SAYHEART | 53 Petua Sihat Kenali Buah Pisang Kaki B uah pisang kaki ialah sejenis buah yang ringan dan berwarna jingga kemerah-merahan. Dari segi sejarah, pisang kaki atau persimmons bermaksud “buah ketuhanan” dalam bahasa Yunani. Oleh itu, ia juga dikenali sebagai ‘buah dewa’. Genesis nama itu adalah kerana banyaknya nutrien, mineral, vitamin, antioksidan dan sebatian bioaktif. Mungkin ada di antara kita yang belum pernah mendengar nama buah pisang kaki. Namun, apabila sudah mengenalinya, ia pasti akan menjadi buah kegemaran anda kerana rasanya yang sangat manis dan lazat. Buah pisang kaki mempunyai rasa manis dan biasanya digunakan sebagai pencuci mulut dan makanan yang dibakar. Ia boleh dimakan mentah dan dimakan bersama dengan kulitnya. Biji buah pisang kaki dapat dipanggang menjadi snek yang lazat. Buah pisang kaki dipercayai berasal dari Tenggara China dan kini dijual di seluruh dunia. Khasiat Pisang Kaki 7 oleh Siti Nabilah
SAYHEART | 54 Kesan Sampingan Jika Diambil Secara Berlebihan Di samping khasiat dan manfaat pengambilan buah pisang kaki, terdapat juga kesan sampingan jika diambil secara berlebihan. Makan terlalu banyak buah pisang kaki boleh menyebabkan masalah perut. Ini termasuk muntah, loya, sembelit, gas atau usus tersumbat. Fenomena ini berlaku kerana perut dan usus tidak dapat mencerna buah pisang kaki sebanyak itu secara serentak. Buah pisang kaki mempunyai rasa manis dan biasanya digunakan sebagai pencuci mulut dan makanan yang dibakar.
SAYHEART | 56 Renang lancar proses kehamilan F asa kehamilan telah menyebabkan banyak halangan fizikal kepada ibu hamil. Tidak dapat dinafikan, berenang semasa hamil adalah langkah terbaik tanpa meletakkan tekanan tinggi kepada anggota badan anda. Cabaran di setiap trimester mempengaruhi ibu hamil untuk melakukan senaman kerana sering mengalami sakit badan dan keletihan. Oleh itu, sukan renang sangat sesuai dan perlu menjadi pilihan senaman oleh ibu hamil . Apakah manfaat berenang kepada ibu hamil? Berenang membantu ibu hamil mengekalkan suhu badan. Ketika hamil, ibu mengandung sangat cenderung untuk berpeluh dengan banyak. Berbanding sukan olahraga, ia menghasilkan suhu badan yang tinggi dan banyak berpeluh. Namun berbeza dengan sukan renang kerana suhunya yang kurang panas dan lebih nyaman. Selain membantu memperbaiki ‘mood’ positif ibu, ia juga mengurangkan tekanan fizikal dan emosi ketika hamil. Berenang dengan kerap sangat membantu ibu hamil menghilangkan rasa sakit belakang yang dialami oleh majoriti wanita ketika hamil. Sakit belakang menyebabkan ibu hamil tidak cukup tidur, tidak aktif secara harian dan mengganggu emosi ibu mengandung. Tampungan daripada air membolehkan ibu hamil bebas berbaring di atas air tanpa rasa sakit. Tambahan pula, berenang efektif untuk menegangkan otot secara langsung. Berenang mengikut trimester kehamilan Trimester pertama: 12 minggu pertama kehamilan, adalah tidak digalakkan melakukan sukan renang atas pengesyoran doktor. Perkara ini didorong oleh fasa awal pembentukan janin. Melepasi tempoh berkenaan, sukan renang boleh dilakukan kerana difahamkan dapat melegakan ‘morning sickness’ yang dialami oleh ibu hamil di awal fasa kehamilan. Trimester kedua: Pada trimester ini, ibu hamil akan lebih menikmati daya apungan kerana perut yang semakin membesar secara tidak langsung membuatkan beban terasa ringan dan lebih mempersiapkan fizikal dan mental ibu hamil untuk ke semester seterusnya. Trimester ketiga: Perubahan fizikal seperti kaki bengkak, sakit pinggang dan belakang menyebabkan ibu hamil tidak selesa. Dengan berenang, daya apungan mengurangkan kesakitan kerana saluran darah lebih lancar di dalam air. oleh Nurul Nadhirah
SAYHEART | 57 Petua Sihat Sukan renang boleh dilakukan kerana difahamkan dapat melegakan ‘morning sickness’ yang dialami oleh ibu hamil di awal fasa kehamilan.
