LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN PANDU PUTERI KADET 2024 MINGGU : 4 TARIKH : 29 JANUARI 2024 HARI : ISNIN MASA : 2:30 p.m. – 4:30 p.m. TEMPAT : PADANG AKTIVITI : ISTIADAT LADAM KUDA DAN ISTIADAT PANDU PUTERI TUNAS KEHADIRAN MURID: KEHADIRAN GURU : 1. Puan Nadimah binti Ismail 2. Puan Nurziana binti Che Hashim LAPORAN: Pada perjumpaan kali ini, pensyarah telah meminta kami untuk berkumpul di padang. Puan Nadimah telah memberikan penerangan berkaitan istiadat ladam kuda. Kami telah melakukan isitiadat tersebut dengan bimbingan pensyarah. Kami telah menyanyi lagu dunia dalam isitiadat tersebut. Wakil PPK telah membaca doa dan memberi kata-kata hikmah. Selepas itu, kami diminta untuk menghafal lagu Pandu Puteri Tunas dan lagu kumpulan berenam untuk dinyanyikan dalam istiadat Pandu Puteri Tunas. REFLEKSI: Perjumpaan berjalan dengan lancar dan semua pelajar memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan aktiviti. DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH : (NUR AMERA SYAHIRAH BINTI ISMAIL) (PUAN NADIMAH BINTI ISMAIL) 65/65
GAMBAR AKTIVITI PANDU PUTERI KADET MINGGU 4
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN PANDU PUTERI KADET 2024 MINGGU : 5 TARIKH : 5 FEBRUARI 2024 HARI : ISNIN MASA : 2:30 p.m. – 4:30 p.m. TEMPAT : JABATAN KOKURIKULUM AKTIVITI : AMALI IKATAN DAN ANDUH KEHADIRAN MURID: KEHADIRAN GURU : 1. Puan Nadimah binti Ismail 2. Puan Nurziana binti Che Hashim LAPORAN: Pada perjumpaan kali ini, kami dikehendaki untuk melakukan amali simpulan, ikatan dan anduh. Sebelum perjumpaan diadakan, pensyarah telah memberi peringatan supaya bersedia dengan ilmu simpulan, ikatan dan anduh yang telah dipelajari pada perjumpaan yang lepas. Setiap kumpulan telah membuat persiapan terakhir sebelum dipanggil kumpulan demi kumpulan oleh Puan Nadimah dan Puan Ziana untuk melakukan amali. Kami telah melakukan amali secara individu dan diperiksa oleh pensyarah. REFLEKSI: Perjumpaan berjalan dengan lancar dan semua pelajar memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan aktiviti. DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH : (NUR AMERA SYAHIRAH BINTI ISMAIL) (PUAN NADIMAH BINTI ISMAIL) 65/65
GAMBAR AKTIVITI PANDU PUTERI KADET MINGGU 5
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN PANDU PUTERI KADET 2024 MINGGU : 6 TARIKH : 19 FEBRUARI 2024 HARI : ISNIN MASA : 2:30 p.m. – 4:30 p.m. TEMPAT : BERHAMPIRAN STOR SUKAN AKTIVITI : KAWAD ASAS DAN TAKLIMAT AMALI MASAKAN RIMBA KEHADIRAN MURID: KEHADIRAN GURU : 1. Puan Nadimah binti Ismail 2. Puan Nurziana binti Che Hashim LAPORAN: Pada perjumpaan kali ini, kami melakukan aktiviti kawad asas yang dikendalikan oleh Puan Nurziana. Terdapat sepuluh hukuman kawad kaki asas yang telah diajar iaitu masuk baris, rehatkan diri, sedia, membetulkan barisan, senang diri, kiraan nombor, melaporkan keahlian, berpusing ke kanan, kiri, belakang dan hadapan, berjalan dan berhenti serta keluar baris. Puan Nurziana telah meminta secara sukarela kumpulan yang ingin menunjukkan contoh sepuluh hukuman tersebut. Kumpulan Teratai telah menjadi sukarela untuk menunjukkan contoh tersebut. Selepas itu, kami diberi kebebasan untuk berlatih sebagai persediaan untuk ujian amali kawad kaki asas kelak. Selepas selesai kawad kaki, kami telah mendengar taklimat amali masakan rimba oleh Puan Nadimah. Puan Nadimah telah berpesan untuk menyediakan bahan masakan. Beliau juga mengigatkan bahawa kami perlu menggunakan tiga kaedah masakan iaitu rebus, panggang, dan bakar. REFLEKSI: Perjumpaan berjalan dengan lancar dan semua pelajar memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan aktiviti. DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH : (NUR AMERA SYAHIRAH BINTI ISMAIL) (PUAN NADIMAH BINTI ISMAIL) 65/65
GAMBAR AKTIVITI PANDU PUTERI KADET MINGGU 6
Sekian, , terima kasih. .