk kunci

Bentuk gajah:
Mewakili Pahang

Putih: Kuning: Merah:
Sistem pendidikan yang bermutu Di bawah Futuristik
tinggi dan membentuk insan yang naungan Sultan
berkualiti serta berilmu mulia

ISI KANDUNGAN 1

RINGKASAN EKSEKUTIF 4

MATLAMAT 5
6
ASPIRASI
7
TPP : 4 Aspirasi Sistem 8
TPP : 7 Aspirasi Murid 9
10
MODEL
11
Model Murid
Model Guru 12
Model Pemimpin 16
Model Sekolah 22
26
10 FOKUS UTAMA 32
38
Transformasi Murid #1 Pemerkasaan Potensi dan Bakat Murid 44
Transformasi Guru #2 Pemantapan Kebitaraan Guru 50
Transformasi MLT #3 Peningkatan Kualiti dan Keberkesanan MLT 56
Transformasi SLT #4 Peningkatan Kualiti dan Keberkesanan SLT 62
Transformasi Bilik Darjah #5 Pembudayaan Pengajaran dan Pembelajaran Bermakna dan Menyeronokkan
Transformasi Sekolah #6 Pemugaran Sekolah Berwatak 68
Transformasi Kolej/Pusat Tingkatan 6 #7 Pemugaran Kolej/Pusat Tingkatan 6 Sebagai Pilihan Utama
Transformasi PPD #8 Pemacu Transformasi Pendidikan 69
Transformasi JPN #9 Peneraju Transformasi Pendidikan
Transformasi PIBKS #10 Pemantapan Hubungan dan Sokongan

ONE PAGE MANAGEMENT TOOL (OPMT) : TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG

BIBLIOGRAFI

RINGKASAN
EKSEKUTIF

Transformasi Pendidikan Pahang (TPP)
(2021 – 2030)

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 merupakan dokumen strategik
hala tuju pendidikan yang holistik. PPPM 2013-2025 berhasrat mengoptimumkan kemenjadian
murid melalui peningkatan kualiti sistem pendidikan.

Dalam merealisasikan Gelombang 3 PPPM (2021-2025), semua sekolah, guru dan
pengetua/guru besar (PGB) perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. Oleh itu,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memberikan tumpuan kepada meningkatkan
keluwesan operasi untuk memupuk budaya kepimpinan rakan setugas bagi pembangunan
kecemerlangan profesional. Kementerian juga akan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada
model pengurusan berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan
inovasi dalam pengajaran. Matlamat Kementerian adalah untuk membangunkan sistem pengekalan
kemajuan kendiri yang mampu untuk mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian yang
lebih tinggi.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) komited untuk
meningkatkan prestasi pendidikan negeri secara menyeluruh dengan menghasilkan Transformasi
Pendidikan Pahang (TPP) sebagai satu wadah penambahbaikan yang mengambil kira pelbagai
cabaran semasa. TPP ini bersifat meaningful (bermakna), measureable (boleh ukur) dan malleable
(mudah olah) kepada semua peringkat yang terlibat iaitu sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD) dan JPNP.

1 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang

RINGKASAN
EKSEKUTIF

TPP merupakan pemangkin hala tuju pendidikan bermakna bagi mendepani perubahan dan
keperluan mendatang berasaskan model setempat yang merujuk aspirasi sistem dan aspirasi murid
dalam PPPM 2013-2025. TPP juga ialah suatu inisiatif strategik untuk menterjemah gerak kerja
pengurusan, seiring dengan Fokus & Gerak Kerja KPPM 2020; Bersama-sama Melangkah Lebih
Jauh, Fokus & Gerak Kerja KPPM 2019; Naratif Baharu Amalan Pendidikan, dan Fokus & Gerak
Kerja Profesional KPPM 2018; Melangkah ke Hadapan.

Matlamat TPP berfokus kepada kemenjadian murid:
● Pencapaian minimum murid Pahang (sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 dalam

Pentaksiran Bilik Darjah, Melepasi Tahap Minimum dalam UPSR, Layak Mendapat Sijil dalam
SPM, Lulus Penuh Semua Mata Pelajaran dalam STPM dan ‘Maqbul’ (Lulus) dalam STAM);
● Kemenjadian murid Pahang yang holistik;
● Kesediaan mendepani IR4.0 dan IR5.0 (murid Pahang berkemahiran serta pemikir yang
mempunyai nilai sahsiah yang tinggi); dan
● Kesediaan bekerja dan berdaya saing (mempunyai bina upaya insan dan kebolehpasaran).