SAYHEART | 58 S ecara purata, rambut gugur 50-100 helai sehari dan lebih daripada 30,000 helai setahun. Kebanyakan daripada kita tidak mengetahui tentang keguguran rambut kecuali bagi mereka yang mengalami alopecia atau masalah keguguran rambut yang lain, malah ketika itu kita lebih bimbang tentang keguguran rambut daripada mencari cara untuk mengatasinya. Adakah anda sedar tentang simptom rambut anda menipis? Apabila anda mengalami keguguran rambut, anda mungkin perasan: rambut yang diikat ke belakang menjadi lebih nipis seperti ekor kuda, bahagian botak kelihatan lebih besar daripada sebelumnya, lebih banyak rambut melekat pada sikat anda, lebih banyak rambut di bantal anda, di atas lantai dan di dalam bilik air. Sebab-sebab rambut menjadi tidak sihat Adakah anda sedar tentang mengapa rambut menunjukkan gejala sedemikian? Salah satu puncanya ialah penjagaan rambut yang tidak betul. Setiap orang mempunyai jenis rambut yang berbeza. Oleh itu, penjagaan rambut berbeza-beza bergantung pada jenis rambut, gaya rambut dan juga jantina. Para ibu perlu tahu, dandanan boleh memudaratkan jika dilakukan terlalu kerap pada rambut anak. Ini dipanggil “alopecia daya tarikan.” Ia berlaku apabila seseorang kehilangan rambut akibat menariknya berulang kali. Ini biasanya terjadi pada kepala berhampiran garis rambut, dan boleh menjadi sukar untuk dikesan sehingga rambut gugur dalam ketulan besar. Gaya hidup sihat dapat membantu mengekalkan rambut sihat melalui amalan pemakanan diet yang seimbang. Ia adalah penting untuk mendapatkan jumlah protein yang betul dan nutrien lain yang diperlukan oleh rambut anda. Selain itu, ibu bapa perlu pastikan ahli keluarga mendapatkan zat besi yang mencukupi dan vitamin dengan mineral lain dalam diet mereka dalam kehidupan seharian kerana ini akan membantu mengekalkan rambut mereka sihat dan subur selalu. Keguguran rambut boleh berlaku kepada kaum lelaki dan juga wanita, dan ia boleh disebabkan oleh perkara yang berbeza. Sebagai contoh, apabila lelaki menghasilkan hormon yang dipanggil dihydrotestosterone (DHT), folikel rambut mereka boleh menjadi sensitif dan akhirnya gugur. Ini sering dilihat pada wanita menopaus yang mengalami penurunan tahap hormon estrogen. Rambut juga menjadi tidak sihat apabila ubat yang diambil adalah tidak sesuai atau terlalu kuat dosnya. Contohnya, seorang ibu yang mengambil pil perancang sering kehilangan rambut apabila mereka berhenti menggunakan pil. Ubat seperti ibuprofen dan penipisan darah juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Gaya hidup sihat dapat membantu mengekalkan rambut sihat melalui amalan pemakanan diet yang seimbang Rambut Sihat Rahsia oleh Tarsheeila A/P Balasubramaniam
SAYHEART | 59 Petua Sihat Kesan-kesan jika tidak menjaga rambut dengan baik Secara umum, rambut kita tumbuh dan kekal dalam satu daripada dua fasa anagen (tumbuh) atau telogen (kekal tidak aktif). Secara purata, kita kehilangan kira-kira 100 rambut sehari. Ini berlaku atas pelbagai sebab, beberapa daripadanya di luar kawalan anda. Apa akan menjadi jika anda tidak jaga rambut anda dengan baik? Rambut uban adalah masalah yang boleh berlaku kepada individu yang telah meningkat