AKADEMI VOKASIONAL McDONALD’S PROGRAM PERANTIS SLDN GARIS PANDUAN GARIS PANDUAN Version 1.0 2024
PROGRAM PERANTIS SLDN SLDN merupakan satu singkatan daripada Sistem Latihan Dual Nasional. ‘Dual’ bermaksud latihan di dalam dua situasi pembelajaran iaitu: Tempat kerja yang sebenar (Syarikat) yang merangkumi 70% hingga 80% latihan amali (prestasi) dan; Pusat latihan yang merangkumi 20% hingga 30% pembelajaran teori (pengetahuan) Syarikat merujuk kepada restoran dan pusat latihan merujuk kepada Akademi Vokasional 1
Gallego Stroupe Fernandes SLDN 70% - 80% LATIHAN DI RESTORAN 20% - 30% KELAS TEORI DI AKADEMI KONSEP SLDN Latihan kemahiran yang dijalankan di dua tempat iaitu 70% -80% di Syarikat (restoran) dan 20-30% di Pusat Latihan (Akademi Vokasional) Job Title Kurikulum latihan yang dibangunkan adalah berdasarkan Kurikulum SLDN/NOSS Pendekatan latihan Perantis akan menjalani latihan kemahiran sebanyak 70% - 80% di restoran dan latihan teori sebanyak 20% - 30% Tempoh latihan: Selama 18 bulan untuk Tahap 2 dan Tahap 3 Pelaksanaan SLDN adalah berdasarkan: Pendekatan di mana perantis bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka Perantis mengikuti latihan melalui proses kerja sebenar tanpa penyeliaan sepenuhnya Perantis berupaya menjalankan aktiviti dan suasana pembelajaran dengan pemantauan Coach Penilaian: Teori dan praktikal adalah secara berterusan Peperiksaan akhir 2
9 Bulan 9 Bulan CU = Competency Unit/ Unit Kompetensi 20% - 30% Kelas Teori (30 jam setiap CU) – Penilaian Pengetahuan 70% Latihan Praktikal di restoran (81 jam setiap CU) – Penilaian Prestasi Kelas tambahan - Pengenalan dan kefahaman Halalan Toyyiban, Sahsiah Diri dan Komunikasi PERJALANAN PROGRAM SLDN SKM TAHAP 3: PENYELIAAN & OPERASI MAKANAN SEGERA (HT-031-3:2018) LEVEL SKM TAHAP 2: PENYEDIAAN & PERKHIDMATAN MAKANAN SEGERA (HT-031-2:2018) LEVEL TEMPOH LATIHAN : 18 BULAN PROGRAM SLDN MULA GRADUASI SKM2 SKM3 CU 1 CU 2 CU 3 CU 3 CU 4 CU 7 CU 6 CU 1 CU 2 CU 3 CU 4 3
PERSIJILAN SKM bermaksud SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA. Ianya merupakan sijil yang diiktiraf di Malaysia untuk membuktikan kemahiran perantis dalam bidang tertentu pada tahap tertentu. Ia bertujuan untuk meningkatkan kemahiran perantis serta memberi pengiktirafan yang sah terhadap perantis melalui latihan vokasional dan teknikal. Perantis hanya dianugerahkan sijil setelah memenuhi syaratsyarat berikut: Menamatkan latihan dalam jangkamasa yang ditetapkan Buku Log telah dilengkapkan dan disemak oleh PPL (Pegawai Pengesah Luaran) Lulus Penilaian Berterusan dan Peperiksaan Akhir/Peilaian Akhir dengan memperolehi jumlah markah minima 60% Lulus dalam komponen Kompetensi Sosial dan Kemanusiaan dengan memperolehi jumlah markah 60% ke atas Dengan syarat di atas, perantis akan dianugerahkan Sijil SKM 2 & 3 yang diperakui oleh JPK berdasarkan tahap keterampilan yang diikuti. 4
SISTEM SKM Pensijilan Kemahiran Malaysia boleh didapati melalui 3 kaedah: PB SLDN PPT Pusat Bertauliah Latihan kemahiran di pusat bertauliah JPK bagi bidang & tahap yang tertentu dan telah ditauliahkan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Ia dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran Pensijilan Pencapaian Terdahulu Pengalaman lalu (kerja atau latihan) Dapat menunjukkan bukti-bukti keterampilan 5
SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT SLDN Sijil Pentauliahan dianugerahkan kepada Pusat Latihan yang mempunyai akreditasi atau bertauliah oleh JPK untuk menyediakan, menjalankan dan menguji kemahiran sesuai dengan standard yang ditetapkan. Pihak restoran perlu mempamerkan Sijil Pentauliahan ini di restoran Perhatian : Sila cetak satu Salinan sijil Pentauliahan dan lampirkan di Lampiran Sijil Pentauliahan 6
