Norjanah Ambo
Siew Nyet Moi @ Sopiah Abdullah
PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Kota Kinabalu • Sabah • Malaysia
http://www.ums.edu.my
2022
Ahli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)
© Universiti Malaysia Sabah, 2022
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau dikeluarkan ke dalam sebarang bentuk sama ada dengan cara elektronik, gambar
serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit Universiti Malaysia Sabah,
kecuali seperti yang diperuntukkan dalam Akta 332, Akta Hak Cipta 1987. Keizinan adalah tertakluk
kepada pembayaran royalti atau honorarium.
Segala kesahihan maklumat yang terdapat dalam buku ini tidak semestinya mewakili atau
menggambarkan pendirian mahupun pendapat Penerbit Universiti Malaysia Sabah. Pembaca atau
pengguna buku ini perlu berusaha sendiri untuk mendapatkan maklumat yang tepat sebelum
menggunakan sebarang maklumat yang terkandung di dalamnya. Pandangan yang terdapat dalam
buku ini merupakan pandangan ataupun pendapat penulis dan tidak semestinya menunjukkan
pendapat atau polisi Universiti Malaysia Sabah. Penerbit Universiti Malaysia Sabah tidak akan
bertanggungjawab terhadap sebarang masalah mahupun kesulitan yang timbul, sama ada secara
menyeluruh atau sebahagian, yang diakibatkan oleh penggunaan atau kebergantungan pembaca
terhadap kandungan buku ini.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Norjanah Ambo, 1978-
Modul Pembelajaran Sains Berasaskan Projek dan Pendekatan STEM :
Mencungkil Kreativiti Saintifik Pelajar : Panduan Guru / Norjanah Ambo,
Siew Nyet Moi @ Sopiah Abdullah.
Mode of access: Internet
eISBN 978-967-2738-30-5
1. Science--Study and teaching.
2. Project method in teaching.
3. Creative teaching.
4. Lesson planning.
5. Government publications--Malaysia.
6. Electronic books.
I. Siew, Nyet Moi@Sopiah Abdullah, 1965-. II. Judul.
507.1
Muka taip teks: Myriad Pro
Saiz taip teks dan leading: 11/13.2 poin
Reka letak kulit & halaman: Nataniel Ebin
Pembaca pruf: Alecia Angati
Editor: Ainun Jamil
Diterbitkan oleh: Penerbit Universiti Malaysia Sabah
Tingkat Bawah, Perpustakaan
Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS
88400 Kota Kinabalu, Sabah.
Kandungan
Senarai Rajah v
Senarai Jadual v
Senarai Lampiran v
Prakata vi
Pengenalan 1
Matlamat Modul Pro-STEM 1
Hasil Pembelajaran 1
Teori Kreativiti 2
Model Kreativiti Struktur Saintifik 2
Kriteria Penskoran Dimensi Tret Kreativiti Saintifik 3
Integrasi Pembelajaran STEM 5
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) 5
Alat Mainan Berunsur Sains 6
Pembelajaran Secara Koperatif 6
Pembelajaran Koperatif Numbered Heads Together (NHT) 6
Langkah-langkah Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek 7
Contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) 8
Projek 1: Model Haiwan Imaginasiku
Projek 2: Sangkar Burung
Projek 3: Biji Benih Terapung
Projek 4: Kereta Berkuasa Belon
Projek 5: Model Rumah Mesra Alam
Projek 6: Peti Ais Mini
Lampiran 50
Rujukan 55
Senarai Rajah Halaman
7
Rajah
1 Langkah-langkah pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek
Senarai Jadual
Jadual Keupayaan seseorang individu dalam dimensi tret kreativiti saintifik Halaman
1 Kriteria penskoran dimensi tret kreativiti 3
2 4
Senarai Lampiran
Lampiran Lembaran A Halaman
A Lembaran B 50
B Lembaran C 51
C Unsur STEM dalam Rekaan Model 52
D Borang Penskoran Dimensi Tret Kreativiti Saintifik 53
E 54
Prakata
Modul ini diterbitkan khusus untuk membantu guru sains dan bakal
guru sekolah rendah dalam menyediakan rancangan pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) yang menjurus ke arah mencungkil kreativiti
saintifik pelajar melalui integrasi pembelajaran berasaskan projek dan pendekatan
STEM. Modul ini istimewa kerana gaya bahasa dan isi kandungannya mudah difahami
dan dijangka mampu membawa satu dimensi baharu tentang tatacara PdPc yang
berkesan dalam mencungkil kreativiti saintifik murid sekolah rendah. Instrumen
pentaksiran juga disediakan dalam memandu guru dalam mengukur pencapaian
murid melalui ujian kreativiti saintifik lakaran berdasarkan aktiviti dalam Modul
Pro-STEM. Justeru, idea-idea yang dihasilkan sama ada dalam bentuk lakaran atau
model prototaip merupakan kelancaran daripada idea-idea saintifik murid yang asli,
kreatif dan inovatif. Diharapkan modul ini mampu memberi manfaat kepada semua
pembaca sebagai satu wadah dalam usaha meningkatkan kreativiti saintifik murid
selari dengan aspirasi dan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 untuk melahirkan modal insan berminda kreatif dan inovatif.
vi
Pengenalan
Modul Pro-STEM ini dibangunkan untuk memberi panduan kepada guru-guru
sains sekolah rendah dalam melaksanakan pengajaran dan pemudahcaraan
sains berfokuskan kepada elemen kreativiti saintifik. Modul ini dijangka
mampu memberi dimensi baharu kepada kurikulum dan selari dengan perkembangan
semasa dunia yang semakin kompetitif. Modul ini menggunakan kaedah
Pembelajaran Berasakan Projek (PBP) dan pada masa yang sama, PdPc dalam modul
ini turut menerapkan unsur sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM)
dalam proses melakar dan membuat alat permainan berasaskan sains adalah untuk
memperkembangkan kreativiti saintifik dalam kalangan murid. Secara ringkasnya,
modul ini menggunakan kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek dan STEM (Pro-
STEM) dengan strategi pembelajaran koperatif (PK) ‘Numbered Heads Together’
semasa melakukan aktiviti projek dalam kumpulan kecil untuk mengembangkan
kreativiti saintifik dalam kalangan murid sekolah rendah.
Matlamat Modul Pro-STEM
Matlamat pembangunan kreativiti dalam kalangan murid sekolah rendah bertujuan
untuk menghasilkan modal insan yang kreatif dan inovatif dalam STEM bagi mata
pelajaran sains melalui pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Oleh itu,
kreativiti saintifik perlu dibangunkan ke tahap optimum, bermula dari tahap sekolah
rendah agar murid mampu berdaya cipta dan berkeupayaan menghasilkan idea
serta ciptaan yang asli dan berkualiti. Seterusnya, diharapkan ia menjadi amalan
dan budaya dalam kehidupan warganegara Malaysia pada masa hadapan. Individu
yang kreatif dan inovatif dalam STEM adalah aset negara yang mampu menyumbang
kemajuan STEM ke arah pembangunan masyarakat, bangsa, negara dan agama.
Bukan itu sahaja, murid yang terdedah dengan pembelajaran sains berunsur STEM
secara tidak langsung mempersiapkan diri mereka dalam kehidupan yang realistik.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir modul ini, diharapkan agar murid dapat menghasilkan idea yang
banyak berkaitan dengan tugasan serta mencungkil idea yang asli atau unik
daripada keseluruhan respons. Seterusnya, murid akan dapat mengembangkan
atau memperincikan idea dalam setiap lakaran yang dilukis. Hal ini secara tidak
langsung akan melatih aras pemikiran sintesis melalui penghasilan tajuk yang abstrak
untuk lakaran atau model yang dihasilkan. Akhirnya, pelajar akan mengekalkan
pemikiran terbuka dan berusaha menggunakan maklumat yang didapati daripada
pelbagai perspektif.
Modul Pembelajaran Sains Berasaskan Projek dan Pendekatan STEM
Teori Kreativiti
Bidang kreativiti yang wujud sehingga hari ini sebahagian besar datangnya dari usaha
perintis Guilford (1950) dan Torrance (1962, 1974). Paul Torrance dikenali sebagai‘Bapa
Kreativiti’kerana beliau sentiasa berusaha meningkatkan pembangunan personaliti
kreatif dalam pendidikan. Paul Torrance telah mencipta‘Ujian Pemikiran Kreatif’yang
mana ujian ini menyokong bahawa pemikiran kreatif boleh diukur dan kemahiran
berfikir secara kreatif seharusnya dapat ditingkatkan melalui amalan. Teori ini juga
telah mengenal pasti empat komponen kreativiti iaitu kefasihan, fleksibiliti, keaslian
dan penghuraian. Beliau menyarankan agar kesemua komponen tersebut menjadi
kriteria yang akan digunakan untuk mengukur pemikiran kreatif serta menilai kualiti
hasil kreatif. Kriteria-kriteria tersebut juga boleh dijadikan panduan kepada guru
bagi menilai pemikiran kreatif hasil tugasan termasuklah projek pelajar. Menurut
Afolabi (2010), Teori Kreativiti Torrance sesuai digunakan dalam PdPc di sekolah
khususnya dalam menjelaskan kefahaman guru dan murid kerana kreativiti dapat
mengenal pasti perkara-perkara yang sukar, membuat tekaan ataupun membuat
hipotesis iaitu menguji semula hipotesis, cuba mengubahnya, menguji dan akhirnya
mengkomunikasikan dapatan. Individu yang mempunyai kebolehan kreatif biasanya
mempunyai perasaan istimewa dan eksklusif kerana individu ini dianggap mempunyai
kualiti sejati dan jarang dijumpai. Kualiti yang istimewa inilah yang membezakan
individu itu daripada kumpulan majoriti yang kurang aktif. Ringkasnya, Teori Torrance
adalah berdasarkan kepada tingkah laku kreativiti dan pembelajaran berlaku dengan
kemahiran kreatif individu, motivasi dan keupayaan kreatif (Torrance & Safter, 1999)
sebagai landasan dalam pembinaan modul ini.