usia. Ia disebabkan oleh sel melanin yang mengawal warna rambut rosak, dan boleh berlaku apabila terdapat terlalu banyak hidrogen peroksida dalam folikel rambut serta ketidakstabilan DNA. Kulit kepala penuh dengan minyak semula jadi dipanggil sebum. Minyak ini membantu mengekalkan kulit kepala lembap dan menghalangnya daripada menjadi kering. Jika pengeluaran sebum terlalu tinggi, minyak juga akan mengalir ke seluruh kepala. Ini bukan perkara yang baik kerana ia boleh menyebabkan rambut menjadi berminyak dan kelihatan kusut, dan ia juga boleh merosakkan rambut di kemudian hari. Selain itu, salah satu sebab wanita atau lelaki yang membuat aktiviti luaran sering mengalami masalah kelemumur adalah kerana mereka tidak mengeringkan rambut dengan betul selepas mencucinya. Ini mungkin disebabkan oleh perkara seperti tabiat peribadi, tetapi ia juga sesuatu yang boleh dipengaruhi oleh persekitaran. Kutu adalah serangga kecil yang hidup di kulit kepala dan hisap darah manusia. Ia adalah perkara biasa pada kanak-kanak kecil, dan kadangkala kutu boleh dipindahkan dari rambut satu orang ke rambut orang lain melalui sentuhan fizikal. Jika anda melihat serangga kutu di kepala anak anda, pastikan anda merawatnya dengan cepat! Salah satu sebab utama mengapa rambut boleh berbau busuk adalah kerana peluh dikeluarkan dari kulit kepala semasa anda bersenam terutamanya para lelaki yang banyak membuat aktiviti luaran. Jika anda tidak mencucinya dengan kerap atau betul, peluh akan kekal pada rambut dan memberikannya bau busuk. “Alamak, banyaknya rambut yang gugur, lama-lama botak jadinya,” ia pastinya merupakan situasi biasa bagi individu yang mengalami masalah rambut. Jagalah rambut anda dengan baik.
SAYHEART | 60 K esakitan di bahagian leher atau sakit di bahagian kepala merupakan bahagian yang biasa dialami. Gejala ini berlaku mungkin kerana beberapa faktor. Sakit kepala berlaku kerana kekurangan reseptor sakit iaitu tisu otak sendiri tidak sensitif kepada kesakitan. Sebaliknya, gangguan struktur sakit-sensitif di sekitar otak yang menyebabkan sakit kepala. Beberapa bahagian di kepala dan leher mempunyai struktur sakit-sensitif iaitu membran mukus, sinus, telinga, mata, tisu subkutaneus, arteri dan vena, saraf, otot dan kranium (periosteum tengkorak). Tidak kira kanak-kanak atau dewasa, lelaki atau perempuan, tua atau muda, boleh dikatakan hampir semua pernah mengalami sakit kepala. Jika dibiarkan berlarutan, ia berkemungkinan akan mengganggu aktiviti harian walaupun dianggap sakit kepala tidak serius. Pusing atau pening, itu yang sering dirasai jika mengalami sakit kepala. Ramai yang tidak tahu bahawa sakit kepala mempunyai pelbagai jenis dan punca. Pusing atau pening, itu yang sering dirasai jika mengalami sakit kepala oleh Nurnazihah
