FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN
IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (PENGURUSAN PENDIDIKAN)
TP60204 – DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN
TUGASAN KUMPULAN
TAJUK: SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
NAMA NO. MATRIK
AMINURRASHID BIN IBRAHIM MP2012079T
NORHIDAYAH BTE RAMLIE MP2012153T
YEO MEI MEI MP2012037T
PENSYARAH: DR. ROSLEE TALIP
ISI KANDUNGAN Halaman
SENARAI KANDUNGAN i
1.0 PENGENALAN 1
2.0 SOROTAN KAJIAN 3
3
2.1 Pembelajaran SKM 4
2.2 Cabaran di SKM 6
2.3 Kepimpinan SKM
8
3.0 MODEL-MODEL PERUBAHAN 9
3.1 Model Kurt Lewin (1947) 10
3.2 Model Pengurusan Perubahan Kotter (1995) 12
3.3 Model Integratif Perubahan Berancana Bullock dan
Battern (1985) 14
14
4.0 PENGURUSAN SKM 16
4.1 Kurikulum 17
4.2 Kokurikulum
4.3 Hal Ehwal Murid 19
5.0 ISU-ISU DAN PERMASALAHAN SEMASA SKM 28
29
6.0 CABARAN PENGURUSAN SKM 30
6.1 Cabaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 31
6.2 Cabaran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) 32
6.3 Cabaran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
6.4 Cabaran Pentadbir Sekolah 35
35
7.0 STRATEGI JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG 44
7.1 Strategi Jangka Pendek
7.2 Strategi Jangka Panjang 48
PENUTUP 50
RUJUKAN
i
1.0 PENGENALAN
Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Sekolah Kurang Murid (SKM) adalah
didefinisikan berdasarkan kepada faktor saiz dan jumlah murid. Dalam takrifan tersebut,
sekolah yang mempunyai murid yang kurang daripada 150 orang dikategorikan sebagai
Sekolah Kurang Murid (SKM). Takrifan ini diguna pakai dalam Pekeliling Pentadbiran
Bilangan 3/1967 (Pindaan) sebagai panduan bekalan guru kepada sekolah-sekolah
berkenaan.
Maklumat Kementerian Pendidikan Malaysia mendapati 29.01 peratus bersamaan
2,966 sekolah daripada kira-kira 10,223 sekolah di seluruh negara ialah SKM. Secara
umumnya, terdapat banyak SKM di Malaysia khususnya Sabah dan Sarawak.
Berdasarkan data sehingga 31 Mac 2016, terdapat 2058 buah sekolah kebangsaan (SK),
578 buah SJKC dan 360 buah SJKT yang tergolong dalam kategori SKM. Berdasarkan
data pada 31 Oktober 2020, sejumlah 389 SKM bertaburan di negeri Sabah. Antaranya,
354 Sekolah Kebangsaan (SK), 26 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC), dan 9 Sekolah
Rendah Kebangsaan (SRK). Taburan SKM di bandar adalah 2 dan selebihnya di luar
bandar. Dalam konteks Malaysia secara keseluruhannya, 34% Sekolah Rendah
merupakan SKM. Ia menyumbang kepada 7% dari segi enrolmen sekolah. 73% SKM
berada di kawasan agak jauh di luar bandar.
Rajah 1 : Maklumat Gred Sekolah SKM di Sabah
Sumber : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM (2020)
1
SKM terbahagi kepada dua gred iaitu SKM Gred A dan SKM Gred B. SKM Gred A
ialah sekolah yang mempunyai asrama yang bilangan murid antara 101 hingga 149
orang, manakala SKM Gred B ialah sekolah yang mempunyai bilangan murid kurang
daripada 100 orang. Perjawatan Guru Besar bagi SKM Gred A adalah di luar norma dan
penolong kanan dalam norma.
Dewasa ini, SKM juga sering mendapat perhatian pihak kerajaan untuk
memperkasakan SKM bagi mencapai visi dan misi KPM. Visi KPM adalah pendidikan
berkualiti insan terdidik negara sejahtera. Misi KPM adalah melestarikan sistem
pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi
aspirasi negara. Menurut mantan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid (2017),
tinjauan analisis menunjukkan kos pengoperasian bagi sekolah yang mempunyai
enrolmen sebanyak 150 pelajar adalah RM67,130.65 bagi setiap murid untuk setahun
berbanding hanya RM 5,321.84 per murid setahun untuk sekolah biasa. Perbelanjaan
penyelenggaraan adalah 7 kali lebih tinggi untuk setiap murid di SKM berbanding dengan
murid di sekolah harian biasa. Kos yang tinggi ini ditambah pula dengan nisbah guru
murid yang rendah pada kadar 1:6 berbanding purata kebangsaan, iaitu 1:13 sehingga
menyebabkan kos operasi untuk SKM menjadi lebih tinggi.
Kerajaan membelanjakan lebih RM2 bilion setahun untuk mengendalikan operasi
SKM. Terdapat banyak bantuan yang telah disalurkan, antaranya seperti Rancangan
Makanan Tambahan (RMT), Program Susu Sekolah (PSS), Kumpulan Wang Amanah
Pelajar Miskin (KWAPM), Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid, Bantuan
Makanan Asrama, Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya, Skim Pinjaman Buku Teks
(SPBT), Skim Baucar Tuisyen (SBT), Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa
Kelas Persediaan Universiti (BKPU).
2
2.0 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pembelajaran SKM
Menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, kerajaan
meletakkan SKM di antara empat Kumpulan Berkeperluan Khusus dalam Bab 4:
Pembelajaran Murid. Kementerian akan terus memastikan murid berkeperluan khusus
seperti murid pendidikan khas, murid peribumi dan kumpulan minoriti yang lain seperti
Orang Asli dan Penan, murid pintar cerdas dan murid di Sekolah Kurang Murid,
mempunyai peluang untuk mendapatkan pendidikan berkualiti tinggi yang relevan
dengan keperluan mereka (KPM, 2018). Berdasarkan kenyataan tersebut, murid SKM
adalah termasuk dalam salah satu daripada kumpulan murid yang berbeza keadaan dan
keperluan mereka dengan murid arus perdana. Sekiranya mereka tidak diurus dengan
sempurna dan keperluan mereka tidak dipenuhi secara khusus, besar kemungkinan
mereka akan tercicir daripada sistem pendidikan negara dan tidak dapat
mengembangkan potensi diri sepenuhnya.
Secara purata, SKM menunjukkan pencapaian akademik yang agak lemah
berbanding sekolah awam yang lain. Skor purata komposit bagi sekolah ini ialah 68%,
iaitu 4 mata peratus di belakang sekolah awam lain. Nisbah guru kepada murid adalah
1:6. KPM (2018) menyenaraikan perkaitan kelemahan prestasi dengan tiga cabaran
struktur demografi. Pertama, 73% SKM berada di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Faktor ini menyebabkan murid terpaksa melalui perjalanan yang jauh untuk hadir di ke
sekolah, dan mengurangkan kemungkinan mendapatkan guru dan guru besar
berprestasi tinggi untuk berkhidmat di sekolah berkenaan. Dapatan tersebut berlawanan
dengan Anjakan 5 PPPM iaitu memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di
setiap sekolah di Malaysia.
Kedua, disebabkan saiz yang kecil, sekolah ini kurang mendapat manfaat dari
segi kokurikulum, kemudahan yang lebih baik, dan interaksi dengan rakan sebaya
daripada pelbagai latar belakang. Dengan itu, mereka sukar untuk mendapat pendidikan
yang berkualiti kerana wujud jurang kesamarataan akses antara murid SKM dengan
3
sekolah yang lain. Ketiga, kebanyakan sekolah ini berada di kawasan berpendapatan
rendah dan menghadapi masalah kerana mempunyai status sosioekonomi yang rendah.
Keluarga berpendapatan rendah biasanya akan berdepan dengan lebih banyak cabaran
untuk mengekalkan kehadiran anak mereka di sekolah kerana terpaksa menanggung
kos berkaitan bekalan, pakaian seragam, dan pengangkutan. Keadaan ini menyebabkan
kadar ponteng sekolah yang lebih tinggi.
Berdasarkan Anjakan 9 PPPM iaitu Bekerjasama dengan Ibu Bapa, Komuniti dan
Sektor Swasta secara Meluas; kementerian beriltizam bekerjasama dengan ibu bapa dan
pihak berkepentingan setempat bagi menentukan masa depan sekolah dan memastikan
kualiti pendidikan anak mereka diberi keutamaan dengan melipatgandakan usaha bagi
meningkatkan kualiti pendidikan semua SKM. Bagi mewujudkan dan menyesuaikan
persekitaran pembelajaran kondusif untuk semua murid, kementerian akan
memudahkan penempatan semula sekolah mengikut keadaan sekolah tersebut
berdasarkan hasil perbincangan dengan komuniti setempat (KPM, 2018). Pentadbir
memainkan peranan penting bagi mencapai aspirasi tersebut kerana kerjasama dengan
komuniti, hubungan yang berfokus pada masyarakat dan berkepimpinan instruksional
merupakan ciri-ciri seorang guru besar luar bandar yang berjaya (Preston & Barnes,
2017; Wieczorek & Manard, 2018).
2.2 Cabaran di SKM
Untuk menjayakan hasrat kerajaan menerusi pendidikan, semua guru disarankan
berusaha menghasilkan PdP yang bersifat memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21
(PAK21) seperti Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) (KPM, 2018; Rajendran, 2017;
Hussein, 2016; Abu Bakar, 2016). Dalam kajian Beremas dan Effandi (2017), cabaran
utama yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan KBAT di SKM adalah pelajar. Dalam
mengintegrasikan KBAT, pelajar lebih cenderung dan menyukai aktiviti dan tugasan
dengan soalan yang memerlukan jawapan mudah, tetap dan berfakta. Oleh itu,
kesukaran guru dalam mengaplikasikan KBAT dalam bilik darjah adalah dipengaruhi oleh
faktor keengganan pelajar itu sendiri.
4
Pendapat ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Zakaria dan Sufien
(2016) yang menyatakan masalah murid-murid di SKM sebenarnya berkait rapat dengan
amalan hidup dan budaya serta latar belakang keluarga. Sikap murid yang tidak
mengambil berat tentang pendidikan menyebabkan wujudnya pelbagai masalah disiplin
sehingga mengakibatkan mereka ketinggalan dalam pelajaran, sekaligus lambat
menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Pembentukan nilai
murni sangat penting dalam membentuk sahsiah murid sama ada semasa berada di
sekolah atau di luar sekolah. Nilai-nilai murni ini dapat membezakan sahsiah murid yang
mana secara langsung boleh ditonjolkan menerusi percakapan, tindakan, dan pemikiran
(Mohamad Khairi et al., 2017). Penerapan nilai dalam PAK21 dengan pembentukan
sahsiah murid mempunyai hubungan dan pengaruh yang positif serta mampu
melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sahsiah
(Dg Norizah et al., 2020; Asmawati, Abd Muhsin & Syaza, 2015).
Selain itu, cabaran warga SKM adalah dari sudut kekurangan jumlah tenaga
pengajar sehingga memaksa guru yang ada untuk mengajar banyak mata pelajaran dan
menguruskan pelbagai program selepas sekolah (Smit, Hyry-Beihammer, & Raggl,
2015). Beban kerja yang begitu berat telah menambahkan beban pengajaran kepada
guru dan guru besar (Nitce, Azlin & Jamalul Lail, 2017) sehingga dapat mengganggu
emosi. Kekacauan emosi dapat mengganggu suasana dalam sesebuah organisasi kerana
ia boleh mengikis komitmen pekerja (Bhalerao & Kumar, 2016).
Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, terdapat juga SKM berprestasi tinggi
yang mampu melahirkan murid yang menjadi contoh dan kebanggaan komuniti
setempat. SK Ulu Lubai merupakan sebuah SKM di Sarawak yang muncul sebagai satu
daripada sekolah rendah terbaik di negara ini pada 2011. Sekolah seperti ini merupakan
kajian kes yang memberangsangkan dan memberikan satu gambaran unik bagaimana
SKM boleh berjaya dalam situasi berbeza yang dihadapi.
SK Ulu Lubai telah menerima pelbagai pengiktirafan pada peringkat kebangsaan
dan antarabangsa. Pada 2011, sekolah ini terpilih sebagai sebuah daripada Sekolah
Berprestasi Tinggi (SBT) di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
5
dan merupakan sekolah luar bandar pertama di negara ini yang menerima status
tersebut. Pada 2009, SK Ulu Lubai menewaskan 49 pencalonan lain, untuk menerima
Anugerah Komanwel atas keupayaan penyampaian pendidikan berkesan walaupun
berdepan dengan keadaan yang sukar. SK Ulu Lubai juga merupakan penerima lima
anugerah Kementerian, 14 anugerah negeri dan 26 anugerah peringkat daerah (KPM,
2018). Demi menyetarakan kualiti SKM setanding sekolah lain, kementerian telah
menggariskan tiga gelombang khusus untuk SKM:
i. Gelombang 1 (2013 hingga 2015): Melaksanakan Penambahbaikan Segera
ii. Gelombang 2 (2016 hingga 2020): Memperkenal Perubahan Struktur
iii. Gelombang 3 (2020 hingga 2025): Melengkapkan Perubahan Struktur
Kini, pendidikan negara berada dalam Gelombang 3 PPPM. Justeru, kementerian
akan meneruskan dialog bersama komuniti yang mempunyai SKM. Kementerian juga
akan menilai secara berterusan hasil pendidikan sekolah dan keberhasilan murid yang
terlibat dengan penempatan semula semasa Gelombang 2 bagi memastikan isu yang
berbangkit ditangani segera sesuai dengan keadaan. Bagi SKM yang masih ada,
Kementerian akan menilai kesan pelbagai langkah penambahbaikan yang dijalankan
dalam Gelombang 1 dan 2, mengenal pasti aspek yang perlu ditambah baik dan
mengaplikasi amalan yang telah berjaya dilaksanakan (KPM, 2018).
