CELIK MATA CELIK HATI – UJIAN KEHIDUPAN
DARI KAMI WARGA PUSAT SUMBER SMKBB
#stayathome #staysafe
#GPMstaywork
1. Hidup ialah satu ujian.
Ujian yang menyebabkan kita kena membuat pilihan demi
pilihan.
Hidup ialah sebuah percaturan.
Tersilap melangkah akan membawa ke jalan yang berduri.
Hidup dalam ketidakpastian.
Bermain dengan perancangan yang kadang kala menjadi dan
ada kalanya tidak.
Kita hanya mampu untuk merancang dan kita kena ingat
bahawa ALLAH lah Yang Maha Perancang dan hanya DIA
yang menentukan segalanya.
Bagi kita segala keinginan, kehendak dan perancangan kita
itulah yang terbaik tapi mungkin TIDAK pada DIA.
Kadang perancangan ALLAH kita rasa SALAH, KEJAM, TAK
ADIL ... tapi kita tak pernah tahu BAHAWA itulah yang
TERBAIK buat kita.
Sesungguhnya …
Bila kita melihat apa yang berlaku dengan mata hati …
Sandarkan segalanya pada DIA …
PASTI tiada keluhan dan rungutan yang timbul pada diri.
PASTI tiada lagi perkataan KALAU dan KENAPA yang
dilafazkan.
PASTI nya kita MENERIMA segalanya aturan KEHENDAK DIA
dengan IKHLAS dan REDA.
Ingatlah …
ALLAH sebaik-baik PERANCANG.
Percaturan yang DIA tentukan adalah yang TERBAIK.
DIA Maha Mengetahui segalanya … ITU PASTI !
2. Bahasa UJIAN
Apabila kita minta Allah
Ampunkan dosa kita
Tapi Allah turunkan ujian
kepada kita
Sebenarnya doa
kita telah dimakbulkan.
Dengan ujian itu,
Dosa itu digugurkan.
Hadapilah ujian itu
dengan reda.
Usah mengeluh
pabila diuji.
Sabar dan redalah....
Tiada yang boleh berubah sedikit pun melainkan dengan
ketentuan Allah.
Tiada manusia yang tak diuji dan tiada manusia yang tak
pernah berduka mahupun bersedih.
Allah berikan ujian dalam kehidupan supaya kita dapat menilai
jalan kehidupan.
Bukankah ujian itu menambahkan iman kita?
Alangkah rugi pabila Allah menguji tetapi kita semakin jauh
dari-Nya
INGATLAH DIRI
Allah mendugamu bukan kerana Dia mahu menyusahkan
dirimu tetapi Dia ingin mengetuk hatimu yang tidak pernah lelah
bermain dengan dunia agar dirimu kembali lurus pada jalan-
Nya.
Ingatlah, Allah tidak pernah melupakan kita namun kitalah yang
selalu melupakan-Nya, melupakan ayat-ayat-Nya, melupakan
nikmat-nikmat yang diberi-Nya...
Semoga kita mendapat petunjuk dan rahmat dari-Nya.
3. Ujian
Datang tak dipinta
Pergi tak dihalau
Manis terasa pahit
Hati yang merasa sering sakit
Singgahnya bukan sekejap
Menetapnya bukan tetap.
Luarannya lemah tampak gagah
Yang gagah tidak mengalah .
Jatuh tersungkur masih bangkit
Terluah sakit kerana perit
Disimpan kerana sabar
Dibuang kerana pendam .
Ujian itu nikmat
Bila kenal siapa
Yang mengujinya
4.
Ujian datang tanpa diminta
Sebagai manusia harus menghadapinya
Bukan melarikan diri dengan pergi
Kerana tak mahu melalui ...
Ujian yang diberi ...
Datang bertubi-tubi menghempap diri.
Bukan datang sesuka hati tanpa asbab terjadi.
Ada hikmah yang hendak diberi oleh Ilahi.
