The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sjktarumugampillaisp, 2020-04-13 13:15:42

PANDUAN PEMBINAAN ITEM

PANDUAN PEMBINAAN ITEM

BUKU PANDUAN
PEMBINAAN ITEM

SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK
JABATAN PELAJARAN PERAK

1

KATA ALU-ALUAN PENGARAH PELAJARAN PERAK

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Syabas dan tahniah saya ucapkan khususnya kepada Sektor Pengurusan Akademik,
Jabatan Pelajaran Perak kerana berjaya menerbitkan Buku Panduan Pembinaan Item
bagi tahun 2013. Tahniah kepada para pegawai yang telah merealisasikan impian ini.
Pentaksiran merupakan suatu alat yang bersistem yang bertujuan untuk melihat tahap
pencapaian pembelajaran murid serta tahap keefektifan pengajaran guru.Maka, ianya
harus dibina mengikut peraturan-peraturan tertentu, manakala prosedur di dalam
mentadbirkannya harus ditentukan.Buku Panduan Pembinaan Item yang dihasilkan
dapat memberi panduan kepada guru-guru terhadap langkah-langkah yang perlu
diambil perhatian dalam penyediaan item ujian objektif dan ujian esei.

Secara keseluruhannya, prosedur yang di pertunjukkan oleh manual ini amat baik dan
dicadangkan agar ianya menjadi satu peraturan yang khusus dalam pembinaan ujian.Ini
menunjukkan bahawa produk yang dibangunkan adalah bersesuaian untuk digunakan
sebagai panduan para pendidik atau pembina ujian (test constructor). Dengan
penghasilan panduan dalam merekabentuk struktur ujian atau penilaian ini, adalah
dijangkakan ianya akan dapat membantu para pendidik di dalam menyediakan
instrumen ujian dengan masa yang lebih singkat serta mempunyai tahap kualiti yang
baik serta ujian yang dilakukan mencapai matlamat atau objektif seperti yang telah
ditetapkan serta mempunyai kesahan serta kebolehpercayaan yang tinggi.
Akhir kata, saya mengucapkan tahniah sekali lagi kepada seluruh warga kerja Sektor
Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak yang berganding bahu menerbitkan
Buku Panduan Pembinaan Item bagi tahun 2013 ini.

Sekian.

(HAJI MUHAMAT ROLI BIN HAJI HASSAN, PMP.,AMN.,AMP.)

2

Pengarah Pelajaran Perak
KATA ALU-ALUAN KETUA SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

Setinggi –tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya,
Buku Panduan Pembinaan Item Tahun 2013 , Jabatan Pelajaran Perak telah berjaya
diterbitkan.

Syabas dan tahniah kepada semua warga Sektor Pengurusan Akademik atas
kesungguhan dan kegigihan mereka menghasilkan Buku Panduan Pembinaan Item ini.
Tidak lupa juga kepada semua pihak yang telah memberi sokongan dan motivasi serta
kerjasama sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
penerbitan bahan ini.

Buku Panduan Pembinaan Item ini diterbitkan sebagai satu usaha meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran guru-guru membina item yang merupakan harta intelek
yang tidak ternilai untuk panduan dan rujukan kepada semua guru. Bahan terbitan ini
juga, sebagai suatu inisiatif Sektor Pengurusan Akademik untuk membantu guru-guru
di seluruh negeri Perak agar dapat membina item yang berkualiti selaras dengan
keperluan sistem pendidikan di negara ini. Diharapkan, item yang berkualiti yang
mampu dihasilkan oleh guru-guru dapat membantu perkembangan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Semoga Buku Panduan Pembinaan Item ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-
baiknya oleh generasi guru kini dan akan datang

Sekian, terima kasih

(ABDUL GHANI BIN MOHAMAD NIZA, PMP.,AMP.)
Ketua Sektor
Sektor Pengurusan Akademik

3

Jabatan Pelajaran Perak.
4

PENGENALAN

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat
penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran merangkumi
aktiviti menghurai, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang
hasil pembelajaran seseorang pelajar

Pentaksiran juga merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi
aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor, dan mengintepretasikan
maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan.

Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang
prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran.
Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

Dalam konteks sekarang istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat
penilaian.Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan penaksiran
digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses
membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran
merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran.

Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi
skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi
sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran
dinyatakan dalam bentuk skor.Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk
memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi
pentaksiran.

5

Proses pentaksiran sememangnya perlu dititik beratkan oleh para pendidik. Pentaksiran
mempunyai banyak tujuan dan kepentingannya. Pertama, pentaksiran adalah proses
bagi mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang murid di dalam
pembelajarannya. Kedua, pentaksiran adalah untuk menilai segala macam aktiviti yang
dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pentaksiran juga
penting bagi mendapatkan maklumat secara berterusan berkaitan sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan.Pentaksiran ini penting bagi guru untuk memperbaiki
segala kelemahan yang ada dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
pentaksiran penting bagi seseorang guru dalam merancang segala aktiviti bagi tujuan
proses pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian
dengan tahap keupayaan seseorang murid itu. Pentaksiran juga adalah penting bagi
guru melibatkan semua atau sebahagian besar murid di dalam kelas secara efektif.
Guru juga boleh merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul dengan berkesan
dengan proses pentaksiran ini.

6

PEMBINAAN ITEM

Penulisan item yang bermutu memerlukan penguasaan isi kandungan mata pelajaran
dan kefahaman yang tinggi terhadap konsep pengujian agar item yang dihasilkan
sesuai dengan pengetahuan dan kemahiran yang hendak diukur. Justeru Bab ini akan
menerangkan tentang proses penulisan item.
Definisi Item

Item bermaksud perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan eviden yang
boleh dipertimbangkan dalam pentaksiran sesuatu konstruk serta cara pemberian
skornya.

Definisi Konstruk

Konstruk adalah perkara yang hendak ditafsir yang melibatkan dimensi manusia dalam
bentuk konkrit seperti tinggi dan berat atau yang berbentuk abstrak seperti
pengetahuan, kemahiran dan sikap. Ia dibangunkan melalui hasil pembelajaran sesuatu
mata pelajaran dan mesti berpandukan kurikulum. Konstruk diklasifikasi kepada 3 iaitu:

Pengetahuan – fakta, teori, terminologi, peraturan, kaedah.
Kemahiran- kemahiran intelektual, menyelesaikan masalah, menyiasat, amali.
Nilai dan sikap – bertanggungjawab, menghargai.

Komponen Item

Komponen item terdiri daripada empat iaitu rangsangan, tugasan, arahan dan skema
penskoran.Berikut adalah huraian komponen tersebut.

Rangsangan – merupakan maklumat khusus di mana sesuatu soalan itu
didasarkan. Rangsangan mungkin berupa petikan, pernyataan, gambar, rajah,
carta aliran, perbualan atau lain-lain.

7

Tugasan – Pernyataan tentang apa yang perlu dipersembahkan atau diberikan
oleh calon sebagai respons kepada item.
Arahan – Pernyataan yang menunjukkan bagaimana harus respons itu
disampaikan.
Skema Penskoran – Panduan tentang bagaimana harus skor diberikan kepada
pelbagai respons yang diberikan.

