Assalamualaikum pembaca sayheart yang dikasihi. Syukur kehadrat Ilahi, setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan kepada 2WAH.Publication di atas peluang yang diberikan untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majalah sayheart keluaran Januari 2023 edisi khas ini. Bertemakan kekeluargaan, kami sediakan lima sub topik berkaitan kesihatan dan gaya hidup sihat dalam spektrum keluarga sebagai permulaan yang baharu pada tahun 2023. Keluarga adalah salah satu anugerah yang paling penting dan berharga dalam hidup. Merekalah orang yang menyokong dalam semua keputusan yang dibuat, merekalah orang yang menggembirakan anda semasa anda meraikan kejayaan hidup, dan merekalah orang yang ketawa dan menangis bersama anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai caracara dan tips keluarga bahagia, kami paparkan kisah angkasawan negara kita, Dr. Sheikh Muszaphar tentang cara pembesaran anak-anak menerusi Penghias Kulit sayheart edisi keluarga, Januari 2023. Majalah edisi ini juga kami sajikan penawar dan terapi menarik khas dari peng- gunaan bunga telang. Tips penawar tumbuhan berwarna ungu kebiruan menjadi pilihan kami untuk dikongsikan bersama pembaca sekalian. Cara penggunaan bunga telang yang sangat mudah dan mesra kos, sesuai bagi para pembaca yang mengamalkan gaya hidup sihat. Istimewa edisi Januari ini, kami mengalu-alukan pembaca yang ingin mendapatkan produk stevia daripada jenama NytureVia. Dengan setiap pembelian majalah sayheart, anda akan membawa pulang satu paket stevia yang telah diselitkan bersama majalah ini. Bukan itu sahaja, para pembaca juga dapat informasi lebih lanjut dengan mengimbas kod QR yang telah disediakan di artikel pilihan. Tunggu apa lagi? Dapatkan sayheart Januari 2023 di pasaran dan buat anda yang telah bersama-sama kami sehingga ke hari ini, teruskan menyokong kami dan sebarang perkongsian idea daripada anda adalah sangat dialu-alukan. Akhir kalam, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya ada kikhlafan sepanjang proses penerbitan majalah ini. Harapan saya agar warga 2WAH.Publication dapat menyumbangkan komitmen yang lebih besar pada tahun-tahun akan datang untuk mempertingkatkan majalah ini dan terus kekal signifikan dalam minda pembaca. Semoga penerbitan majalah ini dapat menjadi pendorong kepada pembaca untuk membina hubungan kekeluargaan yang lebih erat. Salam sayang dari saya, dan selamat membaca. Sarah Zulaikha Ketua Jabatan Editor
ww 8 14 34 22 64 Inspirasi Aura Kita Sayang Kita Jaga Kini Anda Tahu Petua Sihat Penawar dan Terapi
ww Kandungan
SAYHEART | 8 “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” yang bermaksud mendidik anak-anak biarlah dari ketika usianya masih kecil. Seperti yang kita tahu, kanak-kanak diibaratkan sebagai kain putih. Orang dewasa, terutamanya ibu bapa, adalah satu-satunya yang boleh membentuk masa depan anak-anak mereka. Dalam pandangan ini, setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka supaya mereka gembira dan sihat, supaya mereka berjaya di sekolah, dan supaya mereka meneruskan kehidupan dewasa yang berjaya. Untuk mencapai semua ini, ibu bapa perlu bermula dengan membesarkan anak-anak mereka dengan cara yang betul, dan permulaan yang baik itu bermula pada zaman kanak-kanak. Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, angkasawan negara, sering berkongsi nasihat keibubapaan yang berguna di Instagram miliknya (@drsheikhmuszaphar). Ayah kepada enam orang anak ini banyak bercerita pengalaman dan ilmunya mendidik anak-anaknya seawal usia bayi lagi. Beliau terkenal dengan proses perkembangan kanak-kanak yang inovatif, termasuklah memperkenalkan bayi kepada air seawal enam bulan, mengajar mereka berjalan dalam tempoh tujuh bulan, dan mendedahkan mereka kepada pelbagai aktiviti daripada menunggang kuda dan berenang, ke belajar Al-Quran dan bermain piano. Hasilnya, anak-anaknya membesar dengan hebat dan tiada siapa yang menghalang mereka untuk “Dr Sheikh Muszaphar mula mendidik anak kembarnya menggunakan kad gambar yang menggambarkan pelbagai topik seperti haiwan, angka, dan buah-buahan” oleh Nur Sarah Zulaikha Dr Sheikh Muszaphar
SAYHEART | 9 Inspirasi Aura menjadi anak-anak yang riang. Misalnya, anak sulungnya, Sophea Isabella (Bella) mendapat tempat pertama di sekolah aliran Mandarin dan agama. Bukan itu sahaja, Bella juga khatam al-Quran seawal usia enam tahun dan pemegang tali pinggang merah taekwondo. Jika anda adalah para ibu bapa yang baru sahaja melangkah ke alam parenthood ini, ada beberapa langkah asas yang perlu anda ketahui sebelum membentuk anak-anak menjadi seorang yang berjaya. Antara tip yang sering dikongsikan di laman Instagram beliau adalah: Teknik Flashcards Seawal mereka masih bayi, Dr Sheikh Muszaphar mula mendidik anak kembarnya menggunakan kad gambar yang menggambarkan pelbagai topik seperti haiwan, angka, dan buah-buahan. Teknik ini bagus untuk membantu anak kecil mengembangkan daya tumpuan dan ketangkasan mental. Jika anda menggunakan kaedah kad imbas yang dibangunkan oleh Dr. Sheikh Muszaphar lima kali sehari, dan kemudian sekali seminggu, kemahiran penumpuan anak anda akan berkembang dengan lebih baik. Teknik Kawalan Pernafasan Kawalan pernafasan merupakan teknik atau cara Dr Sheikh Muszaphar berkongsi rahsia bagaimana semua anak-anaknya boleh bernafas dalam air selama 30 saat. Ianya bermula dari didikan sejak kecil, beliau mula mengajar anak-anaknya tentang bagaimana cara untuk kawal pernafasan. Jika anda mahu anak-anak anda belajar berenang dengan cepat dan yakin tanpa rasa takut terhadap air, anda perlu biasa dengan pendekatan ini. Ketika anak-anaknya baru berusia dua bulan, Dr Sheikh Muszaphar mula mengajar mereka senaman pernafasan untuk membantu mereka tenang. Sebagai contoh, Dr Sheikh Muszaphar akan mengira hingga tiga sebelum beliau menyiram air ke atas kepala anak-anaknya itu. Ini bertujuan agar anak dapat bersedia dan tahu untuk menarik nafas mereka. Dr Sheikh Muszaphar melakukan teknik ini setiap kali waktu anakanak mandi setiap hari sehinggalah usia anak menjejak enam bulan. Bagi ibu bapa yang mencari-cari teknik parenting, mungkin cara Dr Sheikh Muszaphar mendidik anak-anaknya ini boleh dijadikan panduan dalam kehidupan anda untuk mendidik anakanak bermula dari bayi. Anak-anak adalah amanah yang dikurniakan, jadi tatanglah mereka ibarat minyak yang penuh. Selamat mencuba dan semoga berjaya, parents! Tips tambahan: • Ucapkan “I love you” kepada anak seku rang-kurangnya 10 kali sehari • Isi masa lapang anak dengan aktiviti berpendidikan • Gunakan golden age anak dengan sebaiknya • Tegas, tetapi penuh dengan kasih sayang • Berkomunikasi dengan baik dengan anakanak • Jangan sekali-kali berkata tidak, sebaliknya jelaskan sebabnya • Jangan pernah bergaduh depan anak-anak • Belajar bahasa, kerana kanak-kanak mudah belajar bahasa baru
