The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sjktarumugampillaisp, 2020-02-13 09:30:55

JNJK BUKU PANDUAN MATEMATIK

JNJK BUKU PANDUAN MATEMATIK

PANDUAN PENGURUSAN
MATA PELAJARAN

MATEMATIK

Sekolah Rendah
Sekolah Menengah

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
2015

Diterbitkan oleh
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3-6, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

Cetakan Pertama 2015

© Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Kementerian Pendidikan Malaysia

Semua hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan
ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula

atau disiar dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun sama ada secara
elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat izin
daripada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.



Kata Alu-Aluan

MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jemaah Nazir dan Jaminan
Kualiti (JNJK) kerana berjaya menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata
Pelajaran yang bakal digunakan sebagai panduan untuk melaksanakan program-
program kurikulum di sekolah. Usaha dan komitmen JNJK ini menggambarkan
kesungguhan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan
tranformasi pendidikan yang direncanakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025) dapat direalisasikan.
Penerbitan buku panduan seperti ini diharap dapat membantu KPM mengupayakan
kepimpinan sekolah dalam merancang, melaksana, mengawal dan menilai program
kurikulum di sekolah. Penerbitan buku ini juga dapat memperkaya koleksi rujukan
warga pendidikan dan pihak-pihak berkepentingan dalam usaha kita memastikan
kualiti pendidikan negara dapat dipertingkatkan setanding di persada antarabangsa.
Semoga kandungan yang tersedia dalam buku ini dapat dijadikan rujukan dan
dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak dan menjadi sebahagian daripada
sumbangan kita dalam usaha melahirkan modal insan holistik mengikut acuan
sendiri.
Selamat Maju Jaya.

DatO’ SERI MAHDZIr BIN KHALID

i

Kata Alu-Aluan

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perpaduan
Saya merakamkan tahniah atas daya usaha Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan
komitmen Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti dan Kementerian Pendidikan Malaysia
dalam memastikan pengurusan program kurikulum di sekolah sentiasa berada pada
landasan yang betul dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.
Saya yakin buku ini dapat memberi seribu makna kepada kita dalam meningkatkan
kualiti pendidikan di sekolah dan dijadikan rujukan untuk melonjakkan kualiti
pengurusan kurikulum seiring dengan transformasi pendidikan negara. Semoga
ilmu dan panduan, yang terkandung dalam buku ini dapat dimanfaatkan oleh warga
pendidik dalam usaha mencorakkan hala tuju dan kecemerlangan pendidikan
negara.
Saya berharap semoga usaha murni ini akan dapat mempertingkatkan kualiti
pengurusan dan pengajaran mata pelajaran di sekolah. Marilah kita sama-sama
berganding bahu merealisasikan matlamat untuk menyediakan pendidikan berkualiti
bagi melahirkan modal insan cemerlang.
Sekian, terima kasih.

DatO’ SRI Dr. KhAir Bin Mohamad Yusof

ii

Kata Alu-Aluan

KETUA NAZIR SEKOLAH

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera.

Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan
limpah kurnia-Nya, Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran dapat dihasilkan
untuk kegunaan semua sekolah di Malaysia. Saya mengucapkan tahniah dan
syabas kepada semua warga Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, khususnya Sektor
Penaziran Kurikulum yang berusaha gigih menjana idea dan berkongsi pengalaman
untuk merealisasikan penerbitan buku ini.

Penerbitan buku ini merupakan salah satu usaha Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
membantu Kementerian Pendidikan Malaysia mengekalkan tahap kecemerlangan
dan kualiti pendidikan negara agar sentiasa berada pada standard yang telah
ditetapkan. Selain itu, buku panduan ini juga merupakan salah satu usaha
peningkatan kecemerlangan dalam sistem pengurusan serta pentadbiran di sekolah
seperti yang diharapkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-
2025).

Buku panduan ini juga merupakan inisiatif Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti untuk
membantu pihak sekolah dalam usaha untuk memberi khidmat bimbingan dan
panduan pengurusan kurikulum di sekolah. Justeru, saya berharap agar buku ini
dijadikan sebahagian daripada bahan rujukan profesional yang dapat dimanfaatkan
oleh warga pendidik.

SELAMAT MAJU JAYA DAN SALAM 1MALAYSIA.
Sekian, terima kasih.

(DatO’ HAJI MAHMUD BIN KARIM)

iii

JAWATANKUASA PENERBITAN
BUKU PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN

MATEMATIK

Penasihat
Dato’ Hj. Mahmud bin Karim

Ketua Nazir Sekolah
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengerusi 1
Hjh. Normah binti Ismail KMN
Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Operasi)

Pengerusi 2
Encik Hashim bin Mohd Zin
Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Dasar)

Timbalan Pengerusi
Dr. Harery bin Abu Saad
Ketua Sektor Penaziran Kurikulum

Setiausaha
Ishak Bin Arif
Ketua Penolong Pengarah

Ahli
Dr. Marina binti Ismail (JNJK)

Khor Mui Kim (JNJK)
Baynum binti Hassan (JNJK)
Ab. Aziz bin Mat Harun (JNJK)

Aziah binti Hashim (JNJK)
Hj. Hairul Azman bin Mohd Hata (JNJK)

Wan Hazlina binti Wan Hitam (JNJK)
Zarina binti Abdullah (JNJK)

Hj. Badrul Hisham bin Abd Lemik (BPSH)
Mohd Osmira bin Mohd (BPK)
Khalid bin Ahmad Dahlan (LP)

iv

ISI KANDUNGAN

Bil Tajuk Muka Surat
Kata Alu-aluan YB Menteri Pendidikan Malaysia i
Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. ii
Kata Alu-aluan Ketua Nazir Sekolah iii
Jawatankuasa Penerbitan iv
Isi Kandungan v
Pengenalan vii
Objektif Buku Panduan Pengurusan ix

BAB 1 PROFIL MATA PELAJARAN MATEMATIK 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Matlamat Pendidikan Matematik 2
1.3 Objektif Pendidikan Matematik 6
1.4 Kandungan Kurikulum Matematik 10
1.5 Peruntukan dan Sebaran Waktu Kelas Matematik
13
BAB 2 PENGURUSAN MATA PELAJARAN 13
2.1 Pendahuluan 14
2.2 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah 15
2.3 Peranan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah 16
2.4 Peranan Panitia Mata Pelajaran Matematik 17
2.5 Peranan Pengetua atau Guru Besar 19
2.6 Peranan Ketua Panitia Matematik 19
2.7 Peranan Setiausaha Panitia Matematik 21
2.8 Peranan Guru Mata Pelajaran Matematik 21
2.9 Pengurusan Mesyuarat Panitia Matematik 23
2.10 Pengurusan Pemberian Bantuan Geran Per Kapita 24
2.11 Program Perkembangan Staf 25
2.12 Pengurusan Fail atau Dokumen 25
2.13 Pengurusan Bilik Khas Matematik
2.14 Pengurusan Persatuan Matematik 27
29
BAB 3 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
3.1 Pendahuluan
3.2 Aspek Pengajaran dan Pembelajaran

v

3.3 Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran dan 38

Pembelajaran Matematik

3.4 Penerapan Elemen dalam Pengajaran dan pembelajaran 43



BAB 4 PENTAKSIRAN

4.1 Pendahuluan 50

4.2 Peperiksaan Awam 50

4.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah 52

4.4 Pentaksiran Sekolah bagi Matematik 59

4.5 Kerja Projek Matematik Tambahan 62

4.6 Garis Panduan Am Mengenai Pelaksanaan Kerja Projek 63

Matematik Tambahan



BAB 5 PENYELIAAN

5.1 Pendahuluan 66

5.2 Tujuan Penyeliaan 66

5.3 Bidang Penyeliaan 67

5.4 Prinsip Penyeliaan 69

5.5 Peringkat Penyeliaan 69

5.6 Tindakan Penambahbaikan 71



RUJUKAN 72



vi

PENGENALAN

Visi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah “Pendidikan Berkualiti Insan
Terdidik Negara Sejahtera”. Pendidikan di Malaysia bertujuan membangun potensi
individu melalui pendidikan berkualiti dengan cara menyediakan generasi yang
berkeupayaan berfikir dan warga negara beriltizam. KPM secara berterusan
menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah
melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi
cabaran semasa dan masa depan.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

VISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi

Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

VISI JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI
JNJK Institusi Pemastian Standard Kualiti Pendidikan Berwibawa

MISI JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI
Menaziri dan Mempertingkatkan Kualiti Pendidikan di Institusi Pendidikan Secara

Profesional, Berkualiti dan Beretika.

vii

OBJEKTIF JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI
i. Meningkatkan keupayaan JNJK, mengesan tahap kualiti pengajaran

dan pembelajaran di institusi pendidikan, melakukan pelbagai aktiviti
penaziran;
ii. Meningkatkan keupayaan pengurusan institusi pendidikan supaya
menjadi efektif dan cekap;
iii. Mewujud dan menggalakkan kerjasama dalam kalangan semua pihak
dalam bidang pendidikan;
iv. Menyalurkan maklumat penaziran melalui sistem rangkaian maklumat
yang cekap dan berkesan;
v. Menggiatkan program peningkatan kecekapan Nazir Sekolah secara
berterusan dalam bidang penaziran; dan
vi. Menjalinkan hubungan kerja yang erat dengan jabatan pendidikan negeri
dan pejabat pendidikan bahagian/ daerah bagi memastikan nasihat dan
syor-syor JNJK kepada institusi pendidikan diberi perhatian.

