The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haira23, 2022-04-01 20:44:50

BAB 6 PERNIAGAAN ANTARABANGSA

BAB 6

PERNIAGAAN
ANTARABANGSA

6.0 PERNIAGAAN ANTARABANGSA

6.1 PENGENALAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA
a. Menakrif maksud Perniagaan Antarabangsa
b. Menjelaskan kepentingan / peranan perniagaan antarabangsa dalam

ekonomi dari segi:
• Tukaran asing
• Pasaran luas
• Mobiliti guna tenaga
• Pemindahan teknologi

6.2 KAEDAH PERNIAGAAN ANTARABANGSA
a. Menjelaskan kaedah Perniagaan Antarabangsa merangkumi:
• Import
• Eksport
• Pelesenan
• Kontrak Pengeluaran
• Francais
• Usahasama
• Pelaburan Langsung

6.3 KONSEP DALAM PERNIAGAAN ANTARABANGSA
a. Menjelaskan konsep-konsep berikut:
• Pasaran Menimbul (emerging market)
• Globalisasi
• Lokalisasi
• Nasionalisasi

6.4 SYARIKAT MULTINASIONAL
a. Menjelaskan maksud Syarikat Multinasional
b. Menjelaskan tujuan organisasi menjadi Syarikat Multinasional
c. Menjelaskan cabaran yang dihadapi oleh Syarikat Multinasional dari
aspek:
• Struktur organisasi
• Kawalan pengurusan
• Politik dan perundangan
• Ekonomi
• Sosiobudaya

6.5 Galakan dan perlindungan perdagangan
a. Menjelaskan peranan MITI dan MATRADE dalam menggalakkan
pemasaran antarabangsa

b. Menerangkan galakan Perniagaan Antarabangsa:
• Blok perdagangan (AFTA, NAFTA, EU, ASEAN)
• Kempen Kerajaan (zon perdagangan bebas, pengecualian cukai,

pembiayaan eksport, taraf perintis, subsidi dan hub halal)
• Menerangkan objektif perlindungan Perniagaan Antarabangsa
• Menerangkan kaedah perlindungan pasaran domestik (tarif dan bukan

tarif)





6.1 (a) MAKSUD PERNIAGAAN ANTARABANGSA
o Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan dengan

menggunakan wang @ alatan lain bagi memenuhi
keperluan dan kehendak pelanggan pada harga, masa
dan tempat yang sesuai bagi mendapatkan
keuntungan, faedah dan kepuasan yang melampaui
sempadan politik sesebuah negara.

o Perniagaan yang melibatkan operasi menyeberangi
sempadan negara dengan bermatlamatkan
keuntungan.

o Urusniaga pergerakan barang, perkhidmatan hakcipta,
paten, tanda perdagangan, pelaburan modal,
pemindahan teknologi, kakitangan, maklumat atau
data dan juga penyeliaan pekerja.

Dengan inovasi yang luar biasa, bunga tulip menjadi sumber
pendapatan utama bagi ekonomi Belanda. Nilai eksport sebanyak
US$2.4 juta hanya dari eksport bunga tulip sahaja. Belanda
menguasai 52% pasaran eksport bunga dunia yang menjadikan
negara tersebut sebagai pengeksport bunga terbesar dunia. Untuk
itu, kota Alsmer dijadikan sebagai pusat pelelongan bunga terbesar
di dunia.

8

6.1 (b) PERANAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA

1. Tukaran Asing
• Kadar nilai matawang sesebuah negara yang bertukar dengan nilai

matawang sebuah negara yang lain. Peningkatan masuk tukaran
asing akan menambahkan pendapatan negara.
• Mendapat banyak tukaran asing seperti US$, pound, maka
ekonomi negara jadi kukuh.
• Contohnya, Malaysia menjalankan urusniaga jualan minyak dan gas
menggunakan US$.

2. Pasaran Luas
• Menawarkan pasaran-pasaran baru kepada perniagaan tempatan.
• Meluaskan pasaran bagi produk sehingga keluar negara bagi

produk yang mengalami lebihan dalam negara. Pengeluaran besar-
besaran.
• Pelbagai aktiviti dijalankan, keuntungan bertambah.
• Memanjangkan jangka hayat produk.
• Contohnya, pengasas daging burger Aris berhasrat meluaskan
pasaran tudungnya ke Brunei dan Indonesia menjelang tahun 2025.

