The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan Tahunan Kolej Komuniti Bentong bagi tahun 2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Yat Kkbt, 2021-07-23 11:19:31

Laporan Tahunan 2019

Laporan Tahunan Kolej Komuniti Bentong bagi tahun 2019

Keywords: laporan tahunan

LAPORAN TAHUNAN
KOLEJ KOMUNITI
BENTONG

2019

PERUTUSAN PENGARAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah bersyukur kehadhrat Allah swt kerana dengan izin dan limpah kurniaNya,
Kolej Komuniti Bentong (KKBEN) terus melangkah sebagai sebuah institusi yang memperkasakan
pembelajaran TVET.
Izinkan saya terlebih dahulu untuk merakamkan ucapan terimakasih dan penghargaan kepada kumpulan sidang ridaksi
kerana telah berjaya untuk menerbitkan laporan tahunan 2019 ini. Penghargaan juga kepada seluruh warga Kolej Komuniti
Bentong (KKBEN) di atas komitmen dan sumbangan yang telah ditunjukkan sepanjang tahun 2019.
Beberapa pencapaian yang membanggakan juga telah berjaya dicapai hasil kerjasama padu semua warga KKBEN.
Kejayaan ini adalah merupakan hasil usaha yang gigih dan komitmen yang tinggi yang diberikan oleh semua warga KKBEN.
Namun begitu, kejayaan yang dicapai ini tidak seharusnya mewujudkan perasaan terlalu selesa kerana banyak lagi perkara
yang perlu dilaksanakan bagi mencapai visi dan misi KKBEN. Justeru usaha mengukuhkan asas kecemerlangan kolej perlu
dilipatgandakan terutama dari masa ke semasa. Saya amat bangga dan percaya pencapaian ini masih boleh dipertingkatkan
lagi supaya graduan yang dikeluarkan oleh KKBEN dapat berdiri sama tinggi dengan graduan-graduan institusi TVET yang
lain.
Syabas dan tahniah sekali lagi buat seluruh warga KKBEN atas pencapaian KKBEN sepanjang 2019. Teruskan usaha untuk
mengukuhkan asas kecemerlangan KKBEN.
Dalam kita merancang dan berusaha merintis kejayaan, KKBEN dikejutkan dengan pemergian seorang pensyarah Sijil
Teknologi Elektrik, Cik Lailatul Munira binti Abu Bakar akibat serangan sakit jantung. Moga roh arwah dicucuri rahmat dan
ditempatkan bersama-sama roh orang-orang soleh.
Namun begitu semua kakitangan KKBEN terus bersemangat dan fokus untuk mendidik anak bangsa meneruskan
kecemerlangan di Kolej Komuniti Bentong.
Sekian, terima kasih.
AHMAD MUZAFFAR BIN ABDUL AZIZ
Pengarah Kolej Komuniti Bentong

SELAYANG PANDANG

Kolej Komuniti Bentong adalah sebuah dari sepuluh buah Kolej Komuniti di Negeri Pahang. Mula ditubuhkan
pada bulan Mac 2003. Kolej ini terletak di KM 6 Karak Setia, Pekan Karak Bentong. Ia adalah sebuah institusi
pendidikan dibawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT).
Sebuah kampus yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti Dewan Kuliah, Dewan Seminar, Bengkel-
bengkel, Dewan serbaguna, Gelnggang Futsal, Gelanggang Woodball, Surau, Kantin dan mempunyai kemudahan
liputan talian internet yang baik.
Ada empat kursus utama ditawarkan di Kolej Komuniti Bentong iaitu, Kursus Sijil Teknologi Elektrik, Sijil
Teknologi Pembinaan Bangunan, Sijil Teknologi Maklumat dan Sijil Pengoperasian Perniagaan. Disamping itu
terdapat juga kursus-kursus pendek dijalankan bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat
mendapatkan latihan dan kemahiran secara berterusan.
Pengambilan pelajar dibuat dua sesi setiap tahun iaitu sesi Jun dan Disember manakala bagi kursus-kursus
pendek dijalankan sepanjang tahun.
Kolej Komuniti Bentong berperanan memberi peluang latihan dan kemahiran kepada semua peringkat
masyarakat serta peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran pekerjaan atau
melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