SAYHEART | 61 Petua Sihat 1.Titik di antara kening Titik yang terletak antara kening di mana batang hidung bertemu dengan dahi. Urut pada baha - gian antara kening dengan gerakan membulat atau menekannya dengan agak kuat selama 30 saat hingga 1 minit. 2. Dua titik pada tengkuk Gunakan ibu jari anda untuk mengurut. Titik ter - letak di bahagian belakang kepala. Pertengahan antara telinga dan tulang belakang anda. Urutnya dalam 45 hingga 60 saat. 3. Dua titik di hujung kening Letakkan tekanan pada kedua hujung kening selama 5 saat dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda. 4. Titik berdekatan pangkal ibu jari Sapukan tekanan dalam pada titik pangkal ibu jari selama 5 saat. Ulang dengan tangan yang lain. 5. Dua titik di bawah tulang pipi Ambil hujung ibu jari anda. Tolak dari bawah benjolan pipi ke atas dan tahan selama 45 hingga 60 saat. Teknik Urutan
SAYHEART | 64 Apa itu terapi ais? S ebelum kita mengenali dengan lebih lanjut kita perlu tahu apakah yang dimaksudkan dengan Terapi Ais. Terapi ais atau dikenali juga sebagai mandian ais telah lama diperkenalkan iaitu semenjak zaman Millenia lagi. Pada zaman dahulu, teknik menggunakan ais bertujuan untuk mengurangkan keletihan otot dan penyakit kesihatan yang lain seperti demam. Ketika itu bidang perubatan masih belum berkembang pesat seperti sekarang. Oleh itu, cara ini amat popular diamalkan dalam kalangan doktor serta masyarakat. Pada tahun 1970, dengan adanya perkembangan dari segi perubatan dan intelek, terapi ini telah dieksploitasi dengan lebih terperinci mengenai teknik dan kebaikan yang sebenarnya. Toshima Yamaguchi, seorang ahli Rheumatologi yang berasal dari negara Jepun telah memberi nama terapi ini sebagai Cryotherapy. Setelah pelbagai kajian dan penelitian yang dilakukan, beliau mendapati terapi ini mempunyai pelbagai “rahsia” yang boleh dijadikan penawar kepada pelbagai penyakit. Namun, apa yang jelas mengenai kebaikan terapi ini adalah untuk mempercepatkan pemulihan otot, masalah keradangan dan boleh membakar lemak. Sejak itu, terapi ais mula memasuki negara Eropah pada tahun 1980 dan Australia pada tahun 1990. Malah, Malaysia juga tidak terkecuali, fenomena terapi ais atau dikenali sebagai cryotherapy juga terkenal sejak tahun 1990 lagi. Teknik dan cara yang betul Terapi ais tidak menggunakan peralatan dan bahan yang banyak untuk dilakukan tetapi ianya memerlukan teknik yang betul supaya kebaikan-kebaikan terapi tersebut dapat diserap oleh badan sepenuhnya. Langkah pertama adalah menyediakan tab mandian yang berisi air dan ketulan ais yang secukupnya. Kemudian masukkan garam bukit, garam larut, sulfur, larutan natrium, dan kapur. Bahan-bahan ini bertujuan untuk mengekalkan suhu air mandian agar sentiasa dalam keadaan sejuk dan mampu bertahan lama. Anda juga boleh menambah madu dan nila untuk mendapat manfaat yang Fenomena terapi ais atau dikenali sebagai cryotherapy juga terkenal sejak tahun 1990 lagi. oleh Umi Nadiah
SAYHEART | 65 Penawar dan Terapi lebih dalam mandian tersebut. Langkah seterusnya, jirus air sikit demi sedikit sebelum berendam supaya badan mula serasi dengan air sejuk. Setelah itu, anda bolehlah merendamkan badan di dalam tab mandian tersebut. Sambil itu, gosokkan juga ketulan ais ke bahagian tubuh dan muka secara menyeluruh. Setiap sesi biasanya mengambil masa sekitar 20 hingga 30 minit bergantung kepada tempat tersebut. Penerangan dari aspek sains Proses mengurangkan berat badan memerlukan seseorang individu melakukan aktiviti senaman dan seiring dengannya adalah penjagaan pengambilan makanan. Namun, aktiviti lain