Ciri-Ciri Item Yang Baik

Item yang baik harus mempunyai ciri-ciri yang berikut :

i. Keakuran
Akur Kurikulum - perkara yang ditaksir (konstruk) mestilah merupakan
sebahagian daripada kurikulum.Aspek ini sangat penting agar kesahan
kurikulum item itu tidak dipertikaikan.
Akur Peluang-peluang boleh dirujukkan kepada kelengkapan (fasiliti) ,
kehadiran pengajar dan kepakaran pengajar dalam menyampaikan ilmu yang
ditaksir kepada calon / pelajar. Item perlu mencakupi kandungan kurikulum
yang telah dipelajari.
Akur Spesifikasi–item yang dihasilkan mesti mematuhi spesifikasi yang
disediakan untuk mengawal ujian dari segi idea dan kandungan.

ii. Ketepatan dan Kejelasan
Ketepatan dan kejelasan item penting agar respon atau eviden yang diberi oleh
calon menepati apa yang hendak ditaksir.
Tepat dengan konstruk-item yang dibina perlu mengikut konstruk yang
ditetapkan.
Tepat dengan tajuk / konteks-item yang dibina mesti mengambil kira
pengetahuan, pengalaman dan persekitaran yang biasa bagi calon. Jika

8

tidak mereka mungkin tidak dapat memberikan respon yang memuaskan
bukan kerana konstruk tetapi kerana konteks yang asing bagi mereka .

Jelas- penyusunan perkataan dan ayat atau gambar / rajah memberi isyarat
yang jelas tentang apa yang harus dilakukan oleh calon serta bagaimana
harus perlakuan itu dipersembahkan. Item yang ditulis itu mempunyai darjah
kebolehan berkomunikasiyang tinggi dari segi :
a) Keboleh bacaannya -kandungan item mestilah mempunyai idea asal

atau asli bukan dipalagiat dan mudah untuk difahami oleh semua .
b) Kejelasan ekspresi-sesuatu item itu mestilah jelas dari segi

persembahan dan mudah difahami oleh semua .
c) Ketekalan bentuk – sesuatu item itu hendaklah mempunyai bentuk

persembahan yang sama diantara satu item dengan item yang lain .

iii. Kesesuaian
Sesuai kesukaran – berdasarkan kepada tahap pencapaian pelajar.
Sesuai penting – pastikan bahawa idea, isi, kandungan atau hal –hal yang
diketengahkan dalam item merupakan perkarapenting dalam pembelajaran
calon / pelajar.
Sesuai adil – Sesuatu item yang ditulis itu memberi faedah secara
sistematik kepada golongan/ kelompok / kaum tertentu dalam masyarakat
mengikut ras, jantina, tempat tinggal .

Panduan penulisan item

Kenalpasti konstruk yang perlu ditaksir.
Kenalpasti tajuk / konteks dimana pengukuran konstruk itu akan dilakukan.
Tentukan perkara berkenaan terdapat dalam kurikulum.
Pastikan pelajar berpeluang /sudah mempelajari.
Pastikan akur dengan spesifikasi.
Kenal pasti aras kesukaran item yang dihasratkan.

9

Tugasan itu mestilah boleh menghadirkan respons yang berkemampuan
membezakan pelbagai tahap pencapaian pelajar.
Perkara yang disoal mestilah yang penting dalam pembelajaran pelajar bukan
sesuatu yang remeh temeh.
Prihatin dengan keadilan –tiada golongan tertentu dalam masyarakat mendapat
faedah secara sistematik .
Elakkan penggunaan rangkai kata atau ayat dari buku teks secara langsung .
Pastikan perkara yang diuji adalah terkini .
Setiap item perlu pendek dan padat di samping mengutamakan kejelasan item.
Elakkan penggunaan istilah yang kabur.

Penulisan stimulus/rangsangan

Stimulus hendaklah mengandungi semua maklumat yang perlu untuk menjawab
soalan.
Stimulus harus mengandungi maklumat yang berkaitan dengan tugasan item
dan seberapa ringkas yang mungkin. Elakkan penggunaan bunga-bunga bahasa
yang tidak berkaitan.

Penulisan stem/tugasan

Elakkan soalan negatif.
Stem boleh dalam bentuk soalan, pernyataan yang tidak lengkap, tugasan atau
arahan.

Jenis-Jenis Item

Item terdiri daripada dua jenis iaitu:

Item objektif
Item subjektif

10

Item Objektif

Item objektif ialah item yang mempunyai keobjektifan yang tinggiterhadap respon yang
diharapkan dan hanya satu jawapan yang boleh diterima untuk sesuatu item.

Item objektif terbahagi kepada dua iaitu :

i. Jenis Bekal (SupplyType) – item yang terdiri daripada ayat atau penyataan yang
perlu dilengkapkan dengan satu atau beberapa perkataan ditempat yang
dikosongkan. Item ini memerlukan calon mengemukakan respon sendiri.

ii. Item jenis pilih– memerlukan calon memilih berdasarkan jawapan yang disediakan

Jenis Item Bekal ialah :
a. Isi tempat kosong
b. Melengkapkan ayat
c. Melengkapkan rajah

a. Contoh item isi tempat kosong

Arahan : Isikan tempat kosong dengan memilih jawapan yang betul yang
telah disenaraikan di bawah.

Pernyataan berikut adalah definisi tentang Zaman Jahiliyah sebelum kedatangan
agama Islam.

Tanah Arab ilmu pengetahuan jahil ajaran kegelapan

menyembah Animisme kebenaran berhala

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat di ............................ melalui satu zaman yang
dikenali sebagai zaman Jahiliah. Maksud perkataan Jahiliah dalam bahasa Arab ialah
............................... dan tidak mempunyai .................................. Mereka digelar sebagai

11

Arab Jahiliah kerana tidak mengikut .................................. nabi sebelumnya. Zaman
Jahiliah juga dianggap sebagai zaman ............................. kerana tidak
............................. Allah Yang Maha Esa dan menyembah ............................ serta
mempercayai amalan ..................................

b. Contoh item melengkapkan ayat

Lengkapkan pernyataan berikut.
Faktor-faktor yang diperlukan oleh tumbuhan hijau semasa menjalankan fotosintesis
ialah karbon dioksida, air, cahaya matahari, dan …………………………………..

c. Contoh item melengkapkan rajah
Lengkapkan tempat kosong dengan perkataan yang diberi.