COMPETENCY UNIT (CU) TAHAP 2 Competency Unit merujuk kepada unit kemahiran yang harus dipelajari oleh perantis untuk mencapai kemahiran dalam bidang ini. Perantis harus melengkapkan 7 Competency Unit (CU) di dalam Tahap 2. Aktiviti kerja di tahap 2 merangkumi tugasan asas sebagai seorang kru. Aktiviti ini bertujuan untuk memperluaskan pemahaman dan pengalaman perantis dalam bidang Perkhidmatan Makanan sehingga perantis dapat mengembangkan kemahiran yang diperlukan untuk mencapai standard kompetensi yang ditetapkan. 7
COMPETENCY UNIT (CU) TAHAP 3 Tahap 3 merupakan tahap akhir dalam latihan di mana perantis telah melengkapkan tahap 2. Dalam tahap 3, perantis harus melengkapkan kesemua 4 Competency Unit (CU) yang merangkumi penilaian akhir di restoran. Pada tahap ini, perantis akan mempelajari tentang aktiviti Penyeliaan dan boleh menjalankan 4 langkah latihan di restoran. Pencapaian setiap Competency Unit adalah penting dalam proses penilaian dan pengiktirafan kemahiran bagi perantis. 8
TAHAP-TAHAP DALAM SLDN Pensijilan Kemahiran Malaysia merupakan salah satu fungsi Utama JPK. Pensijilan ini menawarkan lima(5) tahap pensijilan iaitu: Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 3) Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5 Pihak Akademi menawarkan SKM bermula dari Tahap 2 dan ke atas 9
PROSES PENDAFTARAN PERANTIS Pengambilan Perantis SLDN Pengambilan Perantis boleh dijalankan melalui Walk In di restoran dan pengambilan oleh Jabatan Pengambilan / Regional Recruiter. Pihak restoran perlu imbas kod QR di bawah untuk mendaftarkan perantis ke sesi Orientasi SLDN dan pendaftaran MySpike yang dijalankan oleh pihak Pengambilam Akademi Vokasional. Tugasan Restoran : Memastikan kru hadir ke sesi Orientasi dan MySpike untuk mengesahkan kru tersebut dipilih masuk ke program SLDN 10
KRITERIA PERANTIS Pengambilan berdasarkan kriteria minimum berikut: Lepasan Sekolah, Penganggur, Bakal Pekerja, Pekerja Sedia ada Mempunyai kelayakan SPM atau setaraf Berminat untuk mendalami bidang Perkhidmatan Makanan Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap Berumur 17 tahun ke atas Kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Memahami) Sihat tubuh badan dan lulus pemeriksaan kesihatan Kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris adalah satu kelebihan Boleh menjalani latihan secara sepenuh masa di restoran PERANTIS SLDN - UMUM PERANTIS SLDN KOLEJ VOKASIONAL Kolaborasi bersama dengan Kolej Vokasional Pelajar Sekolah Vokasional Berumur 16 tahun ke atas Kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Memahami) Berminat untuk mendalami bidang Perkhidmatan Makanan Sihat tubuh badan dan lulus pemeriksaan kesihatan Kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris adalah satu kelebihan 11
Pengambilan berdasarkan kriteria minimum berikut: Pekerja Sedia Ada atau Pekerja Barista Sedia Ada Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap Berminat dalam bahagian Barista Berumur 17 tahun ke atas Kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Memahami) Sihat tubuh badan dan lulus pemeriksaan kesihatan Kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris adalah satu kelebihan Boleh menjalani latihan secara sepenuh masa di restoran PERANTIS SLDN BARISTA PERANTIS SLDN DKM 4 Perantis yang telah memperolehi SKM Tahap 3 dan setaraf Pekerja sepenuh masa Gerbang Alaf Restoran Sdn Bhd Kemahiran dalam penyeliaan, pemantauan dan penyelenggaraan syif. PERANTIS SLDN DLKM 5 Perantis yang telah memperolehi DKM Tahap 4 Pekerja sepenuh masa Gerbang Alaf Restoran Sdn Bhd Kemahiran dalam komunikasi, operasi dan kepimpinan. Kemahiran dalam penyeliaan, pemantauan dan penyelenggaraan syif. 12 KRITERIA PERANTIS