Model Kreativiti Struktur Saintifik
Dalam kajian yang dijalankan oleh Hu dan Adey (2002), mereka telah membina
satu model yang dipengaruhi oleh komponen atau konstruk dalam model
struktur intelek Guilford (1956). Menurut Hu dan Adey, kreativiti saintifik merujuk
kepada Model Kreativiti Struktur Saintifik (MKSS) yang mempunyai tiga dimensi,
iaitu proses saintifik (pemikiran saintifik dan imaginasi saintifik), sifat personaliti
(kefasihan, kelenturan, keaslian) dan produk saintifik (produk teknikal, pengetahuan
sains, fenomena sains, masalah sains). Model Kreativiti Struktur Saintifik adalah
berdasarkan Model Struktur Intelek Guilford. Dapat disimpulkan bahawa kreativiti
saintifik adalah bersifat intelektual atau keupayaan menghasilkan produk tertentu
yang asli dan mempunyai nilai sosial yang direka untuk tujuan tertentu dengan
menggunakan maklumat yang diberikan.
2
Mencungkil Kreativiti Saintifik Pelajar
Kriteria Penskoran Dimensi Tret
Kreativiti Saintifik
Hu dan Adey (2002) mengatakan bahawa kreativiti saintifik ialah keupayaan
menggunakan pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk menghasilkan produk
yang asli dan mempunyai nilai sosial atau peribadi tertentu. Hal ini selari dengan
pendapat Chin dan Siew (2015) bahawa kreativiti saintifik pada peringkat kanak-kanak
adalah berdasarkan pengetahuan saintifik yang dipelajari daripada orang dewasa
atau pengalaman harian. Justeru, kreativiti saintifik boleh ditaksir daripada lukisan
murid berdasarkan kepada lima dimensi tret kreativiti saintifik, iaitu kelancaran,
keaslian, penghuraian, keabstrakan tajuk dan rintangan terhadap penutupan
pramatang. Sehubungan dengan itu, dalam modul ini setiap tret dimensi merujuk
kepada keupayaan yang berbeza berdasarkan lakaran yang dilukis dan produk yang
dihasilkan dalam bentuk alat mainan berunsur sains. Penerangan ringkas tentang
keupayaan seseorang individu dalam dimensi tret kreativiti saintifik adalah seperti
di Jadual 1 dan kriteria penskoran dimensi tret kreativiti adalah di Jadual 2.
Jadual 1 Keupayaan seseorang individu dalam dimensi tret kreativiti saintifik
Dimensi Tret Keupayaan
Kelancaran Mengeluarkan banyak idea.
Keaslian Menghasilkan idea yang asli atau unik.
Penghuraian Mengembangkan atau memperindahkan idea.
Keabstrakan Tajuk Memberikan keabstrakan tajuk untuk gambar.
Rintangan terhadap Mengekalkan pemikiran terbuka dan berusaha menggunakan
Penutupan Pramatang maklumat yang boleh didapati daripada pelbagai perspektif.
Sumber: Siew, Chong, & Lee. (2015). Fostering fiffth grader’s scientific creativity through problem based-learning.
Journal of Baltic Science Education, 15 (5), 655-669.
3
Modul Pembelajaran Sains Berasaskan Projek dan Pendekatan STEM
Jadual 2 Kriteria penskoran dimensi tret kreativiti
Dimensi Keupayaan Kriteria Penskoran Lakaran dan Model
Tret
Kelancaran • Menghasilkan idea yang banyak • “0” bagi lakaran yang tidak dapat
berkaitan dengan tugasan. difahami atau ada tajuk tetapi tanpa
lakaran.
• Contoh: haiwan imaginasi yang dilakar
mempunyai beberapa keunikan • “1” bagi lakaran/model/konsep yang
seperti bersayap dan kaki panjang berkaitan dengan tugasan.
untuk memudahkan pergerakan,
kantung untuk membawa anaknya,
leher panjang untuk memudahkannya
melihat mangsa, bulu nipis dan
berwarna cerah untuk memantulkan
haba cahaya matahari mempunyai
bisa untuk membunuh mangsanya
dan lain-lain.
Keaslian • Menghasilkan idea yang asli atau unik • “0” idea lebih daripada 10%
daripada keseluruhan respons. • “1” idea antara 5% hingga 10%
• “2” idea kurang daripada daripada 5%
Penghuraian • Mengembangkanatau memperincikan • “1” - 1 hingga 5 perincian
idea dalam lakaran yang dilukis. • “2” - 6 hingga 12 perincian
• “3” - 13 hingga 19 perincian
Keabstrakan • Memberikan tajuk yang abstrak untuk • “0” tajuk yang nyata atau generik.
tajuk lakaran atau model yang dihasilkan • “1” tajuk mempunyai deskriptif yang
yang melibatkan aras pemikiran
sintesis dan organisasi. mudah pada tahap konkrit (termasuk
tajuk yang menggambarkan objek,
kelakuan orang atau haiwan)
• “2” tajuk yang imaginatif, deskriptif dan
melebihi tahap konkrit.
• “3” tajuk yang abstrak tetapi sesuai,
memberi gambaran pada maklumat
yang dilukis (lakaran), melebihi apa yang
dilihat atau berupaya menerangkan satu
cerita.
Rintangan • Mengekalkan pemikiran terbuka dan • “0” hasil lakaran dilengkapkan dengan
terhadap berusaha menggunakan maklumat cara yang paling cepat dan mudah
penutupan yang didapati daripada pelbagai seperti satu garis lurus, garis lengkung,
pramatang perspektif. bulatan atau lorekan.
• “1” hasil lakaran dilengkapkan dengan
menambah maklumat pada ruangan di
persekitaran.
• “2” hasil lakaran tidak dilengkapkan
sepenuhnya atau dilengkapkan dengan
garisan tidak sekata yang akan menjadi
sebahagian lakaran lain.
Sumber: Diadaptasi daripada Torrance, Ball dan Saafter (2008)
4
Mencungkil Kreativiti Saintifik Pelajar
Integrasi Pembelajaran STEM
Terdapat ciri-ciri pembelajaran STEM yang dikenal pasti bagi membimbing guru
melaksanakan PdPc. Salah satunya ialah pembelajaran STEM mampu menarik
minat, memotivasi dan relevan untuk dijalankan oleh semua murid. Seterusnya
murid mampu mengaplikasi dan membuat pengintegrasian dalam pembelajaran
yang mempunyai elemen sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).
Semasa melakukan aktiviti PdPc, murid akan menggunakan kaedah koperatif, inkuiri,
penyelesaian masalah atau projek. Hal ini secara tidak langsung membolehkan murid
berkomunikasi secara efektif dan berkongsi hasil atau produk melalui pelbagai media
atau platform. Murid-murid juga diberi peluang untuk menganalisis dan mensintesis
maklumat dalam membuat rumusan. Dalam hal ini, murid turut diberi peluang
dan ruang untuk mengeksplorasi ilmu menggunakan pelbagai media sosial atau
elektronik. Ciri-ciri lain ialah murid-murid diberi ruang dan peluang untuk membuat
rumusan, refleksi dan menambah baik lakaran atau model yang dibina dengan
memupuk sikap kerjasama sebagai satu pasukan. Guru bertindak sebagai fasilitator
dan mengawal disiplin murid agar PdP berjalan mengikut perancangan.
Pembelajaran Berasaskan Projek
(PBP)
Terdapat pelbagai bentuk pendekatan pengajaran yang memenuhi ciri-ciri
pembelajaran aktif yang kebanyakannya berasaskan kepada Teori Konstruktivisme,
antaranya termasuklah pendekatan PBP. PBP merupakan pendekatan pembelajaran
yang keluar daripada amalan bilik darjah yang biasa melibatkan gabungan antara
beberapa disiplin ilmu (Newell, 2003). Secara umumnya, PBP menjurus aktiviti
yang disepadukan untuk menghasilkan satu produk yang bukan sahaja digunakan
sebagai bahan pembelajaran tetapi sebagai alat permainan yang menyeronokkan,
yang berkaitan dengan tema mengikut kreativiti dan kecenderungan murid yang
menjalankan projek tersebut. Sesuatu projek mungkin dijalankan mengikut tempoh
tertentu seperti beberapa hari, beberapa minggu atau beberapa bulan, bergantung
kepada minat, kemampuan, kecenderungan mahupun kematangan murid yang
menjalankan projek tersebut. Projek akhirnya akan dibentangkan, dipamerkan atau
diguna pakai untuk menggalakkan perbincangan di dalam kelas. Sesuatu hasil yang
praktikal juga sangat digalakkan melalui projek yang dihasilkan.
5
Modul Pembelajaran Sains Berasaskan Projek dan Pendekatan STEM
Alat Mainan Berunsur Sains
Rekaan dan pembuatan alat permainan dalam PBP merupakan satu alat yang
berupaya untuk mendorong dan merangsang pemikiran murid untuk memahami
konsep sains. Dalam modul ini, alat mainan yang direka mempunyai kesepaduan
elemen sains, matematik dan teknologi yang menerangkan konsep sains dalam
sesuatu alat yang dihasilkan.