TPP memberikan gambaran jelas tentang: ● Model Guru Pahang;
● Model Pemimpin Sekolah Pahang; dan
● TPP: Aspirasi Sistem; ● Model Sekolah Pahang.
● TPP: Aspirasi Murid;
● Model Murid Pahang;

Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 2

RINGKASAN
EKSEKUTIF

Fokus utama TPP merangkumi 10 Transformasi:

● Murid ● Sekolah
● Guru ● Kolej/Pusat Tingkatan 6
● MLT ● PPD
● SLT ● JPN
● Bilik Darjah ● Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta

Pendekatan nilai dalam tindakan diberikan penekanan dengan memperkenalkan slogan “cekap,
cepat dan cermat” bagi meningkatkan profesionalisme, integriti dan kualiti kerja.
Keberkesanan transformasi yang diharapkan melalui formula:
Change + Innovation + Transformation = CITra Pahang
TPP akan melalui 3 fasa tempoh pelaksanaan:
● Fasa I: Fasa Permulaan;
● Fasa II: Fasa Pemantapan; dan
● Fasa III: Fasa Penerusan.

Usaha untuk merealisasikan TPP ini akan menghadapi cabaran yang menuntut warga pendidikan
negeri Pahang agar memantapkan ilmu dan kemahiran, kesiapsiagaan, kesefahaman, kepantasan
bertindak dan kebijaksanaan membuat keputusan. Diharapkan TPP ini akan menjadi panduan bagi
membentuk kefahaman yang menyeluruh kepada semua warga pendidikan negeri Pahang.
Kerjasama dan sokongan padu daripada semua pihak amatlah dituntut bagi memastikan agenda
memartabatkan pendidikan negeri Pahang menjadi realiti.

3 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang

MATLAMAT

Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 4

TPP: ASPIRASI SISTEM

5 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang

TPP: ASPIRASI MURID

Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 6

MODEL MURID

CIRI
MODEL MURID

7 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang

MODEL GURU

CIRI
MODEL GURU

Multiteaching Skills

Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 8

MODEL PEMIMPIN

CIRI
MODEL PEMIMPIN

9 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang

MODEL SEKOLAH

CIRI
MODEL SEKOLAH

10Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang

10 FOKUS UTAMA

PIBKS MURID GURU
MLT
JPN TRANSFORMASI SLT

PPD BILIK DARJAH
KOLEJ/PUSAT
TINGKATAN 6 SEKOLAH

11 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang

TRANSFORMASI MURID

INISIATIF #1:
PEMERKASAAN POTENSI DAN BAKAT MURID

12Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang

TRANSFORMASI MURID

Setiap murid mempunyai sifat unik dari segi 1 Meningkatkan Melahirkan 2
perkembangan afektif dan kognitif, kematangan Pemimpin
sosial, keupayaan, motivasi, aspirasi, minat dan Bina Upaya
potensi. Potensi yang berkaitan dengan bakat
manusia menjadi salah satu aspek daripada fitrah Insan Masa Hadapan
manusia dan menjadi ukuran kebolehan manusia
dalam melakukan sesuatu aktiviti. Menurut Mok Soon Membudayakan Merealisasikan
Sang (2008) potensi manusia yang ditonjolkan
mempunyai tahap yang berbeza kerana bukan Murid yang Pendemokrasian
semua individu mempunyai peluang untuk Pendidikan
mempertingkatkan potensi mereka dalam alam 3 Sebati 4
kehidupan. Secara ringkasnya potensi manusia yang Teknologi
terpendam boleh dicungkil agar menjadi kebolehan
nyata melalui didikan dan strategi yang sesuai. 1. Meningkatkan Bina Upaya Insan

Mengapa Diperlukan? Strategi ini dapat meningkatkan bilangan murid yang
mempunyai pengetahuan, berkemahiran, berfikiran
Murid sebagai individu mempunyai kehendak dan kreatif dan kritis, menghayati agama, mengamalkan
keperluan asas seperti keselamatan, kasih sayang, budaya, adab dan nilai murni serta stabil emosi.
bermasyarakat dan kehendak penyempurnaan Merekalah yang bakal menerajui negara ini pada
kendiri. Selain itu, setiap murid memiliki kekuatan dan masa akan datang. Oleh yang demikian, strategi ini
potensi diri. Potensi dan bakat seseorang itu sangat merupakan elemen yang penting kerana murid yang
menunjang masa depannya tetapi banyak individu berjaya dalam pembentukan peribadi dan hal-hal
belum mengetahui potensi diri masing masing. pengetahuan menjadi elemen penting dalam
pembentukan peneraju masa hadapan.

