5.2.43 IP 43: Bilangan Program Kelab Kebajikan & Rekreasi Kakitangan
(KKRK)
Rajah 5-75: Bilangan program Kelab Kebajikan & Rekreasi
Kakitangan (KKRK)
Indikator Pencapaian (IP) 43 adalah merujuk kepada program di bawah
Kelab Kebajikan & Rekreasi Kakitangan (KKRK) PNS sejak ditubuhkan pada
18 Januari 2016 di kampus tetap PNS. Kelab ini telah didaftarkan di bawah
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dengan no pendaftaran PPM-025-05-
18012016 dan tertakluk kepada Perlembagaan Pertubuhan.
Melalui Kelab Kakitangan PNS, program kebajikan dan rekreasi di
kalangan kakitangan serta ahli keluarga dapat digerakkan secara tersusun
dengan keupayaan kewangan menerusi sumbangan yuran ahli. Selain itu juga,
kelab boleh melaksanakan aktiviti yang menjana sumber kewangan yang
seterusnya memberikan faedah kepada ahli-ahlinya secara kolektif. Justeru,
pengurusan Politeknik Nilai menggalakkan penubuhan kelab seumpamanya.
Pada tahun 2018, keahlian KKRK telah menjangkau kepada 200 orang ahli
berbanding tahun sebelumnya yang hanya seramai 170 orang.
Merujuk kepada IP43, bilangan program di bawah KKRK semakin
meningkat sejak ditubuhkan pada tahun 2016 hingga tahun 2018, ini
88
berdasarkan kepada penambahan staf di PNS. Pelbagai usaha dan
penambahbaikan dilakukan untuk memantapkan program KKRK dari semasa
kesemasa demi kebajikan ahli KKRK.
Pada tahun 2018, sejumlah 12 program telah dilaksanakan oleh KKRK
melalui program latihan, sukan, khidmat masyarakat, ilmiah (ceramah, taklimat,
bengkel, kelas dan kursus), keusahawanan, pameran dan kebudayaan. Semua
program tersebut mempunyai elemen-elemen membantu dalam kebajikan dan
kebaikan kepada ahli KKRK. Pelaksanaan program ini antaranya dijalankan di
peringkat antarabangsa dan komuniti setempat selain di dalam politeknik.
Antara program yang dijalankan adalah Program Prihatin Kemanusiaan di
Kemboja-Vietnam, Sumbangan Wakaf Telekung dan Kursus Umrah/Haji.
Peningkatan pelaksanaan program bertambah berbanding Tahun 2016 sebanyak
2 program dan tahun 2017 sebanyak 7 program.
5.2.44 IP 44: Bilangan Bayi, Kanak-Kanak dan Pekerja Di Nurseri
Pusat asuhan ataupun taska telah beroperasi di Politeknik Nilai bermula
Januari 2013. Penubuhan taska ini adalah sejajar dengan kerajaan untuk menjaga
kebajikan penjawat awam. Taska Politeknik Nilai ditubuhkan adalah untuk
menyediakan pendidikan awal kanak-kanak yang komprehensif selaras dengan
keperluan dan potensi kanak-kanak khususnya kepada anak-anak kakitangan
Politeknik Nilai. Selain itu penyediaan penjagaan dan didikan kanak – kanak
agar dapat membesar dalam suasana kasih sayang dan berakhlak mulia. Bermula
pada tahun 2013 sehingga 2018 berlaku pertambahan pelajar dan juga guru dari
semasa ke semasa. Berdasarkan Jadual 5-5 di bawah menunjukkan berlaku
pertambahan kanak-kanak dan juga bilangan pekerja di Taska Politeknik Nilai
bermula dari tahun 2013 sehingga 2018. Pertambahan ini sejajar dengan
pertambahan staf Politeknik Nilai.
89
Jadual 5-5: Bilangan kanak-kanak di pusat asuhan
Tahun Bil. Kanak-kanak Bil. Pekerja
2013 11 3
2014 15 4
2015 28 7
2016 28 7
2017 33 8
2018 33 8
5.2.45 IP45: Bilangan Program Pengantarabangsaan (Inbound &
Outbound)
Unit Pengantarabangsaan Politeknik Nilai, Jabatan Pendidikan
Politeknik dan Kolej Komuniti komited dalam memacu kecemerlangan
pendidikan dan latihan di politeknik melalui proses pengintegrasian
kepelbagaian budaya ke dalam fungsi pembelajaran & pengajaran (P&P),
penyelidikan dan perkhidmatan di setiap jabatan dan unit. Pelaksanaan fungsi-
fungsi tersebut adalah untuk menggiatkan sektor pendidikan dan latihan di
Politeknik Nilai dalam pelbagai bentuk kegiatan dan perkhidmatan yang boleh
mengangkat politeknik sebagai penyumbang signifikan di peringkat
antarabangsa.