Pembelajaran Secara Koperatif
Pembelajaran koperatif menurut Zakaria (1998) adalah suatu strategi pengajaran
di mana pelajar saling membantu di antara satu sama lain dalam kumpulan kecil.
Pembelajaran koperatif berlaku apabila pelajar bekerja secara berkumpulan, berkongsi
idea, saling membantu untuk menyelesaikan masalah dan memastikan semua
ahli kumpulan menguasai isi pelajaran dengan meminta bantuan daripada guru.
Guru menguji dan memberi gred berdasarkan pretasi kumpulan, kadang-kadang
berdasarkan gred individu. Menurut Kagan dan Kagan (2009), prinsip-prinsip asas
pembelajaran koperatif adalah apabila wujud saling kebergantungan secara positif
antara satu sama lain. Seterusnya, pembelajaran secara koperatif dapat menjana
akauntabiliti individu. Akauntabiliti merujuk kepada sifat bertanggungjawab kepada
seseorang atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan serta bersedia memberikan
penjelasan dan justifikasi yang diperlukan. Dalam erti kata yang lain, akauntabiliti ialah
tanggungjawab ahli kumpulan terhadap tugasan yang diberikan. Tanggungjawab
individu juga bermaksud semua ahli kumpulan bertanggungjawaab menentukan
kejayaan sesuatu kumpulan. Interaksi yang wujud sekali gus mengasah kemahiran
sosial pelajar yang merangkumi kepimpinan, membuat keputusan, membina
kepercayaan, pengurusan konflik dan kemahiran berkomunikasi.
Pembelajaran Koperatif
Numbered Heads Together (NHT)
Struktur koperatif NHT sesuai digunakan sebagai aktiviti kumpulan kecil semasa
menggunakan pendekatan kumpulan besar (kuliah). Struktur tersebut merujuk
kepada alat yang boleh digunakan untuk menguruskan interaksi dalam bilik darjah.
Tatacara pembelajaran koperatif NHT dalam modul ini adalah seperti berikut:
Murid-murid dibahagikan kepada 4 hingga 5 orang dalam satu kumpulan
dan setiap murid dikehendaki mengingat nombor yang diberi sebagai identiti setiap
kali aktiviti PdP dijalankan.
Bagi memudahkan murid mengingat nombor masing-masing, guru
memberikan kad bernombor kepada setiap murid dalam kumpulan.
6
Mencungkil Kreativiti Saintifik Pelajar
Guru melekat dan memaparkan senarai tugas setiap nombor yang diwakili
di hadapan (tulis dalam sekeping kad manila). Contoh tugasan termasuklah melakar,
membentang, mengemas peralatan, membuat penambahbaikan dan sebagainya.
Tugasan ini boleh ditukar pada sesi PdP yang lain.
Murid-murid dalam kumpulan ‘put heads together’ untuk memikirkan cara
menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberikan. Setiap murid dalam kumpulan
perlu memahami dan mengetahui jawapan dalam kumpulan.
Langkah-langkah Pelaksanaan
Pembelajaran Berasaskan Projek
LANGKAH-LANGKAH
PELAKSANAAN
PEMBELAJARAN
BERASASKAN PROJEK
SET INDUKSI Fasa1: Persediaan
• Pembahagian kumpulan PK (Puts Head Together)
• Pemerhatian
• Tinjauan berfokus/soalan berstruktur
LANGKAH Fasa 2: Imaginasi
1
• Menjana idea
• Merancang/perkongsian idea
• Melakar reka bentuk model
LANGKAH Fasa 3: Perkembangan
2
• Membentang lakaran reka bentuk model
• Penambahbaikan
• Menghasilkan bentuk komunikasi yang unik
• Menokok tambah idea
• Membangun model/membina prototaip berdasarkan lakaran
LANGKAH Fasa 4: Tindakan
3
• Pelaksanaan
• Menghuraikan idea secara tersusun dan terperinci serta mudah difahami
• Membuat pemerhatian secara menyeluruh
• Demonstrasi model
• Penilaian hasil projek/model mengikut dimensi tret
PENUTUP Fasa 5: Rumusan
• Guru membuat rumusan tentang maklumat yang diterima
• Mempamerkan hasil kerja murid sebagai rangsangan motivasi dan
penghargaan kepada hasil kerja murid
Diubah suai daripada Modul Kreativiti dan Inovasi Merentas Kurikulum BPK (2012)
Rajah 1 Langkah-langkah pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek.
7
Contoh
Rancangan Pengajaran Harian
(RPH)
Projek 1 Model Haiwan Imaginasi
Tema Sains Hayat
Masa 1 jam
Hasil Murid Melakar Model Haiwan Imaginasi (Tugasan 1)
Standard Kandungan Mereka cipta model haiwan
Objektif PdPc membolehkan murid
1. Menghasilkan idea yang banyak berkaitan dengan haiwan imaginasi.
2. Menghasilkan idea yang asli atau unik tentang haiwan melindungi diri dari musuh
dan cuaca melampau.
3. Mengembangkan atau memperincikan idea dalam lakaran haiwan imaginasi
yang dilukis.
4. Memberikan tajuk yang abstrak untuk lakaran atau model haiwan yang dihasilkan
yang melibatkan aras pemikiran sintesis dan organisasi.
5. Mengekalkan pemikiran terbuka dan berusaha menggunakan maklumat yang
didapati dari pelbagai perspektif.
Fasa Persediaan
1. Guru membahagikan murid kepada kumpulan mengikut PK ‘Puts Head Together”.
Kemudian, murid-murid duduk dalam kumpulan masing-masing.
2. Guru menunjukkan gambar seekor beruang kutub.
Mencungkil Kreativiti Saintifik Pelajar
3. Guru dan murid bersoal jawab tentang ciri-ciri khas yang ada pada haiwan
tersebut sehingga mampu hidup di habitatnya.
Fasa Imaginasi
1. Guru mengemukakan soalan berdasarkan situasi.
Contoh 1:
Cuba bayangkan apakah ciri-ciri yang perlu ada pada beruang kutub sekiranya
hidup di kawasan gurun?
Contoh 2:
Apakah tajuk atau nama spesifik bagi model beruang yang akan kamu bina?
2. Guru meminta setiap murid dalam kumpulan membuat lakaran haiwan imaginasi
dalam buku latihan masing-masing terlebih dahulu.
3. Kemudian, guru meminta ‘Murid No. 1’ untuk melakar ciri-ciri beruang kutub
sekiranya hidup di kawasan gurun dengan memilih lakaran terbaik yang
dihasilkan oleh setiap ahli tadi (Lampiran A).
Fasa Perkembangan (Penambahbaikan)
1. Guru meminta‘Murid No. 2’(NHT) mempamer dan menerangkan lakaran haiwan
imaginasi kumpulan mereka di hadapan kelas (sesi pembentangan).
2. Guru memberi maklum balas terhadap persembahan setiap kumpulan.
3. Guru meminta murid memberi penekanan terhadap unsur-unsur STEM dalam
setiap lakaran.
4. Setiap ahli perlu peka terhadap kritikan dan idea baharu yang boleh dijadikan
inspirasi untuk penambahbaikan.
Contoh 1:
Apakah pendapat anda terhadap hasil lakaran kumpulan ini?
Contoh 2:
Bolehkah lakaran awal tadi diperbaiki?
Fasa Tindakan (Pelaksanaan)
1. Guru meminta‘Murid No. 3’(NHT) dalam setiap kumpulan memperbaiki lakaran.
2. Murid diminta membuat penambahbaikan setelah pembentangan dan
perbincangan dengan guru (Lampiran B).
Contoh 1:
Apakah penambahbaikan yang dibuat pada lakaran kumpulan kamu?
9
Modul Pembelajaran Sains Berasaskan Projek dan Pendekatan STEM
3. ’Murid ‘No. 4’ (NHT) diminta melengkapkan Lampiran C. Maklumat adalah idea
bersama ahli.
Contoh 1:
Apakah idea baharu yang kamu peroleh daripada lakaran kamu sebelumnya?
4. Pembentangan projek akan bersambung pada minggu hadapan (penangguhan).
5. Guru meminta ‘Murid No. 5’ mengemas segala peralatan yang berkaitan (NHT).
6. Guru mengingatkan murid agar membuat persediaan bagi sesi pembelajaran
akan datang.
Fasa Penutup
1. Guru membuat rumusan tentang hasil pembelajaran.
Contoh 1:
Apakah hasil pembelajaran yang kamu dapati pada hari ini?
Contoh 2:
Apakah perkara menarik yang kamu pelajari pada kali ini?
Elemen Merentas Kurikulum: Kreativiti dan Inovasi
Pentaksiran: Hasil kerja kumpulan (Lampiran A)
Pengukuhan: Lampiran B dan Lampiran C
Kemahiran Proses Sains: Memerhati/Berkomunikasi/Meramal/Melakar
Refleksi Guru:
10
Mencungkil Kreativiti Saintifik Pelajar
Projek 1 Model Haiwan Imaginasi (sambungan)
Tema Sains Hayat
Masa 1 jam
Hasil Murid Menghasilkan Model Haiwan Imaginasi (Tugasan 2)
Standard Kandungan 3.2.1 Mencipta model haiwan imaginasi yang boleh
melindungi diri daripada musuh dan cuaca
melampau.
3.2.2 Menaakul ciri-ciri khas yang boleh melindungi diri
daripada musuh dan cuaca melampau yang terdapat
pada ciptaan.