VISI

Menjadi Peneraju TVET Yang Unggul

MISI

Menyediakan akses yang meluas kepada
program TVET berkualiti dan diiktiraf
Memperkasa komuniti melalui pembelajaran
sepanjang hayat
Melahirkan graduan holistik, berciri
keusahawanan dan seimbang
Memanafaatkan sepenuhnya perkongsian pintar
dengan pihak berkepentingan

PIAGAM PELANGGAN

1. Proses pendaftaran pelajar diselesaikan
dalam masa satu hari pada Hari Pendaftaran.

2. Hari Suai Kenal diadakan dalam tempoh
1-3 hari oleh Unit Pembangunan Pelajar.

3. Proses Pengajaran dan Pembelajaran PdP
dijalankan secara sistematik, terancang dan
berkesan mengikut Takwim Perancangan
Akademik Institusi.

4. Keputusan peperiksaan dikeluarkan selepas
Mesyuarat Jawatankuasa Peepriksaan dalam
seminggu.

5. Tempoh penempatan pelajar latihan
industri di syarikat diselesaikan 2 minggu
sebelum pelajar menjalani latihan industri.

6. Aduan pelanggan diselesaikan dalam
tempoh empat belas (14) hari setelah
menerima aduan pelanggan.

PENGURUSAN TERTINGGI

TIMBALAN PENGARAH PENGARAH TIMBALAN PENGARAH
AKADEMIK AHMAD MUZAFFAR BIN PENGURUSAN

MOHD FAZLI KHAISUNIZAM ABDUL AZIZ RUSLIANA BINTI RUSLE
BIN ISMAIL

CARTA ORGANISASI TIMBALAN PENGARAH
(PENGURUSAN)
PENGARAH
TIMBALAN PENGARAH

(AKADEMIK)

UNIT UNIT AKADEMIK & LAIN-LAIN
PEPERIKSAAN PEND. BERTERUSAN

UNIT PEMBANGUNAN UNIT PENTADBIRAN UNIT PEMBANGUNAN
PELAJAR DAN KEWANGAN

UNIT KOLABORASI DAN UNIT PENGURUSAN
KEUSAHAWANAN MAKLUMAT DAN

KORPORAT

ANUGERAH PERKHIDMATAN
CEMERLANG (APC)

PERGERAKAN STAF

IZYANI BINTI AHMAD

Bertukar dari Kolej Komuniti Bentong ke
Kolej Komuniti Kuala Pilah pada 2 Mei 2019

PROGRAM
PENGOPERASIAN PERNIAGAAN

PROGRAM
PENGOPERASIAN PERNIAGAAN

Pengenalan

Program Pengoperasian Perniagaan telah ditawarkan pada tahun 2003, dengan nama asal
Program Perakaunan dan Perniagaan. Program ini telah menawarkan kursus-kursus dalam
bidang Perakaunan dan Perniagaan. Namun begitu, berdasarkan permintaan semasa, program
ini telah ditukar nama kepada Program Pengoperasian Perniagaan, selaras dengan Sijil
Pengoperasian Perniagaan yang ditawarkan. Program Sijil Pengoperasian Perniagaan ini
berbentuk sepenuh masa dan memulakan pengambilan pertama pada sesi Mac 2015. Program
Pengoperasian Perniagaan adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat
pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam
bidang perakaunan, kewangan dan perniagaan. Pelajar akan memperolehi pengetahuan dan
kemahiran yang dapat membantu dan mampu menyediakan modal insan ke alam pekerjaan
atau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Program ini juga menyediakan
pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang pengoperasian perniagaan yang mana ia boleh
diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang pengoperasian perniagaan

PROGRAM PENGOPERASIAN
PERNIAGAAN

●Berikut adalah antara kursus yang ditawarkan bagi sijil ini;

