The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL TATABAHASA PEDAGOGI : PROSES PEMBENTUKAN KATA
Link berkaitan :
https://www.youtube.com/watch?v=iG_1quqLneU
https://quizizz.com/admin/quiz/5d9d1f6e993e53001accf87c/kenali-imbuhan-apitan
https://youtu.be/iwVyozNX21c

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhamad Khusairy, 2020-05-05 15:45:12

MODUL TATABAHASA PEDAGOGI : PROSES PEMBENTUKAN KATA

MODUL TATABAHASA PEDAGOGI : PROSES PEMBENTUKAN KATA
Link berkaitan :
https://www.youtube.com/watch?v=iG_1quqLneU
https://quizizz.com/admin/quiz/5d9d1f6e993e53001accf87c/kenali-imbuhan-apitan
https://youtu.be/iwVyozNX21c

AKTIVITI

1. Guru meminta pelajar menerangkan difinisi akronim gabungan huruf awal beberapa
perkataan secara ringkas.

2. Pelajar diminta menyenaraikan 2 perkataan akronim gabungan huruf awal beberapa
perkataan yang sering dilihat.

LATIHAN PENGUKUHAN

Soalan Aneka Pilihan

1. Sabrina mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris
______ yang terletak di Tanjung Malim.
A. UPENSULID
B. UNIPSI
C. UPSI
D. UNI PEN SULTAN IDRIS

2. Natasha pergi ke pejabat _________ (ADUN) di kampungnya untuk mendapatkan cop
pengesahan.

A. Ahli Dewan Undangan Negeri
B. Ahli Pejabat Pos Negeri
C. Anggota Rela Dalam Kampung
D. Anggota Dewan Untuk Pengesahan

3. Izzati mengikuti kursus kejuteraan radio di_________(IPTAR) untuk meningkatkan
prestasinya.

A. Pusat Seni dan Budaya
B. Institut Penyiaran Tun Abdul Razak
C. Dewan Bahasa dan Pustaka
D. Fakulti Bahasa dan Komunikasi

51

4. Pilih perkataan yang benar
i. MARDI
ii. UDA
iii. NATO
iv. UK Malaya

A. III, IV
B. I, II, III
C. I,IV
D. Semua diatas
5. Pilih perkataan yang manakah salah
A. TADIKA
B. JUSA
C. UDA
D. ABIM

52

( ii ) Gabungan suku kata dengan suku kata daripada beberapa perkataan
Akronim yang terbentuk ini adalah gabungan suku kata dengan suku kata beberapa perkataan,
dan ditulis dengan menggunakan huruf kecil keseluruhannya.
Formula :

AK (Akronim)
sk (suku kata)

Contoh : Akronim suku kata dengan suku kata

Pawagam : Panggung w: ayang gambar

Cerpen : Cerita Pendek AK = sk+sk

Pengumuman mengenai pembatalan tayangan filem itu dibuat syarikat produksi menerusi
akaun sosial mereka, Weibo. Semua syarikat produksi sepakat membanteras wabak
coronavirus daripada terus menular, memohon maaf kepada pawagam atas pembatalan
itu.

Sumber: Berita Harian, Jumaat, 24 Januari 2020

Contoh Petikan 1

Mula dikenali dengan sajak “Sesayup Jalan” yang dihasilkan pada 1974, Zurinah, 67,
mengembangkan bakatnya dengan menulis cerpen, novel dan puisi sehingga terhasilnya
kumpulan puisi “Menghadap ke Pelabuhan/Facing the Harbour”, 2010 terbitan Institut
Terjemahan dan Buku Malaysia.

Sumber: Berita Harian, Rabu, 27 April 2016
Contoh Petikan 2

53

AKTIVITI
1. Guru meminta pelajar bangun dan menyebutkan perkataan gabungan suku kata dengan
suku kata daripada beberapa perkataan yang diketahui secara rela.
2. Pelajar diminta membuat kumpulan seramai 5 orang ahli dan mencari serta menyenaraikan
10 perkataan gabungan suku kata dengan suku kata daripada beberapa perkataan.
LATIHAN
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan,
atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Contoh :
Pawagam = Saya pergi ke pawagam bersama kawan-kawan untuk menonton filem yang baru
ditayangkan itu.
i. Tadika

ii. Taska

iii. Cereka

iv. Hakis

v. Berdikari

vi. Jantina

54

( iii ) Gabungan suku kata beberapa perkataan dengan huruf awal perkataan
Akronim yang terbentuk ini adalah daripada gabungan suku kata dengan huruf awal perkataan
atau gabungan suku kata dengan suku kata. Oleh sebab yang terbentuk itu kata nama khas,
huruf pertamnya dieja dengan huruf besar.

