The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

X11 BMMB1104 TUGASAN 1 NUR AIDA SOFEA BINTI AHMAD YAHYA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1010-6-aida, 2022-03-22 22:13:07

X11 BMMB1104 TUGASAN 1 NUR AIDA SOFEA BINTI AHMAD YAHYA

X11 BMMB1104 TUGASAN 1 NUR AIDA SOFEA BINTI AHMAD YAHYA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

BMMB1104
KESUSATERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU - PRODUK

Nama : NUR AIDA SOFEA BINTI AHMAD

YAHYA

No. K/P : 040101031348

Angka Giliran : 2021242310253

Program : PPISMP

Ambilan : JUN 2021

Unit : X11

Nama Pensyarah : ENCIK SHAMSUDIN

BIN ABU BAKAR

Tarikh Hantar : 14 MAC 2022

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar: sofea Tarikh : 14 MAC 2022

PEMERIKSA MODERATOR

Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar: sofea Tarikh : 14 MAC 2022

Soalan tugasan

TUGASAN 1 : Penghasilan produk (30%):
Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran
pengarangnya. Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya yang
ingin dikongsi bersama pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan gabungan
daya rasa, kepekaan dan keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan dialami oleh
masyarakat.
Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki menghasilkan produk iaitu e-book
dengan menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta memanifestasikan
akal budi dalam sebuah pantun, sebuah syair, sebuah seloka dan sebuah gurindam.
Anda dikehendaki menyiapkan e-book tersebut mengikut kreativiti masing-masing yang
merangkumi tajuk-tajuk berikut:
• takrif, jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu.
• fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan
sosial.
• manifestasi akal budi dalam sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam.

Isi kandungan

Penghargaan ............................................................................................................. II
1.0 Pengenalan .................................................................................................... 1
2.0 Konsep kesusasteraan Melayu............................................................................ 1

2.1 Jenis kesusasteraan Melayu ............................................................................ 1
3.0 Fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan
kritikan sosial. ........................................................................................................... 2

3.1 Fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan ....................................... 2
3.2 Fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek pendidikan ................................. 3
3.3 Fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek dakwah ....................................... 4
3.4 Fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek kritikan sosial ............................. 4
4.0 Manifestasi akal budi dalam sesebuah pantun, syair, seloka dan gurindam...... 4
4.1 Manifestasi akal budi dalam sesebuah pantun ................................................ 5
4.2 Manifestasi akal budi dalam sesebuah syair ................................................... 5
4.3 Manifestasi akal budi dalam sesebuah seloka................................................. 6
4.4 Manifestasi akal budi dalam sesebuah gurindam ............................................ 6
5.0 Rumusan.............................................................................................................. 7
6.0 Rujukan................................................................................................................ 8

I

Penghargaan
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Tuhan kerana dengan limpahNya dapat saya
menyelesaikan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya. Saya bersyukur dan
berterima kasih kepada pensyarah saya iaitu Encik Shamsudin di atas tunjuk ajar mereka
serta segala ilmu yang telah dicurahkan kepada saya.
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pihak Institusi Pendidikan Guru Kampus
Ipoh di atas peluang yang telah diberikan sepanjang saya belajar di sini. Saya juga ingin
berterima kasih kepada ahli keluarga saya kerana telah memberikan sokongan dan
dorongan dalam melakukan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat saya yang
banyak memberi bantuan sewaktu proses tersebut.
Akhir kata, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam tugasan ini.

II

1.0 Pengenalan

Kesusasteraan merupakan satu karya seni yang wujud dalam kalangan masyarakat Melayu
yang mencerminkan kehidupan rakyat serta luahan dan cetusan idea penulis.
Kesusasteraan amat mencerminkan adat dan budaya masyarakat Melayu kerana sastera
Melayu ini ditulis berdasarkan kaca mata pengarang melalui hidupnya.