Buat manusia yang tak mengetahui.
Ujian itu anugerah indah yang diberi NYA ...
Jalanilah dengan penuh keredaan
Di sebalik perit, pahit, duka melaluinya
Pasti pengakhiran diberi kebahagiaan.
Ujian ALLAH berbalut CINTA
Tanda kasih sayang terhadap hamba DIA
Terus diuji agar hamba mengerti erti CINTA
Agar hamba merasai abadinya CINTA DIA
Duhai diri usah takut usah lemah
Bila diuji diri tidak bersendirian
Teruslah teguh dan istiqamah
Tetap lalui teguhkan pendirian
Laluilah ...
Hadapilah ...
Dengan keikhlasan hati,
Dengan penuh keredaan yang diberi,
Pasti … Ganjaran diberi
5.
Ada kalanya Allah memberi ujian pada diri dalam titisan air
mata kerana sebuah pengkhianatan, sebuah fitnah, sebuah
kehilangan, sebuah kebencian .
Hal itu membuat diri mahu tidak mahu harus melaluinya
meskipun dengan jiwa yang rapuh. Di sinilah ujian bagi diri
untuk dapat menghadapinya dengan bijak ketika peranan itu
harus kita lakoni.
Allah tak pernah janjikan langit selalu biru..
Jalan hidup tanpa batu..
Matahari tanpa hujan..
Kebahagiaan tanpa kesedihan..
Sukses tanpa rintangan..
tapi Allah kan selalu memberi pelangi di setiap badai,
senyum di setiap titisan airmata
kekuatan dalam kelemahan..
cahaya untuk terangi kegelapan..
berkah untuk segala ujian..
pertolongan untuk segala kesulitan..
dan jawapan di setiap doa hamba-Nya
Betapa banyak cubaan dan ujian ternyata sebuah kurnia dan
betapa banyak bencana yang kemudian menjelma menjadi
sebuah nikmat. Hanya jiwa terkadang tak menyedari ketika
kebaikan dibungkus oleh hal-hal yang tak disukai.
6. Sabar dalam mengharungi segala duka yang ALLAH beri
pada kita.
Sabar dalam menghadapi segala perit susah payah yang kita
rasa sepanjang perjalanan kita.
Sabar dalam menempuh segala kesakitan dalam arus hidup
kita.
Tenang …
Sabar …
Reda …
Ikhlaskan diri dalam menerima segala aturan takdir DIA.
Sabar dan reda saat mengharungi kesulitan dan kepayahan.
Sabar dan reda saat kita hadapi kehilangan dalam kehidupan.
Sabar dan reda dalam suka duka saat diberi segala dugaan
kehidupan duniawi.
Andai jalan yang kita pilih ialah pengorbanan kerana DIA maka
… senyumlah dalam kebahagiaan.
Kerana jalan yang kita pilih ialah kebahagiaan yang DIA restui.
Inilah ketenangan yang mewarnai kebuntuan.
Semendung mana pun ujian Ilahi
Sesakit mana pun luka dirasai
Sederas mana pun air mata membasahi pipi
Ingatlah …
KITA MASIH PUNYA ALLAH
KITA MASIH ADA ALLAH YANG MEMILIKI KEBAHAGIAAN
Sesungguhnya …
DIA BERSAMA KITA. Senyumlah …
7. Setiap manusia akan diuji. Semua diberi ujian di dunia yang
sementara ini mengikut kadar masing-masing.
Bohonglah kalau ada yang berkata hidup dia aman tak pernah
ada masalah tak pernah diuji.
Setiap orang ada masalah tersendiri.
ALLAH uji dan akan terus menguji dengan pelbagai ujian dari
pelbagai sudut.
ALLAH menguji seseorang itu bukan sengaja. DIA punyai
rahsia NYA tersendiri buat hamba NYA.
Sama ada ALLAH nak kita menginsafi dosa kita atau hendak
uji sejauh mana tahap keimanan kita.