Mulai tahun 2016, Politeknik Nilai telah menyahut seruan
pengantarabangsaan seiring dengan Dasar Pengantarabangsaan Politeknik
Malaysia yang berkuatkuasa pada 15 Mei 2014 yang telah ditetapkan oleh
Bahagian Koordinasi TVET Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Malaysia.
90
Rajah 5-76: Bilangan program Inbound dan Outbound
Aktiviti pengantarabangsaan di Politeknik Nilai bermula pada tahun
2016 dalam aspek memulakan dasar keterbukaan kepada lawatan dari luar
negara (inbound), agar boleh mengangkat institusi ini sebagai penyumbang
signifikan di peringkat antarabangsa. Bermula dengan 5 lawatan inbound yang
diterima pada tahun 2016 dan jumlah yang sama pada tahun 2017, angka ini
meningkat ke 10 lawatan inbound pada tahun 2018. PNS juga melaksana
lawatan ke luar negara (outbound). Terdapat peningkatan 10% dalam lawatan
inbound manakala bagi lawatan outbound berlaku peningkatan 7% pada tahun
2018; iaitu 5 lawatan outbound pada 2017 dan 7 lawatan outbound pada tahun
2018.
91
Rajah 5-77: Senarai aktiviti pengantarabangsaan
Bilangan program pengantarabangsaan di Politeknik Nilai bermula
dengan penerimaan lawatan inbound penandaarasan dari Universitas Bengkulu
Indonesia, Kemententerian Pelajaran Sri Lanka dan Universitas Trisakti
Indonesia pada tahun 2016. Ini diikuti dengan lawatan balas Politeknik Nilai ke
Universitas Bengkulu dan Universitas Trisakti pada tahun 2017. PNS juga
menerima kunjungan pelawat dari negara-negara lain iaitu dari National Skills
of Nepal, Politeknik Negeri Medan, Phranakhon Si Ayutthaya Technical
College Bangkok dan Delegasi Ethiopia.
Bilangan program pengantarabangsaan pada tahun 2018 terus
meningkat dengan penerimaan pelawat dari Nakhonsithammarat Industrial
Community Education Colleges, Politeknik Negeri Medan dan Politeknik
Negeri Batam. Perkongsian kemahiran dalam kerjasama antarabangsa
dipertingkatkan dengan kerjasama Politeknik Nilai bersama institusi luar seperti
perkongsian dalam Kursus Penyelidikan & Rekabentuk Universiti Brunei
Darussalam, Edu-Tourism Course for Donmuang Technical College, English
Languange Camp Bangkok, Seminar Kerjasama dengan Politeknik LP3I
Bandung dan Students Inbound Mobility Program, Guizhaou Polytechnic of
92
Construction, Guiyang China. Politeknik Nilai juga telah menyertai 46th
International Exhibition of Invention di Geneva, Logistician Development
Program di Bandung & Jakarta, 2nd International Conference on TVET
Research di Vietnam dan World University Taekwando Competition Pohang,
Korea.
5.2.46 IP 46: Bilangan Staf Yang Terlibat Dalam Program
Pengantarabangsaan
Rajah 5-78: Bilangan staf terlibat dalam program pengantarabangsaan
Seiring dengan kecemerlangan Politeknik Nilai, bilangan staf yang
terlibat dengan program pengantarabangsaan telah meningkat sebanyak 125%.
Bermula dengan hanya 15 orang pada tahun 2016, keterujaan staf melibatkan
diri dengan program pengantarabangsaan meningkat kepada 125 orang pada
tahun 2018 selaras dengan peningkatan aktiviti program sepanjang tahun 2018.
