The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haira23, 2022-04-01 20:44:50

BAB 6 PERNIAGAAN ANTARABANGSA

6.4 (c) CABARAN SYARIKAT MULTINASIONAL

 Struktur Organisasi
 Kawalan Pengurusan
 Politik dan Perundangan
 Ekonomi
 Sosiobudaya

i. STRUKTUR ORGANISASI

 Struktur: Merujuk kepada struktur organisasi yang akan
diubahsuai mengikut cara sesebuah organisasi itu
beroperasi di tempat yang berbeza.

 Harus membuat perubahan mengikut keadaan semasa
sesuatu negara supaya operasi dapat berjalan dengan
lancar.

 Struktur organisasi dibentuk berdasarkan struktur
fungsian, produk, lokasi pelanggan, pembuatan, matrik,
saluran pengedaran dan proses.

 Pembentukan struktur fungsian adalah berdasarkan
fungsi/tugas yang dilakukan di setiap bahagian seperti
pemasaran, pengeluaran, kewangan, penyelidikan dan
sumber manusia.

Antara masalah yang mementingkan penstrukturan:
1. konflik antara bahagian-bahagian berkenaan bidang

kuasa.
2. kegagalan operasi asing dari segi perancangan &

jangkaan.
3. kurang kawalan kewangan ke atas operasi luar negara.
4. pertindanan tugas di kalangan kaki tangan.
5. kemudahan pengeluaran tidak dioptimumkan.
6. pertindihan tugas antara pejabat jualan dengan jurujual

di sesuatu kawasan.
7. pertambahan dalam bilangan pengedar.
8. rungutan pelanggan ke atas perkhidmatan operasi di

luar negara.

Pemilihan struktur organisasi yang sesuai adalah penting
kerana menjamin operasi berjalan dengan lancar.

Spain: Coca-Cola workers facing plant closures and jobs massacre go on
strike

….. The IUF strongly urges Coca-Cola Iberian Partners to minimize the
effects of the restructuring plan and pay due respect to the rights and
dignity of more than 1,200 workers.

The IUF together with its members organized at Coca-Cola operations
around the world stand together with Spanish workers in their fights to
protect their jobs and rights and we will provide whatever support we
can to assist…..

(Sumber: www.iuf.org, (International Union of Food, Agricultural, Hotel,
Restaurant, Catering, Tobacco and Allied Workers' Associations) 2014)

ii. KAWALAN PENGURUSAN

 Pemilihan struktur organisasi yang sesuai adalah
penting kerana ianya merupakan satu bentuk
mekanisma kawalan yang utama.

 Kepentingan aktiviti kawalan:
 Menjamin operasi berjalan dengan lancar.
 Mengelakkan kerugian dan mengukur kejayaan
sesuatu perancangan.

Pendekatan kawalan yang diamalkan boleh diperolehi
dengan:

Centralization (pemusatan kuasa)
Aktiviti dikawal selia oleh ibu pejabat (menegak).
❖ Lambat, tak serasi dengan budaya negara lain.
❖ Pengurus luar negara kurang diberi kredibiliti.
❖ Kos tinggi.

Decentralization (pemencaran)
Anak syarikat bebas bertindak mengikut kesesuaian
persekitaran (mendatar).
❖ Sukar dikawal.
❖ Keputusan cepat.
❖ Berlaku ketidakseragaman.

iii. POLITIK DAN PERUNDANGAN

1. Persekitaran politik dan perundangan mempengaruhi iklim perniagaan

apabila pihak kerajaan mengawal aktiviti perniagaan melalui kuasa

politik dan undang-undang yang dibuat untuk menjaga kepentingan

negara.

2. Antara sebabnya untuk mengawal persaingan dengan syarikat domestik

negara asal.

3. Antara cabaran yang dihadapi:

i. paksaan untuk menjayakan program tempatan.

ii. polisi & undang-undang bercanggah dengan negara asal.

iii. syarat yang dikenakan untuk menggunakan bahan mentah

tempatan.

iv. penyekatan aliran keluar keuntungan dari operasi (sebahagian %

disyaratkan dilabur semula).

v. peraturan perdagangan yang ketat (tarif & bukan tarif disebabkan

prosedur).

vi. dasar keutamaan oleh kerajaan tempatan.

vii. cukai korporat yang tinggi. 57

Lotus’s Dan Giant Bantu Pasarkan
Produk IKS Di Luar Negara

ALOR STAR, 19 Ogos (Bernama) -- Tesco dan Giant akan
membantu memasarkan barangan keluaran industri kecil dan
sederhana (IKS) negara ini di rangkaian pasar raya masing-
masing di negara lain sebagai usaha promosi barangan keluaran
pengusaha tempatan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna Datuk S. Veerasingam berkata langkah dua pasar
raya besar berkenaan sudah pasti dapat memperkenalkan
barangan keluaran negara ini ke peringkat antarabangsa.

