The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Awanis Salleh, 2020-04-25 01:43:31

ujian

ujian

23.

Ujian

Ada yang mengatakan ujian ialah kesusahan pada tubuh
badan
kesusahan pada jiwa
apa untungnya Allah menyusahkan jasad dan jiwa
bukankah ia tidak menambahkan keagungan dan kemuliaan-
Nya
apalagi Dia Maha Mengasihani Maha Sopan-santun.
Pandanglah ujian dengan hatimu
ujian adalah perbuatan Tuhanmu
bukan untuk menghancurkan tetapi untuk meneguhkanmu
bila kamu memperolehi keteguhan baharu kamu menjadi
pilihan
bila sudah lulus dan dipilih
Dia bangga memperkenalkan kamu kepada makhluk-Nya
keteguhan kamu melintasi ujian
menjadi dalil pilihan-Nya adalah tepat
inilah keadilan-Nya.

Ujian ditujukan kepada rohani bukan kepada jasad atau jiwa
tujuannya untuk mengukur tauhid
bukan sekadar untuk kesabaran
apakah nilai sabar tanpa tauhid
bukankah sabar juga bersama si kafir.

Ujian yang diterima dengan iman meneguhkan tauhid
menambahkan kekuatan pandangan hati
tidak berkelip memandang kepada Tuhan
sehingga kepedihan ujian menjadi kemanisan.

Ujian ialah pentas sandiwara
mempamerkan kebijaksanaan Tuan Pengarah
bila engkau diberi watak menderita
hingga berjaya membuat penonton menangis
ketahuilah
engkau adalah pelakun penting
diasuh untuk menjadi bintang
bakal menerima ganjaran lumayan.

Apabila engkau menjadi pelakun
apa bezanya watak gembira dengan watak duka
skrip di tangan Tuan Pengarah.



24.

KAMPUS KEHIDUPAN

Kampus kehidupan, ialah sekolah bagi semua manusia di
bumi.
Pendidikan seumur hidup yang prosesnya terawasi, terakam,
tercatat dan terbukukan, dengan sangat teliti.
Dari setiap proses itu ada yang terpenting iaitu Ujian akhir,
sebagai penentu suatu keberhasilan dalam meraih gelaran
terbaik, "Khusnulkhotimah".

Pastikan kita boleh lulus kerana tidak akan ada lagi ujian
ulangan.

Mari amati hidup kita,
Kesibukan kita, adakah kesibukan mencari apa dan untuk
tujuan ke mana ?
Dosa dan salah kita sudahkah senantiasa dibersihkan dengan
taubat dan kata maaf ?
Apakah sikap kita membuat orang lain terbantu atau
terganggu?

Muhasabah diri

Semoga kita lulus dengan skor terbaik .. Aamiin




Click to View FlipBook Version