yang boleh membakar lemak juga menyumbang kepada kurangnya berat badan. Kajian yang berjaya dilakukan telah membuktikan terapi ais sememangnya boleh membantu kita membakar kalori dalam badan. Hal ini kerana, manusia mempunyai dua jenis lemak iaitu lemak putih dan lemak koko. Lemak putih dikenali sebagai lemak tepu yang menyebabkan berat badan meningkat manakala lemak koko merupakan lemak yang aktif dan berfungsi mengekalkan haba kepada badan. Berdasarkan eksperimen yang dilakukan, berendam di dalam mandian ais akan mengaktifkan sel adipos lemak koko dan sel otot dalam badan. Apabila ianya diaktifkan, hormon Irisin dan FGF akan dirembes keluar. Fungsi kedua-dua hormon ini adalah untuk membakar tisu lemak putih dan menyebabkan penurunan berat badan. Oleh itu, terbuktilah bahawa terapi ais boleh mengurangkan berat adalah fakta. Tempat yang menawarkan Terapi Ais. 1. Batik Spa (Baling, Kedah) 2. Sanggar Mahsuri Spa & Wellness (Seremban, Selangor) 3. Citra Abadi Spa and Beauty Salon (Kangar, Perlis)
B unga telang atau dalam bahasa saintifik dikenali sebagai Clitoria Ternatea merupakan satu tumbuhan yang mempunyai keunikannya tersendiri. Menurut pengkaji, nama Clitoria ini diambil kerana sekiranya diperhatikan, kelopaknya mempunyai bentuk mirip klitoris yang ada pada wanita. Nama lain bunga telang juga dikenali sebagai Asian Pigeonwings, Blue Pea, Butterfly Pea, dan Darwin Pea. Pada fizikal warna ungu terang di kelopak bunga, menjadikan bunga telang sangat mudah untuk dikenali dan dapat menarik perhatian. Bunga telang merupakan sejenis tumbuhan herba berkayu yang menjalar untuk hidup. oleh Najhanifah
SAYHEART | 68 Manfaat Teh Bunga Telang Bagaimana pula dengan teh bunga telang? Mun - gkin ramai yang masih tidak didedahkan dengan manfaat mengamalkan teh bunga telang. Air rebusan bunga ini mempunyai pelbagai khasi - at tersendiri yang jauh lebih baik berbanding makanan tambahan (supplement) yang dijual di pasaran. Antara manfaat yang diperoleh daripada teh bunga telang ialah: • Mengurangkan risiko diabetes Bunga telang mengandungi antioksidan tinggi yang mampu mencegah kerintangan insulin (keadaan di mana jumlah insulin normal tidak lagi mencukupi bagi menghasilkan tindak balas insulin normal) yang akan menghalang daripada diabetes. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, kelopak bunga telang men - gandungi sebatian antosianin sejenis antioksi - dan. Kemampuan tumbuhan ini menstabilkan kadar gula dalam darah dapat mengurangkan risiko penyakit kencing manis dan simptom yang berkaitan. • Rawatan insomnia dan stress Bunga telang mempunyai kandungan yang bersifat anti kemurungan mampu memberi ketenangan dan kedamaian yang dapat mengatasi tekanan dengan mengamalkan meminum air rebusan bunga telang setiap hari. Satu kajian yang dijalankan pada 1988 oleh Kulkarni et al. menggunakan dos bunga telang yang tinggi bagi menunjukkan potensi tumbu - han ini untuk menggalakkan masa tidur yang lebih panjang dari kebiasaannya. Keputusan menunjukkan ekstrak bunga telang mampu menandingi chlorpromazine iaitu ubatan gang - guan mental yang serius. • Mengubati asma secara alami Asma merupakan penyakit yang melibatkan paru-paru apabila saluran pernafasan menyem - pit menyebabkan bunyi bersiul apabila ber - nafas, kesesakan dada, sesak nafas dan batuk. Penggunaan bunga telang bagi meredakan simptom-simptom asma telah digunakan da - lam perubatan Ayurveda yang terkenal di Dun - ia Barat. Satu kajian telah dijalankan oleh Jurnal Antarabangsa Sains Farmaseutikal dan Penyeli -