PERANTIS Perantis adalah seseorang yang berdaftar untuk mendapatkan kelayakan kemahiran melalui Program SLDN. Peranan dan Tanggungjawab Perantis: Mematuhi syarat-syarat kontrak perantis Melaksanakan semua aktiviti latihan yang ditetapkan Memenuhi syarat kehadiran yang melebihi 80% untuk menjalani latihan amali Lulus semua ujian dan penilaian serta tugasan yang diberi Perantis hendaklah merekodkan semua aktiviti latihan di dalam Buku Log setiap hari Menfailkan segala bukti penilaian keterampilan Berdisiplin dan tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Akademi Vokasional 13
PERANTIS KOLEJ VOKASIONAL Kolej Vokasional adalah satu institusi pendidikan yang menawarkan program SLDN di mana pelajar akan mendapatkan pengajaran praktikal di tempat kerja dengan pembelajaran di Kolej Vokasional untuk memperolehi kelayakan vokasional dan kemahiran yang relevan dengan industri. Program ini bertujuan untuk memberi pelajar pengalaman praktikal dan kemahiran yang diperlukan untuk memasuki pasaran pekerjaan dengan lebih baik Kolaborasi McDonald’s dengan Kolej Vokasional Kolaborasi ini adalah kerjasama antara McDonald’s dengan Kolej Vokasional. Tujuan utamanya adalah untuk memastikan program pendidikan vokasional menyediakan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan oleh industri. Program latihan praktikal Pelajar akan mengikuti latihan praktikal di McDonald’s sebagai sebahagian daripada program Perantis Kolej Vokasional. Ini memberi Perantis Kolej Vokasional pengalaman dan kemahiran praktikal dalam persekitaran sebenar industri. Perantis Kolej Vokasional akan mempelajari SPM dan MPAK di Kolej Vokasional dan menjalani peperiksaan SPM dalam matapelajaran tertentu. Pihak pengurusan perlu memberi pelepasan Perantis Kolej Vokasional untuk menjalani pembelajaran di Kolej Vokasional. Pihak restoran boleh rujuk MAC Perantis Vokasional (Lampiran Klaendar Aktiviti Bulanan) untuk mengetahui Jadual Latihan SPM & MPAK Pengambilan Perantis Kolej Vokasional Pihak pengurusan Kolej Vokasional terlibat sepenuhnya dalam proses pengambilan pelajar untuk latihan industri. Perantis akan diberi pakaian seragam SLDN, Buku Log, Buku Panduan Peserta Tahap 2 dan File Kemajuan Tahap 2 oleh pihak pengurusan Kolej Vokasional Pengambilan & Pemilihan oleh Pihak KV Penempatan pelajar oleh Jabatan Pengambilan Orientasi & Pendaftaran Myspike Pelajar akan menghadiri Kursus Pengendali Makanan Pelajar akan memulakan program SLDN sebagai Perantis 14
Elaun latihan Perantis layak menerima elaun latihan bulanan mengikut surat tawaran dari pihak Syarikat sepanjang tempoh latihan. Elaun akan dibayar setiap jam pada hari latihan praktikal. Jika Perantis tidak hadir ke latihan praktikal dan teori, maka hari tersebut tidak akan dibayar elaun. Waktu Latihan Praktikal / Jadual Waktu Latihan Praktikal perantis adalah di antara 6 jam hingga 8 jam sehari mengikut keperluan dan syif restoran. Triple Pay Sekiranya perantis dijadualkan menjalani latihan pada hari Cuti Umum, ia akan dikira sebagai ‘triple pay’ Elaun Lebih Masa Elaun lebih masa dibayar 1.5 kali daripada kadar elaun sejam. Ia akan dibayar apabila latihan dilakukan melebihi 8 jam. Asrama Kemudahan tempat tinggal disediakan hanya di lokasi terpilih sahaja. Kemudahan ini boleh dipohon oleh perantis dan tertakluk kepada kelulusan. Kos Pengangkutan Kos pengangkutan pergi dan balik ke kelas atau latihan praktikal ditanggung oleh perantis FAEDAH PERANTIS 15 Insurans Pihak Syarikat menyediakan Pelindungan Insuran berkelompok GTL/GPA dan Hospitalization SOCSO & KWSP Potongan SOCSO & KWSP dipotong secara berkala mengikut jadual yang ditetapkan Faedah Perubatan Cuti Sakit akan dikira sebagai cuti tidak berbayar. Perantis layak mendapat RM25.00 sebulan untuk perubatan di mana-mana klinik. Perantis boleh menuntut bayaran balik kos rawatan perubatan berjumlah RM25.00 sebulan melalui petty cash beserta dengan resit asal.