Objektif PdPc membolehkan murid
1. Menghasilkan idea yang banyak berkaitan dengan haiwan imaginasi.
2. Menghasilkan idea yang asli atau unik tentang haiwan melindungi diri daripada
musuh dan cuaca melampau.
3. Mengembangkan atau memperincikan idea dalam lakaran haiwan imaginasi
yang dilukis.
4. Memberikan tajuk yang abstrak untuk lakaran atau model haiwan yang dihasilkan
yang melibatkan aras pemikiran sintesis dan organisasi.
5. Mengekalkan pemikiran terbuka dan berusaha menggunakan maklumat yang
didapati dari pelbagai perspektif.
Fasa Persediaan
1. Guru meminta murid-murid duduk dalam kumpulan PK (NHT) mengikut sesi
pembelajaran sebelum ini.
Contoh 1:
Bolehkah kamu duduk mengikut kumpulan kamu pada minggu lepas?
2. Guru memanggil ‘Murid No. 4’ untuk menunjukkan haiwan imaginasi kumpulan
masing-masing yang dilakar pada sesi pembelajaran lepas.
Contoh 1:
Bolehkah kamu tunjukkan lakaran haiwan imaginasi kamu?
Contoh 2:
Apakah nama haiwan imaginasi kamu?
Fasa Imaginasi
1. Guru memanggil ‘Murid No. 3’ mengeluar dan menyatakan bahan-bahan yang
telah disediakan untuk tujuan projek (murid telah diingatkan lebih awal untuk
menyediakan bahan-bahan untuk aktiviti projek masing-masing).
11
Modul Pembelajaran Sains Berasaskan Projek dan Pendekatan STEM
Contoh 1:
Selain daripada bahan yang diberi, apakah bahan tambahan lain yang akan
kamu gunakan dalam pembinaan model kamu?
Contoh 2:
Mengapakah kamu memilih bahan-bahan tersebut?
2. Membangunkan model dengan menghasilkan idea tidak sama dengan orang
lain, idea tidak seperti yang biasa dan idea yang belum ada atau frekuensi
ideanya kecil.
Contoh 1:
Apakah ciri-ciri khas yang ada dalam model rekaan kamu bagi membolehkan
haiwan tersebut dapat meneruskan kemandirian spesiesnya?
Contoh 2:
Tonjolkan unsur-unsur STEM yang ada pada model yang kamu hasilkan
(Lampiran D).
Fasa Perkembangan (demonstrasi model)
1. Guru memanggil ‘Murid No. 2’ untuk membentangkan hasil kerja projek
membangunkan model haiwan imaginasi kumpulan mereka.
2. ’Murid No. 1’ menunjukkan pengujian hasil projek secara demonstrasi Model
Haiwan Imaginasiku yang telah disiapkan.
3. Guru menilai hasil kerja murid dengan meminta murid lain memberikan pendapat
dan pandangan tentang elemen STEM yang terdapat dalam model.
Contoh 1:
Apakah konsep sains yang boleh kamu jelaskan melalui model ciptaan kumpulan
kamu?
Jawapan murid:
- badan berkulit licin dan kenyal dapat melindungi dirinya daripada bisa
memasuki badannya/bulu yang nipis tidak memerangkap haba.
Contoh 2:
Bolehkah model awal tadi diperbaiki?
4. Setiap ahli perlu peka terhadap kritikan dan idea baharu yang boleh dijadikan
inspirasi untuk penambahbaikan.
Contoh 1:
Adakah lakaran haiwan imaginasi bagi kumpulan ini sama dengan hasil rekaan
model sebenar?
12
Mencungkil Kreativiti Saintifik Pelajar
Fasa Tindakan (penambahbaikan):
1. Guru meminta ahli kumpulan bekerjasama membuat penambahbaikan pada
model untuk menghasilkan model yang lebih baik.
2. Guru meminta murid menyatakan secara lisan apakah bentuk penambahbaikan
yang boleh dilakukan melalui model ciptaan kumpulan?
Contoh:
Menambah sayap supaya boleh terbang apabila diancam oleh musuh dan
lain-lain.
Fasa Penutup
1. Guru membuat rumusan hasil yang diterima dan menerangkan bahawa setiap
haiwan perlu menyesuaikan diri dengan suhu persekitaran dan mempunyai
ciri-ciri khas untuk mempertahankan diri daripada musuh bagi meneruskan
kemandirian spesiesnya.
Contoh 1:
Adakah kamu seronok semasa membina ciptaan produk kumpulan anda?
Mengapa?
* Hasil model dipamerkan kepada kelas (sudut reka cipta)
2. Guru melengkapkan Borang Penskoran Dimensi Tret Kreativiti Saintifik bagi setiap
kumpulan (Lampiran E).
Elemen Merentas Kurikulum: Kreativiti dan Inovasi
Pentaksiran: Hasil kerja kumpulan (Binaan Model Haiwan Imaginasi)
Pengukuhan: Lampiran B dan Lampiran C
Kemahiran Proses Sains: Memerhati/Berkomunikasi
Refleksi Guru:
13
Modul Pembelajaran Sains Berasaskan Projek dan Pendekatan STEM
Projek 1
PROJEK MODEL HAIWAN IMAGINASIKU
Aku si beruang kutub. Dapat hidup
di kawasan sejuk melampau kerana
mempunyai bulu dan lapisan lemak
yang tebal untuk mengekalkan
suhu badanku. Aku juga mempunyai
kuku dan taring yang tajam untuk
memburu mangsa.
Sumber: iconspng.com
Bayangkan sekiranya beruang kutub hidup di gurun. Bina sebuah model beruang
imaginasi kamu yang menunjukkan ciri-ciri khas bagi membolehkannya sesuai
hidup di kawasan gurun yang dikelilingi oleh haiwan berbisa.
14
Projek 2 Projek Sangkar Burung
Tema Sains Hayat
Masa 1 jam
Hasil Murid Melakar Sangkar Burung (Tugasan 1)
Standard Kandungan 3.3 Kemandirian Spesies Haiwan
Objektif PdPc membolehkan murid
1. Menghasilkan idea yang banyak berkaitan dengan sangkar burung.
2. Menghasilkan idea yang asli atau unik tentang sangkar burung yang dilakar.
3. Mengembangkan atau memperincikan idea dalam lakaran sangkar yang selamat.
4. Memberikan tajuk yang abstrak untuk lakaran atau model sangkar burung yang
dihasilkan melibatkan aras pemikiran sintesis dan organisasi.
5. Mengekalkan pemikiran terbuka dan berusaha menggunakan maklumat yang
didapati dari pelbagai perspektif.
Fasa Persediaan
1. Guru membahagikan murid-murid kepada kumpulan mengikut PK ‘Puts Head
Together” kemudian, murid-murid duduk dalam kumpulan masing-masing.
2. Guru menyatakan satu senario kepada murid:
Bayangkan kamu menemui seekor anak burung yang cedera
Apakah perasaan kamu apabila melihat burung tersebut?
Mengapakah burung tersebut perlu dirawat?
Persoalan:
Burung tersebut juga perlukan sangkar untuk berlindung daripada
bahaya/musuh.
Fasa Imaginasi
1. Setiap kumpulan dikehendaki ‘put heads together’ merancang lakaran sebuah
sangkar burung yang selamat daripada gangguan haiwan pemangsa dengan
mengambil kira bahan-bahan asas seperti botol, kayu, kotak dan lain-lain (rujuk
buku teks Sains tahun 5, hlm. 48 sebagai panduan).
Contoh 1:
Bagaimana kamu membina sebuah sangkar bagi mengelak burung tersebut
diganggu oleh kucing peliharaan kamu?
2. Guru meminta setiap murid membuat lakaran masing-masing, kemudian idea-
idea tersebut digabungkan menjadi satu hasil lakaran yang unik mengikut
kesesuaian tajuk yang dipilih.
Modul Pembelajaran Sains Berasaskan Projek dan Pendekatan STEM
Contoh 1:
Apakah ciri-ciri istimewa yang ada pada rekaan sangkar burung yang kamu
lakarkan? Mengapa?
3. Guru mengarahkan ’Murid No. 4’ membuat lakaran sangkar burung kumpulan
mereka (Lampiran A).
Contoh 1:
Apakah nama spesifik bagi sangkar burung yang dilakarkan?
Fasa Perkembangan (penambahbaikan)
1. Guru meminta‘Murid No. 3’(NHT) mempamer dan menerangkan lakaran haiwan
imaginasi kumpulan mereka di hadapan kelas (sesi pembentangan).
2. Guru memberi maklum balas terhadap persembahan setiap kumpulan.
3. Guru meminta murid memberi penekanan terhadap unsur-unsur STEM dalam
setiap lakaran (Lampiran D).
Contoh 1:
Apakah elemen STEM yang boleh dijelaskan melalui lakaran model
kumpulan kamu?
Contoh 2:
Elemen STEM
i) Pengetahuan sains - habitat haiwan/kemandirian spesies
ii) Teknologi kejuruteraan - Penggunaan bahan binaan/alat pemotong/
kestabilan dan kekuatan binaan
iii) Matematik – mengukur panjang dan lebar
4. Setiap ahli perlu peka terhadap kritikan dan idea baharu yang boleh dijadikan
inspirasi untuk penambahbaikan.
Contoh 1:
Apakah pendapat anda terhadap hasil lakaran kumpulan ini?
Contoh 2:
Bolehkah lakaran awal tadi diperbaiki?
Fasa Tindakan (pelaksanaan)
1. Guru meminta‘Murid No. 4’(NHT) dalam setiap kumpulan memperbaiki lakaran.
2. ‘Murid No. 5’ diminta membuat penambahbaikan setelah pembentangan dan
perbincangan dengan guru (Lampiran B).
