The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

m-PEK <br>1. Fatin Nur Ariesya bt Abdul Haris<br>2. Mohd Mernan bin Talling<br>3. Abdul Haris bin Hassan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by riesyaries, 2023-07-14 02:54:35

m-PEK (bahan bercetak)

m-PEK <br>1. Fatin Nur Ariesya bt Abdul Haris<br>2. Mohd Mernan bin Talling<br>3. Abdul Haris bin Hassan

EXERCISE ROLE PLAY EXERCISE ROLE PLAY K E M A H I R A N T E O R I E F I K A S I K E N D I R I AKTIVITI 5 :


42 Aktiviti 5: “Exercise Role Play” Tajuk Teori Realiti (Teori Pilihan) - CTRT Sub tajuk 1. Punca masalah 2. Proses dan Teknik 3. Kelebihan dan limitasi teori Hasil Pembelajaran Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini, pelajar akan dapat: 1. memupuk kepercayaan diri untuk memahami punca manusia bermasalah berdasarkan perspektif CTRT dalam pengurusan kes 2. memupuk kepercayaan diri untuk menggunakan teknik CTRT dalam pengurusan kes, dan 3. memupuk kepercayaan diri untuk menilai kelebihan dan limitasi penggunaan teknik CTRT dalam pengurusan kes Peruntukan Masa Tiga Jam Bahan / Alat Telefon pintar Perisian / Aplikasi Telegram, Schoology, Youtube Kandungan Aktiviti Sebelum Kelas 1. Pensyarah memuat naik bahan (Lampiran D1, D2, D3, D4) dengan menggunakan perisian Telegram.


43 2. Pensyarah memberi penerangan secara ringkas tentang teknik menyoal menggunakan kaedah WDEP berdasarkan bahan (Lampiran D1, D2, D3, D4). 3. Pelajar digalakkan untuk berlatih menggunakan teknik soalan WDEP dalam perbualan harian bersama rakan-rakan. *Semua proses dan aktiviti di atas dilakukan secara dalam talian (online) dan dilaksanakan lima hari sebelum sesi kuliah dijalankan. Aktiviti Dalam Kelas 1. Pensyarah mengemukakan soalan reflektif untuk menyemak kefahaman pelajar tentang penggunaan teknik penyoalan WDEP (Lampiran D1, D2, D3, D4). Berikut merupakan contoh soalan: a. Adakah anda ingin bertanya soalan mengenai teknik penyoalan WDEP? b. Apakah yang anda faham tentang bahan lampiran D? c. Sejauh mana anda faham dengan teknik penyoalan WDEP? d. Apakah jangkaan hasil pembelajaran yang ingin anda peroleh melalui aktiviti pembelajaran hari ini? 2. Pelajar dikehendaki membentuk dua kumpulan besar. Pelajar dalam Kumpulan 1 berperanan sebagai kaunselor, manakala pelajar dalam Kumpulan 2 pula berperanan sebagai klien. 3. Pensyarah mengagihkan satu set artikel kajian kes (Set A, Lampiran D) kepada setiap pelajar dalam kumpulan 2 (klien). 4. Pelajar (klien) dikehendaki membaca artikel secara analitik untuk mengenal pasti isu permasalahan yang dibincangkan kajian kes tersebut.


44 5. Pelajar (kaunselor) dikehendaki membuat persiapan tempat sebagai persediaan untuk mengendalikan sesi kaunseling bersama kliennya. 6. Selepas pelajar (klien) membuat pembacaan, pensyarah mengutip semula artikel kajian kes. 7. Setiap pelajar (klien) dikehendaki memilih seorang kaunselor daripada kumpulan 1. 8. Pelajar (kaunselor) dikehendaki mengendalikan sesi kaunseling individu dengan menggunakan teknik dan proses kaunseling CTRT.Tempoh sesi adalah 40 minit. 9. Pelajar (klien) menggunakan isu permasalahan yang dikenal pasti dalam kajian kes (set A) sebagai isu perbincangan bersama-sama kaunselornya. 10. Pelajar (kaunselor) dikehendaki membuat rakaman video sepanjang sesi kaunseling yang dikendalikan. 11. Setelah sesi pertama selesai, pelajar diminta untuk berkumpul kembali dalam dua kumpulan besar. 12. Aktiviti pembelajaran diteruskan dengan aktiviti sesi kedua. 13. Pada sesi kedua, pelajar bertukar peranan iaitu pelajar dalam Kumpulan 2 berperanan sebagai kaunselor, manakala pelajar dari Kumpulan 1 berperanan sebagai klien. 14. Aktiviti pembelajaran pada sesi kedua adalah seperti aktiviti pembelajaran pada sesi pertama. Namun demikian, pada sesi kedua pensyarah mengedarkan satu set artikel kajian kes yang baharu (Set B, Lampiran D).