2.0 Konsep kesusasteraan Melayu

Perkataan ‘sastera’ diambil daripada bahasa Sanskrit iaitu ‘castra’ yang bermakna kita suci.
Menurut kamus, kesusasteraan bererti hasil seni dalam bentuk prosa atau puisi yang
mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri. Maksud kesusasteraan bagi aspek
pendidikan ialah karya asal yang ditulis dalam bahasa Melayu yang berunsurkan keindahan
dan kehalusan sama ada berbentuk drama, novel atau sajak. Kesusasteraan Melayu dapat
difahami dengan ringkas sebagai karya masyarakat Melayu yang berunsurkan kata-kata
yang halus serta dapat memberi mesej kepada masyarakat.

2.1 Jenis kesusasteraan Melayu

Pengkategorian sastera dijalankan berdasarkan zaman sesebuah hasil karya itu wujud
(Araba’ie et al, 2008). Kesusasteraan Melayu terbahagi kepada empat jenis iaitu prosa
tradisional, prosa moden, puisi tradisional dan puisi moden.

Prosa tradisional merupakan salah satu bentuk kesusasteraan yang masih kekal
sehingga kini serta mempunyai ciri yang dapat diwarisi secara turun-temurun yang masih
menjadi sumber pengetahuan, amalan dan pengajaran kepada masyarakat Melayu. Pada
peringkat awal, prosa tradisional menerima pengaruh Hindu dan Buddha. Namun, hal ini
kurang mendorong ke arah perkembangan prosa tradisional. Perkara ini berlaku kerana
bahasa yang digunakan ialah bahasa Melayu Kuno dan bahasa Sanskrit serta unsur
kandungan cerita adalah berkaitan dengan dewa-dewa yang bertentangan dengan
kehidupan masyarakat Melayu yang beragama Islam.

Prosa tradisional ini terbahagi kepada dua bentuk iaitu sastera rakyat dan sastera
istana. Sastera rakyat atau juga dikenal sebagai sastera lisan merupakan hasil kreatif yang
terkandung nilai-nilai pandangan dunia serta masyarakat terhadap sesuatu perkara
berdasarkan daya imaginatif pengarang. Sastera rakyat merujuk kepada sastera yang
berkisarkan orang biasa yang hidup secara bersama-sama dalam sebuah kumpulan

1

keluarga yang besar. Sastera rakyat ini terdiri daripada dua kategori iaitu naratif dan bukan
naratif. Sastera rakyat naratif terbahagi kepada mitos, cerita rakyat dan legenda. Sastera
bukan naratif pula terdiri daripada puisi rakyat.

Sastera istana pula merupakan sastera yang berbentuk tulisan yang mula dikenali
selepas kedatangan Islam dan berkembang dalam istana. Antara bentuk sastera tulisan
ialah sastera hikayat seperti Hikayat Raja Pasai. Selain itu, sastera undang-undang juga
seperti Hukum Kanun Melaka merupakan sastera tulisan yang dijadikan sebagai bahan
kajian dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan. Terdapat juga sastera epik seperti
Hikayat Amir Hamzah serta sastera agama seperti Hikayat Bulan Berbelah yang turut
tergolong dalam sastera tulisan.

Prosa moden juga merupakan salah satu bentuk sastera Melayu yang terdiri
daripada cerpen, novel dan drama. Cerpen merupakan cerita pendek yang mempunyai satu
plot sahaja yang akan dikembangkan dengan teliti. Novel pula merupakan prosa rekaan
yang panjang yang berfokuskan kepada kehidupan manusia seperti novel Ombak Rindu.
Drama merupakan sebuah karya yang disampaikan melalui lakonan berdasarkan skrip.

Bentuk sastera Melayu yang seterusnya ialah puisi tradisional yang terdiri daripada
pantun, syair, peribahasa, seloka, gurindam dan teromba . Puisi moden pula terdiri daripada
sajak yang merupakan pengucapan perasaan dengan perasaan yang terkandung fikiran
serta tanggapan di dalamnya.

3.0 Fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan

kritikan sosial.

Hasil karya dalam kesusasteraan Melayu amatlah berguna dalam menyampaikan pelbagai
mesej dan maklumat kepada masyarakat. Minat pembaca dan pendengar dapat ditarik
dengan terkandungnya aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan sosial agar mesej
yang terdapat dalam sesebuah karya itu sampai kepada masyarakat. Kesusasteraan Melayu
berfungsi dalam aspek tersebut bagi memastikan pemikiran yang bijak dapat memimpin
masyarakat bagi mencapai kehidupan yang sejahtera.

