The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Maklumat terperinci mengenai produk Mesin Pengupas Sabut dan Tempurung

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KOLEKSI BAHAN PENERBITAN DIGITAL BITK, 2021-12-17 01:54:02

MESIN PENGUPAS SABUT DAN TEMPURUNG KELAPA

Maklumat terperinci mengenai produk Mesin Pengupas Sabut dan Tempurung

MESIN PENGUPAS DAN PENGHANCUR SABUT KELAPA

Pengenalan

Mesin pengupas sabut dan penghancur kelapa adalah produk inovasi yang dihasilkan oleh En
Raffie B yamin (GiatMARA Bachok) dan telah menerima Dana Penyelidikan dan Inovasi MARA,
DPIM pada tahun 2019 sebanyak 15,000 Sahaja.

Penyataan Masalah

Idea menghasilkan produk ini timbul memandangkan permintaan terhadap santan kelapa dan
sabut kelapa adalah tinggi dipasaran. Santan kelapa asli sangat sinonim dengan masakan
Melayu dan India dan banyak digunakan di dalam masakan sehari-hari. Rasa santan asli yang
didapati daripada kelapa asli juga berbeza rasanya berbanding santan serbuk atau santan
kotak yang banyak dijual dipasaran. Sudah pasti rasa santan asli lebih sedap dan kurang
kolesterol berbanding santan serbuk/ santan kotak. Walaupun harga santan asli lebih mahal
berbanding santan serbuk/ santan kotak, namun santan asli tetap menjadi pilihan pengguna.
Masalah yang timbul adalah untuk mengupas kelapa. Kaedah tradisional mengupas kepala
menggunakan parang atau ‘cok’ agak membahayakan pengguna. Masa untuk mengupas
kelapa dengan kaedah ini juga agak lama dan menggunakan tenaga yang banyak. Agak sukar
untuk surirumah mengupas kelapa menggunakan kaedah tradisional ini.

Hasil dari Inovasi

MESIN PENGUPAS SABUT DAN PENGHANCUR KELAPA telah dicipta untuk mengatasi masalah
tersebut. Mesin ini bertindak dua-dalam-satu. Mesin yang dicipta dengan binaan pisau
bermata yang berputar di bahagian dalam menyediakan ciri-ciri keselamatan. Surirumah
boleh menggunakan mesin ini dengan mudah. Dengan meletakkan buah kelapa pada ruang
yang disediakan, sabut kelapa akan dikupas dengan cepat. Seterusnya, buah kelapa boleh
terus dipecahkan dan bersedia untuk diproses menghasilkan sanatan kelapa asli. Sabut kelapa
juga boleh dihancurkan dan boleh dijadikan bahan bakar atau bahan penyerap air untuk
tanaman.




Click to View FlipBook Version