6.1 (b) PERANAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA

3. Mobiliti Guna Tenaga
• Mewujudkan peluang pekerjaan di dalam dan di luar negara.
• Mobiliti faktor-faktor pengeluaran.
• Meningkatkan taraf hidup.
• Contohnya, mobiliti pekerja asing daripada Indonesia dan

Bangladesh ke negara ini yang diambil bekerja dalam sektor
pembantu rumah dan perkilangan dapat meningkatkan taraf hidup
mereka.

4. Pemindahan Teknologi
• Menerima pemindahan teknologi dari luar negara.
• Kepakaran dan kemahiran dalam mengendalikan teknologi.
• Mengeratkan hubungan dua hala dan pelbagai hala.
• Contohnya, Malaysia menggalakkan syarikat perkilangan daripada

Jepun seperti Honda dan Panasonic untuk terus kekal beroperasi di
negara ini disamping dapat menerima pemindahan dalam
teknologi pembuatan.

6.2 KAEDAH PERNIAGAAN ANTARABANGSA

1. Import
2. Eksport
3. Pelesenan
4. Kontrak Pengeluaran
5. Francais
6. Usahasama
7. Pelaburan Langsung

6.2 KAEDAH PERNIAGAAN ANTARABANGSA

1. IMPORT

 Aktiviti pembelian barangan dan perkhidmatan
dari negara luar dan dibawa masuk untuk
kegunaan dalam negara oleh individu atau
organisasi.

 Import terbahagi kepada dua :
i. Secara langsung melalui ejen asing atau wakil

penjual. Contoh: Syarikat Yusuf Taiyoob Sdn Bhd
mengimport buah kurma dari negara Timur
Tengah (Tunisia) untuk dipasarkan di Malaysia.

ii. Tidak langsung menerusi ejen tempatan yang
bertindak sebagai perantara firma dengan
pelanggan asing. Contohnya, Syarikat Perabut Jati
di Malaysia mengimport perabut jati dari
Indonesia melalui agen yang berada di sana
(Indonesia).

6.2 KAEDAH PERNIAGAAN ANTARABANGSA

B. EKSPORT

• Aktiviti penjualan barangan dan perkhidmatan ke luar
negara kepada pembeli individu atau organisasi di
negara asing.

• Pasaran tempatan sudah tepu, barangan berlebihan
dalam pasaran domestik bagi mengelakkan pembaziran
dan kerugian kepada syarikat.

• Eksport terbahagi kepada dua:
i. Secara langsung melalui wakil penjual atau ejen asing.
ii. Tidak langsung menerusi ejen tempatan yang
bertindak sebagai perantara firma dengan pelanggan
asing.

• Contoh: Malaysia mengeksport minyak sawit bertapis ke
Pakistan, Amerika Syarikat dan Jepun.

• Contoh: Ramly Food Industries Sdn Bhd mengeksport
daging burger sebanyak 30% untuk pasaran eksport ke
Thailand, Singapore, Myanmar dan lain-lain.

6.2 KAEDAH PERNIAGAAN ANTARABANGSA

C. PELESENAN

• Pemberian hak dan kebenaran kepada sesebuah syarikat di negara
asing untuk mengeluar atau memasar atau kedua-dua sekali
sesuatu jenama produknya (pemberi lesen) di pasaran tempatan.

• Licensor : Pemberi lesen yang akan mendapat ganjaran dalam
bentuk yuran dan royalti.

• Licensee : Penerima lesen yang akan menggunakan lesen tersebut
untuk menjalankan perniagaan.

• Sesuai apabila kitaran hayat produk mencapai kematangan di
pasaran tempatan.

• Bentuk-bentuk pelesenan: jenama, formula, paten, mengedar,
mengeluar, trademark ™, proses, hakcipta, program dan lain-lain.

• Contoh: NAZA Motors Corp. menjadi wakil jualan kereta Ferrari.





6.2 KAEDAH PERNIAGAAN ANTARABANGSA

D. KONTRAK PENGELUARAN

 Melalui perjanjian pelesenan, pemberi lesen memberi
kebenaran kepada penerima kontrak seperti paten, tanda
perniagaan, teknologi, penggunaan jenama, spesifikasi
kepada firma penerima kontrak untuk membuat, mengeluar
/ menjual produk.

