Modul Pembentukan Efikasi Kendiri Kaunseling m-PEK Fatin nur ariesya abdul haris mohd mernan talling abdul haris hassan
m-PEK
ii Cetakan Pertama 2023 Hak cipta Terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat, sama ada dengan cara elektronik, gambar dan rakaman serta sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada penulis terlebih dahulu. Ditulis oleh: Mohd Mernan Talling Pensyarah Akademik IPG Kampus Perempuan Melaka. m-PEK: Modul Latihan Pembentukan Efikasi kendiri 2023
iii KANDUNGAN MUKA SURAT PENGENALAN.................................................................................................................1 m-PEK ..............................................................................................................................3 MATLAMAT MODUL........................................................................................................9 RASIONAL MODUL .........................................................................................................9 OBJEKTIF MODUL ........................................................................................................10 KUMPULAN SASARAN MODUL...................................................................................11 KERANGKA KONSEP PROSES PEMBENTUKAN EFIKASI KENDIRI, PEMBINAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TEORI KAUNSELING ........................................12 KERANGKA PELAKSANAAN PENGAJARAN BERBANTUKAN MODUL (m-PEK)...17 PELAKSANAAN PENGAJARAN BERBANTUKAN MODUL (m-PEK).........................18 PERANCANGAN DAN PERSEDIAAN...........................................................................21 1.1 Fasa Persediaan Pengajaran ..........................................................................21 1.2 Fasa Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran ........................................21 1.3 Fasa Penilaian Pengajaran..............................................................................21 BAHAGIAN 1: PENGETAHUAN TEORI ........................................................................22 Aktiviti 1: “Gallery Walk Digital” ..............................................................................23 Aktiviti 2: “Corporat Video” ......................................................................................27 Aktiviti 3: “Conference Session” .............................................................................33 BAHAGIAN 2: KEMAHIRAN TEORI..............................................................................38 Aktiviti 4: “Expert Show Time”.................................................................................38 Aktiviti 5: “Exercise Role Play” ................................................................................42 Aktiviti 6: “My First Session” ...................................................................................47 BAHAGIAN 3: EFIKASI KENDIRI..................................................................................52 Aktiviti 7: “My First Case”.........................................................................................52 Aktiviti 8: “My Real Session”....................................................................................56 PENUTUP.......................................................................................................................60 RUJUKAN.......................................................................................................................64 LAMPIRAN .....................................................................................................................66
1 PENGENALAN Corey (2001) menjelaskan bahawa ciri-ciri kaunselor yang efektif ialah individu yang mempunyai kesedaran kendiri, minat, pengetahuan dan kemahiran. Kesedaran kendiri bermaksud kaunselor berupaya membentuk nilai dan perasaan mereka untuk terus berkembang secara berterusan. Aspek minat pula, kaunselor menunjukkan minat dengan perkara-perkara yang berlaku di sekelilingnya dan berusaha untuk membina pengetahuan tentang disiplin yang lain. Aspek terakhir ialah pengetahuan dan kemahiran kaunselor. Aspek ini merujuk pada keupayaan kaunselor untuk mengaplikasikan teori psikologikal dan sentiasa melakukan latihan bagi meningkatkan kompetensi mereka. Selain itu, kaunselor juga perlu berkeupayaan untuk mengintegrasikan kecekapan pelbagai bidang ilmu yang ada dalam bentuk pengetahuan dan kemahiran. Pandangan ini adalah bersesuaian dengan pandangan sarjana lain, bahawa aspek pengetahuan dan kemahiran seseorang kaunselor merupakan ciri-ciri kaunselor efektif dalam proses membantu klien mereka (Zainal Abidin, 2004). Kecekapan profesional kaunselor berkait dengan komponen pengetahuan yang luas untuk menyediakan satu pendekatan sesuai dengan konsep perhubungan menolong (Stewart, Winborn, Johnson, Burks & Engelkes, 1978). Di samping itu, Gibson dan Mitchell (2003), berpendapat bahawa keberkesanan seseorang kaunselor perlu terdiri daripada beberapa faktor iaitu personaliti, latar belakang kaunselor, pendidikan formal, dan penglibatan diri dengan pelbagai aktiviti kaunseling yang bersifat profesional seperti perundingan, penyeliaan dan pendidikan berterusan. Cavanagh, Hogan dan Ramgopal (1995) pula menjelaskan bahawa selain faktor ilmu pengetahuan dan kemahiran serta teknik,
2 faktor personaliti juga merupakan elemen penting bagi membina kecekapan kaunselor. Pembentukan personaliti kaunselor yang kompeten secara umumnya didorong oleh tiga faktor utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan personaliti. Perkara ini selaras dengan pandangan Remley dan Herlihy (2013), iaitu pembinaan pengetahuan, kemahiran dan personaliti dalam kalangan pelatih kaunselor dapat meningkatkan kecekapan kaunseling. Pandangan tersebut diperkukuhkan lagi oleh Curry (2007) yang menghujahkan bahawa kejayaan suatu prestasi kaunseling bukan hanya didorong oleh faktor pengetahuan dan kemahiran, malah hal tersebut juga dipengaruhi oleh faktor kepercayaan diri iaitu efikasi kendiri. Bandura (1997), menyatakan bahawa efikasi kendiri merupakan trait dalaman yang bertindak sebagai pelengkap terhadap pembinaan pengetahuan dan kemahiran seseorang. Beliau berpendapat individu yang memiliki efikasi kendiri dapat membina kepercayaan diri untuk mengawal persekitaran dan mengurus perlakuan mereka dengan berkesan dalam menghadapi pelbagai situasi. Sehubungan dengan itu, efikasi kendiri merupakan elemen dalaman yang mempunyai perkaitan antara pengetahuan dan kepercayaan individu untuk melaksanakan tugas yang telah dipertanggungjawabkan (Daniels & Larson, 2001). Justeru, selaras dengan pandangan yang dijelaskan, intipati yang mendasari kompetensi dan keupayaan kaunselor didorong oleh tiga gabungan faktor iaitu pengetahuan, kemahiran dan trait dalaman (efikasi kendiri). Sehubungan dengan itu, m-PEK dibangunkan bertujuan membentuk efikasi kendiri bagi meningkatkan kemahiran penggunaan teori kaunseling dalam kalangan kaunselor pelatih yang mengikuti pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Bimbingan & Kaunseling melalui aktiviti pembelajaran aktif dan aktiviti pengajaran kelas berbalik
3 bagi kursus Teori Kaunseling. Oleh itu, modul ini mengandungi maklumat dan penerangan secara terperinci tentang proses pembentukan efikasi kendiri, pembinaan pengetahuan dan kemahiran teori yang melibatkan faktor luaran dan dalaman individu. Secara ringkasnya, modul ini menyediakan maklumat yang lengkap tentang aktiviti pembelajaran dan langkah-langkah pelaksanaan pengajaran berbantukan modul. Selain itu, modul ini juga terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu pengetahuan teori, kemahiran teori dan efikasi kendiri. Secara keseluruhannya, modul ini mengandungi lapan aktiviti yang melibatkan 25 jam interaksi secara bersemuka. m-PEK m-PEK adalah sebuah modul latihan pengajaran berbantukan fasilitator yang mengandungi pelan pengajaran bagi kursus Teori Kaunseling. Pelan pengajaran disediakan sebagai satu panduan untuk memudahkan proses pengajaran dapat disampaikan dengan secara berkesan (Dick & Reiser, 1989). Menurut Smith dan Ragan (2005) pelan pengajaran merupakan satu proses yang reflektif dan sistematik untuk membina prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi aspek rancangan pengajaran, bahan pengajaran, sumber maklumat dan penilaian. Oleh hal yang demikian, m-PEK dibangunkan bersama-sama oleh barisan pakar dalam bidang latihan kaunselor secara sistematik dengan menyediakan maklumat pelan pengajaran yang terdiri daripada beberapa elemen utama seperti hasil pembelajaran, isi kandungan pengajaran, aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan, media, teknologi dan bentuk penilaian.