2.3 Kepimpinan SKM
Pemimpin sekolah mempunyai tanggungjawab dan peranan yang besar dan penting
dalam memastikan kelancaran perjalanan dan kejayaan sesebuah sekolah secara
menyeluruh. Gulson Begum (2015) menjelaskan bahawa terdapat tiga amalan
pengurusan pentadbiran Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Kurikulum yang
menyumbang kepada kejayaan SKM iaitu sikap, keterampilan dan pengetahuan. Namun,
cabaran kepimpinan instruksional di SKM tetap wujud dalam empat perkara iaitu (i)
bilangan murid; (ii) pengajaran dan pembelajaran; (iii) penempatan guru dan; (iv)
pengurusan kewangan (Nitce, Azlin & Jamalul Lail, 2017).
6
SKM terutamanya sekolah di kawasan pedalaman merupakan sekolah yang
memiliki sumber yang terhad. SK Ulu Lubai merupakan sebuah sekolah yang mampu
mengatasi kekurangan tersebut sehingga mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Keupayaan dan pembangunan sekolah tersebut memacu kepada kajian kepimpinan
pengajaran pentadbir sekolah. Salah satu keupayaan kepimpinan Guru Besar SK Ulu
Lubai ialah mengubah peradaban murid dan kakitangan berbahasa dialek tempatan yang
menjadi bahasa utama kepada berbahasa Inggeris. Ia merupakan usaha berterusan
yang telah menampakkan hasil yang sangat positif turut menjadi pemangkin terhadap
kejayaan SKM tersebut (Nur Faezah & Dg Norizah, 2018).
Sebagai tambahan, aspek kecerdasan emosi juga adalah satu kecekapan yang
perlu dikuasai oleh semua pemimpin sekolah dalam memainkan peranan berdepan
dengan pelbagai ragam manusia dan pelbagai cabaran dalam pendidikan masa kini.
Kecerdasan emosi dapat membantu pemimpin sekolah untuk mengawal emosinya dan
mempengaruhi emosi kakitangannya sekaligus dapat mewujudkan iklim dan
persekitaran emosi kerja yang kondusif dan pasukan kerja yang hebat. Ini akan
meningkatkan komitmen dan penyertaan sukarela guru-guru dalam melaksanakan
tanggungjawab dan amanah mereka. Elemen hubungan sosial seperti hubungan dengan
staf yang merujuk kepada keberkesanan komunikasi, memberi pengiktirafan dan
partisipatif dalam penghasilan kerja juga merupakan antara ciri atribut yang penting
dalam kepimpinan pengetua (Rohani, Dg Norizah & Colonius, 2019). Oleh itu, semua
pemimpin sekolah perlulah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kecerdasan
emosi mereka dengan mengikuti latihan dan kursus yang berkaitan dengan kecerdasan
emosi (Noraziah & Mohamed Yusoff, 2021).
Sebarang keputusan dan tindakan yang diambil oleh seorang pentadbir perlu
mempunyai rangka atau membuat perancangan awal agar sekolah-sekolah khususnya
SKM mampu mencapai matlamat yang ditetapkan. Bagi meningkatkan kepimpinan
instruksional guru besar dan hubungannya terhadap komitmen kerja guru SKM, guru
besar berperanan untuk merangka matlamat sekolah agar kepimpinan instruksional guru
besar dapat ditonjolkan dalam mewujudkan persekitaran sekolah yang cemerlang dan
kondusif (Anita & Mohamed Yusoff, 2017).
7
3.0 MODEL-MODEL PENGURUSAN PERUBAHAN
Model pengurusan perubahan merupakan suatu pola rujukan yang penting bagi
menunjukkan gambaran yang kukuh, berstrategi serta tersusun untuk suatu dinamika
perubahan organisasi yang ingin digerakkan bagi mencipta idea baharu yang kreatif dan
inovatif. Ianya adalah untuk mencapai kecemerlangan yang terbaik dalam sesuatu
organisasi. Proses perubahan ini sangat diperlukan bagi meningkatkan keberkesanan
dan menaik taraf sistem pendidikan terbaik dan terus kekal bersaing dalam cabaran
global negara-negara maju (Mei Kin et al. 2018). Sistem pendidikan perlu juga mencapai
kehendak industri dan komersil di mana tenaga kerja yang inovatif dan berkemahiran
selaras dengan keperluan era revolusi industri 4.0.
Model-model yang dirujuk akan membimbing individu dan organisasi secara
kolektif bagi memudahkan pelaksanaan tugas dan mencapai sasaran yang ditetapkan.
Untuk pelaksanaan perubahan yang berjaya dalam organisasi terdapat empat komponen
utama yang berfungsi sebagai tonggak yang menahan perubahan tersebut. Tonggak ini
adalah pelbagai fasa perubahan yang berbeza iaitu perancangan, kepemimpinan,
pengurusan, dan penyelenggaraan perubahan dalam organisasi. Tanpa kumpulan
kepimpinan, pengurusan yang mantap, perubahan organisasi yang efektif tidak akan
berlaku (Mei Kin et al. 2018).
Pelaksanaan dasar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
dalam proses membuat transformasi pendidikan yang melibatkan perubahan secara
berskala besar memerlukan agen perubahan organisasi terhadap kepimpinan (Aizat et
al. 2018) dan selaras dengan surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 9 Tahun 2017: Garis
Panduan Pelaksanaan Kelas Bercantum dengan Pengajian dan Pembelajaran Pelbagai
Gred berkaitan sekolah kurang murid (SKM) juga melibatkan model perubahan semua
peringkat untuk mengurus perubahan pendidikan. Semua pelaksanaan perubahan
melibatkan semua supaya selari dengan keperluan dan kehendak pendidikan semasa.
Terdapat sebilangan teori atau model yang cuba menjelaskan bagaimana dan mengapa
organisasi berubah.
8
3.1 Model Kurt Lewin (1947)
Model Tiga Langkah Perubahan, 'Pencairan – Pergerakan - Pembekuan' (Lewin, 1947)
adalah teori yang paling popular kerana ianya telah digunakan secara meluas dalam
literatur perubahan organisasi. Kurt Lewin (1947) adalah pengasas model perubahan
organisasi berencana (Bakari, Hunjra & Niazi, 2017). Model ini amat signifikan untuk
dikaitkan dengan pelbagai bidang sosial dan pengurusan terutamanya menjurus kepada
tingkahlaku organisasi sosial.
Berdasarkan Model Tiga Langkah Perubahan Lewin (1947), sesuatu perubahan
yang berlaku akan melibatkan tiga proses utama iaitu pencairan, pergerakan dan
pembekuan. Sesuatu perubahan hanya boleh berlaku apabila amalan rutin yang biasa
dilakukan sebelum ini ditinggalkan. Proses perubahan bermula dengan pencairan apabila
organisasi akan cuba meninggalkan aktiviti atau amalan lama yang dipegang. Lewin
percaya bahawa kestabilan tingkah laku manusia adalah berdasarkan keseimbangan
kuasi-pegun yang disokong oleh lapangan kuasa penarikan dan penolakan yang
kompleks. Beliau berpendapat bahawa keseimbangan perlu berada dalam keadaan tidak
stabil (pencairan) sebelum tingkah laku lama dapat dibuang dan tingkah laku baru
berjaya diterapkan. Selepas itu ia diteruskan dengan proses pergerakan di mana
perubahan tersebut dilaksanakan, dan ia melibatkan perubahan sama ada di peringkat
individu, unit atau organisasi. Proses perubahan diakhiri dengan pembekuan di mana
perubahan baru yang dilaksanakan mula diinstitusikan. Ia adalah perlu kerana
pembekuan semula dapat menjamin pengekalan suasana perubahan baru yang
diwujudkan dan menghalang dari kembali kepada keadaan sedia kala. Perkara ini boleh
dicapai dengan pewujudan norma baru atau dengan mekanisme lain yang membuat dan
mengekalkan kuasa-kuasa yang menyokong perubahan tersebut.
9
Rajah 2 : Model Kurt Lewin (1947)
Pencairan Pergerakan Pembekuan
Lewin Wujudkan keperluan Kerja ke arah Menstabilkan
(1947) perubahan/Hubungan perubahan perubahan/ Capai
Perubahan hubungan terminal
perubahan
Pencairan Komitmen/ Peralihan Pembekuan
Keperluan untuk Pengambilan
pemulihan/ Visi baru Pembelajaran Penginstitusian
Kesediaan
Pencairan (Motivasi Komitmen untuk Pembekuan
untuk berubah) berubah
Tingkah laku
menyokong
perubahan
Kesediaan Motivasi untuk Komitmen untuk Tingkah laku
berubah berubah menyokong
perubahan
3.2 Model Pengurusan Perubahan Kotter (1995)
Pengurusan perubahan memerlukan usaha dan tindakan yang konsisten untuk
memastikan setiap program berjalan dengan lancar dan memberikan impak kepada
organisasi. Model pengurusan perubahan organisasi ini dicetuskan oleh Profesor John P.
Kotter dari Harvard Business School (HBS). Beliau menyenaraikan 8 langkah dalam
bukunya berjudul “Leading Change” (Wentworth et al., 2018).
Mengikut John Kotter lapan langkah tersebut iaitu mencipta keperluan,
membentuk pakatan yang kuat, mencipta visi perubahan, menyampaikan visi melalui
komunikasi, menghapuskan halangan, membentuk sasaran, meneruskan pembinaan
perubahan dan membudayakan perubahan dalam kehidupan.
10
i. Mencipta keperluan iaitu menciptakan rasa mendesak di kalangan ahli organisasi
mungkin merupakan suatu kaedah terbaik untuk memotivasi dan melibatkan
mereka semasa proses perubahan.
ii. Membentuk pakatan yang kuat iaitu menentukan bidang kemahiran dan
kepakaran yang tepat untuk pasukan yang akan bertanggungjawab untuk
mendorong perubahan dalam organisasi.
iii. Mencipta visi perubahan iaitu pemerhatian bukan hanya kepada strategi tetapi
juga kreativiti, emosi dan objektif dasar atau latihan kepada ahli organisasi
semua peringkat.
iv. Menyampaikan visi melalui komunikasi iaitu bersikap telus dan kerap
berkomunikasi dengan ahli organisasi mengenai perubahan yang dilaksanakan di
semua peringkat.
v. Menghapuskan halangan iaitu mendapatkan sokongan, hilangkan sekatan
halangan dan kumpulkan maklum balas dengan cara yang membina kepada
organisasi semua peringkat.
vi. Membentuk sasaran iaitu jangan hanya fokus pada hasil akhir sahaja. Tetapkan
matlamat jangka pendek dan kenalpasti keberhasilan pencapaian jangka pendek
semasa proses untuk meningkatkan semangat ahli organisasi.
vii. Meneruskan pembinaan perubahan iaitu menguatkan dan menjadikan perubahan
sebagai sebahagian daripada budaya tempat kerja semua peringkat organisasi.
Sentiasa pemimpin memberikan dorongan semangat untuk menyesuaikan diri
dan memberi penghargaan atas tingkah laku baru ahli organisasi.
viii. Membudayakan perubahan dalam kehidupan iaitu perubahan tidak akan berlaku
dalam sekelip mata dan halangan yang ada tidak semua dapat dielakkan. Tetap
gigih semasa proses pengurusan perubahan sedang berjalan tanpa mengira
betapa sukarnya perkara-perkara yang kelihatan.
Model pengurusan perubahan Kotter cukup mudah diikuti dan digabungkan. Bahagian
paling menarik dalam model ini ialah memfokuskan diri individu pada penyediaan status
quo untuk perubahan daripada mengubah pelaksanaannya sendiri. Tumpuan pada
pengalaman pekerja dan komunikasi di tempat kerja yang betul adalah salah satu sebab
11
mengapa ini adalah salah satu model pengurusan perubahan yang paling biasa
digunakan.
3.3 Model Integratif Perubahan Berancana Bullock dan Battern (1985)
Bullock dan Battern (1985) membangunkan model Integratif Perubahan Berancana
dengan empat fasa perubahan berencana. Model ini mempunyai kesesuaian sangat luas
kerana ia boleh diguna pakai untuk sebahagian besar situasi perubahan yang digunakan
dalam pembangunan organisasi.
Terdapat dua dimensi utama yang berbeza dalam model ini iaitu Fasa keadaan
organisasi - Ini adalah peringkat berbeza organisasi bergerak semasa menjalankan
perubahan yang terancang. Fasa Proses perubahan - Ini merujuk kepada kaedah yang
digunakan untuk menggerakkan organisasi dari satu fasa atau peringkat yang lain.
(Rosenbaum,D. et al., 2018)
Model Intergratif Perubahan Berencana Bullock dan Battern (1985) dapat diringkaskan
seperti di dalam jadual 3 dibawah :
Fasa Peninjauan Proses Perubahan Terlibat
1. Fasa Eksplorasi Mengaku akan keperluan untuk
· Organisasi meneroka sama ada perubahan. Mencari bantuan
perubahan tertentu diperlukan dalam professional (agen perubahan atau
sistem. Jika ada, memutuskan berapa perunding) untuk membangunkan campur
banyak sumber perlu komited untuk tangan perubahan yang sesuai.
merancang perubahan. Mewujudkan kontrak dengan agen
perubahan untuk menentukan peranan,
tugas dan tanggungjawab setiap pihak.
2. Fasa Perancangan Mengumpul data untuk menganalisis
· Fasa ini melibatkan mengenal pasti dan masalah. Mewujudkan matlamat campur
memahami masalah dan kebimbangan tangan perubahan. Mereka bentuk pelan
organisasi. Pelan campur tangan tindakan sewajarnya untuk mencapai
12
kemudiannya dibangunkan bagi matlamat. Meyakinkan semua pihak
menyelesaikan masalah. terlibat untuk meluluskan dan menyokong
perubahan yang dicadangkan.