SAYHEART | 10 Berani berfikiran positif oleh Nur Khairunnisa “Positif Tanpa Rasa Takut” B agaimana nak kekal berfikiran positif? Adakah susah mahu menjadi orang yang positif? Ya, sebagai manusia biasa, sudah menjadi lumrah kita untuk mudah meletakkan diri dalam keadaan yang negatif. Tambahan lagi, apabila diri kita dikelilingi oleh orang yang bersifat negatif. Lontaran kata-kata orang sekeliling amat mempunyai pengaruh yang besar dalam membentuk kehidupan harian individu. Oleh itu, untuk menyingkirkan aura negatif tersebut kita perlu segera mencari aura positif kembali. Misalnya Datuk Profesor Dr Che Muhaya Binti Haji Mohamad atau mudah disapa dengan panggilan Prof Muhaya yang terkenal dengan sikapnya yang amat lemah lembut dalam menyampaikan motivasi kepada pendengarnya. Perkongsian beliau dalam bidang motivasi boleh dikatakan sebagai motivasi melalui teladan. Ramai orang diluar sana yang menyatakan bahawa selepas mendengar perkongsian motivasi Prof Muhaya di corong radio atau di media sosial mereka memberikan maklum balas dimana mereka mempratikkan amalan yang dikongsikan dan tanpa disedari berlaku perubahan dalam kehidupan mereka. Rata- rata masyarakat menggemari beliau kerana setiap topik perkongsian beliau menjadikan diri beliau sebagai contoh. JOM, Kenali Wanita Hebat ini. Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad telah dilahirkan pada 1 Disember 1958 dan dibesarkan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu. Beliau dikurniakan dua orang puteri bersama pasangannya Dr Azmi Jamion yang memiliki sebuah klinik sendiri. Didikan hebat daripada pasangan ini telah membuatkan kedua-dua puteri mereka juga bergelar doktor. Kerjaya utama beliau adalah menjadi pakar perunding mata pertama di Asia Tenggara. Beliau hebat apabila berjaya menangani masalah ‘uveitis’ radang mata yang kebiasaannya menyerang individu berusia 15 hingga 40 tahun. Sekiranya ia terjadi, risiko untuk pesakit tersebut untuk buta adalah tinggi. Pelbagai anugerah dan pengiktirafan yang diterima oleh beliau: • Doktor wanita pertama Malaysia mengambil jurusan Uveitis • Wanita Islam pertama Malaysia mendapat pengiktirafan ahli Fellow Royal College of Surgeons (FRCS) di Edinburgh. • Menerbitkan 13 buku berkonsepkan inspirasi antaranya Bahagia dan Membahagiakan, Celik Mata Reset Minda dan Peliharalah Matamu. “ada sayang, beri sayang dan dapat sayang’. Cuba belajar untuk hargai diri dan fokus pada matlamat diri” Prof Muhaya
SAYHEART | 11 Inspirasi Aura Hapus dan Amal Prof Muhaya menekankan jika individu terlalu penuh dengar aura negatif maka tindakan pertama yang harus dilakukan adalah reset minda. Singkirkan segala perkara negatif bagi menyeimbangkan semula diri seseorang dengan fizikal, mental dan rohaninya yang baharu. Latih minda untuk berfikiran baik, perbanyakan baca bahan ilmiah yang berkualiti serta bersenam. Ketahuilah sekiranya daya pikir lemah, secara automatiknya organ atau tubuh badan kita akan turut lemah. Jika kita lihat Prof Muhaya sendiri menunjukkan beliau masih kekal sihat meskipun sudah menjangkau usia 64 tahun. Beliau masih bergiat aktif dan menguruskan klinik pakar mata ikonik miliknya. Akibat kerap memuat naik video-video yang berunsurkan motivasi di YouTube dan Instagram, hingga kini telah beliau mendapat 100 ribu subscribers dan 700 ribu followers. Sayangi Diri Tidak dinafikan kehidupan masyarakat pada masa kini sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk fokus terhadap diri sendiri. Seharian stress dengan tekanan kerja sehingga minda dan dalaman menjadi lemah. Perkara ini jika berlaku dengan berterusan akan memburukkan prestasi kerja. Prof Muhaya mengajak untuk semua fokus terhadap persekitaran kita juga. Sentiasa tanam dalam minda bahawa kita perlu meraikan setiap perkara yang terjadi barulah kita rasa nikmat bahagia. Untuk mendapat persekitaran yang positif kita perlu ada kasih dan sayang terhadap diri sendiri dahulu. Kata Prof Muhaya, ‘ada sayang, beri sayang dan dapat sayang’. Cuba belajar untuk hargai diri dan fokus pada matlamat diri. Misalnya, bangun seawal subuh bercakap dengan diri sendiri bahawa diri anda pada harini akan fokus dan lakukan satu kebaikan yang bermanfaat untuk orang sekeliling juga. Percayalah dengan menanam perasaan menyayangi diri sendiri, kita akan mudah fokus dan akan menepis dengan segera sekiranya perasaan sedih dan kecewa muncul dalam kehidupan harian kita. Buktinya, wanita hebat yang dikagumi oleh masyarakat ini hanya mengeluarkan bait-bait kata yang baik sahaja terhadap dirinya sejak dahulu hingga berjaya ke tahap yang beliau berada sekarang. Cari Kebaikan dalam Suasana Terlalu risau tentang persepsi orang lain terhadap diri kita sebenarnya akan membuatkan diri kita sangat tertekan. Hal ini kerana, apabila pemikiran itu muncul, maka sangkaan yang sentiasa ada diminda adalah aura negatif sahaja. Sekiranya terdapat kebimbangan berterusan maka kita tidak akan mempunyai keberanian untuk bertindak. Kita hanya akan sentiasa tersekat dengan kata-kata orang sahaja. Kadang kala setiap tindakan baik yang kita ingin kita lakukan kita pasti sibuk memikirkan tanggapan orang lain terlebih dahulu. Maka, elakkan diri untuk sentiasa risau tentang perkara ini. Jangan terkesan dengan reaksi dan kata-kata manusia sehingga sabotaj diri kita sendiri. “Kekal positif dengan melihat kebaikan terhadap semua orang dan suasana”. Kata Prof Muhaya. Maka, kita perlulah lebih berfikiran positif kurangkan negatif demi menikmati kehidupan yang tenang.Beranilah untuk mulakan langkah baharu yang membawa kebaikan kepada diri sendiri.
SAYHEART | 14 K asih Sayang dalam keluarga tidak dapat dijual beli. Pasti menjadi impian setiap insan terutamanya kanan-kanak yang sedang membesar dan sentiasa menagih perhatian daripada ibu-bapa mereka. Dalam kesibukan bekerja, ibu-bapa sepatutnya mencari sedikit masa untuk meluangkan masa bersama anak mereka supaya anak-anak mereka tidak rasa terabai. Riadah bersama keluarga merupakan salah satu inisiatif yang dapat dilakukan oleh ibu-bapa bersama anak-anak mereka bermula dari rumah. Apa itu Rekreasi Berkeluarga? Rekreasi bersama keluarga merupakan satu trend yang semakin diikuti oleh ramai keluarga di serata dunia dimana mereka akan meluangkan masa bersama-sama keluarga dalam bentuk melaksanakan aktiviti rekreasi. Hujung minggu pastinya pilihan yang terbaik dalam melaksanakan aktiviti bersama. Kebahagian tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Jadi, dengan usaha menjalankan aktivi bersama keluarga ini pasti akan mendatangkan keharmonian dalam keluarga pelbagai peringkat umur merangkumi warga emas, golongan dewasa dan bekerjaya, remaja dan kanak-kanak sekaligus membentuk keluarga sihat dan bahagia. Rakyat di Malaysia sebenarnya masih belum terdedah sepenuhnya dengan rekreasi bersama keluarga jika dibandingkan dengan masyarakat negara barat kerana trend ini bermula dari sana dan menjadi inspirasi buat rakyat serata dunia. Tidak dapat dinafikan, masyarakat masa kini semakin berkobar dalam usaha menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya dengan cara mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Ada segelintir daripada mereka gemar menjalankan aktiviti rekreasi yang agak lasak sekaligus menjadikan aktiviti ini kurang sesuai untuk dilakukan seisi keluarga termasuk kanak-kanak dan warga emas jadi mereka memilih untuk melakukannya bersama rakan-rakan. Tidaklah dikatakan salah untuk melakukannya jika itu yang kita minati, namun perlu kita fikir semula perasan ahli keluarga kita yang lain. Bayangkan sudah hampir setiap hari kita sibuk bekerja dan tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya terhadap rumah tangga dan apabila kita mempunyai peluang iaitu semasa cuti, kita wajar mengambil hati mereka supaya keluarga kita sendiri tidak akan rasa terabai. Menikmati saat indah bersama keluarga semaksima mungkin amatlah penting supaya emosi kita tidak akan terganggu. Terdapat pelbagai tips yang boleh diikuti sebelum dan semasa beriadah bersama keluarga. Sebelum Riadah Anda sekeluarga perlu menjamu selera terlebih dahulu supaya mempunyai tenaga yang cukup untuk melakukan aktiviti. Selain itu, anda perlu bersedia dengan menyemak kelengkapan untuk melakukan sebarang aktiviti supaya mencukupi. Rancang perjalanan anda supaya dapat menjalankan aktiviti dengan lancar. Semasa Riadah Semasa waktu riadah, perkara yang paling penting adalah menjaga satu sama lain untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Dalam keriangan dan keseronokkan semasa beriadah, janganlah alpa dan terleka kerana masalah dan bahaya boleh muncul bila-bila masa sahaja. Anda juga dinasihatkan untuk mengambil foto sebagai kenang-kenangan dan dapat mengimbau semula memori indah ini bersama keluarga pada masa hadapan. Manfaat rekreasi bersama keluarga Memperkukuh Hubungan Kekeluargaan Setiap manusia berhak memiliki peluang kedua dalam hidup dan masih belum terlambat untuk berubah. Jika oleh Zahidah Nazihah
SAYHEART | 15 Kita Sayang Kita Jaga anda rasa yang sebelum ini anda kurang meluangkan masa bersama keluarga, inilah masanya untuk berubah menjadi lebih baik. Hubungan kekeluargaan amat penting untuk dipelihara kerana keluarga merupakan darah daging kita sendiri yang sepatutnya ada ketika susah dan senang. Dengan menyertai aktiviti rekreasi bersama-sama, ahli keluarga pastinya akan membentuk kesetiaan, kepercayaan, kerja berpasukan, keharmonian dalam sebuah keluarga bahagia. Mencipta memori indah bersama keluarga Memori perlu dicipta dan tidak dapat dijual beli. Memori indah bersama keluarga akan mencipta kenangan yang mempunyai kuasa untuk memberikan anda perasaan yang nyaman, rasa disayangi, keselesaan, dan semangat dalam hidup. Ketika menjalani masa sukar dalam hidup anda, semangat yang tercipta melalui memori inilah yang akan menjadi pendorong untuk meneruskan liku-liku hidup kelak. Memotivasikan keluarga untuk mengamalkan gaya hidup sihat Keluarga adalah tulang belakang seseorang itu dalam melakukan sesuatu perkara. Keikhlasan dan ketulusan hati amat penting dalam memotivasikan orang lain. Apabila sesuatu perkara itu dilakukan bersama yang tersayang, perkara yang dianggap mustahil pun dapat dilaksanakan dengan begitu mudah. Sebagai contoh, jika terdapat ahli keluarga yang kurang upaya, mereka perlukan sokongan padu untuk terus bangkit dan hidup seperti orang lain. Jadi keluarga perlu memainkan peranan dengan mengajak mereka beriadah bersama dengan melakukan aktiviti rekrearasi yang mudah dan seronok untuk dijalankan bersama. Memelihara kesihatan mental dan fizikal Fikiran yang tenang dan tenteram adalah penting untuk mengelakkan tekanan perasaan. Aktiviti rekreasi ialah cara terbaik untuk merendahkan perasaan tegang, mengurangkan tekanan mental dan melegakan kebimbangan. Aktiviti riadah bersama orang tersayang akan mengurangkan ketegangan dan tekanan serta membantu anda memelihara kesihatan mental. Kesihatan fizikal juga dapat dipelihara kerana sudah jelas bahawa aktiviti rekreasi ini mampu membantu kita untuk kekal cergas dan aktif. Menikmati saat indah bersama keluarga semaksima mungkin amatlah penting supaya emosi kita tidak akan terganggu.
SAYHEART | 16 Taman Eko Rimba Kuala Lumpur Taman Botani Putrajaya Taman Rekreasi Gunung Lang Taman Saujana Hijau Taman Eko Rimba Kanching
SAYHEART | 18 Warga emas merupakan golongan yang berumur 60 tahun ke atas. Seperti kita sedia maklum, keupayaan golongan ini untuk melakukan sebarang aktiviti harian adalah terbatas atas beberapa faktor seperti kesihatan, umur dan sebagainya. Jadi, rata-rata golongan ini tidak memperdulikan beberapa perkara seperti kesihatan, kebersihan dan juga pengamalan gaya hidup sihat disebabkan tidak berupaya dan tiada sokongan daripada orang sekeliling. Di dalam artikel ini, tips yang akan dikongsi untuk para pembaca adalah mengenai cara penjagaan warga emas semasa di rumah. Penjagaan warga emas di rumah amat penting kerana kita duduk di bawah bumbung yang sama. Secara teknikalnya, warga emas yang menetap di rumah kita adalah keluarga kita, sama ada ibubapa dan ahli keluarga yang lain yang umurnya sudah menjangkau 60 tahun ke atas. Penjagaan warga emas patut di titik berat oleh semua ahli keluarga dan bertanggungjawab dalam menjaga ahli keluarga masing-masing. Terdapatnya banyak kebaikkan sekiranya kita prihatin tentang penjagaan warga emas seperti dapat mengurangkan risiko untuk menghidap penyakit berbahaya, golongan warga emas sihat dari segi mental dan fizikal serta dapat mengukuhkan hubungan antara ahli keluarga. Secara teknikalnya, warga emas yang menetap di rumah kita adalah keluarga kita, sama ada ibubapa dan ahli keluarga yang lain yang umurnya sudah menjangkau 60 tahun ke atas. oleh Anis Farzana
SAYHEART | 19 Kita Sayang Kita Jaga Beberapa cara telah diberikan serta dijelaskan dalam artikel ini. Jadi, kita sebagai ahli keluarga yang menetap bersama golongan warga emas mestilah menggalas tanggungjawab untuk menjaga mereka daripada segi kesihatan. Dengan menggunakan cara tersebut, ia dapat mewujudkan suasana keluarga yang sihat serta harmoni kerana saling bantu-membantu antara satu sama lain. Selain itu, golongan warga emas akan merasa diri mereka disayangi kerana hasil sokongan moral daripada setiap ahli keluarga masing-masing.
SAYHEART | 20 Pernahkah anda mendengar tentang tourette syndrome? Adakah ianya berbahaya dan memudaratkan? Tourette syndrome merupakan sejenis penyakit yang berpunca dari kecelaruan neuron. Penyakit ini akan menyebabkan seseorang melakukan pergerakan atau perbuatan di luar kawalan yang dikenali sebagai tic. Kenali Tics T ics merupakan pergerakan berulang kali yang akan dilakukan oleh penghidap tanpa mereka sedar. Selain itu, perbuatan tersebut juga tidak boleh dihentikan mengikut kehendak mereka kerana ianya akan menyerang secara tiba-tiba tanpa mengira masa dan kemudian akan berhenti secara beransur-ansur. Kebiasaannya tic akan terjadi kepada golongan kanak-kanak dan remaja pada peringkat usia dua hingga 15 tahun dan lebih cenderung berlaku kepada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Kebiasaannya tic akan terjadi kepada golongan kanakkanak dan remaja pada peringkat usia dua hingga 15 tahun oleh Amiratul Balqis
SAYHEART | 21 Kita Sayang Kita Jaga Jadi, apa yang perlu kita lakukan jika bertemu dengan insan-insan ini? Patutkah kita menjauhkan diri dan biarkan sahaja? Sebagai penulis, jawapan yang akan saya berikan adalah ya, jika anda seorang yang tidak berperikemanusiaan dan mempunyai rasa kasih sayang antara manusia dan tidak jika anda seorang yang masih mempunyai rasa kasih sayang dan prihatin sesama manusia . Akhir sekali, kita semua perlu ingat bahawa kesusahan dan kesukaran yang mereka hadapi bukanlah hanya untuk mendapat simpati dari orang ramai. Namun, itu adalah satu ujian kepada kita yang dikurniakan fizikal yang normal untuk sentiasa cakna dengan keadaan sekeliling.