Formula :

AK (Akronim)
sk (suku kata)
ha (huruf awal)

Contoh : Akronim suku kata dengan huruf

MARA : Majlis Amanah Rakyat awal :

UNIMAP : Universiti Malaysia PerlisAK = sk+ha

KUALA LUMPUR; Majlis Amanah Rakyat (MARA) memanfaatkan tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) dengan beralih kepada platform dalam talian bagi
menjalankan program latihan untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
serta usahawan meneruskan kelangsungan perniagaan masing-masing.

Sumber : Berita Harian, Rabu, 1 April 2020

Contoh Petikan 1

KANGAR; Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) mengungguli Pertandingan Pameran
Harta Intelek, Reka cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa di Bangkok, Thailand
(IPITEX 2020) yang berakhir kelmarin..

Sumber : Berita Harian, Sabtu, 8 Februari 2020

Contoh Petikan 2

55

AKTIVITI

1. Pelajar diminta menyanyikan lagu negaraku sambil menggerakan sebatang pen secara
bergilir-gilir dan apabila guru meminta pelajar berhenti, pelajar yang terakhir memegang pen
akan bangun dan menjawab soalan yang diberikan oleh guru.

2. Guru meminta setiap pelajar membuat satu akronim gabungan suku kata dengan huruf awal
perkataan atau gabungan suku kata dengan suku kata dengan menggunakan nama sendiri
untuk menunjukan pelajar faham tentang jenis akronim ini.

LATIHAN

Sila lengkapkan kotak yang telah disediakan dengan akronim gabungan suku kata dengan
huruf awal perkataan atau gabungan suku kata dengan suku kata.

Bil Perkataan Asal Akronim
1. Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
2. Berita Nasional Malaysia
3. Petroleum Nasional
4. Perusahaan Otomobil Nasional
5. Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
6. Universiti Tenaga Nasional

56

( iv ) Gabungan suku kata dengan perkataan penuh
Akronim yang terbentuk ini adalah daripada gabungan suku kata yang pertama ataupun
dihadapan dengan satu perkataan penuh. Perkataan yang terbentuk bukanlah kata nama khas.
Justeru itu, perkataan tersebut dieja menggunakan huruf kecil.

Formula :

AK (Akronim)
sk (suku kata)
pp (perkataan penuh)

Contoh : Akronim suku kata dengan perkataan
Hartanah : Harta tanah penuh :
Jenama : Jenis nama
AK = sk+pp

KUALA LUMPUR: Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) menghargai dan memberikan
sokongan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas serbuan yang dilakukan baru-baru
ini ke atas sesebuah syarikat yang didakwa menjalankan perniagaan agensi hartanah
yang tidak sah

Sumber : Berita Harian, Sabtu, 14 March 2020

Contoh petikan 1
Justeru, rangkaian produk kosmetik di bawah jenama dUCk Cosmetics memperkenalkan
rangkaian produk terbaharu dikenali All Covered Make-Up Foundation.

Sumber : Berita Harian, Khamis, 4 Oktober 2018

Contoh petikan 2

57

AKTIVITI

1. Pelajar diminta membuat nota ringkas berkaitan akronim gabungan suku kata dengan
perkataan penuh yang telah dipelajari untuk meningkatkan lagi kefahaman pelajar.

2. Setiap pelajar diminta menulis satu akronim di kertas masing-masing dan apabila telah siap
pelajar dikehendaki mencari pasangan yang menulis akronim sama dan membina satu ayat.

LATIHAN

Padankan perkataan asal dengan akronim gabungan suku kata dengan perkataan penuh yang
sesuai.