3.1 Fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan

Sesebuah karya yang menghiburkan dapat menarik minat pembaca dan pendengar untuk
mendalaminya dengan terperinci. Hiburan yang terkandung dalam sastera terbentuk
daripada keindahan dan kehalusan kata-kata yang diujarkan, rentak dan irama yang
tersusun indah, kemampuan hasil karya untuk menyentuh hati masyarakat dan unsur
kelucuan dan gelagat dalam karya tersebut.

2

Antara hiburan yang dapat kita kenal pasti ialah hiburan di dalam pantun. Bentuk
pantun yang terikat perlulah diakhiri dengan rima yang sama. Misalnya, bagi pantun empat
kerat perlulah diakhiri dengan rima yang sama seperti (a, b, a, b). Rima akhir pantun yang
tersusun akan menghasilkan irama dalam pembacaan sesebuah pantun. Keistimewaan
aspek hiburan dalam pantun telah menyebabkannya dijadikan sebagai lirik dikir barat serta
lirik lagu popular pada zaman sekarang. Berikut merupakan contoh bagi pantun empat kerat.

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,

Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati

Bagi kisah Pak Kaduk pula, pembaca dapat berhibur melalui kisahnya yang lurus
bendul. Hasil sastera ini menegur sikap masyarakat yang gemar membuang masa dengan
perkara yang sia-sia dan haram seperti berjudi serta turut mengkritik sistem feudal yang
dikuasai oleh golongan bangsawan. Hal ini menunjukkan bahawa sastera menggalas fungsi
yang hebat dalam menghiburkan hati tetapi pada masa yang sama turut menegur sikap
negatif segelintir masyarakat Maka, jelaslah bahawa fungsi sastera dalam menghiburkan
masyarakat seperti kisah penglipur lara yang amat diminati dan diikuti oleh masyarakat pada
masa dahulu.

3.2 Fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek pendidikan

Hasil karya yang ditulis oleh pengarang adalah berdasarkan pengalaman, pemikiran dan
pendapat mereka terhadap sesuatu isu. Lontaran kata-kata mereka telah dimuatkan ke
dalam sastera Melayu yang kemudiannya ditambahkan dengan unsur-unsur nilai dan
pengajaran, moral serta ilmu yang dapat memberikan mesej yang positif kepada
masyarakat. Aspek pendidikan yang diutarakan melalui sastera Melayu dapat menjadi
panduan dan pengajaran kepada masyarakat untuk menyejahterakan kehidupan mereka
apabila lahirnya ramai golongan yang mahir dalam pelbagai bidang di samping memiliki
sikap positif. Fungsi sastera ini mampu menjadikan konsep ‘modal insan’ sebagai satu
kenyataan kerana ia merupakan gagasan negara kita.

3

3.3 Fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek dakwah

Pengarang bagi hasil sastera Melayu merupakan orang Melayu, beragama Islam serta
mengamalkan adab dan budaya Melayu. Maka, pengarang akan mengambil kesempatan
untuk menghasilkan karya sastera di samping menyebarkan dakwah kepada masyarakat
bak kata pepatah ‘sambil menyelam minum air’. Sastera yang berunsurkan Islam tidak
hanya terhad kepada kisah para rasul dan nabi namun ia juga terbuka bagi puisi seperti
syair, sajak, pantun dan gurindam.

Menurut Ismail Hamid (1995), ciri-ciri kisah Islam dalam sastera perlulah
menekankan nilai keimanan dan ketakwaan kepada Allah serta nilai yang mendidik
manusia. Hamzah Fansuri merupakan antara tokoh sastera yang menjadikan syair sebagai
satu medium untuk beliau menyampaikan dakwah. Syair-syair ciptaan beliau berkonsepkan
kerohanian yang menitikberatkan kematian serta seksaan Allah di akhirat.

3.4 Fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek kritikan sosial

Aspek kritikan sosial dalam sastera Melayu amatlah penting dan kebiasaannya menjadi
keutamaan pengarang dalam menghasilkan sesuatu karya. Hal ini demikian kerana sastera
merupakan pita kehidupan serta pengalaman yang dilalui oleh pengarang yang dapat
dijadikan pengajaran kepada pembaca dan pendengar.