Beban Roda dan gandar Takal

3.9.2
Item Jenis Pilih :

12

a. Item BENAR atauPALSU

Panduan membina item BENAR atau PALSU

Pastikan pernyataan atau butiran sebenarnya benar atau palsu.
Elakkan pernyataan yang terlalu umum sehingga calon yang pandai pun merasai
kabur.
Terdapat beberapa cara untuk mengelakkan kekaburan:
 Gunakan ayat-ayat pendek apabila perlu. Ayat-ayat yang panjang

dankompleks menyebabkan sukar untuk mengenalpasti unsur-unsur
pentingdalam item itu.
 Gunakan bahasa yang tepat semasa menulis pernyataan.
Gunakan hanya satu idea untuk satu item. Penggunaan lebih daripada satu
ideamungkin menyebabkan pernyataan tersebut separuh benar atau palsu.
Jika menyediakan butiran dalam bentuk pendapat adalah baik jika
dinyatakansumbernya seperti “berdasarkan kepada teks.....”, “pada pendapat
penulis........”,kerana adalah tidak adil mengarahkan calon menentukan sesuatu
pendapat itubetul atau salah.
Gunakan pernyataan positif dan elakkan pernyataan negatif kerana ini
akanmengelirukan calon.
Hindarkan daripada menggunakan penentu spesifik atau petunjuk yang
dapatmemberi jawapan secara langsung. Contohnya seperti selalu, tiap-tiap,
sahaja,kerap kali dan sebagainya.
Nilai perkara yang mustahak dan penting bukannya yang remeh.
Elakkan daripada menyalin idea secara terus dari buku.
Pernyataan BENAR atau PALSU mestilah ditulis sama panjang untuk
menghindarkanpanjang pernyataan menjadi petunjuk kepada calon yang arif-ujian
(test- wise).

13

Contoh item BENAR atau PALSU
State whether the following statements are T for „True‟ or F for „False‟.

1. Buffaloes are herbivours.
2. Centipedes have more than four legs. A kangaroo has two legs.
3. A parrot can be grouped together with a bee.
b. Item PADANAN
Panduan membina item PADANAN
Pastikan kandungan stimulus dan kandungan respons adalah samajenis.
Tidak menggunakan bilangan stimulus yang sama dengan respons dan beri
arahan sama ada respons boleh digunakan sekali atau lebih atau tidak digunakan
langsung.
Tulislah ayat stimulus dan respons dengan ringkas tetapi jelas dan tepat.
Arahan tentang apa yang perlu dilakukan oleh calon perlulah jelas.
Asas perhubungan antara stimulus dan respons perlu diberitahu dengan jelas.
Pastikan semua komponen bagi stimulus dan respons ditulis dalam muka surat
yang sama.

14

c. Contoh item PADANAN
Match the animals to their food.

c. Item ANEKA PILIHAN
Panduan membina item ANEKA PILIHAN

Item yang dibina mudah difahami dan bersifat tidak memerangkap (non-tricky)
calon.
Stimulus (rangsangan) perlu
 Relevan dan jelas.
 Dinyatakan dalam bentuk yang paling berkesan.
 Maklumat yang autentik/ asli.

15

Tugasan
 Tugasan dinyatakan dengan jelas, tepat dan ringkas, tiada

pembaziranperkataan sebagai hiasan (window dressing).
 Tidak mengambil terus frasa daripada buku.
 Tidak memberikan bayangan kepada jawapan seperti penggunaan pertalian

perkataan (words association).
 Elakkan menyatakan tugasan dalam bentuk negatif, sekiranya

perlu,penggunaannya perlu ditegaskan (bold).
 Idea utama item perlulah dinyatakan pada tugasan bukan pada stimulus atau

pilihan jawapan.
 Elakkan item berasaskan pendapat.

Pilihan Jawapan
 Semua pilihan jawapan harus bebas antara satu sama lain. Elakkan pilihan

jawapan yang saling bercanggah atau mempunyai makna yangsama.
 Semua pilihan jawapan mestilah homogen dan selari dengan pilihan jawapan

yang lain.
 Elakkan pengulangan perkatan yang serupa dalam semua pilihan jawapan.
 Elakkan pilihan jawapan negatif.
 Susun pilihan jawapan dalam susunan yang logik berdasarkan:

 Urutan nombor.
 Kronologi peristiwa;
 Pilihan jawapan yang serupa dalam pasangan dansusunan huruf ikut putaran
jam, atas ke bawah atau kiri ke kanan.
 Semua pilihan jawapan dinyatakan dengan tatabahasa yang selaras dengan
tugasan terutamanya jenis pelengkap.
 Gunakan bilangan pilihan jawapan yang sesuai bagi mengurangkan calon
mendapatkan “skor nasib” dengan meneka secara rambang.
 Elakkan menggunakan perkataan penentu seperti selalu, sangat, lebih
kurang, hanya dan lain-lain.

16

Jawapan tidak menonjol
 Tepat atau paling sesuai dan tidak boleh dipertikaikan.
 Homogen dengan pilihan jawapan yang lain dan

sebagaijawapan seperti sentiasa panjang atau diiringi dengan penjelasan.

Distraktor/pengganggu
 Gunakan hanya distraktor yang berfungsi berdasarkan ciri:

 Munasabah.
 Tidak terpencil.
 Salah konsep yang biasa.
 Maklumat yang biasa (familiar) tetapi bukan jawapan.
 Elakkan distraktor yang tidak logik.
 Gunakan pernyataan yang betul tetapi bukan sebagai jawapan (salah

konsep).
 Elakkan menggunakan pernyataan yang melucukan.
 Elakkan menggunakan perkataan pelbagai maksud.

c. Contoh item aneka pilihan PERNYATAAN/
PREAMBLE
1. Diagram 3 shows the time in the 24-hour system.
Rajah 3 menunjukkan waktu dalam sistem 24 jam.

RANGSANGAN/
STIMULUS

Diagram 3 TUGASAN/
Rajah 3 STEM

Convert the time to the 12-hour system.
Tukarkan waktu itu dalam sistem 12 jam.

17

JAWAPAN /KEY PENGGANGGU/ PILIHAN JAWAPAN
DISTRACTOR /OPTION
A 2.05 a.m
B 2.05 p.m
C 10.05 a.m
D 10.05 p.m

2. Antara berikut yang manakah direka oleh Alexander Graham Bell?
A Kapal
B Kereta
C Telefon
D Jambatan

3. Apakah tujuan utama Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan padatahun
1896?
A Menghapuskan kuasa residen
B Mengembalikan kuasa-kuasa sultan
C Memperkenalkan sistem kerajaan demokrasi
D Menyelaraskan pentadbiran dan ekonomi negeri- negeri itu

Soalan objektif berbentuk negatif

4.Antara berikut yang manakah tidak benar tentang Tun Perak?
A Ia seorang raja yang teragung di Melaka.
B Ia mengalahkan Siam di Muar dan Batu Pahat.
C Ia mengadakan hubungan diplomatik dengan Siam
D Ia berasal daripada keluarga Bendahara yang terkenal.

18

Soalan Objektif berbentuk Melengkapkan
5. Sultan Kedah bersetuju menyerahkan Pulau Pinang kepada Inggeris kerana

baginda memerlukan
A nasihat untuk mentadbir Kedah
B perlindungan daripada seranga Belanda
C bantuan kewangan untuk memajukan negeri
D bantuan ketenteraan bagi menghadapi serangan Siam

Item ANEKA GABUNGAN
Item ini memerlukan calon memilih jawapan yang betul.Jawapan itu terdiri daripada
gabungan pernyataan.

Bagi item aneka gabungan elakkan penggunaan:
 hanya satu cadangan jawapan dan pastikan suatu cadangan jawapan tidak

terdapat pada setiap pilihan jawapan.
 pilihan jawapan “semua di atas betul”, “Tiada satu pun betul” atau “Saya tidak

pasti”.