viii

OBJEKTIF BUKU PANDUAN PENGURUSAN
MATA PELAJARAN MATEMATIK

Objektif penyediaan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran Matematik adalah
seperti berikut:

i. Membolehkan pengetua/ guru besar mengetahui peranannya sebagai
pemimpin kurikulum yang profesional.
ii. Sebagai garis panduan untuk memudahkan pengetua dan guru besar
menjalankan penyeliaan dalam bidang pengurusan dan proses pengajaran
dan pembelajaran Matematik dengan berkesan.
iii. Membolehkan Ketua Panitia Matematik mengurus dan mentadbir panitia
dengan berkesan.
iv. Membolehkan guru mata pelajaran Matematik mengurus dan melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang dan berkesan.
v. Membantu guru bukan opsyen Matematik memahami matlamat, objektif,
pengurusan, pengelolaan dan strategi pengajaran mata pelajaran Matematik.
vi. Memberi garis panduan kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan guru
penasihat Persatuan Kokurikulum Akademik (Matematik) dalam melaksanakan
pengurusan persatuan.
vii. Mencetuskan idea kepada pihak pengurusan sekolah, ketua panitia
dan guru yang mengajar mata pelajaran Matematik tentang cara meningkatkan
penguasaan dan prestasi Matematik di sekolah.

ix

BAB 1
PROFIL MATA PELAJARAN MATEMATIK

1.1 PENDAHULUAN

Matematik merupakan salah satu bidang yang dapat mengembangkan
intelektual individu dalam membuat penaakulan logik, visualisasi ruang,
analisis dan pemikiran abstrak. Pembelajaran mata pelajaran Matematik
menyediakan peluang untuk murid melaksanakan tugasan secara kreatif dan
mengalami keseronokan apabila dapat mengetahui sesuatu yang baharu. Murid
mengembangkan kemahiran berfikir, numerasi, penaakulan dan menyelesaikan
masalah melalui aplikasi matematik. Pengalaman sedemikian meningkatkan
minat murid mempelajari mata pelajaran Matematik di luar bilik darjah dan
seterusnya di peringkat pengajian yang lebih tinggi.

1.2 MATLAMAT PENDIDIKAN MATEMATIK

Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah mulai 2011 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah bermula
pada 1988 dalam usaha melonjak sistem pendidikan negara. Kurikulum
Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi memastikan murid yang
dilahirkan oleh sistem persekolahan di negara ini memiliki pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global. Ia
merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani setiap murid. Ia juga
memberi penekanan kepada aplikasi pengetahuan dan perkembangan
pemikiran kritis, kreatif serta inovatif.

Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran
Matematik adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor,
kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah
dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik
secara berkesan dalam kehidupan harian.

1

Matlamat Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pula bertujuan
untuk membentuk individu yang berfikrah matematik, berketrampilan
mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan berkesan dan
bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah serta membuat keputusan,
supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian
dengan perkembangan sains dan teknologi.

Matlamat Matematik Tambahan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
bertujuan mempertingkatkan pengetahuan dan keupayaan matematik secara
mendalam agar murid berupaya menggunakan matematik secara berkesan
untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah, dan juga bagi memastikan
murid mempunyai persediaan yang mencukupi untuk melanjutkan pelajaran
serta dapat berfungsi secara produktif dalam kerjaya berkaitan dengan sains
dan teknologi.

1.3 OBJEKTIF PENDIDIKAN MATEMATIK

Matematik Kurikulum Standard Sekolah Rendah membolehkan murid:

a. Memahami dan mengaplikasikan konsep dan kemahiran matematik
dalam pelbagai konteks.

b. Memperluas penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab
dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan
Geometri, Perkaitan dan Algebra serta Statistik dan Kebarangkalian.

c. Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan idea dalam matematik, di
antara bidang matematik dengan bidang lain dan dengan kehidupan
harian.

d. Berkomunikasi menggunakan idea matematik dengan jelas serta
penggunaan simbol dan istilah yang betul.

e. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik untuk
diaplikasikan dan membuat penyesuaian kepada pelbagai strategi bagi
menyelesaikan masalah.

2

f. Berfikir, menaakul dan membuat penerokaan secara matematik dalam
kehidupan harian.

g. Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea matematik
dan perkaitannya.

h. Menghargai dan menghayati keindahan matematik.
i. Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara efektif termasuk

teknologi maklumat dan komunikasi untuk membina kefahaman konsep
dan mengaplikasikan ilmu matematik.

Fokus pengajaran dan pembelajaran Matematik Kurikulum Standard Sekolah
Rendah memberi keutamaan kepada pemahaman dan penguasaan pengetahuan
bagi membolehkan murid mengaplikasikan konsep, prinsip dan proses matematik
yang dipelajari. Penekanan kepada aspek perkembangan pemikiran murid secara
matematik dibina dan dikembangkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah berdasarkan prinsip berikut iaitu penyelesaian masalah,
komunikasi, penaakulan, membuat perkaitan dan perwakilan serta penggunaan
teknologi dalam matematik.

Pada akhir peringkat pendidikan sekolah rendah, bersesuaian dengan tahap dan
potensi, murid hendaklah:

a. Mempunyai keupayaan intelektual yang merangkumi pemikiran rasional,
kreatif dan kritis.

b. Menguasai kemahiran mengira dan menggunakannya dalam kehidupan
seharian.

c. Menguasai kemahiran belajar dan berfikir.
d. Memiliki kualiti kepimpinan dan keyakinan diri.
e. Menunjukkan kepekaan kepada alam dan manusia.
f. Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal.
g. Memahami dan menghargai budaya.
h. Melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi.
i. Menguasai asas keusahawanan dan produktiviti.

3

j. Mengamalkan nilai-nilai murni.
k. Bersemangat patriotisme.
l. Berbakat dan kreatif.
m. Bersikap positif.

Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pula membolehkan murid:

a. Memahami definisi, konsep, hukum, prinsip dan teorem yang berkaitan
dengan Nombor, Bentuk dan Perkaitan.

b. Memperluas penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab
dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Perkaitan.

c. Menguasai kemahiran asas matematik iaitu:
i. Membuat anggaran dan penghampiran
ii. Mengukur dan membina
iii. Memungut dan mengendali data
iv. Mewakilkan dan mentafsir data
v. Mengenal perkaitan dan mewakilkannya secara matematik
vi. Menggunakan algoritma dan perkaitan
vii. Menyelesaikan masalah
viii. Membuat keputusan
d. Berkomunikasi secara matematik.
e. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam

menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
f. Menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain.
g. Menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep,

menguasai kemahiran, menyelesaikan masalah dan meneroka ilmu
matematik.
h. Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik
secara berkesan dan bertanggungjawab.
i. Bersikap positif terhadap matematik.
j. Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.

4

Fokus pengajaran dan pembelajaran Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah adalah untuk memberi murid suatu pengalaman yang mengandungi
kesepaduan antara ilmu, kemahiran, nilai dan bahasa; kesepaduan antara
tajuk mata pelajaran Matematik yang dipelajari; kesepaduan antara mata
pelajaran Matematik dengan mata pelajaran lain; dan kesepaduan antara mata
pelajaran Matematik yang dipelajari dengan pengalaman di luar bilik darjah.
Sehubungan konsep kesepaduan ini, proses pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran Matematik perlu diberikan tumpuan khas dalam aspek
keseimbangan di antara kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran,
penggunaan matematik dalam situasi sebenar, memperkembangkan
kemahiran penyelesaian masalah, memperkenalkan sejarah matematik,
memupuk nilai murni masyarakat Malaysia dan mempertingkatkan penggunaan
dan penguasaan bahasa Melayu.

Matematik Tambahan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pula
membolehkan murid:
a. Memperluas ketrampilan dalam bidang Nombor, Bentuk dan Perkaitan

serta memperoleh pengetahuan dalam kalkulus, vektor dan
pengaturcaraan linear.
b. Memperkukuh kemahiran penyelesaian masalah.
c. Memperkembangkan kebolehan berfikir secara kreatif dan kritis, serta
menaakul secara mantik.
d. Membuat kesimpulan dan pengitlakan yang munasabah berdasarkan
maklumat yang diberi.
e. Menghubungkaitkan pembelajaran Matematik dengan kegiatan harian
dan kerjaya.
f. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam
menterjemahkan dan menyelesaikan masalah kehidupan harian.
g. Menghujahkan penyelesaian dalam bahasa matematik yang tepat.
h. Menghubungkaitkan idea matematik dengan keperluan dan aktiviti
manusia.

5

i. Menggunakan perkakasan dan perisian untuk meneroka matematik.
j. Mengamalkan nilai intrinsik matematik.

Pada akhir peringkat pendidikan sekolah menengah, bersesuaian dengan tahap dan
potensi, murid hendaklah :

a. Mempunyai keupayaan intelektual.
b. Berilmu pengetahuan dan membangunkan penguasaan kemahiran.
c. Berkemahiran mengaplikasi bidang-bidang ilmu dan kemajuan teknologi

yang baharu.
d. Memperoleh kecekapan yang berfaedah kepada dirinya dan

masyarakat.
e. Berkeyakinan diri.
f. Mempunyai kesedaran terhadap persekitaran.
g. Memperlihatkan pemantapan nilai.
h. Mempunyai semangat patriotisme.
i. Memperlihatkan kemahiran membina sendiri masa depan.
j. Berdaya saing untuk diri sendiri dan keluarga.
k. Memperlihatkan ciri-ciri keprihatinan dan kemanusiaan terhadap diri

sendiri dan orang lain.
l. Sedar dan tahu tugas serta peranannya dalam masyarakat dan agama.
m. Berupaya berfikir tentang diri sendiri dan hubungannya dengan keluarga,

persekitaran, alam fizikal, kejadian alam dan Pencipta.

