BAB 7
ETIKA PERNIAGAAN &
TANGGUNGJAWAB SOSIAL
7.0 Etika Perniagaan & Tanggungjawab Sosial
7.1 ETIKA PERNIAGAAN
a) Maksud
b) Pendekatan Tindakan Beretika
7.2 MENGURUS ETIKA PERNIAGAAN & TANGGUNGJAWAB
SOSIAL
a) Pendidikan nilai murni
b) Sistem perundangan
c) Sistem aduan awam
d) Pemecah rahsia
7.3 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
a) Maksud tanggungjawab sosial
b) Tanggungjawab sosial terhadap pihak berkepentingan
7.4 TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)
a) Proaktif
b) Defensif
c) Pemudahcara 2
7.1 Etika Perniagaan
a) Maksud Etika Perniagaan
• Prinsip-prinsip dan standard yang dijadikan sebagai
panduan oleh individu dan kumpulan dalam dunia
perniagaan. (Ferrell, Thorne dan Ferrell, 2017).
• Kajian ke atas tingkah laku moral yang
menghasilkan peraturan dan prinsip dalam
situasi perniagaan.
3
7.1 Etika Perniagaan
b) Pendekatan Tindakan Beretika
UTILITARIAN KEADILAN
INDIVIDUALISME HAK MORAL
4
7.1 Etika Perniagaan
1. Pendekatan Utilitarian
Pendekatan ini menyatakan bahawa akibat dari sesuatu
•
tindakan yang diambil dapat memberi faedah atau manfaat
terbaik kepada bilangan orang yang lebih ramai.
(Tokoh Pengamal Pendekatan Utilitarian: Jeremy Bentham
•
dan John Stuart Mills).
“The greatest good and least harm for the greatest number”
5
7.1 Etika Perniagaan
1. Pendekatan Utilitarian
Contoh:
Projek Pan Borneo akan menjejaskan ekologi tempatan, melibatkan
•
tanah individu tetapi dirasakan dapat memberi manfaat kepada
rakyat Sabah dan Sarawak dan membantu merancakkan ekonomi
seluruh Malaysia Timur.
Oleh itu kerajaan-kerajaan negeri menyegerakan proses
•
pengambilan tanah bagi mempercepatkan pelaksanaan projek-
projek persekutuan seperti pembinaan lebuh raya yang dapat
memberi manfaat kepada rakyat.
6
❖ Contoh: Projek Pembinaan Empangan Bakun menjejaskan kedudukan
masyarakat pribumi tempatan tetapi dirasakan dapat memberi manfaat
dari segi ekonomi negara.
7.1 Etika Perniagaan
2. Pendekatan Individualisme
Prinsip ini menyatakan yang seseorang individu berhak untuk
•
bertindak mengikut sesuatu cara yang difikirkan betul.
(Tokoh Pengamal Pendekatan Individualisme: Jeremy Bentham
•
dan John Stuart Mills).
Pendekatan individu berteraskan kepada egoism yang mana
•
berpegang kepada prinsip diri iaitu “membuat apa yang difikirkan
betul, tanpa menyalahi undang-undang”.
Kadang-kadang hak individu menimbulkan konflik dengan pihak
•
lain.
9
7.1 Etika Perniagaan
2. Pendekatan Individualisme
Contoh:
1. Dalam menangani masalah krisis ekonomi, Pengurus kilang
•
mengambil langkah mengurangkan kos perniagaan dengan
membekukan pengambilan pekerja baru, mengurangkan pekerja
kontrak dan menawarkan Skim Pemberhentian Sukarela (VSS).
2. Pemegang saham mempunyai hak untuk mengetahui aktiviti yang
•
berlaku dalam syarikat dan ini mungkin menimbulkan konflik kepada
pihak pengurusan syarikat yang inginkan privasi.