4 Hasil pembelajaran modul; Pada akhir sesi pengajaran berbantukan modul pelajar dapat; i) mengenal pasti konsep dan prinsip Teori Realiti dan Pilihan (CTRT) secara umum dan spesifik dalam proses kaunseling; ii) mengaplikasi teknik CTRT secara sistematik dalam pengurusan kes; iii) membandingkan kelebihan dan limitasi teori (CTRT) dengan teori kaunseling yang lain; iv) mengadaptasi penggunaan pendekatan teori kaunseling (CTRT) mengikut keperluan kes klien; v) menilai keberkesanan pendekatan teori kaunseling (CTRT) dalam pengurusan kes klien; vi) memupuk kepercayaan diri untuk menggunakan teknik CTRT dalam pengurusan kes klien. Sementara itu, isi kandungan pengajaran berkaitan dengan teori kaunseling iaitu Teori Realiti (Teori Pilihan) yang terdiri daripada sub topik latar belakang teori, pandangan teori terhadap manusia, konsep asas, punca masalah, matlamat kaunseling, proses dan teknik, peranan kaunselor dan klien, kelebihan dan limitasi teori. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah berkonsepkan pendekatan pembelajaran aktif dan kelas berbalik seperti main peranan, simulasi, pemerhatian reflektif, perbincangan kumpulan, latihan amali, perkongsian bahan dan kuiz atas talian. Bahan, media dan teknologi pula terdiri daripada telefon pintar, komputer riba, LCD dan penggunaan beberapa jenis perisian seperti “Kahoot”, “Youtube”, “Whatsapp”, “Telegram” dan “Schoology”. Di samping itu, m-PEK juga menyediakan beberapa jenis bentuk penilaian iaitu tugasan secara individu dan berkumpulan. Oleh hal yang demikian, tujuan pelan rancangan pengajaran disediakan adalah untuk memudahkan proses pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai objektif pembelajaran iaitu membentuk efikasi kendiri, membina pengetahuan dan kemahiran penggunaan teori CTRT. Justeru, bagi mencapai objektif pembelajaran tersebut, proses pembangunan m-PEK dilakukan berasaskan kepada beberapa teori
5 dan model sebagai rujukan dan panduan terhadap proses pembentukan kepada efikasi kendiri, pembinaan ilmu pengetahuan yang berbentuk fakta dan kemahiran penggunaan teori kaunseling dalam sesi kaunseling individu. Secara umumnya, teori dan model paksi terhadap proses pembentukan efikasi kendiri, pengetahuan dan kemahiran penggunaan teori kaunseling melibatkan dua aspek utama iaitu luaran (external) dan dalaman (internal). Oleh yang demikian, Teori Konstruktivisme Sosial Teori Konstruktivisme Sosial (Lev Vigotsky, 1978), Model Pembelajaran Aktif Model Pembelajaran Aktif (L.D. Fink, 1999) dan Model Flipped Classroom (Enfield & State, 2013) merupakan teori dan model paksi kepada proses luaran yang dilalui oleh kaunselor pelatih untuk membentuk efikasi kendiri dan membina pengetahuan dan kemahiran penggunaan teori. Proses luaran merupakan rangsangan luaran yang diperoleh oleh pelajar melalui aktiviti pengajaran berbantukan m-PEK yang berkonsepkan pembelajaran aktif dan pengajaran kelas berbalik. Teori Konstruktivisme Sosial Teori Konstruktivisme Sosial (Lev Vigotsky, 1978) terdiri daripada tiga konsep utama iaitu persekitaran Zon Perkembangan Proksimal (ZPD), scaffolding, dan pembelajaran kendiri. Konsep ZPD dan scaffolding dilaksanakan dalam aktiviti pembelajaran amali apabila pelajar memerlukan bimbingan pensyarah dan rakan yang lebih cerdas untuk menguasai kemahiran penggunaan teori kaunseling dalam sesi kaunseling individu melalui aktiviti bimbingan pensyarah, perbincangan kumpulan kecil, simulasi dan main peranan. Konsep pembelajaran kendiri pula dilaksanakan semasa aktiviti sebelum kelas bermula dan aktiviti di luar kelas melalui aktiviti menganalisis video, mencari bahan, kuiz, refleksi kendiri, pemerhatian reflektif dan latihan amali di lapangan secara individu.
6 Model Pembelajaran Aktif (L.D. Fink, 1999) merupakan model pembelajaran yang dirangka untuk meningkatkan penglibatan pelajar secara aktif dan pembinaan pengetahuan dan kemahiran pelajar secara kendiri. Model ini melibatkan dua komponen utama iaitu pengalaman dan dialog. Komponen pengalaman terdiri daripada dua elemen iaitu pengalaman melakukan sesuatu (doing) dan pengalaman mengamati sesuatu. Pengalaman melakukan dilaksanakan dalam pembelajaran pelajar melalui aktiviti main peranan, simulasi, latihan amali berpasangan dan latihan amali secara individu, manakala pengalaman mengamati pula dilakukan melalui aktiviti menonton video, pemerhatian reflektif terhadap aktiviti simulasi, main peranan dan latihan amali secara berpasangan. Komponen dialog pula terdiri daripada dua elemen iaitu dialog dengan diri sendiri (dialogue with self) dan dialog dengan orang lain (dialogue with others). Dialog dengan diri sendiri dilakukan melalui aktiviti menjawab kuiz secara individu, menganalisis video, menganalisis kajian kes dan aktiviti merefleksi kendiri, manakala dialog dengan orang lain dilakukan melalui aktiviti perbincangan dalam kumpulan kecil dan besar, sesi soal jawab reflektif dan tugasan secara berkumpulan. Konsep pelaksanaan strategi pengajaran kelas berbalik yang dirangka oleh Enfield dan State (2013) terdiri daripada tiga langkah utama iaitu aktiviti sebelum kelas bermula, penilaian formatif dalam kelas dan aktiviti di dalam kelas. Kuiz, video dan perkongsian bahan dalam talian merupakan aktiviti yang dilaksanakan sebelum kelas bermula. Aktiviti kuiz dan sesi soal jawab reflektif pula dicadangkan bagi aktiviti penilaian formatif dalam kelas, manakala aktiviti pembelajaran aktif seperti pembelajaran koperatif, kolaboratif, penyelesaian masalah dan pembelajaran berasaskan pengalaman merupakan aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas. Sehubungan dengan itu, setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
7 terkandung dalam modul ini adalah disesuaikan dengan hasil pembelajaran bagi kursus Teori Kaunseling yang bersifat teori dan amalan kaunseling. Model Adaptive Control of Thought-Rational (ACT-R) dirangka oleh John Anderson (1973) pula merupakan model paksi terhadap proses dalaman pelajar membentuk efikasi kendiri, membina pengetahuan dan kemahiran penggunaan teori. Proses dalaman tersebut adalah merujuk kepada proses mental yang berfungsi sebagai pusat pemprosesan maklumat yang diperoleh daripada rangsangan luaran iaitu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbantukan m-PEK. Hal ini bermakna bahawa proses pembinaan pengetahuan dan kemahiran penggunaan teori kaunseling serta proses pembentukan efikasi kendiri dalam kalangan pelajar melibatkan proses yang berlaku dalam diri dan faktor rangsangan luaran yang mereka terima melalui aktiviti pembelajaran aktif dan aktiviti pengajaran kelas berbalik. Teori Kognitif Sosial (Albert Bandura, 1994) pula merupakan kerangka teori bagi tujuan pembentukanke efikasi kendiri. Teori ini mencadangkan empat sumber utama dalam pembentukan efikasi kendiri seseorang iaitu melalui aktiviti penyempurnaan pencapaian (enactive attainment), pengalaman secara pemerhatian atau langsung (vicarious experience), pujukan atau dorongan lisan (verbal persuasion), keadaan fisiologikal dan pembangunan emosi (physiological state). Keempat-empat sumber ini diintegrasikan secara langsung dalam aktiviti pembelajaran berasaskan pengajaran berbantukan m-PEK. Kesimpulannya, m-PEK dibangunkan secara menyeluruh dengan mengintegrasikan aspek luaran dan dalaman pelajar untuk membantu mereka membentuk efikasi kendiri. Di samping itu, modul ini juga dapat membantu pelajar membina pengetahuan dan kemahiran penggunaan teori kaunseling melalui sesi
8 pengajaran berbantukan modul yang menggunakan konsep pendekatan pembelajaran aktif dan strategi pengajaran kelas berbalik.