58

iv. EKONOMI

 Merujuk kepada keadaan ekonomi di mana perniagaan
beroperasi. Sekiranya ekonomi stabil, maka perniagaan
akan berkembang tetapi jika ekonomi lembab kuasa beli
pengguna akan menurun.

 Sebab yang timbul adalah kerana persaingan dengan
syarikat tempatan oleh syarikat multinasional yang boleh
menjejaskan ekonomi tempatan; maka sekatan dibuat

 Antara cabaran yang mungkin dihadapi:
1. kawalan ke atas import; duti import yang tinggi.
2. sekatan dalam aktiviti pelaburan langsung bagi
memberi imbangan perdagangan tempatan.
3. nilai pelaburan yang banyak terutama keatas cukai-
cukai yang pelbagai.
4. kemerosotan ekonomi (kawalan aliran keluar matawang
oleh negara tempatan).

…Apabila kerajaan mengarahkan kerajaan negeri dan pihak berkuasa
tempatan (PBT) membekukan kelulusan pembinaan pasar raya besar
(hypermarket) dan cawangannya, berkuat kuasa serta-merta
bermula pada 11 April 2002, pelbagai pihak khususnya peniaga kecil
dan runcit memberikan reaksi yang positif. Menteri Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ketika itu, Tan Sri Muhyiddin
Yassin berkata, arahan tersebut kekal sehingga satu garis panduan
untuk mengawal kewujudan pasar raya besar dikeluarkan nanti.

Katanya, arahan itu dikeluarkan setelah mendapati aktiviti
perniagaan terutamanya pasar raya besar milik pelabur asing
menjejaskan perniagaan peniaga-peniaga tempatan yang terletak
berhampiran dengannya…

60

v. SOSIOBUDAYA

1. Kombinasi lebih daripada
dua budaya yang berlainan
menyebabkan kesukaran
dalam mengadaptasikan
sesuatu budaya yang bukan
menjadi kebiasaan diri.

2. Antara cabaran yang
dihadapi:
i. konflik antara budaya
SMN dengan pekerja
tempatan
ii. masalah komunikasi
iii. penjejasan identiti
negara (penjajahan
budaya)

62

◦ Korean Etiquette:
As a sign of respect, Koreans bow when they greet each other.
Giving, handling and receiving gifts and any other object should
involve two hands.
When you shake hands with someone older, you should support
your right arm with your left hand.
Koreans take off their shoes and wear indoor slippers (which will be
provided for you) when they enter the house. You should too.

◦ Arabian etiquette

Men should not have excessively long hair, as it is frowned upon.
Remember, they emphasize dressing conservatively.

6.5 GALAKAN DAN PERLINDUNGAN PAB

6.5(a) Peranan Kerajaan Menggalakkan
Pemasaran Antarabangsa

i. MATRADE

● The Malaysia External Trade Development Corporation
@ Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar
Malaysia.

● Ditubuhkan pada tahun 1 Mac 1993 di bawah
Kementerian Perindustrian dan Perdagangan
Antarabangsa.

● Merupakan satu agensi (badan berkanun) promosi
perdagangan luar negara.

Peranan MATRADE

1. Memperkenalkan, mewujudkan dan membangunkan perdagangan
luar negara dengan penekanan kepada eksport barangan siap dan
separuh siap.

2. Merangka dan melaksanakan strategi pemasaran.
3. Menyediakan sistem maklumat pasaran yang menyeluruh.
4. Memastikan keupayaan bersaing di peringkat antarabangsa bagi

keluaran Malaysia.
5. Menasihati kerajaan kepada perkara yang berkaitan dan bertindak

sebagai agen kepada kerajaan, individu atau organisasi berkaitan
perdagangan luar negara.
6. Membangunkan, mempromosikan dan memberikan khidmat nasihat
berkaitan dengan perdagangan.
7. Mewakili Malaysia dalam forum antarabangsa berkaitan dengan
perdagangan.