45 15. Selain itu, pelajar (klien) dikehendaki memilih pasangan baharu sebagai kaunselor. 16. Selesai sesi kedua, pensyarah meminta semua pelajar berkumpul dalam satu kumpulan besar. 17. Pensyarah mengemukakan soalan reflektif kepada pelajar mengenai punca masalah, teknik dan limitasi penggunaan teknik CTRT berdasarkan dua kajian kes. 18. Pensyarah memberi pujian dan penghargaan kepada semua pelajar kerana berjaya melibatkan diri secara aktif. Aktiviti Selepas Kelas 1. Setiap pelajar dikehendaki memuat naik rakaman video sesi kaunseling (Telegram, Schoology). 2. Pensyarah memberi pandangan dan cadangan terhadap kualiti sesi kaunseling yang dikendalikan (Telegram). 3. Pensyarah memberi galakan kepada pelajar untuk sesi perbincangan (Telegram). 4. Pelajar dikehendaki menulis refleksi kendiri tentang pengalaman aktiviti pembelajaran dan impaknya kepada pengetahuan, kemahiran dan keyakinan mereka mengendalikan sesi kaunseling (Schoology). Berikut merupakan sub tajuk yang perlu ada dalam penulisan refleksi kendiri: i. mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri ii. menganalisis kelemahan diri iii. tindakan dan cadangan penambahbaikan, dan iv. rumusan (Sejauh mana aktiviti pembelajaran tersebut memberi impak terhadap pengetahuan, kemahiran dan keyakinan diri untuk mengaplikasikan ke situasi sebenar)


46 5. Pensyarah memuat naik tugasan individu. (Schoology) 6. Pelajar dikehendaki menyelesaikan tugasan secara individu (menganalisis rakaman video sesi kaunseling yang pelajar kendalikan). Penilaian 1. Penulisan esei 250 patah perkataan (laporan analisis rakaman video) secara individu.


MY FIRST SESSION MY FIRST SESSION K E M A H I R A N T E O R I E F I K A S I K E N D I R I AKTIVITI 6 :


47 Aktiviti 6: “My First Session” Tajuk Teori Realiti (Teori Pilihan) - CTRT Sub tajuk 1. Punca masalah 2. Proses dan Teknik 3. Kelebihan dan limitasi teori Hasil Pembelajaran Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini, pelajar akan dapat: 1. memupuk kepercayaan diri untuk menyesuaikan konsep asas CTRT dalam pengurusan kes sebenar 2. memupuk kepercayaan diri untuk menyesuaikan punca manusia bermasalah berdasarkan CTRT dalam pengurusan kes sebenar 3. memupuk kepercayaan diri untuk melaksanakan sesi kaunseling dengan menggunakan teknik CTRT dalam pengurusan kes sebenar, dan 4. memupuk kepercayaan diri untuk menilai kelebihan dan limitasi Teori Realiti (Teori Pilihan) dalam pengurusan kes sebenar Peruntukan Masa Tiga Jam Bahan / Alat Telefon pintar Perisian/ Aplikasi Telegram, Schoology, Youtube


