1
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900 TANJONG MALIM, PERAK.
BML3053
MORFOLOGI BAHASA MELAYU
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI :
PROSES PEMBENTUKAN KATA
TUGASAN BERKUMPULAN
NAMA PELAJAR NO. MATRIK
MUHAMAD KHUSAIRY BIN KASSIM D20181082356
AWANG AFFANDI AFFAN BIN AWANG AMAT D20181082334
SABRINA NATASHA BINTI ISMAIL D20181082330
MOHAMMAD SAFUAN D20181082364
MUHAMAD AMIRUL HAFFEZ BIN ABD RAZAK D20181082337
KUMPULAN KULIAH B
NAMA PENGAJAR ENCIK MOHD RA'IN BIN SHAARI
2
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI : PROSES PEMBENTUKAN KATA
2020
SABRINA NATASHA BINTI ISMAIL
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KESUSASTERAAN MELAYU)
DENGAN KEPUJIAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
AWANG AFFANDI AFFAN BIN AWANG AMAT
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KESUSASTERAAN MELAYU)
DENGAN KEPUJIAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
MUHAMAD KHUSAIRY BIN KASSIM
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KESUSASTERAAN MELAYU)
DENGAN KEPUJIAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
MOHAMMAD SAFUAN
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KESUSASTERAAN MELAYU)
DENGAN KEPUJIAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
MUHAMAD AMIRUL HAFFEZ BIN ABD RAZAK
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KESUSASTERAAN MELAYU)
DENGAN KEPUJIAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
3
KANDUNGAN Halaman
5
Bil Perkara 6
1.0 Pengenalan 6
2.0 Proses Pembentukan Kata 30
37
2.1 Proses Pengimbuhan 49
2.2 Proses Pemajmukan 63
2.3 Proses Penggandaan 64
2.4 Proses Pengakroniman
3.0 Penutup
4.0 Rujukan
4
1.0 Pengenalan
Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya. Ada bentuk
perkataan yang bersifat tunggal, contohnya rumah, tinggal dan putih. Di samping itu, terdapat
perkataan yang dibentuk hasil proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh
perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah meninggal dan meninggalkan; contoh
perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah putih telur dan rumah pangsa; dan
perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah putih-putih dan rumah-rumah. Bahasa
Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang tergolong ke dalam jenis bahasa aglutinatif
atau bahasa yang bersifat derivatif.
Jenis bahasa yang sedemikian membentuk kebanyakan perkataannya melalui proses
pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan secara rentetan
mendatar, iaitu imbuhan digabungkan serentak dengan kata dasar, sarna ada imbuhan itu
mendahului (awalan), menyisipi (sisipan) atau mengikuti (akhiran) kata dasar tersebut. Kata
dasar sambung, misalnya, dapat menerima serentak awalan, sisipan dan akhiran, seperti dalam
perkataan kesinambungan (ke- + s + -in- + ambung + -an). Bentuk perkataan yang tidak
menerima sebarang imbuhan, seperti sambung, digolongkan sebagai kat a tunggal, manakala
bentuk yang menerima imbuhan, seperti bersambung (ber- + sambung), sambungan (sambung
+ -an), dan kesinambungan (ke- + s + -in- + ambung + -an), disebut kata terbitan.
5
2.0 PROSES PEMBENTUKAN KATA
2.1 PROSES PENGIMBUHAN
Pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan kepada kata dasar untuk menerbitkan
perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya. Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri
daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar. Imbuhan tergolong dala empat
jenis, iaitu :
Pengimbuhan
Awalan Akhiran Apitan Sisipan
2.1.1 Imbuhan Awalan
Imbuhan awalan ialah imbuhan yang terletak di awal sesuatu kata dasar.
Imbuhan Awalan Kata Nama
a) Imbuhan awalan peN-
Awalan Varian
peN- pe-
pem-
pen-
peng-
penge-
pel-
per-
pen + datang - pendatang
Contoh:
Peguam bela tertuduh, Shah Rizal Abdul Manan, bagaimanapun merayu mahkamah
meletakkan satu jumlah ikat jamin minimum memandangkan tertuduh sudah digantung kerja
sementara sejak minggu lalu, selain gaji bulanan sebanyak RM1,900 hanya dibayar
separuh.
(Sumber : Akhbar Berita Harian, 29 April 2020)
6
Contoh:
Kerajaan akan menggubal undang-undang berkaitan pemandu mabuk bagi memastikan
individu yang melakukan kesalahan itu dijatuhkan hukuman lebih berat pada masa hadapan.
(Sumber : Akhbar Berita Harian, 3 Mei 2020)
b) Imbuhan awalan ke-
ke + hendak - kehendak
Contoh:
Kebanyakan barangan dalam talian yang bersifat kehendak adalah barangan import. Ini
akan menyebabkan wang disuntik keluar daripada aliran ekonomi domestik dan menjadikan
matlamat BPN kurang berkesan.
(Sumber : Akhbar Berita Harian, 28 April 2020)
c) Imbuhan awalan juru-
juru + bahasa - jurubahasa
Contoh:
Turut bersidang Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Lee Swee Seng dan Datuk Azizah
Nawawi. Terdahulu, peguam KF Ee yang mewakili ketiga-tiga perayu dilihat memulakan
hujahnya sebaik jurubahasa membacakan nombor kes.
(Sumber : Akhbar Berita Harian, 23 April 2020)
7
d) Imbuhan awalan maha-
maha + guru - mahaguru
Contoh:
“Malah kami juga dikehendaki mengikuti garis panduan termasuk menggunakan cara
penghantaran tanpa sentuhan di samping perlu menjalani saringan kesihatan," katanya yang
juga seorang mahasiswa di sebuah universiti awam.
(Sumber : Akhbar Sinar Harian, 21 April 2020)
e) Imbuhan awalan tata-
tata + buku - tatabuku
Contoh:
Jika dilihat dari segi keupayaan, pelajar pekak mempunyai kecerdasan kognitif sama seperti
pelajar normal. Namun, perkembangan pembelajaran menjadi sukar kerana mereka
menghadapi masalah bahasa dan komunikasi. Tatabahasa isyarat kod tangan berbeza
berbanding bahasa Melayu pertuturan.
(Sumber : Akhbar Berita Harian, 23 April 2020)
f) Imbuhan awalan pra-
pra + sejarah - prasejarah
Contoh:
Oleh itu, masyarakat perlu menghindari prasangka menyimpang. Jangan diburukkan episod
getir tanah air dengan dakyah yang tidak berpaut kepada kebenaran.
(Sumber : Akhbar Berita Harian, 23 April 2020)
8
g) Imbuhan awalan sub-
sub + sistem - subsistem
Contoh:
Beliau berkata, pihak terbabit turut berhasrat membeli PLUS pada harga jauh lebih rendah
daripada nilai sebenar, selain mahu membayar harga substandard kepada Khazanah, dan
menggunakan perbezaan harga pembayaran dan nilai sebenar sebagai diskaun tol kepada
rakyat.
(Sumber : Akhbar Berita Harian, 5 Oktober 2019)
h) Imbuhan awalan supra-
supra + segmental - suprasegmental
Contoh:
Muhyiddin mengambil perhatian bahawa ASEAN tidak akan menuntut bagi "satu formula
sesuai untuk semua" dalam melangkah ke depan. “Begitu juga, kami tidak akan menuntut
bagi kesamaan atau sebuah kerajaan ASEAN yang supranasional.”