3. Fasa Tindakan Membuat penyusunan bagi menguruskan
· Organisasi melaksanakan perubahan proses perubahan. Mendapatkan
berdasarkan pelan tindakan yang sokongan daripada semua pihak berkaitan
dibangunkan sebelum ini. Fasa ini untuk campurtangan yang di ambil.
memindahkan organisasi daripada Menilai perubahan campur tangan yang
keadaan sedia ada kepada keadaan masa dilaksanakan. Menyediakan maklum balas
hadapan yang diingini. mengenai hasil agar apa-apa pelarasan
yang perlu kepada pelan tindakan boleh
dibuat.
4. Fasa Integrasi Memperkukuh tingkah laku baru dalam
Fasa ini berkaitan dengan menstabilkan kalangan kakitangan melalui sistem
perubahan supaya mereka menjadi ganjaran. Memindahkan campur tangan
sebahagian daripada rutin biasa perubahan dari satu bahagian ke
organisasi. bahagian lain organisasi. Melatih
pengurus dan kakitangan untuk
memantau dan memperbaiki perubahan.
Jadual 3 : Model Intergratif Perubahan Berencana Bullock dan Battern (1985).
Kesimpulannya Perubahan persekitaran yang kompleks dan pantas yang berlaku
di dalam atau luar organisasi menyebabkan organisasi perlu melaksanakan perubahan
bagi menyesuaikan diri dengan situasi yang berlaku dengan pelaksanaan model-model
cadangan secara berencana dan berimpak. Model-model ini akan memberikan sakongan
kepada perubahan individu, organisasi serta kepimpinan dan seterusnya boleh memberi
kesan terhadap kecemerlangan organisasi.
13
4.0 PENGURUSAN SKM
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah menetapkan matlamat untuk
memperkembangkan individu pelajar secara berterusan ke arah mencapai potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Berdasarkan PPPM 2013-2025, kerajaan telah memfokuskan pendemokrasian
pendidikan dengan memberi perhatian kepada kumpulan yang kurang bernasib baik,
kawasan luar bandar dan pedalaman. Ini dapat dilihat melalui ekuiti pendidikan dalam
aspirasi sistem PPPM iaitu merapatkan jurang pencapaian antara murid bandar dan luar
bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara jantina sehingga 50% menjelang
tahun 2020. Kerajaan berhasrat untuk meningkatkan kualiti dan prestasi sekolah dengan
menjadikan sekolah sebagai pilihan utama ibu bapa termasuklah sekolah luar bandar
dan pedalaman khususnya SKM.
4.1 Kurikulum
Dalam usaha meningkatkan kualiti SKM, pengurusan merupakan faktor yang sangat
penting dalam mencapai tujuan yang telah ditetapkan oleh organisasi. Standard 1 dalam
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) menghuraikan
‘Kepimpinan’ yang dimaksudkan adalah merupakan kepimpinan yang mampu memberi
impak positif yang tinggi terhadap pembangunan kurikulum dan kokurikulum sekolah.
Pemimpin harus bertindak sebagai pemangkin warga sekolah sehala dengan misi
serta visi yang telah ditetapkan dengan memberi dorongan serta menjadi suri
teladan kepada warga sekolah sebagai pemimpin pengajaran (Nur Faezah & Dg
Norizah, 2018).
14
Kajian-kajian lepas telah membuktikan bahawa kejayaan sesebuah organisasi
berkait rapat dengan sistem pengurusan dan kepimpinannya. Gulson Begum (2015)
menjelaskan bahawa terdapat tiga amalan pengurusan pentadbiran Guru Besar dan
Guru Penolong Kanan Kurikulum yang menyumbang kepada kejayaan SKM iaitu sikap,
keterampilan dan pengetahuan. Secara umumnya, terdapat sepuluh sikap yang perlu
diamalkan oleh pentadbir SKM iaitu komitmen tinggi, integriti, akauntabliliti, jelas hala
tuju, berwawasan, bertolak ansur, tegas, keterbukaan, proaktif dan prihatin.
Komitmen peribadi merupakan faktor utama pemangkin kepada kejayaan
sesebuah organisasi. Komitmen yang tinggi jelas digambarkan melalui sikap pentadbir
ke arah meningkatkan akademik SKM apabila mereka melaksanakan tugas dan
tanggungjawab dengan bersemangat tanpa mengira waktu serta yakin terhadap
matlamat yang ingin dicapai. Kemajuan dalam akademik berubah mengikut komitmen
secara individu dan kolektif antara pentadbir dan guru dalam meningkatkan
pembelajaran murid (Hargreaves dan O’Connor, 2018). Oleh itu, pentadbir hendaklah
sentiasa prihatin dengan keperluan staf kerana peranan guru dilihat sebagai aset
pendidikan adalah penting bagi merealisasikan kecemerlangan sekolah.
Dari sudut keterampilan, pendekatan yang diguna pakai sangat memainkan
peranan dalam mempengaruhi kejayaan pentadbir di SKM. Dapatan kajian Gulson
(2015) juga menyenaraikan lapan pendekatan yang boleh digunakan pentadbir iaitu
amalan ketegasan, memotivasikan, keputusan bersama, kolaborasi komuniti, turun
padang, penurunan kuasa, fleksibel dan komunikasi. Selaras dengan standard 2 dalam
SKPMg2 iaitu ‘Pengurusan Organisasi’ yang melihat keupayaan sesebuah sekolah dalam
pengurusan aset, kewangan, sumber pendidikan, serta pengurusan perpaduan yang
melibatkan ibu bapa dan komuniti (KPM, 2017). Ringkasnya, pengurusan sumber
manusia seperti permuafakatan dengan guru, ibu bapa dan komuniti setempat haruslah
dilaksanakan dengan sebaiknya demi mencapai kecemerlangan murid di SKM.
Begitu juga dalam aspek pengetahuan. Pentadbir yang mementingkan ilmu
dalam pengurusan organisasi akan berusaha untuk memantapkan diri dan stafnya.
Proses pemantapan ilmu melalui Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan
15
Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL)
merupakan usaha memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap
sekolah. Justeru, segala ilmu berkaitan kepimpinan termasuk pengurusan kewangan,
ilmu kaunseling serta strategi penyelesaian masalah sewajarnya dikuasai oleh pentadbir
agar membolehkan mereka lebih berkeyakinan membuat keputusan sekaligus dapat
membudayakan organisasi yang sentiasa berkongsi ilmu dan pengalaman sehingga
mampu mengupayakan SKM Sabah mencapai kecemerlangan akademik.
4.2 Kokurikulum
Kemahiran mengurus kokurikulum merupakan satu proses yang sangat penting bagi
mencapai matlamat dan tujuan kegiatan kokurikulum. Kepimpinan dalam pengurusan
kokurikulum perlu diberi perhatian yang sama seperti kepimpinan kurikulum agar
program dan aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan berkualiti dan dapat memberi
manfaat kepada murid (Ab. Alim, 2004; Tam Yeow Kwai, 2010). Cabaran pengurusan
kokurikulum di SKM semakin ketara apabila kajian yang dijalankan Zakaria (2016)
menjelaskan bahawa 71.6% Penolong Kanan Kokurikulum adalah lantikan sekolah dan
bukan hakiki lantikan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Segala kekangan sama
ada dari segi latihan guru, kemudahan peralatan, infrastruktur, sokongan dan kewangan
merupakan masalah yang perlu dihadapi dan di atasi segera.
Seluruh sekolah di bawah KPM termasuk SKM adalah tidak terkecuali dengan
pelaksanaan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). PAJSK
merupakan pentaksiran kegiatan kokurikulum sekolah dan aktiviti kecergasan fizikal
murid. Kegiatan kokurikulum merangkumi tiga aktiviti utama iaitu Kelab/Persatuan,
Pasukan Badan Beruniform dan Sukan/Permainan. PAJSK bertujuan untuk menyediakan
kaedah pentaksiran aktiviti murid yang standard dan boleh diterima pakai oleh semua
sekolah. PAJSK dilaksanakan sepanjang tempoh persekolahan setiap tahun. Pelaporan
kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan diukur melalui Ujian Standard
Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) (KPM, 2019a).
16
Persekitaran sekolah yang menyediakan prasarana yang mencukupi adalah
penting untuk memastikan pelajar menggunakan gaya hidup aktif (Morin et al., 2016).
Disebabkan tapak SKM adalah kecil, masalah utama kebanyakan SKM di Sabah adalah
tidak mempunyai padang atau gelanggang untuk aktiviti kokurikulum. Untuk mengatasi
masalah ini, pihak sekolah hendaklah mencari alternatif lain untuk menjayakan aktiviti
yang dirancang. Antaranya, pihak sekolah memohon kebenaran untuk melaksanakan
Sukan Tahunan Sekolah di kawasan yang sesuai seperti Pusat Sukan yang terdapat di
daerah masing-masing. Jika berlaku pertindihan tempahan dengan sekolah lain, SKM
terpaksa menjalankan program tersebut di kawasan lapang sekolah seperti dewan
terbuka atau tapak perhimpunan.
Walaupun prasarana sangat terbatas, komitmen dan semangat yang
jitu perlu ada dalam diri setiap guru SKM demi mencapai matlamat sekolah.
Sebagaimana prestasi akademik murid SKM, pencapaian kokurikulumnya juga
dipengaruhi oleh bilangan murid sekolah tersebut (Zakaria, 2016). Bilangan
murid yang ramai membolehkan pihak sekolah membuat pemilihan yang lebih
tepat mengikut kategori acara yang disertai. Oleh yang demikian, keadaan ini
sangat menuntut kebijaksanaan pentadbir untuk mencari peluang yang ada
seperti memberi tumpuan kepada aktiviti permainan yang menggunakan
ruang yang lebih kecil. Selain itu, pelaksanaan permainan dalaman juga boleh
dijadikan inisiatif bagi sekolah yang tidak mempunyai padang atau
gelanggang untuk tujuan permainan atau aktiviti luar.
4.3 Hal Ehwal Murid
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) menjalankan segala tugas dan
tanggungjawab pentadbiran sekolah apabila guru besar dan penolong kanan lain tiada
di sekolah. Secara khususnya, GPK HEM bertanggungjawab kepada guru besar dalam
pengurusan dan pentadbiran hal ehwal murid. Masalah utama berkaitan pencapaian
kurikulum dan kokurikulum murid adalah disebabkan faktor kehadiran murid. Menurut
Norzawati, Leni, Ahmad Nadzru, Lim, Faizah dan Noor Safiza (2016), ponteng sekolah
dilabelkan sebagai salah satu masalah utama murid di Malaysia.
17
Masalah disiplin seperti kehadiran murid di SKM sering dikaitkan dengan status
sosioekonomi ibu bapa. Melalui perbincangan dengan GPK HEM di salah sebuah SKM di
daerah Kudat, ibu bapa yang berpendapatan rendah sering menghadapi masalah untuk
menghantar anak ke sekolah. Selain daripada sikap murid itu sendiri, faktor lainnya juga
adalah disebabkan jarak rumah yang jauh dari sekolah serta yuran bas yang tinggi.
Keterdesakan hidup menyebabkan ketidakhadiran murid semakin meningkat. GPK HEM
dan guru kelas akan mengambil langkah dengan menghubungi ibu bapa untuk
mengadakan dialog prestasi bagi membincangkan dan menangani masalah tersebut.
Surat amaran akan dikeluarkan secara berperingkat mengikut bilangan hari tidak hadir
ke sekolah tanpa sebab yang munasabah.
Segala proses pelaksanaan pengurusan murid akan direkodkan dalam Sistem
Sahsiah Diri Murid (SSDM) dengan kerjasama Guru Disiplin sekolah secara atas talian.
Sekiranya masalah masih berlarutan, GPK HEM akan bekerjasama dengan Guru
Kaunseling lantikan sekolah untuk mengadakan Program Ziarah Cakna iaitu melawat
murid di rumah murid mereka untuk mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh
murid dan keluarga. Selain itu, sekolah juga mengadakan program intervensi seperti
‘Jom Hadir ke Sekolah’ dengan memberikan ganjaran kepada murid yang mencapai
prestasi kehadiran tertinggi di kelas setiap bulan. Inisiatif yang dijalankan sedikit
sebanyak dapat membantu dalam meningkatkan kehadiran murid ke sekolah di samping
dapat mencapai Penunjuk Prestasi Utama (KPI) kehadiran murid yang telah ditetapkan
oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah.
Kesimpulannya, pentadbir memainkan peranan yang sangat penting dalam
mengemudi pengurusan sekolah kerana mereka merupakan role model dalam
organisasi. Menurut Sharifah Madinah (2007) dalam Rohani, Dg. Norizah dan Colonius
(2019), kejayaan sesebuah sekolah adalah bergantung kepada pengetua sebagai ketua
dan menjadi sumber inspirasi. Keunikan amalan pentadbir SKM dapat membezakan
mereka dengan pentadbir sekolah lain apabila mereka menghayati dan mengamalkan
konsep 3P iaitu proaktif, prihatin dan penyelesai masalah. Sekiranya konsep ini dijiwai,
pentadbir akan mampu mengetepikan sikap putus asa dan mementingkan kuasa,
18
sebaliknya mengamalkan persamaan hak setiap ahli untuk mencapai matlamat
kemajuan murid bersama-sama (Gulson, 2015).
5.0 ISU-ISU DAN PERMASALAHAN SEMASA SKM
Isu sekolah kurang murid sejak sekian lama menimbulkan dilema bukan sahaja kepada
pentadbiran sekolah, guru, murid dan ibu bapa, malah kepada persoalan perlukah lagi
sekolah seperti ini? Kajian Kementerian Pendidikan mendapati hampir 30 peratus
daripada kira-kira 10,000 sekolah di seluruh negara ialah sekolah kurang murid, iaitu
mempunyai murid kurang 150 orang.
Setakat ini belum ada langkah berkesan bagi mengatasi isu itu. Tinjauan Berita
Harian pada tahun 2019 di beberapa sekolah mendapati, antara dilema guru ialah
terpaksa mengajar banyak subjek, termasuk bukan pengkhususan, manakala pihak
sekolah pula terpaksa berusaha lebih bagi menjamin kecemerlangan akademik. Jumlah
murid kecil mudah menjejaskan prestasi sekolah dan guru jika ada murid gagal dalam
sesuatu subjek.