48 Kandungan Aktiviti Sebelum Kelas 1. Pelajar melaksanakan tugasan individu iaitu melaksanakan dan membuat rakaman sesi kaunseling individu. 2. Pensyarah memuat naik tugasan individu (rakaman video sesi kaunseling individu) dengan menggunakan perisian Telegram. 3. Pelajar dikehendaki memuat naik soalan tugasan dan membuat analisis terhadap tugasan yang perlu dilaksanakan. 4. Pelajar dikehendaki melaksanakan dan menyelesaikan tugasan secara individu. Tempoh masa untuk menyelesaikan tugasan adalah enam hari sebelum sesi kuliah di dalam kelas dijalankan. 5. Pensyarah memuat naik bahan (Lampiran C) sebagai panduan pelajar untuk meneroka isu klien. Nota: Semua proses dan aktiviti di atas dilakukan secara dalam talian (online) dan dilaksanakan enam hari sebelum sesi kuliah dijalankan. Aktiviti Dalam Kelas 1. Pelajar dikehendaki membentuk satu bulatan berbentuk “U”. 2. Pensyarah mengajukan soalan reflektif kepada pelajar tentang cabaran melaksanakan tugasan individu (rakaman video sesi kaunseling). Berikut merupakan contoh soalan: a. Apakah cabaran utama anda alami sepanjang melaksanakan tugasan secara individu? b. Bagaimana anda menghadapi cabaran tersebut? c. Bagaimana anda menyelesaikan permasalahan sepanjang melaksanakan tugasan?


49 d. Jika anda diberikan peluang untuk membuat pilihan, apakah teknik/teori yang sesuai digunakan untuk membantu klien anda? e. Sejauh mana teknik CTRT sesuai digunakan dalam pengurusan kes anda? f. Selain teori CTRT, apakah teori yang sesuai digunakan untuk membantu klien tersebut? g. Apakah yang anda lakukan jika anda mendapati teknik CTRT tidak sesuai dengan isu dan keperluan klien anda? h. Apakah pandangan anda tentang tugasan tersebut? i. Sejauh mana anda mampu melaksanakan tugasan tersebut? j. Apakah implikasi tugasan tersebut terhadap pengetahuan, kemahiran dan keyakinan anda? 3. Setiap pelajar diminta untuk berkongsi tentang pengalaman dan cabaran mereka mengendalikan sesi kaunseling individu sebenar dengan menggunakan teknik dan proses kaunseling CTRT. 4. Pensyarah memberi pandangan dan cadangan penambahbaikan terhadap cabaran yang dihadapi oleh pelajar sepanjang mereka melaksanakan tugasan tersebut (mengendalikan sesi kaunseling). 5. Pensyarah memberi galakan kepada pelajar untuk mengemukakan soalan dan memberi pandangan terhadap pengalaman yang dikongsikan oleh rakan-rakan mereka. 6. Setelah sesi perkongsian tamat, pensyarah memilih dua orang pelajar secara rawak untuk mendemonstrasi pengendalian sesi kaunseling individu menggunakan teknik dan proses kaunseling CTRT. Tempoh sesi adalah 45 minit. 7. Dua orang pelajar tersebut masing-masing memainkan peranan sebagai kaunselor dan klien. 8. Pelajar lain dikehendaki membuat pemerhatian reflektif, membuat catatan dengan menggunakan bahan lampiran E, berpandukan.


50 9. Pelajar dikehendaki merakam video sesi kaunseling yang dikendalikan oleh rakan mereka. 10. Selepas sesi tamat, pensyarah memberi bimbingan dan pandangan terhadap sesi simulasi kaunseling yang dikendalikan oleh pelajar. 11. Pensyarah memberi galakan kepada pelajar untuk memberi pandangan terhadap kualiti sesi kaunseling yang dikendalikan oleh rakan mereka. 12. Pensyarah menjemput beberapa orang pelajar untuk membuat perkongsian tentang hasil pemerhatian (borang catatan lampiran E) mereka terhadap sesi simulasi. 13. Pensyarah memberi pujian dan penghargaan kepada semua pelajar. Aktiviti Selepas Kelas 1. Pensyarah memilih beberapa rakaman video sesi kaunseling pelajar yang berkualiti. 2. Pensyarah memuat naik sesi rakaman video yang terbaik (Telegram). 3. Pelajar diminta menonton dan menganalisis kandungan video secara kendiri untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka untuk menggunakan teknik CTRT dalam sesi. 4. Pelajar dikehendaki menulis refleksi kendiri tentang pengalaman pembelajaran, penggunaan teknik dalam sesi yang dikendalikan dan impaknya terhadap pengetahuan, kemahiran dan kepercayaan diri mereka. Berikut merupakan sub tajuk yang perlu ada dalam penulisan refleksi kendiri: i. mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri ii. menganalisis kelemahan diri