19

d. Contoh item ANEKA GABUNGAN
1. Rajah 3 menunjukkan bentuk muka bumi pinggir laut.

Rajah 3

Apakah bentuk muka bumi hasil pemendapan ombak ?

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

2. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I Badan datuk mulai susutsetelah mengidap sejenis penyakit.

II Orang islam dilarang memakai susut.

III Razi terpaksa menjual kereta mewahnya kerana susut nilai.

IV Air dalam tasik itu mulai susut sejak musim kemarau.

A I , II dan III

B I , II dan IV PILIHAN JAWAPAN
C I , III dan IV /OPSYEN

D II , III dan IV

20

ITEM SUBJEKTIF

Definisi
Item subjektif bermaksud item yang mempunyai respon terbuka, iaitu yang tidak spesifik
seperti jawapan kepada item objektif. Item subjektif ini membenarkan subjektifdalam
jawapan yang diberikan. Item ini digunakan untuk calon mempamerkan kedalaman
pengetahuan yang dimiliki.Justeru, item ini sesuai untuk mengukur tahap kognitif yang
lebih tinggi, seperti mengukur penguasaan menganalisis, mensintesis, membuat
pertimbangan,menilai dan membuat keputusan, yang memerlukan kemahiran berfikir.
Item subjektif juga memberi kebebasan kepada pelajar dari segi gaya persembahan
jawapan dan juga panjang atau pendekjawapan tersebut.Item subjektif membolehkan
calon mempamerkan keupayaan mengemukakan pandangan, hujah dan lain-lain
kemahiran berfikir.

Jenis-jenis Item Subjektif

Item RESPONS TERBUKA
 Tidak ada jawapan yang khusus.
 Memberi kebebasan kepada calon untuk menjawab soalan iaitu calon bebas

memilih, merancang dan menyusun isi jawapan mengikut pendapat dan idea
sendiri.
 Menguji kefahaman dan kemahiran menyusun idea dan pendapat calon
mengenai sesuatu topik dalam mata pelajaran yang dipelajari.
 Sesuai untuk menguji pemikiran tahap tinggi seperti analisis, sintesis dan
penilaian.

Contoh-contoh item:

1. Baru-baru ini, anda bersama-sama ahli Persatuan Bahasa Melayu telah mendaki
Gunung Kinabalu.
Tulis pengalaman anda semasa mendaki gunung tersebut.

21

2. Remaja lelaki dan perempuan masa ini sering terjebak dengan pergaulan bebas.
Huraikan dua kesan pergaulan bebas terhadap kehidupan masyarakat.

3. Komputer mendatangkan banyak kebaikan kepada kita.
Bincangkanpernyataan tersebut.

Item RESPONS TERHAD
 Menghadkan respons pelajar terhadap item yang disoal.
 Jawapan dalam bentuk satu frasa atau satu perenggan pendek bergantung

kepada ruang jawapan yang disediakan.

Contoh-contoh item:

1. Senaraikan lima prinsip Rukunegara.
i) ________________________________
ii) ________________________________
iii) ________________________________
iv) ________________________________
v) ________________________________

2. Nyatakan tiga perkara yang membatalkan puasa.
i) _______________________________
ii) ________________________________
iii) ________________________________

Item BERSTRUKTUR
 Soalan yang dikemukakan secara berperingkat dan terdapat perkaitan antara

satu sama lain.
 Jenis item ini mengandungi stimulus (bahan rangsangan), stem soalan

(pokok soalan) dan set soalan.
22

Contoh- contoh soalan berstruktur:

Kamu tinggal di rumah bersama-sama seorang adik yang berumur
empattahun. Sedang kamu menonton televisyen, tiba-tiba adik kamu
menangis.Tangannya luka dan berdarah kerana dia bermain dengan pisau.

a. Apakah yang patut kamu lakukan sebaik sahaja kamu melihat kejadian
tersebut?
________________________________________________________

b. Di manakah pisau patut disimpan?
________________________________________________________

c. Tuliskan empatperalatan berbahaya yang terdapat di dapur?
i) ________________________________________
ii) ________________________________________
iii) ________________________________________
iv) ________________________________________

Prosedur Pembinaan Item Subjektif

Penulis perlu menyemak Sukatan Pelajaran dan objektif pengajaran supaya
soalan yang dihasilkan menepati Sukatan Pelajaran dan objektif pengajaran
tersebut.
Arahan hendaklah jelas tentang panjang jawapan dan sama ada pelajar perlu
menjawab dalam kertas soalan atau dalam kertas jawapan.
Soalan hendaklah ditulis secara padat , jelas dan tidak „berbunga-bunga‟ supaya
pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.
Aras kesukaran setiap soalan perlu setara supaya setiap soalan yang diberi
markah yang sama, mempunyai aras kesukaran yang sama juga.

23

Soalan perlu ditulis supaya pelajar dapat membayangkan satu kerangka struktur
yang akan memandu pelajar untuk menjawab soalan tersebut.
Tentukan terlebih dahulu perkara yang ingin diberi markah dan markahnya untuk
memudahkan penyediaan skema jawapan.
Gunakan lebih banyak soalan berjawapan pendek daripada soalan berjawapan
panjang supaya lebih banyak soalan boleh diberikan.

Panduan Pembinaan Item Subjektif

Guru membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) untuk mengetahui aras dan
konstruk yang diuji.
Guru membina item berbentuk esei dengan arahan yang jelas dan jawapan item
sama ada pendek atau panjang.
Kata tugas soalan hendaklah jelas dan lengkap.
Pemilihan perkataan hendaklah sesuai dengan tahap calon.
Item yang dibina mestilah berlandaskan sukatan pelajaran.
Item mestilah mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.
Setiap item mestilah mempunyai markah yang khusus.
Sediakan skema jawapan dan pemarkahan.

Kata Tugas Item Subjektif

Kata tugas ini berfungsi untuk membantu calon memberikan jawapan yang
dikehendaki oleh item. Pemilihan kata tugas yang sesuai untuk sesuatu item
adalah sangat penting. Kata tugas yang tidak tepat akan menyebabkan calon
gagal memberikan jawapan yang dikehendaki.

24

Berikut adalah beberapa contoh kata tugas

a. Apakah memberi jawapan /maklumat yang khusus atau
spesifik.
b. Berapakah memberi jawapan dalam bentuk kuantiti/nilai/bilangan
c. Bagaimanakah memberi penerangan tentang keadaan,langkah atau
kejadian.
d. Bandingkan menyatakan persamaan atau perbezaan antara dua
atau lebih perkara.
e. Bezakan menyatakan kelainan atau ketidaksamaan antara dua
atau lebih perkara.
f. Bilakah menyatakan masa atau waktu.
g. Binakan membuat sesuatu dengan menggunakan kaedah atau
alat tertentu.
h. Bincangkan memberi penerangan daripada pelbagai aspek.
i. Analisiskan membuat pernyataan terperinci tentang sesuatu
aspek atau perkara.
j. Anggarkan memberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai
dengan kehendak item.