Bakat dan Potensi Peningkatan Bina Insan
Individu Adalah Berbeza

Berdasarkan Transformasi Pendidikan Pahang
terdapat empat strategi yang menjadi tunjang kepada
pembentukan dalam usaha memperkasakan potensi
dan bakat murid bagi mencapai kejayaan yang
dihasratkan menjelang 2030 iaitu:

13 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang

TRANSFORMASI MURID

2. Melahirkan Pemimpin Masa Hadapan 4. Merealisasikan Pendemokrasian Pendidikan
Melalui strategi ini, setiap murid diberi peluang dan
Strategi yang kedua ini ialah melahirkan murid yang hak yang sama untuk mendapatkan pendidikan serta
dapat memimpin diri sendiri, keluarga, masyarakat, kemudahan yang disediakan tanpa mengira status
organisasi dan negara serta boleh membuat ekonomi, sosial, jantina, kaum, agama dan lokaliti.
keputusan, mempunyai hala tuju, berkeyakinan dan
futuristik. Pembentukan pemimpin masa hadapan Peluang dan Hak
yang baik sangat penting dan perlu diambil perhatian Mendapatkan Pendidikan
yang serius kerana negara harus diterajui oleh
barisan pemimpin yang terbilang. Kesemua strategi ini dilaksanakan serentak bagi
Pemupukan dan usaha menghasilkan pemerkasaan murid yang dihasratkan
melahirkan pemimpin masa dengan kerjasama daripada pihak guru, sekolah,
hadapan ini perlu dilakukan dari PPD dan JPN. Pelaksanaan untuk mencapai objektif
peringkat sekolah lagi. inisiatif ini adalah melalui strategi yang disenaraikan
di atas dan dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh
Pembentukan Pemimpin Masa Hadapan Negeri Pahang dengan menerapkan nilai atau 13 ciri
Model Murid iaitu:
3. Membudayakan Murid yang Sebati Teknologi

Melalui strategi ini, murid dapat

menjiwai dan mengamalkan elemen

teknologi yang baik dalam

kehidupan serta dapat

menghasilkan inovasi yang Sebati
Teknologi
memberikan manfaat kepada diri

sendiri dan masyarakat.

14Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang

TRANSFORMASI MURID

Apakah Bentuk Kejayaan? Kejayaan juga boleh diukur melalui pencapaian murid
dalam menghasilkan inovasi baru dalam kehidupan
Pelaksanaan TPP ini melahirkan murid mengikut dan pembelajaran. Kebolehan murid dalam
acuan Pendidikan Pahang. Peningkatan bina upaya menyampaikan pemikiran secara kreatif dan kritis
insan dalam strategi yang pertama ini bertujuan juga menguasai pelbagai kemahiran ialah kayu ukur
membentuk jati diri murid yang memartabatkan nilai kepada pencapaian inisiatif ini.
agama. Penghayatan beragama sangat penting
kepada semua manusia kerana semua agama
mengajarkan nilai-nilai moral yang seterusnya
membentuk manusia yang berakhlak baik/mulia.

Penghayatan Beragama Penghasilan
Inovasi
Selain itu, strategi ini juga melahirkan murid yang
celik Al-Quran melalui pelaksanaan Program Riadhul Kesan hala tuju kepada pengukuran pencapaian
Quran bagi murid yang beragama Islam. Peningkatan inisiatif ini bergantung kepada peluang dan hak yang
bina upaya insan ini dapat direalisasikan melalui sama rata dicapai oleh semua murid tanpa mengira
kejayaan minda yang pelbagai menerusi aktiviti- lokaliti sekolah, status ekonomi dan kaum serta
aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan. status sosial.

Celik Al-Quran

Melahirkan pemimpin masa hadapan yang futuristik,
menguasai teknologi terkini, mahir pelbagai bahasa
serta mempunyai jati diri warisan
budaya Pahang digambarkan
melalui pencapaian strategi yang
kedua.

Warisan Budaya Pahang

15 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang

TRANSFORMASI GURU

INISIATIF #2:
PEMANTAPAN KEBITARAAN GURU

16Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang

TRANSFORMASI GURU

Mengapa Diperlukan? Inisiatif ini menghasratkan guru-guru Pahang menjadi
Untuk memastikan keberkesanan pendidikan, faktor guru-guru yang unggul, bersahsiah, berkemahiran
asas yang paling penting ialah barisan hadapan yang tinggi dan berdaya saing dalam mendepani
kompeten. Guru merupakan barisan hadapan/ perubahan. Strategi dan usaha berterusan dirancang
pelaksana yang bertanggungjawab dalam secara teliti untuk memastikan semua warga yang
memastikan keberhasilan pendidikan terutama terlibat dalam pendidikan Pahang terus komited
kemenjadian murid. untuk meletakkan kualiti sistem terutama kualiti guru-
Pendidikan Pahang memerlukan guru-guru yang guru Pahang pada tahap yang membanggakan.
kompeten dan komited untuk memastikan
kemenjadian murid yang dihasratkan dalam PPPM Unggul
dapat direalisasikan dan hasrat ini memerlukan
penambahbaikan kualiti PdP dalam menyediakan Berkemahiran Bersahsiah
murid-murid untuk menghadapi persaingan global. Tinggi

Kemenjadian Murid Melalui PPPM Berdaya
Saing
Justeru, JPN Pahang melalui TPP komited untuk
memaksimumkan potensi guru, khususnya menerusi Pemantapan Kebitaraan Guru
Inisiatif #2 – Pemantapan Kebitaraan Guru.
Strategi Pelaksanaan:
17 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang
1 Memperkasakan Keterampilan Guru