1.4 KANDUNGAN KURIKULUM MATEMATIK

Matematik Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Kandungan Kurikulum Matematik Sekolah Rendah dirangkumkan mengikut
empat bidang pembelajaran iaitu Nombor dan Operasi; Sukatan dan Geometri;
Perkaitan dan Algebra; dan Statistik dan Kebarangkalian.

6

NOMBOR DAN OPERASI SUKATAN DAN GEOMETRI
• Nombor Bulat • Masa dan Waktu
• Penambahan • Ukuran Panjang
• Penolakan • Jisim
• Pendaraban • Isipadu Cecair
• Pembahagian • Bentuk Tiga Dimensi
• Operasi Bergabung • Bentuk Dua Dimensi
• Pecahan
• Perpuluhan STATISTIK DAN KEBARANGKALIAN
• Wang • Perwakilan Data
• Peratus • Pengurusan Data
• Kebolehjadian
PERKAITAN DAN ALGEBRA
• Nisbah dan Kadaran
• Koordinat

Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

Kandungan Kurikulum Matematik Sekolah Menengah diatur mengikut tiga
bidang utama, iaitu: Nombor; Bentuk dan Ruang; dan Perkaitan. Konsep
matematik berkaitan bidang masing-masing diatur mengikut topik.

NOMBOR BENTUK DAN RUANG
• Nombor Bulat
• Pecahan • Ukuran Asas
• Perpuluhan • Garis dan Sudut
• Peratusan • Poligon
• Nombor Negatif • Perimeter dan Luas
• Gandaan dan Faktor • Binaan Geometri
• Kuasa Dua, Punca Kuasa Dua, Kuasa • Lokus dalam Dua Matra
• Bulatan
Tiga, Punca Kuasa Tiga • Pepejal Geometri
• Bentuk Piawai • Teorem Pythagoras
• Asas Nombor • Trigonometri
• Bearing
• Sudut Dongakan dan Sudut Tunduk
• Garis dan Satah dalam Tiga Matra
• Plan dan Dongakan
• Bumi sebagai Sfera
• Transformasi

7

PERKAITAN

• Indeks • Graf Fungsi
• Ungkapan Algebra • Kecerunan dan Luas di bawah Graf
• Rumus Algebra • Nisbah dan Perkadaran
• Persamaan Linear • Ubahan
• Ketaksamaan Linear • Matriks
• Ungkapan dan Persamaan Kuadratik • Set
• Koordinat • Penaakulan Matematik
• Garis Lurus • Statistik
• Kebarangkalian

Matematik Tambahan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

Kandungan kurikulum Matematik Tambahan disusun dalam dua pakej
pembelajaran iaitu Pakej Teras dan Pakej Elektif.

a. Pakej Teras adalah wajib dipelajari oleh semua murid dan mengandungi
lima komponen iaitu Geometri, Algebra, Kalkulus, Trigonometri dan
Statistik.

b. Pakej Elektif terdiri daripada dua pakej aplikasi iaitu Aplikasi Sains dan
Teknologi, dan Aplikasi Sains Sosial.

Murid perlu memilih hanya satu pakej aplikasi daripada Pakej Elektif
berdasarkan kecenderungan serta minat mereka. Murid yang cenderung ke
arah sains dan teknologi digalakkan untuk memilih Pakej Aplikasi Sains dan
Teknologi manakala murid yang cenderung ke arah perdagangan, sastera
dan ekonomi digalakkan untuk memilih Pakej Aplikasi Sains Sosial. Dalam
Pakej Teras, setiap komponen terdiri daripada tajuk-tajuk yang berkaitan suatu
bidang matematik. Tajuk dalam setiap komponen disusun mengikut heirarki
daripada tajuk yang mudah kepada yang lebih kompleks. Pakej Teras
mengandungi lima komponen pembelajaran.

8

GEOMETRI KALKULUS
• Geometri Koordinat • Pembezaan
• Vektor • Pengamiran

ALGEBRA TRIGONOMETRI
• Fungsi • Sukatan Membulat
• Persamaan Kuadratik • Fungsi Trigonometri
• Fungsi Kuadratik
• Persamaan Serentak STATISTIK
• Indeks Dan Logaritma • Statistik
• Janjang • Pilihatur Dan Gabungan
• Hukum Linear • Kebarangkalian Mudah
• Taburan Kebarangkalian

Pakej Elektif

Pakej Elektif mengandungi dua pakej aplikasi. Murid hanya perlu memilih satu
pakej aplikasi sahaja.

a. Pakej Aplikasi Sains dan Teknologi GERAKAN PADA GARIS LURUS
• Sesaran
PENYELESAIAN SEGITIGA • Halaju
• Petua Sinus • Pecutan
• Petua Kosinus
• Luas Segitiga

b. Pakej Aplikasi Sains Sosial GERAKAN PADA GARIS LURUS

NOMBOR INDEKS • Graf Bagi Ketaksamaan Linear
• Nombor Indeks
• Nombor Indeks Gubahan • Penyelesaian Masalah Yang
Melibatkan Pengaturcaraan
Linear

9

1.5 PERUNTUKAN DAN SEBARAN WAKTU MATA PELAJARAN MATEMATIK

Matematik Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Peruntukan waktu belajar mata pelajaran arus perdana dan pendidikan khas
(masalah pendengaran, masalah penglihatan dan masalah pembelajaran)
bagi Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) telah ditetapkan melalui Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2010 : Pelaksanaan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) Tahap I Mulai Tahun 2011 dan Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 2/2013 : Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) Tahap II Secara Berperingkat-Peringkat Mulai Tahun 2014 oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Peruntukan waktu Matematik Kurikulum Standard Sekolah Rendah dalam
kiraan minit per minggu bagi mata pelajaran Matematik murid kelas arus
perdana di SK, SJKC dan SJKT Tahap I dan Tahap II (Jadual 1).

Jadual 1: Peruntukan Waktu Matematik Kurikulum Standard Sekolah
Rendah

Tahap Waktu Seminggu Minit Minit/Minggu
Tahap I ( Tahun 1 – 3) 6 30 180
Tahap II (Tahun 4 – 6) 6 30 180

Satu waktu pengajaran dan pembelajaran di arus perdana adalah sebanyak
30 minit. Bagi pendidikan khas, masa bagi satu waktu pengajaran dan
pembelajaran adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 2013.

Dalam penyusunan jadual waktu bagi mata pelajaran Matematik, sebaran
waktu yang disyorkan adalah:
a. Sebaik-baiknya mata pelajaran Matematik diajar pada setiap hari

persekolahan.
b. Sebaran waktu mata pelajaran Matematik hendaklah seimbang dan

penjadualan tiga waktu berturut-turut tidak digalakkan.

10

c. Waktu mata pelajaran Matematik adalah lebih sesuai diadakan sebelum
waktu rehat. Walau bagaimanapun, sekolah boleh menjadualkan
kesesuaian asalkan tidak diberikan waktu terakhir lebih dari dua (2) kali
seminggu.

d. Sekolah diberi kelonggaran untuk melaksanakan jadual waktu anjal
mengikut keperluan dan kesesuaian (Jadual 2).

Jadual 2: Peruntukan dan Sebaran Waktu Anjal Mata Pelajaran
Matematik Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Mata Tahap Tahun Jumlah Sebaran Waktu Yang Disyorkan
Pelajaran 1, 2 & 3 Waktu
4, 5 & 6 Seminggu • 5 hari (4 hari waktu tunggal dan 1
Matematik I hari waktu berkembar)
II 6 waktu
(180 minit) atau
• 4 hari (2 hari waktu tunggal dan 2

hari waktu berkembar)
atau
• 3 hari (3 hari waktu berkembar)

Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dan Matematik
Tambahan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

Peruntukan waktu belajar mata pelajaran Matematik di sekolah menengah
pula terbahagi kepada dua kategori iaitu Menengah Rendah (Tingkatan 1, 2,
dan 3) dan Menengah Atas (Tingkatan 4 dan 5). Peruntukan masa bagi mata
pelajaran Matematik di sekolah menengah hendaklah mematuhi Peraturan
Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 dan Surat Pekeliling Ikhtisas yang
sedang berkuatkuasa. Peruntukan waktu mata pelajaran Matematik Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah dalam kiraan minit per minggu (Jadual 3).