Bagi murid, mereka tidak mempunyai atau hanya ada beberapa rakan sekelas
dalam tahun pembelajaran sama, selain tidak dapat menyertai aktiviti kokurikulum,
terutama dalam sukan pada peringkat sekolah. Malah, ibu bapa murid juga terbelenggu,
sama ada anak mereka dapat pembelajaran sempurna dan mampu bersaing dengan
murid sekolah lebih besar.
Pada pihak kerajaan, tanggungjawab menyediakan akses pendidikan untuk
rakyat menyebabkan sekolah kategori itu tidak boleh sewenang-wenangnya ditutup,
walaupun terpaksa mengeluarkan kos untuk urus tadbir serta membekalkan tenaga
pengajar seperti sekolah lain.
Di Perak, sekolah menghadapi dilema itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK)
Tebing Rebak yang terletak kira-kira 25 kilometer dari pekan Hutan Melintang, Bagan
Datuk. Sekolah berkenaan mempunyai hanya lima murid dan empat guru. Menurut Yang
19
Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tebing Rebak, Murad Samsuddin,
sekolah itu pernah mempunyai sehingga 200 murid, namun semakin berkurangan
disebabkan ada sekolah baharu seperti SK Tanah Lalang dan SK Sungai Dulang Dalam.
Menurut Guru Besarnya, Siti Norhasidah Mohd Yusuf, sekolah itu mempunyai semua
kemudahan kecuali kantin yang terpaksa ditutup pada 2000 kerana kekurangan murid
yang kemudian membawa bekalan makanan dari rumah. Sejak 1995, jumlah murid
semakin berkurangan daripada 45 kepada 10 orang dan sejak 2001, hanya lima orang.
Namun, acara besar seperti sukan tahunan dan aktiviti kokurikulum tetap diadakan
seperti biasa.
Di Kedah, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Bukit Jenun di
Pendang, hanya mempunyai 15 murid dengan lima tinggal di kawasan itu, selebihnya
enam dari Gurun yang terletak kira-kira 15 kilometer dari sekolah selain empat murid
adalah anak guru sekolah itu. Menurut seorang ibu, G Reetha, 45, kekurangan murid
membantu dua anaknya yang pernah belajar di sekolah itu memperoleh keputusan
cemerlang 7A pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Di Selangor, SK Tanjong Jawa di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam yang mula
beroperasi pada 1958, kini hanya mempunyai 15 murid dan tujuh guru, walaupun
lokasinya kira-kira 10 kilometer dari pekan Sabak Bernam. Guru Besarnya, Khaire Md
Zain berpendapat sekolah itu perlu dikekalkan walaupun mempunyai murid yang sedikit
kerana faktor persekitaran memudahkan ibu bapa menghantar anak berbanding
menghantar ke sekolah lain yang lebih jauh. Meskipun sekolah kategori ini memerlukan
peruntukan kewangan besar, tidak harus tutup kecuali dengan persetujuan penduduk
kerana ia penting kepada mereka yang mahu hantar anak ke sekolah tanpa perlu
keluarkan perbelanjaan banyak. Suri rumah, Noorazian Wahab, 41, yang empat anaknya
yang bersekolah di situ, berpendapat jumlah murid sedikit membolehkan guru memberi
tumpuan lebih kepada murid dan secara tidak langsung, pencapaian akademik murid
serta prestasi sekolah meningkat.
Di Pulau Pinang, hanya 19 murid mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan
(SK) Pulau Aman yang terletak di sebuah pulau kecil di daerah Seberang Perai Selatan
20
dan menjadi sekolah dengan murid paling sedikit di negeri itu. Menurut Guru Besarnya,
Nokman Che Abas yang mula bertugas di sekolah itu pada Januari 2016, sekolah kurang
murid bukan satu masalah, sebaliknya memberi kelebihan untuk murid kerana mendapat
perhatian lebih daripada guru. Hubungan murid dan guru juga rapat seperti sebuah
keluarga besar, kemesraan di antara guru dan murid jarang boleh dilihat di sekolah
harian biasa lain. Proses pengajaran dan pembelajaran juga berlangsung seperti sekolah
lain yang padat dengan murid. Sekolah itu hanya mempunyai empat kelas, masing-
masing satu kelas untuk Tahun Satu dan Enam, manakala kelas Tahun Dua dicantum
dengan Tahun Tiga serta Tahun Empat dicantum dengan Tahun Lima, seperti pekeliling
Kementerian Pendidikan. Menurut Guru Matematik, Nurul Artika Md Redzuan, 30, SK
Pulau Aman adalah sekolah pertamanya berkhidmat selepas bergelar guru tujuh tahun
lalu dan tidak menyangka di negeri yang maju serta serba moden seperti Pulau Pinang,
masih ada sekolah kurang murid. Murid Tahun Enam, Muhd Adzryan Iskandar, 12, yang
baru berpindah ke sekolah itu mengakui gembira serta teruja kerana hanya mempunyai
seorang rakan sekelas selepas lima tahun berada dalam kelas dipenuhi lebih 30 murid
di sekolah lamanya.
Di Sarawak, sebanyak 651 daripada 1,265 sekolah rendah di negeri itu
dikategorikan sekolah kurang murid termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Sangai di Serian
yang mempunyai 93 murid dan 13 guru. Menurut Guru Besar SK Sangai, Mazi Julai, waris
murid sekolah itu tidak bersetuju dengan cadangan bergabung dengan sekolah kurang
murid lain di sekitar kawasan berkenaan disebabkan faktor jarak rumah ke sekolah lain,
keselamatan dan kewangan.
Di Melaka, menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Datuk Abu Bakar
Sahari, hanya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tiang Dua di Jasin dan Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bukit Lintang, dikategori kurang murid. SJKT Bukit
Lintang hanya mempunyai 119 murid dan SJKC Tiang Dua seramai 117 murid.
Menurut kepada sebuah artikel yang ditulis oleh Prof. Madya Dr. Abdul Said
Ambotang, Pensyarah Kanan di Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia
Sabah di Minda Pendidik, Utusan Borneo (Sabah) bertarikh 27 Februari 2019 dengan
21
tajuk Imbasan Semasa Perkongsian Isu Sekolah Kurang Murid di Sabah, banyak intipati
diperoleh daripada hasil perkongsian tersebut. Secara keseluruhannya, terdapat 12 isu
dalaman SKM yang perlu disedari dan diambil perhatian oleh semua pihak. Antaranya:
i. Beban tugas guru
ii. Masa yang diperuntukkan untuk mengajar terlalu banyak
iii. Kelas bercantum
iv. Akauntabiliti guru
v. Ketidakhadiran guru
vi. Pengurusan kurikulum di sekolah
vii. Kurang peralatan dan infrakstruktur
viii. Masalah saluran teknologi
ix. Faktor permasalahan persekitaran
x. Faktor pembentukan dan penggunaan amalan berbahasa yang tidak baku
xi. Permasalahan murid lembam
xii. Tahap kesihatan serta gangguan emosi
Pertamanya, isu berkaitan dengan beban tugas guru. Mengikut SKPMg2 Standard
4: Pembelajaran dan Pemudahcaraan, Guru bertindak sebagai perancang, pengawal,
pembimbing, pendorong dan penilai. Tugas utama guru di sekolah adalah merancang
dan memurnikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah. Namun, guru sering
kali dibebani dengan tugas-tugas sampingan dan kerja-kerja perkeranian seperti menaip
dan menyiapkan statistik peperiksaan, mengisi dan mengemas kini pelbagai borang serta
fail pelajar, mesyuarat yang dianjurkan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD),
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan mesyuarat secara maya terutamanya rentetan
daripada penularan Coronavirus Disease 2019 (COVID-19). KPM menggalakkan
program/aktiviti dijalankan secara atas talian dengan menggunakan kemajuan teknologi
22
serta kemudahan platform yang bersesuaian bagi membolehkan interaksi dua hala
bersemuka dan berlaku atas talian (maya). Sebagai contoh, seorang guru
kelas/tingkatan perlu menyimpan dan memasukkan data ke dalam sistem atas talian
seperti Aplikasi Data Murid (APDM), Sistem Maklumat Murid (SMM), Sistem Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (SPBS), Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dan sebagainya.
Hal ini memberi kesan terhadap SKM kerana guru hilang fokus untuk mengajar akibat
tugas-tugas sampingan berkenaan. Kesannya, berlaku pengabaian terhadap murid
kerana guru lambat atau tidak masuk kelas. Akhirnya, murid hanya hadir ke sekolah
tanpa menerima proses pembelajaran yang berkesan daripada guru.
Kedua, situasi di SKM juga turut memberi rasa terbeban dalam diri guru
disebabkan masa yang diperuntukkan untuk waktu mengajar terlalu banyak. Menurut
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007, bilangan waktu mengajar bagi seorang
guru akademik biasa Gred DGA29/DGA32Tb adalah 22-30 waktu. Manakala menurut
Surat Pekeliling Bil. 10/1995, agihan waktu mengajar guru perlu seimbang iaitu dalam
lingkungan 4-6 waktu (160-240 minit) sehari bagi guru sekolah menengah dan 5-8 waktu
(150-240 minit) sehari bagi guru sekolah rendah. Berdasarkan buku Panduan
Pengurusan Sekolah Berkesan, KPM, kebanyakan guru SKM mempunyai jumlah waktu
mengajar yang terlalu banyak. Tinjauan Berita Harian di beberapa sekolah mendapati
antara dilema guru ialah terpaksa mengajar banyak subjek, termasuk bukan
pengkhususan, manakala pihak sekolah pula terpaksa berusaha lebih bagi menjamin
kecemerlangan akademik. Jumlah murid kecil mudah menjejaskan prestasi sekolah dan
guru jika ada murid gagal dalam sesuatu subjek. (Berita Harian, 17.09.2019). Guru
bukan sahaja gagal menghabiskan sukatan pelajaran yang diajar bahkan gagal memberi
bimbingan kepada murid. Kesannya, ramai murid yang terbiar dan ketinggalan dalam
pelajaran.
Ketiga, kebanyakan SKM mengamalkan kelas bercantum kerana kekurangan
murid. Darjah 2 dan 3 digabungkan, manakala Darjah 4 dan 5 digabungkan menjadi
satu kelas. Kadangkala kelas bercantum ini akan menyukarkan guru mengajar dan
mendidik. Tuan Oscar Ling Chai Yew membangkitkan isu Pelaksanaan Kelas Gabungan
di SKM semasa Kamar Khas Parlimen Keempat Belas Penggal Pertama Mesyuarat
23
Pertama pada 24 Julai 2018. Beliau menyatakan 3 alasan Pelaksanaan kelas gabungan
bukan suatu langkah yang bijak dan sesuai. Antaranya:
i) Guru bagi kelas gabungan perlu menyediakan bahan pengajaran bagi dua darjah,
maka meningkatkan kerja guru SKM. Pada masa yang sama, guru menghadapi tekanan
yang besar untuk mengendalikan dua darjah.
ii) Masa kelas telah dipendekkan setelah pelaksanaan kelas gabungan. Kelas yang
asalnya 30 minit telah dipendekkan kepada 15 minit untuk menampung dua darjah
dalam satu kelas. Oleh sebab itu, guru tidak ada masa yang mencukupi untuk menjaga
murid yang lebih lemah dalam pelajaran.
iii) Banyak ibu bapa tidak ingin lagi menghantar anak mereka ke SKM memandangkan
kualiti pendidikan agak terjejas. Perkara ini akan membawa kepada kuantiti murid di
SKM semakin kurang dan akhirnya sekolah mungkin ditutup.
Sebenarnya polisi kelas gabungan ini pernah dilaksanakan pada masa lalu dan
telah dibuktikan sebagai satu polisi yang tidak sesuai. Kini, polisi yang gagal namun tetap
dilaksanakan semula bukanlah satu langkah yang bijaksana. Selain itu, penglibatan guru
dalam kegiatan kokurikulum seperti persatuan, badan beruniform dan kelab di peringkat
sekolah, daerah dan negeri turut mempengaruhi tugas guru. Keadaan di atas
menjejaskan pelaksanaan PdP seterusnya memberi impak yang negatif terhadap
prestasi akademik murid.
Keempat, isu akauntabiliti guru. Dalam hal ini, kebanyakan guru di SKM semakin
melupai konsep akauntabiliti sebagai seorang pendidik di sekolah. Guru di SKM semakin
lama semakin meninggalkan konsep profesionalisme dalam diri mereka. Guru sudah
hilang fokus untuk mengajar dan kadang-kadang tidak dan lambat masuk ke kelas.
Sebagai seorang guru, tanggungjawab menjalankan tugas dengan penuh dedikasi di
bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan PdP
mengikut kaedah dan teknik yang berkesan perlulah diamalkan. Guru juga haruslah
mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan, membimbing dan mengajar
24
murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada murid.
Sebaliknya, guru sekali sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk
menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Masalah kehadiran guru
juga kian menurun.
Kelima, isu ketidakhadiran guru di SKM turut juga dipengaruhi oleh faktor
pengurusan di sekolah. Misalnya, guru di luar bandar terpaksa meninggalkan sekolah
sehingga dua atau tiga minggu lamanya atas urusan mesyuarat di peringkat PPD
ataupun JPN. Faktor tempat menyebabkan seorang guru mewakili mesyuarat-mesyuarat
yang lain. Situasi ini merumitkan guru di SKM dan lama-kelamaan moral guru menjadi
lemah.