66





 Kementerian ini yang ditubuhkan bermodelkan
kementerian yang sama di Jepun mengetuai usaha-
usaha penggalakan pelaburan asing di Malaysia melalui
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia, agensi yang
dipertanggungjawabkan kepadanya yang mempunyai
pejabat di beberapa buah negara dagang utama
Malaysia, seperti Amerika Syarikat, Jepun, Australia,
United Kingdom dan Jerman.

 Selain itu, kakitangan MITI yang diketuai oleh seorang
menteri mewakili negara ini dalam rundingan berkaitan
perjanjian-perjanjian perdagangan dengan negara asing
seperti Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).

69

Peranan MITI

1. Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar
pelaburan, pembangunan perindustrian dan perdagangan luar
Negara;

2. Merangka dasar dan strategi pembangunan perindustrian;

3. Menggubal dan menggalakan hubungan perdagangan dua hala
dan pelbagai hala serta kerjasama perdagangan serantau;

4. Merancang dan menggalak pembangunan prestasi eksport
Malaysia di pasaran antarabangsa;

5. Merancang, menyelaras dan mengesan pembangunan
perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana;

6. Memaju dan memperbaiki kemahiran pengurusan, penyeliaan
dan keusahawanan amnya kepada golongan swasta dan
khususnya kepada Bumiputera;

7. Memastikan negara mendapat faedah yang maksimum daripada
institusi pembuatan.

6.5 (b)(i) BLOK PERDAGANGAN

i. AFTA

(ASEAN Free Trade Area / Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN)

• Keputusan penubuhan sewaktu Sidang Kemuncak Ke 4 ASEAN pada
1992.

• Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN pada September 1994
bersetuju pelaksanaan sepenuhnya pada 2008 dipercepatkan
kepada 2003 secara berperingkat-peringkat.

• Tujuan penubuhan:
i. Meningkatkan perdagangan di rantau ASEAN dengan
melaksanakan pasaran bebas.
ii. Pasaran bebas - ini bermaksud barangan ASEAN boleh
menembusi pasaran negara anggota tanpa sebarang tarif @
tarif yang minimum iaitu 0 hingga 5%.
iii. Meningkatkan kedudukan ASEAN sebagai kawasan pengeluaran
yang berdaya saing dan memenuhi pasaran global.



6.5 (b)(i) BLOK PERDAGANGAN

ii. NAFTA
(North America Free Trade Agreement /
Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara)

• Pada 1991, A.S., Kanada dan Mexico mengadakan rundingan untuk
tubuhkan NAFTA,

• Dianggotai Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico,
• 1 Januari 1994 NAFTA dikuatkuasakan.
• Tujuan:

i. Matlamat pembentukan NAFTA adalah bagi menghapuskan
halangan dagangan dan pelaburan diantara negara anggota
secara tidak langsung menghapuskan tarif dagangan satu per dua
eksport Mexico ke AS dan lebih satu pertiga eksport AS ke
Mexico.

ii. NAFTA juga merancang untuk menghapuskan halangan dagangan
bukan tarif dan melindungi hak harta intelektual produk
dikalangan negara ahli.





6.5 (b)(i) BLOK PERDAGANGAN

iii. EU (European Union / Kesatuan Eropah)

 Pada 1 Januari 1994 menerusi Perjanjian Maastricht, EC telah
ditukar namanya kepada European Union (EU).

 Di anggotai oleh 27 anggota negara Eropah antaranya Belgium,
Perancis, Italy, Luxemburg, Belanda, German, Denmark, Ireland,
UK, Greek, Sepanyol, Portugal dan banyak lagi.

 Menerusi perjanjian ini 4 elemen yang digariskan ialah:
1. Mewujudkan satu matawang tunggal
2. Polisi pertahanan dan hal ehwal negara yang seragam
3. Satu kerakyatan
4. Parlimen EU yang berkuasa





6.5 (b)(i) BLOK PERDAGANGAN

iv. ASEAN (Association of Southeast Asia Nation)

 Ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok dengan terdiri daripada
negara-negara ASEAN.

 Dianggotai oleh 10 buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Brunei,
Thailand, Indonesia, Filipina, Laos, Myanmar, Vietnam dan
Kemboja.