SEMESTER 1 SEMESTER 2

 Matematik Pengurusan  Undang-undang perniagaaan
 Etika Perniagaan  Prinsip Perakaunan
 Pemasaran Digital  Prinsip Pemasaran
 Pengurusan Pejabat  Keusahawanan
 Pendidikan Islam1 /  Asas Komunikasi Perniagaan
 Pendidikan Islam 2/
Pendidikan Moral 1
 Kemahiran Insaniah Pendidikan Moral 2
 Aplikasi Komputer  Ko-Kurikulum (Kelab)
 Communicative English

SEMESTER 3 SEMESTER 4

 Prinsip Ekonomi

 Statistik

 Pembangunan Perniagaan

 Pengurusan Sumber Manusia

 Prinsip Pengurusan  Latihan Industri

 Workplace English

 Ko-Kurikulum (Sukan)

 Pengajian Malaysia 1

CARTA ORGANISASI

PENGARAH
Ahmad Muzaffar bin Abdul Aziz

TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK
Mohd Fazli Khaisunizam bin Ismail

KETUA PROGRAM
Norliana binti Ali

PENSYARAH

Sharmili binti Affida Hanis Engku Nur Syahira Noorhidayah
Mohamed Rafi binti Shohaili Mohamad binti Mohd binti Mohd
Engku Abdullah
Salleh Jaafar

AKTIVITI SEPANJANG TAHUN

TAHUN 2019

BIL AKTIVITI TARIKH PENGLIBATAN
Pensyarah & Pelajar
1. Lawatan Ilmiah Pelajar Ke Kilang Coklat 17.10.2019 Pensyarah & Pelajar
(AOM Food Industries) 09.10.2019 Pensyarah & Pelajar
08.10.2018 Pensyarah & Pelajar
2. Pelancaran dan Penutup Jualan Produk SPP
10.04.2019 Pensyarah & Pelajar
3. Lawatan Ilmiah Pelajar SPP-Mengenal 05.04.2019
Persekitran dan Tatacara Perniagaan Pensyarah & Pelajar
& Pensyarah & Pelajar
4. Aktiviti ‘Creating Future Business Leader” 12.04.2019 Pensyarah & Pelajar
03.04.2019
5. Kursus Reskilling: Fotografi Produk

6. Projek Perniagaan: Pasar Tani Karak

7. Projek Perniagaan Free Market – ECO 17.02.2019
16.01.2019
8. Lawatan Ke Kompleks Industri Makanan
MARA Gombak: Malinja Doner Kebab

“GALERI AKTIVITI
TAHUN 2019

PROGRAM

PENGOPERASIAN
PERNIAGAAN (SPP)”

1. Lawatan Ilmiah Pelajar Ke Kilang Coklat (AOM Food Industries)
Program dilaksanakan supaya pelajar dapat mempelajari tentang proses pembuatan coklat
daripada bahan mentah sehingga kepada pelabelan dan pembungkusan produk. Semasa lawatan
pelajar diberikan taklimat khas mengenai produk dan berpeluang untuk cuba membuat sendiri
produk yang dikeluarkan.

Pelajar dibenarkan untuk mencuba Antara produk yang dihasilkan dan
dan merasai pengalaman dalam proses pembungkusan dan pelabelan
penghasilan coklat.
telah selesai.

Pelajar bersama produk yang dihasilkan bersama Pelajar dan pensyarah bersama produk yang telah
kumpulan masing-masing. dihasilkan dengan kumpulan masing-masing.

2. Pelancaran dan Penutup Jualan Produk SPP
Program ini dilaksanakan untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pelajar
dalam menyediakan rancangan perniagaan bagi aktiviti perniagaan. Selain itu, pelajar dapat
memahami cara mengendalikan program di luar kawasan kolej dan memperolehi
pengalaman sebenar dalam menjalankan aktiviti perniagaan secara lapangan.