Aras Kemahiran Pembinaan Item Subjektif

Item subjektif boleh dibina dalam semua aras kemahiran di bawah bidang kognitif
mengikut Taksonomi Bloom :

a. Pengetahuan
b. Kefahaman
c. Aplikasi
d. Analisis
e. Sintesis
f. Penilaian

25

Bina Item Subjektif Ciri
Tahap

Pengetahuan 1.Soalan memerlukan pelajar menggunakan proses S
Aras Rendah mental untuk mengingat pengetahuan yang A
diminta. D
2. Pengetahuan yang diminta hendaklah sama B
dengan pengajaran guru. T
3. Soalan tidak memerlukan pelajar mengubah B
pengetahuan dalam bentuk baru. S
4. Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama
ada betul atau salah.

Kefahaman 1.Soalan memerlukan penggunaan proses mental H
berkait dengan kefahaman misalnya terjemahan, B
Aras tafsiran dan estrapolasi ( andaian) B
Sederhana 2. Pengetahuan atau malumat asas telah N
diajar/diberi kepada pelajar. M
3. Memerlukan bahan untuk diterjemah, ditaksir T

atau diektrapolasikan.
4. Pelajar menyatakan kefahaman mereka dalam
ayat atau perkataan mereka sendiri.

Aplikasi 1. Soalan menggunakan proses mental aplikasi G
Aras 2. Soalan melibatkan penggunaan prinsip, S
menyelesaikan masalah yang baru. K

2

Bentuk Contoh Soalan
( Kata Tugas )

Siapa 1. Apakah nama ibu negeri Perak ?
Apa __________________________
Di mana
Bila 2. Senaraikan tiga faktor kejatuhan Kerajaan Melaka
Terangkan ke tangan Portugis ?
Beri definisi i. __________________________
Senaraikan ii. __________________________
iii. __________________________

3. Siapakah nama Perdana Menteru Malaysia yang
pertama ?

_____________________________

4. Bilakah terbentuknya Malaysia ?
_____________________________

Huraikan 1. Huraikan kepentingan membaca dalam
Bandingkan kalangan pelajar
Bezakan
Nyatakan 2. Mengapakah kita perlu menghormati orang
Mengapakah yang lebih tua daripada kita ?
Terangkan
3. Terangkan cara-cara bertayamum ?

Gunakan 1. Anda ialah setiausaha Persatuan Bahasa
Selesaikan Melayu di sekolah anda. Anda dikehendaki
Kelaskan

26

Sederhana 3. Soalan hendaklah berkaitan dengan masalah P
dalam situasi baru yang tidak sama dengan B
masalah yang dibincang dalam bilik darjah. K
T

Analisis 1.Soalan menggunakan proses mental analisis K
Aras Tinggi sama ada analisis unsur, hubungan atau prinsip K
organisasi. R
2. Situasi masalah mestilah baru, tidak biasa atau T
berbeza dengan situasi semasa pengajaran. B
3. Situasi, dokumen atau bahan yang hendak A
dianalisis perlu ada pada pelajar. K
4.Soalan memerlukan fikiran kritis, bukan M
mengulang pengetahuan yang dipelajari B
B

Sintesis 1. Soalan sesuai dengan proses mental sintesis. S
Aras Tinggi 2. Masalah, tugas atau situasi hendaklah baru (
kepada pelajar atau berbeza semasa pengajaran. le
3.Memberikan kebebasan kepada calon menjawab p
sama ada dari segi isi atau masa R
H
T
C
a

2

Pilih menulis sepucuk surat kepada guru besar
Buat sekolah kamu untuk memohon kebenaran
Kira melawat ke tempat-tempat menarik. Tulis
Tulis surat itu selengkapnya.
2. Bina ayat dengan menggunakan simpulan
Kenapa bahasa khabar angin
Kenalpasti sebab 3. Selesaikan 40kg + 200g
Rumuskan 4. Kirakan luas segi tiga bersudut tegak yang
Tentukan mempunyaipanjang sisi 4cm , 5 cm dan 6 cm
Buktikan
Apakah faktor .
Kenapa
Mengapa 1. Bezakan maksud taksir dengan tafsir
Bezakan 2. Bandingkan kelebihan tinggal di kampung
Bandingkan
dengan tinggal di Bandar
Selesaikan 3. Apakah perbezaan antara haiwan karnivor
(Jawapan betul
ebih dari dengan herbivor ?
pada satu )
Ramalkan 1. Bincangkan warna-warna yang digunakan
Hasilkan untuk menghasilkan warna hijau?
Tuliskan
Cadangkan apa 2. Ramalkan impak pertambahan penduduk
akan berlaku dunia terhadap keluasan kawasan hutan.

3. Ramalkan apakah yang akan terjadi
sekiranya haiwan pemangsa pupus dalam
sesebuah populasi.

27

Penilaian 1. Soalan menguji proses mental peringkat N
Aras Tinggi penilaian. P
2. Situasi perkara yang hendak dinilai mestilah baru M
dan tidak pernah disentuh semasa pengajaran. M
3.Soalan penilaian dibentuk berdasarkan apa yang P
hendak dinilai, arahan tindak balas dan kriteria T
yang digunakan.

2

Nilaikan “Kedatangan Islam ke Melaka telah disambut
Pilih dengan baik oleh pemimpin dan rakyat
Membicarakan Melaka”.
Menaksirkan
Pertahankan 1. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah
Tentukan kesannya kepada kerajaan Melaka pada
kurun ke-15 ?

28

Kelebihan Item Subjektif
Soalan mudah dibina dan ditadbir secara tepat.
Boleh digunakan dalam kebanyakan mata pelajaran ataupun semua mata pelajaran.
Soalan diuji merupakan cara mudah untuk mengetahui sejauh mana seseorang calon
dapat menerangkan ideanya,
Calon dapat diuji kebolehan menyusun, menganalisis dan membuat sinteksis idea-idea
atau dalam erti kata yang lain ialah mengintegrasi data.
Peluang untuk meneka jawapan adalah kurang.
Soalan subjektif menggalak calon menyediakan diri menghadapi sesi menjawab.
Peluang untuk menipu dan meniru jawapan dikurangkan calon, calon juga sukar untuk
meneka jawapan.
Soalan bentuk ini juga dapat mengukur hasil pembelajaran yang kompleks.
Berguna untuk mengesan punca kelemahan salah tafsiran, konsep-konsep yang
samar-samar.

Kelemahan Item Subjektif
Unsur subjektiviti semasa pemarkahan akan mempengaruh kesahan dan
kebolehpercayaan ujian.
Soalan hanya dapat meliputi bidang yang terhad kerana bilangan soalan esei terbatas.
Pemarkahan mengambil tenaga dan masa yang panjang.
Pemarkahan ujian esei mungkin dipengaruhi oleh faktor-faktor yang kurang relevan
seperti tulisan, kekemasan, penyusunan dan jawapan yang panjang atau pendek.
Pemarkahan mungkin juga dipengaruhi oleh faktor emosi pemeriksa, keadaan
fizikalnya dan masa yang telah digunakan untuk memeriksa kertas jawapan.
Calon dapat membuat ramalan terhadap soalan-soalan yang akan keluar dalam
peperiksaan dan ini menyebabkan sesetengah topik pelajaran dibiarkan.
Tahap penguasaan bahasa akan mempengaruhi pencapaian calon walaupun yang diuji
itu bukan dalam bidang bahasa.
Tidak boleh diskor dengan mesin kerana penyemakan jawapan memerlukan orang-
orang yang terlatih. Tidak dapat menyumbang kepada sample isi yang luas.