Keenam, pengurusan kurikulum di sekolah jarang diberikan perhatian. Menurut
segelintir penyelidik menyatakan bahawa pengurusan kurikulum di sekolah merangkumi
penyediaan jadual waktu, sukatan pelajaran, rancangan pengajaran, alat bantu
mengajar, perkembangan sikap, buku rekod persediaan mengajar, jawatankuasa
kurikulum sekolah dan pusat sumber sekolah. Namun aspek ini jarang diberi perhatian
di SKM. Proses penyeliaan PdP kurang dilaksanakan di peringkat sekolah. Misalnya, pihak
pentadbir kurikulum mahupun Ketua Panitia tidak melaksanakan pencerapan terhadap
proses pengajaran guru di dalam kelas. Hal ini amat merugikan guru kerana melalui
pencerapan guru akan dapat meningkatkan kemahiran pedagogi dan kemahiran
pengajaran yang berkesan di dalam kelas. Segala kekurangan dan penambahbaikan
akan dapat dilaksanakan sekiranya proses pencerapan dilaksanakan di sekolah.
Ketujuh, kekurangan peralatan dan infrastruktur juga menjadi faktor utama
permasalahan di SKM. Penggunaan sumber-sumber di SKM adalah pada tahap ‘cukup
cukup’ sahaja. Kebanyakan SKM tidak mempunyai makmal sains, pusat sumber sekolah
(PSS), bengkel kemahiran hidup, bilik komputer yang lengkap dan kemudahan
kemudahan lain. Faktor peralatan lain seperti tidak mempunyai mesin pendua
menyebabkan banyak kerja guru terbantut begitu sahaja. Misalnya, soalan peperiksaan
dan evidens SPBS haruslah diperbanyakkan mengikut bilangan murid. Guru terpaksa
menggunakan alternatif lain seperti menghantar soalan yang perlu diperbanyakkan ke
25
kedai. Hal ini amat merumitkan guru apatah lagi guru yang mengajar di pulau dan
pedalaman sering kali berulang alik semata-mata hanya untuk memperbanyakkan soalan
tersebut.
Kelapan, terdapat juga masalah saluran teknologi untuk proses memasukkan,
mengemas kini data dan markah terutamanya SPBS dan APDM. Kadang-kadang guru
terpaksa menghabiskan masa di kafe siber atau restoran yang mempunyai jaringan
internet untuk menyiapkan data yang diperlukan atas talian. Keadaan ini amat
menyedihkan kerana guru bukan sahaja mengajar tetapi terpaksa menggandakan usaha
untuk kerja-kerja sampingan akibat masalah infrastruktur di SKM.
Kesembilan, faktor permasalahan persekitaran merupakan suatu fenomena
luaran yang berlaku akibat amalan sistem persekolahan dan pembentukan bahasa murid.
SKM merupakan sekolah yang berpusat di pedalaman dan luar bandar seperti pulau,
kampung dan estet. Kebanyakan murid tidak terdedah terhadap persekitaran dan
pembangunan seperti yang dirasai oleh murid di bandar. Oleh itu, proses perkembangan
murid agak lambat dan menyebabkan murid di SKM agak ketinggalan dalam kurikulum.
Memang tidak dinafikan terdapat juga murid di SKM yang bijak dan pandai tetapi
bilangan ini agak sedikit. Sistem persekolahan yang sering mengamalkan kurikulum yang
kompleks dan tidak prihatin terhadap keperluan murid yang berbeza-beza keupayaan,
guru lebih terikat dengan waktu untuk menghabiskan sukatan pelajaran daripada
menumpukan pembelajaran merupakan ketidakcekapan pengurusan pengajaran
sekolah. Aspek kemampuan murid yang berbeza diabaikan, maka jurang perbezaan
murid semakin ketara antara mereka.
Kesepuluh, sebilangan murid yang tercicir daripada arus perdana pembelajaran
di SKM adalah akibat faktor pembentukan dan penggunaan amalan berbahasa yang tidak
baku. Kekurangan pengalaman dan pergaulan menjadikan murid lebih terdedah kepada
pertuturan dan amalan penggunaan bahasa daerah dan bahasa pasar menjadi
penyumbang kepada permasalahan pembelajaran murid di SKM.
26
Kesebelas, permasalahan murid lembam juga menjadi perhatian di SKM. Murid-
murid lembam amat merisaukan bukan sahaja ibu bapa tetapi juga masyarakat dan
kerajaan. Masalah pencapaian yang rendah atau masalah pembelajaran murid
kebiasaannya dipengaruhi oleh faktor psikologi, biologi dan persekitaran. Tahap
kecerdasan dan psikologi yang rencam dalam kalangan murid adalah akibat pelbagai
faktor genetik, kecacatan fizikal murid, persekitaran dan sebagainya yang
berkecenderungan menimbulkan permasalahan untuk mempelajari dan mengingati
sesuatu yang diajar oleh guru.
Kedua belas, tahap kesihatan serta gangguan emosi sering menjadi punca
masalah pembelajaran. Isu pembelajaran murid di SKM banyak menyumbang terhadap
prestasi dan pencapaian murid, keciciran, ketidakhadiran tanpa maklumat daripada ibu
bapa dan murid lembam.
Secara kesimpulannya, SKM sangat berbeza berbanding sekolah besar iaitu
sekolah Gred A dan B. Walaupun SKM merupakan sekolah yang kecil dan bilangan murid
yang sedikit namun pengurusan pentadbiran dan kurikulum adalah selaras dengan
sekolah bandar. Terdapat beberapa masalah yang membelenggu SKM seperti tugas
beban guru, kekurangan peralatan dan infrastruktur, masalah pembelajaran murid,
akauntabiliti guru dan masalah kurangnya pencerapan dalam PdP di dalam kelas.
Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu bagi memperkasakan SKM. Pihak
KPM, JPN dan PPD perlu menjalankan pemantauan dan melihat segala permasalahan
yang dihadapi oleh SKM. Pemantauan yang dilaksanakan pula bukan hanya mencari
kesalahan guru tetapi memberi bimbingan dan galakan untuk penambahbaikan sekolah.
Di peringkat sekolah pula, guru sebagai pendidik perlu prihatin dan berganding bahu
bersama ibu bapa untuk mengurangkan masalah pembelajaran dan meningkatkan kualiti
pembelajaran murid SKM.
27
6.0 CABARAN PENGURUSAN SKM
Pengintegrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam konteks Pengajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc) dalam bilik darjah menepati keperluan cabaran pendidikan abad
ke-21. KBAT merupakan suatu langkah utama dalam mentransformasi sistem pendidikan
di Malaysia ketika ini selaras dengan pelaksanaan PPPM 2013-2025. Namun, pelbagai
cabaran dan halangan yang wujud bagi membentuk generasi yang dinamik dan
seimbang dalam semua aspek kehidupan terutamanya di SKM.
Menurut Beremas dan Effandi (2017), terdapat 4 aspek cabaran dan halangan
pelaksanaan KBAT di SKM iaitu guru, pelajar, kurikulum dan faktor luaran. Walau
bagaimanapun, hasil dapatan kajian memfokuskan bahawa cabaran utama yang
dihadapi oleh guru di SKM adalah dalam aspek pelajar. Dalam mengintegrasikan KBAT,
pelajar lebih cenderung dan menyukai aktiviti dan tugasan dengan soalan yang
memerlukan jawapan mudah, tetap dan berfakta. Oleh itu, kesukaran guru dalam
mengaplikasikan KBAT dalam bilik darjah adalah dipengaruhi oleh faktor keengganan
pelajar itu sendiri.
Zakaria dan Sufien (2016) menyatakan masalah tersebut sebenarnya berkait
rapat dengan amalan hidup dan budaya serta latar belakang keluarga. Sikap murid yang
tidak mengambil berat tentang pendidikan menyebabkan wujudnya masalah ponteng
sekolah, ponteng kelas, lewat datang ke sekolah, kurang berdisiplin, pasif di dalam bilik
darjah, dan kurang minat belajar. Hal tersebut menjadikan mereka ketinggalan dalam
pelajaran, lambat menguasai kemahiran asas seperti membaca dan menulis, dan
seterusnya memberi impak kepada pencapaian rendah dalam Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR). Namun, pemansuhan UPSR yang diumumkan oleh Menteri Kanan
Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Radzi Jidin merupakan satu kemenangan besar kepada
perjuangan mentransformasikan pendidikan negara. Keputusan memansuhkan UPSR
dibuat hasil libat urus dengan pelbagai pihak sejak peperiksaan itu dibatalkan tahun lalu
susulan daripada COVID-19. Hal ini menggesa KPM untuk memantapkan sistem
pendidikan sedia ada dengan penambahbaikan dari sudut pedagogi untuk mengelak
berlakunya keciciran murid terutamanya murid SKM.
28
6.1 Cabaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Dalam keterujaan ke arah pendidikan abad ke-21, pelbagai tuntutan keperluan dan
kemudahan untuk mengupayakan murid-murid dalam mencapai hasrat tersebut.
Cabaran KPM dalam menyasarkan agenda ini adalah sebahagian besar SKM masih dalam
keadaan daif dan terpinggir. Menurut Norafizah (2018), bangunan SKM tidak
diselenggara dengan baik sejak bertahun-tahun dan capaian rangkaian internet juga
sangat perlahan berikutan faktor struktur geografi kedudukan SKM itu ditempatkan.
Apabila wujudnya isu sedemikian, maka berlaku pembaziran akibat kemudahan teknologi
yang dibekalkan dalam keadaan terbiar dan tidak mampu untuk menyumbang kepada
aktiviti PdPc di dalam bilik darjah.
Isu lokaliti dan pengangkutan bagi murid SKM yang menghadapi kesukaran untuk
ke sekolah adalah topik utama yang mesti diberi perhatian serta diteliti kerajaan
terutama Kementerian Pendidikan. Peruntukan yang sesuai perlu disediakan bagi
membolehkan lebih banyak sekolah di pedalaman, khususnya di Sabah dan Sarawak
memiliki asrama bagi pemusatan murid di sekitarnya (Alimuddin, 2019). Peruntukan
bantuan per kapita (PCG) dari KPM kepada SKM juga pastinya adalah lebih sedikit kerana
jumlah peruntukan bergantung kepada bilangan murid (Husaina et al., 2015).
Peruntukan yang terhad menyukarkan pihak sekolah merancang program berimpak
tinggi seperti sekolah lain.
Kemudahan infrastruktur sekolah memainkan peranan yang penting terhadap
pembangunan pendidikan khususnya dalam PdPc kerana Zaidi, Zabidi dan Rafiza
(2020) menyatakan walaupun sekolah mampu melangsungkan PdPc dengan baik namun
kelengkapan yang kurang sempurna boleh menyebabkan permasalahan dalam proses
PdPc bilik darjah. Kekurangan peruntukan di SKM juga berkait rapat dengan
pertimbangan kerajaan berhubung projek pendidikan. Setiap projek pendidikan sering
dikaitkan dengan kos dan faedah yang diperolehi. Isu ini timbul disebabkan wujudnya
ketidakseimbangan antara tuntutan awam dengan polisi serta dasar negara. Justeru,
kerajaan perlu mengambil kira tuntutan keperluan pendidikan agar tidak bertentangan
29
dengan anjakan keenam PPPM iaitu memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan
infrastruktur asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak (KPM, 2013).
6.2 Cabaran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
Selain daripada pengintegrasian KBAT, beberapa usaha lain telah diambil selari dengan
kehendak pendidikan abad ke-21 termasuklah dengan melaksanakan pelantar
Persekitaran Pembelajaran Maya atau Virtual Learning Environments (VLE) sebagai
langkah untuk meningkatkan kualiti PdPc sekolah-sekolah di Malaysia. Namun,
pelaksanaan VLE telah memasuki fasa seterusnya apabila Frog VLE telah digantikan
dengan Google Classroom. (Hapini et al., 2020). Namun, proses perubahan tersebut
belum mampu mengurangkan cabaran dalam melaksanakan inisiatif ICT dalam konteks
pendidikan di peringkat sekolah terutamanya SKM. Ia telah menjadi sebahagian KPI
bermula dari peringkat sekolah sehingga ke peringkat KPM. Cabaran JPN terhadap
pengurusan SKM muncul apabila diarahkan untuk mencapai target penggunaan Google
Classroom pada setiap bulan (KPM, 2015).
Krisis global akibat pandemik COVID-19 bukan sahaja menyebabkan PdPc
konvensional tertangguh, malah menjadikan tugasan guru semakin mencabar apabila
mereka perlu menyesuaikan diri dengan normal baharu yang memerlukan proses PdPc
dilaksanakan secara atas talian. Masalah penggunaan ICT adalah berbagai-berbagai,
bermula daripada kekuatan signal menara pemancar, kekuatan server, kualiti peranti
seperti laptop dan telefon bimbit serta kelajuan akses internet di kebanyakan kawasan.
Dengan kedudukan geografinya yang luas, berbukit bukau, berpulau dan bersungai, JPN
Sabah khususnya berdepan dengan pelbagai cabaran dan kekangan dalam usahanya
untuk memberikan pendidikan yang berkualiti kepada semua murid di negeri ini (KPM,
2019b).
Pihak JPN telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan maklumat berkaitan PdPc
melalui pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang tempoh
sekolah ditutup akibat COVID-19. Semua guru dikehendaki mengisi Google Form bagi
melaporkan pelaksanaan PdPc selepas selesai melaksanakannya pada hari tersebut
30
untuk mencapai peratusan pengisian yang dikendaki. Walaubagaimanapun, kelemahan
dari segi kepakaran guru dalam ICT serta lokasi SKM dan kawasan penempatan murid
adalah merupakan kekangan utama yang menghalang guru untuk mengaplikasikan VLE
mahupun PdPR dalam rutin PdPc mereka. Pencapaian KPI yang telah digariskan oleh
KPM dalam pengaplikasian VLE untuk seluruh sekolah di Malaysia, selain KPI yang
ditetapkan JPN sendiri dalam pelaksanaan PdPR menjadi cabaran besar untuk JPN dalam
pengurusan kurikulum sekolah terutamanya di SKM.
