The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kajian penilaian outcome pembangunan fizikal Politeknik Nilai

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by maisarah osman, 2020-07-29 05:24:35

LAPORAN KAJIAN PENILAIAN OUTCOME 2019:PNS

Kajian penilaian outcome pembangunan fizikal Politeknik Nilai

Keywords: outcome,pns,politeknik nilai

terutamanya untuk mereka yang mencari pekerjaan dalam sektor logistik di Malaysia
atau di luar negara.

Berdasarkan Rajah 5-20, seramai 308 peserta telah memiliki sijil ini sejak
kursus ini ditawarkan pada tahun 2016. Tahun 2017 mencatatkan rekod bilangan
peserta yang tertinggi ekoran daripada pertambahan bilangan pelajar pada tahun
berkenaan dengan peratus kenaikan sebanyak 78%. Pembangunan fizikal PNS
memungkinkan penambahan aktiviti latihan yang berbentuk nilai tambah kepada
pelajar yang mengikuti program Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan.
Keahlian dalam badan professional, CILTM bagi pelajar adalah sangat signifikan
kerana ini meningkatkan prospek kerjaya mereka setelah bergraduat.
5.2.8 IP 8: Bilangan Staf Yang Menganggotai Badan Profesional

Rajah 5-21: Bilangan staf yang menganggotai badan profesional
Berdasarkan Rajah 5-21, bilangan staf yang menganggotai badan profesional
sehingga tahun 2018 adalah seramai 67 orang. Daripada jumlah tersebut 30% staf
menganggotai badan profesional Board Of Engineering Malaysia (BEM), 16 peratus
pula masing-masing menganggotai Malaysian Board of Technologies (MBOT) dan
Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM), 13 peratus pula menganggotai Institute of
Landscape Architects Malaysia (ILAM), 12 peratus menjadi ahli CILT(M), 8 peratus

38

pula menjadi ahli Persatuan Arborist Malaysia (PAR), 3 peratus menjadi ahli
Malaysian Institute of Food Technology serta 2 peratus menjadi ahli Building Smart
International. Keanggotan mereka di dalam badan-badan professional ini menjadi
bukti tenaga pengajar di PNS diiktiraf kepakaran mereka oleh badan-badan profesional
yang bertauliah. Pembangunan fizikal PNS telah memungkinkan staf bekerja dalam
suasana kondusif dan meningkatkan kemahiran sehingga berupaya menganggotai
berbagai badan profesional.

5.2.9 IP 9: Bilangan Konsultansi Kepada Industri

Rajah 5-22: Bilangan konsultansi kepada industri
Bilangan konsultansi kepada industri bermula pada tahun 2013, apabila PNS
berpindah ke kampus tetap di Kompleks Pendidikan Enstek. Aktiviti konsultansi ini
bermula dengan rakan industri Jabatan Kejuruteraan Mekanikal iaitu USS Engineering
& Trading. Bilangan konsultansi meningkat apabila PNS menyertai bengkel Public –
Private Research Network (PPRN) pada tahun 2014. PPRN adalah inisiatif inovatif
Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menggalakkan program inovasi yang
berasaskan permintaan dalam memacu peningkatan produktiviti serta mengukuhkan
pembangunan ekonomi Malaysia. Bilangan konsultansi meningkat dari 1 projek pada
tahun 2013 kepada 7 projek konsultansi pada tahun 2018. Peningkatan ini disumbang
kerana pihak industri semakin mempercayai kepakaran staf yang berpengalaman dan

39

kemudahan yang dimiliki oleh PNS dalam membantu menghasilkan projek. XJOB
Holding Sdn Bhd adalah salah sebuah syarikat yang menerima khidmat konsultansi
daripada PNS. Ia merupakan syarikat bumiputra yang membangunkan lapang sasar
tertutup bagi pihak berkuasa, dimana PNS telah membangunkan satu sistem kawalan
lapang sasaran menggunakan aplikasi telefon pintar.
5.2.10 IP 10: Bilangan Pensyarah & Pelajar Yang Terlibat Dengan Konsultansi
Industri

Rajah 5-23: Bilangan pensyarah dan pelajar terlibat konsultansi industri
Bilangan penyertaan pensyarah dalam konsultansi meningkat kepada 14%
berbanding 1% pada tahun 2013 manakala bilangan pelajar meningkat kepada 169%
berbanding 10% pada tahun 2013. Pihak industri mula sedar kemampuan pensyarah
dan pelajar dalam membantu mereka menghasilkan projek dengan jayanya.

40

5.2.11 IP 11: Bilangan Konsultansi Penyelidikan

Rajah 5-24: Bilangan konsultansi penyelidikan
Bilangan konsultansi penyelidikan yang telah dijalankan di kampus tetap PNS.
Rajah 5-24 memaparkan bahawa bilangan konsultansi penyelidikan berlaku dalam
kadar pragmatik di mana terdapat sebanyak 44 kali ganda peningkatan jika
dibandingkan di antara kampus tetap dan kampus sementara. Tahun 2018 pula
memperlihatkan tahun yang tertinggi berlakunya konsultansi penyelidikan di PNS iaitu
sebanyak 44 konsultansi yang dijalankan. Antara contoh konsultansi yang dijalankan
adalah melibatkan bengkel pemantapan kaedah penyelidikan bagi para pelajar pra
siswazah, pasca siswazah dan tenaga akademik seperti Kursus Penyelidikan Khas
Tenaga Akademik Universiti bagi Negara Brunei Darussalam. Manakala proses
konsultansi ini juga turut berlaku kepada pihak industri dan tenaga akademik daripada
Universiti Awam seperti jemputan konsultansi pakar bertajuk DDR: Suatu Pendekatan
Unik Dalam Kajian Emperikal, jemputan konsultansi pakar bagi Seminar E-Learning
Pusat Pembelajaran Atas Talian Tahap Global (CGOL), Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia, jemputan konsultansi pakar bidang kajian pembangunan model reka bentuk
produk berkualiti berasaskan Computer Aided Design (CAD), Universiti Kebangsaan
Malaysia., Appointment as Expert Reviewer (Expert Reviewer in the Shared Knowledge
Expert Analysis Instructional Technology Undergraduate Program Smart Partnership

41

Seminar) University of Malaya. Jemputan konsultansi pakar bagi Penyedia Skop
Peralatan Bagi Diploma Penyelenggaraan Industri Politeknik Malaysia, jemputan
konsultansi pakar Bengkel ISM Bagi Kajian Hubungan Faktor Sosioekonomi & Jantina
Terhadap Pencapaian Murid di Malaysia Universiti Malaya, jemputan konsultansi
pakar bagi metod Fuzzy Delphi (FDM) Bagi Pelajar Siswazah Universiti Malaya, pakar
perunding Bengkel Pembangunan Model Kurikulum Pendidikan Keamanan
Multibudaya untuk kanak-kanak prasekolah, pakar perunding Perbengkelan
Interpretive Structural Modeling (ISM): Development of Collaboration Mobile Instant
Messaging Learning (CMIML) Pedagogical Model , pakar perunding bagi Bengkel
Interpretive Structural Modeling (Kajian dalam Malaysian Elders Longitudinal
Research (MELoR) Universiti Malaya, jemputan penceramah pakar Fuzzy Delphi
Method (FDM) Bagi Prospen Institut Pendidikan Guru Malaysia (Bahagian Utara)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman, Pakar Analisis bagi Perbengkelan
Pembangunan Peningkatan Komunikasi Bahasa Arab dalam kalangan pelajar di
Universiti Awam, Pakar bagi Bengkel Interpretive Structural Modeling (Pembangunan
Model Aktiviti Peningkatan Imaginasi-Kreatif Kanak-Kanak Prasekolah (Universiti
Pendidikan Sultan Idris) dan sebagainya. IP(11) jelas menunjukkan dan membuktikan
bahawa dengan keujudan kampus tetap PNS ia mampu memberi impak kepada bidang
penyelidikan dan khidmat pakar.