27

PENILAIAN ITEM

Penilaian Item ialah satu proses membuat pengadilan terhadap item-item berdasarkan
sistem 9 poin seperti berikut :

i) Konstruk vi) Keadilan

ii) Tajuk / konteks vii) Kurikulum

iii) Komponen item viii) Spesifikasi

iv) Kesukaran ix) Peluang

v) Kepentingan

Sebelum diterima sebagai ujian, aliran proses penilaian item adalah seperti rajah di bawah.

ITEM
(MENTAH)

dibaiki

KIV TOLAK
NILAI

TERIMA
Rajah 1: Proses penilaian item sebelum diterima sebagai soalan ujian

28

Sesuai Aras Kesukaran

Item yang ditulis harus membawa bersama aras kesukaran yang dihasratkan.Ia digunakan
untuk menunjukkan sama ada soalan yang dibina terlalu sukar, sederhana atau terlalu
mudah. Item yang baik adalah mempunyai aras kesukaran yang sederhana. Indeks
Diskriminasi menunjukkan sama ada tiap-tiap satu soalan atau butiran itu membezakan
pencapaian antara murid-murid yang baik dengan yang lemah.

R Aras rendah

S Aras sederhana

T Aras tinggi

Contoh :-

Guru telah melakukan satu ujian ke atas 20 orang murid. Setelah menyemak kertas
tersebut, guru telah membahagikan murid kepada dua kategori iaitu 10 orang pada tahap
tinggi dan 10 orang lagi adalah tahap rendah.Berikut adalah item ujian 1 yang disemak. Item
Ujian 1 pilihan A,B,Cdan D. Jawapan yang betul ialah B. Berikut ialah jadual yang
menunjukkan jawapan yang diberi oleh murid mengikut tahap.

TAHAP TINGGI TAHAP RENDAH

PILIHAN BILANGAN PILIHAN BILANGAN
JAWAPAN JAWAPAN
0 3
A 5 A 2
B 4 B 2
C 1 C 3
D D

Di sini kita dapat melihat perbezaan jawapan yang diberi oleh dua kumpulan murid yang
telah dikategorikan.

29

Menilai Item
Menilai item ialah proses membuat pengadilan terhadap mutu item dengan mengambil kira
setiap ciri item yang baik. Proses ini harus berakhir dengan ketetapan sama ada item itu :-
i) Diterima
ii) Ditolak
iii) Dalam perhatian (KIV)

Akur Akur Akur Tepat Tepat Tajuk
Kurikulum Peluang Spesifikasi Konstruk

Jelas Sesuai Sesuai Sesuai Adil
Kesukaran Penting

Item Dalam Perhatian (KIV)

Item dalam perhatian (KIV) bila satu atau lebih tajuk wajib tidak dipenuhi

 Jelas
 Sesuai aras kesukaran
 Sesuai penting
 Sesuai adil

Item Yang Ditolak

Item yang ditolak – jika terdapat satu atau lebih tajuk rukun tidak dipenuhi

 Akur Kurikulum
 Akur Spesifikasi
 Akur Peluang

30

 Tepat Konstruk
 Tepat Tajuk

Contoh Jadual Penilaian Item

Spesifikasi Item

Konstruk Tajuk/ Aras Klasifikasi Item Jenis Item Kunci/ Kod
Konteks R/S/T Jawapan Pembina
Recall (R)/
Thinking (T)

Senarai Semak Semula Item

Ketepatan & Kejelasan Kesesuaian Keakuran

Konstruk Tajuk/ Komponen Kesukaran Penting Adil Kurikulum Spesifikasi Peluang

Konteks item

⁄⁄ ⁄ ⁄ ⁄⁄ ⁄ ⁄

31

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) juga dikenali sebagai Jadual Penentuan Ujian (JPU) /
Jadual Spesifikasi Item (JSI).

Jadual Spesikasi Ujian merupakan satu senarai/blueprint/kerangkayangmenghuraikan
aspek pencapaian yang hendak diukur.
JSU digubal sebagai panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.
Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JPU (Test Specification Table) adalah carta dua
hala yang mengaitkan kandungan pengajarandengan objektif pengajaran. Lajur carta
ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran yang perlu dicapai oleh murid,
sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan
ingin diukur.
Ujian yang hendak ditadbir sebaiknya mewakili keseluruhan Sukatan Pelajaran yang
mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap yang telah
ditetapkan.

Kepentingan pembinaan JSU adalah untuk;

i. menjadi panduan kepada guru tentang Sukatan Pelajaran yang perlu diajar dan objektif
pelajaran yang perlu dicapai murid.

ii. memastikan ujian yang dibina adalah setara dari segi aras kesukaran dari setahun ke
setahun walaupun item dibina oleh pembina lain.

iii. mengenalpasti dan menetapkan jenis dan ciri item yang perlu dibina

iv. kertas ujian dapat digubal secara sistematik

v. kesahan dari segi persampelan Sukatan Pelajaran adalah terjamin

vii. memastikan taburan soalan mengikut tajuk dan seimbang

viii. mengkaji semula kertas soalan

32

Langkah Pembinaan JSU
Anda perlu mengambil lima langkah apabila hendak membina JSU, iaitu

mengkaji sukatan pelajaran
menganalisis objektif pengajaran,
menentukan jenis soalan
menentukan bilangan soalan
menentukan wajaran aras kesukaran soalan

a. Mengkaji Sukatan Pelajaran
Guru perlu meneliti dan memahami kandungan setiap tajuk dalam Sukatan Pelajaran
untuk menentukan kepentingannya dari beberapa aspek seperti;
skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk
pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk
kepentingan bandingan di antara tajuk-tajuk
kompleksiti sesuatu tajuk
masa pengajaran yang diperuntukan bagi sesuatu subjek
Kelas yang terlibat dengan peperiksaan awam pula menuntut guru agar mengkaji
soalan-soalan beberapa tahun kebelakangan untuk mengenalpasti taburan soalan
mengikut tajuk.

b. Menganalisis Objektif Pengajaran
Objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran serta
tahap kesukaran yang perlu diuji.
Bagi sesuatu tajuk dan peringkat taksonomi, objektif pengajaran/hasil pembelajaran
murid yang dicatat di dalam sel-sel yang disediakan dalam JSU bergantung kepada :

33

Mata pelajaran
Tajuk-tajuk yang dinilai
Peringkat kebolehan murid yang dinilai
Wajaran aras kesukaran
-sukar, sederhana, mudah

Aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh
Bloom dan rakan-rakannya. Lazimnya JSU mengandungi dua paksi utama seperti
berikut :

(i) Paksi Kandungan (ii) Paksi Objektif Pengajaran
( Baris mendatar) ( Lajur menegak)

Kandungan Pengetahuan Objektif Kognitif
 Tajuk ( konstruk )
 Tajuk kecil

Kognitif dan Peningkatannya
Komponen kognitif yang melibatkan proses mental yang amat berkait rapat dengan
kepintaran akal, menaakul, kemahiran verbal, kebolehan numerik am, dan
kemahiran menyelesaikan masalah.

