Modul Pembelajaran Sains Berasaskan Projek dan Pendekatan STEM
Catatan: Murid bebas memilih bahan-bahan lain yang bersesuaian selain contoh
yang diberi.
3. Setiap kumpulan dikehendaki ‘put heads together’ merancang cara untuk
menghasilkan aiskrim dan tempat penyimpanan khas yang melambatkan proses
peleburan aiskrim melalui lakaran.
4. Setiap kumpulan boleh merujuk buku teks (Sains tahun 5) hlm. 160 sebagai
rujukan.
5. Guru meminta setiap murid dalam kumpulan membuat lakaran tempat
penyimpanan ais mengikut idea sendiri di dalam buku latihan masing-masing.
6. 'Murid No. 2' membuat lakaran model peti penyimpan ais kumpulan mereka hasil
inspirasi idea daripada lakaran setiap ahli kumpulan (Lampiran A).
Fasa Perkembangan (penambahbaikan)
1. Murid No. 4 mempamerkan dan menerangkan lakaran kumpulan mereka di
hadapan kelas.
2. Guru meminta murid lain memberikan pendapat dan pandangan.
Contoh 1:
Mengapakah anda memilih ciri-ciri tersebut dalam lakaran kamu?
3. Guru memberi maklum balas terhadap persembahan setiap kumpulan.
4. Setiap ahli perlu peka terhadap kritikan dan idea baharu yang boleh dijadikan
inspirasi untuk penambahbaikan.
Contoh 1:
Apakah keunikan yang ada pada lakaran model peti ais kumpulan kamu?
Contoh 2:
Adakah hasil model peti ais mini anda sama dengan kumpulan lain? Mengapa?
Contoh 3:
Bolehkah lakaran awal tadi diperbaiki?
Fasa Tindakan (pelaksanaan)
1. Guru meminta setiap kumpulan membuat penambahbaikan.
2. ’Murid No. 3’diminta memperbaiki lakaran mereka setelah perbincangan dibuat
(Lampiran B).
3. ’Murid No. 1’diminta melengkapkan (Lampiran C) hasil perkongsian idea bersama.
Contoh 1:
Apakah bentuk penambahbaikan yang boleh kamu jelaskan melalui lakaran
model peti ais ciptaan kamu?
44
Mencungkil Kreativiti Saintifik Pelajar
Contoh murid:
Menambah ketebalan polistirena/menambah lapisan kain dan lain-lain.
4. Pembangunan model akan bersambung pada minggu hadapan.
5. Murid diingatkan untuk membuat persediaan bagi sesi pembelajaran akan datang
dengan menyediakan bahan mengikut perancangan kumpulan masing-masing.
6. Penangguhan aktiviti projek.
Fasa Penutup
1. Guru memilih beberapa orang murid untuk memberi pendapat tentang hasil
pembelajaran pada hari ini.
Contoh 1:
Apakah yang telah kamu pelajari pada hari ini?
Contoh 2:
Adakah kamu seronok mengikuti sesi pembelajaran pada hari ini? Mengapa?
Elemen Merentas Kurikulum: Kreativiti dan Inovasi/keusahawanan
Pentaksiran: Hasil kerja kumpulan (Lampiran A)
Pengukuhan: (Lampiran B) dan (Lampiran C)
Kemahiran Proses Sains: Memerhati/Berkomunikasi/Meramal/Melakar
Refleksi Guru:
45
Modul Pembelajaran Sains Berasaskan Projek dan Pendekatan STEM
Projek 6 Projek Peti Ais Mini (sambungan)
Tema Sains Bahan
Masa 1 jam
Hasil Murid Membina Model Peti Ais Mini (Tugasan 2)
Standard Kandungan Perubahan Keadaan Jirim dan Sifat Bahan
Objektif PdPc membolehkan murid;
1. Menghasilkan idea yang banyak berkaitan dengan peti ais mini.
2. Menghasilkan idea yang asli atau unik tentang peti ais mini.
3. Mengembangkan atau memperincikan idea dalam lakaran peti ais mini.
4. Memberikan tajuk yang abstrak untuk lakaran atau model peti ais mini yang
dihasilkan yang melibatkan aras pemikiran sintesis dan organisasi.