42

5.2.12 IP 12: Bilangan Pensyarah dan Pelajar Yang Terlibat Dengan Konsultansi
Penyelidikan

Rajah 5-25: Bilangan pensyarah dan pelajar yang terlibat dengan konsultansi
penyelidikan

Berkenaan dengan Indikator Pencapaian (IP) 12 pula, ianya merujuk kepada
bilangan pensyarah dan pelajar yang terlibat dengan konsultansi penyelidikan.
Pensyarah dan pelajar terlibat dalam aktiviti konsultansi yang diberikan oleh pihak
luar seperti industri dan badan-badan pakar yang terdapat di Malaysia. Sebanyak 6%
peningkatan berlaku kepada pensyarah dan ia adalah dalam corak menaik jika
diperhatikan daripada Rajah 5-25. Manakala peningkatan yang ketara berlaku kepada
pelajar iaitu sebanyak 432% peningkatan. Ini menujukkan bahawa para pelajar PNS
bersedia mengikut khidmat konsultansi yang diberikan kepada mereka. Antara
program yang mempunyai bilangan pelajar yang tinggi dalam mengikuti khidmat
konsultansi adalah yang dianjurkan oleh pihak Zul Design iaitu Seminar Projek Akhir
yang menumpukan kepada bagaimana proses reka bentuk dan pembangunan produk
dijalankan bermula daripada sifar hingga ke tahap prototaip. Selain daripada Seminar
Projek Akhir yang diikuti oleh pelajar PNS, para pelajar juga terlibat secara langsung
proses konsultansi bersama para pensyarah yang menjadi penyelia projek mereka sama
ada projek akhir mahupun projek yang bersangkutan dengan kursus yang diikuti di

43

PNS. Terbukti bahawa dengan kewujudan kampus tetap PNS, penglibatan yang aktif
pelajar dan pensyarah dalam aktiviti konsultansi adalah amat memberangsangkan.
5.2.13 IP13: Bilangan Perkongsian Fasiliti Dengan Pihak Berkepentingan

Rajah 5-26: Bilangan perkongsian fasiliti
Merujuk kepada Rajah 5-26 bilangan perkongsian fasiliti dengan pihak
berkepentingan telah menunjukkan peningkatan sebanyak 45% sejak tahun 2015 –
2018. Untuk makluman, PNS mempunyai sebuah Dewan Utama iaitu Dewan Sri Putra
(DSP) yang mampu menampung peserta seramai 1500 orang. Kadar sewa yang
ditetapkan berdasarkan spesifikasi yang diperlukan dan kadar dirujuk kepada surat
kelulusan dan had yang ditetapkan oleh pihak JPPKK. Dewan Kuliah Utama (DKU)
juga mampu menampung peserta seramai 250 orang dengan kadar sewa yang telah
ditetapkan. PNS juga mempunyai Lodge Cemara Inn sebanyak 40 buah bilik dengan
kadar sewa RM50, RM80 dan RM100 mengikut jenis dan saiz bilik. Terdapat 3 lokasi
café di Politeknik Nilai iaitu Café Sri Tanjung dengan kadar sewa sebanyak RM300.00
satu lot, Café Sri Siantan dengan kadar sewa RM300.00 satu lot dan Café Sri Lawang
dengan kadar sewa RM500.00. Fasiliti lain yang terdapat di PNS yang di sewa oleh
pihak luar ialah padang bola sepak, gelanggang tenis dan futsal. Sewaan lain ialah,
sewaan premis kepada entiti berasingan iaitu kepada Koperasi Politeknik Nilai Berhad

44

dengan kadar sewaan tapak RM200.00, mesin vending RM50 seunit, mesin basuh
RM75.00 seunit, mesin pengering RM65.00 seunit dan mesin basuh di asrama
RM140.00 seunit. Kesimpulannya fasiliti yang disediakan, digunakan sepenuhnya
berdasarkan peratusan rujukan graf yang semakin meningkat bermula dari tahun 2015
sehingga 2018.
5.2.14 IP 14: Bilangan Program Pusat Islam

Rajah 5-27: Program Pusat Islam
Pusat Islam Al-Kauthar terletak di kawasan penginapan pelajar dan kuarters
kakitangan dan lokasi yang sangat strategik untuk menjalankan aktiviti kerohanian
pelajar dan kakitangan. Merujuk kepada IP14, bilangan program yang dilaksanakan
oleh Pusat Islam Al-Kauthar semakin meningkat sebanyak 23% sejak tahun 2014
hingga tahun 2018. Pelbagai usaha untuk merancakkan program berbentuk ilmiah dan
sahsiah dimulai dari peringkat awal sebaik melangkah ke PNS apabila sesi pendaftaran
pelajar baharu dibuat di Pusat Islam Al-Kauthar dan sepanjang Minggu Suai Kenal
(MSK) diadakan majlis-majlis tazkirah dan ceramah serta solat berjemaah.
Pada tahun 2018, sejumlah 23 program telah dilaksanakan oleh Pusat Islam
Alkauthar yang melibatkan pelbagai agensi dan kementerian luar, komuniti setempat

45

dan institusi-institusi lain. Program ini termasuk program latihan, kursus, taklimat,
bengkel, majlis kerohanian, solat jumaat dan sebagainya. Sejak dibangunkan dan
sehingga tahun 2017 pusat islam hanya menjalankan program kerohanian dan ilmiah
tanpa menjalankan solat Jumaat. Pada tanggal 28 Jun 2018 merupakan detik bersejarah
Politeknik Nilai amnya, Pusat Islam Alkauthar secara khusus telah mencipta sejarah
kerana telah dibenarkan untuk solat jumaat dan telah diisytiharkan oleh YB Sohibul
Samahah Dato’ Hj mohd Yusof bin Hj Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dan
bermula 29 Jun 2018 merupakan Solat jumaat yang pertama.

Selain itu Pusat Islam bersama Pusat Keusahawanan telah bekerjasama dalam
Projek Wakaf Pusat Islam Al-Kauthar ‘SAHAM AKHIRAT’ bagi membantu dalam
menyediakan kemudahan di Pusat Islam. Beberapa siri program yang dijalankan di
bawah projek ini adalah Pembukaan Kaunter Wakaf di semua majlis atau program di
Politeknik Nilai atau di luar dan Explorace Wakaf sehinggalah kutipan dari sumbangan
wakaf tersebut dapat membolehkan pemasangan karpet dan 2 bilah kipas bersaiz besar
di Pusat Islam Alkauthar.
5.2.15 IP 15: Bilangan Peserta Yang Terlibat Dengan Program Pusat Islam

Rajah 5-28: Bilangan peserta yang terlibat dengan program Pusat Islam
46

Rajah 5-28 menunjukkan bilangan peserta yang menyertai program kerohanian
dan sahsiah di bawah Pusat Islam Al-Kauthar yang dilaksanakan sepanjang tahun 2011
sehingga 2018. Data menunjukkan bilangan penyertaan program tersebut bukan sahaja
disertai oleh pelajar malah turut disertai oleh kakitangan Politeknik Nilai dan komuniti
setempat. Secara keseluruhannya bilangan peserta yang menyertai dalam penganjuran
aktiviti Pusat Islam ini adalah meningkat 3 kali ganda iaitu seramai 6890 orang pada
tahun 2018 berbanding dari tahun 2014-2017.
5.2.16 IP 16: Penjanaan – Jumlah Akaun Amanah

Rajah 5-29: Penjanaan – Jumlah Akaun Amanah

Salah satu bentuk penjanaan kewangan yang dapat dibuat oleh PNS ialah
penjanaan kewangan melalui Akaun Amanah. Kewujudan dan penjanaan Akaun
Amanah ini tidak berlaku semasa PNS beroperasi di kampus lama. Justeru itu jelas
sekali dengan kewujudan prasarana kampus tetap PNS ini telah dapat membantu
penjanaan akaun amanah khususnya dalam aspek pelaksanaan program-program PSH
di samping penganjuran program yang melibatkan pihak luar menggunakan pelbagai
fasiliti yang terdapat di Politeknik Nilai seperti bilik-bilik penginapan, bilik-bilik
seminar dan juga di bantu oleh pensyarah-pensyarah pakar yang dapat menjadi tenaga
pengajar serta penceramah dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan menggunakan
Tabung Amanah ini. Penjanaan kewangan akaun amanah menunjukkan peningkatan

47

setiap tahun dengan jumlah kumulatif terkumpul sehingga tahun 2018 iaitu sebanyak
RM363,775.00. Menafaat yang diperolehi oleh PNS dari kewujudan ruang-ruang yang
sesuai membolehkan penjanaan wang sumbangan penganjuran program PSH berlaku.