10
Rozita Ibrahim mengadakan sidang media Produk mungkin disabotaj
berhubung produk Sendayu Tinggi yang
dirampas Bahagian Penguat Kuasa Oleh ASSIM HASSAN
Farmasi, Kementerian Kesihatan di Kuala [email protected], 18 April 2012
Lumpur, semalam. Turut hadir, Naziera
Jaafar (kanan). KUALA LUMPUR 17 April – Sebuah syarikat pembekal
produk berasaskan kesihatan tidak menolak kemungkinan
produknya disabotaj pihak tertentu sehingga dirampas
Kementerian Kesihatan kerana disyaki mengandungi
racun berjadual yang diharamkan. Wakil syarikat itu,
Naziera Jaafar berkata, pihaknya memperoleh bahan
mentah sebagai ramuan produk mereka daripada pihak
ketiga, sekali gus mendedahkan bahan mentah itu kepada
unsur khianat pihak tertentu. “Kami berasa kesal dan
malu kepada Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. (Sendayu
Tinggi) berhubung kejadian ini kerana produk ini adalah
formulasi pengasas syarikat itu, Rozita Ibrahim yang
memberi kepercayaan serta tanggungjawab kepada kami
untuk mencari bahan mentah sebagai campuran minuman
atas faktor kepakaran kami miliki.
7.1 Etika Perniagaan
3. Pendekatan Hak Moral
Pendekatan ini menyatakan bahawa manusia memiliki hak-
•
hak yang perlu dipertahankan dan tidak boleh dilucutkan
semata-mata oleh keputusan individu.
Selagi sesuatu tindakan atau keputusan yang dibuat itu dapat
•
mengekalkan hak-hak tersebut, ia dianggap betul.
12
7.1 Etika Perniagaan
3. Pendekatan Hak Moral
Contoh:
a) Hak Untuk Mendapat Keselamatan
b) Hak Untuk Mendapat Maklumat
c) Hak Untuk Membuat Pilihan
d) Hak Untuk Menyuarakan Pendapat
e) Hak Keperibadian Individu
13
7.1 Etika Perniagaan
3. Pendekatan Hak Moral
a) Hak Untuk Mendapat Keselamatan
Individu mempunyai hak untuk dilindungi, memiliki kehidupan yang
•
selamat dan tidak boleh diancam oleh mana-mana pihak.
Contoh:
•
Pengguna berhak untuk mendapat produk yang selamat digunakan
•
dan tidak membahayakan kesihatan. Maka peniaga perlu memastikan
produk yang dikeluarkan tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh
menjejaskan kesihatan seperti penggunaan bahan kimia yang
berlebihan.
14
47 produk mengandungi bahan beracun disenarai hitam
KUALA LUMPUR: Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-
ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam
kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh
memudaratkan pengguna.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan
Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk
mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi
kandungan produk herba.
“Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka
mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan
segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita
Minggu.
Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri
ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan
berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.
7.1 Etika Perniagaan
3. Pendekatan Hak Moral
b) Hak Untuk Mendapat Maklumat
Individu berhak mendapat maklumat yang mencukupi dan tepat
•
untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak.
Contoh:
•
Peniaga perlu memberi maklumat yang benar pada label tentang isi
•
kandungan sesuatu produk makanan.
17
7.1 Etika Perniagaan
3. Pendekatan Hak Moral
c) Hak Untuk Membuat Pilihan
Individu berhak membuat pilihan dalam
•
membuat keputusan, tanpa dipengaruhi
oleh mana-mana pihak.
Contoh:
•
Peniaga tidak boleh mendesak pelanggan
•
dengan apa cara sekalipun untuk memaksa
pelanggan membeli produknya.
19
7.1 Etika Perniagaan
3. Pendekatan Hak Moral
d) Hak Untuk Menyuarakan Pendapat
Individu mempunyai hak untuk memberikan pendapat samada secara
•
individu atau perwakilan.
Contoh:
•
1. Pengguna berhak untuk menyatakan kekesalan akibat daripada
penggunaan produk yang tidak memuaskan hati mereka dengan membuat
panggilan kepada talian khidmat pelanggan.