 Strategi memasuki pasaran berisiko / halangan / sekatan
ketat.

 Kebiasaannya syarikat pemberi kontrak akan membeli
semula komponen atau produk yang dikeluarkan oleh
penerima kontrak.

 Cth: Boeing memberikan kontrak kepada syarikat-syarikat
(antaranya Syarikat ACM (M)) untuk membina komponen
kapal terbangnya.

Asian Composites Manufacturing Sdn. Bhd. (ACM) is a Joint
Venture (JV) Company based in Bukit Kayu Hitam, Kedah,
Malaysia, owned equally by The Boeing Company and Hexcel
Corporation.

The business of the JV is the manufacturer of flat and contoured
primary (Aileron Skins, Spoilers & Spars) and secondary (Flat
Panels, Leading Edges, Trailing Edges & MISC: Components)
structure composite bond assemblies and sub-assemblies for
aerospace industries.

Door inner Transport of the
panel from aircraft parts to
Panoz hangar 3 at Schiphol
Esperante East

Boeing’s increasing
use of offshore parts,
such as Chinese-
made sections of the
tail

6.2 KAEDAH PERNIAGAAN ANTARABANGSA

E. FRANCAIS

 Pemberian satu pakej di mana

francaisi dibenar mengguna tanda

niaga perniagaan, perkhidmatan dan

produk, prinsip-prinsip pengoperasian

atau pengurusan syarikat, peraturan

pengurusan dan khidmat nasihat

dalam segala aspek yang berkaitan

dengan perjalanan syarikat daripada

francaisor.

 Francaisi dikehendaki membayar

yuran dan royalti kepada francaisor.

 Contoh: McDonald’s, KFC, IKEA,

BONIA, EON. 20

◦ Pakej di sini bermaksud:

a) Sesebuah syarikat diberikan
tanda niaga perniagaan,
perkhidmatan dan produk.

b) Prinsip-prinsip pengoperasian
atau pengurusan syarikat.

c) Peraturan pengurusan.

d) Khidmat nasihat dari aspek
pengurusan.

e) Pengiklanan, promosi dan
perkara yang lain-lain berkaitan
dengan perjalanan perniagaan
berkenaan.

Reza Food Services (RFS)
menerusi Lionhorn Pte. Ltd.

22

6.2 KAEDAH PERNIAGAAN ANTARABANGSA

F. USAHASAMA

 Gabungan beberapa syarikat antarabangsa menjalankan
perniagaan yang bermotifkan keuntungan serta
mencapai misi tertentu.

 Usahasama membolehkan syarikat asing mendapat
pengalaman dan menembusi pasaran di negara lain
dengan menggunakan kepakaran dan sumber-sumber
syarikat tempatan.

 Boleh terdiri dalam bentuk pelesenan, kontrak
pengurusan, pemilikan minoriti dalam syarikat atau
kontrak jangka panjang berdasarkan perjanjian tertentu.

Contohnya:
Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) bekerjasama dengan PT AKR
CORPORINDO Tbk (PT AKR) bagi mengedarkan bahan kimia di seluruh
Indonesia. Ianya (PT AKR ) juga terlibat bagi pengedaran petroleum
dan bahan kimia asas di Indonesia.

(1 September 2020)

Contohnya:

Proton Holding Bhd (Proton) dan Zhejiang Geely Holding Group
(Geely) telah menandatangi Perjanjian Dasar Induk bagi mewujudkan
usahasama untuk memasang dan memasarkan kereta di China.

Contohnya:

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd adalah syarikat usahasama antara
sebuah syarikat kumpulan makanan, QAF Ltd, yang juga
mengendalikan kilang-kilang roti Gardenia di Singapura dan Filipina
dan juga syarikat Malaysia, Padiberas Nasional Berhad.

6.2 KAEDAH PERNIAGAAN ANTARABANGSA

G. PELABURAN LANGSUNG

 Merupakan aktiviti pelaburan dari luar negara ke dalam
sesebuah negara tertentu dan membolehkan pelabur tersebut
mengawal terhadap aset-aset yang dimiliki di negara
berkenaan.