FAEDAH PERANTIS Pakaian Seragam Perantis akan mendapat pakaian seragam minimum 3 helai dan perlu dikembalikan setelah tamat tempoh latihan. Ganti rugi akan dikenakan jika tidak memulangkan pakaian seragam. Kursus Asas Pengendali Makanan Pihak restoran wajib mendaftarkan perantis ke Kursus Pengendali Makanan. Pihak Akademi akan mengaturkan Kursus Pengendali Makanan untuk Perantis. Setelah tamat tempoh latihan, Sijil Pengendali Makanan boleh diberi kepada perantis Suntikan Tifoid Perantis harus mendapatkan suntikan Tifoid sebelum memulakan latihan di restoran. Kos akan ditanggung oleh pihak restoran. Cuti Tahunan Tiada cuti tahunan untuk perantis Pemindahan Tempat Latihan Perantis tidak dibenarkan untuk memohon menukar tempat latihan sepanjang tempoh latihan 16
PENAMATAN LATIHAN Penamatan Latihan oleh Pihak Akademi Vokasional Pihak Akademi Vokasional berhak menamatkan latihan perantis SLDN atas sebab-sebab berikut: Perantis dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak pengurusan. Jika perantis gagal menghadirkan diri mengikut jadual harian latihan (No Show) melebihi 3 kali tanpa alasan kukuh, pihak pengurusan tidak teragak-agak untuk menamatkan program latihan dengan serta merta. Perantis disabit atas sebarang kesalahan jenayah oleh pihak berkuasa. Perantis gagal mencapai tahap pembelajaran dan praktikal yang memuaskan. Perantis tidak dapat meneruskan pembelajaran dan praktikal atas sebab kesihatan. Sebarang sebab lain yang difikirkan wajar. Penamatan Latihan Oleh Perantis Perantis adalah tidak dibenarkan menamatkan latihan tanpa sebabsebab yang munasabah. Ganti Rugi Jika Perantis ditamatkan latihan atau menamatkan latihan, pihak Syarikat berhak menuntut ganti rugi kos latihan atau apa-apa perbelanjaan yang telah dibuat oleh Syarikat kepada perantis Jika Perantis berhenti daripada program tanpa kebenaran, pihak Syarikat berhak menahan sebarang pembayaran elaun sebagai ganti rugi kepada Syarikat Lain-lain Skop latihan dan penempatan restoran adalah mengikut serta memenuhi keperluan Syarikat Kos penerbangan bagi perantis Sabah dan Sarawak akan ditolak sebanyak RM100 setiap bulan sehingga kos penerbangan selesai (jika ada) 17
COACH Coach merupakan individu di restoran yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan berdaftar dengan JPK dan telah menghadiri KURSUS INDUKSI. 1 COACH boleh menjadi pembimbing kepada 8 perantis (termasuk SLDN Barista) Kriteria Coach: Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ke atas Telah dilantik oleh pihak pengurusan restoran Berkhidmat dengan Syarikat Gerbang Alaf Restoran sekurang-kurangnya 2 tahun Berpengalaman selama 3 tahun dalam bidang Penyediaan Makanan Pakar dalam bidang kemahiran yang dipertanggungjawabkan Ditauliahkan dan diiktiraf oleh JPK Tugasan Coach adalah melatih perantis dalam bidang kemahiran di restoran Melatih perantis dalam bidang kemahiran di restoran Melaksanakan latihan berdasarkan Kurikulum SLDN dan LWA Sebagai mentor yang bertanggungjawab kepada perantis Memastikan perantis melaksanakan dan merekod semua aktiviti harian yang telah dijalankan oleh perantis Menyemak dan mengesahkan buku log Membimbing dan memantau perantis semasa di lapangan Menjalankan penilaian terhadap perantis Mengawas dan memantau peperiksaan akhir 18
SISTEM RAKAN PEMBIMBING /COACH Buddy System Setiap PERANTIS harus ada seorang COACH yang membimbing mereka semasa atau di luar lapangan. Tujuan : Dapat memantau perantis dengan lebih efisien dan memudahkan untuk memberi maklum balas pada buku log RAKAN PEMBIMBING (COACH BUDDY) 19 Tugasan PERANTIS : Menjalani aktiviti latihan di restoran Tugasan RGM : Menyelaras dan mengurus perantis dan Coach Tugasan COACH : Melatih perantis di restoran. Nisbah (1 Coach : 8 Perantis) RGM coach1 coach2 coach3 perantis 1 perantis 2 perantis 3
KURSUS INDUKSI Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia Tujuan Kursus Induksi Memperkenalkan dan memberi pemahaman mengenai Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia 1. Merupakan syarat wajib yang perlu dihadiri oleh setiap personel Pusat Bertauliah (restoran) sebelum dilantik sebagai Personel Pentauliahan (coach) 2. Kursus Induksi ini adalah kursus jangka pendek yang dikendalikan oleh tenaga Pengajar yang terdiri daripada pegawai JPK yang berpengalaman Kursus Induksi merupakan syarat wajib bagi semua jawatan berikut: 1.Personel SLDN 2.Pengurus Pusat Latihan (Akademi) 3.Pengurus Syarikat (RGM) 4.Pengajar SLDN (Tenaga Pelajar Vokasional) 5.Coach SLDN (Restoran) 6.Penyelaras SLDN 20 Imbas kod QR disebelah untuk pendaftaran peserta Kursus Induks1. Pastikan peserta yang mendaftar sebagai COACH haruslah : 1.Berumur 21 tahun ke atas 2.Mempunyai tahap pendidikan SPM dan ke atas Berpengalaman selama lebih 3 tahun dalam bidang yang ditentukan 3.