2 Meningkatkan Kualiti PdP Guru

3 Membudayakan PdP Digital

4 Membudayakan PLC

5 Membudayakan Kajian Tindakan

TRANSFORMASI GURU

1. Memperkasakan Keterampilan Guru KBAT

Pengukur kejayaan kepada strategi ini dapat dilihat PAK21 Kemenjadian
apabila lebih ramai guru yang kompeten dalam Murid
pelbagai aspek dapat ditonjolkan. Kemunculan guru-
guru ikon/adiwira Pahang menjadi eviden pada 4K1N
pemerkasaan keterampilan guru.
TPP berhasrat untuk 3. Membudayakan PdP Digital
menghasilkan guru-guru
yang berketerampilan, Mendepani norma baharu sekarang, pendidikan
berkompetensi tinggi, memerlukan guru yang berkemahiran untuk
berpengetahuan luas, mengintegrasikan teknologi dalam PdP. Guru-guru
cekap dan berkeyakinan. perlu mempunyai kemahiran untuk mengaplikasikan
teknologi digital dalam usaha mereka untuk
Guru Adiwira menyampaikan ilmu kepada murid. Perkara ini dilihat
sangat perlu dalam suasana norma baharu apabila
Selain pengiktirafan, JPN juga mensasarkan pandemik COVID-19 yang sedang melanda sekarang
memerlukan pelaksanaan PdP secara dalam talian
kebitaraan guru-guru dirai dan dikongsi dengan dan juga pengajaran dan pembelajaran di rumah.

seluruh warga

pendidikan Pahang

melalui kolokium atau

Portal Pembelajaran

Pahang.

Portal Pembudayaan PdP Digital
Pembelajaran Pahang
18Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang
2. Meningkatkan Kualiti PdP Guru

Guru yang baik/hebat/cemerlang dapat
melaksanakan pembelajaran bermakna dan berkesan
melalui penggabungjalinan kaedah pedagogi supaya
dapat membangunkan KBAT murid. Guru perlu
berubah kepada pembelajaran yang berpusatkan
murid iaitu melalui amalan PAK21 yang berteraskan
4K1N (komunikasi, kolaboratif, kritis, kreatif dan nilai)
melalui kaedah PdP berkesan dan bermakna
berfokuskan kepada kemenjadian murid.

TRANSFORMASI GURU

Dalam memulakan budaya PdP Digital ini, guru-guru Perkongsian Amalan Terbaik PLC ini kemudiannya
yang berkemahiran akan berkongsi kepakaran boleh dijadikan perkongsian pada peringkat daerah
mereka dan seterusnya menjadikan platform dan negeri.
perkongsian ini sebagai langkah mula untuk mereka
membangunkan kapasiti dan potensi mereka. 5. Membudayakan Kajian Tindakan

Usaha ini seterusnya Dalam proses mendidik, guru sentiasa berhadapan
menggalakkan lebih ramai dengan isu dan masalah yang memerlukan mereka
lagi rakan guru untuk bertindak. Justeru, keperluan untuk guru memiliki
sama-sama memantapkan ilmu berkenaan kajian tindakan sangat penting.
pengintegrasian teknologi Kajian tindakan merupakan proses mengenal pasti
dalam PdP. isu dan masalah serta penyelesaian menggunakan
intervensi berfokus secara berterusan. Seseorang
Integrasi Teknologi dalam PdP guru perlu menjadi pemimpin instruksional di dalam
kelas kerana mereka perlu menyelesaikan masalah
4. Membudayakan PLC atau isu yang berlaku dalam PdP mereka. Kajian
tindakan seharusnya menjadi teras kerja guru secara
Antara amalan pembangunan profesionalisme yang tekal. Keberhasilan kajian tindakan mereka
mudah untuk dipraktikkan ialah PLC iaitu aktiviti seharusnya dikongsi supaya dapat membantu rakan-
berkolaboratif secara berterusan untuk meningkatkan rakan lain.
kualiti PdP guru. PLC dilihat sebagai satu platform
yang mana guru-guru boleh berkongsi kemahiran dan Pembudayaan Kajian Tindakan
pada masa yang sama saling membantu untuk
menyelesaikan masalah dihadapi dalam proses
pengajaran mereka. Amalan perkongsian PLC yang
berimpak seharusnya dibudayakan di sekolah-
sekolah.

Aktiviti Kolaboratif Berterusan

19 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang

TRANSFORMASI GURU

Apakah Bentuk Kejayaan? Cikgu Mohd Huzaire juga telah menempa nama bagi
guru kurang upaya apabila dinobatkan sebagai Tokoh
Transformasi Pendidikan Pahang (TPP) dapat Guru Kurang Upaya dalam Sambutan Hari Guru
menginspirasikan semakin ramai guru-guru Pahang Kebangsaan 2010.
meraih kecemerlangan pada peringkat kebangsaan
dan antarabangsa. Di antara nama-nama yang telah TOKOH GURU
menerima pengiktirafan global termasuklah cikgu KURANG UPAYA
Samuel Isaiah dan cikgu Noorjahan Sultan. Cikgu
Samuel Isaiah telah menerima anugerah Guru
Adiwira PAK21 2019 dan tersenarai dalam kumpulan
sepuluh finalis terbaik Global Teacher Prize tahun
2020.