51 iii. tindakan dan cadangan penambahbaikan, dan iv. rumusan (Sejauh mana aktiviti pembelajaran tersebut memberi impak terhadap pengetahuan, kemahiran dan keyakinan diri) Penilaian 1. Tugasan individu (rakaman video sesi kaunseling individu)


MY FIRST CASE MY FIRST CASE E F I K A S I K E N D I R I AKTIVITI 7 :


52 BAHAGIAN 3: EFIKASI KENDIRI Aktiviti 7: “My First Case” Tajuk Teori Realiti (Teori Pilihan) - CTRT Sub tajuk 1. Konsep asas 2. Punca masalah 3. Proses dan Teknik 4. Kelebihan dan limitasi teori Hasil Pembelajaran Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini, pelajar akan dapat: 1. memupuk keyakinan diri untuk menyesuaikan konsep asas CTRT dalam pengurusan kes klien di lapangan secara berpasangan 2. memupuk keyakinan diri untuk mengenal pasti punca manusia bermasalah berdasarkan CTRT dalam pengurusan kes klien di lapangan secara berpasangan 3. memupuk keyakinan diri untuk melaksanakan sesi kaunseling dengan menggunakan teknik CTRT di lapangan secara berpasangan, dan 4. membina keyakinan diri untuk menilai kelebihan dan limitasi CTRT dalam pengurusan kes klien di lapangan secara berpasangan Peruntukan Masa Tiga Jam Bahan / Alat Telefon pintar


53 Perisian / Aplikasi Telegram, Schoology Kandungan Aktiviti Sebelum Kelas 1. Pensyarah memuat naik borang catatan (Lampiran C) sebagai panduan pelajar untuk meneroka isu klien. 1. Pelajar dikehendaki mencetak borang catatan (Lampiran C), pelajar juga digalakkan mengemukakan soalan tentang penggunaan borang tersebut dan hal-hal lain. 2. Pensyarah menyampaikan taklimat ringkas tentang tentatif aktiviti pembelajaran pada minggu tersebut (Telegram). Nota: Semua proses dan aktiviti di atas dilakukan secara dalam talian (online) dan dilaksanakan tiga hari sebelum sesi kuliah dijalankan. Aktiviti Dalam Kelas 1. Pensyarah mengemukakan soalan reflektif kepada pelajar berkaitan tugasan dan aktiviti pembelajaran. Berikut merupakan contoh soalan: a. Adakah anda ingin bertanya soalan mengenai aktiviti pembelajaran hari ini? b. Apakah peranan anda dalam aktiviti pembelajaran hari ini? c. Apakah jangkaan hasil pembelajaran yang ingin anda peroleh melalui aktiviti pembelajaran hari ini? d. Bagaimanakah anda dan pasangan anda membahagikan peranan semasa sesi kaunseling dijalankan bagi memastikan proses sesi kaunseling lebih sistematik? 2. Pensyarah mengarahkan pelajar untuk memilih pasangan.