2. Pekerja di sebuah kilang mewakilkan pengerusi persatuan pekerja untuk
menyampaikan saranan pekerja berhubung ruang kerja yang sempit dan
bahaya.
20
7.1 Etika Perniagaan
3. Pendekatan Hak Moral
e) Hak Keperibadian Individu
Individu mempunyai hak untuk mengawal
•
kegunaan serta penyaluran maklumat
yang dianggap peribadi dan sulit (private
and confidential) oleh mana-mana
organisasi.
Contoh:
•
Pengurus sumber manusia di sebuah
•
syarikat tidak akan mendedahkan
maklumat peribadi pekerja-pekerja di
syarikat tersebut kepada mana-mana
pihak.
22
7.1 Etika Perniagaan
4. Pendekatan Keadilan
Pendekatan ini menilai keputusan dan kelakuan pengurus syarikat tentang
•
sejauh mana keadilan mereka membahagikan ganjaran dan perbelanjaan di
antara individu, kumpulan atau organisasi.
Contoh:
•
1. Peruntukan kewangan untuk Jabatan Pemasaran perlulah lebih tinggi
daripada Jabatan Perakaunan kerana Jabatan Pemasaran terlibat dengan
pelbagai aktiviti promosi dan jualan. Ini perlu dijusifikasi oleh pihak
pengurusan supaya keadilan dapat diwujudkan.
2. Kenaikan gaji dan pangkat pekerja perlulah melihat kepada prestasi
pekerja walaupun mereka melaku2k3an pekerjaan yang sama.
Prinsip Pengagihan Keadilan.
Cth: layanan samarata terhadap pelanggan tanpa
mengira agama, bangsa dan sebagainya.
7.2 Mengurus Etika Perniagaan &
Tanggungjawab Sosial
PENDIDIKAN PEMECAH
NILAI RAHSIA
MURNI
SISTEM
SISTEM ADUAN
PERUNDANGAN AWAM
25
www.themegallery.com
Company Logo
7.2 Mengurus Etika Perniagaan &
Tanggungjawab Sosial
1. PENDIDIKAN NILAI MURNI
• Penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan bermula sama ada secara formal
(sekolah, universiti) atau tidak formal (keluarga atau masyarakat).
• Individu yang mempunyai nilai-nilai murni akan mengamalkan nilai ini dalam
perlakuan mereka dan menunjukkan personaliti yang baik.
• Individu yang mempunyai personaliti yang baik akan mempengaruhi etikanya
iaitu tindakan dan keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
• Di antara aspek yang boleh mempengaruhi seseorang individu beretika ialah
pengaruh agama, pengaruh keluarga, keyakinan diri dan lain-lain.
• Contohnya, pendidikan di sekolah dan universiti yang menekankan tentang
tentang nilai-nilai murni akan memupuk pelajar sentiasa mengamalkan nilai-
nilai yang baik dan beretika dalam menjalani kehidupan harian dan dunia
pekerjaan.
27
7.2 Mengurus Etika Perniagaan &
Tanggungjawab Sosial
2. SISTEM PERUNDANGAN
• Sistem perundangan dan Badan Kehakiman Negara yang
sistematik dan baik, berfungsi untuk mengawal tingkahlaku dan
tindakan manusia supaya sentiasa mengamalkan nilai-nilai
yang beretika di sisi undang-undang.
• Setiap rakyat diwajibkan mematuhi peraturan dan undang-
undang negara dengan baik untuk memastikan negara dalam
keadaan aman.
. 29
7.2 Mengurus Etika Perniagaan &
Tanggungjawab Sosial
2. SISTEM PERUNDANGAN
1. Contohnya, mengedar dadah melebihi 1 kilogram akan dihukum gantung
•
mati mandatori. Oleh itu, orang ramai tidak akan terlibat dalam perniagaan
mengedar dadah.