3. Lawatan Ilmiah Pelajar SPP-Mengenal Persekitran dan Tatacara
Perniagaan

Program dilaksanakan bagi mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan pengajaran untuk Penyediaan
Rancangan Perniagaan, pendedahan secara terperinci dalam proses menghasilkan produk tempatan dan
amali dalam aplikasi dalam memulakan perniagaan. Pelajar mendapt ilmu pengetahuan yang jelas dan
terperinci mengenali persekitaran sebenar dalam menjalankan perniagaan.

Pelajar bersama pemilik perniagaan di depan premis Pekerja sedang menghasilkan produk untuk dibungkus
perniagaan. dan dijual di premis perniagaan.

Aktiviti latihan dalam kumpulan dilaksanakan dalam Pelajar sedang berbincang dalam kumpulan masing-
bentuk kumpulan. masing bagi melaksanakan tugas yang diberikan.

4. Aktiviti ‘Creating Future Business Leader”
Program ini disertai oleh 28 orang pelajar dan 7 orang pensyarah yang bertujuan memupuk,
mendidik dan memberi galakan dalam menerapkan ciri-ciri keusahawanan. Pelajar diberikan
beberapa aktiviti yang berkonsepkan nilai keusahawanan di dalam kumpulan masing-
masing. Pelajar perlu menyelesaikan beberapa tugas yang mempunyai kaitan dengan dunia
perniagan dalam kumpulan bagi meningkatkan daya penyelesaian masalah.

5. Kursus Reskilling: Fotografi Produk
Kursus ini telah dilaksanakan bagi menambahkan kemahiran pelajar dalam kemahiran fotografi produk
dalam menghasilkan kualiti gambar produk untuk tujuan pemasaran dan pengiklanan. Pelajar diberi
pendedahan untuk menghasilkan gambar produk dengan kualiti yang terbaik sebagai salah satu tarikan
promosi untuk menarik perhatian pelanggan.

Pelajar sedang membuat latihan bagi menghasilkan Pelajar sedang membuat latihan bagi menghasilkan
kualiti gambar yang terbaik. kualiti gambar dengan konsep mini studio.

Pelajar menjalankan aktiviti perniagaan di Pasar Tani Pelajar menjalankan aktiviti perniagaan di Pasar Tani
Karak bersama pemilik perniagaan. Karak bersama pemilik perniagaan.

6. Projek Perniagaan: Pasar Tani Karak
Projek perniagaan ini adalah bertujuan mendedahkan pelajar dalam menunjukkan kemahiran
psikomotor dan amali dalam menyelesaikan masalah dalam perniagaan. Pelajar dikehendaki
menjana idea perniagaan dan menyediakan Business Model Canvas mengikut Sembilan
elemen yang telah diberikan. Pengetahuan BMC ini amat penting untuk pelajar menceburi
bidang perniagaan seiring dengan perubahan dunia perniagaan dari semasa ke semasa.

7. Projek Perniagaan Free Market – ECO
Program ini dilaksanakan bagi mendedahkan pelajar dalam amali keusahawanan sosial mengikut aspek
insaniah dan beramal untuk komuniti setempat. Selain itu, pelajar juga didedahkan bagi penyediaan
Business Model Canva dengan 9 elemen. Disamping itu, pelajar dapat memupuk sikap prihatin, simpati dan
empati terhadap komunitit setempat yang memerlukan bantuan. Keusahawanan sosial amat penting bagi
memupuk nilai-nilai murni supaya pelajar memahami kepentingan dalam menjaga sosio ekonomi komuniti
setempat.

Gambar kenangan pelajar bersama penduduk kampung Pelajar sedang menyusun pakaian terpakai untuk
selepas selesai program yang dijalankan. diberikan kepada komuniti setempat

Pelajar sedang mendengar taklimat daripada Sesi bergambar selepas selesai lawatan ilmiah bersama
penceramah. pemilik perniagaan.