5.2.17 IP 17: Penjanaan – Jumlah Nilai Sewaan Fasiliti

Rajah 5-30: Jumlah nilai sewaan fasiliti

Rajah 5-30 peratusan menunjukkan peningkatan bermula 2015 sehingga 2018
berikutan jumlah kekerapan sewaan bertambah.Berikutan pertambahan pelajar di
Politeknik Nilai maka pengoperasian Kafetaria telah ditambah bagi menampung
kapasiti pelajar hal ini dapat menambah jumlah kutipan hasil sewaan bagi kafetaria.
Fasiliti di Dewan Sri Putra yang boleh menampung 1500 orang menjadi tumpuan
kepada orang luar untuk menyewa bagi menjalankan program dan kadar sewaan adalah
bergantung kepada spesifikasi yang diperlukan. Harga bagi sewaan Dewan Sri Putra
ialah RM500 – RM1500 sehari. Dewan Kuliah Utama (DKU) yang terdapat di
Politeknik Nilai dapat menampung 250 orang dan pelbagai seminar serta bengkel telah
dijalankan di dewan berkenaan. Harga sewaan DKU ialah RM300-RM450 mengikut
sepsifikasi yang diperlukan. Sewaan bagi gelanggang sukan seperti padang bola sepak
dan tennis turut menjadi pilihan jabatan dan orang luar untuk menjalankan aktiviti di
PNS. Kadar sewaan bergantung kepada harga satu jam ia digunakan. Fasiliti lain yang
terdapat di PNS dan menjadi tumpuan ialah Lodge Cemara Inn dan terdapat tiga kadar
harga yang ditetapkan mengikut keluasan iaitu RM50, RM80 dan RM100 sehari bagi
setiap bilik. Bilangan sewaan semakin meningkat berikutan terdapat banyak program

48

dan ia juga berikutan PNS merupakan tempat strategik berada di pertengahan zon yang
sentiasa dijadikan lokasi mengadakan mesyuarat, bengkel seminar dan program.
Berikutan fasiliti yang disediakan dan perkhidmatan yang makin baik pertambahan
kadar peratusan makin meningkat sejak 2015. Sebelum kampus tetap PNS dibina, tiada
fasiliti yang boleh disewa dan tidak dapat menjana pendapatan tambahan bagi kerajaan.
Sumbangan dari penjanaan pendapatan ini juga sangat bermenafaat kerana dapat
membantu sebahagian kos pengoperasian

5.2.18 IP18: Penjanaan – Project Nutrient Film Technology (NFT)

Rajah 5-31: Penjanaan NFT

Poly Agropreneur Hidroponik NFT PNS merupakan salah satu projek
keusahawanan agro yang dilaksanakan di bawah Unit Keusahawanan PNS sejak tahun
2011 lagi. Ia merupakan salah satu usaha mengembangkan teknologi pertanian moden
melalui ‘Transfer Knowledge and Expertise’ program kepada komuniti setempat
bertujuan memberi pendedahan dan ilmu kemahiran kepada pelajar, belia, komuniti
setempat tentang kaedah dan cara-cara untuk menghasilkan benih, menjaga dan
memasarkan pokok tanaman hidroponik NFT. Rajah 5-31 menunjukkan hasil
penjanaan NFT bermula tahun 2013 hingga 2018 meningkat setiap tahun dengan
kumulatif penjanaan sebanyak RM33,567.

Pada tahun 2016, Hidroponik NFT Politeknik Nilai telah terlibat dengan
Program IM4U. Program ini merupakan kerjasama diantara IM4U dengan pelajar

49

sekolah yang terdiri daripada 3 buah sekolah iaitu SAM Nilai, SMK Kuaters KLIA,
SMK Sendayan sempena Volunteer Malaysia 2016 yang diadakan serentak di seluruh
negara. Kerjasama ini merupakan kali pertama bersama Politeknik Nilai, Negeri
Sembilan. Setiap sekolah yang terlibat dibekalkan 1 mini set DFT (Deep Flow
Technique) dan pembelajaran secara teori diadakan di Politeknik Nilai, Negeri
Sembilan. Program seperti ini diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk
mempelajari sistem tanaman moden dan pengenalan mengenai teknik hidroponik yang
ada.
5.2.19 IP 19: Penjanaan-Pusat Asuhan Kanak-Kanak (Taska)

Sasaran semasa adalah sekurang-kurangnya 31 orang kanak-kanak bagi
menampung kos pengurusan. Sungguhpun begitu TASKA telah membuat janaan
pendapatan seperti dalam Rajah 5-32 berikut:

Rajah 5-32: Janaan pendapatan Pusat Asuhan Kanak-kanak
Penubuhan Pusat Asuhan Kanak-kanak (TASKA) bermula pada 2013.
Penubuhan adalah berdasarkan konsep memberi kemudahan dan menjaga kebajikan
warga PNS dalam menguruskan asuhan anak-anak di waktu bekerja. Walaupun bukan
bermatlamatkan janaan pendapatan, adalah didapati, terdapat peningkatan janaan
pendapatan setiap tahun sebagaimana yang diperincikan dalam Rajah 5-32. sebanyak

50

RM535,200.00 secara kumulatif telah dijana sepanjang 2013-2018. Kadar
pertambahan bilangan kanak-kanak dan kakitangan taska berlaku dengan pertambahan
bilangan kakitangan PNS dan dipaparkan seperti Jadual 5-3 berikut:

Jadual 5-3: Bilangan kanak-kanak dan pekerja

TAHUN BILANGAN KANAK- BILANGAN
KANAK PEKERJA
2013 11
2014 15 3
2015 28 4
2016 28 7
2017 33 7
2018 33 8
8

5.2.20 IP 20: Pencapaian – Bilangan Pertandingan / Produk Inovasi

Rajah 5-33: Pencapaian – Bilangan pertandingan / produk inovasi

Indikator Pencapaian (IP) 20 merujuk kepada bilangan pertandingan inovasi
yang disertai oleh PNS. Rajah 5-33 memaparkan sebanyak 13.0% peningkatan telah
berlaku. Bilangan pertandingan inovasi ini adalah merujuk kepada penyertaan PNS
dalam pertandingan inovasi yang dianjurkan. Ia juga terbahagi kepada peringkat
jabatan iaitu sama ada di peringkat JPPKK atau PNS sendiri, Kebangsaan dan Antara
bangsa. Pada tahun 2018 menunjukkan bilangan penyertaan bagi peringkat
antarabangsa berada pada tahap yang tinggi iaitu sebanyak 11 penyertaan. Antara
pertandingan yang diikuti oleh PNS adalah Malaysia Technology Expo, National

51

Innovation And Invention Competition Through Exhibition, International Invention,
Innovation & Design 2018, 46th International Exhibition Of Inventions Geneva,
Festival Agro Makanan & Bioteknologi 2018 (Famb 2018) dan sebagainya.
5.2.21 IP 21: Pencapaian – Bilangan Pensyarah Yang Terlibat Dengan
Penghasilan Produk Inovasi

Rajah 5-34: Pencapaian – Bilangan pensyarah yang terlibat dengan penghasilan
produk inovasi

Indikator Pencapaian (IP) 21 melibatkan bilangan pensyarah yang aktif dengan
penghasilan produk inovasi. Rajah 5-34 membuktikan bahawa sebanyak 24%
peningkatan telah berlaku setelah PNS berpindah ke kampus tetap. Peningkatan
pensyarah ini merujuk kepada keupayaan dan minat pensyarah dalam menghasilkan
produk inovasi bagi kebaikan bersama. Bidang-bidang yang terlibat adalah bidang
kejuruteraan mekanikal, bidang Agrikultur dan bio-industri serta perdagangan. Antara
inovasi dilakukan yang mendapat sambutan yang amat tinggi dan menggalakkan
adalah penghasilan NFT Kit di mana produk ini berupaya menggalakkan proses
penanaman sayur-sayuran secara kendiri pada pemiliknya. Produk ini juga telah
dipamerkan di dalam beberapa karnival pertanian dan keusahawanan yang dijalankan
oleh agensi kerajaan dan swasta.

52

5.2.22 IP 22: Pencapaian – Bilangan Penerbitan

Rajah 5-35: Pencapaian – Bilangan penerbitan
Seterusnya bagi Indikator Pencapaian (IP) 22, ianya adalah merujuk kepada
bilangan penerbitan yang dihasilkan oleh para akademik di PNS. Jika dilakukan
perbandingan daripada Rajah 5-35 membukitkan bahawa terdapat 9% peningkatan
yang berlaku dengan terbangunnya kampus tetap PNS. Kategori penerbitan ini adalah
pelbagai di mana terdapat penghasilan buku yang merujuk kepada kursus yang
ditawarkan di PNS itu sendiri seperti contohnya Termodinamik bagi Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal, Asas Perbankan Islam bagi Jabatan Perdagangan, Basic
Concept of Biotechnology daripada Jabatan Agrikultur dan Bio-Industri dan
sebagainya. Selanjutnya terdapat juga buku yang khas digunakan oleh pelajar pasca
siswazah di Universiti Awam atau Institut Pengajian Tinggi Swasta seperti Pengenalan
Asas kaedah Fuzzy Delphi bagi Kajian Reka Bentuk dan Pembangunan. Manakala
terdapat juga bab dalam buku yang dihasilkan dengan menggabungkan para akademik
daripada PNS sendiri digabungkan dengan para akademik daripada luar PNS.