93
5.2.47 IP 47: Bilangan Pelajar Yang Terlibat Dalam Program
Pengantarabangsaan
Rajah 5-79: Bilangan pelajar terlibat dalam program pengantarabangsaan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 — 2025 (Pendidikan
Tinggi) PPPM (PT) meletakkan hasrat agar pendidikan tinggi Malaysia
berkembang pesat di peringkat antarabangsa. Lonjakan ke-Lapan iaitu
Keunggulan Global menfokuskan kepada meningkatkan kedudukan pendidikan
tinggi di peringkat global melalui peningkatan pengalaman pelajar
antarabangsa. Justeru, bilangan pelajar yang terlibat dalam program
pengantarabangsaan di PNS sentiasa dipertingkatkan dalam durasi tahun 2016
hingga tahun 2018. Peningkatan mendadak dari 8 orang pelajar pada tahun 2016
kepada 411 orang pelajar pada tahun 2018 (411%) membuktikan kejayaan PNS
menyumbang kepada kedudukan pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa.
Daripada aspek pengantarabangsaan, dapatlah dirumuskan bahawa enam
strategi utama pengantarabangsaan yang mendokong PPPM (PT) telah berjaya
dilaksanakan di PNS seperti berikut:
94
i. Kerjasama Antarabangsa
Berlaku peningkatan bilangan program antarabangsa di PNS, iaitu sebanyak 7%
bagi lawatan inbound dan sebanyak 7% bagi lawatan outbound sepanjang
tempoh 2016 hingga 2018. Kerjasama antarabangsa PNS dengan negara luar
meliputi Indonesia, Thailand, Nepal, Sri Lanka, Ethiopia, Vietnam, Korea,
Switzerland dan China telah berlaku dalam tempoh tahun 2016 hingga tahun
2018. Berlaku peningkatan 125% dari aspek bilangan staf dan peningkatan
411% bilangan pelajar yang terlibat dalam program pengantarabangsaan di
PNS.
ii. Persekitaran Pembelajaran Tanpa Sempadan
PNS telah mengaplikasikan suasana pembelajaran tanpa sempadan apabila telah
menganjurkan beberapa aktiviti perkongsian pengetahuan seperti English
Languange Camp di Bangkok dan Edu-Tourism Course for Donmuang
Technical College pada tahun 2018.
iii. Akses Kepada Pelajar Antarabangsa
Strategi akses kepada pelajar antarabangsa telah berjaya dilaksanakan di PNS
di mana sekumpulan pelajar dari Universitas Bengkulu telah diberi pendedahan
kepada suasana pembelajaran di dalam kampus PNS melalui kepakaran bidang
tujahan bio-teknologi pada tahun 2017 dan 2018. Perkembangan pesat ini
diteruskan dengan SEAMEO South East Asia TVET Students Exchange
Programme pada tahun berikutnya, melibatkan PNS dengan Politknik Negeri
Medan dan Universitas Islam Indonesia Yogyakarta.
iv. Pengiktirafan Antarabangsa
Aktiviti Pengantarabangsaan telah berjaya meletakkan PNS gemilang di
persada antarabangsa. Melalui Seoul International Invention Fair (SIIF) 2017
di COEX Korea Exhibition Centre Seoul, PNS berjaya merangkul tiga anugerah
95
dari 632 produk oleh 30 negara yang dipertandingkan. Melalui Pameran
Antarabangsa Inventions Geneva. Pameran ini berada di bawah naungan
Kerajaan Persekutuan Switzerland, Bandar Geneva dan Pertubuhan Harta
Intelek Sedunia (WIPO), dimana PNS juga berjaya merangkul dua (2) pingat
emas.
v. Artikulasi Program
Aktiviti Pengantarabangsaan sedang mempergiatkan strategi artikulasi program
demi peningkatan mutu pengajaran dan pembelajaran. Kerjsama PNS dengan
pihak Politeknik Bandung dan Politeknik LP3I Bandung melalui perbincangan
semasa lawatan outbound pada 2018 telah menggariskan beberapa persetujuan
awal bagi proses artikulasi program Diploma Pengurusan Logistik bagi kedua-
dua institusi
6.0 PEMERHATIAN DAN KEPUTUSAN
Pembangunan fizikal kampus Politeknik Nilai telah mewujudkan tiga bangunan utama
iaitu akademik, khidmat sokongan dan pentadbiran iaitu dengan penambahan keluasan
daripada 2288.32m2 kepada 97,409.45m2 dengan menunjukkan peningkatan 42 kali ganda.