Jadual 3: Peruntukan Waktu Mata Pelajaran Matematik Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah

Kategori Waktu Seminggu Minit Minit/Minggu

Menengah Rendah (Tingkatan 1– 3) 5 40 200

Menengah Atas (Tingkatan 4– 6) 5 40 200



11

Berikut adalah sebaran waktu yang disyorkan:
a. Tingkatan 1 hingga 3 dan Tingkatan 4 dan 5 yang tidak mengambil mata

pelajaran Matematik Tambahan (Elektif Kumpulan II) sebaik-baiknya
Matematik diajar pada setiap hari persekolahan.
b. Tingkatan 4 dan 5 yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan
(Elektif Kumpulan II) sebaik-baiknya mata pelajaran Matematik diajar
dalam tiga (3) atau empat (4) hari dan mata pelajaran Matematik
Tambahan dalam tiga (3) hari. Waktu kedua-dua mata pelajaran ini
hendaklah disebarkan secara seimbang supaya tidak terlalu berat pada
sesuatu hari dan juga mata pelajaran Matematik diadakan pada setiap
hari.
c. Penjadualan tiga waktu berturut-turut tidak digalakkan.
d. Waktu mata pelajaran Matematik adalah lebih sesuai diadakan sebelum
waktu rehat. Walau bagaimanapun, sekolah boleh menjadualkan
kesesuaian asalkan tidak diberikan waktu terakhir lebih dari dua (2) kali
seminggu.
e. Sekolah diberi kelonggaran untuk melaksanakan jadual waktu anjal
mengikut keperluan dan kesesuaian (Jadual 4).

Jadual 4: Peruntukan dan Sebaran Waktu Anjal mata pelajaran
Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
dan mata pelajaran Matematik Tambahan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah

Kumpulan Mata Tingkatan Jumlah Waktu Sebaran Waktu Yang Disyorkan
Teras Pelajaran 1, 2 & 3 Seminggu
4&5 • 5 hari (5 hari waktu tunggal) atau
Matematik 5 waktu • 4 hari (3 hari waktu tunggal dan 1
(Teras) (200 minit)
hari waktu berkembar)

Kelas yang Matematik 4&5 5 waktu • 5 hari (5 hari waktu tunggal) atau
mengambil (Teras) 4&5 (200 minit) • 4 hari (3 hari waktu tunggal dan 1

Elektif Matematik 5 waktu hari waktu berkembar) atau
Kumpulan II Tambahan (200 minit) • 3 hari (1 hari waktu tunggal dan 2

hari waktu berkembar)

• 4 hari (4 hari waktu tunggal) atau
• 3 hari (2 hari waktu tunggal dan 1

hari waktu berkembar)atau
• 2 hari (2 hari waktu berkembar)

12

BAB 2
PENGURUSAN MATA PELAJARAN
2.1 PENDAHULUAN
Pengurusan mata pelajaran yang baik menyumbang kepada kecemerlangan
murid dalam mata pelajaran Matematik. Pengurusan mata pelajaran yang
cemerlang akan memantapkan prestasi akademik dan sahsiah murid.
Kerjasama antara guru dalam pengurusan mata pelajaran akan dapat
meningkatkan prestasi mata pelajaran dan seterusnya melahirkan insan
yang seimbang sejajar dengan visi Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu
“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”.
2.2 JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah bertanggungjawab dalam menetapkan hala
tuju dan ketetapan yang jelas ke arah merealisasikan pendidikan cemerlang.
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah merupakan perancang dan penggerak utama
kepada aktiviti kurikulum. Carta organisasi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
adalah seperti berikut:

13

2.3 PERANAN JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

Antara peranan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah:
a. Membuat ketetapan berkenaan pelaksanaan kurikulum sekolah dengan
jelas.
b. Memastikan semua dasar dan program Kementerian Pendidikan Malaysia
dibincang dan dilaksanakan.
c. Merancang pelaksanaan program kurikulum jangka pendek dan jangka
panjang bagi menentukan pencapaian matlamat kurikulum.
d. Menyelaras dan melaksana aktiviti kurikulum untuk meningkatkan
pencapaian murid dalam kurikulum.
e. Merancang latihan/kursus perkembangan staf untuk tujuan meningkatkan
mutu pendidikan.
f. Membincangkan masalah pendidikan semasa yang dihadapi di sekolah.
g. Memantau dan menilai keberkesanan program, projek dan aktiviti
kurikulum.
h. Melaksanakan penambahbaikan terhadap program, projek dan aktiviti
kurikulum hasil daripada penilaian impak yang dijalankan.
i. Memberi ruang yang luas kepada idea baharu yang berkaitan dengan
pendidikan semasa.
j. Memastikan penubuhan panitia mata pelajaran dan mempertimbangkan
pandangan serta syor yang dikemukakan oleh panitia.
k. Memaklumkan jumlah peruntukan kewangan kepada panitia.
l. Memastikan kurikulum kebangsaan dilaksanakan dengan berkesan.
m. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dari semasa
ke semasa mengikut keperluan sekolah untuk mengesan dan menilai
pelaksanaan kurikulum kebangsaan.
n. Memastikan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dipengerusikan
oleh pengetua/ guru besar sendiri.
o. Mengutamakan perbincangan mengenai hal-hal profesional dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

14

2.4 PERANAN PANITIA MATA PELAJARAN MATEMATIK

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986: Panitia Mata Pelajaran,
semua sekolah perlu menubuhkan panitia mata pelajaran secara rasmi.
Sekolah Kurang Murid (SKM) boleh menggabungkan beberapa mata pelajaran
yang sama bidang sebagai satu panitia.

Berikut adalah antara perkara yang perlu dilaksanakan oleh panitia mata
pelajaran sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas:

a. Ketua panitia hendaklah melantik seorang setiausaha dalam kalangan
ahli panitia untuk menyediakan minit mesyuarat kepada semua ahli
panitia.
b. Memperoleh sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, dokumen
standard kurikulum, dokumen standard kurikulum dan pentaksiran dan
Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid yang terkini untuk
kegunaan ahli panitia.
c. Menyediakan rancangan pelajaran tahunan bagi tahun semasa selaras
dengan sukatan pelajaran dan bersesuaian dengan takwim sekolah.
d. Memilih dan mencadangkan buku rujukan yang sesuai kepada pentadbir
sekolah untuk keperluan guru dan murid.
e. Menyelaras soalan ujian atau instrumen pentaksiran dan menyediakan
bank soalan.
f. Menganalisis keputusan peperiksaan murid dalam setiap peperiksaan
atau pentaksiran seterusnya merancang pascanilai bagi
penambahbaikan.
g. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-kurangnya dua
kali setahun.
h. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara
formal atau tidak formal) untuk membincangkan masalah atau isu yang
berkaitan seperti strategi pengajaran dan masalah pembelajaran murid.
i. Berkongsi pengalaman dan pengetahuan baharu yang diperoleh setelah
mengikuti kursus atau seminar.

15

j. Bekerjasama dengan kelab dan persatuan di sekolah serta menjalinkan
hubungan kerja yang boleh membantu pencapaian matlamat pengajaran
dan pembelajaran.
k. Bekerjasama dan berkongsi pengalaman serta kepakaran dengan panitia
di sekolah berhampiran.
l. Bekerjasama dengan panitia lain di sekolah dalam memacu usaha ke
arah peningkatan kualiti pembelajaran murid.
m. Mengurus fail panitia dan dokumen yang berkaitan seperti minit
mesyuarat, laporan aktiviti panitia, analisis pencapaian dan penguasaan
murid dan surat menyurat.

2.5 PERANAN PENGETUA DAN GURU BESAR

Pengetua dan guru besar berperanan sebagai pemimpin kurikulum. Beliau
perlu memastikan bahawa:

a. Pelaksanaan kurikulum di sekolah mematuhi Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997.
b. Jawatankuasa Kurikulum Sekolah, Panitia Mata Pelajaran Matematik dan
jawatankuasa lain yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
Matematik ditubuhkan dan berfungsi serta mendokumentasikan dengan
kemaskini perkara seperti perancangan, pelaksanaan, pemantauan,
penilaian dan penambahbaikan.
c. Peralatan ICT, koswer, bahan bantu mengajar, bahan bantu belajar dan
bahan-bahan tambahan pendidikan dikendali secara terancang dan
digunakan secara optimum.
d. Bilik Matematik diurus dengan baik dan dimanfaatkan.
e. Pengagihan tugas mengajar dan tugas koakademik Matematik dilakukan
mengikut kelayakan dan pengalaman guru.
f. Program perkembangan staf dirancang dan dijalankan berdasarkan
keperluan yang telah dikenalpasti.

16

g. Pentaksiran yang berterusan untuk mengenal pasti tahap penguasaan
dan pencapaian murid dalam Matematik melalui pentaksiran sekolah.
h. Tindakan susulan diambil berdasarkan hasil pentaksiran.
i. Kualiti hasil kerja murid sentiasa terkawal.
j. Prestasi dan perkembangan penguasaan murid sentiasa meningkat.
k. Melaksanakan penyeliaan ke atas pengajaran dan pembelajaran guru
secara berkala dan sistematis berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil
3/1987 : Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran Di Dalam Kelas Oleh
Pengetua/ Guru Besar Sekolah.

2.6 PERANAN KETUA PANITIA MATEMATIK

Ketua Panitia Matematik bertanggungjawab terhadap pengetua/ guru besar
dalam merancang, melaksana, menyelaras, memantau, menilai, dan
menambah baik hal berkaitan mata pelajaran Matematik. Ketua Panitia
Matematik dilantik oleh pengetua/ guru besar secara rasmi berdasarkan
kekananan untuk memimpin guru mata pelajaran Matematik di bawah
tanggungjawabnya. Panitia Mata Pelajaran Matematik hendaklah dianggotai
oleh semua guru yang mengajar Matematik di sekolah.