Pihak pengurusan sekolah perlu menekankan guru-guru untuk meningkatkan
ilmu, kompetensi, kemahiran, perubahan sikap dan kesiapsiagaan dalam menerima
normal baharu dalam pendidikan terutama PdPc dalam talian. Kumpulan strategik VLE
juga perlu terlibat secara aktif dalam aspek pemantauan dan penyelenggaraan fasiliti
dan infrastruktur VLE di sekolah agar halangan ini dapat diatasi (Hapini et al., 2020).
6.3 Cabaran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
Anjakan keenam PPPM jelas menginginkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
diperkasakan bagi meningkatkan kualiti sistem pendidikan. Program Transformasi
Daerah atau District Transformation Programme (DTP) di bawah anjakan ini bertujuan
untuk mempercepat penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik
dan dipimpin oleh PPD. Peranan PPD amat penting kerana organisasi ini berada paling
hampir dengan sekolah (Nurul Sahadila et al., 2017).
Kebanyakan SKM adalah sekolah luar bandar yang terletak di kawasan
pedalaman. Masalah logistik memberikan cabaran kepada PPD kerana menyebabkan
kesukaran dalam memastikan keberkesanan penyampaian maklumat daripada pusat
sampai ke sekolah dengan baik. Data maklumat SKM yang perlu direkod setiap hari oleh
pihak sekolah seperti kehadiran murid sukar untuk dipantau dan dinilai kerana faktor
masalah rangkaian internet. Walaupun SKM boleh dimasukkan dalam kriteria sekolah
yang dibenar menggunakan Jadual Kedatangan Murid (JKM) dan penghantaran analisis
secara bulanan ke PPD (KPM, 2019c), para guru SKM perlu juga diberikan bimbingan,
pemantauan dan penilaian yang berterusan terutama bagi melaksana hala tuju DTP agar
31
tidak berlaku keciciran maklumat terkini. Ia selari dengan sasaran PPD untuk setiap
sekolah (KPM, 2013) iaitu:
1. Menyediakan bimbingan untuk guru dan pengetua atau guru besar melalui SISC+
dan SIPartner+.
2. Memantau dan menggunakan data untuk memaklumkan aktiviti
penambahbaikan sekolah melalui “Dashboard”.
3. Memastikan pengetua atau guru besar dan guru bertanggungjawab terhadap
prestasi masing-masing dan mengadakan dialog prestasi.
4. Mewujudkan kerjasama antara sekolah seperti perkongsian amalan terbaik.
5. Menyasarkan pemberian sumber kepada sekolah paling memerlukan.
Hal ini memerlukan setiap kakitangan daripada peringkat kementerian sehingga
ke PPD mempunyai kemahiran dalam menyusun atur perubahan dalam pendidikan
supaya sasaran yang ditetapkan berjaya dicapai. Perubahan positif atau perubahan
negatif juga akan dapat dikesan apabila pelaksanaan program-program yang dirancang
berjalan dan ini membolehkan intervensi dapat dibuat sejurus selepas masalah dikenal
pasti. Maka, ianya memerlukan keupayaan setiap PPD dalam membuat keputusan,
keluwesan dan kebertanggungjawaban dalam melaksanakan tugas termasuk
menyesuaikan sokongan yang diberikan kepada sekolah seperti penempatan pengetua,
guru besar dan guru akademik untuk membolehkan segala perancangan pengurusan
pendidikan berkesan kepada SKM.
6.4 Cabaran Pentadbir Sekolah
Pentadbir sekolah merupakan peneraju utama di sesebuah sekolah. Anjakan ke-5 dalam
PPPM menjelaskan bahawa semua pengetua dan guru besar, guru penolong kanan,
ketua bidang dan ketua panitia hendaklah bersedia untuk memenuhi keperluan sebagai
seorang pemimpin dalam kepimpinan instruksional. Kepimpinan pentadbir bukan hanya
berfokus kepada pengurusan kurikulum dan kokurikulum semata-mata. Mereka juga
perlu mempunyai kesediaan dalam bidang yang berkaitan dengan pengurusan hal ehwal
pentadbiran dan perkhidmatan (Zakaria, 2016). Menurut Nitce, Azlin dan Jamalul Lail
32
(2017), terdapat empat cabaran yang bakal dihadapi oleh pentadbir di SKM iaitu bilangan
murid, penempatan guru, pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan kewangan.
Isu kekurangan murid merupakan isu utama di SKM disebabkan faktor lokasi
sekolah yang terletak jauh dari kawasan tempat tinggal murid dan juga penempatan
penduduk yang kurang padat. Pengetua atau guru besar SKM berdepan dengan risiko
penutupan sekolah jika enrolmen yang diterima oleh sekolah adalah berkurangan dari
tahun ke tahun. Dalam kajian Zakaria (2016), penurunan bilangan SKM berlaku akibat
sekolah tersebut telah dinaik taraf menjadi sekolah biasa kerana berlaku pertambahan
murid dan juga penutupan SKM yang mengalami masalah ketiadaan murid. Hal ini
mewujudkan percanggahan kepada matlamat asal penubuhan SKM itu sendiri iaitu
memberi akses pendidikan kepada semua murid di kawasan luar bandar.
Guru yang berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu adalah sukar untuk
dikekalkan di SKM. Kebanyakan guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-
masing mendapat tuntutan yang tinggi untuk ditempatkan di kawasan bandar yang
berdekatan dengan PPD atau JPN. Pengurusan pentadbiran SKM terpaksa berhadapan
dengan dengan masalah ini kerana guru besar yang bertugas di SKM juga cenderung
mendapat arahan untuk berpindah dan menyebabkan mereka belum sempat melakukan
sebarang perubahan untuk meningkatkan prestasi sekolah dalam pelbagai aspek.
Berlawanan dengan prinsip yang digunakan KPM dalam melaksanakan proses
Penempatan dan Pertukaran guru iaitu berdasarkan kepada lebihan guru, kekurangan
pengisian perjawatan guru dan keperluan opsyen di sesebuah negeri (KPM, 2016).
Secara logiknya, penyeliaan PdP guru serta pemantauan kemajuan akademik
murid lebih mudah dilaksanakan oleh pentadbir SKM berdasarkan kepada bilangan murid
yang sedikit. Namun, penyeliaan PdP merupakan elemen yang kurang dilakukan oleh
guru besar (Azlin & Roselan, 2015). Selain menjalankan hal pentadbiran, guru besar
berhadapan dengan tugas yang berganda kerana terpaksa menjalankan tugas guru mata
pelajaran. Akibat daripada faktor kekurangan guru, guru besar dan guru yang mengajar
di SKM menerima desakan tanggungjawab yang pelbagai selain jumlah waktu mengajar
yang banyak berbanding guru di sekolah lain. Walaupun pada dasarnya penubuhan SKM
33
adalah untuk membantu mengatasi keciciran murid dengan menyediakan akses
pendidikan di kawasan luar bandar, isu kesamarataan dari sudut kualiti pendidikan yang
diterima oleh murid SKM boleh timbul kerana terdapat guru yang mengajar mata
pelajaran yang tidak berkaitan dengan opsyen mereka.
Pihak sekolah juga mempunyai tanggungjawab yang besar bagi memastikan
setiap sumber kewangan sekolah diurus dengan baik oleh kepimpinan utama sekolah
iaitu guru besar (Ili Kamilah et al., 2018). SKM menghadapi masalah dalam pengurusan
kewangan kerana kadar pemberian PCG bukan mata pelajaran juga disalurkan
berdasarkan bilangan murid (Husaina et al., 2015). Keadaan ini mempengaruhi
pelaksanaan program yang dianjurkan contohnya program-program di bawah Unit
Bimbingan dan Kaunseling. Pentadbir SKM hendaklah memastikan peruntukan dapat
dimanfaatkan sepenuhnya dan mampu memenuhi keperluan murid dalam semua aktiviti
akademik dan kokurikulum. Pihak sekolah juga hendaklah memastikan setiap peraturan
urusan kewangan dipatuhi oleh semua kakitangan agar mencapai penggunaan yang
cekap dan unggul.
Secara keseluruhannya, semua pihak bermula daripada KPM, JPN, PPD dan
pentadbir sekolah memainkan peranan yang sangat penting untuk meningkatkan sistem
pengurusan SKM demi kemenjadian murid untuk berkembang maju dalam kehidupan
mereka. Berita baik buat warga KPM apabila menerima peruntukan berjumlah RM50.4
bilion dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul
Aziz pada 06 November 2020. Antara isi kandungan Bajet 2021 untuk pendidikan ialah:
1. Kerajaan menambah peruntukan sebanyak RM725 juta bagi menaik taraf bangunan
dan infrastruktur 50 buah sekolah-sekolah daif. Manakala bagi sekolah luar bandar
di Sabah dan Sarawak, kerajaan akan melaksanakan 184 projek pembinaan dan
pemasangan bekalan air telaga tiub baharu dengan kos keseluruhan projek
berjumlah RM120 juta.
2. Dalam norma baharu ini, pembelajaran telah menjadi satu amalan. Sehubungan itu,
bahawa GLC dan GLIC akan menyumbang sebanyak RM150 juta ke dalam Tabung
34
CERDIK bagi pemberian komputer riba kepada 150 ribu murid di 500 buah sekolah
sebagai projek rintis. Projek diselia oleh Yayasan Hasanah.
3. Bagi memastikan suasana pembelajaran kondusif, sebanyak RM 800 juta disediakan
untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan Sekolah Kerajaan dan Sekolah
Bantuan Kerajaan. Peruntukan ini juga termasuk kerja-kerja menaik taraf dan
membina dewan terbuka atau struktur berbumbung bagi menyediakan tempat
berhimpun yang selesa dan selamat di sekolah-sekolah Kerajaan.
4. Bagi memastikan murid-murid daripada keluarga berpendapatan rendah
mendapatkan kandungan khasiat harian demi pertumbuhan fizikal dan mental yang
menyeluruh, Kerajaan akan menambah baik Rancangan Makanan Tambahan dengan
penyediaan bekalan susu daripada dua kali seminggu sahaja kepada setiap hari
persekolahan.
Semoga dengan usaha ini dapat membantu dalam mengatasi segala cabaran
demi untuk meningkatkan kualiti pendidikan di kawasan luar bandar khususnya SKM.
Namun, kesedaran juga perlu bermula dalam kalangan pentadbir, guru-guru serta para
pelajar agar tidak berlaku keciciran dalam pendidikan dan seterusnya pencapaian
pendidikan di setiap kawasan adalah sama rata atau setanding dengan sekolah lain
tanpa adanya perbezaan yang begitu ketara.
7.0 STRATEGI JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG
7.1 Strategi Jangka Pendek
Pelaksanaan kelas bercantum dengan pengajaran dan pembelajaran pelbagai gred telah
diluluskan dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Bil. 10/2016 pada 3 Ogos 2016,
Mesyuarat Ketua Bahagian Bil. 10/2016 pada 10 Ogos 2016, Mesyuarat Susulan Jemaah
Menteri Bil. 12/2016 pada 10 Ogos 2016, Mesyuarat Profesional KPM Bil. 37/2016 pada
15 Disember 2016 dan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan ke-213 pada
28 Mac 2017.
35
Kelas bercantum dengan PdP pelbagai gred di sekolah berenrolmen 30 ke bawah
dilaksanakan mulai hari pertama sesi persekolahan tahun 2018 melibatkan murid-murid
Tahun 2 hingga Tahun 5. Pelaksanaan kelas bercantum ini adalah selaras dengan Surat
Pekeliling Ikhtisas Bilangan 9 Tahun 2017: Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Bercantum
dengan Pengajian dan Pembelajaran Pelbagai Gred.
Kelas bercantum melibatkan penggabungan tahun persekolahan seperti
yang berikut:
Tahap 1: Tahun Dua dengan Tahun Tiga; dan
Tahap II: Tahun Empat dengan Tahun Lima.
Pelaksanaan kelas bercantum di sekolah-sekolah yang terlibat dalam Program
Dual Language Programme hendaklah melibatkan kelas Tahun Dua & Tiga dan/atau
kelas Tahun Empat & Lima yang menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam
bahasa Inggeris.
Peranan pentadbir dan guru; Pengurusan kelas bercantum; Pengurusan
kurikulum kelas bercantum; dan Strategi pengajaran dan pembelajaran kelas bercantum
ditekankan dalam pelaksanaan kelas bercantum. Kelas bercantum merupakan satu
bentuk pengajaran, iaitu seorang guru mengajar di kelas yang mempunyai murid lebih
daripada satu gred (UNESCO, 2001). Murid yang berbeza umur dan tahun persekolahan
belajar di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru yang sama. Kelas bercantum turut
mempunyai pelan lantai atau susun atur yang tersendiri. Mesyuarat Pengurusan
Tertinggi KPM Bilangan 10/2016 bertarikh 3 Ogos 2016 telah memutuskan bahawa kelas
bercantum dilaksanakan untuk Tahap (Tahun 2 dan Tahun 3) dan Tahap 11 (Tahun 4
dan Tahun 5).
Kelas bercantum berlaku di SKM. Murid di dalam kelas bercantum terdiri daripada
pelbagai tahun persekolahan, umur dan kebolehan. Seorang guru mengajar murid yang
berbeza tahun persekolahan dalam satu kelas. Menggunakan kurikulum dan sistem
pentaksiran yang sama, dan mempunyai pelan lantai/susun atur tersendiri.
36
Guru memainkan peranan penting bagi memastikan keberkesanan kelas
bercantum. Antara peranan guru di dalam kelas bercantum adalah seperti yang berikut,
iaitu:
a) Merancang dan melaksanakan;
i. Pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran yang bersesuaian;
ii. Sumber pengajaran dan pembelajaran yang sesuai;
iii. Aktiviti kerja kumpulan berdasarkan potensi murid;
iv. Pengajaran pelbagai gred (multigrade teaching); dan
v. Pentaksiran yang bersesuaian dengan murid yang pelbagai aras.
b) Mengenal pasti perbezaan individu murid;
c) Memberi peluang kepada murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran;
d) Mengurus masa pengajaran dan pembelajaran dengan baik; dan
e) Mengurus bilik darjah daripada aspek susunan fizikal, rutin dan peraturan bilik
darjah.