2. Contohnya,mengedar dadah melebihi 1 kilogram akan dihukum gantung
•
mati mandatori. Oleh itu, orang ramai tidak akan terlibat dalam perniagaan
mengedar dadah.
3. Akta Pencegah Rasuah 1997
•
Mentakrifkan jenis-jenis kesalahan dan hukumannya khususnya kepada
•
perbuatan jenayah perdagangan.
4. Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017
•
30
7.2 Mengurus Etika Perniagaan &
Tanggungjawab Sosial
3. SISTEM ADUAN AWAM
Sistem aduan awam diwujudkankan bertujuan menyediakan
saluran kepada rakyat untuk melaporkan tindakan yang tidak
beretika yang telah dilakukan oleh individu atau pihak tertentu
seperti agensi-agensi Kerajaan, badan-badan berkanun,
pertubuhan dan lain-lain.
Merupakan bentuk saluran aduan/maklumbalas ketidakpuasan
•
orang ramai terhadap semua aspek pentadbiran kerajaan
(termasuk agensi kerajaan yang diswastakan dan institusi
berbentuk monopoli) meliputi pelanggaran undang-undang, salah
laku, penyelewengan, salah guna kuasa, salah tadbir dan lain-
lain.
32
7.2 Mengurus Etika Perniagaan & Tanggungjawab
Sosial
3. SISTEM ADUAN AWAM
Ini bertujuan supaya tindakan pembetulan dan pemulihan dapat
•
dilakukan sehingga mencapai tahap yang memuaskan.
Contoh: Biro Pengaduan Awam, iAduan, peti cadangan dan lain-lain.
Kategori Aduan Awam
a) Kelewatan atau tindakan tidak adil.
b) Kekurangan kemudahan awam.
c) Kepincangan pelaksanaan dasar dan kelemahan undang-undang.
d) Penyalahgunaan kuasa / penyelewengan.
e) Salah laku anggota awam.
f) Kegagalan mengikut prosedur yang ditetapkan.
g) Kegagalan penguatkuasaan.
33
7.2 Mengurus Etika Perniagaan &
Tanggungjawab Sosial
4. PEMECAH RAHSIA / WHISTLEBLOWERS
Menyediakan saluran dan sokongan kepada anggota organisasi
•
yang ingin mendedahkan sebarang amalan tidak beretika yang
wujud.
Program-program khas haruslah disediakan untuk
•
membolehkan maklumat tentang salah laku/melanggar
peraturan didedahkan tanpa memberi implikasi negatif kepada
pemecah rahsia.
Contoh: meganjurkan kursus etika berpakaian, ceramah agama,
•
ceramah SPRM, seminar Pe3r6intah Am dan lain-lain.
7.2 Mengurus Etika Perniagaan & Tanggungjawab
Sosial
4. PEMECAH RAHSIA / WHISTLEBLOWERS
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) adalah agensi yang
dipertanggungjawabkan menerima aduan rasuah atau maklumat tentang salahlaku.
Di bawah Akta Pelindungan Whistleblowers 2010 (Akta711).
Antara pelindungan diberikan:
i. Indentiti pemberi maklumat adalah dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan
kepada sesiapa pun termasuk semasa perbicaraan di mahkamah. Seksyen
7(1)(a) APPM 2010.
ii. Pemberi maklumat tidak boleh dikenakan apa-apa tindakan sivil, jenayah atau
tatatertib akibat daripada pendedahan tersebut. Seksyen 7(1)(b) APPM 2010.
iii. Pemberi maklumat dilindungi daripada sebarang tindakan yang memudaratkan
hasil tindak balas pendedahan yang telah dibuat. Seksyen 7(1)(c) APPM 2010.
iv. Perlindungan turut diberikan kepada mereka yang mempunyai
kaitan/hubungan dengan pemberi maklumat. Seksyen 7(3) APPM 2010.
7.3 Tanggungjawab Sosial
a) Definisi Tanggungjawab Sosial
Mengaplikasikan strategi berfokus yang digunapakai oleh
perniagaan bagi memenuhi tanggungjawab ekonomi,
perundangan, etika dan sifat belas ehsan yang dikehendaki
oleh pihak berkepentingan (Ferrell, Thorne dan Ferrell,
2017).
