INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS KOTA BHARU 16100 JALAN MAKTAB KELANTAN DARUL NAIM PENULISAN MPU3441a KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI KADET 1 NAMA NUR AMERA SYAHIRAH BINTI ISMAIL NO. K/P 031113-01-0662 ANGKA GILIRAN 2021082340490 PROGRAM PISMP AMBILAN JUN 2022 UNIT BM SK (BM9) NAMA PENSYARAH PUAN NADIMAH BINTI ISMAIL TARIKH HANTAR 20 FEBRUARI 2024
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU. BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS Nama: Nur Amera Syahirah binti Ismail Angka Giliran: 2021082340490 Kod: MPU3441a Nama Kursus: Kokurikulum-Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet 1 Pensyarah: Puan Nadimah binti Ismail Tarikh Hantar: 20 Februari 2024 Tarikh Terima diisi oleh Pensyarah: Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya Tanda tangan Pelajar: Tarikh: 20 Februari 2024 Perincian Maklum Balas Kerja Kursus Pemeriksa Moderator (Jika berkaitan) Kekuatan: Kekuatan: Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki: Tanda tangan: Tarikh: Tanda tangan: Tarikh: Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Catatan (jika ada) Tanda tangan Pelajar: Tarikh: 20 Februari 2024
PENGHARGAAN “DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG” Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmat-Nya saya dapat menyempurnakan tugasan kursus MPU3441a: Kokurikulum-Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet 1 dalam tempoh yang diberikan. Tugasan yang diamanahkan kepada saya adalah menghasilkan buku log menggunakan kaedah teknologi. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah khasnya Pensyarah Akademik Kursus MPU3441a: Puan Nadimah binti Ismail yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan serta dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin saya tidak dapat menghasilkan tugasan ini dengan sempurna. Jutaan terima kasih juga kepada siswasiswa guru seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus dan bertukar-tukar idea dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus ini. Semoga apa yang telah saya hasilkan dalam kerja kursus ini sedikit sebanyak mampu memberi manfaat kepada diri saya dan individu lain. Apa yang baik dapat dimanfaatkan dan apa yang buruk elok dijauhkan. “KAMI BANGGA MENJADI GURU”
BUKU LOG PANDU PUTERI Nur Amera Syahirah binti Ismail
BIODATA NAMA: NUR AMERA SYAHIRAH BINTI ISMAIL NO. KP: 031113-01-0662 ANGKA GILIRAN: 2021082340490 PROGRAM: PISMP JUN 2022 BM9 NO. TEL: 014-9331095 ALAMAT: NO. 24, KG. TELUK JERI DALAM, TANJUNG SEDILI, 81910 KOTA TINGGI, JOHOR. KUMPULAN: TERATAI ISI KANDUNGAN Pengurusan dan pentadbiran pasukan Prinsip asas Pandu Puteri Sejarah perkembangan dan struktur organisasi Orientasi kurikulum unit beruniform di sekolah rendah Laporan mingguan aktiviti pasukan
Pengurusan dan pentadbiran pasukan
CARTA ORGANISASI PPPM Penaung Diraja DYMM Raja Permaisuri Agung Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj Yang Dipertua YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dato’ Dr. Wan Ismail Timbalan Yang Dipertua DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan Tunku Soraya binti Almarhum Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah Ketua Pesuruhjaya Dato’ Yeoh Soo Keng Pesuruhjaya PP Tunas Puan Foong Poh Lin Pesuruhjaya PP Remaja Puan Hariyani binti Mohamed Pesuruhjaya PP Renjer Puan Azlul Adilah Zaghlol Pesuruhjaya PP Klover Dr. Nor Zafir binti Md Salleh Pesuruhjaya Guild Puan Lia Nazirah Abdullah Pesuruhjaya Keahlian Puan Sivagami A/P Govindasamy Pesuruhjaya Program Puan Noorzaidah binti Mohamed Noor Pesuruhjaya Latihan Puan Hindon binti Ahmad Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat Dr. Zanariah binti Ahmad Pesuruhjaya Antarabangsa Cik Goh Yue Way Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan Puan Crystal Wong
CARTA ORGANISASI PPPM Penaung YBrs. Dr. Rektor PJ Trefoil Guild Cik Maznah binti Shaari PJ Latihan Pn. Ruziaton binti Jamros PJ Program Dr. Sholehah binti Ismail PJ Keahlian Cik Luvrina binti Jamaludin PJ Antarabangsa Dr. Christina John PJ Pandu Puteri Tunas Dr. Hjh Zainab binti Nawab PJ Struktur dan Pengurusan Dr. Thirumagal a/p Nakar Salapan PJ Perhubungan dengan Masyarakat Pn. Norliza binti Samin IPG KPM YDP Cawangan Dr. Norsita binti Ali YDP Cawangan Dr. Zanariah binti Ibrahim Ketua Pesuruhjaya Cawangan Dr. Siti Rosni binti Mohamad Yusoff Timb. Ketua Pesuruhjaya Cawangan Dr. Noor Habibah binti Kaderan Setiausaha Kehormat Pn. Shahaliza binti Halim Pen. Setiausaha Kehormat Pn. Azizah binti Alias Memangku Bendahari Kehormat Dr. Noor Habibah binti Kaderan