Perkataan Asal Akronim
Debu bunga Angkubah
Angka ubah Jalurah
Jalan lurah Debunga
Jentera tolak Jentolak
Pukul rata Purata
Debubunya
jualan
Jenterak
Angkah
Pukulta

58

( v ) Gabungan bahagian-bahagian kata secara bebas
Akronim yang terbentuk ini adalah daripada gabungan bahagian-bahagian kata secara bebas.
Bahagian-bahagian bebas ini dikatakan bebas kerana ianya boleh diambil sama ada kata itu
berada di hadapan, tengah mahupun di belakang sesuatu perkataan itu.

Formula :

AK (Akronim)

bhg2 k + b (bahagian-bahagian kata
bebas)

Contoh : Bahagian-bahagian kata bebas :

PUSPANITA : Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia
AK = bhg2 k+b

KEMENTAH : Kementerian Pertahanan

PENYANYI lagu Kalis Rindu, Elyana, berterima kasih atas usaha pihak Persatuan Suri &
Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) menubuhkan Tabung
Kanser Elyana untuk meringankan beban kewangan ditanggungnya.

Sumber : MyMetro, Khamis 19 April 2018

Contoh petikan 1

Ketua Perpustakaan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) Kolonel Khairuddin Mohd
Noor berkata, ATM menyambut baik tawaran Kedutaan Arab Saudi yang menaja kursus
bahasa Arab berkenaan yang dikendalikan oleh pengajar dari Sudan dan Syria.

Sumber : MyMetro, Isnin, 11 November 2019

Contoh petikan 2

59

AKTIVITI
1. Pelajar dikehendaki mencari perkataan akronim bahagian-bahagian kata secara bebas di
dalam surat khabar.

2. Pelajar dikehendaki memberi pandangan mengapakah terbinanya akronim bahagian-
bahagian kata secara bebas ini.

LATIHAN

Bulatkan Akronim bahagian-bahagian kata secara bebas yang betul.

jakim hospital Puspanita

UDA jengkaut perhilitan

Kementah hartanah asbut

radar laser hospital

60

( vi ) Percantuman huruf atau bahagian-bahagian daripada perkataan bahasa Inggeris.

Akronim yang terbentuk ini adalah daripada percantuman huruf daripada beberapa perkataan
bahasa inggeris, atau percantuman bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan bahasa
Inggeris. Selalunya, percantuman bagi huruf diambil pada huruf awal sesuatu perkataan namun
terdapat juga percantuman bahagian yang bebas diambil daripada bahagian sesuatu
perkataan.

Formula :

AK (Akronim)
c h (Percantuman huruf)
c bhg (Percantuman bahagian)

bI (bahasa Inggeris)

Contoh :
NATO : North Atlantic TPreearctyanOturgmaannizhautriuofnatau bahagian daripada bahasa

Inggeris :
MARDI : Malaysian Agricultural Research Development Institute

AK = c h /c bhg+bI

Kabul: Dua anggota tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) antara 10 orang
terbunuh dalam serangan bom oleh kumpulan Taliban di Kabul semalam.

Sumber : MyMetro, Jumaat, 6 September 2019
Contoh petikan 1

Sehubungan itu, pelawan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
(MARDI) untuk menyuntik inovasi dalam pembuatan apabila menawarkan teknologi
pemprosesan dodol menggunakan enzim bagi meningkatkan mutu dodol komersial
disambut dengan tangan terbuka.

Sumber : MyMetro, Ahad, 22 Disember 2019
Contoh petikan 2

61

AKTIVITI
1. Guru meminta pelajar menyenaraikan contoh lain bagi akronim percantuman huruf atau
bahagian daripada beberapa perkataan bahasa Inggeris yang diketahui.
2. Pelajar perlu memberi pandangan mengapa akronim ini digunakan sehingga kini.
LATIHAN
Isikan kotak kosong dengan akronim percantuman huruf atau bahagian daripada beberapa
perkataan bahasa Inggeris yang betul.
1. United Nations Educational Scientific and Organization

2. Radio detecting and ranging

3. Ligh amplification by stimulated emission of radiation

4. Federal Land Development Authority

5. Malaysian Agricultural Research Development Institute

62

3.0 PENUTUP
Morfologi merupakan aspek penting dalam tatabahasa bahasa Melayu.Tatabahasa pula

ialah perkara asas bagi sesuatu bahasa. Morfologi memfokuskankajian terhadap perkataan
dalam bahasa Melayu yang telah mengalami perkembanganyang pesat, terutamanya dalam
bidang kosa kata atau pembendaharaan kata yangmelibatkan perubahan bentuk-bentuk kata.