Ketokohan Cikgu Samuel Isaiah Kecekalan Cikgu Mohd Huzaire

Terdahulu, cikgu Noorjahan Sultan telah tersenarai Dalam bidang kokurikulum, cikgu Mohamad Sahaimi
dalam kumpulan 50 finalis terbaik Global Teacher bin Zainal telah diiktiraf sebagai Jurulatih Cemerlang
Prize tahun 2016. Di samping itu, kreativiti dan Pusat Kokurikulum Kebangsaan tahun 2018 dan
inovasi cikgu Noorjahan Sultan terbukti apabila beliau 2019. Beliau juga adalah Guru Adiwira Pahang 2019
memenangi anugerah Pearson ELT Teacher kategori dan telah menerima Anugerah Ikon Kokurikulum
Asia dan Oceania tahun 2018. Pahang 2020.

ANUGERAH GURU
ADIWIRA

Kreativiti dan Inovasi Cikgu Noorjahan Keperibadian dan Inisiatif
Cikgu Mohamad Sahaimi

20Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang

TRANSFORMASI GURU

Masih ramai lagi guru Pahang yang telah menerima TPP mahu melihat guru-guru membudayakan Kajian
anugerah atau memimpin kejayaan sekolah di Tindakan sebagai kajian akademik yang berupaya
peringkat global dan kebangsaan. Kebitaraan dan merungkaikan isu prestasi pembelajaran anak-anak
keterampilan seperti inilah yang dihasratkan oleh didik.
TPP, demi memperkukuh masa depan anak-anak di
masa hadapan.

Keterampilan dan Kebitaraan Guru dalam Penghayatan Model Guru TPP
Pelbagai Bidang dan Peringkat

TPP dikatakan berjaya apabila kualiti PdP guru
mencerminkan kecemerlangan yang sejajar dengan
skor SKPMg2. Guru-guru membudayakan PdP digital
dan menjadikan PLC sebagai platform perkongsian
dan percambahan inovasi mengajar.

Guru Berkebolehan dan
Multiteaching Skills

21 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang

TRANSFORMASI
PASUKAN PEMIMPIN PERTENGAHAN
(MIDDLE LEADERSHIP TEAM-MLT)

INISIATIF #3:
PENINGKATAN KUALITI DAN KEBERKESANAN MLT

22Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang

TRANSFORMASI
PASUKAN PEMIMPIN PERTENGAHAN
(MIDDLE LEADERSHIP TEAM-MLT)

Mengapa Diperlukan? MLT dalam kepimpinan sekolah sangat penting
kerana menurut Harvey (2002) “sekolah sangat
Middle Leadership Team (MLT) adalah pasukan memerlukan seorang pemimpin yang mempunyai visi
pemimpin pertengahan yang terdiri daripada Guru yang jelas tetapi akhirnya pemimpin pertengahan
Kanan Mata Pelajaran (GKMP) dan Ketua Panitia yang melaksanakan visi tersebut". Hal ini disokong
(KP) di sekolah. Mereka adalah perantara barisan juga oleh Maxwell dalam 3600 Leader yang
pentadbir yang berada di atas dan guru-guru yang menyatakan 99% kepimpinan berlaku bukan daripada
berada di akar umbi. Sebagai barisan pemimpin yang pihak atasan, tetapi datang daripada peringkat
paling hampir dengan guru-guru dalam bilik darjah, pertengahan organisasi. Oleh itu, MLT adalah sangat
MLT memainkan peranan yang sangat penting penting dalam mencapai visi dan misi sekolah
dalam menterjemah strategi dan hasrat pemimpin menuju kecemerlangan.
atasan (SLT) kepada guru-guru. Seterusnya MLT
berkolaboratif dengan guru-guru di bawah Apakah Bentuk Kejayaan?
bidang/panitia masing-masing dalam melaksanakan
tindakan yang bersesuaian untuk mencapai hasrat Setiap sekolah seharusnya mempunyai barisan MLT
ini. yang berkualiti iaitu mempunyai pengetahuan dan
kemahiran yang tinggi serta terkini. MLT juga perlu
Pemimpin mempunyai karisma dan personaliti yang boleh
atasan diteladani serta berupaya untuk membimbing guru-
guru dengan berhemah berdasarkan pengalaman
untuk mencapai kecemerlangan sekolah.