Setiausaha Nur Insyirah binti Khairil Anuar CARTA ORGANISASI PPPM Pesuruhjaya PP IPGMKKB Puan Nadimah binti Ismail Pengerusi Nurin Aliah binti Buhari IPGM KAMPUS KOTA BHARU Naib Pengerusi Nur Arissa Azra bt Che Kamaruddin Bendahari Rabiatul Adawiyah binti Mohamad Idrus Saidi Kumpulan Teratai K: Nur Aqilah binti Aminorhudin Nur Amera Syahirah binti Ismail Nur Insyirah binti Khairil Anuar Nur Aqila Sofia binti Zamari@Zamri Nur Nabilah binti Muhammad Fauzi Nor Izzah Atirah binti Arifsham Nur Aleesya Qistina binti Zainal Abidin Nur Syazlin binti Mohammed Jarik Nurain Natul Nazihah binti Mohd Tarmizi Nurin Ilyana binti Samsudin Siti Mariyah binti Ahmad Tajudin Penasihat Puan Nurziana binti Che Hashim
Prinsip Asas Pandu Puteri
Perlembagaan Pandu Puteri Malaysia Perlembagaan ini merupakan asas pentadbiran seluruh pergerakan PPPM, sebagai sebuah pergerakan yang bebas, tidak terlibat dalam sebarang parti politik atau mana-mana badan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan, dan bercorak kependidikan untuk kanak-kanak perempuan dan gadis, berteraskan Prinsip Asas Kepanduan, yang berdasarkan nilai rohaniah dan membaktikan untuk pembelajaran kanak-kanak perempuan dan gadis menerusi kaedah-kaedah yang telah diilhamkan oleh pengasasnya seperti yang tertera di bawah. PERKARA 1- NAMA, STRUKTUR DAN LOKASI Persatuan ini dinamakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah persatuan yang tersendiri. Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. PERKARA 2- KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG Persetian PPPM: Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya: menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa, dan mematuhi Undang-Undang Kepanduan. Undang-Undang PPPM: Boleh dipercayai. Sentiasa taat dan setia. Suka menolong orang lain. Bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain. Sentiasa sopan santun. Melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar. Sentiasa menurut perintah. Bersemangat dan bergembira walaupun pada masa kesulitan. Sentiasa berjimat cermat. Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.
Keanggotaan: Keanggotaan PPPM adalah secara sukarela, dan terbuka kepada semua kanak-kanak perempuan dan gadis tanpa membezakan agama, bangsa, kerakyatan atau keadaan yang lain, dengan pembayaran yuran keanggotaan tahunan. Ahli Aktif Ahli Tidak Aktif Ahli Kehormat PERKARA 3- TUJUAN DAN OBJEKTIF Mempromosikan kepanduan, ke seluruh Malaysia, dengan tujuan memupuk perpaduan dan meningkatkan persefahaman bersama berteraskan Prinsip-Prinsip Asas; Melebarkan sasaran PPPM untuk memberikan kepada kanak-kanak perempuan dan gadis peluang-peluang latihan kendiri dalam perkembangan sifat dan watak, kerakyatan yang bertanggungjawab dan khidmat di dalam komuniti sendiri dan dunia; Menggalakkan persahabatan antara kanak-kanak perempuan dan gadis berbilang kaum di dalam negara dan seluruh dunia; Untuk mempromosikan kepanduan secara aktif dan melibatkan gadis di bawah umur 30 tahun dalam kedudukan pembuat keputusan di PPPM. PERKARA 4- LENCANA Lencana PPPM tiga kelopak dan bintang pecah empat belas di tengahtengahnya serta tertulis perkataan Persatuan Pandu Puteri Malaysia di dalam bulatan di sekelilingnya. Semua hak cipta dan harta intelek ke atas lencana bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
PERKARA 5- PENAUNG Dengan perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, maka Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Tugas-tugas dan tanggungjawab Penaung Diraja adalah seperti yang berikut: Mengisytiharkan pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Menandatangani dan menganugerahkan setiap Sijil Pandu Puteri Raja. Menyerikan acara-acara Persatuan Pandu Puteri Malaysia. PERKARA 6- LEMBAGA EKSEKUTIF Lembaga eksekutif PPPM ialah Lembaga Eksekutif Kebangsaan dan ditugaskan dengan pengendalian dan pengurusan PPPM antara mesyuarat Majlis Kebangsaan. 6.1 Keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan Yang Dipertua Timbalan Yang Dipertua Ketua Pesuruhjaya Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat 6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan 6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan 6.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan Yang Dipertua - Isteri Perdana Menteri Malaysia Timbalan Yang Dipertua - Tiga tahun Ketua Pesuruhjaya - Lima tahun Setiausaha Kehormat -Tiga tahun Bendahari Kehormat - Tiga tahun 6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan - Tiga tahun 6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan - Tiga tahun
