The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Draf E-Book Symposium (delete page break)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzah rosle, 2024-02-04 04:03:43

Draf E-Book Symposium (delete page break)

Draf E-Book Symposium (delete page break)

PROF MADYA DR AZMAN YUSOF DR ANISAH BAHIYAH AHMAD DR INTAN NORJAHAN AZMAN


2 HAK CIPTA Hak Cipta/Copyright Student Development Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Chemical & Bioengineering Technology Hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku digital ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dinnginkan semula, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk, atau dengan sebarang cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran semula, perakaman dan sebagainya tanpa mendapat izin daripada penerbit terlebih dahulu. Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by: Student Development Section Universiti Kuala Lumpur - Malaysian Institute of Chemical & Bioengineering Technology (UniKL MICET) Lot 1988, Kawasan Perindustrian Bandar Vendor, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Malacca. 06-551 2000


3 PRAKATA Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kami panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya buku digital ini dapat diterbitkan dengan sempurna. Buku digital ini diterbitkan hasil program Symposium Sarjana Muda Kemanusiaan & Teknologi Kejuruteraan di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Chemical & Bioengineering Technology - MICET. Ia merupakan koleksi-koleksi poster yang dibentangkan oleh para pelajar melalui kajian-kajian yang berbentuk teoritikal mahupun emperikal. Penyuntingan buku digital ini merupakan salah satu usaha pengumpulan ilmu dalam membentuk budaya ilmiah secara berterusan dalam pembangunan insan ke arah generasi madani. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada kepada para pembentang poster dan urusetia yang bertungkus lumus menjayakan penerbitan digital ini. Semoga dengan penerbitan ini membantu generasi kita kearah pembangunan masyarakat yang cemerlang bertaraf kelas minda pertama seiring melahirkan generasi madani. Adalah diharapkan dengan penerbitan buku digital ini para pembaca dapat memberi manfaat dalam merealisasikan kehidupan sebagai generasi yang bertamadun dan hebat dalam bidang keilmuan dan berwawasan. Sekian, selamat membaca. Nurizzah Laiyina Binti Nor Rosle


4 ISI KANDUNGAN KAJIAN PEMBENTUKAN ETIKA DAN PERKEMBANGAN PERADABAN DALAM AGAMA BUDDHA: KAJIAN DI KUIL CHENG HOON TENG TEMPLE ..........................6 PENJAGAAN ALAM SEKITAR MENURUT FALSAFAH...................................................8 FALSAFAH JERI DI KALANGAN PELAJAR UNIKL MICET..........................................10 BOIKOT BARANGAN ISRAEL: APA PERANAN RAKYAT MALAYSIA? ....................12 KAJIAN BERKAITAN ADAB KOMUNIKASI KONTEMPERARI BERDASARKAN TIGA BUAH FILEM .........................................................................................................................14 ISLAMOFOBIA ......................................................................................................................16 PERPADUAN, KESEPADUAN & PENYATUAN AMALAN BUDAYA DAN ADAT RESAM PELBAGAI KAUM (CHENG HOON TENG TEMPLE)........................................18 ISU-ISU SEMASA ETIKA DAN PERADABAN DALAM MENCAPAI KELESTARIAN NEGARA DAN ANTARABANGSA. ....................................................................................20 PENJAGAAN ALAM SEKITAR ...........................................................................................22 BENCANA GEMPA BUMI DAN HUBUNGAN SAINS DAN AL-QURAN......................24 KAJIAN TEMU BUAL & DOKUMENTARI PERKAHWINAN CAMPUR .......................26 ETIKA HALAL DALAM ISLAM..........................................................................................28 ATEISME: CABARAN DAN IMPLIKASI............................................................................30 PERLEBAGAAN SEBAGAI ASAS INTEGRASI.................................................................32 LAWATAN KE GEREJA ST. PAUL.....................................................................................34 INDUSTRI HALAL DI MALAYSIA (KOSMETIK).............................................................36 ADAT PERKHAWINAN MASYARAKAT MELAYU ........................................................38 NIKAH DI SEMPADAN: RISIKO DAN IMPLIKASI KEPADA PASANGAN ..................41 PENGHAYATAN ADAB DAN ETIKA DALAM ADAT RESAM & BUDAYA YANG DIAMALKAN DI MALAYSIA..............................................................................................43 MENTAL HEALTH................................................................................................................45 ELECTRICAL INJURY..........................................................................................................47 POSTPARTUM DEPRESSION AMONG MOTHERS..........................................................49 COVID-19 GETTING WORSE AGAIN ................................................................................51 BEAUTY STANDARDS EFFECT ON BODY POSITIVITY AND MENTAL HEALTH ..53 MICET GREEN REVOLUTION............................................................................................56 WATTS HAPPENING IN SARAWAK #SUNGAI BARAM RIVER...................................58 KALE AND SPINACH MURUKKU: DEVELOPMENT AND SHELF-LIFE STUDY.......60