Sesungguhnya …
Di setiap ujian DIA itulah yang akan membuka pintu kesedaran
dan keinsafan bagi mereka yang menyedarinya.
Di setiap ujian DIA itulah adanya kasih sayang DIA pada
hamba NYA.
Di setiap ujian DIA itulah yang mendidik kita supaya tabah dan
kuat serta jangan mudah putus asa dalam mengharungi
kehidupan di dunia ini.
Di setiap ujian DIA itulah yang akan membuat kita sedar
bahawa hanya DIA tempat kita bergantung.
Di sebalik ujian DIA itulah menunjukkan Keagungan DIA.
Segala aturan takdir DIA akan mematangkan jiwa.
Kadang kita tertanya …
Kadang kita mempersoal … kenapa kita diberi ujian yang amat
berat …
Kadang begitu banyak persoalan yang tak terjawab
Kadang jiwa meronta menghadapi aturan DIA.
Kesedihan ... Kekecewaan …
Membuat kita lupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala
masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan
kita.
Kita lupa Keagungan DIA.
Ingat lah …
ALLAH hadirkan ujian supaya kita bersabar dan bergantung
hanya pada DIA.
ALLAH uji bukan kerana DIA benci.
Astaghfirullah Al Azim ...
Sungguh lemah dan rendahnya iman kita pada saat kita jatuh
tersungkur hilang arah.
Kita selalu tak reda dalam menghadapi ujian ALLAH.
Allahu ya Allah
Andai kita anggap kita sedang ditimpa musibah yang besar
ingatlah ... bukan kita sahaja yang mengalaminya. Masih ramai
di luar sana yang lebih besar dan berat ujiannya.
Lihatlah kasih sayang ALLAH kepada kita sebagai hamba NYA.
Yakinlah atas Ar Rahman Ar Rahim DIA kepada kita.
Hanya kita yang buta.
Hanya kita sebagai hamba NYA tak pernah hendak bersabar
dalam menghadapi ujian DIA.
Hakikatnya …
ALLAH dah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang
berlaku ada hikmah DIA.
Lihatlah ke arah laut...
Airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Namun
hanya DIA yang mengetahui rahsia di dalamnya.
Begitulah dengan kehidupan manusia … riang, ketawa tetapi
hanya ALLAH yang mengetahui rahsia kehidupan.
Jika rasa kecewa …
Renungi air. Air tetap akan mengalir biarpun berjuta-juta batu
yang menghalangnya.
Jika rasa sedih …
Renungi langit dan alam semesta.
Sedarlah dan sentiasalah ingat bahawa ALLAH sentiasa
bersama diri.
Selagi masih dalam dunia perasaan …
Selagi itulah menyeksakan hati …
Kesian HATI .
Keluarlah dari sangkar perasaan.
Nikmatilah segala nikmat takdir ALLAH dengan ikhlas.
Berdoalah kepada ALLAH.
Sesungguhnya DIAlah tempat kita kembali.
Hanya DIA yang akan menyelesaikan segala masalah yang
membelenggu diri kita.
Jangan malu untuk merayu, meminta, memohon kepada
ALLAH.
DIA tak pernah jemu mendengar rintihan hamba NYA.
Dekatkanlah diri kita dengan Pencipta kita yang menguasai
seluruh alam ... dan yang memegang HATI kita.
Namun jangan hanya berdoa. Kita juga perlu berusaha untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Mungkin ada yang rasa diri tak kuat hendak hadapi ujian
ALLAH ...
Jangan pernah menyerah.
Jangan tewas dengan hasutan syaitan.
Capai kembali kekuatan diri kerana kekuatan itu ada dalam diri
masing-masing.
Yakinlah dengan diri ... tabahlah.
Kita perlu tahu selepas ujian ini selesai maka akan ada lagi
ujian akan mendatangi kita.
Maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya.