Contoh 1:
Apakah penambahbaikan yang dibuat pada lakaran kumpulan kamu?
16
Mencungkil Kreativiti Saintifik Pelajar
3. ’Murid No. 2’(NHT) diminta melengkapkan (Lampiran C). Maklumat adalah idea
bersama ahli.
Contoh 1:
Apakah idea baharu yang kamu peroleh daripada lakaran kamu sebelumnya?
4. Pembentangan projek akan bersambung pada minggu hadapan (penangguhan).
5. Guru meminta ‘Murid No. 1’ mengemas segala peralatan yang berkaitan (NHT).
6. Guru mengingatkan murid agar membuat persediaan bagi sesi pembelajaran
akan datang.
Fasa Penutup
1. Guru membuat rumusan tentang hasil pembelajaran.
Contoh 1:
Apakah hasil pembelajaran yang kamu dapati pada hari ini?
Contoh 2:
Mengapakah kita perlu menyayangi haiwan?
Elemen Merentas Kurikulum: Kreativiti dan Inovasi
Pentaksiran: Hasil kerja kumpulan (Lampiran A)
Pengukuhan: Lampiran B dan Lampiran C
Kemahiran Proses Sains: Memerhati/Berkomunikasi/Meramal/Melakar
Refleksi Guru:
17
Modul Pembelajaran Sains Berasaskan Projek dan Pendekatan STEM
Projek 2 Projek Sangkar Burung (sambungan)
Tema Sains Hayat
Masa 1 jam
Hasil Murid Membina Model Sangkar Burung (Tugasan 2)
Standard Kandungan 3.3 Kemandirian Spesies Haiwan
Objektif PdPc membolehkan murid
1. Menghasilkan idea yang banyak berkaitan dengan sangkar burung.
2. Mengembangkan atau memperincikan idea dalam model sangkar burung
yang selamat.
3. Memberikan tajuk yang abstrak untuk model sangkar burung yang dihasilkan
yang melibatkan aras pemikiran sintesis dan organisasi.
4. Mengekalkan pemikiran terbuka dan berusaha menggunakan maklumat yang
didapati dari pelbagai perspektif.
Fasa Persediaan
1. Guru meminta murid-murid bergerak dalam kumpulan mengikut PK ‘Number Head
Together” mengikut kumpulan pembelajaran lepas, iaitu aktiviti 1 (projek 2).
2. Guru memanggil ‘Murid No. 4’ untuk mempamerkan lakaran sangkar yang
akan dibina.
Fasa Imaginasi
1. Guru memanggil ‘Murid No. 3’, mengeluar dan menyatakan bahan-bahan yang
telah disediakan untuk tujuan projek (murid telah diingatkan lebih awal untuk
menyediakan bahan-bahan aktiviti projek masing-masing).
2. Pembangunan model dijalankan.
Contoh 1:
Apakah bahan tambahan lain yang akan murid gunakan dalam pembinaan
model sangkar burung?
Contoh 2:
Mengapakah kamu memilih bahan-bahan tersebut?
Contoh 3:
Apakah ciri-ciri khas yang ada dalam model rekaan kamu bagi membolehkan
burung tersebut dapat meneruskan kemandirian spesiesnya?
18
Mencungkil Kreativiti Saintifik Pelajar
Fasa Perkembangan (penambahbaikan)
1. Guru memanggil ‘Murid No. 2’ untuk membentang hasil kerja projek model
sangkar burung kumpulan mereka.
2. ’Murid No. 1’ menunjukkan pengujian hasil projek secara demonstrasi model
sangkar yang telah disiapkan.
3. Guru menilai hasil kerja murid dengan meminta murid lain memberikan pendapat
dan pandangan (Lampiran D).
Contoh 1:
Apakah elemen STEM yang boleh dijelaskan melalui model kumpulan kamu?
Contoh pengintegrasian elemen STEM:
i) Pengetahuan sains - habitat haiwan/kemandirian spesies.
ii) Teknologi kejuruteraan - Penggunaan bahan binaan/alat pemotong/
kestabilan dan kekuatan bahan.
iii) Matematik - mengukur panjang, lebar, ketinggian dan kos pembinaan
sangkar burung.
4. Setiap ahli perlu peka terhadap kritikan dan idea baharu yang boleh dijadikan
inspirasi untuk penambahbaikan.
Contoh 1:
Apakah pendapat anda terhadap hasil lakaran kumpulan ini?
Contoh 2:
Bolehkah lakaran awal tadi diperbaiki?
Contoh 3:
Adakah lakaran haiwan imaginasi bagi kumpulan ini sama dengan hasil rekaan
model sebenar?
Fasa Tindakan (pelaksanaan)
1. Guru meminta ahli kumpulan bekerjasama membuat penambahbaikan pada
model untuk menghasilkan model yang lebih baik.
Contoh 1:
Apakah bentuk penambahbaikan yang boleh kamu jelaskan melalui model
ciptaan kamu?
2. Guru melengkapkan Borang Penskoran Dimensi Tret Kreativiti Saintifik bagi setiap
kumpulan (Lampiran E).
19
Modul Pembelajaran Sains Berasaskan Projek dan Pendekatan STEM
Fasa Penutup
1. Guru meminta maklum balas tentang hasil pembelajaran pada hari ini.
Contoh 1:
Apakah hasil pembelajaran yang kamu dapati pada hari ini?
Contoh 2:
Bolehkah rekaan kamu dipasarkan?
2. Guru membuat rumusan hasil yang diterima dan menerangkan bahawa setiap
haiwan perlu meneruskan kemandirian spesiesnya.
Elemen Merentas Kurikulum: Kreativiti dan Inovasi
Pentaksiran: Hasil kerja kumpulan (Lampiran A)
Pengukuhan: Lampiran B dan Lampiran C
Kemahiran Proses Sains: Memerhati/Berkomunikasi
Refleksi Guru:
20
Mencungkil Kreativiti Saintifik Pelajar
Projek 2
PROJEK SANGKAR BURUNG
Aduh sakitnya! Tolong!
Tolong! Aku cedera! Ada
kucing nak ganggu aku!
Tolong lindungi aku!
Sumber: https://pixabay.com
Kamu telah menyelamatkan burung tersebut. Hasilkan sebuah sangkar burung
yang selamat agar burung tersebut tidak diganggu oleh musuh.
21
Projek 3 Projek Biji Benih Terapung
Tema Sains Hayat
Masa 1 jam
Hasil Murid Lakaran Model Guli Terapung (Tugasan 1)
Standard Kandungan 4.2 Kemandirian Spesies Tumbuhan
Objektif PdPc membolehkan murid;
1. Menghasilkan idea yang banyak berkaitan dengan biji benih terapung.
2. Menghasilkan idea yang asli atau unik tentang biji benih terapung.
3. Mengembangkan atau memperincikan idea dalam lakaran biji benih terapung.
4. Memberikan tajuk yang abstrak untuk lakaran atau model biji benih terapung
yang dihasilkan melibatkan aras pemikiran sintesis dan organisasi.
5. Mengekalkan pemikiran terbuka dan berusaha menggunakan maklumat yang
didapati daripada pelbagai perspektif.
Fasa Persediaan
1. Guru membahagikan murid-murid kepada kumpulan mengikut PK ‘Puts Head
Together,” kemudian murid-murid duduk dalam kumpulan masing-masing.
2. Guru menunjukkan beberapa gambar tumbuhan yang disebarkan oleh air.
Contoh 1:
Cuba kamu sebutkan apakah nama tumbuhan yang disebarkan oleh air.
Teratai/kelapa/pong-pong dan lain-lain.
Contoh 2:
Apakah ciri-ciri tumbuhan yang disebarkan oleh air?
Kalis air/berongga/bersabut/ringan.
Fasa Imaginasi
1. Guru mengajukan soalan kepada setiap kumpulan.
Contoh soalan 1:
Bayangkan sebiji guli umpama sebiji buah kelapa. Bagaimana kamu
membantu biji benih (guli) tersebut terapung di atas air untuk meneruskan
kemandirian spesiesnya?
2. Guru mempamerkan beberapa bahan maujud seperti polisterin, guli, gunting,
pita pelekat, kotak, tali dan lain-lain.
3. Setiap kumpulan dikehendaki ‘put heads together’ merancang lakaran untuk
menjadikan sebiji guli timbul di atas air dengan membuat pemilihan pada bahan-
bahan yang dipamerkan.
Mencungkil Kreativiti Saintifik Pelajar
4. Setiap murid membuat lakaran masing-masing, kemudian idea-idea tersebut
digabungkan menjadi satu bentuk lakaran yang unik mengikut kesesuaian tajuk
yang dipilih.
5. ’Murid No. 1’ membuat lakaran kumpulan mereka (Lampiran A).
Fasa Perkembangan (penambahbaikan)
1. Guru meminta‘Murid No. 2’(NHT) mempamer dan menerangkan lakaran haiwan
imaginasi kumpulan mereka di hadapan kelas (sesi pembentangan).
2. Guru memberi maklum balas terhadap persembahan setiap kumpulan.
Contoh 1:
Mengapakah anda memilih ciri-ciri tersebut dalam lakaran kamu?
3. Guru meminta murid memberi penekanan terhadap unsur-unsur STEM dalam
setiap lakaran (Lampiran D).
Contoh 1:
ApakahelemenSTEMyangbolehditambahdalamlakaranmodelkumpulankamu?