38
CONTOH SYARIKAT DI MALAYSIA YANG TELAH
MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL :
1. Telekom, Petronas, TNB dan Lions Group : biasiswa
pelajaran.
2. TV3, Takaful dan Maybank Finance : menerusi rancangan tv
mengenalpasti insan kurang upaya dan memberikan
bantuan kewangan dan sumbangan modal utk berniaga.
3. Syarikat P&G : menyumbangkan sebahagian hasil jualan
produk membantu pembelajaran kanak-kanak down
sindrom.
4. Public Bank Berhad : membiayai kos pembinaan pondok
menunggu bas di sekitar ibu kota.
5. Syarikat Faiza : menaja menerusi rancangan TV3
Bersamamu menghulurkan bantuan kepada rakyat miskin.
7.3 Tanggungjawab Sosial
Contoh Tanggungjawab Sosial
Kumpulan AmBank terus melaksanakan tanggungjawabnya
sebagai warga korporat dengan menjalankan inisiatif yang
menumpu kepada pasaran, komuniti, tempat kerja dan
persekitaran.
40
Meninggikan taraf hidup komuniti
di mana perniagaan beroperasi.
Memupuk semangat kerjasama
antara pengusaha perniagaan,
kerajaan & orang awam.
Meningkatkan keuntungan
syarikat.
Mengelakkan bencana alam
seperti kejadian tanah runtuh,
pencemaran udara & sungai akibat
pengabaian tanggungjawab sosial.
7.3 Tanggungjawab Sosial
b) Tanggungjawab Sosial Terhadap Pihak Berkepentingan
i. Tanggungjawab Sosial Terhadap Pengguna
1.
Pembungkusan label yang menyatakan maklumat tentang kualiti
& kegunaan produk dengan tepat, dapat difahami dan tidak
mengelirukan pengguna.
Menjual pelbagai barang atau perkhidmatan pada harga
berpatutan, mesra alam dan menjimatkan tenaga.
Memastikan barangan yang dihasilkan memenuhi keperluan dan
kehendak yang memberikan manfaat kepada pengguna.
Menawarkan penggantian, ganti rugi atas kecacatan barang dan
kelemahan perkhidmatan.
44
7.3 Tanggungjawab Sosial
2. Tanggungjawab Sosial Terhadap Pekerja.
Jaminan kesihatan, tempat kerja yang selamat dan
perlindungan keselamatan semasa bekerja.
Rekabentuk, susun atur dan penggunaan peralatan yang
memaksimumkan produktiviti dan meminimumkan keletihan
dan ketidakselesaan fizikal.
Membayar gaji dan upah yang berpatutan (Akta Kerja 1955).
Mengambil kira pendapat pekerja.
Bersikap adil dalam pengambilan pekerja, pemberian latihan,
kenaikan pangkat, pampasan dan pemberhentian pekerja.
46
47
7.3 Tanggungjawab Sosial
3. Tanggungjawab Sosial Terhadap Komuniti
Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk
setempat.
Berusaha untuk membangunkan dan memakmurkan
komuniti setempat.
Menambahkan pendapatan penduduk setempat dan
seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka.
Membekalkan maklumat yang dikehendaki oleh
masyarakat.
48
7.3 Tanggungjawab Sosial
4. Tanggungjawab Sosial Terhadap Pelabur
Memastikan pulangan yang baik terhadap pelaburan yang
dibuat melalui kegiatan yang menguntungkan melalui
pembayaran dividen.
Menggunakan sumber dana dari pelabur dengan cekap dan
berkesan.
Membekalkan maklumat tentang kedudukan kewangan
perniagaan melalui pembentangan laporan kewangan
perniagaan.
Menggunakan sumber syarikat secra optimum demi
mengelakkan pembaziran5s0umber.