8. Lawatan Ke Kompleks Industri Makanan MARA Gombak: Malinja Doner Kebab
Program ini bertujuan mendedahkan pelajar dalam memerhati, menunjukkan dan
menganalisis idea perniagaan Business Model Canva. BMC yang perlu difahami oleh pelajar
ialah seperti latar belakang, logo, warna korporat dan produk perniagaan. Pelajar juga
diberikan ilmu pengetahuan mengenai sumber pembiayaan yang perlu sekiranya ingin
memulakan dan mengembangkan perniagaan dari semasa ke semasa.

.

PENUTUP

Sepanjang pengajian di Kolej Komuniti Bentong, pelajar Sijil Pengoperasian
Perniagaan akan memperolehi banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran yang boleh

menjadi panduan dalam dunia pekerjaan dan kehidupan seharian. Aktiviti.aktiviti
yang dilaksanakan dapat menghasilkan tenaga kerja dan usahawan dalam bidang
pengoperasian perniagaan yang berpengetahuan dan berkemahiran selari dengan

keperluan semasa dan hasrat negara. Selain itu, pelajar dapat menunjukkan
kebolehan penyelesaian masalah secara inovatif, kreatif serta mengurus maklumat
dengan baik melalui pendekatan pembelajaran sepanjang hayat. Akhir sekali, pelajar

akan mempunyai kemahiran berkomunikasi berkesan dan bekerjasama dengan
kumpulan berasaskan etika kerja serta tanggungjawab sosial.

PROGRAM
TEKNOLOGI MAKLUMAT

PROGRAM
TEKNOLOGI MAKLUMAT

Pengenalan

Program Teknologi Maklumat mula ditubuhkan di Kolej Komuniti Bentong bermula Mac 2003.
Pengambilan pelajarnya pula bermula pada sesi Januari 2005 dengan menawarkan Sijil
Teknologi Maklumat (STM). Program ini menekankan aspek-aspek kemahiran teknikal serta
asas-asas dalam teknologi maklumat dan sains perkomputeran. Antara subjek-subjek yang
pernah diajarkan dalam bidang ini seperti Asas Pengaturcaraan, Asas Multimedia, Pangkalan
Data, Asas Pemasangan Komputer, Internet Of Things dan sebagainya.
Bermula Ambilan Julai 2017, Sijil Modular Kebangsaan (SMK), iaitu SMK Aplikasi Perisian
Komputer telah dimansuhkan dan digantikan dengan Sijil Teknologi Maklumat (STM). Syarat
kemasukan adalah Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan satu kredit dan sekurang-
kurangnya lulus mata pelajaran Matematik.
Tempoh pengajian untuk Sijil Teknologi Maklumat (STM) ialah minimum (4 semester) dan
maksimum (10 semester) dimana 1 semester bersamaan 4 bulan. Latihan industri pula adalah
selama 16 Minggu bersamaan 8 Kredit (Semester Akhir) dan jumlah kredit graduat adalah
sebanyak 60 kredit.

Kemudahan Disediakan

Kemudahan yang disediakan bagi pelajar Program Teknologi
Maklumat ialah : -
1. Makmal Multimedia
2. Makmal Pemasangan Komputer
3. Makmal Pengaturcaraan 1
4. Makmal Pengaturcaraan 2
5. Bilik Kuliah 12 (IOT)

CARTA ORGANISASI

AHMAD MUZAFFAR BIN ABDUL AZIZ
Pengarah

MOHD FAZLI KHAISUNIZAM BIN ISMAIL
Timbalan Pengarah (Akademik)

ANIZAWATI BINTI MUKHTAR
Ketua Program Teknologi Maklumat

Wan Mohd Zulhafirie Bin Wan Ahmad
Nor Azimah Binti Ibrahim
Nazatul Azura Binti Masdar
Nurfarhana Binti Hamdan
Siti Khairunnisa Bt Baharudin
Izyani binti Ahmad
Noorul Azwa Ayuni Binti Mat Noor

AKTIVITI SEPANJANG TAHUN

AKTIVITI TAHUN 2019 TEMPAT
TARIKH
KUIS, Selangor
Lawatan Sambil Belajar ke Faktulti Sains dan Teknologi 3 Januari 2019
13hb Januari 2019 WangsaWalk, KL
Maklumat, KUIS
STM Rocking Day's Kuantan