(Sumber : Akhbar Berita Harian, 25 April 2015)
i) Imbuhan awalan dwi-
dwi + bahasa - dwibahasa
Contoh:
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 ada menyatakan enam ciri
utama diperlukan setiap murid untuk bersaing pada peringkat global.Ia membabitkan
pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan
kerohanian dan identiti nasional.
(Sumber : Akhbar Berita Harian,17 April 2020)
9
2.1.2 Imbuhan Awalan Kata Kerja
a) Imbuhan awalan meN-
Awalan Varian
meN- me-
mem-
men-
meng-
menge-
memper-
mem + bawa - membawa
Contoh:
Semua negara anggota Majlis Keselamatan menyokong usul Malaysia kecuali China, Angola
dan Venezuela yang berkecuali dan Russia yang melakukan veto menolak usul. Untuk
sesuatu usul diluluskan, ia perlu disokong sembilan anggota, di samping lima negara
anggota tetap Majlis Keselamatan iaitu Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK),
Perancis, China dan Russia harus bertindak untuk tidak memveto atau menolak usul yang
dibentangkan.
(Sumber : Akhbar Berita Harian, 2 Ogos 2015)
b) Imbuhan awalan beR- Varian
ber-
Awalan be-
beR- bel-
ber + serta - berserta
Contoh:
Tindakan Russia ini jelas tidak disenangi banyak pihak yang berasakan keadilan dinafikan.
Menteri Luar Australia, Julie Bishop menuduh Russia cuba melindungi penjenayah yang
menembak jatuh pesawat itu. Duta Besar AS ke PBB, Samantha Power juga menyatakan
kegagalan usul dibentuk menyebabkan keluarga mangsa akan bertambah sedih dan kecewa
kerana pihak yang bertanggungjawab gagal disiasat dan dibawa ke pengadilan.
(Sumber : Akhbar Berita Harian, 2 Ogos 2015)
10
c) Imbuhan awalan ter-
ter + masuk - termasuk
Contoh:
Sebarang bentuk kesilapan akan mengakibatkan kebanjiran pesakit di institusi kesihatan
yang kelengkapan dan kakitangannya mungkin terhad. Keharmonian terbentuk antara
pemimpin politik dengan saintis amat penting dalam menentukan tindak balas sesebuah
negara ketika krisis pandemik.
(Sumber : Akhbar Berita Harian, 1 Mei 2020)
d) Imbuhan awalan di-
di + susun - disusun
Contoh:
Sebahagian lokasi sekatan jalan raya di seluruh negara akan diatur semula ke lokasi lebih
strategik, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador. Beliau berkata, ia susulan
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin hari ini.
(Sumber : Akhbar Berita Harian, 1 Mei 2020)
e) Imbuhan awalan diper-
diper + cepat - dipercepat
Contoh:
Sebagai contoh peniaga kedai makan di Bera, memandangkan jam 8 malam sudah tiada
siapa keluar rumah, tuan punya kedai boleh menutup lebih awal daripada had waktu jam 10
malam kerana tiada keuntungan akan diperoleh sekiranya waktu operasi dipanjangkan
mengikut SOP.
(Sumber : Akhbar Sinar Harian, 3 Mei 2020)
11
Imbuhan Awalan Kata Adjektif
a) Imbuhan awalan ter-
ter + putih - terputih
Contoh:
Import meningkat 1.3 peratus kepada RM201.69 bilion. Lebihan dagangan pada suku
pertama 2020 bernilai RM36.99 bilion, 0.1 peratus lebih tinggi berbanding tempoh yang
sama tahun 2019. Ini adalah lebihan dagangan terbesar yang dicatatkan bagi suku pertama
sejak 2011.
(Sumber : Akhbar Berita Harian, 4 Mei 2020)
b) Imbuhan awalan te-
te + ringan - teringan
Contoh:
Pada 21 April lalu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, berkata tiada kes akibat
wabak itu di asrama pekerja asing yang memerlukan rawatan intensif kerana mereka pada
umumnya muda dan hanya menunjukkan gejala ringan.Bagaimanapun, Singapura,
walaupun negaranya bersaiz lebih kecil berbanding New York, merekodkan kematian
terendah akibat COVID-19 iaitu hanya 12 kes.
(Sumber : Akhbar Berita Harian, 27 April 2020)
c) Imbuhan awalan se-
se + cantik - secantik
Contoh:
Pentaksiran sebagai pembelajaran ini menggunakan aktiviti atau latihan untuk mengukur
keupayaan murid. Namun, pentaksiran dilakukan sendiri oleh murid. Penilaian sendiri dan
rakan sebaya membolehkan murid mengenal pasti kelemahan serta kekuatan dalam diri.
(Sumber : Akhbar Berita Harian,17 April 2020)
12
Aktiviti
1. Guru akan mengarahkan murid untuk melakukan aktiviti mengenal pasti imbuhan
awalan yang terdapat dalam lagu Arjuna Beta.
https://www.youtube.com/watch?v=iG_1quqLneU
Latihan Pengukuhan
A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Buku latihan murid-murid sedang _____ oleh cikgu Lim di bilik guru.
A peperiksaan
B pemeriksaan
C memeriksa
D diperiksa
2. Lori itu ______ dengan perlahan kerana muatannya yang banyak.
A pergerakan
B bergerak
C tergerak
D penggerak
3. Datuk saya ______ kambing dan lembu di kampungnya.
A menternak
B penternakan
C penternak
D berternak
4. Keputusan peperiksaan Jun Wen kali ini ______ berbanding dengan sebelumnya.
A setingkat
B tetingkat
C bertingkat
D meningkat
5. ______ yang terkenal itu mengacarakan majlis perasmian dengan baik sekali.
A Jurutaip
B Jururawat
C Juruwang
D Juruacara
13
6. Kami terkejut apabila alat ____ itu tiba-tiba berbunyi tanpa diketahui puncanya.
A mengesan
B pengesan
C berkesan
D terkesan
7. Pilih ayat-ayat menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
i. Restoran Jepun itu telah mengupah beberapa orang pekerja sambilan.
ii. Tiga orang pekerja syarikat itu telah dipecat.
iii. Muhaimin pekerja sebagai guru di sekolah rendah tersebut.
iv. Pelbagai insentif untuk pekerja telah dirangka oleh pihak kerajaan.
A i dan ii
B ii dan iv
C i, ii dan iii
D i, ii dan iv
B. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan
dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Mesin membuat mi segera yang dipamerkan di Ekspo Usahawan Muda Kebangsaan itu
ialah hasil reka cipta seorang pelajar Institut Kemahiran Mara.
(ii) Pelaksanaan projek memperlebarkan jalan raya merupakan usaha pihak kerajaan untuk
menaik taraf infrastruktur di kawasan luar bandar.
(iii) Encik Iskandar yang efisien dalam menjalankan tugas telah dipilih sebagai penerima
penganugerahan pekerja cemerlang.
Jawapan:
i. ________________________
ii. ________________________
iii. ________________________
14
2.1.2 Imbuhan Akhiran
Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang terletak di akhir sesuatu kata dasar.
Imbuhan Akhiran Kata Nama
a) Imbuhan akhiran -an
hari + an - harian
Contoh :
Orang ramai dinasihatkan agar tidak bimbang dengan bekalan makanan dan keperluan
harian sepanjang Ramadan kerana dijamin mencukupi," katanya pada sidang akhbar (Non-
Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) di sini hari ini.