Proses mental ini terbahagi kepada dua yang asas iaitu pengetahuan dan
kemahiran.
Bloom dan rakan-rakannya membahagikan kebolehan kognitif kepada enam
peringkat seperti yang ditunjukkan dalam rajah ……iaitu pengetahuan,
kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

34

Penilaian
Sintesis
Analisis
Aplikasi

Kefahaman
Pengetahuan

Rajah …Domain Kognitif Taksonomi Bloom

Pengetahuan
Pengetahuan merupakan hasil pembelajaran yang rendah dalam aras kognitif
kerana hanya mengingati semula perkara yang telah dipelajari dan mengingati fakta-
fakta spesifik hingga teori-teori yang sukar.

Komponen Pengetahuan
Pengetahuan boleh dibahagikan kepada beberapa komponen kecil iaitu:

Pengetahuan tentang fakta
Pengetahuan tentang terminologi
Pengetahuan tentang kelaziman/konvensyen
Pengetahuan tentang urutan
Pengetahuan tentang pengkelasan
Pengetahun tentang kriteria
Pengetahuan yenteng metodologi /kaedah
Pengetahuan tentang teori dan struktur
Pengetahuan tentang prinsip dan generalisasi

35

Kefahaman
Kefahaman bermaksud kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan
pengetahuan tanpa situasi baru. Tiga kemahiran kognitif yang boleh dikaitkan
dengan kefahaman ialah penterjemahan, interpretasi dan ekstrapolasi.
(i) Penterjemahan

Penterjemahan ialah kebolehan menyatakan sesuatu konsep yang diketahui
dengan menggunakan simbol atau perkataan yang lain. Antara aktiviti
penterjemahan yang melibatkan kefahaman adalah :

Menterjemah secara literasi dari satu bahasa ke bahasa lain.
Menukar dari bentuk simbol kepada bentuk verbal atau sebaliknya
Membaca skor muzik
Membaca Al-Quran

(ii) Interpretasi
Interpretasi boleh dilaksanakan dengan membuat hubungkait dan
menyatakannya dalam bentuk lain seperti verbal atau grafik. Antara aktiviti
yang terlibat adalah;
a. Menyatakan suatu penyataan,peristiwa lalu atau konsep dengan
menggunakan ayat atau olahan bahasa yang tersendiri, mengubah susun
atur konteks sebenar atau meringkaskannya tanpa mengubah maksud
asalnya.
b. Menginterpretasi graf, carta, peta, jadual, kartun ke bentuk verbal atau
sebaliknya.
c. Menjelaskan maksud perkataan dengan konteks penggunaannya dalam
suatu puisi.

(iii) Ekstrapolasi
Ekstrapolasi ialah kemahiran meramal, membuat inferens atau membuat
anggaran berdasarkan pemerhatian, pengalaman, pola, corak atau suatu
urutan berkala.

36

APLIKASI

Aplikasi ialah kebolehan menggunakan prinsip dan generalisasi pada satu masalah dan
situasi baru.Idea, konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan sebagainya yang telah
dipelajariperlu digunakan dalam masalah dan situasi baru itu.

a. Tingkah laku pelajar semasa menjawab soalan berbentuk aplikasi biasanya melakukan
perkara berikut :
Mengenal pasti tugasan soalan dengan;

Menentukan apakah yang diberi dan apakah yang diperlukan.
Mengenepikan perkara yang tidak berkaitan.
Menyusun semula dalam bentuk atau corak yang mudah diselesaikan.

b. Mengingat semula prinsip atau generalisasi yang berkaitan untuk digunakan.
c. Melakukan penyelesaian masalah. Antara aktiviti yang melibatkan aplikasi prinsip dan

generalisasi dalam penyelesaian masalah ialah :

Kebolehan mengenalpasti prinsip atau generalisasi yang berkaitan untuk
menyelesaikan masalah dalam situasi baru.
Menentukan had lingkungan suatu prinsip atau generalisasi itu sesuai digunakan.
Mengenalpasti pengecualian tentang suatu generalisasi untuk menyelesaikan
masalah.
Menerangkan suatu fenomena yang baru menggunakan suatu prinsip atau
generalisasi.
Meramal apa yang berlaku dengan menggunakan prinsip atau generalisasi yang
berkenaan.
Memberi justifikasi terhadap suatu tindakan atau keputusan dalam masalah yang
baru dengan menggunakan prinsip atau generalisasi yang berkenaan.

37

ANALISIS

Analisis ialah kebolehan memisahkan suatu set komunikasi kepada elemen atau bahagian-
bahagiannya sehingga suatu bentuk pertalian antara elemen-elemen atau bahagian-
bahagian yang membina set komunikasi itu dapat dilihat dengan jelas. Bloom bersama
rakan-rakannya membahagikan kemahiran menganalisis kepada tiga peringkat, iaitu analisis
elemen, analisis perkaitan dan analisis organisasi .

a. Analisis Elemen
Analisis elemen ialah kemahiran mengenalpasti perkara pokok yang terdapat dalam
suatu set komunikasi, seperti anggapan, pandangan sifat, fungsi, nilai dan sebagainya.

Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran menganalisis elemen ialah :

Mengecam dan mengenalpasti fakta daripada pernyaaan set komunikasi itu.
Mengecam kesimpulan daripada pernyataan yang menyokongnya.
Mengenalpasti anggapan yang tidak dinyatakan eksplisit dalam set komunikasi
itu.
Mengenalpasti motif dalam sesuatu lukisan.

b. Analisis Perkaitan
Analisis perkaitan ialah kemahiran memperlihatkan saling kaitan antara elemen atau
bahagian-bahagian dalam suatu set komunikasi seperti perkaitan hipotesis dengan
pemerhatian, anggapan dengan hujah, sebab dengan akibat dan sebagainya.

Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran menganalisis perkaitan ialah :

Mengenalpasti perkaitan hujah dengan kesimpulan.
Menentukan keserasian hipotesis dengan maklumat yang diberi dan anggapan
yang dibuat.
Mengenalpasti suatu perkara yang releven dengan suatu penilaian.
Menganalisis perkaitan sebab dan akibat dalam suatu peristiwa bersejarah.
Mengenalpasti perkaitan sebab dan kesan fenomena ekonomi.

38

c. Analisis Organisasi
Analisa organisasi ialah kemahiran mengenalpasti susunan yang sistematik, perkaitan
mengikut urutan, struktur dan sebagainya yang mengorganisasikan suatu set
komunikasi.

Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran menganalisis organisasi ialah :

Mengenalpasti tujuan,pendapat, prinsip, perasaan dan sebagainya dalam suatu
set komunikasi.
Mengnalpasti ton, mood atau motif dalam lukisan.
Mengenalpasti bentuk dan corak.
Mengenalpasti sikap bias dalam suatu penulisan pertimbangan.
Mengenalpasti pendekatan yang dilakukan dalam suatu penyiasatan sains.