Bagi memastikan panitia berfungsi dengan baik dan selari dengan
perkembangan pendidikan semasa, Ketua Panitia Matematik perlu:

a. Mengetuai Panitia Mata Pelajaran Matematik sekolah serta
menganggotai Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
b. Memastikan seorang daripada ahli Panitia Mata Pelajaran Matematik
dipilih sebagai Setiausaha Panitia Matematik.
c. Mempengerusikan mesyuarat Panitia Mata Pelajaran Matematik dan
memastikan minit mesyuarat disediakan dan disampaikan kepada
pengetua/ guru besar, guru penolong kanan, guru kanan mata pelajaran
dan semua ahli Panitia Mata Pelajaran Matematik.
d. Merancang dan mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa untuk
mengkaji dan mengesan pelaksanaan kurikulum.

17

e. Memastikan perbincangan mesyuarat panitia mencakupi hal-hal
pentadbiran dan hal-hal profesional seperti masalah pengajaran guru,
pembelajaran murid, prestasi penguasaan dan pencapaian murid, isu
kandungan kurikulum mata pelajaran Matematik, pedagogi mata pelajaran
Matematik yang berkesan, penggunaan sumber pendidikan, pengurusan
kelas dan strategi menangani masalah yang dihadapi oleh panitia.
f. Memperoleh sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, dokumen
standard kurikulum, dokumen standard kurikulum dan prestasi, dan
Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid terkini serta merancang,
menyedia dan menyelaras rancangan pelajaran tahunan dengan
mengambil kira takwim persekolahan semasa.
g. Memastikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1999: Penyediaan
Rekod Pengajaran dan Pembelajaran dipatuhi oleh semua guru mata
pelajaran dalam penyediaan rancangan pelajaran harian.
h. Menyelaras penyediaan soalan ujian dan peperiksaan serta menganalisis
keputusan penilaian dan pentaksiran untuk tujuan penambahbaikan.
i. Mengenal pasti, merancang dan melaksanakan program/ aktiviti
peningkatan prestasi mata pelajaran dan kegiatan koakademik.
j. Menyelaras tugasan dan jenis buku kerja serta buku nota yang akan
digunakan.
k. Menyelaras tugasan murid dengan menetapkan kuantiti, bentuk, aras
kesukaran dan kekerapan yang bersesuaian.
l. Mengenal pasti, merancang dan melaksanakan program/ aktiviti
perkembangan staf.
m. Membantu dalam merancang dan menyedia anggaran perbelanjaan
tahunan bagi mata pelajaran Matematik.
n. Memilih dan mencadangkan buku yang sesuai untuk kegunaan pusat
sumber sekolah.
o. Memastikan guru mata pelajaran Matematik menerapkan kemahiran
pembelajaran abad ke 21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT);
p. Memastikan Bilik Khas Matematik digunakan secara optimum dan
menyeluruh kepada semua murid; dan
q. Memastikan Bilik Khas Matematik sentiasa berada dalam keadaan bersih,
kemas dan selamat untuk digunakan.

18

2.7 PERANAN SETIAUSAHA PANITIA MATEMATIK

Setiausaha Panitia Matematik hendaklah membantu Ketua Panitia Matematik
dalam aspek pengurusan panitia dan pengurusan mesyuarat panitia. Beliau
juga bertanggungjawab memastikan semua dokumen panitia diurus dengan
sistematis. Bagi pengurusan mesyuarat panitia, Setiausaha Panitia Matematik
hendaklah melaksanakan tugas seperti berikut :

a. Tindakan pra mesyuarat
i. Menentukan agenda, tarikh, masa dan tempat mesyuarat; dan
ii. Menghantar kepada ahli panitia surat panggilan mesyuarat dalam
tempoh sekurang-kurangnya sepuluh (10) hari sebelum sesuatu
mesyuarat diadakan.

b. Tindakan semasa mesyuarat
Membuat catatan minit mesyuarat seperti senarai kehadiran, perkara
penting yang dibincangkan, keputusan yang dibuat dan tindakan susulan
yang perlu diambil.

c. Tindakan selepas mesyuarat
i. Penyediaan minit-minit untuk kelulusan pengerusi hendaklah
dikemukakan tidak lewat dari tiga (3) hari selepas tarikh mesyuarat
diadakan; dan
ii. Maklum balas minit patut diterima daripada ahli mesyuarat selewat-
lewatnya seminggu sebelum tarikh mesyuarat berikutnya.

2.8 PERANAN GURU MATA PELAJARAN MATEMATIK

Guru Mata Pelajaran Matematik perlu berperanan:
a. Menggunakan sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, dokumen

standard kurikulum, dokumen standard kurikulum dan prestasi, dan
Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid yang terkini.

19

b. Menyediakan rancangan pelajaran tahunan dan rancangan pelajaran
harian yang berasaskan sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran,
dokumen standard kurikulum, dokumen standard kurikulum dan prestasi
dan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid. Persediaan ini
hendaklah berdasarkan peringkat perkembangan yang sesuai dan selaras
dengan kebolehan serta keperluan murid.

c. Mengkaji dan menganalisis kaedah penyampaian supaya pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dapat dihasilkan.

d. Membantu Ketua Panitia Matematik membuat pemilihan buku rujukan
dan sumber pendidikan yang sesuai untuk proses pengajaran dan
pembelajaran.

e. Menyediakan pelbagai sumber pendidikan yang boleh digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran seperti gambar, bahan berasaskan
teknologi maklumat dan komunikasi dan sebagainya yang difikirkan
sesuai.

f. Memastikan Sudut Matematik diwujudkan di setiap bilik darjah untuk
peneguhan pengetahuan serta kemahiran murid berkaitan mata pelajaran
Matematik dan dimanfaatkan secara optimum semasa pengajaran dan
pembelajaran Matematik.

g. Menghadiri mesyuarat panitia mata pelajaran bagi merancang sesuatu
aktiviti dan menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran di
samping saling berkongsi maklumat pendidikan terkini;

h. Menghadiri mesyuarat, taklimat, seminar, bengkel dan kolokium berkaitan
mata pelajaran sama ada dianjurkan oleh panitia mata pelajaran atau
badan profesional tertentu;

i. Memberi latihan atau tugasan yang mencukupi kepada semua murid serta
memeriksa hasil kerja murid mengikut ketetapan panitia.

j. Melaksanakan Program Komuniti Pembelajaran Profesional bagi menilai
kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran serta merancang
penambahbaikan.

k. Menerapkan kemahiran pembelajaran abad ke 21 dan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi.

l. Melaksanakan aktiviti pentaksiran mengikut garis panduan yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

20

2.9 PENGURUSAN MESYUARAT PANITIA MATEMATIK

Panitia Mata Pelajaran Matematik perlu menjalankan mesyuarat secara rasmi
sebagaimana ditetapkan oleh Jawatankuasa Kurikulum Sekolah mengikut
ketetapan berikut:
a. Mengadakan mesyuarat secara berkala, sekurang-kurangnya dua

kali setahun (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986: Panitia Mata
Pelajaran). Selain itu, mesyuarat secara ad-hoc juga boleh diadakan
mengikut keperluan.
b. Mesyuarat panitia diadakan selepas mesyuarat jawatankuasa kurikulum
sekolah.
c. Perkara pentadbiran dan perkara profesional perlu dibincangkan serta
diputuskan dalam mesyuarat panitia.
d. Agenda mesyuarat sekurang-kurangnya mengandungi perkara berikut:
i. Ucapan pengerusi
ii. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
iii. Perkara berbangkit
iv. Perbincangan isu/masalah profesional
v. Hal-hal lain
e. Minit mesyuarat hendaklah disediakan dan salinannya diedarkan kepada
ahli panitia dan pihak pengurusan sekolah seperti yang ditetapkan dalam
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 2/1991: Panduan
Pengurusan Mesyuarat dan Urusan Jawatankuasa-Jawatankuasa
Kerajaan.

2.10 PENGURUSAN PEMBERIAN BANTUAN GERAN PER KAPITA

Bantuan geran per kapita (PCG) merupakan bantuan kewangan yang
diperuntukkan kepada setiap murid yang bersekolah di sekolah kerajaan atau
sekolah bantuan kerajaan. Pengetua/ guru besar hendaklah memaklumkan
kepada guru kanan mata pelajaran dan ketua panitia dalam mesyuarat
jawatankuasa pengurusan kewangan dan akaun sekolah mengenai jumlah

21

peruntukan geran per kapita yang diterima serta agihannya supaya
perancangan perbelanjaan tahunan dapat dilaksanakan dan peruntukan yang
diberikan itu dapat dimanfaatkan kepada murid sepenuhnya.

Geran per kapita yang layak dituntut terbahagi kepada dua kumpulan iaitu:
a. Geran Per Kapita Mata Pelajaran – Teras, Wajib, Tambahan & Bahasa

Asing dan Elektif
b. Geran Per Kapita Bukan Mata Pelajaran – Pusat Sumber Sekolah,

Bimbingan dan Kaunseling, Lain-lain Perbelanjaan Berulang Tahun/Khas
(LPBT/LPK) Sekolah dan LPBT/LPK Asrama

Panitia Mata Pelajaran Matematik perlu merancang peruntukan geran per kapita
bagi mencapai maksud perbelanjaan seperti yang digariskan dalam Surat
Pekeliling Kewangan Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan
Peruntukan Bantuan Persekolahan Ke Sekolah Berdasarkan Per Kapita
dan Enrolmen Murid dan Pindaan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8/ 2012
bertarikh 17 Jun 2013 serta pekeliling yang sedang berkuat kuasa. Maksud
perbelanjaan seperti yang terdapat dalam surat pekeliling berkenaan adalah:

a. Pembelian inventori dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran.

b. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, cakera padat dan bahan-
bahan lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

c. Penyelenggaraan dan pembaikan inventori dan harta modal yang
digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

d. Keceriaan berunsurkan pendidikan seperti taman sains, taman herba dan
sebagainya yang boleh memberi pengukuhan kepada program pengajaran
dan pembelajaran.

e. Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan
kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti
persekolahan atau hari persekolahan.