6.3 Kekerapan Mesyuarat Mesyuarat diadakan sekali setiap tiga bulan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya. Timbalan Ketua Pesuruhjaya akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Ketua Pesuruhjaya. Sekiranya Timbalan Ketua Pesuruhjaya juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut. 6.4 Korum dan Kuasa Pengundian Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Eksekutif Kebangsaan adalah sah di sisi undang-undang apabila korum dua pertiga daripada ahli yang mengundi hadir. Apabila sesuau mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh dua minggu daripada tarikh asal, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kita sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti. Keputusan ke atas usul-usul yang dibawa kepada Majlis Kebangsaan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan Pembubaran PPPM memerlukan dua pertiga undi majoriti. 6.5 Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan (i) Bertindak bagi pihak Majlis Kebangsaan; (ii) Bertanggungjawab atas pengurusan PPPM; (iii) Menetapkan objektif, mengkaji semula, memimpin strategi, merangka belanjawan dan mengawasi pelaksanaan aktiviti; (iv) Memastikan dan menyelias pengurusan sumber manusia, pemilihan kakitangan dan pampasan; (v) Menghasilkan dan melaksanakan program-program untuk komunikasi berkesan; (vi) Mengkaji kecukupan dan integriti sistem laporan perakaunan; (vii) Mencalonkan Ketua Pesuruhjaya.
PERKARA 7- BADAN UNDANGAN Badan undangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Majlis Kebangsaan. Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa muktamad dalam membuat keputusan dan penggubalan polisi Persatuan Pandu Puteri Malaysia, walaupun antara mesyuarat, tanggungjawab ini boleh diturunkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. 7.1 Keanggotaan Majlis Kebangsaan Setiap cawangan dibenarkan menghantar sepuluh wakil untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan. Kesepuluh wakil tersebut perlu terdiri daripada ahli-ahli aktif yang berumur 18 tahun ke atas. Pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan (ahli Majlis Kebangsaan) Ketua Eksekutif PPPM Wakil Cawangan Guild Pandu Puteri Raja Guild Trefoil Guild Mantan Pesuruhjaya Wakil Kelab Pandu Puteri Ahli-Ahli Kehormat 7.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan Ahli Aktif akan dilantik atau dipilih oleh badan yang mereka wakili untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan selama satu tahun. Tempoh ja.atan ini boleh disambung. Jawatan yang tidak dipenuhi akan dibiarkan kosong, sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, iaitu pemilihan yang baharu akan berlangsung. Kekosongan ini tidak seharusnya dibenarkan berpanjangan lebih setahun dari tarikh jawatan tersebut dikosongkan.
7.3 Kekerapan Mesyuarat Majlis Kebangsaan akan bersidang dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap tahun tidak lewat dari tarikh 30 Jun. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan boleh diapnggil melalui permaintaan daripada satu perlima daripada ahli Majlis Kebangsaan. Permintaan ini harus dibuat secara bertulis kepada Lemabaga Eksekutif Kebangsaan. 7.4 Korum dan Kuasa Pengundian Korum akan dicapai apabila terdapat kehadiran daripada separuh, campur satu daripada jumlah ahli yang mengundi. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti. Keputusan ke atas hal-hal kewangan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti. 7.5 Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Majlis Kebangsaan (i) Memajukan tujuan dan objektif PPPM; (ii) Menetapkan polisi dan hala tuju PPPM; (iii) Memperoleh pelbagai pandangan daripada Ahli Aktif dan Ahli Tidak Aktif tentang isu-isu penting; (iv) Melantik juruaudit untuk mengaudit kunci kira-kira dan akaun-akaun tahunan PPPM dan menerima laporan kewangan laporan tahunan; (v) Memilih atau memberi persetujuan ke atas perlantikan ke Lembaga Eksekutif Kebangsaan; (vi) Mendengar dan membuat keputusan ke atas permintaan untuk menarik balik waran-waran Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya; (vii) Membuat pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini; (viii) Menerima dan meluluskan Perlembagaan Cawangan dan pindaanpindaan susulan; (ix) Membuat keputusan ke atas pembubaran PPPM.