9 MATLAMAT MODUL m-PEK dibina untuk membangunkan personaliti kaunselor pelatih yang kompeten melalui proses pembentukan efikasi kendiri, pengetahuan dan kemahiran penggunaan teori kaunseling dengan menggunakan pendekatan strategi pengajaran berbantukan berkonsepkan pengajaran kelas berbalik dan aktiviti pembelajaran aktif bagi kursus Teori Kaunseling. RASIONAL MODUL Keyakinan kaunselor sekolah terhadap penggunaan teori kaunseling dalam amalan kaunseling merupakan satu isu penting yang perlu diberikan perhatian. Nor Shafrin dan Rohany (2013), menyatakan bahawa kaunselor yang mahir dalam penggunaan teori dapat meningkatkan tahap keyakinan diri terhadap profesionalismenya. Sehubungan itu, teori kaunseling merupakan komponen penting yang dapat membantu kaunselor melaksanakan sesi kaunseling dengan berkesan. Namun demikian, hasil kajian Nor Shafrin dan Rohany (2013) mendapati terdapat sebahagian kaunselor sekolah tidak menggunakan sebarang teori dalam sesi kaunseling kerana didorong oleh faktor tidak mahir dalam penggunaan teori kaunseling. Hasil kajian tersebut selaras dengan dapatan kajian oleh Zakaria (2010) mendapati min peratus pengetahuan teori kaunselor secara keseluruhannya adalah rendah, manakala sebanyak 1.7 peratus kaunselor sekolah tidak menggunakan sebarang teori, 9.5 peratus responden pula tidak menyatakan teori yang digunakan semasa mengendalikan sesi kaunseling. Hasil kajian ini juga mendapati kaunselor yang berpengetahuan tentang teori tidak semestinya mempunyai kefahaman yang tinggi terhadap sesuatu teori kaunseling. Oleh hal yang demikian, dapatan ini
10 menerangkan bahawa kaunselor mempunyai tahap pengetahuan baik tentang teori, tetapi mempunyai kefahaman yang rendah untuk mengaplikasikannya. Sementara itu, dalam konteks kompetensi kaunselor pelatih pula menunjukkan prestasi kemahiran teori kaunseling kaunselor pelatih secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana, manakala bilangan skor yang memperoleh markah tinggi hanya 14 peratus sahaja (Wan Marzuki, 2011). Cavanagh et al. (1995) berpendapat, proses pembinaan kecekapan kaunselor pelatih dipengaruhi oleh tiga faktor utama iaitu ilmu pengetahuan, kemahiran dan personaliti. Trait dalaman seperti efikasi kendiri merupakan elemen penting untuk membantu individu meningkatkan kompetensi dalam sesuatu bidang pekerjaan. Selain itu, efikasi kendiri juga dilihat sebagai komponen sokongan terhadap pembinaan pengetahuan dan kemahiran seseorang (Bandura, 1997). Justeru, modul ini dibangunkan untuk membantu kaunselor pelatih membentuk efikasi kendiri sebagai elemen nilai tambah bagi meningkatkan kecekapan dan keyakinan mereka mengendalikan sesi kaunseling individu dengan lebih efektif. OBJEKTIF MODUL i. Membina personaliti kaunselor pelatih yang kompeten melalui aktiviti pembelajaran modul latihan (m-PEK); ii. membentuk efikasi kendiri melalui aktiviti pembelajaran modul latihan (mPEK); iii. meningkatkan ilmu pengetahuan teori melalui aktiviti pembelajaran modul latihan (m-PEK); iv. meningkatkan kemahiran penggunaan teori kaunseling melalui aktiviti pembelajaran modul latihan (m-PEK).
11 KUMPULAN SASARAN MODUL Kaunselor pelatih dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Bimbingan dan Kaunseling di institut pengajian tinggi Malaysia.
12 KERANGKA KONSEP PROSES PEMBENTUKAN EFIKASI KENDIRI, PEMBINAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN TEORI KAUNSELING (Memori deklaratif) Pengetahuan deklaratif (Pengetahuan fakta) (Memori prosedural) Pengetahuan prosedural (Kemahiran amali) (Memori kerja) Memproses maklumat (Maklumat dunia luar) Aktiviti Pengajaran berbantukan Modul Pedagogi “T-CounSef” - Aktiviti pembelajaran aktif - Aktiviti pengajaran flipped classroom (Proses rasionalisasi) Aktiviti Reflektif (Tingkah laku) Berkeyakinan untuk mengaplikasi teknik/teori kaunseling dalam pengurusan kes (4) Penyesuaian (5) Pelaksanaan (7) Prestasi Dalaman Luaran (3) Pemerolehan semula (2) Penyimpanan (1) Pengekodan (6) Penilaian Kendiri Aktiviti 1. Gallery Walk Digital. 2. Corporat Video. 3. Conference Session Aktiviti 1. My First Case 2. My Real Session Aktiviti 1. Expert Show Time 2. Exercise Role Play 3. My First Session
13 Kerangka konsep di atas menerangkan proses pembentukan efikasi kendiri pengetahuan dan kemahiran penggunaan teori kaunseling dalam kalangan kaunselor pelatih. Kerangka konsep tersebut dirangka berasaskan Model Adaptive Control of Thought-Rational (ACT-R) (John Anderson, 1973), sebagai model paksi terhadap kerangka pemprosesan maklumat, pemerolehan pengetahuan dan kemahiran. Manakala Model Pembelajaran Aktif (L.D. Fink, 1999) dan Model Flipped Classroom (Enfield & State, 2013), pula sebagai model paksi terhadap pemilihan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menyediakan pelbagai maklumat bagi merangsang sistem kognitif untuk memproses sesuatu maklumat. Secara umumnya, proses pembentukan efikasi kendiri pengetahuan dan kemahiran penggunaan teori kaunseling melibatkan dua faktor utama iaitu aktiviti luaran dan aktiviti dalaman individu. Aktiviti luaran merujuk kepada aktiviti dunia luar (aktiviti pengajaran berbantukan modul) yang melibatkan domain psikomotor individu, manakala aktiviti dalaman pula merujuk kepada proses dalaman yang melibatkan domain kognitif dan afektif individu. Sehubungan dengan itu, pemprosesan sesuatu maklumat dilakukan melalui tujuh peringkat utama iaitu proses pengekodan, penyimpanan, pemerolehan semula, penyesuaian, pelaksanaan, penilaian kendiri dan prestasi. Di samping itu, pemprosesan maklumat turut melibatkan enam bahagian iaitu bahagian maklumat dunia luar, memori kerja, memori deklaratif, memori prosedural, proses rasionalisasi dan tingkah laku. Berdasarkan kepada konsep utama Model Adaptive Control of ThoughtRational (ACT-R) (John Anderson, 1973), semua maklumat awal, pengetahuan dan kemahiran yang terbentuk dalam memori deklaratif dan memori prosedural diperoleh daripada dunia luar. Oleh hal yang demikian, proses pemerolehan maklumat awal mengenai isi kandungan pengajaran teori kaunseling bermula dengan proses
14 pengekodan maklumat yang diperoleh daripada aktiviti pengajaran berbantukan modul yang menggunakan pendekatan pembelajaran aktif dan strategi pengajaran kelas berbalik bagi kursus teori kaunseling. Kemudian maklumat tersebut dihantar ke pusat pemprosesan maklumat di bahagian memori kerja yang berfungsi sebagai sistem kognitif yang menyimpan maklumat sementara waktu dan menguruskan maklumat yang lebih kompleks seperti pemahaman bahasa, pembelajaran, dan pemikiran (Baddeley, 1992). Justeru, dalam konteks kajian ini memori berkerja berfungsi sebagai pusat penyimpanan maklumat sementara dan mengurus maklumat tentang teori kaunseling yang diperoleh melalui aktiviti pembelajaran pelajar. Setelah itu, memori kerja melakukan proses penyimpanan maklumat ke dalam memori deklaratif yang berfungsi sebagai ingatan jangka masa panjang tentang sesuatu fakta dan peristiwa. Selain itu, memori deklaratif juga berfungsi sebagai satu sistem kognitif yang membentuk pengetahuan deklaratif yang bersifat fakta dan teori. Oleh itu, dalam konteks kajian ini, proses pembentukan pengetahuan deklaratif bertujuan untuk membina pengetahuan yang berbentuk fakta dan teori mengenai sesuatu konsep teori kaunseling dalam diri pelajar melalui aktiviti pembelajaran seperti kuiz, pemerhatian reflektif, perbincangan kumpulan, tugasan individu, tugasan kumpulan, sesi bimbingan oleh pensyarah dan perkongsian maklumat oleh pakar. Pengetahuan tersebut akan disimpan dalam memori deklaratif sebagai satu bentuk maklumat yang bersifat jangka masa panjang. Proses seterusnya, memori kerja melakukan proses pemerolehan semula terhadap maklumat (pengetahuan deklaratif) yang disimpan dalam memori deklaratif untuk diproses sebagai pembentukan maklumat dalam memori prosedural. Proses tersebut berlaku apabila memori kerja memperoleh maklumat yang bersifat kemahiran daripada aktiviti pembelajaran seperti menonton video dan pemerhatian reflektif. Pada
15 peringkat ini, memori kerja melakukan proses penyesuaian terhadap maklumat (pengetahuan deklaratif) tersebut bagi proses pembentukan pengetahuan prosedural dalam memori prosedural. Pengetahuan prosedural merupakan pengetahuan yang bersifat kemahiran dan amali, manakala memori prosedural pula adalah satu bentuk memori yang berfungsi untuk menukarkan pengetahuan deklaratif yang berbentuk fakta ke dalam pengetahuan prosedural yang berbentuk kemahiran dan amali. Sehubungan dengan itu, pengetahuan deklaratif teori kaunseling yang berbentuk fakta ditukar kepada pengetahuan yang berbentuk amali untuk membina kemahiran penggunaan teori kaunseling dalam diri pelajar. Secara umumnya, proses pembentukan pengetahuan prosedural (kemahiran penggunaan teori) di memori prosedural didukung oleh maklumat yang diperoleh melalui aktiviti pembelajaran seperti menonton video, pemerhatian reflektif sesi simulasi, bimbingan pensyarah dan tugasan rakaman video sesi kaunseling. Setelah proses penyesuaian dapat membentuk pengetahuan bersifat kemahiran dalam memori prosedural. Proses selanjutnya, memori prosedural memproses pengetahuan prosedural dan menghantar maklumat tersebut ke memori kerja melalui proses pelaksanaan. Proses ini membolehkan individu menterjemahkan pengetahuan prosedual (kemahiran) ke dunia sebenar dalam bentuk pelaksanaan amali. Pelajar akan menterjemahkan pengetahuan prosedural (kemahiran) dengan melakukan latihan amali dan mengaplikasikan teori kaunseling dalam pengurusan kes klien secara sebenar melalui aktiviti seperti main peranan, tugasan individu, latihan amali secara berpasangan dan latihan amali di lapangan secara individu. Secara ringkasnya, proses pembinaan pengetahuan dan kemahiran penggunaan teori kaunseling dalam diri pelajar dilakukan melalui proses pengekodan,
16 penyimpanan, pemerolehan semula, penyesuaian dan proses pelaksanaan, manakala proses pembentukan efikasi kendiri pula dilakukan melalui proses penilaian kendiri. Proses penilaian kendiri dilakukan pada bahagian proses rasionalisasi melalui aktiviti refleksi kendiri yang dilakukan oleh pelajar secara berterusan pada setiap akhir sesuatu sesi pengajaran. Aktiviti penulisan reflleksi kendiri dapat membantu pelajar mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri, menganalisis punca kelemahan diri, melakukan penambahbaikan dan membantu pelajar membuat keputusan untuk membantu mereka meningkatkan keyakinan mereka menggunakan teori kaunseling dalam situasi sebenar. Selain itu, aktiviti tersebut juga dapat memupuk kepercayaan diri dan memotivasikan diri pelajar untuk menggunakan teknik sesuatu teori kaunseling dalam pengurusan kes klien. Kesimpulannya, proses pembentukan efikasi kendiri, pengetahuan dan kemahiran penggunaan teori kaunseling melalui pembelajaran berbantukan modul ini dilakukan secara menyeluruh dengan melibatkan proses kognitif, afektif dan psikomotor melalui aktiviti pengajaran berbantukan modul yang menggunakan pendekatan pembelajaran aktif dan strategi pengajaran kelas berbalik.