53

5.2.23 IP 23: Pencapaian - Bilangan Penyelidikan

Rajah 5-36: Pencapaian – Bilangan penyelidikan

Merujuk kepada Indikator Pencapaian (IP) 23, indikator ini merujuk kepada
bilangan penyelidikan. Bilangan penyelidikan ini adalah melibatkan kertas
penyelidikan yang dihasilkan oleh para akademik yang berada di PNS. Jika diperhalusi
daripada Rajah 5-36 memaparkan terdapat dua kategori kertas penyelidikan yang
dihasilkan iaitu peringkat kebangsaan yang bersifat lokal dan satu kategori lagi adalah
peringkat antarabangsa yang bersifat global. Di peringkat PNS, pembudayaan
penyelidikan sedang dilakukan pengembangan di mana para akademik dibantu dan
dibimbing dalam menghasilkan kertas penyelidikan yang berimpak melalui Pusat
Penyelidikan dan Inovasi (PPI) PNS. Proses pembudayaan ini dijalankan melalui
bengkel dan kolokium yang berkala dijalankan oleh PPI. Antara seminar dan koferens
antara bangsa dan kebangsaan yang disertai oleh para akademik PNS adalah Seminar
Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (Ispen 2018), 2nd Islamic Management Development
Conference IMDeC, 2nd International Conference on Research in TVET Studies
(ICOR-TVET), 8th National Conference in Education - Technical & Vocational
Education and Training (CiE-TVET) 2018, 3rd National Conference on Education,
Islamic, Studies & Social Sciences (ICEISR), National e-Learning Conference 2018
(NeLCon) 2018, Kolokium Penyelidikan dan Inovasi TVET Politeknik Nilai, National
Research and Innovation Seminar (RISE 2017), Simposium Pendidikan
Diperibadikan: Perspektif Risale-I-Nur,

54

Equitable Society Research Cluster (ESRC), Seminar On Future Education dan
sebagainya. Manakala penerbitan bagi kertas penyelidkan ini adalah seperti The
Medical Journal of Malaysia (MMA), Journal of Islamic Social Sciences and
Humanities, Journal of Holistic Student Development, Equitable Society Research
Cluster (ESRC), Tribology International, Open Journal of Social Sciences, The Online
Journal of Distance Education and e-Learning (TOJDEL), Turkish Online Journal of
Educational Technology (TOJET), Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik
(JUKU), Jurnal Kepimpinan Pendidikan (JuPiDi), Online Journal of Islamic
Education (O-JIE, Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Engineering and
Technology, Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and Humanities
dan sebagainya. Kertas-kertas penyelidikan yang dihasilkan oleh para akademik ini
bemula daripada prosiding, e-prosiding, jurnal berwasit sehinggalah kepada jurnal
berimpak tinggi yang diiktiraf oleh Pusat Sitasi Negara dan Perpustakaan Negara
Malaysia. Maka, natijahnya hasil daripada kewujudan kampus tetap PNS, berlakunya
peningkatan sebanyak 17% peratus dengan kadar peningkatan adalah secara dramatik.

5.2.24 IP 24: Pencapaian – Pembelajaran Digital

Rajah 5-37: Pencapaian pembelajaran digital

Definisi tentang Pembelajaran Digital adalah sebuah bentuk teknologi informasi
yang diterapkan dalam bidang pendidikan dan menjadi trend pembelajaran interaktif
yang paling berjaya pada hari ini. Sehubungan itu, konsep pembelajaran teradun atau
dikenali sebagai ‘Blended Learning’ telah dijadikan keperluan wajib oleh JPPKK.

55

Proses peningkatan kemahiran berkaitan multimedia interaktif juga terus diperkasakan
oleh BIPD JPPKK.

Dalam tempoh 3 tahun (2015-2018), beberapa pencapaian cemerlang amat
membanggakan PNS dalam aspek pembangunan kandungan digital. Ini dibuktikan oleh
pencapaian Anugerah Emas, Anugerah Juri dalam Cidos Inspiring Learning Awards
2015 dan 2017. Selain itu, dalam pertandingan MOOC Master Competition Edola 2018
PNS mendapat tempat ke 2 serta dianugerahkan 5 STAR Rating dalam aspek
keunggulan Technology Enable Colloborative Classroom (TECC) oleh JPPKK.
Sehubungan itu, dengan kemudahan infrastruktur di kampus baru PNS membantu
memudahcara pelaksanaan pembelajaran secara blended learning.

5.2.25 IP 25: Pencapaian Sukan

Pembangunan kemudahan di PNS juga memberi impak yang sangat positif
kepada pembangunan diri kakitangan sehingga ke peringkat Antarabangsa seperti
berikut:

Rajah 5-38: En. Paneer Selvem

5.2.25.1 En. Panneer Selvem a/l Indiran (Taekwando Sehingga Peringkat
Antarabangsa)

a. Pengurus pasukan taekwondo Malaysia di Kejohanan University

Dunia 2019 di Napoli, Italy (pingat gangsa dalam acara Team

Sparring).

56

b. Pengurus pasukan taekwondo Malaysia di Kejohanan University
Dunia 2015 di Gwanju, Korea (Anugerah Pengurus Pasukan Terbaik
di Polytechnic Sports Excellent Award (Polysea) 2015-
pengiktirafan tertinggi kepada pengurus pasukan di peringkat
Politeknik Malaysia).

c. Anugerah Jurulatih Terbaik di Polytechnic Sports Excellent Award
(Polysea) 2016 Level 1

5.2.25.2 Pn. Nooradilah binti Abdul Samat (Bola Jaring)
a. Certified Netball Coach Level 1 Peringkat Kebangsaan.

Rajah 5-39: Pn. Nooradilah binti Abdul Samat
5.2.25.3 Zul Aizat Hamdan (Ping Pong)

a. Certified Table Tennis Coach PTT Level 1 daripada International
Table Tennis Federation. Ia merupakan pengiktirafan di peringkat
antarabangsa.

Rajah 5-40: En. Zul Aizat
57

5.2.26 IP 26: Pencapaian - Keusahawanan

Rajah 5-41: Anugerah Mentor Usahawan

Rajah 5-42: Penyertaan program keusahawanan
Pencapaian Keusahwanan PNS:

a. Menyertai Polytechnic Entrepreneurship Award 2015 di
Equatorial Hotel Melaka dalam 4 kategori iaitu Usahawan
Kampus Politeknik, Graduan Usahawan Politeknik (dimenangi
oleh Saudara Muhammad Afiq Bin Mohamad yang
mengusahakan Afiq Tech Computer sejak tahun 2014 sehingga
58

sekarang) Mentor Usahawan Terbaik (dimenangi oleh Pn Suraya Binti
Abdul Warif) dan Politeknik Terbaik dalam aktiviti keusahawanan.

Rajah 5-43: Penyertaan program keusahawanan

b. PNS meraih Naib Johan dalam Pertandingan Program Sukan IPT
(SUKIPT) 2014 kategori ‘SUKIPT Business Challenge’. Pasukan
PNS dianggotai oleh Saudara Herman bin Saparudin (Ketua),
Saudara Muhamad Aris bin Amran, Saudari Siti Nazatul Farhana
binti Muhammad Firdaus dan Saudari Siti Nursyahirah binti Mohd
Nor. PNS juga mencatat rekod jualan tertinggi mengatasi institusi
pengajian tinggi yang lain dengan hasil jualan sebanyak
RM16,813.00.

c. Poly Agropreneur Hidroponik NFT PNS juga telah menyertai ‘Your
Action Project Competition’ (YAPC) anjuran Majlis Belia Malaysia
dan mendapat tempat kedua dengan memenangi wang tunai sebanyak
RM1,000-00, mendapat geran khas projek berjumlah RM5,000.00
dan layak menyertai ‘Youth Citizen Entrepreneurship Competition’
mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa, anjuran The Goi Peace
Foundation, Stiftung Entrepreneurship (Berlin) dan UNESCO.

d. Poly Agropreneur Hidroponik NFT PNS juga telah menyertai
Pertandingan Inovasi Conference, Competition and Exihibition (CCE
2014) di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang pada 23 hingga 25
59

Jun 2014 (Projek AgriFlexi Poly Agropreneur Hidroponik NFT) dan
meraih pingat gangsa.
e. Pelancaran Anugerah Keusahawanan: PNS menyertai Pertandingan
Memasak Kari, Pembentangan Rancangan Perniagaan (tempat
ketiga) serta Pameran Poly Brand (NFT PNS telah berjaya menjadi
Johan).