22

f. Perolehan harta modal dibenarkan tetapi hendaklah dibincangkan dan
dipersetujui oleh ketua bidang atau ketua panitia dan diluluskan oleh
pengetua sekolah. Pembelian hendaklah mematuhi peraturan dan
ketetapan semasa.

g. Bagi perolehan teknologi maklumat dan komunikasi, sekolah hendaklah
mematuhi tatacara perolehan teknologi maklumat dan komunikasi yang
sedang berkuat kuasa.

h. Perolehan harta modal yang melebihi kadar yang ditetapkan perlu
mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Ketua Pusat
Tanggungjawab.

Berdasarkan Pindaan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8/2012, maksud
perbelanjaan geran per kapita diperluas seperti berikut:

a. Bayaran elaun penceramah dibenarkan menggunakan peruntukan geran
per kapita mata pelajaran.

b. Pembelian inventori dibenarkan menggunakan peruntukan LPBT sekolah
dan LPBT asrama.

c. Perbelanjaan bagi penyediaan makan minum ahli mesyuarat pentadbiran
dan pengurusan sekolah/ asrama dibenarkan menggunakan peruntukan
LPBT sekolah atau LPBT asrama.

d. Bayaran balik tambang pengangkutan kepada guru, warden atau
kakitangan sekolah bagi urusan kecemasan berdasarkan kelayakan
tambang teksi dibenarkan menggunakan peruntukan LPBT sekolah atau
LPBT asrama.

2.11 PROGRAM PERKEMBANGAN STAF

Program perkembangan staf perlu dirancang dan dilaksanakan untuk
mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran guru. Antara perkara yang
perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

23

a. Mengenal pasti bidang yang memerlukan peningkatan melalui kajian
keperluan atau analisis SWOT (strength, weaknesses, opportunity,
threat) bagi merancang perkembangan staf.

b. Mengenal pasti dan mengesyorkan kepada pihak pengurusan supaya
menghantar guru menghadiri kursus, seminar atau persidangan berkaitan
pengajaran dan pembelajaran.

c. Menggunakan kepakaran guru sedia ada bagi menjalankan kursus
dalaman peringkat panitia.

d. Menjemput pakar berkaitan mata pelajaran Matematik dari luar untuk
memberi ceramah kepada guru supaya mereka memperoleh idea-idea
dan pendekatan baharu.

e. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan terhadap sesuatu
program/ aktiviti yang dijalankan.

Guru mata pelajaran Matematik juga digalakkan melaksanakan perkara
berikut bagi meningkatkan tahap profesionalisme dan perkongsian ilmu:

a. Menjadi ahli Persatuan Matematik dan Persatuan Pendidikan
Matematik di peringkat daerah/ negeri/ kebangsaan.

b. Menulis artikel berhubung dengan pendidikan Matematik untuk
diterbitkan dalam majalah sekolah, jurnal pendidikan, majalah/ berita
Matematik dan lain-lain.

c. Membaca buku/ majalah/ artikel berkaitan dengan pendidikan
Matematik.

d. Perkongsian ilmu dan kemahiran dengan guru, murid dan institusi
pendidikan lain.

2.12 PENGURUSAN FAIL ATAU DOKUMEN

Panitia Mata Pelajaran Matematik hendaklah mewujudkan fail rasmi untuk
menyimpan dokumen mata pelajaran Matematik. Dokumen hendaklah diurus
dengan sistematik, kemas kini serta mudah diakses. Kemudahan teknologi

24

maklumat dan komunikasi boleh digunakan untuk menyimpan data dan
maklumat panitia.

2.13 PENGURUSAN BILIK KHAS MATEMATIK

Guru mata pelajaran Matematik yang dipertanggungjawabkan mengurus Bilik
Khas Matematik perlu:
a. Memastikan Bilik Khas Matematik dapat berfungsi dengan efektif.
b. Memastikan Bilik Khas Matematik sentiasa bersih dan kemas untuk

digunakan.
c. Menggunakan sepenuhnya kemudahan yang disediakan di Bilik Khas

Matematik untuk proses pengajaran dan pembelajaran serta kegiatan
persatuan.
d. Menyediakan panduan penggunaan Bilik Khas Matematik serta
memastikan peraturan penggunaannya dipatuhi.
e. Merekodkan penggunaan Bilik Khas Matematik serta mengemas kini
penggunaannya dan memastikan aspek keselamatan diberi perhatian
sewajarnya.

2.14 PENGURUSAN PERSATUAN MATEMATIK

Penubuhan Persatuan Matematik adalah bertujuan untuk pengukuhan,
pengayaan dan meluaskan pengetahuan serta meningkatkan minat murid
dalam mata pelajaran Matematik. Oleh itu, program yang berfaedah dan
menarik minat murid perlu dirancang.

Persatuan Matematik perlu merancang aktiviti yang ada hubung kait dengan
pencapaian objektif mata pelajaran Matematik dan menjalankannya pada
masa tertentu di luar bilik darjah. Aktiviti ini boleh mengukuhkan kefahaman
serta penguasaan murid di samping menimbulkan minat dalam mata pelajaran
Matematik. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan seperti G Math, Sudoku,
Jejak Matematik (Treasure Hunts), Bengkel GeoGebra, Lawatan Sambil

25

Belajar, Bengkel Kalkulator Grafik, Kuiz/ Pertandingan Matematik, Rekreasi/
Permainan Matematik, Bengkel Geometer’s Sketch Pad dan Projek Matematik
(membina model, graf, carta atau laporan berdasarkan sesuatu siasatan).
Persatuan Matematik yang ditubuhkan perlu mempunyai peraturan dan
perlembagaannya. Keahlian adalah terbuka kepada semua murid yang
berminat tanpa sebarang sekatan. Struktur organisasi Persatuan Matematik
berada di bawah jawatankuasa kokurikulum sekolah dan menjadi pelengkap
kepada aktiviti Panitia Matematik.
Semua ahli jawatankuasa terdiri daripada murid yang dipilih oleh ahli dalam
mesyuarat agung tahunan. Jawatan yang diwujudkan dalam Persatuan
Matematik adalah seperti berikut:
a. Pengerusi
b. Naib Pengerusi
c. Setiausaha
d. Bendahari, dan
e. Beberapa orang ahli jawatankuasa
Persatuan dikehendaki mengadakan mesyuarat jawatankuasa dari semasa ke
semasa bergantung kepada kehendak perlembagaan dan keperluan.

26

BAB 3
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

3.1 PENDAHULUAN

Pembelajaran adalah berhubung kait dengan bagaimana murid menggunakan
pengetahuan, kemahiran dan kaedah tertentu untuk melakukan aktiviti
mendapatkan pengetahuan dan kemahiran yang baharu. Menurut Kamaruddin
(2010), pembelajaran merupakan proses yang boleh menghasilkan
perubahan tingkah laku akibat berlakunya tindak balas terhadap keadaan atau
persekitaran. Pembelajaran menggalakkan pemerolehan pengetahuan dan
kemahiran melalui satu perlakuan yang bersifat saintifik dan sistematik.
Dalam proses pembelajaran formal, ia melibatkan pelbagai tingkah laku
seperti memerhati, meninjau, membaca, menyoal, memahami, mengingati,
menyemak, merujuk, merumus, membuat keputusan dan sebagainya.

Peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan faktor utama bagi
menentukan teknik pengajaran dan bahan pembelajaran. Jean Piaget (1968)
telah mengenal pasti empat peringkat perkembangan intelek mengikut
kematangan (umur) kanak-kanak:

a. Peringkat Deria Motor (0 – 2 tahun)
b. Peringkat Pra Operasi (2 – 7 tahun). Di peringkat ini, kanak-kanak boleh

menggunakan bahasa serta berfikir secara intuitif.
c. Peringkat Operasi Konkrit (7 – 12 tahun). Di peringkat ini, kanak-kanak

berkeupayaan berfikir secara mantik melalui pengalaman konkrit.
d. Peringkat Operasi Formal (12 tahun). Di peringkat ini, kanak-kanak boleh

berfikir secara deduktif atau induktif dan dapat menggunakan mantik
(logik). Mereka boleh menggunakan simbol Matematik untuk
menggambarkan konsep asas, mengaitkan satu konsep dengan konsep
yang lain, dan menyelesaikan masalah Matematik.