Tujuan Penubuhan:
1. Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi kemajuan sosial

dan perkembangan budaya di rantau Asia Tenggara.
2. Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik.
3. Menyediakan bantuan antara satu sama lain.
4. Meningkatkan taraf hidup penduduk negara anggota

melalui kerjasama dalam pertanian, perusahaan dan
perdagangan.
5. Mengadakan hubungan yang erat dan menguntungkan
dengan persatuan antarabangsa dan serantau.
6. Menggalakkan kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial,
budaya teknikal, saintifik dan pentadbiran.
7. Menggembleng tenaga untuk memanfaatkan bidang
industri dan pertanian serantau dan memperluaskan aktiviti
perdagangan.







6.5 (b)(ii) KEMPEN KERAJAAN

PENGECUALIAN CUKAI
Kelonggaran untuk tidak membayar cukai seperti yang ditetapkan

oleh pihak berkuasa.
Pengecualian cukai ke atas input (yang diimport dari luar negara)

untuk operasi pengeluaran misalnya dapat menurunkan harga produk
yang dijual.
Contohnya, pengeluaran Coca-cola di Malaysia di mana perisa cola
adalah diimport dari luar negara.
Walau bagaimanapun, sebuah syarikat, sama ada pemastautin atau
bukan pemastautin, ditaksir ke atas pendapatan di akru dalam atau
diperoleh dari Malaysia. Pendapatan di peroleh daripada sumber di
luar Malaysia dan di hantar oleh syarikat pemastautin di kecualikan
daripada cukai, kecuali pendapatan bagi perniagaan perbankan dan
insurans, dan kegiatan pengangkutan laut dan udara. Sebuah syarikat
di anggap pemastautin di Malaysia jika kawalan dan pengurusan hal
ehwal syarikat itu di jalankan di Malaysia. Berkuatkuasa dari tahun
taksiran 2009, kadar cukai syarikat adalah sebanyak 25%
(www.mida.gov.my).

Attractive Tax Incentives
◦ The corporate tax rate is 25% and the maximum individual tax rate 26%. Malaysia

also offers a wide range of tax incentives for manufacturing projects under the
Promotion of Investments Act 1986 and the Income Tax Act 1967.
◦ The main incentives are the Pioneer Status, Investment Tax Allowance,
Reinvestment Allowance, Incentives for High Technology Industries and
Incentives for Strategic Projects and Incentives for the Setting-up of
International/ Regional Service-based Operations.
1 Incentives for the Manufacturing Sector
o Main Incentives for Manufacturing Companies:
o Incentives for High Technology Companies
o Incentives for Strategic Projects
o Incentives for Small and Medium Enterprises
o Incentives for Investment in Selected Industries
o Incentives for the Automotive Industry
o Incentives for the Utilisation of Oil Palm Biomass
o Additional Incentives for the Manufacturing Sector
2 Incentives for the Agricultural Sector
3 Incentives for the Biotechnology Industry
4 Principal Hub

http://www.mida.gov.my/home/incentives-in-manufacturing-sector/posts/

6.5 (b)(ii) KEMPEN KERAJAAN

PEMBIAYAAN EKSPORT
 Skim ini memberi kemudahan kepada pengeksport untuk

mendapatkan dana segera bagi mengeksport produk yang dijual
secara kredit.
 Contoh: Skim pembiayaan semula kredit eksport di mana
pengeskport-pengeskport boleh mendapatkan pembiayaan
maksimum sehingga 95%-100% daripada nilai pesanan eksport
mereka daripada EXIM Bank (www.mida.gov.my).

PEMBIAYAAN SEMULA KREDIT EKSPORT-I
Pembiayaan Semula Kredit Eksport-i (ECR-i) menyediakan pembiayaan prapenghantaran dan
pascapenghantaran alternatif jangka pendek.
Kelayakan
Syarikat yang ditubuhkan di Malaysia yang terlibat secara langsung atau tak langsung dalam aktiviti
eksport dan pab layak mendapatkan kemudahan ECR-i tetapi tertakluk pada syarat yang berikut:
• Input dan produk akhir yang akan dieksport mestilah "Halal”.
• Produk yang tidak disenaraikan di bawah Jadual Pertama Perintah Duti Kastam (senarai barang