Rajah 5-44: Penyertaan program keusahawanan
f. Anugerah Kecemerlangan Pelajar Politeknik (AKEPP) 2015 pada 21

April 2016 pelajar PNS (Saudara Samsol Bahari bin Hamdan) telah
memenangi Anugerah Kecemerlangan Keusahawanan (kategori
Pelajar) dan melayakkan penyertaan dalam program “The Resolution
Project Social Venture Challenge” United Nation Youth Assembly
Winter, New York USA 2015.

60

Rajah 5-45: : Penyertaan program keusahawanan

g. Kumpulan Poly Agropreneur Hidroponik NFT Politeknik Nilai telah
berjaya mendapat tempat kedua dalam Youth Action Project tahun
2014 anjuran Majlis Belia Malaysia melayakkan untuk mewakili
Belia Malaysia dalam The Resolution Project Social Venture
Challenge bersama dengan dua orang peserta lain dari Universiti
Malaysia Pahang dan Universiti Malaya. Sekaligus membuat
kunjungan hormat dan sesi dialog bersama Wakil Tetap Malaysia ke
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York iaitu Y.Bhg
Datuk Hussein Haniff dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat.

h. Malaysia Agriculture Horticulture and Agrotourism Show (MAHA)
2014 telah diadakan di Expo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang,
Selangor pada 20 hingga 30 November 2014 dianjurkan oleh
Malaysia Agricultural Research and Development Institute (MARDI)
di bawah anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. PNS
menerima penghargaan untuk mengurusetiakan program MAHA
2014 bersama Politeknik Jeli, Politeknik Kota Bahru dan Politeknik
Sandakan. Sebanyak enam projek telah dipamerkan oleh PNS (set
mini fertigasi, salad hidroponik, cendawan, miniature garden, tisu
kultur dan spiral garden).

61

Rajah 5-46: Kejayaan program keusahawanan
i. SISWAPRENEUR Mega Sale 2017: dilancarkan serentak di semua

Politeknik seluruh Malaysia pada 10 Oktober 2017 (bermula jam 10
pagi-10 malam). PNS memenangi tempat kedua bagi Kategori B
iaitu Politeknik dengan bilangan pelajar di antara 1000-4000 orang
pelajar dalam Majlis Polytechnic Enterpreneurship Award (PEA)
yang berlangsung di Kuala Terengganu.

Rajah 5-47: Kejayaan program keusahawanan
j. Program Young Socialpreneur Competition (YS2P) 2018:

Kumpulan Al Kauthar daripada PNS menerima Anugerah Emas
Program Kebajikan Usahawan Muda (YS2P) 2018 menerima tunai
sebanyak RM5,000.00.

62

5.2.27 IP 27: Pencapaian - Bilangan Kejohanan, Atlet dan Pingat Sukan
Tahun 2017 & 2018

Rajah 5-48: Bilangan kejohanan atlet
Rajah 5-48 menunjukkan bilangan kejohanan yang di sertai oleh
pelajar, bilangan atlet yang mengambil bahagian dan bilangan pingat yang telah
dimenangi pada tahun 2017 dan 2018. Dalam tahun 2017, bilangan kejohanan
yang disertai adalah 12, meningkat sebanyak 44 (2018). Bilangan atlet pula
adalah 23 orang (2017) meningkat kepada 43 (2018). Pada tahun 2017 bilangan
pingat yang dimenangi adalah 22 iaitu 13 emas, 7 perak dan 2 gangsa dan
meningkat kepada 51 (2018) iaitu sebanyak 24 emas, 19 perak dan 8 gangsa.
Jumlah perbezaan jumlah pingat bagi dua tahun ini menunjukkan peningkatan
sebanyak 142%. Pencapaian ini berkait langsung dengan pembangunan
infrstruktur yang lengkap di PNS. Antara pencapaian yang terbaik yang dicapai
adalah:

63

a. Nurdiyanah binti Noorsabadinee (Bola jaring sehingga peringkat
antarabangsa)

Rajah 5-49: Nurdiyanah binti Noorsabadinee
Memenangi pingat emas dalam Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia, Jepun
(2019), 10th Asean Schools Games (2018), pingat emas dalam Sukan Malaysia
(SUKMA) (2018), pingat emas dalam Kejohanan Bola Jaring Terbuka
Kebangsaan Ke 40 (2018) dan dianugerahi Pemain Terbaik Kejohanan Terbuka
Kebangsaan Ke 40 pada tahun 2018 dan Anugerah Olahragawati Harapan
Polytechnic Sports Excellent Award (Polysea) pada tahun 2018.
b. Nur Putra Danial Azlan bin Noor Azlan (Taekwando sehingga peringkat

Antarabangsa)

Rajah 5-50: Nur Putra Danial Azlan bin Noor Azlan

64

Memperoleh pingat emas di World University Taekwondo Competition Pohang,
Korea 2018, pingat perak dalam World Taekwando Malaysia Open G1
Championship 2018, mendapat anugerah Olahragawan Harapan Polytechnic
Sports Excellent Award (Polysea) (2017) dan Anugerah Olahragawan
Polytechnic Sports Excellent Award (Polysea) (2018).
c. Muhammad Syafiq Bin Zuber (Taekwando sehingga peringkat

antarabangsa)

Rajah 5-51: Muhammad Syafiq Bin Zuber
Menyumbang pingat emas di World University Taekwondo Competition
Pohang, Korea, pingat emas di Rsu Kwon Taekwondo Open Thailand (2018)
dan 20th Southern Thailand Taekwondo Championship 2018, memenangi
pingat emas di 8th Taekwondo Malaysia (WTF) Interclub Taekwondo
Championship 2018 dan emas di Sukan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia
(SUKIPT) 2018.

65

d. Mathevanan Ramachanderan (Karate sehingga peringkat antarabangsa)

Rajah 5-52: Mathevanan Ramachanderan
Mendapat pingat gangsa di Kejohanan Sukan Universiti Asean 2018, mendapat
pingat emas di Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SUKIPT)
2019, pingat perak di KL Open Karate Championship 2018 dan Kejohanan
Karate Makaf Senior Kebangsaan Ke-38.
5.2.28 IP 28: Pencapaian: Kebudayaan

Kemudahan fizikal yang ada di PNS telah mencungkilkan
kecemerlangan bakat dari dalam diri pelajar. Banyak pertandingan dan
pencapaian kebudayaan telah capai oleh pelajar PNS seperti dalam bidang
lakonan, tarian dan nyanyian sehingga ke peringkat kebangsaan, antaranya:

i. Naib Johan Pertandingan Pengisahan Peringkat N. Sembilan (2019)
ii. Tempat ke 3 Festival Teater Malaysia 2018
iii. Juara pertandingan Festival Teater Peringkat Negeri Sembilan 2017

a. Anugerah pengarah terbaik
b. Anugerah khas juri (lelaki)
c. Anugerah khas juri (wanita)
d. Anugerah pelakon wanita terbaik

66

5.2.29 IP 29: Pencapaian - Bilangan Program Keusahawanan

Rajah 5-53: Bilangan program keusahawan
Pelbagai usaha untuk membangunkan program keusahawanan telah
dimulai dari peringkat awal sebaik melangkah ke Politeknik Nilai (PNS) apabila
sesi taklimat kepada pelajar baharu dilakukan pada Minggu Suai Kenal (MSK)
melalui taklimat keusahawanan. Ia dilakukan bagi melengkapkan siswa dengan
elemen minda keusahawanan berserta ciri keusahawanan sebagaimana
digariskan dalam Lonjakan Pertama, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(Pendidikan Tinggi). Berdasarkan kepada IP29, hanya 3 program
keusahawanan sahaja telah dilaksanakan pada tahun 2011 manakala bilangan
program keusahawanan semakin meningkat bermula tahun 2012 hingga tahun
2018
Antara program yang djalankan adalah Simposium Pembangunan
Usahawan Tani 2014 (SiPUT2014) yang berlangsung di Dewan Kuliah Utama,
Politeknik Nilai Negeri Sembilan pada 8 Julai 2014. Tujuan Simposium ini
diadakan untuk memberi pendedahan dan pembudayaan keusahawanan dalam
bidang pertanian kepada para pelajar politeknik. Seramai 183 pelajar telah
terlibat dalam simposium ini. Seramai 41 pelajar pula telah mengikuti program
Malaysia SME’s Congress Evolution 2014. Selain daripada itu, pengusaha-

67

pengusaha muda yang menjalankan perniagaan restoran dan pakaian sukan
telah berkongsi pengalaman dalam bidang keusahawanan.