Pilih ‘Pengguna’ Sila masukkan ID Pengguna (no kad pengenalan contoh 750427106251) 1. Katalaluan (email personel dan 4 digit terakhir no KP: contoh Suzliza.Idris@6251 2. Nota: Jika lupa kata laluan sila klik ‘Lupa Katalaluan’ SIJIL KURSUS INDUKSI Peserta Kursus Induksi boleh mencetak Salinan Sijil Kursus Induksi dari laman sesawang MySpike 21
Pilih ‘Kursus Induksi’ Peserta boleh cetak sijil. Untuk peserta Kursus Induksi dari tahun 2017 – Jun 2019 sila lihat langkah seterusnya Nota: Jika lupa kata laluan sila klik ‘Lupa Katalaluan’ SIJIL KURSUS INDUKSI 22
Dalam Dashboard Pengguna pilih ‘Profil’ Skrol ke bawah sehingga ‘Maklumat Kursus Induksi’ dan pilih cetak sijil Nota: Jika lupa kata laluan sila klik ‘Lupa Katalaluan’ SIJIL KURSUS INDUKSI 23
Sila cetak dan simpan Sijil Pentauliahan di Lampiran Sijil Coach sebagai bukti Coach telah menghadiri Kursus Induksi SIJIL KURSUS INDUKSI 24
SYARIKAT (RESTORAN) Syarikat ialah sesebuah institusi yang telah diiktiraf pihak JPK untuk menjalankan program kemahiran berdasarkan National Occupational Skills Standard (NOSS). Di sini Syarikat dirujuk sebagai RESTORAN Setiap Restoran diwajibkan untuk mempunyai COACH yang mencukupi bagi memastikan program SLDN dijalankan dengan baik. Tanggungjawab Syarikat (Restoran): Menguruskan pengambilan perantis (Walk In). Hubungi Pasukan Pengambilan di OMPC masing-masing. Melantik dan mendaftar penyelaras SLDN dan Coach Menyediakan latihan di restoran bagi setiap perantis dalam mengikuti program SLDN. Ianya bertujuan memberi pendedahan suasana dan keperluan kerja kepada perantis di industri latihan. Mendaftar perantis menghadiri sesi Orientasi yang dijalankan oleh Pasukan Pengambilan dan Pihak Akademi Vokasional Menyediakan perkara-perkara berikut: 1. Buku Log Perantis 2. Fail Kemajuan Perantis 3. Buku Panduan Peserta 4. Pakaian seragam 5.Bahan rujukan (SOC) Pihak restoran perlu: 1. Menjalankan latihan perantis mengikut Kalendar Aktiviti Bulanan (MAC) Memastikan perantis menghadiri Kelas Teori yang dijalankan oleh Pihak Akademi Vokasional 2. 3.Memastikan kelancaran pelaksanaan sistem selari dengan keperluan SLDN 25
PENYELARAS Penyelaras ialah Individu yang bertanggungjawab untuk koordinasi, mengurus dan mengawasi aktiviti dan program perantis di restoran. Ia merupakan Personel Utama yang dirujuk dalam pelaksanaan SLDN di restoran. Penyelaras disini dirujuk sebagai Pengurus Besar Restoran (RGM). RGM harus memastikan semua aktiviti program berjalan dengan lancar mengikut jadual yang ditetapkan. Penyelaras harus memahami konsep SLDN Peranan dan tanggungjawab Penyelaras: Menyediakan struktur latihan dan memastikan semua latihan di restoran berjalan mengikut Kurikulum SLDN dan Kalendar Aktiviti Bulanan yang telah ditetapkan. Melaksanakan sesi orientasi restoran kepada Perantis mengenai: Pengenalan berkaitan pembelajaran SLDN dan latihan di restoran Bertanggungjawab terhadap perantis dan coach 26
PUSAT LATIHAN Pusat Latihan adalah restoran yang berdaftar dengan JPK yang menjalankan latihan perantis dan kelas teori. Di sini Pusat Latihan di rujuk sebagai tempat pembelajaran teori oleh Tenaga Pengajar Vokasional Pihak Akademi. Syarat Pusat Latihan: 1.Berdaftar dengan JPK Bilik dilengkapi dengan peralatan atau perisian yang diperlukan untuk melaksanakan pembelajaran 2. 3.Menyediakan Tenaga Pengajar yang mencukupi dan berkelayakan Menyediakan kemudahan latihan yang bersesuaian dengan keperluan Kurikulum SLDN 4. 27