Contoh 2:
Elemen STEM (Sains) – Sifat keapungan bahan
4. Setiap ahli perlu peka terhadap kritikan dan idea baharu yang boleh dijadikan
inspirasi untuk penambahbaikan.
Contoh 1:
Apakah pendapat anda terhadap hasil lakaran kumpulan ini?
Contoh 2:
Bolehkah lakaran awal tadi diperbaiki?
Fasa Tindakan (pelaksanaan)
1. ‘Murid No. 2’ berperanan untuk menambah baik lakaran reka bentuk sedia ada
supaya hasilnya lebih baik dalam Lampiran B.
2. ‘Murid No. 1’ diminta melengkapkan borang proses pembangunan model
(Lampiran C).
3. Ahli dalam kumpulan turut menyumbang idea membantu ‘Murid No. 1’
menyempurnakan tugasan.
4. Pembangunan model akan bersambung pada minggu hadapan.
5. Murid diingatkan untuk membuat persediaan bagi sesi pembelajaran akan datang
dengan menyediakan bahan mengikut perancangan kumpulan masing-masing.
6. Penangguhan aktiviti projek.
23
Modul Pembelajaran Sains Berasaskan Projek dan Pendekatan STEM
Fasa Penutup
1. Guru menanam kesedaran tentang kepentingan tumbuhan dan alam sekitar
kepada kehidupan.
Elemen Merentas Kurikulum: Kreativiti dan Inovasi
Pentaksiran: Hasil kerja kumpulan (Lampiran A)
Pengukuhan: Lampiran B dan Lampiran C
Kemahiran Proses Sains: Memerhati/Berkomunikasi/Meramal/Melakar
Refleksi Guru:
24
Mencungkil Kreativiti Saintifik Pelajar
Projek 3 Projek Biji Benih Terapung (sambungan)
Tema Sains Hayat
Masa 1 jam
Hasil Murid Lakaran Model Guli Terapung (Tugasan 2)
Standard Kandungan 4.2 Kemandirian Spesies Tumbuhan
Objektif PdPc membolehkan murid
1. Menghasilkan idea yang banyak berkaitan dengan biji benih terapung.
2. Menghasilkan idea yang asli atau unik tentang biji benih terapung.
3. Mengembangkan atau memperincikan idea dalam model biji benih terapung.
4. Memberikan tajuk yang abstrak untuk model biji benih terapung yang dihasilkan
yang melibatkan aras pemikiran sintesis dan organisasi.
5. Mengekalkan pemikiran terbuka dan berusaha menggunakan maklumat yang
didapati dari pelbagai perspektif.
Fasa Persediaan:
1. Guru meminta murid-murid duduk dalam kumpulan PK ‘Puts Head Together”
mengikut sesi pembelajaran sebelum ini.
2. Guru memanggil ‘Murid No. 4’ untuk menyatakan nama tajuk lakaran biji benih
yang akan dibina pada sesi pembelajaran sebelumnya.
Contoh 1:
Apakah nama bagi lakaran biji benih kumpulan kamu seperti yang dilakar
sebelum ini?
Fasa Imaginasi
1. Guru memanggil ‘Murid No. 3’ mengeluar dan menyatakan bahan-bahan yang
telah disediakan untuk tujuan projek (murid telah diingatkan lebih awal untuk
menyediakan bahan-bahan untuk aktiviti projek masing-masing).
2. Guru meminta setiap kumpulan mengeluarkan lakaran model minggu lepas
kemudian, menjalankan aktiviti membangunkan model.
3. Pembangunan model dijalankan.
Contoh 1:
Selain daripada bahan yang diberi, apakah bahan tambahan lain yang akan
kamu gunakan dalam pembinaan model kamu?
Contoh 2:
Mengapakah kamu memilih bahan-bahan tersebut?
25
Modul Pembelajaran Sains Berasaskan Projek dan Pendekatan STEM
Fasa Perkembangan (penambahbaikan)
1. Guru memanggil ‘Murid No. 2’ untuk membentangkan hasil kerja projek model
‘biji benih terapung’ kumpulan mereka.
2. ’Murid No. 1’ menunjukkan pengujian hasil projek secara demonstrasi model
yang telah disiapkan.
Contoh 1:
Apakah ciri-ciri khas yang ada dalam model rekaan kamu bagi membolehkan
biji benih guli terapung untuk meneruskan kemandirian spesiesnya?
Contoh pengintegrasian elemen STEM:
Pengetahuan sains – ciri-ciri bahan yang terapung
Catatan: Guru menyediakan kolam air mainan untuk menguji keapungan model.
1. Guru menilai hasil kerja murid.
Contoh 1:
Adakah lakaran anda sama dengan model sebenar?
2. Guru meminta murid lain memberikan pendapat dan pandangan
Contoh 1:
Apakah pandangan kamu tentang hasil projek kumpulan ini?
Fasa Tindakan (pelaksanaan)
1. Guru meminta ahli kumpulan bekerjasama membuat penambahbaikan pada
model untuk menghasilkan model yang lebih baik.
2. ’Murid No. 1’menunjukkan pengujian hasil projek secara demonstrasi model biji
benih terapung yang telah ditambah baik.
Contoh 1:
Apakah bentuk penambahbaikan yang boleh kamu jelaskan melalui model
ciptaan kamu?
- menambah saiz gabus agar lebih mudah terapung.
Fasa Penutup:
1. Guru membuat rumusan hasil yang diterima dan menerangkan bahawa setiap
tumbuhan perlu menyesuaikan diri dengan suhu persekitaran dan mempunyai
ciri-ciri khas untuk mempertahankan diri daripada musuh bagi meneruskan
kemandirian spesiesnya.
Contoh 1:
Adakah kamu seronok semasa membina ciptaan produk kumpulan anda?
Mengapa?
26
Mencungkil Kreativiti Saintifik Pelajar
2. Hasil model dipamerkan kepada kelas (sudut reka cipta).
3. Guru melengkapkan Borang Penskoran Dimensi Tret Kreativiti Saintifik bagi setiap
kumpulan (Lampiran E).
Elemen Merentas Kurikulum: Kreativiti dan Inovasi
Pentaksiran: Hasil kerja kumpulan (Lampiran A)
Pengukuhan: Lampiran B dan Lampiran C
Kemahiran Proses Sains: Memerhati/Berkomunikasi
Refleksi Guru:
27
Modul Pembelajaran Sains Berasaskan Projek dan Pendekatan STEM
Projek 3
PROJEK BIJI BENIH TERAPUNG
Aku sebiji guli.
Aku tak nak tenggelam,
Aku nak terapung di air…
Sumber: https://pixabay.com
Bayangkan sebiji guli sebagai sebiji benih.
Bagaimana kamu dapat membantu penyebaran biji benih ini melalui agen
pencaran air bagi meneruskan kemandirian spesiesnya?
28
Projek 4 Projek Kereta Berkuasa Belon
Tema Sains Hayat
Masa 1 jam
Hasil Murid Lakaran Model Kereta Berkuasa Belon (Tugasan 1)
Standard Kandungan 5.1 Sumber dan bentuk-bentuk tenaga
Objektif PdPc membolehkan murid
1. Menghasilkan idea yang banyak berkaitan dengan kereta mainan berkuasa belon.
2. Menghasilkan idea yang asli atau unik tentang kereta mainan berkuasa belon.
3. Mengembangkan atau memperincikan idea dalam lakaran kereta mainan
berkuasa belon.
4. Memberikan tajuk yang abstrak untuk lakaran atau model kereta mainan berkuasa
belon yang dihasilkan yang melibatkan aras pemikiran sintesis dan organisasi.
5. Mengekalkan pemikiran terbuka dan berusaha menggunakan maklumat yang
didapati dari pelbagai perspektif.
Fasa Persediaan
1. Guru membahagikan murid-murid kepada kumpulan mengikut PK ‘Puts Head
Together” kemudian, murid-murid duduk dalam kumpulan masing-masing.
2. Guru menunjukkan sejenis kereta kawalan jauh. Kemudian, guru cuba bermain
untuk menarik perhatian murid di dalam kelas.
Contoh 1:
Siapa pernah bermain dengan alat ini?
Contoh 2:
Kenapa kamu suka bermain dengan permainan ini?
Fasa Imaginasi
1. Guru mengemukakan soalan berasaskan masalah.
Contoh:
Masalahnya kamu tidak mempunyai bateri sebagai sumber tenaga untuk
menggerakkan kereta mainan.
2. Guru mempamerkan beberapa bahan seperti kotak, botol, penutup botol,
penyedut minuman, getah, belon, sellotape dan lain-lain.
Contoh 1:
Apakah bahan-bahan yang anda pilih untuk menghasilkan kereta mainan kamu?
Modul Pembelajaran Sains Berasaskan Projek dan Pendekatan STEM
3. Catatan murid bebas memilih bahan-bahan lain yang bersesuaian selain contoh
yang diberi.
Contoh 2:
Bagaimana kamu dapat menghasilkan sebuah kereta mainan yang mampu
bergerak sendiri hanya dengan menggunakan alat/bahan yang dinyatakan
di atas?
4. Meminta setiap kumpulan‘put heads together’ merancang cara untuk menjadikan
kereta mainan yang dihasilkan mampu bergerak sendiri hanya dengan bantuan
kuasa belon.
5. Setiap murid membuat lakaran masing-masing, kemudian idea-idea tersebut
digabungkan menjadi satu bentuk lakaran yang unik mengikut kesesuaian tajuk
yang dipilih.
6. ’Murid No. 2’ membuat lakaran kumpulan mereka (Lampiran A).