 2 jenis pelaburan langsung ialah:
1. Greenfield
2. Mergers and Acquisitions

1. GREENFIELD

 Memulakan pelaburan dengan mengadakan peralatan
atau kemudahan baru atau menambahkan bilangan
yang sedia ada.

 Kaedah ini merupakan sasaran utama usaha-usaha
promosi negara hos (tuan rumah yang menerima
pelaburan,) untuk mewujudkan peluang pekerjaan,
pemindahan teknologi dan pengetahuan serta boleh
memberikan peluang / laluan ke arah pasaran global.

 Biasanya ini adalah kaedah melabur di negara
membangun.

 Contoh: Syarikat Honda membuka kilang pemasangan
di Melaka.

PMMA was born from the pursuit of two burning ambitions.
Malaysia's embarking on an ambitious industrialisation
programme aimed at import substitution in the early '60's and
Matsushita's pursuit of an active internationalisation policy .

Work on the factory started in early 1966 and PMMA was the first
factory in the newly-opened industrial site. With the help of 15
pioneer workers mainly from Klang and 20 Japanese engineers,
PMMA produced it first product - dry cell batteries, black and
white television sets, electric fans and later, refrigerators.

2. Mergers and Acquisitions
(Penggabungan & Pengambilalihan)

• Terjadi apabila aset-aset dari negara asal dipindahkan ke
negara luar.

• Penggabungan dengan syarikat dari negara luar berlaku
apabila aset-aset dan operasi dari sesebuah negara
digabungkan untuk menubuhkan satu entiti perniagaan
yang baru.

• Pengambilalihan merentasi sempadan berlaku apabila
kawalan ke atas aset dan operasi dipindahkan dari syarikat
tempatan kepada syarikat dari negara luar.

• Biasanya ini adalah kaedah melabur di negara-negara
maju.

Contoh Mergers:
Geely Auto Group sebuah syarikat automatif
ternama di negara China mengambil alih
syarikat Volvo Cars dari Sweden dengan
mengekalkan nama Volvo Cars.

Contoh Acquisition:
• Aeon Co Ltd mengambilalih 100% saham

milikan Carrefour Malaysia sebanyak
RM548 billion.

• Previously known as Tesco Stores
(Malaysia) Sdn Bhd, the company sold its
businesses in Thailand and Malaysia to
Thailand’s CP Group entities. The Malaysia
Trade Competition Commission
(MTCC) approved Charoen Pokphand’s (CP)
acquisition of Tesco Lotus in Malaysia in
November 2020.

2010–2014 Other notable M&A deals from 2010 to 2014 include:

Year Purchaser Purchased Transaction value
Motorola Mobility (in USD)
2011 Google
2011 Microsoft Corporation 9,800,000,000
2011 Berkshire Hathaway
2012 Deutsche Telekom Skype 8,500,000,000
2013 Softbank
2013 Berkshire Hathaway Lubrizol 9,220,000,000
2013 Microsoft Corporation
2014 Facebook MetroPCS 29,000,000,000
2014 Comcast
2014 SAP Sprint Corporation 21,600,000,000
2014 AT&T
H. J. Heinz Company 28,000,000,000

Nokia Handset & Services Business 7,200,000,000

WhatsApp 19,000,000,000

Time Warner Cable 45,200,000,000

Concur Technologies 8,300,000,000

DirecTV 67,100,000,000

Sumber: Wikipedia

30

6.3 KONSEP PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Pasaran Menimbul (Emerging Market)
Globalisasi
Lokalisasi
Nasionalisasi

i. PASARAN MENIMBUL (EMERGING MARKET)

 Sebuah negara yang berusaha untuk
berubah dan memperbaiki sektor
ekonominya dengan tujuan
mempertingkatkan prestasi seimbang
dengan negara-negara yang lebih maju
di dunia melalui pembukaan
pasarannya kepada pelabur
antarabangsa.

 Pasaran menimbul tidak semestinya
miskin @ kecil.

 Pasaran menimbul adalah penerima
pelbagai program sokongan kewangan
antarabangsa untuk tingkatkan taraf
ekonomi contoh: Bantuan dari IMF.

 Contoh negara pasaran menimbul
seperti Vietnam, China, India,
Argentina, Mexico, Korea Selatan,
Qatar, China, UAE, Chile dan Malaysia.