17 AKTIVITI SEBELUM KELAS Konsep Pembelajaran • Pembelajaran kendiri • Komponen Dialog AKTIVITI DALAM KELAS Konsep Pembelajaran • ZPD & Scaffolding • Pembelajaran kendiri • Komponen Dialog • Komponen Pengalaman Aktiviti Pembelajaran • Kuiz • Soal jawab reflektif • Demonstrasi pengetahuan baharu (simulasi) • Aktiviti kumpulan (perbincangan) • Main peranan • Pemerhatian reflektif Aktiviti Pembelajaran (Perkongsian bahan atas talian) • Kuiz • Video • Nota kuliah • Artikel KERANGKA KONSEP PENGAJARAN B
AKTIVITI DI LUAR KELAS Konsep Pembelajaran • ZPD & Scaffolding • Pembelajaran kendiri • Komponen Dialog • Komponen Pengalaman HASIL PEMBELAJARAN • Efikasi kendiri • Pengetahuan dan kemahiran teori Aktiviti Pembelajaran • Amali berpasangan • Amali individu • Tugasan kumpulan • Tugasan individu • Refleksi kendiri • Perkongsian hasil tugasan atas talian BERBANTUKAN MODUL (m-PEK)
18 KONSEP PENGAJARAN BERBANTUKAN MODUL (m-PEK) Secara umumnya, strategi pelaksanaan pengajaran berbantukan modul (mPEK) melibatkan tiga peringkat iaitu aktiviti sebelum kelas, aktiviti di dalam kelas dan aktiviti selepas kelas. Konsep tersebut diadaptasi daripada Model Flipped Classroom (Enfield & State, 2013), manakala aktiviti pembelajaran pula diadaptasi daripada konsep dan prinsip dalam Teori Konstruktivisme Sosial Teori Konstruktivisme Sosial (Lev Vigotsky, 1978), Model Pembelajaran Aktif (L.D. Fink, 1999). Sehubungan dengan itu, pemilihan kandungan, aktiviti pembelajaran dan pelaksanaan pengajaran modul terhasil daripada gabungan konsep dan prinsip yang terkandung dalam teori dan model tersebut. Konsep pembelajaran konstruktivis dan pendekatan pembelajaran aktif merupakan paksi terhadap aktiviti pembelajaran dan diintegrasikan dengan konsep kelas berbalik sebagai platform pelaksanaan pengajaran modul. Secara keseluruhan, m-PEK terdiri daripada lapan aktiviti yang melibatkan 23 jam pembelajaran secara bersemuka. Setiap aktiviti pengajaran yang dilaksanakan melibatkan tiga peringkat aktiviti iaitu aktiviti sebelum kelas bermula, aktiviti semasa di dalam kelas dan aktiviti selepas kelas. Aktiviti sebelum kelas bermula, merujuk pada aktiviti persediaan awal sebelum sesuatu pembelajaran formal dijalankan. Aktiviti ini memberi pendedahan awal terhadap isi kandungan pengajaran dan maklumat aktiviti pembelajaran formal yang bakal dilaksanakan. Aktiviti pembelajaran ini dapat membantu pensyarah dan pelajar menjimatkan masa melakukan aktiviti yang sepatutnya dilaksanakan di dalam kelas tetapi dilakukan sebelum kelas formal dijalankan misalnya menonton video secara dalam talian dan proses praperbincangan dapat dilakukan. Sehubungan dengan itu, aktiviti tersebut memberi ruang kepada pensyarah dan pelajar untuk memberi fokus terhadap aktiviti di dalam kelas misalnya melakukan perbincangan lebih mendalam tentang kandungan video yang dikongsi
19 secara atas talian. Di samping itu, aktiviti ini juga menjadi satu platform kepada pensyarah untuk memberi rangsangan awal bagi meningkatkan tahap kesediaan pelajar melibatkan diri dengan aktiviti di dalam kelas kerana pelajar mempunyai masa yang cukup untuk meneroka kandungan pengajaran dan membuat jangkaan awal tentang hasil pembelajaran yang ditetapkan. Konsep aktiviti pembelajaran pada peringkat ini adalah berkonsepkan pembelajaran kendiri dan interaksi sosial secara maya seperti perkongsian maklumat (kuiz dan soalan tugasan) dan perkongsian bahan dalam talian (video, nota dan artikel) dengan menggunakan perisian tertentu. Peringkat kedua adalah pelaksanaan aktiviti pembelajaran di dalam kelas yang merujuk pada aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara formal. Aktiviti tersebut lebih bersifat kepada pemprosesan maklumat secara mendalam untuk membina ilmu pengetahuan, kemahiran dan membentuk efikasi kendiri pelajar dengan bimbingan pensyarah. Sehubungan dengan itu, konsep pembelajaran pada peringkat ini adalah berkonsepkan pembelajaran aktif seperti pembelajaran kendiri, interaksi sosial dan pendedahan pengalaman dunia sebenar melalui aktiviti kuiz, soal jawab reflektif, simulasi, role play, perbincangan kumpulan dan pemerhatian reflektif. Peringkat terakhir adalah aktiviti pembelajaran di luar kelas yang merupakan aktiviti pengukuhan terhadap pembentukan efikasi kendiri, pengetahuan dan kemahiran pelajar yang sebelumnya dilaksanakan di dalam kelas. Secara khususnya, pelaksanaan aktiviti di luar kelas dijalankan berdasarkan dua situasi. Situasi pertama, aktiviti di luar kelas dilaksanakan setiap kali sesuatu aktiviti pengajaran di dalam kelas selesai dijalankan seperti menyelesaikan tugasan kumpulan, menulis refleksi kendiri dan membuat perkongsian hasil tugasan dalam talian setelah sesuatu aktiviti pengajaran dijalankan. Situasi kedua, merujuk pada pelaksanaan aktiviti di luar kelas secara sepenuhnya di luar kelas tanpa melibatkan aktiviti pengajaran di dalam kelas
20 seperti menjalani latihan amali di lapangan. Aktiviti ini lebih bersifat pembelajaran secara praktikal iaitu mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran sedia ada ke dalam dunia sebenar. Aktiviti pembelajaran ini merupakan satu kaedah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar bagi meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam menterjemahkan ilmu pengetahuan yang diperoleh daripada aktiviti pembelajaran di dalam bilik kuliah kepada situasi sebenar. Di samping aktiviti pembelajaran aktif dan kelas berbalik sebagai faktor rangsangan luaran terhadap pembentukan efikasi kendiri, pengetahuan dan kemahiran penggunaan teori. Modul ini juga mengambil kira aspek dalaman, proses tersebut seperti yang telah diterangkan dalam kerangka konsep proses pembentukan efikasi kendiri, pengetahuan dan kemahiran penggunaan teori. Elemen dalaman tersebut melibatkan proses kognitif dan emosi sebagai faktor dalaman yang merangsang diri pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk menggunakan teori dan teknik kaunseling dalam sesi kaunseling. Justeru, setiap konsep dan prinsip yang terkandung dalam aktiviti Modul mPEK direka bentuk berdasarkan integrasi Teori Konstruktivisme Sosial (Lev Vigotsky, 1978), Model Pembelajaran Aktif (L.D. Fink, 1999) dan Model Flipped Classroom (Enfield & State, 2013) sebagai paksi terhadap aktiviti luaran, manakala Model Adaptive Control of Thought-Rational (ACT-R) (John Anderson, 1973) dan Teori Kognitif Sosial (Albert Bandura, 1994) merupakan paksi terhadap prinsip aktiviti dalaman pelajar untuk membentuk efikasi kendiri, pengetahuan dan kemahiran penggunaan teori. Semua teori dan model dipilih atas pertimbangan kesesuaian dan keperluan hasil pembelajaran kursus Teori Kaunseling yang memerlukan integrasi elemen kognitif, afektif dan psikomotor bagi meningkatkan keyakinan pelajar menggunakan teori kaunseling dalam sesi kaunseling individu.