5


6 ABSTRAK KAJIAN PEMBENTUKAN ETIKA DAN PERKEMBANGAN PERADABAN DALAM AGAMA BUDDHA: KAJIAN DI KUIL CHENG HOON TENG TEMPLE (Nadiah Binti Mahidi, Muhamad Aidil Hakeem Bin Kamarudin, Zhafran Nuruddin Bin Asri, Nuryn Nurerysha Binti Nomy Nurul, Nur Alya Izzati Binti Lokman Hakim, Fitri Nurul Natasha Binti Sikal, Muhammad Adam Mazhud Bin Mazlan, Muhammad Yassyanabil Bin Yusnizam, Muhammad Hazim Bin Labib, Daratul Akmal Binti Zakaria) Program lawatan ke rumah ibadat “Cheng Hoon Teng Temple” ini adalah bertujuan untuk mengkaji perbandingan dari segi adat, keagamaan dan cara budaya yang diterapkan oleh penganut agama Buddha. Objektif kajian adalah untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang kepercayaan agama Buddha and juga menambah ilmu baharu dalam mengenali agama Buddha. Data yang diperoleh dari hasil dapatan kajian adalah adat yang diwarisi oleh agama Buddha dan budaya yang diamalkan bagi agama Buddha. Dengan perlaksanaan program ini dapat meluaskan lagi pengetahuan tentang perbezaan antara setiap adat yang diterapkan oleh berbilang kaum di Malaysia ini sama ada dari cara beribadat, cara perayaan dan sebagainya. Kesimpulannya, terdapat pelbagai manfaat dan kelebihan apabila kita mengunjungi dan melawati rumah ibadat agama lain seperti Temple Cina. Terdapat segilintir kalangan masyarakat yang masih seperti katak di bawah tempurung.


7


8 ABSTRAK PENJAGAAN ALAM SEKITAR MENURUT FALSAFAH (Zaizatul Azmina Binti Zalisma, Aisyah Binti Ismael, Nur Fatihah Binti Abdul Malek Faisal, Nur Natasha Binti Rizal, Dhiya Aqila Binti Mimi Suhaidy, Elya Elysa Binti Azman) Alam sekitar merupakan elemen penting dalam menentukan kesejahteraan dan kualiti hidup manusia sejagat. Pembangunan pesat di Negara kita telah menimbulkan kesedaran yang tinggi terhadap nilai alam semulajadi kerana masyarakat leka dalam menjalankan tanggungjawab memelihara alam sekitar. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengetahui jenis-jenis pencemaran dan Langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran alam sekitar. Selain itu, penerapan tentang alam sekitar perlu ada pada kalangan masyarakat dalam konteks tentang hubungan manusia dengan alam. Pendidikan Alam sekitar perlulah diterapkan lebih awal dalam menjamin kelestarian alam. Kajian ini adalah berdasarkan kajian berbentuk kualitatif yang melibatkan 14 sampel dalam kalangan pelajar Unikl Micet. Hasil kajian mendapati responden mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap pentingnya penjagaan alam sekitar. Data kajian dikumpul menggunakan boring soal selidik yang dianalisis berdasarkan pengetahuan terhadap alam sekitar. Pihak berkuasa serta masyarakat perlu mempunyai keprihatinan terhadap pengurusan dan pencemaran alam sekitar. Masyarkat yang bertanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar akan menjamin kehidupan yang selesa kepada generasi akan datang.


9


10 ABSTRAK FALSAFAH JERI DI KALANGAN PELAJAR UNIKL MICET (Athirah Ayu Najihah Binti Mohd Shahrizan, Aulia Tiffany Zuhairah Binti Mohd Zulkifli, Amylia Natasha Binti Ishak, Nur Aisyah Binti Ahamad Sahiri , Aisyah Fadhilah Binti KhairUl-Nahar, Siti Munirah Binti Ishak) JERI adalah singkatan kepada Jasmani, Emosi, Rohani & Intelektual yang merupakan usaha berterusan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia diwujudkan untuk meningkatkan kesedaran diri, pengurusan masa yang berkesan dan pandai menguruskan emosi di kalangan pelajar di Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap keseimbangan JERI dalam kalangan pelajar UniKL MCET. Kaedah yang digunakan adalah berbentuk kuantitatif melalui kaedah tinjauan kepada 167 pelajar sebagai responden. Data yang diperoleh hasil daripada tinjauan menunjukkan Skor Min bagi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual pelajar adalah tinggi. Ia membuktikan bahawa mereka menghayati konsep JERI yang dilaksanakan oleh negara untuk menjadikan mereka sebagai generasi yang lebih berjaya dalam semua aspek.


11


12 ABSTRAK BOIKOT BARANGAN ISRAEL: APA PERANAN RAKYAT MALAYSIA? (Alya Mursyidah Binti Mesron, Ayu Suraya Binti Mohd Suhaidi, Elisha Kamilia Binti Norazam, Fatin Jesnita Binti Daud, Nur Syazwin Binti Mohamed Rizal) Hari demi hari, penindasan terhadap umat Islam di Palestin yang diserang Israel kian memuncak menyebabkan ia mendorong kita untuk memboikot produk-produk Israel sebagai protes terhadap tindakan mereka. Banyak pihak yang telah memboikot dengan menyenaraikan produk yang telah dikeluarkan Israel. Namun, impak dari tindakan ini juga dirasakan oleh sebilangan kecil pihak yang tidak terlibat. Adakah wajib memboikot dan apakah kesannya kepada ekonomi produk tempatan? Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan hukum boikot tersebut ke atas kerajaan Malaysia, implikasinya kepada kerajaan Malaysia dan rakyat Palestin serta langkah-langkah strategik yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan, swasta dan NGO. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan analisis kandungan serta kaedahkaedah fiqh untuk mengetahui hukum. Hasil kajian mendapati kerajaan Malaysia dan pihakpihak swasta boleh melaksanakan hukum tersebut dan analisis kajian juga mendapati ia memberi kesan negatif kepada guna tenaga dan pengangguran, malah memberi kesan positif terhadap industri dalam negara. Usaha untuk memboikot tersebut masih tetap diperlukan selagi ianya masih dalam kemampuan.