Hasil daripada pembangunan ini telah Mengoptimakan Penggunaan Ruang Fizikal untuk PdP,
Pemantapan Modal Insan Menerusi Latihan, Mempergiat Perkongsian Pakar & Fasiliti dengan
Pihak Berkepentingan, Meningkatkan Penjanaan Kewangan dan Mengungguli Pencapaian.
Peningkatan Tahap Kepuasan terhadap Kemudahan Fizikal 110%, Peningkatan
Bilangan Program 400%, Peningkatan Bilangan Ambilan Pelajar 111%, Peningkatan Jam
Pensyarah Pelawat Industri 129%, Peningkatan Tahap Kepuasan Majikan 105%, Peningkatan
Kebolehpasaran Graduan 116%.
Peningkatan bilangan peserta Sepanjang Hayat (PSH) setahun 173%, Peningkatan
bilangan staf akademik yang memiliki sijil profesional 900%, Peningkatan bilangan staf yang
menganggotai badan profesional 335%, Peningkatan institusi yang memberi pengiktirafan,
akreditasi serta pusat pentauliahan profesional kepada PNS 100%
96
Peningkatan bilangan konsultansi (teknikal) kepada industri 100%, Peningkatan
bilangan konsultansi penyelidikan kepada staf dan pelajar 240%, Peningkatan perkongsian
fasiliti dengan pihak berkepentingan 300%, Peningkatan 100% penjanaan kewangan berjumlah
kumulatif RM1,105,042.00 menerusi sumber-sumber berikut: Akaun amanah, Sewaan
pelbagai fasiliti, (Dewan, lodge, kafeteria dll), Project Nutrient Film Technology (NFT), Pusat
Asuhan Kanak-kanak
Peningkatan bilangan produk inovasi 1400%, Peningkatan 200% mewakili 2
permohonan geran penyelidikan telah berjaya diperolehi RM136,000.00, Peningkatan bilangan
penerbitan kertas penyelidikan TVET 115% dengan penglibatan 53 orang penulis, Pencapaian
staf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa (sukan, pembelajaran digital dan
keusahawanan) 100%,
Peningkatan bilangan pelajar mencapai kejayaan peringkat kebangsaan dan
antarabangsa 500%, Peningkatan bilangan graduan menceburi bidang keusahawan 125%,
Peningkatan projek inkubator keusahawanan 500%, Peningkatan bilangan pelajar terlibat
dengan produk inovasi 117%, Peningkatan bilangan kursus blended learning 100%,
Peningkatan pencapaian Polyskills 175% (Memenangi 7 pingat di Polyskills 2018).
Peningkatan skor pencapaian Centre of Technology (CoT) 128%, Peningkatan bilangan
program pengajian yang mempunyai kolaborasi aktif dengan industri 150%, Peningkatan
bilangan program tanggungjawab sosial 250%,
Peningkatan billangan program antarabangsa (inbound dan outbound) 220%,
Peningkatan penglibatan staf dalam program antarabangsa 800%
7.0 ISU DAN MASALAH
7.1 Terdapat Kekurangan infrastruktur PdP bagi seperti:
i. Ruang kuliah yang berhawa dingin
ii. Kemudahan rujukan e – jurnal
iii. Alatan mesin terkini
iv. Perisian AUTOCAD dan INVENTOR yang terkini
97
v. Ruang santai pelajar ketika waktu antara kuliah
vi. Kemudahan Wi-Fi yang stabil bagi menyokong proses P&P secara atas talian.
vii. Ruang pakir yang sesuai dan selamat untuk kenderaan pelajar
7.2 Penginapan pelajar di asrama tidak mencukupi. Kapasiti bangunan asrama tidak
sejajar dengan bilangan pelajar.
8.0 SYOR/CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
8.1 Mengemukakan cadangan pembinaan lebih banyak ruang P&P melalui bajet RMK-12
8.2 Menambah blok asrama
8.3 Mengemukakan cadangan program dan kursus yang relevan dengan keperluan
industri 4IR yang ditawarkan oleh PNS
9.0 RUMUSAN/PENUTUP
Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang bertaraf institusi TVET, Politeknik Nilai
bertanggungjawab menyediakan sebaik mungkin kemudahan kepada pelajar-pelajar dan
kakitangannya. Objektif utama penubuhan kampus tetap ini ialah untuk mempertingkatkan
jumlah pengambilan pelajar dengan dari tahun ke tahun.