Fasa Perkembangan (penambahbaikan)
1. Meminta 'Murid No. 4' mempamerkan dan menerangkan lakaran projek model
kereta kumpulan mereka di hadapan kelas (sesi pembentangan).
Contoh 1:
Mengapakah anda memilih ciri-ciri tersebut dalam lakaran kamu?
Contoh 2:
Apakah keistimewaan rekaan kumpulan kamu berbanding yang lain ?
Contoh 3:
Bolehkah lakaran awal tadi diperbaiki? (sekiranya perlu)
2. Setiap ahli perlu peka terhadap kritikan dan idea baharu yang boleh dijadikan
inspirasi untuk penambahbaikan.
Fasa Tindakan (pelaksanaan)
1. Guru meminta setiap kumpulan membuat penambahbaikan.
2. ‘Murid No. 3’diminta memperbaiki lakaran mereka setelah perbincangan dibuat
(Lampiran B).
3. ‘Murid No. 1’diminta melengkapkan Lampiran C hasil perkongsian idea bersama.
Contoh 1:
Apakah bentuk penambahbaikan yang telah kamu buat pada lakaran kamu
berbanding sebelumnya? Mengapa?
30
Mencungkil Kreativiti Saintifik Pelajar
4. Pembangunan model kereta akan bersambung pada minggu hadapan.
5. Penangguhan aktiviti projek.
6. Murid diingatkan untuk membuat persediaan bagi sesi pembelajaran akan datang
dengan menyediakan bahan mengikut perancangan kumpulan masing-masing.
Elemen Merentas Kurikulum: Kreativiti dan Inovasi
Pentaksiran: Hasil kerja kumpulan (Lampiran A)
Pengukuhan: Lampiran B dan Lampiran C
Kemahiran Proses Sains: Memerhati/Berkomunikasi/Meramal/Melakar
Refleksi Guru:
31
Modul Pembelajaran Sains Berasaskan Projek dan Pendekatan STEM
Projek 4 Projek Kereta Berkuasa Belon (sambungan)
Tema Sains Hayat
Masa 1 jam
Hasil Murid Lakaran Model Kereta Berkuasa Belon (Tugasan 2)
Standard Kandungan 5.1 Sumber dan bentuk-bentuk tenaga
Objektif PdPc membolehkan murid
1. Menghasilkan idea yang banyak berkaitan dengan kereta mainan berkuasa belon.
2. Menghasilkan idea yang asli atau unik tentang kereta mainan berkuasa belon.
3. Mengembangkan atau memperincikan idea dalam lakaran kereta mainan
berkuasa belon.
4. Memberikan tajuk yang abstrak untuk lakaran atau model kereta mainan berkuasa
belon yang dihasilkan yang melibatkan aras pemikiran sintesis dan organisasi.
5. Mengekalkan pemikiran terbuka dan berusaha menggunakan maklumat yang
didapati dari pelbagai perspektif.
Fasa Persediaan
1. Guru meminta murid-murid duduk dalam kumpulan PK ‘Puts Head Together”
mengikut sesi pembelajaran sebelum ini.
2. Guru memanggil ‘Murid No. 4’ untuk mempamerkan lakaran model kereta yang
akan dibina.
Contoh 1:
Apakah nama model kereta yang akan kamu bangunkan?
Contoh 2:
Mengapa kamu memilih rekaan tersebut?
Fasa Imaginasi
1. Guru memanggil ‘Murid No. 3’ mengeluar dan menyatakan bahan-bahan yang
telah disediakan untuk tujuan projek (murid telah diingatkan lebih awal untuk
menyediakan bahan-bahan untuk aktiviti projek masing-masing).
Contoh 1:
Mengapakah kamu memilih bahan-bahan tersebut?
2. Guru meminta setiap kumpulan mengeluarkan lakaran model minggu lepas
kemudian, menjalankan aktiviti membangunkan model.
3. Pembangunan model dijalankan.
32
Mencungkil Kreativiti Saintifik Pelajar
4. Guru mengingatkan murid untuk memberi penekanan terhadap elemen STEM
dalam setiap model (Lampiran D) yang dihasilkan seperti:
i) Pengetahuan sains - sumber tenaga/perubahan bentuk tenaga.
ii) Teknologi kejuruteraan - reka bentuk model /pergerakan model kereta.
iii) Matematik - jarak pergerakan model kereta/kelajuan model kereta.
Fasa Perkembangan (penambahbaikan)
1. Guru memanggil‘Murid No. 2’untuk membentang hasil kerja projek model kereta
berkuasa belon kumpulan mereka.
Contoh 1:
Apakah keistimewaan yang ada pada model kereta kumpulan kamu?
Contoh 2:
Adakah model kereta ini sama dengan lakaran model yang kamu rancang?
2. ‘Murid No. 1’menunjukkan pengujian hasil projek secara demonstrasi pergerakan
model kereta yang telah disiapkan (demonstrasi model).
Contoh 1:
Bolehkah model kereta ini diperbaiki? (sekiranya perlu diperbaiki).
Catatan: Guru menyediakan litar/ruang untuk menguji pergerakan model kereta.
3. Guru meminta murid lain memberikan pendapat dan pandangan.
Contoh 1:
Apakah pendapat anda terhadap hasil ciptaan model kumpulan ini?
Fasa Tindakan (pelaksanaan)
1. Guru meminta ahli kumpulan bekerjasama membuat penambahbaikan pada
model untuk menghasilkan model yang lebih baik.
Contoh 1 :
Apakah bentuk penambahbaikan yang boleh kamu jelaskan melalui model
ciptaan kamu?
- Menambah bilangan belon supaya lebih banyak tenaga dihasilkan.
Catatan: Sekiranya semua kumpulan sudah menjalankan sesi pembentangan
hasil projek, beri sedikit kebebasan kepada murid bermain dengan hasil binaan
kumpulan lain bagi menguji keberhasilan setiap projek.
33
Modul Pembelajaran Sains Berasaskan Projek dan Pendekatan STEM
Fasa Penutup
1. Guru membuat rumusan hasil yang diterima dan menerangkan bahawa belon
yang berisi udara mempunyai tenaga keupayaan yang mampu menggerakkan
sesuatu objek.
Contoh 1:
Adakah kamu berasa seronok semasa menghasilkan produk kumpulan kamu?
Mengapa?
2. Guru menyediakan ruang pameran reka cipta model kereta bagi setiap kumpulan
yang sudah membentang.
3. Guru melengkapkan Borang Penskoran Dimensi Tret Kreativiti Saintifik bagi setiap
kumpulan (Lampiran E).
Elemen Merentas Kurikulum: Kreativiti dan Inovasi
Pentaksiran: Hasil kerja kumpulan (Lampiran A)
Pengukuhan: (Lampiran B) dan (Lampiran C)
Kemahiran Proses Sains: Memerhati/Berkomunikasi/
Refleksi Guru:
34
Mencungkil Kreativiti Saintifik Pelajar
Projek 4
PROJEK KERETA BERKUASA BELON
Belon oh belon!
Tolonglah gerakkan
saya!
Sumber: https://pixabay.com
Bagaimana anda dapat menghasilkan sebuah kereta mainan yang mampu
bergerak dengan bantuan belon?
35
Projek 5 Projek Rumah Mesra Alam
Tema Sains Fizikal
Masa 1 jam
Hasil Murid Lakaran Model Rumah Mesra Alam (Tugasan 1)
Standard Kandungan Cahaya boleh dibiaskan
Objektif PdPc membolehkan murid
1. Menghasilkan idea yang banyak berkaitan dengan rumah mesra alam.
2. Menghasilkan idea yang asli atau unik tentang rumah mesra alam.
3. Mengembangkan atau memperincikan idea dalam lakaran rumah mesra alam.
4. Memberikan tajuk yang abstrak untuk lakaran atau model rumah mesra alam
yang dihasilkan melibatkan aras pemikiran sintesis dan organisasi.
5. Mengekalkan pemikiran terbuka dan berusaha menggunakan maklumat yang
didapati dari pelbagai perspektif.
Fasa Persediaan
1. Guru membahagikan murid-murid kepada kumpulan mengikut PK ‘Puts Head
Together” kemudian, murid-murid duduk dalam kumpulan masing-masing.
2. Guru menunjukkan gambar sebuah rumah yang menggunakan tenaga solar
untuk menjana elektrik.
Contoh 1:
Pernahkah kamu melihat objek seperti dalam gambar ini? Di mana kamu
melihatnya?
Contoh 2:
Apakah tujuan alat tersebut dipasang di atap rumah?
Contoh 3:
Apakah kelebihan jika kita menggunakan peralatan tersebut?
Fasa Imaginasi
1. Guru mengemukakan soalan berasaskan situasi seperti: “Sesetengah penduduk
yang yang tinggal di kawasan setinggan mempunyai rumah yang sempit dan kurang
mendapat pencahayaan yang baik.”
Contoh 1:
Bagaimana kamu dapat membantu penduduk di kawasan tersebut menerangi
ruang yang gelap dengan kos yang murah dan mesra alam?
Persoalan:
Kos pemasangan panel suria di rumah sangat mahal.
Mencungkil Kreativiti Saintifik Pelajar
2. Guru mempamerkan beberapa bahan maujud seperti kotak, botol, penyedut
minuman, pita pelekat dan lain-lain.
Contoh 1:
Apakah bahan-bahan yang anda pilih dalam lakaran model rumah kumpulan
kamu?
Contoh 2:
Mengapa anda memilih bahan tersebut?
3. Setiap kumpulan dikehendaki‘put heads together’ merancang cara untuk mereka
lakaran rumah agar pencahayaan lebih baik dengan mengaplikasikan prinsip
pembiasan cahaya.