27

Terdapat tiga pendekatan teori pembelajaran yang sering dibincangkan iaitu
behaviorisme, kognitif dan konstruktivisme.

a. Teori Pembelajaran Behaviorisme menekankan tentang pemerhatian
terhadap perubahan tingkah laku, kemahiran dan kebiasaan yang
dilakukan oleh murid. Ia menitikberatkan perubahan tingkah laku melalui
pengalaman yang dilalui dan tidak mengaitkan dengan proses dalaman
minda atau mental. Kawalan kelas amat penting semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Teori Pembelajaran
Behaviorisme dapat membantu guru untuk memerhatikan tingkah laku
seseorang murid, mengawal tingkah laku tersebut dan guru turut dapat
mengawal tingkah laku muridnya. Guru perlu memberikan rangsangan
seperti memberi kata pujian atau ganjaran kepada murid terutamanya
murid yang kurang minat untuk belajar. Guru boleh memberikan
peneguhan positif dalam usaha untuk menarik minat murid untuk
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dilakukan. Contoh
peneguhan positif ialah kata-kata pujian, hadiah, senyuman dan
sebagainya.

b. Teori Pembelajaran Kognitif pula berkisar melalui aktiviti berfikir,
mengingat, mengeluarkan idea dan menyelesaikan masalah. Bagaimana
maklumat diingat dan diproses serta bagaimana murid menggunakan
pengetahuannya bagi memproses cara berfikir. Pemahaman tentang teori
ini boleh membantu guru membimbing murid cara belajar dan mengingat
dengan lebih berkesan iaitu menggunakan kaedah seperti mengambil
nota, menghafal, mengingat dan melalui paparan visual. Pendekatan
pengajaran melalui teori kognitif ini memerlukan guru membuat
persediaan awal, menyusun fakta dan menerangkan secara jelas sesuatu
terma dan konsep. Pendekatan ini juga memberi peluang kepada murid
melaksanakan pembelajaran kendiri melalui strategi pembelajaran terarah
kendiri. Secara umumnya penekanan kepada pendekatan kognitif berkait
dengan apa yang berlaku dalam pemikiran murid.

28

c. Teori Pembelajaran Konstruktivisme dihubungkan dengan kaedah
bagaimana murid menggunakan sesuatu peristiwa, aktiviti dan
pengalaman mereka sebagai asas pembelajaran yang bermakna kepada
diri mereka. Pengkaji aliran konstruktivisme ini mempercayai bahawa
murid boleh mendapat dan menguasai sendiri ilmu pengetahuan dan
kemahiran melalui aktiviti tertentu. Aktiviti yang dimaksudkan adalah
pembelajaran inkuiri berasaskan masalah, pembelajaran koperatif dan
pembelajaran kolaboratif. Penekanan yang diberi melalui pendekatan
konstruktivisme ini meletakkan usaha murid sendiri dalam menguasai
pembelajaran mereka melalui pembelajaran yang berpusatkan murid dan
guru dianggap sebagai pembimbing atau pemudah cara.

Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian,
bimbingan dan penilaian. Secara ringkas, pengajaran merupakan proses untuk
menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu,
menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang murid
untuk belajar dan mencabar murid ke arah pencapaian potensi optimum.

Pengajaran yang berkesan mestilah berbentuk kreatif, menarik, tersusun dan
mempunyai perancangan yang baik dan rapi. Ianya memberi peluang kepada
murid untuk belajar secara terarah kendiri dengan menggunakan sepenuhnya
pengetahuan, kemahiran dan kreativiti mereka sendiri. Suasana riang, ceria,
hormat-menghormati dan saling mempercayai antara guru dengan murid akan
dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran.

3.2 ASPEK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
yang berkualiti untuk memperkembangkan potensi dan pencapaian murid pada
tahap optimum secara berterusan. Pengajaran dan pembelajaran Matematik

29

berbeza dengan mata pelajaran lain. Di samping kemahiran mengira yang
melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi, ia juga memerlukan
kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan menyeluruh. Aspek pengajaran
dan pembelajaran yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

a. Penglibatan Murid

Pembelajaran lebih berkesan apabila murid berasa dirinya terlibat dalam
hal yang berlaku di dalam bilik darjah. Semua murid tanpa mengira umur,
berasa seronok apabila diberi peluang melibatkan diri dalam
aktiviti pembelajaran. Penglibatan aktif murid dapat dilihat semasa
pengembangan konsep baharu, penguasaan kemahiran baharu atau
dalam aktiviti penyelesaian masalah matematik.

Murid perlu dilibatkan secara aktif dalam aktiviti pembelajaran seperti
perbincangan, soal jawab, sumbangsaran dan membuat gerakan fizikal
dengan arahan guru. Murid dapat memberikan penekanan pembelajaran
kepada pemikiran konstruktif melalui penglibatan secara aktif. Murid
juga turut digalakkan untuk berinteraksi dalam pelbagai hala secara aktif
seperti murid dengan murid, murid dengan guru dan murid dengan
bahan.

b. Penguasaan Pembelajaran Murid

Murid yang menguasai pembelajaran dapat memberi respons dengan
tepat terhadap arahan atau soalan guru. Murid yang telah menguasai
pembelajaran berupaya melakukan tugasan secara akses kendiri atau
terarah kendiri. Murid juga berupaya membimbing rakan sebaya yang
lain. Selain itu, guru perlu mencungkil pemikiran murid dengan soalan
aras tinggi agar murid berpeluang memberi pendapat, idea atau
pandangannya sendiri.

30

c. Hasil Kerja Murid

Kerja bertulis Matematik adalah latihan murid bagi memperkukuh
kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran yang telah dipelajari.
Kerja bertulis juga memberi peluang kepada murid memperoleh
pengalaman dalam penyelesaian masalah matematik yang berkaitan.
Selain itu, pencapaian objektif pengajaran guru juga dapat dikesan
melalui hasil kerja murid.

Kerja bertulis dan tugasan Matematik di sekolah perlu diberi setiap hari
sebagai aktiviti pembelajaran dalam kelas dan juga sebagai kerja rumah.
Semua jenis kerja bertulis dan tugasan murid perlu disemak oleh guru.
Guru perlu memeriksa hasil kerja murid secara konstruktif dan konsisten.
Di samping itu, guru perlu memberi komen dan motivasi kepada murid.
Guru juga perlu mengingatkan dan membuat catatan tentang kesilapan
yang kerap dilakukan oleh murid dan menegaskan bahawa murid perlu
membuat pembetulan bagi kesilapan yang dilakukan.

d. Perancangan serta Persediaan Pengajaran dan Pembelajaran


Rancangan pengajaran Matematik hendaklah mengandungi sekurang-
kurangnya dua elemen, iaitu rancangan pelajaran tahunan dan rancangan
pelajaran harian untuk memastikan guru membuat perancangan serta
persediaan pengajaran dan pembelajaran yang rapi dan berkesan.
Pengetua/ Guru Besar hendaklah memastikan guru mematuhi Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan
Pembelajaran.

Rancangan pelajaran tahunan mengandungi isi pelajaran yang ringkas
mencakupi kandungan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran
Matematik yang terkini. Rancangan pelajaran tahunan perlu disediakan
sebelum persekolahan awal tahun bermula dan disesuaikan dengan
takwim semasa sekolah. Rancangan pelajaran tahunan hendaklah

31

dibahagikan mengikut minggu persekolahan sepanjang tahun dan
mengambil kira tahap kebolehan murid mengikut keadaan dan keperluan
sekolah.

Rancangan pelajaran harian merupakan terjemahan rancangan pelajaran
tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti
objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh
mana objektif itu tercapai. Rancangan pelajaran harian hendaklah
disediakan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran.

Objektif pengajaran hendaklah dituliskan secara spesifik yang
menunjukkan perubahan tingkah laku murid. Beberapa contoh perkataan
yang sesuai digunakan untuk menulis objektif ialah menyatakan,
menyenaraikan, mengenal pasti atau menyelesaikan. Bagi memastikan
objektif pembelajaran tercapai, aktiviti yang dirancang hendaklah
mengambil kira potensi murid, peruntukan masa dan sumber
pendidikan yang ada. Selain itu, refleksi atau catatan impak digunakan
untuk mengesan sejauh mana objektif tercapai dan untuk tujuan
penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran seterusnya.

e. Kaedah Penyampaian

Pengajaran guru yang baik dan berkesan adalah disesuaikan dengan
tahap penguasaan murid. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian
oleh guru semasa menyampaikan pengajaran:

i. Mengembangkan konsep kendiri dan motivasi diri murid.
ii. Menyesuaikan gaya pengajaran dengan keperluan, minat, kemahiran

dan kebolehan murid.
iii. Memilih gaya pengajaran yang boleh membantu meningkatkan

mutu pembelajaran murid.
iv. Mengenal pasti keupayaan murid untuk mengembangkan potensi

sedia ada.

32

Berdasarkan kepada perkara di atas guru hendaklah mempelbagaikan
teknik pengajaran yang sesuai dengan kebolehan dan persekitaran
pembelajaran murid. Guru juga perlu memahami tahap kecerdasan
muridnya. Menurut Howard Gardner (2000), terdapat lapan jenis
kecerdasan iaitu:

i. Kecerdasan Verbal – Sensitif kepada bunyi, irama, makna dan
fungsi bahasa, serta boleh berbahasa dengan baik.
ii. Kecerdasan Muzikal – Memahami bunyi, irama, ekspresi,
menghayati irama muzik dan kebolehan bermain alat muzik serta
nyanyian.
iii. Kecerdasan Visual – Keupayaan memahami alam yang luas dan
boleh mempengaruhi persepsi orang lain.
iv. Kecerdasan Kinestetik – Menguasai dan mengawal pergerakan
badan dan kebolehan dalam sukan serta permainan.
v. Kecerdasan Logikal – Keupayaan memahami pola logik,
berkebolehan menaakul dan suka pada angka.
vi. Kecerdasan Interpersonal – Bertindakbalas terhadap emosi,
perasaan, keinginan dan suka kepada orang lain.
vii. Kecerdasan Intrapersonal – Kebolehan merasai perasaan orang
lain dan memandu tingkah laku mereka serta memahami kekuatan,
kelemahan, keinginan dan kebolehan orang lain.
viii. Kecerdasan Naturalistik – Berupaya mengenal tumbuh-tumbuhan
dan haiwan serta meminati alam semulajadi.