Lawatan Ilmiah Penghasilan Video Untuk Kursus Asas 5 Mac 2019 UTEM, Melaka
Multimedia (Stm2033) Ke Pantai Batu Hitam, Kuantan Kolej Komuniti Bentong
3 April 2019 Orchard Villa, Gombak
Pertandingan Worldskills Malaysia Belia (WSMB) 2019. 9 April 2019 Kolej Komuniti Bentong
Bidang : Web Technologies 26 Mei 2019 Pondok Waris, Bentong
Bengkel Web Design MYSTMSKILLS 12 Julai 2019 Kolej Komuniti Bentong
Majlis Berbuka Puasa Pensyarah STM 24 Ogos 2019 Kolej Komuniti Bentong
Majlis Perpisahan Pn. Noorul Azwa Ayuni Mohd Noor yang 16 Oktober 2019
akan berpindah ke JPPKK 24-25 Oktober 2019 Bentong
Program Jati Diri pelajar STM
16 Disember 2019
Program Fiqh Ibadah Solat

Audit SRR Program STM

Majlis Perpisahan En. Wan Mohd Zulhafirie Bin Wan Ahmad

“GALERI AKTIVITI

TAHUN 2019

PROGRAM TEKNOLOGI
MAKLUMAT (STM)”

1. Lawatan Sambil Belajar ke Faktulti Sains dan Teknologi Maklumat, KUIS

Staf KUIS sedang memberi taklimat kepada pelajar Para Pelajar dibawa ke makmal komputer di FSTM,
STM KUIS

2. STM Rocking Day's

Pensyarah STM bersama ahli keluarga yang menyertai
Program ini

Aktiviti bermain bowling bersama ahli keluarga

3. Lawatan Ilmiah Penghasilan Video Untuk Kursus Asas Multimedia (Stm2033) Ke Pantai Batu
Hitam, Kuantan

Aktiviti sukaneka antara pelajar

Aktiviti membersihkan sekitar pantai

4. Pertandingan Worldskills Malaysia Belia (WSMB) 2019. Bidang : Web Technologies

Semua peserta berada di dalam makmal komputer
UTEM untuk memulakan pertandingan WSMB

Pelajar STM yang mewakili Kolej Komuniti Bentong
untuk Pertandingan WSMB 2019

5) Bengkel Web Design MYSTMSKILLS

Para pelajar STM yang menyertai Bengkel Web Design
Bengkel Web Design djalankan di Makmal Multimedia
KKBT

6) Majlis Berbuka Puasa Pensyarah STM

Majlis Berbuka puasa Pensyarah STM Bersama ahli keluarga

7) Majlis Perpisahan Pn. Noorul Azwa Ayuni Mohd Noor yang akan berpindah ke JPPKK

Gambar kenangan pelajar bersama penduduk kampung Pelajar sedang menyusun pakaian terpakai untuk
selepas selesai program yang dijalankan. diberikan kepada komuniti setempat

8) Program Jati Diri Pelajar STM

Semua pelajar STM yang menyertai Program Jati Diri STM

Antara aktiviti yang disediakan oleh PRISS
KKBT

9) Program Fiqh Ibadah Solat

Majlis Penutup Program FIqh Ibadah Amali Solat bersama Ustaz Baharimi

Pelajar sedang menyusun pakaian terpakai untuk
diberikan kepada komuniti setempat