4. Setiap kumpulan boleh merujuk buku teks hlm. 84 sebagai rujukan.
5. Guru meminta setiap murid dalam kumpulan membuat lakaran rumah mengikut
idea sendiri di dalam buku latihan masing-masing.
6. ‘Murid No. 4’ membuat lakaran model rumah kumpulan mereka hasil inspirasi
idea daripada lakaran setiap ahli kumpulan (Lampiran A).
Fasa Perkembangan (penambahbaikan)
1. ’Murid No. 3’ mempamer dan menerangkan lakaran model rumah mesra alam
kumpulan mereka di hadapan kelas.
2. Guru menilai hasil kerja murid.
Contoh 1:
Apakah keunikan rekaan model rumah kumpulan kamu berbanding yang lain?
3. Guru meminta murid lain memberikan pendapat dan pandangan.
Contoh 1:
Apakah kelemahan lakaran kumpulan ini yang boleh ditambah baik?
4. Guru memberi maklum balas terhadap persembahan setiap kumpulan.
Contoh 1:
Bolehkah lakaran awal tadi diperbaiki?
Fasa Tindakan (pelaksanaan)
1. Guru ‘Murid No. 2’ berperanan untuk menambah baik lakaran reka bentuk sedia
ada supaya hasilnya lebih baik dalam (Lampiran B).
2. ’Murid No. 1’ diminta melengkapkan borang proses pembangunan model
(Lampiran C).
3. Pembangunan model akan bersambung pada minggu hadapan.
37
Modul Pembelajaran Sains Berasaskan Projek dan Pendekatan STEM
4. Murid diingatkan untuk membuat persediaan bagi sesi pembelajaran akan datang
dengan menyediakan bahan mengikut perancangan kumpulan masing-masing.
5. Penangguhan aktiviti projek.
6. Murid diingatkan untuk membuat persediaan bagi sesi pembelajaran akan datang
dengan menyediakan bahan mengikut perancangan kumpulan masing-masing.
Fasa Penutup
7. Guru menanam kesedaran tentang kepentingan manusia memanfaatkan sumber
alam semula jadi untuk kesejahteraan manusia sejagat.
Contoh 1:
Apakah isi pengajaran yang telah kamu peroleh pada hari ini?
Elemen Merentas Kurikulum: Kreativiti dan Inovasi/keusahawanan
Pentaksiran: Hasil kerja kumpulan (Lampiran A)
Pengukuhan: Lampiran B dan Lampiran C
Kemahiran Proses Sains: Memerhati/Berkomunikasi/Meramal/Melakar
Refleksi Guru:
38
Mencungkil Kreativiti Saintifik Pelajar
Projek 5 Projek Rumah Mesra Alam (sambungan)
Tema Sains Fizikal
Masa 1 jam
Hasil Murid Membangunkan Model Rumah Mesra Alam (Tugasan 2)
Standard Kandungan Cahaya boleh dibiaskan
Objektif PdPc membolehkan murid;
1. Menghasilkan idea yang banyak berkaitan dengan rumah mesra alam.
2. Menghasilkan idea yang asli atau unik tentang rumah mesra alam.
3. Mengembangkan atau memperincikan idea dalam model rumah mesra alam.
4. Memberikan tajuk yang abstrak untuk lakaran atau model rumah mesra alam
yang dihasilkan yang melibatkan aras pemikiran sintesis dan organisasi.
5. Mengekalkan pemikiran terbuka dan berusaha menggunakan maklumat yang
didapati dari pelbagai perspektif.
Fasa persediaan
1. Guru meminta murid-murid duduk dalam kumpulan PK ‘Puts Head Together”
mengikut sesi pembelajaran sebelum ini.
Contoh 1:
Bolehkah kamu duduk dalam kumpulan seperti pembelajaran lepas?
2. Guru memanggil‘Murid No. 3’untuk menyatakan nama tajuk lakaran rumah yang
akan dibina pada sesi pembelajaran sebelumnya.
Contoh 1:
Apakah nama bagi lakaran model rumah kumpulan kamu seperti yang dilakar
sebelum ini?
Fasa imaginasi
1. Guru memanggil‘Murid No. 4’mengeluarkan dan menyatakan bahan-bahan yang
telah disediakan untuk tujuan projek (murid telah diingatkan lebih awal untuk
menyediakan bahan-bahan projek masing-masing.)
Contoh 1:
Selain daripada bahan yang diberi, apakah bahan tambahan lain yang akan
kamu gunakan dalam pembinaan model kamu?
Contoh 2:
Mengapakah kamu memilih bahan-bahan tersebut?
39
Modul Pembelajaran Sains Berasaskan Projek dan Pendekatan STEM
2. Guru meminta setiap kumpulan mengeluarkan lakaran model minggu lepas,
kemudian menjalankan aktiviti membangunkan model.
3. Pembangunan model dijalankan.
Fasa Perkembangan (penambahbaikan)
1. Guru memanggil‘Murid No. 2’untuk membentang hasil kerja projek model rumah
mesra alam bagi kumpulan mereka.
Contoh 1:
Apakah keistimewaan yang ada pada model rumah kumpulan kamu? Mengapa?
2. ’Murid No. 3’ menunjukkan pengujian hasil projek secara demonstrasi rumah
yang cukup pencahayaan dengan mengaplikasikan prinsip pembiasan cahaya
yang telah disiapkan.
Contoh 1:
Adakah model rumah ini sama dengan lakaran model yang kamu rancang
sebelum ini?
Contoh 2:
Adakah hasil projek model rumah ini sama dengan kumpulan lain? Mengapa?
(Demonstrasi model)
3. Guru meminta murid lain memberikan pendapat dan pandangan.
Contoh 1:
Apakah pendapat anda terhadap hasil ciptaan model kumpulan ini?
Fasa Tindakan (pelaksanaan):
1. Guru meminta ahli kumpulan bekerjasama membuat penambahbaikan pada
model untuk menghasilkan model yang lebih baik.
2. Sekiranya semua kumpulan sudah menjalankan sesi pembentangan hasil projek,
guru memberi peluang untuk murid membuat pameran hasil projek.
Contoh 1:
Adakah kamu seronok bermain dengan ciptaan produk kumpulan ini? Mengapa?
40
Mencungkil Kreativiti Saintifik Pelajar
Fasa Penutup:
1. Guru menutup sesi pembelajaran dengan menerapkan kesedaran tentang nikmat
Tuhan menciptakan cahaya untuk kehidupan di dunia.
Contoh 1:
Mengapa kita perlu sentiasa bersyukur dengan segala nikmat Tuhan?
2. Guru melengkapkan Borang Penskoran Dimensi Tret Kreativiti Saintifik bagi setiap
kumpulan (Lampiran E).
Elemen Merentas Kurikulum: Kreativiti dan Inovasi/Keusahawanan
Pentaksiran: Hasil kerja kumpulan (Lampiran A)
Pengukuhan: (Lampiran B) dan (Lampiran C)
Kemahiran Proses Sains: Memerhati/Berkomunikasi/Meramal
Refleksi Guru:
41
Modul Pembelajaran Sains Berasaskan Projek dan Pendekatan STEM
Projek 5
PROJEK MODEL RUMAH MESRA ALAM
Walaupun siang tapi Sabarlah, kita tak
ruang dalam rumah mampu nak bayar
kita tetap gelap ibu. bil elektrik untuk
pasang lampu.
Sumber: https://pixabay.com
Bagaimana kamu dapat membantu keluarga tersebut menerangi ruang yang
gelap dalam rumah dengan mengaplikasikan prinsip pembiasan cahaya
ke dalam rumahnya?
42
Projek 6 Projek Peti Ais Mini
Tema Sains Bahan
Masa 1 jam
Hasil Murid Melakar Peti Aiskrim (Tugasan 1)
Standard Kandungan Perubahan keadaan jirim dan sifat bahan
Objektif PdPc membolehkan murid;
1. Menghasilkan idea yang banyak berkaitan dengan peti aiskrim mini.
2. Menghasilkan idea yang asli atau unik tentang peti aiskrim mini.
3. Mengembangkan atau memperincikan idea dalam lakaran peti aiskrim mini.
4. Memberikan tajuk yang abstrak untuk lakaran atau model peti aiskrim mini yang
dihasilkan yang melibatkan aras pemikiran sintesis dan organisasi.
5. Mengekalkan pemikiran terbuka dan berusaha menggunakan maklumat yang
didapati dari pelbagai perspektif.
Fasa Persediaan
1. Guru membahagikan murid-murid kepada kumpulan mengikut PK ‘Puts Head
Together.” Kemudian, murid-murid duduk dalam kumpulan masing-masing dan
memberi nama kumpulan masing-masing.
2. Guru menunjukkan gambar aiskrim untuk menarik perhatian murid.
Contoh 1:
Siapa suka makan aiskrim?
Contoh 2:
Apakah peralatan yang mesti ada untuk membekukan aiskrim ini?
Fasa Imaginasi
1. Guru mengemukakan soalan berdasarkan situasi seperti:
Contoh 1:
Bagaimana kamu dapat menghasilkan aiskrim buatan sendiri yang lengkap
dengan bekas penyimpanan khas agar aiskrim yang dihasilkan dapat disimpan
dan lambat cair?
2. Guru mempamerkan beberapa bahan seperti kotak, bekas polistirena, kain tuala,
garam, plastik, gelang getah susu dan lain-lain.
Contoh 1:
Apakah bahan-bahan yang anda pilih untuk menghasilkan aiskrim
kegemaran kamu?