54 3. Pelajar dikehendaki berbincang bersama pasangan masingmasing bagi menentukan posisi yang memainkan peranan sebagai kaunselor utama dan pembantu kaunselor. 4. Pelajar diminta untuk mengendalikan sesi kaunseling individu berfokus secara berpasangan di lapangan (sekolah) dengan menggunakan teknik dan proses kaunseling CTRT. 5. Sesi yang dikendalikan bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik bagi klien terdiri daripada murid tahun enam. 6. Pelajar (pembantu kaunselor) membuat catatan (Lampiran C) dan merakam audio sepanjang sesi kaunseling dikendalikan. 7. Selepas sesi kaunseling tamat, pelajar bersama pasangan melakukan perbincangan mengenai kualiti sesi kaunseling individu yang mereka kendalikan. 8. Setelah sesi perbincangan bersama pasangan selesai, pelajar dikehendaki kembali berkumpul dalam kumpulan besar. 9. Pensyarah menjemput beberapa orang pelajar untuk berkongsi tentang pengalaman mereka mengendalikan sesi kaunseling. 10. Sesi perkongsian berfokus kepada perasaan, halangan, cabaran dan cadangan penambahbaikan terhadap kualiti sesi kaunseling yang dikendalikan. 11. Pensyarah memberi pandangan dan cadangan penambahbaikan terhadap cabaran yang dihadapi sepanjang melaksanakan tugasan individu (mengendalikan sesi kaunseling). 12. Pensyarah memberi galakan kepada pelajar untuk memberi pandangan terhadap kualiti sesi kaunseling yang dikendalikan oleh rakan mereka.


55 13. Pensyarah menjemput beberapa pelajar untuk membuat kesimpulan secara keseluruhan aktiviti pembelajaran dan impaknya terhadap pembentukan personaliti yang kompeten. Aktiviti Selepas Kelas 1. Pelajar menjawab kuiz yang mengandungi soalan struktur secara dalam talian (Schoology). 2. Pelajar menulis refleksi kendiri tentang pengalaman pembelajaran, penggunaan teknik dalam sesi yang dikendalikan, dan impaknya terhadap pengetahuan, kemahiran dan kepercayaan diri mereka. Berikut merupakan sub tajuk yang perlu ada dalam penulisan refleksi kendiri: i. mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri ii. menganalisis kelemahan diri iii. tindakan dan cadangan penambahbaikan, dan iv. rumusan (Sejauh mana aktiviti pembelajaran tersebut memberi impak terhadap pengetahuan, kemahiran dan keyakinan diri) Penilaian 1. Kuiz soalan struktur


MY REAL SESSION MY REAL SESSION E F I K A S I K E N D I R I AKTIVITI 8 :


56 Aktiviti 8: “My Real Session” Tajuk Teori Realiti (Teori Pilihan) - CTRT Sub tajuk 1. Konsep asas 2. Punca masalah 3. Proses dan Teknik 4. Kelebihan dan limitasi teori Hasil Pembelajaran Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini, pelajar akan dapat: 1. memupuk keyakinan diri untuk memahami konsep asas CTRT dalam pengurusan kes di lapangan secara individu 2. memupuk keyakinan diri untuk mengenal pasti punca manusia bermasalah berdasarkan CTRT dalam pengurusan kes di lapangan secara individu 3. memupuk keyakinan diri untuk melaksanakan sesi kaunseling dengan menggunakan teknik CTRT di lapangan secara individu, dan 4. memupuk keyakinan diri untuk menilai kelebihan dan limitasi penggunaan CTRT dalam pengurusan kes di lapangan secara individu Peruntukan Masa Tiga Jam Bahan / Alat Telefon pintar


57 Perisian / Aplikasi Telegram, Schoology Kandungan Aktiviti Sebelum Kelas 1. Pensyarah memuat naik borang catatan (Lampiran C) sebagai panduan pelajar untuk meneroka isu klien. 2. Pensyarah memuat naik tugasan individu (Telegram). 3. Pelajar dikehendaki menganalisis keperluan tugasan individu. 4. Pensyarah memberi taklimat secara ringkas tentang tentatif aktiviti pembelajaran amali di lapangan. Nota: Semua proses dan aktiviti di atas dilakukan secara dalam talian (online) dan dilaksanakan tiga hari sebelum sesi kuliah dijalankan. Aktiviti Dalam Kelas 1. Pensyarah mengemukakan soalan reflektif kepada pelajar tentang tugasan dan aktiviti pembelajaran. Berikut merupakan contoh soalan: a. Adakah anda ingin bertanya soalan mengenai aktiviti pembelajaran hari ini? b. Apakah tindakan anda jika anda mengalami kesukaran untuk menjalankan sesi kaunseling? c. Bagaimana anda membantu klien anda, jika teknik CTRT tidak sesuai dengan keperluan isu klien anda? d. Apakah etika yang anda perlu patuhi sepanjang sesi dijalankan? e. Bagaimana anda memastikan supaya sesi kaunseling yang anda kendalikan dapat ditamatkan pada tempoh masa yang ditetapkan? f. Apakah tindakan anda jika isu klien tidak dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan?