(Sumber : Akhbar Sinar Harian, 3 Mei 2020)
b) Imbuhan akhiran -wan
sastera + wan - sasterawan
Contoh :
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang menjadi penghantar
makanan di restoran miliknya bersama Chef Ismail iaitu Restoran Rebung berkongsi
pengalamannya melaksanakan tugas tersebut.
(Sumber : Akhbar Sinar Harian, 28 April 2020)
c) Imbuhan akhiran -man
budi + man - budiman
Contoh :
Gayanya bersahaja dalam menuturkan kata-kata, namun setiap kali berbicara pasti tercuit
hati orang mendengarnya. Itulah kelebihan seniman bernama Hamid Gurkha sepanjang 60
tahun bergelar pelakon dan pelawak tanah air.
(Sumber : Akhbar Sinar Harian, 26 April 2020)
15
d) Imbuhan akhiran -wati
seni + wati - seniwati
Contoh :
Gimnas negara, Izzah Amzan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan
Keseluruhan manakala Olahragawan dirangkul atlet wushu, Si Shin Peng dan pemain
skuasy, Noor Ainaa Amani Ampandi bagi Olahragawati SSBJ.
(Sumber : Akhbar Berita Harian, 31 Oktober 2019)
e) Imbuhan akhiran -isme
sosial + isme - sosialisme
Contoh :
Kurikulum Bahasa Melayu cuba merealisasikan peranan bahasa ini sebagai bahasa
kebangsaan dan perpaduan rakyat. Hasratnya untuk membina integrasi nasional dan rasa
bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi serta pemikiran rakyat, selain
pemangkin semangat nasionalisme.
(Sumber : Akhbar Berita Harian, 17 Januari 2020)
f) Imbuhan akhiran -in
hadirin + in - hadirin
Contoh :
Kepada seluruh muslimin dan muslimat, gunakanlah bulan Ramadan ini sebaiknya untuk
tingkatkan amal ibadah di rumah, bermuhasabah diri dan bertawakal kepada Allah SWT.
Baginda turut mendoakan supaya semua rakyat dikurniakan keberkatan dan kerahmatan
untuk segera bangkit daripada bencana wabak yang melanda kini.
(Sumber : Akhbar Berita Harian, 24 April 2020)
16
g) Imbuhan akhiran -at
muslim + at - muslimat
Contoh :
Hadirin dan Hadirat Sekalian,
Sesungguhnya, dalam pengalaman dan pengamatan Beta di dua era pentadbiran semasa
Allahyarham Tun Razak dan kini YAB Dato' Sri Mohd Najib ada beberapa kesamaan yang
jelas dapat Beta perhatikan.
(Sumber : Akhbar Berita Harian, 12 Disember 2016)
h) Imbuhan akhiran -ah
ustaz + ah - ustazah
Contoh :
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kulai, Yahya Yusof, berkata bayi berkenaan
ditinggalkan ibu kandung selepas dilahirkan pada 25 Disember 2019 di Hospital Sultanah
Aminah (HSA) di Johor Bahru di sini.
(Sumber : Akhbar Berita Harian, 24 April 2020)
17
Imbuhan Akhiran Kata Kerja
a) Imbuhan akhiran -kan
buat + kan - buatkan
Contoh :
Bagi penumpang, Eksekutif Peruncitan, Aw Yong Hui, 27, pula berkata dia mengambil
langkah berjaga-jaga sepanjang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk ke
tempat kerja. Seperti hari ini, saya gunakan topeng dan pelindung muka sepanjang menaiki
tren kerana khuatir dengan kebarangkalian yang boleh berlaku sepanjang menggunakan
perkhidmatan ini.
(Sumber : Akhbar Berita Harian, 4 Mei 2020)
b) Imbuhan akhiran -i
duduk + i - duduki
Contoh :
Tanah Palestin yang terletak Baitulmaqdis di dalamnya digambarkan Allah SWT sebagai
pusat keberkatan atau centre of barakah. Ia menjadikan tanah ini istimewa. Allah SWT yang
telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di
Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk
memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya
Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui” (Surah Al-Isra, ayat 1).
(Sumber : Akhbar Berita Harian, 26 Februari 2020)
18
Aktiviti
1. Guru meminta murid untuk membentuk beberapa pasukan dan setiap satu pasukan
seramai 5 orang.
2. Guru mengemukakan satu imbuhan akhiran kepada ahli pasukan
3. Setiap ahli diberikan masa untuk berfikir kemudian membincangkannya dengan ahli
kumpulan yang lain secara berpasangan
4. Semua ahli pasukan diminta berkongsi jawapan mereka.
Latihan Pengukuhan
A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. ______ Kumpulan Bestari memang bernas dan sesuai dengan terma.
A Cadangan
B Bercadang
C Cadangan
D Mencadangkan
2. _______ derma yang dilakukan oleh badan kebajikan itu bertujuan untuk membantu anak
yatim.
A Pengutip
B Kutipkan
C Kutipan
D Mengutip
3. Tolong ____ perkara-perkara penting yang disampaikan oleh guru kelas.
A pencatat
B catatan
C catatkan
D dicatat
4. ______ cabaran itu dengan hati yang cekal.
A Berhadapan
B Hadapkan
C Hadapan
D Hadapi
5. Acara yang kami _____ semasa Hari Sukan ialah lompat tinggi.
A penyertaan
B menyertai
C peserta
D sertai
6. Kita menempuh beberapa ______ sebelum berjaya menamatkan perlumbaan.
A terhalang
B halangan
C penghalang
D menghalangi
19
B. Dalam petikan di bawah, terdapat dua kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada dua kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Kelantan dan Terengganu dikenal oleh industri songket dan batik. Industri ini ada daya
tarikan menyendiri khususnya dari segi cara penghasilannya. Pemprosesan kedua-dua
produk ini secara tradisional lebih tinggi nilainya berbanding dengan produk yang dihasilkan
oleh mesin automatik. Di samping itu, hanya bahan-bahan yang tulen digunakan bagi
penghasilan produk yang berkualiti.
Jawapan :
i. __________________
ii. __________________
20
2.1.3 IMBUHAN APITAN
Apitan ialah imbuhan yang ditambahkan serentak pada hadapan dan pada belakang kata
dasar, misalnya ke-... -an dalam kedudukan dan pe- ... -an dalam pedalaman (bahasa Melayu).
Apitan juga disebut imbuhan terbahagi. Apitan wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja
terbitan dan kata adjektif terbitan seperti yang disenaraikan berikut:
(i) Apitan kata nama.
(ii) Apitan kata kerja.
(iii) Apitan kata adjektif.
Kata
Nama
Apitan
Kata Kata
Kerja Adjektif
Formula Imbuhan Apitan
• kenalpasti per...an • Kenalpasti
kata dasar jenis kata
• senaraikan dasar
cth: imbuhan
Permulaan apitan kata nama
21
(i) Apitan Kata Nama Contoh
(pelaksanaan, perasaan, penyiaran)
Apitan Kata Nama (pembuatan, pembinaan, pemfitnahan)
1. pe- ... -an (pentakrifan, pendapatan, pencarian)
2. pem-... -an (penggunaan, pengkhayalan, pengairan)
3. pen- ... -an (pengehadan, pengesahan, pengesyoran)
4. peng-... -an (pesisiran, peperangan, pekarangan)
5. penge- ... -an (persalinan, perkuburan, permainan)
6. pe- ... -an (pelajaran)
7. per- ... -an (kelainan, kelebihan, kedukaan)
8. pel- ... -an
9. ke- ... -an
Contoh penggunaan apitan kata nama:
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional
UiTM (iCEPS), Prof Dr Azizul Halim Yahya, berkata MOOC ialah pemudah cara bagi
pelbagai kaedah pembelajaran yang dilaksanakan di UiTM.