SAYHEART | 69 Penawar dan Terapi Di Malaysia, bunga telang digunakan sebagai pewarna makanan asli. dikan mendapati kandungan antioksidan dan antiastmatik ekstrak etanol dari akar pokok bunga telang yang menunjukkan perlindungan alergi yang ketara. • Menjaga kesihatan kulit dan rambut Sekiranya anda merupakan seorang yang teliti apabila membeli sesuatu produk, anda pasti pernah melihat kandungan ekstrak bunga telang dalam produk syampu dan kecantikan yang berada di pasaran. Hal ini kerana bunga telang dikenali sebagai satu elemen yang mampu memberikan hasil kulit kelihatan lebih sihat dan rambut yang lebih berkilat. Resepi Air Bunga Telang Bahan-bahannya: • Bunga Telang • Lemon (pilihan) • Air panas Caranya: 1. Rendam bunga telang dengan bilangan ganjil dalam air panas 2. Hiris nipis lemon dan masukkan ke dalam cawan 3. Amalkannya setiap pagi Jelas disini menunjukkan air rebusan bunga telang mempunyai khasiat tersembunyi seperti yang dibincangkan dan banyak lagi manfaatnya untuk dihuraikan. Masyarakat perlu membuka mata untuk mula mengamalkan teh bunga telang sebagai rutin harian mereka. Oleh itu, teh bunga telang boleh diamalkan oleh seisi keluarga sebagai langkah dalam mengamalkan gaya hidup sihat.
SAYHEART | 70 Perbezaan ubat hospital dan suplemen K ebanyakan orang mengambil remeh tentang pengetahuan mengenai ubat yang mereka makan mereka hanya mengikut arahan yang diberi oleh doktor terutama sekali kalangan warga emas. Pendedahan mengenai perbezaan ubat-ubatan hospital ataupun klinik dan juga suplemen tambahan yang dibeli oleh pengguna itu sendiri sangat kurang. Ubat itu sendiri adalah makanan yang perlu dimakan bagi merawat penyakit yang dihidapi oleh pesakit manakala suplemen tambahan adalah makanan tambahan yang boleh diambil pada bila-bila masa bagi mencegah sesuatu penyakit. Jika pesakit makan ubat secara berlebihan, ianya boleh menyebabkan terlebih dos dan akan mendatangkan penyakit yang mungkin lebih buruk dari sebelumnya. Oleh itu, cara-cara pengambilan ubat yang betul amat penting supaya perkara yang tidak diinginkan tidak akan berlaku. oleh Dayangku Khaltielyia
SAYHEART | 71 Penawar dan Terapi Tips penjagaan dan penyimpanan ubat 1. Simpan ubat di tempat yang selamat dan dikhaskan supaya mudah dicari. 2. Letak ubat mengikut suhu yang disarankan, elakkan daripada membiarkan ubat anda di bawah sinaran matahari 3. Simpan ubat dalam bekas yang telah diberikan mengikut label. 