58 2. Pelajar diperkenalkan kepada murid-murid tahun enam yang berperanan sebagai klien dalam sesi kaunseling individu.(Status klien adalah dirujuk oleh GBK) 3. Pelajar dikehendaki mengendalikan satu sesi kaunseling individu berfokus dengan menggunakan teknik dan proses CTRT. Tempoh masa sesi kaunseling adalah antara 45 minit hingga 60 minit. 4. Isu yang dibincangkan adalah berkaitan dengan perkembangan akademik. (Tujuan utama sesi kaunseling individu berfokus dijalankan adalah untuk mengembangkan potensi murid dalam bidang akademik) 5. Pelajar dikehendaki membuat rakaman audio sepanjang sesi kaunseling dijalankan. 6. Setelah sesi tamat, pelajar dikehendaki berkumpul dalam kumpulan besar. 7. Pensyarah menjemput beberapa orang pelajar untuk berkongsi pengalaman mereka mengendalikan sesi kaunseling. 8. Sesi perkongsian meliputi aspek kelebihan, kelemahan dan limitasi penggunaan teknik CTRT dalam pengurusan kes klien. 9. Pensyarah memberi pandangan dan cadangan penambahbaikan terhadap cabaran yang dihadapi oleh pelajar sepanjang mengendalikan sesi kaunseling. 10. Pensyarah memberi galakan kepada pelajar untuk memberi pandangan terhadap pengalaman sesi kaunseling yang dikendalikan oleh rakan mereka. 11. Pensyarah menjemput beberapa orang pelajar untuk membuat rumusan kecil tentang aktiviti pembelajaran.


59 12. Pensyarah memberi pujian dan penghargaan kepada semua pelajar kerana berupaya mengendalikan sesi kaunseling dengan jayanya. Aktiviti Selepas Kelas 1. Pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan sesi kaunseling dengan menggunakan format KPM. 2. Pensyarah menyemak laporan sesi yang disediakan oleh pelajar berpandukan rubrik. 3. Pelajar menulis refleksi kendiri tentang pengalaman pembelajaran, penggunaan teknik dalam sesi yang dikendalikan dan impaknya terhadap pengetahuan, kemahiran dan kepercayaan diri mereka. Berikut merupakan sub tajuk yang perlu ada dalam penulisan refleksi kendiri: i. mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri ii. menganalisis kelemahan diri iii. tindakan dan cadangan penambahbaikan, dan iv. rumusan (Sejauh mana aktiviti pembelajaran tersebut memberi impak terhadap pengetahuan, kemahiran dan keyakinan diri) Penilaian 1. Tugasan individu (penulisan laporan sesi kaunseling individu).