Kitaran MLT Guru
Hubungan MLT

MLT melaksanakan dua tugas hakiki yang sangat K Mempunyai pengetahuan dan 1
penting iaitu mengajar dengan cemerlang di dalam U kemahiran yang tinggi dan terkini 2
bilik darjah dan mengurus bidang/panitia dengan 3
baik. Oleh itu, seorang MLT perlu mempunyai kualiti A
kepimpinan dan instruksional yang cemerlang dalam
menjalankan tugasnya di sekolah seterusnya L Mempunyai karisma dan personaliti
menjadi model kepada guru-guru dalam aspek I yang boleh dicontohi dan diteladani
kepimpinan dan juga pengajaran dan pembelajaran.
Sesuai dengan peranan dan fungsi tugas sedemikian T
rencam, MLT perlu dibekalkan pelbagai kemahiran
yang sesuai supaya mereka boleh melaksanakan I
tugas (execute) dengan lebih berkesan.
Membimbing guru-guru dengan
23 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang MLT berhemah berdasarkan pengalaman

TRANSFORMASI
PASUKAN PEMIMPIN PERTENGAHAN
(MIDDLE LEADERSHIP TEAM-MLT)

MLT yang berprestasi tinggi dapat melaksanakan MLT diberikan latihan khusus dalam aspek yang
peranan yang menonjolkan personaliti, pengalaman, berkait rapat dengan tugas utama mereka iaitu
pengetahuan, kemahiran dan keupayaan dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga bimbingan
melaksanakan tugasnya untuk: dan pementoran. Ianya bertujuan untuk memastikan
mereka dapat melaksana PdPc yang berkualiti dan
Mengupaya dan mengekalkan kualiti guru melalui berkesan, seterusnya berupaya membimbing guru-
1 kepimpinan kurikulum guru dalam panitia/bidang masing-masing.

2 Menganalisis data bagi mengenal pasti kelemahan murid Mengukuh Karisma Kepimpinan

3 Melaksanakan intervensi yang tepat untuk sesuatu isu Seseorang pemimpin berkarisma perlu berupaya
untuk menggerakkan subordinat (guru) untuk
4 Melaksanakan pencerapan PdP bertindak, malahan mampu menjadi suri teladan
kepada organisasinya. Karisma kepimpinan ini tidak
Merangka latihan peningkatan kemahiran bidang masing- hadir semata-mata melalui bakat tetapi boleh diasah
5 masing dan dibentuk. Oleh itu, MLT perlu melengkapkan diri
dengan menguasai isu profesional berkaitan
Membimbing dan melaksanakan pentaksiran kerja buat kepimpinan, kurikulum, pedagogi, pentaksiran dan
6 guru dan hasil kerja murid ilmu terkini serta menguasai kepelbagaian bahasa.

Memantap dan mengekalkan kelestarian peranan dan
7 fungsi bidang melalui kolaborasi dengan bidang-bidang

lain melalui perkongsian amalan terbaik

Memperkasakan Kemahiran Instruksional Kepelbagaian Kurikulum
bahasa
MLT
Sesuai dengan peranan dan fungsi tugas yang
rencam, MLT perlu memperkasakan kemahiran Pedagogi
instruksional yang ada supaya mereka boleh
melaksanakan tugas (execute) dengan lebih Pentaksiran
cemerlang. Bagi membantu MLT mencapai potensi dan ilmu terkini
penuh dalam memikul tanggungjawab sebagai
pemimpin instruksional, mereka dibimbing dan Penguasaan MLT
dibantu oleh SISC+.
Oleh itu, mereka dapat mengangkat diri mereka
SISC+ MLT untuk menjadi suri teladan dan seterusnya
merangsang guru-guru untuk bekerja dengan lebih
Bimbingan dan Pementoran cemerlang. Bagi mencapai matlamat ini maka setiap
MLT diberikan latihan/bengkel/kursus berkaitan
dengan kepimpinan, pengurusan bidang/panitia dan
ilmu terkini seperti teknologi digital.

24Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang

TRANSFORMASI
PASUKAN PEMIMPIN PERTENGAHAN
(MIDDLE LEADERSHIP TEAM-MLT)

Meningkatkan Keupayaan dalam Perekayasaan MLT mesti berupaya menganalisis dan
Perkongsian Amalan Terbaik menginterpretasi data bagi memastikan intervensi
yang dirancang adalah tepat dan dapat
Perekayasaan ialah proses menerapkan unsur-unsur menyelesaikan isu secara berfokus.
ilmu, budaya dan sebagainya dalam perancangan,
mekanisme kerja sebagai asas melaksanakan Key Performance Indicators (KPI)
sesuatu tugasan. Pemikiran yang kreatif dan inovatif
ialah kunci utama untuk merekayasa sesuatu tugas. Menjelang 2030, 100% MLT di negeri Pahang akan
Dalam usaha memastikan MLT berupaya mempunyai kualiti dari aspek kepimpinan
merekayasa perkongsian amalan terbaik di sekolah, instruksional serta pengajaran dan pembelajaran.
mereka dilatih dan dibimbing untuk membudayakan Bagi mencapai KPI ini, semua pihak perlu
kajian tindakan di peringkat sekolah seterusnya boleh memainkan peranan masing-masing secara tuntas.
menyebarluaskan amalan terbaik dalam kalangan JPN dan PPD memberikan latihan dan bimbingan
rakan-rakan guru pada pelbagai peringkat. kepada MLT secara hands on dan minds on. Latihan
ini memastikan semua MLT menerima ilmu dan
Perkongsian kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan
Amalan Terbaik tugas mereka. SLT di sekolah pula memastikan MLT
telah menguasai ilmu dan kemahiran yang diberi dan
melihat sejauh mana aspek ini telah diaplikasikan
dalam kerja buat seharian. Bimbingan daripada
SISC+, SIPartners+ dan Pegawai di peringkat PPD
dilakukan secara berterusan.