4. Jangan biarkan ubat anda di dalam kereta dalam jangka masa yang lama 5. Tidak menyimpan ubat yang di dalam bekas yang sama dan bercampur aduk. 6. Pastikan ubat tidak tamat tempoh Kesan pengambilan ubat tradisional yang berlebihan Ubat tradisonal biasanya berasaskan bahan semula jadi atau herba dan dianggap kurang berbahaya kerana diperbuat daripada bahan-bahan yang selamat, hakikat sebenar herba juga berpotensi untuk dicemari dengan logam berat yang datang dari tanah, air dan udara dimana ianya boleh menyebabkan keracunan arsenik, merkuri dan kadnium. Ini membuktikan bahawa ubat tradisional juga boleh dicemari dengan logam toksik. Selain itu, bahan-bahan berasaskan herba juga boleh dicemari dengan bakteria dan kulat sekiranya proses selepas pengumpulan tumbuhan herba seperti pengeringan tidak dilakukan dengan sempurna. Terdapat beberapa jenis logam berat yang akan memberi kesan toksik kepada organ dalaman mahupun luaran, terutama sekali buah pinggang yang menjadi tempat pengumpulan toksik sekiranya ubatan tradisional diambil berlebihan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab pengguna untuk memastikan ubat tradisional yang dibeli ialah ubat berdaftar yang mempunyai nombor MAL dan hologram. Pembelian ubat tradisionalyang tidak berdaftar mendedahkan pengguna kepada risiko yang boleh membahayakan kesihatan dan lebih parah lagi berisiko untuk mengundang maut. Terdapat beberapa jenis logam berat yang akan memberi kesan toksik kepada organ dalaman mahupun luaran
SAYHEART | 72 R uam pada bayi memang lazimnya berlaku, tapi apabila ia dialami oleh si kecil yang masih bayi pastinya para ibu tidak betah diam dan membiarkan sahaja. Sudah tentu pelbagai petua, rawatan cuba dibuat sama ada merujuk kepada doktor mahupun rawatan tradisional. Sememangnya kulit bayi baru lahir (0-30 hari) melalui pelbagai perubahan pada bulan pertama. Kulit mereka lebih sensitif berbanding orang dewasa, menjadikannya lebih cenderung untuk mengalami ruam. Kebanyakan ruam di kalangan bayi baru lahir adalah disebabkan oleh penyesuaian fisiologi normal yang berlaku pada kulit bayi baru lahir terhadap persekitaran baharu. Mujurlah, ruam ini biasanya pulih sendiri serta tidak berbahaya dan tidak memerlukan sebarang rawatan khusus. Bagaimanapun, jika keadaan bertambah buruk atau simptom serius lain muncul, seperti demam atau kehilangan selera, rujuklah dengan doktor kanak-kanak untuk pemeriksaan. Bayi kita akan cuba menyejukkan badannya dengan berpeluh. Jika dia berpeluh terlampau kerap, ini menyebabkan liang kulit menjadi tersumbat. Peluh tidak dapat keluar, dan akan menyebabkan ruam akan timbul. Bayi dan kanak-kanak kecil lebih cenderung mendapat ruam kerana kelenjar peluh mereka belum matang sepenuhnya. Pakaian ketat atau tebal akan menakung peluh juga, menyebabkan iritasi menjadi lebih teruk pada kulit. Antara tanda-tanda awal ruam adalah kemerahan dan gatal pada kawasan lampin. Simptom ini biasanya bermula dengan tompok merah jambu yang kabur, dan sedikit menaik. Dalam kes yang teruk, kulit akan kelihatan merah dan mula mengelupas. Bayi kebiasaannya akan muram serta resah dan mula menangis, terutamanya selepas mandi atau membuang air. oleh Soultan Fikri Achsan Bayi dan kanak-kanak kecil lebih cenderung mendapat ruam kerana kelenjar peluh mereka belum matang sepenuhnya.
SAYHEART | 73 Penawar dan Terapi Sekiranya keadaan kulit bayi anda tidak bertambah baik selepas beberapa hari rawatan di rumah, dapatkan rawatan segera dengan berjumpa Doktor yang lebih pakar! Jangan biarkan keadaan menjadi lebih teruk dan bertambah parah.