60 IMPAK m-PEK Jadual 1 Data statistik deskriptif efikasi kendiri kaunseling antara kumpulan rawatan dan kawalan Kumpulan Frekuensi Min SP Interpretasi Rawatan 15 4.16 .457 Tinggi Kawalan 15 3.19 .266 Sederhana Purata skor min 30 3.63 .673 Jadual 1 menunjukkan bahawa keputusan data statistik deskriptif iaitu nilai skor min efikasi kendiri kaunseling bagi kumpulan rawatan berada pada tahap tinggi dengan nilai skor min 4.16 dan sisihan piawai .457, manakala skor min kumpulan kawalan ialah 3.19 dan sisihan piawai .266 pada tahap sederhana tinggi. Oleh itu, keputusan ini menunjukkan bahawa kumpulan rawatan yang mengikuti sesi pengajaran berbantukan modul membentuk tahap efikasi kendiri kaunseling yang tinggi berbanding kumpulan kawalan. Jadual 2 Analisis ANCOVA efikasi kendiri kaunseling antara kumpulan rawatan dan kawalan apabila skor min ujian pra dikawal. Source Type III Sum Of Square Df Mean Square F Sig. Corrected Model 7.163a 2 3.581 24.860 .000 Intercept 11.558 1 11.558 80.232 .000 Pra_EK .033 1 .033 .231 .635 Kumpulan 7.064 1 7.064 49.031 .000 Error 3.890 27 .144 Total 417.141 30 Corrected Total 11.053 29 a. R Squared = .648 (Adjusted R Squared = .622) b. Computed using alpha = .05 Berdasarkan jadual 2, keputusan ujian ANCOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor ujian pasca profil efikasi kendiri kaunseling antara kumpulan eksperimen dengan kawalan iaitu [F (1,27) = 49.031, p < .05]. Dapatan ini mendapati terdapat kesan pemboleh ubah bebas iaitu kumpulan yang signifikan terhadap variabel bersandar iaitu skor ujian pasca. Oleh itu, dapatan ini membuktikan bahawa dengan mengawal skor ujian pra,


61 pengajaran berbantukan modul dapat meningkatkan tahap efikasi kendiri kaunseling kaunselor pelatih dalam ujian pasca secara signifikan. Jadual 3 Data statistik deskriptif pengetahuan dan kemahiran teori kaunseling antara kumpulan rawatan dan kawalan Kumpulan N Min SP Interpretasi Rawatan 15 4.37 .458 Tinggi Kawalan 15 3.64 .473 Sederhana Purata skor min 30 4.01 .588 Jadual 3 menunjukkan bahawa keputusan data statistik deskriptif iaitu nilai skor min pengetahuan dan kemahiran teori kaunseling bagi kumpulan rawatan berada pada tahap tinggi dengan nilai skor min 4.37 dan sisihan piawai .458, manakala skor min kumpulan kawalan ialah 3.64 dan sisihan piawai .473 pada tahap sederhana tinggi. Dapatan ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan kemahiran teori kaunseling kumpulan kawalan yang mengikuti sesi pengajaran berbantukan RMK3013 adalah rendah berbanding kumpulan rawatan. Jadual 4 Analisis ANCOVA pengetahuan dan kemahiran teori kaunseling antara kumpulan rawatan dan kawalan apabila skor min ujian pra dikawal Source Type III Sum Of Square df Mean Square F Sig. Corrected Model 3.998a 2 1.999 8.923 .001 Intercept 12.184 1 12.184 54.384 .000 Pra_PK .038 1 .038 .169 .684 Kumpulan 3.768 1 3.768 16.819 .000 Error 6.049 27 .224 Total 492.450 30 Corrected Total 10.047 29 a. R Squared = .398 (Adjusted R Squared = .353) b. Computed using alpha = .05 Berdasarkan Jadual 4 didapati terdapat kesan variabel bebas iaitu kumpulan adalah signifikan dengan variabel bersandar iaitu ujian pasca [F (1,27) = 16.819, p < .05] di mana


62 p(0.000) > α(0.05). Dapatan ini menunjukkan bahawa dengan mengawal skor min pra ujian, terdapat perbezaan yang signifikan skor min ujian pasca bagi profil pengetahuan dan kemahiran teori kaunseling di antara kumpulan. Oleh itu, dapatan ini membuktikan bahawa pengajaran berbantukan modul dapat meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran teori kauseling dalam kalangan kaunselor pelatih di IPG.