PENGAJAR 28 Tenaga Pengajar adalah individu yang dilantik oleh Pihak Akademi Vokasional untuk mengajar kurikulum SLDN yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan berdaftar dengan JPK serta hadir Kursus Induksi SLDN Kriteria Tenaga Pengajar: Pusat Latihan perlu memastikan bahawa Tenaga Pengajar yang dilantik memenuhi kriteria yang ditetapkan seperti berikut: Telah dilantik secara sah oleh pusat latihan dan mempunyai minimum Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 atau kelayakan yang diiktiraf oleh JPK ; ATAU Mempunyai pengalaman mengajar minima 3 tahun dalam bidang kemahiran berkaitan Nisbah Tenaga Pengajar 1 : Perantis 25 Peranan dan Tanggungjawab Pengajar Pusat Latihan Mengajar, melatih dan menilai mengikut Kurikulum SLDN Menyemak buku log perantis bagi mengetahui pencapaian perantis Membuat lawatan ke restoran Menggubal soalan peperiksaan akhir termasuk skema jawapan Mengawas peperiksaan akhir Memeriksa peperiksaan akhir
Buku log Perantis adalah dokumen yang merekodkan pengalaman perantis dalam melaksanakan tugasan berkaitan di restoran yang disahkan oleh Coach dan/atau tenaga Pengajar yang berkelayakan di restoran berkenaan. Buku Log hendaklah dilengkapkan semasa berada di restoran dan merupakan syarat bagi PENGANUGERAHAN SIJIL Perantis dikehendaki membuat catatan harian mengenai segala aktiviti latihan atau kerja yang dilakukan sendiri atau ditunjuk ajar oleh coach dan boleh dijadikan rujukan pada masa akan datang. Catatan hendaklah dalam bentuk tulisan tangan. BUKU LOG PERANTIS Segala butiran yang dimasukkan ke dalam Buku Log hendaklah dibuat secara teratur, teliti, jelas dan kemas supaya boleh dijadikan rujukan pada masa hadapan 1. Setiap helaian baru perlu diisi untuk setiap hari bekerja dan perlu ditulis setiap hari TANPA GAGAL 2. 3.Setiap bulan baru mesti dimulai dengan 1hb setiap bulan Sekiranya perantis tidak hadir / cuti / menghadiri kelas dan sebagainya, perantis perlu mencatatkannya di laporan supaya COACH sedia maklum 4. Pihak Akademi hendaklah memastikan bahawa hanya perantis yang telah melengkapkan Buku Log serta lulus Penilaian Berterusan sahaja layak menduduki Penilaian Akhir 5. 29
L2 CU1 WA 3 Tulis 3 perkara berikut: Persediaan Pelaksanaan Hasil Kerja PENULISAN BUKU LOG Rujuk lampiran C (Contoh Gaya Laporan) untuk contoh-contoh pelbagai gaya laporan penulisan perantis Rujuk pada jadual kelas setiap bulan Tugasan mengikut Jadual harian: Contoh: GRILL 30
Buku log hendaklah ditunjukkan secara harian atau mingguan kepada Coach untuk semakan dan pengesahan serta diberi komen tentang pencapaian perantis dalam sesuatu tugasan yang dilakukan Buku log hendaklah sentiasa berada di restoran dan mestilah ditunjukkan kepada Coach, Pengajar, PPL, pegawai JPK atau personel yang terlibat dengan program SLDN apabila diminta dari masa ke semasa Buku log hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya perkara berikut: Perantis perlu tandatangan SEMAK BUKU LOG PERANTIS Coach perlu tandakan tahap laporan Perantis berdasarkan laporan Coach perlu tandatangan beserta nama dan tarikh 31 Tugasan Kerja – merujuk kepada tajuk tugasan atau aktiviti yang dilaksanakan 1. Laporan Kerja Perantis – bagi mencatatkan secara terperinci tugasan yang dilaksanakan oleh Perantis 2. Komen – merujuk kepada catatan Coach terhadap tugasan yang dilaksanakan oleh perantis 3.