PERKARA 8- KEWANGAN Dana PPPM diperoleh daripada: (i) kuota tahunan yang dijelaskan oleh ahli, dengan jumlah yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan. (ii) derma, sumbangan, yuran, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau sumber dan pendapatan daripada pelaburan. Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia selaras dengan polisi dan perancangan kewangan di mesyuarat Majlis Kebangsaan. Semua harta dan sumber ialah hak Persatuan Pandu Puteri Malaysia atau Persatuan Cawangan dan tidak kepada mana-mana ahli individu atau kumpulan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Harta dan sumber yang dimiliki Persatuan Cawangan akan diuruskan oleh Pemegang Amanah masing-masing. Harta dan harta tanah yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia diuruskan oleh jawatankuasa pengurusan, tetapi keputusan jangka panjang tentang penjualan atau pembiayaan harta tersebut harus dibuat oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Sukarelawan tidak akan dibayar untuk menjalankan tanggungjawab mereka, tetapi dibenarkan menerima wang perbelanjaan sekiranya dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan. Semua akaun bank yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia harus mempunyai dua penandatangan yang diberikan kuasa untuk setiap transaksi, iaitu salah seorang daripada penandatangan itu ialah Bendahari Kehormat. Jawatankuasa Kewangan, yang dipengerusikan oleh Bendahari Kehormat akan mentadbirkan dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
PERKARA 9- CAWANGAN PERSATUAN Cawangan persatuan terdiri daripada: (i) Negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu. (ii) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. (iii) Kampus/Ibu Pejabat utama Institut Pengajian Tinggi. Lembaga Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa untuk menentukan Cawangan Persatuan, dan isu-isu sokongan akan dimasukkan ke dalam Undang-Undang Kecil. Setiap Cawangan Persatuan mempunyai Perlembagaan Cawangan, yang selari dengan Perlembagaan ini. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara Perlembagaan Cawangan dan Perlembagaan ini, Perlembagaan ini akan mengatasi Perlembagaan Cawangan, namun setiap Cawangan Persatuan diberikan kuasa untuk mengkoordinasi polisi-polisi dan peraturan-peraturan Cawangan berkait dengan komposisi Lembaga Eksekutif Cawangan. Setiap Cawangan dibenarkan mencalon wakil untuk menghadiri Majlis Kebangsaan untuk tempoh yang ditetapkan. Setiap Cawangan dibenarkan membuat pencalonan untuk pemilihan Pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan. PERKARA 10- PINDAAN KE ATAS PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG KECIL Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini boleh dipinda di mesyuarat Majlis Kebangsaan melalui undian dua-pertiga daripada ahli-ahli yang hadir. Pindaan boleh dicadangkan oleh mana-mana ahli Majlis Kebangsaan atau Lembaga Eksekutif Kebangsaan pada bila-bila masa. Pindaan perlu diedarkan kepada ahli-ahli Majlis Kebangsaan empat belas hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat Majlis Kebangsaan.
PERKARA 11- PEMBUBARAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Pembubaran PPPM hanya akan berlangsung melalui satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan yang diadakan untuk tujuan ini. Korum untuk mesyuarat ini ialah du apertiga daripada ahli Majlis Kebangsaan. Cadangan untuk pembubaran harus disokong oleh dua pertiga undi majoriti daripada ahli-ahli yang hadir. Setelah Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibubarkan, sekiranya masih terdapat dana atau aset selepas semua hutang dan liabiliti dijelaskan, dana atau aset tersebut harus diagihkan seperti mana yang dipersetujui di Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan, iaitu pengundian untuk pembubaran telah berlangsung. Organisasi yang menerima dana atau aset tersebut harus mempunyai tujuan-tujuan yang sama dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Undang-undang Pandu Puteri Persetiaan Pandu Puteri Bahawa dengan sesungguhnya, Saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya, Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia, Menolong orang setiap masa dan mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri. Boleh dipercayai. Sentiasa taat dan setia. Suka menolong orang lain. Bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain. Sentiasa sopan santun. Melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar. Sentiasa menurut perintah. Bersemangat dan bergembira walaupun pada masa kesulitan. Sentiasa berjimat cermat. Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.
Lambang Pandu Puteri Cogan kata Pandu Puteri Selalu sedia
Hormat Pandu Puteri Isyarat Pandu Puteri Digunakan semasa: (i) seseorang itu diterima sebagai ahli Pandu Puteri. (ii) semasa ahli Pandu Puteri memperbaharui ikrar. Hormat Pandu Puteri ialah tabik Pandu Puteri yang dilakukan kepada Pegawai Pandu Puteri seperti pemimpin, ketua dan juga sesama ahli kumpulan. Ia juga diberi kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi. Cara membuat isyarat: (i) Ahli Pandu Puteri berada dalam kedudukan sedia. (ii) Tangan kanan dinaikkan ke aras bahu dan tangan kiri (disisi) dirapatkan lurus ke badan. (iii) Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25 cm dari telinga kanan.