Meningkatkan Akauntabiliti Terhadap Potensi
Pencapaian Kemenjadian Murid

MLT bertanggungjawab atas kecemerlangan murid Kualiti MLT 100%

secara menyeluruh dengan melihat perkembangan

pelbagai potensi murid.

Kebolehan dan keberkesanan

pengurusan bidang/panitia

merupakan salah satu faktor 2030

penyumbang kepada kejayaan

murid dalam pembelajaran. Bagi

memastikan kecaknaan MLT

terhadap keperluan dan potensi

murid, maka MLT perlu

memahami dan melaksanakan Dialog Prestasi
Dialog Prestasi Guru-Murid dan

Dialog Prestasi Panitia/Bidang.

25 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang

TRANSFORMASI
PASUKAN PEMIMPIN SEKOLAH
(SCHOOL LEADERSHIP TEAM-SLT)

INISIATIF #4:
PENINGKATAN
KUALITI DAN
KEBERKESANAN

SLT

26Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang

TRANSFORMASI
PASUKAN PEMIMPIN SEKOLAH
(SCHOOL LEADERSHIP TEAM-SLT)

School Leadership Team (SLT) merupakan barisan
hadapan yang menjadi nadi pengurusan dan
penggerak perjalanan sesebuah sekolah. Mereka
terdiri daripada Pengetua atau Guru Besar dan
semua penjawat Penolong Kanan di sekolah-sekolah.

Penggerak Hadapan Sekolah Instrumen Penilaian

Untuk tujuan meningkatkan kualiti dan keberkesanan Inisiatif #4 TPP ini dikhususkan bagi meningkatkan
SLT serta penentuan take off value (TOV), data yang kualiti dan keberkesanan SLT. Di bawah inisiatif ini
digunakan ialah skor Standard Kualiti Pendidikan terdapat empat strategi untuk mencapai tujuan
Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2), markah penilaian tersebut:
akhir prestasi dalam Penilaian Bersepadu Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP), Laporan Audit Memperkukuh Kepimpinan
Kewangan Sekolah dan jumlah aduan sekolah yang 1 Instruksional dan Kepimpinan
diterima.
Transformasi
Alat Pengurusan Sekolah
2 Memperkukuh Karisma
27 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang Kepemimpinan

3 Meningkatkan Keupayaan
Kepimpinan dan Pengurusan

4 Mempertingkatkan Pematuhan
SKPMg2

TRANSFORMASI
PASUKAN PEMIMPIN SEKOLAH
(SCHOOL LEADERSHIP TEAM-SLT)

Mengapa Diperlukan? Apakah Bentuk Kejayaan?

Faktor utama penentu kecekapan dan kejayaan Kejayaan peningkatan kualiti dan keberkesanan SLT
sesebuah sekolah bergantung pada kualiti dan dapat dilihat apabila berlaku penguasaan
keberkesanan barisan/pasukan kepimpinan sekolah. pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap SLT
Menurut Fred M. Hechinger (1989), pengarang dalam kepemimpinan dan pengurusan organisasi.
akhbar New York Time, tidak pernah ada sekolah SLT seharusnya mengimplementasi kepimpinan
yang cemerlang dipimpin oleh orang yang lemah. instruksional dan transformasi, memiliki karisma
Tidak ada sekolah yang lemah dipimpin oleh kepemimpinan, mempunyai keupayaan memimpin
pemimpin yang cemerlang. Tetapi ada sekolah yang dan mengurus serta membudayakan SKPMg2
lemah melonjak dengan cemerlang kerana dipimpin sebagai alat pengurusan yang utama.
oleh pemimpin yang cemerlang.

Kecemerlangan Kepimpinan Keupayaan Memimpin

Dalam hal ini, barisan Penolong Kanan dan Di samping itu, peratus peningkatan calon yang layak
Pengetua/Guru Besar yang merupakan pasukan memohon dan lulus pentaksiran NPQEL juga
kepemimpinan sekolah atau SLT memainkan merupakan bentuk kejayaan yang dapat dilihat.
peranan yang signifikan dalam menterjemahkan
pernyataan misi kepada realiti. Mereka jugalah yang
memastikan sesuatu tugas serta tanggungjawab
dijalankan dan mencapai sasaran yang ditetapkan.
Justeru, mereka perlu memiliki kualiti kepimpinan
instruksional, karisma kepemimpinan dan dalam
aspek pengurusan membudayakan setiap elemen
dalam SKPMg2.