LATIHAN PERANTIS Pastikan laluan latihan Perantis anda mengikut Kalendar Aktiviti Bulanan (MAC) bermula dengan stesen: PRODUCTION Tujuan : Supaya ia selari dengan pembelajaran yang diajar dalam kelas teori setiap bulan dan selaras juga dalam melengkapkan penilaian dalam Fail Kemajuan KALENDAR AKTIVITI BULANAN (MAC) Rujuk lampiran D (Kalendar Aktiviti Bulanan) untuk MAC penuh program perantis 32
PELEKAT LOGO SLDN Setiap pusat latihan SLDN perlu mempamerkan pelekat logo SLDN ini samada di papan lesen atau di pintu kaca restoran 33
FAIL PENTAULIAHAN (NOSS) Setiap pusat latihan SLDN harus mempunyai FAIL PENTAULIAHAN. Pihak restoran boleh memesan di Artrange. Restoran yang mempunyai Perantis SLDN Barista, perlu mempunyai Fail Pentauliahan Perkhidmatan Barista 34
BUKU PANDUAN PESERTA Buku Panduan Peserta harus dibawa ke kelas dan Perantis perlu melengkapkannya semasa kelas Tenaga Pengajar perlu memastikan Buku Panduan Peserta ini dilengkapkan oleh Perantis sebelum kelas berakhir 35
Perantis akan menghadiri kelas teori pada setiap bulan. Antara pembelajaran yang diajar termasuk: Pengendali Makanan Asas QSC CU di setiap tahap selama 18 bulan Kelas Halal Kelas Sahsiah Diri Kelas teori akan dijalankan mengikut ketetapan pihak Akademi. Rujuk pada Survival Guide yang di emel seawal seminggu sebelum kelas. Pihak restoran perlu memastikan perantis tidak dijadualkan syif malam sehari sebelum kelas. Perantis perlu membawa bahan latihan ini ke kelas: Buku Log yang telah dilengkapkan dan disemak oleh Coach Fail Kemajuan – Penilaian telah dilengkapkan oleh Coach Buku Panduan Peserta KELAS TEORI PERANTIS SLDN 36
FAIL KEMAJUAN Fail Kemajuan merupakan dokumen dan rekod untuk mencatat perkembangan atau kemajuan perantis. Ia merupakan satu proses menilai tahap pencapaian keterampilan seseorang Perantis. Setiap perantis harus menerima satu fail kemajuan Tahap 2 dan Tahap 3. Keterampilan perantis merangkumi: Tahap Teknikal Kompetensi Pembelajaran dan Metodolgi Kompetensi Sosial dan Kemanusiaan Fail Kemajuan harus dilengkapkan bagi melayakkan seseorang perantis dianugerahkan sijil SKM 37
Di dalam Fail Kemajuan terdapat 8 Rekod Penilaian (RP) 1.RP 01 - Pengesahkan Pendaftaran Perantis 2.RP 02 - Carta Profile Pekerjaan 3.RP 03 – Matrix NOSS 4.RP 04 – Borang Perancangan Penilaian RP 05 - Rekod Pencapaian Teknikal, Metodologi & Pembelajaran 5. RP 06 – Bukti Penilaian Berterusan bagi Tugasan Pengetahuan (LWA) 6. RP 07 – Bukti Penilaian Akhir Setiap CU Pengetahuan dan Prestasi (Knowledge & Skill) 7. RP 08 – Bukti Penilaian bagi Kemahiran Sosial dan Kemanusiaan 8. REKOD PENILAIAN Perantis perlu mengumpul semua bukti-bukti penilaian yang telah dibuat untuk kerja kursus dalam Fail Kemajuan. Fail Kemajuan ini disusun mengikut perkara-perkara berikut: Telah disediakan dalam fail kemajuan Perlu dilengkapkan oleh Perantis Bersama Coach restoran Perhatian : RP01 – RP04 (tidak perlu dilengkapkan – ia adalah sebagai panduan dan telah dimasukkan di dalam fail ini). Coach hanya perlu melengkapkan RP05 hingga RP08 bersama dengan Perantis 38
SISTEM PENGGREDAN Sistem Penggredan Kaedah Penggredan adalah seperti berikut: a) 60% - 100% : TERAMPIL b) 59% ke bawah : BELUM TERAMPIL Struktur Penilaian: a) Penilaian Kompetensi Teknikal, Pembelajaran dan Metodologi Penilaian Berterusan 60% Penilaian Akhir 40% b) Penilaian LWA dan Kompetensi Sosial dan Kemanusiaan Penilaian Kendiri (Perantis) – 20% Penilaian Pemerhatian (Coach)– 80% 39
REKOD PENILAIAN (RP01) Pengesahan Pendaftaran Perantis ini akan diberikan oleh Pihak Akademi kepada Perantis. Borang ini akan dijana oleh sistem My-Spike selepas Perantis disahkan pendaftaran. 40