Berjabat tangan PPM Berjabat tangan ialah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri. Pandu Puteri Malaysia menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita. Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain.
Arah kita jelas ke depan, Bendera berkibar; Tidak berlipat di dunia Harapan abadi; Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh; Selagi dunia masih ada Akan nyanyi lagu ini. Your way is clear as we march on, And see our flag on high Is never furled throughout the world For hope shall never die We must unite for what is right In friendship true and strong Until the earth in its rebirth Shall sing our song. Shall sing our song. Lagu Dunia Lagu-lagu Pandu Puteri
Kami puji, Nikmat diberi, Matahari, bintang-bintang, langit biru, Mana pergi, Hidup kami, Tuhan saksi. Thanks and prise for the day, Neath the sun, Neath the stars, Neath the sky as we go This we know, God is nigh. Lagu Taps Siang
Malam datang, Siang hilang, dari laut, dari gunung dari langit, Semua selamat, Sihat rehat, Berkat tuhan. Day is done, Gone the sun, from the sea, from the hills, from the sky, All is well, Safely rest, God is nigh. Lagu Taps Malam
Lagu Pandu Puteri Tunas Puteri Tunas bertujuan, Menolong dan berkawan. Lagu Kumpulan Berenam Siantan Siantan datang berkawan, Berani macam pahlawan Melor taat dan setia, Berusaha setiap masa. Kami bernama Kenanga, Berjasa bertenaga. Cempaka bersuka ria. Menolong orang duka. Kami Kesidang datang, Menolong pagi dan petang. Teratai nama kami, Bekerja setiap hari. Melor Kenanga Cempaka Kesidang Teratai
Bendera Pandu Puteri dikibarkan pada setiap perhimpunan Pandu Puteri peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan sekolah. Ia juga dikibarkan di Pejabat Pandu Puteri kebangsaan atau negeri. Latar belakang keseluruhan bendera berwarna biru. Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta WilayahPersekutuan di Malaysia. Lencana Pandu Puteri Malaysia berwarna emas diletakkan di tengah-tengah yang membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia. Bendera PPPM
Bendera dunia ialah bendera rasmi WAGGGS. Penggunaannya diluluskan pada tahun 1930 di Persidangan Dunia yang diadakan pada tahun itu. Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian Persetiaan. Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan. Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanakkanak di dunia. Bendera Dunia
Sejarah perkembangan dan Struktur Organisasi
SEJARAHPERKEMBANGAN WorldAssosiationGirlGuides andGirlScouts(WAGGGS) 1909 Sekumpulan remaja wanita menyertai perhimpunan pengakap di Crystal Palace. Robert Baden-Powell menubuhkan Girl Guides. Adik Baden-Powell, Agnes mengadaptasikan buku "Scouting for Boys" untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya, pergerakan Pandu Puteri dilahirkan. Pandu Puteri telah bertapak di 10 negara. Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom. Perkhemahan Sedunia yang pertama diadakan dan Buletin Dunia dikenali sebagai "Our World News" dikeluarkan. Persidangan Antarabangsa Keempat diadakan di Amerika Syarikat. 1910 1912 1918 1924 1926
SEJARAHPERKEMBANGAN WorldAssosiationGirlGuides andGirlScouts(WAGGGS) 1928 Persidangan Antarabangsa Kelima di Hungary. BadenPowell mendapatkan pendapat semua pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri yang terkenal. 15 lagi negara yang memperkenalkan kumpulan Pandu Puteri, termasuklah Brazil, China dan Estonia. Olave Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri Sedunia. Keahlian persatuan ini melebihi satu juta. Pusat Dunia pertama Our Chalet di Switzerland dibuka. Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri / Pengakap Puteri diadakan di Hungary. Pusat dunia kedua Our Ark dibuka. Perang Dunia kedua tamat dan Pandu Puteri terus berkembang pesat sehingga kini. 1930 1931 1932 1939 1945
Picnic basket or canvas bag Cooler Picnic blanket (preferably waterproof on the bottom) Picnic chairs Portable picnic table (if that's the kind of picnic you're having!) WAGGGS bermatlamat untuk mengeratkan tujuan dan fahaman prinsip WAGGGS serta M menggalakkan persahabatan antarabangsa. a tla m a t O bje k tif Bertindak sebagai urusetia yang mengendalikan dan menjalankan segala urusan harian pejabat serta kerja kepanduan dengan kakitangan daripada pelbagai B bangsa. ir o D u nia Fungsi: mengerat tali perhubungan antara ahli kepanduan. Pox Lodge di London, England. Our Chalet di Adelboden, Switzerland. Our Cabana di Cuernavaxa, Mexico. P Sangam di Poona, India. u s a t D u nia Diadakan tiga tahun sekali dengan usul-usul dasar dibentang untuk dipertimbangkan atau diluluskan dan untuk melantik AJK dunia. P ersid a n g a n D u nia WAGGGS juga mempunyai objektif untuk membentuk keperibadian, melatih ahli menjadi seorang yang berguna dan memberi khidmat kepada masyarakat. WorldAssosiationGirlGuides andGirlScouts(WAGGGS)