1st February 2021

After the Covid-19 pandemic sent a shockwave to the global economy, we are looking at

new hope as economies are gradually reopening

Summary

The Covid-19 pandemic went as a shockwave through the global economy, straining growth

in emerging markets. In 2021 we are looking at new hope as economies are gradually

reopening.

We identify Chile, Egypt, Senegal, Malaysia and Vietnam as markets that are well positioned

to recover from Covid-19 and that have relatively stable political conditions.

A rebound of global trade is providing opportunities for investors and exporters, especially in

these markets’ export-oriented trade sectors. Furthermore, in many of these markets, there

is a growing middle class, generating opportunities in consumer-oriented sectors. 33

ii. GLOBALISASI

 Barangan pengguna bersifat universal dari segi nilai dan
permintaan.

 Ekonomi global yang kompetitif tanpa sempadan.

 Pembentukan operasi syarikat di serata tempat di dunia
di samping membangunkan standard produk dan
pemasaran.

 Sempadan dihapuskan dengan sistem telekomunikasi
dan pengangkutan.

 Pengguna tidak memilih negara pengeluar tetapi
mementingkan kualiti, harga, reka bentuk, nilai dan
citarasa.

35



iii. LOKALISASI

Satu bentuk strategi yang biasa
digunakan oleh syarikat multinasional
untuk menghasilkan produk atau
perkhidmatan yang sesuai dengan
negara tempatan.

Mengambil kira soal-soal tempatan
seperti kebudayaan, citarasa, bahasa,
penggunaan modal, bahan mentah
dan tanggapan sesuatu barangan atau
perkhidmatan yang dipasarkan.

Contoh: KFC menawarkan menu nasi
untuk disesuaikan dengan masyarakat
setempat.

37

38



iv. NASIONALISASI

 Merujuk kepada tindakan sesebuah kerajaan mengambil alih
pemilikan sesebuah firma asing dan menjadikan firma
tersebut sebagai milik negara.

 Penjualan aset secara paksaan oleh syarikat multinasional
(asing) kepada pembeli tempatan di mana syarikat
multinasional itu hanya dibayar sedikit pampasan atau hanya
sebagai pihak minoriti dalam syarikat berkenaan.

 Contoh: Guthrie Corporation PLC yang telah diambilalih oleh
kerajaan Malaysia pada tahun 1981.

 Sebuah syarikat Malaysia yang utama yang berurusan
dengan ladang-ladang. Ia digabungkan dengan tiga kumpulan
perladangan lain untuk membentuk syarikat perladangan
dunia yang terbesar dengan nama Sime Darby Berhad.

40

◦ Guthrie telah diasaskan di Singapura pada tahun 1821
oleh Alexander Guthrie, sebagai syarikat perdagangan British yang
pertama di Asia Tenggara. Guthrie telah memperkenalkan getah
dan kelapa sawit di Malaysia masing-masing pada tahun 1896 dan
1924.

◦ Alexander Guthrie (1796-1865) was a Scottish merchant and the
founder of what is now Guthrie Group Limited. Guthrie was
important in the commercial development of Singapore.

Background

In October 1910, British businessmen William Sime and Henry Darby established
Sime, Darby & Co., a fledgling player in the lucrative rubber industry. The
company later diversified to cultivating palm oil and cocoa and met with
enormous success.

William Middleton Sime
William Middleton Sime was a 37-year-old Scottish adventurer and fortune
seeker. He had two failed ventures behind him – one in import-export business
and the other in coffee plantations - when he left his job as a mercantile
assistant in Singapore.

Henry Darby

Henry Darby was a wealthy 50-year-old English banker who owned property in

Northern Malaya. 42

Nationalization

In the late 1970’s, just under half the equity in Sime Darby Holdings was acquired by

Malaysian investors – mainly through Tradewinds (Malaysia) Sendirian Berhad. In December

1979, with the incorporation of two new Malaysian entities, Sime Darby Berhad (SDB) and

Consolidated Plantations Berhad (CPB), Sime Darby moved its headquarters to Kuala

Lumpur and became a Malaysian registered and managed concern. By 1983, the Malaysian

equity stood at over 54%.

In 1981, the group became a wholly Malaysian-owned company after former

Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad engineered a raid by Pemodalan Nasional

Berhad to take over the group at the London Stock Exchange.