(ii) Apitan Kata Kerja (Berita Harian, 22 April 2020)
Apitan kata kerja
Contoh
1. me-... -kan (memainkan, melukakan, menakutkan)
2. men- ... -kan (mendermakan, mentakrifkan, menzahirkan)
3. mem-... -kan (membaharukan, membaikkan,
memvariasikan)
4. meng- ... -kan (menggunakan, mengkhayalkan,
menghiraukan)
5. menge-... –kan
6. ber- ... –kan (mengepinkan, mengecamkan, mengetinkan)
7. ber- ... –an
(beralaskan, berlaukkan, berbajukan)
(berlanjutan, bermaafan, berjauhan)
22
8. di- ... –kan (dibiarkan, digunakan, dipisahkan)
9. me- ... –i (melalui, memasuki, menyedari)
10. men- ... –i (mencurigai, mendendami, menziarahi)
11. mem-... –i (membaharui, membohongi, mempercayai)
12. meng- ... –i (menganggotai, menggauli, mengekori)
13. di- ... –i (didekati, dimulai, diadili)
14. diper- ... –kan (diperdengarkan, diperlihatkan,
diperbahaskan)
15. diper-. .. -i (diperingati, diperbaharui)
16. memper- ... -kan (memperdengarkan, memperlihatkan,
memperjuangkan)
17. memper- ... –i (memperingati, mempercayai)
18. ke- ... –an (kehujanan, kehausan, kepanasan)
Contoh penggunaan apitan kata kerja:
Sebilangan besar daripada 850,000 Orang Asli Brazil tinggal di kawasan terpencil di
Amazon bagaimanapun dilaporkan mempunyai akses yang terbatas terhadap
penjagaan kesihatan.
(Berita Harian, 5 Mei 2020)
(iii) Apitan kata adjektif
Apitan Kata Adjektif Contoh
1. ke- ... -an (keinggerisan, kearaban, kecinaan)
Contoh penggunaan apitan kata adjektif:
Tidak perlulah kita menidakkan fakta, lihat saja pasar borong Selayang atau sekitar
kawasan Chow Kit, malah Jalan Petaling yang digelar ‘Chinatown’ sudah semakin
pudar ‘kecinaannya’ kerana hampir semua gerai diuruskan warga Bangladesh
(Berita Harian, 19 Mac 2019)
23
AKTIVITI
1.Pelajar diminta membuat 2 kumpulan besar kemudian berkumpul mengikut kumpulan masing-
masing. Guru akan memberikan kata yang mempunyai imbuhan apitan dan pelajar perlu meneka
dari manakah jenis apitan tersebut berdasarkan 3 jenis apitan kata di atas. Kumpulan yang
banyak meneka betul dikiran pemenang.
LATIHAN PENGUKUHAN
*Sila buka link di bawah dan jawab soalan-soalan yang telah diberikan
https://quizizz.com/admin/quiz/5d9d1f6e993e53001accf87c/kenali-imbuhan-apitan
24
2.1.4 IMBUHAN SISIPAN
Sisipan ialah sejenis imbuhan yang dimasukkan di tengah-tengah kata. Sisipan merupakan
salah satu imbuhan yang mengalami proses menyisip imbuhan dalam kata dasar. Imbuhan
sisipan yang terdapat dalam bahasa Melayu terdiri daripada -el-, -er-, -em-, dan -in-. Bentuk
sisipan tidak produktif lagi dalam pembentukan kata terbitan, dengan maksud, kata terbitan
baharu tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam
kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam perkataan - perkataan yang lain kecuali dalam
beberapa istilah yang baru dicipta. Sisipan bahasa Melayu dapat wujud dalam:
(i) Kata nama.
(ii) Kata adjektif.
(iii) Kata kerja.
Formula Imbuhan Sisipan
Kata -in-
Adjektif
Imbuhan
Sisipan -el-
, -er-, -em-
Kata Nama Kata Kerja
25
(i) Sisipan Kata Nama
Ada tiga bentuk sisipan kata nama, iaitu -el-, -er-, dan -em-, dan perbezaan bentuk-bentuk itu
bukan berdasarkan faktor fonologi tetapi faktor morfologi, iaitu kelainan bentuk itu bergabung
dengan kata dasar yang berlainan. Dalam penggunaan sekarang, bentuk sisipan tidak produktif
lagi; dengan itu, bolehlah dianggap perkataan yang bersisipan sudah membeku.
Kata Dasar Penambahan sisipan -el-
1. tapak telapak
2. kangkang kelangkang
3. kembung kelembung
4. kupas kelupas
5. tunjuk telunjuk
6. kemumur kelemumur
7. ganggang gelanggang
Kata Dasar Penampahan imbuhan sisipan -er-
1. kuping keruping
2. gigi gerigi
3. suling seruling
Kata Dasar Penambahan imbuhan sisipan -em-
1. kuning kemuning
2. kuncup kemuncup
3. gerlap gemerlap
26
Contoh penggunaan sisipan kata nama:
Katanya, dia membantu datuknya sejak berusia 15 tahun dan ia menyebabkan telapak
tangannya sudah kematu akibat menggenggam batang sabit untuk memotong rumput
manakala lengannya dipenuhi dengan kesan calar akibat terseret pada rumput tajam
itu.
(Harian Metro, 29 April 2020)
(ii) Sisipan kata kerja
Dalam bahasa Melayu tidak ada sisipan yang dapat membentuk kata kerja. Namun demikian,
bentuk perkataan yang terdiri daripada kata nama dan kata adjektif yang mengandungi sisipan
dapat dijadikan kata kerja melalui proses pengimbuhan seperti -el-, -er-, -em-.
Kata Dasar Penambahan imbuhan sisipan -el-
1. ge1etar menggeletar
2. gelabah menggelabah
3. jelajah menjelajah
4. selerak menyelerakkan
Kata Dasar Penambahan imbuhan sisipan -er-
1. serabut berserabut
2. keretot berkeretot
3. gerodak menggerodak
4. ker(e)lip berker(e)lip
Kata Dasar Penambahan imbuhan sisipan -em-
1. gemuruh bergemuruh
2. gemerlap bergemerlap
3. semerbak bersemerbak
27
Contoh penggunaan sisipan kata kerja:
Beliau berkata, ada juga individu mengalami serangan panik apabila ia mempunyai
gejala fizikal seperti sesak nafas, menggeletar, tekanan di dada, jantung berdebar-
debar, menggeletar, berpeluh atau hampir pengsan.
(Harian Metro, 3 Mei 2020)
(iii) Sisipan Kata Adjektif
Kata adjektif terbitan dapat juga dibentuk melalui gabungan kata dasar daripada jenis kata
adjektif, kata nama atau kata kerja dengan sisipan. Proses ini melibatkan empat jenis sisipan,
iaitu -em-, -el-, -er-, dan -in-. Bentuk-bentuk ini amat terhad dan tidak produktif sifatnya.