5. Mengekalkan pemikiran terbuka dan berusaha menggunakan maklumat yang
didapati dari pelbagai perspektif.
Fasa Persediaan
1. Guru meminta murid-murid duduk dalam kumpulan PK ‘Puts Head Together”
mengikut sesi pembelajaran sebelum ini.
2. Guru memanggil ‘Murid No. 4’ untuk menunjukkan lakaran peti ais kumpulan
masing-masing yang dilakar pada sesi pembelajaran lepas.
Contoh 1:
Apakah nama model model peti ais yang akan kamu bangunkan?
Contoh 2:
Mengapa kamu memilih rekaan tersebut?
Fasa Imaginasi
1. Guru memanggil ‘Murid No. 2’ mengeluar dan menyatakan bahan-bahan yang
telah disediakan untuk tujuan projek.
2. Pembangunan model dijalankan.
Contoh 1:
Selain daripada bahan yang diberi, apakah bahan tambahan lain yang akan
kamu gunakan dalam pembinaan model kamu?
Contoh 2:
Mengapakah kamu memilih bahan-bahan tersebut?
Contoh 3:
Apakah ciri-ciri khas yang ada dalam model rekaan kamu bagi membolehkan
ais yang disimpan lambat melebur?
46
Mencungkil Kreativiti Saintifik Pelajar
Fasa Perkembangan (penambahbaikan)
1. Guru memanggil ‘Murid No. 3’ untuk membentang hasil kerja projek
membangunkan model kumpulan mereka.
2. ‘Murid No. 1’menunjukkan pengujian hasil projek secara demonstrasi model peti
ais dan aiskrim yang telah disiapkan (demonstrasi model).
3. Meminta murid dari kumpulan lain memberikan pendapat dan pandangan.
4. Guru membuat penilaian.
Contoh 1:
Apakah keistimewaan yang ada pada model peti ais kumpulan kamu? Mengapa?
Contoh 2:
Adakah model peti ais ini sama dengan lakaran model yang kamu rancang
sebelumnya?
5. Guru meminta murid lain memberikan pendapat dan pandangan.
Contoh 1:
Apakah pendapat anda terhadap hasil ciptaan model kumpulan ini?
Fasa Tindakan (pelaksanaan)
1. Guru meminta ahli kumpulan bekerjasama membuat penambahbaikan pada
model untuk menghasilkan model yang lebih baik.
Contoh 1:
Apakah bentuk penambahbaikan yang telah kamu buat pada model peti ais
kumpulan kamu?
Catatan: Sekiranya semua kumpulan sudah menjalankan sesi pembentangan
hasil projek, beri sedikit kebebasan untuk murid untuk sama-sama menikmati
aiskrim buatan tangan mereka.
Fasa Penutup
1. Guru menutup sesi pembelajaran dengan membuat rumusan.
Contoh 1:
Adakah kamu seronok semasa menghasilkan projek rekaan model peti ais
mini kamu?
2. Guru melengkapkan Borang Penskoran Dimensi Tret Kreativiti Saintifik bagi setiap
kumpulan (Lampiran E).
47
Modul Pembelajaran Sains Berasaskan Projek dan Pendekatan STEM
Elemen Merentas Kurikulum: Kreativiti dan Inovasi/Keusahawanan
Pentaksiran: Hasil kerja kumpulan (Lampiran A)
Pengukuhan: (Lampiran B) dan (Lampiran C)
Kemahiran Proses Sains: Memerhati/Berkomunikasi/Meramal
Refleksi Guru:
48
Mencungkil Kreativiti Saintifik Pelajar
Projek 6
PROJEK PETI AIS MINI
Sekejap lagi aku akan cair.
Tolong simpan aku dalam
peti ais mini!
Sumber: https://pixabay.com
Bagaimana kamu dapat menghasilkan bekas penyimpanan khas supaya aiskrim
yang dihasilkan mudah alih dan dapat dibawa mengembara ke hutan untuk
jangka masa beberapa jam?