10) Audit SRR Program STM

Sesi Lawatan ke Bengkel dan Makmal

Sesi Audit bersama pensyarah kursus

Temubual antara Auditor dan pelajar STM

11) Majlis Perpisahan En. Wan Mohd Zulhafirie Bin Wan Ahmad

Majlis Perpisahan untuk pensyarah yang berpindah

PROGRAM
TEKNOLOGI ELEKTRIK

PROGRAM
TEKNOLOGI ELEKTRIK

Pengenalan

Program Sijil Teknologi Elektrik (dahulunya dikenali sebagai Sijil Pemasangan Elektrik)
merupakan program yang digubal bagi memastikan pelajar memperolehi pengetahuan dan
kemahiran di dalam bidang elektrik. Melalui program ini, pelajar bukan sahaja berpeluang
mendapatkan pengetahuan teori tetapi juga latihan amali. Program ini menawarkan modul
teras dalam bidang Elektrik seperti Keselamatan dan Peraturan Elektrik, Prinsip Elektrik,
Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal, Motor Elektrik AT dan AU Fasa Tunggal, Pendawaian
Elektrik Tiga Fasa, Motor Elektrik Tiga Fasa, Pendawaian Elektrik Industri, Pengawal Logik
Bolehaturcara (PLC) Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Industri. Selain itu, program
turut memberi pendedahan mengenai bidang Elektronik melalui penawaran kursus Asas
Elektronik dan Sistem Digital. Pelajar juga turut ditawarkan kursus berkaitan dengan modul
wajib yang mana akan membekalkan pelajar dengan kemahiran insaniah dan pembelajaran
secara kendiri melalui tugasan dan projek.

PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK

●Lulusan daripada program ini akan bersedia bagi menyahut
cabaran dunia sebenar dalam bidang Teknologi Elektrik.
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam
bidang Pemasangan Elektrik yang menyediakan laluan kerjaya
seperti berikut:
●• Juruelektrik
●• Juruteknik Elektrik
●• Penolong Penyelia Elektrik
●• Usahawan

●KEMUDAHAN DISEDIAKAN Sijil
●Kemudahan yang disediakan bagi pelajar Program
Pemasangan Elektrik ialah:
●• Electrical and Technology Laboratory (ETL)
●• Electrical and Electronics Laboratory (EEL)
●• Wiring Bay 1 (WB1)
●• Wiring Bay 2 (WB2)
●• Wiring Bay 3 (WB3)
●• Makmal Penyelenggaraan Elektrik Industri (BK1)
●• Makmal Pendawaian Elektrik Industri (BK2)

CARTA ORGANISASI

PENGARAH
Ahmad Muzaffar Bin Abdul Aziz

TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK
Mohd Fazli Khaisunizam Bin Ismail

KETUA PROGRAM
Nurul Nadiah Binti Hashim

PENSYARAH
Lailatulmunira Binti Abu Bakar

Rasyida Binti A’alaf
Siti Juliana Binti Hamim
Widyawatie Binti Nawi
Nor Hisham Bin Mayidin

Che Ani Binti Che Kar

AKTIVITI SEPANJANG TAHUN

BIL NAMA PENGLIBATAN
1. Pembimbing: Pertandingan MyCCSkills 2019 Bidang

Nor Hisyam Bin Mayidin. Pemasangan Elektrik

Pelajar:
Nizar Fawwaz Sulaimi Bin Suharizan

BIL AKTIVITI TARIKH TEMPAT
Cemerkau Chekas
1. Program Peningkatan Sahsiah & Kemahiran 27 April 2019 Chalet, Raub

Interpersonal Pelajar Sijil Teknologi Kolej Komuniti
Bentong
Elektrik
Kolej Komuniti
2. Kursus Pendawaian Elektrik Tiga Fasa 18-19 Jun 2019 Bentong

3. Kursus Pendawaian Motor Elektrik Tiga 21 Jun 2019 Kolej Komuniti Kuala
Fasa 25 September 2019 Langat

4. Pertandingan MyCCSkills 2019 Peringkat
Kebangsaan

“GALERI AKTIVITI

TAHUN 2019

PROGRAM TEKNOLOGI
ELEKTRIK (SKE)”

1) Program Peningkatan Sahsiah & Kemahiran Interpersonal Pelajar Sijil Teknologi Elektrik

2) Pertandingan MYCCSkills 2019 Peringkat Kebangsaan

3. Kursus Pendawaian Elektrik Tiga Fasa


Click to View FlipBook Version