Pemimpin Sekolah Peningkatan Calon Layak
Berkualiti dan Lulus NPQEL

28Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang

TRANSFORMASI
PASUKAN PEMIMPIN SEKOLAH
(SCHOOL LEADERSHIP TEAM-SLT)

Apakah Penentuan Kualiti dan Keberkesanan? Manakala, model Kepimpinan Transformasi pula
dapat mendorong SLT untuk meneraju perubahan,
Ukuran kualiti SLT ditentukan melalui peningkatan membina wawasan baharu dan menginstitusikan
skor dalam SKPMg2 khususnya dalam Standard 1 perubahan.
dan Standard 2 bagi PGB dan Standard 3 untuk
GPK. Manakala kualiti karisma diukur dengan Model Kepimpinan Instruksional S
berlakunya perubahan personaliti, keterampilan SLT Model Kepimpinan Transformasi L
serta anugerah yang diterima sebagai pengiktirafan. T

Penentu Kualiti SLT Model Kepimpinan SLT

Bimbingan Tiga Peringkat JPN/PPD/Sekolah Program berbentuk latihan dan bimbingan perlu
untuk Perubahan ke Arah Kecemerlangan dilaksanakan bagi membantu SLT untuk
mencetuskan idea dan kaedah baru dalam
Kesedaran berkaitan Kepimpinan Instruksional dan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan
Kepimpinan Transformasi sangat perlu diberikan berkemampuan mengaplikasikannya dalam
kepada SLT bagi merancang hala tuju dan memimpin pengurusan di sekolah. Bagi menjayakannya, ketiga-
ke arah kecemerlangan. Model Kepimpinan tiga peringkat iaitu JPN, PPD dan sekolah perlu
Instruksional dengan corak kepimpinan berfokus dan terlibat secara langsung.
terancang adalah sesuai untuk tujuan TPP dan model
ini selaras dengan SKPMg2 khususnya Standard 1.

Peningkatan Bimbingan dan Latihan SLT
Profesionalisme SLT Berterusan

29 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang

TRANSFORMASI
PASUKAN PEMIMPIN SEKOLAH
(SCHOOL LEADERSHIP TEAM-SLT)

Modul Karisma Beridentiti Profiling: Perancangan Penggantian Kepimpinan

Modul beridentiti Pahang dijadikan kayu ukur untuk Pangkalan data SLT dibangunkan agar dapat
membina keterampilan karisma SLT. Standard ini
juga digunakan sebagai alat untuk menentu tahap mengatasi isu ketandusan kepimpinan berkualiti.
kualiti kepimpinan dan pengurusan dalam kalangan
SLT. Untuk tujuan ke arah pemilihan yang berfokuskan

kepada kecekapan kepimpinan, JPN

memperkenalkan proses perancangan penggantian.

Modul Beridentiti Pahang

Bagi memastikan SLT sentiasa berada di landasan Pangkalan Data SLT
yang tepat, maka bimbingan dilaksanakan secara
berterusan dan berkala. Pengukuhan kepimpinan dan Proses ini untuk mengenal pasti dan melatih calon
pengurusan SLT akan menerima pengiktirafan yang berpotensi tinggi bukan sahaja layak memohon
melalui Anugerah KARISMA Pendidikan Pahang. untuk berkursus, malah lulus dengan jayanya dalam
penilaian NPQEL.
AnugerahJabatan Pendidikan
DATA
KARISMANegeri Pahang
Sumber Kepimpinan Berterusan
Jabatan Pendidikan
Negeri Pahang 30Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang

Kualiti Kepimpinan SLT

TRANSFORMASI
PASUKAN PEMIMPIN SEKOLAH
(SCHOOL LEADERSHIP TEAM-SLT)

Pembudayaan SKPMg2 Teras Kualiti Skor dalam setiap standard dalam SKPMg2 perlu

SKPMg2 perlu dijadikan rujukan dan panduan dalam diteliti setiap tahun untuk tujuan penambahbaikan.
mengurus organisasi. Sehubungan dengan itu, SLT
perlu memiliki integriti yang tinggi, memahami dan Bagi merealisasikan keadaan ini SLT bukan sahaja
menguasai, seterusnya membudayakan SKPMg2
sebagai alat pengurusan utama untuk sekolah diterapkan dengan nilai-nilai cermat, cekap dan
mencapai standard kualiti yang ditetapkan.
berintegriti, malah dibimbing oleh

JPN/PPD/SIPartners+ dalam mentafsir dan

membudayakan SKPMg2 di sekolah.

Pembudayaan SKPMg2 SLT Berintegriti Tinggi

31 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang


Click to View FlipBook Version