Secara keseluruhannya, tahap pencapaian impak yang dihasilkan oleh kampus tetap
Politeknik Nilai khususnya dalam aspek kemudahan pengajaran dan pembelajaran serta faktor-
faktor lain yang menyokong aktiviti PdP telah berjaya dicapai meskipun masih ada ruang yang
masih boleh dipertingkatkan. Ini jelas dapat dilihat daripada dapatan kajian dalam aspek tahap
kepuasan warga terhadap struktur fizikal bangunan Politeknik Nilai, tahap kepuasan warga,
impak kemudahan fizikal terhadap prestasi kerja dan akademik serta pencapaian dalam aktiviti
PdP.
Objektif 1 kajian ini telah menggariskan 9 IP iaitu Ruang Fizikal, Kapasiti Ruang,
Program, Staf, Ambilan Pelajar, Graduan, Kebolehpasaran Graduan, Pensyarah Pelawat
Industri dan Tahap Kepuasan. Manakala Objektif 2 menggariskan 47 IP iaitu Bilangan Kursus
Dalam Perkhidmatan Anjuran PNS, Bilangan Peserta Kursus Dalam Perkhidmatan Anjuran
98
PNS, Bilangan Program Sepanjang Hayat (PSH), Bilangan Peserta PSH, Bilangan Staf Yang
Memiliki Sijil Profesional, Bilangan Organisasi Yang Mengiktiraf PNS Sebagai Pusat Latihan
Bertauliah, Bilangan Pelajar yang Memiliki Sijil CILT, Bilangan Staf yang Menganggotai
Badan Profesional, Bilangan Konsultansi Kepada Industri, Bilangan Pensyarah & Pelajar Yang
Terlibat Dengan Konsultansi Industri, Bilangan Konsultansi Penyelidikan, Bilangan Pensyarah
& Pelajar Yang Terlibat Dengan Konsultansi Penyelidikan, Bilangan Perkongsian Fasiliti
dengan Pihak Berkepentingan, Bilangan Program Pusat Islam, Bilangan Peserta yang terlibat
dengan Program Pusat Islam, Penjanaan - Jumlah Akaun Amanah, Penjanaan - Jumlah Nilai
Sewaan Fasiliti, Penjanaan – Nutrient Film Technology (NFT), Penjanaan – Pusat Asuhan
Kanak-kanak, Pencapaian - Bilangan Produk Inovasi, Pencapaian - Bilangan Pensyarah yang
Terlibat dengan Penghasilan Produk Inovasi, Pencapaian - Bilangan Penerbitan, Pencapaian -
Bilangan Penyelidikan, Pencapaian - Bilangan Pembelajaran Digital , Pencapaian – Bilangan
Sukan, Pencapaian – Bilangan Keusahawanan , Pencapaian - Bilangan Kejohanan, Atlet &
Pingat Sukan tahun, Pencapaian – Kebudayaan, Pencapaian - Bilangan Program
Keusahawanan, Pencapaian - Bilangan Graduan yang Menjadi Usahawan, Pencapaian -
Bilangan Projek Inkubator, Pencapaian - Bilangan Produk Inovasi, Pencapaian – Pembelajaran
Digital, Pencapaian – Polyskills, Pencapaian - Bilangan Peserta Polyskills, Bilangan
Kolaborasi, Pencapaian Sukan, Perkhidmatan Pos Bergerak (POW) Di PNS, Retail Simulation
Mart (RSM – KODAI.MY), Pencapaian Center Of Technology (COT), Bilangan Program
Tanggungjawab Sosial, Bilangan Peserta Program Tanggungjawab Sosial, Bilangan Program
Kelab Kebajikan & Rekreasi Kakitangan (KKRK), Bilangan Bayi & Kanak-kanak dan Pekerja
di Nurseri, Bilangan Program Pengantarabangsaan (Inbound & Outbound), Bilangan Staf
yang terlibat dalam Program Pengantarabangsaan, Bilangan Pelajar yang terlibat dalam
Program Pengantarabangsaan.