Guru perlu mewujudkan kesediaan belajar dalam kalangan murid. Kaedah
pengajaran guru perlu sesuai mengikut keperluan dan keupayaan murid.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan perlu berkait
rapat dengan pengalaman atau pengetahuan murid, menarik dan
menjurus kepada pencapaian objektif pelajaran, dapat merangsang
pemikiran kreatif dan kritis serta memupuk nilai dalam kalangan murid.
Guru perlu mengamalkan prinsip-prinsip pengajaran asas (mudah
kepada kompleks, konkrit kepada abstrak) dan fleksibel mengikut situasi.

33

f. Kemahiran Komunikasi


Komunikasi yang berkesan bermaksud keupayaan atau kebolehan untuk
menerangkan sesuatu perkara dengan mudah dan senang difahami.
Komunikasi merupakan aspek yang penting dalam menyampaikan
sesuatu maklumat khususnya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Terdapat dua jenis komunikasi iaitu verbal dan non
verbal. Komunikasi verbal dapat didefinisikan sebagai komunikasi yang
melibatkan pertuturan sebagai medium untuk menyampaikan maklumat.
Komunikasi non verbal bermaksud maklumat disampaikan tanpa
menggunakan kata-kata. Tiga dimensi komunikasi non verbal guru di bilik
darjah, iaitu:

i. Tingkahlaku yang melibatkan pergerakan badan dan ekspresi wajah
yang memberi makna tertentu untuk menjelaskan dan menguatkan
maksud sesuatu.

ii. Kedudukan dan susun atur fizikal seperti kerusi, meja dan papan
putih dalam bilik darjah menggambarkan pendekatan pengajaran
guru ketika itu.

iii. Sumber pendidikan yang digunakan menggambarkan teknik
pengajaran guru ketika itu.

Komunikasi berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat
diwujudkan apabila guru berkomunikasi dengan bahasa yang betul,
mudah difahami, sebutan yang jelas, tepat serta nada suara yang sesuai.
Guru perlu berkemahiran mendengar dan memberi maklum balas yang
relevan secara lisan atau bukan lisan dengan berkesan terhadap respons
murid. Guru juga perlu memotivasikan murid dengan memberi pujian atau
galakan.

34

g. Penggunaan Sumber Pendidikan

Penggunaan pelbagai sumber pendidikan dalam pengajaran dan
pembelajaran bertujuan untuk menyokong dan memudahkan kefahaman
murid terhadap pengajaran guru. Penggunaan sumber pendidikan
mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan
meningkatkan minat murid untuk terlibat dalam pembelajaran. Selain
itu, guru juga perlu memastikan sumber pendidikan yang digunakan
bersesuaian dengan had masa, tajuk yang diajar dan menarik minat murid
serta memberi impak yang positif terhadap pembelajaran.

Guru perlu memilih atau menyediakan sumber pendidikan yang sesuai,
menarik dan merangsang pemikiran murid. Di samping itu, guru juga perlu
memberi penekanan kepada cara penggunaan yang betul dan aspek
keselamatan dalam penggunaan sumber pendidikan yang berkaitan.

h. Pentaksiran

Keberkesanan pengajaran guru boleh diukur dengan membuat
pentaksiran terhadap keupayaan murid melalui tugasan, ujian atau
peperiksaan. Guru perlu menggunakan pelbagai kaedah untuk
membuat pentaksiran bagi mengesan dan mengukur kemajuan murid
serta memastikan objektif pembelajaran tercapai. Aktiviti pentaksiran
yang berbeza perlu diberi mengikut tahap penguasaan murid. Guru
seharusnya menggunakan maklum balas penilaian formatif untuk tindakan
pembetulan atau penambahbaikan segera dalam pengajaran dan
pembelajaran.

i. Teknik Penyoalan

Teknik penyoalan yang betul dan berkesan dapat mengenal pasti
sejauh mana murid memahami sesuatu konsep dan menguasai sesuatu
kemahiran matematik. Guru perlu mengemukakan soalan yang mudah
difahami, bertumpu dan bercapah serta disebarkan ke seluruh kelas.

35

Soalan yang dikemukakan perlu meliputi pelbagai aras kognitif iaitu
mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan
mencipta serta mampu mencetus pemikiran kritis dan kreatif murid.

j. Penguasaan Isi Kandungan

Guru yang menguasai isi kandungan memberi impak yang positif kepada
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Guru dapat menyampaikan
pengajaran yang sesuai dengan objektif pelajaran dan berkemahiran
memeringkatkan isi pelajaran mengikut potensi murid. Guru dapat
menjelaskan konsep dan fakta serta memberi jawapan dengan yakin,
jelas dan tepat. Guru juga perlu menghuraikan isi pelajaran dengan
mengaitkan situasi semasa dan pengalaman murid supaya pembelajaran
menjadi lebih bermakna.

k. Pengurusan Kelas

Pengurusan kelas merangkumi pengurusan bilik darjah dan disiplin
murid yang berkesan mewujudkan suasana yang kondusif untuk proses
pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan bilik darjah yang tersusun
rapi dan terkawal akan menimbulkan suasana yang boleh menggalakkan
pembelajaran yang berkesan dalam kalangan murid. Susun atur
kedudukan murid perlu sesuai dengan aktiviti yang dilaksanakan dan
ruang kelas digunakan secara optimum untuk tujuan pembelajaran. Guru
perlu mengawal tingkah laku murid dengan menegaskan pematuhan pada
peraturan serta memastikan murid memberi tumpuan terhadap pelajaran.
Guru juga perlu menegur salah laku murid dengan serta merta tanpa
menjejaskan aib mereka.

Sudut Matematik hendaklah diwujudkan di setiap bilik darjah. Sudut
Matematik dapat meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran murid
serta dapat meningkatkan minat murid terhadap Matematik. Pengelolaan
Sudut Matematik memerlukan usaha dan kerjasama guru dan murid.

36

Bahan yang dipamerkan hendaklah sentiasa kemas kini dan sesuai
mengikut topik yang dipelajari. Antara bahan-bahan yang boleh
dipamerkan di Sudut Matematik adalah Carta Sifir dan Operasi Asas,
carta berkaitan tajuk atau kemahiran yang sedang diajar, model dan
bahan maujud yang berkaitan dengan tajuk atau kemahiran yang
sedang dipelajari, hasil kerja murid, rumus atau konsep matematik,
petikan/ keratan artikel dan surat khabar berkaitan pendidikan Matematik,
sejarah dan tokoh Matematik serta kuiz atau pertandingan Matematik.

l. Amalan Profesionalisme Keguruan

Pembangunan profesionalisme yang berterusan perlu dilaksanakan
secara berfokus dan menyeluruh ke arah meningkatkan kualiti guru dari
segi intelek, emosi dan jasmani. Pembangunan profesionalisme keguruan
hendaklah sentiasa bergerak seiring dengan keperluan pengetahuan
dan kemahiran masa kini. Kejayaan transformasi amalan pembangunan
profesionalisme berterusan akan menjamin guru lebih efektif dan berdaya
saing sebagai peneraju perubahan (Datuk Sri Dr. Hj Khair bin Mohamad
Yusof, 2014).

Ciri utama yang perlu dimiliki oleh seorang guru mata pelajaran
Matematik untuk kekal relevan sebagai pendidik profesional ialah:

i. Beraspirasi – Bercita-cita dan bertekad untuk menjadi yang terbaik
selaras dengan aspirasi negara.
ii. Kompeten – Cekap, mahir dan efisien.
iii. Profisien – Menyampai dan menjelaskan idea, maklumat atau
kritikan dengan berkesan.
iv. Strategis – Mampu merealisasi idea, program dan projek mengikut
keutamaan dengan berkesan.
v. Berwawasan – Berpandangan jauh secara holistik dan futuristik
serta berjaya memanifestasikan visi, mencipta dan merealisasikan
matlamat dan mendorong penyertaan pihak lain.

37

Aktiviti dan program yang boleh dilaksanakan dalam usaha untuk
membantu guru meningkatkan profesionalisme keguruan adalah seperti
berikut:

i. Komuniti Pembelajaran Profesional

ii. Coaching and Mentoring
iii. Lawatan penanda aras berkaitan pendidikan Matematik
iv. Wacana ilmu
v. Kajian tindakan
vi. Pembinaan modul Matematik
vii. Ulasan buku Matematik
viii. Kursus dan bengkel Matematik

3.3 PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN MATEMATIK

Pendekatan adalah pengajaran guru untuk menyampaikan konsep atau
penyelesaian masalah supaya mudah difahami oleh murid. Pemilihan
pendekatan untuk mengajar sesuatu tajuk atau konsep bergantung kepada
kandungan pelajaran, aras kebolehan dan minat murid, objektif pengajaran
serta kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang ada.

Kaedah merupakan siri tindakan guru yang terancang dan sistematik
bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran dalam jangka pendek.
Contohnya, kaedah pembelajaran konstruktivisme, kaedah pembelajaran
induktif, kaedah pembelajaran deduktif dan kaedah pembelajaran koperatif.

Teknik pula merupakan perlakuan yang lebih spesifik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran seperti teknik penyoalan, teknik perbincangan,
teknik pentaksiran dan sebagainya.

38


Click to View FlipBook Version