Kata Dasar Penambahan imbuhan -em-
1. guruh gemuruh
2. gilang gemilang
3. serbak semerbak
4. santan semantan
5. ketot kemetot
Kata Dasar Penambahan imbuhan -el-
1. serak selerak
2. gembung gelembung
3. geman geleman
Kata Dasar Penambahan imbuhan -er-
1. kelip ker(e)lip
2. godak gerodak
28
Contoh penggunaan sisipan kata kerja:
Sementara itu, Muhammad Hafiz berkata, walaupun akad nikah dijalankan dalam
suasana agak santai dan tidak ramai orang namun dia mengakui tetap berdebar-debar
serta gemuruh.
(Harian Metro, 22 April 2020)
Sisipan -in-
Setakat ini hanya terdapat satu kata terbitan yang terhasil dengan bentuk sisipan -in-, iaitu:
sambung = sinambung. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
Sastera Melayu moden ialah sastera sinambung daripada sastera Melayu
AKTIVITI
1. Guru meminta pelajar membuat 5 kumpulan dan setiap kumpulan perlu membuat sebuah
parodi babak drama di dalam mana-mana drama televisyen selama 5 minit dan dialog perlu
mengandungi sekurang-kurangnya 3 imbuhan sisipan. Guru akan menilai kumpulan manakah
melakukan persembahan yang terbaik dan akan diberi hadiah.
LATIHAN PENGUKUHAN
29
2.2 PROSES PEMAJMUKAN
Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk
yang terhasil membawa makna yang khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai
satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Misalnya,
kerusi rnalas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti 'yang'.
Sebaliknya pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung 'dan'.
Dalam bahasa Melayu bentuk kata majmuk seperti ini besar jumlahnya. Berdasarkan jenisnya,
kata majmuk dapat dibahagikan kepada tiga kelompok, seperti yang berikut:
i. Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas, contohnya:
Gambar rajah Biru laut Air hujan
Jalan raya Nasi minyak Terima kasih
Tengah hari Bom tangan
Bandar raya Alat tulis Jam tangan
Meja tulis
Dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran, contohnya:
Perdana Menteri Duta Besar Raja Muda
Penolong Pendaftar Ketua Menteri Setiausaha Politik
Profesor Madya Timbalan Ketua Naib Canselor
Pustakawan
Ketua Setiausaha Negara Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan
30
Contoh penggunaan kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas:
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata tempoh
pembayaran balik pinjaman bank yang dipanjangkan juga membolehkan peniaga kecil
sederhana mengurangkan implikasi kewangan selain menggunakan tempoh itu untuk
memulihkan perniagaan mereka.
(Berita Harian, 28 Mac 2020)
Penggunaan bentuk kata majmuk bebas yang digunakan sebagai gelaran atau jawatan.
“Kesan tapak kaki gajah dilihat menghala kearah Tanah Wakaf Majlis Agama Islam Johor
(MAJI) yang terletak berhampiran,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
(Sinar Harian, 8 Februari 2020)
ii. Kata majrnuk yang berbentuk istilah khusus, contohnya:
Model linear Garis pusat Telefon dail terus
Hak milik Lesung sendi Kanta tangan
Segi tiga Cari gali Reka bentuk
Lut sinar Mata pelajaran Kemas kini
Pita suara Urus setia Atur cara
Batu kapur Kertas kerja Darah panas
Contoh penggunaan kata majmuk yang berbentuk istilah khusus, contohnya:
Netizen dikenali Shaf berkata, pembasmi cecair itu adalah hak milik kerajaan dan
perkara sedemikian tidak wajar berlaku.
(Sinar Harian, 19 Mac 2020)
Seramai 10 calon sekolah itu yang muncul sekolah harian terbaik peringkat negeri
mencatatkan keputusan A+,A dan A- dalam semua mata pelajaran untuk SPM 2019
dengan 124 calon menduduki peperiksaan tersebut tahun lalu.
(Sinar Harian, 6 Mac 2020)
31
iii. Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, contohnya:
Kaki ayam Buah hati Duit kopi
Pilih kasih Makan angin Ringan tulang
Manis mulut Anak emas Ayam tambatan
Bulan madu Tumbuk rusuk Berat tangan
Contoh penggunaan kata makmuk yang mendukung maksud kiasan:
Semua pihak terutamanya pihak yang menyampaikan bantuan ini tidak boleh pilih kasih
dan haruslah adil.
(Sinar Harian, 2 April 2020)
Seorang pengunjung, Fitrah Udin, 30, berkata dia bersama tiga rakan yang tiba di
Kelantan pada Isnin lalu sempat mengunjungi pasar berkenaan untuk membeli buah
tangan sebelum pulang ke Temerloh hari ini.
(Sinar Harian, 18 Mac 2020)
2.2.1 BENTUK KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP
Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap
sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut temyata mengandungi dua
kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja bercantum sebagai satu perkataan. Bentuk-
bentuk kata tersebut ialah:
Antarabangsa Olahraga Jawatankuasa
Setiausaha Kerjasama Kakitangan
Matahari Bumiputera Beritahu
Tandatangan Suruhanjaya Sukarela
Warganegara Pesuruhjaya
Tanggungjawab
32
Contoh penggunaan kata majmuk yang telah mantap:
Berikutan kes paparan Jalur Gemilang salah, Presiden Persatuan Bola Keranjang
Malaysia (MABA), Datuk Lua Choon Hann secara sukarela mengambil cuti sementara
bagi memberi laluan kepada siasatan pihak berkuasa.
(Berita Harian, 1 Januari 2020)
Menurutnya, kesemua kematian terbaru itu melibatkan pesakit warganegara Malaysia
yang berusia 50 tahun ke atas serta mempunyai latar belakang penyakit kronik.
(Sinar Harian, 4 April 2020)
Selain bentuk kata majmuk yang dibincangkan di atas, terdapat sejumlah perkataan yang
bukan kata majmuk yang tergolong dalam golongan kata tertentu yang secara lazimnya dieja
bercantum, contohnya:
i) Kata nama: ii) Kata adjektif: iii) Kata sendi nama:
• dinihari • sukacita • daripada
• peribadi • dukacita • kepada
• perikemanusiaan
• peribahasa
iv) Kata hubung: • barangkali v) Kata tanya:
• kadangkala
• apabila • apakala • bagaimana
• manakala • walhal • kenapa
• padahal
• darihal
2.2.2 PENGGANDAAN KATA MAJMUK
Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. Contohnya:
Alat-alat tulis Gambar-gambar rajah Suku-suku kata
Ketua-Ketua Menteri Balai-balai raya Jirim-jirim organik
Menteri-Menteri Besar Penolong-Penolong Pendaftar Kapal-kapal terbang
Garis-garis pusat Model-model linearr Naib-Naib Canselor
33
Contoh penggunaan bentuk kata penggandaan kata majmuk:
Zulkifli berkata, berdasarkan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan
Perdana Menteri dalam Mesyuarat Khas bersama Menteri-Menteri Besar dan Ketua-
Ketua Menteri sebentar tadi, semua arahan yang dikeluarkan di peringkat negeri mestilah
selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan.
(Sinar Harian, 18 Mac 2020)
Ramai yang telah membanjiri balai-balai polis dan juga di perhentian-perhentian bas
untuk balik kampung seolah krisis ini bertukar menjadi mood raya.