Secara keseluruhannya tahap kepuasan kepada kemudahan fizikal projek ini telah
mencapai 88%. Ini disokong dengan pencapaian sebanyak 8 program yang ditawarkan di
Politeknik Nilai iaitu Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan, Diploma
Kewangan dan Perbankan Islam, Diploma Pengurusan Peruncitan, Diploma Sistem Maklumat
Perniagaan, Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Mekatronik, Diploma
Landskap Hortikultur dan Diploma Bioteknologi. Kesemua program ini telah memberi impak
kepada 979 orang ambilan pelajar dan kebolehpasaran sebanyak 98.5% di mana 5% adalah
graduan yang berjaya menjadi usahawan. Pencapaian tahap kepuasan majikan terhadap
99
graduan ini telah mencapai sebanyak 84%. Ini membuktikan pembelajaran teradun telah
berlaku 100%. Segala pencapaian utama ini telah disokong oleh fasiliti yang terbaik hasil dari
projek pembangunan Politeknik Nilai ini. Politeknik Nilai telah diiktiraf oleh banyak industri
dan 4 badan akreditasi. Kejayaan ini didorong oleh 45% staf yang Berjaya memiliki sijil
professional dan 51% pencapaian Centre of Technology (COT). Selain itu, aktiviti dan budaya
penyelidikan telah disokong dengan amat baik sehingga berjaya menghasilkan 13 produk
inovasi dan 29 kertas penyelidikan TVET. Pencapaian ini tidak akan bermakna sekiranyanya
tiada penglibatan industri. Industri telah memberi pengiktirafan kepada politeknik Nilai dengan
pencapaian 150% program pengajian yang mempunyai kolaborasi bersama industri.
Pencapaian ini disokong dengan pembuktian sebanyak 517 jam pensyarah pelwat Industri di
Politeknik Nilai.
Projek pembangunan fizikal ini telah menepati tujuan asal pembinaannya serta telah
memberikan impak yang amat baik walaupun projek ini baru disiapkan kurang daripada dua
tahun pada masa itu. Tambahan pula dengan kekangan perjawatan baru dan kemudahan asas
namun KPI sebagai kampus tetap ini masih boleh dibanggakan. Dapatan kajian secara
menyeluruh menunjukan masih terdapat ruang-ruang fizikal yang boleh diperkemaskan lagi.
Isu kekurangan perjawatan dan sumber kewangan untuk penambahbaikan infrastruktur yang
lebih berkualiti adalah merupakan dua perkara utama apabila projek telah siap sepenuhnya.
Cabaran ini boleh ditangani dengan menyediakan satu pelan strategik komprehensif dan proses
penambahbaikan ke atas projek ini perlu dibuat secara berterusan, berstruktur dan sistematik.
Sehubungan itu, Kajian impak ini juga boleh dijadikan satu panduan berguna kepada
pengurusan Politeknik, khususnya di JPPKK dalam merangka strategi untuk meningkatkan
akses kepada pengajian TVET yang berkualiti khususnya di Negeri Sembilan. Hasil kajian ini
juga boleh dimanfaatkan sebagai satu platform untuk pihak JPPKK melihat semula aspek yang
perlu diberi penekanan untuk tujuan penambahbaikan. Keberhasilan Politeknik Nilai ini terus
mendapat tempat dengan penglibatan pelajar dan pensyarah menerusi pencapaian program
khidmat sosial dengan pihak luar samada di peringkat komuniti setempat, negeri, negara dan
antarabangsa.
100
Kesimpulannya, semua dapatan kajian impak hasil pembangunan fizikal kampus tetap
Politeknik Nilai telah memberi manfaat berguna kepada semua pihak dan boleh dijadikan
sumber rujukan untuk kajian-kajian lanjutan di masa akan datang.
101
LAMPIRAN
102
Lampiran 1: Borang Soal Selidik
Borang A : Persepsi Pelajar Terhadap Kemudahan Fizikal Dan Perkhidmatan
yang disediakan di Politeknik Nilai
103
Borang B : Persepsi Pensyarah Terhadap Kemudahan Fizikal Dan
Perkhidmatan yang disediakan di Politeknik Nilai
104
Borang C: Persepsi Komuniti Terhadap Impak/Kesan Baik Pembangunan
Politeknik Nilai Terhadap Komuniti
105
106
Lampiran 2: Badan Profesional
107
108
Lampiran 3: Pengantarabangsaan
109
110
Lampiran 4: Keusahawanan
111
112
LAPORAN KAJIAN PENILAIAN OUTCOME 2019:
POLITEKNIK NILAI
JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ
KOMUNITI
Galeria PjH, Jln. P4W
Persiaran Perdana, Presint 4
62100 Putrajaya, Malaysia
113