Guthrie Group was made a public company in 1987 and was subsequently listed on

the Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) in 1989 in what was then the largest public issue

in Malaysia.

In 1982 Harrison and Crossfield sold three large plantation groups - Golden Hope,

Pataling, and London Asiatic - to Malaysian concerns for £146 million.[1] The business was

renamed Golden Hope Plantations Berhad in 1990 after Pemodalan Nasional Berhad took

majority equity of the company. Its interests originally were in tropical agriculture but, while

plantations have remained a core business interest, the company has diversified into other

areas including glycerine manufacture, fruit juices and real estate. The group now has 83

subsidiaries based in seven countries. The main estate and plantations are Carey Island and

Banting in Selangor. 43

6.4 (a) MAKSUD SYARIKAT MULTINASIONAL
 Organisasi yang melibatkan diri dalam aktiviti

perniagaan di peringkat antarabangsa dengan tahap
penglibatan yang tinggi.

 Merupakan syarikat yang bersaiz besar, beroperasi di
banyak negara, di mana syarikat bukan sahaja menjual
produk mereka di pasaran luar tetapi juga mengeluar,
menjalankan penyelidikan, melatih pekerja tempatan
serta membangunkan produk baru di pasaran yang
mereka masuki.

 Mempunyai sumber kewangan dan tenaga manusia
yang besar, dapat mengawal seluruh aktiviti syarikat di
seluruh dunia.

 Contoh : Coca Cola, Tesco, Sony, Nestle, Hyundai.



Sir John Edward Cohen Henri Nestlé (1814-1890) Akio Morita

John Pemberton Chung Ju-Yung

46

6.4 (b) TUJUAN SYARIKAT MULTINASIONAL

1. Meningkatkan jualan dan keuntungan
Pengeluar dapat menjalankan pengeluaran secara besar-besaran
kerana pasaran luas. Firma tempatan akan berusaha menurunkan
kos pengeluaran, meningkatkan jualan dan keuntungan, operasi
lebih cekap dan efektif, mencapai ekonomi bidangan.
Contohnya, Coca-Cola membuka kilang pembuatan minumannya di
Malaysia untuk meningkatkan jualan dan keuntungan.

6.4 (b) TUJUAN SYARIKAT MULTINASIONAL

2. Meningkatkan saiz pasaran
Pengeluar dapat meluaskan pasaran dengan mengeksport produk /
perkhidmatan ke pasaran dunia. Kuantiti permintaan akan
meningkat daripada penduduk antarabangsa.
Contohnya, Coca-Cola ingin meningkatkan kapasiti pengeluaran
kilangnya di Nilai, Negeri Sembilan, yang juga bertindak sebagai hab
pengeluaran halal bagi pasaran Malaysia, Singapura dan Brunei.

6.4 (b) TUJUAN SYARIKAT MULTINASIONAL

3. Memperolehi teknologi baru
Pengeluar tempatan melalui hubungan dua hala dapat melakukan
pertukaran maklumat, teknologi. Syarikat tempatan dapat mengimport
mesin berteknologi dan tenaga pakar dari luar negara. Pengeluar dapat
meningkatkan produktiviti dan kualiti pengeluaran.
Contohnya, kilang Coca-Cola di Malaysia akan ditempatkan sebagai gudang
berautomasi canggih serta mempunyai sistem simpanan berautomasi dan
sistem perolehan, juga ruang tambahan sebagai kawasan pengeluaran
tambahan untuk masa akan datang bagi Coca-Cola Malaysia meningkatkan
pengeluaran kepada beberapa kategori minuman, selain memaparkan
panel solar, ciri-ciri penjimatan air dan pengurangan dalam penggunaan
elektrik.

6.4 (b) TUJUAN SYARIKAT MULTINASIONAL

4. Kekurangan sumber bahan mentah
Pengeluar dapat mencari bekalan bahan mentah dengan mudah.
Bahan mentah yang tidak ada dalam negara dapat diimport bagi
membolehkan proses pengeluaran berterusan.
Contohnya, Coca-Cola adalah satu-satunya syarikat pengeluar
minuman utama di Malaysia yang menghasilkan dan menjual
minuman ringan sifar kalori dan sifar gula dan
melalui pembesaran kilang yang ada, ia membolehkan
pengeluaran ditingkatkan selain menghasilkan produk baharu.


Click to View FlipBook Version