SAYHEART | 23 Kita Sayang Kita Jaga Sokongan Keluarga bermula dari Rumah Membentuk sebuah keluarga yang cergas dan sihat sememangnya tidak mudah. Tambahan pula, ibu- bapa masa kini sibuk bekerja dan kurang fokus kepada tumbesaran anak-anak. Jika kita lihat pada harini ramai kanak-kanak yang mempunyai berat badan berlebihan atau dikenali sebagai obesiti . Penyakit obesiti ini adalah penyakit yang kompleks dimana terdapatnya pengumpulan lemak yang berlebihan pada tubuh dan menyebabkan seseorang itu mengalami berat badan yang berlebihan. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Malaysia menduduki tangga ketiga teratas antara negara Asia yang mencatatkan peratusan tertinggi bagi masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Golongan kanak- kanak pula merujuk kepada mereka yang berusia di bawah 18 tahun. Faktor utama berat badan berlebihan adalah akibat daripada corak pemakanan yang tidak sihat (terlalu banyak kalori) dan terlalu sedikit aktiviti fizikal. Memandangkan tabiat ini berlaku pada peringkat awal kanak-kanak, usaha untuk mencegah obesiti oleh Goh Hui Ci Menjadi optimistik dan menyokong adalah sangat penting untuk membantu keluarga anda
SAYHEART | 24 Senaman Salah satu faktor penting dalam mengekalkan kesihatan adalah bersikap proaktif. Ibu bapa memainkan peranan untuk memulakan langkah pertama dengan melakukan aktiviti senaman yang mudah tetapi dapat dilakukan secara santai. Misalnya, melakukan zumba seisi keluarga pada hujung minggu. Dengan ini, hubungan kekeluargaan anda akan menjadi kukuh dan tahap tekanan dapat dikurangkan disebabkan aktiviti senaman ini tidak terlalu berat dan menyeronokkan untuk dilakukan bersama. Persediaan Hidangan Faktor paling penting dalam mengamalkan gaya hidup sihat ialah mengubah corak pemakanan yang biasa diamalkan. Ibu bapa boleh merancang untuk mencuba menu diet baharu yang boleh didapati di internet atau perkongsian di media sosial bersesuaian dengan kanakkanak. Tanpa diet pemakanan yang seimbang, kalori dalam badan sukar untuk dikurangkan. Utamakan hidangan yang mengandungi jumlah fiber, zat mineral dan vitamin yang tinggi. Begitu juga dengan kandungan protein untuk pembinaan kekuatan otot. Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula dan lemak yang tinggi seperti makanan segera, minuman berkarbonat dan sebagainya. Latih anak-anak untuk tidak lupa minum air masak bagi mengekalkan kandungan air yang mencukupi di dalam badan. Marilah mengajak keluarga anda untuk mencapai diet yang lebih sihat. Memberikan Sokongan Moral Jika golongan dewasa akan menjadi lebih semangat dalam melaksanakan tugasan harian apabila mendapat pujian daripada orang lain, inikan pula kanak-kanak. Berikan kata-kata semangat terhadapnya dalam setiap permulaan aktiviti senaman dan sebagainya agar dirinya terus bermotivasi. Begitu juga dengan puji-pujian atau hadiah ringan. Hal ini supaya lama-kelamaan ia akan menjadi suatu tabiat yang mudah dilakukannya tanpa perlu disuruh lagi. Oleh itu, usaha memberikan dorongan dan galakkan sepanjang masa boleh dikira sebagai salah satu cara mengatasi kanak-kanak yang penting kerana ia membantu untuk terus fokus mencapai matlamat yang diingini. Mengehadkan Aktiviti Sedentari ( Pasif ) Di zaman yang serba canggih dengan ciptaan teknologi moden, kanak-kanak pada masa kini terdedah kepada aktiviti kehidupan yang lebih pasif berbanding dengan zaman dahulu. Gajet-gajet seperti telefon pintar dan komputer yang dibanjiri dengan seribu satu aplikasi permainan video menjadi tembok penghalang utama untuk memastikan diri mereka sentiasa aktif. Mungkin sukar untuk menghalang mereka daripada mendekati gajet-gajet seperti ini, namun ia tidak mustahil. Selain itu, segelintir
SAYHEART | 25 Kita Sayang Kita Jaga golongan ibu bapa gemar mengajak anak-anak mereka makan di hadapan televisyen. Perkara ini mengurangkan fokus kanak-kanak ketika makan akibat terlalu leka menonton televisyen sehingga menyebabkan mereka makan berlebihan. Antara langkah yang efektif adalah dengan mempelbagaikan aktiviti-aktiviti fizikal dalam bentuk yang lebih kreatif dan menyeronokkan. Maka, diharapkan golongan ibu bapa diluar sana sedar dan peka terhadap tahap kesihatan anak mereka. Harus diingati obesiti ini amat cenderung untuk menerima pelbagai penyakit sekiranya tidak dikawal. Jika sayang anak anda, UBAHLAH!
SAYHEART | 29 Kita Sayang Kita Jaga T rend disposable pod yang menjadi ketagihan anak remaja kini amat membimbangkan pelbagai pihak khususnya ibu bapa. Fenomena ini menjadi kebimbangan ibu bapa di luar sana kerana sifatnya yang susah dibendung disebabkan ia mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat, tidak mengambil kira umur dan jantina. Trend disposable pod atau juga dikenali sebagai pod pakai buang dalam kalangan penghisap vape dilihat sebagai sebuah ‘ancaman baharu’ kerana mempunyai potensi untuk menjadi suatu gaya hidup yang tidak sihat kepada persekitaran masyarakat. Jika dahulu peralatan vape atau rokok elektronik mempunyai kos atau harga yang tinggi tetap kekal hangat di pasaran, peranti pod pakai buang yang boleh didapati dengan harga permulaan berjumlah RM10 menjadi pilihan remaja kerana harganya yang mampu milik. Perkembangan trend ini amat merisaukan pelbagai pihak kerana ia mewujudkan pengguna baharu, khususnya remaja di bawah umur, di mana keadaan ini tidak membantu dalam membendung jumlah perokok yang sedia ada. Isu ini telah mendapat perhatian Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Melaka Tengah, Dr. Khair Razlan Othman di mana beliau telah memaklumkan Utusan Malaysia tentang ideanya yang mencadangkan bahawa kerajaan sewajarnya memperkenalkan harga lantai seperti mana diaplikasikan terhadap penjualan tembakau. Beliau berkata, akses mudah terhadap peranti elektronik ini tidak mengira platform secara atas talian atau secara fizikal menjadi faktor utama remaja tetap membeli vape atau pod pakai buang Trend pod pakai buang atau pun vape mula-mula mendapat sambutan kerana ia dilihat sebagai suatu inisiatif untuk berhenti merokok dan untuk mengurangkan kebergantungan perokok tegar terhadap rokok. oleh Muhammad Azren
SAYHEART | 30 walaupun terdapat akta ataupun undang-undang yang melarang individu berusia 18 tahun ke bawah untuk memiliki peranti ini. Trend pod pakai buang atau pun vape mula-mula mendapat sambutan kerana ia dilihat sebagai suatu inisiatif untuk berhenti merokok dan untuk mengurangkan kebergantungan perokok tegar terhadap rokok. Namun begitu, vape sememangnya bukan satu pilihan yang selamat untuk menggantikan rokok. Jika kandungan rokok perlu didedahkan dan mempunyai ketepatan pada kadar yang tertentu, kapasiti vape ini boleh dipertikai keselamatannya berdasarkan faktor produk yang dahulunya beratus ringgit kini dijual dengan harga yang di bawah RM10. Usaha giat kerajaan untuk mewujudkan generasi bebas rokok dilihat sebagai sebuah usaha yang sia-sia kerana tiada pemantauan khusus terhadap perkembangan industri vape yang mampu mewujudkan satu ruang yang lebih parah dari aspek kesihatan. Sifat pod pakai buang yang dikatakan friendly ini disebabkan ia tidak perlu diisi semula. Oleh itu, disposable pod menjadi kesukaan para remaja kerana harganya yang mampu milik dan senang dikendalikan. Peranan ibubapa Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membendung trend ini sebelum menjadi lebih kritikal. Antara punca utama remaja senang terjerumus dengan tabiat yang tidak sihat sebegini adalah akibat terpengaruh dengan rakan sebaya. Rakan sebaya memainkan peranan yang penting kerana remaja mudah terikut dengan perangai orang di sekelilingnya. Lebih lebih lagi bila rakannya sendiri mengamalkan trend itu, remaja akan terasa seperti ketinggalan dan ingin mencuba. Perasaan ‘ingin cuba’ membuak-buak ini yang sering mendorong remaja untuk mencuba perkara baharu tidak mengira kesannya buruk terhadap diri dan orang sekeliling. Oleh itu, ibu bapa perlu memantau pergaulan anaknya supaya tidak bergaul dengan individu-individu yang berpengaruh buruk. Ibu bapa juga hendaklah memastikan anaknya sibuk dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah supaya kurang masa untuk perkara yang lagha dan memudaratkan diri mereka. Selain itu, ibu bapa juga sewajarnya menanamkan sikap disiplin dalam diri anak-anak mereka di rumah tanpa mengharapkan sebarang undang-undang untuk diperkenalkan untuk menguatkuasakan larangan terhadap disposable pod ini. Ibu bapa perlu mengamalkan sikap helicopter-parenting yang merujuk kepada sekelompok golongan ibu bapa yang terlalu menumpukan perhatian terhadap anak mereka. Walaupun terdapat segelintir pihak yang kurang setuju dengan cara didikan ini, namun demi memastikan anak-anak tidak terlibat dalam kegiatan yang memudaratkan kesihatan mereka, helicopter-parenting boleh diamalkan untuk membendung hal ini. Tidak lain tidak bukan, ibu bapa hendaklah menjadi teladan yang baik kepada anak-anaknya. Hal ini kerana jika salah seorang daripada ibu bapa seorang remaja itu merokok, mustahil nasihat yang diberikan itu senang diterima oleh remaja tersebut. Untuk memastikan remaja tersebut tidak membuat sesuatu perkara yang dilarang, ibu bapa perlulah memastikan mereka menunjukkan contoh yang baik kepada anakanak terlebih dahulu. Seorang budak lelaki berusia 9 tahun, yang secara rahsia menggunakan vape pod pakai buang ahli keluarga selama empat hari berturut-turut, mengalami muntah-muntah dan pening sebelum pengsan di rumahnya pada 21 Ogos. Kanak-kanak lelaki itu telah mula melakukan vape secara rahsia dan tidak lama kemudian ketagih. Dalam kejadian yang sama tahun lepas, seorang lagi budak lelaki berusia 9 tahun dikejarkan ke hospital selepas mengalami reaksi anafilaksis (sesak nafas, ruam kulit dan demam panas), empat jam selepas vape. Selepas dirawat, dia kembali ke hospital enam jam kemudian dengan ruam di seluruh badan, muntah teruk dan demam 40°C. Pada 4 Oktober yang lepas, seorang budak lelaki berusia 13 tahun diserang sawan selepas dia melakukan vape menggunakan jenama yang tidak diketahui. Ketiga-tiga kes ini adalah antara 57 kes keracunan akibat pendedahan vape yang dirujuk ke Pusat Racun Negara (NPC), Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, sejak 2015, ketika vape mula dijual secara komersial, sehingga Ogos tahun ini.