13


14 ABSTRAK KAJIAN BERKAITAN ADAB KOMUNIKASI KONTEMPERARI BERDASARKAN TIGA BUAH FILEM (Nur Iman Balqis Binti Zainudin, Dayangku Sharifah Sofea Binti Abdullah, Nurul Bazila Binti Muhammad Kushairi, Mohd Irfan Hazzim Bin Mohd Haffizan, Nur Ain Shukirah Binti Mohamad Hanafiah, Muhammad Alif Irfan Bin Abu Hassan, Muhammad Syahmi Nukman Bin Shakir, Muhammad Hafiy Bin Mohammad Shamsur,Muhammad Alif Bin Lukman, Muhammad Farid Bin Jurita, Nik Alif Danial Bin Nik Azharudin, Iskandar Ashraf Bin Noor Hisham,Zafran Afiq Bin Zainal ,Muhammad Farid Bin Jurita , Nur Amani Binti Sobri) Adab berkomunikasi merupakan asas penting dalam kehidupan manusia. Dalam sesebuah organsasi komunikasi adalah ibarat nadi yang menggerakkan fungsi pengurusan sesebuah organisasi. ak. Objektif kajian ini adalah untuk mempelajari nilai adab berkomunikasi dalam sesebuah masyarakat.Selain itu, mengambil pengajaran jika adab berkomunikasi tidak di amalkan dalam masyarakat Seterusnya,mengetahui isu adab berkomunikasi yang kian berlaku dalam kalangan kotemporari. Berdasarkan data kajian yang kami lakukan, sebanyak 35 respon dikumpulkan. Antara soalan dinyatakan ialah adakah media sosial mempengaruhi gaya hidup dan cara komunikasi seseorang? Dan adakah anda mengamalkan adab berkomunikasi sesama masyarakat kontemporari? salah satu usaha bagi menanam nilai- nilai adab komunikasi kotemporari dan penting bagi membentuk masyarakat, lebih-lebih lagi generasi muda agar dapat memberi impak positif dalam corak kehidupan masyarakat kotemporari.


15


16 ABSTRAK ISLAMOFOBIA (Wan Nur Aqilah Binti Wan Zakaria, Afifah Najihah Binti Sidik, Alia Natasha Binti Zainal Abidin, Izzatul Najidah Binti Abd Zamhuri, Lailatul Zafirah Binti Zamanhuri, Nur Atikah Binti Zamri) Isu Islamofobia semakin meningkat, terutamanya di negara Barat. Ini menyebabkan umat Islam di mana – mana tempat, termasuklah Malaysia bimbang akan penyebaran isu ini melalui media sosial Barat. Isu Islam fobia ini menyebabkan Islam disifatkan sebagai sebuah agama yang menggalakkan keganasan. Ketegangan antara negala luar seperti German, Perancis dan United Kingdom berpunca daripada peningkatan mendadak individu-individu yang anti-Islam dan penyokong-penyokongnya di negara-negara tersebut. Melalui projek ini, penulis dapat menggunakan sumber primer untuk mendapatkan segala data yang berkaitan melalui bahan bacaan, internet, dan pemerhatian. Maklumat – maklumat palsu yang tidak benar mengenai agama Islam banyak diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu untuk melihat bahawa Islam ituagama yang ganas, terlampau kono, dan merendahkan kaum wanita. Fahaman ini perlu dibanteras dan dihentikan dengan melihat keindahan Islam itu. Akibatnya, umat Islam dilayan berat sebelah oleh negara Barat. Melalui media sosial dan internet adalah langkah dan alternatif adalah strategi yang paling berkesan untuk memerangi Islamofobia.


17


18 ABSTRAK PERPADUAN, KESEPADUAN & PENYATUAN AMALAN BUDAYA DAN ADAT RESAM PELBAGAI KAUM (CHENG HOON TENG TEMPLE) (Hamizal Bin Sukor, Nurul Hikmah Bt Bakri, Aqilah Binti Mohd Amran, Nur Faqihah Irdina Binti Mohd Harizal, Siti Nur Izzati Binti Abd Aziz, Nurul Hannah Binti Harmi, Balqis Batrisyia Ahmad Jumat, Nurul Afiqah Binti Luthfie,Nur Nabihah Najlaa' Binti Bayamin,Umie Wardina Binti Maz Hamka, Nur Alya Naqibah Binti Mohd Razal, Puteri Rieyana Ardienie Binti Roshidi, Nur Farhatul Aliyah Binti Shahrul Nizam) Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk memahami perpaduan, kesepaduan dan penyatuan dalam amalan budaya dan adat resam pelbagai kaum di Malaysia. Kelestarian hubungan etnik sangat penting dalam mewujudkan keharmonian negara. Berdasarkan topik ini, kami menjalankan penyelidikan di kawasan rumah ibadat kaum cina iaitu Tokong Cheng Hoon Tong Teng sebagai simbolik dalam mengenali dan menyelami budaya dan adat resam kaum di Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti sumber-sumber sejarah serta memahami sejarah penubuhan tempat ibadah tersebut, mengidentifikasi dan memahami peranan tempat ibadah dalam masyarakat Cina dan mengkaji aktiviti keagamaan dan ritualritual yang dilakukan untuk memahami dengan lebih mendalam berkenaan dengan budaya dan tradisi masyarakat. Dari segi metodologi, kajian ini bersifat kualitatif dengan menggunakan pendekatan etnografi iaitu teknik pemerhatian dan temu bual. Hasil kajian ini mendapati kuil ini bukan hanya sebuah bangunan suci, tetapi merupakan simbol perpaduan budaya, kepelbagaian agama, dan kekayaan sejarah yang memberikan sumbangan signifikan kepada identiti unik Melaka. Justeru, kajian ini dapat memberi impak kepada masyarakat mengenai kepentingan warisan budaya dan menghormati adat resam kaum lain.