Dari segi pembentukan kata pula, kemunculan bunyi-bunyi baharu serta bentukimbuhan
baharu dalam bahasa melayu menyebabkan berlakunya pembentukan katabaharu dalam
bahasa Melayu. Hasil daripada perkembangan ilmu dan ikhtisas tertentu,imbuhan yang
berstatus imbuhan pada asalnya tidak dianggap imbuhan keranakeperluan mengayakan
perbendaharaan perkataan bahasa Melayu bagi mendukungistilah-istilah tertentu.

Melalui proses perancangan dan pembinaan bahasa yang dilaksanakan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka proses pembentukan kata menjadi tersusun dan terarah.Oleh hal inilah,
begitu banyak perkataan baharu terbentuk semasa dari semasa.

63

4.0 RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian. (2020, April 17). Pentaksiran holistik cungkil bakat generasi masa
depan. Berita Harian, p. 1. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/04/678131/pentaksiran-
holistik-cungkil-bakat-generasi-masa-depan

Abdul Rasid Jamian. (2020, January 17). Sistem pendidikan asas bina jati diri murid. Berita
Harian, p. 1. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/01/647461/sistem-
pendidikan-asas-bina-jati-diri-murid

AGENSI. (2020, April 27). COVID-19: Singapura paling terjejas di Asia selepas China,
India. Berita Harian, p. 1. https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2020/04/682316/covid-19-
singapura-paling-terjejas-di-asia-selepas-china-india

Ahmad Ismail. (2020, April 24). JKM cari waris bayi lelaki. Berita Harian,
p. 1. https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/04/681178/jkm-cari-waris-bayi-lelaki

Azwan Safbri. (2020, April 28). Bukan senang jadi 'rider', kata Dr Sheikh Muszaphar. Sinar
Harian, p. 1. https://www.sinarharian.com.my/article/81023/BERITA/Viral/Bukan-senang-jadi-
rider-kata-Dr-Sheikh-Muszaphar

BERNAMA. (2015, April 25). Muhyiddin garis dua prinsip pacu ASEAN. Berita Harian,
p. 1. https://www.bharian.com.my/node/49763

BERNAMA. (2016, December 12). Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
XIV. Berita Harian, p. 1. https://www.bharian.com.my/node/223125

BERNAMA. (2020, April 28). Beli barangan buatan Malaysia, bantu pulih ekonomi. Berita
Harian, p. 1. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/682784/beli-barangan-
buatan-malaysia-bantu-pulih-ekonomi

BERNAMA. (2020, April 21). Sejauh mana khidmat penghantaran barang selamat, bebas
Covid-19. Sinar Harian,
p. 1. https://www.sinarharian.com.my/article/79923/KHAS/Koronavirus/Sejauh-mana-khidmat-
penghantaran-barang-selamat-bebas-Covid-19

BERNAMA. (2020, May 1). Polis atur semula lokasi sekatan jalan raya. Berita Harian,
p. 1. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/684075/polis-atur-semula-lokasi-
sekatan-jalan-raya

Farah Marshita Abdul Patah. (2020, April 23). Perbicaraan mahkamah dalam talian catat
sejarah. Berita Harian,
p. 1. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/680613/perbicaraan-mahkamah-
dalam-talian-catat-sejarah

64

Hazniza Hussain, & Khairi Anwar Mohd Amin. (2020, May 3). Bekalan keperluan asas cukup:
Ismail Sabri. Sinar Harian,
p. 1. https://www.sinarharian.com.my/article/81777/KHAS/Koronavirus/Bekalan-keperluan-asas-
cukup-Ismail-Sabri

Hazwan Faisal Mohamad. (2020, May 4). Eksport suku pertama negara tertinggi dalam
sejarah. Berita Harian, p. 1. https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-
lain/2020/05/684990/eksport-suku-pertama-negara-tertinggi-dalam-sejarah

Kasa, A. R. (2020, February 26). Sejarah Baitulmaqdis jadi rebutan dunia. Berita Harian,
p. 1. https://www.bharian.com.my/rencana/surat-pembaca/2020/02/659337/sejarah-
baitulmaqdis-jadi-rebutan-dunia