21 PERANCANGAN DAN PERSEDIAAN Sebelum memulakan sesi pengajaran berbantukan modul (m-PEK), pensyarah disarankan untuk menitikberatkan perkara-perkara berikut: 1.1 Fasa Persediaan Pengajaran i. Memilih dan menetapkan objektif pengajaran. ii. Menyediakan dan memilih media yang sesuai dengan keperluan aktiviti pembelajaran seperti (Komputeriba, LCD, Speaker, Skrin, Telefon Pintar, Wifi). iii. Memuat naik beberapa perisian seperti Telegram, Schoology, Kahoot dan Whatsapp dengan menggunakan telefon pintar. iv. Membuka akaun Schoology, Telegram, Kahoot dan Whatsapp sebagai saluran perhubungan dan perkongsian maklumat. v. Menyediakan fizikal dan persekitaran bilik kuliah yang sesuai dengan aktiviti pembelajaran. vi. Menyediakan bahan pengajaran seperti nota kuliah, video dan artikel kajian kes. 1.2 Fasa Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran i. Melaksanakan aktiviti pembelajaran berasaskan pendekatan pembelajaran aktif. ii. Melaksanakan sesi pengajaran berasaskan konsep strategi pengajaran kelas berbalik iaitu sebelum kelas, di dalam kelas dan selepas kelas. 1.3 Fasa Penilaian Pengajaran i. Menyediakan soalan kuiz, tugasan individu dan tugasan kumpulan. ii. Menyediakan rubrik bagi menilai hasil tugasan.
22 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MODUL (m-PEK) AKTIVITI 1 “GALLERY WALK DIGITAL” Pembentukan Pengetahuan Teori Aktiviti Pembelajaran • Kuiz • Penghasilan nota i-Think digital • Gallery Walk • Perbincangan kumpulan • Penulisan refleksi kendiri AKTIVITI 2 “CORPORAT VIDEO” Pembentukan Pengetahuan Teori Aktiviti Pembelajaran • Tayangan Video • Penghasilan Video korporat • Sesi Persembahan Video • Soal-jawab bersama Pakar • Penulisan refleksi kendiri AKTIVITI 3 “CONFERENCE SESSION” Pembentukan Pengetahuan Teori Aktiviti Pembelajaran • Menonton video • Sesi persidangan akhbar • Rakaman video • Soal jawab reflektif • Penulisan refleksi kendiri AKTIVITI 4 “EXPERT SHOW TIME” Pembentukan Kemahiran Teori & Pemupukan Efikasi Kendiri Aktiviti Pembelajaran • Kuiz • Rakaman Video • Sesi Simulasi Pakar • Penulisan refleksi kendiri AKTIVITI 5 “EXERCISE ROLE PLAY” Pembentukan Kemahiran Teori & Pemupukan Efikasi Kendiri Aktiviti Pembelajaran • Soal jawab reflektif • Artikel Kajian Kes • Main peranan • Rakaman Video • Penulisan refleksi kendiri AKTIVITI 6 “MY FIRST SESSION” Pembentukan Kemahiran Teori & Pemupukan Efikasi Kendiri Aktiviti Pembelajaran • Soal jawab reflektif • Latihan amali sesi individu • Analisis rakaman video sesi • Sesi simulasi • Pemerhatian reflektif • Penulisan refleksi kendiri AKTIVITI 7 “MY FIRST CASE” Pembentukan Efikasi Kendiri Aktiviti Pembelajaran • Soal jawab reflektif • Latihan amali sesi individu secara berpasangan • Rakaman Audio • Pemerhatian reflektif • Kuiz • Penulisan refleksi kendiri AKTIVITI 8 “MY REAL SESSION” Pembentukan Efikasi Kendiri Aktiviti Pembelajaran • Soal jawab reflektif • Latihan amali sesi kaunseling berfokus • Rakaman Audio • Perkongsian refleksi • Penulisan refleksi kendiri
23 BAHAGIAN 1: PENGETAHUAN TEORI Aktiviti 1: “Gallery Walk Digital” Tajuk Teori Realiti (Teori Pilihan) - CTRT Sub tajuk 1. Latar belakang teori 2. Pandangan terhadap manusia 3. Konsep asas 4. Punca masalah 5. Matlamat kaunseling Hasil Pembelajaran Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini, pelajar akan dapat: 1. menganalisis latar belakang dan konsep asas CTRT 2. membandingkan pandangan CTRT terhadap manusia dengan teori lain 3. membanding beza punca masalah berdasarkan pandangan CTRT dengan teori lain, dan 4. menilai kekuatan dan kelemahan matlamat kaunseling CTRT. Peruntukan Masa Dua Jam Bahan / Alat Telefon pintar, komputeriba Perisian / Aplikasi Telegram, Schoology, Kahoot
24 Kandungan Aktiviti Sebelum Kelas 1. Memuat naik nota ringkas tentang isi kandungan pembelajaran (Schoology). 2. Pelajar dikehendaki membentuk lima kumpulan kecil (Telegram). 3. Pensyarah mengagihkan satu sub tajuk kepada setiap kumpulan, sub tajuk adalah seperti berikut: a. Menganalisis latar belakang dan konsep asas CTRT yang meliputi Identifying basic needs, Explore quality world, Checking filter. b. Menganalisis latar belakang dan konsep asas CTRT yang meliputi Perceived world, Scale weighing and road journey, Total behaviour. c. Membandingkan pandangan CTRT terhadap manusia dengan teori REBT, Gestalt, Behaviour dan Humanistic. d. Membanding beza punca masalah berdasarkan pandangan CTRT dengan teori REBT, Gestalt, Behaviour dan Humanistic. e. Menilai kekuatan dan kelemahan matlamat kaunseling CTRT. 4. Pelajar dikehendaki membincangkan isi kandungan sub tajuk secara berkumpulan. 5. Pelajar dikehendaki menghasilkan nota i-Think digital dalam bentuk powerpoint secara berkumpulan. Nota: Semua proses dan aktiviti di atas dilakukan secara dalam talian (online) dan dilaksanakan lima hari sebelum sesi kuliah dijalankan. Aktiviti Dalam Kelas 1. Pelajar dikehendaki menjawab soalan kuiz dalam talian (online) dengan menggunakan perisian Kahoot. Tempoh masa kuiz adalah selama 10 minit.
25 2. Selepas kuiz, pelajar dikehendaki berkumpul dalam kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan mewakili satu stesen. 3. Pensyarah meminta setiap kumpulan melantik seorang fasilitator dalam kalangan ahli kumpulan. Pensyarah memberi saranan supaya setiap kumpulan melantik fasilitator yang menguasai isi kandungan dan berupaya untuk memberi penerangan dengan lebih jelas berkaitan dengan hasil kerja kumpulan. 4. Pensyarah meminta fasilator setiap kumpulan memberi bimbingan dan penerangan kepada ahli kumpulan tentang hasil perbincangan kumpulan secara keseluruhan. 5. Pensyarah memantau, menyemak dan membetulkan isi kandungan bagi setiap hasil perbincangan kumpulan. 6. Selepas proses bimbingan dijalankan, setiap kumpulan dikehendaki memuat naik nota i-think digital secara talian dengan menggunakan perisian Telegram. 7. Setiap fasilitator dikehendaki kekal berada di stesen kumpulan, manakala ahli kumpulan bergerak ke stesen kumpulan lain untuk mendapatkan input dan penerangan daripada fasilitator kumpulan lain. 8. Tempoh masa bagi sesi bimbingan dan penerangan pada setiap stesen adalah 10 minit. 9. Setiap 10 minit, pensyarah meniup wisel sebagai tanda kumpulan tersebut perlu beredar dan bergerak ke stesen yang seterusnya. 10. Fasilitator dan pelajar menggunakan telefon pintar dalam sesi bimbingan dan perbincangan di setiap stesen. Semua pelajar dikehendaki memuat naik nota i-think digital sebagai bahan rujukan.