19


20 ABSTRAK ISU-ISU SEMASA ETIKA DAN PERADABAN DALAM MENCAPAI KELESTARIAN NEGARA DAN ANTARABANGSA. (Ainul Wani Kamilia Binti Romizi, Ajwad Hakim Bin Ahmad Azahar, Amanina Bt Azmi, Balqis Binti Mohd Johari, Muhammad Danish Bin Shaharuddin, Muhammad Haikal Danial Bin M Amin, Muhammad Hazim Bin Mohamad Yakup, Muhammad Nur Dhiyauddin Bin Baharin, Muhammad Syahmil Azwan Bin Mohd Safri, Noor Amanina Mohd Saleh, Noraisyah Ayunni Binti Mohd Norhisham, Nur Syafika Binti Mohd Mustafa, Nur Syamimi Binti Mohd Omar, Nurul Aishah Natasha Mohd Iruwan, Nurul Asyiqin Binti Mohammad Adi, Nurul Azyana Binti Abd Razak, Nurul Iman Nasuha Binti Hawari, Rachmad Adi Kurniawan Bin Mohammad Erwin Tan, Redhuan Hakim Bin Noresham, Wan Nurdalilah Binti Wan Amran) Alam sekitar merupakan segala hidupan dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi. Alam sekitar perlulah dipelihara untuk membantu mengekalkan ekosistem kerana kita bergantung kepada sumber flora dan fauna dalam pelbagai aspek terutamanya bekalan makanan. Melalui projek ini, objektif yang ingin dicapai adalah untuk memperkenal alam sekitar kepada masyarakat sekeliling dan untuk menyedarkan betapa pentingnya alam sekitar dalam kehidupan kepada masa hadapan. Untuk mencapai objektif, beberapa aktivti dijalankan seperti melawat ke Pantai Puteri Melaka untuk melakukan gotong royong. Selain itu, soal selidik dalam bentuk dalam talian telah disediakan untuk diedarkan kepada pengunjung di pantai. Melalui hasil kajian ini, 29 orang responden telah mengisi soal selidik tersebut. Berdasarkan keputusan yang diperoleh, kebanyakan responden mempunyai kesedaran dan pengetahuan yang baik mengenai isu alam sekitar yang sering menjadi topik hangat di era globalisasi kini. Kesimpulannya, kebanyakan rakyat Malaysia peka akan isu alam sekitar dan sedar pentingnya menjaganya untuk masa hadapan.


21


22 ABSTRAK PENJAGAAN ALAM SEKITAR (Naim Bin Johari, Haiqal Danial Bin Mohd Saidi, Muhammad Amirul Farhan Bin Mohamad Yazid, Ahmad Fikry Bin Rahmat, Muhammad Affiq Izzudin Bin Mohd Haniff, Muhammad Qaiyyum Bin Mohd Sazli, Muhammad Hadif Bin Edi, Muhammad Nasrul Syahril Bin Abdul Razak, Ahmad Zafir Bin Zamri, Tamil Selvan A/L Elen, Mohamad Faiz Ridzwan Bin Nizam, Muhammad Syafiq Bin Rozi, Nik Mohamad Faiz Bin Dakhlan, Abdullah Wafi Bin Ahmad Dailamee, Muhammad Hazim Bin Anuar, Fatimah Basyirah Binti Yazid, Nurul Aisyah Binti Mokhtar, Zaizatul Azmina Binti Zalisma, Mashitah Humaira Binti Mohd Safri, Siti Zahrah Binti Mat Radzi) Pada masa kini, isu alam sekitar merupakan masalah global dan universal yang perlu diberi perhatian serius. Umumnya, masyarakat mempunyai kesedaran terhadap isu alam sekitar tetapi tahap amalan penjagaan alam sekitar amatlah rendah dan universiti sebagai institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk sikap dan tanggungjawab terhadap alam sekitar. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar dan tenaga pengajar di UniKL MICET mengenai penjagaan alam sekitar. Selain itu, program ini melibatkan penyelidikan secara sesi soal jawab yang dijalankan secara atas talian terhadap sikap, pengetahuan, dan amalan pelajar serta tenaga pengajar di platform Microsoft Team. Dapatan daripada webinar ini menunjukkan bahawa walaupun terdapat kesedaran yang tinggi mengenai isu-isu alam sekitar, pelajar dan tenaga pengajar masih perlu meningkatkan amalan penjagaan alam sekitar dalam kehidupan harian mereka. Beberapa faktor seperti kurangnya pengetahuan mendalam dan kefahaman mengenai impak perbuatan harian terhadap alam sekitar menjadi penentu utama dalam ketidaksempurnaan amalan ini. Beberapa cadangan untuk meningkatkan kesedaran termasuk pengukuhan program pendidikan alam sekitar dan penyediaan infrastruktur yang menyokong amalan mesra alam. Hasil perkongsian ilmu ini memberikan pandangan yang jelas tentang keadaan penjagaan alam sekitar dan membantu membentuk generasi pelajar dan tenaga pengajar yang lebih peka dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.