SAYHEART | 31 Kita Sayang Kita Jaga Terdapat juga sebuah temuduga yang dijalankan bersama Pegawai sains NPC Dr Normaliza Abdul Manaf yang berkata berdasarkan analisis yang dijalankan di Makmal Toksikologi NPC, dalam kebanyakan kes pendedahan vape, kandungan cecair vape tidak dapat dipastikan kecuali item utama yang disenaraikan pada label seperti propylene glycol, gliserol dan penyedap rasa. S: Adakah mungkin untuk mengetahui sama ada seseorang sedang melakukan vape? Adakah terdapat tanda-tanda vape? J: Terdapat petunjuk yang boleh dicari oleh ibu bapa untuk mengetahui sama ada seorang remaja mungkin menggunakan produk vape. Vaping mengeringkan membran mukus - mulut, tekak dan hidung. Apabila mulut kering, ia menjadikan rasa tertentu lebih sukar untuk dinikmati. Mengidam lebih banyak garam atau rempah boleh menjadi tanda mulut kering, yang mungkin disebabkan oleh vape. Bahawa digabungkan dengan pendarahan hidung dari hidung yang lebih kering juga boleh menjadi petunjuk kepada vape. Itu adalah perkara yang perlu dicari, tetapi sukar untuk mengetahui dengan pasti. S: Bagaimanakah saya boleh mengetahui sama ada anak saya sakit akibat vape? J: Vaping mematikan sistem imun dalam paru-paru dan menjadikannya lebih sukar untuk dibersihkan. Mempunyai lebih banyak jangkitan paru-paru boleh menjadi tanda penyakit yang berkaitan dengan vape. Selain itu, menggabungkan nikotin dengan kafein boleh meningkatkan kebimbangan, dan boleh menjadi tanda kesan sampingan yang berkaitan dengan vape. S: Bagaimanakah anak-anak membeli vape? J: Umur minimum persekutuan untuk membeli produk e-rokok ialah 18 tahun, tetapi undang-undang berbeza mengikut negeri – 49 negeri telah menetapkan umur minimum yang melebihi 18 tahun. Malangnya, majoriti pengguna vape bawah umur masih mendapatkan produk daripada stesen minyak tempatan atau kawasan dalam komuniti mereka yang menjual produk tersebut. Sesetengah mungkin juga mendapatkannya daripada rakan dan ahli keluarga. S: Bagaimana saya boleh bercakap dengan anak saya tentang vape? J: Asuhan keibubapaan terbaik ialah tingkah laku teladan yang menunjukkan rumah bebas nikotin atau tembakau. Mempunyai perbualan terbuka dan jujur dengan belia tentang bahaya merokok serta vape sentiasa merupakan permulaan yang baik. Menjadualkan temu janji untuk bertemu dengan pembekal penjagaan mereka atau dengan pakar pediatrik di Hospital Kanak-Kanak Keluarga Stead UI juga merupakan langkah pertama yang baik. S: Adakah selamat untuk vape di sekeliling kanakkanak? J: Jawapannya ialah tidak. Bahan kimia yang sama yang disedut oleh seseorang ke dalam “Nikotin adalah bahan yang sangat ketagih” Dr Normaliza Abdul Manaf Pegawai sains NPC
SAYHEART | 32 badan mereka melalui peranti vape kemudiannya dihembus kepada sesiapa sahaja di sekeliling mereka. Terdapat kerosakan terpakai yang boleh berlaku daripada vape sama seperti dengan rokok. S: Jika saya ibu bapa atau pesakit, mengapa saya perlu mengambil berat? J: Walaupun kami tidak mengetahui kesan jangka panjang vape, kami tahu kesan nikotin. Nikotin adalah bahan yang sangat ketagih, dan remaja lebih terdedah kepada corak ketagihan tersebut. Menggunakan nikotin menghidupkan sistem keseronokan dalam otak kita yang membuatkan kita berasa baik, tetapi penggunaan berulang jangka panjang itu menghabiskan sistem ganjaran tersebut. Kami mula mengalami kerengsaan, kemarahan, dan kebimbangan antara penggunaan. Kemudian kami terpaksa menggunakan vaping untuk berasa normal. Tiada siapa yang perlu bergantung pada bahan untuk dapat merasa normal dan berfungsi. Perkara terbaik adalah untuk mengelakkan nikotin apabila boleh. Kesimpulannya, ibu bapa perlu mengamalkan sikap helicopter-parenting yang merujuk kepada sekelompok golongan ibu bapa yang terlalu menumpukan perhatian terhadap anak mereka. Walaupun terdapat segelintir pihak yang kurang setuju dengan cara didikan ini, namun demi memastikan anak-anak tidak terlibat dalam kegiatan yang memudaratkan kesihatan mereka, helicopter-parenting boleh diamalkan untuk membendung hal ini.