(Sinar Harian, 18 Mac 2020)
Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap;
penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya:
Pesuruhjaya-pesuruhjaya Tandatangan-tandatangan Warganegara-warganegara
Jawatankuasa- Setiausaha-setiausaha Kakitangan-kakitangan
jawatankuasa
Contoh penggunaan bentuk kata penggandaan kata majmuk yang telah mantap:
Pengalaman saya sebagai pekerja dan ahli dalam beberapa jawatankuasa, saya sangat
sedih bila golongan agamawan yang hebat dan mempunyai kedudukan dalam
masyarakat juga tidak dapat menunaikan tanggungjawab-tanggungjawab dan amanah
dengan baik.
(Sinar Harian, 12 Januari 2020)
Tidak ada keseragaman mengenai hukum yang ditetapkan oleh jawatankuasa-
jawatankuasa syariah itu.
(Sinar Harian, 31 Mac 2020)
34
2.2.3 PENGIMBUHAN KATA MAJMUK
Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Pengimbuhan kata
majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu:
i. Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran
sahaja, ejaannya tetap terpisah. Contohnya:
Campur aduk → bercampur aduk Ambil alih → mengambil alih
Litar selari → berlitar selari Temu bual → ditemu bual
Daya serap → daya serapan Urus niaga → berurus niaga
Contoh penggunaan kata majmuk yang menerima imbuhan awalan sahaja
“Menerusi penggunaan, ia akan menambah baik (dari sudut) pemantauan. Kemungkinan
(penggunaan dron dan UAV) dalam sehari dua ini, boleh kami gunakan,” katanya ketika
ditemu bual RTM1 dalam program Selamat Pagi Malaysia hari ini.
(Sinar Harian, 23 Mac 2020)
Contoh penggunaan kata majmuk yang menerima imbuhan akhiran sahaja:
Menurutnya, setiap peniaga diberikan tempoh urus niagakan perniagaan mereka selama
15 minit sahaja setiap seorang pelanggan dengan kapasiti 30 orang dibenarkan masuk
untuk satu-satu jangka masa.
(Sinar Harian, 22 Mac 2020)
ii. apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya
menjadi bercantum. Contohnya:
Campur aduk → mencampuradukkan Daya serap → kedayaserapan
Satu padu → menyatupadukan Urus niaga → diurusniagakan
Contoh penggunaan kata majmuk yang menerima imbuhan yang merupakan apitan:
Semua penyedia e-pembayaran juga dinasihatkan untuk memastikan tiada gangguan
kepada semua pembayaran dan kemudahan pindahan wang yang diurusniagakan
menerusi e-dompet dan e-akaun pelanggan mereka.
(Sinar Harian, 17 Mac 2020)
35
AKTIVITI
Guru meminta seorang pelajar melakonkan kata majmuk yang terdiri daripada simpulan bahasa
dan meminta pelajar lain meneka apa simpulan bahasa tersebut dan maknanya sekali. Guru
akan menilai pelajar yang manakah terbaik dan akan diberi hadiah.
LATIHAN PENGUKUHAN
A. Garis kata majmuk dalam ayat di bawah.
1. Nenek moyang Kahirul telah banyak meninggalkan harta kepada ayahnya.
2. Sikapnya yang bertanggungjawab itu disegani oleh rakan-rakannya.
3. Pada hujung minggu, ayah membawa kami makan angin di pinggir Bandar.
4. Bagi melaksanakan program tersebut, mereka perlu meminta tandatangan-
tandatangan pihak atasan.
5. Ibu berasa kecil hati dengan sikap abang yang suka melawan cakapnya.
6. Farid dimarahi ayahnya kerana melihat matahari menggunakan mata kasar.
36
2.3 PROSES PENGGANDAAN
Proses penggandaan dalam bahasa Melayu merupakan proses yang menggandakan kata
dasar. Dalam proses sedemikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh ataupun
penggandaan separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan
rentak bunyi tertentu.
Di dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis proses penggandaan yang dapat kita ketahui
iaitu :
Bentuk kata
ganda
Penuh Separa Berentak
Kata Tunggal Kata Tunggal Berentak
vokal
Kata Kata Berentak
Berimbuhan Berimbuhan Konsonan
Berentak
Bebas
37
2.3.1 PENGGANDAAN PENUH
Penggandaan penuh dapat didifinisikan sebagai proses yang menggandakan keseluruhan kata
dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak.
Apabila penggandaan penuh kata, hanya kata dasar yang akan digandakan sama ada ianya
berimbuhan ataupun ianya hanya kata dasar tanpa berimbuhan.
i) . Penggandaan penuh kata tunggal.
Formula : kata dasar + kata dasar
Contoh dalam penggunaan ayat:.Gara-gara/Kira-kira
LONDON: Gara-gara takut dijangkiti wabak Covid-19, seorang wanita mencuci
barangan makanan yang dibelinya sebelum menyimpan dalam almari. Lapor
portal miror, teknik digunakan wanita itu tidak digalakkan kerana merendam
semua makanan dalam tab mandi dengan air panas.
Sumber : Harian Metro( 13 April 2020)
Pagi tadi, beliau dan anaknya, Nurul Izzah Anwar, dilihat memasuki Bangunan
Perdana Putra pada jam 10.25 padi dan beredar kira-kira sejam kemudian.
Sumber: Berita Harian( 19 Januari 2020)
ii) . Penggandaan penuh kata berimbuhan,
i. Dengan awalan
Formula : imbuhan + kata dasar
Contoh dalam penggunaan ayat:. Ketua-ketua/Pelatih-pelatih
“Terdapat keperluan untuk memastikan tempat dan lokasi itu tidak terlalu
banyak untuk mesyuarat tersebut supaya ia berjalan dengan lancar,” katanya
kepada Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) selepas
mempengerusikan mesyuarat pertamanya di kementerian itu dengan ketua-
ketua jabatan dan agensi di bawah bidang kuasanya, di sini, hari ini.
Sumber: Berita Harian Online (20 Mac 2020)
“Asrama ini sudah menempatkan pelatih-pelatih sejak dua minggu lalu dan
buat permulaan seramai 185 pelatih sudah ditempatkan di situ.
Sumber: Berita Harian Online (20 Mac 2020)
38
ii. Dengan akhiran
Formula: kata dasar + imbuhan akhiran
Contoh dalam penggunaan ayat:. Amalan-amalan/Fahaman-fahaman
“Saya juga tekankan supaya pengusaha dan pengendali makanan dapat menjaga
tahap kebersihan premis makanan disamping mempraktikkan dan
memperkukuhkan amalan-amalan yang baik dalam pengendalian makanan bagi
menangani keracunan makanan.”katanya
Sumber: Berita Harian( 30 Mac 2020)
“Beta tidak mahu Selangor menjadi pusat penyebaran ideologi dan fahaman-
fahaman sesat sebegini.
Sumber: Harian Metro(13 Januari 2020)
Iii. Dengan apitan
Formula :Imbuhan awalan+kata dasar+imbuhan akhiran-gandaan
Contoh dalam penggunaan ayat: Kementerian-kementerian/Persatuan-persatuan
“NCCIM akan terus bergiat aktif dan terbabit dengan kerajaan serta kementerian-
kementerian yang berkaitan untuk mengemukakan yang berkaitan untuk
mengemukakan isu dan perkara yang berkaitan dengan kelangsungan komuniti
perniagaan bagi menyokong ekonomi negara” katanya
Sumber: Berita Harian Online(12 Februari 2020)
“KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia(FOMCA)
menyifatkan pengumuman Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)
sebagai satu pakej ‘menyeluruh’ yang mengambil kira semua lapisan masyarakat.