26 11. Fasilitator memberi bimbingan dan penerangan kepada setiap kumpulan yang berkunjung ke stesen mereka. 12. Pelajar mencatat nota pada setiap stesen dan memberi cadangan penambahbaikan terhadap hasil kumpulan yang dilawati. 13. Selepas sesi lawatan ke setiap stesen, semua pelajar dikehendaki berkumpul dalam kumpulan masing-masing. 14. Pensyarah meminta beberapa orang pelajar untuk membuat rumusan kecil tentang hasil dan aktiviti pembelajaran. 15. Sebelum kelas berakhir, pensyarah mengedarkan bahan (Lampiran A1, A2, A3) berkaitan Basic Needs, Word Cluster dan Need Assesment Description. 16. Pelajar dikehendaki mentadbir soal selidik dan membuat interpretasi terhadap skor yang mereka peroleh bagi mengenal pasti Basic Need mereka masing-masing. Aktiviti Selepas Kelas 1. Pelajar diminta memuat naik nota i-Think digital (Schoology). 2. Pelajar dikehendaki menulis refleksi kendiri tentang pengalaman pembelajaran dan impaknya terhadap pengetahuan mereka (Schoology). Berikut merupakan sub tajuk yang perlu ada dalam penulisan refleksi kendiri: i. Mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri ii. Menganalisis kelemahan diri iii. Tindakan dan cadangan penambahbaikan iv. Rumusan (Sejauh mana aktiviti pembelajaran tersebut memberi impak terhadap pengetahuan, kemahiran dan keyakinan diri) Penilaian 1. Kuiz dalam talian (online).
27 Aktiviti 2: “Corporat Video” Tajuk Teori Realiti (Teori Pilihan) - CTRT Sub tajuk 1. Punca masalah 2. Matlamat kaunseling 3. Peranan kaunselor dan klien 4. Proses dan Teknik Hasil Pembelajaran Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini, pelajar akan dapat: 1. menganalisis punca masalah berdasarkan isu yang dihadapi oleh klien berpandukan CTRT 2. menganalisis matlamat kaunseling CTRT berdasarkan isu klien 3. menganalisis peranan kaunselor dan klien berdasarkan kaunseling CTRT 4. mencadangkan proses dan teknik CTRT yang sesuai dengan keperluan kes klien dan 5. menilai kelebihan dan limitasi CTRT berdasarkan pengurusan kes klien Peruntukan Masa Dua Jam Bahan / Alat Komputer riba, Speaker, LCD Perisian / Aplikasi Telegram, Schoology, Youtube
28 Kandungan Aktiviti Sebelum Kelas 1. Pensyarah memuat naik link video (Youtube) dan soalan tugasan kumpulan dengan menggunakan perisian Telegram. 2. Pelajar menonton tayangan video atas talian, pelajar menganalisis kandungan video secara individu berdasarkan soalan berikut: i. Apakah pandangan CTRT terhadap manusia berdasarkan isu klien? ii. Apakah perkaitan kes klien berdasarkan konsep asas, punca masalah dan matlamat kaunseling CTRT? iii. Bagaimanakah kes klien dapat diselesaikan dengan menggunakan proses dan teknik CTRT? iv. Apakah kelebihan dan limitasi CTRT berdasarkan kes tersebut? 3. Pelajar dikehendaki membentuk 4 kumpulan kecil (Telegram). 4. Pensyarah mengagihkan soalan kepada setiap kumpulan. Setiap kumpulan akan mendapat soalan tugasan yang berbeza. Pelajar dikehendaki menyediakan sebuah video korporat (berdurasi lima minit) berdasarkan soalan berikut: i. Berdasarkan tayangan video, analisis punca masalah berdasarkan isu yang dihadapi oleh klien berpandukan CTRT. ii. Berdasarkan tayangan video, analisis matlamat kaunseling CTRT berdasarkan isu klien. iii. Berdasarkan tayangan video, analisis peranan kaunselor dan klien berdasarkan kaunseling CTRT. iv. Berdasarkan tayangan video, bincangkan proses dan teknik CTRT diaplikasi dalam pengurusan kes klien. v. Berdasarkan tayangan video, bincangkan kelebihan dan limitasi CTRT berdasarkan pengurusan kes klien.
29 5. Pelajar membincangkan tugasan secara berkumpulan. 6. Pelajar dikehendaki menyelesaikan tugasan kumpulan (penghasilan video korporat) dalam tempoh lima hari. Nota: Semua proses dan aktiviti di atas dilakukan secara dalam talian (online) dan dilaksanakan enam hari sebelum sesi kuliah dijalankan. Aktiviti Dalam Kelas 1. Pensyarah mengemukakan soalan reflektif untuk menyemak kefahaman pelajar mengenai aktiviti pembelajaran. Berikut merupakan contoh soalan:- a. Apakah jangkaan hasil pembelajaran yang ingin anda peroleh melalui aktiviti pembelajaran hari ini? b. Apakah aktiviti pembelajaran hari ini? c. Apakah peranan anda sepanjang aktiviti pembelajaran dijalankan? d. Jika kumpulan lain sedang membentangkan hasil kerja mereka, apakah peranan anda? e. Adakah anda ingin bertanya soalan mengenai aktiviti pembelajaran hari ini? 2. Pensyarah menerangkan secara ringkas tentang aktiviti pembelajaran. 3. Pensyarah memperkenalkan tiga orang pakar yang berperanan sebagai panel penilai terhadap hasil kerja kumpulan berdasarkan rubrik yang disediakan oleh pensyarah. (**Pakar merupakan pensyarah jemputan yang mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan kaunseling) 4. Setiap kumpulan dikehendaki untuk mempersembahkan hasil kerja kumpulan (video korporat) secara bergilir-gilir. Tempoh masa yang diberikan adalah lima minit.
30 5. Pelajar dikehendaki membuat rakaman video dengan menggunakan telefon pintar semasa kumpulan mereka membentangkan hasil tugasan. 6. Semasa pembentangan kumpulan dijalankan, setiap pelajar dikehendaki mencatat nota dan mendengar secara aktif. 7. Selepas sebuah kumpulan selesai mempersembahkan hasil tugasan, barisan panel penilai mengemukakan soalan reflektif dan cadangan penambahbaikan terhadap hasil tugasan. Tempoh masa bagi aktiviti sesi soal jawab bagi setiap kumpulan adalah 10 minit. Berikut merupakan contoh soalan reflektif barisan panel. a) Jika kes ini tidak menggunakan teknik CTRT, apakah cadangan teknik yang anda gunakan untuk mengurus kes ini? b) Apakah yang anda faham tentang teknik WDEP dalam pengurusan kes ini? c) Apakah kelemahan penggunaan teknik CTRT dalam pengurusan kes klien? d) Selain isu utama, apakah isu lain yang dihadapi klien tersebut? e) Apakah kelemahan penggunaan teknik CTRT dalam pengurusan kes klien jika dibandingkan dengan teknik lain? f) Sejauh mana teknik CTRT sesuai digunakan dalam pengurusan kes klien? g) Bagaimanakah isu klien ini diurus sekiranya isu klien tersebut tidak sesuai diurus dengan menggunakan teknik CTRT? h) Apakah yang anda lakukan sekiranya anda mendapati isu klien tidak sesuai diurus dengan menggunakan teknik CTRT? i) Apakah alternatif lain yang anda boleh cadangkan untuk mengurus kes klien tersebut?
31 8. Pensyarah bertindak sebagai moderator untuk mengurus aktiviti sesi soal jawab. 9. Pensyarah memberi galakan kepada pelajar dari kumpulan lain untuk mengemukakan soalan dan cadangan terhadap hasil kerja kumpulan pembentang. 10. Bagi meningkatkan penglibatan pelajar dalam sesi soal jawab, pensyarah memberi markah kepada ahli kumpulan yang berjaya mengemukakan soalan bercapah atau memberi cadangan yang relevan. 11. Selepas setiap kumpulan mempersembahkan hasil kerja kumpulan masing-masing, pensyarah meminta beberapa orang pelajar untuk mengulas secara keseluruhan tentang aktiviti pembelajaran. 12. Pensyarah mengumumkan pemenang dan menyampaikan hadiah kepada kumpulan yang berjaya menyediakan hasil tugasan yang cemerlang. Pemenang ditentukan berdasarkan markah keseluruhan yang diberikan daripada tiga orang panel penilai. 13. Pensyarah mengucapkan tahniah kepada semua pelajar sebagai tanda penghargaan terhadap usaha dan komitmen setiap kumpulan menyempurnakan tugasan tersebut. Aktiviti Selepas Kelas 1. Pelajar dikehendaki memuat naik hasil tugasan kumpulan (Telegram, Schoology dan Youtube). 2. Pensyarah menggalakkan perbincangan dalam kalangan pelajar tentang hasil tugasan kumpulan (Telegram). 3. Pelajar dikehendaki menulis refleksi kendiri tentang pengalaman pembelajaran dan impaknya terhadap pengetahuan dan
32 kemahiran (Schoology). Berikut merupakan sub tajuk yang perlu ada dalam penulisan refleksi kendiri: i. mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri ii. menganalisis kelemahan diri iii. tindakan dan cadangan penambahbaikan, dan iv. rumusan (Sejauh mana aktiviti pembelajaran tersebut memberi impak terhadap pengetahuan, kemahiran dan keyakinan diri) Penilaian 1. Pembentangan tugasan kumpulan (penghasilan video korporat).