Sungguh beruntung bagi mereka yang selalu diberi ujian...
Kerana itu lah tanda ALLAH sayang padanya.
Ingat lah …
Apa yang ditetapkan DIA untuk kita itulah yang terbaik !
Semoga kita sentiasa menjadi hamba DIA yang sentiasa reda
atas ujian dan ketentuan NYA.
Alhamdulillah
Aamiin ya Allah
8. Jika ALLAH hadirkan kedukaan pada hamba NYA maka
tiada siapa yang boleh menegah.
Jika ALLAH hadirkan kebahagiaan pada hamba NYA maka
tiada siapa yang boleh halang.
Jangan iri ...
Jangan bersedih ...
Laluilah setiap takdir DIA dengan reda.
Jangan hasad dengki pada kebahagiaan orang lain, mungkin
kita akan merasai kebahagiaan itu pada hari esok.
Jangan bersedih menghadapi ujian kedukaan kerana di sebalik
titisan air mata itu ada kebahagiaan yang tersembunyi.
Husnudzonlah pada aturan takdir ALLAH.
9. KETIKA ALLAH MENYAYANGIMU DIA AKAN MULA
MENGUJI...
Ukuran kejayaan kamu di dunia ini adalah bilamana kamu mati
kelak. Bukannya apa yang kamu miliki di dunia ini.
"Allah tidak suka kepada dosa, tetapi Allah maha
mengampunkan. Allah tidak suka kepada pendosa, tetapi Allah
mencintai orang-orang yang selalu bertaubat"
Santunilah ujian tersebut dengan penuh adab akhlak karimah
... moga engkau menjadi mulia kerana dimuliakan oleh-Nya
dengan asbab berjayanya engkau mengharungi ujian dengan
reda, sabar dan qanaah. Ketika datang kepadamu ujian... ia
sesungguhnya ingin memberimu maqamat jika engkau hadapi
dengan perintah Allah swt penuh adab dan akhlak-Nya.
Ketika ujian demi ujian engkau hadapi di Universiti dulu,
ketahuilah engkau sudah hampir untuk berjaya dan akhirnya
engkau keluar sebagai Sarjana!
10.
UJIAN
Kita tidak perlu menggelabah ketika dihimpit payah
dan kita tak perlu lemah ketika dirundung musibah
kerana di setiap masalah yang bisa menyelesaikan hanya Allah
Bertenanglah saat Allah uji
kerana setiap ujian itu ada hikmah-Nya
Allah tidak pernah menguji hamba-Nya
melainkan tentu ada hikmah di sebaliknya
Usahakanlah untuk senyum
kerana di sebalik senyuman syaitan akan kecewa
Kerana syaitan mengharapkan kita rebah menderita
namun kita bangkitlah dengan kekuatan doa
meminta dan mengharap kepada Allah yang menyediakan
jalan menuju-Nya
bagi mereka yang bergantung harap kepada-Nya
Cubalah belajar tersenyum
Agar setiap ujian ini menjadi indah
pabila ada keyakinan serta harapan kepada Allah
Kita sebagai hamba-Nya hanya
perlu sabar dan reda dengan segala ketentuan-Nya
Kerana di setiap keredaan mengharungi ujian
Allah menyediakan pengampunan
dan juga keredaan-Nya
11.
Saat ujian terus menempa..
Saat seolah tidak ada yang mendukung...
Saat seolah tidak ada yang membantu..
Mungkin itu ialah teguran dari Allah..
Agar kita sedar,
Bahawa hanya Allah tempat bergantung
Agar kita ingat,
Hanya kepada Allah kita memohon pertolongan..
Mohonlah pertolongan ALLAH dengan sabar dan solat..