SAYHEART | 34 Kanser Bolehkah diubati? K anser bukan lagi sebuah penyakit “taboo” ataupun asing untuk kita dengar, malah telah dianggap normal oleh kebanyakkan orang kerana pesakit kanser ini datang daripada pelbagai peringkat umur sama ada muda ataupun tua. Walaupun penyakit ini telah menular dalam kalangan masyarakat, namun tidak lari dengan prasangka masyarakat terhadap penyakit kanser ini yang berpendapat bahawa hidup pesakit akan terhenti apabila disahkan menghidapi penyakit kanser. Itu bukan sahaja pendapat daripada masyarakat sekeliling malah tuan badan sendiri telah bersiap sedia untuk berputus asa terhadap penyakit mereka. Coretan saya di dalam ini adalah untuk mengubah tanggapan atau persepsi masyarakat tentang penyakit kanser. Ketahui Kanser Kanser ataupun bahasa mudahnya barah adalah sebuah sel biologi normal yang tumbuh dalam badan manusia secara tidak terkawal. Ia boleh bermula dimana-mana bahagian dalam tubuh manusia sama ada di perut, hati ataupun di payudara. Sel yang sepatutnya menjadi normal telah berubah menjadi kanser dan merebak tanpa kawalan di seluruh badan, dan akan menjadi semakin besar dan mengganggu sel normal yang lain. Terdapat pelbagai jenis kanser yang sering dihidapi oleh masyarakat Malaysia seperti kanser payudara, kanser pankreas, kanser hati, kanser tiroid, kanser servik dan lain-lain. Kanser yang terkenal dalam kalangan wanita atau yang sering dihadapi oleh mereka adalah kanser payudara, sebanyak 16.4 peratus, kanser kolorektal dan kanser servik, masing-masing sebanyak 10.7 peratus dan 7.7 peratus. Kanser boleh berlaku disebabkan oleh masalah genetik, persekitaran dan tingkah laku seseorang iaitu gaya hidup mereka sendiri yang akan memberi kesan pada perkembangan sel dalam badan. Namun, kanser akan lebih mudah berlaku kepada seseorang itu jika mereka mempunyai sejarah perubatan daripada ahli keluarga yang mempunyai penyakit kanser. Kemungkinan seseorang untuk mendapat penyakit kanser adalah lebih tinggi jika mereka mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyaKemungkinan seseorang untuk mendapat penyakit kanser adalah lebih tinggi jika mereka mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit kanser berbanding dengan orang yang tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi kanser. oleh Aisyah Anis
SAYHEART | 35 Kini Anda Tahu kit kanser berbanding dengan orang yang tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi penyakit ini. Walaupun kanser adalah penyakit yang paling digeruni oleh masyarakat, sel kanser tetap juga merebak dalam diri seseorang tanpa kita sedari. Oleh itu, kita sebagai masyarakat yang serba moden ini, seharusnya tidak lagi mempunyai pemikiran yang kolot tentang pesakit yang mempunyai penyakit kanser, kerana sebenarnya penyakit ini boleh dicegah dari awal iaitu bermula dengan diri sendiri. Adakah anda semua tahu bahawa sel badan normal kita yang lain sebenarnya dapat melawan sel kanser? Tetapi diakui tidak dapat melawan keseluruhan sel kanser tersebut. Oleh itu sel normal memerlukan bantuan dari kita sendiri untuk menangani sel kanser dengan mengubah gaya hidup kita sendiri. Gaya hidup ini boleh dimulakan dengan benda yang paling dekat dengan kita iaitu pemakanan. Mengubahan cara pengambilan makanan yang lebih sihat dan bernutrisi berbanding makan makanan yang diproses seperti sosej ataupun nuget. Makanan ini tidak mempunyai sebarang khasiat yang tinggi malah pengambilan yang kerap boleh memudahkan lagi kita untuk mendapat kanser. Pengambilan makanan yang dapat mencegah atau mengurangkan risiko untuk penyakit kanser adalah makanan yang dikenali sebagai “Cancer Fighting Foods” iaitu makanan yang mempunyai Phytochemical seperti buah beri, walnut, tomato dan brokoli. Penambahan makanan ini dalam makanan harian adalah bagus dan pengambilannya tidak perlu dibuat dengan tergesa-gesa malah melakukan perubahan secara perlahan-lahan, dan secara tidak langsung akan menjadikan kebiasaan untuk kita untuk mengamalkan makanan yang lebih sihat berbanding makanan ringan, makanan segera ataupun goreng-gorengan. Gaya hidup juga bukan hanya melalui pemakanan sahaja, gaya hidup seperti aktiviti harian mereka juga penting dengan melebihkan aktiviti bersenam sekurang-kurangnya 1 jam pada setiap minggu kerana mengeluarkan peluh dapat mengurangkan toksin dalam badan dan menyihatkan tubuh badan. Aktiviti bersenam tidak perlu untuk pergi ke gim semata-mata, bermula dengan berjalan pada waktu petang atau beriadah sudah memadai. Selain daripada pemakanan dan senaman, penggunaan gajet juga penting untuk diubah dalam gaya hidup seseorang. Tidak dinafikan bahawa gajet itu penting dalam aktiviti harian kita seperti berinteraksi menggunakan telefon bimbit, komputer dan laptop, namun mengehadkan jam penggunaan tidak merugikan kerana setiap gadjet mempunyai gelombang yang tidak dapat dilihat melalui mata kasar namun ia dapat dirasai oleh sel dalam badan. Ge-
SAYHEART | 36 lombang ini akan mengganggu perkembangan sel normal dan memudahkan lagi seseorang untuk menghidap kanser. Had kan penggunaan gajet pada waktu siang sahaja dan penuhkan waktu malam dengan bermain atau berbual sesama ahli keluarga dapat mengurangkan ketagihan kepada gajet. Pejuang kanser bukanlah mitos yang mustahil berlaku kerana terdapat beberapa orang pesakit kanser yang berjaya diselamatkan dan mereka juga bebas dari penyakit kanser. Mereka dikenali sebagai “Aliver atau Thrieves”. Pesakit kanser dapat sembuh apabila kesemua simptom dan tanda atau gejala kanser mereka telah hilang selama 5 tahun atau lebih. Tidak dinafikan bahawa bekas pesakit ini berkemungkinan akan mendapat kanser kembali, namun risiko seorang bekas pesakit kanser ini sangat rendah untuk mendapat kanser baru dan ia boleh dikatakan hanya 1 diantara 10 orang bekas pesakit akan mendapat kanser kembali. Ann Lois Romney, isteri kepada seorang ahli perniagaan dan juga ahli politik di Utah iaitu Senator Mitt Romney telah berjaya memulihkan dirinya daripada penyakit kanser payudara yang dihadapinya pada tahun 2008. Walaupun mempunyai keturunan sejarah penyakit penghidap kanser iaitu daripada ibu dan nenek yang menghidap penyakit kanser ovari dan juga nenek moyangnya kanser payudara, namun diakui tidak menghalang Ann untuk berputus asa dan Ann telah berjaya bebas dari kanser pada tahun 2012. Ann berpendapat bahawa kanser adalah hal yang serius dan telah menyedari bahawa diagnosis awal adalah penting apabila mempunyai sejarah keluarga yang serius. Ahli keluarga juga penting dalam membantu pesakit kanser dengan memberikan semangat dan sokongan sepanjang rawatan tersebut dijalankan. Kini perkembangan teknologi dalam bidang perubatan sangat berbeza daripada teknologi pada 10 tahun lepas. Kepesatan teknologi dalam perubatan telah memudahkan lagi untuk doktor dan pesakit kanser mengesan awal sel kanser dalam badan. Menurut Dr. Sivakumar dari UMSC, pesakit kanser masih lagi mempunyai harapan untuk melawan sel kanser dengan bantuan teknologi dan pembedahan walaupun pesakit berada di tahap 4. Rawatan ini dilakukan secara radioterapi, kemoterapi, imunoterapi dan terapi sasaran untuk melemahkan kanser dalam badan daripada menyerang kanser lain yang akan merosakkan lagi tubuh badan pesakit kanser. Dengan bantuan gaya hidup sihat dan teknologi perubatan, pesakit kanser masih dapat diselamatkan dan menjalani kehidupan yang sihat seperti manusia normal lain selagi pesakit itu sendiri tidak berputus asa terhadap diri mereka dan masih ingin untuk berjuang menyelamatkan diri mereka.