33 Aktiviti 3: “Conference Session” Tajuk Teori Realiti (Teori Pilihan) - CTRT Sub tajuk 1. Konsep asas 2. Proses dan Teknik 3. Kelebihan dan limitasi teori Hasil Pembelajaran Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini, pelajar akan dapat: 1. mengenal pasti konsep asas CTRT secara umum dan spesifik dalam proses kaunseling berdasarkan perspektif pakar 2. menganalisis kesesuaian teknik dan proses CTRT dalam pengurusan kes dengan bimbingan pakar, dan 3. menganalisis kelebihan dan limitasi penggunaan teknik CTRT dalam pengurusan kes dengan bimbingan pakar. Peruntukan Masa Dua Jam Bahan / Alat Telefon pintar Perisian / Aplikasi Telegram, Schoology, Youtube Kandungan Aktiviti Sebelum Kelas 1. Pensyarah memuat naik bahan (Lampiran B) dan video contoh sidang media dengan menggunakan perisian (Telegram).
34 2. Pelajar menonton contoh video sidang media secara individu. 3. Pelajar dikehendaki menyediakan soalan secara individu berkaitan dengan sub topik CTRT. Pensyarah memuat naik contoh soalan sebagai panduan pelajar membina soalan seperti berikut: a) Apakah pandangan CTRT terhadap manusia? b) Apakah perkaitan konsep asas CTRT dengan kehidupan manusia? c) Apakah punca masalah klien berdasarkan CTRT? d) Apakah jenis masalah klien yang sesuai dikendalikan dengan digunakan teknik CTRT? e) Bagaimana proses sesi kaunseling dijalankan menggunakan teknik CTRT? f) Bagaimana teknik CTRT diaplikasikan dalam sesi kaunseling? g) Sejauh mana teknik CTRT sesuai digunakan dalam pengurusan kes? h) Apakah limitasi penggunaan teknik CTRT dalam pengurusan kes? i) Apakah kelebihan penggunaan teknik CTRT berbanding teknik teori REBT, Behaviour, Humanistic dan Gestalt dalam pengurusan kes? 4. Semua pelajar melibatkan diri dalam aktiviti persiapan tempat (menyediakan persekitaran sesi sidang media). Nota: Semua proses dan aktiviti di atas dilakukan secara dalam talian (online) dan dilaksanakan empat hari sebelum sesi kuliah dijalankan. Aktiviti Dalam Kelas 1. Pensyarah mengajukan soalan reflektif untuk menyemak kefahaman pelajar mengenai tugasan dan aktiviti pembelajaran. Berikut merupakan contoh soalan:
35 a. Apakah jangkaan hasil pembelajaran yang ingin anda peroleh melalui aktiviti pembelajaran hari ini? b. Apakah aktiviti pembelajaran hari ini? c. Apakah peranan anda dalam aktiviti pembelajaran hari ini? d. Adakah anda ingin bertanya soalan mengenai aktiviti pembelajaran hari ini? 2. Pensyarah menerangkan secara ringkas peranan pelajar sebagai wartawan dan peranan pakar sebagai responden dalam sesi sidang media. 3. Pensyarah menjemput pakar untuk berkongsi maklumat latar belakang. 4. Selepas pakar berkongsi maklumat latar belakang, sesi soal jawab dimulakan. 5. Pelajar dikehendaki mengemukakan soalan dengan menggunakan teknik soalan bercapah kepada pakar berkaitan dengan sub topik berikut: a. Apakah pandangan CTRT terhadap manusia? b. Apakah perkaitan konsep asas CTRT dengan kehidupan manusia? c. Apakah punca masalah klien berdasarkan CTRT? d. Apakah jenis masalah klien yang sesuai dikendalikan dengan digunakan teknik CTRT? e. Bagaimana proses sesi kaunseling dijalankan menggunakan teknik CTRT? f. Bagaimana teknik CTRT diaplikasikan dalam sesi kaunseling? g. Sejauh mana teknik CTRT sesuai digunakan dalam pengurusan kes? h. Apakah limitasi penggunaan teknik CTRT dalam pengurusan kes?
36 i. Apakah kelebihan penggunaan teknik CTRT berbanding teknik teori REBT, Behaviour, Humanistic dan Gestalt dalam pengurusan kes? 6. Pakar memberi respons kepada setiap soalan yang dikemukakan oleh pelajar bagi membantu meningkatkan kefahaman mereka mengenai teori. 7. Pensyarah bertindak sebagai moderator untuk mengurus aktiviti sesi soal jawab. 8. Pelajar dikehendaki membuat rakaman video sesi soal jawab bersama pakar dengan menggunakan telefon pintar. 9. Selepas sesi sidang media bersama pakar. Pensyarah mengemukakan soalan reflektif mengenai perbandingan tentang pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan yang diperoleh melalui aktiviti sidang media bersama-sama pakar. Berikut contoh soalan: a. Apakah yang anda pelajari melalui aktiviti pembelajaran hari ini? b. Apakah yang anda pelajari melalui tugasan yang diberikan? c. Sejauh mana aktiviti pembelajaran hari ini memberi impak terhadap kefahaman anda? d. Adakah aktiviti pembelajaran hari ini meningkatkan kefahaman anda? e. Sejauh mana pakar dapat membantu anda menambahkan pengetahuan sedia ada anda? 10. Setelah sesi soal jawab dilakukan, pakar membuat rumusan secara keseluruhan tentang konsep CTRT berpandukan bahan Lampiran B. 11. Pensyarah menjemput beberapa pelajar untuk membuat rumusan kecil tentang impak aktiviti pembelajaran terhadap pembentukan personaliti kaunselor yang kompeten.
37 12. Pensyarah mengucapkan tahniah kepada semua pelajar kerana berjaya melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Aktiviti Selepas Kelas 1. Wakil pelajar dikehendaki memuat naik rakaman video sesi soal jawab bersama pakar (Schoology, Telegram). 2. Pensyarah meminta pelajar untuk menganalisis rakaman video secara kendiri. 3. Pelajar menjawab kuiz soalan struktur secara dalam talian (Schoology). 4. Pelajar dikehendaki menulis refleksi kendiri tentang pengalaman mereka mengikuti aktiviti pembelajaran bersama pakar (Schoology). Berikut merupakan sub tajuk yang perlu ada dalam penulisan refleksi kendiri: i. mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri ii. menganalisis kelemahan diri iii. tindakan dan cadangan penambahbaikan, dan iv. rumusan (Sejauh mana aktiviti pembelajaran tersebut memberi impak terhadap pengetahuan, kemahiran dan keyakinan diri) Penilaian 1. Kuiz soalan struktur.
38 BAHAGIAN 2: KEMAHIRAN TEORI Aktiviti 4: “Expert Show Time” Tajuk Teori Realiti (Teori Pilihan) - CTRT Sub tajuk 1. Punca masalah 2. Proses dan Teknik 3. Kelebihan dan limitasi teori Hasil Pembelajaran Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini, pelajar akan dapat: 1. memupuk kepercayaan diri untuk memahami punca manusia bermasalah berdasarkan perspektif CTRT dalam pengurusan kes dengan bantuan pakar 2. memupuk kepercayaan diri untuk menggunakan teknik CTRT dalam pengurusan kes klien dengan bantuan pakar, dan 3. memupuk kepercayaan diri untuk menilai kelebihan dan limitasi penggunaan teknik CTRT dalam pengurusan kes dengan bantuan pakar. Peruntukan Masa Dua Jam Bahan / Alat Telefon pintar Perisian / Aplikasi Telegram, Schoology
39 Kandungan Aktiviti Sebelum Kelas 1. Pensyarah memuat naik borang catatan (Lampiran C) dan pelajar dikehendaki mencetak bahan tersebut. 2. Pensyarah memberi galakan kepada pelajar untuk mengajukan soalan berkaitan aktiviti pembelajaran dan cara penggunaan borang catatan (Lampiran C). Nota: Semua proses dan aktiviti di atas dilakukan secara dalam talian (online) dan dilaksanakan tiga hari sebelum sesi kuliah dijalankan. Aktiviti Dalam Kelas 1. Pelajar menjawab soalan kuiz secara talian menggunakan perisian Kahoot. (Tempoh kuiz 10 minit) 2. Pensyarah menjemput pakar untuk berkongsi maklumat latar belakang dan memulakan aktivti pembelajaran. (Pakar merupakan individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang kaunseling dan pengamal teknik CTRT). 3. Pakar menerangkan secara ringkas tentang konsep dan cara penggunaan teknik CTRT dalam pengurusan kes klien. 4. Pakar memilih seorang pelajar secara rawak sebagai klien dalam sesi simulasi kaunseling individu. Pakar melakukan sesi simulasi bagi meningkatkan keyakinan dan keupayaan pelajar mengendalikan sesi kaunseling. 5. Pakar (berperanan sebagai kauselor) mengendalikan sesi kaunseling individu dengan menggunakan teknik CTRT. (Tempoh sesi adalah 45 minit).