Khairil Anwar Mohd Amin. (2020, May 3). Sesuaikan SOP PKPB dengan kerajaan Pusat. Sinar
Harian, p. 1. https://www.sinarharian.com.my/article/81745/KHAS/Koronavirus/Sesuaikan-SOP-
PKPB-dengan-kerajaan-Pusat

M Hifzuddin Ikhsan, & Dziyaul Afnan Abdul Rahman. (2020, May 3). Hukuman lebih berat untuk
pemandu mabuk. Berita Harian, p. 1.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/684712/hukuman-lebih-berat-untuk-
pemandu-mabuk

Mohamed Farid Noh. (2020, April 24). Ramadan kali ini lebih sukar - Sultan Johor. Berita
Harian, p. 1. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/681097/ramadan-kali-ini-
lebih-sukar-sultan-johor

Mohd Azizuddin Mohd Sani. (2020, August 2). Kuasa veto Russia penghalang tegakkan
keadilan MH17. Berita Harian, p. 1. https://www.bharian.com.my/node/71762

Muhammad Aminnuralif. (2020, April 26). Hamid Gurkha pernah tangkap komunis. Sinar
Harian, p. 1. https://www.sinarharian.com.my/article/80652/HIBURAN/Hamid-Gurkha-pernah-
tangkap-komunis

Muhammad Yusri Muzamir. (2020, May 4). COVID-19: Penumpang gagal patuhi SOP tidak
dibenarkan menaiki pengangkutan awam. Berita Harian,
p. 1. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/684980/covid-19-penumpang-gagal-
patuhi-sop-tidak-dibenarkan-menaiki

Naqib Nor Said. (2019, October 31). Mun Yee, Hup Wei, Farah dinobat ikon SSBJ. Berita
Harian, p. 1. https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2019/10/623614/mun-yee-hup-wei-
farah-dinobat-ikon-ssbj

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, & Abdul Hamid Mahmood.
(2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (3rd ed.). Dewan Bahasa dan
Pustaka. https://kupdf.net/queue/tatabahasa-
dewan_59098a9bdc0d606901959e81_pdf?queue_id=-
1&x=1588590323&z=MjAyLjQ1LjEzMy4yNDI=

65

Ruwaida Md Zain. (2020, April 29). Inspektor didakwa dua pertuduhan memperdagangkan
wanita mongolia. Berita Harian,
p. 1. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/04/682972/inspektor-didakwa-dua-
pertuduhan-memperdagangkan-wanita-mongolia
Shahril Ridza. (2019, October 5). Khazanah tidak berminat jual PLUS - Shahril Ridza. Berita
Harian, p. 1. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/614441/khazanah-tidak-
berminat-jual-plus-shahril-ridza
Siti Salwa Salleh. (2020, March 7). Sistem pendidikan khas bantu pelajar OKU kompetitif. Berita
Harian, p. 1. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/03/662805/sistem-
pendidikan-khas-bantu-pelajar-oku-kompetitif
Tengku Haziyamin Tengku Abdul Hamid. (2020, May 1). Keharmonian kerajaan, saintis
bendung COVID-19. Berita Harian,
p. 1. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/05/683798/keharmonian-kerajaan-saintis-
bendung-covid-19
Yusramizza Md Isa @Yusuff. (2020, April 3). PKP berteras undang-undang kesihatan awam,
bukan darurat. Berita Harian,
p. 1. https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2020/04/672405/pkp-berteras-undang-
undang-kesihatan-awam-bukan-darurat

66

MODUL TATABAHASA PEDAGOGI : PROSES PEMBENTUKAN KATA

2020

SABRINA NATASHA BINTI ISMAIL
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KESUSASTERAAN MELAYU)
DENGAN KEPUJIAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

AWANG AFFANDI AFFAN BIN AWANG AMAT
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KESUSASTERAAN MELAYU)
DENGAN KEPUJIAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

MUHAMAD KHUSAIRY BIN KASSIM
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KESUSASTERAAN MELAYU)
DENGAN KEPUJIAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

MOHAMMAD SAFUAN
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KESUSASTERAAN MELAYU)
DENGAN KEPUJIAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

MUHAMAD AMIRUL HAFFEZ BIN ABD RAZAK
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KESUSASTERAAN MELAYU)
DENGAN KEPUJIAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

67


Click to View FlipBook Version