In sha-Allah
12. Kerap kali juga kita akan bertemu pula dengan kesulitan
daripada gelombang yang lain. Kerana sudah demikian
mestinya hidup itu, habis kesulitan yang satu akan menimpa
pula kesulitan yang lain. Kita hanya beristirahat buat
sementara, guna mengumpulkan kekuatan untuk menempuh
perjuangan yang baharu. Sebab itulah maka tak usah kita
menangis di waktu mendaki, sebab di balik puncak perhentian,
pendakian itu telah menunggu daerah yang menurun. Hanya
satu yang akan kita jaga di sana, iaitu kuatkan hati, supaya
jangan tergelincir. Dan tak usah kita tertawa semasa waktu
turun kerana kita akan menempuh pendakian pula, yang
biasanya lebih tinggi dan menggoyahkan lutut daripada
pendakian yang dahulu. Dan barulah kelak pada akhir
sekali,akan berhenti pendakian dari penurunan itu, di satu
padang yang luas terbentang bernama maut.Di sana akan
bertemu alam datar, tak berpendakian, tak berpenurunan lagi.
HAMKA-Merantau Ke Deli
13. Cara ALLAH menyayangi ...
Bukan dengan meringankan masalah tapi dengan
MENGUATKAN JIWA sehingga sehebat apapun ujian diberi
kita tetap dapat teguh bertahan dan tak menyerah.
Cara ALLAH menyayangi ...
Bukan dengan mengurangkan bebanan yang kita pikul tapi
dengan MENGUKUHKAN HATI sehingga kita mampu
melaksanakan amanah yang telah DIA berikan kepada kita.
Cara ALLAH menyayangi ...
Bukan dengan memudahkan jalan menuju kepada DIA tapi
dengan KESUKARAN sehingga kita sedar bahawa kesukaran
itulah yang membuat kita semakin berjaya dan terus maju.
Dalam hidup ...
Kita perlukan ujian agar kita punyai kekuatan.
Perlu ada pengorbanan agar kita tahu menghargai.
Kita perlukan air mata agar kita tahu merendahkan hati.
Kita perlukan celaan agar kita tahu bagaimana cara bersabar.
Kita perlukan tertawa agar kita tahu bersyukur.
Kita perlukan senyuman agar kita tahu berkasih sayang.
Sesungguhnya …
Ada luka yang tak diciptakan untuk menyembuhkan dan tak
pula untuk menetap.
Takdir …
Jika diterima dengan KEIKHLASAN maka pada akhir nanti ia
akan lahir menjadi cahaya yang terang. Inilah hadiah terindah
dari ALLAH
Berbahagialah pada takdir dengan penerimaan yang tulus.
Sesungguhnya mendidik HATI agar BERBAIK SANGKA itu
amat Indah.
Alhamdulillah...
Semoga kita semua sentiasa dalam nikmat rahmat reda ALLAH
Semoga esok masih lagi diberi rezeki bernafas, masih lagi
diberi peluang untuk bertaubat.
Aamiin Allahumma aamiin.
Semakin masa berlalu ...
Semakin hampir kita dengan kematian.
Perbanyakkan selawat dan istighfar
14. INNA LILLAHI WAINNA ILAIHI ROJIU’N
Artinya :Dari pada-Nya kita datang dan kepada-Nya harus
kembali.
Sesungguhnya segala yang terjadi dalam HIDUP dan juga
MATI itu merupakan UJIAN, maka setiap ujian haruslah pula
disambut dengan perilaku sifat yang bernama SABAR.
Tanpa berpegang pada dahan sabar, maka sudah tentu
manusia itu akan hanyut terbawa arus ujian, dan manusia
tersebut akan jatuh ke tangan syaitan jika senjata sabar tidak
dipunyai oleh dirinya, di samping itu perlulah diingatkan
bahawa syaitan akan mencuba segala cara sehingga membuat
kesabaran luput pada diri manusia tersebut ketika menghadapi
sesuatu ujian. Maka berbahagialah mereka yang memiliki
SABAR dalam dirinya.