Sumber: Harian Metro Online(19 Mac 2020)
39
AKTIVITI
Para pelajar diminta untuk melayari laman melihat video animasi yang disediakan
dalam link tersebut ( https://youtu.be/iwVyozNX21c ). Setelah itu, pelajar diminta
untuk menyenaraikan kata ganda yang digunakan di dalam animasi tersebut.
Penilaian guru adalah berdasarkan kuantiti kata ganda yang disenaraikan dan
ketepatan kata ganda tersebut.
LATIHAN PENGUKUHAN
A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
1. Adam__________ bersama kawan-kawan pada waktu rehat di sekitar Kantin Sekolah.
A. Berjalan-jalan
B. Mencari
C. Berenang
D. Mengutip
2. Ketua Menteri Negeri Sabah __________ dengan semua penduduk di Kampung Emas itu.
A. Huru-hara
B. Bersalam-salaman
C. Salam-salam
D. Bantu-membantu
3. Gabungan ___________ yang datang ke Kampung Pinang Sebatang itu merupakan
gabungan daripada berapa prsatun parti politik di malaysia.
A. Anak-anak
B. Persatuan-persatuan
C. Kemnterian-kementerian
D. Persatuan
4. Adam merupakan __________ di Kampung di Kampung Emas itu,
A. Bapa-Bapa
B. Warga emas
C. Budak-budak
D. Emak-emak
40
5. Ideanya telah ditolak __________ oleh majikannya.
A. Hidup-hiup
B. Bulat-bulat
C. Betul-betul
D. Terang-terang
B. Dalam setiap ayat di bawah, terdapa beberapa struktr ayat yag mengandungi kata ganda
penuh tunggal. Murid dikehendaki untuk mengenalpasti kata ganda penuh tunggal itu dan
Tulis jawapan di ruangan yang telah disediakan.
B. Setiap kata-kata yang dikeluarkan oleh arif merupakan aat yang kesat sehinggakan dia
menyingung perasaan kawannya sendiri.
C. Anak-anak ayam itu berjalan-jalan di sekitar rumahnya sambil mencakar tanah untuk
mencari makananya.
D. Sekolah SMK Stella Maris merupakan sekolah yang sanat sangat cemerlang dari segi
kurikulum dan kokurikulumnya kerana mereka mempunyai murid-murid yang sangat
berdisiplin pada setiap masa.
E. Budak-budak itu berlari sambil membawa sebiji buah oren yang diberikan oleh seorang
wanita ketka Sambutan Tahun Baru Cina.
I. __________________________________
II. __________________________________
III. __________________________________
IV. _________________________________
41
2.3.2 PROSES PENGGANDAAN SEPARA
Kata ganda separa berlaku apabila sebahagian kata dasar diulang. Kata ganda separa terdiri
darpada penggandaan kata tunggal dan penggandaan kata berimbuhan.
i) Penggandaan separa kata tunggal
Penggandaan jenis ini melibatkan kata dasar tunggal diulang dan melibatkan pengulangan suku
kata pertamanya serta letak penggulangan itu di depan kata dasar. Bunyi vokal dalam bentuk
penggandaan ini akan mengalami pelemahan, iaitu menjadi vokal e pepet.
Formula: Suku kata awal + kata dasar
Contoh dalam penggunaan ayat: Lelaki
TIGA lelaki termasuk seorang pelajar tingkatan lima mengaku bersalah di
Mahkamah Majistret Marang, hari ini kerana melanggar Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP). Dua tertuduh, Mohd Fadly Khalid, 39 dan Mohd Khairol Nizam
Daud,34,masing-masing didenda RM1000 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal
menjelaskan denda berkenaan.
Sumber: Harian Metro( 27 Mac 2020)
42
ii) Proses separa kata berimbuhan
a) Dengan awalan
Formula: Imbuhan awal + Kata kerja/Kata Adjektif
Contoh dalam penggunaan ayat: Berjaga-jaga/ Berajalan-jalan
SINGAPURA: Berikutan risiko kemasukan kes Covid-19 dari luar semakin
meningkat, Singapura akan melaksanakan langkah berjaga-jaga tambahan
terhadap semua pemegang Pas jangka panjang (LTP) yang memasuki atau
kembali ke republik itu.“Langkah ini akan berkuat kuatkuasa mulai jam 11.59
malam, pada 29,”menurut pihak berkuasa Imigresen dan pusat Pemeriksaan
(ICA), Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) dalam satu kenyataan bersama
di sini, hari ini.
Sumber: Berita Harian(23 Mac 2020)
“pada waktu siang, saya berjalan-jalan sekitar kawasan ini. Bila malam saya akan
datang ke sini untuk berehat dan tidur.
Sumber: Harian Metro(14 Januari 2020)
b) Dengan akhiran
Penghasilan kata ganda separa akhiran ini dilakukan dengan menambahkan imbuhan pada
bahagian belakang perkataan iaitu pada kata ganda yang kedua.
Formula : kata nama/kata kerja/Kata adjektif + Imbuhan akhiran
Contoh dalam penggunaan ayat:Sayur-sayuran/Besar-besaran
Tinjauan Harian Metro mendapati beberapa pasar raya sekitar Lembah klang dan
Selangor mula dipenuhi orang ramai sejak 8 pagi. Di pasaraya Tesco Puncak
Alam, barangan asas seperti bawang, Sayur-sayuran dan barang basah semakin
berkurangan,selain rak makanan dalam tin mulai kosong.
Sumber:Harian Metro(18 Mac 2020)
Aliran tunai yang agak tirus dan kejatuhan pendapatan akan mendorong banyak
perniagaan ke ambang kebankrupan, dan ini akan menyebabkan pemberhentian
secara besar-besaran serta pengurangan pekerjaan,katanya
Sumber :Berita harian (18 Februari 2020)
43
c) Dengan apitan
Penghasilan kata ganda apitan ini berlaku apabila terdapat imbuhan pada awal perkataan dan
akhir perkataan.
Formula: Imbuhan awalan + kata kerja/kata adjektif + Imbuhan akhiran
Contoh dalam penggunaan ayat : Bersalam-salaman
PUTRAJAYA: Suasana pilu menyelubungi kakitangan di Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini, apabila
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail datang mengucapkan selamat tinggal
susulan pembatalan lantikan jawatannya semalam. Dr Wan Azizah yang memuat
naik video perpisahan itu di akaun Facebook rasminya, dilihat bersalam-salaman
dengan kakitangan sejak Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum
Ke-14 (PRU-14) pada Mei 2018.
Sumber:Berita Harian( 30 Mei 2018)
44
2.3.3. Kata Ganda Berentak
Penggandaan berentak merupakan proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak
bunyi tertentu dalam seluruh kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar
digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan
pengulangan bunyi-bunyi demikian, maka penggandaan berentak dibahagikan kepada tiga jenis
iaitu pengandaan berentak pengulangan vokal, pengulangan konsonan dan bebas.
( i ).Penggandaan berentak pengulanagan vokal.