Kritikan sosial mampu memberikan kesan kepada masyarakat untuk
mempertahankan hak mereka sebagai rakyat. Sebagai contohnya, novel Titis Darah
Terakhir oleh Adhyat Helmi telah menyampaikan mesej kepada masyarakat untuk
memperjuangkan hak mereka walaupun berlaku pertumpahan darah. Berdasarkan petikan
daripada novel beliau iaitu “biar darah kita kering di badan, namun sesekali menyerah tidak
sama sekali”. Maka, jelaslah bahawa pengarang mengkritik pihak atasan yang sentiasa
mengambil kesempatan ke atas rakyat dan menginginkan masyarakat supaya
mempertahankan hak mereka.

4.0 Manifestasi akal budi dalam sesebuah pantun, syair, seloka dan gurindam

Puisi tradisional merupakan satu medium untuk menyampaikan gaya hidup serta adat dan
budaya masyarakat Melayu yang sentiasa menonjolkan kehalusan budi serta ketinggian
ilmu sewaktu berkomunikasi sama ada secara lisan atau tulisan. Perisian akal budi mampu
mencerminkan perlakuan, ujaran, pemikiran serta tingkah laku manusia yang menggalas
nilai kebijaksanaan, kehalusan jiwa dan keindahan. Manifestasi akal budi dalam sastera
Melayu dapat dilihat dari segi pemikiran, pertuturan, perlakuan dan gaya hidup.

4

4.1 Manifestasi akal budi dalam sesebuah pantun

Pantun merupakan satu wadah yang terbaik untuk menggambarkan keunikan adat dan
budaya orang Melayu menerusi pembayang dan maksud yang terkandung di dalamnya.
Pantun-pantun Melayu berfungsi sebagai alat untuk menasihati masyarakat, alat permainan
kanak-kanak serta alat untuk meluahkan rasa kasih sayang. Berdasarkan pantun seperti:

Puas sudah menanam ubi,
Nanas juga dipandang orang’
Puas sudah menanam budi,
Emas juga dipandang orang

Dalam pantun tersebut menjelaskan perbandingan di antara ubi dan nanas. Bentuk
fizikal nanas yang menarik dari segi warna dan rasanya menyebabkan ia lebih digemari oleh
masyarakat. Akan tetapi, ubi merupakan sejenis makanan yang mengenyangkan manakala
nanas ialah makanan yang dihidangkan sebagai pencuci mulut sahaja. Maka, tidak
mementingkan sesuatu yang hanya cantik semata-mata tetapi memandang dan menghargai
sesuatu yang lebih bermanfaat dan berbudi kepada orang lain.

4.2 Manifestasi akal budi dalam sesebuah syair

Syair merupakan puisi tradisional yang mempunyai pengaruh Arah dan Parsi namun ia
merupakan milik orang Melayu dan menggunakan acuan dan bentuk asal masyarakat
Melayu (Harun Mat Piah, 1989). Syair Melayu biasanya terkenal dengan konsep
mengajarkan agama Islam serta memberi nasihat kepada para pembaca dan pendengar.
Berikut merupakan antara rangkap syair yang telah ditulis oleh Hamzah Fansuri dalam Syair
Perahu:

Wahai muda, kenali dirimu,
Ialah perahu tamsil tubuhmu;
Tiadalah berapa lama hidupmu,
Ke akhirat jua kekal diammu.

Berdasarkan rangkap syair ini, penyair menyeru kita supaya mengenali diri kita
dengan baik kerana dari situlah kita dapat mengenal pencipta kita iaitu Allah. Penyair

5

memberitahu bahawa diri kita diibaratkan seperti perahu yang perlu menghadapi pelbagai
rintangan dan cabaran dalam kehidupan. Pembaca juga akan menyedari bahawa tidak kira
berapa lama tempoh masa mereka di dunia ini, akhir tujuan hidup mereka adalah menuju
akhirat.