Peranan pentadbir di dalam kelas bercantum adalah seperti yang berikut:
a) menyediakan kemudahan daripada aspek infrastruktur dan
infostruktur; mengenal pasti kepakaran guru dan menyusun jadual waktu kelas
bercantum;
b) menyediakan latihan dalam perkhidmatan untuk meningkatkan kemahiran guru
dalam pengendalian kelas bercantum dari semasa ke semasa; dan
c) menyebar luas maklumat kepada ibu bapa tentang pelaksanaan
kelas bercantum.
Pengurusan kurikulum melibatkan proses merancang, mengorganisasi,
memimpin, membimbing, memantau dan menilai pelaksanaan kurikulum persekolahan
dengan menggunakan segala sumber bagi mencapai hasrat kurikulum yang ditetapkan.
Pengurusan kurikulum yang berkesan dapat memastikan kemenjadian murid seperti
yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Permuafakatan semua pihak di
sekolah adalah penting untuk memastikan pengurusan pelaksanaan kurikulum kelas
bercantum dengan lebih berkesan.
37
Dalam membuat perancangan pelaksanaan kelas bercantum, pemetaan
kurikulum perlu disediakan. Pemetaan Kurikulum Kelas Bercantum hendaklah
berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang berikut:
a) Setiap murid di dalam kelas bercantum mesti mempelajari semua mata pelajaran
mengikut minimum jam setahun yang ditetapkan dalam KSSR;
b) Setiap murid dalam kelas bercantum mesti mempelajari dan menguasai Standard
Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP);
c) Guru perlu melaksanakan PdP mata pelajaran berdasarkan matlamat, objektif,
fokus, strategi PdP, Elemen Merentas Kurikulum dan Pentaksiran Sekolah seperti
yang terdapat dalam DSKP setiap mata pelajaran;
d) PdP di dalam kelas bercantum boleh dilaksanakan mengikut kaedah, iaitu secara
kelas, kumpulan dan/atau kelas dan kumpulan;
Bagi melaksanakan kaedah secara kelas, guru mengajar semua murid yang
berlainan tahun secara serentak. Kaedah ini sesuai digunakan jika terdapat
bidang/tema/tajuk/kemahiran/nilai yang sama atau hampir sama merentas tahun bagi
mata pelajaran tertentu; bagi melaksanakan kaedah secara kumpulan, murid
dikumpulkan mengikut tahun persekolahan dan diajar secara berasingan. Kaedah ini
digunakan untuk bidang/tema/tajuk/kemahiran/nilai yang berbeza merentas tahun bagi
mata pelajaran tertentu; dan pentaksiran sekolah perlu dilaksanakan kepada semua
murid mengikut standard prestasi yang ditetapkan dalam DSKP mengikut Tahun.
Mantan Timbalan Menteri Pendidikan, Puan Teo Nie Ching membalas isu yang
dibangkitkan oleh Tuan Oscar Ling Chai Yew semasa Kamar Khas Parlimen Keempat
Belas Penggal Pertama Mesyuarat Pertama pada 24 Julai 2018 usul berkenaan perkara
Tadbir Kerajaan (P.M. 17) iaitu Pelaksanaan Kelas Gabungan di SKM. Menurut beliau,
pelaksanaan kelas bercantum dengan PdP pelbagai gred di sekolah berenrolmen 30 dan
ke bawah merupakan strategi jangka pendek Inisiatif 40: Pelaksanaan Pelan Hala Tuju
Sekolah Kurang Murid yang bertujuan untuk meningkatkan kecekapan guna tenaga
guru.
38
Pada tahun 2017, sebanyak 13 siri latihan telah dijalankan kepada guru yang
dikenal pasti mengajar kelas bercantum. Manakala tujuh siri penataran telah dijalankan
kepada pemimpin sekolah. Seramai 1,201 peserta yang terdiri daripada tiga orang guru
setiap sekolah dan seorang School Improvement Specialist Coach (SISC+) telah diberi
pendedahan berkaitan pelaksanaan kelas bercantum. Tempoh kursus adalah selama tiga
hari dengan menggunakan mod bersemuka. Fokus latihan kursus tersebut adalah
berkaitan konsep dan panduan pengajaran kelas bercantum yang meliputi pengurusan
bilik darjah, pengurusan kumpulan kelas, pengurusan dan penyimpanan bahan dalam
kelas yang merangkumi bahan peribadi murid, bahan pembelajaran dan rekod peribadi
murid dan pemetaan kurikulum bagi setiap mata pelajaran.
Bagi memastikan guru yang terlibat dengan kelas cantum ini benar-benar faham
dan bersedia melaksanakan PdP, maka pada tahun 2018, KPM memberi latihan susulan
serta bimbingan berterusan dari semasa ke semasa bagi memantapkan pelaksanaan PdP
yang berkesan dalam bilik darjah. Sebanyak 12 siri Kursus Kepimpinan dan Pedagogi
Pengajaran Pelbagai Gred dilaksanakan kepada guru dan pemimpin sekolah untuk
menyokong inisiatif ini. Pada masa yang sama, pemantauan rapi juga sedang berjalan
di peringkat JPN dan PPD di seluruh negara bagi mengenal pasti isu dan cabaran dalam
pelaksanaan kelas bercantum dengan pengajaran pelbagai gred. Susulan daripada
pemantauan ini, intervensi yang sewajarnya dilaksanakan oleh KPM bagi memastikan
keberkesanan pelaksanaan pengajaran pelbagai gred di sekolah-sekolah tersebut.
Dalam usaha membantu guru dan pentadbir sekolah dalam pelaksanaan kelas
bercantum, KPM menyediakan Buku Panduan PdP yang mengandungi pemetaan
kurikulum untuk semua mata pelajaran. Buku Panduan PdP ini juga dilengkapi dengan
strategi PdP (pedagogi) serta contoh Rancangan Pelajaran Harian bagi memudahkan
kefahaman guru untuk diaplikasi dalam PdP. Peranan guru adalah amat penting dalam
merancang PdP dengan menggunakan kaedah multigrade teaching yang diberikan oleh
KPM. Pelaksanaan kelas bercantum tidak mengurangkan masa PdP bagi setiap mata
pelajaran. Hal ini kerana kaedah dan strategi pengajaran telah dijelaskan semasa latihan
dan penataran kepada guru SISC+, SIPartner+ dan guru besar. Guru-guru yang
mengajar di kelas bercantum dapat melaksanakan PdP dengan lebih berfokus dan
39
mampu memberikan tumpuan masa yang lebih kepada murid kerana jumlah murid di
dalam kelas bercantum hanya seramai 10 orang sahaja, berbanding dengan kelas yang
mempunyai murid seramai 35 orang.
Peruntukan masa PdP bagi kelas bercantum adalah berasaskan kepada Surat
Pekeliling Ikhtisas (SPI) KPM Bilangan 8 Tahun 2016: Pelaksanaan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR Semakan 2017) Secara Berperingkat-Peringkat Mulai Tahun 2017
bertarikh 2 November 2016. Ini bermaksud tiada pengurangan waktu PdP bagi setiap
tahap di SKM sekiranya peruntukan masa seperti di dalam SPI Bil. 8 tersebut dipatuhi.
Selain itu, KPM juga telah menyediakan pemetaan kurikulum kelas bercantum untuk
Tahun 2 dan 3 serta Tahun 4 dan 5. Garis Panduan Kelas Bercantum dan Modul
Pengajaran dan Pembelajaran Pelbagai Gred disediakan untuk membantu guru dan
pentadbir sekolah dalam melaksanakan kelas bercantum. Guru perlu merancang dan
menggunakan pelbagai kaedah dan kemahiran PdP dalam menyediakan pemetaan
kurikulum bergantung kepada kesesuaian mata pelajaran menggunakan pelbagai
kaedah. Kaedah ini juga telah digunakan di negara Barat seperti Australia, New Zealand
dan Kanada. Ini juga akan dapat meningkatkan minat dan kreativiti murid kerana mereka
dapat belajar dalam kelas yang mengandungi 6 hingga 10 orang daripada pelbagai tahun
persekolahan.
Kajian kebolehlaksanaan kelas bercantum yang dijalankan pada tahun 2016
menunjukkan bahawa murid-murid lebih bersemangat untuk hadir ke sekolah dan
belajar. Selain itu, pelaksanaan kelas bercantum juga berupaya meningkatkan
persaingan antara murid dan banyak aktiviti menarik boleh dilakukan kerana bilangan
murid yang ramai setelah dicantumkan. KPM sentiasa berusaha untuk menambah baik
pelaksanaan kelas bercantum melalui pelbagai strategi. Antaranya melalui kursus serta
penataran kepada pemimpin sekolah yang telah dan sedang dijalankan. Pelaksanaan
kelas bercantum ini akan meningkatkan kecekapan guna tenaga guru dan meningkatkan
nisbah murid kepada guru.
40
Inisiatif SKM terletak dibawah PPPM 2013-2025 iaitu Inisiatif ke-56, Anjakan 1:
Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa.
Antara cadangan penambahbaikan yang diutarakan adalah seperti berikut:
1. Pemilihan Guru Besar dan pentadbir sekolah hendaklah dalam kalangan mereka yang
cemerlang supaya budaya tersebut dapat diikuti oleh seluruh warga sekolah
terutamanya guru-guru dalam memastikan murid belajar melalui PdP yang berkesan.
2. Guru-guru yang ditempatkan di SKM hendaklah ada gabungan guru-guru baru dan
lama serta mengikut keperluan opsyen selain memilih dalam kalangan mereka yang
cemerlang.
3. Mengadakan kursus kepimpinan Guru Besar dengan kerjasama IAB bagi membentuk
pemimpin yang cemerlang.
4. Mengadakan kursus dalaman dengan pihak BPG dan sebagainya bagi meningkatkan
kualiti PdP dan tahap profesionalisme guru-guru.
5. Mengadakan kursus motivasi kepada guru dan murid-murid untuk memberikan
mereka lebih motivasi bagi meningkatkan kecemerlangan.
6. Pemeriksaan KPI akademik dilakukan secara berkala ke sekolah.
7. Pemantauan dari semua aspek (pengurusan pentadbiran, kurikulum/akademik,
kokurikulum) oleh pihak JNJK.
8. Aktiviti Bimbingan Berfokus kepada sekolah dijalankan secara berterusan untuk
memberi bimbingan secara khusus kepada sekolah dalam meningkatkan prestasi.
9. Aktiviti Perkongsian Pintar juga dijalankan secara berterusan dengan penglibatan
atau kerjasama Bahagian-Bahagian lain di KPM bagi melihat dan menangani isu-isu
di SKM.
10. Perlu ada sokongan dan kerjasama dengan pihak pentadbir sekolah, PPD, JPN,
Bahagian-Bahagian lain di KPM, pihak agensi luar atau swasta untuk mengelolakan
aktiviti-aktiviti peningkatan akademik dan kokurikulum.
11. Perlu ada program khas untuk murid-murid SKM yang melibatkan aktiviti sukan,
kokurikulum dan ko-akademik supaya mereka dapat berkongsi idea sesama rakan
SKM dari negeri lain dan dapat melihat dunia luar lingkup sekolah mereka dengan
lebih dekat lagi.
41
12. Mengelolakan Kolokium Sekolah Kurang Murid Peringkat Kebangsaan dengan
pembentangan perkongsian amalan terbaik sekolah kurang murid yang cemerlang,
pameran intervensi SKM yang berada di tahap band 1 dan 2, perbengkelan guru dan
murid.
13. Mengelolakan satu Majlis Penganugerahan Khas untuk Sekolah-Sekolah Kurang
Murid yang berjaya tingkatkan prestasi selain menggalakkan mereka untuk bersaing
dalam kalangan mereka di SKM.
14. Peruntukan khas untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti peningkatan prestasi SKM yang
melibatkan guru dan murid-murid.
Dalam prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-
13, Kajian Sekolah Kurang Murid yang dilakukan oleh Yusof Yasmin memberi gambaran
tindakan-tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh guru besar selaku pemimpin
pengajaran di sekolah untuk mengupayakan sekolahnya. Antaranya ialah:
1) Guru besar mestilah menjadikan dirinya sebagai pemimpin pengajaran dengan
melaksanakan lima bidang tugas utama atau skop kepimpinan pengajaran yang
dibincangkan sebelum ini.
2) Guru besar perlulah membangunkan kemahiran guru dengan cara membimbing atau
melibatkan mereka apabila melaksanakan tugas-tugas dl sekolah.
3) Guru besar perlulah memberi penekanan lebih kepada tugas-tugas yang telah
dikenal pasti dalam kajian yang dibuat memberi sumbangan yang lebih kepada
pelaksanaan tugas guru dan juga kepada amalan pengajaran berkesan, seperti
pemantauan kemajuan murid. Tugas pemantauan kemajuan murid perlu diberi
perhatian kerana tugas tersebut telah dikenal pasti menjadi penyumbang terbesar
kepada kesungguhan guru melaksanakan tugas-tugasnya di sekolah termasuk
pengajarannya di dalam bilik darjah.
Guru besar di sekolah-sekolah kurang murid yang terletak di kawasan pedalaman
amat memerlukan fokus dalam usahanya memimpin sekolah. Saiz staf yang kecil dan
kemudahan pendidikan yang terhad menyumbang kepada kekaburan fokus mereka di
sekolah. Penggunaan “kepimpinan sekolah" begitu umum maksud dan penekanannya
42
kepada mereka. Oleh itu untuk memberikan fokus kepada kepimpinan di sekolah
khususnya di sekolah-sekolah kurang murid, kepimpinan pengajaran digunakan.
Perkataan "kepimpinan pengajaran” ini memberikan fokus yang jelas kepada sekolah
mengenai fungsi dan peranan yang sepatutnya mereka lakukan di sekolah.