23


24 ABSTRAK BENCANA GEMPA BUMI DAN HUBUNGAN SAINS DAN AL-QURAN (Noor Zafirah Aqmar Binti Mustafa Kamal, Nur Farah Aida Binti Kamaruzzaman, Mahirah Binti Mat Nuri, Nur Farhatul Aliyah Binti Shahrul Nizam, Nuraliana Binti Shamsuri, Afriena Nafisah Binti Selamat) Gempa bumi adalah peristiwa atau fenomena alam yang menyebabkan pemukaan bumi bergetar dan bergoyang. Ia adalah suatu bencana yang boleh mengakibatkan kecederaan dan kebakaran yang berpunca daripada bencana alam seperti pokok tumbang, tiang elektrik roboh, runtuhan bangunan dan lain lain. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui asbab berlakunya gempa bumi berdasarkan fakta yang berkaitan dengan Sains dan Al-Quran. Selain itu perbincangan, permasalahan gempa bumi dan cadangan tindakan yang perlu dilakukan semasa dan sebelum berlakunya gempa bumi. Isu – isu yang dibangkitkan termasuklah definisi gempa bumi yang terdapat dalam Al-Quran dan definisi gempa bumi menurut sains moden. Selain itu, kajian ini juga menerangkan jenis – jenis gempa bumi yang ditafsirkan menurut Al-Quran serta jenis – jenis gempa bumi menurut sains moden. Kajian turut dijalankan untuk mengetahui faktor kejadian gempa bumi menurut Al-Quran dan menurut sudut sains moden. Kajian yang dijalankan ini merupakan kajian perpustakaan yang mengaplikasikan kaedah kualitatif berserta sumber-sumber yang relevan dengan tajuk penulisan bagi memastikan hasil dapatan yang optimum. Hasil kajian ini juga mendapati permasalahan daripada gempa bumi yang memberi kesan kepada masyarakat. Setelah masalah daripada gempa bumi dikenalpasti, cadangan untuk mengatasi masalah juga dibincangankan untuk membantu masyarakat sentiasa bersiap sedia dan berjaga jaga sebelum berlakunya gempa bumi.


25


26 ABSTRAK KAJIAN TEMU BUAL & DOKUMENTARI PERKAHWINAN CAMPUR (Nur Iman Balqis Bt Zainudin, Dayangku Sharifah Sofea Binti Abdullah, Nurul Bazila Binti Muhammad Kushairi, Mohammad Irfan Hazzim Bin Mohamad Haffizan, Nur Ain Shukirah Binti Mohamad Hanafiah, Muhammad Alif Irfan Bin Abu Hassan, Muhammad Syahmi Nukman Bin Shakir, Muhammad Hafiy Bin Mohammad Shamsur, Muhammad Alif Bin Lukman, Muhammad Farid Bin Jurita, Nik Alif Danial Bin Nik Azharudin, Iskandar Ashraf Bin Noor Hisham, Cynthia Ann Raj, Ashley Wong, Riethikka Arshini, Natalia Nicole Norman) Perkahwinan campur merujuk kepada perkahwinan antara individu dari latar belakang agama, bangsa, atau kewarganegaraan yang berbeza. Sejarah Malaysia menunjukkan budaya ini telah dipraktikkan untuk mempererat hubungan antara negara. Objektif kajian bagi merungkai impak perkahwinan campur pada kepelbagaian budaya, menilai pengaruhnya terhadap hubungan keluarga dan masyarakat, serta menganalisis pandangan individu mengenai cabaran dan kebaikan dalam perkahwinan campur. Kajian metodologi dengan menggunakan pendekatan sosiologi dan antropologi untuk menganalisis faktor budaya, sosial, dan ekonomi dalam perkahwinan campur. Metodologi termasuk analisis statistik, survei, dan wawancara mendalam untuk memahami demografi dan pandangan masyarakat. Hasil dapatan kajian, membuka ruang untuk perbincangan tentang pengalaman dan cabaran identiti budaya. perbincangan menyentuh isu seperti tradisi keluarga, pengurusan identiti berganda, dan menghadapi stereotaip. Hasil ini memberi pandangan yang mendalam mengenai kepelbagaian pengalaman dan cabaran dalam keluarga campur, memupuk pemahaman dan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya. Kesimpulanya, pemahaman dan menghormati perbezaan menjadi kunci utama untuk menjalani perkahwinan campur dengan jayanya, menekankan nilai-nilai tersebut sebagai aspek penting dalam masyarakat.


27


28 ABSTRAK ETIKA HALAL DALAM ISLAM (Nadiah Binti Mahidi, Muhamad Aidil Hakeem Bin Kamarudin, Daratul Akmal Binti Zakariah, Nur Sara Safiyya Binti Ahmad Razhan, Zafran Nuruddin Bin Asri, Nuryn Nurerysha Binti Nomy Nurul, Nur Alya Izzati Binti Lokman Hakim, Fitri Nurul Natasha Binti Sikal, Zafran Afiq Bin Zainal, Muhammad Hakim Bin Noorsyamsul Kamal, Nur Ain Aneesa Binti Zulkifli, Muhammad Adam Mazhud Bin Mazlan, Muhammad Yassyanabil Bin Yusnizam, Muhammad Hazim Bin Labib) Poster ini merupakan laporan kepada webinar Etika Halal dalam Islam yang merupakan satu program yang telah dianjurkan pada 4 Januari 2024 dengan tujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai konsep dan amalan halal dalam kehidupan seharian umat Islam. Webinar ini telah menampilkan Assoc Prof. Dr.Nurulhidayah Binti Ahmad Fadzillah sebagai panel jemputan. Beliau adalah seorang pakar dalam bidang sains produk halal, pensijilan halal, dan pelancongan mesra Muslim. Beliau juga merupakan Timbalan Dekan di Institut Penyelidikan dan Latihan Halal Antarabangsa (INHART), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau mempunyai kelayakan akademik dalam bidang kimia industri dan sains produk halal, serta pengalaman profesional sebagai jurulatih, perunding, dan juruaudit halal bagi syarikatsyarikat tempatan dan antarabangsa. Beliau juga telah menyumbang banyak penyelidikan, penerbitan, dan pembentangan berkaitan halal dan isu-isu semasa. Dalam webinar ini, beliau telah membincangkan mengenai panduan dan syarat makanan dan minuman halal, serta prosedur pensijilan halal. Panduan dan syarat makanan dan minuman halal telah menjelaskan tentang sumber, penyembelihan, pengendalian, dan penyimpanan makanan dan minuman yang dibenarkan oleh syarak. Prosedur pensijilan halal telah menerangkan tentang langkah-langkah, syarat-syarat, dan kos yang terlibat dalam mendapatkan sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau badan pensijilan halal yang diiktiraf. Webinar ini adalah sesuai untuk semua golongan yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai etika halal dalam Islam dan implikasinya dalam dunia kontemporari. Webinar ini juga telah memberi peluang untuk bertanya soalan dan berinteraksi dengan panel jemputan. Peserta yang berjaya menamatkan webinar ini telah diberi sijil penyertaan.


