The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haira23, 2022-04-01 20:43:50

BAB 4 PADUAN PEMASARAN

iv) Perhubungan Awam
Merupakan komunikasi yang dibentuk bagi membina hubungan baik
dengan pelbagai pihak.

Perhubungan awam digunakan untuk mempromosikan produk, individu,
tempat, idea, aktiviti, organisasi dan juga negara.

Ia berfungsi melalui:

a. Hubungan akhbar/wakil akhbar – mencipta dan meletakkan
maklumat berharga di dalam media untuk menarik perhatian awam
terhadap individu atau produk.

b. Publisiti produk dan jenama – memberi publisiti kepada produk dan
jenama spesifik.

c. Hubungan awam – membina dan mengekalkan hubungan nasional
dan komuniti tempatan.

d. Lobi – membina dan mengekalkan hubungan dengan badan
perundangan dan kerajaan untuk mempengaruhi undang-undang
dan peraturan.

e. Hubungan pelabur – mengekalkan hubungan dengan pemegang
saham dan pihak-pihak dari komuniti kewangan.

f. Pembangunan – bekerjasama dengan penderma atau organisasi
bukan-untung untuk mendapat sokongan kewangan dan
penglibatan sukarela.





Kebaikan dan Kelemahan Perhubungan Awam

Kebaikan : Kelemahan :

1. Mudah untuk 1. Sukar untuk mengukur
menyampaikan mesej. keberkesanannya.

2. Mendapatkan kepercayaan 2. Sukar dikawal oleh
(hubungan) terhadap organisasi dari segi mesej

produk dan syarikat. yang hendak disampaikan.

3. Membentuk imej positif

produk dan syarikat.

4. Kos yang rendah.

v) Pemasaran Digital

Merupakan aktiviti memasarkan produk menggunakan:
laman sesawang (www.pizzahut.com.my), media sosial,
aplikasi mobil (sms, Telegram, whatsapp), video atas talian,
emel (gmail, yahoo) dan blog yang melibatkan pengguna di
mana sahaja, pada bila-bila masa melalui peralatan digital.

Contohnya pengguna boleh membuat tempahan bilik hotel
melalui aplikasi Agoda dari telefon pintar mereka.
Selain itu, terdapat perniagaan yang menjadikan produk
mereka viral di pasaran dengan melakukan promosi media
sosial seperti facebook dan Instagram.

Kebaikan dan Kelemahan Pemasaran Digital

Kebaikan : Kelemahan :

1. Pengguna terdedah kepada 1. Persaingan sengit, pesaing
produk dan pelbagai
turut guna cara yang sama.
jenama secara langsung. 2. Maklumat perniagaan
2. Tiada limitasi geografi dan
mudah diekploitasi oleh
pasaran adalah luas.
pihak lain.

3. Kos rendah (online) bagi 3. Memerlukan kepercayaan
perniagaan baru. yang tinggi dari pelanggan

sebelum membeli.

4.4 Pengedaran

4.4(a) Menjelaskan
Pengedaran

Merujuk kepada proses
memindahkan barangan dari
pusat pengeluaran kepada
pengguna di lokasi pada masa

yang dikehendaki oleh
mereka.

4.4(b) Menghuraikan Tahap Saluran Pengedaran

(i) PENGELUAR PENGGUNA
Pengedaran

Langsung

(ii) PENGELUAR PEMBORONG PERUNCIT PENGGUNA
Pengedaran
Pemborongan

(iii) PENGELUAR PERUNCIT PENGGUNA
Pengedaran
Peruncitan

i) Pengedaran Langsung

PENGELUAR PENGGUNA

• Tidak mempunyai sebarang perantara @ orang tengah.

• Terdiri daripada satu syarikat yang menjual secara langsung
kepada pengguna.

• Selalunya bagi produk yg mudah rosak dan produk pengguna.

• Contoh : Tupperware menggunakan wakil penjual menjual
secara terus kepada pelanggannya.

• Kebanyakan perkhidmatan juga dijual secara terus oleh
pengeluar kepada pengguna seperti perkhidmatan gunting
rambut, mendandan, membuat baju, kaunseling dan bantuan
guaman.

ii) Pengedaran Pemborongan

PENGELUAR PEMBORONG PERUNCIT PENGGUNA

• Mengandungi dua tahap orang tengah (pemborong & peruncit)

• Sering digunakan oleh pengeluar kecil makanan, farmasi,
perkakasan rumah & keluaran-keluaran lain.

• Contoh: Syarikat Ramly Burger merupakan pengeluar produk
sejuk beku. Ramly Burger menggunakan pemborong untuk
memasarkan produknya. Peruncit akan membeli daripada
pemborong dan seterusnya menjual kepada pengguna.

iii) Pengedaran Peruncitan

PENGELUAR PERUNCIT PENGGUNA

• Mengandungi satu tahap orang tengah.

• Menggunakan peruncit sebagai perantara antara pengeluar dan
pengguna.

• Penglibatan peruncit memaksa pihak pengeluar membuka
gudang berhampiran peruncit. Ini dapat memendekkan masa
dan memudahkan urusniaga.

• Antaranya : pasaraya, gedung aneka jabatan, gedung perabot
dan kedai mudahbeli.

4.4(c) Menghuraikan Strategi Pengedaran

INTENSIF SELEKTIF EKSKLUSIF

Pengeluar Pengeluar Pengeluar

Pemborong Pemborong Peruncit
Terpilih
Banyak Peruncit 1
Peruncit Peruncit 2 Cth : Jam tangan Rolex
Peruncit 3
Cth : Coca-Cola
Cth : Sen Heng

(i) Pengedaran Intensif

• Pengedaran yang
merangkumi liputan yang
paling luas dan maksima.

• Pengeluar ingin
memastikan produk
mereka mudah didapati di
merata kedai.

• Sesuai untuk produk
pengguna seperti tisu,
minuman dan makanan
ringan serta sabun dan lain-
lain.



(ii) Pengedaran Selektif

• Strategi mengehadkan

pengedaran produk
kepada beberapa
perantara pemasaran di
sesuatu lokasi atau
kawasan.

• Sesuai untuk produk beli

belah, istimewa dan
industri.

• Contoh: Perabot (Fella

Design), alatan elektrik
(Sen Heng, Sen Q),
Peralatan sukan (al-
ikhsan).



(iii) Pengedaran Eksklusif

• Memberi hak
pengedaran secara
eksklusif (terpilih) kepada
penjual/pengantara
pemasaran di sesebuah
outlet atau di sesuatu
kawasan.

• Selalunya bagi produk
yang imejnya tinggi dan
berprestij.

• Contoh: kereta mewah
(Ferrari), butik pakaian
berjenama (Ferragamo),
beg (LV @ Louis Vuiton)

TAMAT


Click to View FlipBook Version