4.3 Manifestasi akal budi dalam sesebuah seloka

Puisi tradisional yang seterusnya iaitu seloka merupakan karangan berangkap yang
berunsurkan sindiran, jenaka dan gurau senda di samping memberi teladan kepada
masyarakat. Seloka merupakan satu medium yang baik untuk mendidik masyarakat supaya
sentiasa memperbaiki diri mereka ke arah kebaikan melalui hiburan sastera ini. Seloka
Pandai Pak Pandir merupakan antara seloka yang terkenal dalam kalangan masyarakat
Melayu yang mengisahkan watak Pak Pandir yang bersifat lurus bendul.

Berdasarkan seloka ini, Pak Pandir dikatakan sebagai seorang yang boros
berbelanja serta tidak pandai menguruskan hartanya sehingga mempunyai banyak hutang
dan terpaksa menggadaikan hartanya. Akal budi dalam seloka tersebut telah mengkritik
sikap manusia yang suka menghabiskan duit mereka untuk perkara yang tidak berfaedah
sehingga memberikan pelbagai masalah kepada mereka.

4.4 Manifestasi akal budi dalam sesebuah gurindam

Gurindam merupakan sebuah bentuk puisi Melayu yang terdiri daripada dua baris
serangkap yang mirip dengan pantun. Isi gurindam adalah berunsurkan nasihat, teladan,
kebenaran dan luahan perasaan cinta. Menurut Zaaba (1965), gurindam ialah syair melarat
yang tetap sukatannya serta mengandungi buah fikiran yang bernilai dengan bahasa yang
dinyanyikan. Akal budi dalam gurindam dapat dilihat dalam Gurindam Pasal Pertama dalam
Gurindam Dua Belas iaitu :

Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang yang ma'rifat.
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,

6

maka telah mengenal akan
Tuhan yang bahri.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang teperdaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah ia dunia mudarat.

Berdasarkan petikan gurindam tersebut, pengarang menerangkan bahawa manusia
yang hidup tanpa mengenal Tuhannya adalah sia-sia kehidupannya. Jelasnya juga,
manusia yang mengetahui syariat, ma’rifat, hakikat dan tarikat akan menjadikan kehidupan
mereka sentiasa berada pada landasan yang tepat. Seterusnya, pengarang menegaskan
bahawa orang yang mengenal Allah perlulah melakukan segala perintahNya dan
meninggalkan laranganNya. Pengarang juga menjelaskan bahawa manusia yang
berorientasi kepada nikmat dunia sebenarnya akan tertipu dan menyedari bahawa
kehidupan di dunia ini hanya sesaat sahaja dan kehidupan yang abadi adalah di akhirat
kelak.

5.0 Rumusan

Secara keseluruhannya, sastera Melayu banyak memberi kebaikan kepada masyarakat kita
jika kita menghadam dengan baik. Hasil karya ini dapat membentuk kita untuk menjadi insan
yang sempurna berdasarkan fungsinya serta manifestasi akal budi yang bermatlamat untuk
memajukan bangsa kita demi kemaslahatan bersama. Maka, kita sebagai pewaris bangsa
perlulah menanam rasa cinta akan warisan sastera kita dengan memahami setiap intipatinya
serta sentiasa bersedia untuk menggalas tanggungjawab bagi menjaga khazanah tersebut
dengan baik supaya generasi akan datang dapat memperoleh manfaat daripadanya.

7

6.0 Rujukan

Hamid, R. A., & Abdullah, N. F. L. (Eds.). Akal Budi dalam Sastera Rakyat Naratif dan Bukan
Naratif (Sastera)(Penerbit USM). Penerbit USM

HarDiaZiqIn. (2019). Kesusasteraan Melayu. Blogspot.com.

http://hardiaziqin.blogspot.com/2011/10/kesusasteraan-melayu.html

Othman, S., Sabil, A. M., & Lateh, G. (2015). Pemikiran akal budi dan sosiobudaya Melayu
dalam pendidikan Kesusasteraan Melayu. International Journal of Education and
Training (InJET), 1(2), 1-10.

Shamsudin, A. B. (2022). Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Pustaka al-Ehsan.

Tahir, U. M. M. (2006). Pemahaman dan penerapan sosiologi sastera dalam sastera Melayu
moden. Akademika, 69(1), 3-16.

8


Click to View FlipBook Version