29


30 ABSTRAK ATEISME: CABARAN DAN IMPLIKASI (Ahmad Zafir Bin Zamri, Nazhif Irshad Bin Syamsul Nizam, Ahmad Fikry Bin Rahmat, Tamil Selvan A/L Elen Selvan, Muhammad Amirul Farhan Bin Mohamad Yazid, Zarith Ainulizzad Bin Mohamad Nizam) Pada era pertengahan, sesetengah di dunia Barat secara peribadi tidak percaya kepada Tuhan. Semasa Renaisans dan Reformasi, perbincangan tentang kepercayaan menjadi lebih biasa, dengan idea ateis semakin menonjol pada abad ke-16 di Perancis. Perlakuan terhadap mereka yang tidak percaya bervariasi, dengan beberapa dianiaya secara keras semasa Reformasi. Pencerahan menandakan peralihan ke arah menghargai akal dan sains, menjadikan ateisme diterima pada tahun 1770-an. Dalam Malaysia moden, kenaikan ateisme membawa cabaran besar, dipengaruhi oleh ideologi Barat. Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan menangani penyebaran ateisme, membincangkan definisinya, cabaran yang dihadapi oleh masyarakat, dan implikasinya. Kaedah kajian termasuk penyelidikan laman web, pembacaan artikel, dan pemerhatian secara maya. Penyelidikan ini menekankan keperluan pendidikan agama, menentang persepsi negatif, dan mempromosikan dialog untuk mengatasi cabaran yang dibawa oleh ateisme.


31


32 ABSTRAK PERLEBAGAAN SEBAGAI ASAS INTEGRASI (Arissa Saffiyah Binti Zulkilfli, Sasvitra A/P Ramaroe @ Ramarao, Nur Syazana Elda Binti Azisyam, Afriena Nafisah Binti Selamat, Nur Fatin Najiha Binti Mohd Sidek, Nurul Ayuni Farhana Binti Azhan,Siti Nur Bahiyah Binti Suhaimi, Shaznie Shafila Binti Shahrul Hakim, Anis Adilah Binti Abdullah,Fatin Jesnita Binti Mat Daud, Ayu Suraya Mohd Suhaidi, Akmal Haziq Bin Azrul Hisham, Muhamad Zaim Hazim Bin Razali, Mohamad Zulkarnain Naim Bin Mohamad Zai, Amirul Wa'ie Bin Nor Azman, Muhammad Nabil Najmi Bin Rahim, Muhammad Faiz Hafidzi Bin Yahya, Muhammad Hateem Bin Mohd Sobri, Muhammad Baihaqy Bin Azhar, Nur Aisyah Binti Nor Amli, Asma' Binti Mohd Salleh, Muhammad Syuraih Bin Aminudin, Muhammad Hilmi Bin Hasim) Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya berjaya menyelesaikan kajian ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Kajian ini merupakan pengenalan kepada etika dan peradaban dalam kalangan pelajar di Universiti Kuala Lumpur pada masa kini yakni menekan kan aspek untuk mendedahan para pelajar kepada perlembagaan asas intergrasi. Dalam melaksanakan kajian ini, perlbagai cabaran dan rintangan yang perlu di hadapi sebelum mendapatkan hasil yang amat baik dari segi kandungannya. Kajian ini turut membantu memperkukuhkan hubungan toleransi dan perpaduan di antara pelajar yang perlabagai bangsa dan kaum. Di harap agar dengan adanya ajian ini dapat memberi manfaat kepada pelajar dan generasi akan datang dalam membuat rujukan berkenaan dengan penghayatan etika dan peradaban di Malaysia, penutup kata, kami ingin mengucapkan sekalung penghargaan terima kasih dan tahniah kepada jawatanuasa yang membantu dalam melaksanakan kajian ini


33


34 ABSTRAK LAWATAN KE GEREJA ST. PAUL (Atiqah Qistina Binti Norul Mashahid,Nur Qistina Hanani Binti Hanan, Anis Nurelmysha Binti Anas Haiza, Muhammad Amjad Bin Tajulashikin, Nur Amira Syafika Binti Mohamad Khairun Nisak, Nur Ain Bt Zaini Binti Zulkhairi, Noor Zafirah Aqmar Binti Mustafa Kamal, Nur Qistina Syahirah Binti Ed Saputra, Nuralina Binti Shamsuri, Nur Azrien Asyira Binti Azhar, Nur Aishah Binti Razmein ,Siti Nurathirah Binti Azenan , Nur Farah Aida Binti Kamaruzzaman, Mahirah Binti Mat Nuri, Muhammad Izzat Bin Azhar, Ibtisam Khalisah Binti Nik Shahrullazwar, Muhamad Syafiq Haikal Bin Mohamed Subuhan, Muhammad Hilmie Bin Sukri) Gereja St. Paul adalah Katolik Roma yang terletak di Bukit St Paul, Melaka, Malaysia. Gereja ini merupakan salah satu gereja tertua di Asia Tenggara yang didirikan pada tahun 1521 oleh para misionaris Jesuit di Melaka dan merupakan situs Warisan Dunia UNESCO. Dibalik dinding batunya yang kokoh, tersimpanya kisah panjang peradaban dan perjalanan sejarah kota Melaka yang kaya dan multikultural.