49
Lampiran
Lampiran A Tarikh:
Lembaran A
Nama Kumpulan:
Lakaran Projek Kumpulan Kami
Tajuk:
Mencungkil Kreativiti Saintifik Pelajar | Lampiran
Lampiran B
Lembaran B
Nama Kumpulan: Tarikh:
Arahan: Hasil lakaran kumpulan anda yang telah dibetulkan
Tajuk:
51
Modul Pembelajaran Sains Berasaskan Projek dan Pendekatan STEM
Lampiran C
Lembaran C
Rangka Khusus Setiap Bahagian dalam Model
Nama Model
Bahagian dalam Model
Apakah yang akan terjadi sekiranya salah satu bahagian hilang atau tidak berfungsi?
(kepentingan setiap bahagian)
Apakah hubungan di antara semua bahagian?
(Rumusan)
52
Mencungkil Kreativiti Saintifik Pelajar | Lampiran
Lampiran D Unsur STEM dalam Rekaan Model
Tajuk Model:
Unsur STEM Perincian Lakaran Model
Sains
(apakah konsep sains dalam rekaan model anda)
Contoh: Perubahan Bentuk Tenaga daripada tenaga
cahaya matahari kepada tenaga elektrik
Teknologi
(apakah unsur teknologi dalam projek kumpulan anda?)
Contoh: Menggunakan elemen teknologi maklumat
untuk membuat pembentangan
Kejuruteraan
(apakah unsur kejuruteraan dalam rekaan model)
Contoh: Reka bentuk model yang stabil
Matematik
(berapa anggaran kos projek)
Contoh: Plastisin (RM1.20) + kad manila (RM 0.80)
53
Modul Pembelajaran Sains Berasaskan Projek dan Pendekatan STEM
Lampiran E
Borang Penskoran Dimensi Tret Kreativiti Saintifik
(Aktiviti Kumpulan)
Tajuk Aktiviti: Tarikh:
Nama Kumpulan:
Dimensi Tret Keupayaan Skor
Lakaran Model
Kelancaran • Menghasilkan idea baharu yang banyak
berkaitan dengan tugasan.
Keaslian • Menghasilkan idea yang asli atau unik
daripada keseluruhan respons.
Penghuraian • Mengembangkan atau memperincikan
idea dalam lakaran konsep yang dilukis
dan dilabel.
Keabstrakan Tajuk • Memberikan tajuk yang abstrak untuk
lakaran/model/ konsep yang dihasilkan
yang melibatkan aras pemikiran sintesis
dan organisasi.
Rintangan terhadap • Mengekalkan pemikiran terbuka dan
penutupan pramatang berusaha menggunakan maklumat
yang didapati dari pelbagai perspektif.
Skor Kreativiti Saintifik
Catatan Penilai:
54
Rujukan
Afolabi & Akinbobola F. (2010). Analysis of science process skills in West African Senior Secondary School
Certificate Physics Practical Examination in Nigeria. Bulgarian Journal of Science and Education
Policy, 4(1), 32–47.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). (2011). Buku Panduan Kreativiti: Pembangunan dan Amalan
dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Chin, M.K. & Siew, N.M. (2015). The Development and Validation of a Figural Scientific Creativity Test for
Preschool Pupils. Creative Education, 6, 1391-1402.
Guilford, J. P. (1950). Creativity. American Psychologist, 5, 444–454.
Kagan, S. & Kagan,M. (2009). Kagan cooperative learning. Kagan Publishing.
https://pixabay.com
Hu, W., & Adey, P. (2002). A scientific creativity test for secondary school students. International Journal
of Science Education, 24, 389–403.
iconspng.com
Newell, R.J. (2003). Passion for learning: How project-based learning meets the needs of 21st century students.
Lanham, Md.: Scarecrow Pres.
Siew, N. M., Chong, C. L., & Lee, B. N. (2015). Fostering fifth graders’scientific creativity through problem-
based learning. Journal of Baltic Science Education, 14(5), 655–669.
Torrance, E. P. (1962). Guiding creative talent. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
Torrance, E. P. (1974). Torrance tests of creative thinking. Lexington, MA: Personnel Press.
Torrance, E. P., Ball, O. E., & Safter, H. T. (2008). Torrance Tests of creative thinking: Streamline scoring guide
for figural forms A and B. Bensenville, IL: Scholastic Testing Service, Inc.
Zakaria, E. (1998). Pembelajaran koperatif. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.