SINTESIS

Sintesisialah kemahiran yang menggabungkan elemen-elemen dan bahagian-bahagian
untuk membentuk suatu set komunikasi. Ianya melibatkan proses menyusun dan
menggabungkan sesuatu untuk membentuk suatu struktur persembahan atau corak yang
tidak jelas sebelumnya.

Bloom bersama rakan-rakannya membahagikan kemahiran mensintesis kepada tiga
peringkat iaitu;

a. penghasilan set komunikasi yang unik
b. penghasilan cadangan suatu set operasi
c. penghasilan suatu set pertalian perkara-perkara abstrak.

a. Penghasilan Set Komunikasi Yang Unik
Peringkat ini berkaitan dengan kemahiran untuk menghasilkan suatu produk bebas
seperti lukisan, tulisan, idea, eksperimen atau sebagainya.

Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran penghasilan set komunikasi yang unik ialah:

39

Mengemukakan idea melalui penulisan atau ucapan dengan organisasi yang baik.
Menulis cerita, karangan, cerpen atau puisi.
Melukis dan membina bahan grafik.
Mencipta lagu.

b. Penghasilan Cadangan Suatu Set Operasi

Peringkat ini berkaitan dengan kemahiran yang melibatkan penghasilan suatu pelan
kerja atau cadangan untuk melakukan suatu aktiviti terancang. Antara aktiviti yang
melibatkan kemahiran penghasilan cadangan suatu set operasi ialah :

Membuat cadangan tentang prosedur untuk menguji hipotesis.
Merekabentuk bangunan berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan.

c. Penghasilan Suatu Set Pertalian Perkara-perkara Abstrak

Peringkat ini berkaitan dengan kemahiran yang melibatkan pembinaan suatu rumusan
bagi suatu set perkara yang abstrak untuk menerangkan suatu set data atau fenomena.
Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran penghasilan suatu set pertalian perkara-
perkara abstrak ialah :

Membina hipotesis berdasarkan data atau pemerhatian yang ada.
Menghasilkan penemuan matematik daripada pengolahan dan perumusan
maklumat matematik.
Membina suatu kaedah penyelesaian dengan mengorganisasikan pengalaman.

40

PENILAIAN
Penilaian merupakan kemahiran intelek yang paling tinggi dalam takosonomi bloom.
Penilaian ialah kebolehan membuat pertimbangan dengan menggunakan kaedah yang
piawai untuk menentukan kesesuaian, ketetapan, kecekapan, keberkesanan tentang
sesuatu nilai, makna, pendapat, penyelesaian, prosedur, produk dan sebagainya.
Bloom dan rakan-rakannya membahagikan kebolehan untuk membuat penilaian kepada dua
peringkat iaitu penilaian berdasarkan eviden dalaman dan penilaian berdasarkan eviden
luaran.

a. Penilaian Berdasarkan Eviden Dalaman
Peringkat ini ialah kemahiran membuat pertimbangan dengan menggunakan maklumat
di dalam suatu set komunikasi.
Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran menilai berdasarkan eviden dalaman ialah :
Mengenalpasti ketetapan, kecukup cakupan, dan kerelevanan data.
Mengenalpasti sama ada data, metodologi dan perbincangan menyokong suatu
dapatan atau kesimpulan yang dibuat.
Mengenalpasti sifat bias dan kebolehpercayaan pelaporan suatu pemerhatian
tentang fenomena alam.

b. Penilaian Berdasarkan Eviden Luaran
Peringkat ini ialah kemahiran membuat pertimbangan ke atas suatu hasil kerja kriteria
yang piawai yang dirumus oleh individu yang mahir dalam bidang berkenaan.
Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran menilai berdasarkan eviden luaran ialah :
Menilai kualiti hasil persembahan seni berdasarkan suatu bench mark.
Menilai suatu hasil kerja ketukangan berdasarkan satu bench mark.

41

3. Menentukan Jenis Soalan ( Domain Kognitif)

Penentuan jenis soalan dibuat berdasarkan kepada mata pelajaran, tajuk, aras
Taksonomi Objektif Domain Kognitif Bloom yang akan digubal sama ada dalam bentuk
item objektif , subjektif atau esei.

Misalnya jika mengukur domain kognitif untuk mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk
“Struktur Ayat” pada peringkat “Aplikasi”, maka jenis soalan yang sesuai ialah;

soalan jenis “Objektif” yang berbentuk “melengkapkan ayat” atau “memilih struktur
ayat yang betul”.
Soalan jenis “Subjektif”pula berbentuk “menggubal ayat-ayat”.

Jenis-jenis soalan/item dan cara membinanya adalah seperti yang telah dijelaskan
sebelum ini.

4. Menentukan Bilangan Soalan

Bilangan soalan bergantung kepada;

kandungan pengajaran
aras kemahiran berdasarkan tempoh masa mengajar
kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar

Contoh pengiraan dalam penentuan bilangan soalan.

Rumus yang digunakan :

Jumlah masa x Jumlah soalan
Jumlah masa keseluruhan

42

Pengiraan jumlah soalan mengikut topik :

Bil. Bidang/ Topik/ Topik kecil Masa Belajar Anggaran Jumlah
Jumlah Item Item
1. Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu 5 4
(BM) 15 5x
Asal usul BM, BM sebelum merdeka dan 20 40 3232 12
selepas ,merdeka 40 15 x 32
40 16
2. Linguistik BM 32
Pengenalan Linguistik 20 x 32
40
Definisi, Sejarah, Linguistik Diskriptif
3. Fonologi

Definisi alat artikulasi, cara penghasilan
Fonem Segmental
Fonem suprasegmental

Jumlah

5. Menentukan Wajaran Aras Kesukaran Soalan

Aras kesukaran soalan dibahagikan kepada 3 iaitu mudah, sederhana dan sukar
dengan pemberatan 20% hingga 80% mengikut keperluan dan matlamat sesuatu ujian
atau peperiksaan yang hendak dilaksanakan.

43

Contoh Borang Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Contoh 1 : TARIKH UJIAN/PEPERIKSAAN
TAHUN
KELAS

Bil TOPIK PENGETAHUAN KEFAHAMAN APLI
R S T RS TRS

JUMLAH

Contoh 2 :
Mata pelajaran Sains dan lain-lain mata pelajaran yang sesua

YEAR/THEME/ TOTAL NUMBER OF QUESTIONS ACCORDING T
LEARNING KNOWLEDGE
AREA/ LOB/LO FACTS TERMINOLOGY CLASSIFYING SEQUENCE METHOD PRINCIPLES
EMDE M D E M D EMDEMDE MD

TOTAL

4

SUBJEK
UJIAN

KONSTRUK

IKASI ANALISIS SINTESIS PENILAIAN JUMLAH

STRST R STR S T

ai

TO THE CONSTRUCTS AND LEVEL OF DIFFICULTIES APPLICATION TOTAL
UNDERSTANDING APPLICATION EMD
EMD
S TRANSLATING INTERPRETING EXTRAPOLATION
DE M D E M D E M D

44


Click to View FlipBook Version