PPPM telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur. PPPM telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. 1917 1 5 Sejarah PPPM 2 PPPM mula mendapat perhatian dan diberi pengiktirafan rasmi oleh kerajaan dalam bentuk sokongan, kerjasama, sumbangan serta K peruntukan. etua Pengakap Lord Baden Powell dan Ketua Olave, Lady Baden Powell telah mengadakan lawatan ke Malaya. 3 4 Kegiatan kepanduan telah dihidupkan semula selepas kerajaan Jepun tamat memerintah. Beberapa orang ahli pandu puteri dan pemimpin dari PPPM telah mengambil bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat pertama kalinya. Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan negara mula digunakan. 1928 1934 1947 1957
PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan rumah Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember. 1962 6 10 Sejarah PPPM 7 Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan PPPM, gabungan PPP Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil dari pembentukan negara Malaysia pada 1963. PPPM dipilih sebagai salah satu organisasi ahli WAGGGS untuk projek International Signature Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. 8 9 Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa: PPPM semakin meningkat dan terserlah di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya, Pengurus Kepanduan dan pemimpin-pemimpin yang berpengalaman dan gigih. 1964 2004 2006 2024 Tunas Puteri > Pandu Puteri Tunas Pandu Puteri > Pandu Puteri Remaja Renjer Puteri > Pandu Puteri Renjer Kadet Puteri > Pandu Puteri Kadet
Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah
PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN UNIT BERUNIFORM: PANDU PUTERI TUNAS SEKOLAH: SK. PENGKALAN CHEPA NAMA GURU: NUR AMERA SYAHIRAH BINTI ISMAIL Bil. Bulan Pelaksanaan Program/Aktiviti Pandu Puteri Tunas 1. Januari 1. Mesyuarat agung tahunan. 2. Perlantikan jawatankuasa. • Kakak Setia • Siti Setia • Ketua pasukan • Ketua kumpulan berenam • Penolong ketua kumpulan berenam 3. Pembahagian ahli kumpulan berenam. • Teratai • Melur • Kenanga • Kesidang • Siantan • Cempaka 4. Pengenalan kepada pakaian seragam Pandu Puteri Tunas. • Tudung hitam • Baju hijau berlogo lengan panjang • Seluar panjang biru gelap • Kasut hitam • Skaf coklat dan woggle • Shoulder Flash • Lencana Dunia • Lencana Pelantikan • Lencana Kumpulan Berenam
5. Penyediaan buku log. • Biodata • Lencana Dunia • Lencana Pandu Puteri Tunas • Lambang Kumpulan Berenam • Prinsip Asas Pandu Puteri • Anugerah Topaz I • Anugerah Topaz II • Anugerah Topaz III • Skim Lencana Kecekapan 6. Prinsip Asas Pandu Puteri. • Persetiaan; • Undang-undang; • Cogan kata; • Isyarat dan hormat; • Berjabat tangan. 2. Februari 1. Melukis, mewarna logo, lencana dan bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia. • Menulis makna bendera PPPM. 2. Melukis, mewarna logo WAGGGS, lencana dan bendera Dunia. • Menulis makna bendera Dunia. 3. Bendera Malaysia dan bendera negeri. • Menulis nama bendera Malaysia. • Menyenaraikan makna bendera Malaysia. • Menamakan bendera negeri berdasarkan gambar yang diberi. Lencana Kecekapan 4. Lagu Pandu Puteri Tunas
• Lagu Ahli Baharu • Lagu Pandu Puteri Tunas • Lagu Kumpulan Sendiri • Lagu Loceng • Lagu Dunia • Lagu Taps Siang dan Taps Malam 3. Mac Lencana Kecekapan 1. Kawad dan Istiadat • Kawad asas • Lingkungan Pandu Puteri Tunas • Pow-Wow • Upacara Pelantikan • Hormat Besar Budaya dan Kreativiti 2. Penyanyi • Menyebut solfa secara menaik dan menurun. • Menyanyikan sebuah lagu pilihan sendiri dan sebuah lagu patriotik, rakyat atau tradisional. • Bertepuk tangan mengikut tempo yang dimainkan oleh guru. 4. April Lencana kecekapan 1. Sahabat Pandu Puteri Tunas • Memperkenalkan seorang sahabat yang rapat dalam Kumpulan berenam. • Bercerita pertemuan pertama dengan sahabat dan latar belakang sahabat. Cabaran dan Kecergasan 2. Simpulan • Buku Sila • Bunga Geti • Lilit Dua Simpul
• Simpul Manuk • Tindih Kasih • Lilit Balak 5. Mei Lencana kecekapan 1. Bercerita • Menyampaikan cerita berkaitan Sejarah Brownies. • Menceritakan bagaimana nama Brownies bertukar menjadi Pandu Puteri Tunas. Sains dan Teknologi 2. Gear Up • Menerangkan ktiviti berkaitan kejuruteraan. • Bagaimana aktiviti tersebut memberi pengaruh besar dalam hidup murid. • Memperkenalkan projek di Malaysia yang melibatkan bidang kejuruteraan yand dipilih dan kelebihan kepada negara. 6. Jun Agen Perubahan 1. Ahli Alam Sekitar Menanam pokok di taman sekolah. Pendedahan tentang cara penjagaan pokok yang betul. Hubungan Keluarga dan Masyarakat 2. Pencegah Kemalangan • Mempelajari cara untuk mengelakkan kemalangan berlaku dalam rumah dan luar rumah seperti di jalan raya. • Mengetahui undang-undang jalan raya. • Mengetahui dan menulis talian kecemasan dan klinik atau hospital yang berhampiran. • Menyenaraikan barang-barang yang bahaya kepada kanak-kanak.