Bagi Strategi Jangka Pendek yang disasarkan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia Gelombang 1 (2013-2015): Pelaksanaan Penambahbaikan Jangka
Pendek bagi Kejayaan Segera, SKM dijangka akan mendapat faedah daripada beberapa
langkah penambahbaikan yang akan dilaksanakan dalam sistem pendidikan di seluruh
negara. Inisiatif ini termasuklah LINUS 2.0, sarana ibu bapa dan komuniti, serta
peningkatan infrastruktur. Untuk memastikan SKM dapat memaksimumkan faedah
daripada inisiatif ini, Kementerian akan melaksanakan Sarana Peningkatan Sekolah
khusus untuk menangani cabaran unik yang terpaksa dilalui oleh SKM. Berdasarkan
pengalaman sekolah seperti SK Ulu Lubai, sarana ini akan memasukkan kajian kes
sekolah yang mengamalkan kepimpinan yang berjaya, pentadbiran yang menjadi
contoh, penyampaian pengajaran yang berkesan, serta model kerjasama ibu bapa.
Untuk membantu memudahkan aplikasi sarana ini, pemimpin sekolah dan guru akan
mengambil bahagian dalam sesi latihan dan lawatan ke SKM yang berprestasi tinggi.
Latihan guru yang disesuaikan dengan keadaan di sekolah akan diberikan kepada
guru untuk meningkatkan kemahiran yang diperlukan dalam mengajar kelas bercantum.
Kementerian juga akan mengkaji semula nisbah guru-murid serta inovasi ICT dalam
pembelajaran jarak jauh untuk memastikan cara terbaik bagi murid mendapat akses
kepada kurikulum sepenuhnya.
7.2 Strategi Jangka Panjang
Bagi Strategi Jangka Panjang yang disasarkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia Gelombang 2 (2016-2020): Memperkenalkan perubahan struktur, dua pilihan
diberikan kepada komuniti setempat terhadap masa depan sekolah kurang murid, iaitu
penempatan semula, ataupun mengekalkan keadaan sedia ada.
43
Murid yang ditempatkan semula akan mendapat akses kepada persekitaran
pembelajaran yang lebih baik, interaksi dengan rakan sebaya daripada pelbagai latar
belakang, dan pilihan mata pelajaran serta aktiviti kokurikulum yang lebih meluas. Walau
bagaimanapun, penempatan semula ini akan melibatkan kos pengangkutan, kesukaran
murid untuk menyesuaikan diri, dan kehilangan identiti komuniti. Sebagai alternatif,
komuniti setempat boleh memilih untuk mengekalkan keadaan sedia ada tetapi
menanggung risiko bahawa murid di kawasan itu tidak akan mendapat faedah daripada
kemudahan yang diberikan kepada sekolah arus perdana.
Pejabat Pelajaran Daerah akan mengadakan perbincangan dengan pihak
berkepentingan tempatan, ibu bapa dan pemimpin sekolah untuk memahami pelbagai
perspektif bagi mencapai keberhasilan yang terbaik. Sekiranya komuniti setempat
bersetuju dengan pilihan penempatan semula, Pejabat Pendidikan Daerah akan
bekerjasama menetapkan garis masa dan kaedah terbaik untuk proses penempatan
semula berdasarkan situasi mereka. Bergantung pada keadaan komuniti setempat,
Kementerian akan mengambil pelbagai langkah seperti memberikan subsidi
pengangkutan dan menyediakan kaunselor sekolah bagi membantu murid yang
ditempatkan semula di lokasi baharu.
Bagi komuniti yang memilih untuk mengekalkan keadaan sedia ada, komitmen
Kementerian bertujuan membantu meningkatkan prestasi sekolah ini dalam jangka masa
panjang berdasarkan keperluan setempat. Selain meneruskan langkah penambahbaikan
dalam Gelombang 1, Kementerian akan memperkenalkan perisian, alat bantu mengajar,
dan persekitaran pelajaran secara maya yang dirangka khas bagi meningkatkan hasil
pembelajaran di sekolah terutamanya di luar bandar.
Scenario yang akan dijangka akan berlaku sekiranya SKM ditempatkan semula di
kawasan lain. Kementerian komited dalam memastikan pendidikan yang lestari dan
berkualiti diberikan kepada semua murid termasuk di kawasan luar bandar. Dalam
jangka panjang, hal ini akan memerlukan perubahan dalam sistem SKM yang ada
sekarang. Kementerian menyedari kesannya yang signifikan kepada murid, keluarga,
dan komuniti setempat dan akan mengadakan perbincangan secara komprehensif
44
bersama-sama pihak berkepentingan setempat sebelum mengambil sebarang tindakan.
Sekiranya komuniti setempat memutuskan bahawa penempatan semula merupakan
pilihan terbaik, mereka boleh memilih beberapa pilihan yang ada berdasarkan keperluan:
a) Bergabung: Memindahkan murid ke sekolah aliran sama yang terdekat;
b) Berpindah: Penempatan semula SKM di kawasan yang mempunyai ramai penduduk
dan mengekalkan nama dan identiti sekolah yang asal; atau
c) Pengurangan operasi: Bagi komuniti yang mempunyai populasi murid yang semakin
berkurangan, sekolah akan mengurangkan operasi dan menempatkan semula guru
setelah kohort terakhir meninggalkan sekolah. Kementerian akan membantu murid
di bawah pengambilan baharu di sekolah yang terdekat.
Kementerian juga berusaha untuk memanfaatkan ICT bagi meningkatkan
kecekapan cara penyampaian pendidikan berkualiti kepada kumpulan yang kurang diberi
perhatian seperti sekolah luar bandar dan sekolah kurang murid. Sehubungan itu, salah
satu daripada pelaburan modal yang paling tinggi pernah dilaksanakan oleh Kementerian
dalam dua dekad yang lepas ialah penyediaan infrastruktur ICT untuk sekolah. Dari
tahun 1999 hingga 2010, Kementerian melabur kira-kira RM6 bilion untuk inisiatif ICT
dalam pendidikan. Sebahagian besar dana tersebut diperuntukkan kepada penyediaan
makmal komputer tambahan bagi menyokong PPSMI (RM2.6 bilion) dan membina
makmal komputer di setiap sekolah (RM2.5 bilion). Sebaliknya, kajian yang dilaksanakan
oleh Kementerian pada tahun 2010 mendapati daripada satu jam seminggu. Hanya satu
pertiga murid menyatakan guru mereka kerap menggunakan ICT. Kajian semula
UNESCO juga menyatakan bahawa “walaupun ICT digunakan semasa pengajaran, dalam
kebanyakan kes penggunaannya masih belum menjangkau penggunaan aplikasi
persembahan Power Point sebagai alat pengajaran. Tidak terdapat sebarang bukti yang
menunjukkan bahawa ICT ini digunakan untuk menggalakkan kemahiran seperti
kreativiti, penyelesaian masalah, dan pemikiran kritis dan komunikasi dalam kalangan
murid.”
Pelan Tindakan yang dirancangkan adalah memanfaatkan ICT untuk
Pembelajaran dengan melabur dalam penyelesaian ICT untuk kumpulan berkeperluan
45
khusus. Di sebalik ketidaktentuan seperti yang diutarakan dalam kajian antarabangsa,
penyelesaian ICT sedia ada masih boleh dimanfaatkan bagi mewujudkan akses berkesan
kos (cost-efficient access) kepada sumber pengajaran dan pembelajaran berkualiti tinggi
bagi kumpulan berkeperluan khusus seperti sekolah luar Bandar, sekolah kurang murid,
dan murid pintar cerdas; dan meneroka penyelesaian ICT untuk kumpulan berkeperluan
khusus, mengkaji semula amalan terbaik untuk sistem.
Adalah penting untuk membezakan antara intervensi sistem secara meluas
(system-wide interventions) – yang akan diterapkan dalam setiap bilik darjah di setiap
sekolah - dengan intervensi menjurus (niche interventions) untuk kumpulan sasaran
khusus. Sepanjang tempoh ini, Kementerian akan memberi tumpuan untuk
memperkenal dan merintis program terjurus (niche programmes) bagi kumpulan
berkeperluan khusus, seperti sekolah kurang murid dan sekolah luar bandar, serta
murid-murid pintar cerdas. Tumpuan ini mungkin merangkumi contoh seperti
penyampaian pelajaran secara maya dan alat pembelajaran adaptif atas talian sebagai
aktiviti tambahan kepada pembelajaran bilik darjah. Kementerian juga akan mengkaji
pilihan bagi penyelesaian ICT yang akan digunakan untuk meningkatkan keterlibatan ibu
bapa dan masyarakat dalam pendidikan.
Kementerian akan berkomunikasi secara konsisten dengan pihak awam
mengenai rasional untuk perubahan, visi, keutamaan, halangan yang dihadapi,
kemajuan dan keberhasilan yang berkaitan dengan pelan pendidikan ini. Kebanyakan
daripada komunikasi ini akan dilakukan melalui pelbagai jenis media, seperti akhbar, dan
Internet. Walau bagaimanapun, Kementerian juga akan mewujudkan saluran
komunikasi dua hala untuk membolehkan pelaksanaan pelan pendidikan diubah suai
secara berterusan berdasarkan maklum balas pihak awam.
Pertama, Kementerian akan terus mengadakan perbincangan meja bulat secara
tertutup dengan kumpulan berkepentingan, seperti kesatuan guru, dan kumpulan
berkepentingan yang lain untuk memastikan bahawa semua peringkat masyarakat
mempunyai suara dan kepentingan dalam transformasi pendidikan ini. Kedua,
Kementerian akan berusaha, sejauh mana yang boleh, untuk melibatkan pihak awam
46
dalam pelaksanaan pelan pendidikan ini. Usaha ini termasuk melibatkan lebih ramai ibu
bapa melalui sarana ibu bapa, melibatkan wakil perniagaan dan bekas murid daripada
sekolah amanah, dan mengadakan permuafakatan dengan masyarakat dalam membuat
keputusan mengenai sekolah kurang murid.
Penggredan Semula SKM, Kelas Bercantum (enrolmen kurang murid),
penempatan Guru Pemulihan dan Pelaksanaan Norma Guru Kelas Bercantum. Bagi
strategi jangka panjang, penggabungan sekolah dalam radius lima kilometer (sama
aliran) akan dilakukan terutamanya jika kawasan tersebut mempunyai sekolah jenis
kebangsaan Tamil (SJKT) dan sekolaj jenis kebangsaan Tamil (SJKT) lebih daripada dua
atau tiga buah.
Selain itu, menurut Tokoh pendidikan, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, beberapa
cadangan strategi yang boleh dilaksanakan untuk menyelesaikan isu SKM antaranya
adalah berkaitan dengan isu lokaliti dan pengangkutan. Topik utama ini mesti diberi
perhatian, diperhalusi serta diteliti kerajaan terutama Kementerian Pendidikan, sebelum
satu-satu keputusan dibuat. Penyediaan kemudahan infrastruktur yang lebih lengkap
seperti asrama penting dalam menyelesaikan permasalahan dan isu di sekolah kurang
murid di negara ini. Peruntukan sesuai perlu disediakan bagi membolehkan lebih banyak
sekolah di pedalaman, khususnya di Sabah dan Sarawak, memiliki asrama bagi
pemusatan murid di sekitarnya.
Di Sabah dan Sarawak, kebanyakan sekolah kurang murid ini berada di kawasan
pedalaman, untuk menutup satu sekolah (kurang murid) dan memusatkan ke satu
sekolah yang lain (berhampiran) mungkin sukar. Sebab utama adalah ketiadaan akses
pengangkutan. Namun bagi sekolah kurang murid, terutama di Semenanjung yang tidak
berdepan masalah pengangkutan atau kawasan antara sekolah kurang murid dengan
sekolah terhampir pada radius satu hingga lima kilometer, ia tidak ada masalah (jika
ditutup).
Penting bagi kementerian untuk memahami permasalahan utama di sekolah
berkenaan terutama yang dihadapi oleh penjaga murid. Antara kekangan untuk
47
menutup sekolah kurang murid dan memindahkan murid ke sekolah lain adalah
persetujuan ibu bapa. Perlu perbincangan lebih kerap antara pihak sekolah dan ibu bapa,
terutama memberi keyakinan kepada mereka mengenai manfaat boleh diperoleh jika
sekolah ini ditutup dan murid dipindahkan ke sekolah yang baru.
Mungkin aspek keselesaan, kemudahan pembelajaran lebih lengkap dan asrama
antara yang sesuai diberi penekanan kepada ibu bapa yang mungkin berdepan masalah
mereka sendiri. Kita mesti memahami masalah mereka dulu sebelum mencari jalan
penyelesaian.
Jika penutupan sekolah ini sukar seperti di kawasan pulau yang akan
menyusahkan murid untuk ke sekolah kerana perlu berjalan kaki berjam-jam termasuk
ibu bapa perlu menghantar anaknya, keutamaan mesti diberi dengan memastikan
sekolah itu dikekalkan.
PENUTUP
Perkembangan dunia yang melibatkan Revolusi Industri 4.0 dilihat sebagai satu cabaran
bagi warga KPM untuk terus melonjakkan transfomasi pendidikan di negara ini. Demi
perjuangan dalam memperkasakan sistem pendidikan di Malaysia, KPM telah mengambil
langkah memperkenalkan pelbagai program baharu seperti Pembelajaran Abad ke 21
(PAK21), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), program Pendidikan Teknikal dan
Latihan Vokasional atau Technical and Vocational Education and Training (TVET) dan
banyak lagi. Walau bagaimanapun, KPM meyedari bahawa wujud jurang pendidikan
yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan.
Jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar merujuk kepada
ketidaksamarataan daripada segi penyediaan infrastruktur dan kualiti pendidikan
terutama di SKM dan sekolah pedalaman. Dalam usaha mencapai matlamat
kementerian, pengurusan dan dinamika pengorganisasian merupakan perkara paling
utama dalam membentuk satu sistem pendidikan SKM yang efektif dan efisien.
Pengurusan merujuk kepada proses pencapaian matlamat mengikut cara yang berkesan,
48