40 6. Pelajar dikehendaki membuat pemerhatian reflektif terhadap sesi simulasi yang dikendalikan oleh pakar. 7. Pelajar dikehendaki membuat rakaman video (menggunakan telefon pintar) aktiviti simulasi sesi kaunseling yang dikendalikan oleh pakar. 8. Pelajar membuat catatan dengan menggunakan borang catatan (Lampiran C) tentang elemen WDEP dalam aktiviti simulasi sesi kaunseling yang dikendalikan oleh pakar. 9. Selepas sesi simulasi tamat, pakar mengemukakan soalan reflektif kepada pelajar tentang hasil pemerhatian mereka terhadap sesi simulasi. Berikut merupakan contoh soalan yang dikemukakan oleh pakar: i. Apakah pandangan anda tentang penggunaan tenik CTRT dalam pengurusan kes sebentar tadi? ii. Apakah isu yang dihadapi oleh klien? iii. Apakah punca masalah klien berdasarkan perspektif CTRT? iv. Apakah aspek yang anda kurang faham berkaitan teknik CTRT dalam pengurusan kes sebentar tadi? v. Sejauh mana teknik CTRT sesuai dengan isu yang dihadapi oleh klien? vi. Jika anda tidak menggunakan teknik CTRT, apakah teknik yang anda gunakan untuk mengendalikan kes klien? vii. Apakah kekuatan dan kelemahan teknik CTRT dalam pengurusan kes bedasarkan isu klien? viii. Apakah perasaan anda setelah anda membuat pemerhatian terhadap sesi kaunseling yang menggunakan teknik CTRT? ix. Apakah tahap keyakinan anda menggunakan teknik CTRT dalam pengurusan kes? x. Berdasarkan sesi simulasi tadi, siapakah yang mempunyai keyakinan untuk menggunakan teknik CTRT dalam pengurusan kes sebenar?
41 10. Pakar menjemput beberapa orang pelajar untuk membuat kesimpulan secara keseluruhan tentang aktiviti pembelajaran simulasi yang dikendalikan oleh pakar. 11. Pakar memberi kata-kata semangat dan dorongan kepada pelajar bagi meningkatkan kepercayaan diri mereka untuk menggunakan teknik CTRT dalam pengurusan kes klien. Aktiviti Selepas Kelas 1. Wakil pelajar memuat naik rakaman video sesi simulasi yang dikendalikan oleh pakar. (Telegram, Schoology) 2. Pelajar dikehendaki menulis refleksi kendiri berdasarkan pengalaman mereka mengikuti aktiviti pembelajaran simulasi oleh pakar dan impaknya terhadap pengetahuan, kemahiran dan kepercayaan diri (Schoology). Berikut merupakan sub tajuk yang perlu ada dalam penulisan refleksi kendiri: i. Mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri ii. Menganalisis kelemahan diri iii. Tindakan dan cadangan penambahbaikan iv. Rumusan (Sejauh mana aktiviti pembelajaran tersebut memberi impak terhadap pengetahuan, kemahiran dan keyakinan diri) 3. Pensyarah memuat naik tugasan kumpulan (Schoology) 4. Pelajar dikehendaki menyelesaikan tugasan penulisan esei (menganalisis rakaman video sesi simulasi yang dikendalikan oleh pakar) secara berkumpulan. Penilaian 1. Penulisan esei 500 patah perkataan (analisis rakaman video) secara berkumpulan.
42 Aktiviti 5: “Exercise Role Play” Tajuk Teori Realiti (Teori Pilihan) - CTRT Sub tajuk 1. Punca masalah 2. Proses dan Teknik 3. Kelebihan dan limitasi teori Hasil Pembelajaran Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini, pelajar akan dapat: 1. memupuk kepercayaan diri untuk memahami punca manusia bermasalah berdasarkan perspektif CTRT dalam pengurusan kes 2. memupuk kepercayaan diri untuk menggunakan teknik CTRT dalam pengurusan kes, dan 3. memupuk kepercayaan diri untuk menilai kelebihan dan limitasi penggunaan teknik CTRT dalam pengurusan kes Peruntukan Masa Tiga Jam Bahan / Alat Telefon pintar Perisian / Aplikasi Telegram, Schoology, Youtube Kandungan Aktiviti Sebelum Kelas 1. Pensyarah memuat naik bahan (Lampiran D1, D2, D3, D4) dengan menggunakan perisian Telegram.
43 2. Pensyarah memberi penerangan secara ringkas tentang teknik menyoal menggunakan kaedah WDEP berdasarkan bahan (Lampiran D1, D2, D3, D4). 3. Pelajar digalakkan untuk berlatih menggunakan teknik soalan WDEP dalam perbualan harian bersama rakan-rakan. *Semua proses dan aktiviti di atas dilakukan secara dalam talian (online) dan dilaksanakan lima hari sebelum sesi kuliah dijalankan. Aktiviti Dalam Kelas 1. Pensyarah mengemukakan soalan reflektif untuk menyemak kefahaman pelajar tentang penggunaan teknik penyoalan WDEP (Lampiran D1, D2, D3, D4). Berikut merupakan contoh soalan: a. Adakah anda ingin bertanya soalan mengenai teknik penyoalan WDEP? b. Apakah yang anda faham tentang bahan lampiran D? c. Sejauh mana anda faham dengan teknik penyoalan WDEP? d. Apakah jangkaan hasil pembelajaran yang ingin anda peroleh melalui aktiviti pembelajaran hari ini? 2. Pelajar dikehendaki membentuk dua kumpulan besar. Pelajar dalam Kumpulan 1 berperanan sebagai kaunselor, manakala pelajar dalam Kumpulan 2 pula berperanan sebagai klien. 3. Pensyarah mengagihkan satu set artikel kajian kes (Set A, Lampiran D) kepada setiap pelajar dalam kumpulan 2 (klien). 4. Pelajar (klien) dikehendaki membaca artikel secara analitik untuk mengenal pasti isu permasalahan yang dibincangkan kajian kes tersebut.
44 5. Pelajar (kaunselor) dikehendaki membuat persiapan tempat sebagai persediaan untuk mengendalikan sesi kaunseling bersama kliennya. 6. Selepas pelajar (klien) membuat pembacaan, pensyarah mengutip semula artikel kajian kes. 7. Setiap pelajar (klien) dikehendaki memilih seorang kaunselor daripada kumpulan 1. 8. Pelajar (kaunselor) dikehendaki mengendalikan sesi kaunseling individu dengan menggunakan teknik dan proses kaunseling CTRT.Tempoh sesi adalah 40 minit. 9. Pelajar (klien) menggunakan isu permasalahan yang dikenal pasti dalam kajian kes (set A) sebagai isu perbincangan bersama-sama kaunselornya. 10. Pelajar (kaunselor) dikehendaki membuat rakaman video sepanjang sesi kaunseling yang dikendalikan. 11. Setelah sesi pertama selesai, pelajar diminta untuk berkumpul kembali dalam dua kumpulan besar. 12. Aktiviti pembelajaran diteruskan dengan aktiviti sesi kedua. 13. Pada sesi kedua, pelajar bertukar peranan iaitu pelajar dalam Kumpulan 2 berperanan sebagai kaunselor, manakala pelajar dari Kumpulan 1 berperanan sebagai klien. 14. Aktiviti pembelajaran pada sesi kedua adalah seperti aktiviti pembelajaran pada sesi pertama. Namun demikian, pada sesi kedua pensyarah mengedarkan satu set artikel kajian kes yang baharu (Set B, Lampiran D).
45 15. Selain itu, pelajar (klien) dikehendaki memilih pasangan baharu sebagai kaunselor. 16. Selesai sesi kedua, pensyarah meminta semua pelajar berkumpul dalam satu kumpulan besar. 17. Pensyarah mengemukakan soalan reflektif kepada pelajar mengenai punca masalah, teknik dan limitasi penggunaan teknik CTRT berdasarkan dua kajian kes. 18. Pensyarah memberi pujian dan penghargaan kepada semua pelajar kerana berjaya melibatkan diri secara aktif. Aktiviti Selepas Kelas 1. Setiap pelajar dikehendaki memuat naik rakaman video sesi kaunseling (Telegram, Schoology). 2. Pensyarah memberi pandangan dan cadangan terhadap kualiti sesi kaunseling yang dikendalikan (Telegram). 3. Pensyarah memberi galakan kepada pelajar untuk sesi perbincangan (Telegram). 4. Pelajar dikehendaki menulis refleksi kendiri tentang pengalaman aktiviti pembelajaran dan impaknya kepada pengetahuan, kemahiran dan keyakinan mereka mengendalikan sesi kaunseling (Schoology). Berikut merupakan sub tajuk yang perlu ada dalam penulisan refleksi kendiri: i. mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri ii. menganalisis kelemahan diri iii. tindakan dan cadangan penambahbaikan, dan iv. rumusan (Sejauh mana aktiviti pembelajaran tersebut memberi impak terhadap pengetahuan, kemahiran dan keyakinan diri untuk mengaplikasikan ke situasi sebenar)