35


36 ABSTRAK INDUSTRI HALAL DI MALAYSIA (KOSMETIK) (Nurul Hikmah Binti Bakri, Nur Aisyah Binti Nor Amli, Nurul Afiqah Binti Luthfie, Nur Alya Naqibah Binti Mohd Razal, Nur Nabihah Najlaa Binti Bayamin, Umie Wardina Binti Maz Hamka) Kajian ini membincangkan tentang salah satu industri halal di Malaysia iaitu halal kosmetik. Objektif kajian ini adalah menjelaskan faktor-faktor industri halal kosmetik mendapat perhatian ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia, mengenalpasti bahan-bahan terlarang dan haram digunakan dan bagaimana ia memberi kesan buruk kepada pengguna, mengkaji nasnas dalam al-quran dan dalil-dalil serta kaitannya dengan isu halal kosmetik dan menganalisis aplikasi halal dalam produk kosmetik. Kaedah yang dilakukan bagi menjalankan kajian terhadap isu industri halal kosmetik ini adalah melalui kajian pustaka (library research) menerusi jurnal-jurnal dan artikel-artikel berkaitan. Kami dapati bahawa rata-rata pengeluar produk kosmetik terutamanya produk kosmetik ‘timbang kilo’ lebih memilih ramuan terlarang seperti merkuri kerana menginginkan jalan pintas dan efek pemutih pantas sedangkan sudah terang lagi bersuluh bahawa ianya hanya akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan. Natijahnya, pentingnya pensijilan halal supaya isu ini dapat dibendung daripada berterusan. Langkah pensijilan halal awal yang wajar diambil oleh pihak pengeluar adalah dengan mengaplikasikan sijil NPRA bagi produk mereka dan memohon pensijilan halal di portal myehalal.


37


38 ABSTRAK ADAT PERKHAWINAN MASYARAKAT MELAYU (Anthony Ak Jockey, Mohammad Rizduan Bin Zakaria, Muhamad Faiziwa Chai Bin Mohd Faizzal Chai, Muhamaad Shahrul Hisyam Bin Muhammad Piah, Nuhazuan Bin Muda, Azra Adiba Bt Abdul Aziz Hakim, Nor Fadlhlin Aqilah Bt Mohamad Basri, Nur Salsabila Binti Rushdan) Malaysia, dengan populasi yang pelbagai, mencerminkan keharmonian di antara tiga kumpulan etnik utamanya - Melayu, Cina, dan India. Komuniti Melayu, yang membentuk majoriti sebanyak 54% dari penduduk, dilengkapi dengan kira-kira 80 kumpulan etnik, terutamanya di Malaysia Timur, termasuk Baba dan Nyonya, Kadazan Dusun, Iban, dan Kashpalati. Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi di Malaysia. Kajian ini meneroka kepentingan adat resam tradisional dalam perkahwinan Melayu, dengan mempertimbangkan nilai-nilai budaya yang mendalam. Adat resam merangkumi peraturan dan amalan adat dalam sesuatu masyarakat, diwarisi dari generasi ke generasi, mencerminkan kepelbagaian identiti etnik di Malaysia. Mengekalkan dan berkongsi adat ini penting untuk memupuk perpaduan dan pemahaman di kalangan komuniti yang berbilang kaum di Malaysia. Masyarakat Melayu menitikberatkan adat resam, terutamanya dalam upacara perkahwinan, yang terdiri daripada lima peringkat penting: merisik, meminang, bertunang, akad nikah, dan upacara berinai. Peringkat-peringkat ini merupakan aspek penting dalam adat resam perkahwinan Melayu. Walaupun kemajuan sains dan teknologi, adat resam tradisional di Malaysia tetap signifikan, kerana ia dijaga dengan teliti dalam setiap kumpulan etnik. Adat ini memainkan peranan penting dalam mengekalkan identiti, budaya, dan nilai-nilai tradisional, menjadi warisan yang diwarisi dari generasi ke generasi. Kajian ini menyelidik cabaran yang dihadapi oleh komuniti Melayu, terutamanya dalam konteks globalisasi dan modenisasi yang berkembang. Pencampuran adat Hindu dalam perkahwinan Melayu, seperti upacara merisik dan bersanding, dengan amalan Islam, menunjukkan perpaduan harmoni tradisi budaya. Hasil kajian menyorot kekayaan budaya yang terkandung dalam adat perkahwinan Melayu, membuka pandangan terhadap sifat evolusi mereka sebagai tindak balas terhadap faktor luar seperti globalisasi.


39 Kajian ini menekankan kepentingan mengekalkan tradisi ini untuk memelihara kekayaan budaya dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan tradisi ini. Sebagai kesimpulan, kajian ini menyediakan penerokaan yang mendalam terhadap adat perkahwinan Melayu, memberikan pemahaman terperinci tentang aspek tradisional dan impak faktor luar terhadap evolusinya. Hasil kajian ini memberikan sumbangan kepada pemeliharaan dan penghargaan terhadap warisan budaya komuniti Melayu, merangsang kesedaran masyarakat akan kepentingan mengekalkan tradisi ini.