SAYHEART | 38 Remaja bertopengkan nenek R emaja pada namanya namun memiliki visual nenek? Kedengaran aneh tetapi tahukah anda bahawa remaja bertopengkan nenek ini sememangnya wujud dalam kalangan kita. Simpan dahulu rasa takut anda kerana remaja bervisualkan nenek ini bukanlah makhlus halus mahupun hantu tetapi hanya remaja yang menghidap penyakit yang dikenali sebagai Sindrom Prigeria. Definisi Sindrom Progeria Sindrom Progeria atau turut dikenali sebagai sindrom Hutchinson-Glifford merupakan sekumpulan penyakit yang menyebabkan seseorang individu menjadi lebih cepat menua daripada kebiasaanya. Sindrom Progeria merupakan penyakit yang sangat jarang terjadi. Di seluruh dunia, hanya 1 dari 4 juta bayi yang dilahirkan menghidap penyakit ini. Nama ‘progeria’ diambil dari bahasa Yunani, yang membawa maksud ‘tua sebelum waktunya’. Sesuai dengan maksud namanya, penyakit ini akan menyebabkan penghidapnya kelihatan lebih tua daripada umur sebenar mereka walaupun penghidapnya masih kanak-kanak. Golongan yang menghidap dan penyebab Kebanyakan penghidap penyakit ini terdiri daripada golongan bayi dan juga remaja yang mendapat penyakit ini ketika mereka masih bayi. Ianya terjadi akibat perubahan mutasi pada gen lamin A (LMNA) namun sebab-sebab yang memicu berlakunya mutasi genetik masih tidak dapat dipastikan secara saintifik sehingga sekarang. Jenis-jenis Seperti penyakit sindrom lain yang mempunyai jenis-jenisnya, sindrom Progeria turut mempunyainya. Terdapat 3 jenis sindrom Progeria iaitu sindrom Progeria Hutchinson-Gilford, sindrom Progeria Werner dan sindrom Progeria Wiedemann Rautenstrauch. Setiap jenis sindrom Progeria ini mempunyai golongan penghidap yang terdiri daripada golongan yang berbeza iaitu penghidap bagi sindrom Progeria Hutchinson Gilford ialah bayi, sindrom Progeria Werner ialah mereka yang berada dalam usia remaja hingga dewasa dan sindrom Progeria Wiedemann Rautenstrauch terdiri daripada bayi yang berada dalam kandungan. Gejala-gejala Antara gejala-gejala sindrom progeria ialah lingkar kepala bayi lebih besar daripada lingkar kepala bayi biasa, mata besar dan kedua-dua belah kelopak mata tidak tertutup dengan sempurna, Di seluruh dunia, hanya 1 dari 4 juta bayi yang dilahirkan menghidap penyakit ini. oleh Nurul Syafika
SAYHEART | 39 Kini Anda Tahu pertumbuhan gigi yang lambat dan tidak normal, rambut, bulu mata dan kening rontok, hidung kecil dan berbentuk seperti paruh dan gejala yang kelihatan paling ketara iaitu kulit nipis kering dan bersisik. Kisah hidup penghidap Tidak cukup rasanya sekiranya kita hanya mengetahui tentang penyakit ini secara umum sahaja tanpa menelusuri dan menghayati kisah hidup mereka yang menghidap penyakit ini. Berasal nun jauh di bumi Uncle Sam, Amerika Syarikat, siapa sangka gadis kecil molek berketinggian persis seperti kanak-kanak berumur 5 tahun ini sebenarnya sudah menginjak usia remaja. Susah untuk dipercayai gadis ini sebenarnya sudah berumur belasan tahun hanya dengan sekali pandang. Inilah kisah hidup suka duka gadis kecil molek berpewatakan ceria, Adalia Rose yang menghidap Sindrom Progeria. Dia menghidap sindrom Progeria Hutchinson semasa berumur 3 bulan lagi. Tidak menjadikan keadaan dirinya sebagai satu penghalang untuk dia Berjaya seperti orang lain, Adalia Rose Berjaya menjadi selebgram dengan memuatnaik video-video berkenaan gaya hidup, tips ‘make up’, dan skit komedi melalui aplikasi Youtube dan Instagram. Aplikasi Youtube menjadi medium kepada Adalia untuk berkongsi kepada pengikut-pengikutnya mengenai penyakit sindrom Progeria yang dihidapnya dan mendokumentasikan kisah hidupnya sebagai seorang penghidap sindrom Progeria. Ini telah menarik perhatian ramai orang yang tersentuh dengan kisah hidupnya sehingga dia Berjaya memiliki 3 juta pengkiut di aplikasi Youtube dan 475000,00 di aplikasi Instagram. Namun, awan tidak selalu cerah kerana para pengikut Adalia Rose kini tidak dapat lagi melihat celotehnya dan kisah sehariannya kerana dia sudah pergi meninggalkan semua pada tarikh 12 Januari 2022. Dia meninggal dunia ketika berumur 15 tahun berpunca daripada sindrom Progeria yang dihidapnya selama ini.
SAYHEART | 41 Kini Anda Tahu Maskulin merupakan sebuah sifat atau tingkah laku yang sering dikaitkan dengan lelaki. Antara sifat yang sering dikaitkan dengan maskulin termasuklah keberanian, kekuatan dan gagah perkasa. Perkataan maskulin itu sendiri menggambarkan satu ciri-ciri yang mempengaruhi minda dalam menilai sifat seseorang lelaki itu. Ciri-ciri maskulin merangkumi segenap peringkat umur dan selalunya lebih tampak ketara apabila seseorang itu telah matang. Tahap kepribadian lelaki seringkali dibuat perbandingan dan sifat maskulin ini tidak sama untuk setiap manusia kerana ianya cukup bervariasi. Walaubagaimanapun, maskulin ini bukanlah kayu ukur untuk menentukan kelelakian seseorang itu kerana maskulin hanyalah satu sifat mempengaruhi penampilan dan tingkah laku seseorang. Maskulin sering dikaitkan dengan penampilan yang kemas, badan yang sasa dan fesyen yang menunjukkan kejantanan seseorang. Lelaki masa kini dapat dibahagikan kepada 5 jenis iaitu HETEROSEKSUAL Lelaki jenis ini adalah lelaki yang mendominasi peratusan lelaki seantero dunia, di mana mereka mempunyai minat serta nafsu yang normal iaitu pada jantina berbeza (wanita). Lelaki heteroseksual digambarkan sebagai tidak cerewet dari segi penampilan. Mereka hanya memakai pakaian mengikut rutin serta hanya segelintir lelaki daripada kategori ini yang mementingkan penjagaan diri dari atas ke bawah. oleh Thiben Maskulin ini bukanlah kayu ukur untuk menentukan kelelakian seseorang
SAYHEART | 42 UBERSEKSUAL Dari segi fizikal, lelaki uberseksual mempunyai persamaan dengan heteroseksual. Golongan ini akan meluangkan lebih banyak masa untuk memikirkan sesuatu yang berfaedah seperti mengembangkan bisnes dan memantapkan kerjaya berbanding perkara remeh. Dalam erti kata lain, Uberseksual adalah kategori lelaki yang mempunyai fikiran terbuka serta berpandangan jauh, malah melayan dan menghormati wanita secara sama rata tetapi menganggap lelaki dan wanita sebagai kawan baiknya. Dari segi fizikal, uberseksual mempunyai naluri serta sifat maskulin yang tinggi. METROSEKSUAL Lelaki metroseksual merupakan lelaki yang mementingkan penjagaan diri. Golongan lelaki jenis ini juga obses dengan penggayaan fesyen pakaian serta kesihatan diri. Lelaki metroseksual gemar menonjolkan diri melalui cara pemakaian serta penjagaan tubuh malah terbuka untuk berbicara mengenai fesyen serta penampilan. Malahan, ada yang sanggup melaburkan sejumlah wang untuk memastikan diri tampak kacak dan bergaya serta tidak segan silu untuk ke spa, apatah lagi peratusan lelaki metroseksual semakin bertambah kerana mereka sudah mementingkan penjagaan diri serta fesyen. BISEKSUAL Lelaki dalam kategori biseksual merupakan golongan lelaki yang tertarik kepada kaum perempuan dan juga lelaki. Yang pasti, golongan lelaki ditegah oleh agama ini kebiasaannya dikaitkan dengan kecelaruan seksologi kerana cenderung kepada kedua-dua jantina. Dari segi fizikal pula, lelaki biseksual kebiasaanya adalah ‘lelaki’ yang berperwatakan sedikit lembut. HOMOSEKSUAL Lelaki homoseksual mudah tertarik kepada kaum sejenis dan merasakan diri mereka seolah-olah dibayangi naluri perempuan yang memerlukan lelaki sebagai teman hidup. Mereka juga mementingkan perwatakan menarik agar dapat menarik perhatian lelaki lain dan ingin menjadi pesaing wanita diluar sana. Namun, tidak semua yang lembut itu homoseksual kerana sebahagian daripada mereka sudah mempunyai naluri sebegitu sejak lahir lagi. Oleh itu, setiap lelaki dinasihatkan untuk sentiasa menjadi diri sendiri asalkan tidak mengganggu orang lain. Orang ramai juga sepatutnya tidak menghukum dan sewenang-wenangnya menilai orang tanpa mengenali hati budinya terlebih dahulu. Jangan takut untuk bergaul dengan lebih ramai orang supaya minda menjadi lebih terbuka dan sentiasa menerima pendapat orang lain.