yang dilarang eksport).
Margin Pembiayaan:
• Prapenghantaran (Tempoh: maksimum sehingga 120 hari)
Berasaskan Pesanan
Pengeksport Langsung: Sehingga 95% daripada nilai pesanan eksport
Pengeksport Tak Langsung: Sehingga 95% daripada ECR-i Surat Kredit Domestik (DLC), ECR-i Pesanan
Pembelian Domestik (DPO) atau Pesanan Pembelian Tempatan (LPO)
Sijil Prestasi (CP)
Pengeksport Langsung (Perkilangan dan Perdagangan): 100% daripada Nilai Eksport bagi 12 bulan
sebelumnya.
Pengeksport Tak Langsung (Perkilangan dan Perdagangan): 80% daripada Nilai Eksport bagi 12 bulan
sebelumnya.
• Pascapenghantaran (Tempoh: jumlah maksimum sehingga 183 hari)
Margin pembiayaan adalah maksimum sehingga 100% daripada nilai bil eksport. Tertakluk pada
ketersediaan had kredit ECR dengan bank perdagangan dan had pentadbiran EXIM Bank

https://www.exim.com.my/index.php/my/perbankan-islam/perbankan-islam-pembiayaan-
perdagangan/pembiayaan-semula-kredit-eksport-i

6.5 (b)(ii) KEMPEN KERAJAAN

TARAF PERINTIS

 Pengecualian cukai selama 5 tahun akan diberi kepada syarikat
yang berjaya mendapat status perintis.

 Tujuan ia diberikan adalah untuk menggalakkan syarikat melabur
dalam pengeluaran produk yang digalakkan oleh kerajaan.

 Tempoh pengecualian cukai yang bermula dari hari pengeluaran
adalah 5 tahun untuk semua jenis TP kecuali syarikat yang
menjalankan aktiviti atau keluaran yang berkepentingan nasional
dan strategik, yang layak mendapat tambahan pengecualian
selama 5 tahun lagi.

(Sumber: http://syahrinco.com/www/?p=202)

6.5 (b)(ii) KEMPEN KERAJAAN

SUBSIDI
 Sejumlah bayaran yang dibayar oleh kerajaan terus kepada

pengeluar untuk mengurangkan bebanan kerugian daripada
penjualan produk di peringkat antarabangsa.
 Subsidi membolehkan produk dijual dengan harga lebih
kompetitif dan mampu bersaing diperingkat antarabangsa.
 Barang-barang kawalan yang diberikan subsidi oleh
kerajaan Malaysia adalah gula, tepung gandum kegunaan
am, minyak masak, petrol Ron95, bahan api diesel, gas
petroleum cecair (sumber: www.kpdnkk.gov.my).

6.5 (b)(ii) KEMPEN KERAJAAN

HUB HALAL
 Hub Halal ialah aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan

pengedaran produk Halal oleh pengeluar atau syarikat yang telah
melepasi piawaian yang telah ditetapkan oleh agensi tertentu yang
mempunyai kelulusan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim).
 Tahun 2010, Malaysia telah diiktiraf sebagai Hub Halal Dunia,
peluang untuk negara sebagai pengeluar utama produk Halal.
 Industri PKS berasaskan produk Halal mampu meningkatkan KDNK
dan sentiasa berkembang dengan inovasi teknologi terkini,
melonjakkan pendapatan negara.
 Menggalakkan penglibatan para pelabur antarabangsa melabur di
Malaysia dalam industri Halal.
 Contohnya, teknologi pemprosesan dan pembungkusan dalam
industri herba - Korea Selatan, Taiwan dan China.





6.5 (c) OBJEKTIF PERLINDUNGAN PERDAGANGAN

(a) Melindungi industri penting

o Melalui sekatan seperti kuota dan tarif, barangan import
dapat dikurangkan. Dengan itu, industri tempatan kurang
menghadapi persaingan hebat daripada barangan import
di pasaran tempatan.

o Industri tempatan berpeluang untuk berdikari dan
meningkatkan daya saing.

o Contohnya, tarikf kereta import Ferrari /FF V12 6262cc
adalah RM380,268 (usia 12-24 bulan).