7. Julai Cabaran dan Kecergasan 1. Pemerhati • Mengetahui nama dan menerangkan sifat fizikal pelbagai jenis flora dan fauna seperti burung, haiwan darat, haiwan laut, bunga, pokok renek, pokok besar, sayur dan buah. Hubungan Keluarga dan Masyarakat 2. Pendobi Pakaian • Belajar cara membasuh pakaian tanpa menggunakan mesin basuh. • Menyidai pakaian yang telah dibasuh. • Melipat pakaian yang telah kering. • Menyeterika uniform Pandu Puteri Tunas. 8. Ogos Budaya dan Kreativiti 1. Patriotisme • Menyanyikan lagu “Negaraku”. • Menyanyikan sebuah lagu patriotik pilihan sendiri. • Menonton filem bersejarah dan membuat ulasan. Sains dan Teknologi 2. Komputer • Menerangkan sejarah perkembangan komputer dan bahagian-bahagian komputer. • Menerangkan kepentingan komputer dalam kehidupan. • Mengaplikasikan pengalaman dan kemahiran menggunakan perisian komputer. • Menunjukkan cara melayari internet dan menggunakan e-mel. 9. September Agen Perubahan
1. Kesedaran Penggunaan Air • Menonton video tentang kesan pembaziran penggunaan air. • Memberi ulasan berkaitan video yang ditonton. • Menyenaraikan cara menggunakan air dengan cekap. Hubungan Keluarga dan Masyarakat 2. Bantu Mula • Mencuci dan merawat luka kecil. • Membuat balutan anduh kecil dan anduh besar. • Merawat terseliuh menggunakan anduh. • Membuat rawatan terbakar dan melecur ringan. 10. Oktober Hubungan Keluarga dan Masyarakat 1. Jurumasak • Menjerang air dan menyediakan minumam seperti teh, koko atau kopi. • Menanak nasi. • Menggoreng telur atau ikan. • Menyediakan masakan ringkas seperti sayursayuran. 2. Perkhemahan unit beruniform. • Masakan rimba • Kembara • Bantu mula • Gajet • Kawad kaki 11. November Budaya dan Kreativiti 1. Pembaca
• Menceritakan secara ringkas berkaitan latar belakang dan sinopsis buku yang pernah dibaca. • Membalut buku dan menerangkan cara menjaga buku agar tidak rosak. Cabaran dan Kecergasan 2. Penunggang Basikal • Menunjukkan cara menunggang basikal dengan selamat dan menggunakan brek dengan betul. • Menonton video cara mencuci basikal dan meletakkan minyak pada rantai basikal. • Menunjukkan cara mengisi angin ke dalam tayar basikal. Sains dan Teknologi 3. Origami Membuat pelbagai jenis origami seperti origami bergerak, origami 3D, origami asli. 12. Disember Hubungan Keluarga dan Masyarakat 1. Pelayan Tetamu • Menulis sepucuk surat kepada rakan atau tetamu lain untuk hadir ke majlis tertentu di rumah atau di sekolah seperti sambutan hari kemerdekaan. • Menyambut dan melayan tetamu dalam sesuatu majlis. • Menyediakan buah tangan kepada tetamu. 2. Ahli Rumah Tangga • Menyapu dan mengemop lantai. • Mengemas bilik tidur. • Mencuci pinggan mangkuk dan periuk. • Mengelap meja makan
Laporan Mingguan Aktiviti Pasukan
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN PANDU PUTERI KADET 2024 MINGGU : 1 TARIKH : 8 JANUARI 2024 HARI : ISNIN MASA : 2:30 p.m. – 4:30 p.m. TEMPAT : BILIK K39 AKTIVITI : TAKLIMAT MAKLUMAT KURSUS MPU3441a KEHADIRAN MURID: KEHADIRAN GURU : 1. Puan Nadimah binti Ismail 2. Puan Nurziana binti Che Hashim LAPORAN: Pada perjumpaan pertama bagi kursus kokurikulum unit beruniform, semua pelajar telah berkumpul di dewan NN untuk mendengar taklimat daripada penyelaras kursus. Selepas itu, kami diminta untuk bergerak ke lokasi perjumpaan