SAYHEART | 43 Kini Anda Tahu Kesedaran P enyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang. Jika dilihat hari demi hari masalah kesihatan mental dalam kalangan rakyat Malaysia kini semakin membimbangkan berbanding setengah juta orang yang direkodkan dalam Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 susulan berlaku trend peningkatan jumlah pesakit yang datang mendapatkan rawatan doktor. Adalah penting untuk diingatkan bahawa keadaan kesihatan mental seseorang mungkin berubah bergantung kepada pelbagai faktor sepanjang hayat mereka. Besar kemungkinan bahawa kesihatan mental seseorang boleh terganggu kerana mereka mempunyai masalah dalam menangani tekanan untuk tempoh masa yang panjang. Sebagai contoh, seseorang mungkin mengalami kesihatan mental yang buruk jika mereka bekerja berjam-jam, bertanggungjawab untuk menjaga saudara, atau mengalami masalah kewangan. Perasaan cemas adalah tindak balas semula jadi terhadap tekanan dan juga boleh membantu dalam beberapa situasi. Sekitar 30% orang dewasa akan mengalami serangan panik pada satu ketika dalam hidup mereka, menjadikannya bentuk penyakit mental yang paling biasa. Berita baiknya ialah serangan panik dapat dibantu dan banyak rawatan berkesan wujud. Mereka yang mendapatkan rawatan dapat menjalani kehidupan yang aman dan sejahtera. Serangan panik mempunyai sebab yang tidak jelas. Walau bagaimanapun, pakar perubatan mengatakan bahawa gabungan pembolehubah genetik, alam sekitar, psikologi, dan perkembangan memainkan peranan. Gejala serangan Kesihatan Mental Sekitar 30% orang dewasa akan mengalami serangan panik pada satu ketika dalam hidup mereka oleh Jennifer Dios
SAYHEART | 44 panik boleh dikurangkan dan hasil rawatan dipertingkatkan dalam beberapa cara. Salah satu cara untuk membantu diri sendiri dan orang yang anda sayangi menghadapi serangan panik ialah dengan mendidik diri anda untuk melihat kerumitan keadaan itu dengan lebih positif. Keadaan emosi individu adalah sasaran utama gangguan perasaan, yang juga merupakan sejenis penyakit mental. Kemarahan dan ketidaksabaran adalah emosi tambahan yang cenderung terjadi sepanjang tempoh seseorang yang mengalami gangguan perasaan. Penyakit kemurungan utama dan gangguan bipolar adalah gangguan perasaan yang paling kerap. Kebiasaannya, rawatan yang diberikan untuk mereka yang mengalami gangguan perasaan adalah pengambilan ubatubatan dan sesi kaunseling. Terdapat lebih banyak pilihan rawatan, termasuk terapi rangsangan otak. Psikoterapi, yang sering dikenali sebagai speech therapy, merujuk kepada pelbagai rawatan yang cuba membantu individu dalam mengenal pasti dan mengubah emosi, idea, dan tingkah laku yang tidak diingini. Kemurungan dan gangguan bipolar boleh berulang atau berterusan, memerlukan ubat jangka panjang atau kekal. Satu pertiga daripada individu yang mempunyai masalah gangguan perasaan memperoleh gangguan psikotik, dan ada yang mendapat serangan kecemasan seumur hidup. Kanak-kanak dan orang dewasa dengan gangguan perasaan lebih cenderung terlibat dalam tingkah laku bunuh diri. Dapatkan bantuan segera jika anda mempunyai pemikiran untuk mencederakan diri sendiri atau orang lain. Berikut adalah beberapa langkah berguna yang boleh anda ambil untuk tidak terlalu terganggu dengan masalah kesihatan yang dimiliki: • Kekal cergas secara mental • Detoks digital • Amalkan meditasi • Beri Masa untuk diri sendiri • Melakukan Hobi baharu ( jurnal) • Cari sebab untuk meraikan segala-galanya Terdapat satu pertubuhan yang menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat Malaysia iaitu Malaysian Mental Health Association (MMHA). MMHA merupakan bukan badan kerajaan yang berperanan dalam menggalakkan kesejahteraan mental dalam komuniti dan sokongan untuk orang yang mengalami masalah kesihatan mental dan penjaga mereka melalui penyediaan perkhidmatan sokongan, pendidikan, latihan, penyelidikan dan advokasi. Jika anda ingin ketahui, bulan Mei diingati setiap tahun sebagai Bulan Kesedaran Kesihatan Mental, satu inisiatif yang pertama kali dilancarkan oleh Mental Health America untuk memudahkan dialog terbuka mengenai kesihatan mental. Apabila orang berasa lebih selesa berkongsi tentang kesihatan mental mereka, lebih mudah bagi mereka untuk mendapatkan rawatan dan mencari seseorang yang memahami apa yang mereka lalui. Ahli keluarga, orang tersayang, dan rakan-rakan harus sedar akan kesan kesihatan mental terhadap kehidupan seharian seseorang. Walaupun mempunyai penyakit kesihatan mental mungkin menjadikan kehidupan harian lebih mencabar, ia tidak boleh menghalang seseorang untuk memiliki kehidupan yang bermakna. Sebarkanlah seberapa banyak info atau kempen semasa bulan kesedaran kesihatan mental agar seluruh masyarakat cakna tentang gangguan kesihatan mental dan semakin bersedia untuk membantu mereka yang sedang berjuang.
SAYHEART | 45 Kini Anda Tahu
SAYHEART | 47 Kini Anda Tahu Haid dan Wanita Haid ataupun datang bulan, sudah pasti ramai yang mengatakan bahawa hal ini hanya perlu diketahui oleh wanita. Namun begitu perkara ini seharusnya diketahui secara umum. Hal ini mungkin dianggap remeh tetapi hakikatnya hal ini adalah amat penting kepada semua peringkat umur agar mereka lebih cakna tentang haid. Sama seperti perkara-perkara lain, haid juga mempunyai mitos yang telah menjadi bualan sejak berzaman. Isu berkaitan tuala wanita juga semakin hangat kerana pada masa kini sudah terdapat pelbagai alternatif yang menjadi pengganti kepada tuala wanita tradisional. Pelbagai alternatif yang menjadi pengganti kepada tuala wanita tradisional. oleh Mime Althea
SAYHEART | 48 Mitos berkenaan haid Apabila menyentuh berkenaan dengan haid, sudah pasti begitu banyak kepercayaan dan juga mitos yang diguna pakai sejak dahulu lagi. Antara mitos yang sering dijadikan menjadi bualan adalah: 1. Mitos yang pertama iaitu ketika haid, tidak dibenarkan untuk melakukan aktiviti bersukan seperti bersenam dan juga berenang. Sebenarnya, bersukan adalah digalakkan untuk dilakukan semasa tempoh datang bulan. Hal ini bergantung kepada keselesaan remaja itu sendiri. Tiada kajian yang mengatakan bahawa bersukan tidak dibenarkan sewaktu tempoh datang bulan. Sebaliknya remaja amatlah digalakkan untuk melakukan aktiviti bersukan kerana dapat membantu sistem pengaliran darah haid yang lancar. 2. Mitos yang kedua iaitu tidak boleh mencuci rambut ketika haid. Mencuci rambut ketika haid sering dikatakan boleh mengakibatkan angin dalam badan. Walhal, pencucian rambut ketika haid tidak menjadi masalah sama sekali.dan sebaliknya pencucian rambut ketika haid adalah sebagai penjagan kebersihan kulit kepala. 3. Mitos yang ketiga adalah minum minuman sejuk ketika haid boleh mengakibatkan darah beku dan darah melekat pada dinding rahim. Untuk pengetahuan, saluran pencernaan seperti usus dan juga perut adalah tidak bergabung dengan sistem peranakan. Tiada kajian yang menyatakan bahawa minum minuman sejuk boleh mengakibatkan darah beku pada dinding rahim. Begitu juga dengan mitos yang mengatakan bahawa makan timun boleh mengakibatkan getah dari timun itu melekat pada dinding rahim dan menyebabkan darah tidak keluar ketika haid. 4. Mitos yang keempat pula adalah minum minuman bergas seperti cola dan pepsi boleh mengakibatkan kanser rahim. Fakta yang sebenarnya adalah minuman bergas kebiasannya mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi. Oleh itu, sama ada sedang haid ataupun tidak pengambilan minuman seperti ini harus dikurangkan bagi mengelakkan penyakit-penyakit yang lain seperti kolestrol dan juga diabetes.
SAYHEART | 49 Kini Anda Tahu Pengetahuan tentang haid adalah amat penting bagi semua pihak. Bukan itu sahaja, semua pihak terutamanya kaum wanita harus menghindari diri daripada mempercayai mitos-mitos yang telah tersebar dari dahulu lagi bagi mengelakkan perkara ini terus berlanjutan. Pengetahuan dalam pemilihan tuala wanita juga haruslah semakin meluas untuk memudahkan kaum wanita memilih tuala wanita yang sesuai dengan keselesaan mereka. Oleh itu, marilah bersama-sama, tidak kira wanita ataupun lelaki untuk mendedahkan diri dengan pengetahuan mengenai haid.