Karnival Keusahawanan Kebangsaan Politeknik di 2014 Dataran Kulim
dan Politeknik Sultanah Bahiyah, Kulim Kedah memberi dimensi baru kepada
keseimbangan pembangunan mahasiswa. Program seumpama ini memberi
dimensi baharu yang lebih segar dengan ilmu pengetahuan menerusi pelbagai
aktiviti dijalankan. Pelbagai elemen seperti kepimpinan, keusahawan,
kebudayaan dan kesenian dapat ditonjolkan. Kumpulan Pelajar NFT PNS telah
mengadakan pelbagai jualan dan aktiviti seperti jualan salad, demonstrasi
masakan dan sebagainya.

Rajah 5-54: Pemeran dan jualan Karnival Keusahawanan Kerjaya Graduan
(K3g) Universiti Malaya 2014

Inkubator NFT Salad Poteknik Nilai telah menyertai pameran dan jualan
sempena K3G Universiti Malaya. Penyertaan adalah bertujuan untuk
mempromosikan projek keusahawanan PNS di kalangan IPTA, mendedahkan
pelajar dengan ilmu keusahawanan dan keperluan kerjaya serta mendedahkan
pelajar dalam bidang pengurusan perniagaan supaya mempunyai daya saing
yang tinggi untuk menjadi lebih maju. Seramai 8 pelajar terlibat dengan diiringi
2 pensyarah pengiring.

Politeknik Nilai Negeri Sembilan juga telah mengambil bahagian dalam
International Conference for Young Leaders (IYCL) yang telah berlangsung di

68

Putra World Trade Center PWTC, Kuala Lumpur, Malaysia. IYCL akan
berlangsung selama tiga hari bermula 19-21 March 2015 dengan tema
"Changing Communities Through Social Enterpreneurship".

Rajah 5-55: International Conference for Young Leaders (IYCL) 2015
IYCL merupakan wadah untuk para pemimpin muda daripada pelbagai

latar belakang untuk berkumpul, berbincang dan berdiskusi bersama mengenai
permasalahan yang berkaitan dengan Social Enterpreneurship. Tidak kurang
dari 100 peserta dari berbagai negara di kawasan Asean turut hadir dalam
konferensi tersebut.

Pada tahun 2018, sejumlah 14 program keusahawanan telah
dilaksanakan oleh pelbagai Politeknik Nilai Negeri Sembilan. Program ini
termasuk program latihan, pembudayaan keusahawanan (taklimat, bengkel)
bagi pertumbuhan dan perkembangan bidang keusahawanan serta juga program
di peringkat permulaan perniagaan. Program keusahawanan adalah penting
dalam memastikan pelajar mendapat pendedahan yang sewajarnya tentang
aktiviti perniagaan.

Kesimpulannya, perniagaan merupakan bidang yang sangat berpotensi
untuk membantu menambah pendapatan dan mengurangkan kemiskinan.
Menyedari kepentingan dan potensi perniagaan untuk membantu menambah

69

pendapatan, Politeknik Nilai Negeri Sembilan telah memperuntukkan bajet
untuk program-program pembudayaan keusahawanan yang menfokuskan
kepada perniagaan dan keusahawanan. Oleh yang demikian, penambahbaikan
terhadap program keusahawanan ini perlu dilakukan agar lebih ramai graduan
menjadi usahawan ke arah meningkatkan interaksi pihak kerajaan dengan
usahawan muda, sejajar dengan aspirasi kerajaan mengenai pembangunan belia.

5.2.30 IP 30: Pencapaian - Bilangan Graduan Yang Menjadi Usahawan

Rajah 5-56: Bilangan graduan yang menjadi usahawan
Berdasarkan IP30, bilangan graduan yang menjadi usahawan telah
meningkat daripada tahun 2012 (hanya 3 orang graduan) meningkat kepada 43
orang graduan pada tahun 2018. Ini menunjukkan keusahawanan telah menjadi
salah satu alternatif penting bagi pelajar dalam merancakkan lagi kegiatan
ekonomi dalam Negara yang kebanyakan graduan terlibat dengan perniagaan
dalam talian.
Secara kesimpulannya, Pembangunan fizikal PNS memberi ruang
terhadap pengembangan Pusat Keusahawanan dalam usaha meningkatkan minat
para pelajar menceburi bidang keusahawanan selepas tamat pengajian. Antara
program yang dijalankan ialah Program Pembangunan Inkubator, taklimat
keusahawanan, program Bisnes@Lawang dan sebagainya.

70

5.2.31 IP 31: Pencapaian - Bilangan Projek Inkubator Keusahawanan
PNS

Rajah 5-57: Bilangan produk Inkubator Keusahawanan PNS
Perniagaan inkubator adalah satu cara untuk membangunkan usahawan
dalam kalangan pelajar PNS di samping membantu mereka untuk bertahan dan
meningkat dari semasa ke semasa terutama bagi yang memerlukan bimbingan
dan bantuan. Program ini juga menyediakan saluran bantuan perniagaan dan
kemudahan pejabat untuk perniagaan baru. Antara matlamat‐matlamat
perniagaan inkubator ini adalah untuk mewujudkan pekerjaan di dalam
masyarakat, meningkatkan persaingan komuniti dalam keusahawanan,
membantu perniagaan bertahan dengan lebih lama, mewujudkan atau
menambah pendapatan industri tempatan serta memperkukuhkan ekonomi
negara.
Sehingga tahun 2018, terdapat hampir 10 jenis projek inkubator di PNS
antaranya ialah NFT Smart Kit, NFT Salad, Tissue Culture, Hortikultur
Landskap, My Kopie, KODAI.My, PNS Scholar, Pluerotus (Cendawan),
Trigona Edible Garden (Madu Kelulut) dan Percetakan bagi badge dan mug.
Inkubator yang paling aktif di PNS adalah projek inkubator NFT Smart Kit di
mana hasil jualan kit berkenaan mencecah hampir RM5,000.00.

71

Program Inkubutor Smart Hydroponic Farm mempunyai 2 projek asas
iaitu Nutrient Film Kit (NFT Kit) dan Smart Hydroponic Farm (SHF) iaitu
pemantauan pembajaan pokok secara teknologi Internet of Thing (IOT) di mana
ia akan melibatkan pelajar dan pensyarah pada waktu terdekat, komuniti serta
syarikat pada masa yang akan datang. Program Inkubutor Smart Hydroponic
Farm bertindak sebagai serampang dua mata di mana berfungsi sebagai program
keusahawanan dan penyelidikan. Peserta program ini akan dibimbing dan diberi
pengalaman ‘hands-on’ untuk membina NFT Kit dan sistem pemantauan
pembajaan pokok secara teknologi Internet of Thing (IOT).

Secara kesimpulannya, program pembangunan inkubator ini penting
bagi mendedahkan pelajar-pelajar dengan ilmu keusahawanan dan dapat
melahirkan graduan yang menjadi usahawan seiring dengan matlamat
pencapaian 4% graduan yang menjadi usahawan.

Rajah 5-58: : Bilangan Projek Inkubator Keusahawanan PNS
Peningkatan ruang dan fasiliti di PNS membolehkan pelajar melaksana proses
pembelajaran dengan selesa di luar dan di dalam kelas

72

5.2.32 IP 32: Pencapaian - Bilangan Pelajar Yang Terlibat Dengan
Penghasilan Produk Inovasi

Rajah 5-59: Pencapaian - Bilangan pelajar yang terlibat dengan
penghasilan produk inovasi

Indikator Pencapaian IP (32) adalah berkenaan dengan Bilangan Pelajar
Yang Terlibat dengan penghasilan produk inovasi. Berdasarkan Rajah 5-59,
menunjukkan peningkatan sebanyak 405% bilangan pelajar yang terlibat dalam
penghasilan produk inovasi. Antara contoh produk yang dihasilkan adalah
Automatic Egg Incubator, Automatic System for Kebab Production, Automatic
Machine for Rojak Production, Invention use in multimedia, Stingless Bee
Honey Suction Pump, Natural Lip Balm, Mush Film, Cassia Alata Soap,
Calculation of Production Cost, Step Power Bank, Multisuction Nozzle For
Pump Stingless Bee Honey, 3 Stages Odourless Vermicompost, Solar Power
Self Irrigation System (S-Psis), Removal Of Dye In Textile, Industrial Waste
Using Caffeinated Waste, Kinetic Chair System Based On Green Design And
Technology, Innovation Learning Object- Use Text In Multimedia, Step-Power
Bank: Piezoelectric Devices Embedded In Landscape, Stepping Stone As
Kinetic Energy Harvester, Softscape Plan Symbols Measuring Stick (Spsms),
Preparation Of Corn Porous Gelatinized Starch And The Microencapsulation
Of Probiotics And Its Survival In Human Gastro-Intestinal Condition,
Biosorption Of Reactive Dyes In Textile Industry Wastewater By Using Fruit