unit beruniform masing-masing. Pandu Puteri Kadet telah berkumpul di bilik K39 untuk meneruskan sesi pembelajaran. Pensyarah penasihat PPK iaitu Puan Nadimah telah menerangkan kepada kami berkenaan maklumat kursus. Beliau juga telah memberi fail pakaian seragam Pandu Puteri untuk dilihat oleh kami. Kami juga telah memilih ahli jawatankuasa Pandu Puteri Kadet iaitu bagi jawatan kapten, timbalan kapten, setiausaha, naib setiausaha, bendahari, naib bendahari dan ketua bagi setiap kumpulan berenam. REFLEKSI: Perjumpaan berjalan dengan lancar dan semua pelajar memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan aktiviti. DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH : (NUR AMERA SYAHIRAH BINTI ISMAIL) (PUAN NADIMAH BINTI ISMAIL) 65/65
GAMBAR AKTIVITI PANDU PUTERI KADET MINGGU 1
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN PANDU PUTERI KADET 2024 MINGGU : 2 TARIKH : 15 JANUARI 2024 HARI : ISNIN MASA : 2:30 p.m. – 4:30 p.m. TEMPAT : BERHAMPIRAN STOR SUKAN AKTIVITI : MEMBUAT SIMPULAN KEHADIRAN MURID: KEHADIRAN GURU : 1. Puan Nadimah binti Ismail 2. Puan Nurziana binti Che Hashim LAPORAN: Perjumpaan kali kedua dimulakan dengan mendengar penerangan daripada Puan Nurziana berkenaan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut iaitu membuat enam jenis simpulan. Simpulan tersebut adalah bunga geti, tindih kasih, simpul manuk, buku sila, simpul balak dan lilit dua simpul. Setiap kumpulan mendapat satu kertas yang mengandungi simpulan yang perlu dibuat dengan fungsinya. Kumpulan yang telah siap mempelajari simpulan perlu membentangkannya di hadapan Puan Nadimah dan Puan Ziana. Setiap kumpulan akan membentangkan keenam-enam simpulan di hadapan pensyarah. Membuat simpulan adalah antara amali yang perlu dilakukan oleh setiap kadet. REFLEKSI: Perjumpaan berjalan dengan lancar dan semua pelajar memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan aktiviti. DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH : (NUR AMERA SYAHIRAH BINTI ISMAIL) (PUAN NADIMAH BINTI ISMAIL) 65/65
GAMBAR AKTIVITI PANDU PUTERI KADET MINGGU 2
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN PANDU PUTERI KADET 2024 MINGGU : 3 TARIKH : 22 JANUARI 2024 HARI : ISNIN MASA : 2:30 p.m. – 4:30 p.m. TEMPAT : DEWAN ASRAMA AKTIVITI : IKATAN DAN ANDUH KEHADIRAN MURID: KEHADIRAN GURU : 1. Puan Nadimah binti Ismail 2. Puan Nurziana binti Che Hashim LAPORAN: Aktiviti yang dijalankan pada minggu ini adalah menghasilkan empat jenis ikatan dan tiga jenis ikatan anduh. Sebelum perjumpaan diadakan, pensyarah telah mengingatkan kami supaya membawa kain anduh masing-masing sebagai persiapan untuk aktiviti ikatan anduh. Setiap kumpulan perlu memahami dan menghasilkan ikatan seraya, ikatan lilit kacang, ikatan serong dan ikatan silang. Selepas itu, kami melihat Puan Nadimah menunjukkan contoh ikatan anduh besar, ikatan anduh kecil dan ikatan anduh kepala. Kami perlu memahami ikatan anduh tersebut dan melakukannya kepada rakan sekumpulan. REFLEKSI: Perjumpaan berjalan dengan lancar dan semua pelajar memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan aktiviti. DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH : (NUR AMERA SYAHIRAH BINTI ISMAIL) (PUAN NADIMAH BINTI ISMAIL) 65/65
GAMBAR AKTIVITI PANDU PUTERI KADET MINGGU 3