REKOD PENILAIAN (RP02) Carta Profil Pekerjaan ini telah disediakan di dalam Fail Kemajuan. (Rujuk lampiran E) Carta Profil ini menerangkan tentang kemahiran Perantis di setiap Tahap 41
REKOD PENILAIAN (RP03) Matrix NOSS (National Occupational Skills Standards Matrix) ini telah disediakan dalam Fail Kemajuan. Matrix NOSS ini membantu dalam merancang program latihan yang sesuai dengan keperluan restoran. Ia akan memastikan perantis memperoleh kemahiran yang diperlukan semasa sesi pembelajaran. 42
REKOD PENILAIAN (RP04) Borang Perancangan Penilaian digunakan untuk merancang, mengatur dan mengurus program latihan dan pembelajaran. Ia membantu dalam menyusun dan menjalankan program latihan dengan teratur dan berkesan. Tugasan Coach : Memastikan Perantis mengikut pelan latihan yang ditentukan 43
REKOD PENILAIAN (RP05) Rekod Pencapaian Teknikal, Metadologi & Pembelajaran Ujian ini diberikan kepada perantis untuk mengukur pencapaian perantis selepas kelas Teori. Di restoran, coach juga boleh menguji perantis berdasarkan soalan lisan, kuiz, skil stesen (SOC) dan ujian bertulis. Tugasan Pengajar : Memastikan perantis menjawab soalan penilaian selepas kelas teori Tugasan Perantis : Menjawab dan memastikan kertas soalan ini dimasukkan dalam Fail Kemajuan 44
REKOD PENILAIAN (RP06) Bukti Penilaian Berterusan bagi Tugasan Pengetahuan & Prestasi LWA adalah singkatan daripada Learn and Work Assignment iaituTugasan Pembelajaran & Tugasan Kerja. Ia adalah kombinasi pembelajaran secara kendiri (self reliant learning) dan tugasan di tempat kerja. Coach hendaklah menilai keterampilan perantis secara penilaian berterusan berdasarkan LWA di dalam Fail Kemajuan Tugasan Coach : a) Melengkapkan Penilaian LWA setiap tamat kelas teori di bahagian Coach b) Memberi maklum balas pada tahap penilaian untuk penambahbaikan c) Merekodkan permarkahan di dalam Borang Penilaian Tugasan Perantis : a) Melengkapkan Penilaian LWA di bahagian Apperantice setiap tamat kelas teori 45
REKOD PENILAIAN (RP06) Dinilai sendiri oleh Perantis Dinilai oleh Coach Masukkan markah penilaian di setiap kriteria 46
REKOD PENILAIAN (RP06) Markah perlu dikira dan dijumlahkan untuk mendapat % 47
REKOD PENILAIAN (RP07) Bukti Penilaian Akhir Setiap CU bagi Pengetahuan & Prestasi. Penilaian Akhir ini perlu dilengkapkan oleh Perantis dan Coach setelah tamat setiap CU. Terdapat 2 Penilaian dalam RP07 iaitu : 1.Penilaian Akhir Pengetahuan (RP07a) 2.Penilaian Akhir Prestasi (RP07b) Penilaian Akhir Pengetahuan (RP07a) Terdapat 7 ujian di tahap 2 dan 4 Ujian di tahap 3 yang mengandungi 30 soalan yang berkaitan dengan pembelajaran CU. tujuan dari penilaian ini adalah untuk mengukur pemahaman perantis dalam CU yang dipaljari. Tugasan Coach : Menyemak jawapan dan merekodkan dalam rekod bukti pencapaian Tugasan Perantis : Menjawab soalan peperiksaan akhir CU 48
REKOD PENILAIAN (RP07) Penilaian Akhir Prestasi (RP7b) Penilaian ini dijalankan oleh Coach kepada Perantis di stesen. Coach akan menilai Perantis berdasarkan kemahiran perantis di stesen. Antara stesen yang dinilai adalah: Tahap 2: Bubur Ayam Goreng Spicy / Regular Front Counter Runner/Presenter Batch Fried Lot Lobby Drive Thru : Runner & Presenter Menyusun Cooler / Freezer / Dry Store Tahap 3: Perantis harus menunjukan kemahiran 4 langkah latihan Penilaian ini harus dijalankan sebanyak 4 sesi semasa perantis di tahap 3 setiap tamat CU. *RP07 ini umpama Peperiksaan Percubaan sebelum Perantis menghadapi Peperiksaan Akhir bersama dengan pihak JPK Tugasan Coach : Menilai perantis di stesen dan merekodkan markah dalam rekod bukti pencapaian Tugasan Perantis : Menunjukkan kemahiran di stesen dengan mematuhi 100% SOC 49