15. *¨¨*•♪ღ♪*•.¸ ¸¸
(¯`v´¯) °˜¨•☆
`•.¸ASSALAMU'ALAIKUM.•´
¸.•´...
Selepas tertawa pasti menyusul air mata
Selepas nestapa pasti kegembiraan menjelma
Selepas Allah berikan kita gelap pasti akan datang terang
Sebagaimana selepas malam pasti datang siang.
Allah berikan terang supaya kita bersyukur
Allah berikan kita gelap supaya kita bersabar
Kadang-kadang Allah beri kita hujan
Kita tanya mana matahari
Rupa-rupanya Allah nak bagi kita pelangi.
Bila Allah beri kita malam yang pekat
Kita bertanya mana bulan
Rupa-rupanya Allah nak bagi kita lihat bintang
Allah patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita
Allah patahkan hati kita untuk kuatkan diri kita
Berserah dan yakinlah kepada-Nya
16.
Jangan pernah berasa kecewa …
dalam kehidupan
Jangan pernah berasa hampa …
pada diri sendiri
Jangan pernah berasa sedih …
pada setiap aturan kehendak DIA.
Jangan pernah berasa hidup ini hanya sia sia.
Ingatlah …
Jika kita berasa kecewa, hampa, sedih, tak berpuas hati
dengan kehidupan dan diri sendiri itu tandanya kita BELUM
beriman dengan qada dan qadar ALLAH.
Ingatlah …
Pada saat pelbagai ujian takdir... teguhlah pada DIA.
Kembalilah pada DIA.
DIAlah tempat kita mengadu.
DIAlah tempat untuk kita mencurahkan segala rasa.
DIA sentiasa ada untuk mendengar setiap luahan hamba NYA.
Maka …
Jangan pernah berputus asa daripada rahmat NYA.
Sesungguhnya …
Semendung apa pun awan … langit tetap biru.
Sesakit mana pun luka … sabar tetap perlu.
Sehina mana pun insan … DIA sentiasa ada untuk kita.
Kecewa mana pun diri … REDA tetap harus ada
17.
Jadilah seperti langit.
Saat menangis dia tahu bila waktunya perlu berhenti
menebarkan rintik hujan ke bumi.
Begitulah saat kau tersungkur dan sedih dengan ujian dunia
Tidak perlu lama.
Sampai masa bangkitlah bersama kekuatan yang baharu.
Mungkin..
Ada berjuta cerita duka yang Tuhan kirimkan
Tetapi sakitnya tidak sedalam ini
Ada berjuta ujian yang pernah Tuhan campakkan
Tetapi ujiannya tidak seberat ini.
Ada pelbagai insan yang telah Tuhan hadirkan
Tetapi kehilangannya tidak seluka ini.
Dan kita mengetahui..
Ujian ini tidak ada henti sehingga kita menghembus nafas
terakhir nanti...
18.
SEDIKIT TENTANG PENGERTIAN IMAN.
Sahabat saudaraku sekalian,
Keimanan yang benar jika menjadikan perjalanan hidup
seseorang itu seumpama sebuah kisah cinta yang indah,
kesetiaan dan pengorbanan yang dimiliki akan menukar ujian
pahit menjadi satu kenangan manis, kemanisan iman
menjadikan segala beban yang ditanggung ringan dan mudah,
keyakinan pada janji-janji Allah menjadikan jiwa menghadapi
perjalanan hidup yang begitu sukar,kerinduan pada-Nya
menjadi pembakar semangat setiap kali berdepan dengan
kegagalan dan ujian yang betapapun beratnya sebab dia Yakin
dengan janji Allah.
Sahabatku sekalian yang dirahmati Allah.
Keimanan itu ialah keyakinan hati yang diungkap oleh ucapan
dan terwujud melalui perbuatan. Iman tak dapat diwarisi dari
seorang ayah yang bertaqwa, Iman juga tidak dapat dijual beli,
ia tiada di tepian pantai.