73

Peel, Biopolymer Cellulose Vision Beads In Cosmetic Products, Production Of
Organic Soap Foam, Jackfruit Seed Plastic, Evaluation Of Cooking Oil As
Toilet Cleaning Agent, Smart Square Rulers, Antilarv- Microencapsulated
Biolarvacide, Termite Resistant Particle Board Derived From Rice Husk, Effect
Of Supply Chain Management Challenges Towards Humanitarian Activities
dan sebagainya. Secara faktanya, ini jelas menunjukkan terdapat impak yang
tinggi dengan pembangunan kampus tetap PNS di Nilai ini.
5.2.33 IP33 : Pencapaian Pembelajaran Digital

Mewujudkan kemudahan yang menyokong aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang lestari

Rajah 5-60: Bilangan pencapaian pada 2015 dan 2018
Rajah 5-60 menunjukkan pencapaian pembelajaran digital dalam

pertandingan dan Expo Inovasi tahun 2015. Pada 2018 Politeknik Nilai
memenangi pertandingan eDola untuk kategori The Best e-Learning Product-
Educational Song (proteins/Polypeptides).
5.2.33.2 IP33: Pencapaian - Bilangan Kursus Blended Learning

Mewujudkan kemudahan yang menyokong aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang lestari

74

Rajah 5-61: Pencapaian bilangan kursus blended learning
2008 – 2018

Rajah 5-61, menunjukkan pencapaian bilangan kursus blended
learning sepanjang tahun 2008 sehingga 2018. Data menunjukkan peningkatan
drastik sebanyak 145% semenjak 2012 sehingga 2018. Setiap pensyarah perlu
mencapai status blended learning untuk sekurang-kurangnya satu kursus pada
setiap semester dan merupakan KPI bagi unit pembelajaran digital.
5.2.34 IP34 Pencapaian Polyskills

Rajah 5-62: Pencapaian Polyskills
75

Jika diperhalusi daripada Rajah 5-62memaparkan terdapat
peningkatan yang positif di mana PNS telah mengambil bahagian dalam
pertandingan PolySkills yang dianjurkan oleh JPPKK. Ia bermula pada tahun
2015 dengan penyertan sebanyak 5 bidang yang dipertandingkan. Manakala
pada tahun 2018 terdapat peningkatan pencapaian iaitu sebanyak 7 bidang
pertandingan telah disertai oleh PNS iaitu peningkatan sebanyak 7%. Antara
bidang yang disertai adalah

Bagi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal ialah bidang Mekatronik dan
CADD, Jabatan Perdagangan ialah Web Design, Freight Forwading dan Visual
Merchandising dan Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri Floristry,
Landscape and Gardening dan Decorative Painting. Ini membuktikan bahawa
dengan kewujudan infrstruktur di kampus tetap mampu mempelbagaikan
kemahiran yang boleh disertai oleh pensyarah dan pelajar.

5.2.35 IP35 Bilangan Pelajar Menyertai Pertandingan Polyskills

Rajah 5-63: Penyertaan Pertandingan Polyskills
Berdasarkan Rajah 5-63, bilangan pelajar yang menyertai
pertandingan Polyskills yang dianjurkan oleh JPPKK menunjukkan
peningkatan yang drastik di mana bermula 2015 hanya lima pelajar yang
menyertai pertandingan ini. Seterusnya pada tahun 2018, menunjukkan

76

peningkatan yang mendadak dari segi bilangan pelajar iaitu seramai 21 orang
yang mengambil bahagian dengan peratusan peningkatan sebanyak 21%. Pada
tahun 2018 juga, PNS mendapat tempat kedua secara keseluruhan dengan
meraih 3 pingat emas, 3 pingat Perak dan 1 pingat Gangsa. Pada tahun yang
sama juga, PNS turut mendapat anugerah minda emas dari bidang Floristry. Hal
ini jelas memberi impak bahawa dengan adanya kemudahan infrastruktur yang
lengkap mampu menggalakan pelajar menyertai pertandingan kemahiran yang
dianjurkan.
5.2.36 IP36: Bilangan Kolaborasi

Rajah 5-64: Bilangan kolaborasi
Terdapat peningkatan bilangan kolaborasi sehingga 24 iaitu 100%
perbandingan di antara tahun 2011 dan 2018. Kegiatan kolaborasi bermula
setelah berpindah ke kampus baru mulai 2012. Bilangan kolaborasi
menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun. Pada tahun 2013 bilangan
kolaborasi hanya 2 terus meningkat kepada 24 pada tahun 2018. Kolaborasi ini
melibatkan pihak industri, badan kerjaan dan institusi antarabangsa.

77

5.2.37 IP 37: Pencapaian Sukan

Rajah 5-65: Pencapaian sukan
Politeknik Nilai telah mendapat Anugerah Politeknik Cemerlang Sukan
pada tahun 2017 dan 2018 berturut – turut hasil daripada kecemerlangan atlet -
atlet PNS. Atlet menunjukkan kecemerlangan dalam bidang sukan taekwando,
bola jaring dan karate. Kesemua atlet telah mewakili negara ke acara
antarabangsa seperti World University Taekwondo Competition Pohang, Korea,
World Taekwando Malaysia Open G1 Championship 2018, 10th Asean Schools
Games, dan KL Open Karate Championship 2018
5.2.38 IP 38: Industry On Campus POW

Rajah 5-66: Perkhidmatan Pos Bergerak (POW) di PNS
78

Perkhidmatan Pos Bergerak (POW) ini telah dibawakan oleh Pejabat
POS Besar Negeri sembilan dengan kerjasama PNS telah bermula sejak bulan
September 2018 pada setiap hari jumaat minggu pertama dan kedua setiap bulan
dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 Petang bertempat di Dewan Sri Putra, PNS.

Antara objektif utama perkhidmatan ini diadakan adalah untuk memberi
kemudahan secara langsung bagi perkhidmatan pengeposan, penerimaan barang
dan lain-lain perkhidmatan khususnya untuk pelajar-pelajar, staf dan juga
penghuni kediaman staf (kuarters) dan umumnya untuk orang luar yang berada
di sekeliling PNS. Terdapat beberapa jenis perniagaan yang berada dalam
kawasan kampus seperti Koperasi PNS, KODAI.My dan pengusaha-pengusaha
kafe yang menyokong aktiviti logistik dan kurier barangan. Selain itu,
perkhidmatan ini dapat memberi pendedahan mengenai industri kurier di
samping menambahkan lagi pengetahuan mengenai industri pengurusan logistic
dan kurier tempatan kepada pelajar-pelajar.

Rajah 5-67: : Aktiviti perkhidmatan Pos Bergerak di PNS
Berikut adalah transaksi POW di Politeknik Nilai:

Kewujudan perkhidmatan POW ini dapat memberi manfaat dari segi
masa, tenaga dan kos kepada warga Politeknik dan masyarakat setempat

79

khususnya di dalam kawasan Kompleks Pendidikan Bandar Enstek
merangkumi (Institut Aminuddin Baki, Kolej Tunku Kurshiah, English
Language Teaching Centre dan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan
Teknik) komuniti setempat seperti di Kg LBJ, Kg Jijan, Eka Matahari dan
Gadong Jaya. Secara tidak langsung, aktiviti yang dijalankan ini dapat
mempertingkatkan jalinan hubungan (networking) antara PNS dengan pihak
industri (POS Malaysia Negeri Sembilan).

Rajah 5-68: : Aktiviti perkhidmatan Pos Bergerak di PNS
PNS telah diberikan mandat untuk memulakan dan menjalankan aktiviti
penjualan dan pengedaran Setemku Politeknik Malaysia dan dilantik sebagai
Agen Tunggal Politeknik atau disebut wakil penjual dalam kalangan Politeknik
Malaysia untuk urusan jual beli atau perdagangan bagi aktiviti penjualan dan
pengedaran Setemku Politeknik Malaysia tersebut yang dikeluarkan oleh
Pejabat POS Malaysia Negeri Sembilan khususnya untuk warga Politeknik
Malaysia dan amnya untuk pengguna setem tersebut di seluruhMalaysia.

80

Rajah 5-69: : Watikah pelantikan pengedar tunggal POW di PNS
Politeknik Nilai adalah satu-satunya Politeknik di Malaysia yang
mendapat hak ekslusif untuk menjual dan mengedarkan Setemku Politeknik
Malaysia. Setem ini dikeluarkan oleh Pejabat Pos Besar Negeri Sembilan.