Formula: Kata dasar+kata dasar
Penggandaan jenis ini penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi
vokal tertentu.Contohnya,
Kata nama Kata Kerja Kata Adjektif
Hiruk-pikuk
Kuih-muih Cerai-berai
Lauk-pauk Gotong-royong
Sayur-mayur Bertandang-tandangan
Contoh penggunaan dalam ayat;
Presiden MNS, Professor Dr Ahmad Ismail, berkata ketika bergotong -royong yang
membabitkan 50 orang sukarelawan dalam membersihkan kawasan air ulu muda di
Kedah,
Berita Harian(10 Mac 2020)
Dengan kerjasama Selangor dan Hijrah Selangor, anda boleh menikmati juadah
istimewa di bulan Ramadhan ini seperti kuih koci dan pelbagai jenis kuih-muih lain.
Berita Harian( 27 April 2020)
45
( ii ). Penggandaan berentak penggulangan konsonan
Penggandaan jenis ini ialah penggandaan yang mempunyai ciri persamaan pada bunyi-
bunyi konsonan tertentu. Contohnya.
Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif
Kontang-kanting
Batu-batan Dolak-dalik
Contoh penggunaan dalam ayat:
Bagi yang suka mengambil gambar pemandangan seperti laut yang terdampar luas,
gunung-ganang memuncak tinggi dan air terjun jatuh menderu tidak perlu risau lagi
hasilnya tidak secantik yang diharapkan.
Berita Harian(1 Januari 2020)
(iii) Penggandaan berentak bebas
Penggandaan jenis ini ialah penggandaan yang tidak mengandungi persamaan ciri-ciri
persamaan pada bunyi vokal atau konsonan. Contohnya.
Kata nama Kata kerja Kata adjektif
Lintang-pukang
Ipar-duai Ulang-alik Simpang-siur
Anak-pinak
Contoh dalam penggunaan ayat:
Dalam kluster pengarang, seorang individu mempunyai gjala Covid-19 melakukan
perjalanan merentas beberapa negeri berjumpa saudara-mara sekali gus menjangkiti
15 kontak rapatnya sendiri.
Harian Metro:(22 April 2020)
46
AKTIVITI
Guru meminta semua pelajar untuk membentuk kumpulan seramai 4 orang satu
kumpulan. Para pelajar akan diberikan 4 kertas yang tertulis pelbagai kata ganda
dan semua ahli kumpulan perlu melekatkan kertas tersebut di dahi mereka tanpa
melihatnya. Kemudian, Kumpulan yang lain akan membantu kumpulan tersebut
dengan meneka kata ganda apakah yang berada di kertas tersebut dengan
menggunakan gaya tanpa suara. Kumpulan yang dapat meneka dengan tepat
akan memenangi aktiviti ini.
LATIHAN PENGUKUHAN
A. Berikut merupakan soalan aneka pilihan. Sila tandakan jawapan yang sesuai.
1.Saya berasa pening kepala apaila melalui jalan yang __________ itu.
A. Bengkak-bengkok
B. Robak-rabik
C. Kacau-bilau
D. Haru-hara
2. Badan saya terasa __________ setelah mandi air perigi yang sejuk itu.
A. Tawar-hambar
B. Segar-segar
C. Kusut-masai
D. Comot-momot
3. Encik Lokman mengawasi anak-anaknya yang sedang asyik _________ di pantai itu.
A. Mandi-manda
B. Mundar-mandi
C. Riuh-rendah
D. Kacau-bilau
4. Pak Dollah tahu ________ tentang isu politik negara walaupun dia tinggal di kawasan
pendalaman.
A. Lenggak-lenggok
B. Serba-serbi
C. Hiruk-pikuk
D. Simpang-siur
47
5. Rambut Apis __________ setelah bangun tidur.
A. Compang-camping
B. Kusut-masai
C. Huru-hara
D. Kelam-kabut
B. Berdasarkan kata ganda di atas, nyatakan jenis kata ganda tersebut mengikut jenis kata
ganda masing-masing.
a) Gotong-royong:________________________
b) Kuih-kuih: ______________________
c) Sayur-sayur: ____________________________
d) Bermain-main: _____________________________
e) Bebiri:__________________________
f) Kayu-kayan: ___________________________
g) Penderma-penderma:__________________________
h) Sebaik-baik: __________________________
1. Senaraikan 6 kata ganda penuh tunggal yang anda tahu.
2. Tandakan( / ) pada kata ganda separa kata tunggal yang betul
a) Lelaki ()
b) Berkali-kali ( )
c) Tetikus ()
d) Kekuda ()
e) Labi-labi ( )
f) Jejentik ()
g) Pepohon ( )
h) Perlantikan ( )
i) Dedaun ( )
j) Setinggi ( )
3. Nyatakan formula bagi proses pembentukan kata bagi kata ganda penuh.
48
2.4 PROSES PENGAKRONIMAN
Kata akronim adalah kata yang tergolong ke dalam kata tunggal. Kata akronim ialah perkataan
yang diterbitkan melalui proses penggabungan singkatan beberapa perkataan dan membentuk
satu perkataan yang utuh. Akronim juga ialah kata singkatan yang terbentuk dengan gabungan
huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu
rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan yang utuh. Bentuk -bentuk
singkatan yang dapat terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu. Umumnya, melalui
percantuman bunyi-bunyi pertama dalam sejumlah perkataan, atau percantuman bahagian-
bahagian daripada beberapa perkataan untuk membentuk satu perkataan baharu.
Terdapat lima jenis akronim dalam bahasa Melayu dan ada akronim yang terbentuk daripada
percantuman huruf daripada beberapa perkataan bahasa Inggeris, atau percantuman bahagian-
bahagian daripada beberapa perkataan bahasa Inggeris.
Gabungan huruf awal Gabungan suku kata dengan
beberapa perkataan suku kata daripada beberapa
Gabungan suku kata beberapa JENIS perkataan
perkataan dengan huruf awal AKRONIM
Gabungan bahagian-bahagian
perkataan kata secara bebas
Gabungan suku kata dengan Percantuman huruf daripada
perkataan penuh beberapa perkataan bahasa
Inggeris
49
( i ) Gabungan huruf awal beberapa perkataan
Akronim ini terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang lazimnya
terdiri daripada kata nama khas dan ditulis dengan menggunakan huruf besar keseluruhannya.
Formula :
AK (Akronim)
ha (huruf awal)
Contoh :
IPT : Institusi Pengajian TinggAi kronim huruf awal :
SPRM : Suruhanjaya Pencegahan RAaKs=uahha Malaysia
DUA kampus cawangan institusi pengajian tinggi (IPT) di Bintulu akan dijadikan
sebagai pusat kuarantin bagi merawat pesakit Covid-19 dalam masa terdekat ini.
“Jawatankuasa Penguruan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak sudah bersiap sedia
bagi menghadapi sebarang kemungkinan pertambahan pesakit Covid-19 19
sehingga pertengahan April ini,” katanya.
Sumber: MyMetro, Selasa, 31 March 2020.
Contoh Petikan 1
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan dakwaan
bantuan makanan daripada kerajaan Sabah yang dikatakan diseleweng. Pengarah
SPRM Sabah, S Karunanithy berkata, pihaknya sudah menerima maklumat
berkenaan isu itu dan satu pasukan petugas dan task force ditubuhkan di peringkat
negeri.
Sumber: MyMetro, Isnin, 30 March 2020.
Contoh Petikan 2
50