Walau apapun caranya jua, engkau mendaki gunung yang
tinggi.. Engkau merentas lautan api, namun tak dapat jua
dimiliki,kecuali seseorang kembali pada Allah,dengan hati yang
suci.
SELAMAT MERENUNG DAN AMALKAN SEMOGA
MANFAAT INSYA ALLAH WASSALAM
19.
DIA tahu kita hebat ...
Sebab itu DIA hadirkan ujian.
DIA tahu kita kuat ...
Sebab tu DIA hadirkan ujian berterusan.
Andai kita sedar ...
Andai kita tahu ...
Andai kita mengerti ...
Bahawa di setiap ujian itu ada RAHMAT DIA
Bahawa di setiap ujian itu terselit NIKMAT DIA
Pasti kita akan minta terus diberi ujian.
20.
Bicara tentang ujian ...
Kita diberi ujian KESEDIHAN ...
Agar dalam kesedihan kita KEMBALI dan BERBICARA dgn
DIA.
Kita diberi ujian KESIHATAN ...
Agar dalam sihat atau sakit kita tak lalai dari BERZIKIR kpd
DIA
Kita diberi ujian KEHINAAN ...
Agar dalam kehinaan itu kita sedar dan insaf bahawa taraf kita
hanya sekadar HAMBA.
Kita diberi ujian KEMISKINAN …
Agar di dalam kemiskinan itu kita belajar erti BERSYUKUR.
Kita diberi ujian KESUSAHAN ...
Agar di dalam kesusahan itu kita BERGANTUNG hanya pd
DIA.
Kita diberi ujian PENDERITAAN …
Agar di dalam penderitaan itu kita mengerti hakikat REDHA.
Kita diberi ujian KEHILANGAN …
Kerana HATI yang merasai kehilangan selalu KEMBALI
DEKAT pada DIA.
INGAT LAH ...
Di saat mata dihidang dengan kenikmatan duniawi ...
Maka TUNDUK lah.
Di saat akal kita diasak rayuan nafsu tercela …
Maka ISTIGHFAR lah.
Di saat mulut lantang berbicara hal duniawi ...
Maka ber ZIKIR lah.
Di saat telinga disogok dengan suara tercela …
Maka ber TAKBIR lah.
Di saat jasad menjadi lemah pada hasutan pujuk rayu syaitan
…
Maka ber WUDHU lah
Di saat merasa kehilangan dan tiada daya ...
Maka ber SUJUD lah.
Di saat merasa kekosongan lemah tak bermaya …
Maka KEMBALI lah
Ber DOA lah.
Ber SERAH lah pada DIA.
IKHLAS kan lah semua pada DIA
REDHA kan lah segalanya
Buangkanlah segala keegoan ...
Buangkanlah segala keangkuhan ...
Buangkanlah segala pakaian duniawi ...
Kembalilah pada pakaian hakiki
Bersatu lah dengan DIA di dalam setiap nafas.
Agar teguh dan tak goyang...
Agar kuat dan tak runtuh ...
21.
Rama-rama tidak tahu betapa indahnya warna sayap mereka,
akan tetapi manusia lebih tahu betapa indahnya warna
mereka.."
Begitulah juga diri kita, tidak tahu betapa indah dan
istimewanya diri kita. Namun begitu betapa ALLAH tahu dan
menjadikan kita istimewa di mata-Nya tatkala kita tunduk dalam
syariat-Nya, reda atas takdir-Nya, tersenyum dalam musibah-
Nya, dan tegar dalam ujian-Nya.
Bersyukurlah Pada Allah..(◕‿◕)
Tunduk dan sujud di atas sejadah Cinta-Mu
22.
Hidup kita umpama ombak laut
sekali menghempas ke depan,
sekali mengundur ke belakang..
bersilih berputar ganti.. kekadang
kegembiraan dan kesedihan..
MAKA bertahanlah dengan
PERAHU KESABARAN..