Rajah 5-70: Hak eksklusif mengedar dan menjual setem

81

5.2.39IP 39: Retail Simulation Mart (RSM – KODAI.MY)

Rajah 5-71: Penjenamaan semula RSM, KODAI.MY
KODAI.MY bermula di PNS pada 4 Ogos 2014 dengan nama Retail
Simulation Mart (RSM) di bawah ahli Kelab Didik Niaga sebagai sebuah bilik
simulasi bagi pelajar Diploma Pengurusan Peruncitan (DRM) untuk
mengaplikasikan pembelajaran secara praktikal dalam memenuhi keperluan
kursus yang diambil sepanjang tiga tahun pengajian dalam program tersebut di
PNS. RSM diuruskan sepenuhnya oleh pelajar bermula sesi Jun 2016.
Pada sesi Jun 2018, RSM dijenamakan semula nama KODAI.MY
dengan tagline yang lebih segar iaitu "Engaging Minds, Empowering Success"
dan dipilih sebagai projek khas tahun 2019 oleh JPPKK yang dikategorikan
sebagai potential IR4.0 Flagships untuk merealisasikan kewujudan Retail
Simulation Store (RSS) 2.0 dan melaksanakan kaedah cashless payment melalui
Maybank QRPay dan e-commerce website iaitu KODAI.MY sendiri.
Bermodalkan RM5,000 pada awal semester, KODAI.MY telah menjana hasil
jualan hampir RM100,000.00 pada tahun 2018 dengan purata pendapatan
RM1,000 sehari dengan menjual pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan.
Dalam masa yang sama melaksanakan kolaborasi dengan pihak industri
antaranya Maybank, HomePro, MyKopie FAMA, Cosmoderm dan POS

82

Malaysia. KODAI.MY menjadi tempat latihan terbaik kepada pelajar yang
menyediakan peluang memperoleh kemahiran dan pengalaman melalui
Learning Factory yang diwujudkan dalam Politeknik tanpa perlu menjalani
latihan industri luar.

5.2.40 IP 40: Pencapaian Center of Excellence

Pusat Kecemerlangan atau Centre of Excellence (COE) merupakan pusat
rujukan dalam bidang tujahan yang memberi manfaat dan kesejahteraan kepada
komuniti, masyarakat dan industri berkaitan. COE Politeknik Nilai telah
menjadi pusat yang mengembeleng pengetahuan, kepakaran dan kemahiran
yang dimiliki oleh warga politeknik dalam bidang tujahan serta
memperkembangkan pengetahuan, perkongsian kepakaran dan amalan terbaik
melalui kerjasama strategik dengan sektor industri, awam dan akademia demi
menghasilkan impak kepada kecemerlangan organisasi dan graduan Politeknik
Nilai.

COE Politeknik Nilai telah menjadi pusat kecemerlangan yang
menyumbang kepada komuniti dan industri dalam bidang tujahan bioteknologi.
COE Politeknik Nilai menggalakkan kecemerlangan dalam bidang tujahan
melalui perkhidmatan kepakaran, penyelidikan dan inovasi, pengajaran dan
pembelajaran, seterusnya membudayakan perkongsian kepakaran,
penyelidikan, inovasi serta pengajaran dan pembelajaran berkualiti dalam
bidang bioteknologi. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
(JPPKK) telah menggariskan penilaian terhadap bidang tujahan ini berdasarkan
tujuh elemen dan mempunyai agihan pemberat pemarkahan seperti Jadual 5.4.

83

Jadual 5-4: Pemberat pemarkahan COE
Bil. Elemen Penilaian Pemberat (%)

1 Khidmat Kepakaran 20

2 Penyelidikan dan Inovasi 20

Pengajaran dan 20
3

Pembelajaran

4 Kolaborasi 10

5 Penerbitan 10

6 Pengiktirafan 10

7 Penjanaan Pendapatan 10

Jumlah 100

Rajah 5-72: Pencapaian Center of Excellence

Penubuhan bidang tujahan di Politeknik Nilai pada tahun 2016 telah
menjadi pemangkin pencapaian gemilang dalam bidang Bioteknologi di bawah
COE. Penilaian dalam pemarkahan tahap pencapaian bidang tujahan ini

84

merangkumi tujuh aspek meliputi Khidmat Kepakaran, Penyelidikan dan
Inovasi, Pengajaran dan Pembelajaran, Kolaborasi, Penerbitan, Pengiktirafan
dan Penjanaan Pendapatan telah berjaya dipertingkatkan oleh COE Politeknik
Nilai mulai tahun 2016 hingga 2018. Peratus pencapaian bidang tujahan
bioteknologi bagi Politeknik Nilai untuk tahun 2016 ialah 38%, meningkat
kepada 48% pada tahun 2017 dan peratus ini terus berkembang kepada 51%
pada tahun 2018. Pencapaian yang memberangsangkan ini di tahun ke-3
kewujudan COE di Politeknik Nilai adalah suatu perkembangan signifikan
selari dengan kegemilangannya.

Seperti di dalam
Rajah 5-72, berlaku peningkatan 51% dalam bidang Bioteknologi di
Jabatan Agroteknologi & Bioindustri Politeknik Nilai yang menawarkan
program pengajian Diploma Bioteknologi. Pemilihan bidang Bioteknologi
sebagai bidang tujahan di Politeknik Nilai sangatlah tepat kerana bidang ini
hanya ditawarkan di institusi politeknik ini sahaja di Semenanjung Malaysia.

Antara pencapaian Politeknik Nilai iaitu telah memperolehi tempat
pertama dalam Pertandingan MyAgrosis 2017 dan menggondol hadiah wang
tunai RM 5,000.00. Kejayaan yang dicapai menerusi sebahagian daripada
aktiviti bidang tujahan Bioteknologi melalui Kelab MYAGROSIS (Program
Kelab Usahawan Siswazah Tani) ditubuhkan oleh pihak FAMA di bawah
Kementerian Pertanian untuk membangunkan generasi muda hari ini bagi
melahirkan generasi muda akan datang yang berdaya saing dan maju dalam
sektor pertanian dan bioteknologi.

5.2.41 IP 41: Bilangan Program Tanggungjawab Sosial

Tanggungjawab sosial korporat atau Corporate Social
Responsibility (CSR) adalah kewajipan pengurusan dalam sesebuah organisasi
untuk melaksanakan program ataupun aktiviti yang mempunyai elemen
membantu dalam kebajikan dan kebaikan kepada masyarakat. CSR juga
merupakan salah satu program yang dilaksanakan bertujuan untuk menyokong

85

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lestari di samping memupuk
insaniah yang prihatin terhadap keadaan persekitaran setempat. Justeru,
sebanyak 38 program telah dilaksanakan oleh Politeknik Nilai sepanjang 2011
sehingga 2018 seperti Rajah 5-73.

Rajah 5-73: Bilangan program CSR 2011 – 2018
Pelaksanaan program ini antaranya telah dijalankan di peringkat
antarabangsa iaitu sebanyak 3.8% manakala selebihnya 96.2% program CSR
dijalankan dalam komuniti setempat. Program-program ini dijalankan antara
lainnya bertujuan untuk berkongsi kepakaran yang dimiliki Politeknik Nilai
dengan komuniti setempat. Antara program yang dijalankan adalah NBOS
Baikpulih rumah, Sukarelawan Ramadahan dan CSR TVET Polikasih.

86

5.2.42 IP 42: Bilangan Peserta Program Tanggungjawab Sosial

350 SEBELUM SELEPAS
300
291

250 226
200 183
Bilangan
150 128

100 96
50
53 68 33 40 55
35 14
0 0 0 0 101 4 10 16 23

0

2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018

Pelajar Tahun Staf

Rajah 5-74: Bilangan peserta Program Tanggungjawab Sosial

Rajah 5-74 menunjukkan bilangan peserta yang menyertai program
tanggungjawab sosial yang dilaksanakan sepanjang tahun 2011 sehingga 2018.
Data menunjukkan bilangan penyertaan program tanggungjawab sosial ini
bukan sahaja disertai oleh pelajar malah turut disertai oleh kakitangan PNS.
Secara keseluruhannya bilangan pelajar yang menjadi sukarelawan dalam
penganjuran aktiviti CSR ini adalah seramai 1034 orang sejak 2010 sehingga
2018. Manakala bagi kakitangan pula adalah seramai 252 orang. Sekaligus
mewujudkan kemudahan yang menyokong aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang lestari

87


Click to View FlipBook Version