6.5 (c) OBJEKTIF PERLINDUNGAN PERDAGANGAN

(b) Menggalakkan perkembangan industri baru
o Perlindungan perdagangan dapat melindungi industri yang belum

mencapai tahap kecekapan. Sebelum menghadapi persaingan
daripada barangan import, industri baru berpeluang meningkatkan
daya bersaing melalui bantuan dan kemudahan kerajaan.
o Contohnya, Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) bakal
menjana pertumbuhan ekonomi, sosial dan pembangunan ke arah
pendigitalan yang holistik. Ianya membabitkan pelbagai bidang
termasuk automasi, robotik, pengkomputeran awan, kecerdasan
buatan (AI) dan internet untuk segala-galanya (IoT), di samping
mengambil peluang dalam kemajuan bidang komunikasi. Industri
4.0 akan memodenkan semua sektor di Malaysia yang menjurus ke
arah pendigitalan sejajar dengan keperluan semasa. Malaysia tidak
mahu ketinggalan dalam pendigitalan dari segi ekonomi, sosial dan
pembangunan.

6.5 (c) OBJEKTIF PERLINDUNGAN PERDAGANGAN

(c) Mengatasi imbangan pembayaran negatif
o Barangan import yang kurang menyebabkan aliran wang

keluar negara berkurangan. Dengan itu, imbangan
pembayaran diperbaiki dan pendapatan negara
meningkat.
o Contohnya, industri pelancongan, perlombongan, utiliti,
pengangkutan dan lain-lain lagi.

6.5 (c) OBJEKTIF PERLINDUNGAN PERDAGANGAN

(d) Menjamin peluang pekerjaan
o Industri tempatan yang berkembang akibat kurangnya

persaingan barang import menjamin peluang pekerjaan.
Keadaan ini dapat mengurangkan masalah pengangguran
dan pendapatan penduduk tempatan juga dapat
dipertingkatkan.
o Contohnya, kesan RI4.0 boleh menyebabkan
pengurangan sumber manusia dalam aspek pengeluaran.
Justeru itu, organisasi memerlukan kepakaran dalam
bidang digital seperti penggunaan internet dalam
pemasaran produk.

6.5 (d) KAEDAH PERLINDUNGAN PASARAN DOMESTIK

6.5 (d) KAEDAH PERLINDUNGAN PASARAN DOMESTIK

Tarif import dibahagi kepada 3 jenis iaitu :

1. Duti ad-valorem
 Berdasarkan peratusan ke atas nilai produk.
 Cukai import yang dihitung berdasarkan harga barang

import.
 Jika tarif ialah 50%, maka barang import yang bernilai

RM20,000 dikenakan jumlah cukai sebanyak RM10,000,
manakala barang import yang bernilai RM40,000
dikenakan jumlah cukai sebanyak RM20,000.

6.5 (d) KAEDAH PERLINDUNGAN PASARAN DOMESTIK

2. Duti spesifik/khusus
 Dinilai berasaskan sesuatu unit. (Cth: RM 1 bagi setiap kg).
 Cukai tetap yang dihitung berdasarkan kuantiti barang

import.
 Jika tarif ialah RM30 setiap 100kg beras import, cukai

import beras tersebut adalah tetap tidak kira harga beras
import naik atau turun.

3. Duti kompaun
 Kombinasi antara duti ad-valorem dengan duti khusus ke

atas produk yg sama. (Cth: RM 1 bagi setiap kg ditambah
5% duti ad-valorem).

6.5 (d) KAEDAH PERLINDUNGAN PASARAN DOMESTIK

2. BUKAN TARIF

a. KUOTA
◦ Had yang dikenakan terhadap jumlah unit atau nilai sesuatu

barangan yang boleh dikeluarkan atau digunakan atau diimport.
◦ Kuota import - sekatan yang menghadkan kuantiti sesuatu

barangan yang diimport.
◦ Tujuan dikenakan ialah untuk mengurangkan saingan terhadap

barangan tempatan.

PETALING JAYA, 2 Ogos (Bernama) -- Kerajaan bercadang untuk mengenakan kuota
eksport bagi batang keluli dan simen di samping menguatkuasakan mekanisme
sekatan dalam usaha menangani kenaikan harga bahan binaan sekarang, kata
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Beliau berkata kekurangan bahan binaan adalah juga berpunca daripada tindakan

pengeluar yg mengeksport kebanyakan pengeluaran mereka berikutan lebihan

keuntungan yg boleh diperolehi. 100


Click to View FlipBook Version