63 PENUTUP Proses pembinaan personaliti kaunselor pelatih yang kompeten dilakukan secara menyeluruh berdasarkan tiga domain utama iaitu kognitif, psikomotor dan afektif. Fokus pembangunan domain kognitif dilakukan adalah untuk membantu pelajar meningkatkan pengetahuan melalui aktiviti kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah. Domain psikomotor pula bertujuan meningkatkan kecekapan seseorang pelajar untuk mengaplikasi sesuatu kemahiran secara amali ataupun perlakuan, manakala domain afektif bertindak sebagai elemen psikologi yang berperanan untuk membantu pelajar membentuk trait dalaman (personaliti). Trait dalaman merupakan elemen nilai tambah yang berperanan penting dalam proses pembinaan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan pelajar. Bandura (1994) berpendapat bahawa aspek pengetahuan dalam sesuatu bidang bukanlah aspek yang dapat menjamin individu itu dapat melaksanakan tugas dengan baik. Sebaliknya aspek trait dalaman seperti faktor rujukan pemikiran kepercayaan kendiri memainkan peranan utama ketika seseorang itu melakukan tugasan. Pemikiran kepercayaan kendiri merujuk kepada efikasi kendiri iaitu keyakinan dan kepercayaan individu terhadap keupayaan menyusun atur dan mentadbir tindakan yang diperlukan untuk mengurus situasi-situasi yang dijangka bakal berlaku pada masa hadapan. Justeru, melalui pengajaran berbantukan modul m-PEK berasaskan pendekatan pembelajaran aktif dan berkonsepkan strategi pengajaran kelas berbalik, pelajar berupaya membentuk efikasi kendiri, pengetahuan dan kemahiran penggunaan teori. Usaha ini dilakukan bagi memastikan kualiti pendidikan dan latihan kaunselor sekolah di IPG khususnya adalah selaras dengan hasrat IPGM dan Lembaga Kaunselor Malaysia untuk melahirkan kaunselor sekolah yang kompeten.


64 RUJUKAN Anderson, J. A. 1973. A theory for the recognition of items from short memorized lists. Psychological Review 80, 417-438. Baddeley, A. D. (1976). The Psychology of Memory. New York: Basic Books. Bandura, A. (1997). Self-Efficacy, The Exercise of Control. New York: W.H Freeman Company. Cavanagh, S.J., Hogan, K., Ramgopal, T., 1995. The assessment of student nurse learning styles using the Kolb Learning Style Inventory. Nurse Education Today 15 (3), 177–183. Corey, G. (2001). The art of integrative counseling. Pacific Grove, CA: Brooks/Cole. Curry, J. R. (2007). An investigation of the relationship between counseling selfefficacy and counselor wellness among counselor education students. (Doctoral dissertation, University of Central Florida Orlando, Florida). Daniels, J. A., & Larson, L. M. (2001). The Impact of Performance Feedback on Counseling Self-Efficacy and Counselor Anxiety, 41(December), 120–130. Dick, W. & Reisser, R. A. (1989). Planning effective instruction. Eaglewood Cliff: NJ Prentice. Enfield, B. J., & State, C. (2013). Looking at the impact of the Flipped Classroom Model of Instruction on undergraduate Multimedia students at CSUN. TechTrends, 57(6). Fink, L. D. (2004). Beyond small groups: Harnessing the extraordinary power of learning teams. In Team-Based Learning: A Transformative Use of Small Groups in College Teaching, 3–26. Fink, L. D. (2007). The Power of Course Design to Increase Student Engagement and Learning. Peer Review, Winter 200, 13–18. Gibson, R.L., & Mitchell, M.H. (2003). Introduction to counseling and guidance (sixth edition). Upper Saddle River, NJ: Pearson Education Inc. Nor Shafrin Ahmad, & Rohany Nasir. (2013). Aplikasi praktik teori kaunseling dan psikoterapi. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Remley, T. P., & Herlihy, B. (2013). Ethical, legal, and professional issues in counseling (3rd edition). Upper Saddle River, NJ: Pearson-Merrill/Prentice-Hall. Smith, P. & Ragan, T. J. (2005). Instructional design. New York: Wiley. Stewart, N. R., Winborn, B. B., Johnson, R. G., Burks & Engelkes, J. R. (1978). Systematic Counseling. Englewood Cliffs. New Jersey: Prentice-Hall. Vygotsky, L. S. (1978). Mind in society: The development of higher psychological processes. Cambridge, MA: Harvard University Press.


65 Zainal Abidin Ahmad (2004). Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur. UNITEM Sdn.Bhd.


66 LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version