40


41 ABSTRAK NIKAH DI SEMPADAN: RISIKO DAN IMPLIKASI KEPADA PASANGAN (Nur Adlina Sofia Binti Mohd Halizi, Nurul Athira Nabila Binti Amigi, Nuraqila Syafiqa Binti Mazlan, Nur Nabila Radifah Binti Rahman, Azizah Alwani Binti Abdul Gafar, Nuraina Marsha Binti Dzulkefley) Perkahwinan merupakan satu ibadah yang menjadi asas kewujudan sesebuah keluarga, masyarakat, dan seterusnya pembentukan negara dalam mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sungguhpun demikian, dalam mencapai kebahagiaan tersebut terdapat segelintir golongan dalam masyarakat Islam menjadikan pernikahan di sempadan sebagai alternatif untuk mencapai matlamat mereka dengan cara yang mudah dan tidak mengikut undang-undang di Malaysia. Terdapat banya factor yang membawa situasi tersebut. Oleh itu, pembentangan ini membincangkan implikasi yang dihadapi oleh pasangan yang melaksanakan perkahwinan di luar negara. Metodologi yang digunapakai ialah menggunakan data kualitatif yang sumber primer dalam mencari data yang berhubung dengan perkahwinan di sempadan. Mellaui perkahwinan tersebut, banyak dilihat implikasi yang negatif terhadap permaslahan selepas berlakunya perkahwinan apabila kembali ke Malaysia. Ia termasuklah emosi pasangan suami isteri setelah berkahwin dengan suami orang. Suami sendiri mula menghadapi tekanan kerana terpaksa berhadapan dengan kehidupan poligami yang melibatkan soal tanggungjawab antara dua isteri. Pada waktu yang sama, konsep berasaskan kahwin lari dengan pasangan ke sempadan turut menjadi isu perbincangan fiqh yang berkaitan dengan hokum dan syarat-syarat nikah, wali yang melibatkan sah atau batal sesuatu perkahwinan.


42 ABSTRAK PENGHAYATAN ADAB DAN ETIKA DALAM ADAT RESAM & BUDAYA YANG DIAMALKAN DI MALAYSIA. (Siti Jamilah Binti Musa, Norazwa Binti Hafiza, Aida Sofea Binti Khairil Annuar, Nur Aqirah Natasha Binti Mohd Fadzli, Muhammad Khairul Hakkam Ahmad Halim, Nur Isma Adila Binti Sjamsi, Muhammad Luqman Bin Abd Latif, Muhammad Haziq Bin Mohd Asmawi, Mohamad Haziq Irfan Bin Rothman, Muhammad Adham Hasif Bin Nor Azmi, Muhamad Hariz Haikal Bin Hafizan, Monishka Kheti Anak John, Muhammad Afiq Syukri Bin Mohd Yusri, Naadhirah Binti Zulkarnain, Ahmad Ameer Baihaqi Bin Abdullah) Etika dan peradaban amat penting dalam masyarakat dan dititikberatkan dalam kehidupan kita seharian. Menghayati etika dan peradaban dalam negara kita in dapat menjadikan kita kenal asal usul adab, adat istiadat dan adat resam kita, etnik dan masyarakat asal di Malaysia yang telah diwarisi dari generasi terdahulu,menghayati etika dan peradaban yang kita sulam dan adaptasi dari wilayah alam Melayu yang lain dan zaman kolonial yang dilalui oleh negara kita. Objektif kajian ini, dengan mengadakan lawatan ke muzium Melaka bertujuan untuk memberi pencerahan kepada anak-anak muda akan sejarah negeri sendiri iaitu, Melaka agar tidak lupa akan jati diri. Metadologi kajian yang dibuat adalah dengan mengadakan temu bual, kaji selidik dan lawatan. Hasil dapatan kajian, setelah mengadakan lawatan, kami telah membuat survey dalam kalangan peserta. Tujuan survey dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti sama ada anak-anak muda peka atau tidak tentang sejarah Melaka sebelum pergi ke lawatan tersebut. Setelah survey telah dilaksanakan, jelaslah bahawa ramai anak-anak muda kurang tahu mengenai sejarah Melaka khususnya Sejarah Panglima Awang. Kesimpulannya, peradaban dapat diertikan sebagai kemajuan manusia dan kebudayaan sesebuah kaum. Selain itu, dengan mengenali layar belakang tentang etika dan peradaban ia dapat memuluk rasa persefahaman antara kaum. Penghayatan etika dan peradaban dapat melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha untuk mempromosikan kesejahteraan dunia. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa menjaga dan melestarikan peradaban yang telah diwariskan oleh nenek moyang kita dan dapat membuka mata negara lain bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mempunya nilai etika dan peradaban yang tinggi.


4


2


44 ABSTRACT MENTAL HEALTH (Firas Wafiyyah Natasyah Binti Azmar, Areefah Aisha Binti Syahrul Afzal) The present study experimentally investigated the unraveling of the complexities of mental health in today’s society. Mental health includes our emotional, psychological, and social wellbeing. It affects how we think, feel, and act. It was shown that 1 in 3 Malaysians, or 29 percent, suffered from mental health issues in Malaysia. This is because mental health problems can be seen among individuals throughout all milestones in life such as unemployment and workrelated stress. The objective of this review is to raise awareness about mental health, help communities understand, support, and remove the stigma around mental health challenges for improved well-being. The methodology centers on a keyword driven search strategy with "common mental health" as the primary query, focusing on reputable sources like academic journals, newspapers, governmental health agencies, and established health websites. In conclusion, mental health is not merely the absence of illness but feeling good emotionally, psychologically, and socially in life.


46


47 ABSTRACT ELECTRICAL INJURY (Noor Liyana Binti Ahmad Fuad, Humaira Balqis Binti Mohd A Pipi) People are in danger of electrical injury in a variety of locations, such as public areas, workplaces, and homes. Based on library research, 1.2 million individuals are injured due to electrical accidents each year. This extraordinarily high figure illustrates how often electrical injuries occur. This research identifies the strategies on how to prevent from getting electrical injuries, the types of electrical injuries, the causes of electrical injuries, what to do if you get electrical injuries and how to educate people to be aware of electrical injuries. Electrical mishaps may happen to anybody, but children and fragile individuals are more likely to sustain long-term damage. Thus, cultivating a culture of understanding and responsible behaviour about electrical safety can all contribute to reducing electrical injuries and creating safer surroundings for everyone.


48


Click to View FlipBook Version